로고

PERLEMBAGAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (Perintah dibuat di bawah Perkara 83(3))

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Perkara 83(3) dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam, maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan dengan ini membuat Perintah yang berikut —

PERLEMBAGAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (Perintah dibuat di bawah Perkara 83(3)) PERINTAH MENDAPATKAN KEMBALI ASET JENAYAH, 2012 SUSUNAN BAB-BAB Bab BAHAGIAN I PERMULAAN 1. Gelaran. 2. Tafsiran BAHAGIAN II PEMBERSIHAN WANG HARAM 3. Kesalahan membersihkan wang haram. Penggal I Langkah untuk Mencegah Pembersihan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganas 4. Membuka akaun dengan nama palsu, dll. 5. Kehendak untuk mengenalpasti. 6. Maklumat hendaklah didapatkan mengenai pelanggan. 7. Prosedur pengesahan. 8. Masa bagi pengenalpastian dan pengesahan pelanggan. 9. Pelanggan berisiko tinggi dan orang dedahan politik. 10. Pengenalpastian dan pembukaan akaun bagi hubungan perbankan koresponden merentas sempadan. 11. Tidak mampu memenuhi obligasi pengenalpastian pelanggan. 12. Pemantauan khas ke atas transaksi tertentu. 13. Prosedur tambahan bagi usaha yang sedang berjalan dengan sewajarnya. 14. Prosedur penyimpanan rekod. Penggal II Laporan Pematuhan dan Transaksi yang Mencurigakan 15. Obligasi untuk melaporkan transaksi yang mencurigakan. 16. Obligasi untuk melaporkan transaksi wang tunai. 17. Perlindungan identiti orang dan maklumat berkenaan dengan laporan transaksi yang mencurigakan dan laporan transaksi wang tunai. 18. Pengecualian dari liabiliti kerana melaporkan transaksi yang mencurigakan dengan suci hati. 19. Gagal melaporkan transaksi yang mencurigakan atau transaksi wang tunai. 20. Larangan terhadap pemberian maklumat. 21. Prosedur dalaman untuk melaporkan. 22. Prosedur dalaman lanjut untuk melaporkan. 23. Gagal menyelenggarakan atau memberi akses kepada rekod. 24. Gagal memenuhi obligasi menjalankan usaha yang sewajarnya atau menyelenggarakan kawalan dalaman. 25. Pernyataan palsu atau mengelirukan. 26. Langkah dan sanksi. 27. Larangan terhadap bank rangka. 28. Pematuhan obligasi oleh anak syarikat dan cawangan asing. 29. Obligasi penyimpanan rahsia dan kerahsiaan diatasi. Penggal III Unit Risikan Kewangan 30. Tugas dan kuasa Unit Risikan Kewangan. 31. Akses kepada maklumat. 32. Obligasi berkenaan dengan penyimpanan rahsia dan penggunaan maklumat. 33. Tindakan berkenaan dengan laporan atau maklumat lain yang diterima. 34. Berkongsi maklumat dengan agensi kaunterpart asing. BAHAGIAN III PEMINDAHAN MERENTAS SEMPADAN MATA WANG FIZIKAL DAN INSTRUMEN BOLEH NIAGA PEMBAWA 35. Pemindahan Merentas Sempadan Mata Wang Fizikal dan Instrumen Boleh Niaga Pembawa. 36. Tafsiran. 37. Laporan mengenai pemindahan merentas sempadan wang tunai. 38. Obligasi pegawai imigresen atau pegawai kastam. 39. Laporan mengenai pengangkutan wang tunai ke dalam atau keluar dari Negara Brunei Darussalam dengan jalan kargo, kurir, perkhidmatan pos atau mana-mana jalan lain. 40. Soal siasat. 41. Pemeriksaan. 42. Perampasan wang tunai. 43. Penahanan wang tunai yang dirampas. 44. Pelepasan wang tunai yang dirampas. 45. Perlucutan hak. 46. Penggunaan wang tunai yang dilucuthak. 47. Mangsa dan pemilik lain. BAHAGIAN IV PERINTAH PENAHANAN, PERINTAH PERAMPASAN, PERINTAH MENDAPATKAN KEMBALI MANFAAT, PERINTAH PERLUCUTAN HAK BERDASARKAN TIDAK SABIT KESALAHAN DAN PENGISYTIHARAN KEKAYAAN YANG TIDAK DAPAT DIJELASKAN 48. Pengenaan. Penggal I Perintah Penahanan 49. Permohonan bagi perintah penahanan. 50. Perintah penahanan. 51. Notis permohonan bagi perintah penahanan. 52. Penyampaian perintah penahanan. 53. Perintah sampingan berhubung dengan perintah penahanan. 54. Pegawai yang diberi kuasa atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Mahkamah Tinggi supaya memenuhi perintah mendapatkan kembali manfaat. 55. Perintah penahanan dibuat berkaitan dengan tanah. 56. Perampasan harta tertakluk kepada perintah penahanan. 57. Melanggar perintah penahanan. 58. Mahkamah Tinggi boleh membatalkan perintah penahanan. 59. Bila perintah penahanan terhenti daripada berkuatkuasa. Penggal II Perintah Perampasan dan Perintah Mendapatkan Kembali Manfaat 60. Permohonan bagi perintah perampasan atau perintah mendapatkan kembali manfaat. 61. Notis permohonan. 62. Pindaan permohonan. 63. Prosedur atas permohonan. 64. Orang yang melarikan diri. 65. Perintah perampasan jika seseorang itu telah melarikan diri. 66. Kesan kematian ke atas prosiding. 67. Penyampaian dokumen kepada orang yang melarikan diri. 68. Perintah perampasan jika sabit kesalahan. 69. Kesan perintah perampasan. 70. Pemindahan boleh batal. 71. Perlindungan pihak ketiga. 72. Melepaskan perintah perampasan dan membatalkan sabitan. 73. Pembayaran sebagai ganti perintah perampasan. 74. Pengenaan prosedur bagi menguatkuasakan denda. 75. Perintah mendapatkan kembali manfaat jika sabit kesalahan. 76. Aturan-Aturan untuk menentukan manfaat dan menaksir nilai. 77. Pernyataan berkenaan dengan hasil dari kesalahan dan manfaat dari kesalahan pembersihan wang haram atau kesalahan berat yang dilakukan. 78. Amaun yang didapatkan kembali di bawah perintah mendapatkan kembali manfaat. 79. Pengubahan perintah mendapatkan kembali manfaat. 80. Mahkamah boleh menyingkap tabir korporat. 81. Penguatkuasaan perintah mendapatkan kembali manfaat. 82. Pelepasan perintah mendapatkan kembali manfaat. Penggal III Perintah Perlucutan hak Berdasarkan Tiada Sabitan & Perampasan Harta Jika Tiada Pendakwaan 83. Perintah perlucutan hak berdasarkan tiada sabitan bagi harta tercemar. 84. Perlucutan hak harta yang dirampas di bawah Perintah ini jika tiada pendakwaan, atau tiada prosiding atau tiada tuntutan terhadapnya. Penggal IV Pengisytiharan Kekayaan Yang Tidak Dapat Dijelaskan. 85. Permohonan bagi pengisytiharan kekayaan yang tidak dapat dijelaskan. 86. Kekayaan yang tidak dapat dijelaskan. 87. Menaksir nilai kekayaan yang tidak dapat dijelaskan. 88. Unsur kekayaan orang. 89. Pengisytiharan kekayaan yang tidak dapat dijelaskan. 90. Kekayaan yang tidak dapat dijelaskan mestilah dibayar kepada Dana. BAHAGIAN V PERINTAH ASING Penggal I Permintaan oleh Negara Brunei Darussalam 91. Permintaan bagi penguatkuasaan Perintah. 92. Permintaan bagi pengeluaran perintah di negara asing. Penggal II Permintaan oleh Negara Asing 93. Permintaan asing bagi perintah penahanan. 94. Permintaan bagi penguatkuasaan perintah penahanan, perampasan dan mendapatkan kembali manfaat asing. 95. Perintah penahanan asing berdaftar — Mahkamah Tinggi boleh mengarahkan pegawai yang diberi kuasa atau orang yang dilantik oleh Mahkamah Tinggi untuk mengambil jagaan dan kawalan ke atas harta. 96. Permintaan asing bagi pengesanan hasil jenayah. 97. Kuasa untuk menyiasat mengenai harta tercemar berhubung dengan kesalahan asing. 98. Berkongsi harta rampasan dengan negara asing. BAHAGIAN VI KUASA UNTUK MENYIASAT 99. Kuasa untuk menangkap. 100. Kuasa pegawai yang diberi kuasa. 101. Kuasa untuk memeriksa orang. 102. Kuasa khas untuk menyiasat berhubung dengan pengakuan berkanun. 103. Pemeriksaan ke atas seseorang. 104. Halangan terhadap perjalanan kuasa oleh pegawai yang diberi kuasa. 105. Pemberian maklumat. 106. Penyerahan harta, rekod, laporan atau dokumen. 107. Perampasan harta, rekod, laporan atau dokumen. 108. Pelepasan harta, rekod, laporan atau dokumen yang dirampas. 109. Pernyataan boleh diterima. 110. Peruntukan lanjut berhubung dengan perampasan harta. 111. Perampasan tanah. 112. Mengurusniagakan harta yang telah dirampas selepas perampasan adalah tidak sah. 113. Kesahan perampasan, atau penjualan yang berbangkit daripadanya, tidak terjejas oleh bantahan tertentu. 114. Peruntukan khas berhubung dengan perampasan perniagaan. 115. Sekatan ke atas pelupusan harta dll. 116. Penyerahan dokumen perjalanan. 117. Pengembalian dokumen perjalanan. 118. Kuasa untuk meminta perhubungan. 119. Kuasa untuk mendapatkan rekod telekomunikasi. 120. Pengesanan harta. BAHAGIAN VII PENDAKWAAN DAN PERBICARAAN KESALAHAN 121. Pendakwaan kesalahan. 122. Bidang kuasa Mahkamah. BAHAGIAN VIII AM 123. Dana Perampasan Aset Jenayah. 124. Pampasan. 125. Notis atau perintah tidak boleh dianggap sebagai tidak sah kerana kesilapan dalam perihalan. 126. Penyampaian apa-apa notis atau perintah. 127. Perlindungan pemberi maklumat dan maklumat. 128. Ejen perangkap. 129. Prosiding di bawah Perintah ini adalah prosiding sivil. 130. Rayuan. 131. Perintah sampingan. 132. Perintah persetujuan. 133. Kebolehteimaan pernyataan dan dokumen orang yang telah mati atau tidak dapat dikesan dll. 134. Bukti sabitan dan pembebasan. 135. Penyimpanan rahsia. 136. Pengenaan. 137. Arahan untuk mencegah pembersihan wang haram. 138. Arahan dan garis panduan untuk menunaikan obligasi Negara Brunei Darussalam. 139. Kesalahan am. 140. Percubaan dan persubahatan. 141. Kesalahan dilakukan oleh badan korporat. 142. Kesalahan dilakukan oleh individu. 143. Pemalsuan, penyembunyian dan pemusnahan dokumen dll. 144. Kesalahan boleh tangkap dan tidak boleh jamin. 145. Keterangan mengenai nilai pasaran dadah. 146. Kuatkuasa undang-undang lain tidak terjejas. 147. Peruntukan tentang ikat jamin atau bon. 148. Orang yang ditangkap hendaklah diserahkan kepada pegawai polis. 149. Kekebalan dari prosiding. 150. Perlindungan orang kerana perbuatan yang dilakukan di bawah Perintah ini. 151. Peraturan-peraturan. 152. Aturan-Aturan Mahkamah. 153. Pemansuhan Penggal 209, 178, S 52/2000 dan perkecualian.

BAHAGIAN I PERMULAAN

Gelaran.

1.

Perintah ini boleh digelar sebagai Perintah Mendapatkan Kembali Aset Jenayah, 2012.

Tafsiran.

2.

(1) Dalam Perintah ini, melainkan jika maksudnya berkehendakkan makna yang lain — “akaun” bermakna apa-apa kemudahan atau penyusunan yang dengannya sesebuah institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan melakukan mana-mana yang berikut — (a) menerima deposit dana atau aset lain; (b) membenarkan pengeluaran atau pemindahan dana atau aset lain; atau (c) membayar instrumen boleh niaga atau boleh pindah atau perintah yang disediakan kepada, atau memungut instrumen boleh niaga atau boleh pindah atau perintah pembayaran bagi pihak, mana-mana orang lain, dan termasuk apa-apa kemudahan atau penyusunan bagi peti deposit keselamatan atau bagi apa-apa bentuk deposit selamat yang lain; “rayuan” termasuk prosiding dengan cara melepaskan atau mengetepikan sesuatu penghakiman, dan permohonan bagi perbicaraan baru atau bagi penangguhan pelaksanaan; “perjanjian perkongsian aset” bermakna suatu perjanjian yang dibuat — (a) di antara Negara Brunei Darussalam dan sebuah negara atau wilayah asing; atau (b) di antara Peguam Negara dan pihak berkuasa yang berkenaan di sebuah negara asing, yang dengannya penyusunan dibuat bagi perkongsian hasil jenayah yang, akibat dari bantuan bersama, telah dirampas di Negara Brunei Darussalam atau di tempat lain; "sekutu", berkenaan dengan seseorang, termasuk — (a) mana-mana orang yang pernah atau sedang mendiami premis kediaman (termasuk perlengkapan) orang itu; (b) mana-mana orang yang pernah menjadi atau merupakan seorang ejen atau penama bagi orang itu; (c) mana-mana orang yang pernah atau sedang mengurus hal ehwal atau menyimpan akaun orang itu; (d) mana-mana firma perkongsian yang orang itu, atau mana-mana ejen atau penamanya, menjadi atau pernah menjadi rakan kongsi atau orang yang menjaga atau mengawal perniagaan atau urusannya; (e) mana-mana syarikat yang ditubuhkan dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat (Penggal 39), yang orang itu, atau mana-mana ejen atau penamanya, pernah menjadi atau merupakan seorang pengarah atau pernah atau adalah menjaga atau mengawal perniagaan atau urusannya, atau yang orang itu, bersama dengan mana-mana ejen atau penamanya, mempunyai, atau pernah mempunyai, saham-saham yang jumlah nilainya tidak kurang sepuluh peratus dari jumlah terbitan modal perbadanan; (f) mana-mana orang yang pernah menjadi atau merupakan rakan kongsi, atau orang yang menjaga atau mengawal perniagaan atau urusan, suatu firma perkongsian yang disebut dalam perenggan (d) pada bila-bila masa apabila orang itu, atau mana-mana ejen atau penamanya, pernah menjadi atau merupakan rakan kongsi dalam firma perkongsian itu; (g) mana-mana orang yang pernah menjadi atau merupakan seorang pengarah, atau orang yang menjaga atau mengawal perniagaan atau urusan, suatu syarikat yang disebut dalam perenggan (e) pada bila-bila masa apabila orang itu, atau mana-mana ejen atau penamanya, pernah menjadi atau merupakan seorang pengarah, atau pernah atau adalah menjaga atau mengawal perniagaan atau urusan, perbadanan, atau pada bila-bila masa apabila orang itu, bersama dengan mana-mana ejen atau penamanya, mempunyai, atau pernah mempunyai, saham-saham yang jumlah nilainya tidak kurang sepuluh peratus dari jumlah terbitan modal perbadanan; (h) mana-mana orang yang pernah menjadi atau merupakan ejen mana-mana firma perkongsian atau syarikat yang masing-masing disebut dalam perenggan (d) atau (e); (i) mana-mana orang yang pernah atau sedang menyimpan akaun mana-mana firma perkongsian atau syarikat yang masing-masing disebut dalam perenggan (d) atau (e); (j) pemegang amanah bagi mana-mana amanah, jika — (i) amanah tersebut telah diwujudkan oleh orang itu; atau (ii) jumlah nilai aset yang disumbangkan oleh orang itu kepada amanah tersebut pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas amanah tersebut diwujudkan, berjumlah, atau telah berjumlah, pada bila-bila masa, tidak kurang 20 peratus dari jumlah nilai aset amanah tersebut; (k) mana-mana orang yang ada dalam miliknya apa-apa harta kepunyaan orang itu; dan (l) mana-mana orang yang berhutang dengan orang itu; “orang yang diberi kuasa” bermakna — (a) seseorang pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei; (b) seseorang pegawai Biro Kawalan Narkotik; (c) seseorang pegawai Biro Mencegah Rasuah; (d) seseorang pegawai Jabatan Kastam dan Eksais Diraja; atau (e) seseorang atau golongan orang yang ditetapkan dengan pemberitahuan dalam Warta Kerajaan oleh Peguam Negara; “Autoriti” bermakna Autoriti Monetari Brunei Darussalam yang ditubuhkan oleh bab 3(1) dari Perintah Autoriti Monetari Brunei Darussalam, 2010 [S 103/2010]; “manfaat” termasuk apa-apa harta, perkhidmatan atau faedah, sama ada langsung atau tidak langsung; “pemilik benefisial” bermakna — (a) orang sebenar yang memiliki atau mengawal pada akhirnya hak ke atas dan/atau manfaat dari harta, termasuk orang yang bagi pihaknya suatu transaksi dijalankan; (b) seseorang yang menjalankan kawalan berkesan yang akhir ke atas suatu badan undang-undang atau penyusunan undang-undang; (c) orang sebenar adalah dianggap memiliki atau mengawal pada akhirnya hak ke atas atau manfaat dari harta dalam makna cerai (a) apabila orang itu — (i) memiliki atau mengawal, secara langsung atau tidak langsung, termasuk melalui amanah atau pemegangan saham pembawa bagi mana-mana entiti undang-undang, 25 peratus atau lebih dari saham-saham atau hak mengundi entiti itu; atau (ii) selainnya menjalankan kawalan ke atas pengurusan entiti itu; “perniagaan” bermakna apa-apa aktiviti yang dijalankan bagi tujuan laba atau keuntungan dan termasuk semua harta yang diperoleh dari atau digunakan dalam atau bagi tujuan menjalankan aktiviti tersebut, dan semua hak dan liabiliti yang timbul dari aktiviti tersebut; “hubungan perniagaan” bermakna sebarang kontak di antara institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan dan mana-mana orang dalam masa pemberian perkhidmatan oleh institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan dan termasuk tetapi tidak terhad kepada — (a) pembukaan atau penyelenggaraan suatu akaun; (b) transaksi yang dijalankan oleh institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan bagi orang itu; (c) pengeluaran suatu polisi insurans atau polisi takaful oleh pengendali insurans atau takaful kepada orang itu; “laporan transaksi wang tunai” bermakna suatu laporan yang dikehendaki dibuat di bawah bab 16; “perbankan koresponden” bermakna pemberian perkhidmatan perbankan, pembayaran dan perkhidmatan lain oleh sebuah bank (“bank koresponden”) kepada bank lain (“bank responden”) untuk membolehkan bank lain itu memberi perkhidmatan dan produk kepada pelanggan-pelanggannya sendiri; “Dana Perampasan Aset Jenayah” bermakna Dana yang ditubuhkan oleh bab 123; “pelanggan” bermakna mana-mana yang berikut — (a) orang yang baginya suatu transaksi atau akaun diaturkan, dibuka atau dijalankan; (b) penandatangan kepada suatu transaksi atau akaun; (c) mana-mana orang yang kepadanya suatu akaun atau hak atau obligasi di bawah suatu transaksi telah diserah hak atau dipindahkan; (d) mana-mana orang yang diberi kuasa untuk menjalankan suatu transaksi atau mengawal suatu akaun; (e) mana-mana orang yang cuba mengambil sebarang tindakan yang disebut di atas; (f) orang lain sebagaimana yang mungkin ditetapkan dengan peraturan-peraturan oleh Autoriti; “data” bermakna gambaran maklumat, dalam apa-apa bentuk; “urusniaga” termasuk — (a) pembelian, penjualan, pinjaman, gadaian, gadai janji, lien, sandaran, kaveat, pemindahan, penyerahan, penyerahan hak, subrogasi, penghantaran, pemberian, derma, amanah, penyelesaian, deposit, pengeluaran, pemindahan antara akaun, lanjutan kredit; (b) apa-apa pembelian atau penjualan mana-mana sekuriti, instrumen monetari, atau instrumen lain apa pun dengan cara apa pun yang dilakukan; (c) mana-mana agensi atau pemberian surat kuasa wakil; dan (d) apa-apa pelupusan atau urusniaga lain dalam bentuk apa pun, atau dalam perihalan atau jenis apa pun, tidak kira bagaimana jua pun disebut, yang menyebabkan apa-apa hak, kepentingan, hakmilik atau keistimewaan, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan atau sama ada terletakhak atau kontingen, pada keseluruhan atau sebahagian dari apa-apa harta diberikan kepada mana-mana orang; “defendan” bermakna seseorang yang sedang disiasat kerana suatu kesalahan berat atau telah dituduh melakukan suatu kesalahan berat, sama ada dia telah disabitkan atas kesalahan itu atau tidak, dan termasuk dalam hal prosiding bagi suatu perintah penahanan di bawah bab 49, seseorang yang sedang disiasat kerana suatu kesalahan berat atau yang hampir hendak dituduh melakukan suatu kesalahan berat; “profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan” bermakna mana-mana yang berikut — (a) mana-mana orang yang dilesenkan di bawah Perintah Pelesenan Ejen dan Pemegang Amanah Berdaftar, 2000 [S 54/2000]; (b) ejen harta tanah; (c) kasino, termasuk kasino internet; (d) peniaga logam berharga, batu permata dan barang kemas; (e) peguambela dan peguamcara, notari, profesional undang-undang dan akauntan bebas yang lain apabila mereka menyediakan, terlibat dalam, atau menjalankan transaksi bagi seseorang klien berhubung dengan mana-mana aktiviti yang berikut — (i) pembelian dan penjualan harta tanah; (ii) pengurusan wang, sekuriti atau aset lain klien; (iii) pengurusan akaun bank, simpanan atau sekuriti; (iv) pengelolaan sumbangan bagi mewujudkan, mengendalikan atau mengurus entiti; (v) pewujudan, pengendalian atau pengurusan entiti atau penyusunan, dan pembelian dan penjualan entiti perniagaan; (f) penyedia perkhidmatan amanah dan syarikat yang tidak diliputi selainnya oleh Perintah ini yang, sebagai perniagaan, menyediakan atau menjalankan transaksi bagi pihak klien berkenaan dengan mana-mana perkhidmatan yang berikut kepada pihak ketiga — (i) bertindak sebagai ejen penubuhan, pendaftaran atau pengurusan entiti; (ii) bertindak sebagai, atau mengaturkan supaya orang lain bertindak sebagai, seorang pengarah atau setiausaha bagi suatu syarikat atau rakan kongsi bagi suatu perkongsian, atau memegang jawatan yang sama berkenaan dengan entiti lain; (iii) menyediakan sebuah pejabat berdaftar, alamat perniagaan atau tempat tinggal, alamat surat-menyurat atau pentadbiran bagi suatu syarikat, suatu perkongsian atau mana-mana entiti atau penyusunan lain; (iv) bertindak sebagai, atau mengaturkan supaya orang lain bertindak sebagai, seorang pemegang amanah bagi suatu amanah nyata atau penyusunan lain yang seumpamanya; (v) bertindak sebagai, atau mengaturkan supaya orang lain bertindak sebagai, seorang pemegang saham penama bagi orang lain; (g) profesion dan perniagaan lain sebagaimana yang mungkin dinyatakan oleh Autoriti; “susut nilai”, berkenaan dengan apa-apa harta, bermakna keseluruhan atau sebahagian dari harta yang dibelanjakan, digunakan, dimusnahkan, atau yang tertakluk kepada apa-apa urusniaga, proses atau perbuatan lain, supaya ia tidak lagi wujud, atau kurang nilai atau saiznya, atau cirinya berubah; “dokumen” bermakna apa-apa perkara yang dinyatakan, diperihalkan atau tidak kira bagaimana jua pun digambarkan pada apa-apa benda, bahan, barang atau artikel, termasuk apa-apa perkara yang terkandung dalam cakera, pita, filem, runut bunyi atau peranti lain apa pun dengan menggunakan — (a) huruf, angka, tanda, simbol, isyarat atau bentuk pernyataan, perihalan atau gambaran lain apa pun; (b) apa-apa rakaman visual (sama ada gambar pegun atau bergerak); (c) apa-apa rakaman bunyi atau apa-apa rakaman elektronik, magnet, mekanik atau rakaman lain, apa pun dan tidak kira bagaimana jua pun dibuat, atau apa-apa bunyi, impuls elektrik atau data lain apa pun; (d) suatu rakaman atau penghantaran dengan cara yang disebutkan dalam perenggan (a), (b) atau (c) atau dengan lebih dari satu cara yang disebutkan dalam perenggan (a), (b), (c) atau (d), yang dimaksudkan untuk digunakan atau yang boleh digunakan bagi maksud menyatakan, memperihalkan atau menggambarkan perkara itu dengan apa cara pun;

Misalan-misalan

Tulisan adalah suatu dokumen. Perkataan-perkataan yang dicetak, ditilitograf atau digambar adalah dokumen. Peta, pelan, graf atau lakaran adalah suatu dokumen. Inskripsi pada kayu, logam, batu atau apa-apa benda, bahan atau barang lain adalah suatu dokumen. Fotograf atau negatif adalah suatu dokumen. Rakaman pita perhubungan telefon, termasuk rakaman perhubungan itu yang dihantar dari jarak jauh adalah suatu dokumen. Rakaman fotograf atau rakaman visual lain, termasuk rakaman penghantaran fotograf atau visual lain dari jarak jauh adalah suatu dokumen. Perkara yang direkodkan, disimpan, diproses, didapatkan kembali atau dikeluarkan oleh komputer adalah suatu dokumen. "FATF" bermakna Task Force Tindakan Kewangan; "institusi kewangan" bermakna — (a) berkenaan dengan Negara Brunei Darussalam — (i) sesebuah bank yang dilesenkan di bawah bab 4 atau 23 dari Perintah Perbankan, 2006 (S 45/2006), sesebuah bank antarabangsa yang dilesenkan di bawah bab 7 dari Perintah Perbankan Antarabangsa, 2000 (S 53/2000) dan sesebuah bank Islam yang dilesenkan di bawah bab 4 atau 23 dari Perintah Perbankan Islam, 2008 (S 96/2008); (ii) Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei yang ditubuhkan oleh bab 3(1) dari Akta Perbadananan Tabung Amanah Islam Brunei (Penggal 163); (iii) mana-mana penanggung insurans yang didaftarkan di bawah Perintah Insurans, 2006 (S 48/2006) atau Perintah Takaful, 2008 (S 100/2008) atau mana-mana orang yang dilesenkan di bawah Perintah Insurans dan Takaful Antarabangsa, 2002 (S 43/2002); (iv) mana-mana syarikat kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Syarikat Kewangan (Penggal 89); (v) mana-mana orang yang dilesenkan di bawah Perintah Dana Bersama, 2001 (S 18/2001), Perintah Sekuriti, 2001 (S 31/2001), atau Perintah Insurans dan Takaful Antarabangsa, 2002 (S 43/2002); (vi) mana-mana orang yang dilesenkan untuk menjalankan apa-apa perniagaan tukaran wang atau perniagaan kiriman wang di bawah Akta Perniagaan Menukar Wang dan Kiriman Wang (Penggal 174); atau (vii) orang lain yang dilesenkan, dibenarkan atau dikawalselia oleh Autoriti di bawah sebarang undang-undang bertulis; dan (b) berkenaan dengan mana-mana negara di luar Negara Brunei Darussalam, seseorang yang menjalankan perniagaan secara sah di dalamnya yang bersamaan seluruhnya atau sebahagiannya dengan perniagaan perbankan sebagaimana yang ditakrifkan dalam bab 2(1) dari Perintah Perbankan, 2006 (S 45/2006) atau dalam bab 2(1) dari Perintah Perbankan Antarabangsa, 2000 [S 53/2000]; dan termasuk perniagaan perbankan Islam sebagaimana yang ditakrifkan dalam bab 2(1) dari Perintah Perbankan Islam, 2008 [S 96/2008]; "Unit Risikan Kewangan" bermakna agensi yang bertanggungjawab bagi menerima, meminta, menganalisis dan menyebarkan maklumat berhubung dengan pembersihan wang haram, hasil jenayah yang disyaki dan pembiayaan pengganas; "negara asing" bermakna mana-mana negara atau wilayah di luar Negara Brunei Darussalam; "kesalahan berat asing", mempunyai makna yang sama dengan "kesalahan berat"; "Dana" mempunyai makna yang sama dengan Dana Perampasan Aset Jenayah yang ditubuhkan oleh bab 123; "pemindahan dana" bermakna mana-mana transaksi yang dijalankan bagi pihak orang pemula melalui suatu institusi kewangan dengan cara elektronik dengan tujuan hendak menyediakan sejumlah wang kepada seorang pewaris di institusi kewangan lain. Orang pemula dan pewaris boleh jadi orang yang sama; "pemberian" termasuk apa-apa pemindahan atau harta oleh seseorang kepada orang lain secara langsung atau tidak langsung — (a) selepas suatu kesalahan berat dilakukan oleh orang pertama; (b) bagi suatu balasan yang nilainya nyata sekali kurang dari nilai harta yang diberikan oleh orang pertama; dan (c) setakat mana perbezaan antara nilai pasaran harta yang dipindahkan dan balasan yang diberikan oleh penerima pindahan; "Kerajaan" bermakna Kerajaan Negara Brunei Darussalam; "Mahkamah Tinggi" termasuk Mahkamah Perantaraan; "penyusunan undang-undang" merujuk kepada amanah nyata atau penyusunan undang-undang lain yang seumpamanya; "kepentingan", berkenaan dengan harta, bermakna — (a) estet atau kepentingan di sisi undang-undang atau ekuiti ke atas harta; atau (b) hak, kuasa atau keistimewaan berhubung dengan harta sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan dan sama ada terletakhak atau kontingen; “Menteri” bermakna Menteri Kewangan; “orang pemula” bermakna pemegang akaun, atau jika tiada akaun, orang yang memberi perintah kepada suatu institusi kewangan supaya membuat pemindahan kawat; “dibayar melalui akaun” bermakna suatu akaun koresponden yang langsung digunakan oleh pelanggan pihak ketiga institusi kewangan responden untuk menjalankan urusan bagi pihak itu sendiri atau bagi pihak orang lain; “orang” bermakna mana-mana orang sebenar atau orang di sisi undang-undang; “orang dedahan politik” bermakna — (i) mana-mana orang yang diamanahkan atau telah diamanahkan dengan tugas awam yang penting termasuk, tetapi tidak terhad kepada ketua negara atau kerajaan, ahli politik kanan, pegawai kanan kerajaan, pegawai kehakiman atau pegawai tentera; (ii) mana-mana orang yang menjadi atau pernah menjadi seorang eksekutif bagi sebuah syarikat milik negara; (iii) mana-mana orang yang menjadi atau pernah menjadi seorang pegawai parti politik kanan, dan (iv) mana-mana orang yang diamanahkan atau telah diamanahkan dengan tugas penting oleh sebuah pertubuhan antarabangsa, dan hendaklah termasuk mana-mana ahli keluarga terdekat atau sekutu rapat orang itu; “premis” termasuk mana-mana tempat di dalam Negara Brunei Darussalam dan terutamanya termasuk — (a) mana-mana kenderaan, vesel, perahu, pesawat udara atau mana-mana struktur di perairan pantai Negara Brunei Darussalam; atau (b) mana-mana khemah, karavan atau struktur boleh alih lain; “amaun yang ditetapkan” bermakna $15,000 (atau bersamaan dengannya dalam mata wang asing) atau amaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh Autoriti, dengan pemberitahuan dalam *Warta Kerajaan*; “prosiding” bermakna mana-mana prosedur yang dijalankan oleh atau di bawah penyeliaan seorang hakim, majistret atau pegawai kehakiman tidak kira bagaimana jua pun diperihalkan, berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang dikatakan atau dibuktikan atau harta yang diperolehi dari kesalahan tersebut dan termasuk suatu siasatan, penyiasatan dan pemutusan permulaan atau muktamad fakta; “hasil jenayah” bermakna — (a) apa-apa harta atau manfaat yang diperolehi atau direalisasikan secara langsung atau tidak langsung dari suatu kesalahan berat; (b) apa-apa harta atau manfaat yang diperolehi atau direalisasikan dari suatu pelupusan atau urusniaga lain ke atas hasil kesalahan berat, dan termasuk, atas asas yang sebanding, harta yang dimasukkan di dalamnya apa-apa harta yang diperolehi atau direalisasikan secara langsung dari kesalahan itu kemudiannya satu demi satu ditukar, diubah atau bercampur, dan juga pendapatan, modal atau laba ekonomi lain yang diperolehi atau direalisasikan dari harta tersebut pada bila-bila masa sejak kesalahan itu; dan apa-apa harta yang digunakan atau dimaksudkan hendak digunakan dalam melakukan apa-apa kesalahan berat; “harta” bermakna — (a) setiap jenis aset, sama ada ketara atau tak ketara, alih atau tak alih, tidak kira bagaimana jua pun diperolehi; (b) apa-apa hak, kepentingan, hakmilik, tuntutan, hak dalam tindakan, kuasa, keistimewaan, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan dan sama ada terletak hak atau kontingen, berhubung dengan apa-apa harta, atau yang selainnya mempunyai nilai; (c) apa-apa pemindahan hak yang disempurnakan untuk memindah hak, menyerah hak, menetapkan, menyerahkan, atau pun selainnya memindahkan atau melupuskan harta tak alih yang dipunyai atau dimiliki oleh orang yang menyempurnakan pemindahan hak itu atau yang ke atasnya dia berhak mendapatkan hak kontingen, sama ada bagi seluruh kepentingannya atau bagi apa-apa kepentingan yang kurang; (d) dokumen atau instrumen undang-undang dalam apa-apa bentuk, termasuk elektronik atau digital, yang membuktikan hakmilik kepada, atau kepentingan ke atas, aset itu, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kredit bank, cek kembara, cek bank, kiriman wang, saham, sekuriti, bon, draf dan surat kredit; (e) mana-mana perniagaan; "harta seseorang atau harta dalam milikan atau kawalan seseorang" termasuk apa-apa pemberian yang dibuat oleh orang itu; "badan awam" termasuk — (a) Kerajaan; (b) mana-mana pihak berkuasa tempatan dan mana-mana pihak berkuasa berkanun lain yang ditubuhkan oleh, dan menjalankan kuasa yang terletak hak padanya oleh, sebarang undang-undang bertulis; (c) mana-mana jabatan, perkhidmatan atau perusahaan Kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pihak berkuasa berkanun lain, atau mana-mana pihak berkuasa, organisasi, badan atau individu yang dinyatakan di bawah perenggan (d); atau (d) mana-mana pihak berkuasa, organisasi atau badan, atau mana-mana individu yang disebut dengan nama atau jawatan, yang dinyatakan oleh Menteri dengan pemberitahuan dalam Warta Kerajaan sebagai suatu badan awam bagi maksud-maksud Perintah ini; "pegawai kerajaan" termasuk mana-mana orang yang bekerja secara tetap atau sementara dengan suatu badan awam; "harta yang boleh direalisasikan" bermakna — (a) apa-apa harta yang dipegang oleh seseorang; (b) apa-apa harta yang dikawal dengan berkesan oleh orang itu; (c) apa-apa harta yang dipegang oleh orang lain yang kepadanya orang itu telah membuat secara langsung atau tidak langsung suatu pemberian yang diterima oleh Perintah ini; "saudara", berhubung dengan seseorang, bermakna — (a) suami atau isteri orang itu; (b) abang atau adik lelaki atau kakak atau adik perempuan orang itu; (c) abang atau adik lelaki atau kakak atau adik perempuan kepada suami atau isteri orang itu; (d) mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan orang itu; (e) mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan suami atau isteri orang itu; (f) suami atau isteri kepada orang yang disebut dalam perenggan (b), (c), (d) atau (e); (g) mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah dengan orang yang disebut dalam perenggan (b) atau (c); (h) abang atau adik lelaki atau kakak atau adik perempuan atau isteri kepada abang atau adik lelaki atau suami kepada kakak atau adik perempuan kepada mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas dengan orang itu atau dengan suami atau isterinya; atau (i) mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah atau suami atau isteri kepada mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah dengan orang yang disebut dalam perenggan (h); “kesalahan berat” bermakna suatu kesalahan terhadap suatu peruntukan — (a) sebarang undang-undang bertulis Negara Brunei Darussalam yang hukuman maksimumnya adalah mati, penjara bagi suatu tempoh tidak kurang dari 6 bulan, denda tidak kurang dari $1,000 atau hukuman yang lebih keras; (b) undang-undang bertulis sebuah negara asing, berhubung dengan perbuatan atau peninggalan yang, sekiranya perbuatan atau peninggalan itu berlaku di Negara Brunei Darussalam, akan menjadi suatu kesalahan yang hukuman maksimumnya adalah penjara bagi suatu tempoh tidak kurang dari 6 bulan atau hukuman yang lebih keras termasuk suatu kesalahan yang semata-mata bersifat fiskal; “bank rangka” bermakna sebuah bank yang tidak ada secara fizikal di negara di mana bank itu diperbadankan dan dilesenkan, melainkan jika bank itu dimiliki sepenuhnya oleh sebuah institusi kewangan atau lebih yang menjadi sebahagian dari kumpulan perkhidmatan kewangan terkawal yang tertakluk kepada penyeliaan tergabung yang berkesan; “laporan transaksi yang mencurigakan” bermakna suatu laporan yang dikehendaki untuk dibuat di bawah bab 15; “harta tercemar” berkenaan dengan suatu kesalahan berat, bermakna — (a) harta yang digunakan dalam atau berhubung dengan atau dimaksudkan untuk digunakan atau berhubung dengan kesalahan yang (b) harta yang diperolehi, didapatkan atau direalisasikan akibat dari atau berhubung dengan suatu kesalahan yang dilakukan jika harta itu diperolehi oleh orang itu sebelum, semasa atau dalam tempoh masa yang munasabah selepas tempoh kesalahan itu dilakukan yang orang itu hampir hendak dituduh, dituduh atau disabitkan; (c) hasil jenayah; (d) bahawa pendapatan orang itu dari sumber yang tidak berkaitan dengan aktiviti jenayah orang itu tidak dapat menerangkan dengan munasabah pemerolehan harta itu; dan (e) harta tercemar termasuk harta yang sama nilainya dengan harta yang ditakrifkan dalam perenggan-perenggan (a), (b), (c) dan (d); (f) harta yang, kerana apa-apa hal keadaan seperti, tetapi tidak terhad kepada, jenis, nilai, lokasi atau tempat penemuannya, atau masa, cara atau tempat pemerolehannya, atau orang yang daripadanya harta itu diperolehi, atau kedekatannya dengan harta lain yang disebut dalam perenggan di atas, boleh dipercayai dengan munasabah sebagai harta yang termasuk dalam skop perenggan (a), (b), (c) atau (d); “transaksi” bermakna suatu pembelian, penjualan, pinjaman, sandaran, pemberian, pemindahan, penyerahan atau pelupusan lain, atau penyusunannya, dan termasuk tetapi tidak terhad kepada — (a) membuka suatu akaun; (b) apa-apa deposit, pengeluaran, pertukaran atau pemindahan dana dalam mana-mana mata wang sama ada dengan wang tunai atau cek, arahan pembayaran atau instrumen lain atau dengan cara elektronik atau bukan fizikal lain; (c) penggunaan peti deposit keselamatan atau apa-apa bentuk deposit selamat yang lain; (d) membuat apa-apa hubungan fidusiari; (e) apa-apa pembayaran yang dibuat atau diterima bagi menyelesaikan, seluruhnya atau sebahagiannya, apa-apa obligasi di bawah kontrak atau obligasi lain di sisi undang-undang; (f) apa-apa pembayaran yang dibuat berkaitan dengan loteri, pertaruhan atau permainan mencuba nasib lain; (g) mengadakan atau mewujudkan orang di sisi undang-undang atau penyusunan undang-undang; dan (h) transaksi lain sebagaimana yang mungkin ditetapkan oleh Menteri atau Autoriti, mengikut mana yang berkenaan, dengan peraturan-peraturan; “kesalahan membiayai keganasan” bermakna — (a) sebarang kesalahan di bawah bab 4, 5, 6, 7 atau 8 dari Perintah Antikeganasan, 2011 [S 78/2011]; (b) pakatan jahat untuk melakukan sebarang kesalahan tersebut; (c) menghasut orang lain untuk melakukan sebarang kesalahan tersebut; (d) cuba melakukan sebarang kesalahan tersebut; atau (e) membantu, bersubahat, merencana atau menyebabkan sebarang kesalahan tersebut dilakukan; “amanah” termasuk apa-apa obligasi undang-undang yang memihak kepada mana-mana benefisiari yang tertakluk kepadanya mana-mana orang memegang apa-apa harta; “aktiviti yang menyalahi undang-undang” bermakna — (a) suatu perbuatan atau peninggalan yang menjadi suatu kesalahan terhadap suatu undang-undang yang berkuatkuasa di Negara Brunei Darussalam atau sebuah negara asing; (b) suatu percubaan untuk melakukan suatu kesalahan terhadap suatu undang-undang yang berkuatkuasa di Negara Brunei Darussalam atau sebuah negara asing; “pemindahan kawat” bermakna mana-mana transaksi yang dijalankan bagi pihak orang pemula melalui suatu institusi kewangan (termasuk suatu institusi yang memulakan pemindahan kawat dan institusi perantaraan yang turut serta dalam menyempurnakan pemindahan itu) dengan cara elektronik dengan tujuan untuk menyediakan sejumlah wang kepada pewaris di institusi kewangan lain.

