Sebagaimana pada 1 Disember 2012
AKTA TUAN RUMAH INAPAN 1952 Pertama kali dibuat 1952 (Ordinan P.T.M. No. 16 Tahun 1952) Disemak … … … … … … 1980 (Akta 248 m.b.k. 14 Mei 1981) Semakan Yang Terdahulu Semakan Yang Pertama … … … 1981 Akta 248 AKTA TUAN RUMAH INAPAN 1952 SUSUNAN SEKSYEN AKTA TUAN RUMAH INAPAN 1952 Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan mengenai relief tuan rumah inapan. [29 Mei 1952]
Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Tafsiran 3. Kuasa menjual barang yang dideposit dengan tuan rumah inapan 4. Pembatasan liabiliti tuan rumah inapan 5 . Keengganan menerima harta untuk disimpan dengan selamat 6. Salinan seksyen 4 hendaklah dipamerkan 7. Pemansuhan Akta 248
“barang-barang” ertinya sesuatu harta alih; “pengurus” ertinya ejen atau pekhidmat tuan rumah inapan yang bertanggungjawab pada sesuatu waktu tertentu mengenai rumah inapan itu atau seseorang yang dilantik dengan sempurna oleh tuan rumah inapan itu untuk menerima barang-barang tetamunya untuk disimpan dengan selamat; “rumah inapan” ertinya sesuatu hotel, rumah tumpangan atau tempat lain, yang dilesenkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa pada sesuatu waktu tertentu di Semenanjung Malaysia, di mana seseorang berlindung atau menginap bagi apa jua jenis sewa atau ganjaran dan di mana apa jua perkhidmatan domestik diberi oleh pemunya, penerima pajak, tenan utama, penduduk atau pengurus kepada seseorang yang berlindung atau menginap itu; “Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan meliputi Wilayah Persekutuan. “tuan rumah inapan” ertinya tuan sesuatu rumah inapan sedemikian dan termasuk sesuatu syarikat atau perbadanan.
Dengan syarat bahawa− (a) tiada jualan sedemikian boleh dibuat sehingga selepas barang tersebut telah berada di bawah tanggungan atau jagaan sedemikian selama enam minggu atau berada di dalam atau pada premis itu tanpa hutang itu dibayar atau dijelaskan; (b) tuan rumah inapan, setelah daripada hasil jualan sedemikian membayar pada dirinya amaun sesuatu hutang itu, bersama dengan kos dan belanja sesuatu jualan sedemikian, hendaklah apabila dituntut membayar lebihan (jika ada) yang berbaki selepas jualan sedemikian kepada orang yang mendeposit atau meninggalkan barang itu; (c) hutang yang mana untuk pembayarannya suatu jualan diadakan tidak boleh terdiri daripada sesuatu hutang lain atau hutang yang lebih besar daripada hutang bagi mana barang itu boleh disimpan oleh tuan rumah inapan di bawah liennya; (d) sekurang-kurangnya satu bulan sebelum sesuatu jualan sedemikian tuan rumah inapan itu hendaklah mengarahkan supaya dimasukkan di dalam surat khabar yang diedarkan di Malaysia suatu iklan yang mengandungi notis mengenai jualan yang dicadangkan itu, dan memberi secara ringkas perihal barang yang dicadangkan akan dijual, bersama dengan nama pemunya atau orang yang mendeposit atau meninggalkan barang itu jika diketahui.
(a) di mana barang itu telah dicuri, hilang atau rosak melalui perbuatan, keingkaran atau pengabaian sengaja tuan rumah inapan atau seseorang pekhidmat di bawah penggajiannya; (b) di mana barang itu telah didepositkan dengan nyata untuk simpanan selamat dengan tuan rumah inapan atas pengurusnya: Dengan syarat sentiasanya bahawa mengenai deposit sedemikian adalah sah di sisi undang-undang bagi tuan rumah inapan atau pengurusnya, jika difikirkannya patut, menghendaki, sebagai syarat kepada liabilitinya— (i) bahawa tetamu itu hendaklah pada masa membuat deposit itu menyatakan nilai barang itu; (ii) bahawa barang itu hendaklah didepositkan di dalam suatu kotak atau bekas lain, diikat dan dimeteraikan oleh orang yang mendeposit barang itu: Dengan syarat sentiasanya bahawa tuan rumah inapan atau pengurusnya boleh enggan menerima untuk disimpan dengan selamat di bawah seksyen ini barang seseorang tetamu yang mana nilai yang dinyatakan itu melebihi lima ribu ringgit, dan bahawa dia tidak dalam mana-mana keadaan akan bertanggungan bagi kehilangan atau kerosakan pada barang yang dideposit sedemikian oleh tetamu bagi suatu amaun yang melebihi nilai yang dinyatakan itu.
Akta ini bagi barang itu.
SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit) 1975 SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta 160 Akta 160