Sebagaimana pada 1 Disember 2011
AKTA PIHAK BERKUASA BERSAMA MALAYSIA-THAILAND 1990 Tarikh Perkenan Diraja 22 Ogos 1990 Tarikh penyiaran dalam Warta 30 Ogos 1990 Teks bahasa Inggeris adalah teks sahih ... P.U.(B) 166/1994 UNDANG–UNDANG MALAYSIA Akta 440 AKTA PIHAK BERKUASA BERSAMA MALAYSIA-THAILAND 1990 SUSUNAN SEKSYEN Bahagian I PERMULAAN AKTA PIHAK BERKUASA BERSAMA MALAYSIA-THAILAND 1990 Suatu Akta bagi memberikan kuat kuasa kepada perjanjian mengenai penubuhan dan pengendalian Pihak Berkuasa Bersama Malaysia- Thailand dan bagi membuat peruntukan yang berkaitan dengannya. [ 23 Januari 1991, P.U.(B) 36/91] BAHAWASANYA menurut Memorandum Persefahaman di antara Malaysia dengan Kerajaan Thailand mengenai Penubuhan suatu Pihak Berkuasa Bersama bagi Mengeksploitasikan Sumber Dasar Laut dalam Kawasan Tertentu di Pelantar Benua Kedua-dua Negara di Teluk Siam bertarikh 21 Februari 1979, Perjanjian mengenai Perlembagaan dan Perkara-Perkara Lain yang Berhubungan dengan Penubuhan Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand telah ditandatangani pada 30 Mei 1990, di Kuala Lumpur, Malaysia, di antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Thailand; MAKA OLEH YANG DEMIKIAN INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut : B AHAGIAN I PERMULAAN
Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran Bahagian II PIHAK BERKUASA BERSAMA MALAYSIA-THAILAND 3. Penubuhan Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand 4. Kuasa dan fungsi Pihak Berkuasa Bersama 5. Cari gali dan eksploitasi sumber alam Bahagian III KAWASAN PEMBANGUNAN BERSAMA 6. Kawasan Pembangunan Bersama Bahagian IV ROYALTI 7. Royalti Bahagian V PERUNTUKAN KEWANGAN Seksyen 8. Kos, faedah dan bayaran tahunan Bahagian VI KUMPULAN WANG PIHAK BERKUASA BERSAMA MALAYSIA-THAILAND 9. Penubuhan Kumpulan Wang 10. Penggunaan Kumpulan Wang 11. Kumpulan wang rizab 12. Sekatan atas urusan kewangan 13. Liabiliti Pihak Berkuasa Bersama bukan tanggungjawab Kerajaan-Kerajaan Bahagian VII KONTRAK BAGI CARI GALI DAN EKSPLOITASI 14. Larangan mencari gali atau mengeksploitasi sumber alam tanpa kontrak Bahagian VIII PERATURAN-PERATURAN 15. Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan Bahagian IX PEGAWAI DAN BIDANG KUASA MAHKAMAH 16. Pekhidmat awam 17. Bidang kuasa Mahkamah Bahagian X BIDANG KUASA Seksyen 18. Bidang kuasa ke atas Kawasan Pembangunan Bersama Bahagian XI HAK DI PERAIRAN SUPERJASEN 19. Hak, kebebasan atau keistimewaan di perairan superjasen Bahagian XII KESALAHAN DAN PENALTI 20. Pelanggaran subseksyen 14 (1) 21. Kesalahan lain 22. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan 23. Pengarah dan pegawai pertubuhan perbadanan boleh dipertuduh bersesama dengan pertubuhan perbadanan 24. Penalti bagi kesalahan kerana apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan oleh ejen Bahagian XIII AM 25. Akta ini mengatasi undang-undang lain 26. Penguasaan dan pengawalan Akta ini JADUAL UNDANG–UNDANG MALAYSIA Akta 440
“garis pembahagi bidang kuasa” ertinya garis lurus yang menyambungkan titik-titik koordinat yang berikut: (A) U 6° 50'.0 T 102° 21'.2; (X) U 7° 35'.0 T 103° 23'.0 yang membahagikan bidang kuasa sivil dan jenayah dalam Kawasan Pembangunan Bersama; “Kawasan Pembangunan Bersama” ertinya kawasan tertentu di pelantar benua Malaysia dan Thailand di Teluk Siam yang diperihalkan di bawah seksyen 6; “Kerajaan-Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand; “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand yang disebut di bawah seksyen 9; “Memorandum Persefahaman, 1979” ertinya Memorandum Persefahaman di antara Malaysia dengan Thailand mengenai Penubuhan suatu