Sebagaimana pada 1 September 2024
Teks ini HANYALAH TEKS KEMAS KINI bagi Akta Persaingan 2010 oleh Jabatan Peguam Negara. Melainkan jika dan sehingga dicetak semula menurut kuasa Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang di bawah subseksyen 14(1) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1], teks ini BUKAN TEKS YANG SAH AKTA PERSAINGAN 2010 Tarikh Perkenan Diraja … … … Tarikh penyiaran dalam Warta … … … Kali terakhir dipinda melalui P.U. (A) 44/2016 yang mula berkuat kuasa pada … … … 1 Mac 2016 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 712 AKTA PERSAINGAN 2010 SUSUNAN SEKSYEN B AHAGIAN I PERMULAAN AKTA PERSAINGAN 2010 Suatu Akta untuk menggalakkan pembangunan ekonomi dengan menggalakkan dan melindungi proses persaingan, dan dengan demikian itu melindungi kepentingan pengguna dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [1 Januari 2012, [P.U.(B) 410/2010]] B AHAWASANYA proses persaingan menggalakkan kecekapan, inovasi dan keusahawanan, yang menggalakkan harga yang berdaya saing, pembaikan dalam kualiti produk dan perkhidmatan dan pilihan yang lebih luas bagi pengguna: D AN BAHAWASANYA untuk mencapai faedah ini, perundangan ini bermaksud untuk melarang perlakuan antipersaingan: MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Bahagian I PERMULAAN
Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran 3. Pemakaian B AHAGIAN II AMALAN ANTIPERSAINGAN Bab 1 Perjanjian antipersaingan 4. Perjanjian mendatar dan menegak yang dilarang 5. Pelepasan liabiliti 6. Pengecualian individu 7. Pembatalan atau perubahan pengecualian individu 8. Pengecualian blok 9. Tatacara bagi pengecualian blok Bab 2 Penyalahgunaan kedudukan dominan Penyalahgunaan kedudukan dominan adalah dilarang Seksyen Bab 3 Kajian semula pasaran 11. Kuasa untuk menjalankan kajian semula pasaran 12. Keputusan kajian semula pasaran Bab 4 Kecualian Kecualian Bahagian III PENYIASATAN DAN PENGUATKUASAAN Penyiasatan oleh Suruhanjaya Aduan kepada Suruhanjaya Penutupan suatu penyiasatan Kuasa penyiasatan Kuasa untuk menghendaki pemberian maklumat Suruhanjaya boleh memegang simpan dokumen Akses kepada rekod, dsb. Kerahsiaan Komunikasi terlindung Memberikan maklumat, keterangan atau dokumen palsu atau mengelirukan Pemusnahan, penyembunyian, pencacatan atau pengubahan rekod, dsb. Penggeledahan dan penyitaan dengan waran Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran Capaian kepada data berkomputer Waran boleh diterima walaupun cacat Senarai rekod, buku, akaun, dsb., yang disita Pelepasan rekod, buku, akaun, dsb., yang disita Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan Seksyen Halangan Pemberian maklumat Ancaman dan tindakan balas dilarang B AHAGIAN IV KEPUTUSAN OLEH SURUHANJAYA Langkah interim Keputusan yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Representasi lisan Penjalanan pendengaran Dapatan tiada pelanggaran Dapatan pelanggaran Rejim kelonggaran Penguatkuasaan arahan atau keputusan Kuasa untuk menerima aku janji Bahagian V TRIBUNAL RAYUAN PERSAINGAN Penubuhan Tribunal Rayuan Persaingan Keanggotaan Tribunal Rayuan Persaingan Elaun Peletakan jawatan dan pembatalan pelantikan Pengosongan jawatan dan pelantikan baru atau sementara Penzahiran kepentingan Setiausaha Tribunal Rayuan Persaingan dan pegawai lain Rayuan kepada Tribunal Rayuan Persaingan Rekod keputusan Suruhanjaya Penggantungan keputusan sementara menunggu rayuan Komposisi Tribunal Rayuan Persaingan Persidangan Tribunal Rayuan Persaingan Tatacara Tribunal Rayuan Persaingan Seksyen Kuasa Tribunal Rayuan Persaingan Keputusan Tribunal Rayuan Persaingan Penguatkuasaan keputusan Tribunal Rayuan Persaingan Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang Bahagian VI AM 61. Penalti am 62. Pengkompaunan kesalahan 63. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan 64. Hak tindakan persendirian 65. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 66. Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan 67. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 J ADUAL P ERTAMA Jadual Kedua UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 712
“Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini; “amalan bersepadu” ertinya apa-apa bentuk koordinasi antara perusahaan yang dengan diketahuinya menggantikan kerjasama amali antara mereka untuk risiko persaingan dan termasuklah apa-apa amalan yang melibatkan hubungan atau komunikasi secara langsung atau tidak langsung antara perusahaan, yang matlamat atau kesannya adalah sama ada— (a) untuk mempengaruhi perlakuan satu perusahaan atau lebih dalam suatu pasaran; atau (b) untuk mendedahkan perjalanan perlakuan yang diputuskan untuk diambil oleh suatu perusahaan atau yang hendak diambil olehnya dalam suatu pasaran, dalam hal keadaan yang pendedahan itu tidak akan dibuat dalam keadaan biasa persaingan; “arahan” ertinya suatu arahan yang diberikan oleh Suruhanjaya di bawah Bahagian III atau Bahagian IV Akta ini; “barangan” ertinya tiap-tiap jenis harta, sama ada ketara atau tidak ketara dan termasuklah— (a) segala jenis harta alih; (b) bangunan dan struktur lain; (c) vesel dan kenderaan; (d) utiliti; (e) mineral, pokok dan tanaman, sama ada pada, di bawah atau terlekat pada tanah atau tidak; (f) haiwan, termasuk ikan; dan (g) hak dalam tindakan; “dokumen” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “harga” termasuklah apa-apa bentuk balasan yang diberikan sebagai balasan bagi apa-apa jenis barangan atau perkhidmatan, sama ada balasan itu telah sebenarnya diberikan atau diiklankan atau dinyatakan sebagai dikehendaki supaya diberikan sebagai tukaran bagi barangan atau perkhidmatan itu; “kedudukan dominan” ertinya suatu keadaan yang dalamnya satu perusahaan atau lebih mempunyai kuasa yang signifikan dalam suatu pasaran untuk melaraskan harga atau output atau terma perdagangan, tanpa kekangan yang berkesan daripada pesaing atau pesaing berpotensi; “larangan” ertinya apa-apa larangan di bawah Akta ini; “membekalkan” termasuklah— (a) berhubung dengan barangan, pembekalan dan pembekalan semula, secara penjualan, pertukaran, pajakan, sewaan atau sewa beli barangan; dan (b) berhubung dengan perkhidmatan, pengadaan secara penjualan, pemberian atau pembekalan perkhidmatan itu; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna; “menyiarkan”, apabila tiada cara dinyatakan, ertinya menyiarkan dalam apa-apa bentuk atau cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya; “pasaran” ertinya suatu pasaran di Malaysia atau di mana-mana bahagian Malaysia, dan apabila digunakan berhubung dengan apa-apa barangan atau perkhidmatan, termasuklah suatu pasaran bagi barangan atau perkhidmatan itu dan barangan atau perkhidmatan yang boleh digantikan, atau selainnya bersaing dengan, barangan atau perkhidmatan yang mula-mula disebut itu; “pegawai Suruhanjaya” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 [Akta 713]; “pelanggaran” ertinya suatu pelanggaran mana-mana larangan di bawah Akta ini; “Pengerusi” ertinya Pengerusi Suruhanjaya yang dilantik di bawah Akta Suruhanjaya Persaingan 2010; “pengguna” ertinya mana-mana pengguna langsung atau tidak langsung barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan oleh suatu perusahaan dalam perjalanan perniagaan, dan termasuklah suatu perusahaan lain yang menggunakan barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan sedemikian sebagai input bagi perniagaannya sendiri serta seorang pemborong, peruncit dan pengguna akhir; “perjanjian” ertinya apa-apa bentuk kontrak, perkiraan atau persefahaman, sama ada boleh atau tidak boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang, antara perusahaan, dan termasuklah suatu keputusan oleh suatu persatuan dan amalan bersepadu; “perjanjian mendatar” ertinya suatu perjanjian antara perusahaan yang setiapnya beroperasi pada peringkat yang sama dalam rangkaian pengeluaran atau pengedaran; “perjanjian menegak” ertinya suatu perjanjian antara perusahaan yang setiapnya beroperasi pada peringkat yang berlainan dalam rangkaian pengeluaran atau pengedaran; “perusahaan” ertinya apa-apa entiti yang menjalankan aktiviti komersial yang berhubungan dengan barangan atau perkhidmatan, dan bagi maksud Akta ini, suatu syarikat induk dan subsidiari hendaklah disifatkan sebagai perusahaan tunggal jika, walaupun mempunyai entiti berasingan di sisi undang-undang, kedua-duanya membentuk suatu unit ekonomi tunggal yang dalamnya subsidiari itu tidak mempunyai autonomi sebenar dalam menentukan tindakan mereka dalam pasaran; “Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Persaingan yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Persaingan 2010.
