UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680
Tarikh Perkenan Diraja ... ... 29 Ogos 2007 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 30 Ogos 2007
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengiktirafan undang-undang mesej elektronik dalam urusan antara Kerajaan dengan orang awam, penggunaan mesej elektronik untuk memenuhi kehendak undang-undang dan untuk membolehkan dan memudahkan urusan itu melalui penggunaan cara elektronik dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:
SUSUNAN SEKSYEN Bahagian I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Pemakaian 3. Penggunaan tidak mandatori 4. Rujukan kepada undang-undang bertulis lain 5. Tafsiran Bahagian II PENTADBIRAN DAN PEMAKAIAN AKTA KEPADA UNDANG-UNDANG BERTULIS 6. Penetapan oleh Menteri yang berkaitan 7. Perundangan subsidiari 8. Pemansuhan atau pindaan 9. Arahan Teknologi Maklumat Bahagian III PENGIKTIRAFAN UNDANG-UNDANG MESEJ ELEKTRONIK 10. Pengiktirafan undang-undang mesej elektronik 11. Pembentukan dan kesahan kontrak Bahagian IV MEMENUHI KEHENDAK UNDANG-UNDANG MELALUI CARA ELEKTRONIK Seksyen 12. Tulisan 13. Tandatangan 14. Meterai 15. Saksi 16. Bentuk asal 17. Salinan diakui sah 18. Salinan 19. Pengemukaan dokumen 20. Bentuk yang ditetapkan 21. Kehendak untuk mengeluarkan lesen, permit, kelulusan, kebenaran, dsb. 22. Penyimpanan dokumen 23. Daftar elektronik 24. Penyampaian dan penyerahan 25. Penyampaian ke diri 26. Pembayaran 27. Resit Bahagian V KOMUNIKASI MESEJ ELEKTRONIK 28. Anggapan mesej elektronik 29. Kandungan mesej elektronik 30. Setiap mesej elektronik dianggap berasingan 31. Masa pengiriman 32. Masa penerimaan 33. Tempat pengiriman 34. Tempat penerimaan 35. Pengakuterimaan Bahagian VI PELBAGAI 36. Peraturan-peraturan J ADUAL
PERMULAAN
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menjadikannya mandatori bagi seseorang untuk menggunakan, memberi atau menerima apa-apa mesej elektronik dalam urusan dengan Kerajaan melainkan jika orang itu mengizinkan penggunaan, pemberian atau penerimaan mesej elektronik itu.
Keizinan seseorang untuk mengguna, memberi atau menerima apa-apa mesej elektronik dalam urusan dengan Kerajaan boleh disimpulkan daripada perlakuan orang itu.
“Akta yang ditetapkan” ertinya suatu undang-undang bertulis atau sebahagian daripadanya yang ditetapkan oleh Menteri yang berkaitan di bawah seksyen 6; “Arahan Teknologi Maklumat” ertinya arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen 9; “elektronik” ertinya teknologi yang menggunakan elektrik, optik, magnetik, elektromagnetik, biometrik, photonik atau teknologi yang seumpama; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab untuk menerajui perubahan bagi memodenkan pentadbiran perkhidmatan awam Malaysia; “Menteri yang berkaitan” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pentadbiran Akta yang ditetapkan; “mesej elektronik” ertinya suatu maklumat yang dihasilkan, dihantar, diterima atau disimpan melalui suatu cara elektronik; “pemula” ertinya seseorang yang melaluinya atau yang bagi pihaknya, suatu mesej elektronik dihasilkan atau dihantar; “penerima” ertinya seseorang yang dimaksudkan oleh pemula untuk menerima suatu mesej elektronik; “sistem memproses maklumat” ertinya suatu sistem elektronik untuk menghasilkan, menghantar, menerima, menyimpan atau memproses mesej elektronik; “tandatangan elektronik” ertinya apa-apa huruf, aksara, nombor, bunyi atau apa-apa simbol lain atau apa-apa gabungannya yang dicipta dalam suatu bentuk elektronik yang diterima pakai oleh seseorang sebagai tandatangan.
PENTADBIRAN DAN PEMAKAIAN AKTA KEPADA UNDANG-UNDANG BERTULIS
Menteri yang berkaitan boleh, selepas berunding dengan Menteri, menetapkan dalam Borang 1 Jadual, mana-mana undang- undang bertulis atau sebahagian daripadanya bagi maksud pemakaian Akta ini.
Menteri yang berkaitan, dalam menetapkan mana-mana undang-undang bertulis atau sebahagian daripadanya di bawah subseksyen (1), boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang disifatkannya patut.
Akta ini hendaklah disifatkan terpakai bagi mana-mana perundangan subsidiari suatu Akta yang ditetapkan melainkan jika ia dikecualikan mengikut subseksyen 2.
Menteri yang berkaitan boleh, melalui pemberitahuan dalam Borang 2 Jadual, selepas berunding dengan Menteri, mengecualikan mana-mana perundangan subsidiari suatu Akta yang ditetapkan daripada pemakaian Akta ini.
Menteri yang berkaitan boleh, melalui pemberitahuan dalam Borang 3 Jadual, selepas berunding dengan Menteri, memasukkan mana-mana perundangan subsidiari yang telah dikecualikan di bawah subseksyen (2), bagi maksud pemakaian Akta ini.
Jika Akta yang ditetapkan dimansuhkan, Akta yang dimansuhkan itu tidak lagi menjadi Akta yang ditetapkan mulai dari tarikh berkuat kuasanya pemansuhan itu kecuali bagi perundangan subsidiari yang tidak terjejas dengan pemansuhan Akta yang ditetapkan itu.
Jika Akta yang ditetapkan dipinda dan Menteri yang berkaitan berpuas hati bahawa Akta yang dipinda tidak selaras dengan dasar atau objektif Akta ini, Menteri yang berkaitan boleh, dalam Borang 4 Jadual, mengecualikan Akta yang dipinda atau sebahagiannya daripada pemakaian Akta ini.
Menteri boleh mengeluarkan Arahan Teknologi Maklumat yang boleh termasuk— (a) standard teknologi maklumat; (b) kriteria bagi tandatangan elektronik dan meterai yang sesuai bagi maksud ia digunakan; (c) proses bagi merakam masa dan pengakuterimaan mesej elektronik; (d) langkah-langkah keselamatan terhadap apa-apa capaian yang tidak dibenarkan; (e) tatacara pemulihan bencana; (f) kaedah-kaedah capaian bagi borang dan perkhidmatan kerajaan elektronik; (g) pengurusan dan penyenggaraan mesej elektronik; (h) cara yang berhubungan dengan kemasukan data dan penentusahan mesej elektronik; (i) garis panduan bagi pembayaran dan penerimaan wang; dan (j) apa-apa perkara lain yang dikehendaki dari semasa ke semasa.
Ketidakpatuhan kepada mana-mana Arahan Teknologi Maklumat tidak menjejaskan kesahan atau kebolehlaksanaan aktiviti yang dijalankan secara elektronik menurut Akta ini.
PENGIKTIRAFAN UNDANG-UNDANG MESEJ ELEKTRONIK
Apa-apa maklumat tidak boleh dinafikan kesan undang- undang, kesahan atau kebolehlaksanaan atas alasan bahawa ia adalah secara keseluruhan atau sebahagian dalam suatu bentuk elektronik.
Apa-apa maklumat tidak boleh dinafikan kesan undang-undang, kesahan atau kebolehlaksanaan atas alasan bahawa maklumat itu tidak terkandung dalam mesej elektronik yang membangkitkan kesan undang-undang itu, tetapi hanya dirujuk dalam mesej elektronik itu, dengan syarat bahawa maklumat yang dirujukkan itu boleh dicapai oleh orang yang terhadapnya maklumat yang dirujuk itu mungkin digunakan.
Dalam pembentukan suatu kontrak, komunikasi tawaran, penerimaan tawaran, dan pembatalan tawaran dan penerimaan atau apa-apa komunikasi yang berkaitan boleh dinyatakan melalui suatu mesej elektronik.
Suatu kontrak tidak boleh dinafikan kesan undang-undang, kesahan atau kebolehlaksanaan atas alasan bahawa suatu mesej elektronik digunakan dalam pembentukannya.
MEMENUHI KEHENDAK UNDANG-UNDANG MELALUI CARA ELEKTRONIK
Jika mana-mana undang-undang menghendaki tandatangan seseorang di atas suatu dokumen, kehendak undang-undang itu dipenuhi, jika dokumen itu adalah dalam bentuk suatu mesej elektronik, oleh suatu tandatangan elektronik yang— (a) dilampirkan kepada atau dikaitkan secara logik dengan mesej elektronik itu; (b) mengenal pasti secukupnya orang itu dan menunjukkan secukupnya kelulusan orang itu terhadap maklumat yang berhubungan dengan tandatangan itu; dan (c) adalah boleh dipercayai sewajarnya memberikan maksud bagi, dan hal keadaan yang tandatangan itu dikehendaki.