(2)

Suatu sebutan dalam Perintah ini kepada undang-undang — (a) Negara Brunei Darussalam; (b) mana-mana negara asing. termasuk suatu undang-undang bertulis atau tidak bertulis, atau berkuatkuasa di, mana-mana bahagian Negara Brunei Darussalam atau negara asing itu.

Makna pertuduhan berkenaan dengan kesalahan berat.

(3)

Apa-apa sebutan dalam Perintah ini kepada seseorang yang dituduh atau hampir hendak dituduh melakukan suatu kesalahan berat termasuk apa-apa prosedur, tidak kira bagaimana jua pun diperihalkan, di Negara Brunei Darussalam atau tempat lain, yang dengannya prosiding jenayah boleh dimulakan.

Makna sabitan berkenaan dengan kesalahan berat.

(4)

Bagi maksud-maksud Perintah ini, seseorang itu hendaklah dianggap sebagai disabitkan atas suatu kesalahan berat jika — (a) orang itu disabitkan atas kesalahan itu; atau (b) Mahkamah, dengan persetujuan orang yang telah disabitkan itu, menimbangkan kesalahan yang orang itu belum didapati bersalah dalam menjatuhkan hukuman ke atas orang itu bagi kesalahan berat lain.

Makna membatalkan sabitan.

(5)

Bagi maksud-maksud Perintah ini, sabitan seseorang itu atas suatu kesalahan berat hendaklah dianggap sebagai dibatalkan jika — (a) cerai (4)(b) dikenakan, jika sama ada — (i) sabitan orang itu atas kesalahan lain yang disebut dalam bab itu, dibatalkan atau diketepikan; (ii) keputusan Mahkamah untuk menimbangkan kesalahan itu dalam menjatuhkan hukuman bagi kesalahan lain itu dibatalkan atau diketepikan; (b) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan mengurniakan pengampunan kepada orang itu berkaitan dengan sabitan orang itu atas kesalahan tersebut.

Makna nilai harta.

(6)

(a) Dalam Perintah ini, tertakluk kepada perenggan-perenggan (a) dan (b), “nilai harta (selain dari wang tunai) berkenaan dengan mana-mana orang yang memegang harta itu” bermakna — (i) nilai pasarannya; atau (ii) jika mana-mana orang lain memegang suatu kepentingan ke atas harta itu — (A) nilai pasaran kepentingan benefisial orang yang mula-mula disebutkan ke atas harta itu; tolak (B) amaun yang dikehendaki untuk menyelesaikan apa-apa bebanan ke atas kepentingan benefisial orang yang mula-mula disebutkan. (b) Tertakluk kepada cerai (8)(b), sebutan dalam Perintah ini kepada nilai suatu pemberian atau apa-apa pembayaran atau hadiah, adalah sebutan kepada — (i) nilai pemberian, pembayaran atau hadiah itu kepada penerima apabila penerima menerimanya, yang dilaraskan dengan mengambil kira apa-apa perubahan yang kemudiannya ke atas nilai wang; atau (ii) jika cerai (3) dikenakan, nilai yang disebutkan itu, mengikut mana yang lebih besar. (c) Tertakluk kepada cerai (8)(b), jika pada masa material penerima memegang — (i) harta yang diterimanya (bukannya wang tunai); atau (ii) harta yang, seluruhnya atau sebahagiannya, secara langsung atau tidak langsung, merupakan, dalam tangan penerima, harta yang diterimanya, nilai yang disebut dalam cerai (2)(b) adalah nilai kepadanya pada masa material harta yang disebutkan dalam cerai (2)(a) atau, mengikut mana yang berkenaan, cerai (2)(b) setakat mana ia merupakan harta yang diterimanya.

Makna mengurusniagakan harta.

(7)

Bagi maksud-maksud Perintah ini, mengurusniagakan harta yang dipegang oleh mana-mana orang termasuk — (a) jika harta itu adalah suatu hutang yang terhutang kepada orang itu, membuat suatu pembayaran kepada orang itu bagi mengurangkan atau menyelesaikan sepenuhnya amaun hutang itu; (b) membuat atau menerima suatu pemberian harta itu; atau (c) memindahkan harta itu dari atau ke Negara Brunei Darussalam.

Makna pemberian.

(8)

(a) Suatu pemberian diterima oleh Perintah ini jika — (i) pemberian itu dibuat oleh defendan pada bila-bila masa selepas kesalahan berat itu dilakukan, atau jika lebih dari satu, kesalahan paling awal, yang disebut dalam prosiding pada masa itu; dan (ii) Mahkamah Tinggi menganggapnya sesuai dalam semua hal keadaan untuk mengambil kira pemberian itu. (b) Bagi maksud-maksud Perintah ini — (i) hal keadaan bagaimana defendan akan disifatkan sebagai membuat suatu pemberian termasuk hal keadaan jika dia memindahmilik harta kepada orang lain secara langsung atau tidak langsung, bagi suatu balasan yang nilainya nyata sekali kurang dari nilai harta atau balasan yang diberikan oleh defendan; dan (ii) dalam hal keadaan itu, peruntukan-peruntukan cerai an [6]/[2] dan (3) hendaklah dikenakan, seolah-olah defendan telah membuat suatu pemberian mengikut kadar bahagian harta sebagai perbezaan antara nilai-nilai yang disebut dalam cerai an [2]/[a] dan nilai harta atau balasan yang diberikan oleh defendan.

Makna "memperolehi manfaat".

(9)

Suatu sebutan kepada manfaat yang diperolehi atau didapatkan oleh atau pun selainnya terakru kepada seseorang termasuk suatu sebutan kepada manfaat yang diperolehi atau didapatkan oleh, atau pun selainnya terakru kepada, orang lain atas permintaan atau arahan orang yang mula-mula disebutkan.

Makna mendapat manfaat dari hasil kesalahan berat.

(10)

Bagi maksud-maksud Perintah ini — (a) seseorang itu telah mendapat manfaat dari suatu kesalahan berat jika orang itu telah menerima apa-apa hasil dari kesalahan itu; (b) hasil dari suatu kesalahan berat yang diperolehi oleh seseorang adalah — (i) apa-apa pembayaran atau hadiah lain yang diterima oleh orang itu pada bila-bila masa berhubung dengan kesalahan yang dilakukan oleh orang itu atau orang lain; dan (ii) apa-apa faedah kewangan yang diperolehi oleh orang itu pada bila-bila masa dari kesalahan itu dilakukan oleh orang itu atau orang lain, sama ada diterima atau diperolehi sebelum atau selepas kesalahan itu dilakukan.

Makna saudara.

(11)

Bagi maksud takrifan “saudara” — (a) pengangkatan mana-mana orang oleh orang lain di bawah sebarang undang-undang bertulis Negara Brunei Darussalam atau mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Negara Brunei Darussalam, atau di bawah mana-mana adat yang diiktiraf oleh mana-mana golongan orang di Negara Brunei Darussalam atau di mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Negara Brunei Darussalam, hendaklah disifatkan sebagai mewujudkan di antara pengangkat dan orang angkat itu pertalian semula jadi sama seperti pertalian pengangkatan, dan pertalian lain berkenaan dengannya hendaklah ditentukan dengan sewajarnya; dan (b) sebutan di dalamnya kepada sesuatu pertalian termasuk, jika berkaitan, pertalian seibu atau sebapa.

BAHAGIAN II PEMBERSIHAN WANG HARAM

Kesalahan membersihkan wang haram.

3.

(1)

Seseorang itu melakukan kesalahan membersihkan wang haram jika orang itu — (a) melibatkan diri, secara langsung, atau tidak langsung dalam suatu transaksi yang membabitkan wang, atau harta, yang merupakan hasil jenayah; (b) memperoleh, menerima, mengubah, menukar, membawa, memiliki, merahsiakan, menggunakan, melupuskan, memindahkan atau atau membawa masuk ke dalam Negara Brunei Darussalam apa-apa wang atau harta yang merupakan hasil jenayah; (c) mengubah atau memindahkan wang atau harta yang diperolehi secara langsung atau tidak langsung dari suatu kesalahan berat, dengan tujuan hendak merahsiakan atau menyembunyikan punca haram wang atau harta itu, atau membantu mana-mana orang yang terlibat dalam melakukan kesalahan itu untuk mengelak dari akibat undang-undang; (d) merahsiakan atau menyembunyikan jenis sebenar, asal, lokasi, pelupusan, pergerakan, hakmilik, hak berkenaan dengan atau pemilikan harta yang diperolehi secara langsung atau tidak langsung dengan melakukan suatu kesalahan berat; atau (e) memberi bantuan kepada seseorang yang termasuk di bawah perenggan (a), (b), (c) atau (d), dan orang itu mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai atau mengesyaki bahawa harta itu diperolehi atau direalisasikan secara langsung atau tidak langsung dari suatu aktiviti yang menyalahi undang-undang yang dilakukan atau gagal mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan sama ada atau tidak harta itu adalah hasil jenayah, boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $500,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali, dan dalam hal suatu badan korporat dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000,000.

(2)

Bagi mengelakkan keraguan, kesalahan membersihkan wang haram tidak bergantung kepada bukti melakukan suatu kesalahan berat.

Penggal I Langkah untuk Mencegah Pembersihan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganas

Membuka akaun dengan nama palsu, dll.

4.

(1)

Tiada seorang pun boleh membuka, mengendalikan atau membenarkan pembukaan suatu akaun yang dikendalikan dengan seseorang yang menjalankan mana-mana perniagaan yang berkaitan dengan suatu nama palsu, nama rekaan, tanpa nama atau nama yang tidak betul.

(2)

Jika seseorang itu biasanya dikenali dengan 2 nama yang berlainan atau lebih, dia tidak boleh menggunakan salah satu nama itu dalam membuka suatu akaun dengan seseorang yang menjalankan mana-mana perniagaan yang berkaitan melainkan jika dia telah mendedahkan dahulunya nama atau nama-nama lain itu kepada orang itu.

(3)

Jika seseorang itu yang menggunakan suatu nama tertentu dalam urusniaganya dengan seseorang yang menjalankan mana-mana perniagaan mendedahkan kepadanya suatu nama atau nama-nama yang berlainan yang dengannya dia biasanya dikenali, orang yang menjalankan mana-mana perniagaan yang berkaitan itu hendaklah membuat suatu rekod tentang pendedahan itu dan hendaklah, atas permintaan secara bertulis daripada pihak berkuasa penyeliaan, memberi satu salinan rekod itu kepada pihak berkuasa penyeliaan.

(4)

Bagi maksud-maksud bab ini — (a) seseorang itu membuka suatu akaun dengan suatu nama palsu, nama rekaan, tanpa nama atau nama yang tidak betul jika dia, dalam membuka akaun itu, atau menjadi seorang penandatangan kepada akaun itu, menggunakan suatu nama selain dari nama yang dengannya dia biasanya dikenali; (b) seseorang itu mengendalikan suatu akaun dengan suatu nama palsu, nama rekaan, tanpa nama atau nama yang tidak betul jika dia melakukan apa-apa perbuatan atau hal berkenaan dengan akaun itu (sama ada dengan cara membuat suatu deposit atau pengeluaran atau dengan cara menghubungi seseorang yang menjalankan mana-mana perniagaan yang berkaitan atau pun selainnya) dan, dalam berbuat demikian, menggunakan suatu nama selain dari nama yang dengannya dia biasanya dikenali; dan (c) suatu akaun adalah dengan suatu nama palsu, nama rekaan, tanpa nama atau nama yang tidak betul jika akaun itu dibuka dengan suatu nama palsu, nama rekaan, tanpa nama atau nama yang tidak betul, sama ada sebelum atau selepas permulaan kuatkuasa Perintah ini.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar bab ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Kehendak untuk mengenalpasti.

5.

(1)

Institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan hendaklah menjalankan kehendak-kehendak untuk mengenalpasti apabila — (a) mengadakan hubungan perniagaan dengan seseorang pelanggan; (b) menjalankan transaksi melebihi amaun yang ditetapkan, termasuk jika transaksi yang dijalankan dalam pengendalian tunggal atau dalam beberapa pengendalian ternyata ada kaitannya; (c) melaksanakan pemindahan kawat sebanyak $1,500 (atau bersamaan dengannya dalam mata wang asing) atau lebih; (d) terdapat syak tentang pembersihan wang haram atau pembiayaan pengganas; atau (e) terdapat keraguan mengenai kebenaran dan cukupnya data pengenalpastian yang diperolehi dahulunya.

(2)

Institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan hendaklah, sebagai sebahagian dari obligasi mereka di bawah bab ini, mengenalpasti pemilik benefisial dengan syarat bahawa Autoriti boleh menentukan hal keadaan, seperti pemilikan syarikat milik awam, yang pengenalpastianya adalah tidak diperlukan.

(3)

Institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan boleh bergantung kepada perantara atau pihak ketiga lain untuk melaksanakan prosedur pengenalpastian jika — (a) tiada terdapat syak tentang pembersihan wang haram atau pembiayaan pengganas; (b) maklumat mengenai identiti setiap pelanggan dan pemilik benefisial diberikan sebaik saja membuka akaun atau memulakan hubungan perniagaan; dan (c) institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan berpuas hati bahawa pihak ketiga — (i) boleh memberi tanpa kelengahan salinan maklumat pengenalpastian dan dokumen lain berkenaan dengan obligasi untuk menjalankan usaha dengan sewajarnya apabila diminta; dan (ii) ditubuhkan di atau tertakluk kepada bidang kuasa sebuah negara jika orang itu tertakluk kepada kehendak-kehendak selaras dengan piawaian yang ditetapkan oleh FATF, dan telah mengatur langkah-langkah yang mencukupi untuk mematuhi kehendak-kehendak itu.

(4)

Pihak ketiga yang disebut dalam cerai (3)(c) tidak boleh menuntut keistimewaan profesional atau prinsip atau aturan seumpamanya berkenaan dengan pengenalpastian pelanggan dan maklumat dan dokumen pemilikan benefisial yang terlibat.

(5)

Autoriti boleh menentukan bidang kuasa sebuah negara yang memenuhi kehendak-kehendak cerai (3)(c)(ii).

(6)

Dengan tidak menghiraukan mana-mana peruntukan lain dalam cerai ini, institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan yang bergantung kepada pihak ketiga mempunyai tanggungjawab utama bagi mematuhi Perintah ini, termasuk segala usaha yang dijalankan dengan sewajarnya dan kehendak-kehendak untuk melaporkan.

(7)

Institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan hendaklah mengambil langkah-langkah yang mencukupi untuk menangani risiko tertentu pembersihan wang haram dan pembiayaan keganasan sekiranya mereka menjalankan hubungan perniagaan atau melaksanakan transaksi dengan seorang pelanggan yang tidak hadir secara fizikal bagi tujuan pengenalpastian.

(8)

Bagi maksud-maksud cerai (7), langkah-langkah tersebut hendaklah memastikan bahawa usaha yang sewajarnya tidak kurang berkesan daripada jika pelanggan itu hadir sendiri, dan boleh menghendaki keterangan berdokumen tambahan, atau langkah-langkah tambahan untuk mengesahkan atau memperakui dokumen-dokumen yang diberikan, atau perakuan pengesahan daripada institusi kewangan atau keterangan berdokumen atau langkah lain, sebagaimana yang dinyatakan dan diarahkan oleh Autoriti.

Maklumat hendaklah didapatkan mengenai pelanggan.

6.

(1)

Institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan hendaklah, berkenaan dengan setiap pelanggan, mendapatkan dan mengesahkan, sebagai sebahagian dari obligasi mereka di bawah bab 5 — (a) dalam hal seseorang individu, nama penuh dan alamatnya, nombor kad pengenalannya atau butir-butir mengenai apa-apa dokumen identitinya yang rasmi, tarikh dan tempat lahirnya; (b) dalam hal orang di sisi undang-undang, nama korporat, alamat ibu pejabat, identiti pengarah, bukti pemberbadanan atau keterangan seumpamanya mengenai status di sisi undang-undang dan bentuk undang-undang, peruntukan-peruntukan yang mengawal kuasa supaya orang di sisi undang-undang itu terikat, dan maklumat yang diperlukan untuk memahami pemilikan dan kawalan orang di sisi undang-undang; (c) dalam hal bagi penyusunan undang-undang, nama pemegang amanah, penyelesai, dan pewaris amanah nyata, dan mana-mana pihak lain yang mempunyai kuasa untuk mengurus, mengubah atau pun selainnya mengawal penyusunan itu; (d) selain identiti pelanggan itu, identiti mana-mana orang yang bertindak bagi pihak seorang pelanggan; termasuk keterangan bahawa orang itu dibenarkan dengan sewajarnya untuk bertindak atas sifat itu; (e) maklumat mengenai tujuan yang dimaksudkan dan jenis setiap hubungan perniagaan — (i) maklumat yang mencukupi mengenai jenis dan perniagaan pelanggan untuk membenarkan institusi kewangan atau profesion dan perniagaan yang ditetapkan memenuhi obligasinya di bawah Perintah ini.

(2)

Bagi maksud-maksud bab 5(1)(c) berkenaan dengan perlaksanaan pemindahan kawat, maklumat yang berikut berhubung dengan orang-orang yang menjalankan transaksi itu adalah dikehendaki dalam mesej yang disertakan dengan pemindahan itu — (a) nama orang pemula; (b) nombor akaun orang pemula, atau sekiranya nombor akaun tidak ada, nombor rujukan unik; (c) alamat orang pemula, atau sekiranya alamat tidak ada, nombor pengenalan kebangsaan, atau nombor pengenalpastian pelanggan, atau tarikh dan tempat lahir; (d) nama pewaris; dan (e) nombor akaun pewaris, atau sekiranya nombor akaun tidak ada, nombor rujukan unik.

(3)

Walaupun terdapat kehendak-kehendak cerai (2), sebuah institusi kewangan tidak dikehendaki untuk mengesahkan identiti seseorang pelanggan yang dengannya ia mempunyai hubungan perniagaan sedia ada: Dengan syarat bahawa institusi kewangan itu berpuas hati bahawa ia sudah pun mengetahui dan telah mengesahkan identiti sebenar pelanggan itu.

(4)

Apabila sebuah institusi kewangan bertindak sebagai perantara dalam rantaian pembayaran, ia hendaklah menghantar semula semua maklumat yang diterimanya dengan pemindahan kawat.

(5)

Autoriti boleh mengeluarkan arahan untuk mengubahsuai kehendak-kehendak yang dinyatakan dalam cerai (2) — (a) berkenaan dengan pemindahan kawat domestik, selagi peraturan-peraturan itu membuat peruntukan bagi penyediaan maklumat lengkap orang pemula kepada institusi kewangan benefisiari dan pihak berkuasa yang berkenaan dengan jalan lain; dan (b) berkenaan dengan pemindahan merentas sempadan jika pemindahan individu daripada orang pemula tunggal dimasukkan dalam suatu fail kelompok, selagi peraturan-peraturan itu membuat peruntukan bagi pemasukan nombor akaun orang pemula atau nombor rujukan unik. dan bahawa fail kelompok itu mengandungi maklumat lengkap orang pemula yang boleh dikesan dengan sepenuhnya di negara penerima.

(6)

Cerai-cerai (2) dan (3) tidak boleh dikenakan kepada pemindahan yang dilaksanakan hasil dari transaksi kad kredit atau kad debit: Dengan syarat bahawa nombor kad kredit atau kad debit disertakan dengan pemindahan yang berbangkit dari transaksi itu atau cerai-cerai itu tidak boleh dikenakan kepada pemindahan di antara institusi-institusi kewangan yang bertindak atas tanggungan mereka sendiri.

(7)

Jika institusi-institusi yang disebut dalam cerai (1) menerima pemindahan kawat yang tidak mengandungi maklumat lengkap orang pemula, institusi-institusi itu hendaklah mengambil langkah-langkah untuk mendapatkan dan mengesahkan maklumat yang hilang daripada institusi yang mengarahkan atau pewaris dan enggan menerima pemindahan itu dan melaporkannya kepada Unit Risikan Kewangan jika maklumat yang hilang itu tidak didapatkan dan disahkan demikian.

(8)

Jika transaksi dalam bab 5(1)(c) adalah suatu pemindahan kawat antarabangsa, institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan adalah dikehendaki untuk memasukkan maklumat dalam cerai (2) dalam mesej atau bentuk pembayaran.

Prosedur pengesahan.

7.

(1)

Suatu institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan hendaklah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memuaskan hatinya tentang identiti sebenar mana-mana pemohon yang bertujuan hendak membuat hubungan perniagaan dengannya atau menjalankan suatu transaksi atau siri transaksi dengannya dan identiti pemilik benefisial dengan — (a) mengemukakan suatu rekod rasmi yang boleh dengan munasabah membuktikan identiti sebenar pemohon itu; dan (b) jika pemohon itu adalah suatu badan korporat, ia dikehendaki mengemukakan, suatu sijil pemberbadanan berserta dengan penyata tahunan terbaru kepada Pendaftar Syarikat.

(2)

Jika seorang pemohon meminta suatu institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan untuk membuat hubungan perniagaan yang berterusan atau apa-apa transaksi lain, institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan itu hendaklah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk membuktikan sama ada orang itu bertindak bagi pihak orang lain.

(3)

Jika didapati oleh suatu institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan bahawa seorang pemohon yang memintanya untuk membuat apa-apa transaksi, bertindak bagi pihak orang lain, institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan itu hendaklah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk membuktikan identiti sebenar mana-mana orang yang bagi pihaknya atau bagi manfaat utamanya pemohon itu boleh bertindak dalam transaksi yang dicadangkan, sama ada sebagai pemegang amanah, penama, ejen atau pun selainnya.

(4)

Dalam menentukan apa yang menjadikan langkah-langkah yang munasabah bagi maksud-maksud cerai (1) atau (3), perhatian hendaklah diberikan kepada semua hal keadaan kes itu, dan khususnya — (a) kepada sama ada pemohon itu adalah orang yang diasaskan atau diperbadankan di sebuah negara di mana terdapat peruntukan-peruntukan yang berkuatkuasa yang dikenakan kepadanya untuk mencegah penggunaan sistem kewangan bagi tujuan pembersihan wang haram; dan (b) kepada kelaziman dan kebiasaan yang mungkin dari semasa ke semasa menjadi terkini dalam bidang perniagaan yang berkaitan.

(5)

Tiada sebarang apa pun dalam bab ini boleh menghendaki pengemukaan apa-apa keterangan identiti jika — (a) pemohon itu sendiri adalah suatu institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan yang dikenakan Perintah ini; atau (b) terdapat suatu transaksi atau siri transaksi yang dijalankan dalam masa hubungan perniagaan, yang berkaitan dengannya pemohon itu telah pun mengemukakan keterangan identiti yang memuaskan.

Masa bagi pengenalpastian dan pengesahan pelanggan.

8.

Pengenalpastian dan pengesahan identiti setiap pelanggan, dan mendapatkan maklumat lain yang dikehendaki oleh bab ini, hendaklah dibuat sebelum mengadakan suatu akaun, atau hubungan perniagaan (atau sebelum menjalankan perniagaan lanjut, jika pembersihan wang haram atau pembiayaan keganasan disyaki atau jika terdapat keraguan mengenai kebenaran atau cukupnya maklumat pengenalpastian pelanggan yang didapatkan dahulunya): Dengan syarat bahawa Autoriti boleh menetapkan hal keadaan bagaimana pengesahan identiti itu boleh disempurnakan dengan secepat segera yang boleh dengan munasabah selepas pengenalpastian itu dimulakan jika — (a) risiko pembersihan wang haram atau pembiayaan keganasan diurus dengan berkesan; dan (b) kelengahan dalam pengesahan adalah perlu supaya tidak mengganggu perjalanan biasa perniagaan.

Pelanggan berisiko tinggi dan orang dedahan politik.

9.

Institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan hendaklah — (a) mengenalpasti pelanggan-pelanggan yang aktiviti mereka mungkin menimbulkan risiko tinggi pembersihan wang haram dan pembiayaan keganasan dan hendaklah menggunakan prosedur pengenalpastian, pengesahan dan usaha yang sedang berjalan dengan sewajarnya yang telah dipertingkatkan berkenaan dengan pelanggan-pelanggan tersebut; dan (b) menentukan sama ada seorang pelanggan atau seorang pemilik benefisial adalah orang dedahan politik dan jika demikian, hendaklah — (i) mendapatkan kebenaran daripada pengurusan kanan sebelum mengadakan hubungan perniagaan dengan seorang pelanggan, atau kemudian, sebaik saja seorang pelanggan sedia ada dikenalpasti sebagai orang dedahan politik; (ii) mengambil segala langkah yang munasabah untuk mengenalpasti sumber kekayaan dan dana dan aset lain pelanggan itu; dan (iii) mengadakan pemantauan yang telah dipertingkatkan dan sedang berjalan ke atas pelanggan dan hubungan perniagaan itu untuk mencegah pembersihan wang haram, pembiayaan keganasan atau kesalahan lain dilakukan dan untuk membenarkan institusi kewangan atau profesion dan perniagaan yang ditetapkan itu memenuhi obligasi mereka di bawah Perintah ini, termasuk segala usaha yang dijalankan dengan sewajarnya dan kehendak-kehendak untuk melaporkan.

Pengenalpastian dan pembukaan akaun bagi hubungan perbankan koresponden merentas sempadan.

10.

Apabila membuat hubungan perbankan koresponden merentas sempadan, institusi-institusi kewangan hendaklah — (a) mengenalpasti dan mengesahkan pengenalpastian institusi responden yang dengannya mereka menjalankan hubungan perbankan koresponden; (b) mengumpul maklumat mengenai jenis aktiviti institusi responden; (c) berdasarkan kepada maklumat yang tersedia kepada orang ramai, menilai reputasi institusi responden dan jenis penyeliaan yang kepadanya ia tertakluk; (d) mendapatkan kebenaran daripada pengurusan kanan sebelum mengadakan hubungan perbankan koresponden; (e) menilai kawalan yang dilaksanakan oleh institusi responden berkenaan dengan antipembersihan wang haram dan memberantas pembiayaan keganasan; (f) mengadakan suatu perjanjian mengenai tanggungjawab-tanggungjawab setiap pihak masing-masing di bawah hubungan itu; (g) dalam hal dibayar melalui akaun; memastikan bahawa institusi responden telah mengesahkan identiti pelanggannya, telah melaksanakan mekanisme bagi pemantauan yang sedang berjalan berkenaan dengan pelanggannya, dan boleh memberi maklumat pengenalpastian yang berkaitan apabila diminta; (h) tidak membuat atau meneruskan hubungan perniagaan dengan bank rangka; dan (i) tidak membuat atau meneruskan hubungan perniagaan dengan suatu institusi kewangan responden di sebuah negara asing jika institusi responden itu membenarkan akaunnya digunakan oleh bank rangka.

Tidak mampu memenuhi obligasi pengenalpastian pelanggan.

11.

Suatu institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan yang tidak dapat memenuhi kehendak-kehendak bab 5 hingga 10 berkenaan dengan mana-mana pelanggan tidak boleh mengadakan suatu akaun bagi atau menyelenggarakan hubungan perniagaan dengan pelanggan itu dan jika berkenaan, hendaklah membuat suatu laporan dengan serta-merta kepada Unit Risikan Kewangan menurut Perintah ini.

Pemantauan khas ke atas transaksi tertentu.

12.

Institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan hendaklah — (a) memberi perhatian khas kepada semua transaksi yang kompleks, luar biasa besarnya dan semua pola transaksi yang luar biasa yang tidak ada tujuan ekonomi yang ketara atau tujuan nyata yang sah; (b) memberi perhatian khas kepada hubungan perniagaan dan transaksi dengan orang, termasuk orang di sisi undang-undang dan penyusunan, dari atau di negara-negara yang tidak menggunakan atau menggunakan dengan tidak memadai piawaian antarabangsa yang berkaitan untuk memberantas pembersihan wang haram dan pembiayaan keganasan; (c) meneliti setakat yang boleh latar belakang dan tujuan transaksi di bawah perenggan-perenggan (a) dan (b) dan menyatakan secara bertulis dapatan mereka. Dapatan itu hendaklah diselenggarakan sebagaimana yang dinyatakan dalam bab 16 dan boleh didapatkan dengan cepat jika diminta oleh Unit Risikan Kewangan, pihak berkuasa penyeliaan atau mana-mana agensi penguatkuasaan yang dibenarkan. (d) mengambil langkah-langkah tertentu sebagaimana yang mungkin ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Menteri atau Autoriti, mengikut mana yang berkenaan, dengan peraturan-peraturan untuk menentang risiko berkenaan dengan hubungan perniagaan dan transaksi yang dinyatakan di bawah perenggan (b).

Prosedur tambahan bagi usaha yang sedang berjalan dengan sewajarnya.

13.

(1) Institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan hendaklah menggunakan usaha yang sedang berjalan dengan sewajarnya berkenaan dengan hubungan perniagaan yang termasuk — (a) menyelenggarakan maklumat dan rekod terkini berhubung dengan pelanggan dan pemilik benefisial; (b) memeriksa dengan teliti transaksi yang dijalankan untuk memastikan bahawa transaksi tersebut adalah selaras dengan pengetahuan mereka tentang pelanggan mereka, aktiviti perdagangan atau persendirian pelanggan dan profil risiko; dan (c) memastikan obligasi menurut bab-bab 9 dan 10 berhubung dengan pelanggan berisiko tinggi, orang dedahan politik, dan hubungan perbankan koresponden dipenuhi.

(2)

Suatu institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan hendaklah mengenakan kehendak-kehendak pengenalpastian dan pengesahan Bahagian ini, kepada pelanggan-pelanggan dan pemilik-pemilik benefisial yang dengannya ia mempunyai hubungan perniagaan pada masa Perintah ini mula berjalan kuatkuasanya atas asas peka risiko bergantung kepada jenis dan sifat pelanggan, hubungan perniagaan, produk atau transaksi, atau sebagaimana yang mungkin ditetapkan selainnya oleh Menteri atau Autoriti, mengikut mana yang berkenaan, dengan peraturan-peraturan.

Prosedur penyimpanan rekod.

14.

(1) Suatu institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan hendaklah mengadakan dan menyelenggarakan — (a) rekod semua transaksi yang dijalankan olehnya, menurut kehendak-kehendak cerai (3) atau lebih atau bersamaan dengan wang tunai asing yang dijalankan olehnya, menurut kehendak-kehendak cerai (3); (b) jika keterangan mengenai identiti seseorang itu diperolehi menurut bab 6 suatu rekod yang menyatakan jenis keterangan yang diperolehi, dan yang mengandungi sama ada satu salinan keterangan itu atau maklumat yang akan membolehkan satu salinannya diperolehi.

(2)

Akaun pelanggan suatu institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan hendaklah disimpan atas nama sebenar pemegang akaun.

(3)

Rekod yang dikehendaki di bawah cerai (1)(a) hendaklah mengandungi butir-butir yang cukup untuk mengenalpasti — (a) nama, alamat dan pekerjaan (atau, jika berkenaan, perniagaan atau aktiviti utama) setiap orang — (i) yang menjalankan transaksi atau siri transaksi itu; atau (ii) jika diketahui, yang bagi pihaknya transaksi atau siri transaksi itu dijalankan; (b) kaedah yang digunakan oleh institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan untuk mengesahkan identiti setiap orang yang dikenalpasti di bawah perenggan (a) yang terdahulu; (c) jenis dan tarikh transaksi itu; (d) jenis dan amaun mata wang yang terlibat; (e) jenis dan nombor pengenalpastian mana-mana akaun dengan institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan yang terlibat dalam transaksi itu; (f) jika transaksi itu melibatkan suatu instrumen boleh niaga selain wang tunai, nama penyerah bayar instrumen itu, nama institusi di mana ia disediakan, nama penerima (jika ada), amaun dan tarikh instrumen itu, nombor (jika ada) instrumen itu dan butir-butir sebarang catitan yang terdapat dalam instrumen itu; (g) nama dan alamat institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan dan pegawai, pekerja atau ejen yang menyediakan rekod itu.

(4)

Rekod yang dikehendaki di bawah cerai (1) hendaklah disimpan oleh institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan bagi suatu tempoh sekurang-kurangnya 7 tahun dari tarikh transaksi yang berkaitan disempurnakan atau yang atasnya tindakan akhir sekali diambil.

(5)

Bagi transaksi atau pemindahan yang berlaku sebelum permulaan kuatkuasa Perintah ini, suatu institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan adalah dikehendaki untuk mendedahkan rekod yang ada dalam milikan, simpanan atau kawalannya yang berkaitan dengan transaksi atau pemindahan bagi suatu akaun atau orang tertentu, dan bagi suatu tempoh masa tertentu.

Penggal II Laporan Pemantuhan dan Transaksi yang Mencurigakan

Obligasi untuk melaporkan transaksi yang mencurigakan.

15.

(1)

Tertakluk kepada cerai (2), institusi kewangan, profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan, dan pengarah, prinsipal, pegawai, rakan kongsi, profesional dan pekerja mereka masing-masing, yang mengesyaki atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu transaksi atau percubaan untuk menjalankan transaksi yang melibatkan harta ada kaitan atau hubungannya dengan suatu kesalahan berat atau suatu kesalahan pembersihan wang haram hendaklah mengemukakan dengan segera setelah menimbulkan syak suatu laporan yang menyatakan kecurigaan itu kepada Unit Risikan Kewangan.

