UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 21
Suatu Akta bagi meminda dan menyatukan undang-undang yang berhubungan dengan umur dewasa. MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Umur dewasa 3. Tafsiran 4. Kecualian 5. Pemansuhan J ADUAL
Semua perhitungan umur di bawah Akta ini hendaklah dikira mengikut kalendar Gregory.
Pada menghitung umur seseorang, hari orang itu dilahirkan hendaklah dikira sebagai satu hari penuh, dan dia hendaklah disifatkan telah mencapai umur lapan belas tahun pada permulaan ulang tahun kelapan belas hari itu. 6 Undang-Undang Malaysia A
(a) keupayaan mana-mana orang untuk bertindak dalam perkara yang berikut, iaitu, perkahwinan, perceraian, mas kahwin dan pengambilan anak angkat; (b) agama dan upacara dan kelaziman agama bagi sesuatu golongan orang di dalam Malaysia; (c) sesuatu peruntukan yang terkandung dalam mana- mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan umur dewasa bagi maksud undang-undang bertulis itu.
Jadual [Seksyen 5]
Ordinan Tafsiran Sabah [Bab 63].
Enakmen Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1963 Sabah [En. 34 tahun 1963].
Ordinan Tafsiran Sarawak [Bab 1].
SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari – TIADA – S ENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari – TIADA –