Sebagaimana pada 1 Julai 2014
AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008 Tarikh Perkenan Diraja… … … … 9 Januari 2008 Tarikh penyiaran dalam Warta … … 24 Januari 2008 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 685 AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008 SUSUNAN SEKSYEN B AHAGIAN I PERMULAAN 43. Kuasa membuat peraturan-peraturan 44. Perkara yang dilakukan dalam menjangkakan Akta ini diperbuat 45. Kecualian dan peralihan 46. Pencegahan anomali UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 685 AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan orang kurang upaya, penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [7 Julai 2008; P.U. (B) 268/2008] MENGIKTIRAF bahawa ketidakupayaan merupakan suatu konsep yang sentiasa berkembang dan bahawa ketidakupayaan terhasil daripada interaksi antara orang kurang upaya dengan halangan sikap dan persekitaran yang menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat atas asas kesetaraan dengan orang upaya: MENGIKTIRAF sumbangan sedia ada dan berpotensi yang bernilai yang dibuat oleh orang kurang upaya kepada kesejahteraan dan kepelbagaian komuniti dan masyarakat keseluruhannya: MENGIKTIRAF kepentingan kebolehaksesan kepada persekitaran fizikal, sosial, ekonomi dan kebudayaan, kepada kesihatan dan pendidikan serta kepada maklumat dan komunikasi, bagi membolehkan penyertaan penuh dan berkesan orang kurang upaya dalam masyarakat: MENGIKTIRAF bahawa orang kurang upaya adalah berhak kepada peluang dan perlindungan, serta bantuan sama rata dalam segala hal keadaan dan tertakluk hanya kepada apa-apa batasan, sekatan dan perlindungan hak sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan: MENGIKTIRAF kepentingan kerjasama antara Kerajaan dengan sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan dalam memastikan penyertaan dan penglibatan penuh dan berkesan orang kurang upaya dalam masyarakat: MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: B AHAGIAN I PERMULAAN
Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran Bahagian II MAJLIS KEBANGSAAN BAGI ORANG KURANG UPAYA 3. Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya 4. Anggota silih ganti 5. Pembatalan pelantikan 6. Keterhentian keanggotaan 7. Mesyuarat Majlis 8. Setiausaha Majlis 9. Fungsi Majlis 10. Majlis hendaklah dibantu oleh Jabatan 11. Penubuhan jawatankuasa 12. Pewakilan fungsi dan kuasa 13. Majlis hendaklah mengesyorkan perubahan pada undang-undang 14. Tanggungjawab Kerajaan 15. Tanggungjawab kementerian yang berkaitan, dsb. Seksyen 16. Tanggungjawab sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan 17. Tindakan susulan 18. Dana 19. Laporan tahunan Bahagian III PELANTIKAN KETUA PENDAFTAR, DLL. DAN PENDAFTARAN ORANG KURANG UPAYA 20. Pelantikan dan tugas Ketua Pendaftar dan Pendaftar 21. Daftar Orang Kurang Upaya 22. Permohonan bagi pendaftaran 23. Kuasa Pendaftar untuk meminta dokumen atau maklumat tambahan 24. Pendaftaran dan keengganan untuk mendaftar 25. Pengeluaran Kad OKU Bahagian IV PENGGALAKAN DAN PEMBANGUNAN KUALITI HIDUP DAN KESEJAHTERAAN ORANG KURANG UPAYA Bab I Kebolehaksesan 26. Akses kepada kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan awam 27. Akses kepada kemudahan pengangkutan awam 28. Akses kepada pendidikan 29. Akses kepada pekerjaan 30. Akses kepada maklumat, komunikasi dan teknologi 31. Akses kepada kehidupan berbudaya 32. Akses kepada rekreasi, santai dan sukan Bab 2 Habilitasi dan rehabilitasi Seksyen 33. Habilitasi dan rehabilitasi 34. Perkhidmatan di rumah, kediaman dan sokongan komuniti lain Bab 3 Kesihatan 35. Akses kepada kesihatan 36. Pencegahan daripada berlakunya ketidakupayaan selanjutnya 37. Pengadaan personel kesihatan Bab 4 Perlindungan orang dengan ketidakupayaan teruk 38. Perlindungan sepanjang hayat dan sistem sokongan sosial 39. Pengertian “orang dengan ketidakupayaan teruk” Bab 5 Keadaan berisiko dan kecemasan kemanusiaan 40. Akses kepada bantuan Bahagian V AM 41. Perlindungan terhadap tindakan guaman dan prosiding undang-undang 42. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
