1. Gelaran, permulaan kuat kuasa dan gelaran panjang. 2. Tafsiran. BAHAGIAN II PENUBUHAN, TUGAS-TUGAS DAN KUASA-KUASA SURUHANJAYA 3. Penubuhan Suruhanjaya. 4. Tugas Suruhanjaya. 5. Kuasa Suruhanjaya. 6. Lantikan Pengarah. 7. Lantikan pegawai yang diberi kuasa. 8. Arahan oleh Menteri. 9. Lantikan jawatankuasa dan perwakilan kuasa. BAHAGIAN III PERSAINGAN Penggal Am 10. Pengenaan Bahagian ini. Penggal 2 **Perjanjian dll. yang menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan** 11. Perjanjian dll. yang menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan. 12. Perjanjian yang dikecualikan. 13. Pengecualian individu. 14. Pembatalan atau perubahan pengecualian individu. 15. Pengecualian blok. 16. Perintah pengecualian blok. 17. Bangkangan terhadap pengecualian blok. 18. Prosedur bagi pengecualian blok. 19. Perubahan dan pembatalan perintah pengecualian blok. 20. Kriteria bagi pengecualian blok. Penggal 3 **Penyalahgunaan kedudukan dominan** 21. Penyalahgunaan kedudukan dominan. 22. Hal yang dikecualikan. Penggal 4 **Penggabungan** 23. Penggabungan. 24. Penggabungan yang dikecualikan. 25. Permintaan untuk Suruhanjaya bagi menimbangkan penggabungan yang dijangkakan dan penggabungan. 26. Pemberitahuan tentang penggabungan yang dijangkakan. 27. Pemberitahuan penggabungan. 28. Langkah interim berhubung dengan pemberitahuan mengenai penggabungan yang dijangkakan dan penggabungan. 29. Kesan keputusan bahawa penggabungan yang dijangkakan, jika dilaksanakan, tidak akan melanggar larangan bab 23. 30. Kesan keputusan bahawa penggabungan tidak melanggar larangan bab 23. Penggal 5 Komitmen 31. Komitmen. 32. Kesan Komitmen. Penggal 6 Penyiasatan dan Penguatkuasaan 33. Garis panduan mengenai penguatkuasaan Bahagian ini. 34. Kuasa untuk menghendaki dokumen atau maklumat. 35. Kuasa untuk menyiasat. 36. Kuasa apabila menjalankan penyiasatan. 37. Kuasa untuk memasuki premis tanpa waran. 38. Kuasa untuk memasuki premis dengan waran. 39. Menunjukkan diri bersalah dan perkecualian bagi penasihat undang-undang profesional. 40. Langkah interim. 41. Keputusan Suruhanjaya selepas selesai penyiasatan. 42. Penguatkuasaan keputusan Suruhanjaya. 43. Pemberitahuan. 44. Rejim kelonggaran. 45. Kuasa untuk menerima aku janji. 46. Penguatkuasaan arahan, aku janji dan komitmen di Mahkamah Tinggi. 47. Suruhanjaya boleh menyimpan dokumen. 48. Akses kepada data berkomputer. 49. Waran boleh diterima walaupun cacat. 50. Senarai rekod, buku, akaun, dll. yang dirampas. 51. Pelepasan rekod, buku, akaun, dll. yang dirampas. 52. Tiada kos atau ganti rugi yang timbul dari rampasan boleh didapatkan balik. BAHAGIAN IV KESALAHAN-KESALAHAN 53. Akses kepada rekod, dll. 54. Memberikan aklumat, keterangan atau dokumen palsu atau mengelirukan. 55. Pemusnahan, penyembunyian, pencacatan atau pengubahan rekod, dll. 56. Mengadang pegawai yang diberi kuasa. 57. Pemberian maklumat. 58. Ancaman dan tindakan balas dilarang. BAHAGIAN V TRIBUNAL RAYUAN PERSAINGAN 59. Keputusan boleh rayu. 60. Tribunal Rayuan Persaingan. 61. Kuasa dan keputusan Tribunal. BAHAGIAN VI AM 62. Kuasa untuk menjalankan kajian semula pasaran. 63. Keputusan kajian semula pasaran. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 64. Hukuman am. 65. Komposisi kesalahan. 66. Kesalahan yang dilakukan oleh badan korporat. 67. Hak tindakan persendirian. 68. Kerjasama antara Suruhanjaya dengan pihak berkuasa pengawalseliaan lain mengenai perkara persaingan. 69. Kerjasama antara Suruhanjaya dengan badan persaingan asing. 70. Penyimpanan rahsia. 71. Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang. 72. Pindaan Jadual Ketiga dan Keempat. 73. Peraturan-peraturan. 74. Peruntukan-peruntukan peralihan.
PERMULAAN Gelaran, permulaan kuat kuasa dan gelaran panjang.
Menteri boleh, dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa Bahagian-Bahagian atau peruntukan-peruntukan yang berlainan Perintah ini atau bagi maksud-maksud yang berlainan peruntukan-peruntukan yang sama.
Gelaran panjang Perintah ini adalah "Suatu Perintah untuk menggalakkan dan melindungi persaingan dalam pasaran di Negara Brunei Darussalam, untuk menggalakkan kecekapan ekonomi, perkembangan ekonomi dan kebajikan pengguna; dan untuk mengadakan peruntukan bagi tugas-tugas dan kuasa-kuasa Suruhanjaya Persaingan Brunei Darussalam dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berhubungan dengannya". Tafsiran.
"perjanjian" termasuk apa-apa perjanjian, penyusunan, persefahaman, aku janji atau janji, sama ada nyata atau tersirat, secara bertulis atau lisan; "penggabungan yang dijangkakan" bermakna suatu penyusunan yang sedang berjalan atau difikirkan dan yang akan, jika dilaksanakan, mengakibatkan berlakunya suatu penggabungan yang tersebut dalam bah 23(2); "pegawai yang diberi kuasa" bermakna seseorang pegawai yang diberi kuasa yang dilantik di bawah bah 7; "pengecualian blok" mempunyai makna yang diberikan kepadanya dalam bah 15(5); "perintah pengecualian blok" mempunyai makna yang diberikan kepadanya dalam bab 15(3); "Pengerusi" bermakna Pengerusi Suruhanjaya dan termasuk mana-mana Pengerusi sementara Suruhanjaya; "Suruhanjaya" bermakna Suruhanjaya Persaingan Brunei Darussalam; "amalan bersepadu" bermakna apa-apa bentuk koordinasi di antara perusahaan-perusahaan yang dengan mengetahui menggantikan kerjasama praktikal di antara mereka dengan risiko persaingan, dan termasuk apa-apa amalan yang melibatkan kontak atau perhubungan langsung atau tidak langsung di antara perusahaan-perusahaan, yang matlamat atau kesannya adalah sama ada — (a) untuk mempengaruhi kelakuan satu atau lebih perusahaan dalam suatu pasaran; atau (b) untuk mendedahkan perjalanan kelakuan yang telah diputuskan untuk diambil atau yang difikirkan hendak diambil oleh suatu perusahaan dalam usaha pasaran, dalam hal keadaan yang pendedahan itu tidak akan dibuat dalam keadaan biasa persaingan; "pengguna" bermakna mana-mana pengguna langsung atau tidak langsung barang-barang atau perkhidmatan yang dibekalkan oleh suatu perusahaan semasa menjalankan perniagaan, dan termasuk perusahaan lain yang menggunakan barang-barang atau perkhidmatan yang dibekalkan itu sebagai input kepada perniagaannya sendiri dan juga pemborong, peruncit dan pengguna akhir; "Pengarah" bermakna Pengarah Suruhanjaya yang dilantik di bawah bah 6 dan termasuk mana-mana orang yang bertindak atas sifat itu; "dokumen" mempunyai makna sama seperti dalam bah 2 dari Akta Keterangan (Penggal 108) dan termasuk maklumat yang direkodkan dalam apa-apa bentuk; "kedudukan dominan" bermakna suatu keadaan bagaimana satu atau lebih perusahaan mempunyai kuasa yang signifikan dalam suatu pasaran untuk melaraskan harga atau output atau terma-terma perdagangan, tanpa hambatan berkesan daripada pesaing atau bakal pesaing di dalam Negara Brunei Darussalam atau di tempat lain; "barang-barang" bermakna setiap jenis harta, sama ada ketara atau tidak ketara dan termasuk (a) segala jenis harta alih; (b) bangunan dan struktur lain; (c) vesel dan kenderaan; (d) utiliti; (e) mineral, pokok dan tanaman, sama ada di atas, di bawah atau bercantum pada tanah atau tidak; (f) binatang, termasuk ikan; dan (g) hak dalam tindakan; "pengecualian individu" mempunyai makna yang sama yang diberikan kepadanya di bawah bab 13(3); "maklumat" termasuk anggaran dan ramalan; "ahli" bermakna seseorang ahli Suruhanjaya; "Menteri" bermakna Menteri yang diberi tanggungjawab bagi perkara persaingan am; "pihak yang terlibat dalam suatu penggabungan" bermakna seseorang atau suatu perusahaan yang dinyatakan dalam bab 23(2) dan termasuk entiti yang digabungkan; "pihak dalam suatu penggabungan yang dijangkakan" bermakna seseorang atau suatu perusahaan yang merupakan orang atau perusahaan yang dinyatakan dalam bab 23(2) jika penggabungan yang dijangkakan itu dilaksanakan; "orang" termasuk mana-mana perusahaan; "premis" tidak termasuk premis domestik melainkan jika — perusahaan; atau (b) dokumen-dokumen berhubung dengan hal ehwal suatu perusahaan disimpan di situ, tetapi termasuk mana-mana kenderaan; "harga" termasuk apa-apa bentuk balasan yang diberikan sebagai ganti apa-apa jenis barang atau perkhidmatan, sama ada balasan itu sebenarnya telah diberikan atau diiklankan atau dinyatakan sebagai dikehendaki untuk diberikan sebagai tukaran barang atau perkhidmatan itu; "pertimbangan kepentingan awam" bermakna pertimbangan keselamatan negara atau awam, pertimbangan pertahanan dan pertimbangan lain sebagaimana yang mungkin ditetapkan oleh Menteri, dengan perintah yang disiarkan dalam Warta Kerajaan; "larangan bab 11" bermakna larangan yang disebut dalam bab 11(1); "larangan bab 21" bermakna larangan yang disebut dalam bab 21(1); "larangan bab 23" bermakna larangan yang disebut dalam bab 23(1); "perkhidmatan" bermakna apa-apa perihalan perkhidmatan sama ada perindustrian, perdagangan, profesional atau pun sela nnya; "membekalkan" termasuk — (a) berkenaan dengan barang-barang, pembekalan dan pembekalan semula, dengan cara penjualan, pertukaran, pajakan, sewa, sewa beli barang-barang itu; dan (b) berkenaan dengan perkhidmatan, penyediaan dengan cara penjualan, pemberian atau penyampaian perkhidmatan itu; "Tribunal" bermakna Tribunal Rayuan Persaingan yang ditubuhkan oleh bab 60; "perusahaan" bermakna mana-mana orang, sebagai seorang individu, suatu badan korporat, kumpulan orang yang tidak diperbadankan atau mana-mana entiti lain, yang boleh menjalankan aktiviti-aktiviti komersil atau ekonomi berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan. NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Hakikat bahawa sesuatu yang adalah dikecualikan daripada larangan di bawah Perintah ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menghendaki maklumat yang dirahsiakan berhubung dengan sesuatu perjanjian, kerana pengecualian yang diperuntukkan oleh atau di bawah Perintah ini, tidak menghendaki peruntukan-peruntukan perjanjian yang dimaksudkan oleh pengecualian itu supaya diketepikan apabila menimbangkan sama ada perjanjian tersebut melanggar larangan itu kerana sebab lain.
Bagi maksud-maksud Perintah ini, kuasa untuk menghendaki maklumat, berhubung dengan maklumat yang direkodkan melainkan dalam bentuk mudah dibaca, termasuk kuasa untuk menghendaki satu salinannya dalam bentuk mudah dibaca.
Apa-apa kuasa yang diberikan kepada mana-mana orang oleh Perintah ini untuk menghendaki maklumat termasuk kuasa untuk menghendaki apa-apa dokumen yang dipercayainya mungkin mengandungi maklumat itu.
PENUBUHAN, TUGAS-TUGAS DAN KUASA-KUASA SURUHANJAYA Penubuhan Suruhanjaya.
Suruhanjaya hendaklah terdiri daripada seorang Pengerusi dan ahli-ahli lain, yang tidak kurang dari 6 atau lebih dari 12 orang, yang dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, dengan pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta Kerajaan.
Jadual Pertama hendaklah berkuat kuasa berhubung dengan Suruhanjaya, ahli-ahli dan prosidingnya. Tugas Suruhanjaya.
(a) untuk meningkatkan gelagat pasaran dengan cekap dan menggalakkan produktiviti, inovasi dan kebersaignan pasaran secara menyeluruh di Negara Brunei Darussalam; (b) untuk menggalakkan dan mengekalkan persaingan dalam pasaran di Negara Brunei Darussalam; (c) untuk menggalakkan budaya dan suasana persaingan yang sihat dalam keseluruhan ekonomi; (d) untuk bertindak sebagai penyokong bagi perkara persaingan; nilai persaingan dan bagaimana Perintah ini menggalakkan persaingan; (f) untuk memberi nasihat kepada Kerajaan atau pihak berkuasa awam lain mengenai keperluan dan dasar negara berkenaan dengan perkara yang ada hubungannya dengan persaingan di Negara Brunei Darussalam; (g) untuk menggalakkan penyelidikan tentang dan perkembangan kemahiran berhubung dengan aspek undang-undang, ekonomi dan dasar; (h) untuk bertindak di peringkat antarabangsa sebagai wakil badan kebangsaan Negara Brunei Darussalam berkaitan dengan perkara persaingan; dan (i) untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dan melakukan hal-hal yang perlu atau berfaedah dan wajar bagi mentadbir Suruhanjaya.
Dalam melaksanakan tugas-tugas dan menunaikan kewajipan-kewajipan yang dikenakan kepadanya oleh ceraian (1), Suruhanjaya hendaklah mengambil kira (a) perbezaan jenis pelbagai pasaran di Negara Brunei Darussalam; (b) keperluan ekonomi, perindustrian dan komersil Negara Brunei Darussalam; dan (c) penyelenggaraan pasaran di Negara Brunei Darussalam supaya berfungsi dengan cekap.
Suruhanjaya boleh menjalankan tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan lain sebagaimana yang mungkin diberikan oleh Menteri kepada Suruhanjaya dan dalam berbuat demikian, Suruhanjaya hendaklah dianggap sebagai memenuhi maksud-maksud Perintah ini, dan peruntukan-peruntukan Perintah ini hendaklah dikenakan kepada Suruhanjaya berkaitan dengan tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan tersebut.
Tiada sebarang apa pun dalam bab ini boleh ditafsirkan sebagai mengenakan kepada Suruhanjaya, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa bentuk kewajipan atau liabiliti yang boleh dikuatkuasakan dengan prosiding di hadapan mana-mana mahkamah yang kepadanya ia sebaliknya tidak akan tertakluk. Kuasa Suruhanjaya.
WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM pelaksanaan tugas-tugasnya, dan penunaian kewajipan-kewajipannya di bawah Perintah ini atau sebarang undang-undang bertulis lain dan, khususnya, Suruhanjaya boleh menjalankan mana-mana kuasa yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
Bab ini tidak boleh ditafsirkan sebagai mengehadkan apa-apa kuasa Suruhanjaya yang diberikan oleh atau di bawah sebarang undang-undang bertulis lain.
Suruhanjaya hendaklah memberikan kepada Menteri maklumat berkaitan dengan aktiviti-aktivitinya mengikut cara dan pada masa sebagaimana yang mungkin dikehendaki oleh Menteri. Lantikan Pengarah.
Pengarah hendaklah melaksanakan kewajipan-kewajipan lain sebagaimana yang mungkin diarahkan oleh Menteri. Lantikan pegawai yang diberi kuasa.
Bagi maksud-maksud suatu penyiasatan di bawah Perintah ini, Menteri boleh melantik mana-mana orang lain sebagai seorang pegawai yang diberi kuasa. Arahan oleh Menteri.
Lantikan jawatankuasa dan perwakilan kuasa.
Suruhanjaya, akan dapat dikawalselia dan diuruskan dengan lebih baik lagi melalui jawatankuasa-jawatankuasa tersebut.
Suruhanjaya boleh, tertakluk kepada syarat-syarat atau sekatan-sekatan sebagaimana yang difikirkannya patut, mewakilkan kepada mana-mana jawatankuasa itu semua atau apa-apa kuasa, tugas dan kewajipan yang terletak hak pada Suruhanjaya oleh Perintah ini atau sebarang undang-undang bertulis lain, kecuali kuasa untuk mewakilkan yang diberikan oleh ceraian ini.