Bagi maksud perenggan (1)(c), suatu tandatangan elektronik adalah sewajarnya boleh dipercayai jika— (a) cara menghasilkan tandatangan elektronik itu dikaitkan dengan dan di bawah kawalan orang itu sahaja; (b) apa-apa perubahan yang dibuat kepada tandatangan elektronik itu selepas masa penandatanganan itu boleh dikesan; dan (c) apa-apa perubahan yang dibuat kepada dokumen itu selepas masa penandatanganan itu boleh dikesan.
Akta Tandatangan Digital 1997 [Akta 562] hendaklah terus terpakai bagi apa-apa tandatangan digital yang digunakan sebagai suatu tandatangan elektronik dalam apa-apa aktiviti Kerajaan.
Jika mana-mana undang-undang menghendaki meterai dicapkan pada suatu dokumen, kehendak undang-undang itu dipenuhi jika dokumen itu adalah dalam bentuk suatu mesej elektronik, oleh suatu tandatangan digital sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Tandatangan Digital 1997.
Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh, melalui perintah dalam Warta, menetapkan apa-apa tandatangan elektronik lain yang memenuhi kehendak mengecapkan suatu meterai dalam suatu mesej elektronik.
Jika mana-mana undang-undang menghendaki mana-mana dokumen dalam bentuk asalnya, kehendak undang-undang itu dipenuhi oleh suatu dokumen dalam bentuk suatu mesej elektronik jika— (a) wujud suatu jaminan yang boleh dipercayai mengenai integriti maklumat yang terkandung dalam mesej elektronik itu daripada masa ia mula-mula dihasilkan dalam bentuknya yang muktamad; dan (b) mesej elektronik itu boleh dicapai dan boleh difahami bagi membolehkannya digunakan untuk rujukan yang berikutnya.
Bagi maksud perenggan (1)(a)— (a) kriteria bagi menilai integriti maklumat itu hendaklah sama ada maklumat itu kekal lengkap dan tidak diubah, selain penambahan apa-apa pengendorsan atau apa-apa perubahan yang timbul dalam perjalanan biasa komunikasi, penyimpanan dan paparan; dan (b) standard kebolehpercayaan yang dikehendaki hendaklah dinilai berdasarkan kepada maksud dokumen itu dihasilkan dan berdasarkan kepada semua hal keadaan lain yang berkaitan.
Jika mana-mana undang-undang menghendaki pemfailan atau pengemukaan apa-apa dokumen, kehendak undang-undang itu dipenuhi jika dokumen itu difailkan atau dikemukakan dalam bentuk suatu mesej elektronik, jika mesej elektronik itu boleh dicapai dan boleh difahami bagi membolehkannya digunakan untuk rujukan yang berikutnya.
Bagi maksud subseksyen (1), jika apa-apa bentuk yang ditetapkan ditentukan secara elektronik, pemfailan atau pengemukaan dokumen itu hendaklah menurut bentuk yang ditentukan itu.
(a) diformat mengikut cara yang sama atau sebahagian besarnya sama dengan bentuk yang ditetapkan; (b) boleh dicapai dan boleh difahami bagi membolehkannya digunakan untuk rujukan yang berikutnya; dan (c) berupaya disimpan oleh orang yang satu lagi.
(a) disimpan dalam format yang ia dihasilkan, dihantar atau diterima, atau dalam suatu format yang tidak mengubah secara material maklumat yang terkandung dalam mesej elektronik yang asalnya telah dihasilkan, dihantar atau diterima; (b) boleh dicapai dan boleh difahami bagi membolehkannya digunakan untuk rujukan yang berikutnya; dan (c) dikenal pasti asal usul dan destinasi mesej elektronik itu dan tarikh dan masa ia dihantar atau diterima.
Jika mana-mana undang-undang menghendaki suatu daftar diwujudkan, dikendalikan atau disenggarakan, kehendak undang- undang itu dipenuhi jika daftar itu adalah dalam bentuk suatu mesej elektronik dan kandungannya tidak boleh diubah dengan apa-apa cara oleh mana-mana orang yang mentadbir daftar itu yang mempunyai kuasa di sisi undang-undang untuk mengubah daftar itu.