“bahasa” termasuklah bahasa pertuturan dan isyarat, Bahasa Isyarat Malaysia dan bentuk bahasa bukan pertuturan lain; “Bahasa Isyarat Malaysia” ertinya bahasa isyarat rasmi bagi orang pekak di Malaysia; “Daftar” ertinya Daftar Orang Kurang Upaya yang disimpan dan disenggarakan di bawah seksyen 21; “ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; “habilitasi” merujuk kepada proses yang bertujuan untuk membolehkan orang yang dilahirkan dengan ketidakupayaan mencapai serta mengekalkan sepenuhnya keupayaan fizikal, mental, sosial dan vokasional serta penglibatan dan penyertaan penuh mereka dalam semua aspek kehidupan; “Jabatan” ertinya Jabatan Pembangunan bagi Orang Kurang Upaya yang bertanggungjawab bagi pendaftaran, perlindungan, rehabilitasi, perkembangan dan kesejahteraan orang kurang upaya; “Kad OKU” ertinya kad yang dikeluarkan di bawah seksyen 25; “Kerajaan” ertinya Kerajaan Persekutuan; “Ketua Pendaftar” dan “Timbalan Ketua Pendaftar” masing-masing ertinya Ketua Pendaftar bagi Orang Kurang Upaya dan Timbalan Ketua Pendaftar bagi Orang Kurang Upaya yang dilantik di bawah perenggan 20(1)(a) dan (b); “komunikasi” termasuklah bahasa, paparan teks, Braille, bahasa sentuhan, cetak besar, isyarat, multimedia boleh akses dan juga cara dan format komunikasi secara bertulis, audio, bahasa mudah, jurubaca serta kaedah augmentatif dan alternatif, termasuk maklumat boleh akses dan teknologi maklumat; “Majlis” ertinya Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya yang ditubuhkan di bawah seksyen 3; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat; “orang kurang upaya” termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat; “Pegawai Kebajikan Masyarakat” ertinya mana-mana Pegawai Kebajikan Masyarakat di Kementerian yang bertanggungjawab bagi kebajikan masyarakat dan termasuklah mana-mana Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat; “Pendaftar” ertinya Pendaftar Orang Kurang Upaya yang dilantik di bawah perenggan 20(1)(c); “penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan swasta” ertinya penyedia kemudahan jagaan kesihatan swasta di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586]; “penyesuaian munasabah” ertinya pengubahsuaian dan pelarasan yang perlu dan sesuai tanpa mengenakan bebanan tidak seimbang atau tidak wajar, jika diperlukan dalam hal tertentu, untuk memastikan orang kurang upaya menikmati atau menjalani kehidupan yang berkualiti dan sejahtera atas asas kesetaraan dengan orang upaya; “rehabilitasi” merujuk kepada proses yang bertujuan untuk membolehkan orang kurang upaya mencapai dan mengekalkan sepenuhnya keupayaan fizikal, mental, sosial dan vokasional serta penglibatan dan penyertaan penuh mereka dalam semua aspek kehidupan; “reka bentuk sejagat” ertinya reka bentuk produk, persekitaran, program dan perkhidmatan yang boleh digunakan oleh semua orang, ke tahap sebaik mungkin, tanpa perlu membuat adaptasi atau reka bentuk khusus dan hendaklah termasuk alat bantu bagi kumpulan orang kurang upaya tertentu jika ia diperlukan; “sektor swasta” merujuk kepada mana-mana orang atau badan sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan selain Kerajaan atau Kerajaan Negeri, agensi, badan atau pertubuhan Kerajaan, tetapi tidak termasuk apa-apa rujukan kepada pertubuhan bukan kerajaan. B AHAGIAN II MAJLIS KEBANGSAAN BAGI ORANG KURANG UPAYA
(a) Menteri yang hendaklah menjadi Pengerusi; (b) Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi kebajikan masyarakat, yang hendaklah menjadi Timbalan Pengerusi; (c) Peguam Negara Malaysia, atau wakilnya; (d) Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi kewangan; (e) Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi pengangkutan; (f) Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi sumber manusia; (g) Ketua Pengarah Pendidikan; (h) Ketua Pengarah Kesihatan; (i) Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan; (j) tidak lebih daripada sepuluh orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai dalam permasalahan dan isu yang berhubungan dengan orang kurang upaya yang hendaklah dilantik oleh Menteri.
tempoh tidak melebihi dua penggal berturut-turut.