Suruhanjaya boleh, tertakluk kepada syarat-syarat atau sekatan-sekatan sebagaimana yang difikirkannya patut, mewakilkan kepada Pengerusi, Pengarah, mana-mana pekerja Suruhanjaya atau mana-mana orang semua atau apa-apa kuasa, tugas dan kewajipan yang terletak hak pada Suruhanjaya oleh Perintah ini atau sebarang undang-undang bertulis lain, kecuali kuasa untuk mewakilkan yang diberikan oleh ceraian ini; dan apa-apa kuasa, tugas atau kewajipan yang diwakilkan itu boleh dijalankan, dilaksanakan atau ditunaikan oleh Pengerusi, Pengarah, pekerja atau orang itu atas nama dan bagi pihak Suruhanjaya.
Suruhanjaya boleh terus menjalankan suatu kuasa yang diberikan kepadanya, melaksanakan suatu tugas atau menunaikan suatu kewajipan di bawah Perintah ini atau sebarang undang-undang bertulis lain, walaupun kuasa, tugas atau kewajipan itu diwakilkan di bawah bab ini.
PERSAINGAN Penggall Am Pengenaan Bahagian ini.
(a) suatu perjanjian yang disebut dalam bab 11 telah dibuat di luar Negara Brunei Darussalam; (b) mana-mana pihak dalam perjanjian itu berada di luar Negara Brunei Darussalam; (c) mana-mana perusahaan yang menyalahgunakan kedudukan dominan yang disebut dalam bab 21 berada di luar Negara Brunei Darussalam; NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (e) suatu penggabungan yang disebut dalam bab 23 telah berlaku di luar Negara Brunei Darussalam; (f) mana-mana pihak dalam suatu penggabungan yang dijangkakan atau mana-mana pihak yang terlibat dalam suatu penggabungan berada di luar Negara Brunei Darussalam; atau (g) apa-apa perkara, amalan atau tindakan lain yang timbul dari perjanjian itu, kedudukan dominan itu, suatu penggabungan yang dijangkakan atau suatu penggabungan adalah di luar Negara Brunei Darussalam,
(i) perjanjian tersebut melanggar atau telah melanggar larangan bab 11; (ii) penyalahgunaan itu melanggar atau telah melanggar larangan bab 21; (iii) penggabungan yang dijangkakan itu, jika dilaksanakan, akan melanggar larangan bab 23; atau (iv) penggabungan itu melanggar atau telah melanggar larangan bab 23, mengikut mana yang berkenaan.
Setakat mana Bahagian ini dikenakan kepada suatu industri atau sektor industri yang tertakluk kepada pengawalseliaan dan kawalan pihak berkuasa pengawalseliaan lain (a) perjalanan kuasa oleh pihak berkuasa pengawalseliaan lain itu tidak boleh ditafsirkan sebagai mengurangkan perjalanan kuasa oleh Suruhanjaya; dan (b) perjalanan kuasa oleh Suruhanjaya tidak boleh ditafsirkan sebagai mengurangkan perjalanan kuasa oleh pihak berkuasa pengawalseliaan lain itu.
Menteri boleh, dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, membuat peraturan-peraturan bagi maksud menyelaraskan perjalanan kuasa oleh Suruhanjaya di bawah Bahagian m1 dan perjalanan kuasa oleh mana-mana pihak berkuasa pengawalseliaan lain yang disebut dalam ceraian (2), dan boleh, khususnya, membuat peraturan-peraturan untuk mengadakan peruntukan bagi prosedur yang akan diikuti (a) bagi memutuskan dalam suatu kes atau kategori kes-kes tertentu sama ada Suruhanjaya patut menjalankan kuasanya di bawah Bahagian ini atau pihak berkuasa pengawalseliaan lain patut menjalankan kuasanya; dan (b) jika Suruhanjaya dan pihak berkuasa pengawalseliaan lain boleh menjalankan kuasa mereka masing-masing serentak atau bersama.
Tiada sebarang apa pun dalam Bahagian ini boleh dikenakan kepada apa-apa aktiviti yang dijalankan oleh, mana-mana perjanjian yang dibuat atau apa-apa kelakuan di pihak — (a) Kerajaan; (b) mana-mana badan berkanun; atau (c) mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan atau badan berkanun itu, mengikut mana yang berkenaan, berhubung dengan aktiviti, perjanjian atau kelakuan itu.
Dengan tidak menghiraukan ceraian (4), Bahagian ini hendaklah dikenakan kepada — (a) badan berkanun itu atau orang yang bertindak bagi pihak badan berkanun itu; atau (b) aktiviti yang dijalankan, perjanjian yang dibuat atau kelakuan yang terlibat dalam, oleh suatu badan berkanun atau orang yang bertindak bagi pihak badan berkanun itu berhubung dengan aktiviti, perjanjian atau kelakuan itu, sebagaimana yang mungkin ditetapkan oleh Menteri, dengan perintah yang disiarkan dalam Warta Kerajaan.
Dalam bab ini, "badan berkanun" bermakna suatu badan korporat yang ditubuhkan oleh atau di bawah sebarang undang-undang bertulis.
Perjanjian dll. yang menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan Perjanjian dll. yang menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan.
Bagi maksud-maksud ceraian (1), perjanjian, keputusan atau amalan bersepadu, khususnya, mempunyai matlamat atau kesan menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan di dalam Negara Brunei Darussalam jika ia– (a) secara langsung atau tidak langsung menetapkan harga belian atau jualan atau apa-apa syarat lain perdagangan; (b) membataskan atau mengawal pengeluaran, pasaran, pembangunan teknikal atau pelaburan; (c) berkongsi pasaran atau sumber bekalan; (d) mengenakan syarat-syarat yang berbeza kepada transaksi yang sama dengan pihak-pihak perdagangan lain, dengan yang demikian meletakkannya dalam kerugian bersaing; (e) menjadikan kontrak-kontrak yang dibuat itu tertakluk kepada penerimaan obligasi tambahan oleh pihak-pihak lain yang, dari jenisnya atau mengikut kegunaan komersil, tidak mempunyai kaitan dengan perkara kontrak-kontrak tersebut; atau (f) melakukan penipuan bida.
Apa-apa peruntukan dalam mana-mana perjanjian atau apa-apa keputusan yang dilarang oleh ceraian (1) adalah tidak sah pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa bab ini setakat mana ia melanggar ceraian itu.
Melainkan jika maksudnya berkehendakkan makna yang lain, suatu peruntukan Perintah ini yang dinyatakan untuk dikenakan kepada, atau berhubung dengan, suatu perjanjian hendaklah dibaca sebagai mengenakan, dengan pengubahsuaian-pengubahsuaian yang perlu, sama kepada, atau berhubung dengan, suatu keputusan oleh persatuan perusahaan atau amalan bersepadu.
Ceraian (1) hendaklah dikenakan kepada perjanjian, keputusan dan amalan bersepadu yang dilaksanakan sebelum, pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa bab ini. Perjanjian yang dikecualikan.
Pengecualian individu.
Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, dengan perintah memberikan pengecualian itu jika, pada pendapat Menteri, perjanjian itu adalah satu perjanjian yang dikenakan bab ini.
Suatu pengecualian yang diberikan di bawah bab ini disebut sebagai suatu pengecualian individu.
Pengecualian individu yang diberikan oleh Menteri boleh — (a) tertakluk kepada apa-apa bayaran, syarat atau obligasi sebagaimana yang dianggap sesuai untuk dikenakan oleh Suruhanjaya; dan (b) bagi suatu tempoh terhad sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah ini.
Suatu pengecualian individu boleh mengadakan peruntukan baginya berkuat kuasa dari suatu tarikh yang lebih awal daripada tarikh perintah itu dibuat.
Bab ini hendaklah dikenakan kepada mana-mana perjanjian yang menyumbang pada — (a) meningkatkan pengeluaran atau pengedaran; atau (b) menggalakkan kemajuan teknikal atau ekonomi, tetapi yang tidak — (i) mengenakan kepada perusahaan yang berkenaan sekatan-sekatan yang tidak begitu diperlukan untuk mencapai matlamat-matlamat itu; atau (ii) memberikan kepada perusahaan yang berkenaan kemungkinan untuk menghapuskan persaingan berkaitan dengan sebahagian besar barang-barang atau perkhidmatan yang berkenaan itu. Pembatalan atau perubahan pengecualian individu.
(a) terdapat perubahan material hal keadaan sejak pemberian suatu pengecualian individu; atau (b) suatu obligasi telah dilanggar, maka Menteri boleh, dengan perintah yang disiarkan dalam Warta Kerajaan — (i) membatalkan pengecualian individu itu; (ii) mengubah atau membatalkan apa-apa syarat atau obligasi; atau (iii) mengenakan syarat atau obligasi tambahan.
Jika Menteri berpuas hati bahawa— (a) maklumat yang atasnya Menteri mengasaskan keputusannya untuk memberikan suatu pengecualian individu adalah palsu atau mengelirukan dalam sesuatu butir material; atau (b) apa-apa syarat telah dilanggar, maka Menteri boleh, dengan perintah yang disiarkan dalam Warta Kerajaan, membatalkan pengecualian individu itu.
Apa-apa tindakan yang diambil oleh Menteri di bawah ceraian (1) hendaklah berkuat kuasa dari tarikh perintah itu dibuat.
Suatu pengecualian individu yang dibatalkan— (a) menurut ceraian (2)(a) adalah tidak sah dari tarikh pengecualian individu itu diberikan; atau (b) menurut ceraian (2)(b) hendaklah berkuat kuasa dari tarikh syarat itu dilanggar. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Pengecualian blok.
Menteri boleh membuat suatu perintah yang menguatkuasakan syor tersebut- (a) dalam bentuk bagaimana syor itu dibuat; atau (b) tertakluk kepada pengubahsuaian-pengubahsuaian sebagaimana yang dianggapnya patut.
Suatu perintah yang dibuat di bawah bab ini disebut dalam Bahagian ini sebagai suatu perintah pengecualian blok.
Suatu perjanjian yang termasuk di bawah suatu kategori yang dinyatakan dalam suatu perintah pengecualian blok hendaklah dikecualikan dari larangan bab 11.
Suatu pengecualian di bawah bab ini disebut dalam Bahagian ini sebagai suatu pengecualian blok. Perintah pengecualian blok.
Suatu perintah pengecualian blok boleh mengadakan peruntukan (a) bahawa pelanggaran suatu syarat yang dikenakan oleh perintah itu hendaklah mempunyai kesan membatalkan pengecualian blok itu berkaitan dengan suatu perjanjian mulai dari tarikh sebagaimana yang mungkin dinyatakan oleh Suruhanjaya; (b) bahawa jika terdapat kegagalan untuk mematuhi suatu obligasi yang dikenakan oleh perintah itu, Suruhanjaya boleh, dengan notis secara bertulis, membatalkan pengecualian blok itu berkaitan dengan perjanjian itu mulai dari tarikh sebagaimana yang mungkin dinyatakan oleh Suruhanjaya; dan (c) bahawa jika Suruhanjaya menganggap bahawa suatu perjanjian tertentu adalah bukan satu perjanjian yang dikenakan bab 20, Suruhanjaya boleh membatalkan pengecualian blok itu berkaitan dengan perjanjian itu mulai dari tarikh sebagaimana yang mungkin dinyatakan oleh Suruhanjaya.
Suatu perintah pengecualian blok boleh mengadakan peruntukan bagi suatu pengecualian blok berkuat kuasa dari suatu tarikh yang lebih awal daripada tarikh perintah itu dibuat.
Suatu perintah pengecualian blok boleh mengadakan peruntukan bahawa perintah itu hendaklah terhenti daripada berkuat kuasa pada tamatnya tempoh yang dinyatakan.
Dalam bab ini, "dinyatakan" bermakna dinyatakan dalam suatu perintah pengecualian blok. Bangkangan terhadap pengecualian blok.
Suatu perjanjian yang diberitahu di bawah mana-mana peruntukan yang dimasukkan dalam suatu perintah pengecualian blok menurut ceraian (1) hendaklah disifatkan, mulai dari tamatnya tempoh notis itu, sebagai termasuk di bawah suatu kategori yang dinyatakan dalam suatu perintah pengecualian blok melainkan jika Suruhanjaya — (a) membangkangnya sebagai disifatkan demikian; dan (b) memberikan notis secara bertulis kepada pihak yang berkenaan mengenai bangkangannya sebelum tamatnya tempoh itu.
Jika suatu perjanjian yang dikenakan larangan bab 11 telah diberitahu kepada Suruhanjaya di bawah bab ini, tiada penalti boleh dikenakan di bawah Bahagian ini berkaitan dengan apa-apa pelanggaran larangan tersebut oleh perjanjian itu yang berlaku dalam tempoh— (a) yang bermula pada tarikh pemberitahuan itu diberikan; dan (b) yang berakhir pada tarikh sebagaimana yang mungkin dinyatakan dalam suatu notis secara bertulis yang diberikan kepada pemohon oleh Suruhanjaya apabila permohonan itu telah diputuskan.
Tarikh yang dinyatakan dalam suatu notis di bawah ceraian (3)(b) tidak boleh lebih awal dari tarikh notis itu diberikan.
Dalam bab ini- "tempoh notis" bermakna tempoh sebagaimana yang mungkin dinyatakan dengan tujuan untuk memberi masa yang mencukupi kepada Suruhanjaya untuk menimbangkan sama ada untuk membangkang di bawah ceraian (2); "dinyatakan" bermakna dinyatakan dalam suatu perintah pengecualian blok. Prosedur bagi pengecualian blok.
(a) menyiarkan butir-butir syor yang dicadangkannya dengan cara sebagaimana yang difikirkan sangat sesuai oleh Suruhanjaya untuk membawanya ke perhatian mereka yang mungkin terjejas; dan (b) menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat kepada Suruhanjaya berhubung dengan syor yang dicadangkannya.
Jika Menteri bercadang hendak melaksanakan syor tersebut tertakluk kepada pengubahsuaian-pengubahsuaian, dia hendaklah memberitahu Suruhanjaya mengenai pengubahsuaian-pengubahsuaian yang dicadangkan itu dan mengambil kira apa-apa ulasan yang dibuat oleh Suruhanjaya. Perubahan dan pembatalan perintah pengecualian blok.
Bab 18 hendaklah dikenakan kepada apa-apa syor yang dicadangkan di bawah ceraian (1).
Jika tidak ada syor di bawah ceraian (1), Menteri hendaklah, sebelum menjalankan kuasanya untuk mengubah atau membatalkan suatu perintah pengecualian blok- (a) memberitahu Suruhanjaya mengenai perubahan atau pembatalan yang dicadangkan itu; dan (b) mengambil kira apa-apa ulasan yang dibuat oleh Suruhanjaya. Kriteria bagi pengecualian blok.
(a) meningkatkan pengeluaran atau pengedaran; atau (b) menggalakkan kemajuan teknikal atau ekonomi, tetapi yang tidak (i) mengenakan kepada perusahaan yang berkenaan sekatan-sekatan yang tidak begitu diperlukan untuk mencapai matlamat-matlamat itu; atau (ii) memberikan kepada perusahaan yang berkenaan kemungkinan untuk menghapuskan persaingan berkaitan dengan sebahagian besar barang-barang atau perkhidmatan yang berkenaan itu.
Penyalahgunaan kedudukan dominan Penyalahgunaan kedudukan dominan.
Bagi maksud-maksud ceraian (1), kelakuan boleh, khususnya, menjadi penyalahgunaan kedudukan dominan jika ia termasuk (a) perangai pemangsa terhadap pesaing; (b) membataskan pengeluaran, perkembangan pasaran atau teknikal sehingga menjejaskan pengguna; (c) mengenakan syarat-syarat yang berbeza kepada transaksi yang sama dengan pihak-pihak perdagangan lain, dengan yang demikian meletakkannya dalam kerugian bersaingan; atau (d) menjadikan kontrak-kontrak yang dibuat itu tertakluk kepada penerimaan obligasi tambahan oleh pihak-pihak lain yang, dari jenisnya atau mengikut kegunaan komersil, tidak mempunyai kaitan dengan perkara kontrak-kontrak tersebut. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Hal yang dikecualikan.
Penggabungan Penggabungan.
Bagi maksud-maksud Bahagian ini, suatu penggabungan berlaku jika (a) dua atau lebih perusahaan, yang dahulunya tidak bergantung antara satu sama lain, bergabung; (b) seorang atau lebih atau perusahaan lain memperoleh kawalan langsung atau tidak langsung ke atas keseluruhan atau sebahagian dari satu atau lebih perusahaan lain; atau (c) hasil dari suatu perolehan oleh satu perusahaan (perusahaan pertama) aset (termasuk nama baik), atau sebahagian besar aset, perusahaan lain (perusahaan kedua) adalah untuk meletakkan perusahaan pertama dalam kedudukan menggantikan atau menggantikan pada keseluruhannya perusahaan kedua dalam perniagaan atau, jika bersesuaian, bahagian yang berkenaan dalam perniagaan yang diceburi oleh perusahaan itu sejurus sebelum perolehan itu.
