LAWS OF MALAYSIA UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 645
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pemuliharaan dan pemeliharaan Warisan Kebangsaan, warisan semula jadi, warisan kebudayaan ketara dan tidak ketara, warisan kebudayaan di bawah air, harta karun dan bagi perkara-perkara yang berkaitan. DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:
SUSUNAN SEKSYEN Bahagian I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran Bahagian II PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN WARISAN 3. Dasar berhubung dengan pemuliharaan dan pemeliharaan warisan Bahagian III PENTADBIRAN AKTA 4. Pelantikan Pesuruhjaya Warisan 5. Pelantikan pegawai 6. Fungsi Pesuruhjaya 7. Kuasa Pesuruhjaya Bahagian IV MAJLIS WARISAN KEBANGSAAN 8. Penubuhan Majlis Warisan Kebangsaan 9. Fungsi Majlis 10. Keanggotaan Majlis 11. Setiausaha 12. Tempoh jawatan Seksyen 13. Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan anggota 14. Pengosongan jawatan 15. Pengisian kekosongan 16. Mesyuarat Majlis 17. Tatacara mesyuarat 18. Jawatankuasa 19. Saraan atau elaun Bahagian V KUMPULAN WANG WARISAN 20. Penubuhan Kumpulan Wang 21. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang 22. Akaun dan audit Bahagian VI DAFTAR WARISAN KEBANGSAAN 23. Daftar Warisan Kebangsaan Bahagian VII TAPAK WARISAN Bab 1 Penetapan tapak warisan 24. Penetapan Tapak Warisan 25. Tapak bersempadanan dan berdekatan 26. Pemeriksaan tapak 27. Notis kepada pemunya, dsb. 28. Bantahan 29. Pendengaran 30. Keizinan Pihak Berkuasa Negeri 31. Keputusan Pesuruhjaya 32. Notis kepada pihak berkuasa perancang tempatan Bab 2 Perintah Perlindungan Interim Seksyen 33. Pesuruhjaya boleh membuat Perintah Perlindungan Interim 34. Tempoh Perintah Perlindungan Interim 35. Kerja-kerja yang dibenarkan semasa Perintah Perlindungan Interim Bab 3 Urusan yang melibatkan tapak warisan 36. Notis niat untuk menjual tapak warisan 37. Pertukaran pemunya tapak warisan Bab 4 Pemuliharaan dan pemeliharaan tapak warisan 38. Jagaan tapak warisan 39. Pemeriksaan tapak warisan 40. Permohonan bagi kebenaran merancang bagi tapak warisan 41. Perintah Pemeliharaan Monumen 42. Kewajipan untuk menjaga tapak warisan dalam keadaan baik 43. Pembiayaan kerja pemuliharaan 44. Kuasa untuk mengenakan fi masuk Bab 5 Kawasan pemuliharaan dan pelan pengurusan pemuliharaan 45. Kawasan pemuliharaan 46. Pelan pengurusan pemuliharaan Bahagian VIII OBJEK WARISAN Bab 1 Penjumpaan objek 47. Penjumpaan objek 48. Hak keempunyaan objek 49. Pengisytiharan sebagai objek warisan oleh Pesuruhjaya Bab 2 Permohonan bagi pendaftaran Seksyen 50. Permohonan bagi pendaftaran objek warisan 51. Kelulusan atau penolakan permohonan bagi pendaftaran 52. Perakuan pendaftaran Bab 3 Pengurusan objek warisan 53. Pampasan bagi objek warisan tertentu 54. Penguntukan bahagian dalam objek warisan 55. Pertikaian mengenai pampasan atau penguntukan 56. Penjualan atau pelupusan objek warisan 57. Notis niat untuk menjual atau memindahmilikan objek warisan 58. Pertukaran pemunya objek warisan 59. Pemuliharaan objek warisan 60. Pemuliharaan warisan kebudayaan tidak ketara Bahagian IX WARISAN KEBUDAYAAN DI BAWAH AIR 61. Penjumpaan warisan kebudayaan di bawah air 62. Milikan, jagaan atau kawalan warisan kebudayaan di bawah air boleh alih 63. Pengisytiharan warisan kebudayaan di bawah air 64. Zon yang dilindungi 65. Kerja salvaj dan penggalian hendaklah dilesenkan 66. Pemunyaan warisan kebudayaan di bawah air yang dijumpai semasa pengukuran, salvaj atau penggalian Bahagian X WARISAN KEBANGSAAN 67. Pengisytiharan Warisan Kebangsaan 68. Penamaan sebagai Warisan Kebangsaan Seksyen 69. Pemunyaan atau pemilikan Warisan Kebangsaan 70. Pertukaran pemunyaan Warisan Kebangsaan 71. Penyenaraian Warisan Kebangsaan dalam Daftar 72. Pemuliharaan dan pemeliharaan Warisan Kebangsaan Bahagian XI HARTA KARUN 73. Keseragaman undang-undang berkenaan dengan harta karun 74. Notis penjumpaan harta karun 75. Pemberitahuan bagi siasatan 76. Masa yang dibenarkan bagi guaman oleh pihak menuntut 77. Bila harta karun boleh diisytiharkan tiada pemunya 78. Apabila harta karun terletak hak pada Kerajaan Negeri 79. Pelupusan harta karun 80. Kuasa Pesuruhjaya untuk memeriksa apa-apa harta karun 81. Kesalahan 82. Pelucuthakan tuntutan kepada dan kepentingan dalam harta karun Bahagian XII PELESENAN Bab 1 Eksport dan import butiran warisan 83. Lesen untuk mengeksport 84. Pengimportan butiran warisan asing 85. Menteri boleh menetapkan tatacara yang perlu Bab 2 Lesen untuk menggali 86. Penggalian objek warisan 87. Permohonan bagi lesen untuk menggali Seksyen 88. Kelulusan atau penolakan lesen untuk menggali 89. Terma dan syarat lesen 90. Pelanjutan dan pembatalan lesen Bab 3 Pendaftaran peniaga butiran warisan 91. Peniaga berdaftar butiran warisan 92. Maklumat mengenai butiran warisan yang dicuri 93. Laporan penjualan atau pembelian butiran warisan 94. Pegawai penguat kuasa boleh memasuki dan menggeledah premis perniagaan peniaga berdaftar, dsb. 95. Penyerahan kepada pemunya Bahagian XIII RAYUAN 96. Rayuan Bahagian XIV KUASA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PENGUATKUASAAN, PENYITAAN, PENANGKAPAN, DSB. 97. Pelantikan pegawai penguat kuasa 98. Kuasa untuk menyiasat 99. Kad kuasa 100. Penggeledahan dan penyitaan dengan waran 101. Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran 102. Pemeriksaan orang 103. Penyitaan benda, dsb. 104. Notis penyitaan 105. Kuasa penangkapan 106. Menghalang penggeledahan, dsb. Seksyen 107. Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui kes 108. Pemeriksaan orang yang mengetahui kes 109. Kebolehterimaan pernyataan orang tertuduh 110. Pelucuthakan benda, dsb., yang disita 111. Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan Bahagian XV KESALAHAN 112. Kesalahan berkenaan dengan tapak warisan 113. Kesalahan berkenaan dengan objek warisan 114. Kesalahan berkenaan dengan Warisan Kebangsaan Bahagian XVI PELBAGAI 115. Pendakwaan 116. Bidang kuasa Mahkamah Majistret Kelas Pertama 117. Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan 118. Penalti am 119. Pengkompaunan kesalahan 120. Pekhidmat awam 121. Kekebalan daripada tindakan undang-undang 122. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 123. Pewakilan kuasa 124. Peraturan-peraturan Bahagian XVII PERUNTUKAN PEMANSUHAN DAN KECUALIAN 125. Pemansuhan dan kecualian 126. Pencegahan anomali
PERMULAAN
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta; dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa Akta ini bagi bahagian yang berlainan dalam Malaysia.
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “bangunan” ertinya suatu bangunan atau kumpulan bangunan yang berasingan atau bersambung, yang disebabkan oleh seni binanya, kehomogenannya atau tempatnya dalam landskap, mempunyai nilai sejagat yang menonjol dari pandangan sejarah, seni atau sains; “benda purba” ertinya— (a) mana-mana objek boleh alih yang berusia atau semunasabahnya dipercayai berusia sekurang-kurangnya lima puluh tahun; (b) mana-mana bahagian daripada mana-mana objek yang telah pada mana-mana tarikh yang terkemudian ditambah atau dibina semula atau dibaik pulih; dan (c) mana-mana peninggalan manusia, tumbuh-tumbuhan atau haiwan yang berusia atau semunasabahnya dipercayai berusia sekurang-kurangnya satu ratus tahun; “butiran warisan” ertinya apa-apa Warisan Kebangsaan, tapak warisan, objek warisan atau warisan kebudayaan di bawah air yang disenaraikan dalam Daftar; “butiran warisan asing” ertinya mana-mana butiran yang ditetapkan dan dilindungi sedemikian oleh perundangan sesuatu negara asing, yang merupakan suatu pihak kepada suatu triti tentang perlindungan objek atau bahan kebudayaan; “Daftar” ertinya Daftar Warisan Kebangsaan yang diwujudkan dan disenggarakan di bawah seksyen 23 yang mengandungi suatu senarai butiran warisan; “harta karun” ertinya apa-apa wang, syiling, emas, perak, saduran, barang kemas bulion, batu berharga atau apa-apa objek atau benda bernilai yang dijumpai tersembunyi dalam, atau dijumpai dalam apa-apa jua yang melekat pada, tanah atau dasar sesuatu sungai atau tasik atau laut, yang tuan punyanya tidak diketahui atau tidak dapat dijumpai, tetapi tidak termasuk apa-apa warisan kebudayaan ketara; “kawasan” termasuklah kerja manusia atau gabungan kerja alam dan manusia, dan kawasan yang termasuk tapak zaman purba yang mempunyai nilai sejagat yang menonjol dari pandangan sejarah, estetik, etnologi atau antropologi; “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Warisan yang ditubuhkan di bawah seksyen 20; “lapangan terbang kastam” dan “pelabuhan kastam” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Kastam 1967 [Akta 235]; “Majlis” ertinya Majlis Warisan Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 8; “melindungi” ertinya pengenalpastian, perlindungan, pemuliharaan, pembaikpulihan, pengubahelokan, penyenggaraan, pendokumenan dan penggiatan semula perkara, artifak, kawasan bersejarah atau tradisional dan persekitarannya; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi warisan; “monumen” ertinya kerja seni bina, kerja membuat arca dan mengecat monumen, elemen atau struktur daripada jenis arkeologi, inskripsi, penghunian gua dan gabungan ciri, yang mempunyai nilai sejagat yang menonjol dari pandangan sejarah, seni atau sains; “objek” termasuklah mana-mana benda purba boleh alih, warisan kebudayaan ketara, warisan kebudayaan tidak ketara dan objek bersejarah tetapi tidak termasuk harta karun; “objek bersejarah” ertinya apa-apa artifak atau objek lain yang padanya terdapat kepentingan keagamaan, tradisional, artistik atau bersejarah dan termasuklah mana-mana— (a) bahan etnografi seperti alat rumah tangga atau pertanian, benda perhiasan atau perhiasan diri; (b) kerja seni seperti ukiran, pembuatan arca, lukisan, seni bina, tekstil, alat muzik, senjata dan apa-apa kerja tangan lain; (c) manuskrip, syiling, wang kertas, pingat, lencana, lambang kebesaran, jata, panji-panji, senjata atau perisai; atau (d) kenderaan, kapal dan bot, yang sebahagian atau keseluruhannya yang pengeluarannya telah dihentikan; “objek warisan” ertinya sesuatu objek yang diisytiharkan di bawah seksyen 49 atau yang didaftarkan di bawah seksyen 51 sebagai objek warisan; “pegawai kastam yang hak” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Kastam 1967; “pegawai pelabuhan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 [Ord. No. 70 tahun 1952]; “pegawai penguat kuasa” ertinya mana-mana pegawai yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 97; “pelan pengurusan pemuliharaan” ertinya pelan bagi pemuliharaan yang disediakan di bawah seksyen 46; “pembaikpulihan” ertinya proses memulihkan secara tepat, rupa bentuk dan perincian suatu struktur atau sebahagian daripada suatu struktur serta kedudukan struktur itu, sebagaimana yang didapati pada suatu tempoh masa, dengan mengalihkan kerja yang terkemudian dan menggantikan kerja asal yang hilang, dan termasuklah— (a) pembaikpulihan sepenuhnya yang melibatkan kedua-dua bahagian luar dan dalam; (b) pembaikpulihan sebahagian yang melibatkan bahagian luar, bahagian dalam, atau mana-mana gabungan sebahagian dan digunakan apabila hanya bahagian sesuatu struktur adalah penting dalam menunjukkan nilai kebudayaan pada peringkat kepentingan sejarah, atau menyumbang kepada nilai yang baginya kawasan itu ditetapkan; dan (c) pembaikpulihan secara penyesuaian yang melibatkan kesemua atau sebahagian pembaikpulihan luar dengan bahagian dalam disesuaikan bagi suatu kegunaan berfungsi moden; “pembinaan semula” ertinya proses menghasilkan semula secara tepat melalui suatu pembinaan baru, rupa bentuk dan perincian suatu struktur yang telah hilang, atau sebahagian daripada struktur itu, sebagaimana yang didapati pada suatu tempoh masa dan termasuklah pembinaan semula keseluruhan atau sebahagian; “pemeliharaan” ertinya bertujuan untuk memberhentikan kemerosotan lanjut, reput atau keadaan usang dan menyediakan struktur yang selamat dan kukuh tetapi tidak menjangkakan pembangunan semula yang penting dan termasuklah— (a) teknik