로고

UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI DALAM TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 555

Tarikh Perkenan Diraja 13 September 1996 Tarikh penyiaran dalam Warta 26 September 1996

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, pendaftaran, pengurusan dan pengawalseliaan, dan kawalan kualiti pendidikan yang diberikan oleh institusi pendidikan tinggi swasta dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. BAHAWASANYA pendidikan tinggi mempunyai peranan yang penting bagi menjayakan wawasan menuju ke arah kecemerlangan akademik dan bagi peningkatan profesionalisme dan teknikal di samping memenuhi keperluan tenaga kerja negara: DAN BAHAWASANYA mengakui peranan institusi pendidikan tinggi swasta dalam menyediakan prasarana pendidikan yang mencukupi serta meningkatkan keupayaan untuk memenuhi permintaan terhadap pendidikan tinggi: DAN BAHAWASANYA amatlah penting bagi menyediakan kemudahan dan mengawal selia institusi pendidikan tinggi swasta supaya dapat dipastikan perkembangannya yang sihat dan penyediaan pendidikan berkualiti olehnya: MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

SUSUNAN SEKSYEN Bahagian I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran Bahagian II PENTADBIRAN 3. Pelantikan Ketua Pendaftar, Timbalan Ketua Pendaftar, dsb., dan tugas mereka 4. Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan am 5. Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan khas Bahagian III PENUBUHAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 6. Permohonan untuk kelulusan 7. Kepentingan lain hendaklah dizahirkan oleh pemohon 8. Ketua Pendaftar hendaklah membuat syor kepada Menteri 9. Ketua Pendaftar boleh enggan meneruskan tindakan ke atas permohonan 10. Pemberian kelulusan atau penolakan permohonan oleh Menteri 11. Kelulusan tidak akan diberikan melainkan jika Menteri berpuas hati 12. Pemohon hendaklah memastikan pematuhan keperluan apabila kelulusan diberikan 13. (Dipotong) 14. Sebutan mengenai syarikat 15. Kelulusan bagi pertukaran atau perubahan berkenaan dengan syarikat 16. Pemberitahuan pertukaran alamat 17. Maklumat yang hendaklah diberikan kepada Ketua Pendaftar atas permintaannya 18. Penubuhan cawangan, atau bergabung, dsb., dengan institusi pendidikan tinggi swasta lain 19. Kelulusan terdahulu Menteri mengenai perkiraan atau perjanjian 20. Menteri boleh mengubah syarat Bahagian IV PENUBUHAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA BERTARAF UNIVERSITI , KOLEJ UNIVERSITI DAN KAMPUS CAWANGAN 21. Penubuhan Universiti, Kolej Universiti dan kampus cawangan 22. (Dipotong) 23. Akta ini hendaklah terpakai bagi Universiti, Kolej Universiti atau kampus cawangan Bahagian V PENDAFTARAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 24. Semua institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah didaftarkan 24 A . Pembaharuan pendaftaran 25. Daftar institusi pendidikan tinggi swasta 26. Perakuan pendaftaran, dsb. hendaklah dipamerkan 27. Penolakan pendaftaran 28. Pertukaran premis 29. Kuasa Ketua Pendaftar untuk menambah, meminda, mengkansel atau mengubah syarat Bahagian VI PENGURUSAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 30. Perlembagaan 31. Pelantikan dan pendaftaran ketua eksekutif 32. Peraturan-peraturan mengenai pendaftaran ketua eksekutif 33. Kewajipan ketua eksekutif A . Kewajipan untuk menyenggara daftar 34. Permohonan di bawah Akta hendaklah dibuat oleh ketua eksekutif 35. Notis, permintaan maklumat dan perhubungan hendaklah ditujukan kepada ketua eksekutif 36. Orang yang tidak layak terlibat dalam pengurusan institusi pendidikan tinggi swasta 37. Kuasa Ketua Pendaftar untuk bertindak terhadap ketua eksekutif Bahagian VII PENGENDALIAN KURSUS PENGAJIAN DI INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 38. Kelulusan terdahulu Menteri mengenai kursus pengajian dan gabungan, dsb. 39. Keengganan memberikan kelulusan 40. Pemberian kelulusan tertakluk kepada syarat A . Pembaharuan kelulusan untuk mengendalikan kursus pengajian atau program latihan 41. Bahasa pengantar 42. Kuasa Menteri untuk mengarahkan supaya bahasa kebangsaan digunakan 43. Mata pelajaran wajib 44. Penganugerahan ijazah 45. (Dipotong) Bahagian VIII DISIPLIN DAN TATALAKU PELAJAR 46. Pihak berkuasa disiplin berkenaan dengan pelajar 47. Aktiviti pelajar atau persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar 48. Tanggungan pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar A . Penggantungan pelajar yang dipertuduh atas kesalahan boleh daftar dan perkara-perkara yang berhubungan dengan penahanan, dsb. 49. Kuasa Ketua Pendaftar untuk mengeluarkan arahan menggantung atau membubarkan persatuan pelajar, dsb. 50. (Dipotong) Bahagian IX PERMIT MENGAJAR 51. Pengeluaran permit mengajar 52. Kuasa Ketua Pendaftar untuk tidak mengeluarkan dan membatalkan permit mengajar 53. Hak untuk membuat representasi hendaklah diberikan dan alasan tambahan bagi pembatalan Bahagian X PEMBATALAN KELULUSAN DAN PENGKANSELAN PENDAFTARAN 54. Alasan bagi pembatalan kelulusan 55. Alasan bagi pengkanselan pendaftaran 56. Notis untuk membatalkan kelulusan dan mengkansel pendaftaran 57. Keputusan hendaklah berdasarkan dokumen dan pendengaran secara lisan tidak dibenarkan Bahagian XI PENUTUPAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 58. Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan demi melindungi kepentingan pelajar 59. Pemberhentian kegiatan perniagaan 60. Notis tentang niat untuk menutup 61. Perkiraan bagi penerusan pendidikan pelajar 62. Pemulangan perakuan Bahagian XII PEMERIKSAAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 63. Pemeriksaan hendaklah dibuat dari semasa ke semasa 64. Kuasa Ketua Pendaftar semasa memeriksa institusi pendidikan tinggi swasta 64 A . Audit Bahagian XIII PENGUATKUASAAN DAN PENYIASATAN 65. Tafsiran pegawai penyiasat 66. Kuasa pegawai penyiasat 67. Kuasa untuk menggeledah dan menyita 68. Menggeledah dan menyita tanpa waran 69. Kuasa untuk mengunci 70. Kuasa untuk memanggil bagi tujuan pemeriksaan 71. Tiada hak ke atas kos prosiding, kerugian atau relief lain, dsb. Bahagian XIV KESALAHAN DAN PENALTI Seksyen 72. Larangan tentang pengiklanan, dsb. 73. Kawalan pengiklanan 74. Tafsiran pengiklanan 75. Kesalahan dan penalti berhubungan dengan pernyataan yang palsu atau mengelirukan A . Obligasi untuk mematuhi 76. Penubuhan institusi pendidikan tinggi swasta, dsb., dilarang melainkan jika mengikut Akta 77. Kesalahan dan penalti berhubungan dengan penganugerahan sijil, diploma dan ijazah 78. Penalti kerana pelanggaran syarat 79. Kesalahan dan penalti berhubungan dengan permohonan yang dibuat di bawah Akta 80. Kesalahan dan penalti berhubungan dengan aktiviti tidak sah 81. Kesalahan dan penalti berhubungan dengan perakuan pendaftaran dan perbuatan mengajar di institusi pendidikan tinggi swasta 82. Penalti am 83. Penalti dalam hal kesalahan yang berterusan 84. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan 85. Tanggungan pengarah syarikat, dsb., bagi kesalahan yang dilakukan oleh institusi pendidikan tinggi swasta 86. Kuasa untuk mengkompaun 87. Memulakan dan menjalankan pendakwaan Bahagian XV PERATURAN –PERATURAN 88. Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan Bahagian XVI AM Seksyen 89. Membezakan antara ras dan kepercayaan dilarang 90. Perlindungan daripada tindakan guaman dan prosiding undang-undang 91. Pegawai disifatkan sebagai pekhidmat awam 92. Kuasa Menteri untuk mengecualikan 93. Kehendak tentang premis 94. Penyampaian 95. Ketidakpakaian Bahagian XVII PERUNTUKAN KECUALIAN DAN PERALIHAN 96. Peruntukan kecualian dan peralihan berhubungan dengan institusi pendidikan tinggi swasta yang sedia ada 97. Penukaran perakuan pendaftaran sementara 98. Kuasa Menteri untuk membuat peruntukan peralihan tambahan 99. Peruntukan peralihan berhubungan dengan guru

Bahagian I

PERMULAAN

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

Tafsiran

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“audit” ertinya suatu penilaian ke atas institusi pendidikan tinggi swasta yang dijalankan mengikut seksyen 64 A ; “bahasa kebangsaan” ertinya bahasa Melayu sebagaimana yang ditentukan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan; “buku” termasuklah rekod maklumat dan rekod akaun atau perakaunan, bagaimana jua pun dikumpulkan, direkodkan atau disimpan; “cawangan” ertinya cawangan institusi pendidikan tinggi swasta yang ditubuhkan di bawah Akta ini; “dana permulaan” ertinya suatu akaun yang mengandungi sumbangan tunai yang hendaklah dipunyai oleh syarikat berhad menurut jaminan sebelum pendaftaran di bawah seksyen 24; “diploma” ertinya diploma yang dianugerahkan kepada seseorang sesudah tamat mengikuti dengan jayanya kursus pengajian yang dirancangkan supaya membawa kepada penganugerahan diploma itu atau yang setaraf dengannya dan termasuklah suatu diploma lanjutan; “ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; “dokumen konstituen” ertinya statut, piagam, memorandum dan perkara persatuan, kaedah-kaedah dan undang-undang kecil, perjanjian perkongsian atau surat cara lain yang di bawahnya atau melaluinya pemohon, bagi penubuhan institusi pendidikan tinggi swasta, ditubuhkan dan yang dalamnya struktur pengelolaan dan pentadbirannya, skop fungsinya, urusan, kuasa dan kewajipannya dinyatakan, sama ada dalam satu dokumen atau lebih; “fi yang ditetapkan” ertinya fi yang dikehendaki supaya ditetapkan di bawah Akta ini; “gabungan” termasuklah pengendalian program berkembar; “guru” ertinya seseorang yang diambil kerja oleh institusi pendidikan tinggi swasta untuk menjadi guru dan termasuklah profesor kanan, profesor, penolong profesor, pensyarah kanan, pensyarah, penolong pensyarah dan tutor; “ijazah” ertinya ijazah yang dianugerahkan kepada seseorang di peringkat Sarjana Muda atau di peringkat Sarjana atau di peringkat Kedoktoran sesudah tamat mengikuti dengan jayanya kursus pengajian yang dirancangkan supaya membawa kepada penganugerahan ijazah itu atau yang setaraf dengannya; “institusi pendidikan tinggi swasta” ertinya organisasi atau institusi pendidikan, termasuklah Universiti atau Kolej Universiti atau kampus cawangan luar negeri atau Kolej yang diluluskan dan didaftarkan di bawah Akta ini, yang tidak ditubuhkan atau disenggarakan oleh Kerajaan— (a) yang menyediakan pendidikan tinggi; (b) yang menyediakan pendidikan jarak jauh; atau (c) yang menyediakan pendidikan tinggi atau pendidikan jarak jauh secara bergabung, bersekutu atau bekerjasama dengan— (i) institusi pendidikan tinggi swasta yang diluluskan dan didaftarkan di bawah Akta ini; (ii) institusi pendidikan tinggi lain— (aa) sama ada atau tidak ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis lain; atau (bb) sama ada di dalam atau di luar Malaysia; (iii) Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta ini; (iv) Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30]; (v) Universiti atau Kolej Universiti lain— (aa) sama ada atau tidak ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis lain; atau (bb) sama ada di dalam atau di luar Malaysia; (vi) kampus cawangan; atau (vii) badan profesional sama ada di dalam atau di luar Malaysia yang membawa kepada penganugerahan keanggotaan profesional badan profesional itu; “Kampus”, berhubung dengan suatu institusi pendidikan tinggi swasta, ertinya premis berdaftar institusi pendidikan tinggi swasta itu; “kampus cawangan” ertinya cawangan institusi pendidikan tinggi swasta yang bertaraf Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta ini; “kampus cawangan luar negeri” ertinya cawangan Universiti atau Kolej Universiti luar negeri yang ditubuhkan di bawah Akta ini; “kelulusan” ertinya kelulusan secara bertulis; “kesalahan boleh daftar” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969 [Akta 7]; “ketua eksekutif” ertinya ketua eksekutif institusi pendidikan tinggi swasta; “Ketua Pendaftar” ertinya Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang dilantik di bawah subseksyen 3(1); “Kolej” ertinya institusi pendidikan tinggi swasta yang tidak bertaraf Universiti atau Kolej Universiti atau kampus cawangan luar negeri; “Kolej Universiti” dan “Universiti” ertinya institusi pendidikan tinggi swasta yang diberikan taraf Universiti atau Kolej Universiti di bawah seksyen 21; “kursus pengajian” ertinya satu kursus atau suatu set kursus yang berkaitan yang membawa kepada penganugerahan sijil, diploma atau ijazah sesudah tamat mengikuti dengan jayanya kursus pengajian itu; “lembaga pengarah” ertinya lembaga pengarah syarikat yang menubuhkan institusi pendidikan tinggi swasta; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pendidikan tinggi; “pelajar” ertinya seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu dengan institusi pendidikan tinggi swasta, yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan daripada apa-apa perihalan pada peringkat persediaan, praijazah, lepas ijazah atau lepas kedoktoran secara sepenuh masa atau sambilan dalam, oleh atau dari institusi pendidikan tinggi swasta itu, dan termasuklah pembelajaran jarak jauh, luar kampus, pertukaran dan pelajar tidak berijazah; “pemohon” bagi maksud kelulusan untuk penubuhan suatu institusi pendidikan tinggi swasta, ertinya suatu syarikat yang diperbadankan dalam negeri atau selainnya; “Pendaftar” ertinya Pendaftar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang dilantik di bawah subseksyen 3(2); “pendidikan jarak jauh” ertinya ajaran atau latihan mengenai atau pengajaran pendidikan tinggi— (a) melalui media elektronik semata-mata; (b) melalui surat semata-mata; (c) yang sebahagiannya adalah melalui media elektronik dan sebahagian lagi melalui surat dan kaedah ajaran, latihan atau pengajaran yang lain; atau (d) yang sebahagiannya adalah melalui media elektronik dan sebahagian lagi melalui surat atau kaedah ajaran, latihan atau pengajaran yang lain; “pendidikan tinggi” ertinya ajaran atau latihan mengenai atau pengajaran kursus pengajian yang membawa kepada penganugerahan sijil, diploma atau ijazah sesudah tamat mengikuti dengan jayanya kursus pengajian itu; “Penolong Pendaftar” ertinya Penolong Pendaftar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang dilantik di bawah subseksyen 3(2); “perlembagaan” dalam apa-apa konteks berhubungan dengan suatu institusi pendidikan tinggi swasta ertinya perlembagaan institusi pendidikan tinggi swasta itu; “premis” ertinya bangunan yang digunakan sebagai institusi pendidikan tinggi swasta dan termasuklah bangunan bagi maksud menyediakan penginapan dan kemudahan lain bagi pelajar dan kakitangan institusi itu; “sijil” ertinya kelayakan akademik yang dianugerahkan kepada seseorang sesudah orang itu tamat mengikuti dengan jayanya suatu kursus pengajian yang dirancangkan supaya membawa kepada penganugerahan sijil itu atau yang setaraf dengannya; “struktur fi” ertinya suatu amaun bayaran terperinci yang dikenakan kepada pelajar bagi mengikuti kursus pengajian atau program latihan; “surat” ertinya surat yang disampaikan dengan tangan atau melalui pos; “syarikat” ertinya syarikat yang diperbadankan di bawah  Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang menubuhkan institusi pendidikan tinggi swasta di bawah Akta ini; “Timbalan Ketua Pendaftar” ertinya Timbalan Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang dilantik di bawah subseksyen 3(2); “Timbalan Pendaftar” ertinya Timbalan Pendaftar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang dilantik di bawah subseksyen 3(2).

Bahagian II

PENTADBIRAN

Pelantikan Ketua Pendaftar, Timbalan Ketua Pendaftar, dsb., dan tugas mereka

3.

(1)

Maka hendaklah ada seorang Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang hendaklah dilantik oleh Menteri.  CATATAN—Akta ini telah menggantikan Akta Syarikat 1965 [Akta 125]—lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

(2)

Menteri hendaklah juga melantik seorang Timbalan Ketua Pendaftar dan sekian bilangan Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud Akta ini.

(3)

Ketua Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa dan menjalankan fungsi yang diberikan kepadanya oleh Akta ini, dan sewaktu ketiadaannya kuasa dan fungsi sedemikian bolehlah dipunyai atau dijalankan oleh Timbalan Ketua Pendaftar.

(4)

Timbalan Ketua Pendaftar, Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar hendaklah di bawah arahan dan kawalan Ketua Pendaftar.

(5)

Timbalan Ketua Pendaftar, Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar boleh menjalankan segala kuasa dan fungsi yang diberikan kepada Ketua Pendaftar oleh atau di bawah Akta ini, tertakluk kepada apa-apa sekatan yang dikenakan oleh Ketua Pendaftar.

Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan am

4.

(1)

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberikan seseorang pegawai yang dilantik di bawah Bahagian ini arahan yang bersifat am, yang selaras dengan peruntukan Akta ini, tentang penjalanan kuasa dan budi bicara yang diberikan kepada pegawai itu oleh Akta ini dan kewajipan yang hendaklah ditunaikan oleh pegawai itu di bawah Akta ini.

(2)

Arahan yang diberikan di bawah subseksyen (1) bolehlah yang berhubungan dengan perkara yang didapati oleh Menteri menyentuh dasar, strategi dan garis panduan kebangsaan mengenai pendidikan tinggi yang dirumuskan dan ditentukan oleh Majlis Pendidikan Tinggi Negara yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 [Akta 546].

(3)

Pegawai yang kepadanya arahan diberikan di bawah seksyen ini hendaklah melaksanakan tiap-tiap arahan itu.

Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan khas

5. Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberikan lembaga pengarah, ketua eksekutif atau pekerja institusi pendidikan tinggi swasta, arahan yang selaras dengan peruntukan Akta ini berhubungan dengan perkara yang berkenaan dengannya peraturan-peraturan boleh dibuat di bawah Akta ini, dan lembaga pengarah, ketua eksekutif atau pekerja berkenaan hendaklah melaksanakan tiap-tiap arahan itu.

Bahagian III

PENUBUHAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA

Permohonan untuk kelulusan

6.

(1)

Kelulusan Menteri hendaklah diperoleh terlebih dahulu sebelum sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta boleh ditubuhkan atau disenggarakan.

(2)

Permohonan bagi mendapatkan kelulusan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pendaftar— (a) dalam borang yang ditetapkan dan mengikut cara yang ditetapkan; (b) disertai fi yang ditetapkan; (c) dengan mengemukakan bersekali dengan permohonan itu— (i) pelan menyeluruh bagi penubuhan dan penyenggaraan institusi pendidikan tinggi swasta yang dicadangkan yang hendaklah termasuk kursus pengajian yang dicadangkan; (ii) salinan draf perlembagaan institusi pendidikan tinggi swasta yang dicadangkan; dan (iii) dokumen-dokumen yang berikut: (aa) suatu salinan dokumen konstituennya, yang ditentusahkan dengan sewajarnya melalui akuan berkanun yang dibuat oleh pegawai yang diberi kuasa bagi pemohon; dan (bb) suatu salinan kunci kira-kira teraudit, akaun untung dan rugi dan laporan yang terbaru jika ada, oleh juruaudit dan pengarah pemohon, jika berkenaan; dan (d) apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen lain sebagaimana yang diminta oleh Ketua Pendaftar bagi maksud menentukan permohonan dan kesesuaian pemohon.

(3)

Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan dan sebelum ia ditentukan oleh Menteri, Ketua Pendaftar boleh melalui notis secara bertulis menghendaki pemohon memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan.

(4)

Perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (2) dan yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) boleh berbeza antara pemohon, kelas, kategori atau perihalan pemohon yang berlainan.

(5)

Permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila- bila masa sebelum ia diluluskan atau ditolak.

(6)

Jika maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah perenggan (2)(d) atau subseksyen (3) tidak diberikan oleh pemohon dalam masa yang dinyatakan atau lanjutan masa yang diberikan baginya, maka permohonan itu— (a) hendaklah disifatkan telah ditarik balik; dan (b) tidak boleh diteruskan, tanpa menjejaskan hak pemohon membuat permohonan baru.

Kepentingan lain hendaklah dizahirkan oleh pemohon

7. Tanpa menjejaskan seksyen 6, pemohon hendaklah menzahirkan atau memberikan dalam permohonannya maklumat berkenaan dengan—

(a) mana-mana kelulusan lain yang telah diberikan kepada pemohon di bawah Akta ini; (b) apa-apa kepentingan kewangan walau apa jua pun yang dipunyai oleh pemohon dalam perniagaan mana-mana orang atau syarikat lain yang mengadakan atau menguruskan institusi pendidikan tinggi sama ada di dalam atau di luar Malaysia; (c) apa-apa kepentingan atau hak yang dipunyai oleh orang lain dalam perniagaan pemohon dan dalam hal pemohon yang merupakan syarikat, apa-apa hak yang dipunyai oleh orang lain untuk menamakan pengarah syarikat pemohon; (d) urusan perniagaan lain pemohon; dan (e) apa-apa kepentingan kewangan walau apa jua pun atau hak yang dipunyai oleh orang atau syarikat lain dalam urusan perniagaan yang lain pemohon.

Ketua Pendaftar hendaklah membuat syor kepada Menteri

8. Ketua Pendaftar hendaklah, apabila permohonan dibuat dengan sewajarnya mengikut seksyen 6 dan 7, dan setelah diberikan segala maklumat, butir-butir dan dokumen yang dikehendaki oleh Ketua Pendaftar di bawah seksyen tersebut—

(a) mengambil tindakan yang perlu untuk menyemak permohonan itu; (b) meluluskan perlembagaan; dan (c) membuat syor kepada Menteri tentang sama ada kelulusan boleh diberikan atau ditolak dan syarat, jika perlu, yang hendaklah dikenakan oleh Menteri.

Ketua Pendaftar boleh enggan meneruskan tindakan ke atas permohonan

9. Ketua Pendaftar boleh enggan meneruskan tindakan ke atas suatu permohonan, dan boleh menghendaki supaya permohonan itu dipinda atau dilengkapkan dengan sepatutnya dan dikemukakan semula atau supaya suatu permohonan baru dikemukakan bagi menggantikannya jika—

(a) borang permohonan sebagaimana yang ditetapkan tidak dilengkapkan dengan sewajarnya disebabkan apa-apa peninggalan atau salah perihalan; (b) borang permohonan itu mengandungi kesilapan atau pengubahan; atau (c) permohonan itu tidak mematuhi keperluan yang ditetapkan.

Pemberian kelulusan atau penolakan permohonan oleh Menteri

10.

(1)

Selepas menerima dan menimbangkan syor Ketua Pendaftar di bawah seksyen 8, Menteri boleh— (a) memberikan kelulusan bagi penubuhan institusi pendidikan tinggi swasta, dengan syarat atau tanpa syarat; atau (b) menolak permohonan itu tanpa memberikan sebab bagi penolakan itu.

(2)

Jika Menteri menolak suatu permohonan, Ketua Pendaftar hendaklah memberitahu pemohon mengenai penolakan itu secara bertulis.

(3)

Menteri boleh, pada memberikan kelulusan di bawah subseksyen (1), meminta pemohon membayar fi yang ditetapkan.

(4)

Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad.

Kelulusan tidak akan diberikan melainkan jika Menteri berpuas hati

11. Suatu permohonan bagi penubuhan institusi pendidikan tinggi swasta tidak akan diluluskan oleh Menteri melainkan jika dia berpuas hati bahawa—

(a) pemohon berkebolehan menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi bagi penubuhan institusi pendidikan tinggi swasta itu; (b) pemohon berkebolehan menyediakan pengurusan dan pentadbiran yang berkemampuan dan cekap bagi penjalanan yang sepatutnya akan institusi pendidikan tinggi swasta itu; (c) langkah yang mencukupi telah diambil bagi menentukan dan mengekalkan tahap pendidikan yang disediakan oleh institusi pendidikan tinggi swasta itu; (d) telah diadakan sistem pengelolaan yang teratur bagi institusi pendidikan tinggi swasta itu serta perlembagaan yang hendaklah diluluskan oleh Ketua Pendaftar dan; (e) (Dipotong oleh Akta A1352); (f) tiada seorang pun yang telah disabitkan atas kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan atau seorang bankrap yang belum dilepaskan memegang jawatan sebagai pengarah, pengurus atau setiausaha atau jawatan atau kedudukan lain yang seumpamanya.

Pemohon hendaklah memastikan pematuhan keperluan apabila kelulusan diberikan

12.

(1)

Apabila kelulusan diberikan, pemohon yang berjaya hendaklah memastikan bahawa— (a) modal terbitan dan berbayarnya hendaklah merupakan suatu amaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri; (b) penyertaan ekuiti dan keanggotaan lembaga pengarahnya hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri; dan (c) tujuan tunggal memorandum persatuan dan perkara- perkara persatuan pemohon hendaklah untuk menubuhkan dan menguruskan institusi pendidikan tinggi swasta dan hendaklah mengandungi peruntukan bagi apa-apa perkara yang boleh ditetapkan. (1 A ) Jika pemohon yang berjaya itu merupakan suatu syarikat berhad menurut jaminan, pemohon itu hendaklah memastikan bahawa— (a) dana permulaannya hendaklah merupakan suatu amaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri; (b) sumber dana permulaannya hendaklah dizahirkan kepada dan diluluskan oleh Menteri; (c) keanggotaan lembaga pengarahnya hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri; dan (d) tujuan tunggal memorandum persatuan dan perkara- perkara persatuan pemohon hendaklah untuk menubuhkan dan menguruskan institusi pendidikan tinggi swasta dan hendaklah mengandungi peruntukan bagi apa-apa perkara yang boleh ditetapkan.

(2)

Jika pemohon yang berjaya bukan suatu syarikat yang diperbadankan di dalam negeri, pemohon hendaklah, dalam masa satu tahun dari diberitahu tentang kelulusan itu, memperbadankan suatu syarikat di dalam negeri.

(3)

Kelulusan bertulis Ketua Pendaftar mengenai memorandum persatuan dan perkara-perkara persatuan yang dicadangkan bagi syarikat yang hendak diperbadankan di dalam negeri hendaklah didapatkan terlebih dahulu sebelum permohonan dibuat bagi pemerbadanannya.

(4)

Jika pemohon gagal untuk memperbadankan suatu syarikat di dalam negeri dalam masa yang ditetapkan dalam subseksyen (2), kelulusan yang diberikan bagi penubuhan suatu institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah disifatkan telah ditarik balik melainkan jika suatu lanjutan masa diberikan oleh Ketua Pendaftar.

13. (Dipotong oleh Akta A1352).

Sebutan mengenai syarikat

14. Bagi maksud seksyen 15, 16, 17 dan 19, sebutan mengenai syarikat adalah sebutan mengenai syarikat yang kepadanya kelulusan di bawah Bahagian ini telah diberikan dan syarikat yang ditubuhkan di bawah seksyen 12.

Kelulusan bagi pertukaran atau perubahan berkenaan dengan syarikat

15. Kelulusan Ketua Pendaftar hendaklah didapatkan sebelum suatu syarikat menukar atau mengubah—

(a) namanya; (b) modal terbitan dan berbayarnya; (c) amaun dana permulaannya; (d) penyertaan ekuitinya; (e) keanggotaan lembaga pengarahnya; dan (f) memorandum persatuan dan perkara-perkara persatuannya.

(1)

Permohonan bagi mendapatkan kelulusan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Ketua Pendaftar— (a) dalam borang yang ditetapkan dan mengikut cara yang ditetapkan; dan (b) disertai fi yang ditetapkan.

(2)

Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan itu dan sebelum ia ditentukan, Ketua Pendaftar boleh melalui notis bertulis menghendaki syarikat itu untuk memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan.

(3)

Jika apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak diberikan dalam masa yang ditetapkan dalam kehendak itu atau apa-apa lanjutan masa, permohonan itu— (a) hendaklah disifatkan telah ditarik balik; dan (b) tidak boleh diteruskan, tanpa menjejaskan hak syarikat untuk membuat permohonan baharu.

(4)

Ketua Pendaftar hendaklah, apabila permohonan dibuat dengan sewajarnya di bawah seksyen ini dan selepas diberikan kesemua maklumat, butir-butir dan dokumen yang dikehendakinya di bawah subseksyen (3)— (a) meluluskan permohonan itu dengan atau tanpa apa-apa ubah suaian, pindaan atau syarat; atau (b) menolak permohonan itu tanpa memberikan apa-apa sebab bagi penolakan itu.

(5)

Jika Ketua Pendaftar menolak permohonan itu, Ketua Pendaftar hendaklah memberitahu syarikat tentang penolakan itu secara bertulis.

(6)

Mana-mana orang yang melanggar peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Pemberitahuan pertukaran alamat

16. Suatu syarikat hendaklah memberitahu Ketua Pendaftar tentang pertukaran alamat perniagaannya, dalam masa empat belas hari dari pertukaran itu.

Maklumat yang hendaklah diberikan kepada Ketua Pendaftar atas permintaannya

17. Maka hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap syarikat untuk memberikan apabila diminta oleh Ketua Pendaftar, dalam tempoh yang ditentukan olehnya, butir-butir—

(a) mengenai apa-apa kepentingan kewangan walau apa jua pun yang dipunyai oleh orang lain dalam perniagaan syarikat itu atau hak yang dipunyai oleh orang lain untuk menamakan pengarah syarikat itu; dan (b) mengenai apa-apa kepentingan atau hak yang dipunyai oleh syarikat itu dalam perniagaan orang lain sama ada yang berhubungan dengan pendidikan atau selainnya.

Penubuhan cawangan, atau bergabung, dsb., dengan institusi pendidikan tinggi swasta lain

18.

(1)

Kelulusan Menteri hendaklah didapatkan terlebih dahulu sebelum institusi pendidikan tinggi swasta menubuhkan cawangan atau bergabung, bersekutu atau bekerjasama dengan mana-mana institusi pendidikan tinggi lain, sama ada swasta atau awam.

(2)

Permohonan untuk mendapatkan kelulusan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Ketua Pendaftar— (a) dalam borang yang ditetapkan dan mengikut cara yang ditetapkan; dan (b) disertai fi yang ditetapkan.

(3)

Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan itu dan sebelum ia ditentukan oleh Menteri, Ketua Pendaftar boleh menghendaki melalui notis bertulis maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan.

(4)

Jika maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak diberikan dalam masa yang ditetapkan dalam kehendak itu atau apa-apa lanjutan masa, permohonan itu— (a) hendaklah disifatkan telah ditarik balik; dan (b) tidak boleh diteruskan, tanpa menjejaskan hak pemohon untuk membuat permohonan baru.

(5)

Ketua Pendaftar hendaklah, apabila permohonan dibuat dengan sewajarnya di bawah seksyen ini dan selepas diberikan kesemua maklumat, butir-butir dan dokumen yang dikehendakinya di bawah subseksyen (4)— (a) mengambil tindakan yang perlu untuk menyemak permohonan itu; dan (b) membuat syor kepada Menteri sama ada permohonan itu patut dibenarkan atau ditolak dan syarat, jika ada, yang boleh dikenakan oleh Menteri.

