Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 AKTA KUMPULAN WANG KUTU (PENGESAHAN) 1974 Tarikh Perkenan Diraja … … … … 30 Julai 1974 Tarikh penyiaran dalam Warta ... ... … 22 Ogos 1974 Cetakan Semula Yang Terdahulu Cetakan Semula Yang Pertama 1997 Cetakan Semula Yang Kedua 2001 Akta 142 AKTA KUMPULAN WANG KUTU (PENGESAHAN) 1974 SUSUNAN SEKSYEN AKTA KUMPULAN WANG KUTU (PENGESAHAN) 1974 Suatu Akta untuk mengesahkan, bagi maksud penggulungan, beberapa transaksi yang lepas mengenai kumpulan wang kutu yang dijalankan oleh syarikat. [23 Ogos 1974] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Kumpulan wang kutu tertentu adalah sah di sisi undang-undang dan boleh dikuatkuasakan 4. Kuasa pelikuidasi Akta 142
“kumpulan wang kutu” mempunyai erti yang sama seperti yang diberi kepada ungkapan itu dalam Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 [Akta 28]; “syarikat” ertinya sesuatu syarikat sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dan termasuklah sesuatu perbadanan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta tersebut.
(a) yang telah digulung mengikut perenggan 8(2)(b) Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971; atau (b) yang telah digulung mengikut peruntukan Akta Syarikat 1965, walau apa pun undang-undang yang berlawanan, sah di sisi undang- undang dan boleh dikuatkuasakan.
(a) untuk memungut semua wang yang kena dibayar daripada peserta pemungkir bagi sesuatu kumpulan wang kutu yang disebut dalam seksyen itu dan yang dijalankan oleh syarikat itu; dan (b) untuk membayar apa-apa wang yang kena dibayar kepada peserta sesuatu kumpulan wang kutu. SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari — TIADA — SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari — TIADA —