membantutkan atau memperlahankan proses kemerosotan, reput atau keadaan usang sesuatu butiran atau struktur; (b) pembaikan keadaan struktur untuk menjadikan sesuatu struktur selamat, boleh didiami, atau selainnya berguna; dan (c) penyenggaraan biasa dan pembaikan kecil yang tidak mengubah atau memudaratkan rupa fabrik atau sejarah sesuatu struktur; “pemulihan” ertinya proses mengembalikan sesuatu harta kepada keadaan kebergunaan melalui pembaikan atau pengubahan, yang memungkinkan penggunaan semasa yang efisien sambil memelihara bahagian dan ciri harta itu yang penting kepada seni bina bersejarahnya; “pemuliharaan” termasuklah pemeliharaan, pembaikpulihan, pembinaan semula, pemulihan dan penyesuaian atau mana-mana gabungannya; “pemunya”, berhubung dengan mana-mana tanah, ertinya pemunya berdaftar atau pemegang melalui pegangan ikut adat tanah itu; “penduduk” termasuklah orang yang bercucuk-tanam atau orang yang sebenarnya memiliki, menguruskan atau mengawal mana-mana tanah, dan termasuklah mana-mana orang yang mempunyai milikan atau kawalan mana-mana harta alih di premis atau tanah itu; “pengumpul” ertinya mana-mana orang yang memperoleh warisan kebudayaan boleh alih yang ketara bagi maksud selain bagi jualan; “peniaga” ertinya mana-mana orang yang menerima keuntungan daripada pembelian dan penjualan semula ekshibit dan termasuklah seseorang peniaga berdaftar; “peniaga berdaftar” ertinya mana-mana peniaga yang dilesenkan di bawah seksyen 91; “perairan Malaysia” ertinya perairan wilayah Malaysia yang ditentukan mengikut Ordinan No. 7 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat tahun 1969 [P.U. (A) 307A/1969]; “Pesuruhjaya” ertinya Pesuruhjaya Warisan yang dilantik di bawah seksyen 4; “pihak berkuasa perancang tempatan” hendaklah mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] di Semenanjung Malaysia dan pihak berkuasa perancang yang berwibawa di bawah undang-undang Negeri Sabah dan Sarawak; “relik arkeologi” ertinya— (a) mana-mana mendapan arkeologi; atau (b) mana-mana artifak, peninggalan atau keterangan matan yang dikaitkan dengan mendapan arkeologi, di mana-mana bahagian Malaysia dan berusia lima puluh tahun atau lebih; “rizab arkeologi” ertinya suatu kawasan yang di dalamnya relik arkeologi terletak; “tapak” termasuklah mana-mana kawasan, tempat, zon, warisan semula jadi, monumen atau bangunan yang melekat pada tanah, rizab arkeologi dan mana-mana tanah dengan bangunan, taman, pokok atau rizab arkeologi; “tapak warisan” ertinya sesuatu tapak yang ditetapkan sebagai tapak warisan di bawah seksyen 24; “warisan” membawa pengertian generik Warisan Kebangsaan, tapak, objek dan warisan kebudayaan di bawah air sama ada disenaraikan atau tidak dalam Daftar; “Warisan Kebangsaan” ertinya mana-mana tapak warisan, objek warisan, warisan kebudayaan di bawah air atau mana-mana orang hidup yang diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah seksyen 67; “warisan kebudayaan” termasuklah bentuk ketara atau tidak ketara harta, struktur atau artifak kebudayaan dan boleh termasuk perkara, objek, butiran, artifak, struktur pembentukan, persembahan, tarian, nyanyian, muzik warisan yang penting kepada cara hidup rakyat Malaysia, dari segi sejarah atau semasa, di atas atau di dalam tanah atau warisan kebudayaan di bawah air bagi bentuk ketara tetapi tidak termasuk warisan semula jadi; “warisan kebudayaan di bawah air” ertinya segala kesan kewujudan manusia yang mempunyai sifat kebudayaan, sejarah atau arkeologi yang sebahagiannya atau keseluruhannya di bawah air, berkala atau berterusan, selama sekurang-kurangnya satu ratus tahun seperti— (a) tapak, struktur, bangunan, artifak dan peninggalan manusia, bersama-sama dengan konteks arkeologi dan semula jadinya; (b) vesel, pesawat udara, kenderaan lain atau mana-mana bahagiannya, kargo atau kandungan lainnya, bersama- sama dengan konteks arkeologi dan semula jadinya; dan (c) objek bersifat prasejarah; “warisan kebudayaan ketara” termasuklah kawasan, monumen dan bangunan; “warisan kebudayaan tidak ketara” termasuklah mana-mana bentuk ungkapan, bahasa, sebutan lidah, pepatah, lagu yang dihasilkan melalui muzik, not, lirik boleh didengar, nyanyian, lagu rakyat, tradisi lisan, puisi, muzik, tarian sebagaimana yang dihasilkan melalui seni pentas, persembahan teater, penggubahan bunyi dan muzik, seni mempertahankan diri, yang telah wujud atau wujud berhubung dengan warisan Malaysia atau mana-mana bahagian Malaysia atau berhubung dengan warisan masyarakat Malaysia; “warisan kebudayaan yang penting” ertinya warisan kebudayaan yang mempunyai nilai estetik, arkeologi, seni bina, kebudayaan, sejarah, saintifik, sosial, spiritual, linguistik atau teknologi; “warisan semula jadi” termasuklah ciri-ciri semula jadi mana- mana kawasan di Malaysia yang terdiri daripada pembentukan tanah secara fizikal atau biologi atau kumpulan pembentukan itu, ciri geologi atau fisiografi, gunung, sungai, anak sungai, pembentukan batu, pesisir laut atau mana-mana tapak semula jadi yang mempunyai nilai yang menonjol dari pandangan semula jadi, sains, pemuliharaan sejarah atau keindahan semula jadi termasuk flora dan fauna Malaysia; “zon” ertinya sesuatu kawasan atau sebahagian daripada sesuatu kawasan bagi maksud pemeliharaan dan pembaikpulihan berkenaan dengan landskap luar bandar dan bandar, sama ada semula jadi atau buatan manusia, yang mempunyai apa-apa warisan kebudayaan yang penting.
Dalam Akta ini, sebutan mengenai Pihak Berkuasa Negeri berhubung dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Bagi maksud Akta ini, yang berikut tidak boleh dianggap sebagai warisan kebudayaan di bawah air: (a) saluran paip dan kabel yang ditempatkan di atas dasar laut; dan (b) pepasangan selain saluran paip dan kabel, yang ditempatkan di atas dasar laut.
PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN WARISAN
Tertakluk kepada subseksyen (2), Menteri hendaklah bertanggungjawab menyediakan atau mengeluarkan dasar, pernyataan atau arahan berkenaan dengan apa-apa perkara, urusan, strategi atau pengendalian pemuliharaan dan pemeliharaan warisan.
Menteri tidak boleh menyediakan atau mengeluarkan apa-apa dasar, pernyataan atau arahan di bawah subseksyen (1) jika perkara, urusan, strategi atau pengendalian pemuliharaan dan pemeliharaan warisan melibatkan kuasa atau bidang kuasa Negeri melainkan jika Pihak Berkuasa Negeri yang berkaitan telah dirundingi.
PENTADBIRAN AKTA
Maka hendaklah dilantik oleh Menteri, seorang pegawai yang dikenali sebagai “Pesuruhjaya Warisan” bagi maksud menjalankan kuasa dan fungsi yang diberikan kepada Pesuruhjaya di bawah Akta ini.
Pelantikan Pesuruhjaya hendaklah disiarkan dalam Warta.
Pesuruhjaya yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.
Pesuruhjaya boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas namanya.
Pegawai yang dilantik menjadi Pesuruhjaya hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun dan adalah layak untuk dilantik semula.
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melantik apa-apa bilangan Timbalan Pesuruhjaya, Penolong Pesuruhjaya, pegawai yang diberi kuasa dan mana-mana pegawai lain sebagaimana yang perlu untuk membantu Pesuruhjaya dalam melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.
Semua pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada pengawasan, arahan dan kawalan Pesuruhjaya.
(a) untuk menentukan penetapan tapak, pendaftaran objek dan warisan kebudayaan di bawah air; (b) untuk mewujudkan dan menyenggarakan Daftar dan untuk menentukan dan menetapkan kategori warisan yang hendak disenaraikan dalam Daftar; (c) untuk mengawasi dan menyelia pemuliharaan, pemeliharaan, pembaikpulihan, penyenggaraan, penggalakan, pemameran dan kemudahan akses warisan; (d) untuk menggalakkan dan memudahkan apa-apa penyelidikan yang berhubungan dengan warisan; (e) untuk membenarkan, memantau dan mengawasi penggalian bagi maksud warisan; (f) untuk menyenggarakan dokumen-dokumen yang berhubungan dengan apa-apa penggalian, penjelajahan, penjumpaan atau pencarian warisan; (g) untuk menubuhkan dan menyenggarakan perhubungan dan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan perkara-perkara warisan; (h) untuk menasihati dan menyelaraskan dengan pihak berkuasa perancang tempatan, Majlis dan badan dan entiti lain di semua peringkat bagi maksud melindungi, menggalakkan dan berurusan dengan apa-apa warisan; (i) untuk menggalakkan dan mengawal selia standard dan amalan yang terpakai dalam pemuliharaan dan pemeliharaan warisan; (j) untuk menasihati Menteri berhubung dengan apa-apa perkara berkenaan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan warisan; (k) untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain di bawah Akta ini sebagaimana yang diberikan oleh Menteri dari semasa ke semasa; dan (l) untuk melakukan semua perkara yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada penunaian kuasa dan fungsinya.
(a) untuk membuat kontrak; (b) untuk memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap jenis harta alih dan harta tak alih; (c) untuk memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakan semula, memindahkan hakmilik, atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih dan apa-apa kepentingan dalam apa-apa harta alih atau tak alih, yang terletak hak pada Pesuruhjaya; dan (d) untuk melakukan semua perkara yang semunasabahnya perlu bagi pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini.
MAJLIS WARISAN KEBANGSAAN
Fungsi Majlis adalah— (a) untuk menasihati Menteri dan Pesuruhjaya tentang segala perkara yang berhubungan dengan warisan, dan pentadbiran wajar dan penguatkuasaan undang-undang yang berhubungan dengan warisan; dan (b) untuk menasihati Menteri dan Pesuruhjaya tentang mana- mana perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Menteri atau Pesuruhjaya.
Menteri dan Pesuruhjaya tidak terikat untuk bertindak atas nasihat Majlis.
Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut: (a) Pengerusi, yang hendaklah dilantik oleh Menteri; (b) Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan atau wakilnya; (c) Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan atau wakilnya; (d) Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa atau wakilnya; (e) Ketua Pengarah Jabatan Muzium dan Antikuiti atau wakilnya; (f) Pesuruhjaya; dan (g) tidak lebih daripada enam anggota lain, sekurang-kurangnya seorang daripadanya ialah pegawai awam yang mempunyai pengalaman atau kepakaran berhubung dengan pengurusan, pemuliharaan atau pemeliharaan tapak dan objek semula jadi atau warisan kebudayaan yang penting, yang hendaklah dilantik oleh Menteri.
Menteri boleh melantik mana-mana anggota Majlis untuk melaksanakan fungsi Pengerusi— (a) jika bagi apa-apa tempoh substansial Pengerusi tidak berupaya, disebabkan sakit, cuti atau apa-apa sebab lain, untuk melaksanakan fungsinya; atau (b) semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan Pengerusi.
Anggota yang dilantik sebagai Pengerusi di bawah subseksyen (2) hendaklah, semasa tempoh dia melaksanakan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.
pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.
Pelantikan anggota di bawah perenggan 10(a) atau (g) boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri.
Seorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 10(a) atau (g) boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan empat belas hari notis bertulis yang ditujukan kepada Menteri.
(a) dia meninggal dunia; (b) telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan— (i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; (ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau (iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun; (c) dia menjadi bankrap; (d) dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya; (e) dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut- turut tanpa kebenaran Pengerusi dan dalam hal Pengerusi tanpa kebenaran Menteri; (f) peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau (g) pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.
