Sebagaimana pada 2 Februari 2022
Teks ini HANYALAH TEKS KEMAS KINI bagi Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984 oleh Jabatan Peguam Negara. Melainkan jika dan sehingga dicetak semula menurut kuasa Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang di bawah subseksyen 14(1) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1], teks ini BUKAN TEKS YANG SAH. AKTA PETROLEUM (LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN) 1984 Tarikh Perkenan Diraja … … … … … Tarikh penyiaran dalam Warta … … ... Kali terakhir dipinda melalui Akta A843 yang mula berkuat kuasa pada 2 Februari 2022 Cetakan Semula Yang Terdahulu Cetakan Semula Yang Pertama 2001 Cetakan Semula Yang Kedua 2006 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 302 AKTA PETROLEUM (LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN) 1984 SUSUNAN SEKSYEN B AHAGIAN I PERMULAAN Bahagian VII PENGGUNAAN KELENGKAPAN, ALAT, BAHAN, LOJI, PERKAKAS, BANGUNAN, STRUKTUR DAN PEPASANGAN 28. Kelengkapan, dsb., yang diluluskan dan penentusahan 29. Kuasa Menteri mengubah senarai kelengkapan, dsb., yang diluluskan 30. Kesalahan 31. Pemakaian Bahagian ini Bahagian VIII KELENGKAPAN, ALAT, BAHAN, LOJI, PERKAKAS, BANGUNAN, STRUKTUR DAN PEPASANGAN YANG SEDIA ADA 32. Kelengkapan, dsb., dalam premis yang dilesenkan di bawah undang- undang yang dimansuhkan 33. Pembetulan kelengkapan, dsb., dalam premis berlesen 34. Kesalahan Bahagian IX KUASA AM BAGI PEMBETULAN 35. Kuasa am bagi pembetulan Bahagian X LIABILITI 36. Liabiliti menentusahkan Bahagian XI AM 37. Kuasa mewakilkan 38. Pelantikan Inspektor Seksyen 39. Sampel dan ujian 40. Kemasukan, dsb., bebas tanpa dihalang 41. Liabiliti ejen dan pekhidmat 42. Pembatalan lesen, dsb. 43. Rayuan kepada Menteri 44. Kuasa Menteri memberi pengecualian 45. Kuasa am membuat peraturan-peraturan 46. Kuasa Menteri menetapkan tataamalan 47. Fi yang dipungut 48. Pemansuhan J ADUAL UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 302 AKTA PETROLEUM (LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN) 1984 Suatu Akta untuk menyatukan undang-undang berhubungan dengan keselamatan pengangkutan, penstoran dan penggunaan petroleum dan untuk mengadakan peruntukan mengenai perkara yang berhubungan dengannya. [Keseluruhan Malaysia Bahagian I, III, IV, V, X dan XI —1 Mac 1985, P.U. (B) 96/1985; Keseluruhan Malaysia Bahagian II, VI, VII, VIII dan IX —1 Julai 1986, P.U. (B) 279/1986] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Bahagian I PERMULAAN
Seksyen 1. Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian 2. Tafsiran Bahagian II PENGANGKUTAN PETROLEUM MELALUI JALAN RAYA DAN KERETAPI 3. Penghantaran yang dibenarkan bagi petroleum melalui jalan raya atau keretapi 4. Kuasa Menteri membuat peraturan-peraturan 5. Pekerja hendaklah diberitahu mengenai peruntukan Akta dan peraturan-peraturan; kesalahan berkaitan Bahagian III PENGANGKUTAN PETROLEUM MELALUI AIR 6. Pemuatan, pemunggahan dan pelepasan petroleum yang dibenarkan 7. Kemasukan vesel yang membawa petroleum ke pelabuhan 8. Memberitahu Inspektor tentang kedatangan vesel ke pelabuhan 9. Kebenaran daripada pegawai pelabuhan untuk memunggah atau melepaskan petroleum daripada vesel 10. Memunggah atau melepaskan petroleum Seksyen 10 A . Sekatan ke atas pemuatan, pemunggahan dan pelepasan petroleum di antara matahari masuk dengan matahari terbit 11. Arahan pegawai pelabuhan berkenaan vesel yang membawa petroleum 12. Memuat atau membawa petroleum 13. Berada di mana-mana pelabuhan, dsb., tanpa kebenaran 14. Meletakkan apa-apa petroleum di atas mana-mana pangkalan, tebing, dsb Bahagian IV PENGANGKUTAN PETROLEUM MELALUI UDARA 15. Pengangkutan petroleum melalui udara tidak dibenarkan Bahagian V PENGANGKUTAN PETROLEUM MELALUI TALIAN PAIP 16. Membenarkan kerja talian paip 17. Kerja talian paip kecemasan 18. Kesalahan berhubungan dengan kerja talian paip yang tidak dibenarkan 18 A . Bahagian V tidak terpakai bagi pembekalan gas melalui talian paip. Bahagian VI PENSTORAN DAN PENGENDALIAN PETROLEUM 19. Lesen penstoran petroleum dan pengendalian petroleum 20. Melabel bekas dan bejana yang mengandungi petroleum 21. Kuasa Menteri membuat peraturan-peraturan dalam keadaan khas 22. Notis kemalangan yang melibatkan petroleum 23. Menyiasat kemalangan yang melibatkan petroleum 24. Menghina orang yang menjalankan siasatan 25. Perlindungan kepada orang yang menjalankan siasatan terhadap guaman 26. Keterangan tidak boleh diterima dalam prosiding sivil atau jenayah 27. Kategori petroleum yang dikecualikan Seksyen 27 A . Bahagian VI tidak terpakai bagi pemegang lesen di bawah Akta Bekalan Gas 1993
Dengan syarat bahawa Menteri boleh melalui pemberitahuan dalam Warta menentukan tarikh yang berlainan (kemudian dari ini disebut “tarikh yang ditentukan”) bagi peruntukan yang berlainan atau mana-mana bahagian peruntukan Akta ini dan bagi kawasan atau tempat yang berlainan di Persekutuan, dan bagi maksud mana-mana peruntukan, kawasan atau tempat itu, apa-apa sebutan dalam mana-mana peruntukan Akta ini mengenai tarikh yang ditetapkan itu hendaklah diertikan sebagai sebutan mengenai tarikh yang ditentukan itu.
“Inspektor” ertinya seseorang Inspektor Petroleum yang dilantik di bawah seksyen 38; “keluaran petroleum” ertinya semua bahan yang diperoleh daripada petroleum sebagaimana yang disenaraikan dalam Jadual; “kerja-kerja talian paip”ertinya kerja dari apa-apa jenis yang berikut: (a) meletakkan talian paip atau sekian panjang talian paip, memeriksa, menyenggara, menyelaras, membaiki, mengubah atau membaharui sesuatu talian paip atau sekian panjang talian paip, menukar kedudukan talian paip atau sekian panjang talian paip, atau memindahkan sesuatu talian paip atau sekian panjang talian paip di pantai atau di luar pantai; dan (b) memecah atau membuka tanah bagi maksud kerja yang disebut dalam perenggan tersebut dahulu dan membuat tembusan atau menggerek bagi maksud itu dan kerja lain yang dikehendaki bagi atau bersampingan dengan maksud itu di pantai atau di luar pantai; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab mengenai petroleum; “nakhoda” ertinya mana-mana orang kecuali malim, yang berkuasa atau bertanggungjawab ke atas mana-mana kapal; “pegawai pelabuhan” ertinya pegawai pelabuhan sebagaimana ditakrifkan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 [Ord. 70 tahun 1952], Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 bagi Sabah [Ord. 11 tahun 1960] dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 bagi Sarawak [Ord. 2 tahun 1960]; “pelabuhan” ertinya— (a) suatu pelabuhan atau tempat yang diisytiharkan sebagai suatu pelabuhan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952; (b) suatu tempat yang ditetapkan sebagai suatu pelabuhan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 bagi Sabah, Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 bagi Sarawak dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya; (c) kawasan yang diisytiharkan di bawah seksyen 3 Akta Pengisytiharan suatu Kawasan dalam Daerah Bintulu menjadi Port Persekutuan 1979 [Akta 217] menjadi Port Bintulu; “Pemeriksa Kapal” ertinya Pemeriksa Kapal yang dilantik di bawah seksyen 10 Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, seksyen 130 Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 bagi Sabah dan seksyen 130 Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 bagi Sarawak dan hendaklah termasuk Ketua Pemeriksa Kapal; “pemunya” termasuk mana-mana orang yang kepadanya diberi keempunyaan, kekuasaan atau hak milik mengenai harta dan “pemunya” berhubungan dengan sesuatu vesel termasuklah seorang pencarter; “penghuni” ertinya mana-mana orang yang sebenarnya menggunakan atau menghuni premis atau sebahagian daripadanya; “pengangkutan” ertinya perbuatan membawa petroleum dari sesuatu tempat atau vesel ke mana-mana tempat atau vesel lain dengan apa-apa cara atau bentuk pengangkutan seperti di darat, udara dan air dan termasuklah penghantaran melalui talian paip, kedua-duanya