(6)

Setelah menerima dan menimbangkan syor Ketua Pendaftar, Menteri boleh— (a) memberikan kelulusan di bawah subseksyen (1), dengan atau tanpa syarat; atau (b) menolak permohonan itu tanpa memberikan apa-apa sebab bagi penolakan itu.

(7)

Jika Menteri menolak permohonan itu, Ketua Pendaftar hendaklah memberitahu pemohon tentang penolakan itu secara bertulis.

(8)

Menteri boleh, pada memberikan kelulusan di bawah perenggan (6)(a), menghendaki institusi pendidikan tinggi swasta itu membayar apa-apa amaun fi yang ditetapkan.

(9)

Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad.

Kelulusan terdahulu Menteri mengenai perkiraan atau perjanjian

19.

(1)

Syarikat tidak boleh membuat perkiraan atau perjanjian— (a) untuk menjual, melupuskan atau membangunkan semula; atau (b) untuk mengambil apa-apa tindakan yang akan menjejaskan secara yang material, perniagaannya berhubungan dengan pendidikan sama ada melalui penyatuan atau selainnya, melainkan jika diluluskan oleh Menteri.

(2)

Permohonan untuk mendapatkan kelulusan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pendaftar— (a) dalam borang yang ditetapkan dan mengikut cara yang ditetapkan; (b) disertai fi yang ditetapkan; dan (c) dengan mengemukakan bersekali dengan permohonan itu— (i) salinan perjanjian atau perkiraan yang dicadangkan; dan (ii) semua maklumat, butir-butir dan dokumen lain yang berkaitan dengan secara langsung dan tidak langsung dengan perjanjian atau perkiraan itu atau yang relevan bagi pertimbangannya.

(3)

Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan dan sebelum ia ditentukan oleh Menteri, Ketua Pendaftar boleh dengan notis bertulis menghendaki maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan.

(4)

Jika apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak diberikan dalam masa yang ditetapkan dalam kehendak itu atau apa-apa lanjutan masa, permohonan itu— (a) hendaklah disifatkan telah ditarik balik; dan (b) tidak boleh diteruskan, tanpa menjejaskan pemohon untuk membuat permohonan baru.

(5)

Ketua Pendaftar hendaklah, apabila permohonan dibuat dengan sewajarnya di bawah seksyen ini dan selepas diberikan kesemua maklumat, butir-butir dan dokumen yang diminta olehnya di bawah subseksyen (3)— (a) mengambil tindakan yang perlu untuk menyemak permohonan itu; dan (b) membuat syor kepada Menteri mengenai sama ada permohonan itu— (i) boleh diluluskan atau ditolak; dan (ii) tentang ubah suaian, pengubahan atau syarat, jika ada, tertakluk kepadanya ia diluluskan.

(6)

Setelah menerima dan menimbangkan syor Ketua Pendaftar, Menteri boleh— (a) meluluskan permohonan itu dengan atau tanpa apa-apa ubah suaian, pengubahan atau syarat; atau (b) menolak permohonan itu tanpa memberikan apa-apa sebab bagi penolakan itu.

(7)

Jika Menteri menolak permohonan itu, Ketua Pendaftar hendaklah memberitahu pemohon tentang penolakan itu secara bertulis.

(8)

Menteri boleh, pada memberikan kelulusan di bawah perenggan (6)(a), menghendaki syarikat itu itu membayar apa-apa amaun fi yang ditetapkan.

(9)

Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad.

Menteri boleh mengubah syarat

20. Menteri boleh pada bila-bila masa—

(a) mengubah, mengkensel, menukar atau menambah kepada apa-apa syarat di bawah— (i) perenggan 10(1)(a); (ii) perenggan 12(1)(a) dan (b); (iii) subseksyen 18(6); dan (iv) subseksyen 19(6); atau (b) mengenakan apa-apa syarat baharu atau tambahan di bawah peruntukan yang dinyatakan dalam perenggan (a), yang difikirkan patut oleh Menteri bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Bahagian IV

PENUBUHAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA BERTARAF UNIVERSITI, KOLEJ UNIVERSITI DAN KAMPUS CAWANGAN

Penubuhan Universiti, Kolej Universiti dan kampus cawangan

21. Kelulusan Menteri hendaklah didapatkan terlebih dahulu bagi penubuhan institusi pendidikan tinggi swasta yang bertaraf Universiti atau Kolej Universiti atau kampus cawangan kedua-duanya atau kampus cawangan Universiti atau Kolej Universiti luar negeri.

22. (Dipotong oleh Akta A1465).

Akta ini hendaklah terpakai bagi Universiti, Kolej Universiti dan kampus cawangan

23. Bagi mengelakkan keraguan, semua peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi institusi pendidikan tinggi swasta yang bertaraf Universiti atau Kolej Universiti atau kampus cawangan kedua- duanya atau kampus cawangan Universiti atau Kolej Universiti luar negeri yang ditubuhkan di bawah Bahagian ini.

Bahagian V

PENDAFTARAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA

Semua institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah didaftarkan

24.

(1)

Tiap-tiap institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah didaftarkan di bawah Bahagian ini.

(2)

Permohonan bagi pendaftaran hendaklah dibuat kepada Ketua Pendaftar— (a) dalam masa tiga tahun dari tarikh kelulusan bagi penubuhan institusi pendidikan tinggi swasta yang diberikan di bawah Bahagian III; (b) dalam borang yang ditetapkan dan mengikut cara yang ditetapkan; (c) disertai fi yang ditetapkan; (d) bersekali dengan struktur fi yang menyeluruh yang hendak dikenakan ke atas pelajar mengenai setiap kursus pengajian; dan (e) apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pendaftar.

(3)

Jika institusi pendidikan tinggi swasta itu tidak didaftarkan dalam masa yang dinyatakan dalam perenggan (2)(a), maka kelulusan yang diberikan bagi penubuhannya di bawah Bahagian III hendaklah disifatkan ditarik balik melainkan jika lanjutan masa diberikan oleh Menteri.

(4)

Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan pendaftaran dan sebelum ia ditentukan, Ketua Pendaftar boleh, melalui notis bertulis, menghendaki institusi pendidikan tinggi swasta itu memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan.

(5)

Kehendak di bawah subseksyen (4) boleh berbeza antara perihalan yang berlainan institusi pendidikan tinggi swasta.

(6)

Permohonan pendaftaran boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum ia dibenarkan atau ditolak.

(7)

Tertakluk kepada subseksyen (3), jika maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (4) tidak diberikan dalam masa yang ditetapkan dalam kehendak itu atau lanjutan masa, permohonan itu— (a) hendaklah disifatkan telah ditarik balik; dan (b) tidak boleh diteruskan, tanpa menjejaskan institusi pendidikan tinggi swasta itu untuk membuat permohonan baru.

(8)

Ketua Pendaftar boleh menolak untuk meneruskan sesuatu permohonan dan boleh meminta supaya permohonan itu dipinda atau dilengkapkan dan mengemukakannya semula atau mengemukakan suatu permohonan baru bagi menggantikannya jika— (a) borang permohonan yang ditetapkan tidak dilengkapkan dengan sempurna disebabkan oleh apa-apa peninggalan atau salah perihalan; (b) borang permohonan mengandungi kesalahan atau pengubahan; atau (c) permohonan itu tidak mematuhi apa-apa keperluan yang ditetapkan.

(9)

Ketua Pendaftar boleh, apabila permohonan bagi pendaftaran dibuat dengan sewajarnya dan selepas apa-apa penyiasatan yang difikirkannya perlu— (a) mendaftarkan dan mengeluarkan perakuan pendaftaran kepada institusi pendidikan tinggi swasta itu setelah dibayar fi yang ditetapkan; atau (b) menolak permohonan itu.

(10)

Ketua Pendaftar boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya perlu atas pendaftaran.

(11)

Institusi pendidikan tinggi swasta yang terkilan dengan keputusan Ketua Pendaftar— (a) menolak permohonan pendaftaran; atau (b) mengenakan apa-apa syarat di bawah subseksyen (10), boleh merayu kepada Menteri, dalam masa dua puluh satu hari daripada diberitahu tentang keputusan yang terhadapnya rayuan dibuat.

(12)

Jika terdapat rayuan yang dibuat di bawah subseksyen (11), Ketua Pendaftar hendaklah menyediakan dan mengemukakan kepada Menteri alasan keputusannya.

Pembaharuan pendaftaran A . (1) Institusi pendidikan tinggi swasta boleh mengemukakan permohonan kepada Ketua Pendaftar untuk memperbaharui pendaftarannya tidak lewat dari enam bulan sebelum habis tempoh pendaftaran.

(2)

Mana-mana permohonan bagi pembaharuan pendaftaran yang tidak dibuat dalam masa yang ditetapkan dalam subseksyen (1) tetapi dibuat sebelum habis tempoh pendaftaran itu hendaklah tertakluk kepada suatu bayaran penalti sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar.

(3)

Tiada permohonan bagi pembaharuan pendaftaran boleh dipertimbangkan jika permohonan itu dibuat selepas tarikh habis tempoh pendaftaran itu.

(4)

Ketua Pendaftar hendaklah memperbaharui sesuatu pendaftaran jika pemohon telah mematuhi semua syarat yang dikenakan oleh Ketua Pendaftar di bawah subseksyen 24(10), dan Ketua Pendaftar boleh mengenakan syarat baharu atau mengubah, membatalkan, meminda atau menambah kepada mana-mana syarat yang dikenakan apabila memperbaharui sesuatu pendaftaran.

(5)

Sesuatu pembaharuan pendaftaran hendaklah tertakluk kepada bayaran fi yang ditetapkan.

Daftar institusi pendidikan tinggi swasta

25.

(1)

Ketua Pendaftar hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpan suatu daftar institusi pendidikan tinggi swasta dalam bentuk dan mengikut cara yang ditetapkan.

(2)

Orang awam boleh membuat carian ke atas daftar selepas membayar fi yang ditetapkan.

Perakuan pendaftaran, dsb. hendaklah dipamerkan

26.

(1)

Bagi maksud Bahagian ini, suatu institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah dikenali dengan premis yang didaftarkan bagi maksudnya.

(2)

Salinan perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah perenggan 24(9)(a) hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di premis institusi pendidikan tinggi swasta itu, dan butir-butir premis yang didaftarkan bagi maksudnya dan struktur fi yang diluluskan bagi kursus pengajian atau program latihan hendaklah dijadikan tersedia dan boleh diakses oleh orang awam dengan apa jua cara.

Penolakan pendaftaran

27. Ketua Pendaftar boleh enggan mendaftarkan suatu institusi pendidikan tinggi swasta jika dia berpuas hati—

(a) bahawa institusi pendidikan tinggi swasta itu atau mana- mana bahagiannya, atas alasan keselamatan dan kesihatan— (i) adalah tidak sesuai bagi kegunaan sebagai institusi pendidikan; (ii) tidak mempunyai kawasan yang mencukupi dan memuaskan bagi rekreasi pelajar; (iii) terletak di tempat yang tidak sesuai; (iv) adalah tidak sesuai disebabkan oleh bahaya kebakaran; atau (v) adalah selainnya suatu bangunan yang berbahaya; (b) bahawa institusi pendidikan tinggi swasta itu berkemungkinan digunakan bagi maksud memberikan pendidikan, ajaran atau latihan yang difikirkan oleh Ketua Pendaftar, atas apa-apa sebab, sebagai memudaratkan kepentingan Malaysia, orang awam atau pelajar; (c) bahawa nama yang dengannya institusi pendidikan tinggi swasta itu didaftarkan adalah pada pendapat Ketua Pendaftar, tidak sesuai; atau (d) bahawa struktur fi yang dicadangkan bagi pelajar adalah tidak munasabah.

Pertukaran premis

28.

(1)

Institusi pendidikan tinggi swasta tidak boleh berpindah, menambah atau mengubah suai premis tanpa mendapat kelulusan Ketua Pendaftar terlebih dahulu.

(2)

Permohonan bagi pendaftaran premis baharu, tambahan atau yang diubah suai institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah dibuat kepada Ketua Pendaftar dalam borang yang ditetapkan mengikut cara yang ditetapkan dan selepas membayar fi yang ditetapkan.

(3)

Institusi pendidikan tinggi swasta yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Kuasa Ketua Pendaftar untuk menambah, meminda, mengkansel atau mengubah syarat

29. Ketua Pendaftar boleh, pada bila-bila masa, menggunakan budi bicaranya—

(a) untuk menambah, meminda, mengkansel atau mengubah apa-apa syarat pendaftaran; atau (b) mengenakan syarat pendaftaran yang baharu atau syarat tambahan.

Bahagian VI

PENGURUSAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA

Perlembagaan

30.

(1)

Perlembagaan sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah mengandungi peruntukan bagi apa-apa perkara yang boleh ditetapkan.

(2)

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiap-tiap institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah diuruskan dengan mengikuti perlembagaannya secara tegas.

(3)

Perlembagaan tidak boleh dipinda tanpa mendapat kelulusan Ketua Pendaftar terlebih dahulu.

(4)

Mana-mana institusi pendidikan tinggi swasta yang melanggar peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Pelantikan dan pendaftaran ketua eksekutif

31.

(1)

Tiap-tiap institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah mempunyai ketua eksekutif yang dilantik oleh syarikat. (1 A ) Pejabat ketua eksekutif hendaklah terletak di pusat pentadbiran utama institusi pendidikan tinggi swasta itu. (1 B ) Menjadi tanggungjawab ketua eksekutif untuk memaklumkan Ketua Pendaftar tentang alamat pejabatnya dan apa-apa perubahan alamat itu dari semasa ke semasa.

(2)

Seseorang yang dilantik sebagai ketua eksekutif hendaklah memohon supaya didaftarkan di bawah Bahagian ini.

(3)

Ketua Pendaftar boleh enggan mendaftarkan atau mengkanselkan pendaftaran seorang ketua eksekutif— (a) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, pertuduhan berkenaan dengan— (i) suatu kesalahan yang melibatkan fraud, ketidakjujuran atau keburukan akhlak; (ii) suatu kesalahan di bawah undang-undang berhubungan dengan rasuah; atau (iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (atas kesalahan itu sendiri atau sebagai tambahan kepada atau ganti denda) selama lebih daripada dua tahun; (b) jika dia ialah atau menjadi seorang bankrap; (c) jika dia menjadi tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya; (d) jika dia bertindak dalam cara yang memudaratkan kepentingan Malaysia, orang awam atau pelajar; (e) jika pelantikannya di bawah subseksyen (1) dibatalkan; atau (f) atas apa-apa sebab lain yang difikirkan wajar oleh Ketua Pendaftar demi kepentingan orang awam atau pelajar.

(4)

Tiada seorang pun boleh menjalankan tugas atau fungsi seorang ketua eksekutif di bawah Akta ini jika– (a) orang itu tidak didaftarkan sebagai ketua eksekutif; atau (b) pendaftarannya sebagai ketua eksekutif telah dikanselkan di bawah subseksyen (3) atau perenggan 37(1)(bb).

(5)

Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan.

Peraturan-peraturan mengenai pendaftaran ketua eksekutif

32. Tanpa menjejaskan keluasan kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan, Menteri boleh membuat peraturan-peraturan tentang tatacara pendaftaran ketua eksekutif dan boleh menetapkan fi yang hendak dikenakan bagi pendaftaran itu.

Kewajipan ketua eksekutif

33. Ketua eksekutif hendaklah, tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan perlembagaan institusi pendidikan tinggi swasta—

(a) menjalankan penyeliaan am ke atas perkiraan bagi pengajaran, pentadbiran, urusan hari ke hari, kebajikan dan disiplin di institusi pendidikan tinggi swasta itu dan semua cawangannya; (b) mengemukakan kepada Ketua Pendaftar laporan tahunan yang teraudit bagi syarikat berhubung dengan institusi pendidikan tinggi swasta yang ditubuhkannya; dan (c) memberikan apa-apa maklumat lain yang diperlukan oleh Ketua Pendaftar dari semasa ke semasa bagi pengumpulan data.

Kewajipan untuk menyenggara daftar A . (1) Tiap-tiap institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu daftar yang mengandungi maklumat mengenai–

(a) pelajar; (b) orang yang telah dilantik untuk mengajar di institusi pendidikan tinggi swasta itu; (c) program yang dikendalikan atau disediakan oleh institusi pendidikan tinggi swasta itu; (d) orang yang telah diberikan ijazah peringkat kedoktoran, termasuk ijazah kedoktoran kehormat; (e) orang yang telah dilantik sebagai profesor dan termasuklah orang yang telah diberikan gelaran Profesor Emeritus; dan (f) apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan institusi pendidikan tinggi swasta yang difikirkan perlu oleh Ketua Pendaftar.

(1)

Daftar yang mengandungi maklumat dalam subseksyen (1) hendaklah mengikut apa-apa bentuk dan cara yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar dan hendaklah dijadikan boleh diakses oleh Ketua Pendaftar sebagaimana dan apabila Ketua Pendaftar menghendakinya.

(2)

Daftar yang mengandungi maklumat di bawah subseksyen (1) hendaklah dikemaskinikan secara berkala sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar.

(3)

Mana-mana institusi pendidikan tinggi swasta yang melanggar peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(4)

Mana-mana institusi pendidikan tinggi swasta yang memberikan maklumat palsu atau dengan sengaja menyembunyikan apa-apa fakta material atau memberikan apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) yang mengelirukan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Permohonan di bawah Akta hendaklah dibuat oleh ketua eksekutif

34. Permohonan berhubungan dengan dan bagi maksud institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah dibuat oleh ketua eksekutif, melainkan jika diperuntukkan selainnya.

Notis, permintaan maklumat dan perhubungan hendaklah ditujukan kepada ketua eksekutif

35. Jika—

(a) notis dikehendaki disampaikan kepada institusi pendidikan tinggi swasta di bawah Akta ini; (b) apa-apa maklumat dikehendaki diberikan oleh institusi pendidikan tinggi swasta di bawah Akta ini; atau (c) apa-apa perhubungan lain adalah perlu antara Ketua Pendaftar dan institusi pendidikan tinggi swasta, ia hendaklah ditujukan kepada ketua eksekutif, melainkan jika diperuntukkan selainnya.

Orang yang tidak layak terlibat dalam pengurusan institusi pendidikan tinggi swasta

36.

(1)

Tiada seorang pun yang pernah— (a) menjadi anggota lembaga pengarah syarikat yang menubuhkan; (b) menjadi ketua eksekutif; atau (c) terlibat secara langsung dengan pengurusan atau perniagaan, suatu institusi pendidikan tinggi swasta yang ditutup di bawah Bahagian XI boleh bertindak dalam sifat yang sama berkenaan dengan institusi pendidikan tinggi swasta yang lain, tanpa kelulusan Menteri.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Kuasa Ketua Pendaftar untuk bertindak terhadap ketua eksekutif

37.

(1)

Sebagai tambahan kepada kuasa Ketua Pendaftar di bawah subseksyen 31(3), jika ketua eksekutif— (a) telah bertindak atau bercadang untuk bertindak secara yang tidak munasabah berkenaan dengan penjalanan kuasa yang diberikan atau penunaian kewajipan yang dikenakan di bawah Akta ini; atau (b) telah tidak menunaikan kewajipan yang dikenakan ke atasnya di bawah Akta ini, Ketua Pendaftar boleh selepas memberikan ketua eksekutif itu peluang untuk membuat representasi— (aa) memberikan kepada ketua eksekutif arahan secara bertulis tentang penjalanan kuasanya atau penunaian kewajipannya sebagaimana yang didapati suai manfaat oleh Ketua Pendaftar; atau (bb) mengkanselkan pendaftaran ketua eksekutif.

(2)

Ketua Pendaftar hendaklah memberikan ketua eksekutif notis secara bertulis tentang keputusannya untuk mengkanselkan pendaftaran ketua eksekutif itu di bawah perenggan (1)(bb) dan keputusan itu hendaklah mula berkuat kuasa dari tarikh notis bertulis itu disampaikan kepada ketua eksekutif itu.

(3)

Jika ketua eksekutif terkilan dengan keputusan Ketua Pendaftar di bawah perenggan (1)(bb), dia boleh, merayu secara bertulis kepada Menteri dalam masa dua puluh satu hari dari diberitahukan keputusan yang dirayukan itu.

(4)

Jika pada bila-bila masa, suatu institusi pendidikan tinggi swasta, tidak mempunyai ketua eksekutif yang dilantik di bawah Akta ini maka Ketua Pendaftar boleh melantik mana-mana orang sebagai ketua eksekutif bagi tempoh sementara sehingga institusi pendidikan tinggi swasta itu melantik ketua eksekutifnya sendiri.

(5)

Tempoh sementara di bawah subseksyen (4) tidak boleh melebihi tiga bulan dan orang yang dilantik sedemikian— (a) tidak perlu didaftarkan; dan (b) hendaklah dibayar gaji dan saraannya oleh institusi pendidikan tinggi swasta itu, dalam amaun yang ditentukan Ketua Pendaftar.

(6)

Jika selepas tempoh sementara dalam subseksyen (4) habis, institusi pendidikan tinggi swasta itu tidak melantik seorang ketua eksekutif, maka pendaftaran institusi pendidikan tinggi swasta itu boleh dikenselkan oleh Ketua Pendaftar.

Bahagian VII

PENGENDALIAN KURSUS PENGAJIAN DI INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA

Kelulusan terdahulu Ketua Pendaftar mengenai kursus pengajian dan gabungan, dsb.

38.

(1)

Kelulusan Ketua Pendaftar hendaklah diperoleh terlebih dahulu sebelum sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta— (a) boleh mengendalikan sesuatu kursus pengajian atau program latihan; (b) boleh mengendalikan sesuatu kursus pengajian atau program latihan secara bersesama atau bergabung, bersekutu atau bekerjasama dengan mana-mana Universiti, Kolej Universiti, institusi pendidikan tinggi, sama ada awam atau swasta, atau badan profesional, di dalam atau di luar Malaysia. (1 A ) Tiada kursus pengajian atau program latihan boleh dikendalikan oleh institusi pendidikan tinggi swasta melainkan jika institusi pendidikan tinggi swasta itu telah didaftarkan di bawah seksyen 24.

(2)

Institusi pendidikan tinggi swasta yang melanggar peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Keengganan memberikan kelulusan

39.

(1)

Ketua Pendaftar hendaklah memberikan kelulusannya di bawah seksyen 38 jika dia berpuas hati— (a) dengan kesesuaian perkiraan yang berhubungan dengan kemudahan pendidikan; (b) dengan jaminan kualiti kursus pengajian atau program latihan itu; dan (c) bahawa kelulusan itu adalah tidak bertentangan dengan dasar negara, strategi dan garis panduan tentang pendidikan tinggi, berdasarkan syor pihak berkuasa yang ditubuhkan di bawah undang- undang bertulis bagi maksud sedemikian.

(2)

Jika Ketua Pendaftar enggan memberikan kelulusannya, dia hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis tentang alasan bagi penolakannya itu.

(3)

Seseorang pemohon yang terkilan dengan keputusan Ketua Pendaftar di bawah subseksyen (1) boleh merayu secara bertulis kepada Menteri dalam masa dua puluh satu hari dari diberitahukan keputusan yang dirayukan itu.

Pemberian kelulusan tertakluk kepada syarat

40.

(1)

Apabila memberikan kelulusan di bawah seksyen 38, Ketua Pendaftar boleh mengenakan— (a) syarat-syarat yang berhubungan dengan keperluan untuk kemasukan pelajar; (b) apa-apa fi yang ditetapkan; dan (c) apa-apa syarat yang difikirkannya patut. (1 A ) Ketua Pendaftar boleh menyampaikan kepada suatu institusi pendidikan tinggi swasta notis tentang niat untuk membatalkan kelulusan di bawah seksyen 38 jika dia berpuas hati bahawa institusi itu telah melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1). (1 B ) Institusi pendidikan tinggi swasta itu hendaklah dibenarkan untuk membuat representasi bertulis dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh notis tentang niat itu disampaikan kepada institusi itu. (1 C ) Selepas habis tempoh dua puluh satu hari itu, Ketua Pendaftar hendaklah mempertimbangkan apa-apa representasi yang dibuat di bawah subseksyen (1 B ), jika ada, dan hendaklah memutuskan sama ada— (a) untuk meneruskan dengan tindakan yang dicadangkan; (b) untuk tidak mengambil tindakan lanjut; (c) untuk menambah, meminda atau mengubah syarat-syarat kelulusan itu; atau (d) untuk mengeluarkan suatu amaran. (1 D ) Jika Ketua Pendaftar meneruskan untuk membatalkan kelulusan bagi pengendalian suatu kursus pengajian di bawah perenggan (1 C )(a), dia hendaklah memberitahu institusi pendidikan tinggi swasta itu secara bertulis dengan memberikan alasan bagi keputusannya itu. (1 E ) Institusi pendidikan tinggi swasta yang kelulusan pengendalian kursus pengajiannya telah dibatalkan oleh Ketua Pendaftar boleh merayu secara bertulis kepada Menteri dalam masa dua puluh satu hari dari diberitahukan keputusan yang dirayukan itu. (1 F ) Ketua Pendaftar boleh menambah, meminda, membatalkan atau mengubah mana-mana syarat yang disebut dalam subseksyen (1) sebagaimana yang difikirkannya patut; (1 G ) Institusi pendidikan tinggi swasta boleh memohon kepada Ketua Pendaftar untuk pindaan atau pengubahan mana-mana syarat yang dinyatakan dalam subseksyen (1); dan (1 H ) Permohonan yang disebut dalam subseksyen (1 G ) boleh dibuat dalam borang yang ditetapkan dan mengikut cara yang ditetapkan.

(2)

Jika sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta melanggar syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1), ia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pembaharuan kelulusan untuk mengendalikan kursus pengajian atau program latihan A . (1) Institusi pendidikan tinggi swasta boleh mengemukakan permohonan dalam borang yang ditetapkan dan mengikut cara yang ditetapkan kepada Ketua Pendaftar bagi pembaharuan kelulusan untuk mengendalikan kursus pengajian atau program latihan tidak lewat daripada enam bulan sebelum habis tempoh kelulusan itu.

(2)

Mana-mana permohonan bagi pembaharuan kelulusan untuk mengendalikan kursus pengajian atau program latihan yang tidak dibuat dalam masa yang ditetapkan dalam subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada suatu bayaran penalti sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar.

(3)

Ketua Pendaftar hendaklah memperbaharui sesuatu kelulusan untuk mengendalikan kursus pengajian atau program latihan jika pemohon telah mematuhi semua syarat yang dikenakan oleh Ketua Pendaftar di bawah subseksyen 40(1).

(4)

Ketua Pendaftar boleh mengenakan syarat baharu atau meminda, membatalkan, mengubah atau menambah kepada mana- mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen 40(1) apabila memperbaharui sesuatu kelulusan untuk mengendalikan kursus pengajian atau program latihan.

(5)

Sesuatu pembaharuan kelulusan untuk mengendalikan kursus pengajian atau program latihan hendaklah tertakluk kepada bayaran fi yang ditetapkan.

Bahasa pengantar

41.

(1)

Semua institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah mengendalikan kursus pengajiannya dalam bahasa kebangsaan.

(2)

Kursus pengajian di bawah subseksyen (1) adalah termasuk mata pelajaran yang dikehendaki supaya diajar di bawah seksyen 43.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), suatu institusi pendidikan tinggi swasta boleh mengendalikan sesuatu kursus pengajian dalam apa-apa bahasa lain yang difikirkannya sesuai tertakluk kepada kelulusan Menteri.

(4)

Jika mana-mana kursus pengajian atau sebahagian yang substansial mana-mana kursus pengajian di mana-mana institusi pendidikan tinggi swasta dikendalikan dalam apa-apa bahasa selain bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai suatu mata pelajaran wajib bagi pelajar yang mengikuti kursus pengajian sedemikian dalam bahasa itu.

(5)

Dalam hal pelajar yang disebutkan dalam subseksyen (4) yang merupakan warganegara Malaysia, suatu pencapaian dalam bahasa kebangsaan, pada tahap yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar, hendaklah menjadi pra-syarat bagi penganugerahan sijil, diploma atau ijazah institusi pendidikan tinggi swasta itu atau mana-mana Universiti, Kolej Universiti, institusi pendidikan tinggi, sama ada awam atau swasta, atau badan profesional, di dalam atau di luar Malaysia, berikutan kursus pengajian atau program latihan yang dikendalikan oleh institusi pendidikan tinggi swasta itu secara bersesama atau bergabung, bersekutu atau bekerjasama dengan Universiti, Kolej Universiti, institusi pendidikan tinggi atau badan profesional itu.

(6)

Ketua Pendaftar boleh mengecualikan mana-mana pelajar yang telah mencapai suatu tahap pencapaian yang tertentu dalam bahasa kebangsaan daripada kehendak subseksyen (4).

(7)

Peruntukan subseksyen (4) tidaklah terpakai bagi pelajar yang bukan warganegara Malaysia yang mengikuti kursus pengajian itu.

Kuasa Menteri untuk mengarahkan supaya bahasa kebangsaan digunakan

42.

(1)

Berkenaan dengan kelulusan yang diberikan oleh Menteri di bawah subseksyen 41(3) Menteri boleh pada bila-bila masa selepas itu mengarahkan supaya bahasa kebangsaan digunakan untuk mengendalikan kursus pengajian tersebut.

(2)

Arahan Menteri di bawah subseksyen (1)— (a) hendaklah terpakai hanya bagi pelajar yang merupakan warganegara Malaysia bagi pengambilan baharu institusi pendidikan tinggi swasta itu yang belum mula mengikuti kursus pengajian itu; dan (b) tidak terpakai bagi pelajar lain yang mengikuti kursus pengajian itu melainkan jika Menteri berpuas hati bahawa arahan itu tidak akan memudaratkan mereka.

(3)

Menteri boleh mengenakan syarat ke atas institusi pendidikan tinggi swasta bagi maksud melaksanakan arahannya di bawah subseksyen (1).

Mata pelajaran wajib

43.

(1)

Semua institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah mengajar apa-apa mata pelajaran wajib yang hendaklah ditentukan oleh Ketua Pendaftar.

(2)

Mata Pelajaran yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar di bawah subseksyen (1) hendaklah diajarkan sebagai tambahan kepada mata pelajaran atau kursus pengajian lain yang diajarkan di institusi pendidikan tinggi swasta.

(3)

Dalam hal pelajar yang merupakan warganegara Malaysia, kelulusan dalam mata pelajaran yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar di bawah subseksyen (1), pada tahap yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar, hendaklah menjadi pra-syarat bagi penganugerahan sijil, diploma atau ijazah institusi pendidikan tinggi swasta atau mana-mana Universiti, Kolej Universiti, institusi pendidikan tinggi, sama ada awam atau swasta, atau badan profesional, di dalam atau di luar Malaysia, berikutan kursus pengajian atau program latihan yang dikendalikan oleh institusi pendidikan tinggi swasta itu secara bersesama atau bergabung, bersekutu atau bekerjasama dengan Universiti, Kolej Universiti, institusi pendidikan tinggi atau badan profesional itu.

(4)

Tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan, Ketua Pendaftar boleh mengecualikan mana-mana pelajar daripada mengikuti apa-apa mata pelajaran wajib.

Penganugerahan ijazah

44. Tiada institusi pendidikan tinggi swasta boleh menganugerahkan ijazah melainkan jika institusi pendidikan tinggi swasta itu merupakan Universiti atau Kolej Universiti atau kampus cawangan luar negeri.

45. (Dipotong oleh Akta A1352).

Bahagian VIII

DISIPLIN DAN TATALAKU PELAJAR

Pihak berkuasa disiplin berkenaan dengan pelajar

46.