Majlis hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu dalam setahun bagi melaksanakan fungsinya.
Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Majlis.
Sesuatu mesyuarat Majlis hendaklah dipanggil oleh Pengerusi melalui notis secara bertulis kepada anggota lain dan mesyuarat itu hendaklah diadakan pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu.
Kuorum Majlis ialah lima orang.
Keputusan Majlis hendaklah melalui undi majoriti, dan jika terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
apa perkara berkenaan dengan fungsinya yang difikirkannya perlu dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.
KUMPULAN WANG WARISAN
Bagi maksud Akta ini, suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan Wang Warisan” ditubuhkan.
Kumpulan Wang hendaklah dikawal, disenggarakan dan dikendalikan oleh Pesuruhjaya.
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada— (a) apa-apa jumlah wang yang diuntukkan oleh Parlimen daripada Kumpulan Wang Disatukan dan selainnya bagi maksud Akta ini; (b) segala wang yang diterima melalui derma, hadiah atau pemberian; (c) segala wang yang diperoleh daripada levi yang dikenakan di bawah Akta ini; (d) faedah yang diterima daripada pelaburan melalui deposit tetap wang yang ada pada kredit Kumpulan Wang; (e) pembayaran balik apa-apa pinjaman yang dibayar di bawah Akta ini; (f) segala wang yang ada pada kredit Kumpulan Wang yang tidak diperlukan dengan segera bagi maksud Akta ini sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri; (g) segala wang yang dipinjam dengan keizinan Menteri Kewangan bagi maksud Kumpulan Wang; dan (h) segala wang atau harta lain yang boleh mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar atau terletak hak pada Pesuruhjaya berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi, kuasa atau kewajipannya.
(a) pembayaran bagi pembelian warisan dan kawasan pemuliharaan mengikut Akta ini; (b) pembayaran belanja yang dilakukan bagi— (i) pemuliharaan dan pemeliharaan apa-apa warisan dan kawasan pemuliharaan sama ada kawasan itu dipunyai oleh Kerajaan atau selainnya; (ii) menganjurkan kempen, penyelidikan, pembelajaran, penerbitan bahan bagi perlindungan warisan dan kawasan pemuliharaan; dan (iii) pemuliharaan dan pemeliharaan mana-mana butiran warisan dan aktiviti yang bersampingan dengannya; (c) apa-apa pembayaran pemberian atau pinjaman di bawah Akta ini; dan (d) apa-apa pembayaran lain bagi maksud Akta ini.
DAFTAR WARISAN KEBANGSAAN
Pesuruhjaya hendaklah mewujudkan dan menyenggarakan suatu daftar yang dikenali sebagai Daftar Warisan Kebangsaan sebagaimana yang ditetapkan yang mengandungi senarai butiran warisan yang didaftarkan di bawah Akta ini.
Pesuruhjaya hendaklah menjadikan Daftar tersedia untuk pemeriksaan awam tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.
Mana-mana orang boleh apabila dibayar fi yang ditetapkan oleh Menteri— (a) memeriksa Daftar; dan (b) membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, Daftar.
TAPAK WARISAN
Penetapan tapak warisan
Jika suatu tapak tidak mempunyai warisan semula jadi atau warisan kebudayaan yang penting tetapi Pesuruhjaya berpuas hati bahawa tapak itu patut ditetapkan sebagai tapak warisan disebabkan oleh kedekatannya kepada dan untuk perlindungan dan penambahbaikan tapak yang lain yang ditetapkan sebagai tapak warisan di bawah seksyen 24, Pesuruhjaya boleh menetapkan tapak itu sebagai tapak warisan.
Apa-apa penetapan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah dibatalkan sekiranya penetapan tapak yang lain itu dibatalkan.
Pesuruhjaya boleh pada bila-bila masa memasuki sesuatu tapak untuk memeriksa, meninjau, menyiasat atau menjalankan apa-apa kerja yang perlu bagi maksud menentukan sama ada untuk menetapkan tapak itu sebagai suatu tapak warisan.
Pemunya atau penduduk tapak hendaklah diberikan suatu notis secara bertulis tidak kurang daripada tujuh hari dari apa-apa kemasukan yang dicadangkan.
Jika mana-mana orang membantah apa-apa kemasukan di bawah subseksyen (1) atas alasan keprihatinan atau keagamaan, kemasukan itu tidak boleh dilakukan kecuali dengan kebenaran secara bertulis Pihak Berkuasa Negeri yang tapak itu terletak.
Pesuruhjaya boleh membuat apa-apa perkiraan dengan pemunya atau penduduk tapak bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau dikatakan telah dialami oleh pemunya atau penduduk itu disebabkan oleh kemasukan di bawah subseksyen (1).
Mana-mana orang yang menghalang Pesuruhjaya atau enggan membenarkan kemasukan ke dalam mana-mana tapak bagi pemeriksaan, peninjauan, penyiasatan, atau untuk menjalankan apa- apa kerja di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
Apabila penentuan dibuat untuk menetapkan suatu tapak sebagai tapak warisan, Pesuruhjaya hendaklah, sekurang-kurangnya enam puluh hari sebelum membuat penetapan itu, memberikan suatu notis bertulis mengikut bentuk dan cara yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya kepada pemunya tapak tentang niat untuk mendaftarkan tapak itu sebagai tapak warisan.
Dengan seberapa segera yang mungkin selepas memberikan notis di bawah subseksyen (1) Pesuruhjaya hendaklah— (a) menyebabkan disiarkan dalam Warta dan akhbar tempatan— (i) suatu notis niat untuk menetapkan tapak itu sebagai suatu tapak warisan; dan (ii) apa-apa perkara lain yang membentuk atau yang berhubungan dengan penetapan itu yang pada pendapatnya wajar disiarkan; dan (b) menfailkan suatu notis niat untuk menetapkan tapak itu sebagai suatu tapak warisan di pejabat tanah tempat tapak itu terletak.
(a).
Apabila Pesuruhjaya, selepas mendengar keterangan pihak-pihak, jika ada, berpuas hati bahawa— (a) tapak itu ialah warisan kebudayaan yang penting; dan (b) Pihak Berkuasa Negeri telah memberikan keizinannya di bawah seksyen 30, dia hendaklah— (i) menetapkan tapak itu sebagai tapak warisan; (ii) merekodkan tapak warisan itu dalam Daftar; dan (iii) memberi pemunya suatu notis bertulis mengenai keputusan Pesuruhjaya itu.
Dengan seberapa segara yang mungkin selepas keputusan dibuat di bawah subseksyen (1), Pesuruhjaya hendaklah— (a) menyebabkan disiarkan dalam Warta dan akhbar tempatan— (i) suatu notis bahawa tapak itu telah ditetapkan sebagai tapak warisan; dan (ii) apa-apa perkara lain yang membentuk atau yang berhubungan dengan penetapan itu yang pada pendapatnya wajar disiarkan; dan (b) memfailkan suatu notis di pejabat tanah tempat tapak warisan itu terletak yang memaklumkan bahawa tapak itu telah ditetapkan sebagai tapak warisan.
Jika Pesuruhjaya membuat keputusan tidak meneruskan penetapan tapak yang dicadangkan, dia hendaklah dengan serta- merta memberitahu pemunya tapak dan pejabat tanah tempat tapak itu terletak secara bertulis mengenai keputusan itu, dengan atau tanpa memberikan apa-apa sebab.
Semenanjung Malaysia atau undang-undang Negeri yang berkaitan di Sabah dan Sarawak.
Perintah Perlindungan Interim
Apabila notis disampaikan kepada pemunya tapak di bawah subseksyen 27(1) Pesuruhjaya boleh, dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri, mengeluarkan suatu Perintah Perlindungan Interim berhubung dengan sesuatu tapak jika pada pendapat Pesuruhjaya adalah perlu untuk berbuat demikian bagi maksud pemuliharaan dan pemeliharaan tapak itu.
Perintah Perlindungan Interim hendaklah mengandungi apa- apa syarat sebagaimana yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya.
Pesuruhjaya hendaklah menyebabkan Perintah Perlindungan Interim disampaikan kepada pemunya tapak.
Perintah Perlindungan Interim berkuat kuasa pada masa penyampaian Perintah Perlindungan Interim itu.
Pesuruhjaya boleh pada bila-bila masa membatalkan Perintah Perlindungan Interim.
Mana-mana orang yang melanggar Perintah Perlindungan Interim melakukan suatu kesalahan.
Pesuruhjaya boleh membuat apa-apa perkiraan dengan pemunya atau penduduk tapak bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau dikatakan telah dialami oleh pemunya atau penduduk itu disebabkan oleh Perintah Perlindungan Interim itu.
Bagi maksud seksyen ini, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah bererti Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Perintah Perlindungan Interim hendaklah terus berkuat kuasa— (a) selama tempoh sembilan puluh hari atau selama apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana yang dilanjutkan oleh Pesuruhjaya di bawah subseksyen (2); atau (b) sehingga— (i) tapak itu ditetapkan sebagai tapak warisan; (ii) Pesuruhjaya membuat keputusan tidak meneruskan penetapan tapak yang dicadangkan; atau (iii) Pesuruhjaya membatalkan Perintah Perlindungan Interim.
Pesuruhjaya boleh pada bila-bila masa melanjutkan tempoh yang Perintah Perlindungan Interim terus berkuat kuasa.
Notis pelanjutan hendaklah disampaikan mengikut cara yang sama sebagaimana Perintah Perlindungan Interim disampaikan.
Mana-mana orang yang terjejas oleh Perintah Perlindungan Interim boleh memohon kepada Pesuruhjaya untuk menjalankan apa-apa kerja atau aktiviti di atas tapak itu.
Apabila permohonan diterima Pesuruhjaya boleh meluluskan apa-apa kerja atau aktiviti yang munasabah di atas tapak itu dengan syarat bahawa kerja atau aktiviti yang dicadangkan itu tidak mengurangkan atau menjejaskan warisan kebudayaan yang penting bagi tapak itu.
Suatu kelulusan di bawah subseksyen (2) boleh tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Pesuruhjaya.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan.
Urusan yang melibatkan tapak warisan
penjualan keseluruhan atau mana-mana bahagian tapak warisan, hendaklah memberitahu Pesuruhjaya secara bertulis mengikut bentuk yang ditetapkan maklumat tentang kewujudan perjanjian itu dalam masa dua puluh lapan hari dari tarikh perjanjian itu.
Mana-mana orang yang membeli atau memperoleh apa-apa tapak warisan hendaklah dalam masa dua puluh lapan hari dari tarikh penyempurnaan pembelian atau pemerolehan itu, memberitahu Pesuruhjaya secara bertulis tentang— (a) nama dan alamat orang itu; dan (b) sama ada orang itu berniat untuk menduduki tapak itu.
Seseorang yang telah memberitahu Pesuruhjaya maklumat di bawah subseksyen (1) hendaklah, dalam masa dua puluh lapan hari dari apa-apa perubahan maklumat yang diberikan itu, memberitahu Pesuruhjaya secara bertulis tentang perubahan itu.
Pemuliharaan dan pemeliharaan tapak warisan
Jika tapak warisan terletak di atas tanah beri hakmilik, Pesuruhjaya boleh selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri— (a) membuat perkiraan dengan pemunya atau penduduk bagi pemeriksaan, penyenggaraan, pemuliharaan dan pemeliharaan tapak warisan itu; (b) membeli atau memajakkan tapak warisan itu; (c) memperoleh tapak warisan itu mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi maksud awam; atau (d) memindahkan keseluruhan atau mana-mana bahagian bangunan atau monumen di atas tapak warisan itu.
Jika pemunya atau penduduk bersetuju dengan apa-apa perkiraan di bawah perenggan 1(a), Pesuruhjaya boleh membuat sumbangan bagi kos menjalankan apa-apa kerja pembaikan atau pemuliharaan yang difikirkan perlu.
Jika sumbangan bagi kos menjalankan kerja dibuat, kerja itu hendaklah dijalankan mengikut arahan Pesuruhjaya.
Pesuruhjaya hendaklah membayar apa-apa kerosakan yang berlaku kepada tapak atau monumen itu akibat daripada pemindahan mana-mana monumen di bawah perenggan 1(d) dan boleh bersetuju dengan pembayaran apa-apa pampasan kepada pemunya tapak itu.
Apa-apa pertikaian tentang amaun pampasan hendaklah dirujukkan kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad.
Pemunya atau penduduk suatu tapak warisan yang terletak di atas tanah beri hakmilik hendaklah membenarkan Pesuruhjaya atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa memasuki tapak itu untuk memeriksa, meninjau, menyiasat atau menjalankan apa-apa kerja yang perlu bagi pemuliharaan, pembaikan, penyenggaraan dan pembersihan sebagaimana yang difikirkan suai manfaat atau perlu.
