Sebagaimana pada 1 Julai 2020
AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 Tarikh Perkenan Diraja … … 13 Ogos 1988 Tarikh penyiaran dalam Warta … … Kali terakhir dipinda melalui P.U. (A) 179/2020 yang mula berkuat kuasa pada … … … UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 342 AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 SUSUNAN SEKSYEN B AHAGIAN I PERMULAAN AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 Suatu Akta bagi meminda dan menyatukan undang-undang yang berhubungan dengan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit dan bagi mengadakan peruntukan mengenai perkara lain yang berkaitan dengannya. [Seluruh Malaysia ―1 April 1989, P.U. (B) 179/1989] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Bahagian I PERMULAAN
Seksyen 1. Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran B AHAGIAN II PENTADBIRAN 3. Pelantikan pegawai diberi kuasa 4. Pembatasan liabiliti 5. Bantuan polis, dll. Bahagian III PENCEGAHAN PEMBAWAAN MASUK PENYAKIT BERJANGKIT 6. Pengisytiharan kawasan jangkitan 7. Memasuki dan memeriksa kenderaan dan langkah-langkah selepas itu 8. Masa pemeriksaan 9. Membawa masuk atau membawa keluar mayat dan organisma atau bahan patogenik Bahagian IV MENGAWAL MEREBAKNYA PENYAKIT BERJANGKIT Seksyen Kehendak supaya memberitahu tentang penyakit berjangkit Pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan Orang yang dijangkiti tidak boleh bertindak mengikut cara yang merebakkan penyakit berjangkit boleh Pengawalan barang tercemar dan binatang yang dijangkiti Pengasingan orang yang dijangkiti dan orang yang disyaki Pemerhatian atau pengawasan kontak Perintah bagi pemeriksaan mayat Pengurusan orang mati Membasmi kuman dan menutup premis Pemusnahan struktur Menjual atau menyewakan bangunan yang tercemar Kuasa untuk memerintahkan kenderaan tertentu dibasmi kuman Bahagian V KESALAHAN DAN PENALTI 22. Kesalahan secara amnya 23. Pendakwaan 24. Penalti am 25. Pengkompaunan kesalahan Bahagian VI PELBAGAI 26. Rekuisisi premis 27. Penyitaan dan pelupusan barang tercemar dsb. 28. Mendapatkan kos dan perbelanjaan 29. Pengecualian Penyakit Berjangkit Seksyen 30. Kuasa untuk mengubah Jadual 31. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 32. Pindaan 33. Pemansuhan dan kecualian J ADUAL P ERTAMA Jadual Kedua UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 342
bahagian yang berlainan di Malaysia.
“barang” ertinya apa-apa benda alih tidak bernyawa, termasuk makanan dan dadah dan termasuklah juga lengkapan dan lekapan; “berinfestasi” ertinya berinfestasi dengan rodensia atau serangga berbahaya; “imunisasi” ertinya pemasukan antigen atau antibodi tertentu ke dalam tubuh manusia dengan tujuan memberikan imuniti terhadap penyakit yang berkenaan dan termasuklah vaksinasi; “inspektor kesihatan” ertinya mana-mana inspektor kesihatan dalam perkhidmatan Kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa tempatan; “jangkitan” ertinya kemasukan agen penyakit berjangkit ke dalam benda bernyawa dan pembiakannya dalam benda bernyawa; “kapal” termasuklah apa-apa vesel yang digunakan dalam pelayaran mengikut jalan air; “kenderaan” termasuklah kapal, pesawat udara, keretapi, kenderaan jalan raya dan apa-apa alat pengangkutan lain; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kesihatan; “komander” ertinya orang yang sedang mengetuai sesuatu pesawat udara atau kapal; “kontak” ertinya mana-mana orang yang telah terdedah atau mungkin telah terdedah kepada risiko dihinggapi sesuatu penyakit berjangkit, termasuk mana-mana orang yang baru tiba dari sesuatu kawasan jangkitan; “lapangan terbang” ertinya mana-mana kawasan darat, air atau ruang yang direka bentuk, dilengkapkan, diuntukkan atau lazimnya digunakan untuk memberikan kemudahan bagi pesawat udara berlepas dan mendarat dan termasuklah bumbung sesuatu bangunan yang direka bentuk, dilengkapkan atau diuntukkan untuk memberikan kemudahan bagi pesawat udara berlepas dan mendarat; “makanan” termasuklah apa-apa bahan yang dimakan oleh manusia atau binatang atau apa-apa bahan yang digunakan dalam komposisi atau penyediaan mana-mana bahan sedemikian, dan termasuklah juga bahan perisa dan