Pihak Berkuasa Bersama bagi Mengeksploitasikan Sumber Dasar Laut dalam Kawasan Tertentu di Pelantar Benua Kedua-dua Negara di Teluk Siam, yang ditandatangani pada 21 Februari 1979; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi petroleum; “Perjanjian” ertinya Perjanjian mengenai Perlembagaan dan Perkara-Perkara Lain yang Berhubungan dengan Penubuhan Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand yang ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand pada 30 Mei 1990, di Kuala Lumpur, Malaysia; “petroleum” ertinya apa-apa minyak mineral atau hidrokarbon relatif dan gas asli yang terdapat dalam keadaan semula jadinya dan spirit petroleum kepala selongsong, termasuk syal bitumin dan longgokan berstrata lain yang daripadanya minyak boleh didapati; “Pihak Berkuasa Bersama” ertinya Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand; “sumber alam” ertinya apa-apa sumber alam tidak hidup termasuk apa-apa mineral, minyak mineral dan logam.
PIHAK BERKUASA BERSAMA MALAYSIA-THAILAND
setakat selaras dengan, Akta ini.
KAWASAN PEMBANGUNAN BERSAMA
(A) U 6° 50'.0 T 102° 21'.2 (B) U 7° 10'.25 T 102° 29'.0 (C) U 7° 49'.0 T 103° 02'.5 (D) U 7° 22'.0 T 103° 42'.5 (E) U 7° 20'.0 T 103° 39'.0 (F) U 7° 03'.0 T 103° 06'.0 (G) U 6° 53'.0 T 102° 34'.0 dan yang ditunjukkan dalam bahagian yang releven Carta Admiralti British No. 2414, Edisi 1967, yang reproduksinya adalah seperti dalam Jadual. B AHAGIAN IV ROYALTI
pengeluaran kasar petroleum, mengikut cara dan pada masa yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan. B AHAGIAN V PERUNTUKAN KEWANGAN
KUMPULAN WANG PIHAK BERKUASA BERSAMA MALAYSIA-THAILAND
(a) apa-apa sumbangan yang diberikan oleh Kerajaan- Kerajaan di bawah Perjanjian, dan yang disebut di bawah subseksyen 8(2); (b) wang yang diperoleh melalui pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang; (c) wang yang diperoleh atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, atau gadaian yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Pihak Berkuasa Bersama; (d) wang yang dipinjam oleh Pihak Berkuasa bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya; dan (e) apa-apa wang atau harta lain yang mungkin dengan apa- apa jua cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Pihak Berkuasa Bersama berkenaan dengan apa- apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya.
(a) membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Bersama dalam melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya mengikut peruntukan belanjawan yang diluluskan dan tertakluk kepada mana- mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 15; (b) menjelaskan apa-apa wang yang dipinjam oleh Pihak Berkuasa Bersama di bawah perenggan 12(1)(c), termasuk bunga dan belanja lain yang bersampingan dengan pinjaman itu; (c) apa-apa pelaburan yang diputuskan oleh Pihak Berkuasa Bersama tertakluk kepada kelulusan Kerajaan-Kerajaan; dan (d) tertakluk kepada seksyen 11, pembayaran wang yang sama banyak amaunnya kepada Kerajaan-Kerajaan daripada pendapatan yang terakru kepada Pihak Berkuasa Bersama selepas ditolak perbelanjaan yang disebut dalam perenggan (a) dan (b) termasuk apa-apa perbelanjaan lain yang dipersetujui oleh Kerajaan-Kerajaan.
(a) memberikan bantuan kewangan kepada mana-mana syarikat, badan atau orang dengan mengambil syer atau debentur atau dengan cara pinjaman, pendahuluan, pemberian atau selainnya; (b) membeli, mengunderait atau selainnya memperoleh apa- apa saham dan syer dalam mana-mana syarikat awam atau syarikat persendirian; atau (c) meminjam wang, atau membuat apa-apa jaminan atau tanggung rugi yang melibatkan liabiliti kewangan.