(a) jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan kewajipannya sebagai anggota Majlis atau selainnya, telah memburukkan nama Majlis; (b) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan― (i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; (ii) kesalahan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau (iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan; (c) jika dia menjadi bankrap; atau (d) jika dia menjadi tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya.
(a) jika dia tidak hadir tiga kali berturut-turut mesyuarat Majlis tanpa kebenaran Pengerusi; (b) jika pelantikannya dibatalkan; (c) jika dia mati; atau (d) jika dia meletakkan jawatannya dengan memberi satu bulan notis secara bertulis kepada Menteri.
bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
(a) untuk menyelia pelaksanaan dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan orang kurang upaya; (b) untuk membuat syor kepada Kerajaan mengenai semua aspek orang kurang upaya termasuk perkara-perkara yang berhubungan dengan sokongan, penjagaan, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan orang kurang upaya; (c) untuk menyelaraskan dan memantau pelaksanaan dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan orang kurang upaya dengan kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan dan sektor swasta yang berkaitan; (d) untuk memantau dan menilai kesan dasar, program dan aktiviti yang dirancang untuk mencapai penyertaan penuh dan berkesan orang kurang upaya dan dalam berbuat demikian boleh membuat apa-apa perkiraan dengan kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan dan sektor swasta yang berkaitan sebagaimana yang difikirkannya perlu; (e) untuk mengkaji semula aktiviti semua kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan dan sektor swasta yang terlibat dalam pelaksanaan dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan orang kurang upaya; (f) untuk mengesyorkan kepada Kerajaan perubahan kepada undang-undang sedia ada dan juga untuk mencadangkan undang-undang baru bagi menjamin penyertaan penuh dan berkesan orang kurang upaya dalam masyarakat, termasuk untuk memudahkan kebolehaksesan; (g) untuk membangunkan program dan strategi yang bertujuan untuk mendidik masyarakat dan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat, termasuk pada peringkat keluarga, berhubung dengan orang kurang upaya termasuk keupayaan dan sumbangan mereka bagi menggalakkan tanggapan positif dan kesedaran social yang tinggi serta memupuk rasa hormat kepada hak dan maruah orang kurang upaya; (h) untuk menerima pakai langkah yang berkesan dan sesuai bagi menggalakkan pengiktirafan kemahiran, merit dan kebolehan orang kurang upaya, dan sumbangan mereka di tempat kerja dan pasaran buruh; (i) untuk memupuk sikap menghormati hak orang kurang upaya pada semua peringkat sistem pendidikan, termasuk pada peringkat awal kanak-kanak; (j) untuk menasihati Kerajaan mengenai isu ketidakupayaan termasuk perkembangan di peringkat antarabangsa; (k) untuk mengumpul dan mengumpul semak data dan maklumat, dan menjalankan serta menggalakkan penyelidikan yang berhubungan dengan orang kurang upaya; (l) untuk menggalakkan pembangunan latihan awal dan berterusan bagi golongan profesional dan kakitangan yang bekerja dalam perkhidmatan habilitasi dan rehabilitasi; (m) untuk menggalakkan peluang pekerjaan dan peningkatan kerjaya bagi orang kurang upaya dalam pasaran buruh, dan juga bantuan dalam mencari atau mendapatkan pekerjaan atas asas keserataan dengan orang upaya; dan (n) untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri bagi pelaksanaan sewajarnya Akta ini.
(a) hendaklah dipengerusikan oleh mana-mana anggota Majlis yang dinyatakan di bawah perenggan 3(2)(b) hingga (i); (b) hendaklah menepati dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Majlis; dan (c) boleh menentukan tatacaranya sendiri.
menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
(a) Pengerusi Majlis; (b) mana-mana anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan 3(2)(b) hingga (i); dan (c) sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 11.
perubahan yang dikehendaki dibuat pada mana-mana undang-undang atau untuk mencadangkan pengadaan undang-undang baru bagi menjamin penyertaan penuh dan berkesan orang kurang upaya dalam masyarakat, termasuk untuk memudahkan kebolehaksesan atau apa- apa perkara lain sebagaimana yang disifatkan perlu atau suai manfaat oleh Majlis.
Majlis― (a) hendaklah berunding dengan kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan yang berkaitan; atau (b) boleh berunding dengan sektor swasta atau mana-mana pertubuhan bukan kerajaan sebagaimana yang disifatkannya perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian.
