Sebagaimana pada 1 September 2012
AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) 1983 Tarikh Perkenan Diraja 13 April 1983 Tarikh penyiaran dalam Warta 14 April 1983 Kali terakhir dipinda melalui Akta A1018 yang mula berkuat kuasa pada … … … … 1 September 1998 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 283 AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) 1983 SUSUNAN SEKSYEN B AHAGIAN I PERMULAAN UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 283 AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) 1983 Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai rawatan dan pemulihan penagih dadah dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [16 April 1983, P.U. (B) 190/1983] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: B AHAGIAN I PERMULAAN
Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran B AHAGIAN II RAWATAN DAN PEMULIHAN PENAGIH DADAH DI BAWAH PERINTAH MAHKAMAH 3. Penahanan penagih dadah yang disyaki untuk ujian 4. Membawa ke hadapan Majistret jika ujian tidak dapat disiapkan dalam masa dua puluh empat jam 5. Obligasi penagih dadah yang disyaki untuk menjalani tatacara ujian 6. Perintah Majistret yang boleh dibuat ke atas penagih dadah 7. (Dipotong) B AHAGIAN III RAWATAN DAN PEMULIHAN PENAGIH DADAH YANG MENJALANINYA DENGAN SUKARELA Seksyen 8. Tatacara bagi rawatan dan pemulihan penagih dadah yang menjalaninya dengan sukarela 9. Tatacara bagi rawatan dan pemulihan penagih dadah yang belum dewasa dan yang baginya bantuan dikehendaki Bahagian IV PUSAT BAGI RAWATAN DAN PEMULIHAN 10. Pusat pemulihan 11. Lembaga pelawat 12. Penyingkatan tempoh kediaman di Pusat Pemulihan 13. (Dipotong) 14. (Dipotong) 15. (Dipotong) 16. Pusat persendirian bagi rawatan dan pemulihan dan bagi jagaan lanjutan 17. Pemindahan di antara Pusat Bahagian IV AM 18. Pemberitahuan wajib mengenai penagih dadah 19. Jagaan yang sah di sisi undang-undang 20. Kesalahan oleh penghuni di Pusat Pemulihan dan Pusat Jagaan Lanjutan, dan orang awasan 21. Tempoh pemenjaraan atau tahanan hendaklah disifatkan sebagai tempoh kediaman, jagaan lanjutan atau pengawasan 22. Sumbangan bagi kos saraan, rawatan dan pemulihan 23. Pewakilan oleh Ketua Pengarah Seksyen 24. Bidang kuasa 25. Perlindungan orang yang bertindak di bawah kuasa Akta ini 26. Aktiviti yang akan membantu rawatan dan pemulihan 27. Memisahkan orang belum dewasa 28. Kaedah-kaedah 29. Pemansuhan 30. Peralihan 31. Pindaan Akta Dadah Berbahaya 1952
“dadah berbahaya” ertinya mana-mana dadah atau bahan yang buat masa ini terkandung di dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234]; “kaedah-kaedah” ertinya kaedah-kaedah yang dibuat oleh Menteri di bawah Akta ini; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah yang dilantik di bawah subseksyen (2); “Lembaga Pelawat” ertinya Lembaga Pelawat yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 11; “Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri; “pegawai” ertinya mana-mana Pegawai Pemulihan atau mana-mana pegawai polis; “Pegawai Pemulihan” ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (2); “penagih dadah” ertinya seseorang yang, melalui penggunaan mana-mana dadah berbahaya, mengalami suatu keadaan psikik dan kadang kala keadaan fizikal yang dicirikan dengan gerak balas tingkah laku dan gerak balas lain yang meliputi desakan mengambil dadah secara berterusan atau berkala untuk mengalami kesan psikiknya dan untuk mengelakkan ketagihan ketika ketiadaannya; “pengamal perubatan berdaftar” ertinya pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50]; “Pusat Pemulihan” ertinya institusi yang ditubuhkan di bawah seksyen 10; “ujian” ertinya semua perbuatan atau tatacara yang dijalankan bagi maksud menentukan sama ada seseorang itu penagih dadah.