(a) apa-apa aktiviti, secara langsung atau tidak langsung dalam penjalanan kuasa kerajaan; (b) apa-apa aktiviti yang dijalankan berasaskan prinsip perpaduan; dan (c) apa-apa pembelian barangan atau perkhidmatan yang bukan bagi maksud untuk menawarkan barangan atau perkhidmatan sebagai sebahagian daripada suatu aktiviti ekonomi.
AMALAN ANTIPERSAINGAN
Perjanjian antipersaingan
(a) menetapkan, secara langsung atau tidak langsung, suatu harga belian atau jualan atau apa-apa syarat perdagangan yang lain; (b) berkongsi pasaran atau punca bekalan; (c) membataskan atau mengawal— (i) pengeluaran; (ii) saluran keluar pasaran atau capaian pasaran; (iii) pembangunan teknikal atau teknologi; atau (iv) pelaburan; atau (d) melakukan tipuan bida, adalah disifatkan mempunyai matlamat atau kesan menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan secara signifikan dalam apa-apa pasaran bagi barangan atau perkhidmatan.
(a) terdapat faedah yang signifikan yang dapat dikenal pasti dari segi teknologi, kecekapan atau sosial yang berbangkit daripada perjanjian itu; (b) faedah itu tidak dapat semunasabahnya diberikan oleh pihak-pihak kepada perjanjian itu yang tanpa perjanjian itu mempunyai kesan menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan; (c) kesan buruk perjanjian itu pada persaingan adalah bersekadar dengan faedah yang diberikan; dan (d) perjanjian itu tidak membenarkan perusahaan yang berkenaan untuk menghapuskan persaingan sama sekali berkenaan dengan sebahagian besar barangan atau perkhidmatan.
(a) tertakluk kepada apa-apa syarat atau obligasi yang difikirkan sesuai dikenakan oleh Suruhanjaya; dan (b) diberikan bagi suatu tempoh terhad sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
(a) terdapat suatu perubahan material pada hal keadaan sejak ia memberikan suatu pengecualian individu; atau (b) suatu obligasi telah dilanggar, Suruhanjaya boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta— (i) membatalkan pengecualian individu itu; (ii) mengubah atau mengeluarkan apa-apa syarat atau obligasi; atau (iii) mengenakan syarat atau obligasi tambahan.
(a) maklumat yang berasaskannya Suruhanjaya membuat keputusan untuk memberikan suatu pengecualian individu itu adalah palsu atau mengelirukan dalam hal perkara material; atau (b) apa-apa syarat telah dilanggar, Suruhanjaya boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membatalkan pengecualian individu itu.
(a) menurut kuasa perenggan (2)(a) adalah terbatal ab initio; atau (b) menurut kuasa perenggan (2)(b) hendaklah berkuat kuasa dari tarikh syarat itu dilanggar.
(a) jika terdapat suatu pelanggaran syarat yang dikenakan oleh pengecualian blok itu, Suruhanjaya boleh, dengan notis secara bertulis, membatalkan pengecualian blok itu berkenaan dengan perjanjian itu dari tarikh pelanggaran itu; (b) jika terdapat suatu kegagalan untuk mematuhi obligasi yang dikenakan oleh pengecualian blok itu, Suruhanjaya boleh, dengan notis secara bertulis, membatalkan pengecualian blok itu berkenaan dengan perjanjian itu; (c) jika Suruhanjaya berpendapat bahawa suatu perjanjian tertentu bukan suatu perjanjian yang baginya seksyen 5 terpakai, Suruhanjaya boleh, dengan notis secara bertulis, membatalkan pengecualian blok itu berkenaan dengan perjanjian itu dari apa-apa tarikh yang ditentukan oleh Suruhanjaya; (d) pengecualian blok itu hendaklah terhenti berkuat kuasa pada penghujung tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu; atau (e) pengecualian blok itu hendaklah berkuat kuasa dari suatu tarikh yang lebih awal daripada tarikh perintah itu dibuat.
(a) menyiarkan butir-butir pengecualian blok yang dicadangkan oleh Suruhanjaya itu; (b) memberikan sekurang-kurangnya tiga puluh hari dari tarikh penyiaran untuk membenarkan apa-apa penghujahan dibuat oleh orang awam berhubung dengan pengecualian blok yang dicadangkan itu; dan (c) memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada apa-apa penghujahan yang dibuat.
