로고

Sebagaimana pada 1 Disember 2011

AKTA KEDAH DAN PULAU PINANG (PENGUBAHAN SEMPADAN) 1985 Tarikh Perkenan Diraja … … … 31 Disember 1985 Tarikh penyiaran dalam Warta … … 9 Januari 1986 Akta 325 AKTA KEDAH DAN PULAU PINANG (PENGUBAHAN SEMPADAN) 1985 SUSUNAN SEKSYEN AKTA KEDAH DAN PULAU PINANG (PENGUBAHAN SEMPADAN) 1985 Suatu Akta di bawah Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan untuk mengubah sebahagian daripada sempadan di antara Negeri Kedah dan Pulau Pinang. [1 Jun 1986, P.U. (B) 242/1986] BAHAWASANYA telah dipersetujui antara Negeri Kedah dengan Negeri Pulau Pinang bahawa bahagian sempadan yang sedia ada di antara Negeri-Negeri tersebut diubah; BAHAWASANYA Majlis Raja-Raja telah mempersetujui Akta ini; DAN BAHAWASANYA Negeri Kedah dan Negeri Pulau Pinang telah melahirkan persetujuan mereka kepada Akta ini melalui Enakmen Pengubahan Sempadan (Kedah dan Pulau Pinang) No. 3 Tahun 1985 bagi Kedah dan Enakmen Pengubahan Sempadan (Negeri Pulau Pinang) No. 1 Tahun 1985 bagi Pulau Pinang; MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Pengubahan sempadan di antara Negeri Kedah dan Negeri Pulau Pinang 3. Sebahagian daripada Pulau Pinang yang tidak termasuk dalam Pulau Pinang dan kemasukan bahagian itu ke dalam Kedah Akta 325

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kedah dan Pulau Pinang (Pengubahan Sempadan) 1985. Pengubahan sempadan di antara Negeri Kedah dan Negeri Pulau Pinang

2. (1) Bahagian sempadan di antara Negeri Kedah dan Negeri Pulau Pinang yang di sepanjang Sungai Muda adalah diubah ke garis tengah di sepanjang alur Sungai Muda sebagaimana Sungai itu mengalir sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, pengubahan kepada ke sempadan tersebut yang ditunjukkan dalam Pelan yang disimpan dikenal pasti dengan rujukan kepada PeIan Warta No. PW 1000 hingga PW 1008 sebagai Pelan

— (a) yang masing-masing diperakui oleh Pengarah Ukur, Kedah/Perlis, dan Pengarah Ukur, Pulau Pinang, sebagai Pelan sempadan yang diluluskan dan yang betul sebagaimana diubah sedemikian dan kawasan sekelilingnya; dan (b) yang bertarikh dan disimpan dalam pejabat Pengarah Ukur, Kedah/Perlis, dan Pengarah Ukur, Pulau Pinang.

(2) Sekiranya berlaku apa-apa perubahan dalam peraliran Sungai Muda yang disebabkan oleh proses hakisan dan enaptimbus yang semula jadi dan secara beransur-ansur, sempadan itu hendaklah mengikut peraliran Sungai yang berubah di sepanjang garis tengah alur Sungai itu. Sebahagian daripada Pulau Pinang yang tidak termasuk dan kemasukan bahagian itu ke dalam Kedah

3. Bahagian Negeri Pulau Pinang yang mengandungi UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 325 AKTA KEDAH DAN PULAU PINANG (PENGUBAHAN SEMPADAN) 1985 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 325 AKTA KEDAH DAN PULAU PINANG (PENGUBAHAN SEMPADAN) 1985

— (a) Sungai Muda yang bermula dari garis tengah alur Sungai Muda hingga tebing utara Sungai itu; dan (b) kawasan yang berwarna hijau dalam Pelan No. PW 1003 disimpan yang disebut dalam seksyen 2; (kemudian daripada ini dalam Akta ini disebut “kawasan tersebut”) hendaklah, berbangkit daripada pengubahan sempadan yang disebut terdahulu (aa) terhenti menjadi sebahagian daripada Negeri Pulau Pinang dan Pihak Berkuasa Negeri Pulau Pinang hendaklah melepaskan dan berhenti daripada menjalankan apa-apa kedaulatan terhadap kawasan tersebut, dan semua kuasa dan bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri Pulau Pinang dan Badan Perundangan Negeri Pulau Pinang dalam dan berkenaan dengannya hendaklah berakhir; dan (bb) menjadi sebahagian daripada dan diletak hak pada Negeri Kedah, dan Raja Negeri Kedah hendaklah menjalankan kedaulatan, kuasa dan bidang kuasa dalam dan berkenaan dengannya, dan Badan Perundangan Negeri Kedah hendaklah menjalankan kuasa perundangannya dalam dan berkenaan dengannya. SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari −TIADA− SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari −TIADA−