(1)

Pihak berkuasa disiplin bagi institusi pendidikan tinggi swasta berkenaan dengan tiap-tiap pelajar institusi pendidikan tinggi swasta itu ialah ketua eksekutif. (1 A ) Pihak berkuasa disiplin hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil apa-apa tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana- mana kaedah-kaedah tatatertib yang boleh dibuat oleh institusi pendidikan tinggi swasta.

(2)

Pada menunaikan kewajipannya di bawah subseksyen (1), pihak berkuasa disiplin hendaklah mematuhi dan melaksanakan arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar dari semasa ke semasa berkenaan dengan disiplin dan kelakuan pelajar institusi pendidikan tinggi swasta itu. (2 A ) Pihak berkuasa disiplin boleh mewakilkan fungsi, kuasa atau kewajipan tatatertibnya kepada mana-mana pekerja institusi pendidikan tinggi swasta yang bertanggungjawab bagi hal ehwal pelajar, berkenaan dengan mana-mana pelajar tertentu atau mana- mana golongan atau kategori pelajar institusi pendidikan tinggi swasta itu.

(3)

Pihak berkuasa disiplin hendaklah memberitahu pelajar institusi pendidikan tinggi swasta itu secara bertulis alasan bagi tindakan tatatertib yang dicadangkan diambil terhadapnya dan hendaklah memberikannya peluang yang munasabah untuk didengar.

(4)

Seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah mempunyai hak untuk diwakili oleh seseorang pekerja atau pelajar lain institusi pendidikan tinggi swasta itu dalam mana-mana prosiding tatatertib yang diambil terhadapnya.

(5)

Seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah dibenarkan untuk membuat representasi bertulis atau lisan dalam mana-mana prosiding tatatertib yang diambil terhadapnya.

(6)

Keputusan pihak berkuasa disiplin dalam mana-mana prosiding tatatertib yang diambil terhadap seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah disampaikan secara bertulis kepada pelajar itu dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusan itu.

(7)

Mana-mana pelajar institusi pendidikan tinggi swasta yang tidak berpuas hati dengan keputusan pihak berkuasa disiplin di bawah subseksyen (6) boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan keputusan itu, mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Ketua Pendaftar.

(8)

Ketua Pendaftar boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan suatu rayuan di bawah subseksyen (7), melantik suatu jawatankuasa yang terdiri daripada dua atau lebih orang untuk menimbangkan rayuan itu dan membuat apa-apa cadangan kepada Ketua Pendaftar dalam masa empat belas hari dari tarikh pelantikannya.

(9)

Dalam mengemukakan rayuannya, seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah dibenarkan untuk membuat representasi bertulis kepada Ketua Pendaftar.

(10)

Ketua Pendaftar hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan rayuan di bawah subseksyen (7) atau tarikh penerimaan cadangan di bawah subseksyen (8), mengikut mana-mana yang berkenaan, memutuskan rayuan itu.

(11)

Keputusan Ketua Pendaftar mengenai sesuatu rayuan hendaklah disampaikan secara bertulis kepada pelajar institusi pendidikan tinggi swasta itu dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusannya.

Aktiviti pelajar atau persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar

47.

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, termasuk mana-mana parti politik.

(2)

Seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta tidak boleh — (a) menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau (b) menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, yang bukannya suatu parti politik, yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar dan dinyatakan secara bertulis kepada ketua eksekutif institusi pendidikan tinggi swasta itu oleh Ketua Pendaftar sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau institusi pendidikan tinggi swasta itu. (c) (Dipotong oleh Akta A1583).

(3)

Seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta dan mana- mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar institusi pendidikan tinggi swasta yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut perlembagaan, tidak boleh menyatakan atau melakukan apa- apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap — (a) mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau (b) mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar dan dinyatakan secara bertulis kepada ketua eksekutif institusi pendidikan tinggi swasta itu oleh Ketua Pendaftar sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau institusi pendidikan tinggi swasta itu.

(4)

Walau apa pun subseksyen (3), seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta tidak boleh dihalang daripada— (a) membuat pernyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau penyelidikannya; atau (b) menyatakan pendirian mengenai perkara yang disebut dalam perenggan (a) dalam sesuatu seminar, simposium atau majlis seumpamanya yang tidak dianjurkan atau ditaja oleh mana- mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, atau mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar di bawah perenggan (3)(b) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau institusi pendidikan tinggi swasta itu.

(5)

Ketua eksekutif institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah mematuhi arahan Ketua Pendaftar dalam mengawal selia aktiviti pelajar atau persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar institusi pendidikan swasta di dalam Kampus.

(6)

Mana-mana institusi pendidikan tinggi swasta yang tidak mematuhi arahan Ketua Pendaftar di bawah subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Tanggungan pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar

48. Jika suatu kesalahan boleh daftar telah dilakukan di bawah mana- mana undang bertulis dan kesalahan itu telah dilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan atas nama atau bagi pihak mana-mana

pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar institusi pendidikan tinggi swasta yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut perlembagaan, tiap-tiap pelajar institusi pendidikan tinggi swasta itu yang disabitkan atas kesalahan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib dan pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar itu hendaklah diuruskan mengikut seksyen 49.

Penggantungan pelajar yang dipertuduh atas kesalahan boleh daftar dan perkara-perkara yang berhubungan dengan penahanan, dsb. A . (1) Jika seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta dipertuduh atas suatu kesalahan boleh daftar—

(a) dia boleh, mengikut budi bicara ketua eksekutif, digantung daripada menjadi seorang pelajar; dan (b) jika digantung sedemikian, dia tidak boleh semasa prosiding jenayah belum selesai, berada dalam atau memasuki institusi pendidikan tinggi swasta itu.

(2)

Jika seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta yang dipertuduh atas suatu kesalahan boleh daftar di bawah subseksyen (1) disabitkan atas kesalahan itu, pelajar itu boleh dikenakan tindakan tatatertib.

(3)

Jika seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta ditahan atau tertakluk kepada apa-apa perintah yang mengenakan sekatan ke atasnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tahanan pencegahan atau keselamatan dalam negeri, pelajar itu boleh dikenakan tindakan tatatertib.

(4)

Seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta yang ditahan atau tertakluk kepada apa-apa perintah yang mengenakan sekatan ke atasnya di bawah mana-mana undang bertulis yang berhubungan dengan tahanan pencegahan atau keselamatan dalam negeri, atau dipenjarakan atau ditahan bagi apa-apa jua sebab, boleh, dengan persetujuan Ketua Pendaftar, dibenarkan untuk menduduki peperiksaan institusi pendidikan tinggi swasta itu tertakluk kepada apa-apa perintah yang dibuat atau kelulusan yang diberikan oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri atau mana-mana pihak berkuasa berwibawa lain, mengikut kehendak keadaan.

(5)

Seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta yang digantung daripada menjadi pelajar institusi pendidikan tinggi swasta di bawah subseksyen (1) boleh, semasa dia digantung sedemikian, diterima masuk sebagai pelajar mana-mana institusi pendidikan tinggi swasta yang ditubuhkan di bawah Akta ini dengan kelulusan bertulis Ketua Pendaftar, dan jika Ketua Pendaftar memberikan kelulusan itu, Ketua Pendaftar boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.

(6)

Seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta yang terhenti menjadi seorang pelajar di bawah Akta ini boleh diterima masuk sebagai pelajar institusi pendidikan tinggi swasta itu atau mana- mana institusi pendidikan tinggi swasta lain yang ditubuhkan di bawah Akta ini dengan kelulusan bertulis Ketua Pendaftar, dan jika Ketua Pendaftar memberi kelulusan itu, Ketua Pendaftar boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.

(7)

Jika penentuan mana-mana permohonan, rayuan atau prosiding lain oleh mahkamah berkenaan dengan mana-mana prosiding jenayah terhadap seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta bagi suatu kesalahan boleh daftar, berkeputusan dengan pelepasan atau pembebasannya, pelajar itu, jika digantung daripada institusi pendidikan tinggi swasta atau telah menjalani apa-apa tempoh pemenjaraan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dibenarkan untuk menyambung semula pengajiannya di institusi pendidikan tinggi swasta itu.

(8)

Jika penentuan mana-mana permohonan, petisyen, rayuan atau prosiding lain oleh mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa berwibawa berkenaan dengan perintah tahanan terhadap atau perintah yang mengenakan sekatan ke atas seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tahanan pencegahan atau keselamatan dalam negeri, berkeputusan dengan pelepasannya atau sekatannya dibatalkan, pelajar itu hendaklah dibenarkan untuk menyambung semula pengajiannya di institusi pendidikan tinggi swasta itu.

Kuasa Ketua Pendaftar untuk mengeluarkan arahan menggantung atau membubarkan persatuan pelajar, dsb.

49.

(1)

Ketua Pendaftar boleh mengarahkan ketua eksekutif untuk menggantung atau membubarkan mana-mana pertubuhan, persatuan, organisasi, badan atau kumpulan pelajar— (a) jika pertubuhan, persatuan, organisasi, badan atau kumpulan itu dikendalikan mengikut cara yang difikirkan oleh Ketua Pendaftar sebagai memudaratkan atau menjejaskan— (i) keselamatan dan keamanan Malaysia; (ii) ketenteraman awam; atau (iii) kepentingan pelajar; atau (b) jika pertubuhan, persatuan, organisasi, badan atau kumpulan itu melanggar mana-mana peruntukan mana- mana undang-undang bertulis.

(2)

Ketua Pendaftar tidak boleh memberikan arahan di bawah subseksyen (1) sehinggalah selepas dia menimbang telitikan representasi yang dibuat oleh pertubuhan, persatuan, organisasi, badan atau kumpulan itu.

(3)

Ketua eksekutif hendaklah mengambil tindakan serta-merta untuk melaksanakan arahan Ketua Pendaftar di bawah subseksyen (1), dan hendaklah dalam masa dua puluh satu hari, memberitahu Ketua Pendaftar tentang apa-apa tindakan sedemikian yang telah diambil olehnya.

(4)

Jika arahan Ketua Pendaftar di bawah seksyen ini tidak dipatuhi, Ketua Pendaftar boleh mengkensel pendaftaran ketua eksekutif itu.

(5)

Mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar yang terkilan dengan penggantungan atau pembubaran yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan notis penggantungan atau pembubaran itu, merayu secara bertulis kepada Menteri.

50. (Dipotong oleh Akta A1352).

Bahagian IX

PERMIT MENGAJAR

Pengeluaran permit mengajar

51.

(1)

Seseorang hendaklah mendapatkan permit mengajar yang dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar sebelum dia boleh dibenarkan mengajar di mana-mana institusi pendidikan tinggi swasta.

(2)

Permohonan permit mengajar di bawah Akta ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pendaftar dalam borang yang ditetapkan dan mengikut cara yang ditetapkan dan selepas membayar fi yang ditetapkan.

(3)

Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan bagi mendapatkan permit mengajar dan sebelum ia ditentukan, Ketua Pendaftar boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki pemohon memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan, yang boleh dibezakan bergantung kepada mata pelajaran yang berlainan yang hendak diajar oleh pemohon.

(4)

Ketua Pendaftar boleh, selepas melakukan apa-apa penyiasatan yang difikirkannya perlu mengenai permohonan bagi mendapatkan permit mengajar— (a) mengeluarkan permit mengajar dalam bentuk yang ditetapkan dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan kepada orang yang memohon permit itu, dan selepas orang itu membayar fi yang ditetapkan; atau (b) menolak permohonan itu. (4 A ) Ketua Pendaftar boleh mengenakan apa-apa syarat lain sebagaimana yang difikirkannya patut semasa mengeluarkan permit di bawah subseksyen (4).

(5)

Suatu permit mengajar hendaklah menyatakan bidang atau bidang-bidang pengajian yang boleh diajar oleh orang yang kepadanya permit mengajar itu dikeluarkan.

(6)

Seseorang yang terkilan dengan keputusan Ketua Pendaftar— (a) menolak permohonan itu; atau (b) mengenakan syarat atas permit itu, boleh merayu kepada Menteri dalam masa dua puluh satu hari daripada diberitahu tentang keputusan yang terhadapnya rayuan dibuat.

(7)

Semua institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpan suatu daftar guru dalam bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar.

(8)

Mana-mana institusi pendidikan tinggi swasta yang tidak menyimpan atau menyebabkan disimpan suatu daftar guru melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Kuasa Ketua Pendaftar untuk tidak mengeluarkan dan membatalkan permit mengajar

52.

(1)

Ketua Pendaftar boleh enggan mengeluarkan permit mengajar atau membatalkan permit mengajar jika dia berpuas hati bahawa orang yang memohon permit itu atau yang kepadanya permit telah dikeluarkan— (a) tidak mempunyai kelayakan untuk mengajar, atau mempunyai kelayakan yang pada pendapat Ketua Pendaftar tidak mencukupi bagi maksud itu; (b) membuat pernyataan yang palsu atau mengelirukan berkaitan dengan permohonannya bagi mendapatkan permit mengajar atau telah dengan sengaja menyembunyikan suatu fakta material; (c) mengalami kecacatan fizikal atau mental atau penyakit yang menjadikannya seorang yang tidak sesuai untuk mengajar; (d) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan— (i) kesalahan yang melibatkan fraud, ketidakjujuran atau keburukan akhlak; (ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undang berhubungan dengan rasuah; atau (iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (bagi kesalahan itu sendiri atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun; atau (e) atas apa-apa sebab, bukan seorang yang layak dan sesuai untuk mengajar.

(2)

Jika Ketua Pendaftar enggan mengeluarkan permit mengajar atau membatalkan permit mengajar, dia hendaklah memberitahu orang yang memohon permit itu dan orang yang permitnya dibatalkan itu, melalui notis secara bertulis, tentang keengganan atau pembatalan itu, dengan menyatakan alasan keengganan atau pembatalan itu.

(3)

Seseorang yang terkilan dengan apa-apa keputusan Ketua Pendaftar di bawah seksyen ini boleh, dalam masa dua puluh satu hari dari dimaklumkan tentang keputusan itu, merayu kepada Menteri.

Hak untuk membuat representasi hendaklah diberikan dan alasan tambahan bagi pembatalan

53.

(1)

Suatu permit mengajar boleh dibatalkan oleh Ketua Pendaftar selepas memberikan orang yang kepadanya ia dikeluarkan hak untuk membuat representasi.

(2)

Sebagai tambahan kepada alasan yang dinyatakan di bawah perenggan 52(1)(a) hingga (e), permit mengajar boleh dibatalkan atas alasan yang berikut: (a) bahawa pemegang permit itu bertindak mengikut cara yang menjejaskan atau memudaratkan kepentingan Malaysia, orang awam atau pelajar; atau (b) apa-apa alasan lain yang difikirkan patut oleh Ketua Pendaftar.

Bahagian X

PEMBATALAN KELULUSAN DAN PENGKENSELAN PENDAFTARAN

Alasan bagi pembatalan kelulusan

54.

(1)

Ketua Pendaftar boleh, di bawah arahan Menteri, menyampaikan kepada institusi pendidikan tinggi swasta suatu notis tentang niat untuk membatalkan kelulusan institusi pendidikan tinggi swasta itu jika Menteri berpuas hati bahawa adalah suai manfaat berbuat demikian atas mana-mana alasan yang berikut: (a) bahawa kelulusan institusi pendidikan tinggi swasta itu telah didapatkan melalui apa-apa pernyataan palsu atau yang mengelirukan; (b) bahawa telah berlaku pelanggaran mana-mana syarat yang dikenakan oleh Menteri; (c) bahawa jaminan kualiti di institusi pendidikan tinggi swasta itu tidak dikekalkan dengan sewajarnya; (d) bahawa institusi pendidikan tinggi swasta itu telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain; (da) bahawa institusi pendidikan tinggi swasta itu telah gagal untuk memperbaharui pendaftarannya di bawah seksyen 24 A ; atau (e) apa-apa alasan lain yang difikirkan patut oleh Menteri demi kepentingan Malaysia, orang awam atau pelajar.

(2)

Alasan di bawah perenggan (1)(a) hingga (e) adalah sebagai tambahan kepada apa-apa alasan lain yang diperuntukkan di bawah mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini.