RAWATAN DAN PEMULIHAN PENAGIH DADAH DI BAWAH PERINTAH MAHKAMAH
(a) orang itu bolehlah dilepaskan dengan jamin, dengan atau tanpa penjamin, oleh seseorang pegawai supaya hadir pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam bon; atau (b) orang itu bolehlah dibawa oleh seseorang pegawai ke hadapan Majistret, dan Majistret itu hendaklah, jika pegawai itu melaporkan bahawa orang itu perlu ditahan bagi maksud menjalani ujian, memerintahkannya supaya ditahan sedemikian selama sesuatu tempoh tidak lebih daripada empat belas hari untuk menjalani ujian atau Majistret itu boleh melepaskannya dengan jamin, dengan atau tanpa penjamin, supaya hadir pada sesuatu masa dan di sesuatu tempat yang dinyatakan dalam bon bagi maksud menjalani ujian itu, atau jika orang itu telah pun menjalani ujian tetapi keputusan ujian sedemikian masih belum diperolehi, Majistret itu boleh melepaskannya dengan jamin, dengan atau tanpa penjamin, supaya hadir pada sesuatu masa dan di sesuatu tempat yang dinyatakan dalam bon untuk menerima keputusan ujian itu.
tidak lebih daripada tiga bulan atau denda, atau kedua-duanya.
(a) memerintahkan orang itu menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan yang ditetapkan dalam perintah itu selama tempoh dua tahun dan selepas itu menjalani pengawasan seorang pegawai di tempat yang ditetapkan dalam perintah selama tempoh dua tahun; atau (b) memerintahkan orang itu diletakkan di bawah pengawasan seorang pegawai di tempat yang ditetapkan dalam perintah itu selama tempoh tidak kurang daripada dua dan tidak melebihi tiga tahun.
(a) orang itu mestilah tinggal di dalam Negeri atau Wilayah Persekutuan atau mana-mana kawasan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu; (b) orang itu tidak boleh meninggalkan kawasan tempat dia tinggal tanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah ; (c) pada waktu yang dinyatakan dalam perintah itu, orang itu hendaklah melaporkan diri di balai polis yang paling hampir atau bagi anggota angkatan tentera di tempat yang ditetapkan oleh seseorang pegawai; (d) orang itu tidak boleh mengambil, menggunakan atau memiliki apa-apa dadah berbahaya; (e) orang itu hendaklah menjalani apa-apa ujian pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang diperintahkan oleh seseorang pegawai; dan (f) orang itu hendaklah menjalani apa-apa jua program pemulihan penagih dadah yang diadakan oleh Kerajaan.
RAWATAN DAN PEMULIHAN PENAGIH DADAH YANG MENJALANINYA DENGAN SUKARELA
hendaklah memutuskan sama ada orang itu patut— (a) menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan selama tempoh dua tahun dan selepas itu menjalani pengawasan oleh seorang pegawai selama tempoh dua tahun; atau (b) diletakkan di bawah pengawasan seorang Pegawai Pemulihan bagi tempoh tidak kurang daripada dua dan tidak melebihi tiga tahun dan dijadikan tertakluk kepada syarat yang difikirkan oleh Pegawai Pemulihan perlu atau bermanfaat bagi maksud rawatan dan pemulihan orang itu, dan hendaklah memberitahu pemohon itu akan keputusannya.
PUSAT BAGI RAWATAN DAN PEMULIHAN
pemulihan penagih dadah yang diperintahkan atau diterima masuk untuk tinggal di dalamnya di bawah Akta ini.
suatu Lembaga Pelawat bagi tiap-tiap satu Pusat Pemulihan, dan Lembaga Pelawat itu — (a) hendaklah menjalankan semua kuasa, menunaikan semua kewajipan dan melaksanakan semua fungsi yang diperuntukkan dalam Akta ini atau yang ditetapkan dalam mana-mana kaedah; dan (b) hendaklah menasihati d an membuat syor kepada Ketua Pengarah atas semua perkara yang dirujuk oleh Ketua Pengarah kepadanya dan atas perkara lain yang berhubungan dengan kewajipan dan fungsi mereka yang disifatkan perlu dan suai manfaat untuk memberi nasihat dan membuat syor mengenainya itu.
