로고

Sebagaimana pada 1 Disember 2011

AKTA DADAH BERBAHAYA (PELUCUTHAKAN HARTA) 1988 Tarikh Perkenan Diraja 11 Mei 1988 Tarikh penyiaran dalam Warta 9 Jun 1988 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 349 AKTA DADAH BERBAHAYA (PELUCUTHAKAN HARTA) 1988 SUSUNAN SEKSYEN AKTA DADAH BERBAHAYA (PELUCUTHAKAN HARTA) 1988 Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai kesalahan berhubungan dengan harta, dan mengenai penyitaan dan pelucuthakan harta, yang berkaitan dengan aktiviti yang ada hubungan dengan kesalahan di bawah Akta ini, Akta Dadah Berbahaya 1952, atau mana-mana undang-undang asing yang bersamaan dengan Akta ini atau dengan peruntukan bagi kesalahan di bawah Akta ini; mengenai bantuan kepada negara asing berhubungan dengan perkara yang berkaitan dengan dadah berbahaya; dan mengenai perkara yang berkaitan dengan peruntukan yang disebut terdahulu. [10 Jun 1988] B AHAWASANYA tindakan telah diambil dan tindakan lanjutnya yang serupa sedang diancam oleh kumpulan besar orang baik di dalam mahupun di luar Malaysia— (1) hendak mengelolakan dan menjalankan pengedaran dadah berbahaya, termasuk pengimportannya ke Malaysia dan pengeksportannya dari Malaysia; (2) hendak meluaskan pergantungan pada dadah berbahaya di kalangan berbagai-bagai golongan rakyat di Malaysia, dan yang demikian menyebabkan bahaya yang tersebar luas kepada kesihatan, keselamatan, kesejahteraan, dan kemoralan awam; dan (3) hendak memperoleh harta dengan cara pengedaran dadah berbahaya dan hendak menggunakan harta bagi maksud pengedaran itu; D AN B AHAWASANYA tindakan yang diambil dan diancam itu adalah memudaratkan ketenteraman awam di Malaysia; D AN B AHAWASANYA Parlimen berpendapat adalah perlu tindakan itu dihentikan; Maka, oleh yang demikian, menurut Perkara 149 Perlembagaan INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Bahagian I PERMULAAN

Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran Bahagian II KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN HARTA 3. Penggunaan harta untuk aktiviti yang menjadi kesalahan tertentu 4. Mengurusniagakan, atau menggunakan, memegang, menerima atau menyembunyikan harta yang menyalahi undang-undang 5. Pelucuthakan harta apabila disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen 3 atau 4 6. Pelucuthakan apabila kesalahan di bawah seksyen 3 atau 4 dibuktikan B AHAGIAN III PELUCUTHAKAN HARTA ORANG KENAAN 7. Orang yang boleh dikenakan tindakan di bawah Bahagian ini 8. Permohonan kepada Mahkamah Tinggi 9. Notis menunjukkan sebab menentang pelucuthakan 10. Pelucuthakan harta dalam hal tertentu 11. Pelucuthakan jenis harta yang tertentu 12. Urus niaga tertentu menjadi terbatal dan tidak sah 13. Prosiding tidak akan terhenti apabila orang terjejas mati Seksyen 14. Prosiding di bawah Bahagian ini adalah di dalam bidang kuasa jenayah Mahkamah Tinggi Bahagian IV PENANGKAPAN, PENYIASATAN DAN PENYITAAN 15. Kuasa menangkap dan menahan 16. Kuasa masuk, menggeledah atau memeriksa dan menyita 17. Pemeriksaan ke atas seseorang 18. Galangan terhadap pemeriksaan dan penggeledahan 19. Tanggung rugi 20. Kuasa untuk memintas perhubungan 21. Kuasa khas mengenai penyiasatan 22. Kuasa Pendakwa Raya untuk mendapatkan maklumat 23. Kuasa Pendakwa Raya untuk mendapatkan maklumat daripada pegawai tertentu 24. Perintah oleh Pendakwa Raya berhubungan dengan seseorang yang terhadapnya tindakan di bawah seksyen 8 dicadangkan hendak diteruskan atau yang dicadangkan hendak atau yang sedang didakwa kerana kesalahan tertentu 25. Penyitaan harta alih 26. Peruntukan lanjutan yang berhubungan dengan penyitaan harta alih 27. Peruntukan khas yang berhubungan dengan penyitaan sesuatu perniagaan 28. Penyitaan harta tak alih 29. Urus niaga dengan harta disita selepas penyitaan adalah tidak sah 30. Kesahan penyitaan, atau jualan yang berbangkit daripadanya, tidak terjejas oleh bantahan tertentu 31. Pelepasan harta yang disita 32. Pelucuthakan harta yang disita di bawah Akta ini jika tiada pendakwaan, atau tiada prosiding di bawah Bahagian III, atau tiada tuntutan mengenainya B AHAGIAN IV PELUCUTHAKAN Seksyen 33. Peletakhakan harta terlucut hak pada Kerajaan B AHAGIAN VI KETERANGAN DAN TATACARA 34. Pentafsiran dan tafsiran Akta ini 35. Anggapan mengenai orang kenaan dan harta yang menyalahi undang- undang 36. Kebolehterimaan keterangan dokumentar dan keterangan lain yang didapatkan oleh Pendakwa Raya dalam menjalankan apa-apa kuasa di bawah Akta ini 37. Pemeriksaan ke atas pesalah 38. Perlindungan bagi pemberi maklumat 39. Keterangan agent provocateur boleh diterima 40. Notis atau perintah tidak menjadi tidak sah kerana kesilapan dalam perihalan 41. Kuasa pegawai polis di bawah undang-undang lain yang berhubungan dengan tatacara jenayah Bahagian VII BANTUAN KEPADA NEGARA ASING 42. Tafsiran 43. Permintaan mendapatkan bantuan dan kuasa untuk memberikannya 44. Maklumat dan butir-butir berhubungan dengan orang, badan, dsb 45. Penyampaian proses atau dokumen 46. Penghantaran salinan kenyataan, atau rekod, atau keputusan penyiasatan yang dibuat di Malaysia 47. Pemeriksaan saksi oleh pegawai polis 48. Pemeriksaan saksi oleh Majistret Seksyen 49. Pemeriksaan orang atau penggeledahan premis 50. Penyitaan atau penghantaran harta atau artikel 51. Pemintasan perhubungan 52. Penjalanan kuasa penyiasatan oleh Pendakwa Raya 53. Cara atau kaedah penghantaran maklumat, kenyataan, keterangan, harta alih, dsb., kepada kerajaan asing atau pihak berkuasa asing 54. Pemindahan orang dalam jagaan di Malaysia ke dalam jagaan pihak berkuasa di suatu negara asing 55. Bayaran oleh kerajaan asing kepada Kerajaan Malaysia di bawah Bahagian ini Bahagian VIII AM 56. Percubaan, persubahatan dan komplot jenayah yang boleh dihukum sebagai kesalahan 57. Tiada jaminan boleh diberikan berkenaan dengan kesalahan tertentu 58. Kesalahan oleh pertubuhan yang diperbadankan dan yang tidak diperbadankan dan oleh pekhidmat dan ejen 59. Penyampaian apa-apa notis atau perintah 60. Penalti am 61. Hadiah 62. Peraturan-peraturan 63. Ekstradisi Jadual Pertama Jadual Kedua UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 340

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988. Tafsiran

2. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), dan melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, istilah dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepadanya dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234].

(2) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“aktiviti larangan” ertinya apa-apa perbuatan, aktiviti, atau kelakuan yang berlaku keseluruhannya atau sebahagiannya di dalam atau di luar Malaysia— (a) yang menjadi suatu kesalahan di bawah seksyen 3 atau 4 Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang asing yang bersamaan dengannya atau yang menjadi suatu kesalahan Terjadual; atau (b) yang, sungguhpun tidak menjadi suatu kesalahan yang sedemikian, adalah sedemikian rupa atau berlaku dalam keadaan yang sedemikian sehingga boleh semunasabahnya dipercayai daripadanya bahawa ia akan akhirnya menyebabkan atau membawa kepada pelakuan suatu kesalahan sedemikian; “amanah” termasuklah apa-apa obligasi undang-undang yang memihak kepada mana-mana benefisiari yang tertakluk kepadanya mana-mana orang memegang apa-apa harta; “badan awam” termasuklah— (a) Kerajaan Malaysia; (b) Kerajaan sesuatu Negeri; (c) mana-mana pihak berkuasa tempatan dan mana-mana pihak berkuasa berkanun lain yang ditubuhkan oleh, dan menjalankan kuasa yang terletak hak padanya oleh, mana-mana undang-undang bertulis; (d) mana-mana jabatan, perkhidmatan atau perusahaan Kerajaan Malaysia, Kerajaan sesuatu Negeri, sesuatu pihak berkuasa tempatan, pihak berkuasa berkanun lain, atau mana-mana jabatan, perkhidmatan atau perusahaan mana-mana pihak berkuasa, organisasi, badan atau individu yang dinyatakan di bawah perenggan (e); atau (e) mana-mana pihak berkuasa, organisasi atau badan, atau mana-mana individu yang disebut dengan nama atau jawatan, yang dinyatakan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta sebagai suatu badan awam bagi maksud Akta ini; “bank” ertinya bank yang dilesenkan di bawah *Akta Bank 1973 [Akta 102], atau bank Islam yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983 [Akta 276], atau bank saudagar, atau mana- mana orang yang menjalankan apa-apa urusan bank di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau syarikat kewangan berlesen di bawah **Akta Syarikat Kewangan 1969 [Akta 6], atau Bank Simpanan Nasional yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Simpanan Nasional 1974 [Akta 146], atau mana-mana koperasi yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan koperasi; “buku jurubank” termasuklah lejar, buku harian, buku tunai, buku akaun dan segala buku dan dokumen lain yang digunakan dalam perjalanan biasa urusan sesuatu bank; “dipegang” ertinya, berhubungan dengan mana-mana harta, harta itu dipegang oleh seorang pemegang; “ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 62; “dokumen” termasuklah— (a) apa-apa huruf, angka, cap, inskripsi, tulisan, tanda, karikatur, gambar, lukisan atau gambaran dalam apa- apa bentuk; dan (b) apa-apa rakaman tampak (sama ada berbentuk imajan pegun atau bergerak) atau rakaman bunyi, pada apa-apa bahan, material, benda atau artikel; “harta” ertinya apa-apa harta alih atau tak alih, dan termasuklah— *CATATAN ─ Akta Bank 1973 [Akta 102] telah dimansuhkan oleh Akta Bank dan Institusi- Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] − lihat seksyen 128 bagi Akta 372. ** CATATAN ─ Akta Syarikat Kewangan 1969 [Akta 6] telah dimansuhkan oleh Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372]− lihat seksyen 128 bagi Akta 372. (a) apa-apa hak, kepentingan, hakmilik, tuntutan, hak dalam tindakan, kuasa, keistimewaan, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan dan sama ada terletak hak atau kontinjen, berhubungan dengan mana-mana harta, atau yang selainnya mempunyai nilai; (b) apa-apa dokumen pemindahhakan yang disempurnakan bagi memindahhakkan, menyerahhakkan, menguntukkan, menyerahkan atau melupuskan harta tak alih yang dipunyai atau dimiliki oleh orang yang menyempurnakan dokumen pemindahhakan itu atau yang ke atasnya orang itu berhak mendapatkan kontinjen, sama ada bagi seluruh kepentingan atau apa-apa kepentingannya atau apa-apa kepentingan yang kurang daripada itu; (c) apa-apa surat cara kewangan; (d) apa-apa surat cara atau sekuriti lain; (e) apa-apa harta ketara atau tidak ketara lain; “harta yang menyalahi undang-undang” ertinya apa-apa harta, sama ada di dalam atau di luar Malaysia— (a) yang keseluruhannya atau sebahagiannya diperoleh atau didapati daripada atau dengan jalan apa-apa aktiviti larangan yang dijalankan oleh mana-mana orang selepas permulaan kuat kuasa Akta ini; (b) yang menjadi pendapatan, perolehan atau aset yang keseluruhannya atau sebahagiannya diperoleh atau didapati daripada atau dengan jalan mana-mana harta yang disebutkan dalam perenggan (a); (c) yang keseluruhannya atau sebahagiannya diperoleh atau didapati daripada atau dengan jalan mana-mana harta yang disebutkan dalam perenggan (a) atau (b); (d) yang keseluruhannya atau sebahagiannya boleh dikesan kepada, atau boleh dikaitkan dengan, mana-mana harta yang disebutkan dalam perenggan (a), (b) atau (c) atau kepada atau dengan apa-apa pendapatan, perolehan atau aset daripada mana-mana harta sedemikian; (e) yang, selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, digunakan atau telah digunakan untuk membantu atau mempermudahkan apa-apa aktiviti larangan; (f) yang menjadi hal perkara suatu kesalahan di bawah seksyen 3, 4 atau subseksyen 24(7), atau mana-mana kesalahan Terjadual yang dilakukan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini; atau (g) yang, disebabkan oleh apa-apa hal keadaan seperti, tetapi tidak terhad kepada, sifat, nilai, tempat letak atau tempat penemuannya, atau masa, cara atau tempat pemerolehannya, atau orang yang daripadanya harta itu telah diperoleh, atau kedekatannya dengan harta lain yang disebutkan dalam perenggan yang disebutkan di atas, boleh semunasabahnya dipercayai sebagai harta yang termasuk dalam ruang lingkup mana-mana perenggan yang disebutkan di atas; “institusi kewangan” termasuklah bank, atau mana-mana orang di dalam Malaysia, yang, pada hakikatnya, dengan sahnya atau dengan menyalahi undang-undang, menjalankan apa-apa urusan bank atau urusan kewangan sebagaimana yang ditakrifkan masing-masingnya dalam Akta Bank 1973 [Akta 102] atau Akta Syarikat Kewangan 1969 [Akta 6], dan mana-mana bank atau orang di luar Malaysia yang, pada hakikatnya, dengan sahnya atau dengan menyalahi undang-undang, menjalankan apa-apa urusan yang serupa itu; “kesalahan Terjadual” ertinya suatu kesalahan yang dinyatakan atau diperihalkan dalam Jadual Pertama kepada Akta ini; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri; “orang kenaan” ertinya seseorang yang disebutkan dalam seksyen 7 sebagai orang yang boleh dikenakan tindakan di bawah Bahagian III; “pegang” ertinya, berhubungan dengan apa-apa harta, pemegangan harta itu oleh seorang pemegang; “pegawai awam” termasuklah mana-mana orang yang bekerja secara tetap atau sementara dengan sesuatu badan awam; “pegawai kanan polis” hendaklah mempunyai erti yang sama seperti dalam Akta Polis 1967 [Akta 344]; “pegawai polis ditetapkan” ertinya seseorang pegawai polis berpangkat Penguasa atau yang lebih tinggi, yang ditetapkan secara bertulis dengan nama atau jawatan oleh Ketua Polis Negara bagi maksud Akta ini sama ada secara am atau berhubungan dengan mana-mana peruntukan tertentu dalam Akta ini; “pembebasan muktamad” ertinya pembebasan di peringkat bidang kuasa asal sekiranya, tiada rayuan terhadap pembebasan itu, tetapi sekiranya ada rayuan terhadap pembebasan itu, atau terhadap apa- apa sabitan sama ada di peringkat bidang kuasa asal atau di peringkat bidang kuasa rayuan rendah, ia bererti perintah di peringkat bidang kuasa rayuan yang akhir yang membuat peruntukan bagi pembebasan, dan “dibebaskan dengan muktamadnya” mempunyai erti yang bersamaan; dan bagi maksud takrif ini “rayuan” termasuklah apa-apa prosiding dalam apa-apa jua bentuk dan bagaimana jua pun disebut berhubungan dengan keputusan yang diberikan di peringkat bidang kuasa asal atau di peringkat bidang kuasa rayuan rendah, tetapi tidak termasuk apa- apa prosiding berhubungan dengan pengampunan atau penjalanan kuasa peringanan oleh pihak berkuasa eksekutif; “pembeli suci hati dengan balasan berharga” ertinya mana- mana penerima pindahan, pemegang serah hak, pemegang gadaian, pemegang gadai janji, pemegang sandaran, pemegang lien, atau penerima pajakan, bagi apa-apa harta jika pemindahan, penyerahhakan, penggadaian, penggadaijanjian, penyandaran, lien, atau pemajakan itu telah didapati olehnya dengan balasan berharga yang cukup berupa wang atau nilaian wang, tanpa maklum— (a) bahawa harta itu adalah harta yang menyalahi undang-undang; atau (b) tentang apa-apa hal keadaan yang daripadanya, jika siasatan munasabah telah dijalankan, mungkin dapat diketahui bahawa harta itu adalah harta yang menyalahi undang-undang; “pemegang” termasuklah, berhubungan dengan mana-mana harta, mana-mana orang yang menjadi pemunya, mana-mana orang yang memiliki, mana-mana orang yang menghuni, mana- mana orang yang menjaga atau mengawal, dan mana-mana orang yang mempunyai apa-apa jua pun hak, kepentingan, hakmilik, tuntutan, kuasa, kewajipan atau obligasi lain berhubungan dengan, harta itu; “perniagaan” ertinya apa-apa aktiviti yang dijalankan bagi maksud mendapat laba atau untung dan termasuklah segala harta yang didapati daripada, atau yang digunakan dalam atau bagi maksud menjalankan, aktiviti itu, dan segala hak dan liabiliti yang berbangkit daripada aktiviti itu; “prosiding di bawah Akta ini” ertinya apa-apa prosiding di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, termasuk apa-apa pendakwaan kerana sesuatu kesalahan di bawah Akta ini; “sabitan” termasuklah apa-apa dapatan bersalah atau apa- apa perintah yang melibatkan apa-apa dapatan bersalah oleh mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa kompeten di dalam atau di luar Malaysia, tidak kira sama ada atau tidak sabitan atau dapatan bersalah itu diperintahkan supaya direkodkan, dan sama ada atau tidak orang yang disabitkan atau didapati bersalah itu dijatuhi apa-apa hukuman; “sabitan muktamad” ertinya sabitan di peringkat bidang kuasa asal sekiranya tiada rayuan terhadap sabitan itu atau terhadap hukuman atau perintah lain yang berbangkit daripada sabitan itu, tetapi sekiranya ada rayuan sedemikian atau sekiranya ada rayuan terhadap apa-apa perintah pembebasan, pelepasan atau selainnya sama ada diberikan di peringkat bidang kuasa asal atau di peringkat bidang kuasa rayuan rendah, ia bererti perintah di peringkat bidang kuasa rayuan yang akhir yang membuat peruntukan bagi sabitan, dan “disabitkan dengan muktamadnya” mempunyai erti yang bersamaan; dan bagi maksud takrif ini “rayuan” termasuklah apa-apa prosiding dalam apa-apa jua bentuk dan bagaimana jua pun disebut berhubungan dengan keputusan yang diberikan di peringkat bidang kuasa asal atau di peringkat bidang kuasa rayuan rendah, tetapi tidak termasuk apa- apa prosiding berhubungan dengan pengampunan atau penjalanan kuasa peringanan oleh sesuatu pihak berkuasa eksekutif; “saudara”, berhubungan dengan seseorang, ertinya— (a) suami atau isteri orang itu; (b) abang atau adik lelaki ataupun kakak atau adik perempuan orang itu; (c) abang atau adik lelaki ataupun kakak atau adik perempuan kepada suami atau isteri orang itu; (d) mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan orang itu; (e) mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan suami atau isteri orang itu; (f) suami atau isteri kepada orang yang disebutkan dalam perenggan (b), (c), (d) atau (e); (g) mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah dengan orang yang disebutkan dalam perenggan (b) atau (c); (h) abang atau adik lelaki ataupun kakak atau adik perempuan ataupun isteri kepada abang atau adik lelaki ataupun suami kepada kakak atau adik perempuan kepada mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab lansung atas dengan orang itu ataupun dengan suami atau isterinya; atau (i) mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah ataupun suami atau isteri kepada mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah dengan orang yang disebutkan dalam perenggan (h); “sekuriti” termasuklah saham, bon, syer, debentur, kumpulan wang dan perakuan deposit; “sekutu”, berhubungan dengan seseorang, termasuklah— (a) mana-mana orang yang pernah atau sedang tinggal di premis kediaman (termasuk perlengkapan) kepunyaan orang itu; (b) mana-mana orang yang pernah menjadi atau adalah menjadiejen atau penama kepada orang itu; (c) mana-mana orang yang pernah atau sedang menguruskan hal ehwal atau menyimpan akaun orang itu; (d) mana-mana firma perkongsian yang orang itu, atau mana-mana ejen atau penamanya, adalah atau pernah menjadi seorang pekongsinya atau seorang yang menjaga atau mengawal perniagaan atau hal ehwalnya; (e) mana-mana perbadanan dalam erti Akta Syarikat 1965 [Akta 125] yang orang itu, atau mana-mana ejen atau penamanya, pernah menjadi atau adalah menjadi seorang pengarahnya atau pernah atau sedang menjaga atau mengawal perniagaan atau hal ehwalnya, atau yang di dalamnya orang itu, bersama-sama dengan mana-mana ejen atau penamanya, mempunyai atau pernah mempunyai syer sebanyak jumlah nilai yang tidak kurang daripada sepuluh peratus daripada jumlah modal terbitan perbadanan itu; (f) mana-mana orang yang pernah menjadi atau adalah menjadi seorang pekongsi, atau seorang yang menjaga atau mengawal perniagaan atau hal ehwal, suatu firma perkongsian yang disebutkan dalam perenggan (d) pada bila-bila masa semasa orang itu, atau mana-mana ejen atau penamanya, pernah menjadi atau adalah menjadi seorang pekongsi dalam firma perkongsian i tu; (g) mana-mana orang yang pernah menjadi atau adalah menjadi seorang pengarah, atau seorangyang menjaga atau mengawal perniagaan atau hal ehwal, suatu perbadanan yang disebutkan dalam perenggan (e) pada bila-bila masa semasa orang itu, atau mana-mana ejen atau penamanya, pernah menjadi atau adalah menjadi seorang pengarah, atau pernah atau sedang menjaga atau mengawal perniagaan atau hal ehwal, perbadanan itu, atau pada bila-bila masa semasa orang itu, bersama- sama dengan mana-mana ejen atau penamanya, mempunyai atau pernah mempunyai syer sebanyak jumlah nilai yang tidak kurang daripada sepuluh peratus daripada jumlah modal terbitan perbadanan itu; (h) mana-mana orang yang pernah menjadi atau adalah menjadi ejen dalam mana-mana firma perkongsian atau perbadanan yang masing-masingnya disebutkan dalam perenggan (d) atau (e); (i) mana-mana orang yang pernah atau sedang menguruskan akaun mana - mana f i rma perkongsian atau perbadanan yang masing-masingnya disebutkan dalam perenggan (d) atau (e); (j) pemegang amanah bagi mana-mana amanah, jika— (i) amanah itu telah diwujudkan oleh orang itu; atau (ii) jumlah nilai aset yang disumbangkan oleh orang itu kepada amanah itu pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas wujudnya amanah itu, berjumlah, atau telah berjumlah, pada bila-bila masa, sebanyak tidak kurang daripada dua puluh peratus daripada jumlah nilai aset amanah itu; (k) mana-mana orang yang ada dalam miliknya apa-apa harta kepunyaan orang itu; dan

(1) mana-mana orang yang berhutang dengan orang itu;

“surat cara kewangan” ertinya syiling atau mata wang Malaysia atau mana-mana negara lain, cek kembara, cek perseorangan, cek bank, kiriman wang, sekuriti pelaburan dalam bentuk pembawa atau selainnya yang sedemikian bentuknya sehingga hakmilik ke atasnya berpindah apabila ia diserahkan atau apabila ia diserahkan dan diendorskan, dan surat cara boleh niaga dalam bentuk pembawa atau selainnya yang sedemikian bentuknya sehingga hakmilik ke atasnya berpindah apabila ia diserahkan atau apabila ia diserahkan dan diendorskan; “susut nilai”, berhubungan dengan apa-apa harta, ertinya keseluruhan atau sebahagian harta i tu dibelanjakan, digunakan, dibinasakan, atau dikenakan apa-apa urus niaga, proses atau perbuatan lain, sehingga ia tidak lagi wujud, atau telah terkurang nilai atau saiznya, atau berubah sifatnya; “terlucut hak” ertinya, berhubungan dengan apa-apa harta, bahawa harta itu terlucut hak kepada Kerajaan Malaysia mengikut Akta ini; “undang-undang asing yang bersamaan” atau “undang-undang asing yang bersamaan dengan” ertinya peruntukan mana-mana undang-undang mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia yang serupa pada keseluruhannya, atau pada sebahagiannya, atau pada isinya, dengan undang-undang Malaysia yang berhubungan dengannya ungkapan ini digunakan; “urus niaga” termasuklah— (a) pembelian, penjualan, pinjaman, gadaian, gadai janji, lien, sandaran, kaveat, pindah milik, penyerahan, serah hak, subrogasi, pindahan, alang, derma, amanah, berian, deposit, pengambilan keluar, pemindahan antara akaun, perlanjutan kredit; (b) apa-apa pembelian atau penjualan apa-apa sekuriti, surat cara kewangan, atau apa-apa jua pun surat cara lain yang dilaksanakan dengan apa-apa jua cara; (c) apa-apa pewakilan atau pemberian surat kuasa wakil; dan (d) apa-apa pelupusan lain atau urus niaga lain dalam apa-apa jua bentuk, atau daripada apa-apa jua perihalan atau sifat, bagaimana jua pun disebut, yang menyebabkan apa-apa hak, kepentingan, hakmilik atau keistimewaan, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan atau sama ada terletak hak atau kontinjen, ke atas keseluruhan atau sebahagian apa-apa harta diberikan kepada mana-mana orang.

(3) Bagi maksud takrif “saudara” dalam subseksyen (2)—

(a) pengangkatan mana-mana orang oleh seorang lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia atau mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia, atau di bawah mana-mana adat yang diiktiraf oleh mana-mana golongan orang di Malaysia atau di mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia hendaklah dikira sebagai mewujudkan di antara pengangkat dengan orang angkat itu pertalian semula jadi yang sama seperti pertalian pengangkatan, dan pertalian lain berhubungan dengannya hendaklah ditentukan dengan sewajarnya; dan (b) sebutan di dalamnya mengenai sesuatu pertalian termasuklah, jika relevan, pertalian seibu atau sebapa.

Bahagian II Penggunaan harta untuk aktiviti yang menjadi kesalahan tertentu

KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN HARTA

3. (1) Mana-mana orang yang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung, sama ada bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak mana-mana orang lain, membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa urus niaga berhubungan dengan mana-mana harta, atau dengan apa-apa cara lain menggunakan atau menyebabkan digunakan, apa-apa harta—

(a) dengan niat hendak menggalakkan, menguruskan, mengasaskan atau menjalankan apa-apa perbuatan, aktiviti atau kelakuan yang menjadi suatu kesalahan Terjadual; atau (b) dengan niat hendak mempermudahkan atau membantu dalam penggalakan, pengurusan, pengasasan atau penjalanan perbuatan, aktiviti atau kelakuan yang disebutkan dalam perenggan (a), sama ada atau tidak kesalahan Terjadual itu telah dilakukan, atau mana-mana orang telah dipertuduh atau disabitkan atas kesalahan yang sedemikian, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada dua puluh tahun.

(2) Tidak menjadi suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) jika— Mengurusniagakan, atau menggunakan, memegang, menerima atau menyembunyikan harta yang menyalahi undang-undang

(a) perbuatan yang menjadi suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) dilakukan keseluruhannya di luar Malaysia; dan (b) perbuatan, aktiviti atau kelakuan yang disebutkan dalam perenggan (1)(a) atau (b) semata-mata menjadi suatu kesalahan di bawah suatu undang-undang asing yang disebutkan dalam Butiran 5 Jadual Pertama kepada Akta ini.

4. (1) Mana-mana orang yang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung, sama ada bagipihaknya sendiri atau bagi pihak mana-mana orang lain, membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa urus niaga berhubungan dengan apa-apa harta, atau selainnya menggunakan atau menyebabkan digunakan, atau memegang, menerima, atau menyembunyikan apa-apa harta, sedangkan dia mengetahui atau mempunyai sebab untuk bagi mempercayai bahawa harta itu atau

mana-mana bahagiannya ialah harta yang menyalahi undang- undang adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada dua puluh tahun.

(2) Jika harta yang menjadi hal perkara suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) ialah harta yang menyalahi undang-undang oleh sebab ia ada hubungan dengan sesuatu perbuatan, aktiviti atau kelakuan yang menjadi suatu kesalahan yang disebutkan dalam perenggan (a) bagi takrif “aktiviti larangan” di bawah subseksyen 2(2), orang yang dipertuduh atau suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) adalah bertanggungan kerananya sama ada atau tidak mana-mana orang telah dipertuduh atau disabitkan atas kesalahan yang disebut dalam perenggan (a) takrif “aktiviti larangan” yang tersebut itu.

(3) Tidak menjadi suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) jika— Pelucuthakan harta apabila disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen 3 atau 4

(a) perbuatan yang menjadi suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) itu dilakukan keseluruhannya di luar Malaysia; dan (b) perbuatan yang sedemikian adalah berhubungan dengan harta yang menyalahi undang-undang, iaitu harta yang diperoleh atau didapati daripada atau dengan jalan sesuatu perbuatan, aktiviti atau kelakuan yang semata-mata menjadi suatu kesalahan di bawah suatu undang- undang asing yang disebutkan dalam perenggan (a) bagi takrif “aktiviti larangan” di bawah subseksyen 2(2).

5. Jika mana-mana orang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen 3 atau 4, mahkamah yang mensabitkannya hendaklah melucuthakkan segala harta yang menjadi hal perkara kesalahan itu atau yang telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu: Pelucuthakan apabila kesalahan di bawah seksyen 3 atau 4 dibuktikan

Dengan syarat bahawa tiada kenderaan yang telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu boleh dilucuthakkan jika kesalahan itu telah dilakukan oleh seseorang selain daripada pemunya atau orang yang menjaga kenderaan itu dan dibuktikan kepada mahkamah bahawa kenderaan itu telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu tanpa izin pemunya atau orang yang menjaga kenderaan itu dan penggunaan itu tidak disebabkan oleh apa-apa pengabaian, keingkaran, atau kurang hemat yang munasabah oleh pemunya atau orang yang menjaga kenderaan itu.

6. Jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah seksyen 3 atau 4 telah dilakukan, mahkamah itu hendaklah membuat suatu perintah untuk melucuthakkan segala harta yang menjadi hal perkara kesalahan itu atau yang telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu, walau tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu:

Dengan syarat bahawa proviso kepada seksyen 5 hendaklah terpakai berhubungan dengan perintah pelucuthakan di bawah seksyen ini.

Bahagian III Orang yang boleh dikenakan tindakan di bawah Bahagian ini

PELUCUTHAKAN HARTA ORANG KENAAN

7. (1) Orang yang berikut boleh dikenakan tindakan di bawah Bahagian ini:

(a) tiap-tiap orang— (i) yang telah disabitkan dengan muktamadnya atas suatu kesalahan di bawah seksyen 3, 4, atau subseksyen 24(7), atau di bawah suatu undang- undang asing yang bersamaan dengan seksyen ini, atau atas suatu kesalahan Terjadual, yang dilakukan pada bila-bila masa selepas permulaan kuat kuasa Akta ini; (ii) yang ditahan atau telah ditahan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini menurut suatu perintah tahanan atau sekatan yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang, berkenaan dengan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan atau yang melibatkan pengedaran apa-apa dadah berbahaya: Dengan syarat bahawa aktiviti yang menjadi alasan penahanan itu berlaku selepas permulaan kuat kuasa Akta ini; (iii) yang memegang, menyembunyikan, menerima, atau menggunakan atau menyebabkan atau membenarkan digunakan, apa-apa harta yang menyalahi undang-undang, sedangkan dia mengetahui atau mempunyai sebab bagi mempercayainya sebagai harta yang menyalahi undang-undang; (b) tiap-tiap saudara kepada orang yang disebutkan dalam perenggan (a); (c) tiap-tiap sekutu kepada orang yang disebutkan dalam perenggan (a); (d) mana-mana pemegang, sama ada atau tidak seorang saudara sebagaimana yang disebutkan dalam perenggan (b), atau seorang sekutu sebagaimana yang disebutkan dalam perenggan (c), (kemudian daripada ini disebut “pemegang sekarang” dalam perenggan ini) apa-apa harta yang telah pada bila-bila masa dahulunya dipegang oleh orang yang disebutkan dalam perenggan (a) melainkan jika pemegang sekarang atau, mengikut mana yang berkenaan, mana-mana orang yang telah memegang harta itu selepas orang yang disebutkan dalam perenggan (a) tetapi sebelum pemegang sekarang ialah atau pernah menjadi pembeli suci hati harta itu dengan balasan berharga; (e) jika orang yang disebutkan dalam perenggan (a), (b), (c) atau (d) sudah mati, wakil dirinya atau, jika tidak ada wakil diri, orang atau orang-orang yang mempunyai kepentingan benefisial terhadap harta pusaka si mati sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah Sesyen atas permohonan oleh Pendakwa Raya dan selepas Mahkamah Sesyen telah memberikan peluang kepada orang atau orang-orang itu untuk didengar dalam perkara itu. ( 2 ) S e s e o r a n g d i k i r a s a u d a r a , s e k u t u , a t a u pemegang, sebagaimana yang disebutkan masing-masingnya dalam perenggan (1)(b), (c) atau (d), jika dia ialah atau pernah menjadi pada bila-bila masa saudara, sekutu atau pemegang yang sedemikian itu, dan tidak kira sama ada dia menjadi saudara, sekutu atau pemegang yang sedemikian itu berhubungan dengan orang yang disebutkan dalam perenggan (a) sebelum atau selepas orang yang disebutkan dalam perenggan (a) itu menjadi orang kenaan.

(3) Tiada prosiding terhadap orang kenaan boleh dimulakan di bawah Bahagian ini jika ada apa-apa pendakwaan kerana suatu kesalahan di bawah seksyen 3 atau 4, atau kerana suatu kesalahan yang disebutkan dalam Butiran 1, 2, 3 atau 4 Jadual Pertama yang belum selesai terhadapnya dalam mana-mana mahkamah di Malaysia, dan jika semasa prosiding terhadap orang kenaan di bawah Bahagian ini belum selesai di Mahkamah Tinggi ada dimulakan apa-apa

pendakwaan kerana mana-mana kesalahan yang disebut terdahulu terhadapnya dalam suatu mahkamah di Malaysia maka, prosiding di Mahkamah Tinggi di bawah Bahagian ini hendaklah ditangguhkan sehingga prosiding berkenaan dengan pendakwaan itu telah selesai dengan muktamadnya di mahkamah yang berbidang kuasa asal atau, jika ada rayuan, di mahkamah yang berbidang kuasa rayuan muktamad.

(4) Jika apa-apa prosiding di Mahkamah Tinggi terhadap orang kenaan di bawah Bahagian ini dilarang daripada dimulakan, atau adalah ditangguhkan, di bawah subseksyen (3), larangan atau penangguhan itu tidak boleh Permohonan kepada Mahkamah Tinggi

— (a) menjejaskan apa-apa penyitaan terdahulu apa-apa harta, atau apa-apa perintah terdahulu oleh Pendakwa Raya, di bawah Bahagian IV, atau apa-apa penjalanan terdahulu akan mana-mana kuasanya di bawah Bahagian IV oleh seseorang pegawai polis atau oleh Pendakwa Raya, yang berbangkit daripada orang itu menjadi orang kenaan, dan penyitaan itu atau perintah itu, atau penjalanan kuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terus kekal berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya semasa pendakwaan itu belum selesai dan selepas itu sehingga prosiding itu selesai dengan muktamadnya di bawah Bahagian ini; atau (b) menghalang pegawai polis atau Pendakwa Raya daripada menjalankan selanjutnya atau seterusnya, atau mula menjalankan, kuasa masing-masing di bawah Bahagian IV yang berbangkit daripada orang itu menjadi orang kenaan.

8. (1) Jika Pendakwa Raya mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa mana-mana orang ialah orang kenaan, dia boleh memohon secara ex parte kepada Mahkamah Tinggi untuk

mendapatkan suatu perintah melucuthakkan segala harta yang dipegang oleh orang itu dan yang Pendakwa Raya mempunyai sebab untuk percaya ialah harta yang menyalahi undang-undang.

(2) Permohonan itu, yang disokong dengan suatu afidavit atau afidavit-afidavit, hendaklah—

(a) mengenal pasti orang kenaan yang terhadapnya tindakan hendak diambil, menyatakan alamat tempat kediaman atau perniagaannya, jika diketahui, dan butir-butir lain yang relevan yang diketahui; (b) menyatakan alasan yang berdasarkannya dia menjadi orang kenaan; (c) mengenal pasti harta yang hendak dilucuthakkan, menyatakan nilai anggarannya dan, jika diketahui, tempat letaknya; dan (d) menyatakan apa-apa perkara, hal keadaan atau maklumat lain yang, pada pendapat Pendakwa Raya, adalah relevan dengan permohonan itu.

(3) Sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dengan memfailkannya dengan Pendaftar Mahkamah Tinggi yang hendaklah dengan serta-merta menetapkan tarikh untuk pendengarannya di hadapan Mahkamah Tinggi.

(4) Bagi mengelakkan keraguan, adalah dengan ini ditegaskan bahawa permohonan yang berturut-turut boleh dibuat di bawah seksyen ini— Notis menunjukkan sebab menentang pelucuthakan

(a) terhadap mana-mana orang dengan syarat bahawa— (i) prosiding di bawah Bahagian ini berkenaan dengan permohonan yang terdahulu terhadapnya di bawah seksyen ini telah selesai dengan muktamadnya di Mahkamah Tinggi, jika ada rayuan, di *Mahkamah Persekutuan; dan * CATATAN─ sebelum ini dirujuk sebagai “Mahkamah Agung”-lihat seksyen 46 Akta (Pindaan) Perlembagaan 1994 [Akta A885]. (ii) permohonan baru tidak ada hubungan dengan mana-mana harta yang telah menjadi hal perkara mana-mana permohonan yang terdahulu terhadapnya ; (b) berkenaan dengan apa-apa harta dengan syarat bahawa— (i) prosiding di bawah Bahagian ini berkenaan dengan permohonan terdahulu harta itu telah dimasukkan sebagai hal perkara permohonan itu telah selesai dengan muktamadnya di Mahkamah tinggi atau, jika ada rayuan, di *Mahkamah Persekutuan, dan telah diputuskan bahawa harta itu bukan harta yang menyalahi undang- undang; dan (ii) permohonan baru itu bukanlah menentang mana-mana orang yang terhadapnya mana- mana permohonan yang terdahulu di bawah seksyen ini telah dibuat.

9. (1) Jika di pendengaran permohonan Pendakwa Raya di bawah subseksyen 8(1) Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa permohonan itu dibuat mengikut kehendak seksyen 8, Mahkamah hendaklah mengeluarkan suatu notis kepada orang kenaan yang dinyatakan dalam permohonan itu (kemudian daripada ini disebut “orang terjejas” dalam Akta ini) dan melampirkan kepada afidavit atau afidavit-afidavit yang disebut dalam subseksyen 8(2), dan meminta orang terjejas itu hadir di hadapan Mahkamah Tinggi pada tarikh yang dinyatakan dalam notis itu, yang tidak boleh kurang daripada tiga puluh hari dari notis itu, untuk menunjukkan sebab mengapa segala atau mana- mana harta yang dikenal pasti di bawah perenggan 8(2)(c) itu tidak patut dilucuthakkan.

* CATATAN─ sebelum ini dirujuk sebagai “Mahkamah Agung”-lihat seksyen 46 Akta (Pindaan) Perlembagaan 1994 [Akta A885].

(2) Notis di bawah subseksyen (1) hendaklah, selain disampaikan kepada orang yang terjejas itu, disiarkan dalam Warta pada tarikh yang sama dengan tarikh ia dikeluarkan, atau dengan seberapa segera yang praktik selepas itu.

(3) Jika notis kepada mana-mana orang di bawah subseksyen

(1) menyatakan mana-mana harta sebagai dipegang bagi pihak orang itu oleh mana-mana orang lain, atau sebagai dipindahmilikkan atau dijadualkan kepada, atau didepositkan atau disimpan dengan mana-mana orang lain, satu salinan notis itu hendaklah disampaikan kepada orang lain itu.

(4) Jika sebelum suatu notis dikeluarkan di bawah subseksyen

(1) Pendakwa Raya memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa orang kenaan yang disebut dalam pemohonannya telah mati, tidak kira sama ada dia mati sebelum atau selepas permohonan itu difailkan, dan bahawa tiada penentuan benefisiari atau benefisiari-benefesiari telah dibuat oleh Mahkamah Sesyen di bawah perenggan 7(1)(e), notis itu hendaklah dikeluarkan terhadap wakil diri, jika tiada wakil diri orang itu dan, terhadap benefisiari atau benefisiari-benefesiari harta pusakanya yang ditentukan oleh Mahkamah Tinggi atas permohonan Pendakwa Raya dan selepas memberikan peluang kepada benefisiari atau benefisiari-benefisiari itu untuk didengar.

(5) Pendakwa Raya boleh, pada mana-mana peringkat semasa mana-mana prosiding di bawah subseksyen (1) selesai, memohon kepada Mahkamah untuk meminda notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen itu— Pelucuthakan harta dalam hal tertentu

(a) dengan mengeluarkan daripadanya mana-mana harta yang dinyatakan di dalamnya; (b) dengan memasukkan di dalamnya mana-mana harta yang tidak dinyatakan di dalamnya; atau (c) dari apa-apa segi lain, dan Mahkamah boleh, selepas memberikan peluang kepada orang terjejas itu untuk didengar, membuat apa-apa perintah yang difikirkan adil dan patut oleh Mahkamah mengenai permohonan itu, dan jika Mahkamah membenarkan permohonan itu, sama ada dengan atau tanpa ubah suaian, ia boleh memberikan apa-apa arahan yang difikirkannya perlu, suai manfaat atau wajar dalam perkara itu.

10. (1) Pada pendengaran notis menunjukkan sebab yang dikeluarkan di bawah subseksyen 9(1), Mahkamah hendaklah terus menimbangkan apa-apa keterangan yang diberikan oleh orang yang terjejas atau oleh mana-mana saksi lain yang dikemukakannya yang menunjukkan—

(a) bahawa dia bukan orang kenaan; (b) bahawa segala atau mana-mana harta yang dinyatakan dalam permohonan Pendakwa Raya bukan harta yang menyalahi undang-undang; atau (c) bahawa dia bukan pemegang segala atau mana-mana harta sedemikian yang dinyatakan dalam permohonan Pendakwa Raya.

(2) Pendakwa Raya berhak—

(a) memeriksa balas orang yang terjejas itu atau mana- mana saksi lain yang dikemukakannya; (b) jika orang terjejas itu sendiri tidak memberi keterangan sebagai saksi, memeriksa orang terjejas itu atas sumpah atau ikrar berkenaan dengan apa-apa perkara yang relevan dengan permohonan itu; dan (c) mengemukakan keterangan saksi bagi mematahkan keterangan yang dikemukakan oleh atau bagi pihak orang terjejas itu.

(3) Jika pada pendengaran notis menunjukkan sebab di bawah subseksyen 9 (1) Pendakwa Raya memuaskan hati Mahkamah bahawa notis menunjukkan sebab itu tidak dapat disampaikan kepada orang yang terhadapnya notis itu dikeluarkan kerana dia tidak dapat dikesan atau dia telah melarikan diri atau dia berada di luar Malaysia dan tidak boleh dipaksa hadir di hadapan Mahkamah, atau jika pada bila-bila masa di sepanjang prosiding di bawah seksyen ini orang terjejas itu tidak menghadiri prosiding itu selepas notis menunjukkan sebab tersebut disampaikan kepadanya, prosiding itu hendaklah diteruskan sehingga selesai dengan muktamadnya tanpa kehadirannya.

(4) Mahkamah hendaklah, di akhir prosiding di bawah subseksyen (1) dan (2), merekodkan dapatan—

(a) sama ada orang terjejas itu ialah seorang orang kenaan; (b) sama ada segala atau mana-mana harta yang dinyatakan dalam permohonan Pendakwa Raya ialah harta yang menyalahi undang-undang; dan (c) sama ada orang yang terjejas itu ialah pemegang segala atau mana-mana harta yang menyalahi undang-undang sedemikian.

(5) Jika Mahkamah merekodkan dapatan di bawah subseksyen

(4) yang bermaksud bahawa orang terjejas itu ialah seorang orang kenaan, bahawa segala atau mana-mana harta yang dinyatakan dalam permohonan Pendakwa Raya ialah harta yang menyalahi undang-undang dan bahawa orang terjejas itu ialah pemegang harta yang menyalahi undang-undang sedemikian, ia hendaklah memerintahkan supaya harta itu, tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini, dilucuthakkan.

(6) Jika Mahkamah mendapati bahawa segala atau mana- mana harta yang dinyatakan dalam permohonan Pendakwa Raya ialah harta yang menyalahi undang-undang tetapi bahawa orang terjejas itu bukan pemegang harta itu, tidak kira sama ada atau tidak Mahkamah mendapati orang terjejas itu ialah seorang orang kenaan Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya harta itu dilucuthakkan, melainkan jika seorang yang lain menuntut bahawa dia berhak menurut undang-undang ke atas harta itu sebagai pembeli suci hati dengan balasan berharga atau jika Pendakwa Raya memberitahu Mahkamah bahawa dia bercadang hendak membuat suatu permohonan baru berkenaan dengan harta yang menyalahi undang-undang sedemikian terhadap seorang orang kenaan selain daripada orang terjejas itu.

(7) Jika seseorang yang lain menuntut di bawah subseksyen (6) bahawa dia berhak menurut undang-undang ke atas harta yang menyalahi undang-undang itu sebagai pembeli suci hati dengan balasan berharga, Mahkamah hendaklah terus menimbangkan tuntutan itu, dan jika, selepas memberikan peluang kepada Pendakwa Raya untuk mematahkan tuntutan itu, Mahkamah berpuas hati bahawa orang itu bukanlah pembeli suci hati harta itu dengan balasan berharga, ia hendaklah memerintahkan supaya harta itu dilucuthakkan. Pelucuthakan jenis harta yang tertentu

11. (1) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa mana-mana harta yang telah diperintahkan oleh Mahkamah supaya dilucuthakkan di bawah subseksyen 10(5)—

(a) tidak dapat diketahui tempat letaknya atau dikesan; (b) telah dilupuskan kepada seorang pembeli suci hati dengan balasan berharga; (c) telah dipindahkan dari Malaysia; (d) berada di luar Malaysia; (e) telah berbaur dengan harta lain yang tidak dapat diasingkan atau dibahagikan tanpa menyebabkan kesulitan; atau (f) telah susut nilainya, Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya mana-mana harta lain kepunyaan orang terjejas itu dilucuthakkan senilai dengan nilai mana-mana harta yang disebutkan dalam perenggan (a), (c), (d) atau (e), atau, dalam hal harta yang disebutkan dalam perenggan (b) atau (f), setakat pelupusan itu atau setakat yang ia telah susut nilainya, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan jika tiada lagi harta lain untuk dilucuthakkan, atau jika nilai bagi harta lain yang diperintahkan supaya dilucuthakkan itu adalah kurang daripada nilai harta yang pada mulanya diperintahkan supaya dilucuthakkan, Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya dilucuthakkan suatu amaun yang sama banyaknya dengan nilai penuh harta yang pada mulanya diperintahkan supaya dilucuthakkan itu, atau dengan nilai penuh itu ditolak nilai bagi harta lain yang diperintahkan supaya dilucuthakkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan jika orang itu tidak membayar amaun itu dalam tempoh, yang tidak melebihi tiga puluh hari dari tarikh perintah itu, yang diarahkan oleh Mahkamah, Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman penjara ke atasnya selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun tetapi tidak lebih daripada tujuh tahun.

(2) Jika orang yang berkenaan dengan hartanya suatu perintah pelucuthakan di bawah seksyen 10 telah dibuat mati sebelum perintah itu dibuat atau mati selepas perintah itu dibuat dan subseksyen (1) terpakai berkenaan dengan mana-mana harta yang dilucuthakkan sedemikian, subseksyen tersebut hendaklah berkuat kuasa terhadap harta pusaka si mati itu mengikut cara yang sama seperti ia sepatutnya berkuat kuasa terhadapnya dan

hartanya: Dengan syarat bahawa tiada perintah bagi pembayaran sesuatu amaun boleh dibuat terhadap wakil diri harta pusaka si mati atau mana-mana benefisiari si mati itu jika tiada harta pusaka si mati yang boleh didapati untuk dilucuthakkan atau untuk membayar amaun sedemikian.

(3) (a) Bagi maksud seksyen ini, nilai apa-apa harta ialah nilai pasarannya pada tarikh perintah di bawah subseksyen 10(5) dibuat atau nilai yang ditentukan oleh seseorang yang mempunyai daya pengetahuan khas berkenaan dengan harta itu. Urus niaga tertentu menjadi terbatal dan tidak sah

(b) Sekiranya berlaku apa-apa pertikaian mengenai nilai apa-apa harta, mahkamah hendaklah memutuskan nilai itu selepas mendengar representasi daripada orang terjejas itu dan Pendakwa Raya.

12. (1) Apa-apa urus niaga, kontrak, atau apa-apa jua pun perkara lain yang dilaksanakan, dilakukan, atau dibuat, oleh mana-mana orang selepas pengeluaran suatu notis di bawah subseksyen 9(1) berkenaan dengan mana-mana harta yang disebut dalam, atau yang terjejas oleh, notis tersebut adalah terbatal dan tidak sah, dan tidak boleh didaftarkan atau bagaimana jua pun selainnya dilaksanakan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa.

(2) Selagi prosiding di bawah Bahagian ini berkenaan dengan notis di bawah seksyen 9 belum selesai dengan muktamadnya di Mahkamah Tinggi atau di *Mahkamah Persekutuan tiada tindakan, guaman atau prosiding lain yang bersifat sivil boleh dimulakan atau, jika ia sudah dimulakan tetapi belum selesai, dikekalkan atau diteruskan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain terhadap orang yang dinamakan dalam notis itu, atau yang berkenaan dengan harta

* CATATAN─ sebelum ini dirujuk sebagai “Mahkamah Agung”-lihat seksyen 46 Akta (Pindaan) Perlembagaan 1994 [Akta A885]. pusakanya atau hartanya yang notis itu dikeluarkan, atau berkenaan dengan mana-mana harta yang disebutkan dalam, atau yang terjejas oleh, notis itu, dan tiada penahanan, pelaksanaan, atau proses lain yang serupa itu boleh dimulakan atau, jika ia sudah dimulakan tetapi belum selesai, diteruskan terhadap mana- mana orang sedemikian atau berkenaan dengan mana-mana harta oleh sebab apa-apa tuntutan, penghakiman atau dekri, tidak kira sama ada tuntutan itu telah dibuat, atau penghakiman atau dekri itu telah diberikan, sebelum atau selepas notis itu dikeluarkan, kecuali atas kehendak Kerajaan Malaysia, atau Kerajaan mana- mana Negeri, atau atas kehendak suatu pihak berkuasa tempatan, atau badan berkanun lain, atau kecuali dengan terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada Pendakwa Raya.

(3) Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh mengurangkan peruntukan subseksyen 24(8), 24(9) atau seksyen 29. Prosiding tidak akan terhenti apabila orang yang terjejas mati

13. (1) Prosiding di bawah Bahagian ini tidakterhenti apabila orang terjejas mati tetapi hendaklah diteruskan sehingga ia selesai dengan muktamadnya, tidak kira sama ada atau tidak kematian itu akibat daripada pelaksanaan suatu hukuman mati kerana apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan sama ada atau tidak kesalahan itu adalah berhubungan dengan atau melibatkan apa-apa dadah berbahaya, dan jika prosiding di bawah Bahagian ini dimulakan terhadap seseorang yang sudah dijatuhi hukuman mati prosiding itu tidak boleh menghalang, melengahkan atau dengan apa-apa jua cara atau kerana apa-apa jua sebab menjejaskan proses untuk pelaksanaan hukuman itu.

(2) Jika orang terjejas mati sebelum selesainya mana-mana prosiding di bawah Bahagian ini, tetapi selepas pengeluaran notis terhadapnya di bawah subseksyen 9(1), prosiding itu hendaklah diteruskan terhadap wakil diri orang kenaan yang mati itu atau, jika tidak ada wakil diri sedemikian, terhadap benefisiari atau benefisiari-

benefisiari harta pusaka orang kenaan yang mati itu yang ditentukan oleh Mahkamah Tinggi atas permohonan Pendakwa Raya, dan selepas Mahkamah Tinggi telah memberikan peluang kepada benefisiari atau benefisiari-benefisiari itu untuk didengar dalam perkara itu.

(3) Jika pada bila-bila masa selepas apa-apa penentuan benefisiari atau benefisiari-benefisiari telah dibuat oleh Mahkamah Sesyen di bawah perenggan 7(1)(e) atau oleh Mahkamah Tinggi oleh subseksyen 9(4) dan subseksyen (2), perwakilan bagi harta pusaka si mati telah dikeluarkan dengan sempurnanya, Pendakwa Raya hendaklah memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya benefisiari atau benefisiari-benefisiari tersebut digantikan dengan wakil diri, dan Mahkamah Tinggi hendaklah memerintahkan dengan sewajarnya selepas memberikan peluang untuk didengar kepada benefisiari atau benefisiari-benefisiari tersebut dan wakil diri tersebut, dan semasa membuat apa-apa perintah sedemikian Mahkamah Tinggi boleh memberikan segala arahan yang bersifat peralihan, sampingan atau dampingan, atau yang difikirkan perlu oleh Mahkamah Tinggi. Prosiding di bawah Bahagian ini adalah di dalam bidang kuasa jenayah Mahkamah Tinggi

14. Prosiding di bawah Bahagian ini hendaklah diuruskan oleh Mahkamah Tinggi pada menjalankan bidang kuasa jenayahnya, dan undang-undang yang berhubungan dengan prosedur jenayah di Mahkamah Tinggi hendaklah terpakai bagi prosiding itu tertakluk kepada apa-apa ubah suaian yang ditetapkan dalam Bahagian ini atau dalam mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Bahagian IV Kuasa menangkap dan menahan

PENANGKAPAN, PENYIASATAN DAN PENYITAAN

15. (1) Tiap-tiap kesalahan di bawah Akta ini adalah kesalahan boleh tangkap bagi maksud Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

(2) Mana-mana pegawai polis boleh menangkap tanpa waran—

(a) mana-mana orang yang semunasabahnya disyaki olehnya telah melakukan atau adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini; (b) mana-mana orang yang semunasabahnya dipercayai olehnya ialah orang kenaan di bawah perenggan 7(1)(a); atau (c) tanpa menjejaskan perenggan (b), mana-mana orang yang terhadapnya Pendakwa Raya bercadang hendak membuat permohonan di bawah seksyen 8 dan telah memberitahu cadangannya itu secara bertulis kepada seorang pegawai polis.

(3) Jika seseorang yang ditangkap di bawah subseksyen (2) sedang menjalani pemenjaraan, atau berada dalam tahanan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan tahanan pencegahan, atau bagaimana jua pun selainnya berada dalam jagaan yang sah, dia hendaklah, atas suatu perintah bertulis oleh seorang pegawai kanan polis, dibawa ke hadapan pegawai kanan polis itu atau ke hadapan mana-mana pegawai kanan polis lain di tempat yang dinyatakan dalam perintah itu bagi maksud penyiasatan ke atas perkara yang berkenaan dengannya dia boleh ditangkap di bawah subseksyen (2), dan bagi maksud itu dia boleh ditahan dalam jagaan polis selama tempoh tidak melebihi empat belas hari; dan semasa dalam jagaan sedemikian orang itu hendaklah disifatkan terus menjalani tempoh pemenjaraan atau tahanannya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4) Seseorang yang ditangkap di bawah subseksyen (2) hendaklah diberitahu akan peruntukan subseksyen (2) yang di bawahnya dia ditangkap, dan, kecuali dalam hal yang termasuk di bawah subseksyen (3), hendaklah dalam masa dua puluh empat jam (tidak termasuk masa apa-apa perjalanan yang perlu) dibawa ke hadapan Majistret, dan tidak boleh ditahan selanjutnya tanpa perintah daripada Majistret.