Bagi maksud-maksud Bahagian ini, kawalan, berhubung dengan suatu perusahaan, hendaklah dianggap sebagai wujud jika, oleh sebab hak, kontrak atau apa-apa cara lain, atau apa-apa gabungan hak, kontrak atau cara lain, pengaruh yang menentukan dapat digunakan berkaitan dengan aktiviti-aktiviti perusahaan itu dan, khususnya, dengan jalan (a) pemilikan, atau hak untuk menggunakan semua atau sebahagian dari, aset suatu perusahaan; atau (b) hak atau kontrak yang membolehkan pengaruh yang menentukan digunakan berhubung dengan komposisi, pengundian atau keputusan organ-organ suatu perusahaan. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Bagi maksud-maksud Bahagian ini, kawalan diperoleh oleh mana-mana orang atau perusahaan lain jika dia atau perusahaan lain itu — (a) menjadi pemegang hak atau kontrak, atau berhak menggunakan cara lain, yang disebut dalam cerai (3); atau (b) walaupun tidak menjadi pemegang tersebut atau berhak menggunakan cara lain itu, mendapat kuasa untuk menjalankan hak-hak yang diperolehi daripadanya.
Pewujudan usaha sama untuk melaksanakan, secara berkekalan, semua tugas entiti ekonomi berautonomi hendaklah menjadi suatu penggabungan yang termasuk di bawah cerai (2)(b).
Dalam menentukan sama ada jenis pengaruh yang disebut dalam cerai (3) dapat digunakan, perhatian hendaklah diberikan kepada semua hal keadaan perkara itu dan bukannya semata-mata kepada kesan undang-undang ke atas apa-apa instrumen, surat ikatan, pemindahan, penyerahan hak atau perbuatan lain yang dilakukan atau dibuat.
Bagi maksud-maksud Bahagian ini, suatu penggabungan tidak boleh dianggap berlaku jika — (a) orang yang memperoleh kawalan itu adalah seorang penerima atau penyelesai hutang-piutang yang bertindak sedemikian atau seorang penaja jamin yang bertindak sedemikian; (b) semua perusahaan yang terlibat dalam penggabungan itu berada, secara langsung atau tidak langsung, di bawah kawalan perusahaan yang sama; (c) kawalan diperoleh semata-mata akibat dari pemberian berwasiat, kematian tidak berwasiat atau hak kepenakatan di bawah suatu penyewaan bersama; atau (d) kawalan diperoleh oleh suatu perusahaan yang disebut dalam cerai (8) dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam cerai (9).
Perusahaan yang disebut dalam cerai (7)(d) adalah suatu perusahaan yang aktiviti-aktiviti biasanya termasuk menjalankan transaksi dan urus niaga sekuriti bagi akaunnya sendiri atau bagi akaun orang lain.
Hal keadaan yang disebut dalam cerai (7)(d) adalah bahawa — (a) kawalan yang berkenaan terbentuk oleh pemegangan perusahaan itu, secara sementara, sekuriti yang diperoleh dalam perusahaan lain; dan (b) apa-apa penggunaan hak mengundi oleh perusahaan itu berkaitan dengan sekuriti tersebut, semasa kawalan itu wujud — (i) adalah bagi tujuan mengaturkan pelupusan, dalam tempoh yang ditentukan, semua atau sebahagian dari perusahaan lain itu atau aset atau sekuritinya; dan (ii) bukan bagi tujuan menentukan cara bagaimana apa-apa aktiviti perusahaan lain itu dijalankan, iaitu suatu aktiviti yang boleh menjejaskan persaingan dalam pasaran bagi barang-barang atau perkhidmatan di Negara Brunei Darussalam.
Dalam ceraian (9), "tempoh yang ditentukan" bermakna — (a) tempoh 12 bulan dari tarikh kawalan perusahaan lain itu diperoleh; atau (b) jika dalam hal tertentu perusahaan itu menunjukkan bahawa adalah tidak mungkin dengan munasabah untuk membuat pelupusan yang berkenaan dalam tempoh yang disebut dalam perenggan (a), dalam tempoh yang lebih lama sebagaimana yang ditentukan dan dinyatakan oleh Suruhanjaya berkaitan dengan hal itu. Penggabungan yang dikecualikan.
Permintaan untuk Suruhanjaya bagi menimbangkan penggabungan yang dijangkakan dan penggabungan.
Bab 27 mengadakan peruntukan bagi suatu penggabungan yang akan dipertimbangkan oleh Suruhanjaya atas permohonan suatu pihak yang terlibat dalam penggabungan itu yang berpendapat penggabungan itu boleh melanggar larangan bab 23.
Menteri boleh, dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, dengan peraturan-peraturan membuat peruntukan — WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM fa) bahawa hanya penggabungan yang dijangkakan sahaja sebagaimana yang ditetapkan boleh diberitahu kepada Suruhanjaya di bawah bab 26; dan fb) bagi prosedur yang akan diikuti — (i) oleh mana-mana pihak yang membuat permohonan di bawah bab 26 atau 27; dan (ii) oleh Suruhanjaya, dalam menimbangkan permohonan tersebut. Pemberitahuan tentang penggabungan yang dijangkakan.
(a) memberitahu Suruhanjaya mengenai penggabungan yang dijangkakan itu; dan (b) memohon kepadanya bagi suatu keputusan.
Tertakluk kepada ceraian-ceraian (3) dan (5) dan bab-bab 31 dan 32, atas permohonan di bawah bab ini, Suruhanjaya boleh membuat suatu keputusan tentang — (a) sama ada larangan bab 23 akan dilanggar oleh penggabungan yang dijangkakan itu, jika dilaksanakan; dan (b) jika larangan bab 23 tidak akan dilanggar, sama ada ia adalah (i) kerana kesan pengecualian yang akan dikenakan jika penggabungan yang dijangkakan itu dilaksanakan; (ii) kerana penggabungan yang dijangkakan itu, jika dilaksanakan, dikecualikan dari pengenaan larangan di bawah ceraian (3); atau (iii) kerana suatu komitmen telah diterima menurut bab 31.
Jika Suruhanjaya bercadang hendak membuat suatu keputusan bahawa larangan bab 23 akan dilanggar oleh suatu penggabungan yang dijangkakan, jika dilaksanakan, Suruhanjaya hendaklah memberikan notis bertulis kepada pihak yang memohon suatu keputusan mengenai penggabungan yang dijangkakan itu dan pihak itu boleh, dalam masa 14 hari dari tarikh notis itu, memohon kepada Menteri bagi penggabungan yang dijangkakan itu, jika dilaksanakan. awam.
Keputusan Menteri yang dibuat di bawah ceraian (3) adalah muktamad.
Jika Menteri mengecualikan suatu penggabungan yang dijangkakan di bawah ceraian (3), Suruhanjaya boleh membuat suatu keputusan di bawah ceraian (2)(b)(ii).
Menteri boleh membatalkan pengecualian suatu penggabungan yang dijangkakan yang diberikan di bawah ceraian (3) jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa maklumat yang atasnya dia mengasaskan keputusannya adalah tidak lengkap, palsu atau mengelirukan dalam sesuatu butir material.
Tertakluk kepada ceraian (8), jika Suruhanjaya membuat suatu keputusan bahawa suatu penggabungan yang dijangkakan, jika dilaksanakan, tidak akan melanggar larangan bab 23, Suruhanjaya boleh, jika difikirkannya patut, menyatakan bahawa keputusan itu adalah sah hanya bagi tempoh yang dinyatakan di dalamnya sahaja.
Sebelum tamatnya tempoh yang disebut dalam ceraian (7), jika ada, permohonan boleh dibuat oleh semua pihak dalam penggabungan yang dijangkakan itu yang memohon kepada Suruhanjaya bagi suatu keputusan mengenai penggabungan yang dijangkakan itu di bawah bab ini bagi tempoh itu dilanjutkan.
Jika permohonan bagi suatu penggabungan yang dijangkakan yang akan dipertimbangkan telah dibuat kepada Suruhanjaya menurut ceraian (1) dan penggabungan yang dijangkakan itu dilaksanakan sebelum Suruhanjaya membuat suatu keputusan di bawah ceraian (2) berkaitan dengannya, permohonan berkenaan dengan penggabungan yang dijangkakan itu– (a) boleh disifatkan oleh Suruhanjaya seolah-olah ia adalah permohonan bagi penggabungan berbangkit yang akan dipertimbangkan yang dibuat menurut bab 27; dan (b) Suruhanjaya boleh membuat suatu keputusan di bawah bab 27 berkaitan dengan penggabungan berbangkit.
Bagi maksud ceraian (9), Suruhanjaya boleh membuat suatu keputusan di bawah bab 27(2)(b)(ii) (dibaca bersama bab 27(5)) berkaitan dengan penggabungan yang disebut dalam ceraian (9), walaupun pengecualian itu diberikan oleh Menteri di bawah ceraian (3) berkaitan dengan penggabungan yang dijangkakan itu. dikecualikan dari larangan bab 23 atas alasan apa-apa pertimbangan kepentingan.
Dengan tidak menghiraukan ceraian (9), Suruhanjaya boleh enggan membuat apa-apa keputusan berkaitan dengan suatu penggabungan yang disebut di dalamnya dan menghendaki mana-mana pihak yang terlibat dalam penggabungan itu untuk memohon kepada Suruhanjaya bagi penggabungan yang akan dipertimbangkan di bawah bab 27(1).
Dalam bab ini, "suatu penggabungan yang dijangkakan dari jenis yang berkaitan" bermakna suatu penggabungan yang dijangkakan dari jenis yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah bab 25(3)(a). Pemberitahuan penggabungan.
(a) memberitahu Suruhanjaya mengenai penggabungan itu; dan (b) memohon kepadanya bagi suatu keputusan.
Tertakluk kepada ceraian-ceraian (3) dan (5) dan bab-bab 31 dan 32, atas permohonan di bawah bab ini, Suruhanjaya boleh membuat suatu keputusan tentang (a) sama ada larangan bab 23 telah dilanggar; dan (b) jika ia tidak dilanggar, sama ada itu adalah — (i) kerana kesan pengecualian; (ii) kerana penggabungan itu dikecualikan dari larangan di bawah ceraian (3); atau (iii) kerana suatu komitmen telah diterima menurut bab 31.
Jika Suruhanjaya bercadang hendak membuat suatu keputusan bahawa larangan bab 23 telah dilanggar, Suruhanjaya hendaklah memberikan notis bertulis kepada (a) pihak yang memohon bagi suatu keputusan mengenai penggabungan itu; atau (b) dalam hal jika bab 26(9) dikenakan, pihak yang memohon bagi suatu keputusan mengenai penggabungan yang dijangkakan itu (yang telah dilaksanakan) atau, jika pihak itu tidak lagi wujud, entiti yang bergabung itu, dan pihak atau entiti yang bergabung yang diberitahu demikian oleh Suruhanjaya boleh, dalam masa 14 hari dari tarikh notis itu, memohon kepada Menteri bagi WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM penggabungan yang akan dikecualikan dari larangan bah 23 atas alasan apa-apa pertimbangan kepentingan awam.
Keputusan Menteri yang dibuat di bawah ceraian (3) adalah muktamad.
Jika Menteri mengecualikan suatu penggabungan di bawah ceraian (3), Suruhanjaya boleh membuat suatu keputusan di bawah ceraian 2(b)(ii).
Menteri boleh membatalkan pengecualian suatu penggabungan yang diberikan di bawah ceraian (3) jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa maklumat yang atasnya dia mengasaskan keputusannya adalah tidak lengkap, palsu atau mengelirukan dalam sesuatu butir material.
Sebutan dalam mana-mana peruntukan Perintah m1 kepada permohonan atau pemberitahuan di bawah bah 27 hendaklah termasuk sebutan kepada permohonan atau pemberitahuan di bawah bah 26 bahawa Suruhanjaya menyifatkan sebagai permohonan atau pemberitahuan di bawah bah 27 menurut bah 26(9). Langkah interim berhubung dengan pemberitahuan mengenai penggabungan yang dijangkakan dan penggabungan.
(a) larangan bah 23 akan dilanggar oleh suatu penggabungan yang dijangkakan, jika dilaksanakan; atau (b) larangan bah 23 telah dilanggar oleh suatu penggabungan, tetapi belum menyelesaikan pertimbangannya mengenai perkara itu, dan Suruhanjaya menganggap bahawa adalah perlu baginya untuk bertindak di bawah bah ini — (i) bagi maksud menghalang apa-apa tindakan yang boleh menjejaskan — (A) pertimbangan penggabungan yang dijangkakan atau penggabungan itu; atau (B) pemberian apa-apa arahan di bawah bah 42; atau (ii) sebagai perkara yang perlu disegerakan bagi maksud — (A) menghalang kerugian teruk, tidak dapat ditebus kepada orang atau kategori orang yang tertentu; atau dikecualikan dari larangan bab 23 atas alasan apa-apa perlindungan kepentingan (B) melindungi kepentingan awam, Suruhanjaya boleh memberi arahan sebagaimana yang dianggapnya patut bagi maksud itu.
Sebelum memberikan suatu arahan di bawah bab ini, Suruhanjaya hendaklah- (a) memberi notis bertulis kepada orang yang kepadanya ia bercadang hendak memberikan arahan itu; dan (b) memberi peluang kepada orang itu untuk membuat representasi.
Suatu notis di bawah ceraian (2) hendaklah menyatakan jenis arahan yang Suruhanjaya bercadang hendak memberikannya dan sebab-sebabnya berhasrat hendak memberikannya.
Suatu arahan yang diberikan di bawah bab ini hendaklah berkuat kuasa semasa ceraian (1) dikenakan, tetapi boleh digantikan jika hal keadaan membenarkan dengan suatu arahan di bawah bab 42.
Bab-bab 42(2)(c)(i) dan (d)(i) dan 46 hendaklah juga dikenakan kepada arahan yang diberikan di bawah bab ini. Kesan keputusan bahawa penggabungan yang dijangkakan, jika dilaksanakan, tidak akan melanggar larangan bab 23.
Suruhanjaya tidak boleh mengenakan tindakan lanjut berhubung dengan larangan bab 23 mengenai penggabungan yang dijangkakan itu (termasuk jika penggabungan yang dijangkakan itu dilaksanakan, atau jika keputusan Suruhanjaya adalah sah bagi suatu tempoh yang ditentukan, jika penggabungan yang dijangkakan itu dilaksanakan dalam tempoh itu) melainkan jika — (a) ia mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa apa-apa maklumat yang atasnya Suruhanjaya mengasaskan keputusannya (yang mungkin termasuk maklumat yang berasaskan kepadanya Suruhanjaya menerima suatu komitmen) adalah tidak lengkap, palsu atau mengelirukan dalam sesuatu butir material; atau WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (b) ia mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu pihak yang memberikan suatu komitmen telah gagal mematuhi salah satu atau lebih dari terma-terma komitmen itu.
Tindakan yang mungkin diambil berkaitan dengan hal keadaan yang disebut dalam ceraian (2) boleh termasuk pembatalan keputusan bahawa penggabungan yang dijangkakan itu, jika dilaksanakan, tidak akan melanggar larangan bah 23.
Tiada penalti boleh dikenakan di bawah Bahagian ini berkaitan dengan apa-apa pelanggaran larangan bah 23 oleh penggabungan yang dijangkakan yang dikenakan bah ini, jika dilaksanakan atau, jika keputusan Suruhanjaya adalah sah bagi suatu tempoh yang ditentukan, jika dilaksanakan dalam tempoh itu.
Suruhanjaya boleh mengeluarkan imuniti yang diberikan oleh ceraian (4) jika- (a) ia mengambil tindakan di bawah Bahagian ini berkaitan dengan salah satu hal keadaan yang disebut dalam ceraian (2); (b) ia menganggap bahawa penggabungan yang dijangkakan itu berkemungkinan, jika dilaksanakan, atau penggabungan berbangkit itu akan melanggar larangan bah 23; dan (c) ia memberikan notis secara bertulis kepada pihak yang atas permohonannya keputusan itu dibuat bahawa ia mengeluarkan imuniti itu mulai dari tarikh yang dinyatakan dalam notisnya.
Jika Suruhanjaya mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa (a) apa-apa maklumat yang atasnya Suruhanjaya mengasaskan keputusannya (yang mungkin termasuk maklumat yang berasaskan kepadanya Suruhanjaya menerima suatu komitmen), dan yang diberikan kepadanya oleh suatu pihak kepada penggabungan yang dijangkakan itu, adalah tidak lengkap, palsu atau mengelirukan dalam sesuatu butir material; atau (b) suatu pihak yang memberikan suatu komitmen telah gagal mematuhi salah satu atau lebih dari terma-terma komitmen itu, tarikh yang dinyatakan dalam suatu notis di bawah ceraian (5)(c) boleh lebih awal daripada tarikh notis itu diberikan.
Jika penggabungan yang dijangkakan, jika dilaksanakan, tidak akan melanggar larangan bah 23; dan fb) penggabungan yang berbangkit dari penggabungan yang dijangkakan yang dikatakan telah dilaksanakan itu adalah berlainan secara material daripada penggabungan yang dijangkakan itu, tiada sebarang apa pun dalam bah ini boleh menghalang Suruhanjaya dari mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan larangan bah 23 mengenai penggabungan itu. Kesan keputusan bahawa penggabungan tidak melanggar larangan bah 23.
Suruhanjaya tidak boleh mengambil tindakan lanjut berhubung dengan larangan bah 23 mengenai penggabungan itu melainkan jika fa) ia mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa apa-apa maklumat yang atasnya Suruhanjaya mengasaskan keputusannya (yang mungkin termasuk maklumat yang berasaskan kepadanya Suruhanjaya menerima suatu komitmen) adalah tidak lengkap, palsu atau mengelirukan dalam sesuatu butir material; atau fb) ia mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu pihak yang meJ.lherikan suatu komitmen telah gagal mematuhi salah satu atau lebih dari terma-terma komitmen itu.