Penyalahgunaan kedudukan dominan
suatu penyalahgunaan kedudukan dominan dalam mana-mana pasaran bagi barangan atau perkhidmatan.
(a) secara langsung atau tidak langsung mengenakan harga belian atau jualan yang tidak adil atau syarat perdagangan lain yang tidak adil ke atas pembekal atau pelanggan; (b) membataskan atau mengawal— (i) pengeluaran; (ii) saluran keluar pasaran atau capaian pasaran; (iii) pembangunan teknikal atau teknologi; atau (iv) pelaburan, sehingga memudaratkan pengguna; (c) enggan untuk membekalkan kepada suatu perusahaan atau kumpulan atau kategori perusahaan tertentu; (d) mengenakan syarat yang berlainan kepada transaksi yang setara dengan pihak perdagangan yang lain ke suatu takat yang boleh— (i) tidak menggalakkan kemasukan baru ke dalam pasaran atau pengembangan atau pelaburan oleh pesaing yang sedia ada; (ii) memaksa keluar dari pasaran atau selainnya merosakkan secara serius seorang pesaing yang sedia ada yang tidak kurang cekapnya berbanding dengan perusahaan dalam kedudukan dominan itu; atau (iii) memudaratkan persaingan dalam apa-apa pasaran yang disertai oleh perusahaan yang dominan itu atau dalam apa-apa pasaran hiliran atau huluan; (e) menjadikan pengikatan kontrak tertakluk kepada penerimaan oleh pihak lain akan syarat tambahan yang atas sifatnya atau menurut kegunaan komersial tidak mempunyai kaitan dengan hal perkara kontrak itu; (f) berkelakuan seakan pemangsa terhadap pesaing; atau (g) membeli barangan perantaraan atau sumber yang terhad bekalannya yang dikehendaki oleh seorang pesaing, dalam hal keadaan yang perusahaan dalam kedudukan dominan itu tidak mempunyai justifikasi komersial yang munasabah untuk membeli barangan perantaraan atau sumber itu untuk memenuhi keperluannya sendiri.
Kajian semula pasaran
pasaran.
(a) struktur pasaran yang berkenaan; (b) perlakuan perusahaan dalam pasaran; (c) perlakuan pembekal dan pelanggan kepada perusahaan dalam pasaran; atau (d) apa-apa perkara berkenaan yang lain.
Kecualian
(a) menyiarkan notis mengenai niatnya untuk membuat pindaan itu dan pindaan yang dicadangkan itu; (b) memberikan sekurang-kurangnya tiga puluh hari dari tarikh notis untuk membolehkan apa-apa penghujahan dibuat oleh orang awam berhubung dengan pindaan yang dicadangkan itu; dan (c) memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada apa-apa penghujahan yang dibuat.
PENYIASATAN DAN PENGUATKUASAAN
(a) adalah tidak sesuai untuk meneruskan penyiasatan oleh sebab peruntukan suatu aku janji menurut seksyen 43; atau (b) dalam semua hal keadaan itu penerusan penyiasatan tidak merupakan penggunaan terbaik sumber Suruhanjaya.
segala atau mana-mana kuasa seorang pegawai polis berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
(a) supaya memberikan atau mengemukakan kepada Suruhanjaya, dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa maklumat atau dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Suruhanjaya; atau (b) supaya membuat suatu pernyataan kepada Suruhanjaya dengan memberikan suatu penjelasan tentang apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam perenggan (a) dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu.
(a) menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, tempat di mana dokumen itu boleh dijumpai; dan (b) mengenal pasti, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, orang terakhir yang mempunyai jagaan dokumen itu dan menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, tempat di mana orang yang terakhir disebut itu boleh dijumpai.
yang bermaksud sedemikian, termasuk suatu perisytiharan bahawa dia tidak tahu tentang apa-apa maklumat lain yang mungkin menjadikan maklumat yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan.
mana-mana peruntukan Akta ini melakukan suatu kesalahan.
(a) penzahiran itu dibuat dengan persetujuan orang yang daripadanya maklumat itu diperoleh; (b) penzahiran itu adalah perlu bagi pelaksanaan fungsi atau kuasa Suruhanjaya; (c) penzahiran itu dibuat secara munasabah semasa apa-apa prosiding di bawah Akta ini dengan syarat bahawa penzahiran itu tidak dibuat berlawanan dengan apa-apa arahan Suruhanjaya atau Tribunal Rayuan Persaingan di hadapannya prosiding itu berjalan; (d) penzahiran itu dibuat berkaitan dengan suatu penyiasatan terhadap suatu pelanggaran atau suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau (e) penzahiran itu dibuat dengan kebenaran Suruhanjaya kepada mana-mana pihak berkuasa persaingan negara lain berkaitan dengan suatu permintaan oleh pihak berkuasa persaingan negara itu untuk bantuan.
