로고

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG - UNDANG , MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG - UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 2 AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA 1969 Tarikh Perkenan Diraja 22 April 1969 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 1 Mei 1969 Cetakan Semula Yang Terdahulu Cetakan Semula Yang Pertama … … Cetakan Semula Yang Kedua … … … DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEH MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD DAN DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD CAWANGAN KUALA LUMPUR 2006 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 11 AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA 1969 SUSUNAN SEKSYEN 16. (Dipotong) 17. (Dipotong) 17 A . Surcaj B AHAGIAN VI TAMBAHAN 18. Kuasa Lembaga meminjam 19. Pelaburan 20. Cukai ses 21. (Dipotong) 21 A . Saraan atau elaun 22. Pelindungan ahli Lembaga dan Majlis Sains terhadap tanggungan 23. Harta dalam dapatan penyelidikan 23 A . Akses kepada dapatan penyelidikan dan kemudahan 23 B . Kuasa untuk mengenakan fi 24. Arahan Menteri 25. Kaedah 25 A . Kuasa membuat peraturan tatatertib J ADUAL 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 11 AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA 1969 Suatu Akta bagi menubuhkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia dan bagi perkara yang berkenaan dengannya. [Seluruh Malaysia—2 Mei 1969] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya seperti yang berikut: B AHAGIAN I PERMULAAN

Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran B AHAGIAN I PERMULAAN 3. Institut dan fungsinya B AHAGIAN II INSTITUT 4. Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Institut B AHAGIAN III LEMBAGA 5. Lembaga Pengelola 5 A . Ahli silih ganti 6. Fungsi Lembaga 6 A . Kuasa untuk mengambil bahagian dalam penyertaan ekuiti atau usaha sama 6 B . Kuasa tambahan Lembaga 7. Pelantikan pegawai dan pekhidmat Institut 7 A . Tatatertib pegawai dan pekhidmat 7 B . Penubuhan Lembaga Rayuan Tatatertib 7 C . Penamatan demi kepentingan awam Undang-Undang Malaysia Akta 11 B AHAGIAN IV MAJLIS SAINS Seksyen Majlis Sains Fungsi Majlis Sains Mesyuarat Majlis Sains Keputusan Majlis Sains Minit Tatacara Majlis Sains Bahagian V KUMPULAN WANG DAN AKAUN 14. Kumpulan Wang 15. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 1969. Tafsiran

2. Dalam Akta ini— Institut dan fungsinya

“Ketua Pengarah” dan “Timbalan Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Institut dan mana-mana Timbalan Ketua Pengarah Institut yang dilantik di bawah subseksyen 4(1); “Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab atas Pertanian dan Industri Asas Tani; “perladangan campuran” ertinya suatu sistem perladangan yang melibatkan segala tanaman (kecuali koko), ternakan dan perikanan dengan cara bersepadu. 6 Undang-Undang Malaysia Akta 11 B AHAGIAN II INSTITUT

3. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau MARDI (di bawah ini disebut “Institut”) ditubuhkan dan fungsinya ialah— Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Institut

(a) untuk menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknik, ekonomi dan sosial berkenaan dengan— (i) pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (kecuali getah, kelapa sawit dan koko), ternakan dan makanan; dan (ii) perladangan campuran; (b) berkhidmat suatu pusat bagi mengumpul dan menyebarkan maklumat dan nasihat berkenaan dengan perkara sains, teknik dan ekonomi yang berhubungan dengan industri pertanian, industri berasaskan pertanian dan industri makanan melalui apa jua cara termasuk penerbitan laporan, terbitan berkala dan kertas kerja berhubung dengannya, dan mengelolakan pameran, persidangan, syarah dan seminar; (c) menjadi sebagai suatu pusat yang memberikan perkhidmatan pakar dalam industri pertanian, industri berasaskan pertanian dan industri makanan, seperti perkhidmatan perundingan, perkhidmatan makmal analisis, jaminan kualiti dan perkhidmatan penyelidikan dan pemajuan kontrak; (d) memberi latihan dalam apa jua cara bagi kemajuan industri pertanian, industri berasaskan pertanian dan industri makanan; (e) memberikan bantuan bagi maksud penyelidikan dan pemajuan dari segi sains, teknik dan ekonomi jenis jati dan gunaan berkenaan dengan industri pertanian, industri berasaskan pertanian dan industri makanan; (f) sentiasa mengadakan perhubungan dengan pertubuhan lain, sama ada awam atau persendirian, dalam negeri atau luar negeri yang mengambil bahagian dalam penyelidikan dari segi sains, teknik, ekonomi dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 7 sosial berkenaan dengan industri pertanian, industri berasaskan pertanian dan industri makanan; (g) menjalankan penyelidikan dan pengeluaran komersial; (h) membangunkan, mempromosikan dan mengeksploitasikan dapatan penyelidikan; dan (i) memberi perkhidmatan pengembangan kepada industri pertanian, industri berasaskan pertanian dan industri makanan.