Alasan bagi pengkenselan pendaftaran

55.

(1)

Ketua Pendaftar boleh menyampaikan kepada institusi pendidikan tinggi swasta suatu notis tentang niat untuk mengkenselkan pendaftaran institusi pendidikan tinggi swasta itu jika dia berpuas hati bahawa adalah suai manfaat untuk berbuat sedemikian atas mana- mana alasan yang berikut: (a) bahawa pendaftaran institusi pendidikan tinggi swasta itu telah didapatkan melalui apa-apa pernyataan palsu atau mengelirukan; (b) bahawa telah berlaku pelanggaran mana-mana syarat yang dikenakan oleh Ketua Pendaftar; (c) bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini; (d) bahawa institusi pendidikan tinggi swasta itu telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain; (e) bahawa disiplin di institusi pendidikan tinggi swasta itu tidak dikekalkan dengan sewajarnya; (f) bahawa peruntukan perlembagaan institusi pendidikan tinggi swasta itu sengaja diabaikan; atau (g) bahawa institutsi pendidikan tinggi swasta itu telah digunakan secara yang berlawanan dengan maksud penubuhannya.

(2)

Alasan di bawah perenggan 1(a) hingga (g) adalah sebagai tambahan kepada mana-mana alasan lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini.

Notis untuk membatalkan kelulusan dan mengkensel pendaftaran

56.

(1)

Notis tentang niat untuk membatalkan kelulusan di bawah seksyen 54 atau untuk mengkenselkan pendaftaran di bawah seksyen 55 hendaklah menyatakan alasan yang di atasnya pembatalan kelulusan atau pengkenselan pendaftaran itu dicadangkan.

(2)

Institusi pendidikan tinggi swasta itu hendaklah diberikan peluang untuk membuat representasi bertulis mengenainya dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh penyampaian notis dalam subseksyen (1).

(3)

Selepas habis tempoh dua puluh satu hari yang disebutkan dalam subseksyen (2) dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat di bawah subseksyen itu, Ketua Pendaftar hendaklah— (a) berkenaan dengan pengkenselan pendaftaran, memutuskan sama ada atau tidak— (i) untuk meneruskan tindakan yang dicadangkan; (ii) untuk tidak mengambil tindakan lanjut; (iii) untuk menambah, menukar atau mengubah syarat pendaftaran; atau (iv) untuk memberikan amaran; atau (b) berkenaan dengan pembatalan kelulusan, membuat apa- apa syor kepada Menteri.

(4)

Institusi pendidikan tinggi swasta yang pendaftarannya telah dibatalkan oleh Ketua Pendaftar boleh merayu secara bertulis kepada Menteri dalam masa dua puluh satu hari dari diberitahukan keputusan yang dirayukan itu.

Keputusan hendaklah berdasarkan dokumen dan pendengaran secara lisan tidak dibenarkan

57. Keputusan Menteri dan Ketua Pendaftar dalam Bahagian ini hendaklah dibuat berdasarkan dokumen berhubungan dengan perkara di hadapan mereka, dan tidak boleh diadakan pendengaran secara lisan mengenainya.

Bahagian XI

PENUTUPAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA

Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan demi melindungi kepentingan pelajar

58.

(1)

Jika atas kerelaannya sendiri seorang ketua eksekutif memberitahu Menteri atau jika daripada hasil pemeriksaan yang dibuat di bawah Bahagian XII atau atas apa-apa sebab lain Menteri berpendapat bahawa sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta— (a) tidak dapat memenuhi obligasinya kepada pelajarnya; (b) hampir menggantung kegiatan perniagaannya; atau (c) sedang menjalankan aktivitinya dalam cara yang memudaratkan kepentingan Malaysia, orang awam atau pelajar, maka Menteri boleh, tanpa menjejaskan keluasan kuasa Menteri untuk memberikan arahan di bawah seksyen 5, demi melindungi kepentingan Malaysia, orang awam dan pelajar institusi pendidikan tinggi swasta itu— (aa) mengarahkan supaya institusi pendidikan tinggi swasta yang berkenaan mengambil apa-apa langkah yang difikirkan patut oleh Menteri untuk membetulkan apa-apa perkara atau membaiki apa- apa hal keadaan; (bb) mengarahkan supaya seseorang atau suatu jawatankuasa dilantik, atau Menteri sendiri melantik seseorang atau suatu jawatankuasa, untuk menasihatkan ketua eksekutif tentang cara pengurusan institusi pendidikan tinggi swasta itu; atau (cc) mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan perlu oleh Menteri dalam hal keadaan kes itu untuk menjadikan hal ehwal institusi pendidikan tinggi swasta itu selaras dengan peruntukan Akta ini.

(2)

Tiap-tiap arahan Menteri yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau nasihat atau arahan seseorang atau sesuatu jawatankuasa yang dilantik di bawah perenggan (1)(bb) hendaklah mengikat institusi pendidikan tinggi swasta itu.

(3)

Kesemua perbelanjaan yang dilakukan oleh orang atau jawatankuasa yang dilantik di bawah perenggan (1)(bb) hendaklah dibayar oleh institusi pendidikan tinggi swasta itu.

(4)

Jika suatu institusi pendidikan tinggi swasta tidak mematuhi apa-apa nasihat atau arahan yang diberikan kepadanya oleh orang atau jawatankuasa yang dilantik di bawah perenggan (1)(bb), maka ketidakpatuhan itu boleh dijadikan alasan untuk membatalkan kelulusannya.

Pemberhentian kegiatan perniagaan

59. Sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah menghentikan kegiatan perniagaannya dan menamatkan kursus pengajiannya jika—

(a) kelulusan bagi penubuhannya telah dibatalkan oleh Menteri; (b) pendaftarannya telah dikenselkan oleh Ketua Pendaftar; (c) lembaga pengarah memutuskan sedemikian; (d) syarikat yang dengannya institusi pendidikan tinggi swasta itu ditubuhkan telah digulung— (i) oleh lembaga pengarah syarikat; atau (ii) melalui perintah mahkamah; atau (e) institusi pendidikan tinggi swasta itu terpaksa ditutup atas apa-apa sebab lain.

Notis tentang niat untuk menutup

60.

(1)

Sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta yang sedang hendak menghentikan kegiatan perniagaannya kecuali atas sebab yang dinyatakan dalam perenggan 59(a) dan (b) dan subperenggan 59(d)(ii), hendaklah memberikan notis tentang niatnya untuk berbuat sedemikian sekurang-kurangnya bagi tempoh selama satu tahun kalendar sebelum penutupannya.

(2)

Notis di bawah subseksyen (1) hendaklah— (a) diberikan kepada Ketua Pendaftar oleh ketua eksekutif institusi pendidikan tinggi swasta itu; (b) disampaikan melalui surat berdaftar Akuan Terima kepada pelajar institusi pendidikan tinggi swasta itu; dan (c) disiarkan dalam akhbar, sekurang-kurangnya satu dalam bahasa kebangsaan dan satu lagi dalam apa-apa bahasa lain.

(3)

Jika penutupan institusi pendidikan tinggi swasta adalah atas sebab dalam perenggan 59(a) dan (b) dan subperenggan 59(d)(ii), maka institusi pendidikan tinggi swasta itu hendaklah dalam masa dua puluh satu hari selepas diberitahu tentang keputusan Menteri untuk membatalkan kelulusannya, keputusan Ketua pendaftar untuk mengkenselkan pendaftarannya atau perintah mahkamah supaya syarikat digulung, mengikut mana-mana yang berkenaan— (a) menyampaikan notis penutupannya kepada pelajarnya melalui surat berdaftar Akuan Terima; dan (b) menyiarkan notis penutupannya dalam akhbar, sekurang- kurangnya satu dalam bahasa kebangsaan dan satu lagi dalam apa-apa bahasa lain.

(4)

Jika penutupan institusi pendidikan tinggi swasta itu ialah kerana alasan dalam perenggan 59(e), ketua eksekutif hendaklah meminta arahan daripada Ketua Pendaftar berkenaan dengan pemberitahuan penutupannya.

(5)

Institusi pendidikan tinggi swasta yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Perkiraan bagi penerusan pendidikan pelajar

61.

(1)

Jika sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta menghentikan kegiatan perniagaannya menurut— (a) perenggan 59(a), perenggan 59(b), subperenggan 59(d)(ii) atau perenggan 59(e), lembaga pengarah hendaklah memastikan bahawa kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar bagi penerusan pembelajaran pelajar dipatuhi dalam suatu tempoh masa sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar; atau (b) perenggan 59(c) atau subperenggan 59(d)(i), lembaga pengarah hendaklah memastikan bahawa kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar bagi penerusan pembelajaran pelajar dipatuhi dalam masa enam bulan sebelum penutupan sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta itu.

(2)

Institusi pendidikan tinggi swasta yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pemulangan perakuan

62.

(1)

Apabila suatu institusi pendidikan tinggi swasta ditutup, ketua eksekutif hendaklah memulangkan perakuan pendaftarannya dan perakuan pendaftaran institusi pendidikan tinggi swasta itu kepada Ketua Pendaftar.

(2)

Apabila perakuan pendaftaran institusi pendidikan tinggi swasta itu dipulangkan, kelulusan institusi pendidikan tinggi swasta itu hendaklah disifatkan telah dibatalkan.

Bahagian XII

PEMERIKSAAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA

Pemeriksaan hendaklah dibuat dari semasa ke semasa

63. Ketua Pendaftar hendaklah, dari semasa ke semasa, memeriksa atau menyebabkan diperiksa institusi pendidikan tinggi swasta yang didaftarkan di bawah Akta ini bagi maksud memastikan bahawa Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dan sedang dipatuhi.

Kuasa Ketua Pendaftar semasa memeriksa institusi pendidikan tinggi swasta

64. Dalam menjalankan pemeriksaan di bawah seksyen 63, Ketua Pendaftar boleh—

(a) memasuki– (i) mana-mana kawasan termasuk bangunan atau struktur di atasnya yang dipunyai atau digunakan oleh, sama ada secara tetap atau selainnya, atau sama ada didaftarkan atau tidak bagi kegunaan, institusi pendidikan tinggi swasta; atau (ii) mana-mana premis; (b) memeriksa apa-apa buku, daftar, dokumen, bahan atau barang lain sama ada dalam bentuk fizikal atau medium elektronik yang difikirkannya perlu; (c) mengalihkan dan menahan apa-apa buku, daftar, dokumen, bahan atau barang lain sama ada dalam bentuk fizikal atau medium elektronik — (i) yang didapati olehnya boleh memudaratkan kepentingan Malaysia, orang awam atau pelajar; atau (ii) yang pada pendapatnya, boleh dijadikan keterangan tentang suatu kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini; dan (d) menghendaki mana-mana orang, sebagai anggota lembaga pengarah, ketua eksekutif, pekerja atau pelajar institusi pendidikan tinggi swasta itu, supaya mengemukakan bagi pemeriksaannya apa-apa buku, daftar, dokumen, bahan atau barang lain sama ada dalam bentuk fizikal atau medium elektronik yang berada dalam milikan atau jagaan atau di bawah kawalannya atau yang berada dalam kuasanya untuk diberi— (i) berhubungan dengan pengurusan institusi pendidikan tinggi swasta itu; atau (ii) berhubungan dengan pengajaran yang dijalankan dalam institusi pendidikan tinggi swasta itu.

Audit A . (1) Bagi maksud Akta ini, Ketua Pendaftar boleh menjalankan audit ke atas institusi pendidikan tinggi swasta dalam bentuk dan cara sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Tatacara bagi menjalankan audit boleh berbeza mengikut maksud audit itu.

Bahagian XIII

PENGUATKUASAAN DAN PENYIASATAN

Tafsiran pegawai penyiasat

65. Dalam Bahagian ini, “pegawai penyiasat” ertinya—

(a) Ketua Pendaftar, Timbalan Ketua Pendaftar, Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar; (b) pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor; dan (c) mana-mana pegawai awam lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pendaftar untuk melaksanakan apa-apa kewajipan berhubungan dengan penguatkuasaan dan penyiasatan di bawah Bahagian ini sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberikuasaan itu.

Kuasa pegawai penyiasat

66.

(1)

Pegawai penyiasat hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan penyiasatan tentang kesalahan di bawah Akta ini.

(2)

Pegawai penyiasat yang menjalankan penyiasatan di bawah Akta ini boleh memasuki mana-mana tempat atau bangunan dan boleh memeriksa, membuat salinan, membuat cabutan daripada, mengalihkan dan menahan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, bahan atau barang sama ada dalam bentuk fizikal atau medium elektronik.

(3)

Pegawai penyiasat boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang memberikan kepadanya apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen barang atau bahan yang berada dalam milikan atau jagaan atau di bawah kawalan orang itu atau berada dalam kuasa orang itu untuk diberikan.

(4)

Seseorang yang— (a) tidak mengemukakan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, bahan atau barang sama ada dalam bentuk fizikal atau medium elektronik yang dikehendaki oleh seseorang pegawai penyiasat; atau (b) menghalang atau menggalang seseorang pegawai penyiasat yang sedang menjalankan mana-mana kuasa di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan, dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(5)

Pegawai penyiasat boleh memberikan kebenaran kepada mana- mana orang untuk memeriksa buku, buku minit, daftar, dokumen, bahan atau barang sama ada dalam bentuk fizikal atau medium elektronik yang ditahan dan diambil milik oleh pegawai penyiasat di bawah subseksyen (2) jika orang itu berhak di bawah Akta ini untuk memeriksa buku, buku minit, daftar, dokumen, bahan atau barang itu sama ada dalam bentuk fizikal atau medium elektronik.

(6)

Seksyen ini tidak boleh ditafsirkan sebagai mengehadkan atau menyentuh apa-apa kuasa yang serupa yang diberikan kepada mana- mana orang di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

Kuasa untuk menggeledah dan menyita

67.

(1)

Jika didapati oleh Majistret, daripada maklumat bertulis yang dibuat atas sumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa— (a) mana-mana premis telah digunakan atau sedang digunakan atau hampir hendak digunakan bagi melakukan; atau (b) terdapat di dalam mana-mana premis keterangan yang diperlukan bagi membuktikan pelakuan, suatu kesalahan di bawah Akta ini, maka Majistret boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa pegawai penyiasat untuk, pada bila-bila masa yang munasabah sama ada siang atau malam dan sama ada dengan bantuan atau tanpa bantuan— (aa) memasuki premis itu, dengan kekerasan jika perlu; dan (bb) menggeledah dan menyita dan mengalihkan daripadanya apa-apa buku, buku minit, daftar, bahan, dokumen, barang atau apa-apa benda lain sama ada dalam bentuk fizikal atau medium elektronik— (i) yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan; (ii) yang berkenaan dengannya suatu kesalahan disyaki telah dilakukan; atau (iii) yang semunasabahnya dipercayai dapat dijadikan keterangan tentang pelakuan kesalahan itu.

(2)

Pegawai penyiasat boleh— (a) memecahkan mana-mana pintu luar atau pintu dalam premis itu atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau halangan lain ke premis itu supaya dapat masuk ke dalamnya; (b) mengalihkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pengalihan yang berkenaan dengannya dia mempunyai kuasa di bawah subseksyen (1) untuk melakukan; dan (c) menahan tiap-tiap orang yang didapatinya dalam premis itu sehingga premis itu selesai diperiksa.

Menggeledah dan menyita tanpa waran

68. Jika seseorang pegawai penyiasat mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa disebabkan kelengahan mendapatkan waran geledah di bawah seksyen 67 maka—

(a) penyiasatan itu akan terjejas; (b) tujuan kemasukan itu mungkin terkecewa; (c) buku, buku minit, daftar, dokumen, bahan, atau apa-apa benda lain yang dicari, sama ada dalam bentuk fizikal atau medium elektronik, mungkin dialihkan atau diganggu; atau (d) keterangan yang dicari mungkin diganggu atau dimusnahkan, dia boleh menjalankan, di dalam dan berkenaan dengan premis itu, segala kuasa yang disebut dalam seksyen 67 secara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia telah diberi kuasa berbuat sedemikian melalui waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Kuasa untuk mengunci

69.

(1)

Jika pegawai penyiasat mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana rumah, bangunan, premis atau tempat lain digunakan sebagai institusi pendidikan tinggi swasta— (a) tanpa diluluskan dan didaftarkan di bawah Akta ini; atau (b) dengan melanggar apa-apa syarat yang dikenakan oleh Menteri atau Ketua Pendaftar, maka pegawai penyiasat itu boleh dengan serta-merta mengambil apa- apa langkah yang difikirkannya perlu atau dengan apa-apa cara mengunci institusi pendidikan tinggi swasta itu.

(2)

Orang yang menggunakan rumah, bangunan, premis atau tempat yang telah dikunci itu sebagai institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah— (a) dalam masa dua puluh satu hari dari penguncian itu mengemukakan kepada Ketua Pendaftar perakuan pendaftaran institusi pendidikan tinggi swasta itu; dan (b) menanggung apa-apa kos yang dilakukan berbangkit daripada tindakan itu.

(3)

Kunci itu hendaklah dibuka jika— (a) orang itu mematuhi keperluan subseksyen (2); atau (b) perintah mahkamah didapatkan terhadap orang itu untuk berhenti daripada menggunakan rumah, bangunan, premis atau tempat itu sebagai institusi pendidikan tinggi swasta, mengikut mana-mana satu yang lebih awal.

(4)

Pegawai penyiasat yang melakukan tindakan di bawah seksyen ini tidak bertanggungan bagi apa-apa kos yang berbangkit daripada tindakan yang sedemikian atau kerosakan pada rumah, bangunan, premis atau tempat yang dikunci di bawah seksyen ini melainkan jika kerosakan itu telah dilakukan dengan sengaja.

(5)

Apa-apa tindakan yang dilakukan di bawah seksyen ini berkenaan dengan mana-mana rumah, bangunan, premis atau tempat lain tidak menghalang pendakwaan terhadap mana-mana orang yang menggunakan rumah, bangunan, premis atau tempat itu sebagai institusi pendidikan tinggi swasta secara yang berlawanan dengan Akta ini.

Kuasa untuk memanggil bagi tujuan pemeriksaan

70.

(1)

Pegawai penyiasat boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang tahu tentang fakta dan keadaan sesuatu kes hadir di hadapannya dan untuk diperiksa secara lisan dan hendaklah mengubah ke dalam bentuk bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa sedemikian.

(2)

Orang itu hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab soalan berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai penyiasat dan untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan, dan tidak boleh enggan untuk menjawab apa-apa soalan atas alasan bahawa soalan itu mungkin menunjukkan bahawa dia bersalah.

(3)

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah ditulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan— (a) selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya; dan (b) selepas dia diberikan peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dimahukannya.

(4)

Jika orang yang diperiksa di bawah seksyen ini enggan menandatangani atau mengecapkan cap ibu jarinya atas pernyataan itu, pegawai penyiasat hendaklah mengendorskan padanya di bawah tandatangannya hakikat keengganan itu dan sebabnya, jika ada, yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu.

(5)

Apa-apa pernyataan yang dibuat dan direkodkan di bawah seksyen ini boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di dalam mana-mana mahkamah.

(6)

Mana-mana orang yang— (a) tidak hadir di hadapan seseorang pegawai penyiasat sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1); (b) enggan untuk menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya oleh seseorang pegawai penyiasat di bawah subseksyen (2); atau (c) memberikan kepada seseorang pegawai penyiasat maklumat atau pernyataan yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir material, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Tiada hak ke atas kos prosiding, kerugian atau relief lain, dsb.

71. Tiada seorang pun adalah, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa jua pun yang disita atau ditahan pada menjalankan atau berupa menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Bahagian ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain, selain perintah pemulangan benda yang disita atau ditahan itu, atau bayaran berdasarkan nilainya, melainkan jika penyitaan atau penahanan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah atau berpatutan.

Bahagian XIV

KESALAHAN DAN PENALTI

Larangan tentang pengiklanan, dsb.

72.

(1)

Tiada seorang pun boleh menganjurkan sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta, sama ada melalui iklan, prospektus, risalah atau selainnya, melainkan jika penubuhan institusi pendidikan tinggi swasta itu telah diluluskan di bawah Akta ini.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Kawalan pengiklanan

73.

(1)

Jika Ketua Pendaftar berpendapat bahawa apa-apa pernyataan yang dibuat dalam mana-mana iklan berhubungan dengan sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta adalah palsu, mengaburi mata, menyinggung perasaan atau mengelirukan, maka Ketua Pendaftar boleh, melalui notis secara bertulis, mengarahkan supaya institusi pendidikan tinggi swasta itu melakukan kesemua atau mana-mana daripada yang berikut: (a) menghentikan penerusan keluaran iklan itu; (b) mengubahsuaikan iklan itu mengikut cara yang dinyatakan oleh Ketua Pendaftar; (c) menghentikan keluaran mana-mana iklan yang keseluruhannya atau sebahagiannya adalah pengulangan iklan itu; (d) mengambil segala langkah yang praktik untuk menarik balik iklan itu daripada tiap-tiap dan segala penyiaran atau pemamerannya; atau (e) menyiarkan suatu pernyataan dalam cara yang serupa dengan iklan yang dikeluarkan pada awalnya untuk menarik balik atau mengubahsuaikan iklan itu.

(2)

Ketua Pendaftar boleh mengubah, menambah kepada, menukar, membatalkan atau selainnya meminda apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melalui notis secara bertulis kepada institusi pendidikan tinggi swasta yang berkenaan.

(3)

Selepas pendaftaran sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta di bawah Bahagian V, mana-mana iklan berhubungan dengan institusi pendidikan tinggi swasta itu hendaklah mengandungi nombor pendaftaran institusi pendidikan tinggi swasta itu.

(4)

Mana-mana orang atau institusi pendidikan tinggi swasta yang melanggar arahan Ketua Pendaftar di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(5)

Apa-apa tindakan yang diambil oleh Ketua Pendaftar di bawah seksyen ini tidak menjejaskan kuasa Pengawal, Timbalan Pengawal atau Penolong Pengawal Perihal Dagangan di bawah  Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730].

Tafsiran pengiklanan

74. Bagi maksud seksyen 72 dan 73, “iklan” ertinya apa-apa pemberitahuan atau maklumat mengenai penubuhan institusi pendidikan tinggi swasta—

(a) yang disiarkan dalam mana-mana akhbar, jurnal atau majalah atau apa-apa bentuk lain; (b) yang dipamerkan pada mana-mana papan iklan, papan, bumbung, dinding, paling, pagar, rangka, papan tanda, plat, kain rentang, palang, batang tiang, tonggak, tuangan dawai atau binaan, struktur atau rekaan lain; (c) yang disampaikan melalui filem dalam pengertian  Akta Filem Penapisan 2002 [Akta 620] atau melalui alat terima radio atau alat terima televisyen dalam pengertian **Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 [P.U. (A) 124/2000]; atau  CATATAN—Akta ini telah menggantikan Akta Perihal Dagangan 1972 [Akta 87]–lihat seksyen 70 Akta 730.  CATATAN— Akta ini telah menggantikan Akta Filem (Penapisan) 1952 [Akta 35]– lihat seksyen 53 Akta 620. ** CATATAN—Peraturan-Peraturan Telekom (Alat Terima Televisyen) 1964 [L.N. 69/1964] telah dimansuhkan oleh Peraturan-Peraturan Radiokomunikasi 1995 [P.U. (A) 224/95] yang kemudiannya dimansuhkan oleh Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 [P.U. (A) 124/2000]. (d) yang disampaikan melalui cara elektronik atau cara lain, secara lisan atau tulisan dan sama ada daripada bentuk yang sama atau tidak sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (a) hingga (c).

Kesalahan dan penalti berhubungan dengan pernyataan yang palsu atau mengelirukan

75. Mana-mana orang yang membuat pernyataan yang palsu atau mengelirukan semasa mempromosikan sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Obligasi untuk mematuhi A . Jika Akta ini menghendaki institusi pendidikan tinggi swasta untuk melakukan atau melarangnya daripada melakukan sesuatu, obligasi untuk mematuhi dikenakan ke atas syarikat yang kepadanya kelulusan telah diberikan untuk menubuhkan institusi pendidikan tinggi swasta itu. Penubuhan institusi pendidikan tinggi swasta, dsb., dilarang melainkan jika mengikut Akta

76.

(1)

Tiada seorang pun boleh— (a) menubuhkan, mendirikan, menganjurkan atau menjalankan apa-apa aktiviti bagi maksud menubuhkan, mendirikan atau menganjurkan atau ke arah penubuhan, pendirian, atau penganjuran sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta; (b) mengendalikan, menguruskan atau menyenggarakan apa-apa kelas bagi pengajaran dan pembelajaran pendidikan tinggi di sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta; (c) menubuhkan, mendirikan, menganjurkan, mengendalikan, menguruskan atau menyenggarakan sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta dengan menggunakan perkataan “Universiti”, “Kolej Universiti” atau “kampus cawangan”; (d) mengeluarkan sijil, diploma atau ijazah kepada seseorang tanpa orang itu menamatkan dengan jayanya kursus pengajiannya; atau (e) menjalankan apa-apa aktiviti lain berkaitan dengan pendidikan tinggi, kecuali dengan mengikut peruntukan Akta ini.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Kesalahan dan penalti berhubungan dengan penganugerahan sijil, diploma dan ijazah

77. Sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta yang mengendalikan apa-apa kursus pengajian atau program latihan yang baginya sijil, diploma atau ijazah dianugerahkan secara yang berlawanan dengan peruntukan Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua- duanya.

Penalti kerana pelanggaran syarat

78. Mana-mana institusi pendidikan tinggi swasta yang melanggar mana-mana syarat yang dikenakan atas kelulusan bagi penubuhannya atau pendaftarannya atau mana-mana syarat yang dikenakan dalam pembaharuan pendaftarannya, melakukan suatu

kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Kesalahan dan penalti berhubungan dengan permohonan yang dibuat di bawah Akta

79. Mana-mana—

(a) pemohon yang, semasa membuat permohonan untuk mendapatkan kelulusan bagi penubuhan suatu institusi pendidikan tinggi swasta; (b) institusi pendidikan tinggi swasta yang, semasa membuat apa-apa permohonan, ; atau (c) orang yang, semasa membuat apa-apa permohonan, di bawah Akta ini, membuat pernyataan yang diketahuinya adalah palsu atau yang dia atau ia percaya adalah tidak benar, atau sengaja menyembunyikan apa-apa fakta yang material, atau memberikan apa- apa maklumat yang mengelirukan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua- duanya.

Kesalahan dan penalti berhubungan dengan aktiviti tidak sah

80. Mana-mana—

(a) orang yang, sebagai pemunya atau penghuni mana-mana rumah, bangunan, premis atau tempat, telah tidak mengambil langkah yang munasabah untuk mengelakkan rumah, bangunan, premis atau tempat itu daripada digunakan sebagai institusi pendidikan tinggi swasta secara yang berlawanan dengan Akta ini; atau (b) institusi pendidikan tinggi swasta yang digunakan— (i) bagi apa-apa aktiviti atau maksud yang tidak sah; atau (ii) bagi apa-apa aktiviti atau maksud sesuatu organisasi, pertubuhan atau kumpulan orang yang tidak sah, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Kesalahan dan penalti berhubungan dengan perakuan pendaftaran dan perbuatan mengajar di institusi pendidikan tinggi swasta

81.

(1)

Jika— (a) sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta tidak menyebabkan dipamerkan salinan perakuan pendaftaran institusi pendidikan tinggi swasta itu mengikut subseksyen 26(2); (b) apabila sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta ditutup, ketua eksekutif itu tidak memulangkan kepada Ketua Pendaftar perakuan pendaftarannya dan perakuan pendaftaran institusi pendidikan tinggi swasta itu; (c) mana-mana orang bekerja atau menjadi guru di institusi pendidikan tinggi swasta yang tidak diluluskan dan didaftarkan di bawah Akta ini; (d) ketua eksekutif sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta tidak didaftarkan di bawah Akta ini; (e) seseorang mengajar di institusi pendidikan tinggi swasta tanpa permit mengajar; atau (f) sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta mengambil kerja seorang ketua eksekutif yang tidak didaftarkan di bawah Akta ini atau seorang guru yang tidak dikeluarkan kepadanya permit mengajar di bawah Akta ini, maka institusi pendidikan tinggi swasta atau ketua eksekutif atau orang itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya.

(2)

Dalam hal suatu kesalahan di bawah perenggan (1)(c) hingga (f), adalah menjadi suatu pembelaan bagi seseorang atau seseorang ketua eksekutif atau sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta jika dia atau ia membuktikan bahawa setelah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah bagi mengelakkan daripada melakukan kesalahan yang sedemikian— (a) orang atau ketua eksekutif itu tidak tahu atau tidak mempunyai apa-apa alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa institusi pendidikan tinggi swasta itu tidak diluluskan atau didaftarkan; atau (b) institusi pendidikan tinggi swasta itu tidak tahu atau tidak mempunyai apa-apa alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa— (i) ketua eksekutif itu tidak didaftarkan sedemikian; atau (ii) orang itu tidak mempunyai permit mengajar.

Penalti am

82. Mana-mana orang yang melanggar atau tidak mematuhi mana- mana peruntukan Akta ini yang berkenaan dengannya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a) dalam hal seseorang yang merupakan seorang individu, didenda tidak melebihi  lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; atau (b) dalam hal suatu syarikat, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Penalti dalam hal kesalahan yang berterusan

83. Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini hendaklah, dalam hal kesalahan yang berterusan, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan ke atasnya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

84. Jika suatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini—

(a) mana-mana orang yang, pada masa kesalahan itu dilakukan merupakan pengarah, pengurus, setiausaha, atau pegawai yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu, boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu; dan (b) tiap-tiap pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu, yang dalam apa-apa cara, melalui perbuatan atau peninggalan secara langsung atau tidak langsung terlibat dengan atau menjadi pihak dalam pelakuan kesalahan itu hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu,  CATATAN—Dahulunya “sepuluh ribu ringgit”- lihat Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2017 [Akta A1535]. melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau pembiarannya atau bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah atau bahawa dia telah mengambil segala usaha yang wajar bagi mengelakkan kesalahan itu daripada berlaku.

Tanggungan pengarah syarikat, dsb., bagi kesalahan yang dilakukan oleh institusi pendidikan tinggi swasta

85.

(1)

Jika suatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini telah dilakukan oleh suatu institusi pendidikan tinggi swasta, mana- mana orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan— (a) ialah anggota lembaga pengarah; (b) ialah pengurus; (c) ialah setiausaha; (d) memegang jawatan atau kedudukan yang serupa dengan pengurus atau setiausaha syarikat yang menubuhkan institusi pendidikan tinggi swasta itu; (e) ialah ketua eksekutif; (f) ialah kerani; (g) ialah pekhidmat; (h) ialah ejen; atau (i) ialah seorang yang berupa bertindak atas apa-apa kapasiti dalam perenggan (1)(a) hingga (h), atau dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan mana-mana hal ehwal institusi pendidikan tinggi swasta itu, atau membantu dalam pengurusan itu, institusi pendidikan tinggi swasta itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu.

(2)

Maka hendaklah menjadi suatu pembelaan bagi mana-mana orang yang didakwa menurut subseksyen (1) jika dia membuktikan— (a) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau pembiarannya; atau (b) bahawa dia telah— (i) mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah; dan (ii) menjalankan segala usaha yang wajar, bagi mengelakkan kesalahan itu daripada berlaku, sebagaimana yang sepatutnya diambil dan dijalankan olehnya, dengan mengambil kira sifat fungsinya dalam kapasiti itu dan segala hal keadaan.

(3)

Institusi pendidikan tinggi swasta yang boleh dikenakan hukuman atau penalti di bawah Akta ini bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan hendaklah bertanggungan bagi hukuman atau penalti yang sama bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan sedemikian yang dilakukan oleh— (a) ejen yang bertindak bagi pihaknya; atau (b) kerani atau pekhidmat yang bertindak semasa dalam pengajian institusi pendidikan swasta itu.

(4)

(Dipotong oleh Akta A1352).

Kuasa untuk mengkompaun

86.

(1)

Ketua Pendaftar boleh, dengan kebenaran bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh institusi pendidikan tinggi swasta atau seseorang di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, yang ditetapkan sebagai kesalahan yang boleh dikompaun.

(2)

Tawaran bertulis hendaklah dibuat kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar kepada Ketua Pendaftar apa-apa jumlah wang yang dinyatakan, yang tidak melebihi lima puluh peratus denda maksimum yang boleh dikenakan kepada orang itu jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam masa apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam tawaran itu.

(3)

Tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.

(4)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun— (a) tiada prosiding selanjutnya boleh diambil dan tiada pendakwaan boleh dimulakan terhadap orang yang kepadanya tawaran kompaun telah dibuat; dan (b) apa-apa barang, buku, buku minit, daftar, dokumen, bahan atau barang lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu, boleh dilepaskan tertakluk kepada syarat yang boleh dikenakan selaras dengan syarat kompaun.

(5)

Apa-apa wang yang diterima oleh Ketua Pendaftar di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

(6)

Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran kompaun tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Ketua Pendaftar, maka pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

Memulakan dan menjalankan pendakwaan

87.

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (3), Ketua Pendaftar, Timbalan Ketua Pendaftar, Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, hendaklah diberi kuasa untuk hadir di dalam mahkamah— (a) bagi menjalankan apa-apa pendakwaan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau (b) bagi maksud apa-apa prosiding undang-undang yang lain di bawah Akta ini.

(2)

Dalam hal Timbalan Ketua Pendaftar, Pendaftar, Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar, pemberikuasaan itu adalah tertakluk kepada kelulusan Ketua Pendaftar.

(3)

Pendakwaan berkenaan dengan kesalahan di bawah Akta ini tidak boleh dimulakan atau dijalankan tanpa kebenaran bertulis Pendakwa Raya.

Bahagian XV

PERATURAN –PERATURAN

Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan

88.

(1)

Tanpa menjejaskan kuasanya untuk membuat peraturan- peraturan di bawah mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan dalam subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi atau berkenaan dengan kesemua atau mana-mana perkara yang berikut: (a) borang yang hendak digunakan dan maklumat yang hendaklah diberikan dalam apa-apa permohonan atau bagi apa-apa maksud lain di bawah Akta ini; (b) tatacara yang hendaklah diikuti dan fi yang difikirkan patut ditetapkan berkenaan dengan apa-apa permohonan di bawah Akta ini atau berkenaan dengan apa-apa perakuan, permit atau dokumen lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini; (c) bentuk yang dalamnya suatu daftar atau rekod lain hendaklah disimpan atau disenggarakan di bawah Akta ini, catatan yang hendaklah dibuat dalamnya, peruntukan bagi pemeriksaan dan pengambilan cabutan daripadanya dan pemberian salinannya dan fi yang hendaklah dibayar bagi pemeriksaan, cabutan dan salinan itu masing- masingnya; (d) pengendalian kursus pengajian; (e) tatacara yang hendaklah diikuti bagi pengendorsan, pengubahan atau pindaan perakuan pendaftaran, permit mengajar atau apa-apa dokumen lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini dan penggantian perakuan, permit atau dokumen lain yang hilang atau rosak; (f) kemudahan pendidikan yang hendaklah disediakan oleh institusi pendidikan tinggi swasta; (g) pengadaan pendidikan jarak jauh; (h) piawai kesihatan dan keselamatan, dan kegunaan yang hendaklah dipatuhi bagi premis institusi pendidikan tinggi swasta, dan menetapkan piawai dan kegunaan yang berlainan, bagi apa-apa perihalan institusi pendidikan tinggi swasta, sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan; (i) mata pelajaran wajib lain yang hendaklah diajarkan selain yang dinyatakan dalam seksyen 42 dan 43; (j) tatacara yang hendaklah diikuti berkenaan dengan rayuan kepada Menteri daripada keputusan Ketua Pendaftar; (k) rekod yang hendaklah disimpan oleh institusi pendidikan tinggi swasta dan penyata yang hendaklah dibuat termasuklah rekod dan penyata kewangan; (l) menentukan fi yang hendaklah dikenakan ke atas pelajar institusi pendidikan tinggi swasta; (m) fi yang dikehendaki ditetapkan di bawah Akta ini selain fi yang disebut dalam perenggan (b) dan (c); (n) cara bagaimana gabungan, persekutuan atau kerjasama antara institusi pendidikan tinggi swasta boleh dijalankan; (o) menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun; (oa) cara bagaimana pengauditan boleh dijalankan; (p) apa-apa perkara lain yang dikehendaki ditetapkan di bawah Akta ini; dan (q) apa-apa perkara lain yang Menteri fikirkan adalah suai manfaat atau perlu bagi maksud Akta ini.

(3)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh memperuntukkan bahawa pelanggaran mana-mana peruntukan dalam peraturan-peraturan itu adalah suatu kesalahan dan bahawa kesalahan sedemikian boleh dihukum, apabila disabitkan, dengan hukuman denda atau pemenjaraan atau kedua-duanya tetapi tidak boleh membuat peruntukan supaya denda itu melebihi sepuluh ribu ringgit atau tempoh pemenjaraan itu melebihi satu bulan.

Bahagian XVI

AM

Membezakan antara ras dan kepercayaan dilarang

89.

(1)

Tertakluk kepada peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, keanggotaan institusi pendidikan tinggi swasta, sama ada sebagai pegawai, guru atau pelajar, hendaklah dibuka kepada semua orang tanpa mengira jantina, ras, agama, bangsa atau kelas.

(2)

Tiada ujian mengenai agama yang dianuti atau kepercayaan boleh diadakan atau dipaksakan untuk membolehkan seseorang berhak diterima sebagai anggota sedemikian atau untuk dianugerahkan apa- apa ijazah, diploma atau sijil atau fellowship, biasiswa, bantuan, dermasiswa, pingat, hadiah, atau kepujian atau penganugerahan lain boleh dihadkan bagi orang daripada mana-mana ras, agama, bangsa atau kelas tertentu.

Perlindungan daripada tindakan guaman dan prosiding undang- undang

90. Tiada tindakan boleh diambil atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dibuat terhadap Kerajaan, Menteri, Ketua Pendaftar, Timbalan Ketua Pendaftar, Pendaftar, Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar atau terhadap mana-mana pegawai Kerajaan atau mana-mana orang yang bertindak di bawah arahan Menteri atau Ketua Pendaftar, di dalam mana-mana mahkamah bagi apa-apa perkara yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan di bawah Akta ini—

(a) dengan suci hati; (b) dengan semunasabahnya mempercayai bahawa perkara itu perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai melaluinya; atau (c) bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Pegawai disifatkan sebagai pekhidmat awam

91. Tiap-tiap orang yang dilantik, atau yang secara sah menjalankan kuasa seseorang yang dilantik di bawah Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Kuasa Menteri untuk mengecualikan

92.

(1)

Menteri boleh, jika difikirkannya wajar dan demi kepentingan sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta atau demi kepentingan pelajar atau orang awam, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan institusi pendidikan tinggi swasta itu daripada mana-mana peruntukan Akta ini.

(2)

Pengecualian yang diberikan di bawah subseksyen (1) adalah tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan oleh Menteri dalam perintah itu.

(3)

Kuasa mengecualikan di bawah subseksyen (1) tidak termasuk peruntukan tentang kelulusan bagi penubuhan institusi pendidikan tinggi swasta dan pendaftarannya, dan peruntukan seksyen 38 dan 39.

(4)

Menteri boleh, pada bila-bila masa, menggunakan budi bicaranya membatalkan pengecualian di bawah seksyen ini atau mengubah atau menambahkan kepada syarat pengecualian itu.

Kehendak tentang premis

93.

(1)

Anggota lembaga pengarah, ketua eksekutif atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi pengurusan sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah memastikan bahawa pada sepanjang masa premis institusi pendidikan tinggi swasta itu mematuhi apa-apa piawai yang ditetapkan di bawah Akta ini.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), jika Menteri berpuas hati berkenaan dengan mana-mana institusi pendidikan tinggi swasta bahawa setelah mengambil kira— (a) keadaan tapaknya; (b) mana-mana bangunan yang sedia ada di atas tapak itu; atau (c) hal keadaan tertentu yang lain yang menyentuh premis itu, adalah tidak munasabah dalam keadaan yang sedemikian untuk menghendaki institusi pendidikan tinggi swasta itu mematuhi keperluan dalam peraturan-peraturan mengenainya dalam apa-apa aspek tertentu, maka Menteri boleh mengarahkan supaya premis itu disifatkan mematuhi piawai yang ditetapkan jika sebagai ganti pematuhan kepada piawai yang ditetapkan itu, premis itu mematuhi apa-apa kehendak lain yang ditentukan dalam arahan itu.

Penyampaian

94.

(1)

Apa-apa notis, perintah, dokumen atau perhubungan lain yang dikehendaki diberikan atau disampaikan di bawah Akta ini kepada institusi pendidikan tinggi swasta boleh, melainkan jika cara penyampaian yang lain ditetapkan, dihantar melalui pos berdaftar.

(2)

Maka hendaklah disifatkan bahawa notis, perintah, dokumen atau apa-apa perhubungan itu telah disampaikan pada hari yang berikutan hari notis, perintah, dokumen atau perhubungan itu sepatutnya diterima dalam perjalanan biasa pos.

(3)

Jika seseorang yang kepadanya suatu surat berdaftar di bawah subseksyen (1) dialamatkan, diberitahu hakikat tentang adanya surat berdaftar yang menantinya di pejabat pos dan jika orang itu enggan atau mengabaikan untuk mengambil surat berdaftar itu maka notis, perintah, dokumen atau perhubungan itu hendaklah disifatkan telah disampaikan kepadanya pada tarikh yang dia dimaklumkan sedemikian.

Ketidakpakaian

95. Akta ini tidak terpakai bagi—

(a) institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh Menteri di bawah atau disifatkan telah ditubuhkan di bawah Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]; (b) institusi yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti Teknologi MARA 1976 [Akta 173]; (c) Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971; atau (d) institusi pendidikan yang ditubuhkan di bawah mana- mana undang-undang bertulis lain.

Bahagian XVII

PERUNTUKAN KECUALIAN DAN PERALIHAN

Peruntukan kecualian dan peralihan berhubungan dengan institusi pendidikan tinggi swasta yang sedia ada

96.

(1)

Peraturan-Peraturan Perlu (Yayasan Pengajian Tinggi) 1969 [P.U. (A) 234/1969] dibatalkan.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), semua institusi pendidikan tinggi swasta— (a) yang ditubuhkan di bawah Peraturan-Peraturan Perlu (Yayasan Pengajian Tinggi) 1969; atau (b) yang didaftarkan atau disifatkan telah didaftarkan di bawah Akta Pendidikan 1996, hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, disifatkan telah diluluskan, ditubuhkan dan didaftarkan di bawah Akta ini.

(3)

Syarat yang dikenakan ke atas institusi pendidikan tinggi swasta yang disebut dalam perenggan (2)(a) dan (b), sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini, hendaklah terus berkuat kuasa sehingga diubah atau dibatalkan oleh Menteri.

(4)

Peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi institusi pendidikan tinggi swasta itu seolah-olah institusi pendidikan tinggi swasta itu telah diluluskan, ditubuhkan dan didaftarkan di bawah Akta ini.

Penukaran perakuan pendaftaran sementara

97.

(1)

Perakuan pendaftaran sementara yang dikeluarkan atau disifatkan telah dikeluarkan kepada suatu institusi pendidikan tinggi swasta di bawah Akta Pendidikan 1996, hendaklah ditukarkan menjadi dan disifatkan menjadi suatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah Akta ini.

(2)

Sebagai tambahan kepada syarat yang boleh dikenakan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, institusi pendidikan tinggi swasta itu hendaklah juga mematuhi apa-apa syarat lain yang boleh dikenakan oleh Ketua Pendaftar, dari semasa ke semasa.

Kuasa Menteri untuk membuat peruntukan peralihan tambahan

98.

(1)

Menteri boleh, melalui kaedah-kaedah, membuat apa-apa peruntukan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi maksud menghapuskan apa-apa kesukaran yang ditimbulkan oleh pemakaian Akta ini bagi institusi pendidikan tinggi swasta— (a) yang ditubuhkan di bawah Peraturan-Peraturan Perlu (Yayasan Pengajian Tinggi) 1969; (b) yang didaftarkan atau disifatkan telah didaftarkan di bawah Akta Pendidikan 1996; dan (c) yang kepadanya perakuan pendaftaran sementara telah dikeluarkan atau disifatkan telah dikeluarkan di bawah Akta Pendidikan 1996.

(2)

Kuasa Menteri di bawah subseksyen (1) hendaklah termasuk kuasa untuk membuat apa-apa ubah suaian bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Peruntukan peralihan berhubungan dengan guru

99.

(1)

Seseorang yang, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, sedang bekerja dengan suatu institusi pendidikan tinggi swasta sebagai guru sama ada secara sepenuh masa atau sambilan— (a) yang berdaftar sebagai guru atau disifatkan telah berdaftar sebagai guru di bawah Akta Pendidikan 1996 hendaklah, dalam masa satu bulan dari tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini; atau (b) yang telah dikeluarkan kepadanya atau disifatkan telah dikeluarkan kepadanya permit mengajar di bawah Akta Pendidikan 1996 hendaklah— (i) dalam masa satu bulan sebelum permit itu habis tempoh; atau (ii) dalam masa satu bulan dari tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, mengikut mana-mana yang terkemudian, memohon untuk mendapatkan permit mengajar di bawah Bahagian IX Akta ini.

(2)

Sementara menanti permohonan bagi mendapatkan permit mengajar yang disebut di bawah subseksyen (1) diputuskan, orang itu boleh terus mengajar di institusi pendidikan tinggi swasta itu dan hendaklah dalam hal keadaan itu disifatkan mengajar secara sah.

(3)

Surat akuan terima yang dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar berkenaan dengan permohonan untuk mendapatkan permit mengajar di bawah seksyen ini hendaklah menjadi bukti yang mencukupi tentang pembuatan permohonan itu.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 555 AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996

SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari Akta A1202 Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Pindaan) 2003 Akta A1352 Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2009 Akta A1434 Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2012 Akta A1465 Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2014 Akta A1535 Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2017 Akta A1583 Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2019

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 555 AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A1202 Akta A1352 Akta A1434 Akta A1535 Akta A1352 Akta A1352 Akta A1352 Akta A1352 Akta A1352 Akta A1535 Akta A1352 Akta A1535 Akta A1535 Akta A1535 Akta A1352 Akta A1465 Akta A1465 Akta A1352 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari A Akta A1352 Akta A1535 Akta A1352 Akta A1535 Akta A1535 Akta A1352 Akta A1535 Akta A1352 A Akta A1535 Akta A1352 Akta A1535 Akta A1352 Akta A1352 Akta A1535 Akta A1352 Akta A1535 A Akta A1535 Akta A1202 Akta A1352 Akta A1535 Akta A1202 Akta A1352 Akta A1535 Akta A1202 Akta A1352 Akta A1535 Akta A1352 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A1352 Akta A1535 Akta A1352 Akta A1434 Akta A1583 Akta A1352 A Akta A1352 Akta A1352 Akta A1352 Akta A1352 Akta A1535 Akta A1352 Akta A1535 Akta A1352 Akta A1352 Akta A1352 Akta A1535 Akta A1535 Akta A1352 A Akta A1352 Akta A1352 Akta A1352 Akta A1352 Akta A1352 Akta A1352 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A1535 Akta A1202 Akta A1535 Akta A1535 Akta A1535 Akta A1352 Akta A1352 Akta A1535 Akta A1535 Akta A1352 Akta A1535 Akta A1352