rencahnya, tetapi tidak termasuk dadah; “membasmi kuman” ertinya memusnahkan atau menghapuskan agen penyakit; “membasmi serangga” ertinya operasi di mana langkah diambil untuk membunuh serangga berbahaya; “membasmi tikus” ertinya menjadikan bebas daripada rodensia; “organisma atau bahan patogenik” termasuklah― (a) apa-apa binatang; (b) apa-apa serangga berbahaya; (c) apa-apa kuman, mikrob, bakteria, atau virus hidup; (d) kultura apa-apa kuman, mikrob, bakteria atau virus; atau (e) hasil apa-apa kuman, mikrob, bakteria atau virus, yang berupaya menyebabkan apa-apa penyakit berjangkit; “pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana Pegawai Kesihatan, mana-mana inspektor kesihatan, atau mana-mana pegawai yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 3; “Pegawai Kesihatan” ertinya mana-mana pengamal perubatan dalam perkhidmatan Kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa tempatan yang sedang menjalankan tugas Pegawai Kesihatan dalam mana-mana kawasan, daerah, atau kawasan pihak berkuasa tempatan, termasuk had lapangan terbang dan pelabuhannya, dan termasuklah Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, mana-mana Timbalan Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, mana-mana Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Negeri, mana-mana Timbalan Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Negeri, Pengarah Perkhidmatan Perubatan Negeri Sabah dan Timbalannya dan Pengarah Perkhidmatan Perubatan Negeri Sarawak dan Timbalannya; “pelabuhan” ertinya pelabuhan laut atau pelabuhan pelayaran pedalaman yang biasanya dikunjungi oleh kapal; “pemerhatian” ertinya penyisihan mana-mana kontak atau orang yang disyaki menghidap apa-apa penyakit berjangkit bagi maksud menentukan sama ada dia menghidap penyakit berjangkit atau tidak, dan termasuklah rawatan orang itu; “pencemaran” ertinya wujudnya agen penyakit berjangkit pada permukaan atau dalam benda tidak bernyawa atau pada permukaan tubuh benda bernyawa; “pengamal perubatan” ertinya pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50]; “pengasingan” apabila dipakai bagi seseorang atau sekumpulan orang ertinya memisahkan orang itu atau kumpulan orang itu daripada orang lain, kecuali kakitangan yang bertanggungjawab atas penjagaan atau pengasingan orang yang tersebut, mengikut apa-apa cara untuk mencegah merebaknya jangkitan itu, dan termasuklah rawatan orang itu atau kumpulan orang itu; “pengawasan” ertinya pengenaan mana-mana orang yang tidak diasingkan kepada pemeriksaan atau siasatan berkala bagi maksud menentukan keadaan kesihatannya dan kepada syarat yang dikenakan oleh pegawai diberi kuasa bagi maksud itu; “penyakit berjangkit” ertinya apa-apa penyakit yang dinyatakan dalam Jadual Pertama; “Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa” ertinya Peraturan- Peraturan Kesihatan Antarabangsa sebagaimana yang diterima pakai oleh Perhimpunan Kesihatan Sedunia dalam tahun 1969 dan sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa; “pesawat udara” termasuklah tiap-tiap jenis pesawat yang digunakan dalam penerbangan mengikut jalan udara; “premis” termasuklah apa-apa struktur, kekal atau selainnya, tanah di mana struktur itu terletak, dan mana-mana tanah bersebelahan yang digunakan berkaitan dengannya, dan termasuk juga mana-mana jalan, kawasan lapang atau kenderaan; “rawatan” termasuk segala perbuatan dan prosedur yang perlu bagi maksud menentukan sama ada seseorang itu dijangkiti penyakit berjangkit; “rumah tumpangan” termasuklah― (a) hotel; (b) asrama; atau (c) mana-mana institusi tempat berlindung atau tempat berehat bagi orang yang memerlukan jagaan; “serangga berbahaya” ertinya apa-apa artropod yang membawa atau menyebabkan, atau berupaya membawa atau menyebabkan, apa-apa penyakit berjangkit, dan termasuklah telur, larva dan kepompong artropod itu; “stesen kuarantin” ertinya mana-mana tempat di mana pengasingan atau pemerhatian dijalankan dan termasuklah sesuatu hospital penyakit berjangkit dan mana-mana tempat yang diisytiharkan oleh Menteri dalam Warta sebagai stesen kuarantin; “wabak” ertinya kemerebakan sesuatu penyakit dengan bertambahnya kes dalam sesuatu kawasan.