Tindakan yang mungkin diambil berkaitan dengan hal keadaan yang disebut dalam ceraian (2) boleh termasuk pembatalan keputusan bahawa penggabungan itu tidak melanggar larangan bah 23.
Tiada penalti boleh dikenakan di bawah Bahagian ini berkaitan dengan apa-apa pelanggaran larangan bah 23 oleh suatu penggabungan yang dikenakan babini.
Suruhanjaya boleh mengeluarkan imuniti yang diberikan oleh ceraian (4) jika- fa) ia mengambil tindakan di bawah Bahagian ini berkaitan dengan penggabungan itu dalam salah satu hal keadaan yang disebutkan dalam ceraian (2); fa) Suruhanjaya telah membuat suatu keputusan bahawa suatu (b) ia menganggap berkemungkinan penggabungan itu akan melanggar larangan bab 23; dan (c) ia memberikan notis secara bertulis kepada- (i) pihak yang atas permohonannya keputusan itu dibuat; atau (ii) dalam hal jika bab 26(9) di dikenakan, pihak yang memohon suatu keputusan mengenai penggabungan yang dijangkakan itu (yang telah dilaksanakan) atau, jika pihak itu tidak lagi wujud, entiti yang bergabung, bahawa Suruhanjaya mengeluarkan imuniti itu mulai dari tarikh yang dinyatakan dalam notisnya.
Jika Suruhanjaya mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa - (a) apa-apa maklumat yang atasnya Suruhanjaya mengasaskan keputusannya (yang mungkin termasuk maklumat yang berasaskan kepadanya Suruhanjaya menerima suatu komitmen), dan yang diberikan kepadanya oleh suatu pihak yang terlibat dalam penggabungan itu, adalah tidak lengkap, palsu atau mengelirukan dalam sesuatu butir material; atau (b) suatu pihak yang memberikan suatu komitmen telah gagal mematuhi salah satu atau lebih dari terma-terma komitmen itu, tarikh yang dinyatakan dalam suatu notis di bawah cerian S(c) boleh lebih awal daripada tarikh notis itu diberikan.
Komitmen Komitmen.
(a) larangan bab 23 akan dilanggar oleh suatu penggabungan yang dijangkakan, jika dilaksanakan; atau (b) larangan bab 23 telah dilanggar oleh suatu penggabungan, menerima daripada orang sebagaimana yang difikirkannya patut, suatu komitmen untuk mengambil atau tidak mengambil tindakan sebagaimana yang pengurangan besar persaingan atau apa-apa kesan buruk yang — (i) mungkin dijangkakan berpunca dari penggabungan yang dijangkakan itu, jika dilaksanakan; atau (ii) berpunca atau mungkin dijangkakan berpunca dari penggabungan itu.
Suatu komitmen hendaklah mula berjalan kuat kuasanya pada tarikh yang dinyatakan oleh Suruhanjaya apabila ia diterima.
Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa apabila suatu komitmen berkuat kuasa, menerima — (a) perubahan komitmen itu; atau (b) komitmen lain sebagai gantinya, bagi maksud yang disebut dalam ceraian (1).
Suatu komitmen boleh dilepaskan oleh Suruhanjaya jika ia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa komitmen itu tidak lagi perlu atau sesuai bagi maksud yang disebut dalam ceraian (1).
Sebelum menerima, mengubah, menggantikan atau melepaskan suatu komitmen, Suruhanjaya hendaklah, melainkan dalam hal keadaan yang terkecuali, berunding dengan orang sebagaimana yang difikirkannya patut. Kesan komitmen.
(a) larangan bah 23 tidak akan dilanggar oleh suatu penggabungan yang dijangkakan, jika dilaksanakan; atau (b) larangan bah 23 tidak dilanggar oleh suatu penggabungan. mengikut mana yang berkenaan.
Tiada sebarang apa pun dalam ceraian (1) boleh menghalang Suruhanjaya daripada membatalkan keputusan yang telah pun dibuat, memulakan atau meneruskan apa-apa penyiasatan, atau membuat suatu keputusan atau memberikan suatu arahan, jika— 7bb. 2015 dianggapnya patut bagi maksud meremedi, meringankan atau menghalang (a) ia mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa apa-apa maklumat yang berasaskan kepadanya ia menerima suatu komitmen adalah tidak lengkap, palsu atau mengelirukan dalam sesuatu butir material; atau (b) ia mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu pihak yang memberikan suatu komitmen telah gagal mematuhi salah satu atau lebih dari terma-terma komitmen itu.
Jika Suruhanjaya membatalkan suatu keputusan yang disebut dalam ceraian (1), komitmen itu hendaklah disifatkan, melainkan jika dinyatakan sebaliknya, sebagai dilepaskan dari tarikh pembatalan itu.
Suruhanjaya boleh mengkaji semula keberkesanan komitmen yang telah diterimanya di bawah bab 31 dalam hal keadaan sebagaimana yang dianggapnya patut.
Penyiasatan dan Penguatkuasaan Garis panduan mengenai penguatkuasaan Bahagian ini.
Bagi maksud menyediakan apa-apa garis panduan di bawah ceraian (1), Suruhanjaya boleh berunding dengan orang sebagaimana yang difikirkannya patut.
Jika garis panduan itu akan dikenakan kepada suatu industri atau suatu sektor industri yang tertakluk kepada pengawalseliaan dan kawalan pihak berkuasa pengawalseliaan yang lain, Suruhanjaya hendaklah, dalam menyediakan garis panduan itu, berunding dengan pihak berkuasa pengawalseliaan itu.
Garis panduan yang disiarkan di bawah bab ini tidaklah terikat kepada Suruhanjaya. Kuasa untuk menghendaki dokumen atau maklumat.
apa-apa ciri, atau gabungan ciri, sesuatu pasaran di Negara Brunei Darussalam bagi barang-barang atau perkhidmatan menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan berhubung dengan pembekalan atau pemerolehan apa-apa barang atau perkhidmatan di Negara Brunei Darussalam; atau (b) dalam menimbangkan permohonan bagi keputusan yang difailkan menurut bab 26 atau 27, mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa — (i) larangan bab 23 akan dilanggar oleh mana-mana penggabungan yang dijangkakan, jika dilaksanakan; atau (ii) larangan bab 23 telah dilanggar oleh mana-mana penggabungan, Suruhanjaya boleh, dengan notis secara bertulis kepada mana-mana orang, menghendaki orang itu untuk mengemukakan kepada Suruhanjaya suatu dokumen tertentu, atau untuk memberikan maklumat tertentu kepada Suruhanjaya, yang dianggap oleh Suruhanjaya sebagai bersangkutan dengan apa-apa perkara yang ada kaitannya dengan maksud-maksud tersebut.
Suatu notis di bawah ceraian (1) hendaklah menyatakan- (a) maksud dokumen tertentu atau maklumat tertentu itu dikehendaki oleh Suruhanjaya; dan (b) jenis kesalahan-kesalahan yang diwujudkan oleh Bahagian IV.
Suruhanjaya boleh menyatakan dalam notis itu- (a) masa dan tempat di mana apa-apa dokumen hendak dikemukakan atau apa-apa maklumat hendak diberikan; dan (b) cara dan bentuk bagaimana dokumen atau maklumat itu hendak dikemukakan atau diberikan.
Kuasa di bawah bab ini untuk menghendaki seseorang untuk mengemukakan sesuatu dokumen termasuk kuasa- (a) jika dokumen itu dikemukakan- (i) untuk mengambil salinannya atau cabutan darinya; dan (ii) untuk menghendaki orang itu, atau mana-mana orang yang menjadi pegawainya sekarang atau dahulu, atau diambil KERJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (a) mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa bekerja atau pernah diambil bekerja pada bila-bila masa olehnya, untuk memberikan suatu penjelasan mengenai dokumen itu; atau (b) jika dokumen itu tidak dikemukakan, untuk menghendaki orang itu supaya menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana dokumen itu berada.
Bagi maksud-maksud cerai an (1)(a), apa-apa sebutan kepada ciri sesuatu pasaran di Negara Brunei Darussalam bagi barang-barang atau perkhidmatan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan kepada (a) struktur pasaran yang berkenaan atau apa-apa aspek struktur itu; (b) apa-apa kelakuan (sama ada atau tidak dalam pasaran yang berkenaan) seorang atau lebih daripada seorang yang membekalkan atau memperoleh barang-barang atau perkhidmatan dalam pasaran yang berkenaan; atau (c) apa-apa kelakuan berhubung dengan pasaran yang berkenaan pelanggan mana-mana orang yang membekalkan atau memperoleh barang-barang atau perkhidmatan.
Dalam bab ini- "kelakuan" termasuk apa-apa kegagalan untuk bertindak (sama ada dengan sengaja atau tidak) dan apa-apa kelakuan tidak sengaja lain; "dinyatakan" bermakna — (a) dinyatakan atau diperihalkan dalam notis itu; atau (b) termasuk di bawah suatu kategori yang dinyatakan atau diperihalkan dalam notis itu. Kuasa untuk menyiasat.
(a) larangan bab 11 telah dilanggar oleh mana-mana perjanjian; (b) larangan bab 21 telah dilanggar oleh apa-apa kelakuan; (c) larangan bab 23 akan dilanggar oleh mana-mana penggabungan yang dijangkakan, jika dilaksanakan; atau (d) larangan bab 23 telah dilanggar oleh mana-mana penggabungan.
Bagi maksud ceraian (1), Suruhanjaya boleh melantik seorang pegawai yang diberi kuasa untuk menjalankan penyiasatan itu.
Mana-mana pegawai yang diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan di bawah Perintah ini.
Bagi mengelakkan keraguan, adalah diisytiharkan bahawa bagi maksud Perintah ini, pegawai yang diberi kuasa yang menyiasat sesuatu kesalahan yang dilakukan di bawah Perintah ini hendaklah mempunyai segala atau mana-mana kuasa seorang pegawai polis berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes-kes boleh tangkap sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Peraturan Jenayah (Penggal 7). Kuasa apabila menjalankan penyiasatan.
Suatu notis di bawah ceraian (1) hendaklah menyatakan — (a) hal perkara dan tujuan penyiasatan itu; dan (b) jenis kesalahan-kesalahan yang diwujudkan oleh Bahagian IV.
Suruhanjaya atau pegawai yang diberi kuasa itu boleh juga menyatakan dalam notis itu (a) masa dan tempat di mana apa-apa dokumen hendak dikemukakan atau apa-apa maklumat hendak diberikan; dan (b) cara dan bentuk bagaimana dokumen atau maklumat itu hendak dikemukakan atau diberikan.
Kuasa di bawah bab ini untuk menghendaki seseorang untuk mengemukakan sesuatu dokumen termasuk kuasa — (a) jika dokumen itu dikemukakan — (i) untuk mengambil salinannya atau cabutan darinya; dan 7hb. JANUARI, 2015 WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (a) mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa (ii) untuk menghendaki orang itu, atau mana-mana orang yang menjadi pegawainya sekarang atau dahulu, atau diambil bekerja atau pernah diambil bekerja pada bila-bila masa olehnya, untuk memberikan suatu penjelasan mengenai dokumen itu; atau (b) jika dokumen itu tidak dikemukakan, untuk menghendaki orang itu supaya menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana dokumen itu berada.
Dalam ceraian (1), "dinyatakan" bermakna — (a) dinyatakan, atau diperihalkan, dalam notis itu; atau (b) termasuk di bawah suatu kategori yang dinyatakan, atau diperihalkan, dalam notis itu. Kuasa untuk memasuki premis tanpa waran.
Pegawai yang diberi kuasa dan orang yang diberi kuasa atau orang yang dikehendaki oleh pegawai yang diberi kuasa masing-masing, tidak boleh memasuki mana-mana premis dalam menjalankan kuasa-kuasa di bawah bab ini melainkan jika pegawai yang diberi kuasa itu telah memberikan kepada penghuni premis itu suatu notis bertulis yang — (a) memberikan notis sekurang-kurangnya 2 hari bekerja mengenai tujuannya untuk memasuki itu; (b) menyatakan hal perkara dan tujuan penyiasatan itu; dan (c) menyatakan jenis kesalahan-kesalahan yang diwujudkan oleh Bahagian IV.
Ceraian (2) tidak boleh dikenakan — (a) jika pegawai yang diberi kuasa itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa premis itu diduduki, atau telah diduduki, oleh suatu perusahaan yang sedang disiasat berhubung dengan — (i) suatu perjanjian yang disebut dalam bab 11; (ii) kelakuan yang disebut dalam bab 21; atau (iii) suatu penggabungan yang dijangkakan, atau suatu penggabungan yang disebut dalam bab 23; atau (b) jika pegawai yang diberi kuasa itu telah mengambil segala langkah dengan seberapa segera yang munasabah untuk memberikan notis tetapi belum dapat berbuat demikian.
Jika ceraian (3) dikenakan, kuasa untuk memasuki yang diberikan oleh ceraian (1) hendaklah dijalankan — (a) dalam hal mana-mana pegawai yang diberi kuasa, selepas pengemukaan — (i) keterangan mengenai kebenaran tiap-tiap orang yang diberi kuasa yang menyertainya; dan (ii) suatu dokumen yang mengandungi maklumat yang disebut dalam ceraian (2)(b) dan (c); dan (b) dalam hal seseorang pegawai yang diberi kuasa dan mana-mana orang yang dikehendaki olehnya, selepas pengemukaan — (i) keterangan mengenai lantikannya; dan (ii) suatu dokumen yang mengandungi maklumat yang disebut dalam ceraian (2)(b) dan (c).
Seseorang yang diberi kuasa, seseorang pegawai yang diberi kuasa atau seseorang yang dikehendaki oleh pegawai yang diberi kuasa yang memasuki mana-mana premis di bawah bab ini boleh — (a) membawa bersamanya peralatan yang pada pendapatnya diperlukan; (b) menghendaki mana-mana orang di premis itu — (i) untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang dianggapnya bersangkutan dengan apa-apa perkara yang ada kaitannya dengan penyiasatan itu; dan (ii) jika dokumen itu dikemukakan, untuk memberikan suatu penjelasan mengenainya; (c) menghendaki mana-mana orang untuk menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, jika apa-apa dokumen itu dijumpai; 7hb. JANUARI, 2015 WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (a) mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa (d) mengambil salinan, atau cabutan dari, apa-apa dokumen yang dikemukakan; (e) menghendaki apa-apa maklumat yang disimpan dalam apa-apa bentuk elektronik dan boleh diakses dari premis itu dan yang dianggapnya bersangkutan dengan apa-apa perkara yang ada kaitannya dengan penyiasatan itu, untuk dikemukakan dalam bentuk (i) bagaimana ia boleh diambil; dan (ii) bagaimana ia dapat dilihat dan mudah dibaca; dan (f) mengambil apa-apa langkah yang didapati perlu bagi maksud menjaga atau mencegah gangguan ke atas apa-apa dokumen yang dianggapnya bersangkutan dengan apa-apa perkara yang ada kaitannya dengan penyiasatan itu. Kuasa untuk memasuki premis dengan waran.
(a) terdapat alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa terdapat di mana-mana premis dokumen-dokumen — (i) yang pengemukaannya telah dikehendaki di bawah bab 36 atau 37; dan (ii) yang belum dikemukakan sebagaimana yang dikehendaki; (b) terdapat alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa — (i) terdapat di mana-mana premis dokumen-dokumen yang Suruhanjaya atau pegawai yang diberi kuasa mempunyai kuasa di bawah bab 36 untuk menghendaki supaya dikemukakan; dan (ii) jika dokumen itu dikehendaki untuk dikemukakan, ia tidak akan dikemukakan sekiranya ia disembunyikan, dipindahkan, diusik atau dimusnahkan; atau (c) seseorang yang diberi kuasa, seseorang pegawai yang diberi kuasa atau seseorang yang dikehendaki oleh pegawai yang diberi kuasa telah cuba memasuki premis itu dalam menjalankan kuasa-kuasanya di bawah bab 37 tetapi tidak dapat berbuat demikian dan terdapat alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa terdapat di premis itu dokumen-dokumen yang pengemukaannya boleh dikehendaki di bawah bab itu.
Suatu waran di bawah bab ini hendaklah membenarkan pegawai yang dinamakan, dan orang lain sebagaimana yang mungkin dikehendaki oleh pegawai yang diberi kuasa, untuk melakukan semua atau mana-mana yang berikut: (a) untuk memasuki premis yang dinyatakan dalam waran itu, dengan menggunakan kekerasan yang diperlukan dengan munasabah bagi maksud itu; (b) untuk memeriksa mana-mana orang di premis itu jika terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu ada dalam miliknya apa-apa dokumen, peralatan atau artikel yang mempunyai kaitan dengan penyiasatan itu; (c) untuk menggeledah premis itu dan mengambil salinan, atau cabutan dari, mana-mana dokumen yang didapati dari jenis yang berkaitan dengannya permohonan di bawah ceraian (1) dibenarkan (jenis yang berkaitan); (d) untuk mengambil milik apa-apa dokumen yang didapati dari jenis yang berkaitan jika — (i) tindakan tersebut didapati perlu bagi menjaga dokumen itu atau mencegah gangguan ke atasnya; atau (ii) tidak praktikal dengan munasabah untuk mengambil salinan dokumen itu di premis tersebut; (e) untuk mengambil apa-apa langkah lain yang didapati perlu bagi maksud yang disebutkan dalam perenggan (d)(i); (f) untuk menghendaki mana-mana orang supaya memberikan suatu penjelasan mengenai apa-apa dokumen yang didapati dari jenis yang berkaitan atau untuk menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, tempat di mana dokumen itu dijumpai; (g) untuk menghendaki apa-apa maklumat yang disimpan dalam apa-apa bentuk elektronik dan boleh diakses dari premis itu dan yang dianggapnya bersangkutan dengan apa-apa perkara yang ada kaitannya dengan penyiasatan itu, untuk dikemukakan dalam bentuk: (i) bagaimana ia boleh diambil; dan (ii) bagaimana ia dapat dilihat dan mudah dibaca; dan WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (h) untuk memindahkan dari premis itu bagi pemeriksaan apa-apa peralatan atau artikel yang bersangkutan dengan apa-apa perkara yang ada kaitannya dengan penyiasatan itu.
Jika, dalam hal suatu waran di bawah cerai (l)(b), mahkamah berpuas hati bahawa adalah munasabah untuk mengesyaki bahawa terdapat juga di premis itu dokumen lain berhubung dengan penyiasatan yang berkenaan, waran itu hendaklah juga membenarkan tindakan-tindakan yang disebutkan dalam cerai (2) diambil berhubung dengan apa-apa dokumen tersebut.
Jika pemilikan apa-apa dokumen diambil di bawah cerai (2)(d) atau (3), pegawai yang dinamakan itu boleh, atas permintaan orang yang daripadanya pemilikan dokumen itu diambil, memberikan satu salinan dokumen tersebut kepada orang itu.
Seorang pegawai yang dinamakan boleh membenarkan apa-apa peralatan atau artikel yang mempunyai kaitan dengan suatu penyiasatan dan yang boleh dipindahkan dari mana-mana premis bagi pemeriksaan di bawah cerai (2)(h) untuk disimpan di premis itu tertakluk kepada syarat-syarat sebagaimana yang mungkin dikehendaki oleh pegawai yang dinamakan itu.
Mana-mana orang yang gagal mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan di bawah cerai (5) adalah melakukan suatu kesalahan.
Suatu waran yang dikeluarkan di bawah bah ini hendaklah menyatakan- (a) hal perkara dan tujuan penyiasatan itu; dan (b) jenis kesalahan-kesalahan yang diwujudkan oleh Bahagian IV, dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga tamatnya tempoh satu bulan bermula pada hari waran itu dikeluarkan.
Kuasa-kuasa yang diberikan oleh bah ini tidak boleh dijalankan kecuali selepas pengemukaan suatu waran yang dikeluarkan di bawah bah ini.
Mana-mana orang yang memasuki premis menurut suatu waran di bawah bah ini boleh membawa bersamanya peralatan yang pada pendapatnya diperlukan.
Jika tidak ada seorang pun di premis itu apabila pegawai yang dinamakan itu bercadang hendak melaksanakan waran tersebut, dia hendaklah, sebelum melaksanakannya- WARTA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (a) mengambil langkah-langkah yang munasabah dalam semua hal keadaan untuk memberitahu penghuni mengenai tujuannya untuk memasuki itu; dan (b) jika penghuni itu diberitahu, memberikan kepadanya atau wakilnya di sisi undang-undang atau wakilnya yang lain peluang yang munasabah untuk hadir apabila waran itu dilaksanakan.
Jika pegawai yang dinamakan itu tidak dapat memberitahu penghuni itu mengenai tujuannya untuk memasuki itu, dia hendaklah, apabila melaksanakan waran tersebut, meninggalkan satu salinannya di suatu tempat yang mudah dilihat di premis itu.
Apabila meninggalkan mana-mana premis yang telah dimasukinya menurut suatu waran di bawah bab ini, pegawai yang dinamakan itu hendaklah, jika premis itu tidak dihuni atau penghuninya tiada buat sementara, meninggalkannya dengan menutupnya rapat-rapat sebagaimana dia menjumpainya.
Apa-apa dokumen yang pemilikannya diambil di bawah ceraian (2)(dJ boleh disimpan bagi tempoh selama 3 bulan.
Dalam bab ini — "pegawai yang dinamakan" bermakna pegawai yang diberi kuasa yang dinamakan dalam waran itu; "penghuni", berhubung dengan mana-mana premis, bermakna seseorang yang dipercayai dengan munasabah oleh pegawai yang dinamakan itu adalah penghuni premis itu. Menunjukkan diri bersalah dan perkecualian bagi penasihat undang-undang profesional.
Jika seseorang itu mengaku, sebelum membuat suatu pernyataan yang mendedahkan maklumat bahawa dia dikehendaki di bawah mana-mana peruntukan Perintah ini kepada Suruhanjaya atau, mengikut mana yang berkenaan, kepada seorang pegawai yang diberi kuasa, orang yang diberi kuasa atau seseorang yang dikehendaki oleh pegawai yang diberi kuasa itu, bahawa pernyataan itu mungkin cenderung menunjukkan bahawa dia bersalah, maka pernyataan itu- (a) tidak boleh diterima sebagai keterangan terhadapnya dalam prosiding jenayah selain dari prosiding di bawah Bahagian IV; tetapi (b) bagi mengelakkan keraguan, boleh diterima sebagai keterangan dalam prosiding sivil, termasuk prosiding di bawah Perintah ini.
Tiada sebarang apa pun dalam Bahagian ini boleh- (a) memaksa seorang penasihat undang-undang profesional supaya mendedahkan atau mengemukakan suatu komunikasi terlindung, atau suatu dokumen atau bahan lain yang mengandungi suatu komunikasi terlindung, yang dibuat oleh atau kepadanya atas sifat itu; atau (b) membenarkan pengambilan apa-apa dokumen atau bahan lain yang ada dalam miliknya.
Seorang penasihat undang-undang profesional yang enggan mendedahkan maklumat atau mengemukakan dokumen atau bahan lain yang disebut dalam ceraian (3) hendaklah walau bagaimana pun diwajibkan memberikan nama dan alamat (jika dia mengetahuinya) orang yang kepadanya, atau olehnya atau bagi pihaknya, komunikasi terlindung itu dibuat. Langkah interim.
(a) mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa larangan bab 11 atau larangan bab 21 telah dilanggar tetapi belum menyelesaikan penyiasatannya mengenai perkara itu; dan (b) menganggap bahawa adalah perlu baginya untuk bertindak di bawah bab ini sebagai perkara yang perlu disegerakan bagi maksud — (i) menghalang kerosakan teruk dan tidak boleh dibaiki kepada orang tertentu atau kategori orang tertentu; atau (ii) melindungi kepentingan awam, Suruhanjaya boleh memberikan arahan sebagaimana yang dianggapnya patut bagi maksud itu.
Jika Suruhanjaya mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa larangan bab 23 — WARTA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (a) akan dilanggar oleh suatu penggabungan yang dijangkakan, jika dilaksanakan; atau (b) telah dilanggar oleh suatu penggabungan, tetapi belum menyelesaikan penyiasatannya mengenai perkara itu, dan menganggap bahawa adalah perlu baginya untuk bertindak di bawah bab ini — (i) bagi maksud menghalang apa-apa tindakan yang boleh menjejaskan— (A) penyiasatan itu; atau (B) memberikan apa-apa arahan di bawah bab 42; atau (ii) sebagai perkara yang perlu disegerakan bagi maksud— (A) menghalang kerosakan teruk dan tidak boleh dibaiki kepada orang tertentu atau kategori orang tertentu; atau (B) melindungi kepentingan awam, Suruhanjaya boleh memberikan arahan sebagaimana yang dianggapnya patut bagi maksud itu.
Sebelum memberikan suatu arahan di bawah bab ini, Suruhanjaya hendaklah— (a) memberikan notis bertulis kepada orang yang kepadanya Suruhanjaya bercadang hendak memberikan arahan itu; dan (b) memberikan kepada orang itu peluang untuk membuat representasi.
Suatu notis di bawah ceraian (3) hendaklah menyatakan jenis arahan yang Suruhanjaya bercadang hendak memberikannya dan sebab-sebab Suruhanjaya mahu memberikannya.
Suatu arahan yang diberikan di bawah bab ini hendaklah berkuat kuasa sementara ceraian (1) atau (2), mengikut mana yang berkenaan, dikenakan, tetapi boleh digantikan jika hal keadaan membenarkan dengan suatu arahan di bawah bab 42.
Dalam hal suatu pelanggaran yang disyaki terhadap larangan bab 11, bab-bab 42(2)(a) dan 46 hendaklah juga dikenakan kepada arahan yang diberikan di bawah bab ini.
Dalam hal suatu pelanggaran yang disyaki terhadap larangan bab 21, bab-bab 42(2)(b) dan 46 hendaklah juga dikenakan kepada arahan yang diberikan di bawah bab ini.
Dalam hal suatu pelanggaran yang disyaki terhadap larangan bab 23 oleh suatu penggabungan yang dijangkakan, jika dilaksanakan, atau suatu penggabungan, bab-bab 42(2)(c)(i) dan (d)(i) dan 46 hendaklah juga dikenakan kepada arahan yang diberikan di bawah bab ini. Keputusan Suruhanjaya selepas selesai penyiasatan.
(a) memberikan notis bertulis kepada orang yang mungkin terjejas oleh keputusan itu; dan (b) memberikan kepada orang itu peluang untuk membuat representasi kepada Suruhanjaya.
Tertakluk kepada ceraian-ceraian (3) dan (5), selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat kepada Suruhanjaya di bawah ceraian (1)(b), Suruhanjaya boleh, sebagaimana yang difikirkannya patut, membuat suatu keputusan bahawa (a) larangan bab 11 telah dilanggar oleh mana-mana perjanjian; (b) larangan bab 21 telah dilanggar oleh apa-apa perlakuan; (c) larangan bab 23 akan dilanggar oleh mana-mana penggabungan yang dijangkakan, jika dilaksanakan; atau (d) larangan bab 23 telah dilanggar oleh mana-mana penggabungan.
Jika- (a) berhubung dengan suatu penggabungan yang dijangkakan, Suruhanjaya bercadang hendak membuat suatu keputusan bahawa larangan bab 23 akan dilanggar oleh penggabungan yang dijangkakan itu, jika dilaksanakan; atau {b} berhubung dengan suatu penggabungan, Suruhanjaya bercadang hendak membuat suatu keputusan bahawa larangan bab 23 telah dilanggar oleh penggabungan itu, dan Suruhanjaya telah memberikan notis secara bertulis di bawah ceraian (1){a} kepada pihak-pihak dalam penggabungan yang dijangkakan itu atau pihak-pihak yang terlibat dalam penggabungan itu, mengikut mana yang berkenaan, mana-mana pihak itu boleh, dalam masa 14 hari dari tarikh notis itu, memohon kepada Menteri bagi penggabungan yang dijangkakan itu, jika dilaksanakan, atau penggabungan itu dikecualikan dari larangan bab 23 atas alasan apa-apa pertimbangan kepentingan awam.
Keputusan Menteri di bawah ceraian (3) adalah muktamad.
Jika Menteri mengecualikan suatu penggabungan yang dijangkakan atau suatu penggabungan di bawah ceraian (3), Suruhanjaya boleh membuat suatu keputusan bahawa- {a} larangan bab 23 tidak akan dilanggar oleh penggabungan yang dijangkakan itu, jika dilaksanakan, atau {b} larangan bab 23 belum dilanggar oleh penggabungan itu.
Menteri boleh membatalkan pengecualian suatu penggabungan yang dijangkakan atau suatu penggabungan yang diberikan di bawah ceraian (3) jika dia mempunyai alasan munasabah untuk mengesyaki bahawa maklumat yang atasnya dia mengasaskan keputusannya adalah tidak lengkap atau mengelirukan dalam sesuatu butir material. Penguatkuasaan keputusan Suruhanjaya.
{a} mana-mana perjanjian telah melanggar larangan bab 11; {b} apa-apa kelakuan telah melanggar larangan bab 21; {c} mana-mana penggabungan yang dijangkakan, jika dilaksanakan, akan melanggar larangan bab 23; atau {d} mana-mana penggabungan telah melanggar larangan bab 23, Suruhanjaya boleh memberikan kepada orang sebagaimana yang difikirkannya patut arahan sebagaimana yang dianggapnya patut untuk menghentikan pelanggaran itu atau hal keadaan yang disebut dalam perenggan {c} dan, jika perlu, menghendaki orang itu supaya mengambil tindakan sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu untuk meremedi, mengurangkan atau menghapuskan apa-apa kesan buruk dari pelanggaran atau hal keadaan itu dan menghalang berulangnya pelanggaran atau hal keadaan itu.
Suatu arahan yang disebut dalam ceraian (1) boleh, khususnya, termasuk peruntukan-peruntukan- (a) jika keputusan itu adalah bahawa mana-mana perjanjian telah melanggar larangan bab 11, yang menghendaki pihak-pihak dalam perjanjian itu untuk mengubah suai atau menamatkan perjanjian itu; (b) jika keputusan itu adalah bahawa apa-apa kelakuan telah melanggar larangan bab 21, yang menghendaki orang yang berkenaan untuk mengubah suai atau menghentikan kelakuan itu; (c) jika keputusan itu adalah bahawa mana-mana penggabungan yang dijangkakan, jika dilaksanakan, akan melanggar larangan bab 23- (i) yang melarang penggabungan yang dijangkakan itu dari dilaksanakan; (ii) yang menghendaki mana-mana pihak dalam mana-mana perjanjian yang berkaitan secara langsung dan perlu bagi pelaksanaan penggabungan itu (yang akan mengakibatkan penggabungan yang dijangkakan itu dilaksanakan) untuk mengubah suai atau menamatkan perjanjian itu, walaupun perjanjian itu dikecualikan di bawah perenggan 10 Jadual Ketiga; dan (iii) yang menghendaki mana-mana orang yang mengambil bahagian dalam apa-apa kelakuan yang berkaitan secara langsung dan perlu bagi pelaksanaan penggabungan itu (yang akan mengakibatkan penggabungan yang dijangkakan itu dilaksanakan) untuk mengubah suai atau menghentikan kelakuan itu, walaupun kelakuan itu dikecualikan di bawah perenggan 10 Jadual Ketiga; (d) jika keputusan itu adalah bahawa mana-mana penggabungan telah melanggar larangan bab 23- (i) yang menghendaki penggabungan itu dibubarkan atau diubah suai mengikut cara sebagaimana yang mungkin diarahkan oleh Suruhanjaya; (ii) yang menghendaki mana-mana pihak dalam mana-mana perjanjian yang berkaitan secara langsung dan perlu bagi pelaksanaan penggabungan itu untuk mengubah suai atau menamatkan perjanjian itu, walaupun perjanjian itu dikecualikan di bawah perenggan 10 Jadual Ketiga; dan (iii) yang menghendaki mana-mana orang yang mengambil bahagian dalam apa-apa kelakuan yang berkaitan secara langsung dan perlu bagi pelaksanaan penggabungan itu untuk mengubah suai atau menghentikan kelakuan itu, walaupun kelakuan itu dikecualikan di bawah perenggan 10 Jadual Ketiga; dan (e) jika keputusan itu adalah bahawa mana-mana perjanjian telah melanggar larangan bah 11, apa-apa kelakuan telah melanggar larangan bah 21 atau mana-mana penggabungan telah melanggar larangan bah 23, untuk membayar kepada Suruhanjaya penalti kewangan berkaitan dengan pelanggaran itu sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Suruhanjaya; dan (f) dalam sebarang hal, yang menghendaki mana-mana pihak dalam suatu perjanjian yang telah melanggar larangan bah 11, mana-mana orang yang kelakuannya telah melanggar larangan bah 21, mana-mana pihak dalam suatu penggabungan yang dijangkakan yang, jika dilaksanakan, akan melanggar larangan bah 23 atau mana-mana pihak yang terlibat dalam suatu penggabungan yang telah melanggar larangan bah 23 — (i) untuk membuat perjanjian yang boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang sebagaimana yang mungkin dinyatakan oleh Suruhanjaya dan bertujuan untuk menghalang atau mengurangkan kesan antipersaingan yang telah timbul; (ii) untuk melupuskan operasi, aset atau saham perusahaan itu mengikut cara sebagaimana yang mungkin dinyatakan oleh Suruhanjaya; dan (iii) untuk menyediakan suatu bon pelaksanaan, jaminan atau bentuk sekuriti lain atas terma-terma dan syarat-syarat sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Suruhanjaya.
Bagi maksud ceraian {2}(e), Suruhanjaya boleh mengenakan suatu penalti kewangan hanya jika ia berpuas hati bahawa pelanggaran itu telah dilakukan dengan sengaja atau dengan cuai.
