AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PINDAAN) 2024
Tarikh Perkenan Diraja ... ... 9 Oktober 2024 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 17 Oktober 2024 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1727 AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PINDAAN) 2024 Suatu Akta untuk meminda Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:
(a) dalam takrif “daftar”, dengan menggantikan perkataan “Daftar Pengguna Data, Daftar Forum Pengguna Data” dengan perkataan “Daftar Pengawal Data, Daftar Forum Pengawal Data”; (b) dengan memasukkan selepas takrif “daftar” takrif yang berikut: ‘ “data biometrik” ertinya apa-apa data peribadi yang terhasil daripada pemprosesan teknikal yang berhubungan dengan ciri-ciri fizikal, fisiologi atau tingkah laku seseorang;’; (c) dalam takrif “data peribadi sensitif”, dengan memasukkan selepas perkataan “pengataan pelakuan apa-apa kesalahan olehnya” perkataan “, data biometrik”; (d) dengan memasukkan selepas takrif “pegawai diberi kuasa” takrif yang berikut: ‘ “pelanggaran data peribadi” ertinya apa-apa pelanggaran data peribadi, kehilangan data peribadi, salah guna data peribadi atau akses tanpa kebenaran data peribadi;’; (e) dalam takrif “peminta”, dengan menggantikan perkataan “permintaan mengakses data atau permintaan pembetulan data” dengan perkataan “permintaan mengakses data, permintaan pembetulan data atau permintaan kemudahalihan data”; dan (f) dalam takrif “subjek data”, dengan memasukkan selepas perkataan “data peribadi itu” perkataan “dan tidak termasuk individu yang telah meninggal dunia”.
(a) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1 a ) Jika pemprosesan data peribadi dijalankan oleh seorang pemproses data bagi pihak pengawal data, pempros es data itu hendaklah mematuhi Prinsip Keselamatan sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 9.”; dan (b) dalam subsekyen (2)— (i) dengan memasukkan selepas perkataan “subseksyen (1)” perkataan “atau seseorang pemproses data yang melanggar subseksyen (1 a )”; dan (ii) dengan menggantikan perkataan “tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya” dengan perkataan “satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya”.
(a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “ pengguna data hendaklah,” dengan perkataan “pengawal data dan seseorang pemproses data hendaklah,”; dan (b) dalam subseksyen (2)— (i) dengan menggantikan perkataan “pengguna data, pengguna data itu hendaklah,” dengan perkataan “seorang pengawal data, pemproses data itu hendaklah,”; (ii) dengan memotong perkataan “, memastikan bahawa pemproses data itu”; dan (iii) dalam teks bahasa Inggeris— (A) dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “provides” dengan perkataan “provide”; dan (B) dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “takes” dengan perkataan “take”.
“Penggal 1 a Akauntabiliti data peribadi
(a) dalam subseksyen (1)— (i) dengan memasukkan selepas perkataan “sesuatu badan” perkataan “atau seseorang pengawal data”; (ii) dengan menggantikan perkataan “badan itu” dengan perkataan “badan atau pengawal data itu”; (iii) dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “ badan i tu” dengan perkataan “badan atau pengawal data itu”; (iv) dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “ badan i tu” dengan perkataan “badan atau pengawal data itu”; dan (v) dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan “ badan i tu” dengan perkataan “badan atau pengawal data itu”; (b) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “Badan itu” dengan perkataan “Badan atau pengawal data itu”; (c) dalam subseksyen (3)— (i) dengan menggantikan perkataan “suatu badan yang sedia ada” dengan perkataan “suatu badan atau seorang pengawal data yang sedia ada”; dan (ii) dengan menggantikan perkataan “badan itu” dengan perkataan “badan atau pengawal data itu”; dan (d) dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan “suatu badan yang sedia ada” dengan perkataan “suatu badan atau seorang pengawal data yang sedia ada”.
“Hak kepada kemudahalihan data
(a) dengan memotong perkataan “, selepas berunding dengan Menteri”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “setakat yang dapat dilaksanakan melalui cek yang ditandatangani oleh mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Menteri.” dengan perkataan “mengikut apa-apa cara yang dibenarkan oleh Pesuruhjaya.”.
(a) dengan memotong subseksyen (1); (b) dalam subseksyen (2)— (i) dengan menggantikan perkataan “Bagi maksud subseksyen (1), Menteri boleh menentukan” dengan perkataan “Seseorang pengawal data boleh memindahkan mana-mana data peribadi seorang subjek data ke”; dan (ii) dalam perenggan (a) , dengan memotong perkataan “, atau yang dapat digunakan bagi maksud yang sama seperti Akta ini”; (c) dalam subseksyen (3)— (i) dengan menggantikan perkataan “subseksyen (1)” dengan perkataan “subseksyen (2)”; (ii) dalam perenggan (f), dengan memasukkan perkataan “atau” di hujung perenggan itu; (iii) dalam perenggan (g), dengan menggantikan perkataan “; atau” di hujung perenggan itu dengan noktah; dan (iv) dengan memotong perenggan (h); (d) dengan memotong subseksyen (4); dan (e) dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan “subseksyen (1)” dengan perkataan “seksyen ini”.
“(aa) melalui cara elektronik;”.