UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 128
Tarikh Perkenan Diraja … … … … 8 Mac 1974 Tarikh penyiaran dalam Warta … … 14 Mac 1974
Suatu Akta untuk membuat peruntukan sementara bagi mengawal bekalan petroleum dan elektrik. MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran 3. Peraturan-peraturan 4. Pemberikuasaan kepada orang untuk menjalankan kuasa di bawah Akta ini atau di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya 5. Kuasa menangkap, menyita, menyiasat dan mendakwa 6. Kuasa untuk memasuki premis 7. Kuasa mahkamah untuk merampas 8. Pembatalan atau penggantungan lesen memandu 9. Pembatalan atau penggantungan lesen kenderaan 10. Bidang kuasa mahkamah 11. Percantuman kesalahan 12. Perlindungan pemberi maklumat 13. Kewajipan untuk memberikan maklumat dan menggunakan pernyataan sebagai keterangan 14. Peruntukan tentang keterangan 15. Liabiliti pekongsi, pengarah, dll. 16. Kuasa untuk mengkompaun 17. Ketidakpakaian undang-undang tertentu bagi petroleum 18. Kecualian
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Petroleum dan Elektrik (Kawalan Bekalan) 1974 dan hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta dan hendaklah terus berkuat kuasa selama tempoh satu tahun dari tarikh itu; dan jika Yang di-Pertuan Agong memutuskan bahawa adalah perlu demi kepentingan negara supaya Akta ini dilanjutkan kuat kuasanya, Yang di-Pertuan Agong boleh dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta memperuntukkan supaya Akta ini terus berkuat kuasa selama suatu tempoh selanjutnya tidak melebihi daripada satu tahun pada suatu masa.
“ elektrik” ertinya kuasa elektrik apabila dijana, dihantar, dibekalkan atau digunakan bagi apa-apa maksud kecuali bagi maksud menghantar apa-apa perhubungan atau isyarat; “jalan” ertinya mana-mana jalan awam dan mana-mana jalan lain yang disenggarakan atas perbelanjaan awam; “kenderaan” ertinya sesuatu struktur yang boleh bergerak atau digerakkan atau digunakan untuk membawa mana-mana orang atau benda; “kenderaan motor” ertinya segala jenis kenderaan yang didorong oleh jentera yang terkandung di dalam badan kenderaan itu sendiri dan dibina atau disesuaikan supaya dapat digunakan di atas jalan dan termasuklah sesuatu trailer; “kesalahan terhadap Akta ini” termasuklah apa-apa pelanggaran atau kegagalan untuk mematuhi mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan apa-apa pelanggaran atau kegagalan untuk mematuhi terma dan syarat apa-apa lesen atau permit yang dikeluarkan atau kuasa yang diberikan di bawah Akta ini atau di bawah peraturan- peraturan yang dibuat di bawahnya dan apa-apa kegagalan untuk mematuhi apa-apa permintaan atau arahan yang dibuat atau diberikan di bawahnya secara sah di sisi undang-undang; “lesen memandu” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah undang-undang lalu lintas jalan yang berkaitan; “Menteri” ertinya Menteri yang dinamakan oleh Perdana Menteri bagi maksud Akta ini; “orang yang diberi kuasa” ertinya mana-mana orang yang diberi kuasa di bawah seksyen 4; “Pendaftar” ertinya Pengarah bagi Pengangkutan Jalan yang dilantik di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333]; “petroleum” termaksuklah petroleum dan minyak mentah yang dibuat daripada petroleum, arang batu, syal, gambut atau bahan bitumen lain dan keluaran petroleum lain; “undang-undang lalu lintas jalan yang berkaitan” ertinya Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, Menteri boleh membuat apa-apa juga peraturan yang difikirkannya wajar atau suai manfaat untuk menyekat pembekalan, pembahagian dan penggunaan petroleum dan elektrik.
Tanpa menyentuh keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh mengadakan peruntukan bagi— (a) melarang atau menyekat penggunaan kenderaan motor atau penggunaan apa-apa kelas atau jenis kenderaan motor yang ditentukan di atas semua atau mana-mana jalan yang ditentukan sama ada pada amnya atau dalam waktu atau pada hari yang tertentu; (b) menetapkan suatu had laju maksimum bagi semua atau apa-apa kelas atau jenis kenderaan motor yang ditentukan di atas semua atau mana-mana jalan yang ditentukan; (c) melarang atau menyekat pembekalan, pembahagian atau penggunaan elektrik bagi apa-apa maksud atau maksud yang ditentukan sama ada pada amnya atau dalam waktu yang ditentukan; (d) menyekat waktu yang dalamnya mana-mana kilang, kedai, pejabat, panggung wayang, panggung, hotel, restoran, bar, kabaret, kelab malam, taman hiburan, tempat hiburan, atau mana-mana premis perniagaan boleh dibuka untuk perniagaan; (e) melarang, menyekat atau selainnya mengawal selia pembelian, penjualan, penyimpanan, atau pengangkutan apa-apa petroleum; (f) mengawal selia dan mengawal pencatuan petroleum dan, tanpa menyentuh kuasa am itu, mengadakan peruntukan bagi pendaftaran semua atau mana-mana orang atau mana- mana golongan orang, bagi maksud pencatuan dan bagi mengeluarkan dokumen catuan; (g) pengecualian, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan, daripada semua atau mana-mana daripada peraturan itu; (h) menetapkan apa-apa fi atau caj sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini; dan (i) pelakuan kesalahan terhadap Akta ini boleh dihukum denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua- duanya.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan (2)(c) boleh mengadakan peruntukan bagi memberi kuasa kepada mana-mana lembaga lektrik untuk mengurangkan atau memotong mana-mana bekalan elektrik kepada mana-mana orang yang, pada pendapat lembaga itu, melanggar atau tidak mematuhi peruntukan peraturan-peraturan itu walau apa pun apa-apa perjanjian yang telah dibuat dengan orang itu bagi pembekalan elektrik; dan tiada prosiding undang-undang boleh dimulakan terhadap lembaga itu atau mana-mana anggota atau mana-mana pekerjanya, atau mana-mana jua orang lain yang bertindak di bawah arahan lembaga itu, yang berbangkit daripada pengurangan atau pemotongan apa-apa bekalan elektrik yang dilakukan oleh lembaga itu mengikut peraturan-peraturan yang dibuat sebagaimana yang disebut terdahulu.
Semua peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah dibentangkan dalam kedua-dua Majlis Parlimen dengan seberapa segera yang boleh selepas ia dibuat dan jika tidak dibatalkan terlebih dahulu, peraturan-peraturan itu hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen membatalkan peraturan-peraturan itu, tetapi tanpa menyentuh apa- apa jua yang telah dilakukan dahulunya menurut kuasa peraturan- peraturan itu atau tanpa menyentuh kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan baru.
Bagi maksud seksyen ini, “lembaga elektrik” ertinya syarikat pengganti di bawah Akta Bekalan Elektrik (Syarikat Pengganti) 1990 [Akta 448] dan termasuklah (jika diperuntukkan sedemikian dengan nyata oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini) seseorang yang kepadanya suatu lesen dikeluarkan untuk membekalkan elektrik kepada atau untuk kegunaan mana-mana orang lain daripada mana-mana pepasangan.
Menteri boleh memberi kuasa, mengikut nama atau jawatan, mana-mana pegawai awam atau pekerja pihak berkuasa berkanun atau pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan segala atau mana- mana kuasa di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.
Apa-apa pemberikuasaan yang diberi di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.
Pada menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya orang yang diberi kuasa sedemikian itu hendaklah apabila diminta mengemukakan kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya kepada orang yang terhadapnya dia mengambil tindakan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.
Mana-mana orang yang diberi kuasa, pegawai polis dan pegawai kastam boleh— (a) menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dia ada sebab untuk mempercayai telah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini, jika orang itu enggan memberikan nama dan alamatnya atau jika orang itu memberikan suatu alamat di luar Malaysia atau terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa dia telah memberikan suatu nama atau alamat palsu atau bahawa dia mungkin melarikan diri: Dengan syarat bahawa apabila mana-mana orang ditangkap sebagaimana yang disebut terdahulu tindakan hendaklah diambil terhadap orang itu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]; dan (b) menyita apa-apa petroleum yang mengenainya dia ada sebab untuk mempercayai suatu kesalahan telah dilakukan atau mana-mana kenderaan, vesel atau barang yang dengannya apa-apa kesalahan itu telah dilakukan atau yang dia ada sebab untuk mempercayai dicadangkan untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.
Jika mana-mana kenderaan atau vesel telah disita di bawah subseksyen (1) orang diberi kuasa itu, seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor atau seseorang pegawai kastam boleh, menurut budi bicaranya, memulangkan kenderaan atau vesel itu untuk sementara kepada pemunyanya apabila jaminan diberikan dengan memuaskan hati pegawai itu bahawa kenderaan atau vesel itu akan diserahkan balik kepadanya apabila dikehendaki.
Mana-mana orang yang diberi kuasa, mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor dan mana-mana pegawai kastam boleh, berhubung dengan apa-apa penyiasatan mengenai apa-apa kesalahan terhadap Akta ini, tanpa perintah Pendakwa Raya menjalankan kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis yang diberikan oleh Kanun Tatacara Jenayah dalam apa-apa kes boleh tangkap.
Tanpa menyentuh Kanun Tatacara Jenayah berhubungan dengan pendakwaan, apa-apa pendakwaan mengenai sesuatu kesalahan terhadap Akta ini bolehlah dijalankan oleh seseorang yang diberi kuasa.
Jika mana-mana orang yang diberi kuasa, mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau mana- mana pegawai kastam ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan terhadap Akta ini, pegawai yang diberi kuasa itu, pegawai polis itu atau pegawai kastam itu, selepas mengemukakan kepada penduduk itu kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya, boleh memasuki mana-mana premis dan boleh menjalankan apa-apa pemeriksaan (termasuk pemeriksaan buku-buku) yang difikirkannya perlu dan boleh menyita dan menahan mana-mana buku, dokumen atau benda lain atau petroleum yang dijumpai dalam premis itu yang boleh memberi keterangan tentang pelakuan sesuatu kesalahan terhadap Akta ini.
Mana-mana yang menghalang atau merintang mana-mana orang yang diberi kuasa, pegawai polis atau pegawai kastam pada menjalankan dengan sah di sisi undang-undang mana-mana kuasanya di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Jika mana-mana orang disabitkan atas suatu kesalahan terhadap Akta ini mahkamah boleh memerintah supaya dirampas— (a) mana-mana petroleum yang mengenainya kesalahan itu telah dilakukan yang telah disita oleh, atau selainnya yang telah sampai ke dalam milikan mana-mana orang yang diberi kuasa, mana-mana pegawai polis atau pegawai kastam; atau (b) mana-mana kenderaan, vesel atau barang, harta tertuduh, yang dengannya kesalahan itu telah dilakukan atau yang dicadangkan untuk digunakan bagi melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
Jika perampasan diperintahkan di bawah subseksyen (1), mahkamah hendaklah menyerahkan petroleum, kenderaan, vesel atau barang itu kepada mana-mana orang yang diberi kuasa, pegawai polis atau pegawai kastam dan juga hendaklah memberikan arahan tentang pelupusannya.
Jika seseorang disabitkan atas suatu kesalahan berkaitan dengan penyimpanan petroleum yang tidak dibenarkan, mahkamah boleh jika difikirkannya patut memerintahkan supaya orang itu hilang kelayakannya dari memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu bagi semua atau apa-apa jenis kenderaan selama tempoh yang difikirkan patut oleh mahkamah.
Mana-mana orang yang hilang kelayakan memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu menurut kuasa suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai hilang kelayakan di bawah Bahagian II dalam undang-undang lalu lintas jalan yang berkaitan dan peruntukan undang-undang itu hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi sesuatu kehilangan kelayakan di bawah seksyen ini.
Seseorang yang hilang kelayakan memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu menurut suatu perintah mahkamah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh merayu terhadap perintah itu mengikut cara yang sama sebagaimana rayuan terhadap sesuatu sabitan dan mahkamah boleh jika difikirkannya patut menggantung perjalanan kuat kuasa perintah itu sementara menanti keputusan rayuan itu.