(2)

Dengan tidak menghiraukan cerai (1), peguambela dan peguamcara, notari, profesion undang-undang bebas lain dan akauntan adalah dikehendaki untuk mengemukakan laporan hanya apabila — (a) mereka terlibat, bagi pihak atau bagi seorang klien, dalam suatu transaksi kewangan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang berikut — (i) membeli dan menjual harta tanah; (ii) mengurus wang, sekuriti atau aset lain klien; (iii) mengurus akaun bank, simpanan atau sekuriti; (iv) penyelenggaraan sumbangan bagi mewujudkan, mengendalikan atau mengurus syarikat-syarikat; dan (v) mewujudkan, mengendalikan atau mengurus orang di sisi undang-undang atau penyusunan, dan membeli dan menjual entiti perniagaan; dan (b) maklumat berkaitan yang atasnya syak itu diasaskan tidak diterima daripada atau diperolehi mengenai seorang klien — (i) dalam masa memastikan kedudukan klien mereka di sisi undang-undang; atau (ii) dalam melaksanakan tugas mereka untuk membela atau mewakili klien itu dalam, atau berkenaan dengan prosiding kehakiman, pentadbiran, timbangtara atau pengantaraan, termasuk nasihat mengenai memulakan atau mengelakkan prosiding, sama ada maklumat tersebut diterima atau diperolehi sebelum, semasa atau selepas prosiding.

(3)

Unit Risikan Kewangan atas alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu transaksi atau percubaan untuk menjalankan transaksi mungkin melibatkan suatu kesalahan pembersihan wang haram, kesalahan berat atau kesalahan pembiayaan pengganas mengarahkan secara bertulis supaya institusi pelapor yang berkenaan sama ada meneruskan atau tidak meneruskan transaksi atau percubaan untuk menjalankan transaksi itu bagi suatu tempoh yang akan ditentukan oleh Unit Risikan Kewangan: Dengan syarat bahawa — (a) apa-apa arahan mestilah tidak melebihi 5 hari perniagaan jika arahan itu adalah secara bertulis; (b) apa-apa arahan yang diberikan secara lisan mestilah tidak melebihi 24 jam dan mestilah disahkan secara bertulis dalam masa 24 jam dari arahan lisan itu; (c) sebelum tamat tempoh arahan 5 hari Unit Risikan Kewangan boleh memohon kepada Mahkamah untuk melanjutkan tempoh arahan itu.

(4)

Dengan tidak menghiraukan cerai (1), penyedia perkhidmatan syarikat dan amanah adalah dikehendaki untuk mengemukakan laporan apabila mereka menyediakan atau menjalankan suatu transaksi bagi pihak seorang klien, berhubung dengan aktiviti-aktiviti yang berikut — (a) bertindak sebagai ejen penubuhan bagi orang di sisi undang-undang; (b) bertindak sebagai (atau mengaturkan orang lain bertindak sebagai) seorang pengarah atau setiausaha suatu syarikat, rakan kongsi dalam suatu perkongsian, atau kedudukan seumpamanya berhubung dengan orang lain di sisi undang-undang; (c) menyediakan sebuah pejabat berdaftar; alamat perniagaan atau tempat tinggal, surat-menyurat atau alamat pentadbiran bagi suatu syarikat, suatu perkongsian atau mana-mana orang lain di sisi undang-undang atau penyusunan; (d) bertindak sebagai (atau mengaturkan orang lain bertindak sebagai) seorang pemegang amanah bagi suatu amanah nyata; (e) bertindak sebagai (atau mengaturkan orang lain bertindak sebagai) seorang pemegang saham penama bagi orang lain.

(5)

Pihak berkuasa penyeliaan yang berkaitan bagi profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan hendaklah memberitahu Unit Risikan Kewangan jika, dalam masa menjalankan kewajipan-kewajipan mereka, mereka mendapati fakta-fakta yang boleh dikaitkan dengan suatu kesalahan pembersihan wang haram atau kesalahan berat.

(6)

Autoriti hendaklah mengeluarkan arahan atau garis panduan mengenai prosedur yang baginya dan yang daripadanya laporan akan dikemukakan dan hendaklah menyiarkan garis panduan bagi membantu institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan untuk memenuhi obligasi mereka di bawah bab ini.

Obligasi untuk melaporkan transaksi wang tunai.

16.

(1)

Institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan dan peniaga barangan bernilai tinggi adalah dikehendaki untuk mengemukakan dengan segera tetapi tidak lewat dari 5 hari bekerja suatu laporan kepada Unit Risikan Kewangan apa-apa transaksi mata wang dalam suatu amaun yang bersamaan dengan atau melebihi amaun yang ditetapkan, sama ada dijalankan sebagai suatu transaksi tunggal atau beberapa transaksi yang ternyata ada berhubung kait dan hendaklah juga dikenakan kepada mana-mana percubaan untuk menjalankan transaksi.

(2)

Bagi maksud bab ini, "peniaga barangan bernilai tinggi" termasuk seseorang yang memperniagakan kenderaan bermotor atau orang sebagaimana yang mungkin disiarkan dengan pemberitahuan dalam Warta Kerajaan adalah orang yang memperniagakan barangan bernilai tinggi.

Perlindungan identiti orang dan maklumat berkenaan dengan laporan transaksi yang mencurigakan dan laporan transaksi wang tunai.

17.

(1)

Kecuali bagi maksud-maksud perlaksanaan Perintah ini yang sewajarnya, tiada seorang pun boleh mendedahkan apa-apa maklumat yang akan mengenalpasti atau mungkin mengenalpasti orang yang menyediakan atau membuat suatu laporan transaksi yang mencurigakan atau laporan transaksi wang tunai, atau mengendalikan transaksi keutamaan.

(2)

Tiada seorang pun boleh dikehendaki untuk mendedahkan suatu laporan transaksi yang mencurigakan atau laporan transaksi wang tunai atau apa-apa maklumat yang terkandung dalam laporan itu atau diberikan berhubung dengannya, atau identiti orang yang menyediakan atau membuat laporan tersebut atau mengendalikan transaksi keutamaan dalam mana-mana prosiding kehakiman melainkan jika Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa pendedahan maklumat itu adalah perlu bagi kepentingan keadilan.

Pengecualian dari liabiliti kerana melaporkan transaksi yang mencurigakan dengan suci hati.

18.

Tiada prosiding jenayah, sivil, tatatertib atau pentadbiran kerana melanggar penyimpanan rahsia perbankan atau profesional atau kontrak boleh diambil terhadap institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan atau pengarah, prinsipal, pegawai, rakan kongsi, profesional atau pekerja mereka masing-masing yang dengan suci hati mengemukakan laporan atau memberi maklumat menurut Perintah ini.

Gagal melaporkan transaksi yang mencurigakan atau transaksi wang tunai.

19.

Mana-mana orang yang gagal mengemukakan suatu laporan kepada Unit Risikan Kewangan sebagaimana yang dikehendaki oleh bab-bab 15 dan 16 adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $50,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Larangan terhadap pemberian maklumat.

20.

(1)

Tiada institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan dan juga tiada mana-mana pengarah, rakan kongsi, pegawai, prinsipal atau pekerjanya boleh mendedahkan kepada pelanggan mereka atau pihak ketiga bahawa suatu laporan atau apa-apa maklumat lain berkenaan dengan pembersihan wang haram atau pembiayaan keganasan yang disyaki akan, sedang atau telah dikemukakan kepada Unit Risikan Kewangan, atau bahawa penyiasatan ke atas suatu kesalahan berat, suatu kesalahan pembersihan wang haram atau suatu kesalahan yang sebahagian besarnya serupa dengan kedua-dua kesalahan itu, sedang atau telah dijalankan kecuali dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam ceraian (2) atau apabila dikehendaki selanjutnya oleh sebarang undang-undang bertulis untuk berbuat demikian.

(2)

Suatu pendedahan boleh dibuat untuk menjalankan sesuatu tugas bahawa seseorang telah berhubung dengan penguatkuasaan mana-mana peruntukan Perintah ini atau sebarang undang-undang lain, atau, dalam hal seorang peguambela, notari, profesional undang-undang bebas lain dan akauntan bertindak sebagai seorang profesional undang-undang bebas apabila bertujuan untuk menasihati seorang kliennya supaya tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $500,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh selama 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Prosedur dalaman untuk melaporkan.

21.

Suatu institusi atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan hendaklah mengadakan dan menyelenggarakan prosedur dalaman untuk melaporkan bagi — (a) mengenalpasti orang yang kepadanya seseorang pekerja perlu melaporkan apa-apa maklumat yang sampai ke perhatian pekerja itu dalam masa menjalankan pekerjaan dan yang menimbulkan pengetahuan atau syak oleh pekerja itu bahawa orang lain terlibat dalam pembersihan wang haram; (b) membolehkan mana-mana orang yang dikenalpasti menurut perenggan (a) untuk mempunyai akses yang munasabah kepada maklumat yang mungkin berkaitan untuk menentukan sama ada terdapat asas yang mencukupi untuk melaporkan perkara itu menurut bab 15(1); dan (c) menghendaki orang yang dikenalpasti itu untuk melaporkan perkara itu menurut bab 15(1) jika dia memutuskan bahawa terdapat asas yang mencukupi. Prosedur dalaman lanjut untuk melaporkan.

22.

(1) Institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan hendaklah mewujudkan dan melaksanakan program bagi pencegahan pembersihan wang haram dan pembiayaan keganasan. Program itu hendaklah termasuk yang berikut — (a) dasar, prosedur dan kawalan dalaman untuk memenuhi obligasi menurut Perintah ini; (b) prosedur penapisan yang mencukupi untuk memastikan standard yang tinggi apabila mengambil pekerja; (c) latihan yang sedang berjalan bagi pegawai dan pekerja supaya mereka mengetahui undang-undang dan peraturan-peraturan berhubung dengan pembersihan wang haram dan pembiayaan keganasan, untuk membantu mereka mengenal transaksi dan tindakan yang mungkin ada kaitannya dengan pembersihan wang haram atau pembiayaan keganasan dan memberi arahan kepada mereka tentang prosedur yang perlu diikuti dalam kes-kes tersebut; (d) dasar dan prosedur untuk mencegah penyalahgunaan kemajuan teknologi termasuk yang berkaitan dengan cara menyimpan dan memindahkan dana atau nilai secara elektronik; dan (e) penyusunan audit bebas untuk mengkaji semula dan mengesahkan pematuhan dan keberkesanan langkah-langkah yang diambil menurut Perintah ini.

(2)

Institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan hendaklah menetapkan seorang pegawai pematuhan pada peringkat pengurusan untuk bertanggungjawab bagi perlaksanaan, dan pematuhan yang sedang berjalan, Perintah ini oleh institusi itu. Pegawai pematuhan tersebut hendaklah mempunyai akses serta-merta kepada semua buku, rekod dan pekerja institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan itu untuk memenuhi tanggungjawabnya.

Gagal menyelenggarakan atau memberi akses kepada rekod.

23.

Mana-mana orang yang dengan sengaja atau cuai — (a) gagal menyelenggarakan buku dan rekod sebagaimana yang dikehendaki oleh bab 14; (b) memusnahkan atau membuang rekod tersebut; atau (c) gagal menyediakan maklumat tersebut dengan cara yang tepat pada masanya sebagai jawapan kepada permintaan yang sah bagi buku atau rekod tersebut, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali, dan, dalam hal suatu kesalahan berterusan, boleh dikenakan suatu denda tambahan sebanyak $100,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Gagal memenuhi obligasi menjalankan usaha yang sewajarnya atau menyelenggarakan kawalan dalaman.

24.

Mana-mana orang yang dengan sengaja atau cuai — (a) gagal menjalankan usaha yang sewajarnya berkenaan dengan pelanggan, akaun, dan transaksi sebagaimana yang dikehendaki oleh bab-bab 5, 6, 7 dan 13; (b) gagal mematuhi obligasi bagi pemantauan khas sebagaimana yang dikehendaki oleh bab-bab 9 dan 12; (c) gagal menyelenggarakan program kawalan dalaman sebagaimana yang dikehendaki oleh bab-bab 21 dan 22, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali, dan, dalam hal suatu kesalahan berterusan, boleh dikenakan suatu denda tambahan sebanyak $100,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Pernyataan palsu atau mengelirukan.

25.

Mana-mana orang yang dengan sengaja — (a) membuat suatu pernyataan palsu atau mengelirukan; (b) memberi maklumat palsu atau mengelirukan; atau (c) selainnya gagal menyatakan suatu fakta material berhubung dengan obligasi orang itu di bawah Bahagian ini, termasuk obligasi untuk membuat suatu laporan transaksi yang mencurigakan atau transaksi mata wang, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda sebanyak $20,000 dan dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Langkah dan sanksi.

26.

Mana-mana pihak berkuasa penyeliaan atau pengawalseliaan atau pihak berkuasa tatatertib yang layak yang mendapati suatu pelanggaran obligasi yang ditetapkan di bawah Perintah ini oleh suatu institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan atau perniagaan terkawal lain yang diselia olehnya boleh mengenakan salah satu atau lebih dari langkah-langkah dan sanksi-sanksi yang berikut — (a) amaran bertulis; (b) perintah untuk mematuhi arahan tertentu; (c) mengarahkan laporan dengan kerap dari institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan itu atau perniagaan terkawal lain mengenai langkah-langkah yang diambilnya; (d) menghalang individu daripada bekerja dalam sektor itu; (e) menggantikan atau menyekat kuasa pengurus, pengarah, prinsipal, rakan kongsi atau pemilik yang menjalankan kawalan, termasuk melantik pendebit *ad hoc*; (f) pentadbiran sementara institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan itu; atau (g) menggantung, menyekat atau menarik balik lesen institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan itu.

Larangan terhadap bank rangka.

27.

(1)

Tiada seorang pun boleh menubuhkan atau mengendalikan sebuah bank rangka di Negara Brunei Darussalam.

(2)

Mana-mana orang yang menubuhkan — (a) sebuah bank rangka di Negara Brunei Darussalam; atau (b) membuat atau meneruskan hubungan perniagaan dengan sebuah bank rangka atau suatu institusi kewangan responden di sebuah negara asing yang membenarkan akaun (akaun-akaunnya) digunakan oleh sebuah bank rangka, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali, dan, dalam hal suatu kesalahan berterusan, boleh dikenakan suatu denda tambahan sebanyak $100,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Pematuhan obligasi oleh anak syarikat dan cawangan asing.

28.

Institusi kewangan boleh menghendaki cawangan dan anak syarikat asing milik majoriti mereka untuk melaksanakan kehendak-kehendak di bawah Bahagian ini setakat mana undang-undang dan peraturan-peraturan domestik yang dikenakan oleh negara tuan rumah membenarkan demikian. Jika undang-undang negara di mana cawangan atau anak syarikat milik majoriti itu terletak menghalang pematuhan obligasi ini, kerana sebarang sebab, institusi kewangan itu hendaklah memberitahu pihak berkuasa penyeliaannya yang layak, yang boleh mengambil langkah-langkah yang dipercayainya sesuai untuk mematuhi Perintah ini.

Obligasi penyimpanan rahsia dan kerahsiaan diatasi.

29.

Tiada peruntukan penyimpanan rahsia atau kerahsiaan dalam sebarang undang-undang bertulis lain boleh menghalang suatu institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan daripada memenuhi obligasinya di bawah Perintah ini.

Penggal III Unit Risikan Kewangan

Tugas dan kuasa Unit Risikan Kewangan.

30.

Unit Risikan Kewangan hendaklah mempunyai tugas-tugas dan kuasa-kuasa yang berikut — (a) menerima laporan dan maklumat — (i) yang diberikan kepadanya oleh mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang di Negara Brunei Darussalam atau mana-mana agensi Kerajaan atau institusi di Negara Brunei Darussalam; dan (ii) yang diberikan dengan sukarela kepadanya mengenai suatu kesalahan pembersihan wang haram, suatu kesalahan berat, suatu kesalahan pembiayaan keganasan atau mana-mana kesalahan yang dilakukan terhadap Perintah ini; (iii) yang diberikan kepadanya oleh mana-mana agensi negara lain; atau (iv) yang diberikan kepadanya oleh sebuah organisasi antarabangsa; (b) menganalisis, menilai dan menyebarkan semua laporan dan maklumat; (c) boleh mengeluarkan garis panduan berhubung dengan pengenalpastian pelanggan, penyimpanan rekod dan obligasi untuk melaporkan, dan pengenalpastian transaksi yang mencurigakan; (d) boleh menyediakan program latihan bagi institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan berhubung dengan pengenalpastian pelanggan, penyimpanan rekod dan obligasi untuk melaporkan, dan pengenalpastian transaksi yang mencurigakan; (e) boleh menjalankan penyelidikan tentang arah aliran dan perkembangan dalam bidang pembersihan wang haram dan pembiayaan keganasan dan cara-cara yang lebih baik untuk mengesan, mencegah dan menghalang pembersihan wang haram dan pembiayaan aktiviti-aktiviti keganasan; (f) boleh mendidik orang ramai dan mewujudkan kesedaran mengenai perkara-perkara berkenaan dengan pembersihan wang haram dan pembiayaan keganasan; (g) berhubung dengan, dan membuat serta berusaha bagi perjanjian atau penyusunan dengan, mana-mana institusi atau agensi kerajaan asing, atau mana-mana organisasi antarabangsa. organisasi antarabangsa, berkenaan dengan pertukaran maklumat menurut Perintah ini.

Akses kepada maklumat.

31.

(1)

Berkenaan dengan apa-apa maklumat yang telah diterimanya menurut tugas-tugasnya, Unit Risikan Kewangan diberi kuasa untuk mendapatkan daripada mana-mana entiti atau orang, tertakluk kepada obligasi untuk melaporkan yang dikehendaki oleh bab-bab 15 dan 16, apa-apa maklumat tambahan yang dianggap perlu oleh Unit Risikan Kewangan untuk menjalankan tugas-tugasnya dan maklumat yang diminta itu hendaklah diberikan dalam had masa yang ditetapkan dan dalam borang yang ditentukan oleh Unit Risikan Kewangan.

(2)

Unit Risikan Kewangan diberi kuasa untuk mengakses dan meneliti maklumat dalam tapak yang dipunyai oleh atau ada dalam simpanan institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan yang diperlukan untuk melaksanakan tugas-tugas Unit Risikan Kewangan, termasuk tetapi tidak terhad kepada — (a) memasuki premis mana-mana institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan pada waktu perniagaan biasa untuk memeriksa apa-apa rekod, menanyakan apa-apa soalan tentang mana-mana pekerja institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan itu berhubung dengan rekod tersebut, dan membuat nota dan mengambil salinan rekod itu; (b) mengumpulkan apa-apa maklumat yang dianggap oleh Unit Risikan Kewangan berkaitan dengan aktiviti pembersihan wang haram, kesalahan berat, pembiayaan keganasan atau apa-apa pelanggaran Perintah ini sama ada tersedia ada kepada orang ramai atau tidak, termasuk pangkalan data yang tersedia ada secara komersial, atau maklumat yang dikumpulkan atau diselenggarakan, termasuk maklumat yang disimpan dalam pangkalan data yang diselenggarakan oleh agensi Kerajaan dan institusi; (c) mendapatkan daripada mana-mana jabatan kerajaan apa-apa rekod mengenai seseorang yang sedang disiasat kerana melakukan, atau cuba melakukan, suatu kesalahan pembersihan wang haram, suatu kesalahan berat, suatu kesalahan pembiayaan keganasan atau suatu kesalahan di bawah Perintah ini; (d) meminta maklumat daripada mana-mana agensi kerajaan asing, agensi penguatkuasaan undang-undang asing, pihak berkuasa penyeliaan asing atau pihak berkuasa pengawasan asing bagi maksud-maksud Perintah ini. (e) memusnahkan suatu laporan transaksi yang mencurigakan yang diterima atau dikumpulkan pada tamatnya tempoh 7 tahun selepas tarikh laporan itu diterima jika tidak ada aktiviti atau maklumat lanjut berhubung dengan laporan itu atau orang yang dinamakan dalam laporan itu, atau 7 tahun dari tarikh aktiviti terakhir berhubung dengan orang atau laporan itu; (f) mengarahkan mana-mana institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan untuk mengambil langkah-langkah yang mungkin bersesuaian berhubung dengan apa-apa maklumat atau laporan yang diterima oleh Unit Risikan Kewangan, untuk menguatkuasakan pematuhan Perintah ini atau untuk memudahkan apa-apa penyiasatan yang dijangkakan oleh Unit Risikan Kewangan atau agensi penguatkuasaan undang-undang; (g) menyusun statistik dan rekod, dan boleh menyebarkan maklumat di dalam Negara Brunei Darussalam atau di tempat lain dan membuat syor yang timbul dari apa-apa maklumat yang diterima; (h) jika berkenaan, memberi maklum balas secara berkala kepada institusi kewangan, profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan dan jabatan kerajaan, pejabat, agensi dan institusi yang berkaitan mengenai keputusan berhubung dengan laporan atau maklumat yang diberikan menurut Perintah ini; (i) mendapatkan maklumat lanjut mengenai orang atau transaksi yang disebut dalam suatu laporan yang dibuat kepadanya menurut Perintah ini; dan (j) mendedahkan apa-apa laporan, atau maklumat yang diperolehi dari laporan tersebut, kepada mana-mana jabatan kerajaan, pejabat atau agensi tertakluk kepada kehendak-kehendak penyimpanan rahsia Perintah ini;

(3)

Ceraian (2) hendaklah dikenakan tertakluk kepada sekatan-sekatan dalam tafsiran "profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan" dalam bab 2 dan, tertakluk kepada bab 15(2).

Obligasi berkenaan dengan penyimpanan rahsia dan penggunaan maklumat.

32.

(1)

Tiap-tiap orang yang mempunyai kewajipan terhadap atau di dalam Unit Risikan Kewangan dikehendaki untuk merahsiakan apa-apa maklumat yang diperolehi di dalam skop kewajipannya, sekalipun selepas kewajipan itu tidak lagi dijalankan, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selanjutnya dalam Perintah ini atau sebagaimana yang diperintahkan oleh sesuatu mahkamah.

(2)

Mana-mana pekerja sekarang ini atau dahulu di Unit Risikan Kewangan atau orang lain yang mempunyai kewajipan terhadap atau di dalam Unit Risikan Kewangan yang dengan sengaja mendedahkan maklumat yang penyimpanannya dikehendaki menurut Perintah ini adalah melakukan suatu kesalahan. rahsianya dikehendaki untuk dilindungi oleh ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $50,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Tindakan berkenaan dengan laporan atau maklumat lain yang diterima.

33.

(1)

Unit Risikan Kewangan boleh merujukkan apa-apa laporan, dan maklumat yang berkaitan dengan laporan itu, kepada agensi penguatkuasaan undang-undang yang berkenaan di Negara Brunei Darussalam, jika, berdasarkan kepada analisis dan penilaiannya, ia mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu transaksi, percubaan untuk menjalankan transaksi atau apa-apa aktiviti lain mungkin berkaitan dengan penyiasatan atau pendakwaan suatu kesalahan pembersihan wang haram, kesalahan berat atau kesalahan pembiayaan keganasan, dan berhubung dengannya, Unit Risikan Kewangan boleh menghantar satu salinan rujukan atau maklumat tersebut kepada pihak berkuasa penyeliaan yang berkaitan.

(2)

Jika Unit Risikan Kewangan mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu transaksi atau percubaan untuk menjalankan transaksi mungkin melibatkan suatu kesalahan berat, kesalahan pembersihan wang haram, atau kesalahan pembiayaan keganasan, ia boleh mengarahkan secara bertulis supaya institusi pelapor yang berkenaan sama ada meneruskan atau tidak meneruskan transaksi atau percubaan untuk menjalankan transaksi itu, bagi suatu tempoh yang akan ditentukan oleh Unit Risikan Kewangan: Dengan syarat bahawa — (a) apa-apa arahan mestilah tidak melebihi 5 hari perniagaan jika arahan itu adalah secara bertulis; (b) apa-apa arahan yang diberikan secara lisan mestilah tidak melebihi 24 jam dan mestilah disahkan secara bertulis dalam masa 24 jam dari arahan lisan itu; atau (c) sebelum arahan itu tamat tempohnya dalam 5 hari, Unit Risikan Kewangan boleh memohon kepada Mahkamah untuk melanjutkan tempoh arahan itu.

Berkongsi maklumat dengan agensi kaunterpart asing.

34.

(1)

Unit Risikan Kewangan boleh berkongsi maklumat dengan mana-mana agensi kaunterpart asing yang melaksanakan tugas-tugas yang sama atas dasar timbal balik atau persetujuan bersama berasaskan kepada penyusunan kerjasama yang dibuat di antara Unit Risikan Kewangan dan agensi kaunterpart asing itu.

(2)

Unit Risikan Kewangan boleh berhubung dengan atau membuat apa-apa perjanjian atau penyusunan dengan mana-mana organisasi antarabangsa berhubung dengan pertukaran maklumat menurut Perintah ini dan mendedahkan maklumat tersebut. apa-apa laporan atau maklumat yang diperolehi dari laporan tersebut kepada mana-mana organisasi antarabangsa menurut Perintah ini.

(3)

Unit Risikan Kewangan boleh membuat siasatan bagi pihak agensi kaunterpart asing jika siasatan itu mungkin berkaitan dengan analisis agensi kaunterpart asing itu mengenai sesuatu perkara yang melibatkan penyiasatan atau pendakwaan suatu kesalahan pembersihan wang haram atau kesalahan berat.

(4)

Dengan tidak menghiraukan ceraian (3), Unit Risikan Kewangan boleh — (a) memeriksa pangkalan datanya sendiri, termasuk maklumat yang berkaitan dengan laporan transaksi yang mencurigakan, dan pangkalan data lain yang Unit Risikan Kewangan mempunyai akses langsung atau tidak langsung, termasuk pangkalan data penguatkuasaan undang-undang, pangkalan data awam, pangkalan data pentadbiran dan pangkalan data yang tersedia ada secara komersil; (b) mendapatkan daripada institusi kewangan atau profesion dan perniagaan bukan kewangan yang ditetapkan maklumat yang berkaitan berhubung dengan permintaan itu; (c) mendapatkan daripada orang maklumat yang berkaitan berhubung dengan permintaan itu setakat mana Unit Risikan Kewangan boleh mendapatkan maklumat tersebut dalam sesuatu perkara domestik; dan (d) mengambil apa-apa tindakan lain bagi menyokong permintaan agensi kaunterpart asing itu yang selaras dengan autoriti Unit Risikan Kewangan dalam sesuatu perkara domestik.

BAHAGIAN III PEMINDAHAN MERENTAS SEMPADAN MATA WANG FIZIKAL DAN INSTRUMEN BOLEH NIAGA PEMBAWA

Pemindahan Merentas Sempadan Mata Wang Fizikal dan Instrumen Boleh Niaga Pembawa.

35.

Tujuan Bahagian ini adalah untuk mengenakan langkah-langkah bagi pendedahan maklumat berhubung dengan pemindahan mata wang fizikal dan instrumen boleh niaga pembawa ke dalam dan keluar dari Negara Brunei Darussalam bagi maksud mengesan, menyiasat dan mendakwa apa-apa kesalahan yang melibatkan kesalahan pembersihan wang haram dan kesalahan berkaitan yang dibuat di bawah sebarang undang-undang bertulis.

Tafsiran.

36.

(1) Dalam Bahagian ini — "pegawai yang diberi kuasa" bermakna seseorang pegawai imigresen, pegawai Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, pegawai polis, pegawai Biro Mencegah Rasuah, pegawai Biro Kawalan Narkotik atau orang lain sebagaimana yang mungkin diberi kuasa oleh Autoriti; "instrumen boleh niaga pembawa" bermakna — (a) cek kembara; atau (b) apa-apa instrumen boleh niaga iaitu dalam bentuk pembawa, dicatitkan tanpa apa-apa sekatan, disediakan kepada penerima rekaan atau pun selainnya dalam bentuk bahawa hakmilik kepadanya berpindah apabila diserahkan, dan termasuk instrumen boleh niaga yang telah ditandatangani tetapi dengan nama penerima ditinggalkan; "hari perniagaan" bermakna hari selain hari Sabtu, hari Ahad atau hari kelepasan awam; "wang tunai" bermakna mata wang fizikal atau instrumen boleh niaga pembawa; "pengangkut barang-barang komersil" bermakna seseorang yang, dalam perjalanan biasa sesuatu perniagaan, mengangkut barang-barang atau mel bagi upah, dan termasuk pekerjanya; "pengangkut penumpang komersil" bermakna seseorang yang, dalam perjalanan biasa sesuatu perniagaan, mengangkut penumpang bagi upah, dan termasuk pekerjanya; "tempat yang sesuai" bermakna mana-mana pulau kecil, tempat pendaratan, dermaga, dok atau bagan atau premis penyedia perkhidmatan atau kemudahan pelabuhan yang dilesenkan atau dikecualikan di bawah Perintah Perkapalan Pedagang, 2002 (S 27/2002), Akta Pelabuhan (Penggal 144) atau Perintah Penerbangan Awam, 2006 (S 6/2007); "lokasi berangkat" bermakna pos kawalan imigresen, tempat berangkat, lapangan terbang yang dibenarkan, tempat berlepas yang dibenarkan atau tempat bertolak yang dibenarkan yang ditetapkan di bawah bab 5(2) dari Akta Imigresen (Penggal 17); "mata wang fizikal" bermakna duit syiling dan wang cetak (sama ada Negara Brunei Darussalam atau sebuah negara asing) yang — (a) ditetapkan sebagai wang yang sah; dan (b) diedarkan sebagai, dan lazim digunakan dan diterima sebagai, medium pertukaran di negara atau wilayah ia dikeluarkan; "wang cetak" bermakna wang yang mengandungi wang kertas yang dicetak, ditulis atau pun selainnya dibuat dalam polimer, kertas atau apa-apa bahan lain; "menghantar" termasuk menghantar melalui pos atau melalui orang lain.

(2)

Dalam menentukan sama ada suatu amaun mata wang asing (termasuk amaun yang disebut dalam suatu dokumen) adalah bersamaan dengan amaun ringgit Negara Brunei Darussalam di bawah bab-bab 35 hingga 47, amaun mata wang asing itu hendaklah ditukarkan kepada mata wang Negara Brunei Darussalam pada kadar pertukaran yang terpakai pada masa yang berkaitan.

(3)

Bagi maksud bab-bab 35 hingga 47 — (a) seseorang itu memindahkan wang tunai keluar dari Negara Brunei Darussalam jika orang itu membawa atau menghantar wang tunai itu (sama ada dalam suatu bekas atau pun selainnya) keluar dari Negara Brunei Darussalam; dan (b) seseorang itu memindahkan wang tunai ke dalam Negara Brunei Darussalam jika orang itu membawa masuk atau menghantar wang tunai itu (sama ada dalam suatu bekas atau pun selainnya) ke dalam Negara Brunei Darussalam.

Laporan mengenai pemindahan merentas sempadan wang tunai.

37.

(1)

Seseorang itu tidak boleh memindahkan atau cuba memindahkan ke dalam atau keluar dari Negara Brunei Darussalam wang tunai yang jumlah nilainya melebihi amaun yang ditetapkan, tanpa memberi suatu laporan berkaitan dengan pemindahan itu menurut bab ini.

(2)

Seseorang yang melanggar ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika disabitkan kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $50,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

(3)

Adalah menjadi suatu pembelaan bagi seseorang yang dituduh melakukan suatu kesalahan di bawah ceraian (2) untuk membuktikan bahawa dia tidak mengetahui atau tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa bekas yang di dalamnya wang tunai itu dipindahkan atau cuba dipindahkan mengandungi wang tunai.

(4)

Suatu laporan di bawah bab ini hendaklah — (a) dalam borang yang dibenarkan oleh Autoriti; (b) mengandungi maklumat lengkap dan tepat berhubung dengan perkara yang dilaporkan sebagaimana yang dinyatakan dalam borang itu; (c) diberikan — (i) kepada seorang pegawai kastam atau imigresen, jika pemindahan wang tunai itu dilakukan oleh seseorang yang membawa masuk atau membawa wang tunai itu ke dalam atau keluar dari Negara Brunei Darussalam bersama orang itu; atau (ii) dalam sebarang hal lain, kepada Autoriti atau, jika peraturan-peraturan membenarkan, kepada seorang pegawai yang diberi kuasa; dan (d) diberikan pada masa yang ditetapkan.

(5)

Autoriti boleh, dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, membuat peraturan-peraturan bagi perkara-perkara yang disebut dalam ceraian (5)(a), (c) dan (d); dan boleh, bagi maksud-maksud ceraian (5)(a) dan (d), menetapkan borang yang berlainan dan masa yang berlainan — (a) bagi cara yang berlainan untuk memindahkan wang tunai ke dalam dan keluar dari Negara Brunei Darussalam; dan (b) bagi golongan orang yang berlainan.

(6)

Ceraian (1) tidak boleh dikenakan jika — (a) orang itu adalah pengangkut penumpang komersil; dan (b) wang tunai itu ada dalam milikan mana-mana penumpang pengangkut.

(7)

Ceraian (1) tidak boleh dikenakan jika — (a) orang itu adalah pengangkut barang-barang komersil; (b) wang tunai itu dibawa bagi pihak orang lain; (c) orang lain itu tidak mendedahkan kepada pengangkut bahawa barang-barang yang diangkut bagi pihak orang lain itu termasuk wang tunai; dan (d) pengangkut itu tidak mengetahui dan tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa barang-barang yang diangkut bagi pihak orang lain itu termasuk wang tunai.

(8)

Beban untuk membuktikan perkara-perkara yang disebut dalam ceraian (6) atau (7) terletak kepada orang yang ingin bersandar kepada ceraian itu.

Obligasi pegawai imigresen atau pegawai kastam.

38.

Jika suatu laporan di bawah bab 37 diberikan kepada seorang pegawai imigresen atau pegawai kastam, dia hendaklah mengemukakannya kepada Autoriti.

Laporan mengenai pengangkutan wang tunai ke dalam atau keluar dari Negara Brunei Darussalam dengan jalan kargo, kurir, perkhidmatan pos atau mana-mana jalan lain.

39.

(1)

Seseorang yang menerima wang tunai yang jumlah nilainya melebihi amaun yang ditetapkan, yang dipindahkan kepada orang itu dari luar Negara Brunei Darussalam dengan jalan kargo, kurir, perkhidmatan pos atau mana-mana jalan lain, hendaklah membuat suatu laporan menurut bab ini sebelum akhir tempoh 5 hari perniagaan yang bermula pada hari menerima.

(2)

Seseorang yang menghantar wang tunai yang jumlah nilainya melebihi amaun yang ditetapkan yang dipindahkan daripada orang itu ke luar Negara Brunei Darussalam dengan jalan kargo, kurir, perkhidmatan pos atau mana-mana jalan lain, hendaklah membuat suatu laporan menurut bab ini sebelum akhir tempoh 5 hari perniagaan yang bermula pada hari menghantar.

(3)

Seseorang yang melanggar ceraian (1) atau (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $50,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

(4)

Adalah menjadi suatu pembelaan bagi seseorang yang dituduh melakukan suatu kesalahan terhadap ceraian (1) untuk membuktikan bahawa dia tidak mengetahui dan tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa wang tunai itu telah dipindahkan dari luar Negara Brunei Darussalam.

(5)

Suatu laporan di bawah bab ini hendaklah — (a) dalam borang yang dibenarkan oleh Autoriti; (b) mengandungi maklumat lengkap dan tepat berhubung dengan penerimaan yang dilaporkan sebagaimana yang dinyatakan dalam borang itu; dan (c) diberikan kepada Autoriti.

Soal siasat.

40.

(1) Seseorang yang — (a) hampir hendak meninggalkan Negara Brunei Darussalam; (b) berada di lokasi berangkat bagi tujuan meninggalkan Negara Brunei Darussalam; atau (c) tiba di Negara Brunei Darussalam, hendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian oleh seorang pegawai yang diberi kuasa — (i) mengisytiharkan sama ada atau tidak dia ada bersamanya apa-apa wang tunai; (ii) mengisytiharkan jumlah nilai apa-apa wang tunai yang dia ada bersamanya; (iii) mengisytiharkan sama ada atau tidak, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, suatu laporan di bawah bab 37 telah diberikan berkaitan dengan apa-apa wang tunai yang dia ada bersamanya; (iv) menunjukkan kepada pegawai itu apa-apa wang tunai yang dia ada bersamanya; dan (v) menjawab apa-apa soalan yang mungkin ditanyakan oleh pegawai itu berkenaan dengan wang tunai itu termasuk tetapi tidak terhad kepada sumber, pemilikan, perolehan, penggunaan atau destinasi tujuan apa-apa wang tunai dalam milikan orang itu.

Pemeriksaan.

41.

(1) Seseorang pegawai yang diberi kuasa boleh, dengan bantuan yang munasabah dan perlu, memeriksa mana-mana barang atau bagasi yang seseorang itu ada bersamanya jika dia — (a) hampir hendak meninggalkan Negara Brunei Darussalam; (b) berada di lokasi berangkat bagi tujuan meninggalkan Negara Brunei Darussalam; atau (c) tiba di Negara Brunei Darussalam, bagi tujuan untuk mengetahui sama ada dia ada bersamanya apa-apa wang tunai yang berkaitan dengannya suatu laporan di bawah bab 37 dikehendaki atau untuk menentukan ketepatan maklumat yang terkandung dalam laporan itu.