KONTRAK BAGI CARI GALI DAN EKSPLOITASI
(a) bagi maksud seksyen 7, amaun sebanyak sepuluh peratus daripada pengeluaran kasar petroleum hendaklah dibayar oleh kontraktor kepada Pihak Berkuasa Bersama sebagai royalti mengikut cara dan pada masa yang dinyatakan dalam kontrak itu; (b) lima puluh peratus daripada pengeluaran kasar petroleum hendaklah digunakan oleh kontraktor bagi maksud mendapatkan kembali kos bagi pengendalian petroleum; (c) bahagian yang selebihnya daripada pengeluaran kasar petroleum itu, selepas dibuat potongan bagi maksud perenggan (a) dan (b), hendaklah disifatkan sebagai petroleum untung dan hendaklah dibahagikan sama banyak di antara Pihak Berkuasa Bersama dengan kontraktor; (d) kontrak itu hendaklah sah selama tempoh tidak melebihi tiga puluh lima tahun tetapi tidak boleh melebihi tempoh kesahan Perjanjian; (e) segala kos pengendalian petroleum hendaklah ditanggung oleh kontraktor dan boleh, tertakluk kepada perenggan (b), didapatkan kembali daripada pengeluaran; (f) amaun minimum yang hendaklah dibelanjakan oleh kontraktor bagi pengendalian petroleum di bawah kontrak sebagai komitmen minimum sebagaimana yang dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Bersama dan kontraktor; (g) pembayaran ses penyelidikan oleh kontraktor kepada Pihak Berkuasa Bersama sebanyak satu perdua daripada satu peratus agregat bagi bahagian pengeluaran kasar yang digunakan bagi maksud mendapatkan kembali kos di bawah perenggan (b) dan bahagian petroleum untung untuk kontraktor di bawah perenggan(c) mengikut cara dan pada masa yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Bersama, dengan syarat bahawa pembayaran itu tidak boleh didapatkan kembali daripada pengeluaran; dan (h) apa-apa pertikaian atau perselisihan yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan kontrak yang tidak dapat diselesaikan secara berbaik-baik hendaklah dirujuk kepada timbang tara di hadapan suatu panel yang terdiri daripada tiga orang penimbang tara, seorang penimbang tara hendaklah dilantik oleh setiap pihak, dan penimbang tara yang ketiga hendaklah dilantik bersesama oleh kedua-dua pihak itu. Jika pihak-pihak itu tidak dapat bersetuju dengan pemilihan penimbang tara yang ketiga itu dalam suatu tempoh yang ditentukan, maka penimbang tara yang ketiga itu hendaklah dilantik dengan membuat permohonan kepada Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa (UNCITRAL). Prosiding timbang tara hendaklah dijalankan mengikut kaedah-kaedah UNCITRAL. Tempat timbang tara itu hendaklah sama ada Bangkok atau Kuala Lumpur, atau mana-mana tempat lain sebagaimana yang dipersetujui oleh pihak-pihak itu.
Dengan syarat bahawa tidak boleh ada apa-apa perubahan mana- mana amaun ini berkenaan dengan kontrak yang ada tanpa persetujuan kontraktor.
B AHAGIAN VIII PERATURAN-PERATURAN
(a) pengelolaan atau penjalanan apa-apa perniagaan atau perkhidmatan yang berhubungan dengan cari gali dan eksploitasi sumber alam dalam Kawasan Pembangunan Bersama; (b) pembayaran apa-apa wang yang kena dibayar kepada Kerajaan-Kerajaan oleh Pihak Berkuasa Bersama di bawah seksyen 7 dan perenggan 10(d); (c) terma dan syarat perlantikan bagi, dan emolumen, elaun perjalanan dan elaun saraan hidup yang kena dibayar kepada, Pengerusi Bersama dan anggota lain Pihak Berkuasa Bersama; (d) tatacara pemberian tender dan award bagi mana-mana kontrak yang boleh dibuat di bawah seksyen 14, termasuk terma dan syarat yang boleh dimasukkan ke dalam kontrak itu; (e) penyimpanan akaun yang patut dan rekod lain bagi transaksi dan hal ehwal Pihak Berkuasa Bersama mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum; (f) penyediaan penyata akaun tahunan dan, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, penguntukan keuntungan; (g) pengauditan akaun dan pengemukaannya selepas itu kepada Kerajaan-Kerajaan; (h) penyediaan dan pengemukaan belanjawan tahunan kepada Kerajaan-Kerajaan; (i) standard bagi cari gali dan eksploitasi petroleum dalam Kawasan Pembangunan Bersama; dan (j) apa-apa perkara lain bagi maksud menguatkuasakan peruntukan Akta ini: Dengan syarat bahawa berkenaan dengan perkara yang disebut di bawah perenggan (a), (d), (e), (f), (g), (h) dan (i), peraturan-peraturan sedemikian boleh dibuat selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Bersama.