Jika seseorang disabitkan atas suatu kesalahan berkaitan dengan penyimpanan petroleum yang tidak dibenarkan, Pendaftar boleh membatalkan lesen yang dikeluarkan di bawah undang-undang lalu lintas jalan yang berkaitan mengenai mana-mana kenderaan motor yang dipunyai oleh orang itu atau menggantung lesen itu selama tempoh yang difikirkan patut oleh Pendaftar.
Peruntukan undang-undang lalu lintas jalan yang berkaitan yang berhubungan dengan pembatalan sesuatu lesen kenderaan motor hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi pembatalan atau penggantungan sesuatu lesen bagi sesuatu kenderaan motor di bawah seksyen ini.
Kecuali sebagaimana yang disebut kemudian daripada ini, tiada keterangan tentang apa-apa maklumat bertulis atau lisan mengenai apa-apa kesalahan yang dikatakan telah dilakukan terhadap Akta ini boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa jua prosiding sivil atau jenayah, dan tiada seorang pun saksi boleh diwajibkan atau dibenarkan menzahirkan nama atau alamat mana- mana pemberi maklumat atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin membawa kepada diketahui pengenalan pemberi maklumat itu.
Jika apa-apa buku, dokumen atau kertas yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam apa-apa jua prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin membawa kepada diketahui pengenalannya, mahkamah hendaklah menyebabkan supaya semua petikan itu disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan setakat yang perlu untuk mengelakkan daripada diketahui pengenalan pemberi maklumat itu tetapi tidak lebih daripada itu.
Jika dalam apa-apa jua prosiding sivil atau jenayah mahkamah berpendapat, selepas siasatan penuh mengenai kes itu, bahawa pemberi maklumat telah dengan sengaja membuat dalam mana- mana maklumat yang diberikan olehnya suatu pernyataan material yang ia diketahui atau dipercayainya sebagai palsu atau yang tidak dipercayainya sebagai benar, atau mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak boleh dilakukan dengan sepenuhnya tanpa diketahui identiti pemberi maklumat itu sah di sisi undang-undang bagi mahkamah menghendaki supaya dikemukakan maklumat asal itu, jika diberikan secara bertulis, dan membenarkan siasatan dan menghendaki penzahiran penuh mengenai pemberi maklumat itu.
Bagi maksud seksyen ini, “pemberi maklumat” termasuklah tiap-tiap orang yang tidak dipanggil sebagai seorang saksi bagi pihak pendakwa dalam sesuatu kes jenayah dan yang telah membuat apa-apa aduan atau laporan atau yang telah memberikan apa-apa maklumat, lisan atau dokumentar, mengenai apa-apa kesalahan terhadap Akta ini yang dikatakan telah dilakukan oleh mana-mana orang.
Jika pemandu sesuatu kenderaan motor dikatakan atau disyaki melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini— (a) pemunya kenderaan motor itu hendaklah memberikan apa-apa maklumat sebagaimana yang dia dikehendaki oleh orang yang diberi kuasa, seorang pegawai polis atau seorang pegawai kastam tentang pengenalan dan alamat orang yang telah memandu kenderaan motor yang tersebut itu pada atau lebih kurang pada waktu kesalahan yang dikatakan itu dan juga tentang lesen yang dipegang oleh orang itu dan jika dia tidak berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari dari tarikh maklumat itu dikehendaki daripadanya dia melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini melainkan jika dia membuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa dia tidak tahu dan telah tidak dapat dengan usaha yang munasabah menentukan maklumat yang dikehendaki itu; dan (b) mana-mana orang lain yang telah atau sepatutnya telah menjaga kenderaan motor itu hendaklah, jika dikehendaki sedemikian sebagaimana yang disebut terdahulu, memberikan apa-apa maklumat yang dalam kuasanya untuk memberi, dan yang boleh membawa kepada dikenali pemandu itu, dan jika, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh maklumat itu dikehendaki daripadanya, dia tidak memberi maklumat itu dia melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
Mana-mana orang yang dengan sengaja memberikan apa- apa maklumat yang palsu atau mengelirukan di bawah subseksyen
melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
Walau apa pun apa-apa jua peruntukan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, apa- apa maklumat yang diberikan di bawah seksyen ini oleh mana- mana orang yang dipertuduh atas sesuatu kesalahan terhadap Akta ini boleh digunakan sebagai keterangan dalam pembicaraan pertuduhan itu terhadapnya.
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, apa-apa pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada mana-mana orang yang diberi kuasa, pegawai polis atau pegawai kastam bahawa sesuatu kenderaan motor tertentu telah dipandu atau dipunyai oleh orang itu atau bahawa kenderaan motor itu dipunyai oleh suatu firma dalamnya orang itu ialah seorang pekongsi atau oleh suatu perbadanan yang baginya orang itu ialah seorang pengarah, pegawai atau pekerja pada sesuatu masa tertentu boleh diterima sebagai keterangan bagi maksud menentukan oleh siapakah kenderaan itu telah dipandu atau siapakah yang telah mempunyai kenderaan itu.
Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Bagi maksud seksyen ini, “pemunya” berhubung dengan sesuatu kenderaan motor yang menjadi perkara suatu perjanjian sewa atau perjanjian sewa beli, ertinya orang yang memiliki kenderaan itu di bawah perjanjian itu.
Apa-apa dokumen pendaftaran atau lesen yang dikeluarkan oleh Pendaftar di bawah undang-undang lalu lintas jalan yang berkaitan mengenai mana-mana kenderaan hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang pendaftaran kenderaan itu atau tentang fakta bahawa kenderaan itu telah diberikan lesen bagi tempoh yang dinyatakan dalam lesen itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Jika dalam apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan adalah perlu untuk membuktikan— (a) bahawa sesuatu kenderaan telah, atau telah tidak, didaftarkan atas nama mana-mana orang; (b) bahawa mana-mana orang ialah, atau bukan, pemunya berdaftar sesuatu kenderaan; atau (c) bahawa mana-mana orang ialah, atau bukan, pemegang sesuatu lesen yang diberikan di bawah undang-undang lalu lintas jalan yang berkaitan, suatu perakuan yang berupa sebagai ditandatangani oleh Pendaftar dan yang memperakui perkara yang disebut terdahulu boleh diterima sebagai keterangan dan hendaklah menjadi bukti prima facie tentang fakta yang diperakui dalam perakuan itu tanpa bukti tandatangan Pendaftar pada perakuan itu.
Jika seseorang dipertuduh atas suatu kesalahan terhadap Akta ini ialah suatu pertubuhan perbadanan tiap-tiap orang yang, pada masa berlaku kesalahan itu, adalah seorang pengarah atau pegawai bagi pertubuhan perbadanan itu boleh dipertuduh bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu, dan jika pertubuhan perbadanan itu disabitkan atas kesalahan yang dipertuduh itu, tiap-tiap pengarah atau pegawai itu hendaklah disifatkan melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa diketahui olehnya atau bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan berlakunya kesalahan itu.
Apabila mana-mana ejen atau pekhidmat dalam perjalanan pekerjaannya melakukan atau meninggalkan daripada melakukan apa-apa perbuatan, yang jika dilakukan atau ditinggalkan dari dilakukan oleh prinsipal atau majikannya akan menjadi suatu kesalahan ejen atau pekhidmat itu melakukan kesalahan itu.
Mana-mana orang yang boleh dikenakan apa-apa penalti atas suatu kesalahan terhadap Akta ini kerana apa-apa jua perkara yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya sendiri boleh dikenakan penalti yang sama jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh pekongsi, ejen atau pekhidmatnya, melainkan jika dia membuktikan bahawa ia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah bagi mengelakkan perlakuan atau peninggalan daripada dilakukan perkara itu.
Seseorang yang diberi kuasa boleh, menurut budi bicaranya, mengkompaun apa-apa kesalahan terhadap Akta ini sebagaimana yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun oleh orang yang diberi kuasa itu dengan memungut daripada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukannya sejumlah wang tidak melebihi lima ratus ringgit.
Menteri boleh dengan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 3 menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun dan kaedah dan tatacara baginya.
mengurangkan kuasa peruntukan itu.
SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit) 1975 P.U. (A) 357/1980 Perintah Akta Mahkamah Rendah 01-06-198 (Peluasan) 1980
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa Meminda Berkuat kuasa dari Akta 160 P.U. (A) 357/1980 Akta 160 Akta 160