로고

Sebagaimana pada 1 Januari 2006

Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Methodist Church Act 1955 [Act 457]. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. AKTA GEREJA METHODIST DI MALAYSIA 1955 Pertama kali diperbuat … … … 1955 (Ord. No. 43 tahun 1955) Disemak … … … … … 1991 (Akta 457 m.b.p. 13 April 1991) Akta 457 AKTA GEREJA METHODIST DI MALAYSIA 1955 SUSUNAN SEKSYEN AKTA GEREJA METHODIST DI MALAYSIA 1955 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pemegangan harta di dalam Malaysia oleh Setiausaha Pemegang Amanah Gereja Methodist di Malaysia. [4 Julai 1955]

Seksyen Tajuk ringkas Pemerbadanan dan kuasa Setiausaha Pemegang Amanah Gereja Methodist di Malaysia Penyempurnaan dokumen, dsb. Pelantikan Peletakhakan harta (Ditinggalkan) Kecualian Pemerintah dan hak lain Pemansuhan Akta 457

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Gereja Methodist di Malaysia 1955. Pemerbadanan dan kuasa Setiausaha Pemegang Amanah Gereja Methodist di Malaysia

2. (1) Setiausaha Pemegang Amanah Gereja Methodist di Malaysia hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan dan dalam Akta ini disebut sebagai “perbadanan”.

(2) Perbadanan dengan ini diberi kuasa untuk memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap perihalan harta alih dan tak alih, dan untuk menjual, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadaikan, menggadai janjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau selainnya melupuskan, atau membuat urusan mengenai apa-apa harta alih atau tak alih atas Penyempurnaan dokumen, dsb.

apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan.

3. (1) Tiada surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang dimeteraikan dengan meterai perbadanan boleh disifatkan dimeteraikan dengan sewajarnya melainkan jika meterai itu telah dicapkan di hadapan orang yang pada masa itu memegang jawatan Setiausaha Pemegang Amanah Gereja Methodist di Malaysia, atau wakilnya yang diberi kuasa dengan sewajarnya melalui suatu surat kuasa wakil yang didaftarkan di bawah Akta Surat Kuasa Wakil 1949 [Akta 424], dan melainkan jika surat ikatan, dokumen atau surat cara lain itu ditandatangani oleh orang tersebut atau wakilnya.

(2) Penandatanganan sedemikian hendaklah diambil sebagai keterangan yang mencukupi mengenai pemeteraian yang sewajarnya surat ikatan, dokumen atau surat cara lain itu. Pelantikan

4. Suatu pemberitahuan dalam Warta mengenai pelantikan mana-mana orang untuk memegang, atau bertindak dalam, jawatan Setiausaha Pemegang Amanah Gereja Methodist di Malaysia hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa orang itu telah dilantik sedemikian dengan sewajarnya. Peletakhakan harta

5. Semua harta alih dan tak alih yang terletak di Malaysia yang hingga kini dipegang, dipindahhakkan, diserahhakkan, diberikan, dipajakkan, dipindahmilikkan, dipindahkan kepada atau selainnya terletak hak pada The Secretary of the Methodist Episcopal Building and Location Board adalah dengan ini terletak hak pada perbadanan itu bagi estet dan kepentingan masing-masing yang baginya harta itu kini dipegang.

6. (Ditinggalkan). Kecualian Pemerintah dan hak lain

7. Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh hak Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja bagi Negeri-Negeri atau hak mana-mana badan keperlembagaan atau pertubuhan perbadanan atau hak mana-mana orang lain kecuali sebagaimana yang disebut dalam Akta ini dan orang yang menuntut melalui, daripada atau di bawahnya. Pemansuhan

8. Methodist Episcopal Location Board Ordinance of the Straits Settlements [S.S. Cap. 249], Methodist Episcopal Location Board Incorporation Enactment of the Federated Malay States [F.M.S. Cap. 103], dan Methodist Episcopal Location Board Incorporation Enactment of the State of Johore [Johore En. No. 145] adalah dengan ini dimansuhkan. UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 457 AKTA GEREJA METHODIST DI MALAYSIA 1955 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 457 AKTA GEREJA METHODIST DI MALAYSIA 1955

SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari P.U. 332/1958 Perintah Perlembagaan Persekutuan (Pengubahsuaian Undang-Undang) (Ordinan dan Proklamasi) 1958 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari ̶ TIADA ̶