Sebagaimana pada 1 Julai 2020
AKTA CUKAI PENDAPATAN (CARUMAN DAN PEMBAYARAN BALIK STOK PENIMBAL TIMAH) 1974 Tarikh Perkenan Diraja 5 Jun 1974 Tarikh penyiaran dalam Warta 13 Jun 1974 Akta 132 AKTA CUKAI PENDAPATAN (CARUMAN DAN PEMBAYARAN BALIK STOK PENIMBAL TIMAH) 1974 SUSUNAN SEKSYEN AKTA CUKAI PENDAPATAN (CARUMAN DAN PEMBAYARAN BALIK STOK PENIMBAL TIMAH) 1974 Suatu Akta bagi membuat peruntukan untuk pengiraan caruman dan pembayaran balik di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Timah (Stok Penimbal) 1972 bagi maksud cukai pendapatan. [14 Jun 1974] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
Seksyen 1. Tajuk ringkas dan kuat kuasa 2. Tafsiran 3. Pilihan mengenai pengiraan caruman bagi maksud cukai 4. Pengiraan caruman bagi maksud cukai jika ada pilihan 5. Pengiraan pembayaran balik bagi maksud cukai jika tiada pilihan 6. Peremitan cukai Akta 132
“caruman” berkenaan dengan seseorang pencarum, ertinya sesuatu caruman yang dia dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan Kawalan Timah (Stok Penimbal) 1972 [P.U. (A) 64/1972] (dalam Akta ini disebut Peraturan-Peraturan itu) supaya membayarnya, dan termasuklah suatu caruman di bawah Peraturan-Peraturan itu yang ditanggung olehnya dengan potongan daripada harga yang dibayar kepadanya, dan sebutan mengenai caruman yang dibayar hendaklah ditafsirkan seperti itu juga; “cukai pendapatan” ertinya cukai pendapatan yang dikenakan oleh Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53] (dalam Akta ini disebut Akta Cukai Pendapatan); “pembayaran balik” ertinya suatu jumlah wang yang dibayar balik di bawah peraturan 26 Peraturan-Peraturan itu; “pencarum” ertinya seseorang yang didaftarkan sebagai seorang pencarum di bawah peraturan 7 Peraturan-Peraturan itu dan termasuklah mana-mana orang lain yang membuktikan dengan memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa dia telah membayar atau menanggung caruman di bawah apa-apa perjanjian atau perkiraan; “perakuan carum” ertinya Perakuan Syer Stok Penimbal yang dikeluarkan di bawah peraturan 24 Peraturan-Peraturan itu.
(a) jika amaun pendapatan statutori yang berkenaan itu melebihi amaun caruman (kemudian daripada ini dalam seksyen ini disebut amaun caruman yang berkenaan) yang dibayar olehnya dalam tahun sebelum tahun yang berkenaan itu mengenai bijih padat timah yang dijual olehnya dalam menjalankan perniagaan yang berkenaan itu, lebihan itu hendaklah disifatkan sebagai amaun pendapatan statutorinya daripada perniagaan yang berkenaan bagi maksud seksyen 42 Akta Cukai Pendapatan; (b) jika amaun pendapatan statutori yang berkenaan itu sama banyaknya dengan amaun caruman yang berkenaan, dia hendaklah disifatkan tidak mempunyai apa-apa pendapatan statutori daripada perniagaan yang berkenaan bagi tahun yang berkenaan bagi maksud seksyen 42 Akta Cukai Pendapatan; (c) jika amaun caruman yang berkenaan melebihi amaun pendapatan statutori yang berkenaan, dia hendaklah disifatkan tidak mempunyai apa-apa pendapatan statutori daripada perniagaan yang berkenaan bagi tahun yang berkenaan bagi maksud seksyen 42 Akta Cukai Pendapatan dan lebihan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu kerugian larasan yang ditanggung olehnya daripada perniagaan yang berkenaan dalam tahun sebelum tahun yang berkenaan bagi maksud subseksyen 44(2) Akta Cukai Pendapatan.