(2)

Seseorang pegawai yang diberi kuasa boleh, dengan bantuan yang munasabah dan perlu, memeriksa seseorang bagi tujuan untuk mengetahui sama ada dia ada bersamanya apa-apa wang tunai yang berkaitan dengannya suatu laporan di bawah bab 37 dikehendaki selagi — (a) dia — (i) hampir hendak meninggalkan Negara Brunei Darussalam; (ii) berada di lokasi berangkat bagi tujuan meninggalkan Negara Brunei Darussalam; (iii) telah tiba di Negara Brunei Darussalam; dan (b) pegawai itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa ada padanya atau di dalam pakaian yang dipakainya, wang tunai yang berkaitan dengannya suatu laporan di bawah bab 37 dikehendaki; (c) pegawai itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa ada padanya wang tunai yang dimaksudkan oleh mana-mana orang untuk digunakan dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang dan amaunnya tidak kurang dari amaun yang ditetapkan; (d) pegawai itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa orang itu sedang membawa wang tunai dan telah gagal mengisytiharkan wang tunai itu, yang amaunnya tidak kurang dari amaun yang ditetapkan dalam borang yang ditetapkan.

(3)

Seseorang itu mestilah tidak diperiksa di bawah ceraian [2] kecuali oleh seseorang yang sama jantinanya dengan orang yang diperiksa itu dengan benar-benar memberikan perhatian kepada kesopanan.

(4)

Seseorang pegawai yang diberi kuasa dan mana-mana orang yang membantu pegawai itu boleh menaiki kenderaan bermotor, vesel atau pesawat udara atau memasuki mana-mana premis bagi maksud menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh bab-bab 40 dan 41.

(5)

Seseorang pegawai yang diberi kuasa boleh, dengan bantuan yang munasabah dan perlu — (a) menaiki sesebuah kenderaan bermotor, vesel atau pesawat udara; dan (b) memeriksa atau menggeledah kenderaan bermotor, vesel atau pesawat udara itu, dan apa-apa barang yang dijumpai di dalam kenderaan bermotor, vesel atau pesawat udara itu, bagi tujuan untuk memastikan sama ada terdapat di dalam kenderaan bermotor, vesel atau pesawat udara itu apa-apa wang tunai yang berkaitan dengannya suatu laporan di bawah bab 37 dikehendaki atau pegawai itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa ada padanya wang tunai yang dimaksudkan oleh mana-mana orang untuk digunakan dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang dan amaunnya tidak kurang dari amaun yang ditetapkan atau pegawai itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa orang itu sedang membawa wang tunai dan telah gagal mengisytiharkan wang tunai itu, yang amaunnya tidak kurang dari amaun yang ditetapkan dalam borang yang ditetapkan.

(6)

Jika seseorang pegawai yang diberi kuasa mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu kesalahan terhadap bab 37 mungkin telah dilakukan atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa ada padanya wang tunai yang dimaksudkan oleh mana-mana orang untuk digunakan dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang dan amaunnya tidak kurang dari amaun yang ditetapkan, maka dia boleh, dengan bantuan yang munasabah dan perlu — (a) memasuki mana-mana tempat yang sesuai; dan (b) menggeledah tempat itu dan apa-apa barang yang dijumpai di tempat itu atau di dalamnya, bagi tujuan untuk memastikan sama ada terdapat di tempat itu atau di dalamnya, atau pada barang itu, apa-apa wang tunai yang berkaitan dengannya suatu laporan di bawah bab 37 dikehendaki atau pegawai itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa ada padanya wang tunai yang dimaksudkan oleh mana-mana orang untuk digunakan dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang dan amaunnya tidak kurang dari amaun yang ditetapkan atau pegawai itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa orang itu sedang membawa wang tunai dan telah gagal mengisytiharkan wang tunai itu, yang amaunnya tidak kurang dari amaun yang ditetapkan dalam borang yang ditetapkan.

Perampasan wang tunai.

42.

Seseorang pegawai yang diberi kuasa boleh merampas apa-apa wang tunai, jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa — (a) wang tunai itu boleh memberi keterangan tentang sesuatu kesalahan yang dilakukan di bawah bab 37; (b) wang tunai itu adalah harta tercemar; atau (c) wang tunai itu dimaksudkan oleh mana-mana orang untuk digunakan dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Penahanan wang tunai yang dirampas.

43.

(1)

Selagi pegawai yang diberi kuasa itu terus mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki atau bagi tujuan penyiasatan, wang tunai yang dirampas di bawah bab 42 boleh ditahan bagi tempoh selama 72 jam.

(2)

Tempoh wang tunai atau mana-mana bahagiannya yang boleh ditahan itu boleh dilanjutkan dengan suatu perintah yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi, tetapi perintah itu tidak boleh membenarkan penahanan apa-apa wang tunai itu — (a) melampasi akhir tempoh 3 bulan bermula dari tarikh perintah itu; atau (b) dalam hal apa-apa perintah lanjut di bawah bab ini, melampasi akhir tempoh 2 tahun bermula dari tarikh perintah pertama.

(3)

Permohonan bagi suatu perintah di bawah ceraian (2) boleh dibuat oleh pegawai yang diberi kuasa itu, dan Mahkamah Tinggi boleh membuat perintah itu jika berpuas hati, berhubung dengan apa-apa wang tunai yang ditahan selanjutnya, bahawa salah satu syarat yang berikut dipenuhi — (a) terdapat alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa wang tunai itu adalah harta tercemar dan bahawa salah satu — (i) penahanannya yang berterusan mempunyai justifikasi sementara sumber, pemilikan, penggunaan atau destinasinya disiasat selanjutnya atau pertimbangan diberikan untuk membawa prosiding terhadap mana-mana orang atas suatu kesalahan yang ada kaitannya dengan wang tunai itu; atau (ii) prosiding terhadap mana-mana orang atas suatu kesalahan yang ada kaitannya dengan wang tunai itu telah dimulakan dan belum diputuskan; (b) terdapat alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa wang tunai itu dimaksudkan untuk digunakan dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang dan bahawa salah satu — (i) penahanannya yang berterusan mempunyai justifikasi sementara penggunaannya yang dimaksudkan disiasat selanjutnya atau pertimbangan diberikan untuk membawa prosiding terhadap mana-mana orang atas suatu kesalahan yang ada kaitannya dengan wang tunai itu; atau (ii) prosiding terhadap mana-mana orang atas suatu kesalahan yang ada kaitannya dengan wang tunai itu telah dimulakan dan belum diputuskan;

(4)

Permohonan bagi suatu perintah di bawah ceraian (2) boleh juga dibuat berkaitan dengan apa-apa wang tunai yang dirampas di bawah bab 42, dan Mahkamah Tinggi boleh membuat perintah itu jika berpuas hati bahawa — (a) syarat di bawah ceraian (3) dipenuhi berkaitan dengan sebahagian dari wang tunai itu; dan (b) tidak praktik untuk menahan dengan munasabah hanya sebahagiannya sahaja.

(5)

Suatu perintah di bawah ceraian (2) hendaklah membuat peruntukan bagi notis diberikan kepada mana-mana orang yang terjejas olehnya.

Pelepasan wang tunai yang dirampas.

44.

Mahkamah Tinggi boleh mengarahkan pelepasan seluruhnya atau mana-mana bahagian wang tunai itu jika syarat-syarat yang berikut dipenuhi — (a) Mahkamah Tinggi berpuas hati, atas permohonan oleh orang yang daripadanya wang tunai itu dirampas, bahawa syarat-syarat dalam bab 43 bagi penahanan wang tunai itu tidak lagi dipenuhi berhubung dengan wang tunai yang akan dilepaskan itu; (b) selepas memberitahu Mahkamah Tinggi yang di bawah perintahnya wang tunai itu dirampas, seseorang pegawai yang diberi kuasa boleh melepaskan seluruhnya atau mana-mana bahagiannya jika berpuas hati bahawa perampasan wang tunai yang akan dilepaskan itu tidak lagi ada justifikasinya.

Perlucutan hak.

45.

(1)

Sementara wang tunai ditahan di bawah bab 43, permohonan bagi perlucutan hak seluruhnya atau mana-mana bahagiannya boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi oleh Pendakwa Raya.

(2)

Mahkamah Tinggi boleh memerintahkan perlucutan hak wang tunai atau mana-mana bahagiannya jika berpuas hati bahawa atas imbangan kebarangkalian wang tunai atau sebahagiannya itu adalah — (a) harta tercemar; atau (b) dimaksudkan oleh mana-mana orang untuk digunakan dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang.

(3)

Jika permohonan bagi perlucutan hak apa-apa wang tunai dibuat di bawah bab ini, wang tunai itu akan dirampas dan tidak boleh dilepaskan di bawah sebarang kuasa yang diberikan oleh Perintah ini sehingga mana-mana prosiding menurut permohonan itu termasuk mana-mana prosiding atas rayuan diputuskan.

(4)

Jika wang tunai telah dirampas atau ditahan di bawah bab-bab 42 dan 43 dan tiada pengenaan di bawah bab 48 dibuat dalam tempoh 30 hari dari masa perampasan, maka wang tunai itu hendaklah dilucuthakkan kepada Kerajaan.

Penggunaan wang tunai yang dilucuthak.

46.

(1)

Wang tunai yang dilucuthak di bawah Bahagian ini hendaklah dibayar ke dalam Dana Perampasan Aset Jenayah.

(2)

Apa-apa wang tunai yang dilucuthak di bawah ceraian (1) tidak boleh dibayar ke dalam Dana tersebut — (a) sebelum akhir tempoh suatu rayuan dibuat; atau (b) sebelum rayuan itu diputuskan atau pun selanjutnya diselesaikan.

Mangsa dan pemilik lain.

47.

(1)

Seseorang yang mendakwa bahawa apa-apa wang tunai atau mana-mana bahagiannya, yang dirampas di bawah Bahagian ini kepunyaannya boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya wang tunai itu atau sebahagiannya dilepaskan kepadanya.

(2)

Jika permohonan itu dibuat oleh seseorang di bawah ceraian (1) dan jika pada pendapat Mahkamah Tinggi bahawa — (a) pemohon itu dilucutkan wang tunai yang disebut dalam permohonan itu, atau wang tunai yang dinyatakannya, oleh aktiviti yang menyalahi undang-undang; (b) wang tunai yang dia dilucutkan itu adalah, sejurus sebelum dia dilucutkan wang tunai itu, bukan harta tercemar; dan (c) wang tunai itu kepunyaannya, maka Mahkamah Tinggi boleh memerintahkan supaya wang tunai yang disebut dalam permohonan itu dilepaskan kepada pemohon itu.

(3)

Mahkamah Tinggi boleh memerintahkan supaya wang tunai yang disebut dalam permohonan itu dilepaskan kepada pemohon itu atau kepada orang yang daripadanya wang tunai itu dirampas, jika — (a) pemohon itu adalah bukan orang yang daripadanya wang tunai yang disebut dalam permohonan itu dirampas; (b) pada pendapat Mahkamah bahawa wang tunai itu kepunyaan pemohon itu; (c) Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa syarat-syarat dalam bab 42 bagi perampasan wang tunai itu tidak lagi dipenuhi atau, jika permohonan telah dibuat di bawah bab 45, Mahkamah memutuskan untuk tidak membuat suatu perintah di bawah bab itu berhubung dengan wang tunai itu; dan (d) tiada bantahan dibuat terhadap suatu perintah yang dibuat di bawah ceraian ini oleh orang yang daripadanya wang tunai itu dirampas.

BAHAGIAN IV PERINTAH PENAHANAN, PERINTAH PERAMPASAN, PERINTAH MENDAPATKAN KEMBALI MANFAAT, PERINTAH PERLUCUTAN HAK BERDASARKAN TIDAK SABIT KESALAHAN DAN PENGISYTIHARAN KEKAYAAN YANG TIDAK DAPAT DIJELASKAN

Pengenaan.

48.

(1)

Bahagian ini hendaklah dikenakan — (a) berkaitan dengan apa-apa kesalahan pembersihan wang haram atau kesalahan berat; dan (b) berkaitan dengan suatu kesalahan di bawah undang-undang sebuah negara asing berhubung dengan perbuatan dan peninggalan yang, sekiranya ia berlaku di Negara Brunei Darussalam akan menjadi suatu kesalahan pembersihan wang haram atau kesalahan berat di Negara Brunei Darussalam: Dengan syarat bahawa — (i) dalam hal suatu permintaan berhubung dengan sesuatu penahanan atau mendapatkan kembali hasil, instrumentaliti atau manfaat, terdapat apa-apa harta di Negara Brunei Darussalam yang boleh ditahan atau didapati kembali bagi maksud suatu perintah perampasan atau perintah mendapatkan kembali manfaat; atau (ii) dalam hal suatu permintaan berhubung dengan pengesanan, pengenalpastian, pencarian atau penjumlahan hasil, manfaat atau instrumentaliti, terdapat atau mungkin ada maklumat atau keterangan yang berkaitan di dalam Negara Brunei Darussalam; dan (iii) suatu permintaan bantuan telah dibuat oleh negara asing bagi penahanan atau perampasan harta berhubung dengan kesalahan itu, atau bagi maklumat atau keterangan yang mungkin berkaitan dengan hasil, manfaat atau instrumentaliti kesalahan itu.

(2)

Mengenai pengenaan Bahagian ini, berhubung dengan kesalahan-kesalahan yang dinyatakan dalam ceraian (1)(b), pihak berkuasa di dalam Negara Brunei Darussalam hendaklah mempunyai budi bicara sama ada atau tidak untuk meminta perintah dan selanjutnya mengenakan peruntukan-peruntukan Bahagian ini.

(3)

Bahagian ini hendaklah dikenakan walaupun kelakuan yang menjadi asas bagi kesalahan itu berlaku sebelum Bahagian ini mula berkuatkuasa, dan hendaklah dikenakan kepada apa-apa manfaat sama ada ia diperolehi sebelum atau selepas Bahagian ini mula berkuatkuasa.

Penggal I Perintah Penahanan

Permohonan bagi perintah penahanan.

49.

(1)

Jika terdapat alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa apa-apa harta adalah harta tercemar yang berkaitan dengannya suatu perintah perampasan di bawah bab 60 boleh dibuat, Pendakwa Raya boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah penahanan di bawah ceraian (3) terhadap harta itu.

(2)

Jika terdapat alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu perintah mendapatkan kembali manfaat boleh dikeluarkan di bawah bab 75, Pendakwa Raya boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah penahanan di bawah ceraian (5) terhadap apa-apa harta yang boleh direalisasikan yang dipegang oleh orang itu.

(3)

Permohonan bagi suatu perintah penahanan boleh dibuat ex parte dan hendaklah secara bertulis.

(4)

Permohonan di bawah ceraian (1) hendaklah disertakan dengan suatu *afidavit* yang menyatakan — (a) perihalan harta itu yang berkaitan dengannya perintah penahanan itu dipohonkan; (b) lokasi harta itu, jika diketahui; (c) alasan untuk mempercayai bahawa harta itu adalah harta tercemar yang baginya suatu perintah perampasan di bawah bab 60 dibuat.

(5)

Permohonan di bawah ceraian (2) hendaklah disertakan dengan suatu *afidavit* yang menyatakan — (a) perihalan harta itu yang berkaitan dengannya perintah penahanan itu dipohonkan; (b) lokasi harta itu, jika diketahui; (c) alasan untuk mempercayai bahawa orang yang disyaki telah melakukan suatu kesalahan berat telah memperolehi suatu manfaat secara langsung atau tidak langsung dari kesalahan yang dilakukan itu; dan (d) jika permohonan itu meminta suatu perintah penahanan terhadap harta seseorang selain orang yang disyaki telah melakukan suatu kesalahan berat, alasan untuk mempercayai bahawa harta itu adalah atau dalam milikan atau kawalan berkesan orang itu.

Perintah penahanan.

50.

(1)

Tertakluk kepada bab ini, jika Pendakwa Raya memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah penahanan terhadap harta di bawah bab 49(1) dan Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa harta itu adalah harta tercemar, maka Mahkamah Tinggi boleh membuat suatu perintah di bawah ceraian (3).

(2)

Jika Pendakwa Raya memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah penahanan terhadap harta di bawah bab 49(2) dan Mahkamah Tinggi berpuas hati atas imbangan kebarangkalian bahawa — (a) terdapat alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa orang itu disyaki telah melakukan suatu kesalahan berat telah memperolehi suatu manfaat secara langsung atau tidak langsung dari kesalahan yang dilakukan itu; dan (b) harta itu adalah harta yang boleh direalisasikan orang itu, maka Mahkamah Tinggi boleh membuat suatu perintah di bawah ceraian (3).

(3)

Jika berpuas hati di bawah ceraian (1) atau (2), Mahkamah Tinggi boleh membuat suatu perintah — (a) yang melarang defendan atau mana-mana orang dari melupuskan, atau mengurusniagakan, harta atau sebahagiannya atau kepentingan kecuali mengikut cara yang dinyatakan dalam perintah itu; dan (b) atas permintaan Pendakwa Raya, jika Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa hal keadaan menghendaki demikian bahawa seseorang pegawai yang diberi kuasa atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Mahkamah Tinggi mengambil jagaan ke atas harta itu atau sebahagiannya dan mengurus atau pun selanjutnya mengurusniagakan semua atau mana-mana bahagian harta itu menurut arahan Mahkamah Tinggi.

(4)

Bagi mengelakkan keraguan, Mahkamah Tinggi boleh membuat suatu perintah di bawah ceraian (3) berkaitan dengan wang atau harta lain yang terletak di Negara Brunei Darussalam atau di tempat lain.

(5)

Suatu perintah di bawah ceraian (1) boleh dibuat tertakluk kepada syarat-syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah Tinggi dan, tanpa membataskan keluasan makna bab ini, boleh membuat peruntukan untuk membayar, dari harta itu atau bahagian tertentu dari harta itu — (a) perbelanjaan hidup yang munasabah orang itu (termasuk perbelanjaan hidup yang munasabah tanggungan orang itu (jika ada)) dan perbelanjaan urusan yang munasabah; (b) perbelanjaan undang-undang yang munasabah orang itu dalam membela suatu pertuduhan jenayah dan mana-mana prosiding di bawah Perintah ini; atau (c) hutang tertentu lain yang ditanggung oleh orang itu dengan suci hati, tetapi Mahkamah Tinggi tidak boleh membuat peruntukan itu melainkan jika ia berpuas hati bahawa orang itu tidak dapat membayar perbelanjaan atau hutang yang berkenaan dari harta yang tidak tertakluk kepada suatu perintah penahanan.

(6)

Dalam menentukan sama ada terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa harta itu adalah harta atau dalam milikan atau kawalan berkesan orang itu, Mahkamah Tinggi boleh mengambil kira perkara-perkara yang disebut dalam bab 80(2).

(7)

Jika seseorang pegawai yang diberi kuasa atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Mahkamah Tinggi diberikan suatu arahan di bawah bab 53(2)(e), pegawai yang diberi kuasa itu atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Mahkamah Tinggi boleh melakukan apa-apa jua yang diperlukan dengan munasabah untuk mengekalkan harta itu dan bagi tujuan ini boleh menjalankan apa-apa kuasa yang boleh dijalankan dan dilakukan oleh pemilik harta itu kecuali pemiliknya.

(8)

Jika Pendakwa Raya memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah di bawah ceraian (1), seseorang saksi tidaklah dikehendaki untuk menjawab sesuatu soalan atau untuk mengemukakan sesuatu dokumen jika Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa dengan menjawab soalan itu atau dengan mengemukakan dokumen itu boleh menjejaskan penyiasatan, atau pendakwaan seseorang kerana, suatu kesalahan.

(9)

Mahkamah Tinggi boleh membuat suatu perintah penahanan sama ada atau tidak terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa terdapat risiko langsung harta itu dilupuskan atau pun selanjutnya diurusniagakan.

(10)

Mahkamah Tinggi yang mendengar permohonan bagi suatu perintah di bawah ceraian (1) boleh, sebelum permohonan itu diputuskan dengan muktamad dan atas permohonan Pendakwa Raya, meminda permohonan itu untuk memasukkan apa-apa harta lain setelah berpuas hati bahawa harta itu diperolehi selepas permohonan itu dibuat pada asalnya.

(11)

Suatu perintah di bawah ceraian (1) boleh dikenakan — (a) kepada semua harta yang boleh direalisasikan yang dipegang oleh orang tertentu, sama ada harta itu diperihalkan dalam perintah itu atau tidak, dan (b) kepada harta yang boleh direalisasikan yang dipegang oleh orang tertentu, iaitu harta yang dipindahkan kepadanya selepas perintah itu dibuat.

Notis permohonan bagi perintah penahanan.

51.

(1)

Tertakluk kepada ceraian (2), sebelum membuat suatu perintah penahanan, Mahkamah Tinggi menghendaki supaya notis diberikan kepada, dan boleh mendengar, mana-mana orang, yang pada pendapat Mahkamah mungkin mempunyai suatu kepentingan ke atas harta itu.

(2)

Jika Pendakwa Raya meminta demikian, Mahkamah Tinggi hendaklah menimbangkan permohonan itu tanpa menghendaki notis diberikan di bawah ceraian (1) tetapi suatu perintah penahanan menurut ceraian ini hendaklah terhenti daripada berkuatkuasa selepas 30 hari atau tempoh yang kurang sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu oleh Mahkamah.

(3)

Mahkamah Tinggi boleh, atas permohonan Pendakwa Raya, melanjutkan tempoh kuatkuasa suatu perintah penahanan yang dibuat di bawah ceraian (2) tetapi tidak boleh menimbangkan permohonan itu tanpa menghendaki notis diberikan di bawah ceraian (1).

Penyampaian perintah penahanan.

52.

(1)

Tertakluk kepada ceraian (2), satu salinan suatu perintah penahanan hendaklah disampaikan kepada orang yang terjejas oleh perintah itu mengikut cara sebagaimana yang dikehendaki oleh bab 126 atau sebagaimana yang ditetapkan oleh Aturan-Aturan Mahkamah.

(2)

Jika Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa adalah bagi kepentingan awam untuk berbuat demikian ia boleh memerintahkan supaya penyampaian di bawah ceraian (1) ditangguhkan bagi suatu tempoh tertentu.

Perintah sampingan berhubung dengan perintah penahanan.

53.

(1)

Jika Mahkamah Tinggi membuat, atau telah membuat, suatu perintah penahanan, Mahkamah boleh, atas permohonan Pendakwa Raya, seseorang yang hartanya adalah tertakluk kepada perintah penahanan itu (dalam bab ini dipanggil "pemilik"), seseorang pegawai yang diberi kuasa atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Mahkamah (jika perintah penahanan itu mengarahkan seseorang pegawai yang diberi kuasa atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Mahkamah, untuk mengambil jagaan dan kawalan ke atas harta itu), atau dengan kebenaran Mahkamah, mana-mana orang lain, membuat apa-apa perintah sampingan yang dianggapnya bersesuaian.

(2)

Dengan tidak menghiraukan ceraian (1), suatu perintah sampingan boleh — (a) mengubah harta yang disebut dalam suatu perintah penahanan; (b) mengubah apa-apa syarat yang kepadanya suatu perintah penahanan tertakluk; (c) memerintahkan pemeriksaan dengan mengangkat sumpah di hadapan Mahkamah mana-mana orang mengenai urusan pemilik atau defendan; (d) mengarahkan pemilik atau defendan untuk memberi kepada orang tertentu suatu pernyataan dengan mengangkat sumpah yang menyatakan butir-butir harta itu, atau urusniaga ke atas harta itu, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah; atau (e) jika perintah penahanan itu mengarahkan pegawai yang diberi kuasa itu atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Mahkamah untuk mengambil jagaan dan kawalan ke atas harta itu — (i) mengawalselia perlaksanaan atau perjalanan tugas-tugas, kewajipan-kewajipan atau kuasa-kuasa di bawah perintah penahanan itu oleh pegawai yang diberi kuasa itu atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Mahkamah; (ii) menentukan apa-apa persoalan berkenaan dengan harta itu; (iii) mengarahkan seseorang supaya melakukan apa-apa perbuatan atau perkara untuk membolehkan seseorang pegawai yang diberi kuasa atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Mahkamah untuk mengambil jagaan dan kawalan ke atas harta itu; (iv) membuat peruntukan bagi pembayaran kepada seseorang pegawai yang diberi kuasa atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Mahkamah dari harta itu kos, caj dan perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengan perlaksanaan atau perjalanan oleh seseorang pegawai yang diberi kuasa atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Mahkamah tugas-tugas, kewajipan-kewajipan atau kuasa-kuasa di bawah perintah penahanan itu.

(3)

Jika seseorang yang mempunyai suatu kepentingan ke atas harta yang berkaitan dengannya suatu perintah penahanan dibuat memohon kepada Mahkamah bagi perubahan perintah itu untuk mengecualikan kepentingan orang itu dari perintah tersebut, Mahkamah boleh membenarkan permohonan itu jika Mahkamah berpuas hati — (a) bahawa kepentingan itu adalah bukan harta tercemar dan bahawa ia tidak boleh dikehendaki untuk memenuhi suatu perintah mendapatkan kembali manfaat; atau (b) bahawa pemohon tidak terlibat dalam apa jua cara dalam kesalahan yang dilakukan itu yang berkaitan dengannya perintah penahanan itu dibuat dan, jika pemohon memperolehi kepentingan tersebut pada masa atau selepas kesalahan itu dilakukan (atau dikatakan telah dilakukan), bahawa pemohon memperolehi kepentingan itu — (i) bagi balasan yang mencukupi; dan (ii) tanpa mengetahui, dan dalam hal keadaan yang tidak menimbulkan apa-apa syak yang munasabah, bahawa harta itu adalah harta tercemar atau bahawa harta itu adalah suatu manfaat. yang diperolehi dari atau berhubung dengan suatu kesalahan berat yang dilakukan; atau (c) dalam sebarang hal adalah patut berbuat demikian dengan memberi perhatian kepada semua hal keadaan, termasuk apa-apa kesusahan kewangan atau akibat lain ke atas kepentingan yang masih tertakluk kepada perintah itu.

(4)

Permohonan di bawah ceraian (1) tidak boleh didengar oleh Mahkamah Tinggi melainkan jika pemohon telah memberikan kepada setiap orang lain yang berhak membuat permohonan di bawah ceraian (1) berhubung dengan perintah penahanan itu notis permohonan tersebut secara bertulis.

(5)

Mahkamah Tinggi boleh menghendaki supaya notis permohonan tersebut diberikan kepada, dan mendengar, mana-mana orang yang, pada pendapat Mahkamah, ternyata mempunyai suatu kepentingan ke atas harta itu.

(6)

Jika seseorang itu dikehendaki, menurut suatu perintah di bawah ceraian (2)(c) atau (d), untuk membuat atau memberi suatu pernyataan dengan mengangkat sumpah, orang itu tidak dikecualikan dari membuat atau memberi pernyataan itu atas alasan bahawa pernyataan itu, atau sebahagian dari pernyataan itu mungkin cenderung untuk mensabitkan orang itu atau menjadikan orang itu boleh dikenakan penyitaan atau suatu penalti tetapi pernyataan itu, dan apa-apa maklumat, dokumen atau barang yang diperolehi akibat langsung atau tidak langsung dari pernyataan itu, tidak boleh diterima terhadap orang itu dalam mana-mana prosiding jenayah kecuali suatu prosiding berkaitan dengan pernyataan palsu.

Pegawai yang diberi kuasa atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Mahkamah Tinggi supaya memenuhi perintah mendapatkan kembali manfaat.

54.

(1)

Jika — (a) suatu perintah mendapatkan kembali manfaat dibuat terhadap sabitan defendan atas suatu kesalahan; dan (b) suatu perintah penahanan dibuat terhadap harta defendan, atau harta orang lain yang berhubung dengannya suatu perintah di bawah bab 80(3) berkuatkuasa, dengan bersandar kepada sabitan defendan itu atas kesalahan itu, atau atas kesalahan yang dikatakan telah dilakukan itu, Mahkamah Tinggi boleh, setelah membuat perintah yang kemudian itu atau, atas permohonan Pendakwa Raya sementara perintah penahanan itu masih berkuatkuasa, mengarahkan pegawai yang diberi kuasa itu atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Mahkamah supaya memenuhi perintah mendapatkan kembali manfaat itu dengan membuat pembayaran kepada Dana Perampasan Aset Jenayah dari harta itu.

(2)

Bagi maksud-maksud untuk membolehkan seseorang pegawai yang diberi kuasa atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Mahkamah Tinggi mematuhi suatu arahan di bawah ceraian (1), Mahkamah boleh — (a) mengarahkan pegawai yang diberi kuasa itu atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Mahkamah supaya menjual atau pun selainnya melupuskan harta yang dinyatakan oleh Mahkamah; dan (b) mengarahkan bahawa pegawai yang diberi kuasa itu atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Mahkamah Tinggi boleh melaksanakan, dan melakukan apa-apa jua yang perlu untuk memberi kesahan dan kuatkuasa kepada, apa-apa surat ikatan atau instrumen atas nama seseorang yang memiliki atau mempunyai kepentingan ke atas harta itu, dan jika Mahkamah Tinggi membuat suatu perintah, perlaksanaan surat ikatan atau instrumen tersebut oleh pegawai yang diberi kuasa itu atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Mahkamah Tinggi mempunyai kuatkuasa dan kesahan yang sama seolah-olah surat ikatan atau instrumen itu telah dilaksanakan oleh orang itu.

(3)

Seseorang pegawai yang diberi kuasa atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Mahkamah Tinggi tidak boleh mengambil tindakan untuk menjual harta menurut suatu arahan di bawah ceraian (1) — (a) sehingga tarikh rayuan yang berkaitan; atau (b) jika prosiding dalam kebankrapan terhadap pemilik harta itu sedang berjalan atau pemilik itu bankrap.

(4)

Dalam bab ini, "tarikh rayuan yang berkaitan" yang digunakan berhubung dengan suatu perintah mendapatkan kembali manfaat yang dibuat akibat dari sabitan seseorang atas suatu kesalahan berat bermakna — (a) tarikh tempoh yang dibenarkan oleh Kanun Peraturan Jenayah (Penggal 7) untuk membuat suatu rayuan terhadap sabitan seseorang, atau untuk membuat suatu rayuan terhadap pembuatan suatu perintah mendapatkan kembali manfaat, tamat tempohnya tanpa suatu rayuan dibuat, mengikut mana yang kemudian; atau (b) jika suatu rayuan terhadap sabitan seseorang atau terhadap pembuatan perintah mendapatkan kembali manfaat itu dibuat, tarikh rayuan itu atau rayuan yang kemudian itu, luput menurut Kanun Peraturan Jenayah (Penggal 7) atau diputuskan akhirnya.

Perintah penahanan dibuat berkaitan dengan tanah.

55.

Dalam hal suatu perintah penahanan yang dibuat berkaitan dengan tanah — (a) perintah penahanan itu hendaklah menghalang bagi suatu tempoh masa yang tertentu atau sehingga suatu kejadian tertentu berlaku, atau pada amnya sehingga perintah selanjutnya, pendaftaran apa-apa urusniaga ke atas mana-mana tanah, pajakan atau gadaian; (b) satu salinan perintah penahanan dengan meterai Mahkamah Tinggi, dengan butir-butir tanah, pajakan atau gadaian yang terjejas olehnya hendaklah dihantar kepada Pesuruhjaya Tanah yang akan mendaftarkannya dalam Daftar yang disimpan olehnya di bawah bab 7 dari Kanun Tanah (Penggal 40) berkaitan dengan tanah itu dan tiada perintah penahanan boleh terikat kepada atau menjejaskan tanah, pajakan atau gadaian itu sehingga ia telah didaftarkan; dan (c) selagi perintah penahanan itu masih didaftarkan tiada instrumen yang bertentangan dengannya boleh didaftarkan.

Perampasan harta tertakluk kepada perintah penahanan.

56.

(1) Untuk menghalang mana-mana harta dari dilupuskan atau dipindahkan bertentangan dengan suatu perintah penahanan, mana-mana pegawai yang diberi kuasa boleh merampas mana-mana harta tersebut jika pegawai yang diberi kuasa itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa harta itu akan dilupuskan atau dipindahkan demikian.

(2)

Harta yang dirampas di bawah ceraian (1) hendaklah diuruskan menurut arahan Mahkamah Tinggi.

Melanggar perintah penahanan.

57.

(1) Mana-mana orang yang dengan mengetahui melanggar suatu perintah penahanan dengan melupuskan atau pun selainnya mengurusniagakan harta yang tertakluk kepada suatu perintah penahanan adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $20,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali dan, jika orang itu adalah suatu badan korporat, suatu denda tidak melebihi $1,000,000 dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, boleh dikenakan suatu denda tambahan sebanyak $2,000 dalam hal seseorang individu dan $100,000 jika orang itu adalah suatu badan korporat bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

(2)

Jika — (a) suatu perintah penahanan dibuat terhadap harta; (b) harta itu dilupuskan atau pun selanjutnya diurusniagakan dengan melanggar perintah penahanan itu; (c) pelupusan itu sama ada bukan dengan balasan yang mencukupi atau bukan untuk faedah seseorang yang bertindak dengan suci hati, Pendakwa Raya boleh memohon kepada Mahkamah yang membuat perintah penahanan itu bagi suatu perintah supaya pelupusan atau urusniaga itu diketepikan.

(3)

Jika Pendakwa Raya membuat suatu permohonan di bawah ceraian (2) berhubung dengan suatu pelupusan atau urusniaga, Mahkamah Tinggi boleh — (a) mengetepikan pelupusan atau urusniaga itu dari hari ia berlaku; atau (b) mengetepikan pelupusan atau urusniaga itu dari hari perintah di bawah ceraian ini dan mengisytiharkan hak mana-mana orang yang memperolehi kepentingan ke atas harta itu pada atau selepas hari pelupusan atau urusniaga itu berlaku dan sebelum perintah itu dibuat di bawah ceraian ini.

Mahkamah Tinggi boleh membatalkan perintah penahanan.

58.

(1)

Jika Mahkamah Tinggi telah membuat suatu perintah penahanan terhadap harta seseorang, Mahkamah boleh, atas permohonan orang itu, membatalkan perintah penahanan itu — (a) jika pemohon itu yang merupakan seorang defendan memberi jaminan yang memuaskan hati Mahkamah Tinggi untuk memenuhi mana-mana perintah mendapatkan kembali manfaat yang boleh dibuat terhadap orang itu di bawah Perintah ini; atau (b) memberikan aku janji yang memuaskan hati Mahkamah Tinggi berkenaan dengan harta orang itu.

(2)

Pemohon di bawah ceraian (1) hendaklah memberikan notis bertulis mengenai permohonan itu kepada Pendakwa Raya dan, jika perintah penahanan itu mengarahkan seseorang pegawai yang diberi kuasa atau mana-mana orang yang dilantik oleh Mahkamah Tinggi untuk mengambil kawalan ke atas harta itu, seseorang pegawai yang diberi kuasa atau mana-mana orang yang dilantik oleh Mahkamah.

Bila perintah penahanan terhenti daripada berkuatkuasa.

59.

(1)

Tertakluk kepada ceraian (2), suatu perintah penahanan yang dibuat dengan bersandar kepada sabitan atau suatu kesalahan berat yang dikatakan telah dilakukan oleh seseorang terhenti daripada berkuatkuasa, seluruhnya atau sebahagiannya — (a) apabila pertuduhan terhadap orang itu ditarik balik atau orang itu dibebaskan dari pertuduhan itu dan tiada permohonan di bawah bab 83 atau 85 dibuat terhadap harta yang tertakluk kepada perintah tersebut; (b) apabila harta yang tertakluk kepada perintah tersebut digunakan untuk memenuhi suatu perintah mendapatkan kembali manfaat yang dibuat dengan bersandar kepada sabitan orang itu atas kesalahan tersebut atau suatu perintah di bawah bab 89; (c) apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan bagi suatu perintah mendapatkan kembali manfaat dengan bersandar kepada sabitan orang itu atas kesalahan tersebut; atau (d) apabila harta yang tertakluk kepada perintah tersebut dirampas di bawah bab 68, 83 atau 89.

(2)

Dengan tidak menghiraukan ceraian (1), suatu perintah penahanan terhenti daripada berkuatkuasa pada akhir tempoh 12 bulan selepas hari apabila perintah penahanan itu dibuat tetapi Mahkamah Tinggi boleh dalam tempoh itu, atas permohonan Pendakwa Raya, memerintahkan bahawa perintah penahanan itu hendaklah terus berkuatkuasa sehingga masa atau kejadian tertentu, jika Mahkamah berpuas hati bahawa suatu perintah perampasan masih boleh dibuat berkaitan dengan harta itu atau harta itu mungkin dikehendaki untuk memenuhi suatu perintah mendapatkan kembali manfaat yang masih belum lagi dibuat.

(3)

Pendakwa Raya hendaklah memberikan notis bertulis kepada seseorang mengenai permohonan di bawah ceraian (2) berhubung dengan suatu perintah penahanan berkaitan dengan harta orang itu.

Penggal II Perintah Perampasan dan Perintah Mendapatkan Kembali Manfaat

Permohonan bagi perintah perampasan atau perintah mendapatkan kembali manfaat.