PENTADBIRAN
liabiliti, tuntutan atau kehendak.
PENCEGAHAN PEMBAWAAN MASUK PENYAKIT BERJANGKIT
(a) memasuki dan membuat pemeriksaan perubatan ke atas mana-mana kenderaan pada bila-bila masa setibanya kenderaan itu di Malaysia; (b) membuat pemeriksaan perubatan ke atas mana-mana orang, binatang atau barang yang berada di atas mana-mana kenderaan sedemikian; dan (c) mengambil apa-apa sampel yang perlu bagi maksud menentukan keadaan kebersihan kenderaan atau benda itu atau keadaan kesihatan orang atau binatang itu.
(a) dipindahkan ke suatu stesen kuarantin dan ditahan di sana bagi pengasingan atau pemerhatian; dan (b) diletakkan di bawah pengawasan sehingga penyakit itu tidak lagi dapat menjangkiti orang lain.
(a) apa-apa mayat, tisu manusia atau apa-apa bahagiannya; atau (b) apa-apa organisma atau bahan patogenik atau apa-apa bahagiannya, kecuali mengikut peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
MENGAWAL MEREBAKNYA PENYAKIT BERJANGKIT
bukan pengamal perubatan yang menyelenggarakan mana-mana orang menghidap atau yang mati akibat penyakit berjangkit hendaklah, apabila dia tahu tentang wujudnya penyakit itu, memberitahu pegawai penjaga pejabat kesihatan daerah atau kemudahan kesihatan kerajaan atau balai polis yang paling hampir atau memberitahu ketua kampung yang paling hampir, seboleh-bolehnya tanpa kelengahan, tentang kewujudan penyakit itu.
(a) dirawat atau diimunisasi; (b) diasingkan, diperhatikan atau diawasi selama tempoh yang ditetapkan mengikut hal keadaan; atau (c) dikenakan apa-apa langkah lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai diberi kuasa untuk mengawal penyakit itu.
menghantar, dengan langkah berjaga-jaga yang sepatutnya, apa-apa barang atau binatang supaya barang atau binatang itu dibasmi kuman.
(a) seseorang telah mati atau disyaki telah mati akibat sesuatu penyakit berjangkit; dan (b) seseorang pegawai diberi kuasa telah memberikan arahan cara-cara mayat orang itu akan dikebumikan atau dibakar, tiada seorang pun boleh mengebumikan atau membakar mayat itu selain mengikut arahan pegawai diberi kuasa itu.
(a) memeriksa atau menyebabkan diperiksa mana-mana orang yang berada di premis itu dengan tujuan menentukan jika orang itu menghidap atau telah menghidap sesuatu penyakit berjangkit; (b) memeriksa premis itu dan mana-mana barang atau binatang di premis itu dengan tujuan menentukan jika ia tercemar atau dijangkiti, mengikut mana-mana yang berkenaan; (c) memerintahkan supaya premis itu atau mana-mana bahagiannya dibasmi kuman, dibasmi serangga atau dibasmi tikus; (d) memerintahkan supaya premis itu atau mana-mana bahagiannya ditutup sehingga premis itu dibasmi kuman, dibasmi serangga dan dibasmi tikus dengan sempurnanya; (e) memerintahkan supaya dibasmi kuman segala barang yang tercemar dan binatang yang dijangkiti atau yang tercemar di premis itu, atau, jika barang atau binatang itu tidak berupaya dibasmi kuman dengan sempurnanya, memerintahkan pemusnahannya; dan ((ff)) melakukan apa-apa perbuatan lain bagi mencegah bermulanya atau merebaknya sesuatu penyakit berjangkit.
(a) telah dibasmi kuman sehingga pegawai diberi kuasa itu berpuas hati; atau (b) tidak perlu dibasmi kuman, mengikut mana-mana yang berkenaan.
KESALAHAN DAN PENALTI
(a) menghalang atau mengendalakan, atau membantu menghalang atau mengendalakan, mana-mana pegawai diberi kuasa dalam melaksanakan kewajipannya; (b) tidak mematuhi apa-apa perintah yang sah yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai diberi kuasa; (c) enggan memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki bagi maksud Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; atau (d) apabila dikehendaki memberikan maklumat di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, memberikan maklumat palsu, melakukan suatu kesalahan.
(a) berkenaan dengan kesalahan pertama, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-duanya; (b) berkenaan dengan kesalahan kedua atau kesalahan berikutnya, boleh dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya; (c) berkenaan dengan kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.
PELBAGAI
* CATATAN—Akta Timbang Tara 1952 [Akta 93] telah dimansuhkan oleh Akta Timbang Tara 2005 [Akta 646] m.b.p 15 Mac 2006—lihat seksyen 51 Akta 646. dimusnahkan atau dilupuskan selainnya sebagaimana yang diarahkah oleh pegawai diberi kuasa itu.
(a) pemindahan, layanan perubatan dan penyaraan mana-mana orang yang atau yang disyaki menghidap sesuatu penyakit berjangkit dan yang dipindahkan ke mana-mana hospital atau tempat dari kenderaan itu untuk rawatan perubatan atau untuk pengasingan atau pemerhatian; (b) pengebumian atau pembakaran mana-mana orang yang mati akibat penyakit berjangkit di dalam kenderaan itu, atau yang mati akibat penyakit berjangkit selepas dipindahkan ke hospital dari kenderaan itu; (c) pembersihan, pembasmian serangga, pembasmian kuman dan pembasmian tikus kenderaan itu atau mana-mana bahagiannya; (d) pelupusan barang yang tercemar atau binatang yang dijangkiti atau tercemar di dalam kenderaan itu.
(a) mana-mana orang atau golongan orang; (b) mana-mana barang; (c) mana-mana kenderaan; (d) mana-mana mayat, tisu manusia atau bahagiannya; (e) mana-mana binatang; atau ((ff)) mana-mana organisma atau bahan patogenik, daripada kuat kuasa mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Warta memotong mana-mana peruntukan atau menambah, mengubah atau meminda peruntukan Jadual Pertama.
(a) menubuhkan dan menyenggara kemudahan di darat atau di laut atau di sempadan bersama wilayah berdampingan supaya langkah-langkah kesihatan dikenakan kepada lalu lintas tempatan dan antarabangsa; (b) mengawal selia kemasukan dan pergerakan mana-mana kenderaan dan menetapkan langkah-langkah yang kepadanya kenderaan itu akan tertakluk, untuk mencegah bermulanya penyakit berjangkit; (c) mengawal selia— (i(ii)i) pengimportan dan pengeksportan mayat, tisu manusia atau mana-mana bahagiannya; (iv) pengimportan dan pengeksportan organisma dan bahan patogenik; (d) mengawal selia standard kebersihan yang dikehendaki bagi kapal dan pesawat udara yang didaftarkan di Malaysia; (e) mengawal selia standard kebersihan yang dikehendaki bagi kapal-kapal dan pesawat udara yang masuk ke Malaysia; (f) tugas yang hendaklah dilaksanakan oleh komander dan orang lain yang berada atau telah berada di atas mana-mana kenderaan, atau mereka yang berhasrat untuk menaiki kenderaan itu, untuk mencegah penyakit berjangkit merebak; (g) mengawal selia standard kebersihan yang dikehendaki bagi pelabuhan, lapangan terbang dan kawasan sekelilingnya dan standard kesihatan orang yang diambil kerja di tempat itu; (h) mengawal selia prosedur kuarantin dan pengurusan stesen kuarantin; ((ii)) ((jj)) penahanan, pengasingan dan pemerhatian di sesuatu stesen kuarantin akan orang yang menghidap atau disyaki menghidap sesuatu penyakit berjangkit; mengawal selia pencucian dan pembasmian kuman premis— ((ii)) di mana telah terdapat suatu kes atau disyaki terdapat suatu kes penyakit berjangkit; atau yang disyaki tercemar dengan agen penyakit berjangkit; (k) mengawal selia pemindahan dan pembasmian kuman atau pemusnahan barang yang telah atau disyaki tercemar dengan agen penyakit berjangkit; (l) mencegah dan mengawal merebaknya jangkitan melalui serangga, rodensia atau binatang lain; (m) menetapkan standard kebersihan dan kemudahan kebersihan bagi premis; (n) memeriksa premis dan barang di dalamnya; (o) mengumpul dan penyampaikan maklumat epidemiologi dan kesihatan dan laporan wajib mengenai penyakit berjangkit; (p) menetapkan fi yang akan dibayar di bawah Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; (q) pembayaran kepada Kerajaan apa-apa kos dan perbelanjaan yang dikenakan atau ditanggung bagi layanan perubatan dan penyaraan orang yang dipindahkan ke hospital atau stesen kuarantin; (r) menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun dan prosedur bagi pengkompaunan; (s) menetapkan borang yang akan digunakan di bawah Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; (t) apa-apa perkara lain yang pada pendapat Menteri adalah wajar bagi pencegahan atau pengurangan penyakit berjangkit.
10, subperenggan 11(iv), seksyen 12, subperenggan 13(ii), seksyen 14, 15, 17, 19, 21 dan 24 dan Jadual kepada Enakmen itu.
di bawah Akta ini. Jadual Pertama [Seksyen 2] PENYAKIT-PENYAKIT BERJANGKIT B AHAGIAN I
Kusta Malaria Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) 17 A . Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) Plague Poliomielitis (Akut) Rabies Relapsing fever Sifilis (Semua jenis) Tetanus (Semua jenis) Tifoid dan paratyphoid Tifus dan ricketsioses lain Tuberkulosis (Semua jenis) Viral ensefalitis Viral hepatitis Apa-apa jangkitan microbial lain yang mengancam nyawa
Human Immunodeficiency Virus Infection (Semua jenis) Jadual Kedua [Seksyen 33] PEMANSUHAN
Nombor Tajuk ringkas N.M.B. Bab 185 Enakmen Kuarantin N.M.B. Bab 186 Enakmen Pencegahan Penyakit N.M.B. Bab 187 Enakmen Tanam Cacar N.N.S. Ord. 52/1939 Ordinan Kuarantin dan Pencegahan Penyakit 1939 N.N.S. Bab 194 Ordinan Pesakit Kusta P.T.M. Ord. 56/1950 Ordinan Enakmen Kuarantin dan Pencegahan Penyakit (Pemakan bagi Kedah) 1950 Johor En. No. 9 Enakmen Tanam Cacar Johor En. No. 122 Enakmen Kuarantin dan Pencegahan Penyakit Kedah En. No. 124 Undang-Undang No. 124 (Colek Ketumbuh) Kelantan En. 10/1935 Enakmen Pesakit Kusta Kelantan En. 5/1939 Enakmen Pencegahan Penyakit Perlis En. 4/1346 Undang-Undang Kuarantin dan Pencegahan Penyakit 1346 Perlis En. 1/1345 Undang-Undang Kuarantin Padang Besar 1345 Terengganu En. 6/1356 Enakmen Kuarantin dan Pencegahan Penyakit (Disemak Bab 84) Akta 52 Akta Pembasmi Malaria 1971. SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari P.U. (A) 181/1995 Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan Jadual Pertama) 1995 P.U. (A) 243/1997 Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan Jadual Pertama) 1997 P.U. (A) 374/2006 Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan Jadual Pertama) 2006 P.U. (A) 408/2010 Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan Jadual Pertama) 2010 P.U. (A) 298/2016 Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan Jadual Pertama) 2016 P.U. (A) 179/2020 Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan Jadual Pertama) 2020 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Jadual Pertama P.U. (A) 181/1995 P.U. (A) 243/1997 P.U. (A) 374/2006 P.U. (A) 408/2010 P.U. (A) 298/2016 P.U. (A) 179/2020