Penalti kewangan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya di bawah bah ini tidak boleh melebihi 10 peratus atau peratusan lain dari perolehan perniagaan perusahaan itu di Negara Brunei Darussalam bagi setiap tahun pelanggaran bagi tempoh, sehingga maksimum 3 tahun, sebagaimana yang mungkin ditetapkan oleh Menteri, dengan perintah yang disiarkan dalam Warta Kerajaan.
Suruhanjaya hendaklah, dalam apa-apa arahan yang menghendaki pembayaran suatu penalti kewangan, menyatakan tarikh yang sebelum tarikh tersebut penalti kewangan itu akan dibayar, iaitu suatu tarikh yang tidak lebih awal dari tamatnya tempoh suatu rayuan terhadap arahan itu boleh dibawa di bawah bab 59.
Menteri boleh, dengan perintah yang disiarkan dalam Warta Kerajaan, menetapkan bunga yang kena dibayar ke atas amaun apa-apa penalti kewangan yang belum dijelaskan yang dikenakan di bawah ceraian (Z)(e) dan bagi pembayaran secara ansuran (sebagaimana yang mungkin diarahkan oleh Suruhanjaya atas budi bicaranya) bagi apa-apa penalti kewangan yang dikenakan di bawah ceraian (Z)(e). Pemberitahuan.
Rejim kelonggaran.
(a) mengakui penglibatannya dalam suatu pelanggaran mana-mana larangan bab 11; dan (b) memberikan maklumat atau bentuk kerjasama lain kepada Suruhanjaya yang banyak membantu, atau mungkin banyak membantu, dalam pengenalpastian atau penyiasatan apa-apa dapatan suatu pelanggaran mana-mana larangan oleh mana-mana perusahaan lain.
Suatu rejim kelonggaran boleh membenarkan peratusan pengurangan yang berlainan untuk didapatkan oleh suatu perusahaan bergantung kepada (a) sama ada perusahaan itu ialah orang pertama yang membawa pelanggaran yang disyaki itu kepada perhatian Suruhanjaya; (b) peringkat dalam penyiasatan apabila (i) suatu penglibatan dalam pelanggaran itu diakui; atau (ii) apa-apa maklumat atau kerjasama lain telah diberikan; atau (c) apa-apa hal keadaan lain yang dianggap patut oleh Suruhanjaya untuk diambil kira. Kuasa untuk menerima aku janji.
Jika Suruhanjaya menerima suatu aku janji di bawah ceraian (1), Suruhanjaya hendaklah, berhubung dengan suatu pelanggaran, menutup penyiasatan itu tanpa membuat apa-apa dapatan pelanggaran dan tidak boleh mengenakan suatu penalti kepada perusahaan itu.
Sebarang aku janji yang diterima oleh Suruhanjaya di bawah bab ini adalah suatu dokumen yang tersedia ada untuk diperiksa oleh orang ramai mengikut cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Peruntukan-peruntukan sebarang aku janji yang diterima oleh Suruhanjaya di bawah bab ini boleh dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya seolah-olah peruntukan-peruntukan itu telah dinyatakan dalam suatu keputusan yang diberikan kepada perusahaan yang memberikan aku janji itu menurut bab 42. Penguatkuasaan arahan, aku janji dan komitmen di Mahkamah Tinggi.
Suruhanjaya hendaklah menimbangkan apa-apa representasi yang mahu dibuat oleh perusahaan itu sebelum membuat permohonan di bawah ceraian (1).
Mahkamah Tinggi boleh memperuntukkan dalam perintah itu bahawa semua kos, atau bersampingan dengan, permohonan itu hendaklah ditanggung oleh perusahaan yang ingkar itu.
Sebarang aku janji yang diterima oleh Suruhanjaya di bawah bab ini adalah suatu dokumen yang tersedia ada untuk diperiksa oleh orang ramai mengikut cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Peruntukan-peruntukan sebarang aku janji yang diterima oleh Suruhanjaya di bawah bab ini boleh dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya seolah-olah peruntukan-peruntukan itu telah dinyatakan dalam suatu keputusan yang diberikan kepada perusahaan yang memberikan aku janji itu menurut bab 42. Suruhanjaya boleh menyimpan dokumen.
Orang yang memberikan dokumen itu berhak untuk dibekalkan, dengan seberapa segera, dengan satu salinan yang diperakui oleh Suruhanjaya sebagai satu salinan sebenar dokumen itu.
Dengan tidak menghiraukan peruntukan-peruntukan sebarang undang-undang bertulis lain, salinan dokumen itu yang diperakui boleh diterima sebagai keterangan seolah-olah ia adalah dokumen asal.
Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa dokumen yang disimpan itu tidak lagi diperlukan, Suruhanjaya boleh, dengan seberapa segera, mengembalikan dokumen itu kepada orang yang memberikan dokumen itu. Akses kepada data berkomputer.
Bagi maksud bab ini, pegawai yang diberi kuasa itu hendaklah diberikan dengan kata laluan, kod enkripsi, kod dekripsi, perisian atau perkakasan yang perlu atau apa-apa cara lain yang dikehendaki bagi aksesnya untuk membolehkannya memahami data berkomputer itu. Waran boleh diterima walaupun cacat.
Senarai rekod, buku, akaun, dll. yang dirampas.
(a) hendaklah menyediakan- (i) satu senarai rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain yang dirampas itu dan hendaklah menandatangani senarai itu; dan (ii) suatu notis bertulis mengenai rampasan itu yang mengandungi alasan rampasan itu dibuat dan hendaklah menandatangani notis itu; dan fb) hendaklah, dengan seberapa segera, menyampaikan satu salinan senarai rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain yang dirampas itu dan notis bertulis mengenai rampasan itu kepada penghuni premis yang telah digeledah, atau kepada ejen atau pekerjanya di premis itu.
Notis bertulis mengenai rampasan itu tidaklah dikehendaki untuk disampaikan menurut ceraian (1)(fb) jika rampasan itu dibuat di hadapan orang yang terhadapnya presiding di bawah Perintah ini dimaksudkan hendak diambil, atau di hadapan pemilik harta tersebut atau ejennya, mengikut mana yang berkenaan.
Jika premis itu tidak dihuni, pegawai yang diberi kuasa hendaklah menampalkan satu salinan senarai rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain yang dirampas itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu. Pelepasan rekod, buku, akaun, dll. yang dirampas.
Dalam keadaan yang disebut dalam ceraian (1) pegawai yang diberi kuasa yang membuat rampasan itu, atau Kerajaan, Suruhanjaya atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan atau Suruhanjaya tidak boleh dikenakan apa-apa presiding oleh mana-mana orang jika rampasan dan pelepasan rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain itu telah dibuat dengan suci hati. Tiada kos atau ganti rugi yang timbul dari rampasan boleh didapatkan balik.
berkomputer atau benda lain yang dirampas pada menjalankan atau dikatakan pada menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Perintah ini, berhak mendapatkan kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika rampasan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.
KESALAHAN-KESALAHAN Akses kepada rekod, dll.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan. Memberikan maklumat, keterangan atau dokumen palsu atau mengelirukan.
Pemusnahan, penyembunyian, pencacatan atau pengubahan rekod, dll.
(a) memusnahkan, menyembunyikan, mencacatkan atau mengubah; atau (b) menghantar atau cuba menghantar atau berkomplot dengan mana-mana orang lain untuk memindahkan dari premisnya atau menghantar keluar dari Negara Brunei Darussalam, apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain yang disimpan atau diselenggarakan dengan niat untuk memfraud Suruhanjaya atau untuk menghalang, melengahkan atau mengadang Suruhanjaya daripada menjalankan suatu penyiasatan atau daripada menjalankan mana-mana kuasa di bawah Perintah ini adalah melakukan suatu kesalahan. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Mengadang pegawai yang diberi kuasa.
(a) enggan memberikan mana-mana pegawai yang diberi kuasa akses kepada mana-mana premis yang pegawai yang diberi kuasa itu berhak kepadanya di bawah Perintah ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Perintah ini; atau (b) menyerang, mengadang, menghalang atau melengahkan mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk memasukinya yang pegawai yang diberi kuasa itu berhak memasukinya di bawah Perintah ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Perintah ini, adalah melakukan suatu kesalahan. Pemberian maklumat.
(a) mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa seorang pegawai yang diberi kuasa bertindak, atau bercadang hendak bertindak, berhubung dengan suatu penyiasatan yang dijalankan, atau hampir hendak dijalankan, di bawah atau bagi maksud Perintah ini dan mendedahkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin menjejaskan penyiasatan itu atau penyiasatan yang dicadangkan itu; atau (b) mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu pendedahan telah dibuat kepada seorang pegawai yang diberi kuasa di bawah Perintah ini dan mendedahkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin menjejaskan apa-apa penyiasatan yang mungkin dijalankan berikutan dengan pendedahan itu, adalah melakukan suatu kesalahan.
Tiada sebarang apa pun dalam ceraian (1) menjadikannya suatu kesalahan bagi seorang peguam bela dan peguam cara atau pekerjanya untuk mendedahkan apa-apa maklumat atau perkara lain — (a) kepada kliennya atau wakil kliennya berhubung dengan pemberian nasihat kepada klien itu dalam masa menjalankan dan bagi maksud pekerjaan profesional peguam bela dan peguam cara itu; atau (b) kepada mana-mana orang yang memikirkan hendak mengambil, atau berhubung dengan dan bagi maksud, sebarang prosiding undang-undang.
Ceraian (2) tidak dikenakan berhubung dengan apa-apa maklumat atau perkara lain yang didedahkan dengan tujuan untuk mencapai apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang.
Dalam prosiding terhadap seseorang kerana suatu kesalahan di bawah bah ini, adalah menjadi pembelaan untuk membuktikan bahawa- (a) dia tidak mengetahui atau mengesyaki bahawa pendedahan yang dibuat di bawah ceraian (1)(b) mungkin menjejaskan penyiasatan itu; atau (b) dia mempunyai autoriti yang sah atau alasan yang munasabah untuk membuat pendedahan itu. Ancaman dan tindakan balas dilarang.
(a) memaksa atau cuba memaksa mana-mana orang untuk tidak melakukan apa-apa perbuatan yang disebut dalam ceraian (3); atau (b) menjadikan mana-mana orang tertakluk kepada apa-apa keadaan yang merugikan dari segi komersil atau lain sebagai tindakan balas terhadap orang itu kerana melakukan apa-apa perbuatan yang disebut dalam ceraian (3).
Bagi maksud-maksud dan tanpa menjejaskan keluasan makna ceraian (1)(b), keadaan yang merugikan dari segi komersil atau lain boleh termasuk ancaman lambat membayar amaun yang kena dibayar dengan sewajarnya kepada orang itu, pembawaan atau perjalanan litigasi yang tidak munasabah terhadap orang itu, pembatalan pesanan dengan orang itu, atau lencongan perniagaan daripada, atau keengganan untuk berdagang dengan, orang itu.
Perbuatan-perbuatan yang disebut dalam ceraian (1) adalah seperti berikut- (a) membuat suatu aduan kepada Suruhanjaya mengenai apa-apa pelanggaran atau kesalahan yang dikatakan di bawah Perintah ini; dan (b) bekerjasama dengan, atau menawarkan atau bersetuju untuk bekerjasama dengan, Suruhanjaya berhubung dengan apa-apa penyiasatan oleh Suruhanjaya. WARTA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM kesalahan.
TRIBUNAL RAYUAN PERSAINGAN Keputusan boleh rayu.
Mana-mana orang, selain daripada seseorang yang disebut dalam ceraian (1), yang kepadanya Suruhanjaya telah memberikan suatu arahan di bawah bab 28, 40 atau 42 boleh merayu dalam tempoh yang ditetapkan kepada Tribunal terhadap, atau berkenaan dengan, arahan itu.
Kecuali dalam hal suatu rayuan terhadap pengenaan, atau amaun, suatu penalti kewangan, suatu rayuan yang dibuat di bawah bab ini tidaklah menggantung kuat kuasa keputusan yang disebut dalam rayuan itu.
Dalam ceraian (1), "keputusan" bermakna suatu keputusan Suruhanjaya tentang- (a) sama ada larangan bab 11 telah dilanggar oleh apa-apa perjanjian; (b) sama ada larangan bab 21 telah dilanggar oleh apa-apa kelakuan; (c) sama ada larangan bab 23 akan dilanggar oleh apa-apa penggabungan yang dijangkakan, jika dilaksanakan; atau (d) sama ada larangan bab 23 telah dilanggar oleh apa-apa penggabungan, dan termasuk suatu arahan yang diberikan di bawah bab 28, 40 atau 42 (termasuk pengenaan apa-apa penalti kewangan di bawah bab 42 atau tentang amaun apa-apa penalti kewangan itu) dan keputusan lain sebagaimana yang mungkin ditetapkan dengan peraturan-peraturan oleh Menteri. Tribunal Rayuan Persaingan.
14) Mana-mana orang yang melanggar bab ini adalah melakukan suatu daripada tiga puluh orang ahli yang dilantik, dari semasa ke semasa, oleh Menteri berdasarkan kebolehan dan pengalaman mereka dalam industri, perdagangan atau pentadbiran atau kelulusan profesional mereka atau kesesuaian mereka untuk dilantik selanjutnya.
Ahli-ahli Tribunal hendaklah memegang jawatan bagi tempoh sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Menteri dan adalah layak untuk dilantik semula.
Menteri boleh pada bila-bila masa memecat mana-mana ahli Tribunal daripada jawatan tanpa memberikan apa-apa sebabnya.
Seorang ahli Tribunal boleh meletakkan jawatannya dengan notis secara bertulis kepada Menteri.
Menteri hendaklah melantik sebagai Pengerusi Tribunal seseorang yang berkelayakan menjadi Hakim Mahkamah Besar.
Pengerusi Tribunal hendaklah, jika hadir, mempengerusikan tiap-tiap mesyuarat Tribunal, dan sekiranya dia tidak hadir ahli Tribunal sebagaimana yang mungkin dipilih oleh ahli-ahli yang hadir hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.
Menteri boleh melantik seorang setiausaha kepada Tribunal dan pegawai-pegawai dan pekerja-pekerja lain sebagaimana yang mungkin diperlukan oleh Tribunal.
Semua kuasa, tugas dan kewajipan Tribunal boleh dijalankan, dilaksanakan dan ditunaikan oleh mana-mana jawatankuasa Tribunal yang mengandungi tidak kurang daripada tiga orang ahli Tribunal, salah seorang daripada mereka boleh menjadi Pengerusi Tribunal.
Apa-apa perbuatan, dapatan atau keputusan mana-mana jawatankuasa itu hendaklah dianggap sebagai perbuatan, dapatan atau keputusan Tribunal.
Setiausaha hendaklah, dari semasa ke semasa, menyaman ahli-ahli Tribunal sebagaimana yang mungkin dinamakan oleh Pengerusi Tribunal, untuk menubuhkan suatu jawatankuasa Tribunal bagi maksud-maksud menguatkuasakan peruntukan-peruntukan Bahagian ini, dan adalah menjadi kewajipan ahli-ahli itu untuk hadir pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam saman itu.
Tertakluk kepada ceraian (12), jika Pengerusi Tribunal dinamakan di bawah ceraian (10) sebagai seorang ahli suatu jawatankuasa, dia hendaklah mempengerusikan tiap-tiap mesyuarat jawatankuasa itu, dan jika Pengerusi tidak dinamakan sebagai seorang ahli suatu jawatankuasa, maka Pengerusi hendaklah WARTA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM mesyuarat jawatankuasa itu.
Jika Pengerusi Tribunal atau ahli yang ditentukan oleh Pengerusi di bawah ceraian (11) {mengikut mana yang berkenaan} tidak hadir dalam mana-mana mesyuarat jawatankuasa, maka ahli jawatankuasa yang mungkin dipilih oleh ahli-ahli yang hadir hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.
Semua perkara yang sampai di hadapan Tribunal atau suatu jawatankuasa Tribunal dalam mana-mana persidangannya hendaklah diputuskan mengikut kelebihan undi ahli-ahli yang hadir dan, sekiranya terdapat persamaan undi, Pengerusi Tribunal atau mana-mana ahli lain yang mempengerusikan mesyuarat hendaklah mempunyai undi kedua atau undi pemutus.
Ahli-ahli Tribunal boleh menerima ganjaran dan elaun perjalanan dan sara hidup sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Menteri.
Menteri boleh, dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, membuat peraturan-peraturan- {a} yang menetapkan tempoh rayuan boleh dibuat; {b} yang menetapkan cara bagaimana rayuan akan dibuat kepada Tribunal; {c} yang menetapkan prosedur yang akan diterima pakai oleh Tribunal dalam mendengar rayuan dan rekod-rekod yang akan disimpan oleh Tribunal; {d} yang menetapkan tempat di mana dan masa rayuan akan didengar oleh Tribunal; {e} yang menetapkan bayaran yang akan dibayar berkaitan dengan apa-apa rayuan di bawah Bahagian ini; {f} yang menetapkan pemberian award kos atau bersampingan dengan apa-apa prosiding di hadapan Tribunal atau pemberian award perbelanjaan, termasuk apa-apa elaun yang kena dibayar kepada orang-orang berhubung dengan kehadiran mereka di hadapan Tribunal; dan {g} pada amnya bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Bahagian ini dengan lebih baik lagi. menentukan ahli jawatankuasa mana yang akan mempengerusikan tiap-tiap Kuasa dan keputusan Tribunal.