Pemunya atau penduduk hendaklah diberikan notis secara bertulis tidak kurang daripada tujuh hari tentang apa-apa kemasukan yang dicadangkan.
Jika mana-mana orang membantah terhadap apa-apa kemasukan di bawah subseksyen (1) atas alasan keprihatinan atau keagamaan, kemasukan itu tidak boleh dilakukan kecuali dengan kebenaran secara bertulis Pihak Berkuasa Negeri tempat tapak warisan itu terletak.
Pemunya atau penduduk adalah berhak menuntut pampasan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau dikatakan dialami olehnya oleh sebab kemasukan di bawah subseksyen (1).
Apa-apa pertikaian tentang amaun pampasan hendaklah dirujukkan kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad.
Pesuruhjaya hendaklah menyelaraskan dan menasihati pihak berkuasa perancang tempatan sebelum apa-apa kebenaran merancang atau perintah pembangunan yang melibatkan tapak warisan diberikan.
Jika pihak berkuasa perancang tempatan merujukkan apa-apa permohonan oleh mana-mana orang bagi kebenaran merancang atau perintah pembangunan kepada Pesuruhjaya, permohonan itu hendaklah mengandungi— (a) butir-butir yang mencukupi untuk mengenal pasti monumen yang dimaksudkan oleh permohonan itu, termasuk pelan susun aturnya, pelan bangunan terukur dan fotograf tiap-tiap sudutnya, termasuk bahagian luar dan bahagian dalam monumen itu; (b) apa-apa pelan dan lukisan yang lain sebagaimana yang diperlukan untuk memperihalkan kerja yang menjadi perkara permohonan itu; (c) langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan keselamatan tapak warisan dan tanah yang berdekatan; dan (d) apa-apa butir yang lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya.
Bagi maksud perenggan 2(c), tanah yang berdekatan ertinya— (a) mana-mana tanah yang bersempadanan dalam lingkungan dua ratus meter dari sempadan tanah yang dimaksudkan oleh permohonan di bawah seksyen ini; (b) mana-mana tanah yang terpisah dari tanah yang dimaksudkan oleh permohonan yang dibuat di bawah seksyen ini oleh mana-mana jalan, lorong, parit atau tanah rizab yang lebarnya tidak melebihi dua puluh meter dan yang akan menjadi bersempadanan dengan tanah yang dimaksudkan oleh permohonan itu jika tanah itu tidak dipisahkan oleh jalan, lorong, parit atau tanah rizab itu; atau (c) mana-mana tanah yang terletak dalam lingkungan dua ratus meter dari sempadan tanah yang dimaksudkan oleh permohonan di bawah seksyen ini.
Pesuruhjaya hendaklah menasihati pihak berkuasa perancang tempatan supaya mengenakan syarat-syarat apabila memberikan kebenaran merancang atau perintah pembangunan yang melibatkan suatu tapak warisan yang boleh termasuk— (a) menghendaki pematuhan mana-mana garis panduan dan tatacara pemuliharaan yang dikeluarkan oleh Menteri; (b) menghendaki pembayaran apa-apa kerosakan yang disebabkan kepada mana-mana tapak warisan selepas kerja yang dibenarkan oleh kebenaran merancang atau perintah pembangunan itu selesai; atau (c) menghendaki perlindungan dan pengekalan mana-mana ciri tertentu tapak warisan itu.
Jika kebenaran merancang diberikan, Pesuruhjaya hendaklah berhubung, bekerjasama dan menyelaraskan dengan pihak berkuasa perancang tempatan untuk memantau dan mengawasi terma dan syarat yang dikenakan yang berhubungan dengan pemuliharaan warisan dipatuhi.
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan.
Jika Pesuruhjaya, dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri, berpuas hati bahawa mana-mana monumen yang dianggap sesuai untuk didaftarkan sebagai tapak warisan adalah dalam keadaan usang atau dalam bahaya hampir dirobohkan, dimusnahkan, dirosakkan atau diubah, Pesuruhjaya hendaklah menyampaikan kepada pemunya monumen itu suatu Perintah Pemeliharaan Monumen sementara menunggu kelulusan pendaftarannya.
Perintah Pemeliharaan Monumen hendaklah mengandungi apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan.
Perintah Pemeliharaan Monumen hendaklah mula berkuat kuasa sebaik sahaja Perintah itu disampaikan kepada pemunya monumen itu.
Perintah Pemeliharaan Monumen hendaklah terus berkuat kuasa selama tempoh sembilan puluh hari dari tarikh Perintah itu disampaikan dan boleh dilanjutkan oleh Pesuruhjaya selama apa-apa tempoh masa yang difikirkannya patut.
Walau apa pun subseksyen (4), Perintah Pemeliharaan Monumen hendaklah terhenti berkuat kuasa— (a) jika monumen itu ditetapkan sebagai suatu tapak warisan; atau (b) jika Pesuruhjaya memutuskan tidak menetapkan monumen itu sebagai suatu tapak warisan.
Mana-mana orang yang melanggar Perintah Pemeliharaan Monumen melakukan suatu kesalahan.
Pemunya suatu tapak warisan hendaklah memastikan bahawa tapak warisan itu sentiasa dalam keadaan baik.
Jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa langkah-langkah yang munasabah tidak diambil bagi pemeliharaan sewajarnya monumen itu, dia boleh menjalankan apa-apa kerja pembaikan, setelah memberikan kepada mana-mana orang yang didapati oleh Pesuruhjaya sebagai pemunya monumen itu dua minggu notis mengenai niatnya untuk berbuat demikian, dan segala kos dan belanja yang semunasabahnya dilakukan untuk menjalankan kerja itu hendaklah dibayar ganti oleh orang itu.
Seseorang pemunya tapak warisan boleh, bagi maksud menjalankan apa-apa kerja pemuliharaan dan pemeliharaan di atas tapak warisan itu memohon kepada Pesuruhjaya bagi apa-apa pemberian atau pinjaman.
Pesuruhjaya boleh, selepas berunding dengan Majlis dan Pihak Berkuasa Negeri, membuat perkiraan dengan pemunya sesuatu tapak warisan untuk menjalankan apa-apa kerja pemuliharaan dan pemeliharaan yang difikirkan sesuai oleh Pesuruhjaya.
Pesuruhjaya boleh, dengan kelulusan Majlis, mengeluarkan pemberian atau pinjaman yang akan dibayar daripada Kumpulan Wang bagi kerja-kerja pemuliharaan dan pemeliharaan itu.
Pesuruhjaya boleh, apabila memberikan pemberian atau pinjaman itu, mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya sesuai ke atas pemunya.
Seseorang pemunya tapak warisan boleh, dengan kelulusan dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Pesuruhjaya, mengenakan fi masuk ke tapak warisan itu.
Jika Pesuruhjaya telah menyumbang kepada belanja pemuliharaan dan pemeliharaan mana-mana tapak warisan, Pesuruhjaya boleh mengenakan suatu levi ke atas fi masuk yang diterima oleh pemunya tapak warisan itu dan apa-apa levi yang dibayar oleh pemunya itu hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang.
Kawasan pemuliharaan dan pelan pengurusan pemuliharaan
Jika suatu tapak ditetapkan sebagai tapak warisan, tapak itu hendaklah pada tarikh penetapan itu menjadi kawasan pemuliharaan dan hendaklah dipulihara dan dipelihara mengikut pelan pengurusan pemuliharaan.
Suatu kawasan pemuliharaan boleh— (a) memasukkan zon penampan di sekeliling suatu pusat utama; atau (b) memasukkan zon penampan di sekeliling tapak yang telah ditetapkan sebagai tapak warisan.
Menteri boleh, selepas berunding dengan Majlis, menentukan zon penampan dan pusat utama itu.
Pesuruhjaya hendaklah, selepas berunding dengan Majlis, menyediakan suatu pelan pengurusan pemuliharaan bagi maksud— (a) menggalakkan pemuliharaan, pemeliharaan, pemulihan, pembaikpulihan atau pembinaan semula suatu tapak warisan; (b) memastikan pengurusan wajar sesuatu tapak warisan termasuk penggunaan dan pembangunan semua bangunan dan tanah dalam tapak warisan itu dan pemeliharaan persekitaran termasuk langkah-langkah memperelok persekitaran hidup dari segi fizikal, perhubungan, kesejahteraan sosio-ekonomi, pengurusan lalu lintas dan penggalakan pertumbuhan ekonomi; dan (c) menggalakkan skim bagi pendidikan, atau bagi bantuan praktikal dan kewangan kepada, pemunya dan penduduk, dan bagi penglibatan masyarakat dalam membuat keputusan.
Pesuruhjaya hendaklah dari semasa ke semasa mengemukakan pelan pengurusan pemuliharaan itu kepada Pihak Berkuasa Negeri atau pihak berkuasa perancang tempatan yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan menasihati dan menyelaraskan dengan Pihak Berkuasa Negeri atau pihak berkuasa perancang tempatan bagi pelaksanaan pelan pengurusan pemuliharaan dan garis panduannya.
Pesuruhjaya hendaklah dari semasa ke semasa mengkaji semula mana-mana pelan pengurusan pemuliharaan.
OBJEK WARISAN
Penjumpaan objek
Mana-mana orang yang menjumpai apa-apa objek yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai mempunyai warisan kebudayaan yang penting hendaklah dengan serta-merta memberitahu Pesuruhjaya, mana-mana pegawai yang diberi kuasa atau Pegawai Daerah bagi daerah tempat objek itu dijumpai, dan jika boleh dilaksanakan, menghantarkan objek itu kepada Pesuruhjaya, pegawai yang diberi kuasa atau Pegawai Daerah yang hendaklah memberikan suatu pengakuterimaan bertulis mengenainya.
Jika Pegawai Daerah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana objek yang dijumpai di dalam kawasannya mempunyai warisan kebudayaan yang penting, dia boleh melalui notis secara bertulis menghendaki orang yang mempunyai milikan objek itu menghantarkan objek itu kepadanya dengan serta-merta, dan Pegawai Daerah itu apabila menerima objek itu hendaklah memberikan pengakuterimaan bertulis dan hendaklah menyimpan objek tersebut dengan selamat.
Pegawai Daerah hendaklah menyampaikan pemberitahuan di bawah subseksyen (1) atau notis bertulis di bawah subseksyen (2) kepada Pesuruhjaya secepat yang dapat dilaksanakan.
Mana-mana ejen, kontraktor atau pelaksana bagi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau pemunya tanah beri hakmilik yang menjumpai di tapak projek apa-apa objek yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa objek itu mempunyai warisan kebudayaan yang penting, maka ejen, kontraktor atau pelaksana itu hendaklah melaporkan kepada Pesuruhjaya yang hendaklah dengan serta-merta memeriksa objek itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Mana-mana objek yang dijumpai selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah menjadi harta mutlak Kerajaan Persekutuan dengan syarat bahawa jika objek itu dijumpai di atas tanah beri hakmilik, pampasan boleh dibayar kepada pemunya tanah itu.
Seorang penilai warisan yang berwibawa boleh dilantik oleh Pesuruhjaya untuk memutuskan nilai objek itu bagi maksud menentukan amaun pampasan, dan keputusan penilai warisan yang berwibawa itu adalah muktamad.
Tiap-tiap objek yang sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini tidak dipunyai oleh mana-mana orang atau yang kawalannya tidak terletak hak pada mana-mana orang sebagai pemegang amanah atau pengurus, hendaklah disifatkan sebagai harta mutlak Kerajaan Persekutuan.
Semua objek yang belum dijumpai sama ada yang terletak di atas atau yang tersembunyi di bawah permukaan tanah atau di dalam mana-mana sungai atau di dalam laut, hendaklah disifatkan sebagai harta mutlak Kerajaan Persekutuan tetapi jika objek tersebut pada tarikh terkemudian didapati dijumpai di atas atau di dalam tanah beri hakmilik peruntukan subseksyen (1) dan (2) hendaklah terpakai.
Dalam mana-mana prosiding undang-undang yang berhubungan dengan tarikh penjumpaan objek mempunyai warisan kebudayaan yang penting, maka hendaklah dianggap sebagai telah dijumpai selepas permulaan tarikh kuat kuasa Akta ini sehingga dibuktikan sebaliknya.
Pesuruhjaya boleh mengisytiharkan dalam Warta apa-apa objek yang mempunyai warisan kebudayaan yang penting sebagai suatu objek warisan dan hendaklah menyebabkannya disenaraikan dalam Daftar.
Sebelum membuat pengisytiharan di bawah subseksyen (1), keizinan pemunya objek itu hendaklah diperoleh dan bagi maksud itu, Pesuruhjaya boleh memberi apa-apa peluang terlebih dahulu kepada pemunya untuk membuat representasi atau penghujahan berhubung dengan pengisytiharan yang dicadangkan sebagaimana yang boleh dilaksanakan dalam hal keadaan itu dan mengikut apa- apa cara yang ditetapkan.