4. (1) Bagi maksud Akta ini hendaklah ada seorang Ketua Pengarah Institut dan apa-apa bilangan Timbalan Ketua Pengarah yang perlu, yang hendaklah dilantik oleh Menteri.

(2) Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah hendaklah masing-masing dilantik selama tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikan mereka dan layak dilantik semula.

(3) Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah hendaklah dilantik atas apa-apa syarat sebagaimana yang diperuntukkan dalam surat pelantikan mereka masing-masing.

(4) Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan mana- mana pelantikan yang dibuat di bawah subseksyen (1); dan mana- mana orang yang dilantik sedemikian itu boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya.

(5) Ketua Pengarah hendaklah menjadi Ketua Pegawai Kerja Institut dan hendaklah dibantu oleh Timbalan Ketua Pengarah pada menjalankan kuasa dan kewajipannya berkenaan dengan fungsi pentadbiran dan teknik Institut; dengan syarat, walau bagaimanapun, Lembaga sebagaimana yang ditubuhkan di bawah ini boleh menetapkan kuasa dan kewajipan lain yang difikirkannya patut bagi Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah.

(6) Jika dalam sesuatu tempoh Ketua Pengarah tidak berupaya menjalankan fungsi jawatannya kerana sesuatu sebab atau, jika jawatan Ketua Pengarah menjadi kosong, Menteri hendaklah melantik seorang Timbalan Ketua Pengarah bagi menjalankan Lembaga Pengelola

kuasa dan menyempurnakan kewajipan Ketua Pengarah sehingga seorang Ketua Pengarah baru dilantik di bawah subseksyen (1). 8 Undang-Undang Malaysia Akta 11 B AHAGIAN III LEMBAGA

5. (1) Bagi maksud mentadbirkan Institut ditubuhkan Lembaga Pengelola Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (dalam Akta ini disebut sebagai “Lembaga”) iaitu suatu pertubuhan yang diperbadankan kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai rasmi, dan yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas namanya, dan tertakluk kepada Akta ini dan juga bagi maksud boleh membuat kontrak dan juga berkuasa memperoleh dan memegang apa-apa jenis harta alih, harta tak alih dan harta tidak ketara, dan melupuskannya atau secara lain, membuat apa-apa urusan berkenaan dengannya.

(2) Lembaga hendaklah terdiri daripada ahli yang berikut:

(a) Pengerusi; (aa) Ketua Pengarah; (b) seorang wakil Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; (c) seorang wakil Kementerian Kewangan; (d) seorang wakil Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi; (e) seorang wakil Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri; (f) seorang wakil daripada Kementerian yang bertanggungjawab bagi Sains, Teknologi dan Alam Sekitar; (g) tidak lebih daripada lima orang ahli yang berpengalaman dalam penyelidikan pertanian, pemajuan pertanian, industri pertanian, industri berasaskan pertanian dan industri makanan.

(3) Ahli Lembaga hendaklah dilantik selama tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikan mereka oleh Menteri dan layak dilantik semula, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan

jawatannya atau pelantikannya dibatalkan ataupun jawatannya menjadi kosong. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 9

(4) Jika oleh sebab sakit atau apa jua sebab lain Pengerusi tidak dapat menyempurnakan fungsinya, Lembaga hendaklah memilih antara ahli seorang pemangku Pengerusi yang akan menjalankan kuasa dan menyempurnakan kewajipan Pengerusi di bawah Akta ini. Ahli silih ganti 5 A

. (1) Menteri boleh, berkenaan dengan setiap ahli Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 5(2)(b), (c), (d), (e) dan (f) melantik seorang menjadi ahli silih ganti untuk menghadiri, sebagai ganti ahli itu, mesyuarat Lembaga sekiranya ahli itu tidak dapat hadir kerana apa jua sebab.

(2) Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga, seseorang ahli silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai seorang ahli Lembaga.