60.

(1) Jika seseorang itu disabitkan atas suatu kesalahan pembersihan wang haram atau kesalahan berat, Pendakwa Raya boleh, tidak lewat dari 2 tahun selepas sabitan, memohon kepada Mahkamah Tinggi melalui notis usul dan afidavit bagi salah satu atau kedua-dua perintah yang berikut — (a) suatu perintah perampasan terhadap harta yang merupakan harta tercemar berkaitan dengan kesalahan itu; (b) suatu perintah mendapatkan kembali manfaat terhadap orang itu berkaitan dengan manfaat yang diperolehi oleh orang itu dari kesalahan yang dilakukan itu.

(2)

Suatu permohonan di bawah ceraian (1) boleh dibuat berkaitan dengan satu atau lebih dari satu kesalahan.

(3)

Jika suatu permohonan di bawah bab ini diputuskan dengan muktamad, tiada permohonan lanjut bagi suatu perintah perampasan atau perintah mendapatkan kembali manfaat boleh dibuat berkaitan dengan kesalahan yang atasnya orang itu disabitkan tanpa kebenaran Mahkamah Tinggi melainkan jika ia berpuas hati bahawa — (a) harta atau manfaat yang disebut dalam permohonan baru itu dikenalpasti selepas permohonan terdahulu diputuskan; (b) keterangan yang diperlukan menjadi tersedia ada selepas permohonan terdahulu diputuskan; dan (c) adalah bagi kepentingan keadilan kebenaran diberikan.

Notis permohonan.

61.

(1)

Jika Pendakwa Raya memohon bagi suatu perintah perampasan terhadap harta berkaitan dengan sabitan atas suatu kesalahan pembersihan wang haram atau kesalahan berat — (a) Pendakwa Raya hendaklah memberikan tidak kurang dari 14 hari notis bertulis mengenai permohonan itu kepada orang yang disabitkan itu dan kepada mana-mana orang lain yang Pendakwa Raya mempunyai sebab untuk mempercayai mungkin mempunyai suatu kepentingan ke atas harta itu atau yang mungkin terjejas oleh perintah itu; (b) orang yang disabitkan itu dan mana-mana orang lain yang menuntut suatu kepentingan ke atas harta itu atau yang mungkin terjejas oleh perintah itu boleh hadir dan mengemukakan keterangan pada pendengaran permohonan itu; (c) Mahkamah Tinggi boleh, pada bila-bila masa sebelum permohonan itu diputuskan dengan muktamad, mengarahkan Pendakwa Raya untuk memberikan notis permohonan itu kepada mana-mana orang yang, pada pendapat Mahkamah, ternyata mempunyai suatu kepentingan ke atas harta itu; dan (d) Mahkamah boleh pada bila-bila masa sebelum permohonan itu diputuskan dengan muktamad menyebabkan untuk disiarkan notis permohonan itu mengikut cara sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Mahkamah Tinggi.

(2)

Jika Pendakwa Raya memohon bagi suatu perintah mendapatkan kembali manfaat terhadap seseorang yang disabitkan atas suatu kesalahan berat — (a) Pendakwa Raya hendaklah memberikan tidak kurang dari 14 hari notis bertulis mengenai permohonan itu kepada orang yang disabitkan itu; dan (b) orang yang disabitkan itu boleh hadir dan mengemukakan keterangan pada pendengaran permohonan itu.

Pindaan permohonan.

62.

(1)

Mahkamah Tinggi yang mendengar suatu permohonan di bawah bab 60 boleh, sebelum permohonan itu diputuskan dengan muktamad, dan atas permohonan Pendakwa Raya, meminda permohonan itu untuk memasukkan apa-apa harta atau manfaat lain setelah berpuas hati bahawa — (a) harta atau manfaat itu tidak dapat dikenalpasti dengan munasabah apabila permohonan itu dibuat; atau (b) keterangan yang diperlukan menjadi tersedia ada hanya selepas permohonan itu pada mulanya dibuat.

(2)

Jika Pendakwa Raya memohon untuk meminda permohonan bagi suatu perintah perampasan dan pindaan itu akan mempunyai kesan untuk memasukkan harta tambahan dalam permohonan perampasan, dia hendaklah memberikan tidak kurang dari 14 hari notis bertulis mengenai permohonan untuk meminda itu kepada mana-mana orang yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai mungkin mempunyai suatu kepentingan ke atas harta yang menjadi perkara permohonan bagi suatu perintah perampasan.

(3)

Mana-mana orang yang menuntut suatu kepentingan ke atas harta yang akan dimasukkan dalam permohonan bagi suatu perintah perampasan boleh hadir dan mengemukakan keterangan pada pendengaran permohonan untuk meminda itu.

(4)

Jika Pendakwa Raya memohon untuk meminda permohonan bagi suatu perintah mendapatkan kembali manfaat terhadap seseorang yang disabitkan atas suatu kesalahan berat dan kesan pindaan itu adalah untuk memasukkan manfaat tambahan dalam permohonan itu dia hendaklah memberikan kepada orang itu tidak kurang dari 14 hari notis bertulis mengenai permohonan untuk meminda itu.

Prosedur atas permohonan.

63.

(1) Jika permohonan dibuat kepada Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah perampasan atau perintah mendapatkan kembali manfaat Mahkamah Tinggi boleh mengambil kira transkrip mana-mana prosiding terhadap orang yang disabitkan atas kesalahan berat itu dan mendengar keterangan lisan lanjut sebagaimana yang mungkin dianggap patut oleh Mahkamah.

(2)

Jika permohonan dibuat bagi suatu perintah perampasan atau perintah mendapatkan kembali manfaat kepada Mahkamah Tinggi dan jika Mahkamah belum, apabila permohonan itu dibuat, menjatuhkan hukuman kepada orang itu kerana kesalahan tersebut, Mahkamah boleh, menangguhkan penjatuhan hukuman sehingga ia telah memutuskan permohonan bagi perintah itu.

Orang yang melarikan diri.

64.

(1) Bagi maksud-maksud Perintah ini, seseorang itu hendaklah dianggap sebagai telah disabitkan atas suatu kesalahan pembersihan wang haram atau kesalahan berat, atau kesalahan lain di bawah Perintah ini, mengikut mana yang berkenaan, jika orang itu melarikan diri berhubung dengan suatu kesalahan pembersihan wang haram, kesalahan berat atau kesalahan lain yang dilakukan di bawah Perintah ini.

(2)

Bagi maksud-maksud ceraian (1), seseorang itu hendaklah dianggap sebagai melarikan diri berhubung dengan kesalahan-kesalahan di bawah Perintah ini atau kesalahan berat jika — (a) penyiasatan ke atas suatu kesalahan pembersihan wang haram atau kesalahan berat telah dimulakan terhadap orang itu; dan (b) orang itu — (i) meninggalkan Negara Brunei Darussalam untuk mengelakkan mana-mana prosiding daripada dimulakan; (ii) tidak dapat dijumpai, ditangkap atau diekstradisi pada akhir tempoh 6 bulan dari tarikh penyiasatan yang disebut dalam perenggan (a) dimulakan; atau (iii) mati sebelum prosiding dimulakan, atau jika prosiding itu telah dimulakan, sebelum dia disabitkan atas kesalahan itu.

Perintah perampasan jika seseorang itu telah melarikan diri.

65.

Jika seseorang itu, oleh sebab bab 64, dianggap telah disabitkan atas suatu kesalahan pembersihan wang haram, kesalahan berat atau kesalahan lain di bawah Perintah ini, mengikut mana yang berkenaan, Mahkamah boleh membuat suatu perintah perampasan jika Mahkamah Tinggi berpuas hati — (a) atas keterangan yang dikemukakan di hadapannya bahawa, atas imbangan kebarangkalian, orang itu telah melarikan diri; dan (b) setelah mengambil kira semua keterangan di hadapan Mahkamah, bahawa harta tersebut adalah harta tercemar.

Kesan kematian ke atas prosiding.

66.

(1)

Prosiding di bawah Perintah ini hendaklah dimulakan atau diteruskan terhadap wakil diri defendan yang telah mati atau, jika wakil diri tidak ada, pewaris atau pewaris-pewaris harta pusaka defendan yang telah mati itu sebagaimana yang mungkin dinyatakan oleh Mahkamah atas permohonan Pendakwa Raya.

(2)

Jika kuasa yang diberikan oleh Perintah ini untuk membuat suatu perintah perampasan hendak dijalankan berkenaan dengan defendan yang telah mati, perintah itu hendaklah dibuat terhadap harta pusaka defendan yang telah mati itu.

(3)

Dalam bab ini, "defendan yang telah mati" bermakna seseorang yang mati — (a) selepas suatu penyiasatan ke atas suatu kesalahan pembersihan wang haram atau kesalahan berat telah dimulakan terhadapnya; dan (b) sebelum prosiding berkaitan dengan kesalahan itu telah dimulakan, atau jika prosiding itu telah dimulakan, sebelum dia disabitkan atas kesalahan itu.

(4)

Dalam bab ini, suatu sebutan kepada harta atau kepentingan ke atas harta hendaklah termasuk suatu sebutan kepada pendapatan yang terakhir dari harta atau kepentingan itu.

Penyampaian dokumen kepada orang yang melarikan diri.

67.

Jika apa-apa dokumen dikehendaki di bawah Perintah ini untuk disampaikan kepada seseorang yang tidak dapat dijumpai atau berada di luar Negara Brunei Darussalam dan tidak boleh dipaksa untuk hadir di hadapan sesebuah mahkamah berkaitan dengan prosiding di bawah Perintah ini, Mahkamah Tinggi boleh mengetepikan penyampaian dokumen itu kepadanya dan prosiding itu boleh diteruskan sehingga selesai dengan muktamad semasa ketiadaannya.

Perintah perampasan jika sabit kesalahan.

68.

(1) Jika, atas permohonan Pendakwa Raya, Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa harta itu adalah harta tercemar berkaitan dengan suatu kesalahan pembersihan wang haram atau kesalahan berat yang atasnya seseorang itu telah disabitkan, Mahkamah Tinggi boleh memerintahkan supaya harta itu dirampas.

(2)

Dalam menentukan sama ada harta itu adalah harta tercemar, Mahkamah Tinggi boleh menganggap — (a) jika keterangan membuktikan bahawa harta itu berada dalam milikan orang itu pada masa, atau sejurus selepas, kesalahan itu dilakukan yang atasnya orang itu telah disabitkan bahawa harta itu telah digunakan dalam, atau berhubung dengan, kesalahan yang dilakukan itu; (b) jika keterangan membuktikan bahawa harta itu berada di bawah kawalan orang itu pada masa, atau sejurus selepas, kesalahan itu dilakukan yang atasnya orang itu telah disabitkan – bahawa harta itu telah diperolehi, didapatkan atau direalisasikan akibat dari kesalahan yang dilakukan oleh orang itu yang atasnya orang itu telah disabitkan; (c) jika keterangan membuktikan bahawa harta itu, dan terutamanya wang, telah dijumpai ada dalam milikan orang itu atau di bawah kawalan orang itu di dalam sesebuah bangunan, kenderaan, bekas atau tempat semasa polis menjalankan penyiasatan sebelum atau selepas orang itu ditangkap dan dituduh kerana kesalahan yang atasnya orang itu telah disabitkan, bahawa harta itu telah diperolehi, didapatkan atau direalisasikan akibat dari kesalahan yang dilakukan oleh orang itu yang atasnya orang itu telah disabitkan; (d) jika keterangan membuktikan bahawa nilai, selepas kesalahan itu dilakukan, semua harta keruan seseorang yang disabitkan atas kesalahan itu melebihi nilai semua harta keruan orang itu sebelum kesalahan itu dilakukan, dan Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa pendapatan orang itu dari sumber-sumber yang tidak berkaitan dengan aktiviti jenayah orang itu tidak dapat menerangkan dengan munasabah pertambahan nilainya – bahawa nilai pertambahan itu menyatakan harta yang telah diperolehi, didapatkan atau direalisasikan oleh orang itu secara langsung atau tidak langsung dari kesalahan yang dilakukan itu yang atasnya orang itu telah disabitkan.

(3)

Jika Mahkamah Tinggi memerintahkan supaya harta, selain dari wang, dirampas, Mahkamah hendaklah menyatakan dalam perintah itu amaun yang dianggapnya sebagai nilai harta itu pada masa apabila perintah itu dibuat.

(4)

Dalam menimbangkan sama ada suatu perintah perampasan patut dibuat di bawah ceraian (1) Mahkamah hendaklah mengambil kira — (a) hak dan kepentingan, mana-mana orang ke atas harta itu; (b) beratnya kesalahan yang berkenaan; (c) apa-apa kesusahan yang tidak wajar yang mungkin dijangka dengan munasabah berlaku kepada mana-mana orang dengan membuat perintah itu; dan (d) penggunaan biasa harta itu, atau penggunaan yang harta itu dicadangkan untuk diusulkan.

(5)

Jika Mahkamah Tinggi membuat suatu perintah perampasan, Mahkamah boleh memberikan arahan yang perlu atau sesuai bagi menguatkuasakan perintah itu.

(6)

Dalam menentukan sama ada harta itu adalah hal perkara suatu kesalahan pembersihan wang haram atau kesalahan berat, Mahkamah Tinggi hendaklah menggunakan standard pembuktian yang dikehendaki dalam prosiding sivil.

Kesan perintah perampasan.

69.

(1)

Tertakluk kepada ceraian (2), jika Mahkamah Tinggi membuat suatu perintah perampasan terhadap apa-apa harta, harta itu hendaklah terletak hak secara mutlak pada Kerajaan.

(2)

Jika Mahkamah Tinggi membuat suatu perintah perampasan terhadap harta — (a) harta itu tidak boleh, kecuali dengan kebenaran Mahkamah dan menurut apa-apa arahan Mahkamah, dilupuskan, atau pun selanjutnya diuruskan, oleh atau bagi pihak Kerajaan sebelum tarikh rayuan berkaitan; dan (b) jika, selepas tarikh rayuan berkaitan, perintah itu belum dilepaskan, harta itu boleh dilupuskan dan hasilnya digunakan atau pun selanjutnya diuruskan menurut arahan Pendakwa Raya.

(3)

Dalam bab ini — tarikh rayuan berkaitan yang digunakan berkenaan dengan suatu perintah perampasan yang dibuat akibat dari sabitan seseorang atas suatu kesalahan berat bermakna — (a) tarikh tempoh yang dibenarkan oleh Kanun Peraturan Jenayah (Penggal 7) bagi pengemukaan suatu rayuan terhadap sabitan seseorang atau bagi pengemukaan suatu rayuan terhadap pembuatan suatu perintah perampasan tamat tempohnya tanpa suatu rayuan dikemukakan, mengikut mana yang kemudian; atau (b) jika suatu rayuan terhadap sabitan seseorang atau terhadap pembuatan suatu perintah perampasan dikemukakan, tarikh rayuan itu diputuskan dengan muktamad.

Pemindahan boleh batal.

70.

Mahkamah Tinggi boleh — (a) sebelum membuat suatu perintah perampasan atau perintah mendapatkan kembali manfaat; dan (b) dalam hal harta yang berkaitan dengannya suatu perintah penahanan dibuat, di bawah bab 50, mengetepikan apa-apa pemindahan hak atau pemindahan harta yang berlaku selepas perampasan harta atau penyampaian perintah penahanan itu, melainkan jika pemindahan hak atau pemindahan itu dibuat dengan balasan yang mencukupi kepada seseorang yang bertindak dengan suci hati dan tanpa notis.

Perlindungan pihak ketiga.

71.

(1)

Jika permohonan dibuat bagi suatu perintah perampasan terhadap harta, seseorang yang menuntut suatu kepentingan ke atas harta itu boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi, sebelum perintah perampasan itu dibuat, bagi suatu perintah di bawah ceraian (2).

(2)

Jika seseorang itu memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah di bawah ceraian ini berkaitan dengan kepentingan orang itu ke atas harta dan Mahkamah berpuas hati bahawa — (a) pemohon mempunyai suatu kepentingan ke atas harta itu; (b) pemohon tidak terlibat dengan apa jua cara dalam melakukan kesalahan yang berkaitan dengannya perampasan harta itu dipohonkan atau perintah perampasan terhadap harta itu dibuat; (c) pemohon — (i) mempunyai kepentingan sebelum kesalahan berat itu berlaku; atau (ii) memperolehi kepentingan semasa atau selepas kesalahan itu dilakukan, *bona fide* dan dengan nilai yang berpatutan dan tidak mengetahui atau tidak dapat mengetahui dengan munasabah pada masa pemerolehan tersebut bahawa harta itu adalah harta tercemar; (d) pemohon tidak memperolehi apa-apa hak ke atas harta itu daripada seseorang yang diambil tindakan di bawah hal keadaan yang menimbulkan kesimpulan yang munasabah bahawa apa-apa hak telah dipindahkan bagi maksud mengelakkan harta itu dari akhirnya dirampas kemudiannya; dan (e) pemohon telah melakukan segala-galanya yang dapat dijangka dengan munasabah untuk mencegah penggunaan harta itu dengan menyalahi undang-undang, maka Mahkamah boleh membuat suatu perintah yang mengisytiharkan jenis, takat dan nilai (hingga masa apabila perintah itu dibuat) kepentingan pemohon.

(3)

Tertakluk kepada ceraian (4), jika suatu perintah perampasan telah pun dibuat yang mengarahkan perampasan harta, seseorang yang menuntut suatu kepentingan ke atas harta itu boleh, sebelum tamatnya tempoh 6 bulan bermula pada hari perintah perampasan itu dibuat, memohon di bawah ceraian ini kepada Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah di bawah ceraian (2).

(4)

Seseorang yang — (a) telah mengetahui permohonan bagi perintah perampasan sebelum perintah itu dibuat; atau (b) telah hadir pada pendengaran permohonan itu, tidaklah dibenarkan untuk membuat suatu permohonan di bawah ceraian (3), kecuali dengan kebenaran Mahkamah Tinggi.

(5)

Seseorang yang membuat suatu permohonan di bawah ceraian (1) atau (3) hendaklah memberikan notis permohonan itu kepada Pendakwa Raya, yang akan menjadi suatu pihak kepada mana-mana prosiding dalam permohonan itu.

(6)

Pemohon atau Pendakwa Raya boleh, menurut Aturan-Aturan Mahkamah, merayu kepada Mahkamah Rayuan dari suatu perintah yang dibuat di bawah ceraian (2).

(7)

Mahkamah Tinggi hendaklah, atas permohonan mana-mana orang yang telah mendapatkan suatu perintah di bawah ceraian (2), dan jika tempoh yang dibenarkan oleh Aturan-Aturan Mahkamah untuk merayu telah tamat atau apa-apa rayuan dari perintah itu telah diputuskan — (a) mengarahkan supaya harta itu, atau sebahagiannya yang disebut dalam kepentingan pemohon itu, dikembalikan kepada pemohon; atau (b) mengarahkan supaya suatu amaun yang bersamaan dengan nilai kepentingan pemohon, yang diisytiharkan dalam perintah itu, dibayar kepada pemohon.

Melepaskan perintah perampasan dan membatalkan sabitan.

72.

(1)

Jika Mahkamah Tinggi membuat suatu perintah perampasan terhadap harta dengan bersandar kepada sabitan seseorang atas suatu kesalahan berat dan sabitan itu kemudiannya dibatalkan, orang itu boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi pelepasan perintah itu.

(2)

Jika suatu perintah perampasan dilepaskan di bawah ceraian (1), mana-mana orang yang mendakwa ada mempunyai suatu kepentingan ke atas harta itu sejurus sebelum perintah perampasan itu dibuat boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi pemindahan kepentingan itu kepada dirinya.

(3)

Seseorang yang membuat suatu permohonan di bawah ceraian (2) hendaklah memberikan tidak kurang dari 14 hari notis kepada Pendakwa Raya dan kepada orang yang memohon bagi pelepasan perintah itu dan kedua-duanya adalah pihak-pihak kepada prosiding itu.

(4)

Dalam menimbangkan mana-mana permohonan di bawah ceraian (2) Mahkamah Tinggi hendaklah membuat suatu perintah yang mengisytiharkan jenis, takat dan nilai kepentingan orang itu ke atas harta tersebut yang menjadi perkara perintah itu dan boleh mengambil apa-apa tindakan yang perlu untuk melaksanakan pemindahan atau pemulangan harta itu termasuk apa-apa pendaftaran kepentingan ke atas harta itu.

Pembayaran sebagai ganti perintah perampasan.

73.

Jika Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa suatu perintah perampasan patut dibuat berkaitan dengan harta seseorang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan berat tetapi harta itu atau mana-mana bahagiannya atau kepentingan tidak dapat dibuat tertakluk kepada perintah tersebut kerana — (a) ia tidak dapat, dengan usaha yang sewajarnya dikesan atau dikenal-pasti; (b) ia telah dipindahkan kepada pihak ketiga dalam hal keadaan yang tidak menimbulkan kesimpulan yang munasabah bahawa hakmilik atau kepentingan itu telah dipindahkan bagi maksud mengelakkan perampasan harta itu; (c) ia terletak di luar Negara Brunei Darussalam; (d) pada keseluruhannya telah susut nilainya atau menjadi tidak bernilai; (e) ia tidak dapat diasingkan dari harta lain yang telah bercampur dengannya; atau (f) telah dipindahkan kepada pembeli pihak ketiga bona fide dengan nilai yang berpatutan tanpa notis, maka Mahkamah Tinggi boleh, sebagai ganti memerintahkan supaya harta itu atau sebahagiannya atau kepentingan ke atasnya dirampas, memerintahkan supaya orang itu membayar kepada Kerajaan suatu amaun yang bersamaan dengan nilai harta itu, sebahagiannya atau kepentingan ke atasnya.

Pengenaan prosedur bagi menguatkuasakan denda.

74.

Jika Mahkamah Tinggi memerintahkan seseorang itu untuk membayar suatu amaun di bawah bab 73, amaun itu hendaklah disifatkan seolah-olah ia adalah suatu denda yang dikenakan kepadanya berkaitan dengan sabitan atas suatu kesalahan berat, dan Mahkamah Tinggi hendaklah — (a) dengan tidak menghiraukan sebarang apa pun yang terkandung dalam sebarang undang-undang bertulis lain, mengenakan sekiranya gagal membayar amaun itu, suatu tempoh hukuman penjara tidak melebihi — (i) satu tahun, jika amaun itu tidak melebihi $5,000; (ii) 3 tahun, jika amaun itu melebihi $5,000 tetapi tidak melebihi $15,000; (iii) 5 tahun, jika amaun itu melebihi $15,000 tetapi tidak melebihi $30,000; (iv) 10 tahun, jika amaun itu melebihi $30,000; dan (b) mengarahkan supaya tempoh hukuman penjara yang dikenakan menurut cerai (a) berjalan secara berturut-turut kepada mana-mana bentuk lain hukuman penjara yang dikenakan kepada orang itu, atau yang sedang dijalaninya pada masa itu.

Perintah mendapatkan kembali manfaat jika sabit kesalahan.

75.

(1) Tertakluk kepada bab ini, jika Pendakwa Raya memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah mendapatkan kembali manfaat terhadap seseorang berkaitan dengan sabitan orang itu atas suatu kesalahan berat di bawah bab 60 Mahkamah Tinggi hendaklah, jika berpuas hati bahawa orang itu telah mendapat manfaat dari kesalahan itu, memerintahkannya supaya membayar kepada Kerajaan suatu amaun yang bersamaan dengan nilai manfaatnya dari kesalahan itu atau amaun yang kurang sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah Tinggi menurut bab 78(2).

(2)

Mahkamah Tinggi hendaklah menaksir nilai manfaat yang diperolehi oleh seseorang dari suatu kesalahan dilakukan menurut bab-bab 76, 77, 78 dan 79.

(3)

Mahkamah Tinggi tidak boleh membuat suatu perintah mendapatkan kembali manfaat di bawah bab ini sehingga tempoh yang dibenarkan oleh Kanun Peraturan Jenayah (Penggal 7) bagi pengemukaan suatu rayuan terhadap sabitan telah tamat atau suatu rayuan terhadap sabitan telah diputuskan dengan muktamad, mengikut mana tarikh yang kemudian.

Aturan-Aturan untuk menentukan manfaat dan menaksir nilai.

76.

(1) Jika seseorang itu mendapatkan harta hasil dari, atau berhubungan dengan suatu kesalahan pembersihan wang haram atau kesalahan berat yang dilakukan, manfaatnya adalah nilai harta yang didapatkan itu.

(2)

Jika seseorang itu memperoleh faedah hasil dari atau berhubungan dengan suatu kesalahan pembersihan wang haram atau kesalahan berat yang dilakukan, faedahnya hendaklah dianggap sebagai suatu jumlah wang yang bersamaan dengan nilai faedah yang diperolehi itu.

(3)

Dalam menentukan sama ada seseorang itu telah mendapat manfaat dari suatu kesalahan pembersihan wang haram atau kesalahan berat yang dilakukan atau dari kesalahan itu atau kesalahan berat atau kesalahan pembersihan wang haram lain, Mahkamah Tinggi hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, menganggap — (a) semua harta yang pada pendapat Mahkamah Tinggi sebagai — (i) dipegang oleh orang itu pada hari permohonan itu dibuat; dan (ii) dipegang oleh orang itu pada bila-bila masa — (A) dalam tempoh antara hari kesalahan berat itu, atau kesalahan berat paling awal, dilakukan dan hari permohonan itu dibuat; atau (B) dalam tempoh 6 tahun sejurus sebelum hari permohonan itu dibuat, mengikut mana yang lebih lama, sebagai harta yang berada dalam milikan atau di bawah kawalan orang itu kerana kesalahan berat atau kesalahan-kesalahan berat yang dilakukan itu yang atasnya orang itu telah disabitkan; (b) apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh orang itu sejak permulaan tempoh yang lebih lama dalam perenggan (a)(iii) sebagai perbelanjaan yang dibayar dari pembayaran yang diterimanya hasil dari, atau berhubungan dengan, kesalahan berat atau kesalahan-kesalahan berat yang dilakukan itu; dan (c) apa-apa harta yang diterima atau dianggap telah diterima oleh orang itu pada bila-bila masa hasil dari, atau berhubungan dengan kesalahan berat atau kesalahan-kesalahan berat yang dilakukannya itu sebagai harta yang diterimanya bebas dari apa-apa kepentingan mana-mana orang lain ke atasnya.

(4)

Jika suatu perintah mendapatkan kembali manfaat telah dibuat dahulunya terhadap seseorang, dalam menaksir nilai apa-apa manfaat yang diperolehinya dari kesalahan berat yang dilakukan itu, Mahkamah Tinggi tidak akan mengambil kira apa-apa manfaat yang ditunjukkan telah diambil kira dalam menentukan amaun yang hendak didapatkan kembali di bawah perintah terdahulu.

(5)

Jika keterangan diberikan pada pendengaran permohonan itu bahawa nilai harta orang itu pada bila-bila masa selepas kesalahan berat itu dilakukan melebihi nilai harta orang itu sebelum kesalahan tersebut dilakukan, maka Mahkamah Tinggi hendaklah menyifatkan nilai manfaat itu sebagai tidak kurang dari amaun lebihan itu, melainkan jika orang itu memasukkan hati Mahkamah Tinggi bahawa keseluruhan atau sebahagian dari lebihan itu adalah kerana sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan kesalahan berat yang dilakukan itu.

(6)

Dalam menentukan sama ada atau tidak apa-apa manfaat diperolehi dari suatu kesalahan pembersihan wang haram atau kesalahan berat, Mahkamah hendaklah menggunakan standard pembuktian yang dikehendaki dalam prosiding sivil.

Pernyataan berkenaan dengan hasil dari kesalahan dan manfaat dari kesalahan pembersihan wang haram atau kesalahan berat yang dilakukan.

77.

(1)

(a) Jika seseorang itu telah disabitkan atas suatu kesalahan pembersihan wang haram atau kesalahan berat, Pendakwa Raya boleh, atau jika diarahkan demikian oleh Mahkamah Tinggi, hendaklah mengemukakan kepada Mahkamah Tinggi suatu pernyataan secara bertulis oleh orang itu atau mana-mana orang lain berhubung dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan — (i) penentuan sama ada orang itu telah mendapat manfaat dari kesalahan itu, kesalahan pembersihan wang haram atau dari apa-apa kesalahan berat lain yang atasnya dia disabitkan dalam prosiding yang sama atau yang diambil kira dalam menentukan hukumannya; atau (ii) taksiran nilai manfaat orang itu dari kesalahan tersebut, kesalahan pembersihan wang haram atau dari apa-apa kesalahan berat lain yang atasnya dia disabitkan dalam prosiding yang sama atau yang diambil kira; (b) satu salinan pernyataan itu hendaklah disampaikan kepada defendan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh pernyataan itu dikemukakan kepada Mahkamah.

(2)

Jika — (a) suatu pernyataan telah dikemukakan di bawah ceraian (1)(a); dan (b) Mahkamah berpuas hati bahawa satu salinan pernyataan itu telah disampaikan kepada defendan, Mahkamah boleh menghendaki defendan untuk menyatakan setakat mana dia menerima setiap tuduhan dalam pernyataan itu dan, setakat mana dia tidak menerima atau mempertikaikan ketepatan apa-apa tuduhan itu untuk mengatakan alasan dan untuk menyatakan apa-apa perkara yang dia bercadang untuk bersandar bagi mencabar tuduhan itu; (c) setakat mana defendan tidak mempertikaikan ketepatan apa-apa tuduhan yang terkandung dalam pernyataan tersebut, tuduhan itu hendaklah dianggap sebagai bukti muktamad mengenai perkara yang disebut di dalamnya.

(3)

(a) Defendan boleh, atau jika diarahkan demikian oleh Mahkamah, hendaklah mengemukakan kepada Mahkamah suatu pernyataan secara bertulis berhubung dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan penentuan amaun yang mungkin direalisasikan. (b) Satu salinan pernyataan itu hendaklah disampaikan kepada Pendakwa Raya sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh pernyataan itu dikemukakan kepada mahkamah.

(4)

(a) Pendakwa Raya boleh menerima atau mempertikaikan ketepatan apa-apa tuduhan yang terkandung dalam suatu pernyataan yang disebut dalam ceraian (3)(a). (b) Setakat mana Pendakwa Raya menerima ketepatan apa-apa tuduhan yang terkandung dalam pernyataan tersebut, tuduhan itu hendaklah dianggap sebagai bukti muktamad mengenai perkara yang disebut di dalamnya.

(5)

Penerimaan oleh seseorang di bawah bab ini bahawa dia menerima manfaat dari suatu kesalahan pembersihan wang haram atau kesalahan berat yang dilakukan boleh diterima dalam prosiding kerana apa-apa kesalahan.

Amaun yang didapatkan kembali di bawah perintah mendapatkan kembali manfaat.

78.

(1) Tertakluk kepada ceraian (2), amaun yang hendak didapatkan kembali daripada seseorang di bawah suatu perintah mendapatkan kembali manfaat adalah amaun yang ditaksir oleh Mahkamah Tinggi sebagai nilai manfaat orang itu dari kesalahan berat, atau jika lebih dari satu, semua kesalahan yang berkaitan dengannya perintah itu boleh dibuat.

(2)

Jika Mahkamah Tinggi berpuas hati mengenai apa-apa perkara yang berkaitan bagi menentukan amaun yang mungkin direalisasikan pada masa perintah mendapatkan kembali manfaat itu dibuat (sama ada dengan penerimaan di bawah bab 77 atau pun selainnya), Mahkamah Tinggi hendaklah mengeluarkan suatu keputusan yang menyatakan pendapat Mahkamah Tinggi tentang perkara-perkara yang berkenaan jika berpuas hati bahawa amaun yang mungkin direalisasikan pada masa perintah mendapatkan kembali manfaat itu dibuat kurang dari amaun yang ditaksir oleh Mahkamah sebagai nilai manfaat orang itu dari kesalahan tersebut, atau jika lebih dari satu, semua kesalahan yang berkaitan dengannya perintah mendapatkan kembali manfaat itu boleh dibuat.

Pengubahan perintah mendapatkan kembali manfaat.

79.

Jika Mahkamah Tinggi membuat suatu perintah mendapatkan kembali manfaat terhadap seseorang berkenaan dengan suatu kesalahan berat dan — (a) dalam mengira amaun perintah mendapatkan kembali manfaat itu, Mahkamah Tinggi mengambil kira suatu perintah perampasan harta atau suatu perintah perampasan yang dicadangkan berkaitan dengan harta; dan (b) suatu rayuan terhadap perampasan atau perintah perampasan itu dibenarkan, atau prosiding dari perintah perampasan yang dicadangkan itu ditamatkan tanpa perintah perampasan yang dicadangkan itu dibuat, Pendakwa Raya boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi pengubahan perintah mendapatkan kembali manfaat itu supaya termasuk nilai harta yang tidak dirampas itu dan Mahkamah boleh, jika dianggapnya sesuai untuk berbuat demikian, mengubah perintah itu dengan sewajarnya.

Mahkamah boleh menyingkap tabir korporat.

80.

(1) Dalam menaksir nilai manfaat yang diperolehi oleh seseorang dari suatu kesalahan berat yang dilakukan, Mahkamah Tinggi boleh menyiifatkan sebagai sebahagian dari manfaat yang diperolehi oleh orang itu apa-apa harta yang, pada pendapatnya adalah tertakluk kepada kawalan berkesan orang itu, sama ada atau tidak dia mempunyai — (a) apa-apa kepentingan di sisi undang-undang atau ekuiti ke atas harta itu; atau (b) apa-apa hak, kuasa atau keistimewaan berhubung dengan harta itu.

(2)

Dengan tidak menghiraukan ceraian (1), Mahkamah Tinggi boleh mengambil kira — (a) saham dalam, debentur ke atas atau jawatan pengarah dalam mana-mana syarikat, yang mempunyai suatu kepentingan, sama ada langsung atau tidak langsung, ke atas harta itu, dan bagi maksud ini Mahkamah Tinggi boleh memerintahkan penyiasatan dan pemeriksaan buku-buku sesebuah syarikat yang dinamakan; (b) mana-mana amanah yang mempunyai apa-apa kaitan dengan harta itu; (c) sebarang hubungan apa pun di antara orang-orang yang mempunyai suatu kepentingan ke atas harta itu atau ke atas jenis syarikat yang disebut dalam perenggan (a) atau jenis amanah yang disebut dalam perenggan (b) dan mana-mana orang lain.

(3)

Jika Mahkamah Tinggi, bagi maksud-maksud membuat suatu perintah mendapatkan kembali manfaat terhadap seseorang, menyifatkan harta tertentu sebagai harta orang itu menurut ceraian (1), Mahkamah boleh, atas permohonan Pendakwa Raya, membuat suatu perintah yang mengisytiharkan bahawa harta itu tersedia ada untuk memenuhi perintah itu.

(4)

Jika Mahkamah Tinggi mengisytiharkan harta itu tersedia ada untuk memenuhi suatu perintah mendapatkan kembali manfaat — (a) perintah itu boleh dikuatkuasakan terhadap harta itu seolah-olah harta itu adalah harta orang yang terhadapnya perintah itu dibuat; dan (b) suatu perintah penahanan boleh dibuat berkaitan dengan harta itu seolah-olah harta itu adalah harta orang yang terhadapnya perintah itu dibuat.

(5)

Jika Pendakwa Raya membuat permohonan bagi suatu perintah di bawah ceraian (3) harta itu tersedia ada untuk memenuhi suatu perintah mendapatkan kembali manfaat terhadap seseorang — (a) Pendakwa Raya hendaklah memberikan notis bertulis mengenai permohonan tersebut kepada orang itu dan kepada mana-mana orang yang Pendakwa Raya mempunyai sebab untuk mempercayai mungkin mempunyai suatu kepentingan ke atas harta itu; dan (b) orang itu dan mana-mana orang yang menuntut suatu kepentingan ke atas harta itu boleh hadir dan mengemukakan keterangan pada pendengaran.

Penguatkuasaan perintah mendapatkan kembali manfaat.

81.

Jika Mahkamah Tinggi memerintahkan seseorang untuk membayar suatu amaun di bawah suatu perintah mendapatkan kembali manfaat, peruntukan-peruntukan bab 74 hendaklah dikenakan dengan pengubahsuaian-pengubahsuaian sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Mahkamah.

Pelepasan perintah mendapatkan kembali manfaat.

82.

Suatu perintah mendapatkan kembali manfaat hendaklah dilepaskan jika — (a) sabitan atas kesalahan berat atau kesalahan-kesalahan yang disandarkan yang atasnya perintah itu dibuat atau dianggap sebagai dibatalkan dan tiada sabitan atas kesalahan atau kesalahan-kesalahan itu digantikan; (b) perintah itu dibatalkan; atau (c) perintah itu dipenuhi dengan membayar amaun yang kena dibayar di bawah perintah itu.

Penggal III Perintah Perlucutan hak Berdasarkan Tiada Sabitan & Perampasan Harta Jika Tiada Pendakwaan

Perintah perlucutan hak berdasarkan tiada sabitan bagi harta tercemar.

83.

(1) Tertakluk kepada ceraian (2), jika Pendakwa Raya memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah di bawah bab ini dan Mahkamah Tinggi berpuas hati atas imbangan kebarangkalian bahawa harta itu adalah harta tercemar, Mahkamah Tinggi boleh memerintahkan supaya harta itu, atau harta sebagaimana yang dinyatakan oleh Mahkamah Tinggi dalam perintah itu, dilucuthakkan kepada Kerajaan.