(a) dengan mengambil kira sumber manusia dan kewangan yang ada dan apa-apa faktor lain yang berkaitan; dan (b) dengan mematuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang bertulis lain yang berkaitan.
(a) untuk bekerjasama dengan dan membantu Majlis dalam pelaksanaan fungsi Majlis di bawah Akta ini; (b) untuk memberi pertimbangan wajar kepada dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan orang kurang upaya; dan (c) untuk mengambil langkah atau menjalankan tindakan yang dikehendaki supaya diambil olehnya mengikut apa- apa bentuk atau cara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain atau selainnya yang berhubungan dengan orang kurang upaya.
(a) untuk bekerjasama dengan dan membantu Majlis dalam pelaksanaan fungsi Majlis di bawah Akta ini; (b) untuk memberi pertimbangan wajar kepada dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan orang kurang upaya; dan (c) untuk mengambil langkah atau menjalankan tindakan yang dikehendaki supaya diambil olehnya mengikut apa- apa bentuk atau cara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain atau selainnya yang berhubungan dengan orang kurang upaya.
B AHAGIAN III PELANTIKAN KETUA PENDAFTAR, DLL., DAN PENDAFTARAN ORANG KURANG UPAYA
(a) seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat yang bertanggungjawab bagi Jabatan sebagai Ketua Pendaftar; (b) seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat daripada Jabatan sebagai Timbalan Ketua Pendaftar; (c) seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat daripada Jabatan sebagai Pendaftar bagi setiap Negeri dan Wilayah Persekutuan; dan (d) apa-apa bilangan Penolong Pendaftar bagi mana-mana daerah atau kawasan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
menjalankan segala kuasa dan fungsi yang diberikan kepada Ketua Pendaftar oleh atau di bawah Akta ini.
(a) menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti semasa membuat suatu permohonan bagi pendaftaran; (b) menetapkan orang yang boleh didaftarkan sebagai orang kurang upaya dan orang yang terhenti daripada didaftarkan sebagai orang kurang upaya; dan (c) menetapkan cara pengeluaran dan pembatalan Kad OKU.
(a) mendaftarkan seseorang sebagai orang kurang upaya jika dia berpuas hati bahawa orang yang menjadi subjek permohonan itu merupakan orang kurang upaya; atau (b) enggan untuk mendaftarkan seseorang sebagai orang kurang upaya jika dia berpuas hati bahawa orang itu bukan orang kurang upaya.
B AHAGIAN IV PENGGALAKAN DAN PEMBANGUNAN KUALITI HIDUP DAN KESEJAHTERAAN ORANG KURANG UPAYA
Kebolehaksesan
memberi pertimbangan yang sesuai dan mengambil langkah yang perlu untuk memastikan bahawa kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan awam itu serta penambahbaikan kelengkapan yang berkaitan dengannya menepati reka bentuk sejagat bagi memudahkan akses kepada dan penggunaan oleh orang kurang upaya.
keperluan orang atau kanak-kanak kurang upaya.
(a) untuk memudahkan pembelajaran Braille, skrip alternatif, kaedah augmentatif dan alternatif, cara dan format komunikasi dan kemahiran orientasi dan mobiliti, dan memudahkan sokongan rakan sebaya dan pementoran; (b) untuk memudahkan pembelajaran Bahasa Isyarat Malaysia dan penggalakan identiti linguistik komuniti orang pekak; dan (c) untuk memastikan bahawa pendidikan orang dan khususnya kanak-kanak, yang buta, pekak atau pekak-buta disampaikan dalam bahasa, kaedah dan cara komunikasi yang paling sesuai bagi individu, dan dalam persekitaran yang memaksimumkan pembangunan akademik dan sosial.
pengurusan pekerjaan yang sesuai.
(a) kepada bahan kebudayaan dalam format boleh akses; (b) kepada program televisyen, filem, teater dan aktiviti kebudayaan lain, dalam format boleh akses; dan (c) ke tempat persembahan kebudayaan atau perkhidmatan seperti teater, muzium, panggung wayang, perkhidmatan perpustakaan dan pelancongan dan, seboleh mungkin, ke monumen dan tapak yang mempunyai kepentingan kebudayaan kebangsaan.
(a) untuk menggalakkan penyertaan, ke tahap setinggi mungkin, orang kurang upaya dalam aktiviti sukan utama pada semua peringkat; (b) untuk memastikan bahawa orang kurang upaya mempunyai peluang untuk menganjurkan, membangunkan dan menyertai aktiviti sukan dan rekreasi khusus untuk orang kurang upaya dan, bagi tujuan ini, menggalakkan pengadaan, atas asas kesetaraan dengan orang upaya, tunjuk ajar, latihan dan sumber yang sesuai; (c) untuk memastikan bahawa orang kurang upaya mempunyai akses ke tempat sukan, rekreasi dan pelancongan; (d) untuk memastikan bahawa kanak-kanak kurang upaya mempunyai akses setara dengan kanak-kanak upaya lain kepada penyertaan dalam aktiviti permainan, Rekreasi dan santai serta sukan, termasuk aktiviti dalam sistem persekolahan; dan (e) untuk memastikan bahawa orang kurang upaya mempunyai akses kepada perkhidmatan daripada mereka yang terlibat dalam penganjuran aktiviti rekreasi, santai, sukan dan pelancongan.
Habilitasi dan rehabilitasi
jagaan kesihatan swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah menganjurkan, mengukuhkan dan memperluas perkhidmatan dan program habilitasi dan rehabilitasi yang komprehensif, terutamanya dalam bidang kesihatan, pekerjaan, pendidikan dan perkhidmatan sosial mengikut sedemikian cara yang perkhidmatan dan program ini bermula pada peringkat seawal mungkin dan berdasarkan penilaian pelbagai bidang mengenai keperluan dan kekuatan individu.
Kesihatan
kurang upaya mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan, termasuk rehabilitasi berkaitan kesihatan, yang peka gender.
(a) pencegahan daripada berlakunya ketidakupayaan selanjutnya, imunisasi, pemakanan, perlindungan dan pemeliharaan alam sekitar dan kaunseling genetik; dan (b) pengesanan awal ketidakupayaan dan intervensi yang tepat pada masanya untuk mencegah ketidakupayaan dan rawatan bagi rehabilitasi.
(a) menjalankan atau menyebabkan supaya dijalankan tinjauan, penyiasatan dan penyelidikan berhubung dengan sebab berlakunya ketidakupayaan; dan (b) menaja atau menyebabkan supaya ditaja kempen kesedaran dan menyebarkan atau menyebabkan supaya disebarkan maklumat mengenai penyebab ketidakupayaan dan langkah pencegahan untuk diterima pakai dan mengenai kebersihan, kesihatan dan sanitasi umum.
sebagaimana yang disifatkan perlu oleh Menteri setelah mengambil kira kehendak dan keupayaan institusi swasta itu, kekerapan perkhidmatan dan apa-apa faktor lain yang berkaitan.
(a) yang berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506], hendaklah dalam masa enam bulan dari permulaan kuat kuasa Akta ini mengemukakan kepada Majlis bilangan personel itu dalam penggajiannya; atau (b) yang memohon untuk didaftarkan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 hendaklah pada dan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini mengemukakan kepada Majlis, sebelum memulakan operasi, bilangan personel itu dalam penggajiannya.
Perlindungan orang dengan ketidakupayaan teruk
dengan ketidakupayaan teruk atau pemberi jagaan bagi orang dengan ketidakupayaan teruk boleh membuat permohonan bagi insentif untuk menyediakan jagaan sedemikian kepada Majlis mengikut apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan.
Keadaan berisiko dan kecemasan kemanusiaan
kemanusiaan melalui mekanisma perundangan dan juga pentadbiran. B AHAGIAN V AM
(a) Kerajaan; (b) Menteri; (c) Majlis; (d) mana-mana anggota Majlis atau mana-mana anggota jawatankuasa; atau (e) mana-mana orang lain yang bertindak dengan sah bagi pihak Majlis, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan yang ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian.
(a) untuk mengawal selia pengurusan institusi yang ditubuhkan bagi orang kurang upaya; (b) untuk mengawal selia pengurusan institusi yang ditubuhkan bagi orang dengan ketidakupayaan teruk; (c) untuk memproses dan mengawal selia pendaftaran orang kurang upaya dan apa-apa perkara yang berhubungan atau bersampingan dengannya; (d) untuk menetapkan apa-apa perkara lain yang dikehendaki atau dibenarkan untuk ditetapkan di bawah Akta ini; dan (e) untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang disifatkan suai manfaat atau perlu oleh Menteri bagi maksud Akta ini.
perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengannya hendaklah pada permulaan kuat kuasa Akta ini disifatkan sebagai hak dan obligasi Kerajaan atau Majlis.
SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda –TIADA– dari SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari –TIADA–