PEGAWAI DAN BIDANG KUASA MAHKAMAH
penalti penuh yang ditetapkan baginya.
kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 15, subseksyen 18(2), dan perenggan 18(6)(b) dan (d) hendaklah terpakai.
BIDANG KUASA
(a) Malaysia dalam Kawasan Pembangunan Bersama hendaklah meliputi kawasan yang disempadani oleh garis- garis lurus yang menyambungkan titik-titik koordinat yang berikut: (A) U 6° 50'.0 T 102° 21'.2 (X) U 7° 35'.0 T 103° 23'.0 (D) U 7° 22'.0 T 103° 42'.5 (E) U 7° 20'.0 T 103° 39'.0 (F) U 7° 03'.0 T 103° 06'.0 (G) U 6° 53'.0 T 102° 34'.0; dan (b) Thailand dalam Kawasan Pembangunan Bersama hendaklah meliputi kawasan yang disempadani oleh garis- garis lurus yang menyambungkan titik-titik koordinat yang berikut: (A) U 6° 50'.0 T 102° 21'.2 (B) U 7° 10'.25 T 102° 29'.0 (C) U 7° 49'.0 T 103° 02'.5 (X) U 7° 35'.0 T 103° 23'.0
cara menyentuh hak kedaulatan Malaysia ke atas Kawasan Pembangunan Bersama, dan apa-apa penepian bidang kuasa di bawah seksyen ini tidak mempunyai apa-apa kuat kuasa dan kesan melampaui tempoh kesahan Perjanjian.
(a) “bidang kuasa sivil dan jenayah” tidak termasuk bidang kuasa ke atas perkara yang berhubungan dengan kastam dan eksais, dan pencukaian; (b) bidang kuasa jenayah ke atas sesuatu kesalahan yang dilakukan di atas platform atau pepasangan yang mencelapaki garis pembahagi bidang kuasa dan yang dibina bagi maksud mencari gali dan mengeksploitasi sumber alam di dasar laut dan tanih bawah dalam Kawasan Pembangunan Bersama hendaklah dipegang secara eksklusif oleh Malaysia atau Thailand mengikut penetapan platform atau pepasangan itu sebagai kepunyaan Malaysia atau Thailand; (c) pemutusan sama ada sesuatu platform atau pepasangan yang mencelapaki garis pembahagi bidang kuasa dan yang dibina bagi maksud mencari gali dan mengeksploitasi sumber alam di dasar laut dan tanih bawah dalam Kawasan Pembangunan Bersama ialah sebahagian daripada Malaysia atau Thailand berhubungan dengan apa-apa soalan yang hendak diputuskan dalam mana-mana prosiding sivil atau bagi maksud pemegangan atau penjalanan bidang kuasa sivil oleh Malaysia atau Thailand hendaklah mengikut penetapan platform atau pepasangan itu sebagai kepunyaan Malaysia atau Thailand; dan (d) penetapan sesuatu platform atau pepasangan sebagai kepunyaan Malaysia atau Thailand di bawah perenggan (b) dan (c) hendaklah diputuskan mengikut prinsip tempat letak paling substansial.
HAK DI PERAIRAN SUPERJASEN
B AHAGIAN XII KESALAHAN DAN PENALTI
dimaksudkan untuk digunakan dalam melakukan kesalahan itu boleh dikenakan lucut hak.
mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.
Bahagian XIII AM
bawah seksyen 15, dan hendaklah mempunyai kuasa untuk melantik pegawai-pegawai bagi pelaksanaannya. SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari TIADA SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari TIADA