로고

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 7

Suatu Akta bagi menyatukan dan meminda undang-undang yang mengadakan peruntukan bagi pendaftaran penjenayah, orang dibuang negeri, diusir, dinyah negeri dan orang terhad tertentu dan bagi maksud lain yang bersangkutan dengannya. MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Tafsiran 3. Pelantikan pegawai 4. Menteri boleh menyifatkan atau mengisytiharkan butir-butir lain sebagai butir-butir boleh daftar 5. Fungsi pegawai merekod 6. Fungsi pegawai pengesahan 7. Hendaklah disimpan daftar mengenai butir-butir boleh daftar 8. Keengganan menandatangani borang cap jari adalah suatu kesalahan 9. Pemulangan borang cap jari atas pembebasan, dsb. 10. Bukti mengenai cap jari dan sabitan yang dahulu 11. Bukti mengenai sabitan dahulu yang di luar Persekutuan 12. Ketua Polis Negara boleh mengecualikan perkara yang tertentu daripada peruntukan Akta ini 13. Menteri boleh memerintahkan penghapusan butir-butir mengenai orang dibuang negeri, dsb. 14. Peraturan-peraturan 15. Jadual dan borang 16. Pemansuhan dan peralihan J ADUAL P ERTAMA Jadual Kedua Jadual Ketiga

Tajuk ringkas dan pemakaian

1.

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang yang Tidak Diingini 1969.

(2)

Akta ini hendaklah dipakai di seluruh Malaysia.

Tafsiran

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“pegawai pengesahan” ertinya— (a) pegawai pendakwa yang bertanggungjawab bagi mengesahkan keputusan sesuatu kes apabila tamatnya kes itu jika seseorang itu dipertuduh dengan suatu kesalahan boleh daftar; (b) pegawai polis yang bertanggungjawab bagi langkah akhir pembuangan bagi orang dibuang negeri keluar dari Persekutuan dan bagi mengesahkan pembuangan negeri itu; 6 Undang-Undang Malaysia Akta 7 (c) pegawai polis yang bertanggungjawab bagi menyampaikan perintah pengenyahan kepada orang dinyah dan bagi mengesahkan pengenyahan itu; (d) pegawai imigresen atau pegawai polis yang bertanggungjawab bagi langkah akhir pengusiran orang diusir dari Persekutuan atau dari mana-mana Negeri dalam Persekutuan dan bagi mengesahkan pengusiran itu; atau (e) berhubung dengan seseorang yang telah dijatuhi hukuman pemenjaraan bagi sesuatu tempoh kerana suatu kesalahan boleh daftar, mana-mana pegawai penjara (mengikut pengertian mana-mana undang- undang bertulis dalam Persekutuan berhubung dengan penjara) yang bertanggungjawab bagi mengesahkan pemenjaraan itu; “mengesahkan” ertinya melaksana fungsi seorang pegawai pengesahan sebagaimana yang ditetapkan oleh Akta ini; “orang dibuang negeri” ertinya sesiapa jua yang diperintahkan supaya dibuang negeri dari Persekutuan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam Persekutuan yang berhubungan dengan pembuangan negeri; “orang diusir” ertinya sesiapa jua yang diperintahkan supaya diusirkan dari Persekutuan atau dari mana-mana Negeri dalam Persekutuan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam Persekutuan yang berhubungan dengan imigresen; “orang dinyah negeri” ertinya sesiapa jua yang diperintahkan supaya dinyahkan dari Persekutuan di bawah mana-mana undang- undang bertulis dalam Persekutuan yang berhubungan dengan pembuangan negeri; “cap jari” termasuklah cap ibu jari tangan, cap tangan dan cap ibu jari kaki; “borang cap jari” ertinya apa jua borang yang ditetapkan oleh Ketua Polis Negara menurut seksyen 15 bagi maksud merekodkan atau mengesahkan cap jari dan butir-butir boleh daftar yang lain; “pegawai merekod” ertinya— (a) seorang pegawai polis; (b) seorang pegawai kastam atau eksais yang hak (mengikut pengertian mana-mana undang-undang Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 7 bertulis dalam Persekutuan yang berhubungan dengan kastam dan eksais) yang fungsinya adalah untuk mencegah atau mendakwa apa-apa kesalahan boleh daftar di bawah undang-undang itu; (c) seorang pegawai penjara (mengikut pengertian mana- mana undang-undang bertulis dalam Persekutuan yang berhubungan dengan penjara) selain seorang pegawai penjara yang juga seorang pegawai pengesahan; atau (d) seorang pegawai imigresen yang fungsinya adalah untuk mencegah atau mendakwa apa-apa kesalahan boleh daftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam Persekutuan yang berhubungan dengan imigresen; “daftar” ertinya daftar yang disimpan dan disenggarakan di bawah seksyen 7; “Pendaftar” ertinya— (a) Pendaftar Penjenayah; dan (b) mana-mana orang atau pegawai lain yang dilantik di bawah seksyen 3; “kesalahan boleh daftar” ertinya apa-apa kesalahan yang boleh didaftarkan di bawah Akta ini sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan Kedua; “butir-butir boleh daftar” ertinya— (a) butir-butir mengenai apa-apa sabitan atau hukuman berkenaan dengan sesuatu kesalahan boleh daftar; (b) butir-butir mengenai apa-apa perintah yang berhubungan dengan orang dibuang negeri, orang dinyah negeri, orang diusir atau orang terhad; (c) nama, perihalan, gambar foto dan cap jari atau pengelasan cap jari bagi mana-mana orang yang disabitkan atas sesuatu kesalahan boleh daftar, atau bagi mana-mana orang dibuang negeri, orang dinyah negeri, orang diusir atau orang terhad; (d) butir-butir yang disifatkan oleh Menteri sebagai butir- butir boleh daftar di bawah perenggan 4(1)(a); 8 Undang-Undang Malaysia Akta 7 (e) butir-butir yang boleh diisytiharkan oleh Menteri dari semasa ke semasa dengan perintah yang disiarkan dalam Warta sebagai butir-butir boleh daftar di bawah perenggan 4(1)(b); atau (f) butir-butir mengenai mana-mana orang yang telah diambil dan direkodkan di bawah mana-mana undang- undang bertulis yang dimansuhkan di bawah Akta ini; “orang terhad” ertinya sesiapa jua yang diperintahkan supaya diletakkan di bawah kediaman terhad di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam Persekutuan yang berhubungan dengan kediaman terhad.

Pelantikan pegawai

3. Yang di-Pertuan Agong boleh melantik melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta bagi maksud Akta ini—

(a) seorang Pendaftar Penjenayah bagi Persekutuan; (b) Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Penjenayah bagi Persekutuan atau bagi mana-mana bahagian Persekutuan; dan (c) mana-mana pegawai lain bagi Persekutuan atau bagi mana-mana bahagian Persekutuan untuk menjalankan mana-mana atau semua fungsi Pendaftar.

Menteri boleh menyifatkan atau mengisytiharkan butir-butir lain sebagai butir-butir boleh daftar

4.

(1)

Menteri boleh dari semasa ke semasa dengan perintah yang disiarkan dalam Warta— (a) menyifatkan bagi maksud Akta ini butir-butir (yang dikemukakan kepada Pendaftar) mengenai orang yang disabitkan atas apa-apa kesalahan (sama ada suatu kesalahan boleh daftar di bawah Akta ini atau selainnya) di dalam mana-mana negara atau butir- butir mengenai orang yang dibuang negeri, dinyahkan atau diusir dari mana-mana negara atau dari mana- mana bahagian sesuatu negara di luar Persekutuan sebagai butir-butir boleh daftar; atau Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 9 (b) mengisytiharkan bagi maksud Akta ini mana-mana butir (selain butir-butir boleh daftar yang diperihalkan dalam perenggan (a) hingga (d) dalam takrif “butir- butir boleh daftar”) sebagai butir-butir boleh daftar.

(2)

Perintah yang dibuat di bawah perenggan (1)(a) mungkin secara am berkenaan dengan apa-apa butir atau kesalahan atau mungkin secara khas berkenaan dengan mana-mana negara atau mana-mana bahagian sesuatu negara atau berkenaan dengan orang perseorangan, suatu golongan orang perseorangan yang tertentu atau berkenaan dengan apa-apa kesalahan.

Fungsi pegawai merekod

5. Pegawai merekod yang menjaga sesuatu kes hendaklah mengambil atau menyebabkan supaya diambil dan direkodkan cap jari, gambar foto dan butir-butir boleh daftar yang lain dalam borang cap jari mengenai mana-mana orang (selain butir-butir mengenai apa-apa sabitan, hukuman atau perintah lain mahkamah berkenaan dengan sesuatu kesalahan boleh daftar manakala tamatnya kes itu)—

(a) apabila seseorang itu ditangkap kerana sesuatu kesalahan boleh daftar; atau (b) (i) apabila seseorang itu disabitkan atas suatu kesalahan boleh daftar melainkan jika butir-butir boleh daftarnya itu telahpun diambil di bawah perenggan (a); dan (ii) apabila seseorang itu, selain disabitkan atas suatu kesalahan boleh daftar, dihukum dengan pemenjaraan selama sesuatu tempoh; (c) apabila seseorang itu tidak ditangkap tetapi disaman supaya hadir dalam mahkamah atas pertuduhan mengenai suatu kesalahan boleh daftar dan apabila dia kemudiannya disabitkan, atau didapati bersalah tanpa direkodkan sabitan itu di bawah mana-mana perintah mahkamah dengan menghendaki tertuduh mengikat jamin supaya berkelakuan baik, dengan meletakkan tertuduh di bawah percubaan atau meletakkan tertuduh di bawah mana-mana perintah seumpama itu yang lain yang dibuat oleh Mahkamah yang mendapati tertuduh itu melakukan suatu 10 Undang-Undang Malaysia Akta 7 kesalahan boleh daftar (tetapi mengecualikannya daripada suatu perintah sabitan) kecuali jika seseorang itu cuma ditegur atau diberi amaran atau dilepaskan; atau (d) apabila seseorang orang dibuang negeri, dinyah negeri, diusir atau orang terhad dibuang negeri, dinyahkan atau diusir atau diletakkan di bawah suatu perintah kediaman terhad mengikut kehendak keadaan, dan hendaklah mengemukakan borang cap jari itu kepada Pendaftar dan Pendaftar itu hendaklah (tertakluk kepada Akta ini) menyimpan borang itu.

Fungsi pegawai pengesahan

6. Seorang pegawai pengesahan hendaklah mengesahkan borang cap jari—

(a) manakala tamatnya kes itu jika seseorang — (i) dibebaskan dan dilepaskan daripada suatu kesalahan boleh daftar; (ii) didapati melakukan suatu kesalahan boleh daftar tanpa direkodkan sabitan itu di bawah mana- mana perintah mahkamah dengan menghendaki tertuduh mengikat jamin supaya berkelakuan baik, dengan meletakkan tertuduh di bawah percubaan atau meletakkan tertuduh di bawah mana-mana perintah seumpama itu yang lain yang dibuat oleh mahkamah yang mendapati tertuduh itu melakukan suatu kesalahan boleh daftar tetapi mengecualikannya daripada suatu perintah sabitan; atau (iii) disabitkan atas suatu kesalahan boleh daftar; (b) apabila seseorang orang dibuang negeri itu pada kesudahannya dibawa keluar dari Persekutuan; (c) apabila suatu perintah pengenyahan disampaikan kepada seorang orang dinyah negeri; Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 11 (d) apabila seseorang orang diusir pada kesudahannya dibawa keluar dari Persekutuan; atau (e) apabila seseorang orang terhad diletakkan di bawah kediaman terhad, dan hendaklah mengemukakan borang yang telah disahkan dengan sewajarnya itu kepada Pendaftar dan Pendaftar itu hendaklah (tertakluk kepada Akta ini) menyimpan borang itu.

Hendaklah disimpan daftar mengenai butir-butir boleh daftar

7.

(1)

Tertakluk kepada seksyen 12, Pendaftar hendaklah menyimpan dan menyenggarakan— (a) suatu daftar yang mengandungi butir-butir boleh daftar yang berhubungan dengan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak di Ibu Kota; (b) suatu daftar yang mengandungi butir-butir boleh daftar yang berhubungan dengan Sabah di Sabah; dan (c) suatu daftar yang mengandungi butir-butir boleh daftar yang berhubungan dengan Sarawak di Sarawak.

(2)

Pendaftar boleh menyimpan dan menyenggarakan suatu daftar yang mengandungi butir-butir boleh daftar yang berhubungan dengan mana-mana negara di luar Persekutuan yang suatu perintah mengenainya telah dibuat menurut seksyen 4 jika butir-butir boleh daftar itu dikemukakan kepadanya oleh Kerajaan negara itu.

Keengganan menandatangani borang cap jari adalah suatu kesalahan

8.

(1)

Tiap-tiap orang yang butir-butir boleh daftar mengenainya diambil menurut seksyen 5 dan 6 hendaklah menandatangani borang cap jari atau jika orang itu tidak boleh menandatangani dia hendaklah menurunkan cap ibu jarinya dalam borang itu, dan borang itu hendaklah ditandatangani balas oleh pegawai merekod atau pegawai pengesahan mengikut kehendak keadaan itu.

(2)

Tiap-tiap orang yang enggan supaya apa-apa butir boleh daftar mengenainya diambil atau enggan menandatangani borang cap jari atau menurunkan cap ibu jarinya dalam borang itu apabila 12 Undang-Undang Malaysia Akta 7 dikehendaki supaya berbuat demikian dengan sahnya oleh seorang pegawai merekod atau pegawai pengesahan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

(3)

Seorang pegawai merekod atau pegawai pengesahan boleh menurut seksyen 5 dan 6 menggunakan kekerasan yang perlu atau munasabah.

Pemulangan borang cap jari atas pembebasan, dsb.

9.

(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam subseksyen (2) dan (3), Pendaftar atau pegawai polis, mengikut kehendak keadaan itu hendaklah— (a) jika seseorang dibebaskan dan dilepaskan daripada suatu kesalahan boleh daftar, dengan serta-merta menyerahkan borang cap jari, gambar fotonya dan negatif gambar foto itu kepada orang itu atas permohonannya; atau (b) jika seseorang itu didapati melakukan suatu kesalahan boleh daftar, tanpa direkodkan sabitannya, menyerahkan borang cap jari, gambar fotonya dan negatif gambar foto itu kepada orang itu atas permohonannya, apabila habis tempoh percubaan atau tempoh ikat jamin supaya berkelakuan baik atau apa-apa tempoh lain di bawah mana-mana perintah seumpama itu yang lain yang dibuat oleh mahkamah yang mendapati tertuduh itu melakukan suatu kesalahan boleh daftar (tetapi mengecualikannya daripada suatu perintah sabitan) melainkan jika tertuduh itu sekali lagi didapati melakukan suatu kesalahan boleh daftar dalam tempoh itu.

(2)

Jika tiada apa-apa permohonan di bawah subseksyen (1) dibuat dalam tempoh tiga bulan dari tarikh pembebasan dan pelepasan atau habisnya tempoh yang disebut dalam subseksyen (1) Pendaftar hendaklah memusnahkan borang cap jari, gambar foto dan negatif gambar foto itu.

(3)

Jika di bawah perenggan (1)(b) orang itu sekali lagi didapati melakukan suatu kesalahan boleh daftar dalam tempoh yang disebut dalam perenggan itu, maka Pendaftar hendaklah Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 13 bagi maksud Akta ini menyimpan borang cap jari itu dan merekodkan butir-butir boleh daftar mengenai orang itu (termasuklah butir-butir kedua-dua kesalahan itu) dalam daftar seolah-olah dia telah disabitkan bagi kedua-dua kesalahan itu walaupun Mahkamah mengecualikan perintah sabitan berkenaan dengan kesalahan yang kemudiannya itu.

(4)

Tertakluk kepada seksyen 13, subseksyen (1) dan (2) tidaklah dipakai kepada mana-mana orang dibuang negeri, orang dinyah atau orang diusir.

Bukti mengenai cap jari dan sabitan yang dahulu

10.

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2) tiap-tiap— (a) borang cap jari jika disahkan dengan sewajarnya oleh pegawai pengesahan; (b) perakuan, suratan atau cabutan (sama ada berhubung dengan cap jari atau selainnya) yang— (i) berdasarkan catatan yang dicabut daripada daftar; dan (ii) diperakui oleh Pendaftar sebagai dicabut sedemikian; atau (c) perakuan yang ditandatangani oleh Pendaftar bahawa— (i) cap jari seseorang telah dibandingkan dengan cap jari yang lain yang diambil dahulunya atau kemudiannya; dan (ii) cap jari yang telah dibandingkan itu ialah cap jari orang itu juga, hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mahkamah dan menjadi bukti yang cukup mengenai perkara yang diperihalkan dalamnya melainkan jika akasnya dibuktikan.

(2)

Apabila apa-apa perakuan yang dirujuk dalam perenggan (1)(c) itu diterima sebagai keterangan dalam mahkamah, mahkamah atau tertuduh boleh menyaman Pendaftar sebagai seorang saksi dan jika tertuduh berbuat demikian dia hendaklah memberikan notis kepada Pendakwa Raya tidak kurang daripada sepuluh hari sebelum bermulanya perbicaraan itu. 14 Undang-Undang Malaysia A

KTA 7 Bukti mengenai sabitan dahulu yang di luar Persekutuan

11.

(1)

Suatu sabitan yang dahulu dalam sesuatu negara atau di dalam mana-mana bahagian sesuatu negara (yang mengenainya suatu perintah telah dibuat di bawah seksyen 4) di luar Persekutuan boleh dibuktikan dengan pengemukaan perakuan yang dibuat oleh seseorang pegawai yang berkuasa yang memperakui bahawa cap jari seseorang tertuduh telah dibandingkan dengan cap jari seseorang yang telah disabitkan dahulunya dan bahawa cap jari itu ialah cap jari orang itu juga.

(2)

Bagi maksud seksyen ini “pegawai yang berkuasa” ertinya seseorang atau pihak berkuasa yang dibenarkan oleh kerajaan negara itu atau kerajaan mana-mana bahagian sesuatu negara untuk menyimpan dan menyenggarakan cap jari dan butir-butir lain yang disifatkan sebagai butir-butir boleh daftar menurut seksyen 4.

(3)

Apa-apa perakuan yang dikeluarkan oleh pegawai yang berkuasa hendaklah, melainkan jika akasnya dibuktikan, menjadi keterangan mengenai semua perkara yang diperihalkan dalamnya termasuk tandatangan dan kuasa pegawai yang berkuasa itu.

Ketua Polis Negara boleh mengecualikan perkara yang tertentu daripada peruntukan Akta ini

12.

(1)

Ketua Polis Negara boleh mengarahkan supaya mana- mana orang selain seorang orang dibuang negeri, diusir, dinyah negeri atau orang terhad yang— (a) disabitkan atas suatu kesalahan boleh daftar yang dinyatakan dalam Jadual Kedua; (b) apabila disabitkan telah dikenakan hukuman denda yang tidak melebihi seratus ringgit; (c) apabila disabitkan tidak dikenakan hukuman pemenjaraan selama sesuatu tempoh yang bukan hukuman pemenjaraan kerana tidak membayar denda; dan (d) sebelum ini tidak didaftarkan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak yang memperkatakan Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 15 pendaftaran penjenayah sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, dikecualikan daripada peruntukan Akta ini.

(2)

Pendaftar hendaklah, apabila arahan diberikan, menyimpan butir-butir boleh daftar mengenai orang yang telah disabitkan itu selama satu tahun mulai dari tarikh sabitan itu dan hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (3), memusnahkannya dengan serta- merta.

(3)

Ketua Polis Negara boleh, menurut subseksyen (1), membatalkan arahan tersebut sebelum habis tempoh itu dan berikutan dengannya Pendaftar hendaklah merekodkan butir-butir boleh daftar mengenai orang yang disabitkan itu menurut seksyen 7 dan memaklumkan orang itu tentang pembatalan tersebut.

(4)

Seksyen ini tidak dipakai kepada subseksyen 9(3).

(5)

Sesiapa jua yang terkilan dengan pembatalan itu boleh merayu kepada Menteri dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh dimaklumkan tentang pembatalan itu.

Menteri boleh memerintahkan penghapusan butir-butir mengenai orang dibuang negeri, dsb.

13. Menteri boleh, dengan perintah yang disiarkan dalam Warta memerintahkan supaya dihapuskan butir-butir boleh daftar mengenai mana-mana orang dibuang negeri, dinyah negeri atau orang terhad (yang tidak disabitkan atas suatu kesalahan boleh daftar) apabila habis tempoh perintah pembuangan negeri atau pengenyahan itu atau selepasnya atau apabila perintah pembuangan negeri, pengenyahan atau kediaman terhad itu dibatalkan.

Peraturan-peraturan

14. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk menguatkuasakan maksud dan peruntukan Akta ini.

Jadual dan borang

15.

(1)

Menteri boleh dengan perintah yang disiarkan dalam Warta meminda Jadual Pertama dan Kedua. 16 Undang-Undang Malaysia Akta 7

(2)

Ketua Polis Negara boleh melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta, menetapkan borang cap jari atau apa-apa borang lain yang disifatkannya suai manfaat bagi maksud Akta ini.

Pemansuhan dan peralihan

16.

(1)

Undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Ketiga adalah termansuh dan undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Ketiga setakat yang dinyatakan dalamnya sebagai dipinda adalah dengan ini dipinda dengan sewajarnya.

(2)

Apa-apa pemansuhan tidaklah mengganggu keberterusan taraf, perjalanan atau kuat kuasa mana-mana kaedah, peraturan, perintah, kelulusan, arahan, borang, rekod, daftar, cap jari, gambar foto, perakuan, suratan atau butir-butir penjenayah, orang dibuang negeri, dinyah negeri, diusir, terhad atau orang lain yang diambil, direkodkan, digunakan, dimasukkan, disimpan atau disenggarakan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang yang dimansuhkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini. Jadual Pertama [Seksyen 2] A. KESALAHAN BOLEH DAFTAR DI SABAH BAHAGIAN I Kesalahan Di Bawah Kanun Keseksaan Bab dan Seksyen Kesalahan

Bab VI, kesemuanya … … … … … … Terhadap Negara

Seksyen 131-136

… … … … … … Yang berhubungan dengan Angkatan Tentera

Bab XII, kesemuanya … … … … … … Yang berhubungan dengan Duit dan Setem Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 17 Bab dan Seksyen Kesalahan

Seksyen 302, 304

A , 305-308, 312-317, 318, 363-373, 376-377 B … … … … … … …

Seksyen 379-382, 384-389, 392-396, 399-404, 406-410

A , 411-414, 417-424, 429-433, 435-440, 448-462 … Mengenai Tubuh Manusia Terhadap Harta

Seksyen 465-469, 471-477

A , 489 A -489 D … … Berhubungan dengan dokumen

Bab V, kesemuanya … … … … … … Pensubahatan

Seksyen 120

B … … … … … … Komplot Jenayah

BAHAGIAN II

Kesalahan Di Bawah Undang-Undang Sabah No. Tajuk Ringkas Seksyen

Bab 91 … … Candu dan Candu Mentah … … Kesemua Kesalahan Bab 77 … … Cap Barang-Barang Perniagaan … 9, 11

Bab 50 … … Judi 4(1), 7(1) Ord. 4 tahun 1959 Kanun Tatacara Jenayah 72, 73, 249

Bab 116… … Kereta Api 25, 26

Bab 80 … … Kesalahan-Kesalahan Kecil … … 18, 21 dan 22 A Ord. 21 tahun 1961 Ketenteraman Awam … … … 3(2), 4(1), 5, 6, 7, 12, 13(1)

Bab 128… … Lalu Lintas Jalan 14 A , 15(1), 16, 17 A Ord. 6 tahun 1962 Pemeliharaan Keselamatan Awam … Kesemua Kesalahan dan Peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya

Bab 151… … Penerbitan Yang Tidak Diingini … 4, 5

Bab 100… … Racun, Dadah Berbahaya… … … Kesemua Kesalahan Ord. 17 tahun 1956 Senjata Api dan Letupan… … … 5, 11, 12(4), 16, 16 A , 22(5) 18 Undang-Undang Malaysia Akta 7

BAHAGIAN III

Kesalahan Di Bawah Ordinan-Ordinan Persekutuan (Ditinggalkan)*

BAHAGIAN IV

Kesalahan Di Bawah Akta-Akta Parlimen Yang Diperluas Ke Sabah No. Tajuk Ringkas Seksyen **Akta 89 … Akta Insurans 1963 … … … 3, 17(1), 19(1), 20(6), 20(7), 39(1) Akta 82 … Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 Kesemuanya Akta 575 … Akta Pencegahan Rasuah 1997 … Kesemuanya P.W. (N.S.) 885 tahun 1957 Perlembagaan Persekutuan … … 16 Jadual Kedua Akta 165 … Akta Membaharui Undang-Undang (Penghapusan Samsu Gelap) 1976 3, 4, 5, 6, 7 dan 12 Akta 150 … Akta Pasport 1966 … … … 12(1)(a) hingga (k) Akta 37 … Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 Ord. 22/1970 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1970 3, 3 A , 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 2(1) † Akta 79 … Akta Buang Negeri 1959 … … 14 Akta 372 … Akta Bank Dan Institusi Kewangan 1989 † Akta 357 … Akta Bahan-Bahan Kakisan dan 4, 20, 25, 26, 27, 28, 45, 46, 49, 97, 105, 115 dan 3, 4, 5, 6(1), 6 A

(1)

, 7(1), Akta 234 … Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 Akta Dadah Berbahaya 1952 … 8(1) Kesemuanya Akta 283 … Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Kesemuanya *CATATAN—Butir-butir di bawah Bahagian ini telah dimasukkan ke Bahagian IV. **CATATAN—Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Insurans 1996 [Akta 553]. † CATATAN—Butir-butir ini dahulunya dalam Bahagian III. Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 19 No. Tajuk Ringkas Seksyen † Akta 5… … Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 3, 4, 5, 6(1), 11(1)(a), 11(1)(b) Akta 155 … Akta Imigresen 1959/63 … … 56(1) (l) † Akta 465 … Akta Perkhidmatan Pos 1991 … 25, 26, 29-32 dan 37 † Akta 296 … Akta Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 1958 Kesemuanya † Akta 15 … Akta Hasutan 1948 … … … B. KESALAHAN BOLEH DAFTAR DI SARAWAK

BAHAGIAN I

Kesalahan Di Bawah Kanun Keseksaan (Ordinan 1934—Bab 57) Bab dan Seksyen Kesalahan

Bab VI, kesemuanya Terhadap Negara

Bab VII—Seksyen 131-136 Berhubungan dengan Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara

Bab XII—Seksyen 232-241, 243-263… … … Kesalahan yang berhubungan dengan Duit dan Setem Kerajaan

Bab XV—Seksyen 297 A … … … … … Mengganggu tanah perkuburan atau mayat manusia

Bab XVI—Seksyen 302-308 … … … … Kesalahan mengenai Nyawa

Seksyen 312-318 … … …

… … … Menyebabkan keguguran, dsb.

Seksyen 363-373

B … … … … … Penculikan dan Pemelarian

Seksyen 376, 376

A , 377, 377 A dan 377 B … … Rogol dan Kelucahan † CATATAN—Butir-butir ini dahulunya dalam Bahagian III. 20 Undang-Undang Malaysia Akta 7 Bab dan Seksyen Kesalahan

Bab XVII—

Seksyen 379-389 …

… … … … … Mencuri

Seksyen 392-402 …

… … … … … Rompak dan Rompak Berkumpulan

Seksyen 403-409 …

… … … … … Menyalahgunakan Harta dan Pecah Amanah Jenayah

Seksyen 411-424 …

… … … … … Harta Curi, Tipu dan Surat Ikatan Fraud

Seksyen 429-433, 435-440

… … … … Khianat

Seksyen 448, 449-462… …

… … … … Pencerobohan Jenayah, dsb.

Bab XVIII—

Seksyen 465, 466-469, 472-489 (

A - D ) … … … Pemalsuan, dsb.

BAHAGIAN II

Kesalahan Di Bawah Ordinan-Ordinan Dan Peraturan-Peraturan Sarawak No. Tajuk Ringkas Seksyen — Akta Rahsia Kerajaan—1911 Kesemuanya — Akta Rahsia Kerajaan—1920 Kesemuanya Ord. 16/1961… Kesihatan Otak 17 dan 19 Ord. 14/1960… Lalu Lintas Jalan 27, 28 dan 29

Bab 60 … … Ordinan Cap Barang-Barang Perniagaan 1953 9, 11, 13 dan 15

Bab 27… … Ordinan Eksais 1961 45(b)

Bab 58… … Ordinan Kanun Tatacara Jenayah 1933 Ord. 8/1962 … Ordinan Ketenteraman Awam 1962 4, 5(2), 6 dan 7

Bab 137… … Ordinan Eletrik 1956 33(3)

Bab 92 … … Ordinan Perkahwinan Gereja dan Sivil 1931 29, 30, 31, 33 dan 34

Bab 135… … Ordinan Senjata dan Letupan 1931 6(3), 8(2) dan 28

Bab 66 … … Ordinan Syarikat Kerjasama 1949 Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 21 No. Tajuk Ringkas Seksyen Ord. 13/1962… Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam (Per. 1963 yang dibuat di bawah Ord. 13/1962) 6, 6 A , 7 A , 9, 36 dan 39 Ord. 2/1960 … Perkapalan Saudagar 13, 190 dan 191

BAHAGIAN III

Kesalahan Di Bawah Ordinan Persekutuan (Ditinggalkan)*

BAHAGIAN IV

Kesalahan Di Bawah Perlembagaan Dan Akta-Akta Parlimen No. Tajuk Ringkas Seksyen Akta 372 … Akta Bank Dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 4, 20, 25, 26, 27, 28, 45, 46, 49, 97, 105, 115 dan **Akta 89 … Akta Insurans 1963 … … … 3, 17(1), 19(1), 20(6), 20(7), 39(1) Akta 360 … Akta Kebankrapan 1967 … … 109, 112, 115(3) Akta 82 … Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 Kesemuanya Akta 575 … Akta Pencegahan Rasuah 1997 … Kesemuanya P.W. (S.B.) 885 tahun 1957 Perlembagaan Persekutuan … … 16 dalam Bahagian III Jadual Kedua Akta 335 … Akta Pertubuhan 1966 … … … 42-49 dan 52 Akta 165 … Akta Membaharui Undang-Undang (Penghapusan Samsu Gelap) 1976 3, 4, 5, 6, 7 dan 12 Akta 150 … Akta Pasport 1966 12(1)(a) hingga (k) Akta 37 … Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 3, 3 A , 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 *CATATAN—Butir-butir di bawah Bahagian ini telah dimasukkan ke Bahagian IV. **CATATAN—Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Insurans 1996 [Akta 553]. 22 Undang-Undang Malaysia Akta 7 No. Tajuk Ringkas Seksyen Ord. 22/1970 Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970 2(1) † Akta 79 … Akta Buang Negeri 1959 … … 14 † Akta 357 … Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 3, 4, 5, 6(1), 6 A

(1)

, 7(1), 8(1) Akta 234 … Akta Dadah Berbahaya 1952 … … Kesemuanya Akta 283 … Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Kesemuanya Akta 5… … Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 3, 4, 5, 6(1), 11(1)(a), 11(1)(b) † Akta 155 … Akta Imigresen 1959/63… … … 56(1) (l) † Akta 465 … Akta Perkhidmatan Pos 1991 … … 25, 26, 29-32 dan 37 † Akta 296 … Akta Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 1958 Kesemuanya Akta 15 … Akta Hasutan 1948 … … … 4 C. KESALAHAN BOLEH DAFTAR DI SEMENANJUNG MALAYSIA

BAHAGIAN I

Kesalahan Di Bawah Kanun Keseksaan Bab dan Seksyen Kesalahan

Bab VI, kesemuanya … … … … Terhadap Negara

Seksyen 131-136 …

… … … … Berhubungan dengan Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara Bab-XII, kesemuanya … … … … Berhubungan dengan Duit dan Setem

Seksyen 302, 304-308

… … … … Mengenai Nyawa

Seksyen 312-318 …

… … … … Berhubungan dengan Kelahiran

Seksyen 363-373

A … … … … … Penculikan, Pengabdian † CATATAN—Butir-butir ini dahulunya dalam Bahagian III. Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 23 Bab dan Seksyen Kesalahan

Seksyen 376-377

A … … … … … Rogol, Kesalahan Luar Tabi‘i,

Seksyen 379-424 …

… … … … Melanggar Kesopanan Mencuri, Tipu, dsb .

Seksyen 429-433, 435-440 …

… … Khianat

Seksyen 448-462 …

… … … … Pencerobohan rumah, Pecah rumah, dsb .

Seksyen 465-477

A … … … … Pemalsuan

Seksyen 489

A -489 D … … … … Berhubungan dengan Mata Wang Kertas dan Surat Janji Bayaran

Bab V dan Seksyen 511 … … … Bank … Menyubahati dan Mencuba hendak melakukan mana-mana jua kesalahan di atas

BAHAGIAN II

Kesalahan Di Bawah Ordinan-Ordinan Persekutuan Dan Kesatuan Tanah Melayu No. Tajuk Ringkas Seksyen P.T.M. 70 tahun 1952 Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 56, 87, 106, 157, 177, 200(3), 220, 300, 406, P.U. 87 tahun 1959 Peraturan-Peraturan Pencegahan Jenayah 1959 Per. 11(a), 11(b) Akta 296 … Akta Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 1958 Kesemuanya Ord. Darurat No. 5 tahun 1969 Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 A

(4)

, 13 C

(1)

BAHAGIAN III

Kesalahan Di Bawah Enakmen Negeri Yang Telah Dipakai Di Seluruh Persekutuan No. Tajuk Ringkas Seksyen Akta 377 … Akta Kediaman Terhad 1933 … … 6, 7 24 Undang-Undang Malaysia Akta 7

BAHAGIAN IV

Kesalahan Di Bawah Enakmen Negeri Yang Telah Dipakai Di Seluruh Semenanjung Malaysia Dan Di Bawah Ordinan Negeri Selat Yang Bersamaan No. Tajuk Ringkas Seksyen Akta 593 … Kanun Tatacara Jenayah … … 67, 68, 69, 79, 297 N.S. Bab 21 … Kanun Tatacara Jenayah … … 14, 73 hingga 77 termasuk N.M.B. Bab 43 Enakmen Manuver Tentera … … 7(2) N.S. Bab 103 … Ordinan Manuver Tentera … …

BAHAGIAN V

Kesalahan Di Bawah Undang-Undang Negeri Dan Negeri Selat Yang Lain No. Tajuk Ringkas Seksyen N.M.B. Bab 149 Enakmen Pembeli-Pembeli Emas… … 3, 3 A N.M.B. Bab 147 Enakmen Lombong … … … … A Enakmen Kedah 5/1952 Enakmen Kerakyatan 1952… … … Enakmen Johor 2/1952 Enakmen Kerakyatan 1952… … … Enakmen Kelantan 2/1952 Enakmen Kerakyatan 1952… … … Enakmen Negeri Sembilan 2/1952 Enakmen Kerakyatan 1952… … … Enakmen Pahang 2/1952 Enakmen Kerakyatan 1952… … … Enakmen Perak 1/1952 Enakmen Kerakyatan 1952… … … Enakmen Perlis 1/1952 Enakmen Kerakyatan 1952… … … Enakmen Selangor 2/1952 Enakmen Kerakyatan 1952… … … Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 25 No. Tajuk Ringkas Seksyen Enakmen Terengganu 3/1952 Enakmen Kerakyatan 1952… … … 16 N.M.B. Bab 151 Enakmen Perlindungan Hasil Ladang … 3, 4, 5 N.S. Bab 121 Ordinan Pendaftaran Surat Ikatan… … 27, 28 Kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang yang pada masa itu berkuat kuasa di dalam mana-mana Negeri dan Negeri Selat yang bersamaan dengan mana-mana peruntukan undang-undang yang dinyatakan dalam Bahagian ini bagi Jadual ini.

BAHAGIAN VI

Kesalahan Di Bawah Perlembagaan Dan Akta Parlimen No. Tajuk Ringkas Seksyen Akta 206 … Akta Senjata 1960 … … … 9, 10(1) & (2), 12(2), 14(1), 15(1), 21, 22(3), 23(1), 25(2), 30(1) (a) , 30(2), 34(1) & (4) dan 40 jika berkenaan Akta 360 … Akta Kebankrapan 1967… … … 109, 112, 115(3) P.W. (S.B.) 885 tahun 1957 Perlembagaan Persekutuan … … 16 Jadual Kedua Akta 283 … Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Kesemuanya Akta 234 … Akta Dadah Berbahaya 1952 … … Kesemuanya *Akta 89 … Akta Insurans 1963 … … … 3, 17(1), 19(1), 20(6), 20(7), 39(1) Akta 82 … Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 Kesemuanya Akta 365 … Akta Penculikan 1961 … … … 3(1), 4, 5(1), 5(2) Akta 575 … Akta Pencegahan Rasuah 1997… … Kesemuanya Akta 335 … Akta Pertubuhan 1966 … … … 42 hingga 49 dan 52 Akta 165 … Akta Membaharui Undang-Undang (Penghapusan Samsu Gelap) 1976 3, 4, 5, 6, 7 dan 12 *CATATAN—Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Insurans 1996 [Akta 553]. 26 Undang-Undang Malaysia Akta 7 No. Tajuk Ringkas Seksyen Akta 150 … Akta Pasport 1966 12(1)(a) hingga (k) Akta 37 … Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 3, 3 A , 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 Ord. 22/1970 Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970 2(1) Akta 468 … Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 33 dan 34 † Akta 191 … Akta Melarikan Orang dan Menakutkan Saksi Secara Jenayah 1947 3, 4, 5, 6 *Akta 8 … Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 36 dan 86 † Akta 336 … Akta Kesalahan Kecil 1955 … … (i) , 28 (j) , 28 (k) , 29 † Akta 88 … Akta Rahsia Rasmi 1972 … … 3, 5, 6, 8, 9, 10, 11 dan 12 jika berkenaan † Akta 297 … Akta Pencegahan Jenayah 1959 … 15(4), 16(2), 18 † Akta 106 … Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 Kesemuanya † Akta 79 … Akta Buang Negeri 1959… … … Akta 372 … Akta Bank Dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 4, 20, 25, 26, 27, 28, 45, 46, 49, 97, 105, 115 dan † Akta 357 … Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 3, 4, 5, 6(1), 6 A

(1)

, 7(1), 8(1) † Akta 5 … Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 … 3, 4, 5, 6(1), 11(1)(a), 11(1)(b) † Akta 155 … Akta Imigresen 1959/63… … … 56(1) (l) † Akta 465 … Akta Perkhidmatan Pos 1991… … 25, 26 dan 29-32 † Akta 15 … Akta Hasutan 1948 … … … † Akta 463 … Akta Kereta Api 1991 66, 67, 69 **P.T.M. 61 tahun 1950 Ordinan Pemegang Amanah Raya 1950 22(10) *CATATAN—Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Tabung Haji 1995 [Akta 535] dan dahulunya dalam Bahagian II. **CATATAN—Ordinan ini telah disemak dan kemudiannya dimansuhkan oleh Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 [ Akta 532 ] dan tiada seksyen yang bersamaan dengan subseksyen 22(10) dalam Akta ini. † CATATAN—Butir-butir ini dahulunya dalam Bahagian II. Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 27 Jadual Kedua [Seksyen 2 dan 12] A. KESALAHAN BOLEH DAFTAR DI SABAH YANG BERKENAAN DENGANNYA PENDAFTARAN BOLEH DIKECUALIKAN DI BAWAH SEKSYEN 12

BAHAGIAN I

Kesalahan Di Bawah Kanun Keseksaan Bab dan Seksyen Kesalahan

Seksyen 144, 145, 147, 148, 150, 152, 158 … … Perhimpunan yang Menyalahi

Undang-Undang, dsb.

Seksyen 160

A , 161, 162, 163, 164, 165, 166, 167, 168, 170, 171, 177, 178, 181, 186, 189

Seksyen 193-201, 203-216

A , 217-222, 224, 225, 225 A , Berhubungan dengan Pekhidmat Awam Keterangan Palsu dan terhadap Keadilan Awam

Seksyen 270, 272-276, 276

A , 280, 281, 282 … … Terhadap Kesihatan dan Keselamatan Awam

Seksyen 298

A Berhubungan dengan Agama

Seksyen 309, 317

A

(1)

, 317 A

(5)

, 323, 324-333, 335, 338, 342-348, 353-356 Mengenai Tubuh Manusia

Seksyen 427-428

… … … … … … Terhadap Harta

Seksyen 493-498

… … … … … … Berhubungan dengan Perkahwinan

Seksyen 500-502

… … … … … … Fitnah

Seksyen 504-507

… … … … … … Ugutan Jenayah

BAHAGIAN II

Kesalahan Di Bawah Ordinan Sabah No. Tajuk Ringkas Seksyen

Bab 77 … Cap Barang-Barang Perniagaan … 8, 12-15, 37 Ord. 18 tahun 1959 Eksais… … … … … … 35, 36(1), 38, 39 28 Undang-Undang Malaysia Akta 7 No. Tajuk Ringkas Seksyen

Bab 73

… Hasil Arak … … … … … 35, 36

Bab 129

… Insurans Pihak Ketiga Lalu Lintas Jalan

Bab 50

… Judi … … … … … … 5, 6, 10

Bab 159

… Keselamatan Perempuan dan Kanak- kanak Perempuan 3(1), 4(1), 6(1), 7

Bab 94 … Pajak Gadai Kesemua kesalahan

Bab 66

… Penjual Barang Kemas … … …

Bab 112

… Pungutan Awam … … … … 3(2)

BAHAGIAN III

Kesalahan Di Bawah Ordinan Persekutuan (Ditinggalkan)*

BAHAGIAN IV

Kesalahan Di Bawah Akta Parlimen Yang Diperluas Ke Sabah No. Tajuk Ringkas Seksyen Akta 235 … Akta Kastam 1967 … … … 135, 137 † Akta 155 † Akta 15 **Akta 20 … Akta Imigresen 1959/63 … … 5, 6, 8, 9, 15, 36, … Akta Hasutan 1948 … … … 56(1) (i) 9, 10 … Akta Telekomunikasi 1950 … … 25, 26, 27, 29, 30 *CATATAN—Butir-butir di bawah Bahagian ini telah dimasukkan ke Bahagian IV. **CATATAN—Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan dahulunya dalam Bahagian III. † CATATAN—Butir-butir ini dahulunya dalam Bahagian III. Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 29 B. KESALAHAN BOLEH DAFTAR DI SARAWAK YANG BERKENAAN DENGANNYA PENDAFTARAN BOLEH DIKECUALIKAN DI BAWAH SEKSYEN 12

BAHAGIAN I

Kesalahan Di Bawah Kanun Keseksaan (Ordinan: 1934—Bab 57) Bab dan Seksyen Kesalahan

Bab VIII—

Seksyen 141-158 …

… … … … … Terhadap Ketenteraman Awam

Seksyen 161-165 …

… … … … … Suapan Menyalahi Undang- Undang

Bab IX—Seksyen 167, 170, 177, 181 dan 189 … … Kesalahan yang berhubungan dengan Pekhidmat Awam

Bab XI—Seksyen 193-201, 203-229, 270, 281, 295 … Keterangan Palsu dan Kesalahan terhadap Keadilan Awam

Seksyen 298

A …

Bab XVI— … … … … … … Berhubungan dengan Agama

Seksyen 324-333, 335-338…

… … … … Kesalahan mengenai Tubuh Manusia

Seksyen 343-348 … …

… … … … Pengurungan Salah

Seksyen 353-356 … …

… … … … Kekerasan Jenayah

Bab XVII—Seksyen 427 dan 428… … … … Khianat

Bab XVIII—Seksyen 493-496 … … … … Kesalahan yang berhubungan dengan Perkahwinan

Bab XX—Seksyen 498 … … … … … Memujuk lari seseorang perempuan yang bersuami

Bab XXII—Seksyen 504-507 … … … … Ugutan Jenayah, Pengaiban dan Penggusaran Undang-Undang Malaysia

Akta 7

Bahagian II

Kesalahan Di Bawah Peraturan-Peraturan Dan Ordinan-Ordinan Sarawak No. Tajuk Ringkas Seksyen Ord. 14/1962 Cetak Mencetak 4, 8 dan 10 Ord. 3/1959 Keselamatan Orang Muda dan Kanak- 7 Kanak Ord. 16/1961 Kesihatan Otak 18 dan 20

Bab 20 … Ordinan Hasutan 1938 … … 8(1)(a) dan 8(2)

Bab 60 … Ordinan Cap Barang-Barang Perniagaan 1953 7, 8, 12, 16 dan 17

Bab 27

… Ordinan Eksais 1951 … … … 41 dan 42

Bab 126

… Ordinan Hutan 1954 … … … 81, 83, 84, 85, 86 dan 87

Bab 138

… Ordinan Judi 1957 … … … 4, 5 dan 8

Bab 137

… Ordinan Eletrik 1956 … … … 33(4) dan 33(5)

Bab 22 … Ordinan Mata-Mata 1955 … … 81

Bab 10 … Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Mati 27 1951

Bab 121 … Ordinan Racun 1956 … … … 16(1)

Bab 135

… Ordinan Senjata dan Letupan 1931 … 19, 21(2), 29, 30 A dan

Bab 52

… Ordinan Surat Akuan 1950 … …

Bab 139

… Ordinan Surat Khabar Tempatan 1958 Ord. 2/1960 … Perkapalan Saudagar … … … 28, 38, 81, 101, 142, 197 dan 261(2)

BAHAGIAN III

Kesalahan Di Bawah Ordinan-Ordinan Persekutuan (Ditinggalkan)* *CATATAN—Butir-butir di bawah Bahagian ini telah dimasukkan dalam Bahagian IV. Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 31

BAHAGIAN IV

Kesalahan Di Bawah Akta-Akta Parlimen No. Tajuk Ringkas Seksyen *Akta 20 … Akta Telekomunikasi 1950 … … 25, 26, 27, 29, 30 † Akta 155 … Akta Imigresen 1959/63… … … 5, 6, 8, 9, 15, 36, 43, 56(1) (i) Akta 235 … Akta Kastam 1967… … … … 135 dan 137 C. KESALAHAN BOLEH DAFTAR DI SEMENANJUNG MALAYSIA YANG BERKENAAN DENGANNYA PENDAFTARAN BOLEH DIKECUALIKAN DI BAWAH SEKSYEN 12 BAHAGIAN I Kesalahan Di Bawah Kanun Keseksaan Bab dan Seksyen Kesalahan

Seksyen 144-150, 152-158 …

… … … Perhimpunan yang Menyalahi Undang-Undang, Rusuhan, dsb.

Seksyen 161, 165, 170 … …

… … … Berkenaan dengan Penjawat Awam

Seksyen 177, 181, 186, 189 …

… … … Maklumat Palsu, dsb .

Seksyen 193-201… … …

… … … Keterangan Palsu

Seksyen 203-222… … …

… … … Melindungi Pesalah, dsb.

Seksyen 224, 225, 225

A , 227, 229 … … Lari, dsb.

Seksyen 270, 281, 295 … …

… … Keselamatan Awam, Agama

Seksyen 298

A … … … … … … Berkaitan dengan Agama

Seksyen 324-333, 335-338 … …

… … Menyebabkan cedera

Seksyen 343-348 … … …

… … Pengurungan Salah

Seksyen 353-356 … … …

… … Kekerasan Jenayah

Seksyen 427, 428 … … …

… … Khianat *CATATAN—Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [ Akta 588 ] dan dahulunya dalam Bahagian III. † CATATAN —Butir-butir ini dahulunya dalam Bahagian III. 32 Undang-Undang Malaysia Akta 7 Bab dan Seksyen Kesalahan

Seksyen 493-496, 498

… … … … Berkenaan dengan Perkahwinan

Seksyen 504-507 …

… … … … Ugutan Jenayah

Bab V dan Seksyen 511 … … … … Menyubahati dan Mencuba melakukan mana-mana jua kesalahan di atas

BAHAGIAN II

Kesalahan Di Bawah Ordinan-Ordinan Persekutuan Dan Kesatuan Tanah Melayu No. Tajuk Ringkas Seksyen Akta 495 … Akta Pertaruhan 4, 5, 6(3) *P.T.M. 10 tahun 1950 P.T.M. 70 tahun 1952 **P.T.M. 53 tahun 1952 Ordinan Cap Barang Perniagaan 1950 7, 8, 9, 11, 12, 13, 15, 18, 19 dan 20 Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 … 26, 57, 60, 93(1), 183(f), 384, 387, 388 Ordinan Pendaftaran Perkahwinan 1952 14(1)(a)

BAHAGIAN III

Kesalahan Di Bawah Undang-Undang Negeri Yang Lain No. Tajuk Ringkas Seksyen N.M.B. Bab 153 … Enakmen Hutan 31, 32 Kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang yang pada masa itu berkuat kuasa di dalam mana-mana Negeri yang bersamaan dengan mana- mana peruntukan undang-undang yang dinyatakan dalam Bahagian ini bagi Jadual ini. *CATATAN—Ordinan ini telah dimansuhkan oleh Akta Perihal Dagangan 1972 [Akta 87]. **CATATAN—Ordinan ini telah dimansuhkan oleh Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164]. Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 33

BAHAGIAN IV

Kesalahan Di Bawah Akta-Akta Parlimen No. Tajuk Ringkas Seksyen Akta 235 … Akta Kastam 1967 135, 137 †Akta 289 … Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 4, 5, 8 †Akta 234 … Akta Dadah Berbahaya 1952 … Kesemuanya Akta 176 … Akta Eksais 1976… … … … 21(1) & (2), 74(1), 77, 78(1) & (2) dan 80 jika berkenaan †Akta 207 … Akta Bahan Letupan 1957 … … Kesemuanya dan mana- mana kaedah dan peraturan yang dibuat atau disifatkan dibuat di bawahnya 3(2) & (3), 6, 7, 8 †Akta 200 … Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 1947 †Akta 155 †Akta 288 … … Akta Imigresen 1959/63 … … Akta Loteri 1952… … … … 5, 6, 8, 9, 15, 36, 43, 56(1)(i) 9, 10 *Akta 8 … Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 36, 86 †L.N. 151 tahun 1960 Peraturan-Peraturan Pendaftaran 1960 Negara Per. 24(1)(a), (d), (e), (i), (j) dan (l) †Akta 368 … Akta Jualan Dadah 1952 … … †Akta 15 … Akta Hasutan 1948 … … … 9, 10 Akta 335 … Akta Pertubuhan 1966 … … 42-49, 52 **Akta 20 … Akta Telekomunikasi 1950 … 25, 26, 27, 29, 30 *CATATAN—Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Tabung Haji 1995 [Akta 535] dan dahulunya dalam Bahagian II. **CATATAN—Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [ Akta 588 ] dan dahulunya dalam Bahagian II. † CATATAN —Butir-butir ini dahulunya dalam Bahagian II. 34 Undang-Undang Malaysia Akta 7 Jadual Ketiga [Seksyen 16] BAHAGIAN I Pemansuhan Nombor Tajuk 18/1948 … … Ordinan Pendaftaran Penjenayah (Negeri-Negeri Tanah 18/1956 … … Melayu) Ordinan Cap Jari (Sabah) 14/1958 … … Ordinan Cap Jari (Sarawak)

BAHAGIAN II

Pindaan Nombor Tajuk Pindaan 4/1959 … Kanun Tatacara Jenayah (Sabah)

Bab 58 … Kanun Tatacara Jenayah (Sarawak)

1. Dalam perenggan (c) subseksyen

(3)

seksyen 245, bagi perkataan “Ordinan Cap Jari” hendaklah digantikan dengan perkataan “Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969”.

2. Dalam nota birai kepada perenggan

(c) subseksyen (3) seksyen 245, rujukan mengenai “Ord. No. 18 tahun 1956.” hendaklah dipotong. Selepas perenggan (b) subseksyen

(3)

seksyen 245, hendaklah dimasukkan perenggan baru yang berikut “(c) Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969.”. Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 35 Nombor Tajuk Pindaan 12/1959 … Ordinan Imigresen (sebagaimana yang diperluas untuk dipakai di seluruh Malaysia) (a) Bagi perkataan “Ordinan Pendaftaran Penjenayah 1948” yang terdapat dalam seksyen 52, hendaklah digantikan dengan perkataan “Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969.”. (b) Selepas perkataan, “dipecat daripada Persekutuan” yang terdapat dalam seksyen 52, hendaklah dimasukkan perkataan “dan disabitkan atas suatu kesalahan boleh daftar”. 13/1959 … Ordinan Pencegahan Jenayah Bagi perkataan “di bawah seksyen 3 Ordinan Pendaftaran Penjenayah 1948” yang terdapat dalam takrif “Pendaftar” hendaklah digantikan dengan perkataan “di bawah seksyen 3 Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini

1969.”.

18/1960 … Akta Keselamatan Dalam Negeri

1. Bagi perkataan “Ordinan Pendaftaran Penjenayah 1948” dan “Ordinan itu” yang terdapat dalam subsekyen

(1)

seksyen 78, hendaklah masing-masing digantikan dengan perkataan “Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969” dan “Akta itu”.

2. Bagi perkataan “Ordinan Pendaftaran Penjenayah 1948,” dan “Ordinan itu” yang terdapat dalam subsekyen

(2)

seksyen 78, hendaklah masing-masing digantikan dengan perkataan “Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969” dan “Akta itu”.

3. Nota kaki ‡ kepada subseksyen

(2)

seksyen 78 hendaklah dipotong.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 7 AKTA PENDAFTARAN PENJENAYAH DAN ORANG YANG TIDAK DIINGINI 1969

SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari P.U.(B)180/1969 Pembetulan P.U.(A)216/1972 Perintah Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini (Kesalahan-Kesalahan Boleh Didaftar) (Pindaan) 1972 P.U.(A)249/1976 Perintah Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini (Pindaan) 1976 P.U.(A)250/1976 Perintah Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini (Pindaan) (No. 2) 1976 P.U.(A)57/1977 Perintah Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini (Pindaan) 1977 P.U.(A)58/1977 Perintah Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini (Pindaan) (No. 2) 1977 P.U.(A)89/1983 Perintah Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini (Pindaan) 1983 P.U.(A)264/1984 Perintah Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini (Pindaan) 1984 P.U.(A)455/1985 Perintah Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini (Pindaan) 1985 Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 37 Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari P.U.(A)165/1993 Perintah Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini (Pindaan Jadual) 1993 P.U.(A)19/1998 Perintah Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini (Pindaan Jadual) 1998 02-07-1993 08-01-1998

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 7 AKTA PENDAFTARAN PENJENAYAH DAN ORANG YANG TIDAK DIINGINI 1969

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Jadual Pertama P.U.(A)216/1972 P.U.(A)249/1976 P.U.(A)250/1976 P.U.(A)58/1977 P.U.(A)57/1977 P.U.(A)89/1983 P.U.(A)455/1985 P.U.(A)165/1993 P.U.(A)19/1998 Jadual Kedua P.U.(A)264/1984 P.U.(A)455/1985 Jadual Ketiga P.U.(B)180/1969