Pesuruhjaya boleh, mengikut cara yang sama sebagaimana dalam subseksyen (1), meminda atau membatalkan Warta itu dan dalam setiap hal pindaan atau pembatalan itu dia hendaklah menyokong tindakannya dengan latar belakang dan sebab yang perlu.
Apabila objek itu disenaraikan dalam Daftar, objek itu hendaklah menjadi objek warisan bermula dari tarikh pendaftarannya dan hendaklah terhenti menjadi objek warisan apabila Pesuruhjaya membatalkan pendaftarannya.
Permohonan bagi pendaftaran
Mana-mana orang boleh memohon bagi sesuatu objek didaftarkan sebagai objek warisan.
Suatu permohonan bagi pendaftaran hendaklah dibuat mengikut apa-apa bentuk dan disertakan dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditetapkan.
Pesuruhjaya boleh pada bila-bila masa selepas menerima permohonan di bawah subseksyen (1) dan sebelum permohonan itu ditentukan, melalui suatu notis bertulis menghendaki pemohon untuk memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pesuruhjaya.
Jika mana-mana dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak diberikan oleh pemohon dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa pelanjutannya yang diberikan oleh Pesuruhjaya, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak boleh diteruskan selanjutnya, tetapi tanpa menjejaskan permohonan yang baru dibuat oleh pemohon.
Suatu permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan itu diluluskan atau ditolak.
Jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa suatu objek mempunyai warisan kebudayaan yang penting, dia hendaklah mendaftarkan objek itu sebagai suatu objek warisan dalam Daftar dan memberi pemohon suatu notis bertulis mengenai keputusan Pesuruhjaya di bawah seksyen ini.
Jika permohonan itu melibatkan suatu objek yang melekat pada mana-mana tanah beri hakmilik, persetujuan Pihak Berkuasa Negeri hendaklah diperoleh sebelum permohonan itu diluluskan.
Jika permohonan itu melibatkan warisan kebudayaan tidak ketara yang dalamnya hak cipta wujud, keizinan pemunya hak cipta hendaklah diperoleh sebelum permohonan itu diluluskan.
Suatu permohonan bagi pendaftaran yang diluluskan di bawah seksyen ini boleh tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan oleh Pesuruhjaya.
Dengan seberapa segera yang mungkin selepas kelulusan dalam subseksyen (4), Pesuruhjaya hendaklah menyebabkan disiarkan dalam Warta suatu notis bahawa objek itu telah didaftarkan sebagai suatu objek warisan dan mengenai apa-apa perkara lain yang membentuk atau yang berhubungan dengan objek warisan itu yang pada pendapatnya wajar disiarkan.
Jika Pesuruhjaya menolak permohonan itu, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu pemohon secara bertulis mengenai penolakan itu dengan atau tanpa memberikan apa-apa sebab bagi penolakan itu.
Apabila sesuatu objek didaftarkan di bawah seksyen 51 Pesuruhjaya hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran kepada pemunya.
Apabila objek warisan terhenti didaftarkan sebagai suatu objek warisan, pemunya objek itu mesti menyerahkan perakuan pendaftaran kepada Pesuruhjaya dalam masa tiga bulan dari tarikh pemberhentian itu.
Pengurusan objek warisan
Apabila dijumpai apa-apa objek yang mempunyai warisan kebudayaan yang penting, Pesuruhjaya adalah berhak kepada jagaan dan milikan objek itu bagi pihak Kerajaan Persekutuan dan hendaklah bertanggungjawab untuk melindungi dan menyimpannya dengan selamat.
Jika Pesuruhjaya memutuskan untuk tidak menyimpan objek itu, objek itu hendaklah dipulangkan kepada orang yang menghantarkannya tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan oleh Pesuruhjaya.
Apabila suatu objek disimpan oleh Pesuruhjaya atau jika pada pendapat Pesuruhjaya bahawa objek itu patut dilindungi di tempat ia dijumpai, Pesuruhjaya hendaklah mengikut budi bicaranya membayar suatu amaun pampasan yang munasabah kepada— (a) orang yang menjumpai; (b) pemunya tanah beri hakmilik yang di dalamnya atau di atasnya objek itu dijumpai; atau (c) pemberi maklumat.
pemunya itu.
Pesuruhjaya boleh melalui notis secara bertulis menghendaki mana-mana orang yang memiliki apa-apa objek warisan yang disifatkan sebagai mustahak atau penting kepada negara, tidak menjual atau melupuskan objek itu tanpa terlebih terdahulu mendapat keizinan bertulis daripada Pesuruhjaya.
Mana-mana orang yang menerima notis itu tidak boleh menjual atau melupuskan apa-apa objek warisan dalam milikan atau jagaannya.
Dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis di bawah subseksyen (1) Pesuruhjaya hendaklah mempunyai hak pertama untuk membeli objek warisan itu pada nilai yang boleh dipersetujui.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Mana-mana orang yang membeli atau memperoleh suatu objek warisan hendaklah, dalam masa dua puluh lapan hari dari tarikh pembelian atau pemerolehan itu, memberitahu Pesuruhjaya secara bertulis mengenai nama, butir-butir dan alamat pembeli atau pemeroleh itu.
Apa-apa perubahan kepada maklumat di bawah subseksyen (1) hendaklah diberitahu kepada Pesuruhjaya secara bertulis dalam masa dua puluh lapan hari.
Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen
atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Pemunya atau penjaga objek warisan hendaklah menyimpan harta warisan itu dalam keadaan yang baik dan di tempat yang selamat.
Pemunya atau penjaga objek warisan hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada Pesuruhjaya mengenai apa-apa kehilangan atau kerosakan kepada objek warisan itu atau mana-mana bahagiannya apabila diketahui kehilangan atau kerosakan itu.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan.
Pemunya atau penjaga objek warisan dalam bentuk suatu warisan kebudayaan tidak ketara hendaklah mengambil segala langkah yang perlu untuk membangunkan, mengenal pasti, menghantar, menyebabkan dilaksanakan dan memudahkan penyelidikan ke atas warisan kebudayaan tidak ketara itu mengikut garis panduan dan tatacara yang ditetapkan.
Pesuruhjaya boleh membuat apa-apa perkiraan dengan pemunya atau penjaga warisan kebudayaan tidak ketara itu bagi pematuhan garis panduan dan tatacara yang ditetapkan.
WARISAN KEBUDAYAAN DI BAWAH AIR
Mana-mana orang yang menjumpai suatu warisan kebudayaan di bawah air di dalam perairan Malaysia hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan, memberikan notis mengenai jumpaan itu kepada Pesuruhjaya atau pegawai pelabuhan.
Pegawai pelabuhan apabila menerima notis itu hendaklah secepat yang dapat dilaksanakan memberitahu, dan jika mungkin menyerahkan warisan kebudayaan di bawah air itu kepada, Pesuruhjaya.
Pesuruhjaya boleh, apabila berpuas hati bahawa warisan kebudayaan di bawah air mempunyai warisan kebudayaan yang penting, menyebabkannya disenaraikan dalam Daftar.
Mana-mana orang yang tidak memberikan notis di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
Jika didapati oleh Pesuruhjaya bahawa seseorang adalah atau mungkin pernah mempunyai milikan, jagaan atau kawalan ke atas apa-apa warisan kebudayaan di bawah air boleh alih atau sebahagian daripada warisan kebudayaan di bawah air Pesuruhjaya boleh, melalui notis secara bertulis kepada orang itu, menghendaki orang itu dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu memberikan kepadanya maklumat penuh mengenai warisan kebudayaan di bawah air boleh alih itu.
Jika orang itu telah terhenti mempunyai milikan, jagaan atau kawalan ke atas warisan kebudayaan di bawah air boleh alih itu, orang itu hendaklah memberi Pesuruhjaya butir-butir tentang hal keadaan yang dia terhenti mempunyai milikan, jagaan atau kawalan ke atas warisan kebudayaan di bawah air boleh alih itu.
Jika orang itu telah memindahmilikkan milikan, jagaan atau kawalan ke atas warisan kebudayaan di bawah air boleh alih itu kepada orang lain, dia hendaklah memberi Pesuruhjaya nama dan alamat orang yang kepadanya milikan, jagaan atau kawalan warisan kebudayaan di bawah air boleh alih itu dipindahmilikkan.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana kehendak di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Jika Pesuruhjaya berpendapat bahawa mana-mana warisan kebudayaan di bawah air terletak di dalam perairan Malaysia mempunyai warisan kebudayaan yang penting tetapi berusia kurang daripada satu ratus tahun, dia hendaklah menasihati Menteri dan Menteri boleh melalui notis yang disiarkan dalam Warta mengisytiharkan tapak atau objek itu sebagai warisan kebudayaan di bawah air.
Mana-mana tapak atau objek yang diisytiharkan sebagai suatu warisan kebudayaan di bawah air hendaklah disenaraikan dalam Daftar.
Menteri boleh atas nasihat Pesuruhjaya, mengisytiharkan dalam notis yang disiarkan dalam Warta mana-mana kawasan yang di dalamnya suatu warisan kebudayaan di bawah air terletak sebagai zon yang dilindungi.
Tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa aktiviti di dalam zon yang dilindungi kecuali dengan kelulusan secara bertulis daripada Pesuruhjaya.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan.
Tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa kerja salvaj atau penggalian di dalam mana-mana perairan Malaysia bagi maksud mencari apa-apa warisan kebudayaan di bawah air, kecuali dengan lesen yang diberikan oleh Pesuruhjaya.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
Mana-mana warisan kebudayaan di bawah air yang dijumpai semasa mana-mana kerja mengukur, salvaj atau penggalian hendaklah terletak hak pada Pesuruhjaya dan hendaklah disenaraikan dalam Daftar.
Jika Pesuruhjaya mengambil milikan mana-mana warisan kebudayaan di bawah air, dia hendaklah dalam masa empat puluh lapan jam menyebabkan suatu senarai warisan kebudayaan di bawah air ditampalkan di mana-mana pejabat pelabuhan dalam daerah tempat warisan kebudayaan di bawah air itu dijumpai.
Mana-mana pemunya warisan kebudayaan di bawah air boleh, apabila membuktikan tuntutannya sehingga Pesuruhjaya berpuas hati, dalam masa satu tahun dari masa warisan kebudayaan di bawah air itu menjadi milikan Pesuruhjaya, dan apabila dibayar fi dan belanja salvaj yang kena dibayar, berhak untuk memiliki warisan kebudayaan di bawah air itu atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Pesuruhjaya.
Seseorang pemunya yang tidak mematuhi apa-apa terma dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan.
Jika tiada pemunya membuktikan suatu tuntutan dalam masa satu tahun, warisan kebudayaan di bawah air itu hendaklah menjadi harta mutlak Kerajaan Persekutuan.
Melainkan jika diarahkan selainnya oleh Menteri, Pesuruhjaya boleh memelihara warisan kebudayaan di bawah air secara in situ.
WARISAN KEBANGSAAN
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan mana-mana tapak warisan, objek warisan, warisan kebudayaan di bawah air yang disenaraikan dalam Daftar atau mana-mana orang yang hidup sebagai suatu Warisan Kebangsaan.
Dalam membuat pengisytiharan di bawah subseksyen (1) Menteri boleh menimbangkan— (a) kepentingan sejarah, hubungan dengan atau perhubungan dengan sejarah Malaysia; (b) ciri-ciri reka bentuk atau estetik; (c) pembaharuan atau pencapaian saintifik atau teknikal; (d) hubungan sosial atau kebudayaan; (e) potensi untuk mendidik, menjelaskan atau menyediakan penyiasatan saintifik lanjut berhubung dengan warisan kebudayaan Malaysia; (f) kepentingan dalam mempamerkan kekayaan, kepelbagaian atau integrasi bentuk yang luar biasa; (g) jarang tidaknya atau keunikan warisan semula jadi, warisan budaya ketara atau tidak ketara atau warisan kebudayaan di bawah air; (h) gambaran bentuk suatu tapak atau objek sebagai sebahagian daripada kelas atau jenis suatu tapak atau objek; dan (i) apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan penentuan warisan kebudayaan yang penting.
Jika tapak, objek atau warisan kebudayaan di bawah air terletak di atas tanah Negeri, Menteri hendaklah berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri sebelum membuat apa-apa pengisytiharan di bawah subseksyen (1).
Jika tapak, objek atau warisan kebudayaan di bawah air terletak di atas tanah beri hakmilik atau dipunyai oleh mana-mana orang selain Kerajaan Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri, pemunya, penjaga atau pemegang amanah tapak itu, objek tidak alih atau warisan kebudayaan di bawah air itu hendaklah diberitahu sekurang-kurangnya tiga puluh hari sebelum tarikh pengisytiharan dicadangkan itu.
Jika pengisytiharan di bawah subseksyen (1) melibatkan suatu warisan kebudayaan tidak ketara dan hak cipta masih wujud dalam apa-apa kerja, keizinan pemunya hak cipta itu hendaklah diperoleh sebelum apa-apa pengisytiharan dibuat.
Jika pengisytiharan di bawah subseksyen (1) melibatkan orang yang hidup, keizinan orang itu hendaklah diperoleh sebelum apa-apa pengisytiharan dibuat.
Suatu salinan perintah hendaklah disampaikan kepada pemunya, penjaga atau pemegang amanah tapak, objek atau warisan kebudayaan di bawah air atau kepada orang yang hidup itu.
Mana-mana orang yang membantah pembuatan pengisytiharan di bawah subseksyen (1) boleh mengemukakan bantahan secara bertulis kepada Menteri dalam masa tiga bulan dari tarikh penyiarannya dan boleh memohon kepada Menteri bagi pembatalan perintah itu.
Menteri boleh, selepas dinasihati oleh Majlis, membatalkan atau enggan membatalkan perintah itu dan keputusan itu adalah muktamad.
Kebangsaan.
Maka tidak boleh ada pertukaran berkenaan dengan pemunyaan mana-mana Warisan Kebangsaan kecuali melalui— (a) pewarisan; atau (b) penjualan, dengan kelulusan Pesuruhjaya terlebih dahulu.
Jika pemunya, penjaga atau pemegang amanah berniat untuk menjual suatu Warisan Kebangsaan, pemunya, penjaga atau pemegang amanah itu hendaklah memberi keutamaan kepada Pesuruhjaya untuk membeli Warisan Kebangsaan itu pada nilai yang dipersetujui atau atas arahan Pesuruhjaya untuk diuruskan mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Pesuruhjaya.
Jika terdapat apa-apa pertikaian antara Pesuruhjaya dengan pemunya mengenai pampasan yang munasabah bagi Warisan Kebangsaan itu, pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad.
Jika suatu penjualan telah dilakukan menurut perenggan (1)(b), pemunya, penjaga atau pemegang amanah dan pembeli hendaklah memberitahu secara bertulis kepada Pesuruhjaya dalam masa tiga puluh hari selepas pertukaran pemunyaan dan Pesuruhjaya hendaklah menyebabkan dibuat pindaan yang perlu dalam Daftar.
dalam Daftar.
Menteri boleh mengenakan tatacara dan garis panduan yang berlainan sebagaimana yang ditetapkan bagi pengurusan, pemuliharaan dan pemeliharaan kategori yang berlainan bagi Warisan Kebangsaan.
Menteri boleh meluluskan apa-apa bantuan kewangan kepada pemunya, penjaga atau pemegang amanah suatu Warisan Kebangsaan bagi pematuhan mana-mana tatacara atau garis panduan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1).
HARTA KARUN
Mana-mana orang yang menjumpai apa-apa harta karun hendaklah, dengan serta-merta memberikan notis tentang penjumpaan itu kepada Pesuruhjaya atau Pegawai Daerah bagi daerah tempat harta karun itu dijumpai dan hendaklah menghantarkan harta karun itu kepada Pegawai Daerah yang hendaklah mengaku penerimaannya.
Pegawai Daerah yang menerima notis di bawah subseksyen (1) hendaklah memberitahu tentang penjumpaan harta karun itu kepada Pesuruhjaya tempat harta karun itu dijumpai.
Jika Pegawai Daerah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana harta karun telah dijumpai di dalam daerahnya dan penjumpaan harta karun itu tidak diberitahu kepadanya di bawah Akta ini, Pegawai Daerah itu hendaklah memberikan notis secara bertulis menghendaki orang yang menjumpai atau orang yang disyaki menjumpai atau pemunya atau penduduk tempat yang harta karun itu dijumpai untuk hadir sendiri di hadapannya pada hari dan di tempat yang disebut dalam notis itu dan untuk menghantarkan kepadanya harta karun atau yang disyaki sebagai harta karun yang dijumpai sedemikian, dan Pegawai Daerah hendaklah mengaku penerimaan.
Pegawai Daerah hendaklah menyebabkan suatu notis diberikan kepada orang yang menjumpai atau orang yang disyaki menjumpai atau pemunya atau penduduk tempat yang harta karun itu dijumpai atau orang lain yang menuntut harta karun atau mana- mana bahagiannya yang menghendaki mereka hadir sendiri di hadapan Pegawai Daerah pada hari dan di tempat yang disebut dalam notis itu bagi maksud menyiasat untuk menentukan— (a) sama ada apa-apa objek atau benda ialah harta karun; (b) orang yang olehnya, tempat di mana, dan hal keadaan yang di bawahnya, apa-apa harta karun itu dijumpai; dan (c) seboleh-bolehnya orang yang olehnya, dan hal keadaan yang di bawahnya, apa-apa harta karun disembunyikan.
Hak orang yang disebut dalam subseksyen (1) ke atas harta karun jika harta karun itu dijumpai sedemikian dilucuthakkan atas kegagalan orang itu untuk hadir.
berwibawa oleh pihak menuntut untuk membuktikan haknya.
Jika— (a) selepas apa-apa siasatan Pegawai Daerah mendapati tiada sebab untuk mempercayai bahawa harta karun itu disembunyikan sedemikian; (b) suatu tempoh ditetapkan di bawah seksyen 76, tiada guaman dimulakan dalam tempoh itu pada pengetahuan Pegawai Daerah; atau (c) apa-apa guaman dimulakan dalam apa-apa tempoh dan tuntutan pihak menuntut yang akhirnya ditolak, Pegawai Daerah itu boleh mengisytiharkan harta karun itu sebagai tiada pemunya.
Mana-mana orang yang terkilan dengan pengisytiharan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh merayu terhadap pengisytiharan itu dalam masa dua bulan dari tarikh pengisytiharan itu kepada Mahkamah Tinggi.
Pesuruhjaya atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya secara bertulis bagi maksud itu boleh pada bila-bila masa yang munasabah memeriksa mana-mana harta karun yang berada dalam milikan mana-mana orang.
Maka hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap orang itu untuk membenarkan apa-apa pemeriksaan dan untuk memberikan kepada Pesuruhjaya atau pegawai itu segala kemudahan yang munasabah untuk mengkaji harta karun itu dan untuk membuat lukisan, fotograf cetakan, perasan atau keluaran semula dengan membuat acuan atau melalui apa-apa cara lain.
Tiada apa-apa lukisan, fotograf, cetakan, perasan atau keluaran semula di bawah subsekyen (2) boleh dijual tanpa keizinan orang yang memiliki harta karun itu.
Mana-mana orang yang disabitkan atas mana-mana kesalahan di bawah Bahagian ini berkenaan dengan mana-mana harta karun hendaklah menurut sabitan itu tidak berhak kepada semua tuntutan kepada atau kepentingan dalam harta karun itu atau nilai baginya atau apa-apa hadiah yang berkaitan dengan penjumpaan itu, dan dalam mana-mana hal sedemikian Majistret boleh memerintahkan supaya harta karun itu diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri bagi pihak Pihak Berkuasa Negeri tempat harta karun itu dijumpai dan dalam hal Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya kepada Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan jika Majistret membuat perintah itu maka hendaklah menjadi kewajipan mana-mana orang yang ada dalam milikannya harta karun itu untuk menyerahkannya dengan sewajarnya.
Negeri yang berkenaan boleh memerintahkan supaya mana-mana harta karun yang dilucuthakkan di bawah seksyen ini diserahkan kepada pemunya atau orang lain yang berhak kepadanya atau dipulangkan kepada orang yang menjumpainya, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.
PELESENAN
Eksport dan import butiran warisan
Tiada seorang pun boleh mengeksport apa-apa butiran warisan melainkan jika suatu lesen untuk mengeksport telah diperoleh daripada Pesuruhjaya.
Pesuruhjaya tidak boleh mengeluarkan lesen sedemikian jika pada pendapatnya butiran warisan yang berkenaan semunasabahnya dipercayai menjadi mustahak atau penting kepada negara.
Dalam permohonan bagi suatu lesen untuk mengeksport apa-apa butiran warisan, pemohon hendaklah mengemukakan perihalan, mengisytiharkan nilai dan memberikan apa-apa butir yang berkaitan yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya dan hendaklah, jika dikehendaki sedemikian, mendeposit apa-apa bahan warisan itu kepada Pesuruhjaya untuk diperiksa.
Tiada lesen boleh dikeluarkan kepada mana-mana orang melainkan jika dia membuktikan sehingga Pesuruhjaya berpuas hati bahawa dia ialah pemunya butiran warisan itu atau bahawa dia bertindak bagi pihak dan dengan kuasa pemunya.
Jika pegawai penguat kuasa atau pegawai kastam yang hak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa objek atau bahan yang hendak dieksport itu ialah butiran warisan dan tanpa mempunyai lesen eksport yang sah, dia hendaklah menahan objek atau bahan itu dan dengan serta-merta memberitahu Pesuruhjaya dalam masa dua puluh empat jam bagi penentuan objek atau bahan itu.
Jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa objek atau bahan itu ialah butiran warisan dan yang adalah atau akan menjadi mustahak atau penting kepada negara, dia boleh melarang pengeksportan itu.
Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen
melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.
Seseorang yang berniat untuk mengimport apa-apa butiran warisan asing hendaklah memberitahu Pesuruhjaya dengan dokumen yang memperakukan bahawa butiran warisan asing itu telah dibawa keluar dari suatu negara asing secara sah.
Jika terdapat sebab yang sah untuk mempercayai bahawa sesuatu butiran warisan asing yang sedang dalam perjalanan atau telah pun diimport telah dibawa keluar dari suatu negara asing secara tidak sah, Pesuruhjaya boleh mengambil milikan butiran itu dan menyimpannya dalam jagaan tetapi sebelum dia melaksanakan tindakan itu dia hendaklah berunding dengan Menteri yang keputusannya adalah muktamad.
Jika suatu butiran warisan asing ditahan di bawah subseksyen (2), Pesuruhjaya hendaklah menyimpan dan menguruskannya sebagaimana yang difikirkannya patut.
Jika apa-apa butiran warisan asing dibuktikan telah dibawa keluar dari negara asing secara sah, Pesuruhjaya hendaklah tanpa kelengahan memulangkannya kepada orang yang mengimport bahan itu.
Jika mana-mana negara telah membuktikan bahawa butiran warisan asing itu telah dieksport secara tidak sah dan meminta supaya butiran itu dipulangkan mengikut terma suatu triti, atau apabila Pesuruhjaya melaksanakan kewajipan memulangkan butiran itu mengikut suatu triti, dia hendaklah, dengan bantuan pihak berkuasa yang berwibawa, mengambil langkah yang perlu untuk memulangkan butiran itu kepada negara itu.
Lesen untuk menggali
Tiada seorang pun boleh menggali mana-mana tanah bagi maksud menjumpai sesuatu objek melainkan jika dia memegang suatu lesen yang diberikan oleh Pesuruhjaya.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(a) dibuat kepada Pesuruhjaya mengikut bentuk yang ditetapkan; dan (b) mengandungi perihalan penuh dan tepat mengenai tanah yang di atasnya penggalian dicadangkan untuk dijalankan, maksud, jenis dan takat penggalian yang dicadangkan dan apa-apa butir lain sebagaimana yang dikehendaki.
Pesuruhjaya boleh mengikut budi bicaranya meluluskan atau menolak apa-apa permohonan bagi lesen untuk menggali.
Tiada lesen di bawah subseksyen (1) boleh diluluskan melainkan jika Pesuruhjaya berpuas hati— (a) bahawa pemunya tanah tempat penggalian dicadangkan dibuat telah mengizinkan penggalian itu; (b) bahawa penggalian yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan apa-apa kerosakan atau gangguan kepada orang yang tinggal berhampiran dengan tanah itu, atau kepada mana-mana tempat yang digunakan bagi maksud keagamaan, atau kepada mana-mana tanah perkuburan, sekolah, punca atau bekalan air, kerja-kerja pengairan atau saliran atau jalan awam, atau bahawa jika apa-apa kerosakan mungkin berlaku peruntukan yang mencukupi telah dibuat oleh pemohon bagi pembayaran pampasan; dan (c) bahawa pemohon boleh memberi jaminan bagi pematuhan wajar olehnya apa-apa syarat yang dikenakan ke atas lesen atau mana-mana peraturan sebagaimana yang ditetapkan.
Apa-apa lesen untuk menggali boleh, pada bila-bila masa sebelum habis tempoh yang baginya lesen itu diluluskan, dilanjutkan oleh Pesuruhjaya bagi apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana yang difikirkannya patut.
Apa-apa lesen untuk menggali boleh, pada bila-bila masa sebelum habis tempoh yang baginya lesen itu diluluskan, dibatalkan oleh Pesuruhjaya sekiranya pemegang lesen itu melanggar mana-mana terma atau syarat lesen itu atau pembatalan itu perlu untuk melindungi kepentingan negara, kepentingan keselamatan negara atau bagi maksud apa-apa dasar Kerajaan.