Apa-apa carian yang dibuat ke atas daftar yang diwujudkan, dikendalikan dan disenggarakan melalui suatu mesej elektronik hendaklah mempunyai kesahan undang-undang yang sama seperti suatu daftar yang dirujukkan dalam Akta yang ditetapkan.
Jika mana-mana undang-undang menghendaki mana- mana dokumen disampaikan, dihantar atau diserahkan, kehendak undang-undang itu dipenuhi dengan penyampaian, penghantaran atau penyerahan dokumen itu melalui suatu cara elektronik jika terdapatnya suatu sistem memproses maklumat— (a) untuk mengenal pasti asal usul, destinasi, masa dan tarikh penyampaian, penghantaran atau penyerahan; dan (b) bagi pengakuterimaan, dokumen itu.
Seksyen ini tidak terpakai bagi— (a) apa-apa notis kemungkiran, notis tuntutan, notis tunjuk sebab, notis pemilikan semula atau apa-apa notis yang seumpama yang dikehendaki untuk disampaikan sebelum memulakan suatu prosiding undang-undang; dan (b) mana-mana proses pemulaan, pliding, afidavit atau dokumen lain yang dikehendaki disampaikan menurut suatu prosiding undang-undang.
KOMUNIKASI MESEJ ELEKTRONIK
Suatu mesej elektronik adalah kepunyaan pemula jika ia dihantar oleh pemula sendiri.
Antara pemula dengan penerima, suatu mesej elektronik disifatkan sebagai kepunyaan pemula jika ia dihantar oleh— (a) orang yang mempunyai kebenaran untuk bertindak bagi pihak pemula berkenaan dengan mesej elektronik itu; atau (b) suatu sistem memproses maklumat yang diprogramkan oleh, atau bagi pihak, pemula untuk beroperasi secara automatik.
Antara pemula dengan penerima, penerima itu berhak untuk menganggap suatu mesej elektronik itu adalah kepunyaan pemula, dan untuk bertindak atas anggapan itu jika— (a) penerima memakai sewajarnya suatu kaedah pengesahan yang dipersetujui antara pemula dengan penerima untuk menentukan sama ada mesej elektronik itu adalah kepunyaan pemula; atau (b) mesej elektronik sebagaimana yang diterima oleh penerima adalah hasil tindakan seseorang yang hubungannya dengan pemula atau mana-mana agen pemula membolehkan orang itu mendapatkan capaian kepada suatu kaedah pengesahan yang digunakan oleh pemula untuk mengenal pasti mesej elektronik itu sebagai kepunyaannya.
Subseksyen (3) tidak terpakai jika— (a) penerima telah menerima suatu notis daripada pemula bahawa mesej elektronik itu bukanlah kepunyaan pemula dan mempunyai masa yang munasabah untuk bertindak sewajarnya; atau (b) penerima mengetahui atau sepatutnya mengetahui bahawa mesej elektronik itu bukanlah kepunyaan pemula jika dia telah menjalankan jagaan yang munasabah atau menggunakan apa-apa kaedah pengesahan yang dipersetujui antara pemula dengan penerima.
(a) jika penerima telah menetapkan suatu sistem memproses maklumat bagi maksud menerima mesej elektronik, bila mesej elektronik itu memasuki sistem memproses maklumat yang ditetapkan itu; atau (b) jika penerima tidak menetapkan suatu sistem memproses maklumat bagi maksud menerima mesej elektronik, bila mesej elektronik itu sampai ke pengetahuan penerima.
(a) jika pemula mempunyai lebih daripada satu tempat urusan, dari tempat urusan yang mempunyai hubungan yang terdekat dengan urusan itu atau jika tiada tempat urusan yang mempunyai hubungan terdekat dengan urusan itu, dari tempat utama urusan pemula; atau (b) jika pemula tidak mempunyai suatu tempat urusan, dari tempat tinggal biasa pemula.
(a) jika penerima mempunyai lebih daripada satu tempat urusan, di tempat urusan yang mempunyai hubungan yang terdekat dengan urusan itu atau jika tiada tempat urusan yang mempunyai hubungan terdekat dengan urusan itu, dari tempat utama urusan penerima; atau (b) jika penerima tidak mempunyai suatu tempat urusan, dari tempat tinggal biasa penerima.
Seksyen ini terpakai jika, semasa atau sebelum menghantar suatu mesej elektronik, atau dalam mesej elektronik itu, pemula telah meminta atau bersetuju dengan penerima bahawa penerimaan mesej elektronik itu hendaklah diaku terima.
