로고

Sebagaimana pada 1 Disember 2011

AKTA PINJAMAN (TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN) 1992 Tarikh Perkenan Diraja 30 Januari 1992 Tarikh penyiaran dalam Warta 20 Februari 1992 Akta 484 AKTA PINJAMAN (TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN) 1992 SUSUNAN SEKSYEN AKTA PINJAMAN (TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN) 1992 Suatu Akta bagi membuat peruntukan untuk Malaysia atau pihak- pihak berkuasa berkanun tertentu memperdapatkan pinjaman daripada Tabung Antarabangsa bagi Pembangunan Pertanian dan untuk perkara yang berkaitan dengannya. [ 21 Februari 1992 ] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Tafsiran 3. Kuasa Kerajaan untuk meminjam daripada Tabung 4. Kuasa untuk mengeluarkan surat cara termasuk bon 5. Peminjaman oleh pihak berkuasa berkanun daripada Tabung 6. Penggunaan wang pinjaman oleh pihak berkuasa berkanun 7. Kuasa Kerajaan untuk menjamin pinjaman oleh Tabung kepada pihak berkuasa berkanun 8. Sekatan ke atas kuasa meminjam bagi pihak berkuasa berkanun selagi jaminan masih belum selesai 9. Kuasa yang boleh dijalankan oleh Kerajaan jika berlaku atau dijangkakan berlaku keingkaran oleh pihak berkuasa berkanun 10. Pihak berkuasa berkanun hendaklah membayar balik kepada Kerajaan jumlah wang yang dibayar di bawah jaminan 11. Timbang tara 12. Pelaksanaan obligasi di bawah perjanjian Akta 484

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pinjaman (Tabung Antarabangsa bagi Pembangunan Pertanian) 1992.

(2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia. Tafsiran

2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain― Kuasa Kerajaan untuk meminjam daripada Tabung

“Kumpulan Wang Disatukan” ertinya Kumpulan Wang Persekutuan Disatukan yang ditubuhkan di bawah Perkara 97 Perlembagaan Persekutuan; “Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan; “pihak berkuasa berkanun” ertinya suatu pihak berkuasa tempatan dan mana-mana pertubuhan yang diperbadankan di bawah mana- mana undang-undang bertulis dan menjalankan kuasa yang terletak pada pertubuhan tersebut oleh undang-undang bagi maksud awam; “Tabung” ertinya Tabung Antarabangsa bagi Pembangunan Pertanian.

3. (1) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Akta ini, Kerajaan boleh mengikut apa-apa cara dan atas apa-apa terma dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dipersetujui antara Kerajaan dengan Tabung meminjam daripada Tabung dari semasa ke semasa apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh Kerajaan.

(2) Semua wang yang dipinjam oleh Kerajaan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan dan hendaklah, walau apa pun seksyen 3 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], digunakan dan adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud yang baginya wang itu dipinjam:

Dengan syarat bahawa jika mana-mana bahagian wang itu tidak dapat digunakan bagi maksud yang disebut terdahulu bahagian itu bolehlah digunakan bagi apa-apa maksud lain yang diluluskan oleh Menteri dan Tabung.

(3) Apa-apa perjanjian antara Kerajaan dengan Tabung berkenaan dengan wang yang dipinjam di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat atas nama Kerajaan Malaysia dan boleh ditandatangani bagi pihak Kerajaan oleh Menteri atau oleh mana-mana orang yang diberi

kuasa secara bertulis oleh Menteri.

(4) Suatu salinan mana-mana perjanjian yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah seberapa segera yang praktik dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.

(5) Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh dengan apa-apa cara menjejaskan, atau mengurangkan apa-apa kuasa lain untuk meminjam wang yang dimiliki oleh Kerajaan. Kuasa untuk mengeluarkan surat cara termasuk bon

4. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana- mana undang-undang bertulis, Kerajaan boleh mengeluarkan apa-apa bon, nota janji hutang atau surat cara lain atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan terma mana-mana perjanjian yang dibuat olehnya dengan Tabung berkenaan dengan apa-apa peminjaman di bawah subseksyen 3(1).

(2) Mana-mana bon, nota janji hutang atau surat cara lain itu boleh ditandatangani bagi pihak Kerajaan oleh Menteri atau oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri. Peminjaman oleh pihak berkuasa berkanun daripada Tabung

5. (1) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Akta ini, pihak berkuasa berkanun boleh, mengikut apa-apa cara dan atas apa-apa terma dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dipersetujui antara pihak berkuasa berkanun itu dengan Tabung dan dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan secara bertulis daripada Menteri, meminjam daripada Tabung dari semasa ke semasa apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh pihak berkuasa berkanun itu.

(2) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam undang- undang bertulis yang menurutnya sesuatu pihak berkuasa berkanun

telah ditubuhkan, apa-apa perjanjian antara pihak berkuasa berkanun itu dengan Tabung hendaklah sah dan mengikat pihak berkuasa berkanun tersebut jika ditandatangani bagi pihak berkuasa berkanun itu oleh seseorang yang diberi kuasa secara bertulis di bawah meterai pihak berkuasa berkanun tersebut.

(3) Kuasa untuk meminjam di bawah seksyen ini hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa kuasa untuk meminjam yang diberi kepada pihak berkuasa berkanun tersebut oleh mana-mana undang- undang bertulis lain.

(4) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam undang- undang bertulis yang menurutnya sesuatu pihak berkuasa berkanun telah ditubuhkan, pihak berkuasa berkanun itu boleh menggadaikan atau menggadai janjikan segala atau mana-mana harta (harta alih atau harta tak alih) akujanji atau hasilnya bagi menjamin apa-apa jumlah wang yang terhutang kepada Tabung berkenaan dengan apa-apa jumlah wang yang dipinjam di bawah subseksyen (1).

(5) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana- mana undang-undang bertulis sesuatu pihak berkuasa berkanun boleh mengeluarkan apa-apa bon, nota janji hutang dan surat cara lain atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan apa-apa perjanjian yang boleh dibuat olehnya dengan Tabung berkenaan dengan apa-apa peminjaman di bawah subseksyen (1). Penggunaan wang pinjaman oleh pihak berkuasa berkanun

6. Semua wang yang dipinjam oleh pihak berkuasa berkanun di bawah subseksyen 5(1) hendaklah digunakan oleh pihak berkuasa berkanun itu bagi maksud yang baginya wang itu dipinjam: Kuasa Kerajaan untuk menjamin pinjaman oleh Tabung kepada pihak berkuasa berkanun

Dengan syarat bahawa jika apa-apa bahagian wang itu tidak boleh digunakan bagi maksud yang disebut terdahulu bahagian itu bolehlah digunakan oleh pihak berkuasa berkanun itu bagi apa-apa maksud yang diluluskan oleh Menteri dan Tabung.

7. (1) Kerajaan boleh mengikut apa-apa cara dan atas apa-apa terma dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dipersetujui antaranya dengan Tabung―

(a) menjamin penunaian oleh suatu pihak berkuasa berkanun akan obligasinya di bawah apa-apa perjanjian yang dibuat oleh pihak berkuasa berkanun itu dengan Tabung berkenaan dengan apa-apa peminjaman di bawah subseksyen 5(1) atau di bawah apa-apa bon, nota janji hutang atau surat cara lain yang dikeluarkan menurut mana-mana perjanjian sedemikian; dan (b) mengakujanji apa-apa obligasi lain sebagaimana yang dipersetujui antara Kerajaan dengan Tabung berhubungan dengan atau menurut mana-mana perjanjian, bon, nota janji hutang atau surat cara sedemikian.

(2)

Apa-apa jaminan atau akujanji yang diberi di bawah seksyen ini hendaklah diberi secara bertulis atas nama Kerajaan Malaysia dan jaminan atau akujanji itu dan apa-apa pengindorsan pada mana-mana bon, nota janji hutang atau surat cara jaminan lain yang diberi di bawah seksyen ini boleh ditandatangani bagi pihak Kerajaan oleh Menteri atau oleh mana-mana orang atau orang-orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri.

(3) Sekatan ke atas kuasa meminjam bagi pihak berkuasa berkanun selagi jaminan masih belum selesai

Suatu salinan penyata mengenai apa-apa jaminan atau akujanji yang disebut dalam seksyen ini hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.

8. Selagi Kerajaan akan terus bertanggungan di bawah apa-apa jaminan atau akujanji lain yang diberi di bawah subseksyen 7(1), Kuasa yang boleh dijalankan oleh Kerajaan jika berlaku atau dijangkakan berlaku keingkaran oleh pihak berkuasa berkanun

pihak berkuasa berkanun itu tidak boleh, kecuali dengan persetujuan Menteri, menjalankan apa-apa kuasa meminjam yang lain yang ada padanya.

9. (1) Jika dijadikan nyata kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai—

(a) bahawa sesuatu pihak berkuasa berkanun berkemungkinan akan gagal atau tidak berupaya menunaikan apa-apa obligasinya di bawah mana-mana perjanjian yang dibuat olehnya dengan Tabung atau di bawah mana-mana bon, nota janji hutang atau surat cara lain yang dikeluarkan menurut mana-mana perjanjian sedemikian; dan (b) bahawa Kerajaan adalah atau boleh menjadi bertanggungan di bawah mana-mana jaminan atau akujanji lain yang diberi di bawah subseksyen 7(1) berkenaan dengan obligasi tersebut, Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui perintah, memberi atau memberi kuasa mana-mana orang lain untuk memberi apa-apa arahan kepada pihak berkuasa berkanun itu sebagaimana yang difikirkan olehnya atau oleh mana-mana orang lain itu perlu atau wajar dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa perkiraan yang memuaskan dibuat oleh pihak berkuasa berkanun itu untuk membolehkannya menunaikan obligasinya di bawah mana-mana perjanjian, bon, nota janji hutang atau surat cara tersebut atau di bawah Akta ini.

(2) Pihak berkuasa berkanun itu hendaklah, walau apa pun apa apa jua yang terkandung dalam undang-undang bertulis yang menurutnya ia ditubuhkan, mematuhi apa-apa arahan yang diberi oleh

atau di bawah mana-mana perintah sedemikian.

(3) Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan atau mengurangkan apa-apa kuasa lain yang diberi oleh undang-undang bertulis kepada Yang diPertuan Agong atau mana-mana Menteri atau pegawai awam berkenaan dengan pihak berkuasa berkanun itu. Pihak berkuasa berkanun hendaklah membayar balik kepada Kerajaan jumlah wang yang dibayar di bawah jaminan

10. (1) Jika apa-apa wang dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan berkenaan dengan apa-apa liabiliti yang ditanggung oleh Kerajaan di bawah suatu jaminan atau akujanji lain yang diberi pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 7(1), maka pihak berkuasa berkanun itu hendaklah membayar balik jumlah wang itu (berserta dengan faedah atasnya mengikut kadar yang sama seperti yang kena dibayar atas pinjaman di bawah perjanjian oleh pihak berkuasa berkanun itu dan Tabung) kepada Kumpulan Wang Disatukan mengikut apa-apa cara dan pada bila-bila masa atau dengan apa-apa ansuran sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.

(2) Jika apa-apa wang dibayar demikian daripada Kumpulan Wang Disatukan Menteri hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin selepas akhir tiap-tiap tahun kewangan yang bermula daripada tahun kewangan yang jumlah wang tersebut telah dibayar dan berakhir pada tahun kewangan yang segala liabiliti berkenaan dengannya dan apa-apa faedah yang kena dibayar atasnya telah diselesaikan dengan muktamadnya oleh pihak berkuasa berkanun yang berkenaan, membentangkan di hadapan Dewan Rakyat suatu penyata berkenaan dengannya. Timbang tara

11. Jika apa-apa pertikaian antara Tabung sebagai satu pihak dengan Kerajaan atau pihak berkuasa berkanun atau kedua-duanya sebagai pihak yang satu lagi berbangkit di bawah mana-mana Pelaksanaan obligasi di bawah perjanjian

perjanjian yang dibuat atau jaminan atau akujanji yang diberi pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Akta ini atau di bawah mana- mana bon, nota janji hutang atau apa-apa surat cara yang dikeluarkan menurut mana-mana perjanjian sedemikian, maka ia hendaklah diputuskan melalui timbangtara mengikut cara yang dipersetujui di antara pihak-pihak dan apa-apa award yang dibuat dalam timbangtara tersebut hendaklah boleh dikuatkuasakan dalam Malaysia dalam segala aspek seolah-olah ia telah dibuat dengan sahnya dalam suatu timbangtara di bawah *Akta Timbangtara 1952 [Akta 93], atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan timbangtara yang sedang berkuatkuasa di Malaysia dan bagi maksud seksyen ini peruntukanAkta atau undang-undang tersebut hendaklah mengikat Kerajaan.

12. (1) Tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan tetapi walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang- undang lain, apa-apa perjanjian yang dibuat dengan Tabung berkenaan dengan apa-apa pinjaman yang dibenarkan oleh subseksyen 3(1) atau subseksyen 5(1) dan apa-apa bon, nota janji hutang atau surat cara lain yang dikeluarkan menurut mana-mana perjanjian tersebut dan apa-apa jaminan atau akujanji yang diberi berkenaan dengan mana-mana perjanjian, bon, nota janji hutang atau surat cara tersebut oleh Kerajaan atau sesuatu pihak berkuasa berkanun hendaklah sah dan boleh dikuatkuasakan dan mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sepenuhnya dalam Malaysia mengikut termanya masing-masing.

(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1)—

(a) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, memperuntukkan bahawa apa-apa cukai atau duti yang masing-masing kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53], atau Akta Setem 1949 [Akta *CATATAN—Akta Timbangtara 1952 [Akta 93] telah dimansuhkan oleh Akta Timbangtara 2005 [Akta 646] 378], hendaklah diremitkan jika remitan itu perlu bagi melaksanakan sepenuhnya dan secukupnya mana- mana perjanjian, bon, nota janji hutang, surat cara atau jaminan tersebut; (b) tiada apa jua dalam Akta Kawalan Pertukaran 1953 [Akta 17] terpakai bagi apa-apa urusan yang dikehendaki bagi melaksanakan pembayaran dengan apa-apa mata wang bagi apa-apa jumlah wang mengikut terma apa-apa perjanjian, surat cara, bon atau jaminan sedemikian dalam apa-apa mata wang.

(3) Kerajaan atau mana-mana agensinya atau mana-mana pihak berkuasa berkanun atau Bank Negara Malaysia tidak boleh, kecuali sebagaimana yang dipersetujui selainnya antara Menteri dengan Tabung, mewujudkan apa-apa lien ke atas mana-mana asetnya sebagai cagaran bagi apa-apa hutang luar negeri melainkan jika diperuntukkan dengan nyata bahawa lien itu akan ipso facto secara sama dan dengan mengikut kadar menjamin pembayaran-

(a) wang pokok bagi mana-mana pinjaman; dan (b) bunga dan caj lain atas mana-mana pinjaman; atau (c) apa-apa bon, nota janji hutang atau surat cara yang dikeluarkan menurut apa-apa pinjaman,yang diberi oleh Tabung kepada Kerajaan atau kepada sesuatu pihak berkuasa berkanun.

(4) Dalam subseksyen (3)—

“hutang luar negeri” ertinya apa-apa hutang yang kena dibayar dalam apa-apa cara selain mata wang yang pada masa berkenaan itu sah diperlakukan bagi pembayaran hutang persendirian dan hutang awam di Malaysia sama ada hutang itu kena dibayar secara mutlak atau atas opsyen pemiutang dalam apa-apa media lain; “lien” termasuklah gadai janji, sandaran, gadaian, keistimewaan dan apa jua jenis prioriti.

(5) Bagi maksud subseksyen (3) aset Kerajaan termasuklah apa- apa hak, kepentingan atau syer yang dimiliki atau mungkin dimiliki oleh Kerajaan dalam Kumpulan Wang Mata Wang atau mana-mana bahagian asetnya, yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Mata Wang Tanah Melayu British Borneo 1950. UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 484 AKTA PINJAMAN (TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN) 1992 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 484 AKTA PINJAMAN (TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN) 1992

SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari − TIADA− SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari − TIADA −