Pemegang lesen tidak berhak menuntut pampasan bagi apa-apa kerugian atau ganti rugi yang dialami atau yang dikatakan telah dialami olehnya disebabkan oleh pembatalan di bawah subseksyen (2).
Bagi maksud seksyen ini, apa yang menjadi “kepentingan negara”, “kepentingan keselamatan negara” atau “dasar Kerajaan” hendaklah ditentukan oleh Menteri atas syor Pesuruhjaya dan penentuan itu adalah muktamad.
Tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan Menteri di bawah subseksyen (4).
Pendaftaran peniaga butiran warisan
Tiada seorang pun boleh berurus niaga dalam apa-apa butiran warisan melainkan jika dia ialah seorang peniaga berdaftar dan memegang suatu perakuan pendaftaran yang diberikan oleh Pesuruhjaya.
Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Mana-mana orang boleh memohon kepada Pesuruhjaya untuk didaftarkan sebagai peniaga berdaftar warisan kebudayaan mengikut apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan.
Pesuruhjaya boleh meluluskan atau menolak permohonan itu.
Apa-apa maklumat mengenai apa-apa butiran warisan yang dicuri atau hilang yang telah diterima oleh polis hendaklah disampaikan kepada Pesuruhjaya.
Apabila menerima maklumat di bawah subseksyen (1) Pesuruhjaya hendaklah memberitahu peniaga berdaftar senarai dan perihalan butiran warisan yang dicuri atau hilang itu.
Jika apa-apa harta yang menepati senarai dan perihalan berada dalam milikan mana-mana peniaga berdaftar atau yang telah ditawarkan atau ditunjukkan kepada mana-mana peniaga berdaftar, dia hendaklah tanpa apa-apa kelengahan memberikan maklumat yang bermaksud sedemikian di balai polis yang paling hampir atau kepada mana-mana pegawai polis, dengan nama dan alamat orang yang daripadanya dia memperoleh atau yang menawarkan atau menunjukkan kepadanya butiran warisan yang dicuri atau hilang itu.
Mana-mana peniaga berdaftar yang tidak memberikan maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Peniaga berdaftar dalam hal itu boleh menahan orang yang menawarkan atau menunjukkan butiran itu kepadanya sehingga ketibaan polis.
Tiap-tiap peniaga berdaftar yang berurus niaga butiran warisan hendaklah, apabila dikehendaki sedemikian melalui perintah secara bertulis oleh Pesuruhjaya, berkenaan dengan apa-apa tempoh dan mengikut apa-apa cara yang dinyatakan dalam perintah itu, melaporkan secara bertulis kepada pegawai yang diberi kuasa yang paling hampir butir-butir penuh mengenai apa-apa butiran warisan yang telah dibelinya atau dijualnya dengan harga yang dibayar dan nama serta alamat penjual atau pembeli butiran warisan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Laporan itu hendaklah ditulis dengan jelas dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris.
Mana-mana peniaga berdaftar yang, tanpa alasan yang munasabah, tidak mematuhi perintah itu melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
yang dicuri atau hilang dijumpai di premis itu.
Jika mana-mana orang disabitkan atas suatu kesalahan di dalam mana-mana mahkamah di bawah Bab XVII Kanun Keseksaan [Akta 574] berkenaan dengan mana-mana butiran warisan dan ternyata pada mahkamah bahawa butiran warisan itu telah dijual kepada seorang peniaga berdaftar, mahkamah, apabila dibuktikan keempunyaan harta itu, boleh, jika difikirkannya patut, memerintahkan supaya butiran warisan itu diserahkan kepada pemunya itu sama ada dengan membayar kepada peniaga berdaftar amaun harga pembelian atau apa-apa bahagiannya atau tanpa membayar amaun harga pembelian itu atau apa-apa bahagiannya sebagaimana yang difikirkan sesuai dan patut oleh Mahkamah.
Mahkamah boleh menangguhkan prosiding itu bagi kehadiran peniaga berdaftar itu dan boleh memanggil peniaga berdaftar itu supaya hadir pada pendengaran yang ditangguhkan itu bagi penentuan di bawah subseksyen (1).
RAYUAN
Mana-mana orang boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pemberitahuan keputusan Pesuruhjaya, merayu secara bertulis kepada Menteri jika orang itu terkilan— (a) oleh keputusan Pesuruhjaya untuk menetapkan atau tidak menetapkan sesuatu tapak sebagai tapak warisan di bawah seksyen 31; (b) oleh pengeluaran Perintah Perlindungan Interim di bawah seksyen 33; (c) oleh pengeluaran Perintah Pemeliharaan Monumen di bawah seksyen 41; (d) oleh keputusan Pesuruhjaya untuk meluluskan atau menolak permohonan untuk mendaftarkan suatu objek sebagai objek warisan di bawah seksyen 51; atau (e) oleh penolakan Pesuruhjaya untuk meluluskan apa-apa lesen di bawah seksyen 83 atau 86 atau apa-apa pendaftaran di bawah seksyen 91.
Menteri boleh mengesahkan, mengakas atau mengubah keputusan yang dirayukan terhadap dan, dalam mengesahkan, mengakas atau mengubah keputusan itu, boleh mengenakan apa-apa terma atau syarat yang difikirkannya adil atau perlu.
Sebelum membuat apa-apa keputusan di bawah subseksyen (2), Menteri boleh merujukkan perkara itu kepada Majlis.
Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad.
Jika keputusan itu diakas atau diubah, butir-butir pengakasan atau pengubahan itu hendaklah dimasukkan ke dalam Daftar.
KUASA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PENGUATKUASAAN, PENYITAAN, PENANGKAPAN, DSB.
Maka hendaklah dikeluarkan kepada setiap pegawai penguat kuasa suatu kad kuasa yang hendaklah ditandatangani oleh Menteri.
Bilamana seseorang pegawai penguat kuasa menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dia hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah
.
Jika ternyata pada Majistret, berdasarkan maklumat bertulis dengan bersumpah dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu, bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa— (a) mana-mana premis telah digunakan atau akan digunakan bagi; atau (b) ada di dalam mana-mana premis keterangan yang perlu bagi penjalanan penyiasatan mengenai, pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada pegawai penguat kuasa atau pegawai polis yang dinamakan dalam waran itu, pada bila-bila masa yang munasabah sama ada pada siang atau malam hari dan dengan atau tanpa bantuan, memasuki premis itu, jika perlu dengan kekerasan.
Waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh memberi kuasa kepada pegawai penguat kuasa atau pegawai polis untuk menggeledah premis itu bagi mencari, dan untuk menyita dan mengalihkan dari premis itu— (a) apa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah atau disyaki telah dilakukan; dan (b) apa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang semunasabahnya dipercayai memberi keterangan tentang pelakuan kesalahan itu.
Seseorang pegawai penguat kuasa atau pegawai polis yang bertindak di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh— (a) memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis itu atau mana-mana pagar, kepungan, pagar pintu atau halangan lain ke premis itu, untuk masuk ke dalam premis itu; (b) mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pengalihan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawah subseksyen (1) atau (2); dan (c) menahan tiap-tiap orang yang ditemui di dalam premis itu sehingga penggeledahan itu selesai.
(a) memasuki dan menggeledah tempat atau premis itu; (b) memberhentikan dan memeriksa orang, kenderaan, vesel atau alat pengangkutan itu; dan (c) menyita apa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang mungkin dijumpai dan boleh menjadi keterangan tentang pelakuan kesalahan itu.
dan seksyen 101, apa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang semunasabahnya disyaki oleh seseorang pegawai penguat kuasa atau pegawai polis telah digunakan atau akan digunakan dalam pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh disita dan ditahan oleh pegawai penguat kuasa atau pegawai polis itu.
Jika apa-apa penyitaan dibuat di bawah Bahagian ini, pegawai penguat kuasa atau pegawai polis yang membuat penyitaan itu hendaklah menyediakan suatu senarai tiap-tiap objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang disita dan tempat objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu telah dijumpai dan hendaklah menandatangani senarai itu.
Senarai yang disediakan mengikut subseksyen (1) hendaklah diserahkan dengan serta-merta kepada penghuni tempat atau premis tempat objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang disita itu dijumpai.
Jika penyitaan itu dibuat di dalam atau dari mana-mana tempat atau premis yang tidak dihuni, pegawai penguat kuasa atau pegawai polis yang membuat penyitaan itu hendaklah bilamana mungkin menampalkan supaya mudah dilihat suatu senarai benda yang disita itu di tempat atau premis itu.
Jika apa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain disita selain di dalam atau dari mana-mana tempat atau premis, pegawai penguat kuasa atau pegawai polis yang membuat penyitaan itu hendaklah memberikan suatu notis secara bertulis mengenai penyitaan itu dan alasan-alasan penyitaan itu kepada pemunya objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang disita itu dengan menyerahkan suatu salinan notis itu kepada pemunya itu sendiri atau melalui pos ke tempat perniagaan atau kediamannya.
Notis di bawah subseksyen (4) tidak perlu diberikan jika penyitaan itu dibuat dalam kehadiran atau dengan pengetahuan pemunya itu.
Mana-mana pegawai penguat kuasa atau pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang semunasabahnya dipercayainya telah melakukan atau cuba melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Seseorang pegawai penguat kuasa yang membuat penangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu menyerahkan orang yang ditangkap sedemikian kepada pegawai polis yang paling hampir atau, jika tiada pegawai polis, membawa orang itu ke balai polis yang paling hampir, dan sesudah itu orang itu hendaklah diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa seolah-olah dia ditangkap oleh seorang pegawai polis.
(a) mengamang, menggalang, menghalang atau melengahkan mana-mana pegawai penguat kuasa dalam melaksanakan apa-apa kemasukan yang berhak dilaksanakan olehnya di bawah Akta ini, atau dalam pelaksanaan apa-apa tugas yang dipertanggungkan atau apa-apa kuasa yang diberikan oleh Akta ini; atau (b) tidak mematuhi apa-apa permintaan sah daripada seseorang pegawai penguat kuasa yang bertindak melaksanakan tugasnya di bawah seksyen 105, melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Seseorang pegawai penguat kuasa yang membuat siasatan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh, melalui perintah secara bertulis, menghendaki mana- mana orang yang pada hemat pegawai penguat kuasa itu mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu supaya hadir di hadapannya, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki.
Jika mana-mana orang enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki oleh suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), pegawai penguat kuasa itu boleh melaporkan keengganannya itu kepada Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah itu.
Seseorang pegawai penguat kuasa yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dijangkakan mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu dan hendaklah mengubah apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa sedemikian ke dalam bentuk bertulis.
Orang itu adalah terikat untuk menjawab segala soalan berhubung dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai penguat kuasa, tetapi dia boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya mungkin mendedahkan orang itu kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
Seseorang yang membuat suatu pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan-soalan itu.
Seseorang pegawai penguat kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).
Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas— (a) pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa pernyataan itu dibuat olehnya; dan (b) dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.
Dalam mana-mana perbicaraan atau siasatan oleh sesuatu mahkamah tentang suatu kesalahan di bawah Akta ini, apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu terjumlah kepada suatu pengakuan salah atau tidak, secara lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada semasa penyiasatan atau tidak dan sama ada atau tidak keseluruhannya atau sebahagiannya pada menjawab soalan, oleh seseorang orang tertuduh kepada atau dengan didengar oleh mana-mana pegawai penguat kuasa atau pegawai polis, sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh mana-mana pegawai penguat kuasa atau pegawai polis lain atau mana-mana orang lain, sama ada yang terlibat atau tidak dalam penangkapan orang itu, hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraan orang itu dan, jika orang itu mengemukakan dirinya sebagai saksi mana-mana, pernyataan sedemikian boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya.
Tiada pernyataan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh diterima atau digunakan sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen itu jika pembuatan pernyataan itu ternyata pada mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang berkaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu yang datang daripada orang yang berkuasa dan mencukupi, pada pendapat mahkamah itu, untuk memberi orang itu alasan yang pada pendapatnya munasabah untuk menjangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau mengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkaitan dengan prosiding terhadapnya.
Jika mana-mana orang ditangkap atau dimaklumkan bahawa dia mungkin didakwa atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, hendaklah disampaikan kepadanya suatu notis secara bertulis, yang hendaklah diterangkan kepadanya yang bermaksud seperti yang berikut: “Kamu telah ditangkap/dimaklumkan bahawa kamu mungkin didakwa atas ... (kesalahan di bawah Akta ini yang mungkin dipertuduhkan). Adakah kamu hendak menyatakan apa-apa? Jika ada apa-apa fakta yang hendak kamu gunakan dalam pembelaan kamu di mahkamah, kamu dinasihati supaya menyatakannya sekarang. Jika kamu tidak menyatakannya sehingga kamu pergi ke mahkamah, kemungkinan keterangan kamu akan kurang dipercayai dan ini akan membawa kesan buruk kepada kes kamu pada amnya. Jika kamu ingin menyatakan apa-apa fakta sekarang, dan kamu mahu ia ditulis, ini akan dilakukan.”.