(5) Majistret boleh membuat perintah untuk menahan dalam jagaan polis orang yang dibawa ke hadapannya di bawah subseksyen (4) selama tempoh tidak melebihi empat belas hari jika dia berpuas hati bahawa tahanan itu perlu bagi maksud penyiasatan berhubungan dengan perkara yang berkenaan dengannya orang itu telah ditangkap. Kuasa masuk, menggeledah, memeriksa dan menyita

16. (1) Bilamana ternyata kepada mana-mana pegawai kanan polis bahawa ada sebab yang munasabah bagi mengesyaki bahawa di dalam atau di mana-mana premis ada disembunyikan atau disimpan apa-apa harta yang boleh dilucuthakkan di bawah Akta ini, atau yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini adalah semunasabahnya disyaki telah dilakukan, atau apa-apa buku atau dokumen yang secara langsung atau secara tidak langsung berhubungan dengan atau berkaitan dengan apa-apa urus niaga, atau cadangan urus niaga, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, berkenaan dengan apa-apa harta yang boleh disita atau dilucuthakkan di bawah Akta ini atau yang akan, jika dijalankan, menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini, dia boleh pada bila-bila masa pada waktu siang atau malam—

(a) masuk ke dalam premis itu dan di situ menggeledah, dan menyita serta menahan, apa-apa harta, buku atau dokumen sedemikian; (b) memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu dan, bagi maksud pemeriksaan itu, menahan orang itu dan memindahkannya ke suatu tempat yang perlu untuk mempermudahkan pemeriksaan itu; (c) menangkap mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu yang dalam milikannya dijumpai apa-apa harta yang boleh disita atau dilucuthakkan di bawah Akta ini, atau menangkap mana-mana orang yang semunasabahnya dipercayai oleh pegawai itu telah menyembunyikan atau menyimpan harta itu; (d) menyita dan menahan apa-apa buku atau dokumen yang dijumpai di dalam atau di premis itu atau pada orang itu; (e) memecah buka, memeriksa, dan menggeledah, apa-apa artikel, bejana atau bekas; atau (f) memberhentikan, menggeledah dan menahan mana- mana kenderaan.

(2) Pegawai itu boleh jika perlu berbuat demikian—

(a) memecah buka mana-mana pintu atau tingkap luar atau dalam premis itu dan masuk ke dalamnya; (b) dengan paksa masuk ke dalam premis itu dan tiap-tiap bahagiannya; (c) mengalih dengan menggunakan kekerasan apa-apa galangan terhadap kemasukan, penggeledahan atau pemeriksaan, penyitaan dan pemindahan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; atau (d) menahan tiap-tiap orang yang dijumpai di dalam atau di premis itu, sehingga premis itu telah digeledah.

(3) Subseksyen (1) dan (2) tidak terpakai berhubungan dengan buku jurubank di sesuatu bank. Pemeriksaan ke atas seseorang

17. (1) Seseorang pegawai kanan polis boleh memeriksa, atau menyebabkan diperiksa, mana-mana orang yang pada dirinya pegawai kanan polis itu mempunyai sebab untuk percaya ada apa-apa harta yang boleh disita atau dilucuthakkan di bawah Akta ini, atau apa-apa jua pun artikel yang perlu bagi maksud apa-apa penyiasatan di bawah Akta ini, dan bagi maksud pemeriksaan itu boleh menahan orang itu selama apa-apa tempoh yang perlu untuk menjalankan

pemeriksaan itu, yang tidak bagaimanapun boleh melebihi dua puluh empat jam tanpa kebenaran seorang Majistret, dan boleh memindahkan orang itu dalam jagaan ke suatu tempat yang perlu untuk mempermudahkan pemeriksaan itu.

(2) Pemeriksaan ke atas seseorang di bawah seksyen ini atau di bawah seksyen 16 boleh meliputi pemeriksaan perubatan yang dijalankan oleh seorang pegawai perubatan ke atas tubuhnya, baik bahagian luar mahu pun bahagian dalam tubuh badan.

(3) Tiada seorang orang perempuan pun boleh diperiksa di bawah seksyen ini atau di bawah seksyen 16 kecuali oleh seorang perempuan lain. Galangan terhadap pemeriksaan orang

18. Mana-mana orang yang— Tanggung rugi

(a) enggan memberikan akses ke mana-mana premis kepada mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk masuk atau menggeledah, atau tidak mematuhi arahan supaya dirinya diperiksa oleh seseorang yang diberi kuasa untuk memeriksanya; (b) menyerang, menggalang, menghalang atau melengahkan pegawai yang diberi kuasa itu masuk sedangkan dia berhak masuk di bawah Akta ini, atau dalam melaksanakan apa-apa tugas yang dipertanggungkan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; (c) tidak mematuhi apa-apa tuntutan yang sah daripada mana-mana pegawai polis dalam melaksanakan tugasnya di bawah Akta ini; (d) enggan atau abai memberikan apa- apa maklumat yang semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang berkuasa diberikan olehnya; (e) tidak mengemukakan atau menyembunyikan atau cuba menyembunyikan apa-apa harta, dokumen, atau buku yang berhubungan dengannya ada alasan yang munasabah bagi mengesyaki bahawa suatu kesalahan telah atau sedang dilakukan di bawah Akta ini, atau yang disita di bawah Akta ini; (f) menyelamatkan atau berusaha menyelamatkan atau menyebabkan diselamatkan apa-apa benda yang telah disita dengan wajar; (g) memberi mana-mana pegawai dengan mengatakan sebagai benar maklumat yang dia tahu atau mempunyai sebab bagi mempercayai adalah palsu; atau (h) sebelum atau selepas penyitaan, memecahkan atau selainnya memusnahkan apa-apa jua untuk mengelakkannya disita atau didapatkan, adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

19. (1) Kerajaan tidak bertanggungan untuk menggantikan apa- apa kerosakan yang berlaku kepada mana-mana barang atau mana- mana harta akibat daripada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau penahanan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, melainkan jika kerosakan itu telah disebabkan oleh pengabaian atau keingkaran sengaja pegawai awam yang diambil kerja oleh Kerajaan.

(2) Jika amaun pampasan berkenaan dengan apa-apa kerosakan yang disebabkan sedemikian itu tidak dipersetujui di antara Kerajaan dengan pihak menuntut, ia hendaklah, apabila permohonan dibuat oleh Pendakwa Raya atau orang yang menuntut Kuasa untuk memintas perhubungan

pampasan itu ditentukan dan diputuskan secara terus oleh Mahkamah Majistret Kelas satu.

20. (1) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, sama ada diperbuat sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, Pendakwa Raya, jika difikirkannya bahawa perhubungan itu mungkin mengandungi apa-apa maklumat yang mungkin relevan bagi maksud apa-apa penyiasatan ke atas sesuatu kesalahan di bawah seksyen 3, 4, atau subseksyen 24(7), atau di bawah mana-mana undang-undang asing yang bersamaan, atau bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Bahagian III, atau bagi apa-apa maksud lain di bawah Akta ini, boleh, atas permohonan seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Penguasa polis, membenarkan mana-mana pegawai polis—

(a) memintas, menahan dan membuka apa-apa artikel pos dalam masa penghantarannya melalui pos; (b) memintas apa-apa perutusan yang dipancarkan atau diterima menerusi mana-mana komunikasi; atau (c) memintas atau mendengar apa-apa perbualan menerusi mana-mana telekomunikasi.

(2) Apabila mana-mana orang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah seksyen 3, 4, atau subseksyen 24(7), atau apabila apa-apa prosiding diambil di bawah Bahagian III, apa-apa maklumat yang didapati oleh pegawai polis menurut subseksyen (1), sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh atau sebelum atau selepas prosiding itu dimulakan, boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya atau dalam prosiding seperti yang disebut terdahulu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3) Kebenaran Pendakwa Raya di bawah subsekyen (1) boleh diberikan sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada kepada mana-mana pegawai polis tertentu atau secara am kepada Ketua Polis Negara dan semua pegawai polis lain:

Dengan syarat bahawa jika kebenaran lisan diberikan, Pendakwa Raya hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, mengubah kebenaran itu ke dalam bentuk bertulis.

(4) Perakuan Pendakwa Raya yang menyatakan bahawa tindakan yang diambil oleh seseorang pegawai polis menurut subseksyen (1) telah dibenarkan olehnya di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi keterangan konklusif bahawa ia telah dibenarkan sedemikian, dan perakuan itu boleh diterima sebagai keterangan tanpa memerlukan bukti tandatangan pada perakuan itu.

(5) Tiada seorang pun boleh mempunyai apa-apa kewajipan, obligasi atau liabiliti, atau boleh dengan apa-apa jua cara dipaksa, untuk mendedahkan, dalam mana-mana prosiding, tatacara, kaedah, cara atau jalan, atau apa-apa perkara yang berhubungan dengannya, berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan di bawah perenggan (1)(a), (b) atau (c).

(6) Bagi maksud seksyen ini— Kuasa khas mengenai penyiasatan

“artikel pos” hendaklah mempunyai erti yang sama seperti dalam *Akta Pejabat Pos 1947 [Akta 211]; dan “telekomunikasi” hendaklah mempunyai erti yang sama seperti dalam **Akta Telekomunikasi 1950 [Akta 20].

21. (1) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, sama ada diperbuat sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, Pendakwa Raya, jika berpuas hati bahawa adalah perlu bagi maksud apa-apa penyiasatan ke atas suatu kesalahan di bawah seksyen 3, 4, atau subseksyen 24(7), atau di bawah mana-mana undang-undang asing yang bersamaan, atau bagi

* CATATAN ─ Akta Pejabat Pos 1947 [Akta 211] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Pos 1991 [Akta 465] ─ lihat seksyen 50 bagi Akta 465. ** CATATAN ─ Akta Telekomunikasi 1950 [Akta 20] telah dimansuhkan oleh Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]─ lihat seksyen 273 bagi Akta 588. maksud apa-apa prosiding di bawah Bahagian III, atau bagi apa-apa maksud lain di bawah Akta ini, boleh melalui perintah secara bertulis membenarkan mana-mana pegawai kanan polis yang dinamakan dalam perintah itu untuk menjalankan penyiasatan mengenai perkara itu mengikut apa-apa cara atau kaedah yang dinyatakan dalam perintah itu.

(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), perintah itu boleh membenarkan disiasat, diperiksa, dan diambil salinan, mana- mana buku jurubank atau akaun bank, atau mana-mana akaun syer atau akaun belian, akaun perbelanjaan atau mana-mana akaun lain, atau membenarkan diperiksa mana-mana peti simpanan selamat, dalam mana-mana bank, institusi kewangan, syarikat, firma, persatuan, pertubuhan, atau mana-mana jua pun badan lain, dan hendaklah menjadi kuasa yang cukup bagi pendedahan atau pengemukaan oleh mana-mana orang akan segala atau mana-mana maklumat atau akaun atau dokumen atau artikel sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai yang dibenarkan sedemikian.

(3) Mana-mana orang yang dengan sengaja tidak atau enggan mendedahkan mana-mana maklumat sedemikian, atau mengemukakan mana-mana akaun atau dokumen atau artikel sedemikian, kepada orang yang dibenarkan sedemikian adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(4) Jika mana-mana orang mendedahkan mana-mana maklumat sedemikian, atau mengemukakan mana-mana akaun atau dokumen atau artikel sedemikian, kepada orang yang dibenarkan sedemikian, orang yang mula-mula disebutkan itu ataupun mana-mana orang lain yang bagi pihaknya atau atas arahannya, atau yang sebagai ejen atau pekerjanya, orang yang mula-mula disebutkan itu mungkin bertindak tidak boleh, oleh sebab pendedahan atau pengemukaan itu, dikenakan apa-apa dakwaan kerana apa-apa kesalahan di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang, atau dikenakan Kuasa Pendakwa Raya untuk mendapatkan maklumat

apa-apa prosiding atau tuntutan dalam apa-apa bentuk atau apa-apa perihalan oleh mana-mana orang di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang, atau di bawah atau menurut kuasa mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan, sama ada nyata atau tersirat, atau bagaimana jua pun selainnya.

22. (1) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, sama ada diperbuat sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, bagi maksud apa-apa penyiasatan ke atas, atau apa-apa prosiding yang berhubungan dengan, suatu kesalahan di bawah seksyen 3, 4, atau subseksyen 24(7), atau di bawah mana- mana undang-undang asing yang bersamaan, yang disyaki telah dilakukan oleh mana-mana orang, atau bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Bahagian III terhadap mana-mana orang, Pendakwa Raya boleh, melalui notis bertulis—

(a) menghendaki mana-mana orang itu memberikan kenyataan bersumpah secara bertulis— (i) yang mengenal pasti setiap butiran harta alih atau tak alih, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang dipunyai atau yang dimiliki oleh orang itu, atau oleh saudara atau sekutunya, dan menyebutkan tarikh setiap harta yang dikenal pasti sedemikian telah diperoleh, dan cara bagaimana harta itu telah diperoleh, sama ada dengan cara apa-apa urus niaga, bekues, pewarisan, atau bagaimana jua pun selainnya; (ii) yang mengenal pasti setiap harta yang dihantar ke luar Malaysia olehnya atau oleh saudara atau sekutunya di sepanjang tempoh yang dinyatakan dalam notis itu; (iii) yang menerangkan nilai anggaran dan tempat letak setiap harta yang dikenal pasti di bawah subperenggan (i) dan (ii), dan jika tempat letak mana-mana harta itu tidak dapat diketahui, sebabnya begitu; (vi) yang menyatakan, berkenaan dengan setiap harta yang dikenal pasti di bawah subperenggan (i) dan (ii), sama ada harta itu dipegang olehnya sendiri atau oleh mana-mana orang lain bagi pihaknya, sama ada harta itu telah dipindah milik, dijualkan kepada, atau disimpan dengan mana- mana orang lain, sama ada harta itu telah susut nilainya sejak pemerolehannya oleh orang itu, dan sama ada harta itu telah berbaur dengan harta lain yang tidak dapat diasingkan atau dibahagikan tanpa menyebabkan kesulitan; (v) yang menerangkan segala maklumat lain yang berhubungan dengan harta, perniagaan, perjalanan, atau apa-apa jua pun aktiviti lain orang itu, atau yang berhubungan dengan harta, perniagaan, perjalanan atau apa-apa jua pun aktiviti lain saudara atau sekutunya, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu, dan (vi) yang menerangkan segala sumber pendapatan, perolehan atau asetnya; (b) menghendaki mana-mana saudara atau sekutu orang itu, atau mana-mana orang lain yang berkenaan dengannya Pendakwa Raya mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa maklumat daripadanya akan dapat membantu dalam penyiasatan, memberikan kenyataan bersumpah secara bertulis— (i) yang mengenal pasti setiap harta alih atau tak alih, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang dipunyai atau yang dimiliki olehnya, dan menyebutkan tarikh setiap harta yang dikenal pasti itu telah diperolehi, dan cara bagaimana harta itu telah diperolehi, sama ada dengan cara apa-apa urus niaga, bekues, pewarisan,atau bagaimana jua pun selainnya; (ii) yang mengenal pasti setiap harta yang dihantar ke luar Malaysia olehnya di sepanjang tempoh yang dinyatakan dalam notis itu; ( iii) yang menerangkan nilai anggaran dan tempat letak setiap harta yang dikenal pasti di bawah subperenggan (i) dan (ii), dan jika tempat letak mana-mana harta itu tidak dapat diketahui, sebabnya begitu; (iv) yang menyatakan, berkenaan dengan setiap harta yang dikenal pasti di bawah subperenggan (i) dan (ii), sama ada harta itu dipegang olehnya sendiri atau oleh mana-mana orang lain bagi pihaknya, sama ada harta itu telah dipindah milik, dijualkan kepada, atau disimpan dengan mana-mana orang lain, sama ada harta itu telah susut nilainya sejak pemerolehannya oleh orang itu, dan sama ada harta itu telah berbaur dengan harta lain yang tidak dapat diasingkan atau dibahagikan tanpa menyebabkan kesulitan; (v) yang menerangkan segala maklumat lain yang berhubungan dengan harta, perniagaan, perjalanan, atau apa-apa jua pun aktiviti lain orang itu, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu; dan (vi) yang menerangkan segala sumber pendapatan, perolehan atau asetnya; (c) menghendaki mana-mana pegawai awam mengemukakan atau memberikan apa-apa dokumen, atau salinan diperakui bagi apa-apa dokumen, yang ada dalam milikannya atau di bawah kawalannya; dan (d) menghendaki mana-mana pegawai atau pekerja mana- mana bank atau institusi kewangan, atau mana-mana orang yang dengan apa-apa jua cara atau sedikit sebanyak bertanggungjawab bagi pengurusan dan kawalan hal ehwal mana-mana bank atau mana-mana institusi kewangan, memberikan salinan mana-mana atau segala akaun, dokumen dan rekod yang berhubungan dengan mana-mana orang yang kepadanya suatu notis boleh atau telah dikeluarkan di bawah perenggan (a) atau (b).

(2) Tiap-tiap orang yang kepadanya suatu notis dihantar oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen (1) hendaklah, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, sama ada diperbuat sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini atau apa-apa sumpah, aku janji atau kehendak menyimpan rahsia sebaliknya, atau apa-apa obligasi di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan, sama ada nyata atau tersirat, sebaliknya, mematuhi terma notis itu dalam masa yang dinyatakan di dalamnya, dan mana-mana orang yang sengaja mengabaikan atau tidak mematuhi terma notis itu sedemikian adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(3) Jika mana-mana orang mendedahkan mana-mana maklumat sedemikian, atau mengemukakan mana-mana akaun atau dokumen atau artikel sedemikian, kepada orang yang dibenarkan sedemikian, orang yang mula-mula disebutkan itu ataupun mana-mana orang lain yang bagi pihaknya atau atas arahannya, atau yang sebagai ejen atau pekerjanya, orang yang mula-mula disebutkan itu mungkin bertindak tidak boleh, oleh sebab pendedahan atau pengemukaan itu, dikenakan apa-apa dakwaan kerana apa-apa kesalahan di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang, atau dikenakan apa-apa prosiding atau tuntutan dalam apa-apa bentuk atau apa-apa perihalan oleh mana-mana orang di bawah atau menurut kuasa mana-mana perjanjian atau perkiraan, sama ada nyata atau tersirat, atau Kuasa Pendakwa Raya untuk meminta maklumat daripada pegawai tertentu

bagaimana jua pun selainnya.

23. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana- mana undang-undang bertulis lain, sama ada diperbuat sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, Pendakwa Raya hendaklah mempunyai kuasa menghendaki mana-mana pegawai awam dalam masa yang dinyatakan olehnya memberikan apa-apa maklumat berhubungan dengan mana-mana orang, apa-apa soalan atau perkara yang pada pendapat Pendakwa Raya akan berguna bagi, atau relevan dengan, maksud Akta ini, dan pegawai awam itu hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk memberikannya kepada Pendakwa Raya dalam masa yang dinyatakan itu.

(2) Jika mana-mana pegawai awam memberikan apa-apa maklumat di bawah subseksyen (1) dia tidak boleh oleh sebab itu dikenakan apa-apa dakwaan kerana apa-apa kesalahan di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang, atau dikenakan apa-apa prosiding atau tuntutan dalam apa-apa bentuk atau apa-apa perihalan oleh mana-mana orang di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang, atau di bawah atau menurut kuasa mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan, sama ada nyata atau tersirat, atau bagaimana jua pun selainnya. Perintah oleh Pendakwa Raya berhubungan dengan seseorang yang terhadapnya tindakan di bawah seksyen 8 dicadangkan hendak diteruskan atau yang dicadangkan hendak atau yang sedang didakwa kerana kesalahan tertentu

24. (1) Jika Pendakwa Raya—

(a) bercadang hendak membuat pemohonan kepada Mahkamah Tinggi di bawah seksyen 8 terhadap mana- mana orang; (b) bercadang hendak memulakan apa-apa pendakwaan terhadap mana-mana orang kerana suatu kesalahan di bawah seksyen 3 atau 4, atau kerana suatu kesalahan yang disebut dalam Butiran 1, 2, 3 atau 4 Jadual Pertama; atau (c) telah memulakan apa-apa pendakwaan terhadap mana- mana orang kerana suatu kesalahan seperti yang disebutkan dalam perenggan (b) dan prosiding berkenaan dengan pendakwaan itu belum selesai, Pendakwa Raya boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menamakan atau memperihalkan orang itu dan menghendaki orang yang dinamakan atau diperihalkan sedemikian mematuhi mana-mana peruntukan yang ditetapkan dalam perintah itu.

(2) Bagi maksud perenggan (1)(c), prosiding berkenaan dengan sesuatu pendakwaan hendaklah dikira belum selesai jika mahkamah berbidang kuasa asal yang menjalankan prosiding itu belum lagi menyampaikan keputusannya.

(3) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), perintah yang disebutkan di dalamnya boleh menghendaki orang yang dinamakan atau diperihalkan dalam perintah itu—

(a) mendedahkan kepada Pendakwa Raya dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu nilai, jenis, tempat letak, dan segala butir lain yang relevan, bagi segala harta atau mana-mana harta tertentu, yang dipegang oleh orang itu atau oleh mana-mana saudara atau sekutu orang itu; (b) mendedahkan kepada Pendakwa Raya dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu nilai, jenis, tempat letak, dan segala butir lain yang relevan, bagi segala harta atau mana-mana harta tertentu yang dipegang olehnya atau oleh mana-mana saudara atau sekutunya sepanjang tempoh lima tahun sebelum tarikh perintah itu, yang bukannya suatu tempoh sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini; (c) tidak mengurusniagakan, membelanjakan atau melupuskan mana-mana harta yang dipegang olehnya tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Pendakwa Raya; (d) tidak memindahkan dari atau menghantar ke luar Malaysia, atau menyebabkan dipindahkan dari atau dihantar ke luar Malaysia, mana-mana harta yang dipegang olehnya tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Pendakwa Raya; atau (e) tidak meninggalkan Malaysia tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Pendakwa Raya, dan menyerahkan segala dokumen perjalanannya, sama ada dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia atau mana- mana kerajaan lain, kepada Ketua Pengarah Imigresen dalam masa satu minggu selepas tersiarnya perintah itu.

(4) Suatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh menghendaki semua saudara dan sekutu pada amnya kepada orang yang dinamakan atau diperihalkan di bawah subseksyen (1) dalam perintah itu, atau mana-mana golongan atau perihalan saudara atau sekutu tertentu orang itu, atau mana-mana saudara atau sekutu tertentu orang itu, yang dinyatakan dalam perintah itu, mematuhi mana-mana peruntukan yang terkandung dalam perintah itu, termasuk peruntukan yang bersamaan dengan perenggan (3)(a), (b),

(c) dan (d) berhubungan dengan harta yang dipegang oleh saudara atau sekutu itu.

(5) Perintah di bawah subseksyen (1) boleh juga menghendaki semua orang pada amnya, atau mana-mana golongan atau perihalan orang tertentu yang dinyatakan dalam perintah itu, atau mana-mana orang tertentu yang dinyatakan dalam perintah itu, yang memegang, selain daripada sebagai pembeli suci hati dengan balasan berharga, apa-apa harta mengenainya mana-mana orang yang dinamakan atau diperihalkan di bawah subseksyen (1) dalam perintah itu mempunyai kepentingan atau pernah mempunyai kepentingan

sepanjang tempoh lima tahun sebelum tarikh perintah itu, iaitu yang bukannya suatu tempoh sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini— (a) mendedahkan kepada Pendakwa Raya dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu nilai, jenis, tempat letak, dan segala butir lain yang relevan bagi harta itu; (b) tidak memindahkan dari atau menghantar ke luar Malaysia, atau menyebabkan dipindahkan dari atau dihantar ke luar Malaysia, mana-mana harta yang sedemikian tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Pendakwa Raya; dan (c) tidak mengurusniagakan, membelanjakan atau melupuskan mana-mana harta yang sedemikian tanpa terlebih dahulu mendapatkan kelulusan bertulis daripada Pendakwa Raya.

(6) Jika suatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen (1), Pendakwa Raya boleh melalui notis bertulis menghendaki mana- mana orang yang baginya perintah itu terpakai membuat segala pendedahan itu, atau memberikan segala maklumat itu, atau melakukan atau menahan diri daripada melakukan apa-apa perbuatan tertentu, berhubungan dengan mana-mana harta yang terjejas oleh perintah itu bagi maksud menjamin pematuhan perintah itu oleh mana-mana orang yang baginya perintah itu terpakai, dan mana-mana notis sedemikian tidak menjejaskan liabiliti di bawah subseksyen (7) orang yang kepadanya notis itu dikeluarkan kerana tidak mematuhi mana-mana peruntukan perintah itu, sama ada atau tidak peruntukan itu terjejas oleh perintah itu.

(7) Jika suatu perintah telah disiarkan di bawah subseksyen (1), mulai dari tarikh penyiaran itu adalah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang—

(a) melanggar mana-mana kehendak, arahan, terma atau peruntukan lain perintah itu atau mana-mana notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (6); (b) menyembunyikan, menyorokkan, memusnahkan atau mengubah apa-apa objek, artikel, material atau benda, atau akaun, buku atau dokumen lain, atau apa-apa catatan di dalamnya, kepunyaan atau yang berhubungan dengan mana-mana orang atau harta yang terjejas oleh perintah itu; (c) memindahkan dari atau menghantar ke luar Malaysia, atau menyebabkan dipindahkan dari atau dihantar ke luar Malaysia, apa-apa jua yang disebutkan dalam perenggan (b) tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Pendakwa Raya; (d) mengurusniagakan, membelanjakan, melupuskan, atau memindahkan dari Malaysia atau menghantar ke luar Malaysia, atau menyebabkan diurusniagakan, dibelanjakan, dilupuskan, atau dipindahkan dari atau dihantar ke luar Malaysia, mana-mana harta yang terjejas oleh perintah itu, tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Pendakwa Raya, dan mana-mana orang yang melakukan kesalahan sedemikian boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.

(8) Apa-apa urus niaga, kontrak, atau apa-apa jua pun perkara lain yang dilaksanakan, dilakukan, atau dibuat oleh mana-mana orang atau di antara mana-mana orang selepas tersiarnya suatu perintah di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan mana-mana harta yang terjejas oleh perintah itu, kecuali apa-apa urus niaga yang dilaksanakan di bawah Akta ini oleh seorang pegawai awam atas sifatnya sebagai pegawai yang sedemikian, atau selainnya oleh atau bagi pihak Kerajaan Malaysia, atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau suatu pihak berkuasa tempatan, atau badan berkanun lain, adalah terbatal dan tidak sah, dan tidak boleh didaftarkan atau bagaimana jua pun selainnya dilaksanakan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa.

(9) Selagi suatu perintah di bawah subseksyen (1) masih berkuat kuasa, tiada tindakan, guaman atau prosiding lain yang bersifat sivil boleh dimulakan atau, jika ia sudah dimulakan tetapi belum selesai, dikekalkan atau diteruskan dalam mana-mana mahkamah atau di

hadapan mana-mana pihak berkuasa lain terhadap orang yang dinamakan atau diperihalkan di bawah subseksyen (1) dalam perintah itu, atau berkenaan dengan mana-mana harta yang terjejas oleh perintah itu, dan tiada penahanan, pelaksanaan atau proses lain yang serupa itu boleh dimulakan atau, jika mana-mana proses sedemikian sudah dimulakan tetapi belum selesai, dikekalkan atau diteruskan terhadap orang itu atau berkenaan dengan harta itu oleh sebab apa-apa tuntutan, penghakiman atau dekri, tidak kira sama ada tuntutan itu telah dibuat, atau penghakiman atau dekri itu telah diberikan, sebelum atau selepas perintah itu dibuat dan disiarkan di bawah subseksyen (1), kecuali atas kehendak Kerajaan Malaysia, atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau atas kehendak suatu pihak berkuasa tempatan, atau badan berkanun lain, atau kecuali dengan terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada Pendakwa Raya.

(10) Suatu perintah di bawah subseksyen (1)—

(a) hendaklah, dalam hal suatu perintah terhadap seseorang yang disebutkan dalam perenggan (1)(a), terhenti daripada terus berkuat kuasa jika tiada permohonan kepada Mahkamah Tinggi di bawah seksyen 8 difailkan oleh Pendakwa Raya di Mahkamah Tinggi terhadap orang itu dalam masa empat belas hari selepas tarikh tersiarnya perintah itu; (b) hendaklah, dalam hal suatu perintah terhadap seseorang yang disebutkan dalam perenggan (1)(b), terhenti daripada terus berkuat kuasa jika orang itu tidak dipertuduh di mahkamah kerana suatu kesalahan di bawah seksyen 3 atau 4, atau suatu kesalahan yang disebutkan dalam Butiran 1, 2, 3 atau 4 Jadual Pertama, dalam masa empat belas hari selepas tarikh tersiarnya perintah itu; (c) hendaklah terhenti daripada terus berkuat kuasa jika Mahkamah Tinggi merekodkan dapatan di bawah subseksyen 10(4) bahawa orang yang dinamakan dalam perintah di bawah subseksyen (1) itu bukan orang kenaan atau, dalam hal seseorang yang didakwa kerana suatu kesalahan seperti yang disebutkan terdahulu, jika dia dibebaskan dengan muktamadnya daripada kesalahan itu; dan (d) hendaklah terhenti terpakai bagi mana-mana harta yang berkenaan dengannya Mahkamah Tinggi merekodkan dapatan di bawah subseksyen 10(4) bahawa harta itu bukan harta yang menyalahi undang-undang, dan Pendakwa Raya hendaklah menyiarkan dalam Warta suatu pemberitahuan bagi tiap-tiap penghentian itu dalam masa sepuluh hari selepas berkuatkuasanya penghentian itu.

(11) Pendakwa Raya boleh pada bila-bila masa meminda atau membatalkan sesuatu perintah di bawah subseksyen (1), tetapi apa- apa pembatalan yang sedemikian tidak menjadi galangan kepada pembuatan apa-apa perintah baru di bawah subseksyen (1) pada bila-bila masa selepas itu terhadap mana-mana orang yang baginya perintah terdahulu itu terpakai atau berkenaan dengan mana-mana harta yang terjejas oleh perintah terdahulu itu.

(12) Sesuatu pemberitahuan di bawah subseksyen (10) atau sesuatu pembatalan atau pindaan sesuatu perintah di bawah subseksyen (11) boleh mengandungi peruntukan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berbangkit, berdampingan atau bersampingan dengan pemberitahuan, pembatalan atau pindaan itu.

(13) Jika sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) terhenti daripada terus berkuat kuasa, atau terhenti terpakai bagi mana-mana harta di bawah subseksyen (10), penghentian itu tidak menjadi galangan kepada pembuatan apa-apa perintah baru di bawah subseksyen (1) pada bila-bila masa selepas itu terhadap mana-mana orang yang baginya perintah terdahulu itu terpakai, atau berkenaan dengan mana-mana harta yang terjejas oleh perintah terdahulu itu, dengan syarat perintah baru yang sedemikian adalah berhubungan Penyitaan harta alih

dengan permohonan baru atau pendakwaan baru seperti yang disebutkan dalam subseksyen (1).

25. (1) Mana-mana harta alih yang semunasabahnya disyaki oleh seorang pegawai kanan polis ialah hal perkara suatu kesalahan di bawah Akta ini, atau yang telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu, atau harta yang menyalahi undang-undang, boleh disita.

(2) Bilamana apa-apa harta alih yang menyalahi undang-undang disita di bawah subseksyen (1), pegawai yang melaksanakan penyitaan itu hendaklah dengan seberapa segera yang praktik menyampaikan suatu notis bertulis tentang penyitaan itu dan alasannya kepada pemunya harta itu, jika pemunya itu dan tempat dia berada diketahui:

Dengan syarat bahawa notis itu tidak dikehendaki disampaikan jika penyitaan itu dibuat di hadapan orang yang terhadapnya prosiding di bawah Bahagian III dicadangkan hendak diambil, atau di hadapan pemunya harta itu atau ejennya, atau, dalam hal kapal atau pesawat udara, di hadapan nakhoda atau juruterbangnya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi mana-mana kapal yang berat bebannya lebih daripada satu ratus tan, atau bagi mana-mana keretapi atau bagi mana-mana pesawat udara, kepunyaan mana- mana orang yang menjalankan perkhidmatan mengangkut penumpang atau barang muatan yang sah secara tetap di dalam Malaysia atau ke dan dari Malaysia, kecuali jika pendakwaan kerana suatu kesalahan di bawah Akta ini akan dimulakan, atau prosiding di bawah Bahagian III akan diambil, terhadap pemunya kapal, keretapi atau pesawat udara itu. Peruntukan lanjutan yang berhubungan dengan penyitaan harta alih

26. (1) Jika apa-apa harta alih disita di bawah Akta ini, penyitaan itu hendaklah dilaksanakan dengan memindahkan harta alih itu daripada milikan orang yang daripadanya harta itu disita dan

meletakkannya di bawah jagaan mana-mana orang atau pihak berkuasa dan di tempat yang ditentukan oleh pegawai kanan polis: Dengan syarat bahawa jika tidak praktik, atau selainnya tidak wajar, untuk melakukan pemindahan harta itu dia boleh meninggalkan harta itu di premis di mana harta itu disita dengan meletakkannya di bawah jagaan mana-mana orang yang ditugaskannya bagi maksud itu.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), apabila apa-apa harta alih, termasuk apa-apa harta alih yang disebutkan dalam subseksyen (4), telah disita di bawah Akta ini, seseorang pegawai kanan polis yang lebih tinggi pangkatnya daripada pegawai kanan polis yang melaksanakan penyitaan itu boleh menurut budi bicaranya—

(a) buat sementara mengembalikan harta alih itu kepada pemunyanya atau kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya harta itu disita, atau kepada mana-mana orang yang difikirkan oleh pegawai kanan polis berhak ke atasnya, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan oleh pegawai kanan polis, dan tertakluk, walau bagaimanapun, kepada jaminan yang cukup diberikan hingga pegawai kanan polis berpuas hati bahawa harta alih itu akan diserahkan kepada pegawai kanan polis apabila dikehendaki oleh pegawai kanan polis dan bahawa terma dan syarat tersebut, jika ada, akan dipatuhi; atau (b) mengembalikan harta alih itu kepada pemunyanya atau kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya harta itu disita, atau kepada mana-mana orang yang difikirkan oleh pegawai kanan polis berhak mendapatnya, dengan memberikan kebebasan kepada orang yang kepadanya harta alih itu dikembalikan sedemikian untuk melupuskan harta itu, dan pengembalian itu adalah tertakluk kepada jaminan diberikan hingga pegawai kanan polis berpuas hati sebanyak amaun yang tidak kurang daripada amaun yang, pada pendapat pegawai kanan polis, merupakan nilai pasaran terbuka bagi harta itu pada tarikh harta itu dikembalikan sedemikian, tertakluk kepada syarat bahawa jika harta itu dilucuthakkan di bawah Akta ini, jaminan itu hendaklah dilucuthakkan di bawah subseksyen (3) sebagai ganti harta itu.

(3) Jika mana-mana orang tidak mematuhi terma yang menurutnya mana-mana harta telah dikembalikan buat sementara di bawah perenggan (2)(a), atau jika mana-mana harta yang dikembalikan di bawah perenggan (2)(b) dilucuthakkan, jaminan yang diberikan oleh orang yang kepadanya harta itu dikembalikan hendaklah dilucuthakkan, dan dalam hal seseorang yang kepadanya apa-apa harta telah dikembalikan di bawah perenggan (2)(a), dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak kurang daripada dua tetapi lebih daripada sepuluh kali ganda amaun jaminan yang diberikan olehnya di bawah perenggan (2)(a), dan juga dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun.

(4) Jika mana-mana harta alih yang disita di bawah Akta ini terdiri daripada wang, syer, sekuriti, saham, debentur atau apa-apa hak dalam tindakan yang ada dalam milikan atau di bawah kawalan mana-mana orang selain daripada orang yang terhadapnya pendakwaan, atau prosiding di bawah Bahagian III, dicadangkan hendak diambil, penyitaan itu hendaklah dilaksanakan oleh pegawai kanan polis dengan menyampaikan suatu perintah kepada orang itu—

(a) melarangnya menggunakan, memindah milik, atau mengurusniagakan harta itu; atau (b) menghendakinya menyerahkan harta itu kepada pegawai kanan polis mengikut cara dan dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu.

(5) Jika harta alih yang disita itu cepat rosak atau buruk, atau ialah harta yang tidak dapat disenggarakan tanpa menyebabkan kesusahan, atau yang tidak praktik disenggarakan, dan yang tidak dapat diperlakukan di bawah subseksyen (2), pegawai kanan polis boleh menjual atau menyebabkan dijual harta itu dengan lelong awam atau mengikut apa-apa cara yang praktik dan memegang hasil Peruntukan khas yang berhubungan dengan penyitaan sesuatu perniagaan

jualan itu, setelah ditolak daripadanya kos dan belanja menyenggarakan dan menjual harta itu, sementara menunggu keputusan apa-apa prosiding di bawah Akta ini.

27. (1) Jika semunasabahnya disyaki oleh seorang pegawai polis ditetapkan bahawa apa-apa perniagaan—

(a) sedang dijalankan oleh atau bagi pihak mana-mana orang yang terhadapnya pendakwaan kerana suatu kesalahan di bawah seksyen 3, 4, atau subseksyen 24(7) Akta ini, atau apa-apa prosiding di bawah Bahagian III, dicadangkan hendak dimulakan; (b) sedang dijalankan oleh atau bagi pihak saudara atau sekutu orang itu; (c) ialah suatu perniagaan yang di dalamnya orang itu, atau saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan yang berjumlah atau memberikan hak terhadap tidak kurang daripada tiga puluh peratus daripada kesemua perniagaan itu; (d) ialah suatu perniagaan yang ke atasnya orang itu, saudaranya atau sekutunya mempunyai kuasa pengurusan atau kawalan efektif, sama ada secara individu atau bersama, pegawai polis ditetapkan itu boleh melakukan mana-mana atau segala perkara yang berikut: (aa) menyita perniagaan itu mengikut cara yang diperuntukkan di bawah Bahagian ini; (bb) melalui suatu perintah bertulis — (i) mengarahkan takat dan cara perniagaan itu boleh dijalankan; (ii) menyatakan pegawai awam atau pegawai- pegawai awam, dengan nama atau jawatan, untuk menyelia, mengarahkan atau mengawal perniagaan itu, termasuk akaunnya, atau untuk menjalankan perniagaan itu atau mana-mana bahagiannya yang dinyatakan; (iii) mengarahkan supaya segala atau mana-mana bahagian hasil atau keuntungan perniagaan itu dibayar kepada Pemegang Amanah Raya untuk dipegang simpan olehnya sementara menanti arahan selanjutnya berkenaan dengannya oleh pegawai polis ditetapkan itu; (iv) melarang mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja daripada terlibat dengan apa-apa jua cara dalam perniagaan itu mulai dari tarikh surat larangan itu; atau (v) mengarahkan supaya premis tempat perniagaan itu dijalankan ditutup dan, jika perlu atau suai manfaat, diletakkan di bawah kawalan atau jagaan.

(2) Jika pegawai awam yang berkenaan dengannya suatu perintah dicadangkan dibuat di bawah subseksyen (1) bukan seorang pegawai polis, perintah itu tidak boleh dibuat berhubungan dengan dirinya kecuali, dalam hal seorang anggota perkhidmatan awam, dengan persetujuan Ketua Setiausaha Kementerian di mana pegawai awam itu berkhidmat, dan dalam hal mana-mana pegawai awam lain, dengan persetujuan ketua eksekutif pihak berkuasa, badan atau

organisasi di mana dia bekerja.

(3) Jika suatu perintah di bawah perenggan (1)(bb) dibuat oleh seseorang pegawai polis ditetapkan, dia boleh memasukkan ke dalamnya, atau selepas itu sama ada secara bertulis atau secara lisan memberikan, apa-apa arahan yang bersifat bersampingan atau berbangkit, atau apa-apa arahan yang perlu, bagi melaksanakan, atau yang bagi perintah itu.

(4) Suatu perintah di bawah perenggan (1)(bb) boleh pada bila- bila masa diubah atau dibatalkan oleh seorang pegawai polis ditetapkan dan jika dia mengubah atau membatalkannya sedemikian, dia boleh memberikan apa-apa arahan yang bersifat bersampingan atau berbangkit, atau apa-apa arahan yang mungkin perlu, bagi melaksanakan, atau bagi menjalankan, pengubahan atau pembatalan itu.

(5) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam subseksyen (6), baik Kerajaan mahupun mana-mana pegawai awam tidak, berbangkit daripada apa-apa perintah di bawah subseksyen (1), bertanggung jawab bagi pembayaran apa-apa jua pun wang, dius, hutang, liabiliti atau caj yang kena dibayar kepada mana-mana orang berkenaan dengan perniagaan itu, atau berkenaan dengan mana-mana harta alih yang dipunyai, dimiliki, dihuni atau digunakan, oleh mana- mana orang berhubungan dengan perniagaan itu.

(6) Jika pegawai awam atau pegawai-pegawai awam menjalankan apa-apa aktiviti perniagaan menurut suatu perintah di bawah subperenggan (1)(bb)(ii), mereka hendaklah bertanggungjawab bagi pembayaran upah kepada pekerja perniagaan itu yang diambil kerja untuk menjalankan apa-apa kerja berhubungan dengan aktiviti itu sepanjang tempoh pegawai awam atau pegawai-pegawai awam tersebut menjalankan aktiviti itu, dan upah itu hendaklah dibayar daripada keuntungan yang diperoleh daripada aktiviti itu, atau, jika tidak ada untung yang sedemikian atau jika untung yang sedemikian tidak mencukupi, daripada hasil yang diperoleh daripada aktiviti itu, atau jika tidak ada hasil yang sedemikian atau jika hasil yang sedemikian tidak mencukupi, daripada aset dan harta perniagaan itu; “upah” dalam subseksyen ini ertinya upah yang kena dibayar di

bawah kontrak kerja antara pekerja dengan perniagaan itu.

(7) Peruntukan seksyen ini hendaklah mempunyai kuat kuasa walau apa pun apa-apa jua yang tidak konsisten, atau bercanggahan atau berlawanan dengannya yang terkandung dalam Akta ini. Penyitaan harta tak alih

28. (1) Jika seseorang pegawai polis yang berpangkat Penolong Penguasa Polis atau lebih tinggi semunasabahnya mengesyaki bahawa mana-mana harta tak alih ialah hal perkara sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, atau ialah harta yang menyalahi undang-undang, harta itu boleh disita, dan penyitaan itu hendaklah dilaksanakan—

(a) dengan dikeluarkan Notis Penyitaan oleh seorang pegawai polis yang berpangkat Penolong Penguasa Polis atau lebih tinggi dengan menerangkan di dalamnya butir- butir harta tak alih yang disita itu setakat yang diketahuinya, dan melarang segala urus niaga mengenai harta tak alih itu; (b) dengan menampalkan, jika praktik, satu salinan Notis itu di suatu tempat yang mudah dilihat pada harta tak alih itu; dan (c) dengan menyampaikan satu salinan Notis itu kepada Pentadbir Tanah atau Pendaftar Hakmilik, mengikut mana-mana yang berkenaan, di Semenanjung Malaysia, atau kepada Pendaftar Hakmilik atau Pemungut Hasil Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, di Sabah, atau kepada Pendaftar Hakmilik atau Pengarah Tanah dan Ukur, mengikut mana-mana yang berkenaan, di Sarawak, bagi kawasan di mana harta tak alih itu terletak.

(2) Pentadbir Tanah, Pemungut Hasil Tanah, Pengarah Tanah dan Ukur, atau Pendaftar Hakmilik, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang disebutkan dalam subseksyen (1) hendaklah dengan serta-merta selepas itu mengendorskan terma Notis Penyitaan itu pada dokumen hakmilik berkenaan dengan harta tak alih itu dalam Daftar di pejabatnya.

(3) Jika pengendorsan Notis Penyitaan telah dibuat di bawah subseksyen (2), Notis itu hendaklah mempunyai kuat kuasa melarang segala urus niaga berkenaan dengan harta tak alih itu, dan, dengan demikian itu, selepas pengendorsan itu telah dibuat tiada urus niaga berkenaan dengan harta tak alih itu boleh didaftarkan, tidak kira sama ada ia telah dilaksanakan sebelum atau selepas pengeluaran Notis itu atau pembuatan pengendorsan itu.

(4) Subseksyen (3) tidak terpakai bagi sesuatu urus niaga yang dilaksanakan di bawah Akta ini atau menurut kuasa Akta ini oleh seseorang pegawai awam atas sifatnya sebagai pegawai yang sedemikian, atau selainnya oleh atau bagi pihak Kerajaan Malaysia, atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau suatu pihak berkuasa tempatan, atau badan berkanun lain. Urus niaga dengan harta disita selepas penyitaan adalah tidak sah

29. (1) Selepas penyitaan apa-apa harta telah dilaksanakan di bawah Akta ini, dan selagi penyitaan itu masih berkuat kuasa, apa- apa urus niaga, kontrak, atau apa-apa jua pun perkara lain yang dilaksanakan, dilakukan, atau dibuat oleh mana-mana orang atau di antara mana-mana orang berkenaan dengan harta itu, kecuali apa- apa urus niaga yang dilaksanakan di bawah Akta ini atau menurut kuasa Akta ini oleh seorang pegawai awam atas sifatnya sebagai pegawai yang sedemikian, atau selainnya oleh atau bagi pihak Kerajaan Malaysia, atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau suatu pihak berkuasa tempatan, atau badan berkanun lain, adalah terbatal dan tidak sah, dan tidak boleh didaftarkan atau bagaimana jua pun selainnya dilaksanakan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa.

(2) Subseksyen (1) adalah sebagai tambahan kepada dan tidak mengurangkan subseksyen 28(3) dan (4).

(3) Selagi suatu penyitaan apa-apa harta di bawah Akta ini masih berkuat kuasa, tiada tindakan, guaman atau prosiding lain yang bersifat sivil boleh dimulakan atau, jika sebelum sahaja Kesahan penyitaan, atau jualan yang berbangkit daripadanya, tidak terjejas oleh bantahan tertentu

penyitaan itu ia sudah dimulakan tetapibelum selesai, dikekalkan atau diteruskan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain berkenaan dengan harta yang telah disita sedemikian, dan tiada penahanan, pelaksanaan atau proses lain yang serupa itu boleh dimulakan atau, jika sebelum sahaja penyitaan itu mana-mana proses sedemikian sudah dimulakan tetapi belum selesai, dikekalkan atau diteruskan berkenaan dengan harta itu oleh sebab apa-apa tuntutan, penghakiman atau dekri, tidak kira sama ada tuntutan itu telah dibuat, atau penghakiman atau dekri itu telah diberikan, sebelum atau selepas penyitaan itu dilaksanakan, kecuali atas kehendak Kerajaan Malaysia, atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau atas kehendak suatu pihak berkuasa tempatan, atau badan berkanun lain, atau kecuali dengan terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada Pendakwa Raya.

30. Jika penyitaan apa-apa harta telah dilaksanakan di bawah Akta ini, kesahan penyitaan itu, atau apa-apa penjualan atau bentuk pelupusan lain harta itu, atau apa-apa pemusnahan harta itu mengikut peruntukan Akta ini berbangkit daripada penyitaan itu, tidak terjejas oleh apa-apa bantahan yang berhubungan dengan cara bagaimana penyitaan atau penjualan itu telah dilaksanakan, atau tempat ia telah dilaksanakan, atau orang yang daripadanya ia telah dilaksanakan, atau orang yang kepadanya apa-apa notis penyitaan atau penjualan itu telah diberikan, atau ditinggalkan daripada diberikan, atau atas apa-apa alasan bahawa mana-mana peruntukan mengenai tatacara dalam Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain tidak ditepati dalam melaksanakan penyitaan atau penjualan itu. Pelepasan harta yang disita

31. (1) Jika harta telah disita di bawah Akta ini, seseorang pegawai polis ditetapkan selain daripada pegawai polis yang melaksanakan penyitaan itu boleh pada bila-bila masa selepas itu

sebelum harta itu dilucuthakkan di bawah Akta ini melepaskan harta itu kepada mana-mana orang yang diputuskannya berhak ke atas harta itu menurut undang-undang jika dia berpuas hati bahawa harta itu tidak boleh dilucuthakkan di bawah Akta ini atau Akta Dadah Berbahaya 1952, dan tidak dikehendaki selainnya bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini, atau bagi maksud apa- apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang lain, dan dalam hal yang demikian baik pegawai yang melaksanakan penyitaan itu mahupun Kerajaan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan harta itu dan pelepasannya telah dilaksanakan dengan suci hati.

(2) Suatu rekod bertulis berkenaan dengan pelepasannya mana- mana harta di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat oleh pegawai yang melaksanakan apa-apa pelepasannya itu dengan menyebutkan di dalamnya secara terperinci hal keadaan, dan sebab bagi, pelepasannya itu, dan dia hendaklah menghantar satu salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya dan juga kepada Ketua Polis Negara dalam masa tujuh hari selepas pelepasannya itu. Pelucuthakan harta yang disita di bawah Akta ini jika tiada pendakwaan, atau prosiding di bawah Bahagian III, atau tiada tuntutan mengenainya

32. (1) Jika apa-apa harta telah disita di bawah Akta ini selain daripada di bawah atau menurut kuasa Bahagian VII, dan—

(a) tiada pendakwaan kerana apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang dimulakan berkenaan dengan harta itu; (b) tiada prosiding dimulakan oleh Pendakwa Raya untuk melucuthakkan harta itu di bawah Bahagian III; dan (c) tiada tuntutan secara bertulis dibuat oleh mana-mana orang bahawa dia berhak menurut undang-undang ke atas harta itu dan bahawa harta itu tidak boleh dikenakan pelucuthakan di bawah Akta ini atau di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, dalam masa tiga bulan dari tarikh penyitaannya, harta itu hendaklah terlucut hak dengan serta-merta apabila habis tempoh tiga bulan yang tersebut itu .

(2) Jika dalam masa tiga bulan dari tarikh penyitaan apa-apa harta di bawah Akta ini suatu tuntutan secara bertulis dibuat mengenai harta itu oleh mana-mana orang mengikut terma yang disebutkan dalam perenggan (1)(c), Pendakwa Raya hendaklah dalam masa empat belas hari selepas habis tempoh tiga bulan yang tersebut itu merujuk tuntutan itu kepada Mahkamah Sesyen untuk diputuskannya.

(3) Mahkamah Sesyen yang kepadanya suatu tuntutan dirujuk di bawah subseksyen (2) hendaklah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang menuntut bahawa dia berhak ke atas harta itu menurut undang-undang, dan orang yang daripadanya harta itu disita, jika dia dan tempat dia berada diketahui, hadir di hadapan mahkamah itu, dan apabila mereka hadir, atau jika mereka ingkar hadir setelah penyampaian sempurna saman itu dibuktikan, Mahkamah Sesyen itu hendaklah terus memeriksa perkara itu dan jika berpuas hati bahawa tiada kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 telah dilakukan berkenaan dengan harta yang dituntut itu dan bahawa harta itu bukannya harta yang menyalahi undang-undang, hendaklah memerintahkan supaya harta itu dilepaskan kepada orang yang menuntutnya itu setelah dibuktikan bahawa dia berhak ke atasnya menurut undang-undang, dan hendaklah, dalam apa-apa hal lain, memerintahkan supaya harta itu dilucuthakkan.

(4) Peruntukan seksyen ini tidak menjejaskan kuasa seorang pegawai polis di bawah seksyen 31 untuk melepaskan apa-apa harta daripada penyitaan.

(5) Jika harta telah dilucuthakkan di bawah subseksyen (1), ia tidak menggalang apa-apa pendakwaan kerana sesuatu kesalahan di

bawah mana-mana undang-undang dimulakan berkenaan dengan harta itu pada bila-bila masa selepas itu.

Bahagian V Peletakhakan harta terlucut hak pada Kerajaan

PELUCUTHAKAN

33. (1) Jika mana-mana harta dilucuthakkan di bawah Akta ini, harta itu hendaklah terletak hak pada Kerajaan bebas daripada apa- apa hak, kepentingan atau bebanan mana-mana orang kecuali hak, kepentingan atau bebanan yang dipegang oleh pembeli suci hati dengan balasan berharga dan yang tidak selainnya terbatal dan tidak sah di bawah mana-mana peruntukan Akta ini.

(2) Jika mana-mana orang yang memegang apa-apa bebanan yang kepadanya harta itu tertakluk menuntut bahawa dia memegang bebanan itu sebagai pembeli suci hati dengan balasan berharga dan bahawa bebanan itu tidak selainnya terbatal dan tidak sah di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, dan Kerajaan mempertikaikan tuntutan itu, Pendakwa Raya boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya memutuskan masalah itu dan Mahkamah itu hendaklah memutuskannya selepas memberikan peluang untuk didengar kepada orang yang memegang bebanan itu dan mendengar jawapan Pendakwa Raya kepada apa-apa representasi yang dibuat di hadapan Mahkamah itu oleh orang yang memegang bebanan itu.

(3) Jika mana-mana harta terletak hak pada Kerajaan di bawah subseksyen (1), peletakhakan itu hendaklah berkuat kuasa tanpa apa-apa jua pun pindah milik, pindah hak, surat ikatan atau surat cara lain dan jika apa-apa pendaftaran peletakhakan itu dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang, pihak berkuasa yang diberi kuasa untuk melakukan pendaftaran itu hendaklah berbuat demikian

atas nama mana-mana pegawai awam, atau mana-mana pihak berkuasa, orang atau badan, yang ditentukan oleh Pendakwa Raya.

(4) Jika harta yang terletak hak pada Kerajaan di bawah subseksyen (1) ialah harta tak alih, peletakhakan itu hendaklah, apabila dikemukakan kepada Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, di Semenanjung Malaysia, atau kepada Pendaftar Hakmilik atau Pemungut Hasil Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, di Sabah, atau kepada Pendaftar Hakmilik atau Pengarah Tanah dan Ukur, mengikut mana-mana yang berkenaan, di Sarawak, perintah Mahkamah yang melucuthakkan harta tak alih itu atau, dalam hal harta yang dilucuthakkan di bawah subseksyen 32(1), Perakuan Pendakwa Raya yang memperakui bahawa harta itu telah dilucuthakkan di bawah subseksyen 32(1) itu, didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Bahagian IV Pentafsiran dan tafsiran Akta ini

KETERANGAN DAN TATACARA

34. Dalam apa-apa prosiding di bawah Akta ini, peruntukan Akta ini hendaklah ditafsirkan agar dapat dilaksanakan maksud Akta ini tanpa mengira ketaksaan, atau kelemahan bahasa, atau kecacatan atau kekurangan lain di dalamnya, atau bantahan yang bersifat remeh-temeh atau yang tidak menjejaskan merit atau isi isu di hadapan mahkamah. Anggapan mengenai orang kenaan dan harta yang menyalahi undang-undang

35. Jika apa-apa prosiding di bawah Akta ini dibawa terhadap mana-mana orang atau berkenaan dengan mana-mana harta atas alasan bahawa orang itu ialah orang kenaan atau bahawa harta itu ialah harta yang menyalahi undang-undang, mahkamah hendaklah menganggap orang itu sebagai orang kenaan dan harta itu sebagai harta yang menyalahi undang-undang melainkan jika orang yang terhadapnya tindakan diambil membuktikan sebaliknya dengan Kebolehterimaan keterangan dokumentar dan keterangan lain yang didapatkan oleh Pendakwa Raya dalam menjalankan apa- apa kuasa di bawah Akta ini

keterangan boleh terima, dan sekiranya dia mengemukakan apa-apa keterangan seperti itu, Pendakwa Raya berhak mematahkannya.

36. Jika Pendakwa Raya atau mana-mana pegawai kanan polis telah mendapatkan apa-apa dokumen atau keterangan lain bagi menjalankan kuasanya di bawah Akta ini atau menurut kuasa Akta ini, dokumen atau salinan dokumen itu atau keterangan lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini, walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam mana-mana undang- undang bertulis. Pemeriksaan ke atas pesalah

37. (1) Bilamana dua orang atau lebih dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah boleh menghendaki seorang atau lebih daripada mereka itu memberikan keterangan sebagai saksi atau saksi-saksi bagi pihak pendakwa.

(2) Mana-mana orang yang disebutkan dalam subseksyen (1) yang enggan mengangkat sumpah atau menjawab apa-apa soalan hendaklah diperlakukan mengikut cara yang sama seperti saksi yang enggan berbuat sedemikian itu diperlakukan oleh suatu mahkamah.

(3) Tiap-tiap orang yang dikehendaki memberikan keterangan di bawah subseksyen (1), yang pada pendapat mahkamah, membuat penzahiran yang benar dan penuh tentang segala perkara yang berkenaan dengannya dia diperiksa, adalah berhak mendapat perakuan tanggung rugi yang ditandatangani oleh pegawai pengetua mahkamah yang menyatakan bahawa dia telah membuat penzahiran yang benar dan penuh tentang segala perkara yang berkenaan dengannya dia telah diperiksa, dan perakuan itu hendaklah menjadi

galangan kepada segala prosiding undang-undang terhadapnya berkenaan dengan segala perkara seperti yang disebut terdahulu.

(4) Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai melarang Pendakwa Raya daripada menghendaki mana-mana orang yang terhadapnya prosiding telah dimulakan di bawah Bahagian III memberikan keterangan dalam apa-apa prosiding lain di bawah Bahagian III atau dalam mana- mana perbicaraan berhubungan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau suatu kesalahan Terjadual. Perlindungan pemberi maklumat

38. (1) Tiada saksi dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini berkewajipan—

(a) mendedahkan nama dan alamat mana-mana pemberi maklumat yang telah memberikan maklumat berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, atau apa- apa kesalahan Terjadual, atau berkenaan dengan apa- apa perkara yang berhubungan dengan atau membawa kepada apa-apa prosiding di bawah Bahagian III, atau berkenaan dengan apa-apa perkara yang berhubungan dengan atau membawa kepada penahanan mana-mana orang di bawah peruntukan Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 [P.U. (A) 187/1969], atau Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 [Akta 316]; atau (b) menjawab apa-apa pertanyaan jika jawapannya akan membawa, atau akan berkemungkinan boleh membawa, kepada nama atau alamat pemberi maklumat itu diketahui.

(2) Jika apa-apa buku, dokumen atau kertas yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini atau Akta Dadah Berbahaya 1952 mengandungi

suatu catatan yang di dalamnya mana-mana pemberi maklumat ada dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin membawa kepada diketahui siapa pemberi maklumat itu, mahkamah hendaklah menyebabkan segala catatan itu disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui. Keterangan agent provocateur boleh diterima

39. (1) Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang, atau peruntukan Akta ini, atau mana-mana undang-undang bertulis lain, sama ada diperbuat sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, yang berlawanan, tiada agent provocateur boleh dianggap tidak boleh dipercayai semata-mata oleh sebab dia telah cuba melakukan, atau cuba bersubahat untuk melakukan, atau telah bersubahat untuk melakukan, atau telah terlibat dalam komplot jenayah untuk melakukan, suatu kesalahan dengan mana-mana orang di bawah Akta ini atau di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 atau di bawah mana-mana undang-undang asing yang bersamaan jika percubaan untuk melakukan atau bersubahat itu, atau persubahatan itu, atau komplot jenayah itu adalah semata-mata bagi tujuan mendapatkan keterangan terhadap orang itu berhubungan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, atau berhubungan dengan apa-apa prosiding di bawah Bahagian III.

(2) Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang, atau peruntukan Akta ini, atau mana-mana undang-undang bertulis lain, sama ada diperbuat sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, yang berlawanan, dan walaupun agent provocateur itu ialah seorang pegawai polis, tidak kira apa jua pangkatnya, apa-apa kenyataan, sama ada lisan atau bertulis, yang dibuat kepada seorang agent provocateur oleh mana-mana orang, termasuk mana-mana orang yang kemudiannya dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, atau dikenakan tindakan di bawah Bahagian III, boleh diterima sebagai keterangan dan diberikan perhatian dan pertimbangan yang wajar dalam mana-mana perbicaraan kerana Notis atau perintah tidak menjadi tidak sah kerana kesilapan dalam perihalan

sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, atau dalam mana-mana prosiding di bawah Bahagian III, sama ada perbicaraan itu ialah perbicaraan orang yang membuat kenyataan itu, atau mana-mana orang lain, atau prosiding itu adalah terhadap orang yang membuat kenyataan itu atau mana-mana orang lain.

40. (1) Tiada notis, pemberitahuan atau proses lain yang dikeluarkan, disampaikan atau disiarkan, dan tiada perintah, keputusan atau penghakiman yang dibuat, diberikan, dikeluarkan, disampaikan, atau disiarkan, di bawah Akta ini boleh disifatkan tidak sah semata-mata kerana apa-apa kesilapan atau peninggalan dalam perihalan harta atau orang yang disebutkan di dalamnya jika harta atau orang itu boleh dikenal pasti daripada perihalan yang disebutkan sedemikian.

(2) Tanpa menjejaskan subseksyen (1), jika apa-apa perintah telah dibuat, atau suatu keputusan atau penghakiman telah diberikan, oleh mana-mana mahkamah dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini, apa-apa kesilapan atau peninggalan dalam perintah, keputusan atau penghakiman itu yang berhubungan dengan apa-apa perihalan mengenai mana-mana harta atau orang boleh pada bila-bila masa diperbetulkan oleh mahkamah atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak atau mana-mana orang yang terjejas oleh perintah, keputusan atau penghakiman itu. Kuasa pegawai polis di bawah undang-undang lain yang berhubungan dengan tatacara jenayah

41. (1) Peruntukan Akta ini setakat yang berhubungan dengan kuasa seorang pegawai polis adalah sebagai tambahan kepada kuasa seorang pegawai polis di bawah mana-mana undang-undang lain yang berhubungan dengan tatacara jenayah dan tidak mengurangkannya, tetapi jika terdapat apa-apa ketidakselarasan atau percanggahan tatacara di antara peruntukan Akta ini dengan

peruntukan undang-undang lain yang sedemikian, peruntukan di bawah Akta ini hendaklah mengatasinya.

(2) Tertakluk kepada subseksyen (1), peruntukan Kanun Tatacara Jenayah yang berhubungan dengan kuasa seorang pegawai polis berhubungan dengan kesalahan boleh tangkap hendaklah terpakai berhubungan dengan perkara di bawah Bahagian III mengikut cara yang sama seperti ia terpakai bagi kesalahan boleh tangkap.

Bahagian VII Tafsiran

BANTUAN KEPADA NEGARA ASING

42. Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— Permintaan mendapatkan bantuan dan kuasa untuk memberikannya

“kerajaan asing” ertinya kerajaan sesuatu negara asing; “negara asing” ertinya mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia; “perkara berkaitan dengan dadah” ertinya apa-apa penyiasatan, siasatan, perbicaraan, atau prosiding lain di mana-mana negara asing di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan dadah berbahaya, atau dengan apa-apa harta yang digunakan untuk atau diperoleh daripada apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan dadah berbahaya, sama ada ia adalah kerana suatu kesalahan di bawah undang-undang itu, atau bagi pelucuthakan harta di bawah undang-undang itu; “pihak berkuasa asing” ertinya mana-mana orang yang ditetapkan oleh suatu kerajaan asing sebagai pihak berkuasa yang kompeten untuk bertindak bagi pihak kerajaan asing itu bagi maksud Akta ini; “pihak berkuasa Malaysia” ertinya Ketua Polis Negara.

43. Jika sesuatu kerajaan asing meminta Kerajaan Malaysia, atau jika sesuatu pihak berkuasa asing meminta pihak berkuasa Malaysia, memberikan bantuan di Malaysia berhubungan dengan apa-apa perkara berkaitan dengan dadah di negara asing itu, adalah sah bagi pihak berkuasa Malaysia atas arahan Kerajaan atau atas kehendaknya sendiri memberikan atau menyebabkan diberikan segala atau apa-apa bantuan yang diminta setakat dan mengikut cara yang dibenarkan di bawah Bahagian ini. Maklumat dan butir-butir berhubungan dengan orang, badan, dsb.

44. Seseorang pegawai kanan polis boleh, atas arahan pihak berkuasa Malaysia, mendapatkan atau memastikan segala butir atau maklumat berkenaan dengan mana-mana orang, badan, perniagaan, perusahaan atau tempat, termasuk salinan dokumen atau rekod rasmi mana-mana jabatan Kerajaan atau mana-mana badan berkanun, atau mana-mana agensi Kerajaan, atau apa-apa cabutan daripada mana-mana dokumen atau rekod rasmi, yang tersedia untuknya, atau yang boleh didapatkan atau dipastikan olehnya dengan sah, atau yang diberikan dengan sukarela. Penyampaian proses atau dokumen

45. Seseorang pegawai kanan polis boleh, atas arahan pihak berkuasa Malaysia, menyebabkan disampaikan oleh mana-mana pegawai polis kepada mana-mana orang atau badan di Malaysia apa-apa jua pun proses atau dokumen yang dikeluarkan oleh mana-mana orang, pihak berkuasa atau mahkamah di mana-mana negara asing, tetapi walaupun ketidakpatuhan mana-mana Penghantaran salinan kenyataan atau rekod, atau keputusan penyiasatan yang dibuat di Malaysia

kehendak yang terkandung dalam proses atau dokumen itu tidak menyebabkan orang atau badan yang dikehendaki mematuhi kehendak itu dikenakan apa-apa penalti atau liabiliti di Malaysia di bawah mana-mana undang-undang Malaysia, ia boleh menyebabkan orang atau badan itu dikenakan setiap penalti atau kemudaratan yang diperuntukkan di bawah undang-undang negara asing yang berkenaan, termasuklah pengenaan penyitaan atau pelucuthakan apa-apa harta di Malaysia atas perintah pihak berkuasa atau mahkamah negara asing yang diberi kuasa untuk membuat perintah itu.

46. (1) Pihak berkuasa Malaysia boleh mendapatkan untuk dan menghantar kepada, atau menyebabkan didapatkan untuk dan dihantarkan kepada, kerajaan asing atau pihak berkuasa asing satu salinan rekod apa-apa penyiasatan di Malaysia oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa yang kompeten untuk menyiasatnya, termasuk apa-apa salinan bagi—

(a) apa-apa laporan atau apa-apa kenyataan yang direkodkan daripada mana-mana saksi, tertuduh atau orang lain; (b) apa-apa dokumen yang diterima atau disita; atau (c) apa-apa kesimpulan atau dapatan mana-mana penyiasatan, berhubungan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau berhubungan dengan apa-apa prosiding di bawah Bahagian III.

(2) Salinan rekod penyiasatan boleh dihantar di bawah subseksyen (1), sama ada atau tidak penyiasatan itu sudah selesai dan sama ada atau tidak penyiasatan itu telah menyebabkan suatu perbicaraan kerana suatu kesalahan di bawah Akta ini dijalankan atau prosiding di bawah Bahagian III Akta ini dimulakan, dan Pemeriksaan saksi oleh pegawai polis

tidak kira apa jua keputusan mana-mana perbicaraan atau prosiding yang ada dijalankan oleh sebab penyiasatan itu.

47. (1) Seseorang pegawai kanan polis boleh, atas arahan pihak berkuasa Malaysia, secara bertulis atau secara lisan memerintahkan mana-mana orang yang dinyatakan oleh kerajaan asing atau pihak berkuasa asing atau mana-mana orang lain yang semunasabahnya disyaki mempunyai apa-apa pengetahuan atau maklumat yang relevan, hadir di hadapannya atau di hadapan mana-mana pegawai kanan polis lain untuk diperiksa berkenaan dengan perkara berkaitan dengan dadah yang dinyatakan oleh kerajaan asing atau pihak berkuasa asing itu.

(2) Seseorang yang kepadanya suatu perintah telah diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah hadir mengikut terma perintah itu untuk diperiksa dan hendaklah terus hadir sedemikian dari sehari ke sehari sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai polis yang menjalankan pemeriksaan sehinggalah pemeriksaan itu selesai.

(3) Seseorang yang menjalani pemeriksaan di bawah seksyen ini hendaklah mendedahkan segala maklumat yang ada dalam pengetahuannya, atau yang tersedia untuknya, atau yang boleh didapatkan olehnya, berkenaan dengan perkara yang berhubungan dengannya dia sedang diperiksa, sama ada atau tidak apa-apa soalan dikemukakan kepadanya berkenaan dengan perkara itu, dan jika apa-apa soalan dikemukakan kepadanya dia hendaklah menjawab soalan itu dengan benar dan sepanjang yang dia tahu dan percaya.

(4) Seseorang yang sedang diperiksa di bawah seksyen ini hendaklah mengemukakan segala dokumen, artikel atau benda yang relevan dengan pemeriksaan itu atau yang dikehendaki dikemukakannya oleh pegawai kanan polis yang memeriksanya, dan dokumen, artikel atau benda itu boleh dipegang simpan dalam jagaan polis atau dihantar kepada kerajaan asing atau pihak berkuasa asing itu.

(5) Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam subseksyen (3) dan (4) boleh ditafsirkan sebagai memaksa orang yang sedang diperiksa di bawah seksyen ini mendedahkan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa dokumen, artikel atau benda yang mungkin menunjukkan bahawa dia atau suami atau isterinya yang sah ketika itu bersalah kerana apa-apa kesalahan di bawah mana- mana undang-undang Malaysia atau negara asing.

(6) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini. Pemeriksaan saksi oleh Majistret

48. (1) Majistret mana-mana Kelas di mana-mana tempat di Malaysia boleh memeriksa, atas sumpah atau ikrar, mana-mana orang yang dinyatakan oleh mana-mana kerajaan asing atau pihak berkuasa asing dan yang ada di mana-mana tempat di Malaysia, sama ada atau tidak tempat itu terletak dalam kawasan bidang kuasa Majistret tersebut, jika orang itu hadir di hadapan Majistret atas suatu perintah yang diberikan oleh mana-mana pegawai kanan polis atas arahan pihak berkuasa Malaysia, atau atas suatu perintah yang diberikan oleh seorang Timbalan Pendakwa Raya, berikutan dengan apa-apa permintaan yang diterima daripada pihak berkuasa Malaysia.

(2) Pemeriksaan di bawah subseksyen (1) hendaklah berhubungan dengan perkara berkaitan dengan dadah yang dinyatakan oleh kerajaan asing atau pihak berkuasa asing itu, dan orang itu hendaklah menjawab segala soalan yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai kanan polis, atau Timbalan Pendakwa Raya, sama ada atas kehendaknya sendiri atau mengikut apa-apa interogatori bertulis yang diterima daripada kerajaan asing atau pihak berkuasa asing itu.

(3) Dalam merekodkan apa-apa keterangan di bawah seksyen ini segala keterangan yang tidak boleh diterima di bawah undang- undang Malaysia yang berhubungan dengan keterangan dalam prosiding jenayah, atau apa-apa keterangan yang dinyatakan oleh

pegawai kanan polis atau Timbalan Pendakwa Raya sebagai tidak boleh diterima di bawah undang-undang negara asing, hendaklah tidak dimasukkan.

(4) Seseorang yang diperintahkan oleh pegawai kanan polis atau Timbalan Pendakwa Raya supaya hadir di hadapan Majistret untuk pemeriksaan di bawah seksyen ini hendaklah mematuhi terma perintah itu dan hendaklah terus hadir untuk pemeriksaan itu dari sehari ke sehari atau sebagaimana yang diarahkan oleh Majistret atau pegawai kanan polis atau Timbalan Pendakwa Raya itu sehinggalah pemeriksaan itu selesai.

(5) Seseorang yang sedang diperiksa oleh Majistret di bawah seksyen ini adalah berhak diwakili di pemeriksaan itu oleh seorang peguam bela yang boleh mengemukakan kepada orang itu segala soalan yang relevan dengan perkara yang berkenaan dengannya orang itu sedang diperiksa, tetapi hanya selepas dia selesai diperiksa oleh pegawai kanan polis atau Timbalan Pendakwa Raya, dan jika soalan sedemikian telah dikemukakan oleh peguam bela, pegawai kanan polis atau Timbalan Pendakwa Raya adalah berhak memeriksa orang itu berhubungan dengan soalan itu dan jawapannya kepada soalan itu.

(6) Mana-mana orang yang— Pemeriksaan orang atau penggeledahan premis

(a) melanggar subseksyen (4); atau (b) tidak menjawab, atau menjawab dengan tidak benar, mana-mana soalan yang dikemukakan kepadanya semasa pemeriksaan di bawah seksyen ini, kecuali soalan yang dia tidak boleh dipaksa menjawabnya di bawah undang-undang Malaysia yang berhubungan dengan keterangan dalam prosiding jenayah, adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

49. (1) Seseorang pegawai kanan polis boleh, atas arahan pihak berkuasa Malaysia, memeriksa atau menggeledah atau menyebabkan diperiksa atau digeledah—

(a) mana-mana orang atau premis yang dinyatakan oleh kerajaan asing atau pihak berkuasa asing dalam permintaan di bawah seksyen 43; (b) mana-mana orang, atau mana-mana premis, yang disyaki oleh pegawai kanan polis itu perlu atau suai manfaat diperiksa atau digeledah berhubungan dengan permintaan itu.

(2) Bagi maksud apa-apa pemeriksaan atau penggeledahan di bawah subseksyen (1), seseorang pegawai kanan polis hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa yang boleh dijalankan oleh seseorang pegawai kanan polis di bawah seksyen 16 dan 17 seolah-olah hal keadaan yang dinyatakan dalam seksyen ini bagi penjalanan kuasa itu wujud, dan seksyen 18 dan 19 hendaklah dengan yang demikian itu terpakai berhubungan dengan apa-apa pemeriksaan atau penggeledahan di bawah subseksyen (1). Penyitaan dan penghantaran harta atau artikel

50. (1) Seseorang pegawai kanan polis boleh, atas arahan pihak berkuasa Malaysia, menyita apa-apa harta atau artikel yang penyitaannya diminta oleh kerajaan asing atau pihak berkuasa asing di bawah seksyen 43—

(a) atas alasan bahawa harta itu boleh dilucuthakkan di bawah undang-undang negara asing itu; atau (b) atas alasan bahawa harta atau artikel itu dikehendaki oleh kerajaan asing atau pihak berkuasa asing itu bagi maksud apa-apa perkara berkaitan dengan dadah sama ada sebagai keterangan atau bagaimana jua pun selainnya.

(2) Jika apa-apa harta alih atau artikel disita di bawah subseksyen (1), pihak berkuasa Malaysia boleh menghantar harta alih atau artikel itu kepada kerajaan asing atau pihak berkuasa asing itu atas suatu aku janji oleh kerajaan asing itu kepada Kerajaan Malaysia bahawa harta alih atau artikel itu akan dikembalikan kepada pihak berkuasa Malaysia apabila selesai dengan muktamadnya segala prosiding di negara asing itu berkenaan dengan perkara berkaitan dengan dadah itu, melainkan jika Kerajaan Malaysia kemudiannya memberitahu kerajaan asing itu bahawa ia tidak perlu dikembalikan.

(3) Jika mana-mana harta alih atau artikel yang disita di bawah subseksyen (1)(b) tidak dihantar kepada kerajaan asing atau pihak berkuasa asing itu di bawah subseksyen (2), atau jika ia dikembalikan kepada Kerajaan Malaysia apabila selesai dengan muktamadnya segala prosiding di negara asing itu berkenaan dengan perkara berkaitan dengan dadah itu, pihak berkuasa Malaysia hendaklah mengembalikannya kepada orang yang daripadanya harta alih atau artikel itu telah disita melainkan jika ia dikehendaki bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang bertulis lain.

(4) Subseksyen 25(2) dan (3), seksyen 26, 27, 28, 29, 30 dan 31 hendaklah, tertakluk kepada ubah suaian masing-masing yang dinyatakan dalam ruang ketiga Jadual Kedua, terpakai bagi penyitaan apa-apa harta di bawah subseksyen (1).

(5) Apabila selesai dengan muktamadnya segala prosiding di negara asing itu berkenaan dengan perkara berkaitan dengan dadah yang berhubungan dengannya apa-apa harta telah disita di bawah perenggan (1)(a), harta itu hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (6) dan (7), diperlakukan mengikut perintah pihak berkuasa atau mahkamah di negara asing yang diberi kuasa di bawah undang-undang negara itu untuk membuat perintah sedemikian.

(6) Jika perintah pihak berkuasa atau mahkamah di negara asing itu menghendaki supaya harta itu dikembalikan kepada mana-mana orang di Malaysia, harta itu hendaklah, apabila ia

dikembalikan kepada pihak berkuasa Malaysia, dikembalikan kepada orang itu melainkan jika pihak berkuasa Malaysia berkehendakkan harta itu bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang- undang bertulis lain.

(7) Jika perintah pihak berkuasa asing atau mahkamah asing itu ialah perintah muktamad bagi pelucuthakan harta itu, perintah itu hendaklah disifatkan sebagai suatu perintah pelucuthakan harta itu kepada Kerajaan Malaysia yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi di Malaysia dan hendaklah didaftarkan oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi di Malaysia, dan hendaklah, dengan demikian itu, diperlakukan mengikut peruntukan Akta ini yang terpakai bagi perintah pelucuthakan oleh Mahkamah Tinggi yang dibuat oleh Bahagian III.

(8) Bagi maksud subseksyen (7), “perintah muktamad” ertinya suatu perintah yang tidak tertakluk kepada apa-apa rayuan di negara asing itu; dan bagi maksud takrif ini, “rayuan” termasuklah apa-apa prosiding dalam apa-apa jua bentuk dan bagaimana jua pun disebut berhubungan dengan keputusan yang diberikan di peringkat bidang kuasa asal atau di peringkat bidang kuasa rayuan rendah dan apa-apa prosiding berhubungan dengan pengampunan atau penjalanan kuasa peringanan oleh suatu pihak berkuasa eksekutif di negara asing itu.

(9) Tiada seorang pun berhak menuntut apa-apa pampasan daripada Kerajaan Malaysia atau kerajaan asing itu atau daripada mana-mana orang atau pihak berkuasa yang bertindak bagi pihak Kerajaan Malaysia atau kerajaan asing itu, atau di bawah kuasa undang-undang Malaysia atau undang-undang negara asing itu, berkenaan dengan apa-apa penyitaan atau pelupusan atau perlepasan harta itu di bawah undang-undang Malaysia atau undang-undang negara asing itu.

(10) Sebutan dalam subseksyen (1) mengenai pegawai kanan polis hendaklah, berhubungan dengan penyitaan apa-apa harta yang merupakan suatu perniagaan, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai pegawai polis ditetapkan. Pemintasan perhubungan

51. Jika pihak berkuasa Malaysia berpuas hati bahawa, bagi maksud memberikan apa-apa bantuan kepada pihak berkuasa asing berhubungan dengan apa-apa perkara berkaitan dengan dadah, adalah perlu, suai manfaat atau wajar bagi seseorang pegawai kanan polis menjalankan kuasa di bawah seksyen 20 berkenaan dengan pemintasan apa-apa perhubungan, ia boleh membenarkan seorang pegawai kanan polis menjalankan kuasa itu mengikut cara yang sama sepertimana seorang pegawai kanan polis diberi kuasa untuk menjalankannya berhubungan dengan apa-apa kesalahan atau berhubungan dengan apa-apa prosiding untuk melucuthakkan harta di bawah Akta ini. Penjalanan kuasa penyitaan oleh Pendakwa Raya

52. Jika, setelah diberitahu oleh pihak berkuasa Malaysia akan apa- apa permintaan oleh suatu negara asing atau suatu pihak berkuasa asing di bawah seksyen 43 bagi mendapatkan bantuan, Pendakwa Raya berpuas hati bahawa adalah perlu, suai manfaat atau wajar baginya menjalankan kuasanya di bawah seksyen 22, 23 atau 24, dia boleh menjalankannya mengikut cara yang sama dan setakat yang sama sepertimana dia boleh menjalankannya berhubungan dengan perkara yang dinyatakan masing-masingnya di bawah seksyen itu. Cara atau kaedah penghantaran maklumat, kenyataan, keterangan, harta alih, dsb., kepada kerajaan asing atau pihak berkuasa asing

53. Jika apa-apa maklumat, kenyataan atau keterangan telah didapatkan di Malaysia di bawah Bahagian ini, atau apa-apa harta alih atau artikel telah disita di Malaysia di bawah Bahagian ini, ia hendaklah, jika diarahkan oleh pihak berkuasa Malaysia supaya dihantar kepada kerajaan asing atau pihak berkuasa asing, dihantar kepadanya mengikut cara atau kaedah yang diarahkan oleh pihak berkuasa Malaysia atau, jika tiada arahan sedemikian, mengikut Pemindahan orang dalam jagaan di Malaysia ke dalam jagaan pihak berkuasa di suatu negara asing

cara atau kaedah yang difikirkan sesuai oleh pihak berkuasa atau pegawai yang mendapatkan atau menyitanya atau yang selainnya bertanggungjawab bagi penghantarannya.

54. (1) Jika kerajaan asing atau pihak berkuasa asing meminta di bawah seksyen 43 supaya mana-mana orang yang sedang menjalani pemenjaraan di Malaysia, atau berada di bawah tahanan pencegahan di Malaysia di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan tahanan pencegahan, atau selainnya berada di bawah jagaan yang sah di Malaysia, dibawa ke hadapan mana-mana pihak berkuasa atau mahkamah di negara asing itu sebagai seorang saksi bagi pihak pendakwa dalam apa-apa prosiding di hadapan pihak berkuasa atau mahkamah itu, pihak berkuasa Malaysia boleh mengeluarkan suatu perintah supaya orang itu dipindahkan ke dalam jagaan pegawai atau pegawai-pegawai negara asing itu yang ditetapkan oleh kerajaan asing atau pihak berkuasa asing itu bagi maksud membawa orang itu dari Malaysia ke negara asing itu dan, selepas itu, ditahan di negara itu di bawah jagaan pihak berkuasa atau orang yang sah di negara itu dan dibawa dari semasa ke semasa di bawah jagaan ke hadapan pihak berkuasa atau mahkamah di negara asing di mana dia dikehendaki hadir sebagai seorang saksi.

(2) Sebaik sahaja dia dibebaskan daripada hadir seterusnya oleh pihak berkuasa atau mahkamah di negara asing yang di hadapannya dia dikehendaki hadir, orang itu hendaklah dibawa dalam jagaan seorang pegawai atau pegawai-pegawai negara asing itu ke Malaysia dan dikembalikan ke dalam jagaan pegawai atau pegawai- pegawai Malaysia yang mempunyai kuasa yang sah untuk mengambilnya ke dalam jagaan, dan dia hendaklah, selepas itu, terus menjalani pemenjaraan, tahanan atau jagaan yang dijalaninya sebelum pemindahan jagaannya di bawah subseksyen (1).

(3) Tempoh orang itu berada di bawah jagaan asing di bawah seksyen ini hendaklah dikira dalam mengira tempoh pemenjaraan, tahanan atau jagaan lain orang itu di Malaysia.

(4) Tiada pemindahan mana-mana orang ke dalam jagaan asing boleh dilakukan melainkan jika kerajaan asing memberikan aku janji kepada Kerajaan Malaysia untuk menanggung dan bertanggungjawab bagi segala belanja pemindahan jagaan itu, untuk menjaga supaya orang itu berada di bawah jagaan yang sah sepanjang pemindahan jagaannya itu, dan untuk mengembalikannya semula ke dalam jagaan Malaysia sebaik sahaja dia dibebaskan daripada hadir di hadapan pihak berkuasa atau mahkamah di negara asing itu. Bayaran oleh kerajaan asing kepada Kerajaan Malaysia di bawah Bahagian ini

55. Kerajaan Malaysia dan mana-mana kerajaan asing boleh membuat apa-apa perkiraan berkenaan dengan pembayaran oleh kerajaan asing kepada Kerajaan Malaysia akan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia di bawah Bahagian ini. Percubaan, persubahatan dan komplot jenayah yang boleh dihukum sebagai kesalahan

Bahagian VIII AM

56. (1) Mana-mana orang yang—

(a) cuba melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang asing yang bersamaan; (b) melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan atau bagi membantu perlakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang asing yang bersamaan; (c) bersubahat atau terlibat dalam suatu komplot jenayah untuk melakukan (sebagaimana istilah itu ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan [Akta 574]) apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang- undang asing yang bersamaan sama ada atau tidak kesalahan itu dilakukan berikutan dengan komplot itu, adalah melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

(2) Mana-mana peruntukan Akta ini yang mengandungi sebutan mengenai suatu kesalahan di bawah mana-mana peruntukan tertentu Akta ini hendaklah dibaca sebagai termasuk sebutan mengenai suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) berhubungan dengan kesalahan di bawah peruntukan tertentu itu. Tiada jaminan boleh diberikan berkenaan dengan kesalahan tertentu

57. (1) Jaminan tidak boleh diberikan kepada orang tertuduh yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah seksyen 3, 4, atau subseksyen 24(7).

(2) Subseksyen (1) hendaklah mempunyai kuat kuasa walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain atau mana-mana rukun undang-undang yang berlawanan. Kesalahan oleh pertubuhan yang diperbadankan dan yang tidak diperbadankan dan oleh pekhidmat dan ejen

58. (1) Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh suatu badan, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, tiap-tiap orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu menjadi pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain badan itu, atau berupa sebagai bertindak atas apa-apa jua sifat atau dengan apa-apa jua

cara atau sedikit sebanyaknya bertanggungjawab bagi pengurusan mana-mana hal ehwal badan itu atau telah membantu dalam pengurusan sedemikian adalah melakukan kesalahan itu.

(2) Jika mana-mana orang (kemudian daripada ini disebut “prinsipal”) boleh dikenakan apa-apa hukuman, penalti atau pelucuthakan di bawah Akta ini kerana apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan hukuman, penalti atau pelucuthakan yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan oleh mana-mana kerani, pekhidmat atau ejennya, atau oleh kerani atau pekhidmat ejen itu:

Dengan syarat bahawa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh kerani atau pekhidmat prinsipal itu dalam menjalankan kerjanya, atau oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak prinsipal itu, atau oleh kerani atau pekhidmat ejen itu dalam menjalankan kerjanya dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.

(3) Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam subseksyen (2) boleh dengan apa-apa jua cara mengurangkan liabiliti kerani, pekhidmat atau ejen atau liabiliti kerani atau pekhidmat ejen yang disebutkan dalam subseksyen itu kerana perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu. Penyampaian apa-apa notis atau perintah

59. (1) Apa-apa notis atau perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Akta ini hendaklah, jika dikehendaki disampaikan kepada orang sebenar, disampaikan—

(a) dengan menyerahkan sendiri notis atau perintah itu kepada orang yang baginya ia dimaksudkan; (b) dengan menyerahkan notis atau perintah itu kepada seorang orang dewasa di tempat kediaman, pekerjaan atau perniagaan yang akhir sekali diketahui bagi orang yang baginya ia dimaksudkan; (c) dengan menghantarkan notis atau perintah itu melalui pos berdaftar kepada orang yang baginya ia dimaksudkan; atau (d) jika seorang pegawai polis yang ditetapkan berpuas hati dengan sebab yang hendaklah direkodkan olehnya secara bertulis bahawa notis atau perintah itu tidak dapat disampaikan mengikut cara yang diperuntukkan dalam perenggan (a), (b), atau (c), dengan— (i) menampalkan notis atau perintah itu di suatu tempat yang mudah dilihat pada harta tak alih, jika ada, yang berhubungan dengannya notis atau perintah itu dikeluarkan atau dibuat, atau pada suatu bahagian premis yang mudah dilihat di mana orang yang baginya notis atau perintah itu dimaksudkan diketahui telah tinggal akhir sekali, atau telah bekerja akhir sekali, atau telah menjalankan perniagaan akhir sekali; dan (ii) menyiarkan notis atau perintah itu dalam sebuah akhbar yang beredar dalam kawasan di mana orang yang baginya notis atau perintah itu dimaksudkan diketahui telah tinggal akhir sekali, atau telah bekerja akhir sekali, atau telah menjalankan perniagaan akhir sekali.

(2) Apa-apa notis atau perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Akta ini ke atas mana-mana badan, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, hendaklah disampaikan dengan menyerahkan notis atau perintah itu di tempat perniagaan badan itu kepada seorang pekhidmat, ejen atau pegawai badan itu atau, jika seorang pegawai polis yang ditetapkan berpuas hati dengan sebab yang hendaklah direkodkan secara bertulis bahawa notis atau Penalti am

perintah itu tidak dapat diserahkan sedemikian, dengan menampalkannya di suatu bahagian premis yang mudah dilihat di tempat perniagaan yang akhir sekali diketahui bagi badan yang baginya notis atau perintah itu dimaksudkan, dan dengan menyiarkan notis atau perintah itu dalam sebuah akhbar yang beredar dalam kawasan di mana tempat perniagaan yang akhir sekali diketahui itu terletak.

60. Tiap-tiap orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan khususnya boleh, berkenaan dengan setiap kesalahan itu, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Hadiah

61. Ketua Polis Negara boleh memerintahkan supaya dibayar apa- apa hadiah yang difikirkannya patut kepada mana-mana pegawai polis atau pegawai awam lain atau orang lain kerana khidmat yang diberikan berkaitan dengan pengesanan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, atau berhubungan dengan apa-apa prosiding di bawah Bahagian III, atau berkaitan dengan apa-apa penyitaan yang dibuat di bawah Akta ini. Peraturan-peraturan

62. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk menjalankan dengan lebih lanjut, lebih baik dan lebih mudah peruntukan atau maksud Akta ini dan, tanpa menjejaskan keluasan peruntukan ini, Menteri boleh membuat peraturan-peraturan— Ekstradisi

(a) bagi mengadakan borang berkenaan dengan apa-apa notis atau perintah atau prosiding lain di bawah Akta ini; (b) bagi menetapkan apa-apa jua yang dikehendaki ditetapkan di bawah Akta ini.

63. Suatu kesalahan di bawah seksyen 3 atau 4 hendaklah disifatkan sebagai—

(a) suatu jenayah ekstradisi bagi maksud *Ordinan Ekstradisi 1958 [Ord. 2 tahun 1958]; atau (b) suatu kesalahan ekstradisi bagi maksud **Akta Penjenayah Buruan Komanwel 1967 [Akta 54 tahun 1967]; Dengan syarat bahawa apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang di bawah seksyen 3 atau 4 yang akan menjadi suatu galangan kepada prosiding yang berikutnya terhadap orang itu kerana kesalahan yang sama hendaklah menjadi suatu galangan kepada prosiding selanjutnya terhadap orang itu di bawah Ordinan Ekstradisi 1958 atau Akta Penjenayah Buruan Komanwel 1967. * CATATAN─ Ordinan Ekstradisi 1958 [Ord. 2 tahun 1958] telah dimansuhkan oleh Akta Ekstradisi 1992 [Akta 479]−lihat seksyen 54 bagi Akta 479. ** CATATAN─ Akta Penjenayah Buruan Komanwel 1967 [Ord. 54 tahun 1967] telah dimansuhkan oleh Akta Ekstradisi1992 [Akta 479]−lihat seksyen 54 bagi Akta 479. Jadual Pertama [Subseksyen 2(2)] Butiran Kesalahan

1. Suatu kesalahan di bawah subseksyen 6

B

(1) dan yang boleh dihukum di bawah subseksyen 6

B

(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.

2. Suatu kesalahan di bawah subseksyen 39

B

(1) dan yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39

B

(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

3. Suatu persubahatan untuk melakukan, atau percubaan untuk melakukan, atau perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan atau bagi membantu perlakuan, suatu kesalahan yang dinyatakan di bawah Butiran 1 atau 2, yang boleh dihukum di bawah seksyen 33, yang masing-masing dibaca bersama dengan subseksyen 6

B

(3) dan 39

B

(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

4. Suatu kesalahan di bawah seksyen 34 Akta Dadah Berbahaya 1952 berhubungan dengan suatu kesalahan yang dinyatakan di bawah Butiran 1 atau 2.

5. Apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang asing yang bersamaan dengan peruntukan bagi sesuatu kesalahan yang dinyatakan di bawah Butiran 1, 2, 3 atau 4.

Jadual Kedua [Subseksyen 50(4)]

(1)

Butiran

(2)

Subseksyen

(3)

Ubah suaian

1. 25(2) Gantikan—

(i) “subseksyen (1)” dengan “subseksyen 50(1)”; (ii) “prosiding di bawah Bahagian III” dengan “prosiding di negara asing bagi pelucuthakan harta itu atau bagi maksud perkara berkaitan dengan dadah itu”.

(1)

Butiran

(2)

Subseksyen

(3)

Ubah suaian

2. 25(3) Gantikan—

(i) “Subseksyen(1)” dengan “Subseksyen 50(1)”; (ii) “pendakwaan kerana suatu kesalahan di bawah Akta ini akan dimulakan, atau prosiding di bawah Bahagian III” dengan “prosiding di negara asing bagi pelucuthakan harta itu atau bagi maksud perkara berkaitan dengan dadah itu”.

3. 26(1) Gantikan “Akta ini” dengan “subseksyen 50(1)”.

4. 26(2) Gantikan—

(i) “Akta ini” yang mula-mula terdapat dengan “subseksyen 50 (1)”. (ii) “Akta ini” dalam perenggan (b) dengan “perintah muktamad pihak berkuasa asing atau mahkamah asing”.

5. 26(4) Gantikan—

(i) “Akta ini” dengan “subseksyen 50(1)”. (ii) “pendakwaan, atau prosiding di bawah Bahagian III” dengan “prosiding di negara asing bagi pelucuthakan harta itu atau bagi maksud perkara berkaitan dengan dadah”.

6. 26(5) Gantikan “prosiding di bawah Akta ini” dengan

“prosiding berkenaan dengan perkara berkaitan dengan dadah di negara asing”.

7. 27(1) Gantikan “(1) Jika semunasabahnya disyaki oleh

seorang pegawai polis ditetapkan bahawa apa- apa perniagaan— (a) sedang dijalankan oleh atau bagi pihak mana-mana orang yang terhadapnya pendakwaan kerana suatu kesalahan di bawah seksyen 3, 4 atau subseksyen 24(7) Akta ini, atau apa-apa prosiding di bawah Bahagian III, dicadangkan hendak dimulakan; (b) sedang dijalankan oleh atau bagi pihak saudara atau sekutu orang itu;

(1)

Butiran

(2)

Subseksyen

(3)

Ubah suaian (c) ialah suatu perniagaan yang di dalamnya orang itu, atau saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan yang berjumlah atau memberikan hak terhadap tidak kurang daripada tiga puluh peratus daripada kesemua perniagaan itu; (d) ialah suatu perniagaan yang ke atasnya orang itu, saudaranya atau sekutunya mempunyai kuasa pengurusan atau kawalan efektif, sama ada secara individu atau bersama,” dengan “ (1) Jika harta yang kena disita di bawah subseksyen 50(1) ialah suatu perniagaan, penyitaan itu hendaklah dilaksanakan oleh seorang pegawai polis ditetapkan”.

8. 28(1) Gantikan—

(i) “(1) Jika seseorang pegawai polis yang berpangkat Penolong Penguasa Polis atau lebih tinggi semunasabahnya mengesyaki bahawa mana-mana harta tak alih ialah hal perkara sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, atau ialah harta yang menyalahi undang-undang, harta itu boleh disita, dan” dengan “(1) Jika seseorang pegawai kanan polis menyita apa-apa harta tak alih di bawah subseksyen 50(1)”. (ii) “pegawai polis yang berpangkat Penolong Penguasa Polis atau lebih tinggi” dalam perenggan (a) dengan “pegawai kanan polis”.

9. 31(1) Pinda— UNDANG-UNDANG MALAYSIA A KTA 340 AKTA DADAH BERBAHAYA (PELUCUTHAKAN HARTA) 1988 UNDANG-UNDANG MALAYSIA A KTA 340 AKTA DADAH BERBAHAYA (PELUCUTHAKAN HARTA) 1988

(i) dengan memasukkan “ , atau di bawah perintah muktamad suatu pihak berkuasa asing atau suatu mahkamah asing yang disebut dalam subseksyen 50(7),” selepas “harta itu dilucuthakkan di bawah Akta ini”; (ii) dengan memasukkan “atau di bawah perintah muktamad sedemikian” selepas “boleh dilucuthakkan di bawah Akta ini”. SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari ─ TIADA ─ 94 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari ─ TIADA ─