Sebagaimana pada 1 Disember 2011
AKTA MANUVER TENTERA 1983 Tarikh Perkenan Diraja … … … … 28 Disember 1983 Tarikh penyiaran dalam Warta 29 Disember 1983 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 295 AKTA MANUVER TENTERA 1983 SUSUNAN SEKSYEN AKTA MANUVER TENTARA 1983 Suatu Akta untuk menyatukan undang-undang berhubungan dengan manuver tentera. [1 Oktober 1984, P.U. (B) 443/1984] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Tafsiran 3. Pengisytiharan kawasan manuver atau kawasan tembak 4. Kuasa Ketua Turus Angkatan Tentera untuk membenarkan Latihan Manuver dijalankan 5. Notis Manuver Tentera 6. Bila notis tidak diperlukan 7. Kuasa orang yang mengambil bahagian dalam manuver tentera 8. Manuver tentera dan latihan menembak tidak boleh dijalankan di dalam kawasan tadahan kerja air 9. Kesalahan 10. Pampasan bagi kerosakan 11. Had masa bagi tuntutan pampasan 12. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah 13. Penalti bagi pelanggaran kaedah-kaedah 14. Pemansuhan J ADUAL 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 295
“angkatan pelawat” ertinya apa-apa badan, kontinjen atau detasmen angkatan sesuatu negara yang sedang berada dengan sahnya di sisi undang-undang di Malaysia menurut sesuatu triti, perjanjian atau perkiraan yang Kerajaan Malaysia menjadi pihak; “kawasan manuver” ertinya mana-mana tanah, laut, perairan pasang surut atau pantai yang diisytiharkan di bawah seksyen 3 di mana manuver tentera boleh dijalankan; “kawasan tembak” ertinya mana-mana tanah, laut, perairan pasang surut atau pantai yang diisytiharkan di bawah seksyen 3 untuk menjalankan latihan meriam atau senapang, tembakan di udara, 6 Undang-Undang Malaysia Akta 295 latihan menggugurkan bom atau menggugurkan torpedo termasuk menggunakan apa-apa senjata yang ditembakkan di darat, dari laut atau dari pesawat udara dalam penerbangan; “Majlis Angkatan Tentera” ertinya Majlis yang ditubuhkan di bawah Perkara 137 Perlembagaan Persekutuan; “manuver tentera” ertinya apa-apa atur kedudukan askar, senjata api, kenderaan, kapal atau pesawat udara yang dijalankan di mana- mana tanah, laut, perairan pasang surut, pantai atau udara oleh angkatan tentera atau mana-mana angkatan pelawat; “Pemungut” ertinya di Semenanjung Malaysia dan Sabah, *“Pemungut” sebagaimana ditakrifkan masing-masingnya dalam Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56 tahun 1965] dan Ordinan Tanah Sabah [Sabah Bab 68], dan di Sarawak, “Pengarah” sebagaimana ditakrifkan dalam Kanun Tanah Sarawak [Swk. Bab 81].
(a) untuk membenarkan manuver tentera dijalankan bagi maksud latihan di mana-mana bahagian kawasan manuver pada bila-bila masa; *CATATAN-Rujukan kepada “Pemungut” kini ditafsirkan sebagai “Pentadbir Tanah” - lihat
Manuver Tentera 7 (b) untuk mengarahkan supaya manuver tentera dijalankan dalam kawasan manuver tanpa memberi notis yang dikehendaki oleh subseksyen 5(1); (c) untuk menyebabkan, pada bila-bila masa, latihan menembak sama ada di darat, dari laut atau dari udara, eksperimen dalam mengendalikan meriam, apa-apa perbuatan atau amalan yang bersampingan dengan latihan atau eksperimen itu, latihan mengebom atau torpedo atau manuver tentera lain dijalankan di kawasan tembak, dengan memberi tidak kurang daripada tujuh hari notis mengenainya kepada penduduk tanah di mana latihan, eksperimen, perbuatan atau amalan itu akan dijalankan, dengan mengibarkan suatu bendera merah di suatu tempat yang mudah dilihat dalam kawasan tembak itu; dan (d) untuk menyebabkan dibuang mana-mana bangunan atau tumbuhan dalam kawasan tembak itu yang mungkin menghalang atau menganggu perjalanan sepenuhnya hak yang diberi oleh Akta ini, dan untuk melarang apa-apa bangunan baru didirikan atau tumbuh-tumbuhan ditanam dalam kawasan tembak tersebut.
8 Undang-Undang Malaysia Akta 295 kawasan yang tersebut dalam notis itu, sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum tarikh yang dinyatakan bagi permulaan manuver tentera itu.
(a) lalu dan berkhemah, membina kerja tentera bukan berbentuk tetap dan menjalankan manuver tentera atas mana-mana tanah; dan (b) mengambil bekalan air dari apa-apa sumber awam atau persendirian, dan bagi maksud itu boleh mengempang sesuatu aliran air: Dengan syarat bahawa pengempangan itu tidak menggangu apa-apa perdagangan atau perindustrian.
(a) air diambil dari sesuatu sumber bekalan kepunyaan pemunya persendirian atau pihak berkuasa awam, selain bekalan yang ditunjukkan sebagai dikehendaki oleh mereka yang berhak menggunakan bekalan air itu menurut Akta ini; dan (b) mana-mana rumah kediaman, tempat sembahyang, sekolah, kilang, stor atau premis yang digunakan untuk menjalankan apa-apa perniagaan atau pengilangan atau mana-mana kawasan yang bersampingan dengan mana- Manuver Tentera 9 mana tempat ibadat atau sekolah atau mana-mana premis yang dilingkungi atau bersampingan dengan sesuatu rumah kediaman, dimasuki atau diganggui.
(a) yang dengan sengaja dan secara salah di sisi undang- undang mengganggu perjalanan manuver tentera itu; atau (b) yang tanpa kebenaran wajar memasuki atau berada dalam sesuatu khemah, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan orang itu serta mana-mana binatang atau kenderaan di bawah jagaannya boleh dipindahkan oleh mana-mana pegawai polis atau dengan perintah mana-mana pegawai tentera bertauliah angkatan yang mengambil bahagian dalam manuver tentera itu.
10 Undang-Undang Malaysia Akta 295 (a) tanpa kebenaran wajar, memindahkan sesuatu bendera atau tanda lain, yang menunjukkan mana-mana tanah bagi maksud manuver tentera itu; atau (b) dengan niat jahat memotong atau merosakkan apa-apa dawai telegraf atau telefon yang direntangi oleh atau bagi kegunaan tentera yang mengambil bahagian dalam manuver tentera itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun.
diisytiharkan dan digunakan sebagai kawasan tembak di bawah Akta ini. Manuver Tentera 11
(a) mengeluarkan semua orang yang tidak mengambil bahagian dalam manuver tentera itu daripada keseluruhan 12 Undang-Undang Malaysia Akta 295 atau mana-mana bahagian kawasan tembak pada masa manuver tentera itu sedang dijalankan; (b) mengawal kelakuan mana-mana orang yang dibenarkan berada dalam kawasan tembak pada masa manuver tentera itu sedang dijalankan; dan (c) menetapkan apa-apa perkara lain yang dikehendaki ditetapkan olah Akta ini.
Sarawak [Ordinan Swk. Bab 23] adalah dimansuhkan. Manuver Tentera 13 J ADUAL BORANG A AKTA MANUVER TENTERA 1983 [Seksyen 5] NOTIS MANUVER TENTERA Adalah dengan ini diberitahu bahawa suatu manuver tentera akan dijalankan di tempat yang diperihalkan di bawah, termasuk tanah, jika ada, yang dinyatakan mengikut nombor lot atau mengikut nombor lot tanah yang berhampiran, selama tempoh.....................................hari mulai dari. haribulan ......................20..............
Bertarikh pada .....................haribulan....................20.................... Daerah .......................................... Mukim Pekan .................................................... Perihal tempat itu ........................................... ............................................................................ SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari – TIADA – SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari – TIADA –