Tribunal hendaklah mempunyai segala kuasa dan kewajipan Suruhanjaya yang diperlukan untuk menjalankan tugas-tugasnya dan melaksanakan kewajipan-kewajipannya di bawah Perintah ini.
Tribunal hendaklah mempunyai kuasa, hak dan keistimewaan yang terletak hak pada mahkamah apabila mendengar suatu tindakan, termasuk- (a) menguatkuasakan kehadiran saksi-saksi dan pemeriksaan mereka dengan mengangkat sumpah atau pun sebaliknya; (b) memaksa pengemukaan dokumen-dokumen; dan (c) mengaward kos atau perbelanjaan sebagaimana yang mungkin ditetapkan di bawah bah 61(15).
Suatu saman yang ditandatangani oleh ahli Tribunal sebagaimana yang mungkin dibenarkan oleh Tribunal adalah sama dengan mana-mana prosedur formal yang boleh dikeluarkan dalam suatu tindakan bagi menguatkuasakan kehadiran saksi-saksi dan memaksa pengemukaan dokumen-dokumen.
Jika mana-mana orang yang disaman dengan sewajarnya untuk hadir di hadapan Tribunal tidak hadir demikian, maka orang itu adalah melakukan suatu kesalahan.
Seseorang saksi di hadapan Tribunal adalah berhak mendapatkan imuniti dan keistimewaan yang sama seolah-olah dia adalah seorang saksi di hadapan Mahkamah.
Semua rayuan di bawah bah ini hendaklah diputuskan, dengan mengambil kira jenis dan kerumitan rayuan itu, dengan seberapa segera yang munasabah.
Tribunal boleh mengesahkan atau mengetepikan keputusan yang menjadi perkara rayuan itu, atau mana-mana bahagiannya, dan boleh- (a) meremitkan perkara itu kepada Suruhanjaya; (b) mengenakan atau membatalkan, atau mengubah amaun, suatu penalti kewangan; (c) memberikan arahan, atau mengambil langkah lain, sebagaimana yang boleh diberikan atau diambil sendiri oleh Suruhanjaya; atau Suruhanjaya.
Apa-apa keputusan Tribunal mengenai suatu rayuan mempunyai kesan yang sama, dan boleh dikuatkuasakan mengikut cara yang sama, dengan suatu keputusan Suruhanjaya.
Jika Tribunal mengesahkan keputusan yang menjadi perkara rayuan itu ia boleh walau bagaimanapun mengetepikan apa-apa dapatan fakta yang atasnya keputusan itu diasaskan.
Tribunal hendaklah memberitahu perayu mengenai keputusannya berkaitan dengan rayuannya dan sebab-sebab keputusannya dan keputusan Tribunal adalah muktamad.
AM Kuasa untuk menjalankan kajian semula pasaran.
Kajian semula pasaran itu termasuk suatu kajian mengenai- (a) struktur pasaran yang berkenaan; (b) kelakuan perusahaan dalam pasaran; (c) kelakuan pembekal dan pengguna kepada perusahaan dalam pasaran; atau (d) apa-apa perkara lain yang berkaitan. Keputusan kajian semula pasaran.
Laporan Suruhanjaya itu hendaklah tersedia ada untuk orang ramai. fd) membuat apa-apa keputusan lain yang boleh dibuat sendiri oleh Hukuman am.
Komposisi kesalahan.
Bagi maksud ceraian (1), Menteri boleh, dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, membuat peraturan-peraturan (a) untuk menetapkan kesalahan-kesalahan di bawah Perintah ini atau sebarang undang-undang tambahan yang dibuat di bawahnya sebagai kesalahan yang boleh dikompaun di bawah bab ini; (b) untuk menetapkan orang yang boleh mengkompaun kesalahan itu; dan (c) untuk menentukan jumlah wang maksimum yang baginya kesalahan itu boleh dikompaun, kecuali bahawa jumlah wang maksimum yang ditentukan itu tidak boleh melebihi (i) separuh dari amaun denda maksimum yang ditetapkan bagi kesalahan itu; atau (ii) $5,000, mengikut mana yang rendah.
Orang yang ditetapkan di bawah ceraian (2)(b) boleh mengkompaun apa-apa kesalahan yang ditetapkan di bawah ceraian (2)(a) dengan memungut daripada seseorang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu suatu jumlah wang tidak melebihi jumlah wang maksimum yang ditentukan di bawah ceraian (2)(c) berkaitan dengan kesalahan itu. Kesalahan yang dilakukan oleh badan korporat.
WARDA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM badan korporat itu atau yang dikatakan bertindak dalam mana-mana jawatan itu atau dengan apa-apa cara atau setakat mana bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal badan korporat itu atau membantu dalam pengurusan tersebut (a) boleh dituduh secara berasingan atau bersama-sama dalam presiding yang sama dengan badan korporat itu; dan (b) jika badan korporat itu didapati telah melakukan kesalahan itu, hendaklah dianggap telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis tugas-tugasnya dalam jawatan itu dan semua hal keadaan, dia membuktikan — (i) bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiaraannya; dan (ii) bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan berusaha dengan sewajarnya untuk mengelakkan kesalahan itu dari dilakukan.
Jika mana-mana orang di bawah Perintah ini akan dikenakan apa-apa hukuman atau penalti kerana perbuatan, penninggalan, pengabaian atau keingkarannya, dia hendaklah dikenakan hukuman atau penalti yang sama kerana setiap perbuatan, penninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, penninggalan, pengabaian atau keingkaran itu dilakukan — (a) oleh pekerja orang itu dalam masa penggajiannya; (b) oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak orang itu; atau (c) oleh pekerja ejen itu dalam masa penggajiannya dengan ejen itu atau pun selainnya bagi pihak ejen yang bertindak bagi pihak orang itu. Hak tindakan persendirian.
Tiada tindakan yang dikenakan ceriaan (1) boleh dibawa (a) sehingga selepas suatu keputusan yang disebut dalam ceraian (3) telah membuktikan bahawa larangan bab 11, larangan bab 21 atau larangan bab 23 telah dilanggar; dan (b) dalam tempoh yang disebut dalam ceraian (4).
Keputusan yang boleh disandarkan bagi maksud-maksud suatu tindakan di bawah bab ini adalah (a) keputusan oleh Suruhanjaya di bawah bab 41; dan (b) keputusan Tribunal di bawah bab 61 (atas suatu rayuan dari keputusan Suruhanjaya di bawah bab 59).
Tempoh suatu tindakan tidak boleh dibawa di bawah bab ini adalah tempoh suatu rayuan boleh dibuat kepada Tribunal di bawah bab 59(1).
Jika apa-apa rayuan yang disebut dalam ceraian (4) dibuat, tempoh yang dinyatakan dalam ceraian itu termasuk tempoh sebelum rayuan itu diputuskan.
Tiada tindakan yang dikenakan ceraian (1) boleh dibawa selepas tamatnya tempoh 2 tahun selepas tempoh yang dinyatakan dalam ceraian (4).
Bagi memutuskan suatu tuntutan di bawah bab ini, mahkamah hendaklah menerima sebagai terakhir dan muktamad apa-apa keputusan yang disebut dalam ceraian (3) yang membuktikan bahawa larangan yang berkenaan itu telah dilanggar.
Mahkamah boleh memberikan kepada plaintif dalam suatu tindakan di bawah ceraian (1) semua atau mana-mana relief yang berikut (a) relief dengan cara injunksi atau pengisytiharan; (b) ganti rugi; dan (c) relief lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh mahkamah.
Tiada sebarang apa pun dalam bab ini boleh ditafsirkan sebagai memberikan kepada mana-mana pihak dalam suatu perjanjian yang melanggar larangan bab 11 suatu hak tindakan bagi relief. Kerjasama antara Suruhanjaya dengan pihak berkuasa pengawalseliaan lain mengenai perkara persaingan.
(a) memudahkan kerjasama di antara Suruhanjaya dan pihak berkuasa pengawalseliaan itu dalam pelaksanaan tugas-tugas mereka masing-masing WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM setakat mana ia berkaitan dengan isu persaingan di antara perusahaan-perusahaan; {b} mengelakkan duplikasi aktiviti oleh Suruhanjaya dan pihak berkuasa pengawalseliaan itu, iaitu aktiviti-aktiviti yang melibatkan keputusan mengenai kesan ke atas persaingan apa-apa perbuatan yang dilakukan, atau yang dicadangkan hendak dilakukan; dan {c} memastikan, setakat mana yang boleh, keselarasan antara keputusan yang dibuat atau langkah lain yang diambil oleh Suruhanjaya dan pihak berkuasa pengawalseliaan itu setakat mana mana-mana bahagian dari keputusan atau langkah itu mengandungi atau berkaitan dengan keputusan mengenai apa-apa isu persaingan di antara perusahaan-perusahaan.
Suatu perjanjian yang dibuat di bawah ceraian (1) disebut dalam bah ini sebagai suatu perjanjian kerjasama.
Suatu perjanjian kerjasama boleh termasuk {a} suatu peruntukan yang membolehkan tiap-tiap pihak untuk memberikan kepada pihak lain maklumat yang dimilikinya jika maklumat itu dikehendaki oleh pihak yang satu lagi itu bagi tujuan melaksanakan apa-apa tugasnya; {b} suatu peruntukan yang membolehkan tiap-tiap pihak untuk tidak melaksanakan apa-apa tugasnya berhubung dengan suatu perkara dalam hal keadaan jika pihak itu berpuas hati bahawa pihak lain melaksanakan tugas-tugas berhubung dengan perkara itu; dan {c} suatu peruntukan yang menghendaki tiap-tiap pihak untuk berunding dengan mana-mana pihak lain sebelum melaksanakan apa-apa tugas dalam hal keadaan jika tiap-tiap pihak yang masing-masing menjalankan tugas yang berkenaan melibatkan keputusan mengenai isu persaingan di antara perusahaan-perusahaan yang sama antara satu sama lain atau termasuk di bawah kategori yang sama dengan isu tersebut, iaitu suatu kategori yang dinyatakan dalam perjanjian itu.
Dalam bah ini- "isu persaingan di antara perusahaan-perusahaan" termasuk suatu isu persaingan di antara perusahaan-perusahaan yang timbul pada amnya dalam sektor aktiviti yang berhubung dengannya Suruhanjaya atau pihak berkuasa pengawalseliaan itu boleh menjalankan kuasa dan isu yang termasuk, atau boleh termasuk, menjadi perkara perjalanan kuasa oleh Suruhanjaya atau pihak berkuasa pengawalseliaan itu dalam hal keadaan tertentu; "pihak" bermakna suatu pihak dalam suatu perjanjian kerjasama dan sebutan kepada pihak lain (sama ada ungkapan itu atau ungkapan "pihak yang satu lagi" digunakan) hendaklah, jika terdapat 2 atau lebih pihak lain dalam perjanjian itu, ditafsirkan sebagai sebutan kepada salah satu atau lebih daripada pihak-pihak lain itu atau setiap satu daripada mereka, mengikut mana yang berkenaan. Kerjasama antara Suruhanjaya dengan badan persaingan asing.
(a) memberikan kepada pihak yang satu lagi maklumat yang dimilikinya jika maklumat itu dikehendaki oleh pihak yang satu lagi itu bagi tujuan melaksanakan apa-apa tugasnya; dan (b) memberikan bantuan lain kepada pihak yang satu lagi yang akan memudahkan pihak yang satu lagi itu melaksanakan apa-apa tugasnya.
Suruhanjaya tidak boleh memberikan apa-apa maklumat kepada suatu badan persaingan asing menurut penyusunan itu melainkan jika ia menghendaki, dan mendapatkan daripada, badan itu suatu akujanji secara bertulis olehnya bahawa ia akan mematuhi terma-terma yang dinyatakan dalam kehendak itu, termasuk terma-terma yang bersamaan dengan peruntukan-peruntukan sebarang undang-undang bertulis lain berkenaan dengan pendedahan maklumat itu oleh Suruhanjaya.
Suruhanjaya boleh memberikan suatu akujanji kepada suatu badan persaingan asing bahawa ia akan mematuhi terma-terma yang dinyatakan dalam suatu kehendak yang dibuat oleh badan itu kepada Suruhanjaya untuk memberikan akujanji tersebut jika- (a) terma-terma itu bersamaan dengan peruntukan-peruntukan sebarang undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di negara atau wilayah di mana badan itu ditubuhkan, iaitu peruntukan-peruntukan yang berkenaan dengan pendedahan oleh badan itu maklumat yang disebut dalam perenggan (b); dan (b) pematuhan kehendak itu adalah suatu syarat yang dikenakan oleh badan itu kerana memberikan maklumat yang dimilikinya kepada Suruhanjaya menurut penyusunan yang disebut dalam ceraian (1).
Dalam bab ini, "badan persaingan asing" bermakna seseorang yang ada terletak hak padanya tugas-tugas di bawah sebarang undang-undang bertulis negara atau wilayah lain berkenaan dengan penguatkuasaan atau pelaksanaan peruntukan undang-undang bertulis negara atau wilayah itu berhubung dengan Penyimpanan rahsia.
(a) semua perkara berhubung dengan hal ehwal perniagaan, komersil atau rasmi mana-mana orang; (b) semua perkara yang telah dikenal pasti sebagai rahsia di bawah ceraian (3); dan (c) semua perkara berhubung dengan identiti orang yang memberikan maklumat kepada Suruhanjaya, yang mungkin sampai ke pengetahuannya dalam pelaksanaan tugas-tugasnya dan penunaian kewajipan-kewajipannya di bawah Perintah ini dan tidak boleh memberitahukan apa-apa perkara itu kepada mana-mana orang, kecuali setakat mana pemberitahuan itu (i) adalah perlu bagi pelaksanaan apa-apa tugas itu atau penunaian apa-apa kewajipan itu; atau (ii) adalah dikehendaki secara sah oleh mana-mana mahkamah atau Tribunal, atau dikehendaki atau dibenarkan secara sah di bawah Perintah ini atau sebarang undang-undang bertulis lain.
Mana-mana orang yang gagal mematuhi ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan.
Mana-mana orang, apabila memberikan apa-apa maklumat kepada Suruhanjaya, boleh mengenal pasti maklumat yang didakwanya sebagai maklumat rahsia.
Setiap dakwaan yang dibuat di bawah ceraian (3) hendaklah disokong dengan suatu pernyataan bertulis yang memberikan sebab-sebab mengapa maklumat itu rahsia.
Dengan tidak menghiraukan ceraian (1), Suruhanjaya boleh mendedahkan apa-apa maklumat berhubung dengan apa-apa perkara yang disebut dalam ceraian (1) dalam mana-mana hal keadaan yang berikut— (a) jika persetujuan orang yang dimaksudkan oleh maklumat itu telah diperolehi; atau (b) bagi maksud-maksud — (i) suatu pendakwaan di bawah Perintah ini; (ii) tertakluk kepada ceraian (6L membolehkan Suruhanjaya untuk menguatkuasakan mana-mana peruntukan Perintah ini; (iii) membolehkan Suruhanjaya, seseorang pegawai yang diberi kuasa untuk menyiasat suatu kesalahan yang disyaki di bawah Perintah ini atau untuk menguatkuasakan suatu peruntukannya; atau (iv) mematuhi peruntukan suatu perjanjian di antara Negara Brunei Darussalam dan sebuah negara atau wilayah di luar Negara Brunei Darussalam (disebut dalam bah ini sebagai sebuah negara asing) sebagaimana yang mungkin ditetapkan, jika syarat-syarat yang dinyatakan dalam ceraian (7) dipenuhi.
Jika Suruhanjaya menimbangkan sama ada untuk mendedahkan apa-apa maklumat di bawah ceraian (5)(b)(ii), Suruhanjaya hendaklah mengambil kira- (a) keperluan untuk mengecualikan, setakat mana yang boleh, maklumat yang pendedahannya adalah pada pendapatnya bertentangan dengan kepentingan awam; (b) keperluan untuk mengecualikan, setakat mana yang boleh- (i) maklumat komersil yang pendedahannya akan, atau mungkin, pada pendapatnya, banyak memudaratkan kepentingan perniagaan yang sah perusahaan yang dimaksudkan oleh maklumat itu; atau (ii) maklumat berhubung dengan hal ehwal persendirian seseorang individu yang pendedahannya akan, atau mungkin, pada pendapatnya, banyak memudaratkan kepentingannya; dan (c) setakat mana pendedahan itu perlu bagi maksud-maksud yang baginya Suruhanjaya bercadang hendak membuat pendedahan itu. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM {7) Syarat-syarat yang disebut dalam ceraian (5)(b)(iv) adalah — (a) maklumat atau dokumen yang diminta oleh negara asing itu boleh didapati oleh Suruhanjaya; (b) melainkan jika Kerajaan membenarkan selainnya, negara asing itu berjanji untuk merahsiakan maklumat yang diberikan pada setiap masa; dan (c) pendedahan maklumat itu tidak mungkin bertentangan dengan kepentingan awam.
