Sebagaimana pada 1 Januari 2013
AKTA SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (ELAUN KENANGAN) 1990 Tarikh Persetujuan Diraja … … … 23 April 1990 Tarikh diterbitkan dalam Warta… … … 10 Mei 1990 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 439 AKTA SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (ELAUN KENANGAN) 1990 SUSUNAN SEKSYEN AKTA SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (ELAUN KENANGAN) 1990 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai pemberian elaun kenangan kepada penerima Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa dan untuk perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [11 Mei 1990] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Pemberian elaun kenangan 4. Pemberhentian pemberian elaun kenangan 5. Pemberian kepada waris kadim penerima jika Darjah Kebesaran dianugerahkan selepas kematian 6. Pemberian kepada waris kadim penerima yang telah mati sebelum Akta mula berkuat kuasa 7. Menteri mengagihkan amaun yang akan dibayar 8. Elaun kenangan dan jumlah wang hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan 9. Elaun kenangan dan jumlah wang tidak boleh diserah hak, dsb. UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 439
“anak” termasuklah anak tiri dan anak yang diambil sebagai anak angkat, sebelum kematian penerima, di bawah mana-mana undang-undang bertulis, adat atau kelaziman; “Darjah Kebesaran” ertinya Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa yang dianugerahkan di bawah Statut Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) [G.N. 3150 tahun 1960]; “elaun kenangan” ertinya elaun kenangan yang diberikan di bawah subseksyen 3 (1); “Menteri” ertinya Perdana Menteri; “penerima” ertinya seseorang yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran; “suami” atau “isteri” ertinya balu atau duda penerima yang mati yang perkahwinannya diiktiraf di Malaysia sebagai suatu perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, agama, adat atau kelaziman.
*CATATAN─ Lihat seksyen 4 dan 5 Akta A1136 bagi penghitungan dan cara pembayaran dan pemberian kepada waris kadim penerima yang mati sebelum permulaan kuat kuasa Akta.
(a) apabila penerima itu mati; (b) apabila penerima itu disabitkan bagi suatu kesalahan oleh mahkamah undang-undang dalam Persekutuan dan dikenakan hukuman mati, atau dipenjarakan bagi apa-apa tempoh selain dipenjarakan sebagai ganti pembayaran denda; atau (c) apabila penganugerahan Darjah Kebesaran itu dikenselkan atau dibatalkan mengikut seksyen VIII Statut Seri Pahlawan Gagah Perkasa, dan tiada elaun kenangan boleh dibayar mulai dari bulan bila kematian itu berlaku, atau hukuman itu dikenakan, atau penganugerahan Darjah Kebesaran dikenselkan atau dibatalkan, mengikut mana-mana yang berkenaan. (1 A ) Bagi maksud subseksyen (1), bulan yang hukuman itu dikenakan ertinya bulan yang hukuman itu dijatuhkan oleh mahkamah yang membicarakan atau jika ada rayuan terhadap hukuman itu bulan yang hukuman itu disahkan atas rayuan itu.
dibuat.
(a) kepada suami atau isteri atau isteri-isteri dan anak-anak kepada penerima yang mati yang masih hidup pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; (b) jika pada tarikh demikian tiada suami atau isteri atau anak yang masih hidup, kepada ibu bapanya atau ibunya atau bapanya yang masih hidup pada tarikh demikian; atau (c) jika pada tarikh demikian tiada ibu atau bapa yang masih hidup, kepada datuk neneknya atau datuknya atau neneknya yang masih hidup pada tarikh demikian.
(a) kepada suami atau isteri atau isteri-isteri dan anak-anak kepada penerima yang mati yang masih hidup pada tarikh penganugerahan Darjah Kebesaran itu; (b) jika pada tarikh demikian tiada suami atau isteri atau anak yang masih hidup, kepada ibu bapanya atau ibunya atau bapanya yang masih hidup pada tarikh demikian; atau (c) jika pada tarikh demikian tiada ibu atau bapa yang masih hidup, kepada datuk neneknya atau datuknya atau neneknya yang masih hidup pada tarikh demikian. (Elaun Kenangan) 9
(a) kepada suami atau isteri atau isteri-isteri dan anak-anak penerima yang mati yang masih hidup pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; (b) jika pada tarikh demikian tiada suami atau isteri atau anak yang masih hidup, kepada ibu bapanya atau ibunya atau bapanya yang masih hidup pada tarikh demikian; atau (c) jika pada tarikh demikian tiada ibu atau bapa yang masih hidup, kepada datuk neneknya atau datuknya atau neneknya yang masih hidup pada tarikh demikian.
SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari Akta A1136 Akta Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2001 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A1136 Akta A1136