UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 429
Pertama kali diperbuat … … … … … … …1957 (Ord. No. 29 tahun 1957
Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Counterfeit Coin Act 1957 sebagaimana yang disemak dalam tahun 1990. Melainkan dan sehingga ditetapkan sebagai sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai pencacatan syiling lancungan.
SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Tafsiran 3. Syiling yang disyaki menyusut atau telah dilancung boleh dipotong oleh mana-mana orang yang kepadanya syiling itu ditawarkan
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Syiling Lancungan 1957.
Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.
“melancung” mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya oleh Kanun Keseksaan [Akta 574]; “syiling semasa” ertinya apa-apa syiling yang dijadikan oleh undang-undang, wang sah di Malaysia.
Jika apa-apa syiling ditawarkan sebagai syiling semasa kepada mana-mana orang yang mengesyaki syiling itu telah menyusut dengan cara selain haus yang munasabah, atau telah dilancung, orang itu boleh memotong, memecahkan membengkokkan atau mencacatkan syiling itu.
Jika apa-apa syiling yang telah dipotong, dipecahkan, dibengkokkan atau dicacatkan ternyata telah menyusut dengan cara selain haus yang munasabah, atau telah dilancung, orang yang menawarkan syiling itu hendaklah menanggung kerugian berkenaan dengannya.
Jika syiling itu mempunyai berat yang sewajarnya dan ternyata bahawa ia syiling yang sah, orang yang memotong, memecahkan, membengkokkan atau mencacatkannya hendaklah menerima syiling itu pada nilai mukanya.
Jika apa-apa pertikaian timbul sama ada syiling yang telah dipotong, dipecahkan, dibengkokkan atau dicacatkan itu telah menyusut dengan cara yang disebut terdahulu, atau dilancung, pertikaian itu boleh didengar dan seterusnya diputuskan secara terus oleh Mahkamah Majistret yang dengan ini diberi kuasa untuk memeriksa dengan sumpah pihak berkenaan dan juga mana-mana orang lain untuk memutuskan pertikaian itu.
Tiap-tiap pegawai awam, dalam melaksanakan kewajipannya telah ditawarkan kepadanya, sebagai pembayaran apa-apa bahagian daripada hasil mana-mana Kerajaan di Malaysia atau dikemukakan untuk pemeriksaan atau selainnya apa-apa syiling yang ternyata adalah lancungan syiling semasa atau telah menyusut dengan cara yang tidak sah, hendaklah memotong, memecahkan, atau mencacatkan atau menyebabkan dipotong, dipecahkan atau dicacatkan tiap-tiap syiling itu.
SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk Ringkas Berkuat kuasa dari P.U 349/1965 Perintah Ubah Suaian Undang-undang (Syiling Lancungan) (Pemerluasan Negeri-Negeri Borneo) 1965
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari − TIADA ─