(3) Seseorang ahli silih ganti hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau jawatannya terlebih dahulu dibatalkan, terhenti menjadi seorang ahli silih ganti jika ahli yang baginya dia menjadi ahli silih ganti itu tidak lagi menjadi ahli Lembaga. Fungsi Lembaga

6. (1) Dengan tidak menyentuh subseksyen 5(1) Lembaga mempunyai fungsi yang berikut sebagai tambahan:

(a) tertakluk kepada arahan Menteri, menetapkan dasar pentadbiran Institut; (b) menetapkan tatacara berkenaan dengan pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan pelantikan pekerja dan pekhidmat Institut, tidak termasuk Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah; (c) dengan persetujuan Menteri, meluluskan belanjawan atau anggaran perbelanjaan bagi pentadbiran dan pengendalian Institut; (d) mengeluarkan kaedah pentadbiran berkenaan dengan pentadbiran harian Institut; 10 Undang-Undang Malaysia Akta 11 (e) menentukan dan menguntukkan pemberian bantuan untuk pertubuhan atau agensi lain menjalankan penyelidikan; dan (f) meluluskan pemilihan mengenai penerima biasiswa dan mengeluarkan award atau pemberian perjalanan yang akan dibiayai oleh Institut.

(2) (Dipotong oleh Akta A1160).

(3) Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi Lembaga. Kuasa untuk mengambil bahagian dalam penyertaan ekuiti atau usaha sama 6 A . Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, mengambil bahagian dalam penyertaan ekuiti dalam atau usaha sama dengan mana-mana perusahaan sekiranya penyertaan atau usaha sama itu ternyata kepadanya dikehendaki, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi Institut. Kuasa tambahan Lembaga 6 B . (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan—

(a) menjalankan apa-apa aktiviti yang berbentuk komersial dan pada pendapat Lembaga perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi Institut; atau (b) menganjurkan pemerbadanan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] bagi maksud menjalankan atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang telah dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsi Institut.

(2) Memorandum Persatuan syarikat yang diperbadankan di bawah perenggan (1)(b) hendaklah diluluskan oleh Lembaga sebelum pemerbadanan syarikat sedemikian.

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 11

(3) Walau apa pun subseksyen (1), Lembaga tidak boleh tanpa kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan— Pelantikan pegawai dan pekhidmat Institut

(a) melabur dalam syer mana-mana syarikat; atau (b) melupuskan semua atau mana-mana bahagian ekuiti atau asetnya yang dilaburkan dalam mana-mana syarikat subsidiarinya.

7. Lembaga boleh dari semasa ke semasa melantik dan mengambil bekerja dengan membayar apa-apa saraan dan atas apa-apa syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh kaedah, pegawai, pekhidmat dan perunding sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Lembaga untuk melaksanakan Akta ini dengan sepatutnya. Tatatertib pegawai dan pekhidmat 7 A . (1) Suatu Jawatankuasa Tatatertib Lembaga hendaklah diadakan yang terdiri daripada dua orang ahli yang hendaklah dipilih oleh dan daripada ahli Lembaga, seorang daripada mereka hendaklah dipilih menjadi pengerusi, dan Ketua Pengarah yang dilantik di bawah subseksyen 4(1).

(2) Pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan tiap-tiap pegawai dan pekhidmat Institut, selain Ketua Pengarah ialah Jawatankuasa Tatatertib Lembaga yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

(3) Pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan Ketua Pengarah ialah Jawatankuasa Tatatertib yang hendaklah terdiri daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai pengerusi dan dua orang ahli yang hendaklah dipilih oleh dan daripada ahli Lembaga.

(4) Ketua Pengarah tidak boleh menjadi ahli Jawatankuasa Tatatertib dalam apa-apa prosiding di hadapan Jawatankuasa itu yang dalamnya dia menjadi pengadu; tempatnya hendaklah diambil oleh seorang ahli yang hendaklah dipilih oleh dan daripada ahli Lembaga.

(5) Pada menjalankan fungsi tatatertibnya, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengenakan apa-

12 Undang-Undang Malaysia Akta 11 apa hukuman tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan yang boleh dibuat di bawah seksyen 25 A .

(6) Jawatankuasa Tatatertib boleh, tertakluk kepada subseksyen (7), mewakilkan mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipan tatatertibnya kepada mana-mana jawatankuasa pegawai atau pekhidmat Institut, berkenaan dengan mana-mana pegawai atau pekhidmat tertentu Institut atau berkenaan dengan mana-mana golongan atau kategori pegawai atau pekhidmat Institut, dan jawatankuasa yang kepadanya diwakilkan fungsi, kuasa atau kewajipan sedemikian hendaklah melaksanakan, menjalankan atau menunaikannya di bawah arahan dan kawalan Jawatankuasa Tatatertib yang hendaklah mempunyai kuasa untuk mengulang kaji, menghapuskan atau mengubah apa-apa keputusan atau dapatan jawatankuasa sedemikian.

(7) Tiada pewakilan boleh dibuat di bawah subseksyen (6) untuk membolehkan seseorang pegawai atau pekhidmat Institut menjadi ahli sesuatu jawatankuasa yang boleh menjalankan apa- apa kuasa tatatertib ke atas pegawai atau pekhidmat yang berpangkat lebih tinggi daripadanya.

(8) Sesuatu keputusan Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh dirayukan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib yang ditubuhkan di bawah seksyen 7

B .

(9) Sesuatu keputusan Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawah subseksyen (3) boleh dirayukan kepada Menteri.

(10) Lembaga Rayuan Tatatertib atau Menteri, boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan Jawatankuasa Tatatertib.

(11) Keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib atau Menteri di bawah subseksyen (10) muktamad dan konklusif. Penubuhan Lembaga Rayuan Tatatertib 7 B . (1) Suatu Lembaga Rayuan Tatatertib bagi Lembaga diadakan yang hendaklah terdiri daripada ahli yang berikut:

(a) Pengerusi Lembaga, yang hendaklah menjadi pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib dan hendaklah mempunyai undi pemutus; dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 13 (b) tiga orang ahli Lembaga, yang bukan ahli Jawatankuasa Tatatertib yang keputusannya ialah hal perkara rayuan itu, yang hendaklah dilantik oleh pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib itu dengan kelulusan Lembaga bagi maksud rayuan.

(2) Apabila Lembaga Rayuan Tatatertib menimbangkan sesuatu rayuan yang dibuat di bawah seksyen 7 Penamatan demi kepentingan awam 7 C . (1) Jika Lembaga mendapati atau jika representasi dibuat kepada Lembaga bahawa wajar perkhidmatan seseorang pegawai atau pekhidmat ditamatkan demi kepentingan awam, Lembaga boleh meminta laporan penuh daripada pegawai atasan pegawai atau pekhidmat yang terhadapnya representasi itu dibuat yang hendaklah mengandungi butiran berhubung dengan kerja dan kelakuan pegawai atau pekhidmat itu.

A , seseorang ahli Jawatankuasa Tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang juga ahli Lembaga tidak boleh hadir pada atau dengan apa cara mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding berhubung dengan rayuan itu.

(2) Jika, setelah menimbangkan laporan yang diterima di bawah subseksyen (1), Lembaga berpuas hati bahawa, setelah mengambil kira syarat perkhidmatan, kebergunaan pegawai atau pekhidmat itu, kerja dan kelakuan pegawai atau pekhidmat itu dan segala hal keadaan lain kes itu, wajar demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, Lembaga boleh menamatkan perkhidmatan pegawai atau pekhidmat itu mulai dari tarikh yang hendaklah ditentukan oleh Lembaga.

(3) Sah di sisi undang-undang bagi Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan untuk mengesyorkan kepada Lembaga supaya perkhidmatan seseorang pegawai atau pekhidmat ditamatkan demi kepentingan awam walaupun prosiding tatatertib belum dijalankan di bawah Akta ini dan Lembaga boleh menamatkan perkhidmatan pegawai atau pekhidmat itu sedemikian.

(4) Walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini dan mana-mana undang-undang lain yang berlawanan, dalam menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai atau pekhidmat demi kepentingan awam di bawah seksyen ini, pegawai atau pekhidmat itu tidak perlu diberi apa-apa peluang untuk didengar dan Majlis Sains

14 Undang-Undang Malaysia Akta 11 seseorang pegawai atau pekhidmat yang perkhidmatannya telah ditamatkan demi kepentingan awam di bawah seksyen ini tidak boleh dianggap telah dibuang kerja, tanpa mengira sama ada penamatan perkhidmatan pegawai atau pekhidmat itu melibatkan suatu unsur hukuman atau berkaitan dengan kelakuan yang berhubungan dengan jawatannya yang dianggap oleh Lembaga tidak memuaskan atau patut disalahkan. B AHAGIAN IV MAJLIS SAINS

8. (1) Bagi maksud menentukan bahawa rancangan teknik Institut mempunyai mutu dan memberi kesan yang terbaik ditubuhkan Majlis Sains Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (kemudian daripada ini disebut “Majlis Sains”).

(2) Majlis Sains hendaklah terdiri daripada ahli yang berikut yang dilantik oleh Menteri:

(a) Ketua Pengarah Institut sebagai Pengerusi; (b) seorang Timbalan Ketua Pengarah; (c) tiga orang wakil daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; (d) seorang wakil Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi; (e) tidak lebih daripada enam orang daripada industri pertanian, industri berasaskan pertanian dan industri makanan yang pada pendapat Menteri, dapat memberi sumbangan bagi perjalanan sempurna dan sepatutnya Majlis Sains; (f) dua orang daripada mana-mana institusi pendidikan tinggi awam di Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri; dan (g) seorang wakil daripada sektor kewangan atau pelaburan. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 15

(3) Jika oleh sebab sakit atau apa jua sebab lain pengerusi tidak dapat menyempurnakan fungsinya, Majlis hendaklah memilih antara ahli seorang pemangku pengerusi yang akan menjalankan kuasa dan menyempurnakan kewajipan pengerusi di bawah Akta ini.

(4) (Dipotong oleh Akta A1160).

(5) Tiap-tiap ahli Majlis Sains, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan ataupun jawatannya menjadi kosong selainnya, hendaklah memegang jawatan selama tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak dilantik semula. Fungsi Majlis Sains

9. Dengan tidak menyentuh subseksyen 8(1), Majlis Sains hendaklah mempunyai fungsi yang berikut sebagai tambahan: KTA 11 Mesyuarat Majlis Sains

(a) memberikan nasihat berkenaan dengan menyusun dan mengulang kaji rancangan penyelidikan Institut; (b) memberikan nasihat berkenaan dengan keutamaan bagi rancangan penyelidikan dan kemajuan Institut supaya mempunyai mutu dan memberi kesan yang terbaik; (c) sentiasa mengadakan perhubungan dengan pertubuhan luar negara, sama ada dalam bahagian awam atau persendirian, dan sentiasa mengadakan perhubungan dengan keperluan penyelidikan pertanian; (d) memberikan panduan dalam kemudahan kemajuan atau penyelidikan termasuk pemilihan tempat dan kemudahan makmal dan penyeliaan benda kelengkapan pakar yang mustahak; (e) memberikan nasihat berkenaan dengan tatacara menilai kebolehan dan pekerjaan kakitangan profesional yang dilantik di bawah Akta ini, termasuk kenaikan pangkat berasaskan merit profesional; (f) memberikan nasihat berkenaan dengan kerja penyuratan perpustakaan dan terbitan Institut. 16 Undang-Undang Malaysia A

10. Majlis Sains hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya empat kali tiap-tiap satu tahun dan, selain itu, hendaklah bermesyuarat apabila dipanggil oleh Pengerusi Majlis Sains atau Setiausaha Kerjanya. Keputusan Majlis Sains

11. Sesuatu keputusan Majlis Sains hendaklah diputuskan menurut lebih suara ahli yang hadir dan mengundi. Minit

12. Rekod perjalanan segala mesyuarat Majlis Sains hendaklah disimpan oleh Institut dan salinannya hendaklah dihantar kepada Lembaga. Tatacara Majlis Sains

13. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan apa-apa kaedah yang dibuat di bawahnya, Majlis Sains boleh menetapkan tatacaranya sendiri.

Bahagian V Kumpulan Wang

KUMPULAN WANG DAN AKAUN

14. Bagi maksud Akta ini hendaklah ditubuhkan Kumpulan Wang Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (di bawah ini disebut sebagai “Kumpulan Wang”) yang akan ditadbirkan oleh Lembaga mengikut peruntukan Akta ini dan— Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

(a) apa-apa cukai ses khas yang boleh dikenakan atau dipungut mengikut seksyen 20 hendaklah dibayar kepadanya; (b) apa-apa pemberian bantuan kepada Institut oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri hendaklah dibayar kepadanya; Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 17 (c) apa-apa wang daripada mana-mana punca, apa-apa caruman, derma kekal, pemberian atau pemberian wasiat yang mungkin diberikan kepada atau untuk Institut hendaklah dibayar kepadanya; (d) segala perbelanjaan berkaitan dengan pentadbiran Institut, Lembaga dan Majlis Sains dan apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dibayar menurut Akta ini hendaklah dibayar daripadanya; (e) apa-apa kos yang dikenakan dalam membuat peruntukan bagi kebajikan pegawai dan pekhidmat Institut dengan kelulusan Menteri hendaklah dibayar daripadanya.

15. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] hendaklah terpakai bagi Lembaga.

16. (Dipotong oleh Akta A1160).

17. (Dipotong oleh Akta A1160). Surcaj 17 A . (1) Jika ternyata kepada Lembaga bahawa mana-mana orang yang sedang atau telah bekerja dengan Institut—

(a) telah gagal mengutip apa-apa wang yang terhutang pada Institut yang pemungutannya menjadi tanggungjawabnya; (b) yang atau telah bertanggungjawab atas apa-apa pembayaran wang daripada Kumpulan Wang yang tidak sepatutnya dibuat atau atas apa-apa pembayaran wang yang tidak disahkan dengan sewajarnya; (c) yang atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, atas apa-apa kekurangan pada, atau atas pemusnahan, apa-apa wang, setem, sekuriti, storan atau harta lain Institut; (d) sebagai, atau yang pernah menjadi sebagai pegawai perakaunan, gagal atau telah gagal menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; 18 Undang-Undang Malaysia Akta 11 (e) telah gagal membuat apa-apa bayaran, atau telah bertanggungjawab atas apa-apa kelambatan dalam pembayaran, wang daripada Kumpulan Wang kepada mana-mana orang yang kepadanya bayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Institut, Lembaga hendaklah menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak sepatutnya disurcajkan, dan jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diberikan, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penyampaian notis yang disebut terdahulu, kepada Lembaga berkenaan dengan kegagalan mengutip bayaran yang tidak sepatutnya dibuat, pembayaran yang tidak disahkan dengan sewajarnya, kekurangan atau pemusnahan, atau kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat bayaran, atau kelambatan dalam membuat bayaran, Lembaga boleh mensurcajkan sejumlah wang terhadap orang tersebut yang tidak melebihi amaun apa-apa amaun sedemikian yang tidak dikutip, apa-apa bayaran, kekurangan, atau kerugian atau nilai harta yang musnah, dan berkenaan dengan kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat bayaran, atau kelambatan dalam membuat bayaran, Lembaga boleh mensurcajkan apa-apa jumlah wang terhadap orang tersebut sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga itu.

(2) Pengerusi hendaklah menyebabkan Ketua Pengarah diberitahu tentang apa- apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan Ketua Pengarah hendaklah sesudah itu memberitahu orang yang disurcajkan itu.

(3) Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Pengerusi hendaklah dengan segera menyebabkan Ketua Pengarah diberitahu tentang penarikan balik itu.

(4) Amaun apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen

(1) dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Institut daripada orang yang terhadapnya surcaj itu dibuat dan boleh dibawa guaman dan didapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah atas guaman Kuasa Lembaga meminjam

Institut dan boleh juga didapatkan kembali melalui potongan— Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 19 (a) daripada gaji orang yang disurcajkan jika Lembaga mengarahkan sedemikian; atau (b) daripada pencen orang yang disurcajkan jika Lembaga mengarahkan sedemikian, dengan ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, orang itu. B AHAGIAN VI TAMBAHAN

18. Dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, Lembaga boleh dari semasa ke semasa meminjam atau mendapatkan pembayaran apa-apa wang yang dikehendaki olehnya untuk menjalankan fungsinya dengan sepatutnya di bawah Akta ini. Pelaburan

19. Aset Institut boleh dilaburkan oleh Lembaga dalam pelaburan yang pada masa ini dibenarkan oleh undang-undang untuk pelaburan kumpulan wang amanah: Cukai ses

Dengan syarat bahawa Lembaga tidak boleh membuat apa-apa pelaburan dalam sekuriti yang dikeluarkan atau didaftarkan atau dalam harta lain yang terletak di luar Malaysia kecuali dengan kelulusan Menteri Kewangan.

20. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berkenaan dengan import dan eksport hasilan pertanian, Menteri Kewangan boleh, bagi maksud Akta ini, dan setelah berunding dengan Menteri mengenakan cukai ses khas ke atas hasilan pertanian yang difikirkannya patut bagi maksud penyelidikan pertanian.

21. (Dipotong oleh Akta 478). KTA 11 Saraan atau elaun 21 A . Ahli Lembaga, Majlis Sains, jawatankuasa atau mana-mana orang lain (yang bukan seorang pegawai atau pekhidmat Lembaga yang termasuk dalam bidang kuasa peruntukan Akta ini berhubung dengan terma dan syarat perkhidmatan yang terpakai bagi halnya) hendaklah dibayar apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri. Pelindungan ahli Lembaga dan Majlis Sains terhadap tanggungan

20 Undang-Undang Malaysia A

22. Tiada seorang pun ahli Lembaga atau ahli Majlis Sains boleh bertanggungan sendiri terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau peninggalan dalam menguruskan atau menjalankan hal ehwal Institut, Lembaga atau Majlis Sains, melainkan jika kerugian atau kerosakan itu disebabkan oleh suatu perbuatan atau peninggalan salah yang sengaja di pihaknya. Harta dalam dapatan penyelidikan

23. (1) Harta mengenai tiap-tiap dapatan penyelidikan atau tiap- tiap program yang diusahakan oleh Institut yang dibiayai sepenuhnya dengan pemberian yang dibuat kepada Institut oleh Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri, hendaklah terletak hak pada Lembaga.

(2) Harta mengenai tiap-tiap dapatan penyelidikan atau tiap- tiap program yang diusahakan oleh Institut yang dibiayai oleh sesuatu perusahaan atau organisasi swasta, hendaklah terletak hak pada Lembaga dan perusahaan atau organisasi swasta itu bersesama, tertakluk kepada syarat apa-apa perjanjian antara Lembaga dengan perusahaan atau organisasi swasta itu. Akses kepada dapatan penyelidikan dan kemudahan 23 A . (1) Lembaga boleh, tertakluk kepada syarat, sekatan dan batasan sebagaimana yang ditentukan olehnya, membenarkan mana-mana orang mendapat akses kepada dapatan penyelidikan

dan kemudahan Institut. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 21

(2) Bagi maksud seksyen ini, “kemudahan” termasuklah kelengkapan, makmal, petak uji kaji, pangkalan data dan pengumpulan germplasma. Kuasa untuk mengenakan fi 23 B . Lembaga boleh mengenakan fi, royalti atau apa-apa bayaran lain yang difikirkannya patut bagi apa-apa penyelidikan, penyiasatan, ujian, latihan, nasihat atau perkhidmatan lain yang diberikan oleh Institut, atau bagi penggunaan mana-mana harta atau kemudahannya. Arahan Menteri

24. Menteri boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan arahan am yang tidak berlawanan dengan Akta ini kepada Lembaga, dan Lembaga hendaklah melaksanakan arahan itu. Kaedah

25. Dengan persetujuan Menteri, dan mengenai perenggan (a) dan (b) tertakluk kepada persetujuan Menteri Kewangan, Lembaga boleh membuat kaedah bagi kesemua atau mana-mana perkara yang berikut— KTA 11 Kuasa membuat peraturan tatatertib 25 A . (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan tatatertib sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk mengadakan peruntukan mengenai tatatertib pegawai dan pekhidmat Institut.

(a) menetapkan tangga gaji dan syarat mengambil bekerja pegawai dan pekhidmat Institut, termasuk peruntukan mengenai pinjaman kepada pegawai dan pekhidmat itu; (b) menubuhkan dan menguruskan suatu kumpulan wang simpanan bercaruman bagi pegawai dan pekhidmat Institut atau untuk membayar pencen, elaun atau ganjaran kepada pegawai dan pekhidmat tersebut apabila bersara ataupun apabila berhenti memegang jawatan; (c) prinsip dan tatacara berkenaan dengan pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan pelantikan dalam Institut, tidak termasuk Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah; (d) prinsip dan tatacara bagi menilai kebolehan dan pekerjaan kakitangan profesional Institut; dan (e) apa-apa perkara lain yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini. 22 Undang-Undang Malaysia A

(2) Peraturan tatatertib yang dibuat oleh Lembaga di bawah seksyen ini boleh mengandungi peruntukan mengenai tahan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain, atau peruntukan mengenai penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau pekhidmat Institut sementara menanti prosiding tatatertib selesai.

(3) Peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan mengenai apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat.

(4) Peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah, dalam menetapkan tatacara bagi prosiding tatatertib, memberi orang yang terhadapnya prosiding tatatertib diambil peluang membuat representasi terhadap pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadapnya sebelum keputusan dicapai oleh Jawatankuasa Tatatertib kecuali dalam hal yang berikut:

(a) jika seseorang pegawai atau pekhidmat Institut dibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasan kelakuan yang berkenaan dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya; (b) jika Lembaga, atas syor Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri, berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya tidak suai manfaat untuk menjalankan kehendak subseksyen ini; (c) jika telah dibuat terhadap seseorang pegawai atau pekhidmat Institut apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau deportasi, atau jika telah dikenakan terhadap seseorang pegawai atau pekhidmat Institut apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 23 di bawah mana-mana undang-undang berhubung dengan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen, atau pelindungan wanita dan gadis.