Walau apa pun subseksyen (3), sesuatu pernyataan oleh mana-mana orang yang dituduh melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang dibuat sebelum ada masa untuk menyampaikan notis di bawah subseksyen itu tidaklah menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata kerana tiada notis sedemikian telah disampaikan kepada orang itu jika notis sedemikian disampaikan kepadanya dengan seberapa segera yang semunasabahnya mungkin sesudah itu.
Tiada pernyataan yang dibuat oleh seseorang orang tertuduh pada menjawab notis bertulis yang disampaikan kepadanya menurut subseksyen (3) boleh ditafsirkan sebagai pernyataan yang disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji sebagaimana yang diperihalkan dalam subseksyen (2), jika pernyataan itu dibuat selainnya dengan sukarela.
Jika dalam mana-mana prosiding jenayah terhadap seseorang atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, keterangan diberikan bahawa tertuduh, apabila dimaklumkan bahawa dia mungkin didakwa kerananya, gagal menyatakan apa-apa fakta, iaitu fakta yang dalam hal keadaan yang wujud pada masa itu dia semunasabahnya dapat dijangkakan akan menyatakannya apabila dimaklumkan sedemikian, maka mahkamah, dalam menentukan sama ada pihak pendakwa sudah membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan dalam menentukan sama ada tertuduh bersalah atas kesalahan yang dipertuduhkan, boleh membuat apa-apa kesimpulan daripada kegagalan itu sebagaimana yang pada pendapatnya patut; dan kegagalan itu boleh, berasaskan kesimpulan itu, dikira sebagai, atau sebagai dapat terjumlah kepada, sokongan apa-apa keterangan yang diberikan terhadap tertuduh yang berhubungan dengannya kegagalan itu adalah suatu perkara matan.
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (6) boleh, dalam mana-mana prosiding jenayah— (a) menjejaskan kebolehterimaan sebagai keterangan perbuatan berdiam diri atau apa-apa reaksi lain tertuduh semasa apa-apa jua dikatakan dalam kehadirannya berhubung dengan kelakuan yang berkenaan dengannya dia dipertuduh, setakat yang keterangan sedemikian akan boleh diterima selain oleh sebab subseksyen itu; atau (b) dikira sebagai menghalang pembuatan apa-apa kesimpulan daripada apa-apa perbuatan berdiam diri atau reaksi lain tertuduh yang dapat dibuat selain oleh sebab subseksyen itu.
Apa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan.
Jika apa-apa benda telah disita di bawah Akta ini pegawai penguat kuasa boleh mengikut budi bicaranya memulangkan secara sementara apa-apa benda itu kepada pemunya atas jaminan yang diberikan yang memuaskan hatinya bahawa benda itu hendaklah diserahkan kepadanya atas permintaan atau untuk dikemukakan di hadapan mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa.
Suatu perintah bagi pelucuthakan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu merupakan hal perkara bagi atau digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.
Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini, objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu hendaklah diambil dan disifatkan terlucut hak apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis ke alamat yang terakhir diketahui orang yang daripadanya objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu disita yang menyatakan bahawa tiada pendakwaan berkenaan dengan objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu, melainkan jika sebelum habis tempoh itu suatu tuntutan baginya telah dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (5), (6), (7) dan (8).
Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang disebut di bawah subseksyen (4) dan bahawa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu tidak boleh dilucuthakkan boleh memberikan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis notis bertulis kepada pegawai penguat kuasa atau pegawai polis yang dalam milikannya objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu dipegang bahawa dia menuntut objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu.
Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (5) diterima, pegawai penguat kuasa atau pegawai polis itu hendaklah merujukkan perkara itu kepada Majistret untuk mendapatkan suatu keputusan.
Majistret yang kepadanya suatu perkara dirujukkan di bawah subseksyen (6) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu dan orang yang daripadanya objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu disita hadir di hadapan Majistret itu, dan apabila mereka hadir atau apabila mereka tidak hadir, setelah dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, Majistret hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu.
Jika dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang disebut dalam subseksyen (7) merupakan hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, maka Majistret hendaklah memerintahkan supaya objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu dilucuthakkan dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan supaya objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu dilepaskan.
Mana-mana objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak hendaklah dihantarserahkan kepada pegawai penguat kuasa atau pegawai polis dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Majistret.
Jika apa-apa jua yang disita pada menjalankan kuasa yang diberikan di bawah seksyen 100 atau seksyen 101 merupakan daripada jenis yang mudah musnah atau jika jagaan benda itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah, Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya atau Penolong Pesuruhjaya atau pegawai penguat kuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengarahkan supaya benda itu dijual pada bila-bila masa dan hasil jualan itu dipegang untuk mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan di bawah seksyen ini.
KESALAHAN
Tiada seorang pun boleh, tanpa kelulusan Pesuruhjaya secara bertulis— (a) mengorek, membina, menggali, membangun, menanam pokok, menguari, mengairi, membakar kapur atau mendeposit tanah atau sampah, di atas atau di tapak warisan atau kawasan pemuliharaan; (b) meroboh, mengganggu, menghalang, mengubah suai, menanda, meruntuhkan atau mengalih mana-mana monumen di mana-mana tapak warisan; (c) mendirikan apa-apa bangunan atau struktur bersebelahan dengan suatu monumen di dalam mana-mana tapak warisan; (d) memusnahkan perhubungan antara suatu bangunan dengan alam sekitarnya yang tidak selaras dengan ciri-ciri kejiranan di mana-mana tapak warisan; (e) membersihkan mana-mana kawasan atau mengganggu, memusnahkan atau mengalih mana-mana pokok, tumbuhan bawah, rumpai, rumput atau tumbuh-tumbuhan di mana-mana tapak warisan; atau (f) melakukan apa-apa aktiviti atau tindakan yang mungkin menyebabkan kerosakan kepada tanah yang bersempadanan dan tanah di sekitarnya yang telah didaftarkan sebagai suatu tapak warisan.
Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah, melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau kedua- duanya.
Mana-mana orang yang ada dalam milikan atau jagaannya atau di bawah kawalannya, apa-apa bahan yang berasal daripada tanah yang menjadi suatu warisan semula jadi atau warisan kebudayaan, hendaklah dianggap sebagai telah diekstrak, dialih atau diangkut atau dibenarkan pengekstrakan, pengalihan atau pengangkutan warisan semula jadi atau warisan kebudayaan itu tanpa kuasa yang sah.
Mana-mana orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh diperintahkan untuk membayar, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang dikenakan di bawah subseksyen (2), pampasan yang bersamaan dengan nilai objek itu dan bagi apa-apa jua yang dirosakkan semasa pengekstrakannya.
Bagi maksud subseksyen (4), nilai apa-apa objek hendaklah, sekiranya tidak ada keterangan yang bertentangan, disifatkan sebagai apa-apa amaun sebagaimana yang diperakui oleh penilai Kerajaan Persekutuan.
Apa-apa jumlah yang diperintahkan untuk dibayar di bawah subseksyen (4) boleh didapatkan seolah-olah ia merupakan suatu denda yang dikenakan atas sabitan.
Tiada seseorang pun boleh, tanpa kelulusan bertulis Pesuruhjaya, memindahkan, merobohkan, mengalihkan, mengubah, mengubah elok, mengeksport, menambah kepada atau menguruskan mana-mana Warisan Kebangsaan kecuali dalam hal keperluan yang segera dan serta-merta bagi keselamatan orang atau harta.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
PELBAGAI
mengambil langkah yang munasabah untuk mencegah pelakuannya.
Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang tiada penalti diperuntukkan secara nyata boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua- duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya dia boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Jika kesalahan yang dilakukan mengakibatkan kerosakan kepada atau perobohan atau pembinasaan sesuatu butiran warisan, mahkamah boleh memerintahkan orang itu membayar, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti yang dikenakan di bawah subseksyen (1), kos pembaikan, pembaikpulihan atau pembinaan semula butiran warisan itu.
Pesuruhjaya boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau mana- mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dengan menerima daripada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum bagi kesalahan itu, dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.
Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa- apa pendakwaan baginya dimulakan.
Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran di bawah subseksyen (1) tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh selanjutnya yang diberikan oleh Pesuruhjaya, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat dan jika pemilikan telah diambil terhadap mana-mana buku, rekod atau dokumen lain atau apa-apa benda lain, buku, rekod, dokumen atau benda itu boleh dilepaskan tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan mengikut syarat kompaun.
Amaun yang diterima di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan dan dalam hal kesalahan di bawah Bahagian XI amaun yang diterima hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri.
(a) Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya atau Penolong Pesuruhjaya; (b) mana-mana anggota Majlis; (c) mana-mana pegawai yang diberi kuasa atau pegawai penguat kuasa; atau (d) mana-mana orang yang diambil bekerja di pejabat Pesuruhjaya atau Majlis, atas sifat peribadinya berkenaan dengan apa-apa perbuatan, peninggalan, keputusan atau pernyataan yang dilakukan atau dibuat bagi maksud atau bersampingan dengan pelaksanaan atau pelaksanaan yang dicadangkan peruntukan Akta ini atau apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini melainkan jika perbuatan, peninggalan, keputusan atau pernyataan itu telah dilakukan atau dibuat oleh kecuaian atau keingkarannya yang disengajakan.
.
Menteri boleh membuat apa-apa peraturan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan- peraturan boleh dibuat bagi kesemua atau mana-mana maksud yang berikut: (a) menetapkan apa-apa perkara yang dikehendaki di bawah Akta ini untuk ditetapkan; (b) menetapkan pelan pengurusan pemuliharaan; (c) menetapkan syarat dan sekatan (termasuk pembayaran dan amaun fi) yang tertakluk kepadanya mana-mana lesen atau permit di bawah Akta ini boleh diberikan atau dikeluarkan; (d) menyediakan tatacara bagi permohonan, terma dan syarat yang hendaklah dikenakan pada lesen, dan bagi fi, caj dan deposit berkenaan dengan permohonan itu, termasuk peruntukan bagi pelucuthakan, penggunaan atau pengembalian deposit itu; (e) menetapkan pengurusan dan tatacara bagi pemuliharaan dan pemeliharaan tapak warisan, objek warisan, warisan kebudayaan di bawah air dan Warisan Kebangsaan; (f) menetapkan garis panduan dan tatacara bagi pemuliharaan dan pemeliharaan warisan kebudayaan tidak ketara; (g) menetapkan tatacara bagi pengkompaunan kesalahan; dan (h) menetapkan penalti atau denda yang tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit bagi pelanggaran atau kegagalan untuk mematuhi mana-mana peruntukan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau dengan sekatan atau syarat mana-mana lesen atau permit yang diberikan di bawah mana-mana peraturan itu.
PERUNTUKAN PEMANSUHAN DAN KECUALIAN
Tertakluk kepada subseksyen (2), Akta Benda Purba 1976 [Akta 168] dan Akta Harta Karun 1957 [Akta 542] dimansuhkan.
Akta Harta Karun 1957 hendaklah terus terpakai bagi Negeri- Negeri yang tidak menerima pakai peruntukan Bahagian XI Akta ini melalui suatu undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan bagi Negeri yang berkaitan mengikut Fasal (3) Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan.
Semua penetapan, peraturan, kaedah, undang-undang kecil, pengecualian, arahan dan perintah yang dibuat, semua daftar yang disimpan dan semua perakuan yang diberikan atau yang mempunyai kesan di bawah undang-undang atau perintah yang dimansuhkan oleh seksyen ini dan yang berkuat kuasa atau mempunyai kesan pada permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah (tanpa menjejaskan kuasa Menteri untuk meminda peraturan-peraturan, kaedah-kaedah dan undang-undang kecil atau untuk meminda, membatalkan atau menarik balik pengecualian, arahan atau perakuan melalui perintah atau arahan yang dibuat di bawah peruntukan yang berkenaan Akta ini dan tertakluk kepada apa-apa ubah suaian yang perlu untuk menyelaraskan peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, undang- undang kecil, pengecualian, arahan atau perintah dengan Akta ini) terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolah-olah ia telah dibuat, disimpan atau diberikan di bawah Akta ini, sehingga diperuntukkan selainnya di bawah Akta ini.
Menteri boleh, melalui perintah, membuat apa-apa ubah suaian dalam peruntukan Akta ini yang didapatinya perlu atau suai manfaat bagi maksud menghapuskan apa-apa kesulitan yang disebabkan oleh permulaan kuat kuasa Akta ini.
Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen ini selepas habis tempoh dua tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.
Dalam seksyen ini, “ubah suaian” termasuklah pindaan, tambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, variasi, pengubahan dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan Akta ini.
SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari –TIADA–
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari –TIADA–