(a) Suruhanjaya membuat suatu kehendak di bawah seksyen 18 terhadap seorang peguam bela dan peguam cara berkenaan dengan apa-apa maklumat atau dokumen; dan (b) maklumat atau dokumen itu mengandungi komunikasi terlindung yang dibuat oleh atau bagi pihak atau kepada peguam bela dan peguam cara itu atas sifatnya sebagai seorang peguam bela dan peguam cara, peguam bela dan peguam cara itu berhak untuk enggan mematuhi kehendak itu melainkan jika orang yang kepadanya atau olehnya atau bagi pihaknya komunikasi itu dibuat atau, jika orang itu ialah pertubuhan perbadanan yang di bawah penerimaan atau sedang digulung, penerima atau pelikuidasi, mengikut mana-mana yang berkenaan, bersetuju supaya peguam bela dan peguam cara itu mematuhi kehendak itu, tetapi jika peguam bela dan peguam cara itu enggan mematuhi kehendak sedemikian, peguam bela dan peguam cara itu hendaklah dengan segera memberi Suruhanjaya secara bertulis nama dan alamat orang yang kepadanya atau olehnya komunikasi itu dibuat.
(a) memusnahkan, menyembunyikan, mencacatkan atau mengubah; atau (b) menghantar atau cuba untuk menghantar atau berkomplot dengan mana-mana orang lain untuk mengalihkan dari premisnya atau menghantar keluar dari Malaysia, apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain yang disimpan atau disenggarakan dengan niat untuk memfraud Suruhanjaya atau untuk menghalang, melengahkan atau menggalang penjalanan suatu penyiasatan atau penjalanan mana-mana kuasa Suruhanjaya di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan.
(a) mana-mana premis telah digunakan bagi; atau (b) ada di dalam mana-mana premis keterangan yang perlu untuk menjalankan suatu penyiasatan mengenai, pelanggaran mana-mana larangan atau pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa pegawai Suruhanjaya yang dinamakan dalam waran itu pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan, untuk memasuki premis itu dan jika perlu dengan menggunakan kekerasan.
pelanggaran atau kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu.
pada dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 25 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
(a) hendaklah menyediakan— (i) suatu senarai rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain yang disita itu dan hendaklah menandatangani senarai itu; dan (ii) suatu notis bertulis mengenai penyitaan itu yang mengandungi alasan bagi penyitaan itu dan hendaklah menandatangani notis itu; dan (b) hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyampaikan suatu salinan senarai rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain yang disita dan notis bertulis mengenai penyitaan itu kepada penghuni premis yang telah digeledah itu, atau kepada ejen atau pekhidmatnya di dalam premis itu.
buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain itu telah dibuat dengan suci hati.
(a) enggan untuk memberikan mana-mana pegawai Suruhanjaya akses kepada mana-mana premis yang pegawai Suruhanjaya itu berhak kepadanya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; atau (b) mengamang, menggalang, menghalang atau melengahkan mana-mana pegawai Suruhanjaya dalam membuat apa-apa kemasukan yang pegawai Suruhanjaya itu berhak membuatnya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini, melakukan suatu kesalahan.
(a) mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa seseorang pegawai Suruhanjaya sedang bertindak, atau bercadang untuk bertindak, berkaitan dengan suatu penyiasatan yang sedang, atau akan, dijalankan di bawah atau bagi maksud Akta ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan penyiasatan itu atau penyiasatan yang dicadangkan itu; atau (b) mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu penzahiran telah dibuat kepada seorang pegawai Suruhanjaya di bawah Akta ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin menjejaskan apa-apa penyiasatan yang mungkin dijalankan berikutan dengan penzahiran itu, melakukan suatu kesalahan.
(a) kepada pelanggannya atau wakil pelanggannya berkaitan dengan pemberian nasihat kepada pelanggan itu dalam perjalanan dan bagi maksud khidmat profesional peguam bela dan peguam cara itu; atau (b) kepada mana-mana orang pada menjangkakan, atau berkaitan dengan dan bagi maksud, apa-apa prosiding undang-undang.
(a) dia tidak mengetahui atau mengesyaki bahawa penzahiran yang dibuat di bawah perenggan (1)(b) berkemungkinan menjejaskan penyiasatan itu; atau (b) dia mempunyai kuasa sah atau alasan munasabah untuk membuat penzahiran itu.
(a) memaksa atau cuba untuk memaksa mana-mana orang untuk menahan diri daripada melakukan apa-apa perbuatan yang disebut dalam subseksyen (3); atau (b) menjadikan mana-mana orang tertakluk kepada apa-apa keadaan merugikan dari segi komersial atau lain sebagai tindakan balas terhadap orang itu kerana melakukan apa-apa perbuatan yang disebut dalam subseksyen (3).
(a) membuat suatu aduan kepada Suruhanjaya di bawah seksyen 15; dan (b) bekerjasama dengan, atau menawarkan atau bersetuju untuk bekerjasama dengan, Suruhanjaya berkaitan dengan apa-apa penyiasatan oleh Suruhanjaya.
KEPUTUSAN OLEH SURUHANJAYA
(a) menghalang kerugian serius dan tidak boleh dibaiki dari segi ekonomi atau selainnya, kepada seseorang atau suatu kategori orang tertentu; atau (b) melindungi kepentingan awam, ia boleh memberikan suatu arahan yang difikirkannya sesuai dan bersekadar bagi maksud itu.
(a) untuk menggantung kuat kuasa, dan menghentikan daripada bertindak mengikut, mana-mana perjanjian yang disyaki melanggar mana-mana larangan di bawah Bahagian II; (b) untuk menghentikan daripada apa-apa perlakuan yang disyaki melanggar mana-mana larangan di bawah Bahagian II; atau (c) untuk membuat, atau menahan diri daripada membuat, apa-apa perbuatan, tetapi yang tidak menghendaki pembayaran wang.
(a) menyampaikan suatu notis bertulis kepada orang yang kepadanya ia bercadang untuk memberikan arahan itu; dan (b) memberi orang itu suatu peluang untuk membuat representasi bertulis dalam tempoh sekurang-kurangnya tujuh hari dari tarikh notis bertulis itu.
(a) pada tarikh keputusan oleh Suruhanjaya selepas selesai siasatan di bawah seksyen 14; atau (b) dua belas bulan dari tarikh arahan itu diberikan, mengikut mana-mana yang lebih awal.
(a) menyatakan sebab bagi keputusan yang dicadangkan oleh Suruhanjaya dengan perincian yang mencukupi bagi membolehkan perusahaan yang kepadanya notis itu diberikan mempunyai prospek yang benar dan mencukupi untuk membolehkannya membuat komen mengenai keputusan yang dicadangkan berdasarkan maklumat yang diketahui; (b) menyatakan apa-apa penalti atau tindakan pembetulan yang dicadangkan untuk dipakai oleh Suruhanjaya; dan (c) memberitahu setiap perusahaan yang kepadanya notis itu diberikan bahawa ia boleh, dalam apa-apa tempoh yang munasabah sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu— (i) mengemukakan representasi bertulis kepada Suruhanjaya; dan (ii) menunjukkan sama ada ia berhasrat untuk membuat representasi lisan di hadapan Suruhanjaya.
(a) memanggil suatu sesi bagi representasi lisan untuk diadakan pada suatu tarikh, masa dan di tempat yang ditentukan oleh Suruhanjaya; dan (b) memberikan notis bertulis tentang tarikh, masa dan tempat itu kepada— (i) perusahaan yang berkenaan; (ii) mana-mana orang yang telah membuat suatu aduan dengan Suruhanjaya berkenaan dengan amalan yang menjadi perkara penyiasatan Suruhanjaya; dan (iii) mana-mana orang lain yang kehadirannya di sesi representasi lisan itu dianggap perlu oleh Suruhanjaya.
(a) yang merekodkan keputusannya untuk memanggil pendengaran itu; (b) yang menyatakan tarikh, masa dan tempat bagi mengadakan pendengaran itu; dan (c) yang menentukan perkara yang akan dipertimbangkan pada pendengaran itu.
(a) sama ada untuk mengadakan pendengaran individu dengan setiap perusahaan dan mana-mana pihak ketiga lain yang berkepentingan secara berasingan atau mengadakan suatu pendengaran tunggal yang dihadiri oleh semua perusahaan yang terlibat dan pihak ketiga yang berkepentingan; dan (b) sama ada untuk mengadakan pendengaran— (i) awam; atau (ii) secara sesi tertutup, bagi maksud melindungi maklumat rahsia.
sebagaimana yang disiarkan oleh Suruhanjaya.
(a) mana-mana pegawai atau pekerjanya yang diberi kuasa; (b) mana-mana peguam bela dan peguam cara; (c) mana-mana orang yang termasuk dalam perihalan yang dinyatakan bagi maksud itu dalam kaedah-kaedah tatacara Suruhanjaya; atau (d) mana-mana orang lain, dengan keizinan Pengerusi.
(a) hendaklah menghendaki supaya pelanggaran itu dihentikan serta-merta; (b) boleh menyatakan langkah yang dikehendaki untuk diambil oleh perusahaan yang melanggar, yang pada hemat Suruhanjaya adalah sesuai bagi menghentikan pelanggaran itu; (c) boleh mengenakan penalti kewangan; atau (d) boleh memberikan apa-apa arahan lain yang difikirkannya sesuai.
(a) mengakui penglibatannya dalam suatu pelanggaran mana-mana larangan di bawah subseksyen 4(2); dan (b) memberikan maklumat atau bentuk kerjasama yang lain kepada Suruhanjaya yang membantu secara signifikan, atau mungkin membantu secara signifikan, dalam pengenalpastian atau penyiasatan apa-apa dapatan pelanggaran mana-mana larangan oleh mana-mana perusahaan yang lain.
(a) sama ada perusahaan itu ialah orang yang pertama sekali membawa pelanggaran yang disyaki itu kepada perhatian Suruhanjaya; (b) peringkat dalam penyiasatan apabila— (i) suatu penglibatan dalam pelanggaran itu diakui; atau (ii) apa-apa maklumat atau kerjasama lain telah diberikan; atau (c) apa-apa hal keadaan lain yang difikirkan sesuai oleh Suruhanjaya untuk diambil kira.
suatu aku janji untuk membuat atau menahan diri daripada membuat apa-apa jua yang difikirkan sesuai oleh Suruhanjaya.
TRIBUNAL RAYUAN PERSAINGAN
(a) seorang Presiden; dan (b) antara tujuh hingga dua puluh anggota lain yang dilantik oleh Perdana Menteri atas syor Menteri.
hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Presiden Tribunal Rayuan Persaingan.
(a) suatu elaun bersidang harian semasa persidangan Tribunal Rayuan Persaingan; (b) suatu elaun penginapan, perjalanan dan sara hidup; dan (c) apa-apa elaun tetap atau elaun lain, sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
(a) dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk melaksanakan tugasnya atau menguruskan hal ehwalnya; (b) dia menjadi bankrap atau tidak solven; (c) telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan— (i) suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; (ii) suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau (iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun; (d) dia telah melakukan salah laku yang serius berhubung dengan tugasnya; (e) dia tidak mematuhi obligasinya di bawah seksyen 49; atau (f) prestasinya tidak memuaskan selama suatu tempoh masa yang ketara.
(a) dia mati; (b) dia meletakkan jawatannya atau selainnya mengosongkan jawatannya sebelum habis tempoh yang baginya dia dilantik; atau (c) pelantikannya dibatalkan di bawah seksyen 47.
(a) semasa apa-apa tempoh apabila Presiden atau anggota tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau (b) jika Presiden atau anggota, kerana apa-apa sebab lain, tidak berupaya untuk melaksanakan tugas jawatannya secara sementara.
perkara itu mengenai percanggahan itu.
(a) menidaksahkan keputusan Tribunal Rayuan Persaingan itu melainkan jika semua pihak bersetuju untuk terikat dengan keputusan itu; dan (b) menjadikan Presiden atau anggota itu tertakluk kepada pembatalan pelantikannya di bawah seksyen 47.
ia belum lagi menulis alasan bagi keputusannya mengenai perkara yang dinyatakan dalam notis itu sebagaimana yang diminta oleh perayu di bawah subseksyen (1), merekodkan secara bertulis alasan bagi keputusannya dan alasan bertulis itu hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod prosiding di hadapan Tribunal Rayuan Persaingan.
(a) untuk memanggil pihak kepada prosiding itu atau mana-mana orang lain untuk hadir di hadapannya untuk memberikan keterangan berkenaan dengan sesuatu rayuan; (b) untuk mendapatkan dan menerima keterangan secara bersumpah atau ikrar sama ada secara lisan atau dokumentar, dan memeriksa semua orang sedemikian sebagai saksi sebagaimana yang difikirkan perlu olehnya; (c) jika seseorang dipanggil sedemikian, untuk menghendaki pengemukaan apa-apa maklumat, dokumen atau benda lain dalam milikannya atau di bawah kawalannya yang difikirkan perlu oleh Tribunal Rayuan Persaingan bagi maksud rayuan itu; (d) untuk mengendalikan apa-apa sumpah, ikrar atau akuan berkanun, mengikut kehendak keadaan; (e) jika seseorang dipanggil sedemikian, untuk membenarkan pembayaran apa-apa perbelanjaan yang munasabah yang dilakukan berkaitan dengan kehadirannya; (f) untuk menerima keterangan atau menolak keterangan yang dikemukakan, sama ada secara lisan atau dokumentar, dan sama ada boleh diterima atau tidak boleh diterima di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa berhubungan dengan kebolehterimaan keterangan; dan (g) untuk secara amnya mengarahkan dan melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat bagi mempercepat keputusan rayuan.
(a) meremitkan perkara itu kepada Suruhanjaya; (b) mengenakan atau membatalkan, atau mengubah amaun, suatu penalti kewangan; (c) memberikan apa-apa arahan, atau mengambil apa-apa langkah lain sebagaimana yang boleh diberikan atau diambil oleh Suruhanjaya sendiri; atau (d) membuat apa-apa keputusan lain yang boleh dibuat oleh Suruhanjaya sendiri.
(a) Tribunal Rayuan Persaingan; (b) Presiden atau mana-mana anggota Tribunal Rayuan Persaingan; (c) Setiausaha atau mana-mana pegawai lain Tribunal Rayuan Persaingan; atau (d) mana-mana orang lain yang diberi kuasa untuk bertindak bagi dan bagi pihak Tribunal Rayuan Persaingan, berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian.
AM
(a) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit; atau (b) jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua juta ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
mana-mana rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Suruhanjaya, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut untuk dikenakan mengikut syarat kompaun itu.
(a) boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan (b) jika pertubuhan perbadanan itu didapati telah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan— (i) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, persetujuannya atau pembiarannya; dan (ii) bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu.
(a) oleh pekerja orang itu dalam masa penggajiannya; (b) oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak orang itu; atau (c) oleh pekerja ejen itu dalam masa penggajian pekerja itu dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen yang bertindak bagi pihak orang itu.
(a) melaksanakan sepenuhnya peruntukan Akta ini; (b) menjalankan atau mencapai matlamat dan maksud Akta ini; dan (c) mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara tambahan, sampingan atau berbangkit berhubung dengan Akta ini.
(a) menyiarkan suatu notis mengenai niatnya untuk membuat peraturan-peraturan yang dicadangkan itu; (b) memberikan sekurang-kurangnya tiga puluh hari dari tarikh penyiaran untuk membolehkan apa-apa penghujahan dibuat oleh orang awam berhubung dengan peraturan-peraturan yang dicadangkan itu; dan (c) memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada apa-apa penghujahan yang dibuat.
(a) garis panduan mengenai analisis ekonomi dan perundangan yang akan digunakan dalam menentukan kes di bawah Akta ini; dan (b) garis panduan mengenai prinsip yang akan digunakan dalam menentukan apa-apa penalti atau remedi yang dikenakan di bawah Akta ini.
Jadual Pertama [Seksyen 3]
Jadual Kedua [Seksyen 13] Bab 1 dan 2 Bahagian II tidak terpakai bagi— (a) suatu perjanjian atau perlakuan setakat yang ia terlibat dalam suatu perintah untuk mematuhi suatu kehendak perundangan; (b) aktiviti perundingan kolektif atau perjanjian kolektif berkenaan dengan terma dan syarat penggajian dan yang dirunding atau diikat antara pihak yang termasuk kedua-dua majikan dan pekerja atau organisasi yang ditubuhkan untuk mewakili kepentingan majikan atau pekerja; (c) suatu perusahaan yang diamanahkan dengan pengendalian perkhidmatan yang berkepentingan ekonomi am atau yang mempunyai ciri monopoli pengeluaran hasil setakat yang larangan di bawah Bab 1 dan Bab 2 Bahagian II akan menghalang pelaksanaan, di sisi undang-undang atau hakikat, tugas tertentu yang diberikan kepada perusahaan itu. SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari P.U. (A) 384/2013 Perintah Persaingan (Pindaan Jadual Pertama) 2013 P.U. (A) 44/2016 Perintah Persaingan (Pindaan Jadual Pertama) 2016 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Jadual Pertama P.U. (A) 384/2013 P.U (A) 44/2016 01-01-2014 01-03-2016