로고

PERINTAH KANUN HUKUMAN JENAYAH (PINDAAN) (BIL. 2), 2018 SUSUNAN BAB-BAB Bab 1. Gelaran 2. Pindaan bab 55 dari Penggal 22

1. Perintah ini boleh digelar sebagai Perintah Kanun Hukuman Jenayah (Pindaan) (Bil. 2), 2018.

Pindaan bab 55 dari Penggal 22

2. Bab 55 dari Kanun Hukuman Jenayah adalah dipinda dengan memotong "the Minister may without the consent of the person sentenced" dari baris kedua dan ketiga dan menggantikannya dengan "His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan may".

Diperbuat pada hari ini 9 haribulan Rabiulakhir, Tahun Hijrah 1440 bersamaan dengan 17 haribulan Disember, 2018 di Istana Nurul Iman Beta, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM