로고

Sebagaimana pada 1 Oktober 2014

AKTA PENDAFTARAN PENGANGKATAN 1952 Pertama Kali diperbuat … … … 1952 (Ordinan P.T.M. No. 54 tahun 1952) Disemak 1981 (Akta 253 m.b.p. 17 September 1981) Kali terakhir dipinda melalui P.U. (A) 133/82 yang berkuat kuasa pada 17 September 1981 Akta 253 AKTA PENDAFTARAN PENGANGKATAN 1952 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1.

2. Tafsiran

3. Pendaftar Besar

4. Pelantikan Pendaftar Pengangkatan

5 . Daftar dan buku catatan Pendaftar

6. Pendaftaran pengangkatan de facto

7. Salinan pendaftaran hendaklah diserahkan kepada pemohon

8. Pihak dan saksi terikat untuk bercakap benar

9. Kuasa Pendaftar

10. Penolakan pendaftaran

11. Pendaftaran atau tanpa pendaftaran tidak menyentuh keesahan sesuatu pengangkatan

12. Carian dan salinan yang diperakui mengenai catatan di dalam daftar pengangkatan

13. Pindaan bagi daftar

14. Kesalahan dan penalti

15. Pendaftar sebagai pekhidmat awam

16. Kaedah-kaedah J Akta 253 AKTA PENDAFTARAN PENGANGKATAN 1952 Tajuk ringkas dan pemakaian

ADUAL P ERTAMA J ADUAL K EDUA Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan mengenai pendaftaran pengangkatan. [1 Januari 1955, P.U. 732/1954]

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.

(2) Akta ini adalah terpakai di Semenanjung Malaysia sahaja. Tafsiran

2. Dalam Akta ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain − Pendaftar Besar

“Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan termasuklah Wilayah Persekutuan; “Pendaftar” ertinya Pendaftar Pengangkatan yang dilantik di bawah seksyen 4 dan termasuklah Timbalan Pendaftar; “Pendaftar Besar” ertinya orang yang dilantik menjadi Pendaftar Besar dan Mati Malaysia, mengikuti seksyen 3(1) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 [Akta 299]; “penjaga” ertinya orang yang mempunyai hak undang-undang terhadap penjagaan anak.

3. Pendaftar Besar hendaklah mempunyai penjagaan dan pengawasan am terhadap semua daftar pengangkatan yang disimpan di bawah Akta ini dan semua Pendaftar Pengangkatan adalah tertakluk kepada arahannya bagi maksud Akta ini. Perlantikan Pendaftar Pengangkatan

4. (1) Yang Di-Pertuan Agong boleh melantik atas nama atau jawatan beberapa pegawai awam atau pekerja Dato’ Bandar yang dilantik di bawah *seksyen 4 Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 [Akta 190] sebagaimana difikirkannya patut sebagai Pendaftar Pengangkatan bagi Wilayah Persekutuan atau bagi sesuatu kawasan sebagaimana yang dinyatakan dalam pelantikan itu bagi maksud Akta ini atau sebagai dan untuk bertindak sebagai Timbalan mana-mana Pendaftar sedemikian semasa Pendaftar itu tidak ada di Wilayah Persekutuan atau di kawasan itu atau sakit atau apabila jawatannya kosong buat sementara waktu.

(2) Raja atau Yang Dipertua Negeri mana-mana negeri boleh melantik beberapa pegawai awam, atas nama atau jawatan, sebagai Pendaftar Pengangkatan bagi Negeri atau sesuatu kawasan sebagaimana dinyatakan dalam pelantikan itu bagi maksud Akta ini atau sebagai dan untuk bertindak sebagai Timbalan mana-mana Pendaftar sedemikian semasa Pendaftar itu tidak ada di Negeri atau di kawasan itu atau sakit atau apabila jawatannya kosong buat sementara waktu. Daftar dan buku catatan Pendaftar

5. Tiap-tiap Pendaftar yang dilantik di bawah Akta ini hendaklah menyimpan suatu daftar dalam bentuk dalam Jadual Kedua dan dia hendaklah memasukkan ke dalamnya butir-butir yang akan didaftarkan berkenaan dengan pengangkatan itu dan dia juga hendaklah menyimpan suatu buku yang dipanggil buku catatan Pendaftar di mana dia sendiri akan merekodkan ke dalamnya semua prosiding berkenaan dengan pendaftaran sesuatu pengangkatan,

butir-butir terperinci mengenai pengenalan anak angkat itu, nama * CATATAN − Seksyen ini pernah dirujuk sebagai seksyen 3 Akta 190 sebelum semakan pada 1977 orang yang mengangkatnya, nama orang yang mempersetujui pengangkatan itu, jika ada, dan semua keterangan yang diambil olehnya dalam mana-mana prosiding sedemikian di bawah Akta ini. Pendaftaran pengangkatan de facto

6. (1) Jika pada tarikh permohonan untuk pendaftaran dibuat seseorang anak di bawah umur lapan belas tahun yang belum pernah berkahwin berada dalam jagaan, dan sedang dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh mana-mana orang, atau oleh pasangan suami isteri bersesama, sebagai anaknya atau anak mereka sendiri di bawah sesuatu pengangkatan de facto, dan bagi suatu tempoh tidak kurang daripada dua tahun yang berterusan dan sebelum sahaja tarikh permohonan tersebut, telah berada dalam jagaan dan telah dibesarkan, ditanggung dan dididik sedemikian, Pendaftar, atas permohonan, dalam bentuk dalam Jadual Pertama, daripada orang atau suami isteri tersebut, boleh mendaftar pengangkatan itu sekiranya −

(a) orang atau suami isteri dan anak itu hadir di hadapan Pendaftar dan mengemukakan kepada Pendaftar apa-apa keterangan sama ada secara lisan atau dokumentar yang memuaskan Pendaftar bahawa pengangkatan tersebut telah berlaku; (b) ibu bapa atau salah seorang daripada mereka, atau sekiranya kedua-duanya telah mati atau tiada seorangpun daripada mereka berada di Semenanjung Malaysia, mana- mana penjaga anak itu hendaklah hadir di hadapan Pendaftar dan menyatakan persetujuan terhadap pengangkatan itu: Dengan syarat bahawa jika Pendaftar berpuas hati bahawa dalam semua keadaan hal itu adalah adil dan saksama dan bagi kebajikan anak itu dia boleh mengecualikan persetujuan daripada mana-mana ibu atau bapa atau penjaga anak itu atau mengecualikan kehadiran mana-mana ibu bapa atau penjaga yang akan menyatakan persetujuan melalui akuan berkanun; dan (c) fi yang ditetapkan telah dibayar.

(2) Pendaftar hendaklah mendaftar sesuatu pengangkatan dengan memasukkan butir-butir mengenainya dalam daftar. Salinan pendaftaran hendaklah diserahkan kepada pemohon

7. (1) Atas pendaftaran sesuatu pengangkatan mengikut seksyen 6 suatu salinan yang diperakui mengenai catatan di dalam daftar yang ditandatangani oleh Pendaftar hendaklah diserah atau dihantar kepada orang atau suami isteri yang memohon pendaftaran tersebut dan suatu salinan yang diperakui mengenai catatan di dalam daftar hendaklah dihantar, dalam tempoh sebagaimana ditetapkan, kepada Pendaftar Besar; dan semua salinan yang diperakui itu adalah menjadi daftar pengangkatan Pendaftar Besar.

(2) Sekiranya butir-butir yang terkandung dalam suatu salinan yang diperakui mengenai catatan di dalam daftar berkenaan dengan sesuatu pengangkatan, apabila dikemukakan kepada Pendaftar Besar mengikut subseksyen (1), didapati oleh Pendaftar Besar adalah serupa dengan butir-butir suatu pengangkatan yang pendaftarannya telah dibatalkan mengikut Akta ini, dia hendaklah mengembalikan salinan yang diperakui tersebut kepada Pendaftar yang menghantarnya berserta butir-butir pengangkatan yang pendaftarannya telah dibatalkan dan Pendaftar tersebut hendaklah selepas itu memanggil pihak-pihak untuk menunjukkan sebab mengapa pendaftarn pengangkatan tersebut tidak patut dibatalkan dan jika pihak itu gagal untuk menunjukkan sebab Pendaftar hendaklah membatalkan pendaftaran pengangkatan tersebut. Pihak dan saksi terikat untuk bercakap benar

8. (1) Tiap-tiap orang yang memberi keterangan di hadapan Pendaftar adalah terikat untuk menyatakan yang benar dan menjawab dengan benar semua soalan yang dikemukakan kepadanya oleh Pendaftar.

(2) Seseorang yang memberi apa-apa keterangan dalam sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini yang dia mengetahui adalah tidak benar, atau yang melakukan sesuatu perbuatan lain yang sekiranya dilakukan dalam sesuatu prosiding kehakiman boleh dihukum di Kuasa Pendaftar

bawah Bab XI Kanun Keseksaan [Akta 574], apabila disabitkan hendaklah dikenakan hukuman yang diperuntukkan dalam Bab itu dengan cara yang sama seolah-olah perbuatan itu telah dilakukan dalam atau berhubungan dengan suatu prosiding kehakiman.

9. Bagi maksud Akta ini tiap-tiap Pendaftar yang dilantik di bawah Akta ini mempunyai semua kuasa seorang Majistret Kelas Pertama bagi memanggil dan memeriksa saksi dan pengendalian sumpah dan ikrar. Penolakan pendaftaran

10. (1) Sekiranya Pendaftar tidak berpuas hati terhadap kebenaran sesuatu pernyataan yang dibuat kepadanya, dia boleh menolak daripada mendaftar pengangkatan itu atau sekiranya dia menghendaki keterangan mengenai mana-mana butir yang dikehendaki didaftarkan, dia boleh menangguhkan pendaftaran dan dia boleh meminta apa-apa keterangan selanjutnya yang difikirkannya perlu:

Dengan syarat bahawa Pendaftar hendaklah merekod dalam buku nota Pendaftar sebab bagi apa-apa penolakan atau penangguhan tersebut.

(2) Pendaftar tidak boleh mendaftar sesuatu pengangkatan melainkan jika orang yang memohon pendaftaran atau dalam hal permohonan oleh pasangan suami isteri, salah seorang daripada mereka−

(a) telah mencapai umur dua puluh lima tahun dan adalah sekurang-kurangnya lapan belas tahun lebih tua daripada anak yang berkenaan dengannya permohonan itu dibuat; (b) telah mencapai umur dua puluh satu tahun dan adalah saudara lelaki atau perempuan, bapa saudara atau ibu saudara, sama ada melalui pertalian darah atau pertalian kahwin, anak itu atau sekiranya anak itu tak sah taraf, mana-mana orang yang mempunyai hubungan sedemikian sekiranya anak itu sah taraf; atau (c) adalah ibu atau bapa anak itu.

(3) Pendaftar tidak boleh mendaftar sesuatu pengangkatan berkenaan dengan mana-mana atau seseorang anak yang tidak pada kebiasaannya bermastautin di Semenanjung Malaysia.

(4) Pendaftar tidak boleh mendaftar sesuatu pengangkatan berkenaan dengan seseorang anak yang menjadi perkara suatu perintah pengangkatan yang dibuat mengikut Akta Pengangkatan 1952 [Akta 257].

(5) Tiada apa-apa rayuan boleh dibuat terhadap pembatalan oleh Pendaftar akan pendaftaran sesuatu pengangkatan atau daripada keengganan Pendaftar untuk mendaftar sesuatu pengangkatan, tetapi keengganan sedemikian tidaklah menghalang Pendaftar itu atau Pendaftar yang lain daripada mendaftarkannya jika kemudiannya dia berpuas hati bahawa alasan bagi keengganannya untuk mendaftar sama ada tidak wujud atau telah disingkirkan. Pendaftaran atau tanpa pendaftaran tidak menyentuh keesahan sesuatu pengangkatan

11. Tiada apa-apa pendaftaran atau ketinggalan untuk mendaftar sesuatu pengangkatan akan menyentuh keesahan sesuatu pengangkatan; dan dengan syarat bahawa anak angkat, orang yang mengangkatnya dan pihak-pihak yang mempersetujuinya dapat dikenali dengan ketentuan yang munasabah melalui butir-butir yang direkodkan di dalam buku nota Pendaftar, tiada kesilapan dalam butir-butir yang direkod di dalam Daftar dan tiada apa-apa ketinggalan untuk merekod apa-apa butir yang seharusnya direkod akan menyentuh keesahan pendaftaran pengangkatan itu. Carian dan salinan yang diperakui mengenai catatan dalam daftar pengangkatan

12. (1) Pendaftar Besar dan tiap-tiap Pendaftar hendaklah menyebabkan indeks dibuat bagi daftar-daftar pengangkatan yang disimpan olehnya, dan mana-mana orang apabila memohon kepada Pendaftar Besar atau Pendaftar, dan apabila dibayar fi yang ditetapkan adalah berhak membuat carian dalam daftar pengangkatan

dan indeksnya, dan meminta salinan yang diperakui mengenai sesuatu catatan di dalam daftar tersebut.

(2) Tiap-tiap salinan yang diperakui mengenai sesuatu catatan di dalam daftar pengangkatan, jika salinan tersebut berupa sebagai telah ditandatangani oleh seseorang yang diamanahkan di bawah Akta ini dengan penjagaan sesuatu daftar pengangkatan, hendaklah diterima bagi segala maksud dan dalam semua mahkamah sebagai keterangan terhadap pengangkatan yang mana ia berkaitan, dan, jika catatan itu mengandungi rekod terhadap tarikh lahir anak angkat itu, hendaklah diterima bukan hanya sebagai keterangan terhadap pengangkatan tetapi juga sebagai keterangan terhadap tarikh lahir anak angkat itu, tanpa pembuktian selanjutnya terhadap daftar tersebut atau terhadap sesuatu catatan di dalamnya atau terhadap tandatangan tersebut, tetapi tidak bagi keesahan pengangkatan tersebut; tetapi mahkamah boleh, dengan ketiadaan apa-apa keterangan yang sebaliknya, menganggap sesuatu pengangkatan yang didaftarkan sedemikian sebagai sah dan beban membukti bahawa tidak ada pengangkatan yang sah hendaklah terletak ke atas orang yang menyatakan sedemikian. Pindaan bagi daftar

13. (1) Seseorang Pendaftar yang mempunyai jagaan terhadap daftar di dalam mana suatu pengangkatan telah didaftarkan mengikut Akta ini melalui permohonan dalam cara yang telah ditetapkan dan apabila dibayar fi yang telah ditetapkan oleh orang atau suami isteri yang memohon untuk pendaftaran atau oleh anak itu, boleh meminda daftar dengan membetulkan apa-apa kesilapan di dalam butir-butir yang terkandung di dalamnya; dan jika sesuatu catatan di dalam daftar telah dipinda salinan yang diperakui mengenai catatan di dalam daftar yang ditandatangani oleh Pendaftar hendaklah diserah atau dihantar kepada orang atau suami isteri atau kepada anak itu dan suatu salinan yang diperakui mengenai catatan di dalam daftar hendaklah dihantar kepada Pendaftar Besar dalam tempoh sebagaimana yang akan ditetapkan.

(2) Peguam Negara boleh memohon kepada Mahkamah Sesyen untuk membatalkan pendaftaran sesuatu pengangkatan dalam cara yang akan diperuntukkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat oleh Jawatankuasa Kaedah-Kaedah dan mahkamah hendaklah menghantar suatu salinan perintah yang dibuat dalam tiap-tiap permohonan itu kepada Pendaftar yang mendaftarkan pengangkatan tersebut dan kepada Pendaftar Besar dan daftar itu hendaklah dipinda dengan membatalkan pendaftaran pengangkatan tersebut sekiranya

mahkamah memerintahkan sedemikian.

(3) Jika didapati dalam sesuatu prosiding oleh mahkamah yang tidak rendah daripada Mahkamah Majistret Kelas Pertama bahawa sesuatu pengangkatan yang didaftarkan mengikut Akta ini adalah tidak sah dan mahkamah memerintahkan sedemikian, suatu salinan perintah tersebut hendaklah dihantar kepada Pendaftar yang mendaftarkan pengangkatan tersebut dan kepada Pendaftar Besar dan daftar itu hendaklah dipinda dengan membatalkan pendaftaran pengangkatan tersebut.

(4) Mana-mana orang, sama ada menjadi pihak kepada prosiding atau tidak, yang terkilan oleh sesuatu keputusan mahkamah di bawah subseksyen (2) atau (3) boleh merayu ke Mahkamah Tinggi atau ke Mahkamah Persekutuan (mengikut mana-mana yang berkenaan) dan daripada Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Persekutuan, dengan cara sebagaimana yang diperuntukkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Jawatankuasa Kaedah-Kaedah. Kesalahan dan penalti

14. Seseorang yang memalsukan sesuatu catatan dalam mana-mana daftar yang disimpan atau sesuatu salinan yang diperakui mengenai sesuatu catatan di dalamnya yang diberi di bawah Akta ini atau yang dengan secara fraud atau curang menggunakan sebagai tulen sesuatu salinan yang diperakui yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa ia adalah palsu, apabila disabitkan boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan di dalam seksyen 466 Kanun Keseksaan bagi kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen itu atau di bawah seksyen 471 Kanun Keseksaan mengikut mana-mana yang berkenaan. Pendaftar sebagai pekhidmat awam

15. Tiap-tiap Pendaftar yang dilantik di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan. Kaedah-kaedah

16. Jawantankuasa Kaedah-Kaedah boleh membuat kaedah-kaedah bagi maksud Akta ini dan, tanpa menyentuh keluasan makna peruntukan yang terdahulu, boleh, khususnya membuat kaedah- kaedah−

(a) menetapkan fi yang akan dikenakan di bawah Akta ini; (b) menetapkan cara bagaimana Pendaftar menjalankan kuasa yang diberi kepadanya oleh Akta ini; (c) memperuntukkan bagi pembekalan dan penjagaan semua daftar dan buku nota Pendaftar yang disimpan di bawah Akta ini dan pelupusannya; dan (d) pada amnya bagi menjalankan maksud Akta ini. PENDAFTARAN PENGANGKATAN JADUAL PERTAMA (Seksyen 6) Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 PERMOHONAN BAGI PENDAFTARAN SESUATU PENGANGKATAN Permohonan bagi pendaftaran pengangkatan anak yang bernama (i) ………………………………………………………………………………….. dahulunya (ii)……………………………………………………………………. Saya, yang bertandatangan di bawah …………………............................... dilahirkan di………………………………….ras………………………………… agama (jika ada) biasanya bermastautin di……………………………………………………… Dan saya, yang bertandatangan di bawah…………………………………… isterinya/suaminya dilahirkan di………………………………………………….. ras…………………….agama (jika ada)………………………………………….. biasanya bermastautin di………………………………………………………….. dengan ini menyatakan :

(1) Saya / Kami berhasrat supaya pengangkatan ………………………

………………………………………………………….seorang anak jantina…………….. dan agama (jika ada) biasanya bermastautin di……………………………….…… kemudian daripada ini dipanggil “anak itu” didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.

(2) Bapa anak itu ialah………………………………………………….. bangsa…………………agama (jika ada)……………….……………..

dilahirkan di…………………………………..………dan sekarang bermastautin di …………………………………………………... yang persetujuan bertulisnya dilampirkan bersama : dan ibu anak itu ialah……….…………ras…………….……… agama (jika ada)……………………………………………………… dilahirkan di…………………………………………………………. dan sekarang bermastautin di………………………………………. yang persetujuan bertulisnya terhadap pengangkatan dilampirkan bersama.

(3) Anak itu dilahirkan pada…………….haribulan………..………... 20………dan adalah (a) sama dengan anak yang dimaksudkan dalam salinan yang diperakui mengenai catatan dalam Daftar Beranak yang dilampirkan; atau (b) adalah sama dengan anak yang dimaksudkan dalam akuan berkanun yang dilampirkan.

(4) Anak itu biasanya bermastautin di Semenanjung Malaysia dan belum pernah berkahwin.

(5) Anak itu pada……………….haribulan……………..20…………….... berada dalam jagaan saya/kami, dan dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh saya/kami sebagai anak saya/kami sendiri dan telah berada dalam jagaan saya/kami dan ditanggung dan dididik demikian semenjak tarikh itu dan seterusnya.

(6) Penjaga anak itu ialah……………………..……………... ras………………..agama (jika ada)………………..…….... dilahirkan di… sekarang

bermastautin di………………….…………………………………… yang persetujuan bertulisnya terhadap pengangkatan itu dilampirkan bersama.

(7) Saya… bekerja sebagai

………………………….dan biasanya bermastautin di Semenanjung Malaysia.

(8) Saya/Kami bukan berumur di bawah 25 tahun, yang berumur tahun, dan tidak kurang daripada 18 tahun lebih tua

daripada anak itu dan adalah seorang yang layak dan sesuai untuk menanggung dan membesarkan anak itu dengan sesuai.

(9) Saya/Kami bukan berumur di bawah 21 tahun, yang berumur

……………tahun, dan bersaudara dengan anak itu, sebagai…………………………………………………………… [Potong yang mana tidak dipakai]

(10) (a) Saya / Kami tidak bersetuju untuk membuat apa-apa pembayaran kepada ibu bapa/penjaga anak ini.

(b) Saya / Kami telah bersetuju untuk memberi saraan kepada ibu bapa / penjaga sebagaimana di bawah………………………….. (c) Saya / Kami tidak menerima atau bersetuju untuk menerima apa-apa pembayaran atau hadiah lain sebagai balasan terhadap pengangkatan anak ini kecuali ………………………………………………………..

(11) Saya/Kami pernah/tidak pernah membuat permohonan sebelum ini di bawah Akta tersebut berkenaan dengan anak itu kepada mana-mana Pendaftar UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 253 AKTA PENDAFTARAN PENGANGKATAN 1952 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 253 AKTA PENDAFTARAN PENGANGKATAN 1952

. Saya/Kami masing-masing mengaku dengan sesungguh dan sebenarnya bahawa butir-butir yang terkandung dalam permohonan ini adalah benar dan saya/kami masing-masing membuat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar menurut peruntukan Akta Akuan Berkanun 1960 [Akta 13]. Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya diakui oleh yang tersebut namanya di atas iaitu………………………………………. …………………………………………… …………………………………………… …………………………………………… …………………………………………… di…………………………………………. dalam Negeri……………….……………. ………………………….pada…………… ……………………………………………. haribulan………………………………….. 20…………………….. Di hadapan saya, ……………………………... Tandatangan Pemohon Diterangkan oleh saya dan …………………………… ditandatangani di hadapan saya, Pendaftar Pengangkatan Penterjemah CATATAN− (i) (ii) (iii) Masukkan nama atau nama-nama dengan mana anak itu akan dikenali. Potong jika tidak ada penukaran nama. Jika ada penukaran nama masukkan nama terdahulu, termasuk nama keluarga. Jika permohonan dibuat oleh pasangan suami isteri bersesama, borang hendaklah diubahsuaikan, dan jika borang menghendaki butir-butir pemohon (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) (x) diberikan, butir-butir hendaklah diberi mengenai setiap orang yang membuat permohonan. Masukkan nama atau nama-nama dengan mana anak itu akan dikenali. Jika ibu atau bapa anak itu telah mati nama ibu atau bapa itu hendaklah diberi dan fakta itu dinyatakan. Jika persetujuan bertulis tidak dilampirkan borang hendaklah diubahsuaikan bagi menunjukkan bahawa pemohon berhasrat supaya Pendaftar mengecualikan persetujuan orang atau badan yang berkenaan. Salinan yang diperakui catatan terhadap kelahiran anak dalam Daftar Kelahiran dikehendaki dilampirkan kepada permohonan dalam semua hal jika ia boleh diperoleh, atau jika tiada, suatu afidavit yang mengesahkan umur dan tempat lahir anak itu. Borang ini dikehendaki dilengkapkan dalam pendua tetapi dokumen yang dilampirkan tidak dikehendaki dalam pendua. Apa-apa hadiah yang dibuat atau diterima oleh pemohon, ibu atau bapa atau penjaga mana-mana pihak lain yang mempunyai kepentingan dikehendaki dimasukkan di sini. Jika sebelum ini permohonan telah dibuat, butir-butir penuh mengenainya hendaklah diberi. Jadual Kedua [Seksyen 5] BENTUK CATATAN DALAM DAFTAR PENDAFTARAN PENGANGKATAN No. catatan Tarikh dan tempat dan negeri anak itu lahir Nama angkat dan nama keluarga anak Jantina anak Nama dan nama keluarga, alamat penuh dan pekerjaan pengangkat Tarikh dan tempat pendaftaran pengangkatan dan nama Pendaftar Tandatangan Pendaftar SENARAI PINDAAN Undang-undang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari Ord. 47/1957 Ordinan Pendaftaran Pengangkatan (Pindaan) 1957 Ord. 10/1958 Ordinan Pendaftaran Pengangkatan (Pindaan) 1958 L.N. 332/1958 Perintah Perlembagaan Persekutuan (Pengubahsuaian Undang-Undang) (Ordinan dan Proklamasi) 1958 Akta 91 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 Akta A354 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1976 P.U.(A) 133/1982 Perintah Penyemakan Undang-Undang (Akta Pendaftaran Pengambilan Anak Angkat 1952) 1982. SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari -TIADA-