UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 114
Pertama kali diperbuat … … … … 1962 (Akta No. 29 tahun 1962)
Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Judicial Proceedings (Regulation of Reports) Act 1962. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. Suatu Akta untuk mengawal selia penerbitan laporan prosiding kehakiman dengan sedemikian cara untuk mencegah kerosakan moral awam.
SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Sekatan ke atas penerbitan laporan 4. Penalti 5. Sanksi 6. Kecualian
“prosiding domestik” ertinya prosiding— (a) di bawah Akta Penjagaan Budak 1961 [Akta 351], Ordinan Penjagaan Budak bagi Sabah [Bab 54] dan Ordinan Penjagaan Budak bagi Sarawak [Bab 93]; (b) di bawah Akta Perempuan Bersuami dan Anak-Anak (Nafkah) 1950 [Akta 263], Ordinan Nafkah 1959 bagi Sabah [Ord. 7 tahun 1959]; (c) di bawah Akta Perintah Nafkah (Kemudahan bagi Penguatkuasaan) 1949 [Akta 34]; dan *(d) di bawah seksyen 12 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164], *CATATAN—Lihat seksyen 109 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164]. selain prosiding bagi menguatkuasakan sesuatu perintah yang dibuat di bawah peruntukan undang-undang yang tersebut dalam perenggan (a) dan (b), atau bagi mengubah apa-apa kehendak bagi pembayaran wang yang terkandung dalam sesuatu perintah yang dibuat di bawah peruntukan tersebut, atau dalam sesuatu perintah yang dibuat atau disahkan di bawah Akta yang tersebut dalam perenggan (c); “prosiding kehakiman” termasuklah prosiding di hadapan mana- mana mahkamah, tribunal atau orang yang melalui undang-undang mempunyai kuasa untuk mendengar, menerima dan memeriksa keterangan dengan sumpah.
(a) berhubung dengan mana-mana prosiding kehakiman apa- apa perkara yang lucah atau perincian perubatan, pembedahan atau fisiologi yang lucah yang merupakan perkara atau perincian yang penerbitannya dikira akan menyebabkan kerosakan moral awam; dan (b) (i) berhubung dengan mana-mana prosiding kehakiman bagi pembubaran perkahwinan, pemansuhan perkahwinan, perpisahan kehakiman atau restitusi hak suami isteri; atau (ii) berhubung dengan mana-mana prosiding domestik, apa-apa butir selain yang berikut, iaitu: (I) nama, alamat dan pekerjaan pihak dan saksi; (II) alasan permohonan atau suatu pernyataan ringkas mengenai pertuduhan, pembelaan dan pertuduhan balas yang bagi menyokongnya keterangan telah diberikan; (III) penghujahan mengenai apa-apa perkara undang- undang yang berbangkit di mahkamah tentang prosiding itu dan keputusan mahkamah mengenainya; dan (IV) penghakiman mahkamah dan apa-apa pandangan yang dibuat oleh mahkamah apabila memberikan penghakiman itu: Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam perenggan ini boleh dianggap sebagai membenarkan penerbitan sesuatu yang berlawanan dengan perenggan (a).
perubatan.
SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari P.U. 358/1965 Perintah Pengubahsuaian Undang- 30-09-1965 undang (Prosiding Kehakiman) (Pengawalseliaan Laporan) (Peluasan ke Negeri-Negeri Borneo) 1965 Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia 29-08-1975 (Ringgit) 1975 Akta 164 Akta Membaharui Undang- 01-03-1982 Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta 164 Akta 160