di pantai atau di luar pantai, atas tanah atau di bawah tanah, dalam air atau di bawah air; “pengendali” ertinya mana-mana orang yang menjalankan sesuatu urusan atau pengendalian tertentu sama ada secara langsung atau melalui ejen; “pengendalian” termasuklah perbuatan menyentuh, merasa, mencengkam, memindahkan atau menuang dengan tangan atau dibantu dengan apa-apa cara; “penggunaan” ertinya perbuatan menggunakan atau fakta sebagai digunakan dan termasuklah memudahkan atau melaksanakan apa-apa perbuatan tersebut yang melibatkan petroleum atau keluaran petroleum; “penstoran” termasuk pemprosesan, pembahagian, atau pemindahan petroleum; perbuatan meletakkan dalam stor, atau menyusun di sesuatu tempat atau dalam sesuatu pesawat udara, kenderaan motor, trailer motor atau vesel; “petroleum” ertinya apa-apa minyak mineral atau hidrokarbon relatif dan gas asli yang terdapat dalam keadaan semula jadinya dan kepala selongsong petroleum spirit termasuk batu syal bitumen dan mendapan lain yang berlapis yang darinya minyak boleh diperoleh, termasuk keluaran petroleum; “petroleum Kelas I” ertinya petroleum yang mempunyai titik nyala di bawah 37.8˚C “petroleum Kelas I A ” ertinya petroleum yang mempunyai titik nyala di bawah 22.8˚ C dan mempunyai titik didih di bawah 37.8˚ C; “petroleum Kelas I B ” ertinya petroleum yang mempunyai titik nyala di bawah 22.8˚ C dan mempunyai titik didih pada atau lebih tinggi daripada 37.8˚ C; “petroleum Kelas I C ” ertinya petroleum yang mempunyai titik nyala pada atau lebih tinggi daripada 22.8˚ C dan di bawah 37.8˚ C; “petroleum Kelas II” ertinya petroleum yang mempunyai titik nyala pada atau lebih tinggi daripada 37.8˚ C dan di bawah 60˚ C; “petroleum Kelas III” ertinya petroleum yang mempunyai titik nyala pada atau lebih tinggi daripada 60˚C; “petroleum Kelas III A ” ertinya petroleum yang mempunyai titik nyala pada atau lebih tinggi daripada 60˚C dan di bawah 93.4˚C; “petroleum Kelas III B ” ertinya petroleum yang mempunyai titik nyala pada atau lebih tinggi daripada 93.4˚C; “petroleum pukal” ertinya suatu kargo homogen petroleum yang distor dalam tangki aliran bebas dan dikehendaki supaya dikendalikan secara mengepam atau melalui aliran graviti; “pihak berkuasa tempatan” atau “pihak berkuasa” ertinya “pihak berkuasa tempatan” sebagaimana ditakrifkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak [Swk. Bab 117] atau Perbandaran yang ditubuhkan di bawah Ordinan Perbandaran Kuching bagi Negeri Sarawak [Swk. Bab 116] dan “pihak berkuasa” sebagaimana ditakrifkan di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 bagi Negeri Sabah [Sabah Ord. 11 Tahun 1961]; “premis berlesen” ertinya premis yang mengenainya terdapat lesen bagi menstor dan mengendalikan petroleum; “sistem bahan api gas petroleum cair” ertinya sesuatu pasangan yang mengandungi satu atau lebih bekas yang mempunyai cara untuk menghantar gas petroleum cair dari bekas itu ke alat pembahagi atau penggunaan (sama ada berterusan atau terhenti-henti) dan yang menyatukan komponen yang dimaksudkan untuk mendapatkan pengawalan kuantiti, pengaliran, tekanan atau keadaan (sama ada cecair atau wap); “talian paip” ertinya semua bahagian kemudahan fizikal yang melaluinya petroleum digerakkan dalam pengangkutan termasuk paip, injap dan perkakas lain yang dipasangkan kepada paip, pam, unit pemampat, meter, pengatur dan pasangan-pasangan berangka; “tataamalan ertinya suatu dokumen yang menetapkan amalan yang disyorkan bagi reka bentuk, pengilangan, pembentukan, penyenggaraan atau penggunaan kelengkapan, pemasangan, struktur atau keluaran dan yang disebut dalam seksyen 46; “tempat berlabuh petroleum” ertinya suatu tempat yang ditetapkan sebagai tempat berlabuh petroleum melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; “vesel” termasuklah setiap jenis vesel sama ada didorong oleh jentera atau layar, bangkai kapal, jong, bot, sampan atau apa-apa jenis kraf yang digunakan untuk membawa orang atau benda melalui air atau untuk penstoran.