(2)

Jika seseorang yang menuntut suatu kepentingan ke atas harta yang disebut dalam suatu permohonan memuaskan hati Mahkamah Tinggi bahawa orang itu — (a) mempunyai suatu kepentingan ke atas harta itu; (b) tidak memperoleh kepentingan ke atas harta itu hasil dari apa-apa kesalahan berat yang dijalankan oleh orang itu dan — (i) mempunyai kepentingan sebelum apa-apa kesalahan berat berlaku; atau (ii) memperoleh kepentingan dengan nilai yang berpatutan selepas kesalahan berat itu berlaku dan tidak mengetahui atau tidak dapat mengetahui dengan munasabah pada masa pemerolehan tersebut bahawa harta itu adalah harta tercemar, maka Mahkamah hendaklah memerintahkan bahawa kepentingan itu tidaklah terjejas oleh perintah perlucutan hak itu, dan Mahkamah Tinggi hendaklah mengisytiharkan jenis dan takat kepentingan yang berkenaan itu.

(3)

Mahkamah Tinggi boleh, apabila ia membuat suatu perintah perlucutan hak atau pada bila-bila masa selepas itu, membuat apa-apa perintah lain yang dianggapnya sesuai, termasuk perintah bagi dan berkenaan dengan memudahkan pemindahan harta.

(4)

Bab-bab 61, 62, 68(2), (3), (4), (5), 69, 71, 73 dan 74 hendaklah dikenakan dengan pengubahsuaian-pengubahsuaian yang sesuai yang diperlukan kepada permohonan bagi suatu perintah perlucutan hak di bawah bab ini.

(5)

Mahkamah Tinggi boleh membenarkan suatu perintah perlucutan hak berdasarkan tiada sabitan sama ada atau tidak mana-mana orang telah dituduh melakukan atau disabitkan atas suatu kesalahan pembersihan wang haram atau kesalahan berat.

(6)

Bagi memuaskan hati Mahkamah di bawah ceraian (1), harta itu adalah harta tercemar, adalah tidak perlu untuk menunjukkan bahawa harta itu diperolehi secara langsung atau tidak langsung, seluruhnya atau sebahagiannya, dari suatu kesalahan jenayah yang tertentu, atau bahawa mana-mana orang telah dituduh berkenaan dengan kesalahan tersebut; hanya bahawa harta itu adalah hasil dari sesuatu kesalahan jenayah atau jenayah-jenayah atau harta itu digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan dalam melakukan sesuatu kesalahan jenayah atau jenayah-jenayah.

(7)

Permohonan bagi perlucutan hak berdasarkan tiada sabitan boleh dibuat berkaitan dengan harta yang kepadanya harta tercemar asal telah diubah sama ada dengan cara jualan atau pun sebaliknya.

(8)

Harta boleh jadi didapati sebagai harta tercemar di bawah ceraian (1) walaupun seseorang itu dibebaskan atas kesalahan tersebut, atau jika pertuduhan itu ditarik balik sebelum suatu penghakiman disampaikan, atau jika prosiding ditangguhkan.

(9)

Mahkamah Tinggi boleh membenarkan suatu perintah perlucutan hak berdasarkan tiada sabitan berkaitan dengan harta yang bila-bila masa didapatkan.

(10)

Mahkamah Tinggi boleh membenarkan suatu perintah perlucutan hak berdasarkan tiada sabitan berkaitan dengan harta yang diperolehi atau digunakan sebelum permulaan kuatkuasa Perintah ini.

(11)

Mahkamah Tinggi boleh membenarkan suatu perintah perlucutan hak berdasarkan tiada sabitan berkaitan dengan apa-apa harta yang tertakluk kepada suatu perintah penahanan atau apa-apa harta yang dirampas di bawah Perintah ini.

(12)

Mahkamah Tinggi mestilah memerintahkan perlucutan hak jika ia mendapati harta itu adalah harta tercemar, melainkan jika dengan jelas bukan bagi kepentingan keadilan.

Perlucutan hak harta yang dirampas di bawah Perintah ini jika tiada pendakwaan, atau tiada prosiding atau tiada tuntutan terhadapnya.

84.

(1)

Jika apa-apa harta telah dirampas di bawah Perintah ini, dan — (a) tiada pendakwaan kerana apa-apa kesalahan di bawah sebarang undang-undang dimulakan berhubung dengan harta tersebut; (b) tiada prosiding dimulakan oleh Pendakwa Raya; dan (c) tiada tuntutan secara bertulis dibuat oleh mana-mana orang bahawa dia berhak di sisi undang-undang terhadap harta tersebut dan bahawa ia tidak boleh dilucuthak di bawah Perintah ini atau di bawah sebarang undang-undang bertulis, dalam masa 3 bulan dari tarikh perampasannya, harta itu hendaklah dilucuthakkan kepada Kerajaan sejurus selepas tamatnya tempoh 3 bulan itu.

(2)

Jika dalam masa 3 bulan dari tarikh perampasan apa-apa harta di bawah Perintah ini, suatu tuntutan secara bertulis dibuat terhadapnya oleh mana-mana orang yang disebutkan dalam ceraian (1)(c), Pendakwa Raya hendaklah dalam masa 14 hari selepas tamatnya tempoh 3 bulan itu, merujukkan tuntutan tersebut kepada Mahkamah Tinggi bagi keputusannya.

(3)

Mahkamah Tinggi yang kepadanya suatu tuntutan dirujukkan di bawah ceraian (2) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki supaya orang yang menuntut bahawa dia berhak di sisi undang-undang terhadap harta itu, dan orang yang daripadanya harta itu dirampas, jika dia dan tempat di mana dia berada diketahui, hadir di hadapan Mahkamah dan apabila orang itu hadir atau sekiranya orang itu gagal hadir, selepas penyampaian saman itu dibuktikan, Mahkamah Tinggi hendaklah terus memeriksa perkara itu dan jika berpuas hati bahawa harta tersebut bukan harta tercemar, hendaklah memerintahkan supaya harta itu dilepaskan kepada orang yang menuntutnya setelah dibuktikan bahawa dia berhak di sisi undang-undang terhadapnya, dan hendaklah, dalam sebarang hal lain, memerintahkan supaya harta itu dilucuthak.

(4)

Peruntukan-peruntukan bab ini hendaklah tanpa menjejaskan kuasa seseorang pegawai yang diberi kuasa untuk melepaskan dari perampasan apa-apa harta di bawah bab 108.

(5)

Jika harta telah dilucuthak di bawah ceraian (1), tidaklah menjadi halangan kepada apa-apa pendakwaan kerana suatu kesalahan di bawah sebarang undang-undang yang dimulakan berkaitan dengan harta tersebut pada bila-bila masa selepas itu.

Penggal IV Pengisytiharan Kekayaan Yang Tidak Dapat Dijelaskan

Permohonan bagi pengisytiharan kekayaan yang tidak dapat dijelaskan.

85.

(1)

Pendakwa Raya boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi suatu pengisytiharan kekayaan yang tidak dapat dijelaskan terhadap seseorang (“responden”).

(2)

Permohonan di bawah ceraian (1) boleh dibuat bersama dengan permohonan bagi suatu perintah penahanan atau pada bila-bila masa yang lain.

Kekayaan yang tidak dapat dijelaskan.

86.

(1)

Bagi maksud-maksud Perintah ini, seseorang itu mempunyai kekayaan yang tidak dapat dijelaskan jika nilai jumlah kekayaan orang itu sebagaimana yang dinyatakan dalam ceraian (2) adalah lebih besar dari nilai kekayaan orang itu yang diperolehi secara sah sebagaimana yang dinyatakan dalam ceraian (3).

(2)

Nilai jumlah kekayaan orang itu adalah jumlah nilai harta, dan perkhidmatan, faedah dan manfaat yang kesemuanya membentuk kekayaan orang itu.

(3)

Nilai kekayaan orang itu yang diperolehi secara sah adalah jumlah nilai harta, dan perkhidmatan, faedah dan manfaat, yang membentuk kekayaan orang itu dan diperolehi secara sah.

Menaksir nilai kekayaan yang tidak dapat dijelaskan.

87.

(1)

Kekayaan responden yang tidak dapat dijelaskan adalah perbezaan antara — (a) jumlah kekayaan responden; dan (b) kekayaan responden yang diperolehi secara sah.

(2)

Apabila menaksir kekayaan responden — (a) nilai apa-apa harta, perkhidmatan, faedah atau manfaat yang merupakan unsur kekayaan responden dianggap sebagai lebih besar dari — (i) nilainya pada masa ia diperolehi; (ii) nilainya pada hari permohonan bagi kekayaan yang tidak dapat dijelaskan itu dibuat; dan (b) nilai apa-apa harta, perkhidmatan, faedah atau manfaat yang merupakan unsur kekayaan responden tetapi telah diberikan, digunakan, dipakai atau disisihkan, atau kerana sebarang sebab lain tidak lagi tersedia ada, dianggap sebagai wang keluar yang lebih besar dari — (i) nilainya pada masa ia diperolehi; (ii) nilainya sejurus sebelum ia diberikan, atau digunakan, dipakai atau disisihkan, atau terhenti dari tersedia ada; dan (c) Mahkamah apabila mendengar suatu permohonan di bawah bab 85 mestilah tidak mengambil kira — (i) apa-apa harta yang telah dirampas atau dilucuthakkan di bawah Perintah ini atau sebarang undang-undang bertulis lain; atau (ii) apa-apa harta, perkhidmatan, faedah atau manfaat yang diambil kira dalam membuat suatu pengisytiharan kekayaan yang tidak dapat dijelaskan yang terdahulu terhadap responden; atau (iii) apa-apa harta, perkhidmatan, faedah atau manfaat yang berkenaan dengannya suatu perintah mendapatkan kembali manfaat telah dibuat.

Unsur kekayaan orang.

88.

Harta, perkhidmatan, faedah dan manfaat yang berikut membentuk kekayaan seseorang — (a) semua harta yang dimiliki oleh orang itu, sama ada harta itu diperolehi sebelum atau selepas permulaan kuatkuasa Perintah ini; (b) semua harta yang dikawal dengan berkesan oleh orang itu, sama ada orang itu memperoleh kawalan berkesan ke atas harta itu sebelum atau selepas permulaan kuatkuasa Perintah ini; (c) semua harta yang telah diberikan oleh orang itu pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas permulaan kuatkuasa Perintah ini; (d) semua harta lain yang diperolehi oleh orang itu pada bila-bila masa sama ada sebelum atau selepas permulaan kuatkuasa Perintah ini, termasuk barang-barang pengguna dan barang tahan lama pengguna yang telah dipakai atau diketepikan (tetapi tidak termasuk makanan yang diperlukan, pakaian dan barang lain yang diperlukan dengan munasabah bagi keperluan hidup seharian yang lazimnya); (e) semua perkhidmatan, faedah dan manfaat yang diperolehi oleh orang itu pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas permulaan kuatkuasa Perintah ini; (f) semua harta, perkhidmatan, faedah dan manfaat yang diperolehi, atas permintaan atau arahan orang itu, oleh mana-mana orang lain pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas permulaan kuatkuasa Perintah ini, termasuk barang-barang pengguna dan barang tahan lama pengguna yang telah dipakai atau diketepikan (tetapi tidak termasuk makanan yang diperlukan, pakaian dan barang lain yang diperlukan dengan munasabah bagi keperluan hidup seharian yang lazimnya); (g) apa-apa jua yang mempunyai nilai monetari yang diperolehi oleh orang itu atau orang lain, di Negara Brunei Darussalam atau di tempat lain, dari pengeksploitasian komersil apa-apa produk atau apa-apa penyiaran, siaran televisyen atau penerbitan lain bergantung kepada atau diperolehi daripada penglibatan orang itu dalam melakukan suatu kesalahan berat, sama ada atau tidak barang itu diperolehi secara sah dan sama ada atau tidak orang itu telah dituduh melakukan atau disabitkan atas kesalahan itu.

Pengisytiharan kekayaan yang tidak dapat dijelaskan.

89.

(1)

Mahkamah apabila mendengar suatu permohonan di bawah bab 85 mestilah mengisytiharkan bahawa responden mempunyai kekayaan yang tidak dapat dijelaskan jika besar kemungkinannya daripada tidak bahawa jumlah kekayaan responden adalah lebih besar dari kekayaan yang diperolehinya secara sah.

(2)

Apa-apa harta, perkhidmatan, faedah atau manfaat yang merupakan unsur kekayaan responden dianggap bukan diperolehi secara sah melainkan jika responden membuktikan sebaliknya.

(3)

Tanpa membataskan perkara-perkara yang boleh diambil kira oleh sesebuah mahkamah dalam memutuskan sama ada responden mempunyai kekayaan yang tidak dapat dijelaskan, Mahkamah boleh mengambil kira amaun pendapatan dan wang keluar responden pada bila-bila masa atau pada setiap masa.

(4)

Apabila sesebuah mahkamah membuat suatu pengisytiharan kekayaan yang tidak dapat dijelaskan, Mahkamah mestilah — (a) menaksir kekayaan responden yang tidak dapat dijelaskan menurut bab 87; (b) menentukan nilai taksiran kekayaan yang tidak dapat dijelaskan dalam pengisytiharan itu; dan (c) memerintahkan supaya responden membayar kepada Dana amaun yang dinyatakan dalam pengisytiharan itu sebagai nilai kekayaannya yang tidak dapat dijelaskan.

(5)

Apabila membuat suatu pengisytiharan kekayaan yang tidak dapat dijelaskan, Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah sampingan yang perlu dan sesuai, termasuk mengaward kos sebagaimana yang difikirkannya patut.

Kekayaan yang tidak dapat dijelaskan mestilah dibayar kepada Dana.

90.

(1) Jika Mahkamah Tinggi membuat suatu pengisytiharan kekayaan yang tidak dapat dijelaskan, responden mestilah membayar kepada Dana amaun yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi.

(2)

Amaun yang dibayar kepada Dana boleh diselesaikan, seluruhnya atau sebahagiannya, dengan perlucutan hak harta yang tertakluk kepada suatu perintah penahanan atau apa-apa harta yang dirampas di bawah Perintah ini.

(3)

Jika Mahkamah Tinggi membuat suatu pengisytiharan kekayaan yang tidak dapat dijelaskan, bab 74 hendaklah dikenakan dengan pengubahsuaian-pengubahsuaian sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Mahkamah.

BAHAGIAN V PERINTAH ASING

Penggal I Permintaan oleh Negara Brunei Darussalam

Permintaan bagi penguatkuasaan Perintah.

91.

Peguam Negara boleh meminta pihak berkuasa yang berkenaan di sebuah negara asing untuk membuat penyusunan bagi — (a) suatu perintah perampasan atau perlucutan hak yang dibuat di Negara Brunei Darussalam terhadap harta yang dipercayai terletak di negara asing itu; (b) suatu perintah mendapatkan kembali manfaat yang dibuat di Negara Brunei Darussalam jika sebahagian atau semua harta yang tersedia ada untuk memenuhi perintah itu dipercayai terletak di negara asing itu; (c) suatu perintah penahanan yang dibuat di Negara Brunei Darussalam terhadap harta yang dipercayai terletak di negara asing itu, jika perintah itu dibuat berkaitan dengan suatu kesalahan berat atau suatu kesalahan berat asing. Permintaan bagi pengeluaran perintah di negara asing.

92.

Apabila prosiding atau penyiasatan jenayah telah dimulakan di Negara Brunei Darussalam berkenaan dengan suatu kesalahan berat, Peguam Negara boleh meminta pihak berkuasa yang berkenaan di sebuah negara asing untuk mendapatkan pengeluaran, berkaitan dengan kesalahan itu, apa-apa waran, perintah atau instrumen lain yang diperlukan bagi pemeriksaan, lokasi, penahanan dan pengemukaan harta yang disyaki sebagai harta tercemar.

Penggal II Permintaan oleh Negara Asing

Permintaan asing bagi perintah penahanan.

93.

(1)

Jika sebuah negara asing meminta Peguam Negara untuk mendapatkan pengeluaran suatu perintah penahanan terhadap harta yang sebahagiannya atau semuanya dipercayai terletak di Negara Brunei Darussalam — (a) penyiasatan jenayah telah dimulakan di negara asing itu berkaitan dengan suatu kesalahan berat; (b) orang yang terhadapnya perintah itu dipohonkan telah disabitkan; atau (c) terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa harta itu terletak di Negara Brunei Darussalam, maka Peguam Negara boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah penahanan di bawah ceraian (2).

(2)

Jika Peguam Negara membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi di bawah ceraian (1), Mahkamah boleh membuat suatu perintah penahanan berkaitan dengan harta itu dan Penggal I Bahagian ini hendaklah dikenakan berkenaan dengan permohonan itu dan kepada apa-apa perintah penahanan yang dibuat hasil daripadanya, seolah-olah kesalahan berat yang menjadi perkara perintah itu telah dilakukan di Negara Brunei Darussalam dengan pengubahsuaian-pengubahsuaian yang berikut — (a) sebutan dalam Penggal ini kepada suatu kesalahan berat adalah sebutan kepada kesalahan berat asing; (b) sebutan dalam Penggal ini kepada seseorang yang dituduh atau hampir hendak dituduh melakukan suatu kesalahan berat adalah sebutan kepada seseorang yang terhadapnya suatu prosiding jenayah berkaitan dengan suatu kesalahan berat asing telah dimulakan, atau dipercayai dengan munasabah hampir hendak dimulakan, di sebuah negara asing; (c) perkataan-perkataan bab 50(2)(a) digantikan dengan yang berikut — “defendan telah disabitkan atas suatu kesalahan berat asing, atau suatu prosiding jenayah berkaitan dengan suatu kesalahan berat asing telah dimulakan, atau dipercayai dengan munasabah hampir hendak dimulakan, terhadap defendan di sebuah negara asing”; (d) perkataan-perkataan bab 50(2)(b) digantikan dengan yang berikut — “jika defendan belum disabitkan atas suatu kesalahan berat asing, kesalahan yang dipercayai telah dilakukan oleh defendan dan alasan bagi kepercayaan itu”; (e) sebutan dalam bab 50(5)(b) kepada perbelanjaan undang-undang yang munasabah seseorang dalam membela suatu pertuduhan jenayah termasuk sebutan kepada perbelanjaan undang-undang yang munasabah orang itu yang diwakili dalam suatu prosiding jenayah di sebuah negara asing; dan (f) bab-bab 53(3)r, 54, 58 dan 59 ditinggalkan.

(3)

Tertakluk kepada ceraian-ceraian (4) dan (5), suatu perintah penahanan yang dibuat berkaitan dengan suatu kesalahan berat asing terhenti daripada berkuatkuasa pada akhir tempoh 30 hari bermula pada hari Perintah itu dibuat.

(4)

Jika Mahkamah membuat suatu perintah penahanan berkaitan dengan suatu kesalahan berat asing, Mahkamah boleh, atas permohonan oleh Pendakwa Raya sebelum akhir tempoh yang disebut dalam ceraian (2), melanjutkan tempoh kuatkuasa perintah penahanan itu.

(5)

Jika — (a) suatu perintah penahanan terhadap harta dibuat berkaitan dengan suatu kesalahan berat asing; dan (b) sebelum akhir tempoh yang disebut dalam ceraian (3) termasuk tempoh yang dilanjutkan di bawah ceraian (4), suatu perintah penahanan asing terhadap harta itu didaftarkan dalam Mahkamah di bawah bab 94, perintah penahanan yang disebut dalam perenggan (a) terhenti daripada berkuatkuasa apabila perintah penahanan asing yang disebut dalam perenggan (b) didaftarkan.

Permintaan bagi penguatkuasaan perintah penahanan, perampasan dan mendapatkan kembali manfaat asing.

94.

(1)

Jika sebuah negara asing meminta Peguam Negara untuk membuat penyusunan bagi penguatkuasaan — (a) suatu perintah penahanan asing, terhadap harta yang dipercayai terletak di Negara Brunei Darussalam; (b) suatu perintah perampasan asing, yang dibuat berkaitan dengan suatu kesalahan berat, terhadap harta yang dipercayai terletak di Negara Brunei Darussalam; (c) suatu perintah mendapatkan kembali manfaat asing, yang dibuat berkaitan dengan suatu kesalahan berat, jika sebahagian atau semua harta yang tersedia ada untuk memenuhi perintah itu dipercayai terletak di Negara Brunei Darussalam, Peguam Negara boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi pendaftaran perintah itu.

(2)

Mahkamah Tinggi hendaklah, atas permohonan oleh Peguam Negara, mendaftarkan suatu perintah penahanan asing jika Mahkamah berpuas hati bahawa pada masa pendaftaran, perintah itu berkuatkuasa di negara asing itu.

(3)

Mahkamah Tinggi hendaklah, atas permohonan oleh Peguam Negara, mendaftarkan suatu perintah perampasan asing atau suatu perintah mendapatkan kembali manfaat asing jika Mahkamah berpuas hati bahawa — (a) pada masa pendaftaran, perintah itu berkuatkuasa di negara asing itu dan tidak tertakluk kepada rayuan; dan (b) jika orang yang menjadi perkara perintah itu tidak hadir dalam prosiding perampasan di negara asing itu, bahawa — (i) orang itu telah diberikan notis mengenai prosiding itu dalam masa yang mencukupi untuk membolehkannya membela dirinya dalam prosiding itu; atau (ii) orang itu telah melarikan diri atau mati sebelum notis itu dapat diberikan.

(4)

Bagi maksud-maksud ceraian (2) dan (3), suatu pernyataan yang terkandung dalam permintaan asing itu yang bermaksud bahawa — (a) perintah penahanan asing itu berkuatkuasa di negara asing itu; (b) perintah perampasan asing itu berkuatkuasa di negara asing itu dan tidak tertakluk kepada rayuan; dan (c) perintah mendapatkan kembali manfaat asing itu berkuatkuasa di negara asing itu dan tidak tertakluk kepada rayuan, jika orang yang menjadi perkara perintah perampasan asing atau perintah mendapatkan kembali manfaat asing itu tidak hadir dalam prosiding tersebut di negara asing itu, bahawa dia telah diberikan notis mengenai prosiding itu dalam masa yang mencukupi untuk membolehkannya membela dirinya dalam prosiding tersebut, atau bahawa orang itu telah melarikan diri atau mati sebelum notis itu dapat diberikan adalah keterangan *prima facie* mengenai fakta-fakta itu, tanpa bukti tandatangan atau sifat rasmi orang yang ternyata telah menandatangani permintaan asing itu.

(5)

Jika suatu perintah penahanan asing, perintah perampasan asing atau perintah mendapatkan kembali manfaat asing didaftarkan menurut bab ini, satu salinan apa-apa pindaan yang dibuat kepada perintah tersebut di negara asing itu (sama ada sebelum atau selepas pendaftaran), boleh didaftarkan mengikut cara yang sama dengan perintah itu tetapi tidaklah berkuatkuasa bagi perintah ini sehingga ia didaftarkan demikian.

(6)

Mahkamah Tinggi hendaklah, atas permohonan oleh Peguam Negara, membatalkan pendaftaran — (a) suatu perintah penahanan asing, jika pada pendapat Mahkamah bahawa perintah itu telah terhenti daripada berkuatkuasa; (b) suatu perintah perampasan asing, jika pada pendapat Mahkamah bahawa perintah itu telah dipenuhi atau telah terhenti daripada berkuatkuasa; (c) suatu perintah mendapatkan kembali manfaat asing, jika pada pendapat Mahkamah bahawa perintah itu telah dipenuhi atau telah terhenti daripada berkuatkuasa.

(7)

Jika suatu amaun wang (jika ada) yang kena dibayar atau belum dibayar di bawah suatu perintah perampasan asing atau perintah mendapatkan kembali manfaat asing yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi di bawah bab ini dinyatakan dalam mata wang selain dari mata wang Negara Brunei Darussalam, amaun itu hendaklah, bagi maksud apa-apa tindakan yang diambil berkenaan dengan perintah itu, ditukarkan kepada mata wang Negara Brunei Darussalam berdasarkan kadar pertukaran yang terpakai pada tarikh pendaftaran perintah itu.

(8)

Bagi maksud ceraian (7), suatu perakuan yang dikeluarkan oleh Autoriti yang menyatakan kadar pertukaran yang terpakai pada tarikh tertentu dalam mana-mana prosiding kehakiman boleh diterima sebagai keterangan mengenai fakta-fakta yang dinyatakan demikian.

(9)

Jika suatu perintah penahanan asing terhadap harta didaftarkan di bawah bab ini, Mahkamah Tinggi boleh, atas permohonan oleh seseorang yang menuntut suatu kepentingan ke atas harta itu, memerintahkan Peguam Negara, untuk memberikan suatu aku janji berkenaan dengan pembayaran gantirugi atau kos berhubung dengan pendaftaran kuatkuasa perintah itu.

(10)

Tertakluk kepada ceraian (9), jika perintah penahanan asing, perintah perampasan asing atau perintah mendapatkan kembali manfaat asing itu mengandungi satu salinan *faksimile* suatu perintah asing yang sempurna disahkan, atau pindaan yang dibuat kepada perintah tersebut, *faksimile* itu hendaklah dianggap bagi maksud-maksud Perintah ini sebagai sama dengan perintah asing yang sempurna disahkan itu.

(11)

Pendaftaran yang dibuat dengan jalan perutusan *faksimile* terhenti daripada berkuatkuasa pada akhir tempoh 21 hari bermula pada tarikh pendaftaran, melainkan jika salinan asal perintah itu yang sempurna disahkan telah didaftarkan pada masa itu.

(12)

Jika suatu perintah penahanan asing telah didaftarkan menurut bab ini, Bahagian IV dikenakan berhubung dengan perintah itu seolah-olah kesalahan berat yang menjadi perkara perintah itu telah dilakukan di Negara Brunei Darussalam dan perintah tersebut telah dibuat menurut Bahagian itu tertakluk kepada pengubahsuaian-pengubahsuaian yang berikut — (a) bab-bab 53, 54(3), 54(4), 58 dan 59 ditianggalkan; (b) sebutan dalam bab 52, 54, 55 atau 57 kepada suatu perintah penahanan termasuk sebutan kepada suatu perintah di bawah bab 95; dan (c) sebutan dalam bab 54(1) kepada pembuatan suatu perintah penahanan adalah sebutan kepada pendaftaran oleh Mahkamah Tinggi suatu perintah penahanan asing di bawah bab ini dan pembuatan suatu perintah di bawah bab 95.

(13)

Jika suatu perintah perampasan asing telah didaftarkan menurut bab ini, Bahagian IV dikenakan berhubung dengan perintah itu seolah-olah kesalahan berat yang menjadi perkara perintah itu telah dilakukan di Negara Brunei Darussalam dan perintah tersebut telah dibuat menurut Bahagian itu tertakluk kepada pengubahsuaian-pengubahsuaian yang berikut — (a) semua sebutan kepada suatu rayuan terhadap pembuatan suatu perintah dan kepada tarikh rayuan berkaitan ditianggalkan; dan (b) tempoh 6 bulan yang diperuntukkan dalam bab 71(3) digantikan dengan tempoh 6 minggu.

(14)

Jika suatu perintah mendapatkan kembali manfaat asing telah didaftarkan menurut bab ini, Bahagian IV dikenakan berhubung dengan perintah itu seolah-olah ia adalah suatu perintah mendapatkan kembali manfaat yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi di bawah Bahagian IV pada masa pendaftaran dan menghendaki pembayaran kepada Kerajaan amaun yang kena dibayar di bawah perintah itu.

(15)

Jika suatu perintah mendapatkan kembali manfaat asing didaftarkan di Mahkamah Tinggi di bawah Bahagian ini, apa-apa amaun yang dibayar, sama ada di Negara Brunei Darussalam atau di tempat lain, bagi memenuhi perintah mendapatkan kembali manfaat asing itu hendaklah dianggap telah dibayar bagi menyelesaikan hutang yang timbul oleh sebab pendaftaran perintah mendapatkan kembali manfaat asing itu di Mahkamah Tinggi.

(16)

Tertakluk kepada ceraian (17), jika apa-apa perintah telah didaftarkan di bawah bab ini dan Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa telah dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah asing bahawa harta itu merangkumi hasil jenayah atau harta tercemar, Mahkamah boleh memerintahkan supaya harta itu didapatkan kembali dan terletak hak kepada Kerajaan sehingga penyusunan dibuat oleh Peguam Negara dengan negara asing itu bagi pemindahan atau pelupusannya.

(17)

Mahkamah boleh membuat suatu perintah di bawah ceraian (16) dengan syarat-syarat sebagaimana yang difikirkannya patut untuk dikenakan, termasuk apa-apa syarat tentang pembayaran hutang, jualan, pemindahan atau pelupusan apa-apa harta.

Perintah penahanan asing berdaftar — Mahkamah Tinggi boleh mengarahkan pegawai yang diberi kuasa atau orang yang dilantik oleh Mahkamah Tinggi untuk mengambil jagaan dan kawalan ke atas harta.

95.

(1)

Jika suatu perintah penahanan asing terhadap harta yang didaftarkan di mahkamah di bawah bab 94, Mahkamah Tinggi, boleh atas permohonan oleh Pendakwa Raya memerintahkan seseorang pegawai yang diberi kuasa atau mana-mana orang yang dilantik oleh Mahkamah untuk mengambil jagaan dan kawalan ke atas harta itu atau sebahagiannya sehingga perintah itu dilaksanakan. perintah itu dan untuk mengurus atau mengurusniagakan semua atau mana-mana bahagian harta itu menurut arahan Mahkamah.

(2)

Sebelum membuat suatu perintah di bawah ceraian (1), Mahkamah akan menghendaki supaya notis diberikan kepada, dan boleh mendengar, mana-mana orang yang, pada pendapat Mahkamah mempunyai suatu kepentingan ke atas harta itu.

(3)

Jika seseorang pegawai yang diberi kuasa atau mana-mana orang yang dilantik oleh Mahkamah diberikan suatu perintah di bawah ceraian (1) berhubung dengan harta, seseorang pegawai yang diberi kuasa atau mana-mana orang yang dilantik oleh Mahkamah boleh melakukan apa-apa jua yang diperlukan dengan munasabah untuk menjaga harta itu dan bagi maksud ini boleh menjalankan apa-apa kuasa yang boleh dijalankan oleh pemilik harta itu dan berbuat demikian kecuali pemiliknya.

(4)

Jika suatu perintah dibuat di bawah ceraian (1) berkaitan dengan harta seseorang (dalam ceraian ini dipanggil “responden”), Mahkamah boleh, pada masa apabila ia membuat perintah itu atau bila-bila masa kemudian, memerintahkan — (a) responden untuk memberikan kepada pegawai yang diberi kuasa itu atau mana-mana orang yang dilantik oleh Mahkamah suatu pernyataan dengan mengangkat sumpah yang menyatakan butir-butir harta itu, atau urusniaga harta itu, sebagaimana yang difikirkannya patut; (b) mengawalselia pelaksanaan atau perjalanan tugas-tugas, kewajipan-kewajipan atau kuasa-kuasa di bawah perintah penahanan itu oleh pegawai yang diberi kuasa itu atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Mahkamah Tinggi; (c) pemutusan apa-apa persoalan berhubung dengan harta itu; (d) jika perintah penahanan asing berdaftar memperuntukkan bahawa perbelanjaan yang munasabah seseorang dalam membela suatu pertuduhan jenayah dibayar dari harta itu, perbelanjaan itu dicukai sebagaimana yang diperuntukkan dalam perintah itu sebelum dibayar; atau (e) pembayaran kepada pegawai yang diberi kuasa itu atau mana-mana orang yang dilantik oleh Mahkamah Tinggi dari harta itu kos, caj dan perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengan pelaksanaan atau perjalanan oleh pegawai yang diberi kuasa itu atau mana-mana orang yang dilantik oleh Mahkamah Tinggi akan tugas-tugas, kewajipan-kewajipan atau kuasa-kuasa di bawah perintah penahanan itu.

Permintaan asing bagi pengesanan hasil jenayah.

96.

Jika sebuah negara asing meminta Peguam Negara untuk membantu dalam mengesan harta yang dipercayai sebagai hasil dari suatu jenayah berat yang dilakukan di negara itu, Peguam Negara boleh membenarkan pembuatan apa-apa permohonan atau penyiasatan di bawah Perintah ini, bagi maksud mendapatkan maklumat yang diminta oleh negara asing itu.

Kuasa untuk menyiasat mengenai harta tercemar berhubung dengan kesalahan asing.

97.

Jika sebuah negara asing meminta bantuan untuk mengesan atau merampas harta yang disyaki sebagai harta tercemar berkaitan dengan suatu kesalahan di dalam bidang kuasanya dan Peguam Negara telah membenarkan permintaan bagi bantuan daripada sebuah negara asing, di bawah bab 96, peruntukan-peruntukan di bawah Bahagian VI hendaklah dikenakan mutatis mutandis.

Berkongsi harta rampasan dengan negara asing.

98.

(1) Peguam Negara boleh membuat — (a) suatu perjanjian perkongsian aset dengan pihak berkuasa yang layak di sebuah negara asing berkaitan dengan bahagian apa-apa harta yang direalisasikan itu; (b) penyusunan bagi menyelaraskan prosiding penyitaan, pembekuan, penahanan dan perampasan dengan pihak berkuasa yang layak di sebuah negara asing — (i) di negara asing itu, akibat dari tindakan yang diambil oleh Peguam Negara menurut bab 91; atau (ii) di Negara Brunei Darussalam, akibat dari tindakan yang diambil di Negara Brunei Darussalam menurut bab 94(1), sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2)

Atas permintaan oleh sebuah negara asing yang dibuat kepadanya Peguam Negara boleh memindahkan ke negara asing itu apa-apa harta yang didapatkan kembali di Negara Brunei Darussalam bagi menjawab permintaan bagi penguatkuasaan suatu perintah asing.

(3)

Melainkan jika negara asing itu dan Negara Brunei Darussalam bersetuju sebaliknya Peguam Negara boleh menolak perbelanjaan munasabah yang dilakukan dalam prosiding mendapatkan kembali, penyiasatan dan kehakiman yang membawa kepada pemindahan yang disebut dalam ceraian (2).

BAHAGIAN VI KUASA UNTUK MENYIASAT

Kuasa untuk menangkap.

99.

Mana-mana pegawai yang diberi kuasa boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang disyakinya dengan munasabah sedang melakukan atau cuba melakukan suatu kesalahan di bawah Perintah ini.

Kuasa pegawai yang diberi kuasa.

100.

(1)

Jika seseorang pegawai yang diberi kuasa berpuas hati, atau mempunyai sebab untuk mengesyaki, bahawa seseorang itu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Perintah ini atau bahawa terdapat harta tercemar berhubung dengan suatu kesalahan berat, dia boleh tanpa waran — (a) memasuki mana-mana premis yang dipunyai oleh atau dalam milikan atau kawalan orang itu atau pekerjanya, dan dalam hal suatu badan korporat, pengarah atau pengurusnya; (b) menggeledah premis itu untuk apa-apa harta, rekod, laporan atau dokumen; (c) memeriksa, membuat salinan atau mengambil cabutan dari mana-mana rekod, laporan atau dokumen yang disita atau ditahan itu; (d) mengambil milikan, dan memindahkan dari premis itu, apa-apa harta, rekod, laporan atau dokumen yang disita dan ditahan itu dan menahannya bagi tempoh sebagaimana yang dianggapnya perlu; (e) memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam, atau di, premis itu, jika pegawai yang diberi kuasa itu mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa orang itu mempunyai pada dirinya apa-apa harta, rekod, laporan atau dokumen, termasuk dokumen peribadi, yang diperlukan, pada pendapat pegawai yang diberi kuasa itu bagi maksud penyiasatan suatu kesalahan di bawah Perintah ini; (f) memecah buka, meneliti dan memeriksa apa-apa barang, kontena atau bekas; atau (g) memberhentikan, menahan atau memeriksa mana-mana kenderaan.

(2)

Seseorang pegawai yang diberi kuasa boleh, jika perlu, berbuat demikian — (a) memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis atau kenderaan itu dan memasuki premis atau kenderaan itu; (b) memindahkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan, penahanan atau pemindahan itu yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; atau (c) menahan mana-mana orang yang dijumpai di premis itu, atau di dalam kenderaan itu, sehingga penggeledahan itu selesai.

(3)

Seseorang pegawai yang diberi kuasa boleh menyita, mengambil milik, dan menahan bagi tempoh sebagaimana yang difikirkannya perlu, apa-apa harta, rekod, laporan atau dokumen yang dikemukakan di hadapannya semasa menjalankan penyiasatannya atau dijumpai pada orang yang sedang diperiksa olehnya.

(4)

Seseorang pegawai yang diberi kuasa, semasa menjalankan penyiasatan atau pemeriksaannya hendaklah — (a) menyediakan suatu inventori tiap-tiap harta, rekod, laporan dan dokumen yang disita yang ditandatangani olehnya dan penghuni premis itu; dan (b) menyatakan dalam inventori itu lokasi di mana, atau orang yang padanya, harta, rekod, laporan atau dokumen itu dijumpai.

(5)

Penghuni premis yang dimasuki dalam masa penyiasatan, atau mana-mana orang bagi pihaknya, hendaklah hadir semasa penggeledahan itu, dan satu salinan senarai yang disediakan di bawah ceraian (4) hendaklah diserahkan kepada orang itu atas permintaannya.

Kuasa untuk memeriksa orang.

101.

(1)

Dengan tidak menghiraukan sebarang undang-undang bertulis, atau sumpah, aku janji atau kehendak penyimpanan rahsia atau kerahsiaan yang berlawanan, atau obligasi di bawah suatu perjanjian atau penyusunan, nyata atau tersirat, yang berlawanan, seseorang pegawai yang diberi kuasa boleh memerintahkan, secara lisan atau bertulis, mana-mana orang yang dipercayainya mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu untuk — (a) hadir di hadapannya bagi pemeriksaan; (b) mengemukakan di hadapannya apa-apa harta, rekod, laporan atau dokumen; atau (c) memberi kepadanya suatu pengakuan berkanun atau pernyataan secara bertulis yang menyatakan apa-apa maklumat sebagaimana yang mungkin dikehendakinya.

(2)

Orang yang diperiksa di bawah ceraian (1)(a) hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan berhubung dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawai yang diberi kuasa itu.

(3)

Orang yang membuat suatu pernyataan di bawah ceraian (1)(c) hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat seluruhnya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan-soalan pegawai yang diberi kuasa itu.

(4)

Seseorang pegawai yang diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah ceraian (2) hendaklah memberitahu orang itu terlebih dahulu mengenai peruntukan-peruntukan ceraian (2) dan (3).

(5)

Suatu pernyataan yang dibuat secara lisan oleh mana-mana orang hendaklah ditulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dibubuh dengan cap ibu jarinya — (a) selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dia membuatnya; dan (b) selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.

(6)

Mana-mana orang yang — (a) gagal hadir di hadapan seseorang pegawai yang diberi kuasa sebagaimana yang dikehendaki di bawah ceraian (1)(a); (b) enggan menjawab apa-apa soalan yang diajukan kepadanya oleh seseorang pegawai yang diberi kuasa di bawah ceraian (2); atau (c) memberi kepada seseorang pegawai yang diberi kuasa apa-apa maklumat atau pernyataan yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir penting, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $20,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali, dan, dalam hal suatu kesalahan berterusan, boleh dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi $1,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Kuasa khas untuk menyiasat berhubung dengan pengakuan berkanun.

102.

(1) Semasa menjalankan apa-apa penyiasatan mengenai atau prosiding berhubung dengan suatu kesalahan yang dikatakan atau disyaki telah dilakukan oleh mana-mana orang suatu kesalahan pembersihan wang haram atau kesalahan berat atau pakatan jahat untuk melakukan, atau percubaan untuk melakukan, atau bersubahat melakukan sebarang kesalahan tersebut, pegawai yang diberi kuasa boleh, dengan tidak menghiraukan apa-apa jua dalam sebarang undang-undang bertulis lain yang berlawanan, dengan notis bertulis menghendaki — (a) mana-mana orang itu untuk memberi suatu pengakuan berkanun yang menyatakan — (i) semua harta alih atau tak alih atau kedua-duanya kepunyaan atau yang dimiliki oleh orang itu dan oleh isteri atau suami, ibu atau bapa, anak lelaki, anak perempuan atau saudara orang itu atau harta yang dipegang oleh pihak ketiga, dan dengan menyatakan tarikh tiap-tiap harta yang disebut satu persatu itu diperolehi sama ada dengan cara pembelian, pemberian, wasiat, pewarisan atau pun sebaliknya; (ii) semua perbelanjaan yang dilakukan oleh orang itu berkaitan dengan dirinya, isteri atau suami, ibu atau bapa, anak lelaki, anak perempuan atau saudaranya berhubung dengan perbelanjaan hidup dan perbelanjaan persendirian lain dalam mana-mana tempoh yang dinyatakan dalam notis tersebut; (iii) semua liabiliti yang ditanggung oleh orang itu, ejen, wakil atau pemegang amanahnya, pada masa dan dalam tempoh sebagaimana yang mungkin dinyatakan dalam notis tersebut, dan dengan menyatakan berkaitan dengan tiap-tiap liabiliti itu sama ada ia ditanggung bersama (dan, jika demikian, dengan siapa) atau bersaingan; (b) mana-mana orang itu untuk memberi suatu pengakuan berkanun atau suatu pernyataan secara bertulis mengenai apa-apa wang atau harta lain yang dihantar keluar dari Negara Brunei Darussalam olehnya, isteri atau suami, ibu atau bapa, anak lelaki, anak perempuan atau saudaranya dalam tempoh sebagaimana yang mungkin dinyatakan dalam notis itu; (c) mana-mana orang itu untuk memberi suatu pengakuan berkanun atau, suatu pernyataan secara bertulis yang menyebut satu persatu semua harta alih atau tak alih kepunyaan atau yang dimiliki oleh orang itu jika pegawai yang diberi kuasa mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa maklumat itu boleh membantu penyiasatan tersebut. (d) pengurus mana-mana bank untuk memberi salinan-salinan akaun orang itu atau isteri atau suami atau ibu atau bapa atau anak lelaki atau anak perempuan atau saudara orang itu di bank tersebut; (e) orang yang menjaga mana-mana jabatan, pejabat atau bangunan Kerajaan, atau presiden, pengerusi, pengurus atau ketua pegawai eksekutif mana-mana badan awam atau mana-mana orang lain untuk mengemukakan atau memberi, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu apa-apa dokumen yang ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya.

(2)

Tiap-tiap orang yang kepadanya suatu notis dikeluarkan oleh pegawai yang diberi kuasa di bawah ceraian (1) hendaklah, dengan tidak menghiraukan peruntukan-peruntukan sebarang undang-undang bertulis atau apa-apa sumpah penyimpanan rahsia yang berlawanan, mematuhi terma-terma notis itu dalam masa sebagaimana yang mungkin dinyatakan di dalamnya dan mana-mana orang yang dengan sengaja mengabaikan, atau gagal mematuhinya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda sebanyak $10,000 dan dihukum penjara bagi suatu tempoh selama 3 tahun.

(3)

Apa-apa pendedahan yang dibuat menurut ceraian (1)(a) hingga (e) tidak boleh disifatkan sebagai pelanggaran apa-apa sekatan ke atas pendedahan maklumat yang dikenakan oleh mana-mana kontrak, undang-undang bertulis, aturan-aturan kelakuan profesional atau pun sebaliknya dan tidaklah menimbulkan apa-apa liabiliti sivil atau jenayah.

Pemeriksaan ke atas seseorang.

103.

(1) Seseorang pegawai yang diberi kuasa yang memeriksa mana-mana orang di bawah bab 100(1)(e) boleh menahan orang itu bagi tempoh sebagaimana yang mungkin diperlukan untuk menjalankan pemeriksaan, yang dalam sebarang hal tidak boleh melebihi 48 jam tanpa kebenaran seorang majistret, dan boleh, jika perlu, memindahkan orang dalam tahanan itu ke tempat lain untuk memudahkan pemeriksaan tersebut.

(2)

Tiada seorang pun boleh diperiksa di bawah Bahagian ini kecuali oleh seorang pegawai yang diberi kuasa yang sama jantinanya dengan orang yang diperiksa itu dan pemeriksaan itu hendaklah dijalankan dengan benar-benar memberikan perhatian kepada kesopanan.

Halangan terhadap perjalanan kuasa oleh pegawai yang diberi kuasa.

104.

(1) Mana-mana orang yang — (a) enggan memberi seseorang pegawai yang diberi kuasa akses kepada mana-mana premis, atau tidak patuh kepada permintaan pegawai itu untuk memeriksa dirinya; (b) menyerang, mengadang, menghalang atau melambatkan seseorang pegawai yang diberi kuasa masuk sedangkan dia berhak untuk masuk; (c) gagal mematuhi apa-apa permintaan yang sah daripada mana-mana pegawai yang diberi kuasa dalam melaksanakan kewajipan-kewajipannya di bawah Bahagian ini; (d) enggan memberi kepada seseorang pegawai yang diberi kuasa apa-apa harta, dokumen atau maklumat yang mungkin dikehendaki dengan munasabah daripadanya dan yang dia berkuasa untuk memberikannya; (e) gagal mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba menyembunyikan daripada, seseorang pegawai yang diberi kuasa, apa-apa harta, rekod atau dokumen, yang dikehendaki oleh pegawai yang diberi kuasa itu; (f) menyelamatkan atau cuba menyelamatkan apa-apa barang yang telah dirampas dengan sewajarnya; (g) memberi kepada seseorang pegawai yang diberi kuasa sebagai benar apa-apa maklumat yang diketahuinya atau dia mempunyai sebab untuk mempercayainya sebagai palsu; atau (h) sebelum atau selepas apa-apa penggeledahan atau perampasan, memecahkan atau pun sebaliknya memusnahkan apa-apa barang untuk menghalang perampasannya, atau pengambilan harta, rekod, laporan atau dokumen itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $20,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali, dan, dalam hal suatu kesalahan berterusan, boleh dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi $1,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Pemberian maklumat.

105.

(1) Mana-mana orang yang — (a) mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa seorang pegawai yang diberi kuasa sedang bertindak, atau bercadang hendak bertindak, berhubung dengan suatu penyiasatan yang sedang, atau hampir hendak, dijalankan di bawah atau bagi maksud-maksud Perintah ini dan mendedahkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin menjejaskan penyiasatan itu atau penyiasatan yang dicadangkan itu; atau (b) mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa suatu pendedahan telah dibuat kepada seorang pegawai yang diberi kuasa di bawah Perintah ini dan mendedahkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin menjejaskan mana-mana penyiasatan yang mungkin dijalankan berikutan dengan pendedahan itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $500,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

(2)

Tiada sebarang apa pun dalam ceraian (1) menjadi suatu kesalahan jika seorang peguambela dan peguamcara atau pekerjanya mendedahkan apa-apa maklumat atau perkara lain — (a) kepada kliennya atau wakil kliennya berhubung dengan pemberian nasihat kepada klien itu dalam menjalankan dan bagi maksud penggunaan khidmat profesional peguambela dan peguamcara itu; atau (b) kepada mana-mana orang pada menjangkakan, atau berhubung dengan dan bagi maksud, mana-mana prosiding undang-undang.

(3)

Ceraian (2) tidak dikenakan berhubung dengan apa-apa maklumat atau perkara lain yang didedahkan dengan tujuan untuk mencapai apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang.

(4)

Dalam prosiding terhadap seseorang kerana suatu kesalahan di bawah bab ini, adalah menjadi suatu pembelaan jika dibuktikan bahawa — (a) dia tidak mengetahui atau mengesyaki bahawa pendedahan yang dibuat di bawah ceraian (1)(b) itu mungkin menjejaskan penyiasatan tersebut; atau (b) dia mempunyai kuasa yang sah atau alasan yang munasabah untuk membuat pendedahan itu.

(5)

Seseorang pegawai yang diberi kuasa atau orang lain tidak melakukan suatu kesalahan di bawah bab ini berkaitan dengan apa-apa jua yang dilakukan olehnya semasa bertindak berhubung dengan penguatkuasaan atau cadangan hendak menguatkuasakan mana-mana peruntukan Perintah ini atau sebarang undang-undang bertulis lain berkenaan dengan suatu kesalahan berat.

Penyerahan harta, rekod, laporan atau dokumen.

106.

(1)

Seseorang pegawai yang diberi kuasa boleh, dengan notis bertulis, menghendaki mana-mana orang supaya menyerahkan kepadanya apa-apa harta, rekod, laporan atau dokumen yang dia mempunyai sebab untuk mengesyaki telah digunakan dalam melakukan suatu kesalahan pembersihan wang haram atau suatu kesalahan berat yang ada dalam milikan atau jagaan, atau di bawah kawalan, orang itu atau yang orang itu berkuasa untuk memberikannya.

(2)

Seseorang pegawai yang diberi kuasa boleh memberikan kebenaran kepada mana-mana orang untuk memeriksa harta, rekod, laporan atau dokumen yang ditahan atau diambil milik oleh pegawai yang diberi kuasa itu di bawah ceraian (1) jika orang itu berhak untuk memeriksa harta, rekod, laporan atau dokumen itu di bawah Perintah ini.

(3)

Seseorang yang — (a) gagal menyerahkan apa-apa harta, rekod, laporan atau dokumen yang dikehendaki oleh seseorang pegawai yang diberi kuasa; atau (b) mengadang atau menghalang seseorang pegawai yang diberi kuasa semasa menjalankan apa-apa kuasanya di bawah ceraian (1), adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $10,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali, dan, dalam hal suatu kesalahan berterusan, boleh dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi $1,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Perampasan harta, rekod, laporan atau dokumen.

107.

(1)

Seseorang pegawai yang diberi kuasa boleh merampas, mengambil milik dan menyimpan bagi tempoh sebagaimana yang dianggapnya perlu, apa-apa harta, rekod, laporan atau dokumen yang dikemukakan di hadapannya dalam masa pemeriksaan di bawah bab 101(1)(a) atau (b), atau pemeriksaan seseorang di bawah bab 103(1), bagi memastikan sama ada apa-apa jua yang berkaitan dengan penyiasatan itu disembunyikan, atau pun sebaliknya, pada orang itu.

(2)

Apa-apa harta, rekod, laporan atau dokumen yang dirampas oleh pegawai yang diberi kuasa di bawah ceraian (1) hendaklah disenaraikan oleh pegawai yang menjalankan perampasan itu dan hendaklah ditandatangani olehnya dan oleh pemilik harta itu dan oleh orang yang daripadanya harta itu dirampas dengan seberapa segera yang boleh dan selepas itu hendaklah memberikan satu salinannya kepada orang yang tersebut itu.

Pelepasan harta, rekod, laporan atau dokumen yang dirampas.

108.

(1)

Seseorang pegawai yang diberi kuasa hendaklah, melainkan jika diperintahkan sebaliknya oleh mana-mana mahkamah — (a) pada penutup sesuatu penyiasatan atau mana-mana prosiding yang berbangkit dari penyiasatan itu; atau (b) dengan persetujuan bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa yang layak atau agensi penguatkuasaan yang berkaitan, mengikut mana yang berkenaan, atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa yang berpangkat lebih tinggi daripadanya, pada bila-bila masa sebelum penutup sesuatu penyiasatan, melepaskan apa-apa harta, rekod, laporan atau dokumen yang dirampas, ditahan atau dipindahkan olehnya atau mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa, kepada orang yang ditentukannya sebagai berhak secara sah terhadap harta, rekod, laporan atau dokumen itu jika dia berpuas hati bahawa harta, rekod, laporan atau dokumen itu tidak diperlukan bagi maksud mana-mana pendakwaan atau prosiding di bawah Perintah ini, atau bagi maksud mana-mana pendakwaan di bawah sebarang undang-undang bertulis lain.

(2)

Pegawai yang diberi kuasa yang melaksanakan pelepasan di bawah ceraian (1) hendaklah merekodkan secara bertulis hal keadaan, dan sebab bagi, pelepasan itu.

(3)

Jika pegawai yang diberi kuasa itu tidak dapat menentukan orang yang berhak secara sah terhadap harta, rekod, laporan atau dokumen itu atau jika terdapat lebih daripada seorang yang menuntut harta, rekod, laporan atau dokumen itu, atau jika pegawai yang diberi kuasa itu tidak dapat mengesan orang di bawah ceraian (1) yang berhak secara sah terhadap harta, rekod, laporan atau dokumen itu, pegawai yang diberi kuasa itu hendaklah melaporkan perkara itu kepada seorang majistret yang kemudiannya akan menguruskan harta, rekod, laporan atau dokumen itu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah bab-bab 363, 364 dan 365 dari Kanun Peraturan Jenayah (Penggal 7).

Pernyataan boleh diterima.

109.

Rekod sesuatu pemeriksaan di bawah bab 102(1)(a), apa-apa harta, rekod, laporan atau dokumen yang dikemukakan di bawah bab 102(1)(b) atau apa-apa pernyataan di bawah bab 102(1)(c) boleh diterima, dengan tidak menghiraukan sebarang undang-undang bertulis yang berlawanan, sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah bagi, atau berhubung dengan sesuatu kesalahan atau apa-apa perkara lain di bawah Perintah ini atau apa-apa kesalahan di bawah sebarang undang-undang bertulis lain, tidak kira sama ada prosiding itu adalah terhadap orang yang diperiksa itu, atau orang yang mengemukakan harta, rekod, laporan atau dokumen itu, atau orang yang membuat pernyataan bertulis dengan mengangkat sumpah atau berikrar, atau terhadap mana-mana orang lain.

Peruntukan lanjut berhubung dengan perampasan harta.

110.

(1)

Jika apa-apa harta dirampas di bawah Perintah ini perampasan itu hendaklah dilaksanakan dengan memindahkan harta itu dari milikan, jagaan atau kawalan orang yang daripadanya ia dirampas dan meletakkannya bawah jagaan orang atau pihak berkuasa dan di tempat sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh seseorang pegawai yang diberi kuasa.

(2)

Jika tidak boleh dipraktikkan, atau pun sebaliknya tidak wajar, untuk melaksanakan pemindahan apa-apa harta di bawah ceraian (1), pegawai yang disebut dalam ceraian itu boleh meninggalkannya di premis tempat harta itu dirampas di bawah jagaan orang sebagaimana yang mungkin dinyatakan olehnya dengan perlindungan yang diperlukan sebagaimana yang ditentukan olehnya.

Perampasan tanah.

111.

(1)

Jika Pendakwa Raya berpuas hati atas maklumat yang diberikan kepadanya oleh seseorang pegawai yang diberi kuasa bahawa mana-mana tanah adalah hal perkara sesuatu kesalahan di bawah Perintah ini atau apa-apa kesalahan pembersihan wang haram atau kesalahan berat atau keterangan mengenai kesalahan yang dilakukan itu, maka harta tersebut boleh dirampas, dan perampasan itu hendaklah dilaksanakan — (a) dengan mengeluarkan suatu Notis Perampasan oleh Pendakwa Raya yang menyatakan di dalamnya butir-butir tanah yang dirampas itu setakat mana butir-butir itu diketahuinya, dan melarang semua urusniaga ke atas tanah itu; (b) dengan menyampaikan satu salinan Notis tersebut kepada Pesuruhjaya Tanah.

(2)

Pesuruhjaya Tanah hendaklah dengan serta-merta apabila disampaikan dengan suatu Notis Perampasan di bawah ceraian (1) mendaftarkannya dalam Daftar yang disimpan olehnya di bawah bab 7 dari Kanun Tanah (Penggal 40) berkaitan dengan tanah itu.

(3)

Jika suatu Notis Perampasan telah didaftarkan di bawah ceraian (2), Notis itu hendaklah mempunyai kesan melarang semua urusniaga berkaitan dengan tanah itu, dan selepas pendaftaran itu dibuat tiada urusniaga berkaitan dengan harta itu boleh didaftarkan, tidak kira sama ada urusniaga itu dilaksanakan sebelum atau selepas pengeluaran Notis itu atau pendaftaran itu dibuat.

(4)

Ceraian (3) tidak dikenakan kepada sesuatu urusniaga yang dilaksanakan oleh seseorang pegawai daripada suatu badan awam atas sifatnya sebagai seorang pegawai, atau pun sebaliknya oleh atau bagi pihak Kerajaan.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar ceraian (3) atau melakukan apa-apa perbuatan yang mengakibatkan, atau menyebabkan, pelanggaran ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi nilai harta yang berkaitan dengannya perintah itu telah dilanggar, atau $50,000, mengikut mana yang lebih tinggi, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun atau kedua-duanya sekali.

(6)

Jika suatu Notis Perampasan telah dikeluarkan di bawah ceraian (1), adalah menjadi suatu kesalahan bagi tuan punya berdaftar tanah yang dirampas di bawah Notis itu, atau bagi mana-mana orang lain yang mempunyai apa-apa kepentingan ke atas tanah itu, yang tahu tentang Notis itu, dengan mengetahuinya membuat apa-apa perjanjian dengan mana-mana orang untuk menjual, memindahkan, atau pun sebaliknya melupuskan atau mengurusniagakan, seluruhnya atau mana-mana bahagian tanah itu.

Mengurusniagakan harta yang telah dirampas selepas perampasan adalah tidak sah.

112.

(1)

Selepas perampasan apa-apa harta dilaksanakan di bawah Perintah ini, dan selagi perampasan itu masih berkuatkuasa, apa-apa urusniaga, kontrak, atau hal lain apa pun, yang dilaksanakan, dilakukan, atau dibuat oleh mana-mana orang atau di antara mana-mana orang berkaitan dengan harta itu, kecuali apa-apa urusniaga yang dilaksanakan di bawah Perintah ini atau menurut Perintah ini oleh seseorang pegawai kerajaan atas sifatnya sebagai seorang pegawai, atau pun sebaliknya oleh atau bagi pihak Kerajaan, atau pihak berkuasa tempatan, atau badan berkanun lain, adalah batal dan tidak sah, dan tidak boleh didaftarkan atau pun sebaliknya tidak kira bagaimana jua pun diberi kuatkuasa oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa.

(2)

Selagi perampasan apa-apa harta di bawah Perintah ini masih berkuatkuasa, tiada tindakan, guaman atau prosiding lain yang bersifat sivil boleh dimulakan, atau jika tindakan, guaman atau prosiding lain itu belum selesai sejurus sebelum perampasan itu, dikekalkan atau diteruskan, di mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain berkaitan dengan harta yang telah dirampas itu, dan tiada penahanan, pelaksanaan atau proses lain yang seumpamanya boleh dimulakan, atau jika apa-apa proses tersebut belum selesai sejurus sebelum perampasan itu, dikekalkan atau diteruskan, berkaitan dengan harta itu oleh sebab apa-apa tuntutan, penghakiman atau dekri, tidak kira sama ada tuntutan itu telah dibuat, atau penghakiman atau dekri itu telah diberikan, sebelum atau selepas perampasan itu dilaksanakan, kecuali atas kehendak Kerajaan atau atas kehendak pihak berkuasa tempatan atau badan berkanun lain, atau kecuali dengan persetujuan secara bertulis terlebih dahulu daripada Pendakwa Raya.

Kesahan perampasan, atau penjualan yang berbangkit daripadanya, tidak terjejas oleh bantahan tertentu.

113.

Jika perampasan apa-apa harta telah dilaksanakan di bawah Perintah ini, kesahan perampasan itu, atau apa-apa penjualan atau pelupusan harta itu dalam bentuk lain, atau apa-apa pemusnahan harta itu menurut peruntukan-peruntukan Perintah ini, yang berbangkit daripada perampasan itu, tidaklah terjejas oleh apa-apa bantahan terhadapnya berhubung dengan cara bagaimana perampasan atau penjualan itu dilaksanakan, atau tempat di mana perampasan atau penjualan itu dilaksanakan. dilaksanakan, atau orang yang kepadanya apa-apa notis perampasan atau penjualan itu diberikan, atau ditinggalkan daripada diberikan, atau apa-apa kegagalan untuk mematuhi mana-mana peruntukan prosedur Perintah ini atau sebarang undang-undang bertulis lain dalam melaksanakan perampasan atau penjualan itu.

Peruntukan khas berhubung dengan perampasan perniagaan.

114.

(1)

Jika seseorang pegawai yang diberi kuasa mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana perniagaan — (a) sedang dijalankan oleh atau bagi pihak mana-mana orang yang terhadapnya pendakwaan kerana suatu kesalahan pembersihan wang haram atau suatu kesalahan berat dicadangkan hendak dimulakan; (b) sedang dijalankan oleh atau bagi pihak seorang saudara atau sekutu orang itu; (c) adalah suatu perniagaan yang orang itu, atau seorang saudara atau sekutunya mempunyai suatu kepentingan yang berjumlah atau membawa hak tidak kurang dari 30 peratus daripada keseluruhan perniagaan itu; atau (d) adalah suatu perniagaan yang ke atasnya orang itu atau saudara atau sekutunya mempunyai kawalan pengurusan atau kawalan berkesan, sama ada secara individu atau bersama, pegawai yang diberi kuasa itu boleh dengan persetujuan Pendakwa Raya merampas perniagaan itu mengikut cara yang diperuntukkan di bawah Bahagian ini atau dengan suatu perintah bertulis — (i) mengarahkan takat dan cara bagaimana perniagaan itu boleh dijalankan; (ii) menentukan mana-mana orang untuk mengawasi, mengarahkan atau mengawal perniagaan itu termasuk akaunnya, atau menjalankan perniagaan itu atau sebahagiannya sebagaimana yang mungkin ditentukan; (iii) mengarahkan supaya semua atau apa-apa kadar hasil atau keuntungan perniagaan itu dibayar kepada Dana dan disimpan di sana sementara menunggu arahan lanjut berkaitan dengannya dibuat oleh pegawai yang diberi kuasa itu; (iv) melarang mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja atau mana-mana orang lain daripada terlibat dengan apa jua cara dalam perniagaan itu mulai dari tarikh surat larangan itu; (v) mengarahkan supaya premis di mana perniagaan itu dijalankan ditutup dan jika perlu atau wajar, diletakkan di bawah kawalan atau jagaan.

(2)

Jika suatu perintah dibuat oleh seseorang pegawai yang diberi kuasa di bawah ceraian (1), ia boleh memasukkan dalam perintah itu, atau boleh kemudiannya memberikan apa-apa arahan lanjut yang bersifat sampingan atau berbangkit secara lisan atau bertulis atau yang mungkin diperlukan, bagi menguatkuasakan, atau bagi melaksanakan perintah itu.

(3)

Suatu perintah di bawah ceraian (1) boleh pada bila-bila masa diubah atau dibatalkan oleh pegawai yang diberi kuasa itu dan jika ia mengubah atau membatalkan perintah itu, ia boleh memberikan apa-apa arahan yang bersifat sampingan atau berbangkit, atau yang mungkin diperlukan, bagi menguatkuasakan, atau bagi melaksanakan, perubahan atau pembatalan itu.

(4)

Tertakluk kepada ceraian (5), Kerajaan atau mana-mana orang tidaklah, berbangkit daripada apa-apa perintah di bawah ceraian (1) bertanggungan bagi pembayaran apa-apa wang, dius, hutang, liabiliti atau caj yang kena dibayar kepada mana-mana orang berkaitan dengan perniagaan itu, atau berkaitan dengan apa-apa harta alih atau harta tak alih yang dipunyai atau dimiliki, diduduki atau digunakan, oleh mana-mana orang berhubung dengan perniagaan itu.

(5)

Jika seseorang itu menjalankan apa-apa aktiviti perniagaan itu menurut suatu perintah di bawah ceraian (1), dia hendaklah bertanggungjawab bagi pembayaran gaji pekerja-pekerja perniagaan yang terlibat dalam menjalankan apa-apa kerja berhubung dengan aktiviti itu bagi tempoh selama mana orang itu menjalankan aktiviti itu dan gaji tersebut hendaklah dibayar dari keuntungan yang diperoleh daripada aktiviti itu atau, jika tidak ada keuntungan tersebut atau jika keuntungan itu tidak mencukupi, daripada aset dan harta perniagaan itu.

(6)

Dalam bab ini, “gaji” bermakna gaji yang kena dibayar di bawah kontrak pekerjaan di antara pekerja dan perniagaan itu.

Sekatan ke atas pelupusan harta dll.

115.

(1)

Pendakwa Raya boleh, dengan notis bertulis kepada seseorang yang menjadi perkara penyiasatan berkaitan dengan sesuatu kesalahan yang dikatakan atau disyaki telah dilakukan di bawah Perintah ini atau kesalahan pembersihan wang haram atau apa-apa kesalahan berat atau yang terhadapnya pendakwaan kerana kesalahan itu telah dimulakan, mengarahkan bahawa orang itu tidak boleh melupuskan atau pun sebaliknya mengurusniagakan apa-apa harta alih atau tak alih atau yang dinyatakan dalam notis itu tanpa persetujuan Pendakwa Raya.

(2)

Jika apa-apa harta yang dinyatakan dalam notis dalam ceraian (1) termasuk apa-apa hutang atau obligasi yang kena dibayar kepada orang itu syarikat pengambil deposit atau institusi kewangan kepada orang yang diberikan notis itu atau apa-apa hutang yang kena dibayar kepada sesebuah bank, syarikat pengambil deposit atau institusi kewangan atau apa-apa wang yang didepositkan oleh orang itu ke dalam mana-mana bank, syarikat pengambil deposit atau mana-mana institusi kewangan maka Pendakwa Raya boleh menyampaikan kepada bank, syarikat pengambil deposit atau institusi kewangan itu satu salinan notis itu, dan notis salinan itu hendaklah mempunyai kesan untuk mengarahkan bank, syarikat pengambil deposit atau institusi kewangan itu supaya tidak membayar apa-apa wang kepada orang itu atau menggunakan atau mengambil apa-apa wang daripada akaun orang itu untuk membayar atau mengatasi atau menolak apa-apa hutang orang itu yang dinyatakan dalam notis salinan itu tanpa persetujuan Pendakwa Raya.

(3)

Suatu notis di bawah ceraian (1) — (a) boleh disampaikan dengan menyerahkannya sendiri kepada orang yang ditujukan notis itu atau boleh, jika Mahkamah Majistret berpuas hati bahawa orang itu tidak dapat dijumpai atau tidak berada di Negara Brunei Darussalam, disampaikan dengan cara lain sebagaimana yang mungkin diarahkan oleh mahkamah atas permohonan ex parte oleh atau bagi pihak Pendakwa Raya; (b) hendaklah berkuatkuasa dari masa penyampaian dan hendaklah terus berkuatkuasa bagi tempoh selama 12 bulan atau sehingga dibatalkan oleh Pendakwa Raya, mengikut mana yang lebih awal.

(4)

Tiada sebarang apa pun dalam ceraian (3) boleh menghalang Pendakwa Raya daripada membuat suatu perintah lanjut berkaitan dengan harta yang sama.

(5)

Pendakwa Raya boleh mengenakan terma-terma dan syarat-syarat sebagaimana yang difikirkannya patut kepada persetujuan untuk melupuskan atau membuat urusniaga lain ke atas apa-apa harta yang dinyatakan dalam suatu notis di bawah ceraian (1).

(6)

Seseorang yang melupuskan atau pun sebaliknya mengurusniagakan apa-apa harta yang dinyatakan dalam suatu notis di bawah ceraian (1) atau sesebuah bank, syarikat pengambil deposit atau institusi kewangan yang membayar apa-apa wang kepada seseorang atau menggunakan atau mengambil apa-apa wang atau dana bagi sebarang maksud apa pun yang dinyatakan dalam satu salinan notis yang disampaikan kepadanya di bawah ceraian (2) selain dari menurut persetujuan Pendakwa Raya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda sebanyak $50,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun dan dikenakan membayar nilai harta yang dilupuskan atau pun sebaliknya diurusniagakan.

Penyerahan dokumen perjalanan.

116.

(1)

Mahkamah Majistret boleh, atas permohonan pegawai yang diberi kuasa dengan notis bertulis menghendaki seseorang yang menjadi perkara penyiasatan berkaitan dengan suatu kesalahan pembersihan wang haram atau kesalahan berat supaya menyerahkan kepada pegawai yang diberi kuasa mana-mana dokumen perjalanan yang ada dalam miliknya.

(2)

Suatu notis di bawah ceraian (1) hendaklah disampaikan sendiri kepada orang yang ditujukan notis itu.

(3)

Seseorang yang kepadanya suatu notis di bawah ceraian (1) disampaikan hendaklah mematuhi dengan serta-merta notis itu.

(4)

Jika seseorang yang kepadanya suatu notis di bawah ceraian (1) telah disampaikan gagal mematuhi dengan serta-merta notis itu, dia boleh selepas itu ditangkap dan dibawa di hadapan Mahkamah Majistret.

(5)

Jika seseorang itu dibawa di hadapan Mahkamah Majistret di bawah ceraian (4), Mahkamah Majistret hendaklah, melainkan jika orang itu selepas itu mematuhi notis di bawah ceraian (1) atau memuaskan hati Mahkamah Majistret bahawa dia tidak memiliki suatu dokumen perjalanan, dengan waran memasukkannya ke dalam penjara untuk ditahan di sana dengan selamat — (a) sehingga tamatnya tempoh 28 hari dari tarikh dia dimasukkan ke dalam penjara sebagaimana yang disebutkan di atas; atau (b) sehingga orang itu mematuhi notis di bawah ceraian (1) dan seseorang majistret, dengan perintah bagi maksud itu, memerintahkan dan mengarahkan Penguasa Penjara untuk melepaskan orang itu dari penjara (perintah itu adalah waran yang mencukupi bagi Penguasa Penjara untuk berbuat demikian), mengikut mana yang berlaku dahulu.

(6)

Suatu dokumen perjalanan yang diserahkan kepada pegawai yang diberi kuasa di bawah bab ini boleh ditahan selama 9 bulan dari tarikh dokumen itu diserahkan dan boleh ditahan selama 3 bulan lagi jika seseorang majistret, atas permohonan oleh pegawai yang diberi kuasa, berpuas hati bahawa penyiasatan itu tidak dapat diselesaikan dengan munasabah sebelum tarikh permohonan itu dan memberikan penahanan lanjut dokumen perjalanan itu.

(7)

Tertakluk kepada ceraian (6) seseorang yang kepadanya suatu notis di bawah ceraian (1) disampaikan tidak boleh meninggalkan Negara Brunei Darussalam sebelum tamatnya tempoh 9 bulan atau selanjutnya dari tarikh penyerahan dokumen perjalanan itu melainkan jika suatu permohonan yang dibuat di bawah bab 117(1) bagi pengembalian dokumen perjalanan dipertimbangkan.

(8)

Semua prosiding di hadapan seseorang majistret di bawah bab ini hendaklah dijalankan dalam kamar.

(9)

Dalam bab ini, “dokumen perjalanan” bermakna pasport atau dokumen lain yang membuktikan identiti atau kerakyatan seseorang pemegang.

Pengembalian dokumen perjalanan.

117.

(1)

Apabila suatu dokumen perjalanan telah diserahkan dan disimpan oleh seseorang pegawai yang diberi kuasa di bawah bab 116 seseorang yang terjejas oleh perintah tersebut boleh pada bila-bila masa membuat permohonan secara bertulis, kepada seseorang majistret bagi pengembaliannya, dan tiap-tiap permohonan itu hendaklah mengandungi suatu pernyataan mengenai alasan permohonan itu dibuat.

(2)

Seseorang majistret tidak akan menimbangkan suatu permohonan yang dibuat di bawah ceraian (1) melainkan jika dia berpuas hati bahawa notis secara bertulis yang munasabah mengenainya telah diberikan kepada Pendakwa Raya atau pegawai yang diberi kuasa itu.

(3)

Sebelum suatu permohonan dibenarkan di bawah bab ini pemohon boleh dikehendaki untuk — (a) mendepositkan wang tunai dalam jumlah yang munasabah kepada pegawai yang diberi kuasa itu sebagaimana yang dianggap patut; (b) menyediakan penjamin tempatan; atau (c) memenuhi perenggan-perenggan (a) and (b).

(4)

Mana-mana pemohon atau penjamin itu boleh dikehendaki untuk mendepositkan wang tunai dalam jumlah yang munasabah kepada pegawai yang diberi kuasa itu sebagaimana yang dianggap patut, untuk disimpan oleh pegawai yang diberi kuasa itu sehingga masa apabila dokumen perjalanan itu dikembalikan kepada pegawai yang diberi kuasa itu.

(5)

Kegagalan pemohon untuk kembali ke Negara Brunei Darussalam atau menyerahkan pasport kepada Biro dalam masa yang ditentukan akan menyebabkan deposit yang dipegang oleh pegawai yang diberi kuasa itu dilucuthakkan kepada Kerajaan.

(6)

Suatu permohonan di bawah bab ini boleh dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat bahawa — (a) pemohon hendaklah menyerahkan selanjutnya dokumen perjalanannya kepada pegawai yang diberi kuasa itu pada masa sebagaimana yang mungkin ditentukan; dan (b) pemohon hendaklah hadir pada masa dan di tempat di Negara Brunei Darussalam sebagaimana yang mungkin ditentukan.

(7)

Jika suatu dokumen perjalanan dikembalikan kepada pemohon di bawah bab ini tertakluk kepada suatu syarat yang dikenakan di bawah ceraian (6), maka selepas masa yang ditentukan di bawah ceraian itu, peruntukan-peruntukan bab 116(7) hendaklah terus dikenakan berkaitan dengan pemohon dan peruntukan-peruntukan bab 116 hendaklah terus dikenakan berkaitan dengan dokumen perjalanan yang diserahkan oleh pemohon menurut syarat itu seolah-olah tiada pengembalian dibuat kepada pemohon di bawah bab ini.

Kuasa untuk meminta perhubungan.

118.

(1)

Dengan tidak menghiraukan peruntukan-peruntukan sebarang undang-undang bertulis lain, Pendakwa Raya, jika dia menganggap bahawa perhubungan itu mungkin mengandungi apa-apa maklumat yang berkaitan bagi maksud apa-apa penyiasatan ke atas sesuatu kesalahan di bawah Perintah ini, boleh, atas permohonan seseorang pegawai yang diberi kuasa, membenarkan pegawai tersebut — (a) untuk meminta, menahan dan membuka apa-apa barang pos dalam masa penghantarannya melalui pos; (b) untuk meminta apa-apa mesej yang dihantar atau diterima oleh mana-mana telekomunikasi; atau (c) untuk meminta, mendengar dan merakam apa-apa perbualan dengan mana-mana telekomunikasi, dan mendengar rakaman perbualan yang dipintas itu.

(2)

Apabila mana-mana orang dituduh melakukan suatu kesalahan di bawah Perintah ini, apa-apa maklumat yang diperolehi oleh seseorang pegawai polis di bawah ceraian (1), sama ada sebelum atau selepas orang itu dituduh, boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya.

(3)

Kebenaran Pendakwa Raya di bawah ceraian (1) boleh diberikan sama ada secara lisan atau bertulis, tetapi jika kebenaran lisan diberikan, Pendakwa Raya hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, menuliskan kebenaran itu.

(4)

Suatu perakuan Pendakwa Raya yang menyatakan bahawa tindakan yang diambil oleh pegawai polis di bawah ceraian (1) telah dibenarkan olehnya di bawah ceraian itu adalah keterangan muktamad bahawa tindakan itu telah dibenarkan demikian, dan perakuan tersebut boleh diterima sebagai keterangan tanpa bukti tandatangannya.

(5)

Tiada seorang pun boleh di bawah apa-apa kewajipan, liabiliti, atau dengan apa jua cara dipaksa, untuk mendedahkan dalam mana-mana prosiding prosedur, kaedah, cara atau jalan, atau apa-apa perkara yang berkaitan dengannya, mengenai apa-apa hal yang dilakukan di bawah ceraian (1)(a), (b) atau (c).

(6)

Dalam bab ini — “barang pos” mempunyai makna yang sama sebagaimana dalam Akta Pejabat Pos (Penggal 52); “Pendakwa Raya” bermakna Pendakwa Raya itu sendiri; “telekomunikasi” mempunyai makna yang sama sebagaimana dalam Perintah Telekomunikasi, 2001 [S 13/2002].

Kuasa untuk mendapatkan rekod telekomunikasi.

119.

Seseorang pegawai yang diberi kuasa dan Unit Risikan Kewangan dibenarkan untuk mendapatkan daripada mana-mana syarikat telekomunikasi yang ditubuhkan di Negara Brunei Darussalam rekod telekomunikasi seseorang yang sedang disiasat kerana melakukan atau cuba melakukan, suatu kesalahan pembersihan wang haram, kesalahan berat, kesalahan pembiayaan keganasan atau kesalahan di bawah Perintah ini.

Pengesanan harta.

120.

(1)

Jika Unit Risikan Kewangan atau seseorang pegawai yang diberi kuasa, mengikut mana yang berkenaan, mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa seseorang sedang melakukan, telah melakukan atau hampir hendak melakukan suatu kesalahan pembersihan wang haram atau kesalahan berat, Unit Risikan Kewangan atau pegawai yang diberi kuasa itu, mengikut mana yang berkenaan, boleh memerintahkan — (a) supaya apa-apa dokumen yang berkaitan dengan pengenalpastian, pencarian atau penjumlahan apa-apa harta, atau pengenalpastian atau pencarian apa-apa dokumen yang perlu bagi pemindahan harta, kepunyaan, atau ada dalam milikan atau di bawah kawalan orang itu atau mana-mana orang lain, diserahkan kepadanya; atau (b) mana-mana orang supaya mengemukakan maklumat mengenai apa-apa transaksi yang dijalankan oleh atau untuk orang itu dengan orang yang mula-mula disebutkan.

(2)

Mana-mana orang yang — (a) tidak mematuhi suatu perintah di bawah ceraian (1); atau (b) mendedahkan adanya atau kuatkuasa perintah itu kepada mana-mana orang tanpa kebenaran daripada pegawai yang diberi kuasa itu atau Unit Risikan Kewangan atau, mengikut mana yang berkenaan, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $20,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali, dan, dalam hal suatu kesalahan berterusan, boleh dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi $1,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

(3)

Bagi maksud-maksud bab ini, seseorang itu tidak boleh enggan mengemukakan sesuatu dokumen yang diperintahkan untuk dikemukakan di bawah bab ini atas alasan bahawa — (a) dokumen itu mungkin menunjukkan orang itu bersalah atau menyebabkan orang itu boleh dikenakan suatu hukuman; atau (b) pengemukaan dokumen itu akan melanggar obligasi (sama ada dikenakan oleh undang-undang Negara Brunei Darussalam atau pun selainnya) orang itu untuk tidak mendedahkan adanya atau isi kandungan atau kedua-duanya, dokumen itu.

BAHAGIAN VII PENDAKWAAN DAN PERBICARAAN KESALAHAN

Pendakwaan kesalahan.

121.

(1) Sesuatu pendakwaan di bawah Perintah ini tidak boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan persetujuan Pendakwa Raya: Dengan syarat seseorang yang terlibat dalam melakukan kesalahan yang disiasat oleh pegawai yang diberi kuasa boleh ditangkap atau suatu waran bagi penangkapannya boleh dikeluarkan dan dilaksanakan, dan mana-mana orang yang ditangkap itu boleh ditahan dalam kurungan atau diikat jamin, atau boleh dibawa di hadapan mahkamah tanpa akaunnya diambil sebagaimana yang diperuntukkan di bawah ceraian (2), walaupun persetujuan Pendakwa Raya untuk memulakan pendakwaan kerana kesalahan itu belum didapatkan, tetapi kes itu tidak boleh dibicarakan selanjutnya sehingga persetujuan itu telah didapatkan.

(2)

Apabila seseorang itu dibawa di hadapan sesebuah mahkamah di bawah bab ini sebelum Pendakwa Raya mempersetujui pendakwaan itu pertuduhan tersebut hendaklah diterangkan kepadanya tetapi dia tidak boleh diminta untuk membuat akuan, dan peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa pada masa itu berhubung dengan prosedur jenayah hendaklah diubahsuai dengan sewajarnya.

Bidang kuasa Mahkamah.

122.

(1)

Mahkamah Tinggi, Mahkamah Perantaraan atau Mahkamah Majistret boleh membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Perintah ini.

(2)

Dengan tidak menghiraukan peruntukan-peruntukan sebarang undang-undang bertulis yang berlawanan, Mahkamah Majistret boleh mengaward hukuman penuh kerana apa-apa kesalahan di bawah Perintah ini.

BAHAGIAN VIII AM

Dana Perampasan Aset Jenayah.

123.

(1)

Dengan ini ditubuhkan dana yang dipanggil Dana Perampasan Aset Jenayah, yang tertakluk kepada bab ini, hendaklah diuruskan dan dikawal oleh Setiausaha Tetap.

(2)

Menteri boleh membenarkan pembayaran ke dalam Dana suatu jumlah wang atau jumlah-jumlah wang sebagaimana yang mungkin diperlukan untuk menubuhkan atau menyelenggarakannya, dan apa-apa pembayaran itu hendaklah dikenakan kepada dan dibayar dari Kumpulanwang Yang Disatukan.

(3)

Semua amaun — (a) yang disumbangkan oleh Kerajaan bagi penubuhan atau penyelenggaraan Dana; (b) yang didapatkan kembali di bawah atau bagi menyelesaikan wang tunai yang dilucuthakkan di bawah bab 46, perintah perampasan di bawah bab 68, perintah pembayaran di bawah bab 74, perintah mendapatkan kembali manfaat di bawah bab 75, perintah perlucutan hak berdasarkan tiada sabitan di bawah bab 83 atau pengisytiharan kekayaan yang tidak dapat dijelaskan di bawah bab 85; atau (c) yang diterima di bawah perjanjian perkongsian aset; (d) yang dibayar kepada Negara Brunei Darussalam oleh sebuah negara asing, di bawah suatu triti atau penyusunan atau pun sebaliknya, untuk membuat peruntukan bagi bantuan bersama dalam perkara-perkara jenayah; dan (e) selain dari amaun yang disebut dalam perenggan (d), yang dibayar kepada Negara Brunei Darussalam oleh sebuah negara asing berhubung dengan bantuan yang diberikan oleh Negara Brunei Darussalam berkenaan dengan mendapatkan kembali hasil aktiviti yang menyalahi undang-undang oleh negara itu atau penyiasatan atau pendakwaan aktiviti yang menyalahi undang-undang, hendaklah dimasukkan dalam wang-wang yang dibayar ke dalam Dana.

(4)

Wang-wang yang dibayar ke dalam Dana tidaklah menjadi sebahagian dari Kumpulanwang Yang Disatukan.

(5)

Tertakluk kepada ceraian (6), wang-wang dalam Dana hendaklah digunakan oleh Setiausaha Tetap untuk — (a) membayar pampasan kepada mangsa-mangsa yang telah mengalami kerugian akibat dari kesalahan berat; (b) menyelesaikan suatu perintah pampasan di bawah Perintah ini; (c) membolehkan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang yang berkenaan untuk meneruskan usaha mereka dalam membanteras kesalahan pembersihan wang haram, kesalahan berat atau aktiviti yang menyalahi undang-undang; (d) menunaikan obligasi Negara Brunei Darussalam di bawah mana-mana perjanjian perkongsian aset; (e) apa-apa perkara yang, pada pendapatnya boleh membantu dalam mencegah, menumpaskan atau pun sebaliknya menangani kelakuan jenayah dan dalam menangani kelakuan jenayah; (f) membayar perbelanjaan yang dilakukan oleh Setiausaha Tetap dalam mentadbirkan Dana.

(6)

Sebelum menggunakan apa-apa langkah di bawah ceraian (5), Setiausaha Tetap hendaklah berunding dengan Pendakwa Raya dan orang lain sebagaimana yang mungkin dianggapnya berkenaan.

(7)

Wang-wang yang dibayar ke dalam Dana, yang tidak digunakan bagi sebarang maksud yang disebutkan dalam ceraian (5) boleh — (a) dipegang untuk disimpan oleh Setiausaha Tetap; atau (b) disimpan atas nama Dana, dalam akaun semasa atau deposit, dengan sebuah bank atau lebih yang dibenarkan oleh Setiausaha Tetap, dan apa-apa faedah yang diperolehi atas wang-wang tersebut ketika dipegang dalam akaun itu hendaklah dikreditkan ke dalam akaun itu.

(8)

Dalam bab ini, “Setiausaha Tetap” bermakna Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan.

Pampasan.

124.

(1)

Jika prosiding telah dimulakan terhadap seseorang kerana suatu kesalahan atau kesalahan-kesalahan yang dikenakan Perintah ini dan sama ada — (a) prosiding itu tidak mengakibatkan sabitannya atas sebarang kesalahan tersebut; atau (b) jika dia disabitkan atas satu kesalahan tersebut atau lebih; dan (c) sabitan atau sabitan-sabitan itu telah dibatalkan; atau (d) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan telah mengurniakan pengampunan berkaitan dengan sabitan atau sabitan-sabitan itu, Mahkamah Tinggi boleh, atas suatu permohonan oleh mana-mana orang yang memegang harta yang merupakan harta yang boleh direalisasikan, memerintahkan supaya pampasan dibayar kepada pemohon dari Dana jika dengan mengambil kira semua hal keadaan, Mahkamah Tinggi menganggapnya bersesuaian untuk membuat perintah itu.

(2)

Mahkamah Tinggi tidak boleh memerintahkan supaya pampasan dibayar dalam mana-mana kes melainkan jika berpuas hati bahawa — (a) terdapat sesuatu keingkaran berat di pihak seseorang yang terlibat dalam penyiasatan atau pendakwaan kesalahan atau kesalahan-kesalahan itu; dan (b) pemohon telah mengalami kerugian akibat dari apa-apa jua yang dilakukan berhubung dengan harta itu oleh atau menurut suatu perintah di bawah Perintah ini.

(3)

Mahkamah Tinggi tidak boleh memerintahkan supaya pampasan dibayar dalam mana-mana kes jika pada pendapat Mahkamah bahawa prosiding itu sepatutnya dimulakan atau diteruskan meskipun keingkaran berat itu tidak berlaku.

(4)

Amaun pampasan yang akan dibayar di bawah bab ini hendaklah sebagaimana yang difikirkan adil oleh Mahkamah dalam semua hal keadaan kes itu.

Notis atau perintah tidak boleh dianggap sebagai tidak sah kerana kesilapan dalam perihalan.

125.

(1) Tiada notis, pemberitahuan atau proses lain, yang dikeluarkan, disampaikan atau disiarkan, dan tiada perintah, keputusan atau penghakiman yang dibuat, diberikan, dikeluarkan, disampaikan atau disiarkan, di bawah Perintah ini boleh dianggap sebagai tidak sah oleh sebab apa-apa kesilapan atau peninggalan dalam perihalan harta atau orang yang disebutkan di dalamnya jika harta atau orang itu boleh dikenalpasti dari perihalan yang disebutkan itu.

(2)

Dengan tidak menghiraukan ceraian (1), jika apa-apa perintah telah dibuat, atau suatu keputusan atau penghakiman yang diberikan, oleh mana-mana mahkamah dalam mana-mana prosiding di bawah Perintah ini, apa-apa kesilapan atau peninggalan dalam perintah, keputusan atau penghakiman itu berhubung dengan apa-apa perihalan mana-mana harta atau orang boleh pada bila-bila masa dibetulkan oleh mahkamah atas usulnya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak atau mana-mana orang yang terjejas oleh perintah, keputusan atau penghakiman itu.

Penyampaian apa-apa notis atau perintah.

126.

(1) Apa-apa notis atau perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Perintah ini hendaklah, jika dikehendaki untuk disampaikan kepada seseorang individu, disampaikan — (a) dengan menyerahkannya sendiri kepada orang yang baginya notis atau perintah itu dimaksudkan; (b) dengan menyerahkannya kepada orang dewasa di tempat kediaman, pekerjaan atau perniagaan yang terakhir diketahui orang yang baginya notis atau perintah itu dimaksudkan; (c) dengan menghantarnya melalui pos berdaftar kepada orang yang baginya notis atau perintah itu dimaksudkan; (d) jika seseorang pegawai yang diberi kuasa berpuas hati atas sebab-sebab yang akan direkodkan olehnya secara bertulis bahawa notis atau perintah itu tidak dapat disampaikan mengikut cara yang diperuntukkan dalam perenggan (a), (b), atau (c) dengan — (i) menampalkannya pada suatu tempat yang mudah dilihat dalam harta tak alih, jika ada, yang berkenaan dengannya notis atau perintah itu dikeluarkan atau dibuat, atau pada suatu bahagian yang mudah dilihat di premis di mana orang yang baginya notis atau perintah itu dimaksudkan diketahui akhir sekali tinggal, atau akhir sekali bekerja, atau akhir sekali menjalankan perniagaan; (ii) menyiarkan notis atau perintah itu dalam sebuah suratkhabar yang diedarkan dalam kawasan di mana orang yang baginya notis atau perintah itu dimaksudkan diketahui akhir sekali tinggal, atau akhir sekali bekerja, atau akhir sekali menjalankan perniagaan; atau (e) mengikut cara sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah Tinggi.

(2)

Apa-apa notis atau perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Perintah ini kepada mana-mana badan, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, hendaklah disampaikan dengan menyerahkannya di tempat perniagaannya kepada seorang pekerja, ejen atau pegawai badan tersebut, atau, jika seseorang pegawai yang diberi kuasa berpuas hati atas sebab-sebab yang akan direkodkan secara bertulis bahawa notis atau perintah itu tidak dapat diserahkan demikian, dengan menampalkannya pada suatu bahagian premis yang mudah dilihat di tempat perniagaan yang terakhir diketahui badan yang baginya notis atau perintah itu dimaksudkan, dan dengan menyiarkan notis atau perintah itu dalam sebuah suratkhabar tempatan yang diedarkan dalam kawasan di mana tempat perniagaan yang terakhir diketahui itu terletak atau mengikut cara sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah Tinggi.

Perlindungan pemberi maklumat dan maklumat.

127.

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selepas ini, tiada aduan tentang sesuatu kesalahan atau mana-mana prosiding di bawah Perintah ini boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah apa pun, dan tiada saksi boleh diwajibkan atau dibenarkan untuk mendedahkan nama atau alamat mana-mana pemberi maklumat, atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin membawa kepada penzahirananya.

(2)

Jika apa-apa buku, dokumen atau kertas yang dijadikan sebagai keterangan atau boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah apa pun mengandungi apa-apa catatan yang di dalamnya mana-mana pemberi maklumat ada dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin membawa kepada penzahirananya, mahkamah yang di hadapannya prosiding itu dijalankan hendaklah menyebabkan semua catatan itu disembunyikan dari pandangan atau dipadamkan setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada dizahirkan sahaja.

(3)

Jika apa-apa maklumat berhubung dengan suatu kesalahan di bawah Perintah ini diterima oleh seorang pegawai Unit Risikan Kewangan atau institusi pelapor, maklumat dan identiti orang yang memberi maklumat itu hendaklah dirahasiakan di antara pegawai tersebut dan orang itu dan semuanya yang terkandung dalam maklumat itu, identiti orang itu dan semua hal keadaan lain berhubung dengan maklumat itu, termasuk tempat di mana maklumat itu diberikan, tidak boleh didedahkan kecuali bagi maksud-maksud bab 15.

Ejen perangkap.

128.

(1)

Dengan tidak menghiraukan sebarang undang-undang bertulis yang berlawanan, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang kerana sesuatu kesalahan di bawah Perintah ini, tiada ejen perangkap, sama ada dia seorang pegawai agensi penguatkuasaan undang-undang atau tidak, boleh dianggap sebagai tidak boleh dipercayai hanya kerana dia cuba melakukan atau bersubahat, atau telah bersubahat atau telah terlibat dalam komplot jenayah untuk melakukan, kesalahan itu jika tujuan utama percubaan, persubahatannya atau penglibatan itu adalah untuk mendapatkan keterangan terhadap orang itu.

(2)

Dengan tidak menghiraukan sebarang undang-undang bertulis yang berlawanan, sesuatu sabitan kerana apa-apa kesalahan di bawah Perintah ini semata-mata atas keterangan mana-mana ejen perangkap yang tidak disokong tidaklah menyalahi undang-undang dan tiada sabitan itu boleh diketepikan hanya kerana mahkamah yang membicarakan kes itu telah tidak menyebut dalam alasan penghakimannya tentang keperluan untuk mengingatkan dirinya terhadap bahaya membuat sabitan atas keterangan tersebut.

Prosiding di bawah Perintah ini adalah prosiding sivil.

129.

Kecuali berhubung dengan sesuatu kesalahan di bawah Perintah ini — (a) prosiding di bawah Perintah ini adalah prosiding sivil; (b) apa-apa persoalan fakta yang akan diputuskan oleh sesebuah mahkamah atas permohonan di bawah Perintah ini hendaklah diputuskan atas imbangan kebarangkalian; (c) aturan-aturan pengertian yang dikenakan hanya berhubung dengan undang-undang jenayah tidak dikenakan dalam mentafsirkan Perintah ini; (d) aturan-aturan keterangan yang dikenakan dalam prosiding sivil dikenakan kepada prosiding di bawah Perintah ini.

Rayuan.

130.

(1)

Suatu rayuan hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah Rayuan dari apa-apa perintah dan pengisytiharan Mahkamah Tinggi di bawah Perintah ini dan perintah atau pengisytiharan tersebut hendaklah terus berkuatkuasa sehingga rayuan itu diputuskan.

(2)

Tertakluk kepada Aturan-Aturan Mahkamah, suatu rayuan di bawah bab ini hendaklah dibuat dalam masa dan dalam bentuk dan hendaklah didengar mengikut cara suatu rayuan sivil dari Mahkamah Tinggi.

(3)

Mahkamah Rayuan hendaklah, atas rayuan, mempunyai kuasa untuk membuat perintah di bawah bab ini sebagaimana yang mungkin difikirkannya patut.

Perintah sampingan.

131.

(1)

Mahkamah Tinggi boleh, apabila membuat suatu perintah di bawah Perintah ini atau pada bila-bila masa, membuat apa-apa perintah sampingan yang difikirkannya bersesuaian.

(2)

Tanpa membataskan ceraian (1), Mahkamah Tinggi boleh membuat suatu perintah sampingan yang menghendaki supaya maklumat mengenai sesuatu perintah tidak didedahkan kepada orang atau golongan orang yang tertentu.

Perintah persetujuan.

132.

Mahkamah Tinggi boleh membuat suatu perintah dalam prosiding di bawah Perintah ini dengan persetujuan pihak-pihak kepada prosiding itu (dan perintah tersebut boleh dibuat tanpa menimbangkan perkara-perkara yang Mahkamah sebaliknya wajib menimbangkannya dalam prosiding itu).

Kebolehteimaan pernyataan dan dokumen orang yang telah mati atau tidak dapat dikesan dll.

133.

Dengan tidak menghiraukan sebarang undang-undang bertulis yang berlawanan, bagi maksud mana-mana prosiding di bawah Perintah ini — (a) apa-apa pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada seseorang pegawai yang diberi kuasa dalam masa suatu penyiasatan di bawah Perintah ini; dan (b) apa-apa dokumen, atau salinan apa-apa dokumen, yang dirampas daripada mana-mana orang oleh seseorang pegawai yang diberi kuasa pada menjalankan kuasa-kuasanya di bawah Perintah ini, boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Perintah ini di hadapan mana-mana mahkamah, jika orang yang membuat pernyataan atau dokumen itu atau salinan dokumen itu telah mati, atau tidak dapat dikesan atau dijumpai, atau telah menjadi tidak berupaya memberi keterangan, atau yang kehadirannya tidak dapat diperoleh tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang pada pendapat mahkamah tidak munasabah.

Bukti sabitan dan pembebasan.

134.

(1)

Bagi maksud mana-mana prosiding di bawah Perintah ini, hakikat bahawa seseorang telah disabitkan atau dibebaskan atas suatu kesalahan oleh mana-mana mahkamah di Negara Brunei Darussalam atau mana- sebuah mahkamah asing boleh diterima sebagai keterangan bagi maksud untuk membuktikan, jika berkaitan dengan apa-apa isu dalam prosiding itu, bahawa dia melakukan atau tidak melakukan kesalahan itu, sama ada atau tidak dia adalah suatu pihak kepada prosiding itu, dan jika dia disabitkan sama ada dia disabitkan demikian atas akuan bersalah atau pun sebaliknya.

(2)

Mahkamah itu hendaklah menerima sabitan yang disebut dalam ceraian (1) sebagai muktamad melainkan jika — (a) sabitan itu tertakluk kepada kajian semula atau rayuan yang belum lagi diputuskan; (b) sabitan itu telah dibatalkan atau diketepikan; atau (c) mahkamah berpendapat bahawa adalah bertentangan dengan kepentingan keadilan atau kepentingan awam untuk menerima sabitan itu sebagai muktamad.

(3)

Seseorang yang dibuktikan telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah bab ini hendaklah dianggap telah melakukan perbuatan itu dan ada mempunyai keadaan fikiran, jika ada, yang di sisi undang-undang menjadi kesalahan itu.

Penyimpanan rahsia.

135.

(1)

Kecuali bagi maksud melaksanakan kewajipan-kewajipannya atau menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perintah ini atau apabila dikehendaki untuk berbuat demikian secara sah oleh mana-mana mahkamah atau di bawah peruntukan-peruntukan sebarang undang-undang bertulis, tiada seorang pun boleh mendedahkan apa-apa maklumat atau perkara yang telah diperolehnya dalam melaksanakan kewajipan-kewajipannya atau menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perintah ini.

(2)

Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa maklumat atau perkara yang diketahuinya telah didedahkan dengan melanggar ceraian (1) boleh mendedahkan maklumat atau perkara itu kepada mana-mana orang lain.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar ceraian (1) atau (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $100,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pengenaan.

136.

(1)

Perintah ini hendaklah dikenakan kepada apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah Perintah ini — (a) di laut lepas di dalam mana-mana kapal atau mana-mana pesawat udara yang didaftarkan di Negara Brunei Darussalam; (b) oleh warganegara Negara Brunei Darussalam atau penduduk tetap di laut lepas di dalam mana-mana kapal atau mana-mana pesawat udara; (c) oleh warganegara Negara Brunei Darussalam atau penduduk tetap di mana-mana tempat di luar dan melimpasi had kawasan Negara Brunei Darussalam; (d) oleh mana-mana orang terhadap warganegara Negara Brunei Darussalam; (e) oleh mana-mana orang terhadap harta kepunyaan Kerajaan yang terletak di luar Negara Brunei Darussalam, termasuk premis diplomatik atau konsular Negara Brunei Darussalam; (f) oleh mana-mana orang untuk memaksa Kerajaan supaya melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan; (g) oleh mana-mana orang yang lazimnya bermastautin di Negara Brunei Darussalam; (h) oleh mana-mana orang terhadap atau di dalam suatu pelantar tetap semasa pelantar itu ditempatkan di pelantar benua Negara Brunei Darussalam; atau (i) oleh mana-mana orang yang selepas melakukan kesalahan itu berada di Negara Brunei Darussalam, dan boleh diambil tindakan seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di dalam Negara Brunei Darussalam.

(2)

Mana-mana prosiding yang diambil terhadap mana-mana orang di bawah bab ini yang akan menjadi halangan kepada prosiding yang kemudiannya terhadap orang itu atas kesalahan yang sama jika kesalahan itu telah dilakukan di Negara Brunei Darussalam hendaklah menjadi halangan kepada prosiding lanjut terhadapnya di bawah sebarang undang-undang bertulis berhubung dengan ekstradisi atau penyerahan penjenayah buruan yang berkuatkuasa di Negara Brunei Darussalam berkaian dengan kesalahan yang sama di mana-mana wilayah di luar had kawasan Negara Brunei Darussalam.

Arahan untuk mencegah pembersihan wang haram.

137.

(1)

Autoriti boleh mengeluarkan arahan berhubung dengan mana-mana orang atau mana-mana golongan orang sebagaimana yang dianggap perlu untuk... Autoriti untuk mencegah pembersihan wang haram dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.

(2)

Mana-mana orang atau mana-mana ahli golongan orang yang gagal atau enggan mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000,000 dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, boleh dikenakan suatu denda tambahan sebanyak $100,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Arahan dan garis panduan untuk menunaikan obligasi Negara Brunei Darussalam.

138.

(1) Pihak berkuasa pengawalseliaan atau penyeliaan yang berkaitan boleh mengeluarkan arahan dan garis panduan kepada mana-mana orang atau mana-mana golongan orang di bawah pengawalseliaan atau penyeliaan mereka sebagaimana yang mereka anggap perlu untuk menunaikan atau memudahkan penunaian apa-apa obligasi menurut resolusi atau keputusan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu.

(2)

Mana-mana orang atau mana-mana ahli golongan orang yang kepadanya suatu arahan atau garis panduan telah dikeluarkan hendaklah mematuhinya walaupun apa-apa kewajipan lain dikenakan kepadanya oleh sebarang undang-undang bertulis, aturan undang-undang atau kontrak; dan pada melaksanakan apa-apa perbuatan bagi mematuhi arahan atau garis panduan itu maka dia tidak boleh disifatkan sebagai melanggar sebarang undang-undang bertulis, kontrak atau aturan-aturan kelakuan profesional tersebut.

(3)

Tiada seorang pun atau mana-mana golongan orang boleh mendedahkan apa-apa arahan atau garis panduan yang dikeluarkan kepadanya jika pihak berkuasa pengawalseliaan atau penyeliaan yang berkaitan telah memberitahunya bahawa mereka berpendapat sebarang pendedahan itu adalah bertentangan dengan kepentingan awam.

(4)

Mana-mana orang atau mana-mana ahli golongan orang yang gagal atau enggan mematuhi suatu arahan atau garis panduan yang dikeluarkan kepadanya, atau yang mendedahkan suatu arahan atau garis panduan yang dikeluarkan kepadanya dengan melanggar ceraian (3), adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $20,000.

(5)

Pihak berkuasa pengawalseliaan atau penyeliaan yang berkaitan hendaklah melaporkan kepada Menteri mengenai tindakan yang diambil di bawah bab ini setiap 6 bulan atau sebagaimana yang mungkin dikehendaki oleh Menteri.

Kesalahan am.

139.

Mana-mana orang yang melanggar — (a) mana-mana peruntukan Perintah ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya; atau (b) apa-apa spesifikasi atau kehendak yang dibuat, atau apa-apa perintah secara bertulis, arahan, petunjuk, atau notis yang diberikan, atau apa-apa had, terma, syarat atau sekatan yang dikenakan, pada menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah atau menurut mana-mana peruntukan Perintah ini atau peraturan-peraturan di bawahnya, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan, jika tiada hukuman diperuntukkan dengan nyata bagi kesalahan di bawah Perintah ini atau peraturan-peraturannya, dikenakan suatu denda tidak melebihi $250,000.

Percubaan dan persubahatan.

140.

Mana-mana orang yang cuba melakukan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum di bawah Perintah ini, atau bersubahat, membantu, menasihatkan atau menyebabkan supaya sebarang kesalahan tersebut dilakukan, adalah melakukan kesalahan itu dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan yang mula-mula disebutkan itu.

Kesalahan dilakukan oleh badan korporat.

141.

Jika suatu kesalahan terhadap Perintah ini yang dilakukan oleh suatu badan korporat dibuktikan telah dilakukan dengan persetujuan atau pembiaran, atau disebabkan apa-apa kecuaian di pihak mana-mana — (a) pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya badan korporat itu, atau mana-mana orang yang dikatakan bertindak atas jawatan itu; atau (b) orang lain yang memegang suatu kepentingan pengawalan ke atas badan korporat itu, maka dia, dan juga badan korporat itu, adalah juga melakukan kesalahan itu dan boleh diambil tindakan selanjutnya dan dihukum dengan sewajarnya.

Kesalahan dilakukan oleh individu.

142.

Jika seseorang itu boleh dikenakan suatu hukuman di bawah Perintah ini kerana apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan hukuman yang sama kerana perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran pekerja, pengarah, pengawal, atau ejennya jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu dilakukan oleh — (a) pekerjanya dalam masa pekerja itu bekerja; (b) pengarahnya dalam melaksanakan tugas seorang pengarah; (c) pengawalnya dalam melaksanakan tugas seorang pengawal; atau (d) ejennya apabila bertindak bagi pihaknya.

Pemalsuan, penyembunyian dan pemusnahan dokumen dll.

143.

Seseorang, dengan niat hendak memperdaya, berkaitan dengan sesuatu dokumen yang akan dikemukakan atau diserahkan di bawah mana-mana peruntukan Perintah ini, yang membuat atau menyebabkan supaya dibuat suatu catatan palsu, meninggalkan daripada membuat, atau menyebabkan supaya ditinggalkan, apa-apa catatan, atau mengubah, membuat cabutan, menyembunyikan atau memusnahkan, atau menyebabkan supaya diubah, dibuat cabutan, disembunyikan atau dimusnahkan, apa-apa catatan, memalsukan sesuatu dokumen, atau menggunakan atau memegang dalam milikannya suatu dokumen palsu, yang dikatakan sebagai dokumen yang sah, mengubah apa-apa catatan yang telah dibuat dalam apa-apa dokumen atau, atau mengeluarkan atau menggunakan suatu dokumen yang palsu atau tidak betul, seluruhnya atau sebahagiannya, atau mengelirukan adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $20,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali, dan, dalam hal suatu kesalahan berterusan, boleh dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi $1,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Kesalahan boleh tangkap dan tidak boleh jamin.

144.

Tiap-tiap kesalahan terhadap Perintah ini adalah boleh tangkap dan tidak boleh jamin bagi maksud-maksud Kanun Peraturan Jenayah (Penggal 7).

Keterangan mengenai nilai pasaran dadah.

145.

(1)

Dalam mana-mana prosiding di bawah Perintah ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya — (a) seseorang pegawai yang diberi kuasa; atau (b) mana-mana orang lain, yang Mahkamah berpuas hati adalah berpengalaman, (c) dalam penyiasatan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah (Penggal 27); atau (d) dalam menaksir nilai pasaran dadah, boleh memberi keterangan di bawah ceraian (2).

(2)

Seseorang yang disebutkan dalam ceraian (1) boleh memberi keterangan sepanjang yang orang itu maklumi, ketahui atau percayai mengenai nilai pasaran dadah pada masa tertentu atau dalam tempoh tertentu, walaupun terdapat sebarang undang-undang atau amalan berhubung dengan keterangan dengar cakap.

(3)

Apa-apa keterangan yang diberikan di bawah bab ini adalah, sekiranya keterangan yang berlawanan tidak ada, keterangan muktamad mengenai perkara-perkara yang diberikan keterangan itu.

Kuatkuasa undang-undang lain tidak terjejas.

146.

Tiada sebarang apa pun dalam Perintah ini menjejaskan, membataskan atau menyekat — (a) kuatkuasa sebarang undang-undang lain yang membuat peruntukan bagi perlucutan hak harta atau pengenaan hukuman atau denda; atau (b) remedi yang ada kepada Kerajaan selain dari Perintah ini, bagi penguatkuasaan haknya dan perlindungan kepentingannya; atau (c) apa-apa kuasa untuk menggeledah atau apa-apa kuasa untuk merampas atau menahan harta yang boleh dijalankan oleh seseorang pegawai yang diberi kuasa selain dari Perintah ini.

Peruntukan tentang ikat jamin atau bon.

147.

(1) Seseorang yang telah ditangkap oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa boleh dilepaskan dengan ikat jamin atau dengan bonnya sendiri yang dibenarkan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang.

(2)

Peruntukan-peruntukan Penggal XXXV dan XXXVI Kanun Peraturan Jenayah (Penggal 7) hendaklah dikenakan kepada mana-mana ikat jamin atau bon yang dibenarkan di bawah bab ini; dan bagi maksud Kanun Peraturan Jenayah (Penggal 7), apa-apa sebutan kepada “pegawai”, “pegawai polis” atau “pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada inspektor” hendaklah dibaca sebagai termasuk mana-mana pegawai yang diberi kuasa.

Orang yang ditangkap hendaklah diserahkan kepada pegawai polis.

148.

Seseorang pegawai yang diberi kuasa, selain daripada seseorang pegawai polis, yang membuat tangkapan di bawah bab 99 hendaklah menyerahkan orang yang ditangkap itu kepada pegawai polis yang paling hampir atau, sekiranya seseorang pegawai polis tidak ada, membawa orang itu ke balai polis yang berdekatan, dan orang yang ditangkap itu hendaklah diperlakukan mengikut undang-undang berhubung dengan prosedur jenayah yang berkuatkuasa pada masa itu seolah-olah dia telah ditangkap oleh seorang pegawai polis.

Kekebalan dari prosiding.

149.

Tiada tindakan, guaman atau prosiding undang-undang lain boleh diambil terhadap mana-mana — (a) pihak kepada suatu kontrak kerana gagal, mengabaikan atau enggan melaksanakan apa-apa perbuatan yang dikehendaki oleh kontrak itu; atau (b) orang kerana gagal, mengabaikan atau enggan melaksanakan apa-apa perbuatan di bawah sebarang undang-undang bertulis, jika kegagalan, pengabaian atau keengganan tersebut semata-mata disebabkan, atau berpunca dari, peruntukan-peruntukan Perintah ini atau sebarang peraturan yang dibuat di bawahnya.

Perlindungan orang kerana perbuatan yang dilakukan di bawah Perintah ini.

150.

Tiada seorang pun bertanggungan berkaitan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan olehnya pada melaksanakan atau dikatakan pada melaksanakan Perintah ini atau sebarang peraturan yang dibuat di bawahnya jika dia melakukannya dengan kepercayaan yang lurus bahawa kewajipannya di bawah Perintah ini atau sebarang peraturan yang dibuat di bawahnya menghendaki atau memberi hak kepadanya untuk berbuat demikian.

Peraturan-peraturan.

151.

(1)

Menteri atau Autoriti, mengikut mana yang berkenaan, boleh dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, membuat peraturan-peraturan bagi mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang perlu atau mustahak bagi menguatkuasakan dan melaksanakan peruntukan-peruntukan Perintah ini dan pelaksanaannya yang sewajarnya.

(2)

Peraturan-peraturan tersebut boleh termasuk peruntukan-peruntukan bersampingan, berbangkit dan tambahan atau sebagaimana yang dianggap perlu atau mustahak oleh Menteri atau Autoriti, mengikut mana yang berkenaan.

(3)

Mana-mana orang atau mana-mana ahli golongan orang yang gagal atau enggan mematuhi atau melanggar sebarang peraturan yang dibuat di bawah ceraian (1) atau (2), adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000,000 dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, boleh dikenakan suatu denda tambahan sebanyak $100,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Aturan-Aturan Mahkamah.

152.

Ketua Hakim boleh, dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, membuat Aturan-Aturan Mahkamah bagi maksud-maksud Perintah ini.

Pemansuhan Penggal 209, 178, S 52/2000 dan perkeceualian.

153.

(1)

Tertakluk kepada ceraian (2), Akta Antipembersihan Wang Haram, Akta Pengedaran Dadah (Mendapatkan Kembali Hasil) dan Perintah Kelakuan Jenayah (Mendapatkan Kembali Hasil), 2000 adalah dimansuhkan.

(2)

Apa-apa jua yang dilakukan di bawah undang-undang yang dimansuhkan itu dan berkuatkuasa sejurus sebelum tarikh permulaan kuatkuasa Perintah ini dan setakat mana tidak bertentangan dengan Perintah ini hendaklah terus berkuatkuasa seolah-olah dilakukan di bawah Perintah ini, tetapi Menteri atau Autoriti, mengikut mana yang berkenaan, boleh pada bila-bila masa, dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, meminda atau membatalkan apa-apa perkara tersebut. Diperbuat pada hari ini 26 haribulan Rejab, Tahun Hijrah 1433 bersamaan dengan 16 haribulan Jun, 2012 di Istana Nurul Iman Beta, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM