UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 740
Tarikh Perkenan Diraja ... ... 30 Januari 2012 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 9 Februari 2012
Suatu akta untuk menubuhkan Majlis Veteran kebangsaan, untuk membuat peruntukan bagi pendaftaran veteran dan persatuan veteran, dan untuk membuat peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. DIPerbUAt oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:
SuSunan SekSyen Bahagian I PeRMuLaan Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran Bahagian II PenuBuHan Dan FunGSI MaJLIS VeTeRan keBanGSaan 3. Majlis Veteran kebangsaan 4. Fungsi Majlis 5. elaun 6. Majlis dibantu oleh Jabatan Bahagian III PenDaFTaRan VeTeRan 7. Pendaftar 8. Daftar veteran 9. Permohonan untuk pendaftaran 10. kuasa Pendaftar untuk menghendaki pemohon memberikan dokumen atau maklumat tambahan 11. Pendaftaran atau penolakan untuk mendaftar 12. Pengeluaran kad Veteran Bahagian IV PenDaFTaRan Dan PenyeLIaan PeRSaTuan VeTeRan Seksyen 13. Permohonan untuk didaftarkan bagi menjalankan aktiviti veteran 14. Pendaftaran persatuan veteran 15. Daftar persatuan veteran 16. Perakuan pendaftaran 17. Persatuan yang berdaftar di bawah akta Pertubuhan 1966 18. Pembatalan atau penggantungan pendaftaran oleh Pendaftar 19. Rayuan 20. arahan untuk meneruskan fungsi persatuan 21. Tatacara dalaman bagi menyelesaikan pertikaian 22. Rujukan pertikaian kepada Menteri 23. kesan penolakan, pembatalan atau penggantungan pendaftaran Bahagian V aM 24. kuasa untuk membuat peraturan-peraturan J adual
I PeRMuLaan
akta ini bolehlah dinamakan akta Veteran 2012.
akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
“aktiviti veteran” termasuklah aktiviti yang berikut: (a) menganjurkan apa-apa program kebajikan dan sosioekonomi bagi veteran dan tanggungannya; (b) menganjurkan apa-apa kempen berhubung dengan kepentingan veteran dan tanggungannya; (c) mendapatkan dana, derma atau sumbangan kewangan bagi kebajikan veteran atau ahli mana-mana persatuan veteran; (d) menganjurkan apa-apa program penghargaan dan pengiktirafan bagi veteran; (e) menganjurkan atau menggalakkan apa-apa program kesedaran bagi kepentingan dan faedah veteran; dan (f) menyertai persidangan, mesyuarat, perjumpaan atau program berhubung dengan veteran yang diadakan di Malaysia atau di tempat lain; “Jabatan” ertinya Jabatan Hal ehwal Veteran angkatan Tentera Malaysia; “Majlis” ertinya Majlis Veteran kebangsaan; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertahanan; “Pendaftar” ertinya Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 7; “persatuan” ertinya mana-mana organisasi, pertubuhan, persatuan, kelab atau badan yang keahliannya terdiri daripada sekurang- kurangnya lima puluh peratus dari kalangan bekas anggota angkatan Tentera Malaysia atau angkatan Tentera komanwel yang pernah berkhidmat di Malaysia; “persatuan veteran” ertinya apa-apa persatuan yang didaftarkan di bawah akta ini; “veteran” ertinya warganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dan tidak pernah dibersarakan atau diberhentikan daripada perkhidmatan atas alasan salah laku dalam mana-mana angkatan yang berikut: (a) angkatan tetap angkatan Tentera Malaysia; (b) angkatan sukarela yang dikerah sepenuh masa oleh angkatan Tentera Malaysia tanpa mengira tempoh perkhidmatan; (c) Force 136; (d) Tentera British yang telah berkhidmat di Malaya, Malaysia atau Singapura; dan (e) Sarawak Rangers.
II PenuBuHan Dan FunGSI MaJLIS VeTeRan keBanGSaan
Suatu badan yang dikenali sebagai Majlis Veteran kebangsaan hendaklah ditubuhkan bagi maksud akta ini.
Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut: (a) Menteri yang hendaklah menjadi Pengerusi; (b) ketua Setiausaha kementerian Pertahanan yang hendaklah menjadi Timbalan Pengerusi; (c) ketua Pengarah Jabatan Hal ehwal Veteran angkatan Tentera Malaysia yang hendaklah menjadi Setiausaha; (d) assisten ketua Staf (Perkhidmatan anggota) Markas angkatan Tentera Malaysia; dan (e) tidak lebih daripada lima orang, sekurang-kurangnya dua orang daripada mereka ialah veteran, yang mempunyai pengalaman, pengetahuan atau kepakaran dalam perkara yang berhubungan dengan hal ehwal veteran yang hendaklah dilantik oleh Menteri.
Seorang anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan (2)(e) hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun dan layak untuk dilantik semula bagi tempoh yang tidak melebihi dua penggal berturut-turut.
Fungsi Majlis adalah seperti yang berikut: (a) merumuskan dasar utama dan pelan tindakan yang berhubungan dengan hal ehwal veteran; (b) menyelia pelaksanaan dasar dan pelan tindakan yang berhubungan dengan hal ehwal veteran; (c) menyelaraskan dan memantau pelaksanaan dasar dan pelan tindakan yang berhubungan dengan veteran dengan kementerian, agensi, badan atau organisasi kerajaan yang berkaitan dan sektor swasta; (d) menasihatkan dan membuat syor mengenai pembuatan mana-mana perundangan atau pindaan mana-mana perundangan sedia ada supaya dapat menjamin kebajikan dan kepentingan veteran; (e) menasihatkan kerajaan mengenai isu hal ehwal veteran termasuklah perkembangan di peringkat antarabangsa; (f) menjadi badan pemantau bagi semua persatuan veteran di Malaysia; dan (g) melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri bagi pelaksanaan akta ini dengan sewajarnya.
Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu bagi, atau berkaitan dengan, pelaksanaan fungsinya.
Majlis hendaklah mengawal selia prosidingnya sendiri.
boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
III PenDaFTaRan VeTeRan
Pendaftar hendaklah menyimpan dan menyenggarakan atau menyebabkan supaya disimpan dan disenggarakan suatu daftar veteran mengikut cara dan bentuk yang ditetapkan.
apa-apa daftar veteran yang disimpan dan disenggarakan oleh kementerian Pertahanan dan Jabatan sebelum sahaja akta ini mula berkuat kuasa hendaklah, apabila akta ini mula berkuat kuasa, disifatkan sebagai daftar yang disimpan dan disenggarakan di bawah subseksyen (1) dan hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada daftar veteran sedemikian.
Sesuatu permohonan untuk pendaftaran sebagai seorang veteran hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pendaftar.
Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen atau maklumat yang ditetapkan.
Pendaftar boleh, berhubung dengan mana-mana permohonan yang dibuat di bawah seksyen 9, menghendaki pemohon itu memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan dalam masa yang dinyatakan oleh Pendaftar.
Jika pemohon itu tidak memberikan dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki oleh Pendaftar di bawah subseksyen (1) dalam masa yang dinyatakan atau apa-apa masa lanjutan yang dinyatakan oleh Pendaftar, permohonan itu disifatkan telah ditarik balik dan tiada tindakan boleh diambil terhadapnya oleh Pendaftar, tetapi tanpa menjejaskan suatu permohonan baru dibuat oleh pemohon.
Selepas menimbangkan sesuatu permohonan di bawah seksyen 9 dan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang telah diberikan di bawah seksyen 10, Pendaftar boleh meluluskan atau menolak permohonan itu.
Jika permohonan itu diluluskan, Pendaftar hendaklah mendaftarkan pemohon itu dengan memasukkan butir-butir pemohon dalam daftar veteran yang disebut dalam seksyen 8.
Jika permohonan itu ditolak, pemohon itu boleh membuat rayuan kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad.
Walau apa pun subseksyen (1), dan seksyen 9 dan 10, mana-mana orang yang sebelum sahaja akta ini mula berkuat kuasa telah didaftarkan sebagai seorang veteran dengan Jabatan arah Rekod dan Pencen Markas angkatan Tentera Malaysia hendaklah, apabila akta ini mula berkuat kuasa, disifatkan sebagai seorang veteran yang telah didaftarkan di bawah akta ini.
Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu kad Veteran kepada orang yang telah berdaftar sebagai seorang veteran di bawah seksyen 11.
kad Veteran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi keterangan konklusif bagi semua maksud bahawa orang itu telah didaftarkan dengan sewajarnya sebagai seorang veteran di bawah akta ini.
Mana-mana orang yang kepadanya suatu kad Bekas Tentera telah dikeluarkan oleh Jabatan arah Rekod dan Pencen Markas angkatan Tentera Malaysia sebelum sahaja akta ini mula berkuat kuasa dan disifatkan sebagai seorang veteran di bawah subseksyen 11(4) hendaklah dikeluarkan suatu kad Veteran di bawah akta ini.
IV PenDaFTaRan Dan PenyeLIaan PeRSaTuan VeTeRan
Tiada persatuan boleh menjalankan apa-apa aktiviti veteran melainkan jika persatuan itu didaftarkan sebagai suatu persatuan veteran di bawah akta ini.
Sesuatu persatuan yang berniat untuk menjalankan apa- apa aktiviti veteran hendaklah memohon kepada Pendaftar untuk pendaftaran di bawah akta ini mengikut cara dan bentuk yang ditetapkan.
Pendaftar boleh menghendaki pemohon untuk memberikan apa-apa dokumen atau maklumat yang ditetapkan.
Selepas menimbangkan permohonan daripada suatu persatuan di bawah seksyen 13, Pendaftar boleh meluluskan atau menolak permohonan untuk pendaftaran.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), jika Pendaftar berpuas hati bahawa persatuan itu ialah suatu organisasi bukan politik bagi pemajuan kebajikan veteran dan bahawa perlembagaan persatuan itu mengandungi peruntukan bagi perkara yang telah dihuraikan dalam Jadual, Pendaftar hendaklah meluluskan pendaftaran persatuan itu sebagai suatu persatuan veteran di bawah akta ini.
Jika permohonan untuk pendaftaran diluluskan oleh Pendaftar, dia hendaklah mendaftarkan persatuan itu sebagai suatu persatuan veteran dalam daftar persatuan veteran yang disimpan dan disenggarakan oleh Pendaftar mengikut cara dan bentuk yang ditetapkan.
Pendaftar boleh mengenakan apa-apa syarat, termasuk pembayaran apa-apa fi, yang difikirkannya sesuai ke atas persatuan veteran berdaftar itu.
Suatu persatuan veteran yang berdaftar di bawah akta ini hendaklah, jika perlembagaannya tidak mengandungi perkara seperti yang dihuraikan dalam Jadual, meminda perlembagaannya dalam tempoh dua puluh satu hari selepas pendaftarannya untuk memasukkan perkara sedemikian.
Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran kepada persatuan veteran yang didaftarkan di bawah seksyen 15 dalam bentuk yang ditetapkan.
Suatu perakuan pendaftaran, melainkan jika dibuktikan telah dibatalkan kemudiannya, hendaklah menjadi keterangan konklusif bagi semua maksud bahawa persatuan itu telah didaftarkan dengan sewajarnya oleh Pendaftar sebagai suatu persatuan veteran di bawah akta ini.
Pendaftar boleh membatalkan atau menggantung pendaftaran suatu persatuan veteran jika Pendaftar berpuas hati bahawa persatuan veteran itu— (a) telah didaftarkan akibat daripada suatu fraud, kesilapan atau salah nyataan; (b) tidak mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh Pendaftar di bawah seksyen 15; (c) telah melanggar mana-mana peruntukan akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah akta ini; (d) tidak aktif atau bukan lagi suatu entiti yang sesuai dan layak untuk didaftarkan bagi mewakili veteran di Malaysia atau di tempat lain; (e) menghalang pemajuan veteran dan pembatalan atau penggantungan pendaftarannya adalah demi kepentingan awam; (f) tidak atau abai untuk meremedikan apa-apa amalan salah, salah laku atau ketidakteraturan di pihak pemegang jawatan atau ahlinya dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis yang diberikan oleh Pendaftar; atau (g) tidak aktif, tidak bekerjasama atau menjadi penghalang dalam pelaksanaan peraturan-peraturan, dasar atau garis panduan yang dibuat di bawah akta ini.
Sebelum membatalkan atau menggantung pendaftaran suatu persatuan veteran di bawah subseksyen (1), Pendaftar hendaklah memberi peluang kepada persatuan itu untuk mengemukakan alasan, jika ada, menentang pembatalan atau penggantungan yang dicadangkan itu.
Mana-mana persatuan yang terkilan dengan keputusan Pendaftar— (a) menolak untuk mendaftarkan persatuan itu; (b) mengenakan syarat ke atas pendaftaran persatuan itu; atau (c) membatalkan atau menggantung pendaftaran persatuan itu, boleh, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh pemberitahuan keputusan Pendaftar, merayu kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad.
Sebelum membuat apa-apa keputusan di bawah subseksyen (1), Menteri boleh merujuk perkara itu kepada Majlis untuk mendapatkan nasihatnya.
Jika suatu pertikaian tidak boleh diselesaikan mengikut tatacara dalaman yang disebut dalam seksyen 21, mana-mana ahli yang terkilan atau persatuan veteran itu sendiri boleh merujuk pertikaian itu kepada Menteri untuk penyelesaian.
Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh, atas nasihat Pendaftar atau pada bila-bila masa difikirkannya perlu dan suai manfaat, menghendaki mana-mana persatuan veteran untuk merujuk apa-apa pertikaian kepadanya untuk penyelesaian.
keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad; tetapi Menteri boleh meminta nasihat daripada Majlis atau mana- mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Menteri untuk tujuan itu sebelum membuat keputusannya.
(a) persatuan itu tidak boleh menganjurkan, menjalankan, membenarkan atau menyertai mana-mana aktiviti veteran atau apa-apa acara atau forum yang berhubungan dengan hal ehwal veteran sama ada di dalam atau di luar Malaysia; dan (b) persatuan itu tidak boleh menerima atau terus menerima pembiayaan bagi apa-apa aktiviti veteran atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan kepentingan, hal ehwal atau kebajikan veteran daripada kerajaan atau mana- mana badan berkanun.
V aM
Menteri boleh, selepas rundingan dengan Majlis, membuat apa-apa peraturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan maksud akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan- peraturan itu boleh menetapkan mana-mana atau semua yang berikut: (a) kewajipan Pendaftar; (b) bentuk dan kandungan daftar veteran dan daftar persatuan veteran dan cara dan bentuk daftar itu hendaklah disimpan; (c) cara dan borang apabila suatu permohonan untuk pendaftaran hendaklah dibuat; (d) bentuk apa-apa perakuan atau dokumen lain yang dikehendaki di bawah akta ini; (e) tatacara dalaman yang hendak diikuti berhubung dengan penyelesaian pertikaian yang diadakan di bawah akta ini; (f) tatacara yang hendak diikuti berhubung dengan rayuan oleh mana-mana persatuan; (g) apa-apa perkara yang berkaitan dengan peruntukan bantuan kebajikan dan perubatan kepada veteran; dan (h) apa-apa perkara lain yang dikehendaki oleh akta ini supaya ditetapkan atau yang perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan bagi melaksanakan akta ini. J adual [Seksyen 14] PeRLeMBaGaan PeRSaTuan VeTeRan Perkara yang berikut hendaklah diperuntukkan dalam perlembagaan sesuatu persatuan veteran:
(a) untuk pemajuan kebajikan veteran; (b) untuk mengekalkan hubungan dan kedudukan yang baik dengan Jabatan; (c) untuk memastikan bahawa perlembagaannya dipatuhi dan diikuti oleh semua anggotanya; dan (d) untuk mengawal dan menjalankan bidang kuasa ke atas semua aktiviti berhubung dengan hal ehwal veteran.