PENGANGKUTAN PETROLEUM MELALUI JALAN RAYA DAN KERETAPI
dengan pengangkutan sedemikian dan khususnya, bagi mengawal selia dan membenarkan woksyop bagi penukaran, pemasangan, penyesuaian dan penambahan apa-apa sistem bahan bakar gas petroleum cair bagi kenderaan motor.
Dengan syarat bahawa mengenai sesuatu pelanggaran mana-mana peruntukan Bahagian ini atau apa-apa kehendak mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini yang berhubungan dengan petroleum Kelas I A atau Kelas I B , mana-mana orang yang melakukan kesalahan itu boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit dan denda tambahan tidak melebihi dua ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari yang kesalahan itu berlaku atau berterusan selepas hari pertama yang berkenaan dengannya sabitan itu direkodkan. B AHAGIAN III PENGANGKUTAN PETROLEUM MELALUI AIR
apa-apa petroleum yang disebut di bawah seksyen 8 hendaklah memunggah atau melepaskan dan menstor petroleum itu dalam premis yang dinyatakan dalam lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 19 dengan seberapa segera yang boleh selepas diberi kebenaran yang disebut di dalam seksyen itu.
Dengan syarat bahawa peruntukan ini tidaklah terpakai bagi pemuatan atau pemunggahan atau pelepasan petroleum itu secara pukal daripada mana-mana vesel dan terus kepada atau daripada mana- mana pepasangan di pantai.
dimuatkan di pelabuhan itu hendaklah, apabila diperintahkan berbuat demikian oleh pegawai pelabuhan, menuju terus ke mana-mana tempat berlabuh yang diarahkan oleh pegawai pelabuhan itu di dalam atau di luar had pelabuhan itu.
B AHAGIAN IV PENGANGKUTAN PETROLEUM MELALUI UDARA
B AHAGIAN V PENGANGKUTAN PETROLEUM MELALUI TALIAN PAIP
pantai kecuali di bawah kebenaran yang diberi oleh Menteri, atau selain di sepanjang laluan yang ditanda atas peta yang dilampirkan dengan kebenaran itu atau dalam sesuatu sempadan lencongan sisi daripada laluan itu sebagaimana ditetapkan dalam kebenaran itu, atau oleh seseorang selain orang yang dinamakan dalam kebenaran itu.
Dengan syarat bahawa Menteri diberitahu mengenai kerja itu dalam tempoh dua puluh empat jam dari permulaan kerja itu dan satu salinan peta yang menunjukkan laluan kerja-kerja talian paip dan butir-butir rekod kerja itu dikemukakan kepada Menteri dengan seberapa segera yang praktik.
diambil tidak mendatangkan faedah bagi keselamatan nyawa atau harta, dia boleh menghendaki pembetulannya dalam tempoh masa sebagaimana dinyatakan olehnya secara bertulis.
. (1) Bahagian ini tidaklah boleh terpakai bagi pembekalan gas kepada pengguna-pengguna melalui talian paip di bawah Akta Bekalan Gas 1993 [Akta 501].
B AHAGIAN VI PENGENDALIAN DAN PENSTORAN PETROLEUM
menstor atau mengendalikan apa-apa petroleum melainkan jika dia ialah pemegang lesen penstoran petroleum yang sah atau lesen pengendalian petroleum yang sah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diberi di bawah Akta ini yang membenarkan penstoran atau pengendalian petroleum dan memperuntukkan bahawa petroleum itu hendaklah distor atau dikendalikan mengikut apa-apa syarat, jika ada, sebagaimana yang terdapat pada lesen itu. (1 A ) Subseksyen (1) tidaklah terpakai berkenaan dengan mana- mana orang yang bertindak dengan sah di bawah pengawasan atau arahan seseorang yang memiliki lesen pengendalian petroleum yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
(a) berkenaan dengan mana-mana kawasan di bawah suatu pihak berkuasa tempatan, atau pihak berkuasa mengenai Sabah, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri, pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa itu; dan (b) berkenaan dengan mana-mana kawasan selain kawasan yang tersebut di bawah perenggan (a), orang yang diberi kuasa oleh Menteri dengan perintah.
(a) jika penghuni mana-mana premis itu tidak mematuhi kehendak tersebut di atas dalam subseksyen ini, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan denda tambahan sebanyak satu ribu ringgit bagi tiap-tiap satu hari atau sebahagian daripada satu hari yang kegagalan itu berlaku atau berterusan; (b) jika mana-mana orang menurunkan, merosakkan, atau mencacatkan apa-apa notis yang ditampal mengikut kehendak subseksyen ini, dia boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit; dan (c) jika mana-mana orang yang diambil kerja oleh penghuni itu melanggar apa-apa syarat yang baginya notis telah diberi mengikut kehendak subseksyen ini, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.
(a) disimpan di mana-mana tempat; atau (b) dihantar atau dibawa di antara mana-mana dua tempat di Malaysia; atau (c) dijual atau didedahkan atau ditawarkan untuk jualan, hendaklah dilampirkan pada, atau jika ianya tidak praktik, dipamerkan berhampiran dengan, bekas atau bejana yang mengandungi petroleum itu, suatu label yang menunjukkan apa-apa maklumat atau perihalan sebagaimana ditetapkan oleh peraturan-peraturan termasuklah yang berikut: (i) mengenai petroleum yang disimpan, nama dan alamat penerima konsain atau pemunya; (ii) mengenai petroleum yang dihantar atau dibawa, nama dan alamat penghantar; dan (iii) mengenai petroleum yang dijual atau didedahkan atau ditawarkan untuk jualan, nama dan alamat penjual.
(a) menyaman mana-mana orang untuk hadir di hadapannya di sesuatu pendengaran untuk memberi keterangan dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen (jika ada) sebagaimana disebut dalam saman itu; dan (b) di pendengaran yang disebut dalam perenggan (a) memberi keterangan atas sumpah atau pengakuan dan bagi maksud itu, dia boleh— (i) menghendaki seseorang yang hadir di pendengaran itu memberi keterangan, sama ada dengan mengangkat sumpah atau membuat pengakuan; dan (ii) mengendalikan sumpah atau pengakuan kepada seseorang yang hadir sedemikian itu.
(a) orang yang disampaikan kepadanya saman supaya hadir sebagai saksi di sesuatu pendengaran menurut perenggan (4)(a), tanpa alasan yang munasabah, tidak hadir sebagaimana dikehendaki; atau (b) orang yang hadir sebagai saksi di pendengaran di hadapannya telah, tanpa alasan yang munasabah— (i) apabila dikehendaki menurut perenggan (4)(b) sama ada untuk mengangkat sumpah atau membuat pengakuan; (ii) apabila dikehendaki olehnya menjawab sesuatu soalan di pendengaran itu; atau (iii) apabila dikehendaki mengemukakan sesuatu dokumen oleh suatu saman di bawah Akta ini yang disampaikan kepadanya seperti ditetapkan, enggan atau tidak mematuhi kehendak itu, dia boleh, melalui surat cara secara bertulis, memperakukan ketidakhadiran atau keengganan atau tidak mematuhi kehendak itu, mengikut mana yang berkenaan, kepada Mahkamah Tinggi.
(a) boleh memerintahkan orang itu supaya hadir atau supaya mematuhi kehendak itu di suatu pendengaran di hadapan orang yang mengadakan siasatan itu pada masa dan tempat yang dinyatakan dalam perintah itu; atau (b) boleh menghukum orang itu mengikut cara yang sama seolah-olah dia bersalah menghina Mahkamah itu, dan jika difikirkannya patut, boleh juga membuat suatu perintah di bawah perenggan (a).
(a) menghina mana-mana orang yang mengadakan sesuatu siasatan di bawah seksyen 23 dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya sebagai orang yang sedemikian di pendengaran yang dijalankan olehnya; (b) mengacau ganggu sesuatu pendengaran di hadapan mana-mana orang yang mengadakan siasatan; atau (c) melakukan apa-apa perbuatan lain yang, jika orang yang mengadakan siasatan itu adalah suatu mahkamah, menjadikannya menghina mahkamah.
(a) 95 liter atau kurang petroleum Kelas I A ; (b) 450 liter atau kurang petroleum Kelas I B , I C , Kelas II atau III; (c) 225 liter atau kurang petroleum Kelas I B , I C , Kelas II atau Kelas III dalam tangki mudah alih; (d) bekalan bagi satu hari atau kurang bagi kegunaan perindustrian; dan (e) 50 kilogram atau kurang gas petroleum cair dalam silinder yang menunggu untuk digunakan dalam premis domestik: Dengan syarat bahawa bekas atau bejana dalam mana petroleum itu distor hendaklah tertakluk pada mana-mana peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya berhubungan dengan reka bentuk dan spesifikasi bekas atau bejana itu.
B AHAGIAN VII PENGGUNAAN KELENGKAPAN, ALAT, BAHAN, LOJI, PERKAKAS, BANGUNAN, STRUKTUR DAN PEPASANGAN
(b) “Jenis yang diluluskan” ertinya apa-apa kelengkapan, alat, bahan, loji, perkakas, bangunan, struktur dan pepasangan atau mana-mana bahagiannya daripada reka bentuk dan spesifikasi yang serupa sebagaimana yang dinyatakan dalam senarai kelengkapan, alat, bahan, loji, perkakas, bangunan, struktur dan pepasangan yang diisytiharkan oleh Menteri sebagai kelengkapan yang telah diuji dan didapati selamat dan sesuai bagi kegunaan tersebut dan sebagaimana diubah suai, diubah atau dipinda dari semasa ke semasa di bawah seksyen 29.
(b) Suatu perakuan yang disebut di bawah perenggan (a) hendaklah menyatakan butir-butir mengenai ujian atau penentusahan yang dijalankan dan hendaklah termasuk keputusannya.
kelengkapan, alat, bahan, loji, perkakas, bangunan, struktur dan pepasangan yang telah diluluskan terdahulu atau mana-mana bahagiannya menjadi berlawanan dengan seksyen 28, tiada apa-apa kelengkapan, alat, bahan, loji, perkakas, bangunan, struktur dan pepasangan atau mana-mana bahagiannya boleh digunakan melainkan jika dibetulkan mengikut kehendak pengubahsuaian, perubahan atau pemindaan itu dan tertakluk pada apa-apa tempoh pembetulan sebagaimana dibenarkan oleh Menteri.
B AHAGIAN VIII KELENGKAPAN, ALAT, BAHAN, LOJI, PERKAKAS, BANGUNAN, STRUKTUR DAN PEPASANGAN YANG SEDIA ADA
(b) Menteri boleh menurut budi bicaranya membenarkan suatu lanjutan masa tidak lebih daripada dua tahun dari habis tempoh permulaan tiga tahun di bawah perenggan (a). (c) Suatu permohonan bagi apa-apa lanjutan masa yang disebut di bawah perenggan (b) hendaklah dibuat kepada Menteri tidak lewat daripada enam bulan sebelum habis tempoh permulaan tiga tahun itu.
B AHAGIAN IX KUASA AM BAGI PEMBETULAN
bahagiannya membahayakan keselamatan nyawa atau harta. B AHAGIAN X LIABILITI
Dengan syarat bahawa penentusahan itu hendaklah termasuk suatu aku janji oleh orang yang membuat penentusahan itu untuk menerima tanggungjawab sepenuhnya berkenaan dengan bangunan, pepasangan, kelengkapan atau radas itu. B AHAGIAN XI AM
yang memberikannya itu.
(a) boleh selepas mengemukakan surat kuasa secara bertulis yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatannya untuk melaksanakan kemasukan itu, memasuki, meneliti dan memeriksa pada setiap masa yang munasabah pada waktu siang atau pada waktu malam mana-mana premis berlesen, dan tiap-tiap bahagiannya, dan mana-mana premis di mana petroleum disimpan, atau yang dia mengesyaki ada tersimpan, dengan melanggar peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya; (b) boleh menghendaki penghuni mana-mana premis yang dia berhak masuk atau semua orang yang diambil kerja di dalamnya oleh penghuni itu, memberi kepadanya sampel mana-mana petroleum yang dijumpai di premis itu; (c) boleh menghendaki pengemukaan rekod, perakuan, notis dan dokumen yang disimpan menurut Akta ini dan apa-apa jua pun dan untuk meneliti, memeriksa dan membuat salinan dari mana-mana daripadanya; dan (d) boleh menghendaki supaya sesuatu pengendalian sama ada secara langsung atau secara tidak langsung berkaitan dengan pengangkutan, penstoran atau penggunaan petroleum dalam mana-mana premis dihentikan, jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa pengendalian yang berterusan akan memudaratkan keselamatan nyawa atau harta, atau menyebabkan tidak boleh dikendalikan apa-apa kelengkapan, alat, bahan, loji, perkakas, bangunan, struktur dan pepasangan atau mana-mana bahagiannya yang tidak mematuhi peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan- peraturan yang dibuat di bawahnya, dengan melekatkan suatu meterai atau dengan cara lain yang disifatkannya paling sesuai bagi maksud itu.
, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.
(a) boleh mengambil sampel mana-mana petroleum daripada mana-mana peniaga di dalamnya atau daripada mana-mana orang yang menyimpan petroleum bagi maksud apa-apa perdagangan atau perindustrian, atau boleh setelah mengemukakan salinan pemberian kuasanya mengenai seseorang pegawai yang diberi kuasa oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa yang disebut di bawah seksyen 19, menghendaki peniaga itu atau orang lain menunjukkan kepadanya tiap-tiap tempat dan apa-apa bekas atau bejana di mana petroleum yang ada dalam miliknya disimpan dan untuk memberi kepadanya sampel petroleum itu apabila dibayar nilainya; dan (b) boleh menguji atau menyebabkan diuji di mana-mana tempat yang sesuai dan pada masa yang munasabah sebagaimana ditetapkannya apa-apa sampel yang diperolehnya sedemikian itu.
(a) memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam atau tingkap mana-mana tempat; (b) secara paksa memasuki tempat itu dan tiap-tiap bahagiannya; dan (c) membuang dengan paksa apa-apa halangan terhadap kemasukan atau jalan masuk itu.
hukuman, penalti atau lucut hak bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, kecuaian atau kemungkiran, dia boleh dikenakan hukuman, penalti atau lucut hak yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, kecuaian atau kemungkiran yang serupa bagi mana-mana ejen atau pekhidmat yang diambil kerja olehnya dalam penjalanan perniagaannya sebagai orang yang diberi lesen, dan tiap-tiap ejen atau pekhidmat yang diambil kerja oleh seseorang yang diberi lesen di bawah Akta ini, dalam penjalanan perniagaan di bawah lesen itu boleh juga dikenakan tiap-tiap hukuman, penalti atau lucut hak yang ditetapkan bagi perbuatan, peninggalan, kecuaian atau kemungkiran itu yang berlawanan dengan peruntukan Akta ini atau peraturan- peraturan yang dibuat di bawahnya dengan sepenuhnya dan berkesan seolah-olah ejen atau pekhidmat itu adalah orang yang telah diberikan lesen itu.
(a) radas atau premis yang diberi lesen, permit atau kelulusan sedemikian telah menjadi tidak layak yang bagi maksudnya ia telah diberi lesen, permit atau kelulusan; (b) orang yang kepadanya lesen, permit, kelulusan atau tempoh lanjutan itu diberikan telah melakukan pelanggaran terhadap mana-mana syarat lesen, permit, kelulusan atau tempoh lanjutan itu; atau (c) penerusan lesen, permit, kelulusan atau tempoh lanjutan itu adalah bertentangan dengan keselamatan awam, meminta pemegang lesen, permit, kelulusan atau tempoh lanjutan supaya menunjukkan sebab mengapa lesen, permit, kelulusan atau tempoh lanjutannya tidak patut dibatalkan.
(a) hendaklah diberikan butir-butir secara bertulis yang menjadi asas dia diminta menunjukkan sebab oleh orang atau pihak berkuasa, mengikut mana yang berkenaan; dan (b) boleh, jika dia kehendaki sedemikian, hadir di pendengaran itu atau diwakili di pendengaran itu oleh seorang lain yang diberi kuasa olehnya secara bertulis.
(a) Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia, dan mana-mana angkatan lain yang berada secara sah di sisi undang-undang di Malaysia; dan (b) Kerajaan Persekutuan dan mana-mana Kerajaan sesuatu Negeri.
(a) bagi menetapkan ujian yang hendak dikenakan bagi semua petroleum untuk menentukan titik nyalanya, dan cara pemakaiannya; (b) bagi menentukan pengelasan petroleum atau mana-mana daripada berbagai jenis cecair yang disebut dalam seksyen 2; (c) bagi mengawal selia pelesenan dan pengurusan tempat bagi penstoran petroleum; (d) bagi mengawal selia pemuatan dan pemunggahan dan pelepasan petroleum; (e) bagi mengawal selia keselamatan pengangkutan petroleum; (f) bagi menetapkan pembinaan dan bahan-bahan mana-mana tempat dalam mana petroleum boleh distor; (g) bagi mengawal selia cara bagaimana petroleum hendak distorkan; (h) bagi menetapkan tatacara, kelengkapan, bahan, perkakas dan alat yang akan digunakan untuk mencegah atau memadam kebakaran dalam mana-mana tempat; (i) bagi membuat peruntukan mengenai perlindungan premis yang bersempadan dengan tempat-tempat yang dilesen; (j) bagi menetapkan syarat dan sekatan yang akan dikenakan ke atas vesel yang tiba di mana-mana pelabuhan selepas membawa petroleum sebagai sebahagian atau kesemua kargo terakhirnya; (k) bagi menetapkan fi bagi lesen dan permit yang boleh dikeluarkan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan- peraturan yang dibuat di bawahnya; (l) (Dipotong oleh Akta A807); (m) bagi menetapkan tempat berlabuh petroleum di mana-mana pelabuhan; (n) bagi menetapkan piawaian dan cara pembinaan dan bahan yang digunakan bagi talian paip; (o) bagi menetapkan kelayakan yang hendak diperoleh oleh orang sebelum mereka boleh ditempatkan untuk menjaga atau diamanahkan dengan penjagaan atau pengurusan pepasangan tertentu atau sebelum mereka boleh terus menjalankan kerja tertentu yang berkaitan dengan petroleum atau keluaran petroleum; (p) bagi menetapkan jenis latihan, peperiksaan dan ujian bagi pengawardan perakuan dalam perenggan (o) di atas, bentuk perakuan itu, cara dan pengeluarannya, dan fi yang kena dibayar bagi peperiksaan dan perakuan itu dan bagi menetapkan cara dan hal keadaan dalam mana perakuan itu boleh diubah suai, digantung atau dibatalkan; dan (q) amnya bagi menjalankan maksud Akta ini.
yang berkenaan, yang mengeluarkan lesen atau permit itu.
Jadual [Subseksyen 2(1)]
SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari Akta A663 Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) (Pindaan) 1987 Akta A807 Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) (Pindaan) 1991 Akta A843 Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) (Pindaan) 1993 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A807 Akta A663 Akta A807 Akta A807 Akta A807 Akta A807 Akta A807 10 A Akta A807 Akta A807 Akta A807 Akta A807 Akta A807 Akta A807 18 A Akta A843 Akta A807 Akta A807 27 A Akta A843 Akta A807 Akta A807 Akta A807 Akta A807 Jadual Akta A807