로고

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 AKTA PENDAFTARAN KELAHIRAN DAN KEMATIAN (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS) 1975 Tarikh Perkenan Diraja … … … … 10 Februari 1975 Tarikh penyiaran dalam Warta ... ... ... 20 Februari 1975 Cetakan Semula yang Terdahulu Cetakan Semula Yang Pertama 1997 Cetakan Semula Yang Kedua 2001 Akta 152 AKTA PENDAFTARAN KELAHIRAN DAN KEMATIAN (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS) 1975 SUSUNAN SEKSYEN AKTA PENDAFTARAN KELAHIRAN DAN KEMATIAN (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS) 1975 Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan mengenai pendaftaran kelahiran dan kematian di kalangan warganegara Malaysia yang berlaku semasa menunaikan haji ke Hedjaz. [1 September 1974] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Pendaftar 4. Pendaftaran kelahiran dan kematian orang yang menunaikan Haji 5. Orang yang berkelayakan untuk memberikan maklumat 6. Pendaftar hendaklah merekodkan butir-butir 7. Penyerahan rekod kepada Pendaftar Besar 8. Mencatatkan rekod dalam daftar 9. Pengeluaran perakuan 10. Catatan sebagai keterangan mengenai kelahiran atau kematian 11. Pewakilan 12. Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh disifatkan mengecualikan kehendak di bawah mana-mana undang-undang lain 13. Kaedah-kaedah Akta 152

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Peruntukan-Peruntukan Khas) 1975. Tafsiran

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— Pendaftar

“buku laporan” ertinya buku laporan yang disebut dalam seksyen 6; “daftar” ertinya sesuatu daftar yang simpan di bawah seksyen 8; “Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi pendaftaran kelahiran dan kematian; “Pendaftar” ertinya seseorang Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 3; “Pendaftar Besar” ertinya Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian yang dilantik di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 [Akta 299]; dan “perakuan” ertinya sesuatu perakuan yang dikeluarkan di bawah seksyen 9.

3. (1) Bagi maksud menjalankan tujuan Akta ini, Pendaftar Besar boleh melantik apa-apa bilangan orang sebagaimana yang difikirkannya perlu, sama ada pegawai awam atau tidak, menjadi Pendaftar.

(2) Semua Pendaftar yang dilantik di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Pendaftaran kelahiran dan kematian orang yang menunaikan Haji

4. (1) Maklumat yang berhubungan dengan kelahiran atau kematian seseorang yang merupakan warganegara Malaysia semasa menunaikan haji boleh diberikan—

(a) kepada Pendaftar, dalam tempoh empat puluh hari dari berlakunya kelahiran atau kematian itu; atau (b) kepada Pendaftar Besar, dalam tempoh enam bulan dari berlakunya kelahiran atau kematian itu.

(2) Bagi maksud subseksyen (1), seseorang disifatkan menunaikan haji dari masa dia meninggalkan Malaysia dalam perjalanannya ke Hedjaz sehingga masa dia kembali ke Malaysia. Orang yang berkelayakan untuk memberikan maklumat

5. (1) Orang yang berikut berkelayakan untuk memberikan maklumat berkenaan dengan sesuatu kelahiran, iaitu:

(a) bapa kanak-kanak itu; (b) ibu kanak-kanak itu; (c) penduduk rumah yang di dalamnya kanak-kanak itu telah dilahirkan dengan di ketahui oleh penduduk itu; (d) sesiapa yang hadir pada masa kelahiran itu; (e) sesiapa yang bertanggungjawab menjaga kanak-kanak itu; dan (f) mana-mana orang lain yang mengetahui sendiri tentang kelahiran itu.

(2) Orang yang berikut berkelayakan untuk memberikan maklumat berkenaan dengan sesuatu kematian, iaitu: Pendaftar hendaklah merekodkan butir-butir

(a) sesiapa yang hadir pada masa kematian itu; (b) penduduk atau seseorang penghuni rumah itu jika dia mengetahui tentang berlakunya kematian itu; (c) sesiapa yang bertanggungjawab menjaga mayat itu; (d) orang yang menyebabkan mayat itu dilupuskan; dan (e) mana-mana orang lain yang mengetahui sendiri tentang kematian itu.

6. (1) Seseorang Pendaftar hendaklah merekodkan apa-apa butir sebagaimana yang ditetapkan dalam suatu buku laporan mengikut bentuk yang ditetapkan mengenai sesuatu kelahiran atau kematian, yang diberikan kepadanya oleh seseorang yang berkelayakan untuk berbuat demikian.

(2) Seseorang Pendaftar boleh, sebelum merekodkan sesuatu kelahiran atau kematian itu, mengemukakan soalan kepada pemberitahu maklumat itu untuk memuaskan hatinya tentang berlakunya kelahiran atau kematian itu, bahawa pemberitahu maklumat itu berkelayakan untuk memberikan maklumat itu dan bahawa kelahiran itu adalah kelahiran atau kematian seseorang warganegara Malaysia. Penyerahan rekod kepada Pendaftar Besar

7. Tiap-tiap Pendaftar hendaklah pada bila-bila masa dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar Besar, menyerahkan segala catatan yang lengkap yang dibuat dalam buku laporan yang disimpan olehnya kepada Pendaftar Besar. Mencatatkan rekod dalam daftar

8. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), Pendaftar Besar hendaklah mencatatkan butir-butir yang terkandung dalam buku

laporan itu dalam suatu daftar.

(2) Pendaftar Besar boleh, sebelum membuat catatan itu dalam daftar membuat siasatan untuk memuaskan hatinya bahawa butir- butir yang terkandung dalam buku laporan itu benar dan tepat dan dia tidak boleh mencatatkan apa-apa butir yang dia tidak berpuas hati benar atau tepat.

(3) Pendaftar Besar boleh membuat pembetulan kepada mana- mana butir yang, selepas siasatan, difikirkannya perlu. Pengeluaran perakuan

9. (1) Pendaftar Besar boleh, atas permohonan dalam borang yang ditetapkan dan apabila dibayar bayaran yang ditetapkan, mengeluarkan kepada pemohon suatu perakuan dalam borang yang ditetapkan yang mengandungi butir-butir yang direkodkan dalam daftar.

(2) Pendaftar Besar boleh, sebelum mengeluarkan sesuatu perakuan di bawah subseksyen (1), membuat siasatan untuk menentukan bahawa perakuan itu akan digunakan hanya bagi maksud yang sah di sisi undang-undang.

(3) Tiap-tiap perakuan itu hendaklah diperakui di bawah tandatangan Pendaftar Besar atau seseorang yang diberi kuasa olehnya secara bertulis. Catatan sebagai keterangan mengenai kelahiran atau kematian

10. Sesuatu catatan dalam daftar dan sesuatu perakuan yang berupa sebagai dikeluarkan di bawah seksyen 9 dan yang berupa sebagai dibuat di bawah tandatangan Pendaftar Besar atau seseorang yang diberi kuasa olehnya hendaklah diterima tanpa bukti lanjut atau bukti lain sebagai keterangan mengenai fakta dan butir-butir yang berhubungan dengan kelahiran atau kematian yang ditetapkan supaya ada dalam daftar dan yang direkodkan dalam daftar. Pewakilan

11. Pendaftar Besar boleh secara bertulis mewakilkan mana-mana atau semua kuasa yang diberikan kepadanya dan mana-mana atau semua kewajipan yang dipertanggung ke atasnya oleh Akta ini kepada mana-mana pegawai yang dilantik di bawah Akta Pendaftaran Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh disifatkan mengecualikan kehendak di bawah mana-mana undang-undang lain

Kelahiran dan Kematian 1957 [Akta 299].

12. Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh disifatkan mengecualikan seseorang daripada kehendak mana-mana undang-undang lain yang mentadbirkan pendaftaran kelahiran dan kematian. Kaedah-kaedah

13. (1) Menteri boleh membuat kaedah-kaedah untuk menjalankan atau menguatkuasakan peruntukan Akta ini.

(2) Walau apa pun dan tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat kaedah-kaedah berkenaan dengan mana- mana atau semua perkara yang berikut: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 152 AKTA PENDAFTARAN KELAHIRAN DAN KEMATIAN (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS) 1975 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 152 AKTA PENDAFTARAN KELAHIRAN DAN KEMATIAN (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS) 1975

(a) bentuk dan kandungan daftar, perakuan, borang dan dokumen lain yang dikehendaki dan maklumat yang hendaklah diberikan bagi menjalankan maksud Akta ini; (b) fi yang hendaklah dikenakan di bawah Akta ini; (c) jagaan mengenai daftar, borang, perakuan dan dokumen lain yang berkaitan dengan urusan pendaftaran; dan (d) pengeluaran perakuan. SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari Akta A327 Akta Kanun Keseksaan (Pindaan dan Peluasan) 1976 Akta A626 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Peruntukan- Peruntukan Khas) (Pindaan) 1985 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A327 Akta A626