UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 2
Tarikh Perkenan Diraja 15 Februari 1969 Tarikh penyiaran dalam Warta 27 Februari 1969
Suatu Akta bagi membuat peruntukan untuk mengisytiharkan fungsi dan pemindahan fungsi Menteri, untuk menetapkan nama jawatan Menteri, dan bagi maksud yang berkenaan dan berhubungan dengannya. MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Fungsi dan nama jawatan Menteri 3. Natijah pemindahan fungsi dan perubahan nama jawatan 4. Rujukan dalam undang-undang bertulis 5. Pemansuhan dan kecualian
Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah dalam Warta memberitahu— (a) bahawa seseorang Menteri telah diberi apa-apa fungsi atau telah dipertanggungkan dengan apa-apa tanggungjawab mengenai sesuatu jabatan atau perkara yang tertentu atau bahawa sesuatu fungsi atau tanggungjawab yang tersebut itu telah dipindahkan kepada seorang Menteri yang lain; (b) bahawa suatu nama jawatan telah diberikan kepada seseorang Menteri (kecuali Perdana Menteri) atau bahawa nama jawatan yang tersebut itu telah diubah.
Sesuatu perintah yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah seksyen ini— (a) boleh mengadakan peruntukan mengenai pemindahan apa-apa harta, hak atau tanggungan yang dipegang, dinikmati atau dilakukan oleh mana-mana Menteri berhubung dengan apa-apa fungsi yang diberikan atau dipindahkan itu; dan (b) boleh mengandungi apa-apa peruntukan lain yang perlu dan suai manfaat untuk memberi kesan kepada perintah itu.
Dengan syarat bahawa perintah yang dibuat di bawah Ordinan itu atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan pemindahan fungsi seorang Menteri atau pegawai awam yang berkuat kuasa sebelum sahaja Akta ini mula berkuat kuasa hendaklah disifatkan telah dibuat di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa, dan boleh dipinda atau dibatalkan dengan sewajarnya. SENARAI PINDAAN Undang-undang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari – TIADA –
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari −TIADA−