(5) Peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah mengadakan peruntukan mengenai tatacara bagi pendengaran rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa Tatatertib.

(6) Bagi maksud seksyen ini, “pegawai” termasuklah Ketua Pengarah. Mesyuarat Lembaga

Jadual [Seksyen 6]

1. Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya empat kali tiap-tiap satu tahun dan, selain itu, hendaklah bermesyuarat apabila dipanggil oleh Pengerusi. Kuorum

2. Kehadiran empat orang ahli menjadi kuorum dalam mana-mana mesyuarat Lembaga. Minit Lembaga

3. Minit segala mesyuarat Lembaga hendaklah disimpan dan salinannya hendaklah disampaikan kepada Menteri. Meterai Lembaga

4. Meterai Lembaga hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua Pengarah atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga, dan hendaklah disahkan oleh Ketua Pengarah atau orang yang diberi kuasa itu dan seseorang pegawai yang diberi kuasa oleh salah seorang daripada mereka secara bertulis; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu, disahkan sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan ini, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya. Tatacara Lembaga

24 Undang-Undang Malaysia Akta 11

5. Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga hendaklah menetapkan tatacaranya sendiri. Pelantikan jawatankuasa

6. (1) Lembaga boleh melantik jawatankuasa bagi apa-apa maksud yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan mana-mana kuasa, kewajipan dan fungsinya di bawah Akta ini; mana-mana jawatankuasa yang dilantik sedemikian hendaklah termasuk tidak kurang daripada seorang ahli Lembaga, dan bolehlah dilantik ke jawatankuasa itu mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.

(2) Mana-mana jawatankuasa yang dilantik sedemikian hendaklah menepati apa-apa arahan yang diberikan kepadanya dari semasa ke semasa oleh Lembaga, dan Lembaga boleh pada bila-bila masa menghentikan atau mengubah keanggotaan mana-mana jawatankuasa yang dilantik sedemikian.

(3) Lembaga atau jawatankuasa, masing-masingnya, boleh mempelawa mana-mana orang yang, pada pendapatnya, mempunyai pengetahuan khas yang berfaedah kepadanya, untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa dan orang yang dipelawa sedemikian tidak berhak mengundi dalam mana-mana mesyuarat itu. Kuasa menghendaki

7. Lembaga boleh menghendaki sesiapa jua menyampaikan apa-apa maklumat yang, pada pendapat Lembaga, perlu untuk menjalankan fungsinya di bawah Akta ini. UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 11 AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA 1969 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 11 AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA 1969 Akta 11

25 SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari Akta A203 Akta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Pindaan) 1973 Akta A374 Akta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Pindaan) 1977 Akta 218 Akta Penyelidikan dan Kemajuan Minyak Kelapa Sawit 1979 Akta 343 Akta Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 1988 01-02-1989 kecuali s. 25 & 26—lihat P.U.(B)59/1989 Akta A757 Akta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Pindaan) 1990 Akta A785 Akta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Pindaan) 1990 Akta 478 Akta Pembatalan Pengecualian Daripada Bayaran Duti Setem 1992 Akta A1054 Akta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Pindaan) 1999 26 Undang-Undang Malaysia Akta 11 Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari Akta A1103 Akta Lembaga Koko Malaysia 01-09-2001 (Pemerbadanan)(Pindaan) 2001 Akta A1160 Akta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Pindaan) 2002 P.U.(A)206/2004 Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 2) 2004 27 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A374 Akta A1160 P.U.(A)206/2004 Akta A785 Akta A1160 Akta A374 Akta A1160 Akta A203 Akta A374 Akta A785 Akta A1160 P.U.(A)206/2004 Akta A203 Akta A785 6 A Akta A785 Akta A757 Undang-Undang Malaysia Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A1054 7 A Akta A757 P.U.(A)206/2004 7 B Akta A1054 7 C Akta A1054 Akta A203 Akta A374 Akta A1160 P.U.(A)206/2004 Akta A203 Akta A1160 Akta A1160 Akta A1160 Akta A1160 17 A Akta A757 Akta A1160 Akta A785 21 A Akta A785 Akta A1160 23 A Akta A1160 23 B Akta A1160 Akta A757 25 A Akta A757 Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 29 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Jadual Akta A1160 01-11-2002