13-15. (Dipotong oleh Akta 1018)
suai manfaat atau wajar.
setiap k elulusan sesuatu pusat di bawah seksyen ini dan setiap pembatalan kelulusan itu, hendaklah disiarkan dalam Warta.
atau masih lagi menjadi penagih dadah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya.
sesu atu Pusat Pemulihan boleh pada bila-bila masa diarahkan oleh Ketua Pengarah supaya dipindahkan untuk tinggal di sesuatu Pusat Pemulihan yang lain dan jika diarahkan sedemikian orang itu hendaklah dipindahkan ke Pusat Pemulihan yang lain itu. Bahagian V AM
pegawai perubatan kerajaan, untuk memberitahu Ketua Pengarah mengenai mana-mana orang yang dirawat olehnya kerana ketagihan dadah mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini.
boleh didenda tidak lebih daripada *dua ribu ringgit.
(a) jika dia ditahan dalam jagaan oleh seseorang pegawai di bawah Akta ini; (b) semasa dia menjadi penghuni di Pusat Pemulihan di bawah Akta ini; (c) semasa dia sedang dibawa dari mana-mana tempat atau ke mana-mana tempat, atau semasa dia sedang melibatkan dirinya dalam apa-apa aktiviti di bawah Akta ini di luar Pusat Pemulihan, sepanjang tempoh yang dia dikenakan suatu perintah yang dibuat di bawah Akta ini supaya tinggal di Pusat Pemulihan.
undang sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh *dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau disebat tidak melebihi tiga sebatan.
(a) melanggari mana-mana terma atau syarat yang dikenakan dengan sah di sisi undang-undang di bawah Akta ini berhubungan dengan kediaman, rawatan atau pemulihan di Pusat Pemulihan; atau (b) melanggari mana-mana kaedah berhubungan dengan sesuatu Pusat Pemulihan jika tiada apa jua hukuman tertentu diperuntukkan dalam kaedah-kaedah itu bagi pelanggaran itu; (c) mengapikan mana-mana penghuni di Pusat, supaya melanggari mana-mana kaedah berhubungan dengan Pusat itu; *CATATAN− Terdahulu “lima ratus ringgit” – lihat Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan)(Pindaan) 1998 [Act A1018] (d) menggunakan apa-apa perkataan atau gerak isyarat yang lucah, mengancam, menghina atau mencela, atau selainnya berkelakuan dengan cara yang mengancam atau mencela, terhadap mana-mana orang yang menjalankan mana-mana kuasa, menunaikan mana-mana kewajipan atau melaksanakan mana-mana fungsi berhubungan dengan jagaan, rawatan, pemulihan, kediaman atau pengawasan mana-mana orang di bawah Akta ini, atau terhadap mana- mana orang yang menjadi penghuni di Pusat Pemulihan atau terhadap mana-mana pekerja atau pekhidmat yang diambil kerja atau diguna khidmat di mana-mana Pusat Pemulihan, atau terhadap mana-mana orang yang dengan sah di sisi undang - undang melawat sesuatu Pusat Pemulihan atau selainnya berada di sesuatu Pusat Pemulihan dengan sah di sisi undang-undang, atau menyerang mana-mana orang, pekerja atau pekhidmat seperti yang tersebut dahulu, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada *tiga tahun atau kedua-duanya.