(a) jika ada apa-apa kerugian larasan yang ditanggung olehnya dalam tahun sebelum tahun yang berkenaan dalam perniagaan yang berkenaan, amaun caruman yang berkenaan hendaklah dicampurkan kepada amaun kerugian larasan itu dan amaun agregat itu hendaklah disifatkan sebagai kerugian larasan yang ditanggung olehnya dalam tahun sebelum tahun yang berkenaan dalam perniagaan yang berkenaan, bagi maksud subseksyen 44(2)Akta Cukai Pendapatan; (b) bagi sesuatu hal lain, amaun caruman yang berkenaan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu kerugian larasan yang ditanggung olehnya dalam perniagaan yang berkenaan dalam tahun sebelum tahun yang berkenaan bagi maksud subseksyen 44(2) Akta Cukai Pendapatan.
Pendapatan.
(a) jika tidak ada kerugian larasan yang ditanggung olehnya dalam perniagaan yang berkenaan dalam tahun sebelum tahun yang berkenaan, amaun pembayaran balik yang berkenaan hendaklah disifatkan sebagai amaun pendapatan statutorinya daripada perniagaan yang berkenaan bagi tahun yang berkenaan, bagi maksud seksyen 42 Akta Cukai Pendapatan; (b) jika ada sesuatu kerugian larasan— (i) jika amaun pembayaran balik yang berkenaan melebihi amaun kerugian larasan tersebut, lebihan itu hendaklah disifatkan sebagai amaun pendapatan statutorinya daripada perniagaan yang berkenaan bagi tahun yang berkenaan, bagi maksud seksyen 42 Akta Cukai Pendapatan; (ii) jika amaun pembayaran balik yang berkenaan sama banyaknya dengan amaun kerugian larasan tersebut, dia hendaklah disifatkan tidak mempunyai apa-apa pendapatan statutori daripada perniagaan yang berkenaan bagi tahun yang berkenaan, bagi maksud seksyen 42 Akta Cukai Pendapatan; (iii) jika amaun kerugian larasan tersebut, melebihi amaun pembayaran balik yang berkenaan, lebihan itu hendaklah disifatkan sebagai amaun kerugian larasan yang ditanggung olehnya dalam perniagaan yang berkenaan dalam tahun sebelum tahun yang berkenaan bagi maksud subseksyen 44(2) Akta Cukai Pendapatan.
Dengan syarat bahawa— (a) sementara menanti penetapan amaun pembayaran balik lewat atau amaun agregat pembayaran balik lewat itu, pencarum yang berkenaan bolehlah disifatkan bagi maksud subseksyen ini sebagai telah menerima pembayaran balik lewat yang amaun agregatnya sama banyak dengan amaun agregat semua caruman yang dibayar olehnya mengenai bijih padat timah yang dijual olehnya dalam menjalankan perniagaan yang berkenaan, ditolak amaun semua pembayaran balik yang dibuat kepadanya sebelum peniagaan yang berkenaan itu tidak lagi dijalankan, mengenai apa-apa caruman yang dibayar olehnya mengenai bijih padat timah yang dijual olehnya dalam menjalankan perniagaan yang berkenaan itu; (b) jika pencarum yang berkenaan disifatkan sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (a) proviso ini apabila ditetapkan amaun sebenar pembayaran balik lewat itu atau amaun agregat pembayaran balik lewat itu— (i) jika amaun cukai pendapatan yang ditaksirkan mengikut perenggan itu kurang daripada amaun cukai pendapatan yang sepatutnya telah ditaksirkan jika amaun sebenar pembayaran balik lewat atau amaun agregat pembayaran balik lewat itu telah ditetapkan, suatu penaksiran tambahan hendaklah dibuat dengan sewajarnya; (ii) jika amaun cukai pendapatan yang ditaksirkan mengikut perenggan itu melebihi amaun cukai pendapatan yang sepatutnya telah ditaksirkan jika amaun sebenar pembayaran balik lewat atau amaun agregat pembayaran balik lewat itu telah ditetapkan, penaksiran itu hendaklah dikurangkan sebanyak suatu jumlah wang sama banyak dengan amaun lebihan itu.
amaun yang telah dibayar itu dipulangkan balik kepadanya seolah-olah amaun itu suatu pembayaran terlebih yang baginya seksyen 111 Akta Cukai Pendapatan terpakai. SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari - TIADA - SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari - TIADA -