Jika pemula telah meminta atau bersetuju dengan penerima bahawa penerimaan mesej elektronik itu hendaklah diaku terima, mesej elektronik itu dianggap seolah-olah tidak pernah dihantar sehinggalah pengakuterimaan itu diterima.
Jika pemula tidak bersetuju dengan penerima bahawa pengakuterimaan itu hendaklah diberi dalam suatu bentuk tertentu atau melalui suatu cara yang tertentu, suatu pengakuterimaan boleh diberi melalui— (a) apa-apa komunikasi oleh penerima, automatik atau selainnya; atau (b) apa-apa kelakuan penerima yang mencukupi untuk menunjukkan kepada pemula bahawa mesej elektronik itu telah diterima.
Jika pengakuterimaan tidak diterima oleh pemula dalam masa yang ditentukan atau dipersetujui atau, jika tiada masa ditentukan atau dipersetujui, dalam suatu masa yang munasabah, pemula itu boleh— (a) memberi notis kepada penerima yang menyatakan bahawa tiada pengakuterimaan telah diterima dan menentukan suatu masa yang munasabah yang pengakuterimaan itu mesti diterima; dan (b) jika pengakuterimaan itu tidak diterima dalam masa yang ditentukan dalam perenggan (a), memberi notis kepada penerima untuk menganggap mesej elektronik itu seolah- olah tidak pernah dihantar dan menjalankan apa-apa hak lain yang dia ada.
Jika pemula menerima pengakuterimaan penerima, adalah dianggap bahawa mesej elektronik yang berkaitan telah diterima oleh penerima.
Jika pengakuterimaan yang diterima itu menyatakan bahawa mesej elektronik yang berkaitan memenuhi kehendak teknikal, sama ada yang dipersetujui atau dikemukakan dalam standard yang terpakai, adalah dianggap bahawa kehendak itu telah dipenuhi.
PELBAGAI
Jadual BORANG 1 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 PEMBERITAHUAN PENETAPAN AKTA [Seksyen 6] PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 6 Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 [Akta 680], saya ................................................................... [nama Menteri yang berkaitan] Menteri .............................................., selepas berunding dengan Menteri, menetapkan— .......................................................................................................................... [nama Akta atau sebahagian daripadanya] sebagai Akta yang ditetapkan di bawah Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007.
.......................................................................................................................... .......................................................................................................................... ..........................................................................................................................
Bertarikh [Nama Menteri yang berkaitan] Menteri [nyatakan Kementerian] BORANG 2 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 PEMBERITAHUAN PENGECUALIAN PERUNDANGAN SUBSIDIARI DARIPADA AKTA [Subseksyen 7(2)] PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 7(2) Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 [Akta 680], saya .................................................... [nama Menteri yang berkaitan] Menteri .............................................., selepas berunding dengan Menteri, mengecualikan— .......................................................................................................................... [nama perundangan subsidiari] yang dibuat di bawah .......................................................................................................................... [nama Akta yang ditetapkan] daripada pemakaian Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007.
Bertarikh [Nama Menteri yang berkaitan] Menteri [nyatakan Kementerian] BORANG 3 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 PEMBERITAHUAN PEMASUKAN PERUNDANGAN SUBSIDIARI KEPADA AKTA [Subseksyen 7(3)] PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 7(3) Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 [Akta 680], saya .................................................... [nama Menteri yang berkaitan] Menteri .............................................., selepas berunding dengan Menteri, memasukkan— .......................................................................................................................... [nama perundangan subsidiari] yang dibuat di bawah .......................................................................................................................... [nama Akta yang ditetapkan] bagi maksud pemakaian Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007.
Bertarikh [Nama Menteri yang berkaitan] Menteri [nyatakan Kementerian] BORANG 4 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 PEMBERITAHUAN PENGECUALIAN AKTA YANG DIPINDA DARIPADA AKTA [Subseksyen 8(2)] PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 8(2) Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 [Akta 680], saya .................................................... [nama Menteri yang berkaitan] Menteri .............................................., mengecualikan— (a) keseluruhan ................ (nama Akta yang dipinda); atau (b) sebahagian daripada ................ (nama Akta yang dipinda); seperti yang berikut: (i) ; (ii) .................................................; dan (iii) .................................................., (sila nyatakan) daripada pemakaian Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007.
Bertarikh [Nama Menteri yang berkaitan] Menteri [nyatakan Kementerian]