pengawasan oleh seorang pegawai, atau telah diperintahkan supaya berbuat demikian tetapi masih belum mula menjalaninya, dihukum penjara selama sesuatu tempoh oleh mana- mana mahkamah, atau oleh *Mahkamah Kanak-kanak dengan suatu tempoh tahanan, atau ditahan di bawah mana-mana undang-undang *CATATAN− Terdahulu “denda atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun”– lihat Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan)(Pindaan) 1998 [Act A1018] *CATATAN—Peruntukan asal yang menggunakan perkataan “Mahkamah Juvana” kini ditafsirkan sebagai “Mahkamah Kanak-kanak”–lihat seksyen 131 Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611 yang berhubungan dengan tahanan pencegahan, pemenjaraan atau tahanan itu hendaklah diberi keutamaan dari kediaman atau pengawasan seperti yang tersebut dahulu, dan tempoh pemenjaraan atau tahanan yang telah dijalani hendaklah disifatkan sebagai kediaman di Pusat Pemulihan atau pengawasan, mengikut mana yang berkenan, dan apabila tamat tempoh pemenjaraan atau tahanan itu, masih belum habis mana-mana bahagian tempoh yang baginya dia telah diperintahkan supaya tinggal di Pusat Pemulihan, atau menjalani pengawasan, mengikut mana yang berkenaan, dia adalah dikehendaki tinggal di Pusat Pemulihan atau menjalani pengawasan, mengikut mana yang berkenaan, bagi mana-mana bahagian tempoh itu yang masih belum habis.
berkuat kuasa , membuat suatu perintah, menghendaki orang itu, atau jika orang-orang itu adalah seorang belum dewasa, menghendaki ibu bapanya atau penjaganya, membayar apa-apa amaun yang dinyatakan dalam perintah itu kepada Ketua Pengarah sebagai sumbangan terhadap kos saraan, rawatan dan pemulihan orang itu di Pusat Pemulihan itu.
dan memberi peluang kepada orang itu untuk membuat representasi mengenai perkara itu kepada Majistret.
terhadapnya suatu perintah di bawah subseksyen (1) telah dibuat, membatalkan, membuat perintah baru atau mengubah perintah itu sebagaimana difikirkan patut oleh Majistret.
Tatacara Jenayah atau mana-mana undang-undang bertulis lain sebaliknya, apa-apa kuasa atau bidang kuasa yang diberi kepada Majistret di bawah seksyen 4, 6 dan 22 Akta ini mengenai perkara yang dinyatakan di dalamnya, bolehlah dijalankan oleh mana-mana Majistret di mana-mana tempat sama ada perkara itu berbangkit di dalam atau di luar bidang kuasa tempatan Majistret itu atau di dalam atau di luar had kawasan mahkamahnya.
subsidiari yang dibuat di bawahnya tidaklah tertakluk kepada apa-apa liabiliti sivil atau jenayah berkenaan dengannya, sama ada atas alasan tiada bidang kuasa, silap undang-undang atau fakta atau apa-apa alasan lain melainkan dia bertindak dengan berniat jahat atau tanpa hemat yang munasabah.
Mana-mana orang yang menjalani rawatan dan pemulihan di sesuatu Pusat Pemulihan boleh dikehendaki melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang, pada pendapat orang yang menjaga Pusat Pemulihan, akan membantu dalam rawatan dan pemulihannya, dan aktiviti sedemikian boleh melibatkan pekerjaan di dalam atau di luar Pusat Pemulihan itu.
kediaman, mengikut mana yang berkenaan, perkiraan hendaklah dibuat supaya dia ditahan dalam jagaan itu atau tinggal atau hadir sedemikian atau dipindahkan sedemikian, menurut cara yang akan memastikan bahawa dia tidak bercampur dengan dan dipisahkan dari orang dewasa atau orang dewasa yang sedang ditahan dalam jagaan, atau tinggal sedemikian, atau sedang dipindahkan sedemikian.
yang berikut: (a) untuk menetapkan apa-apa jua yang dikehendaki supaya ditetapkan di bawah Akta ini; (b) untuk mengadakan borang bagi penggunaan berkaitan dengan mana-mana perkara di bawah Akta ini; (c) untuk mengawal selia penubuhan, pengurusan dan kawalan Pusat Pemulihan, dan pusat pemulihan persendirian, termasuklah peruntukan mengenai kuasa, kewajipan dan fungsi orang yang menjaga atau diambil kerja di Pusat Pemulihan itu atau di pusat pemulihan persendirian; (d) untuk mengadakan peruntukan mengenai disiplin, pelajaran, latihan vokasional dan pekerjaan orang yang menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan itu atau di pusat pemulihan persendirian; (e) untuk mengadakan peruntukan mengenai tatacara berhubungan dengan ujian yang hendak dijalankan di bawah Akta ini; (f) untuk mengadakan peruntukan mengenai tatacara berhubungan dengan rawatan, pemulihan dan pengawasan orang di bawah Akta ini; (g) untuk mengadakan peruntukan mengenai keanggotaan, kewajipan, fungsi dan tatacara Lembaga Pelawat; (h) untuk mengadakan peruntukan mengenai borang, dan peruntukan yang hendak dimasukkan ke dalam mana-mana bon jamin yang disempurnakan di bawah Akta ini; (i) untuk mengadakan peruntukan mengenai borang, peruntukan, dan terma dan syarat mana-mana bon lain yang dikehendaki supaya disempurnakan di bawah Akta ini.
-kaedah itu atau dengan kaedah- kaedah berasingan yang dibuat di bawah Akta ini memperuntukkan bahawa apa-apa pelanggaran terhadap peruntukan mana-mana kaedah adalah menjadi suatu kesalahan dan boleh memperuntukkan supaya kesalahan sedemikian dihukum denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.
A , Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] dimansuhkan.
(a) mana-mana orang telah ditahan dalam jagaan; atau (b) telah atau sedang diambil tindakan dengan apa jua cara oleh mana-mana mahkamah, Majistret, Pegawai Kebajikan Masyarakat, Lembaga Pelawat, atau mana-mana pegawai atau pihak berkuasa lain, di bawah Bahagian V A Akta Dadah Berbahaya 1952, peruntukan Akta itu, termasuklah Bahagian V A Akta itu hendaklah terus dipakai berhubungan dengan orang itu, kecuali bahawa sebutan mengenai pegawai dan pihak berkuasa di bawah Bahagian V A tersebut hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai pegawai dan pihak berkuasa yang bersamaan yang dilantik di bawah Akta ini.
A dan 38 B yang berikut :
Where any person below the age of eighteen years is found guilty of an offence against this Act other than in the case of an offence under section 6 B or 39 B or other than in a case where a person is found guilty of the offence against this Act for which the punishment shall be under section 39 A , the Court shall consider a report of a Rehabilitation Officer as defined in the Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983 [Act 283] and if the Court is satisfied that such person is a drug dependant as certified by a government medical officer and that having regard to the circumstances of the case and the character, antecedents, health or mental condition of the person charged it is inexpedient to inflict the punishment provided, the Court may, with or without recording a conviction — (a) release the offender and order him to reside at a Rehabilitation Centre for a period of two years to undergo treatment and rehabilitation, and immediately thereafter to undergo after-care in accordance with the provisions of the Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983; or (b) order the offender to be placed under the supervision of a Rehabilitation Officer for a period of not less than two and not more than three years, and to execute a bond with or without sureties, as the Court may determine, to remain under such supervision for the such period: Provided that where such person fails to execute such bond, an order under paragraph (a) shall be made against him by the Court.
an order under paragraph (1)(a) is made against an offender, it shall be deemed to be an order made by a Magistrate under paragraph 6 (1)(a) of the Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983, and where the order is made under paragraph (1)(b), it shall be deemed to be an order made by the Magistrate under paragraph 6(1)(b) of that Act, andthe provisions of that Act shall apply accordingly in relation to such order. 1) Where a person is found guilty of an offence under section 15, he shall immediately after having undergone the punishment imposed upon him in respect thereof, undergo supervision by a Rehabilitation Officer as defined under subsection 2(2) of the Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983 for a period of not less than two and not more than three years as may be determined by the Rehabilitation Officer.
(Treatment and Rehabilitation) Act 1983, and the provisions of that Act shall apply accordingly in relation to such supervision.”. SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari Akta A1018 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 1998 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A1018 Akta A1018 6-10 Akta A1018 12-15 Akta A1018 18-22 Akta A1018 Akta A1018 26-28 Akta A1018