Dalam bab ini, "orang yang dinyatakan" bermakna seseorang yang menjadi atau pernah menjadi (a) seorang ahli, pegawai, pekerja atau ejen Suruhanjaya; (b) seorang ahli suatu jawatankuasa Suruhanjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa, dilantik atau diambil kerja untuk membantu Suruhanjaya; (c) seorang pegawai yang diberi kuasa atau seseorang yang diberi kuasa, dilantik atau diambil kerja untuk membantu seorang pegawai yang diberi kuasa; atau (d) seorang ahli Tribunal atau mana-mana orang yang diberi kuasa, dilantik atau diambil kerja untuk membantu Tribunal. Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang.
(a) Suruhanjaya; (b) mana-mana ahli Suruhanjaya atau mana-mana ahli jawatankuasanya; atau (c) mana-mana orang lain yang bertindak secara sah bagi pihak Suruhanjaya, berkaitan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan yang ditinggalkan daripadadilakukan olehnya dengan suci hati atas sifat tersebut. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 7hb. JANUARI, 2015 Pindaan Jadual Ketiga dan Keempat.
Peraturan-peraturan.
Tanpa menjejaskan keluasan makna ceraian (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi atau berkenaan dengan semua atau mana-mana perkara yang berikut (a) bentuk dan cara bagaimana suatu pemberitahuan di bawah bab 17(1) hendak dibuat; (b) bentuk dan cara bagaimana aduan bahawa larangan bab 11 telah dilanggar oleh mana-mana perjanjian, larangan bab 21 telah dilanggar oleh apa-apa kelakuan, larangan bab 23 akan dilanggar oleh mana-mana penggabungan yang dijangkakan, jika dilaksanakan, atau larangan bab 23 telah dilanggar oleh mana-mana penggabungan, hendak dikemukakan kepada Suruhanjaya; (c) penerimaan komitmen, dan perubahan, penggantian atau pelepasan komitmen, termasuk pihak-pihak yang boleh memohon perubahan, penggantian atau pelepasan komitmen dan bentuk dan cara bagaimana permohonan bagi perubahan, penggantian atau pelepasan apa-apa komitmen hendak dikemukakan kepada Suruhanjaya; (d) bentuk dan cara bagaimana notis keputusan dan arahan Suruhanjaya hendak diberikan, dan orang yang kepadanya notis itu hendak diberikan; (e) bayaran yang akan dikenakan berkaitan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau apa-apa perkhidmatan yang diberikan oleh Suruhanjaya di bawah atau menurut Perintah ini, termasuk pengiraan amaun bayaran dengan merujuk kepada perkara-perkara yang termasuk- (i) perolehan semua atau mana-mana pihak dalam suatu perjanjian (ditentukan mengikut cara sebagaimana yang mungkin ditetapkan); (ii) perolehan mana-mana orang yang kelakuannya Suruhanjaya akan menimbangkannya (ditentukan mengikut cara sebagaimana yang mungkin ditetapkan); (iii) perolehan semua atau mana-mana pihak dalam suatu penggabungan yang dijangkakan (ditentukan mengikut cara sebagaimana yang mungkin ditetapkan); dan (iv) perolehan semua atau mana-mana pihak yang terlibat dalam suatu penggabungan (ditentukan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan); dan (f) apa-apa jua yang mungkin ditetapkan atau dikehendaki untuk ditetapkan di bawah Perintah ini. Peruntukan-peruntukan peralihan.
(a) pemansuhan atau pindaan sebarang undang-undang bertulis yang pada pendapatnya sebagai tidak diperlukan dengan mengambil kira peruntukan-peruntukan Perintah ini atau sebagai bertentangan dengan mana-mana peruntukan Perintah ini; dan (b) peruntukan-peruntukan peralihan, perkecualian dan peruntukan-peruntukan berbangkit, bersampingan dan tambahan lain sebagaimana yang dianggapnya perlu atau mustahak, termasuk mengadakan peruntukan — (i) bagi apa-apa tempoh peralihan [sama ada diberikan atas permohonan atau pun sebaliknya), dan apa-apa lanjutan atau penamatan awalnya; (ii) bagi tempoh peralihan yang berlainan untuk dikenakan — (A) kepada peruntukan-peruntukan Perintah ini yang berlainan; atau (B) bagi aktiviti, perjanjian atau kelakuan yang berlainan atau kategori aktiviti, perjanjian atau kelakuan yang berlainan, yang disebut dalam peruntukan-peruntukan itu, dan (iii) bahawa mana-mana peruntukan Perintah ini tidaklah dikenakan, atau hendaklah dikenakan dalam bentuk yang diubahsuai, bagi tujuan atau berhubung dengan tempoh WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM peralihan itu, sama ada pada amnya atau berkenaan dengan apa-apa aktiviti, perjanjian atau kelakuan atau kategori aktiviti, perjanjian atau kelakuan yang tertentu. JADUAL PERTAMA (bab 3(3)) PROSIDING SURUHANJAYA Tempoh memegang jawatan bagi ahli Suruhanjaya.
Pengerusi sementara.
Pembatalan lantikan.
Perletakan jawatan.
Pengerusi boleh mewakilkan tugas.
Pengosongan jawatan.
(a) apabila dia mati; (b) jika dia gagal menghadiri 3 mesyuarat Suruhanjaya berturut-turut tanpa sebab yang mencukupi (cukup tidaknya akan diputuskan oleh Suruhanjaya); (c) jika dia dengan apa jua cara dibatalkan kelayakannya daripada menjadi ahli Suruhanjaya; (d) jika dia meletakkan jawatannya; atau (e) jika lantikannya dibatalkan. Pengisian kekosongan.
Pembatalan kelayakan daripada menjadi ahli.
(a) adalah seorang bankrap yang belum dilepaskan atau telah membuat apa-apa penyusunan dengan pemiutang-pemiutangnya; (b) telah dijatuhi hukuman penjara bagi suatu tempoh yang melebihi 6 bulan dan belum mendapat pengampunan; (c) menjadi tidak berupaya disebabkan penyakit fizikal atau mental; atau (d) selainnya tidak berupaya atau tidak layak menunaikan tugas-tugas seorang ahli. Pendedahan kepentingan oleh ahli.
Suatu pendedahan di bawah perenggan kecil (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Suruhanjaya dan, selepas pendedahan tersebut, ahli itu KERJAAN atau keputusan Suruhanjaya berkenaan dengan transaksi atau projek itu; dan (b) tidak akan diambil kira bagi maksud membentuk korum Suruhanjaya bagi perbincangan atau keputusan itu.
Bagi maksud-maksud perenggan ini, seseorang ahli yang suami atau isterinya, ibu atau bapanya, ibu atau bapa tirinya, anak lelakinya, anak angkat lelakinya, anak tiri lelakinya, anak perempuannya, anak angkat perempuannya, anak tiri perempuannya, saudara lelakinya, saudara lelaki seibu atau sebapanya, saudara tiri lelakinya, saudara perempuannya, saudara perempuan seibu atau sebapanya atau saudara tiri perempuannya mempunyai suatu kepentingan ke atas transaksi atau projek yang disebut dalam perenggan kecil (1) hendaklah dianggap sebagai mempunyai kepentingan ke atas transaksi atau projek itu. Gaji, bayaran dan elaun hendaklah dibayar kepada ahli Suruhanjaya.
Korum.
Pengerusi, atau semasa ketiadaannya Pengerusi sementara, hendaklah mempengerusikan mesyuarat Suruhanjaya, dan jika Pengerusi dan juga Pengerusi sementara tidak hadir dalam mana-mana mesyuarat atau sebahagiannya, ahli sebagaimana yang mungkin dipilih oleh ahli-ahli yang hadir hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu atau sebahagiannya.
Suatu keputusan dalam suatu mesyuarat Suruhanjaya hendaklah diterima mengikut kelebihan suara ahli-ahli yang hadir dan mengundi kecuali bahawa, sekiranya terdapat persamaan undi, Pengerusi atau mana-mana ahli lain yang mempengerusikan mesyuarat hendaklah mempunyai undi pemutus di samping undi asalnya.
Jika tidak kurang daripada 4 orang ahli Suruhanjaya meminta Pengerusi dengan notis secara bertulis yang ditandatangani oleh mereka untuk mengadakan suatu mesyuarat Suruhanjaya bagi apa-apa maksud yang dinyatakan dalam notis itu, Pengerusi hendaklah, dalam masa 7 hari dari notis itu diterima, mengadakan suatu mesyuarat bagi maksud itu. WARTA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Kekosongan. (a) tidak boleh mengambil bahagian dalam sebarang perbincangan
Prosedur dalam mesyuarat.
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perintah ini, Suruhanjaya boleh membuat peraturan-peraturan mesyuarat untuk mengawal selia prosedurnya sendiri pada amnya dan, khususnya, berhubung dengan mesyuarat yang diadakan, notis yang akan diberikan mengenai mesyuarat itu, prosiding dalam mesyuarat itu, penyimpanan minit, penjagaan, pengemukaan dan pemeriksaan minit itu, dan pembukaan, penyimpanan, penutupan dan pengauditan akaun. Kesahan perbuatan atau prosiding.
(a) sebarang kekosongan, atau kecacatan dalam penubuhan, Suruhanjaya; (b) sebarang kecacatan dalam lantikan mana-mana orang yang bertindak sebagai Pengerusi atau sebagai seorang ahli; (c) sebarang peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan dalam prosedur Suruhanjaya yang tidak menyentuh merit kes itu; atau (d) bahawa mana-mana ahli telah melanggar perenggan 11. JADUAL KEDUA KUASA-KUASA SURUHANJAYA
JADUAL KETIGA (bab-bab 12, 22 dan 72 dan perenggan 2 Jadual Keempat) PENGECUALIAN DARI LARANGAN BAB 11 DAN LARANGAN BAB 21 Perkhidmatan yang mempunyai kepentingan ekonomi am dll.
Pematuhan kehendak undang-undang.
Larangan bab 21 tidak boleh dikenakan kepada kelakuan setakat mana ia terlibat bagi mematuhi suatu kehendak undang-undang.
Dalam perenggan ini, "kehendak undang-undang" bermakna apa-apa kehendak yang dikenakan oleh atau di bawah sebarang undang-undang bertulis. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Mengelakkan percanggahan dengan obligasi antarabangsa.
{a} suatu perjanjian tertentu; atau {b} mana-mana perjanjian dari suatu perihalan tertentu, dia boleh dengan perintah mengecualikan perjanjian itu, atau perjanjian-perjanjian dari perihalan itu, dari larangan bab 11.
Suatu perintah di bawah perenggan kecil (1) boleh membuat peruntukan bagi pengecualian perjanjian atau perjanjian-perjanjian yang dikenakan perintah itu, atau mana-mana daripadanya sebagaimana yang mungkin dinyatakan, hanya dalam hal keadaan yang dinyatakan.
Suatu perintah di bawah perenggan kecil (1) boleh juga membuat peruntukan bahawa larangan bab 11 hendaklah dianggap tidak pernah dikenakan berhubung dengan perjanjian atau perjanjian-perjanjian itu, atau berhubung dengan mana-mana daripadanya sebagaimana yang mungkin dinyatakan.
Jika Menteri berpuas hati bahawa, bagi mengelakkan percanggahan antara peruntukan-peruntukan Bahagian III dan obligasi antarabangsa Negara Brunei Darussalam, adalah bersesuaian bagi larangan bab 21 tidak dikenakan dalam hal keadaan tertentu, dia boleh dengan perintah membuat peruntukan baginya tidak dikenakan dalam hal keadaan sebagaimana yang mungkin dinyatakan.
Suatu perintah di bawah perenggan kecil (4) boleh membuat peruntukan bahawa larangan bab 21 hendaklah dianggap tidak pernah dikenakan berhubung dengan kelakuan yang dinyatakan.
Suatu penyusunan antarabangsa berhubung dengan penerbangan awam dan ditetapkan oleh suatu perintah yang dibuat oleh Menteri hendaklah disifatkan sebagai suatu obligasi antarabangsa bagi maksud-maksud perenggan ini.
Dalam perenggan ini, "dinyatakan" bermakna dinyatakan dalam perintah itu. Dasar awam.
(a) suatu perjanjian tertentu; atau (b) mana-mana perjanjian dari suatu perihalan tertentu, dia boleh dengan perintah mengecualikan perjanjian itu, atau perjanjian-perjanjian dari perihalan itu, dari larangan bah 11.
Suatu perintah di bawah perenggan kecil (1) boleh membuat peruntukan bagi pengecualian perjanjian atau perjanjian-perjanjian yang dikenakan perintah itu, atau mana-mana daripadanya sebagaimana yang mungkin dinyatakan, hanya dalam hal keadaan yang dinyatakan.
Suatu perintah di bawah perenggan kecil (1) boleh juga membuat peruntukan bahawa larangan bah 11 hendaklah dianggap tidak pernah dikenakan berhubung dengan perjanjian atau perjanjian-perjanjian itu, atau berhubung mana-mana daripadanya sebagaimana yang mungkin dinyatakan.
Jika Menteri berpuas hati bahawa terdapat sebab dasar awam yang terkecuali dan kuat mengapa larangan bah 11 tidak patut dikenakan dalam hal keadaan tertentu, dia boleh dengan perintah membuat peruntukan baginya tidak dikenakan dalam hal keadaan sebagaimana yang mungkin dinyatakan.
Suatu perintah di bawah perenggan kecil (4) boleh membuat peruntukan bahawa larangan bah 21 hendaklah dianggap tidak pernah dikenakan berhubung dengan kelakuan yang dinyatakan.
Dalam perenggan ini, "dinyatakan" bermakna dinyatakan dalam perintah itu. Barang-barang dan perkhidmatan dikawal selia oleh undang-undang persaingan lain.
Aktiviti tertentu.
Dalam perenggan ini, "aktiviti tertentu" bermakna- (a) pembekalan perkhidmatan pengurusan bahan buangan, termasuk pemungutan, rawatan dan pelupusan bahan buangan; fb) pembekalan perkhidmatan bas berjadual oleh mana-mana orang yang dilesenkan dan dikawal selia di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya (Penggal 68); dan fc) lesen untuk membekalkan barang-barang dan perkhidmatan yang dinyatakan dalam Jadual kepada Akta Monopoli (Penggal 73). Tempat penjelasan.
Perjanjian menegak.
Dalam perenggan ini, "perjanjian menegak" bermakna mana-mana perjanjian yang dibuat di antara 2 atau lebih perusahaan yang setiap satunya beroperasi, bagi maksud-maksud perjanjian itu, pada peringkat yang berlainan dalam rangkaian pengeluaran atau pengedaran, dan berhubung dengan syarat-syarat yang di bawahnya pihak-pihak itu boleh membeli, menjual atau menjual semula barang-barang atau perkhidmatan tertentu dan termasuk peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam perjanjian-perjanjian tersebut yang berkaitan dengan penyerahan hak kepada pembeli atau penggunaan hak harta intelek oleh pembeli, dengan syarat bahawa peruntukan-peruntukan itu tidak menjadi matlamat utama perjanjian itu dan secara langsung berkaitan dengan penggunaan, penjualan atau penjualan semula barang-barang atau perkhidmatan oleh pembeli atau pelanggan-pelanggannya. Perjanjian yang mempunyai manfaat ekonomi bersih.
(a) peningkatan pengeluaran atau pengedaran; atau (b) penggalakan kemajuan teknikal atau ekonomi, tetapi yang tidak — (i) mengenakan kepada perusahaan yang berkenaan sekatan yang tidak begitu diperlukan bagi pencapaian tujuan itu; atau (ii) memberikan kepada perusahaan yang berkenaan kemungkinan untuk menghapuskan persaingan berkaitan dengan sebahagian besar barang-barang atau perkhidmatan yang berkenaan itu. Peruntukan-peruntukan yang berkaitan langsung dan perlu bagi pelaksanaan penggabungan.
Penggabungan.
Larangan bah 11 tidak boleh dikenakan kepada apa-apa kelakuan (sama ada dengan sendirinya atau apabila diambil bersama dengan kelakuan lain) setakat mana ia mengakibatkan suatu penggabungan. JADUAL KEEMPAT (bab-bab 24 dan 72) PENGECUALIAN DARI LARANGAN BAB 23
(a) yang dibenarkan oleh mana-mana Menteri atau pihak berkuasa pengawalseliaan (selain daripada Suruhanjaya) menurut apa-apa kehendak bagi kebenaran tersebut yang dikenakan oleh sebarang undang-undang bertulis; (b) yang dibenarkan oleh Autoriti Monetari Brunei Darussalam yang ditubuhkan oleh bah 3 dari Perintah Autoriti Monetari Brunei Darussalam, 2011 (S 17/2013) menurut apa-apa kehendak bagi kebenaran tersebut yang dikenakan di bawah sebarang undang-undang bertulis; atau (c) di bawah bidang kuasa mana-mana pihak berkuasa pengawalseliaan (selain daripada Suruhanjaya) di bawah sebarang undang-undang bertulis berhubung dengan persaingan, atau tata amalan berhubung dengan persaingan yang dikeluarkan di bawah sebarang undang-undang bertulis.
WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 7hb. JANUARI, 2015
Diperbuat pada hari ini 15 haribulan Rabiulawal, Tahun Hijrah 1436 bersamaan dengan 6 haribulan Januari, 2015 di Istana Nurul Iman Beta, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM