Sebagaimana pada 1 November 2020
DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 2019 AKTA BANK NEGARA MALAYSIA 2009 Tarikh Perkenan Diraja 19 Ogos 2009 Tarikh penyiaran dalam Warta 3 September 2009 Kali terakhir dipinda melalui Akta A1616 yang mula berkuat kuasa pada 1 Oktober 2020 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 701 AKTA BANK NEGARA MALAYSIA 2009 SUSUNAN SEKSYEN B AHAGIAN I PERMULAAN 4. Bank pusat bagi Malaysia 5. Matlamat dan fungsi utama Bank B AHAGIAN III PERUNTUKAN KEWANGAN 6. Modal 7. Kumpulan Wang Rizab Am 8. Tahun kewangan 9. Kehendak untuk menyimpan akaun dan rekod lain 10. Piawaian perakaunan 11. Audit luar 12. Penyata aset dan liabiliti 13. Penyediaan dan penerbitan penyata kewangan dan laporan B AHAGIAN IV TADBIR URUS BANK 14. Lembaga Pengarah 15. Gabenor dan Timbalan Gabenor 16. Pelantikan pengarah 17. Kehilangan kelayakan Gabenor, Timbalan Gabenor dan pengarah 18. Kekosongan jawatan Gabenor, Timbalan Gabenor atau pengarah 19. Mesyuarat Lembaga 20. Penzahiran kepentingan 21. Jawatankuasa Lembaga Bahagian V FUNGSI DAN OPERASI MONETARI BANK 22. Dasar monetari 23. Jawatankuasa Dasar Monetari 24. Penyiaran pernyataan dasar monetari 25. Operasi dasar monetari 26. Penjalanan operasi dasar monetari Bahagian VI FUNGSI KESTABILAN KEWANGAN DAN KUASA BANK Bab 1 Kuasa untuk menggalakkan kestabilan kewangan Seksyen 27. Dwisistem kewangan 28. Kuasa kestabilan kewangan di bawah undang-undang 29. Tafsiran 30. Maklumat bagi maksud kestabilan kewangan 31. Perintah kestabilan kewangan 32. Kuasa untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko kepada kestabilan kewangan 33. Usaha wajar 34. Bantuan kecairan di bawah perenggan 32(1)(a) atau (b) 35. Peruntukan tambahan yang berhubungan dengan subperenggan 32(1)(c)(i) 36. Peruntukan tambahan yang berhubungan dengan subperenggan 32(1)(c)(iii) 37. Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan 38. Kuasa dan fungsi Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan 39. Bentuk relief 40. Perkiraan dengan pihak berkuasa penyeliaan lain 41. Nasihat atau syor tentang kestabilan kewangan kepada pihak berkuasa penyeliaan 42. Kerahsiaan Bab 2 Pasaran wang dan pasaran pertukaran asing 43. Kaedah, garis panduan, dsb., bagi pasaran wang, dsb. 44. Bank boleh menubuhkan sistem bagi dana, sekuriti hutang, dsb. Bab 3 Perkhidmatan kewangan dan fungsi lain 45. Kerjasama dengan institusi kewangan 46. Rumah penjelasan dan penyelesaian baki antara institusi kewangan 47. Biro kredit 48. Penubuhan pertubuhan perbadanan, dsb. 49. Pembiayaan bagi maksud khas 50. Had ke atas pelaburan dan pembiayaan B AHAGIAN VII PERNIAGAAN KEWANGAN ISLAM Bab 1 Majlis Penasihat Shariah 51. Penubuhan Majlis Penasihat Shariah 52. Fungsi Majlis Penasihat Shariah 53. Pelantikan anggota Majlis Penasihat Shariah 54. Urus setia Majlis Penasihat Shariah 55. Bank dan institusi kewangan Islam hendaklah merujuk kepada Majlis Penasihat Shariah 56. Rujukan kepada Majlis Penasihat Shariah bagi keputusan daripada mahkamah atau penimbang tara 57. Kesan keputusan Shariah 58. Keputusan Majlis Penasihat Shariah terpakai Bab 2 Kuasa Bank 59. Bank hendaklah mengeluarkan pekeliling, garis panduan, dsb., mengenai perkara Shariah 60. Mempromosi Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa B AHAGIAN VIII MATA WANG 61. Unit mata wang 62. (Dipotong) Seksyen 63. (Dipotong) 64. (Dipotong) 65. Bank boleh membeli dan menjual ringgit 66. Rejim kadar pertukaran bagi ringgit 66 A . B AHAGIAN IX RIZAB LUAR NEGARA 67. Kewajipan Bank untuk memegang dan menguruskan rizab luar negara 68. Dasar dan garis panduan mengenai rizab luar negara B AHAGIAN X HUBUNGAN DENGAN KERAJAAN 69. Jurubank dan ejen kewangan kepada Kerajaan 70. Nasihat kepada, dan bertindak secara am sebagai ejen, Kerajaan 71. Pembiayaan sementara kepada Kerajaan 72. Perkara dasar B AHAGIAN XI KUASA BANK YANG LAIN 73. Pematuhan Shariah 74. Pemerolehan harta tak alih 75. Kuasa am Bank 76. Perniagaan yang tidak boleh diurusniagakan oleh Bank 77. Langkah bagi menjaga kestabilan monetari dan kewangan 78. Rekod akaun antarabangsa B AHAGIAN XII PERKARA ANTARABANGSA Seksyen 79. Kerjasama antarabangsa 80. Keanggotaan dalam organisasi antarabangsa 81. Penyertaan dalam Bank Penyelesaian Antarabangsa dan institusi kewangan antarabangsa lain 82. Peraturan-peraturan atau arahan untuk menunaikan obligasi antarabangsa Kerajaan di bawah Ketetapan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu B AHAGIAN XIII PEGAWAI DAN PEKERJA 83. Pegawai dan pekerja Bank 84. Pembiayaan bagi perumahan, kenderaan, pengajian dan biasiswa 85. Saraan tidak dikaitkan dengan keuntungan Bahagian XIV AM 86. Pemeliharaan kerahsiaan 87. Kekebalan 88. Kuasa untuk melaporkan kesalahan yang disyaki 89. Kuasa mengkompaun 90. Pendakwaan 91. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan 92. Bank boleh diwakili oleh pegawai atau pekerja Bank dalam prosiding sivil 93. Fi dan caj 94. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 95. Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan, dsb. 96. Pengecualian Seksyen 97. Kuasa untuk meminda Jadual 98. Kuasa untuk mengenakan penalti pentadbiran Bahagian XV PEMANSUHAN, KECUALIAN DAN PERALIHAN 99. Pemansuhan 100. Kecualian dan peralihan J ADUAL P ERTAMA J ADUAL K EDUA Jadual Ketiga UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 701 AKTA BANK NEGARA MALAYSIA 2009 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi kewujudan berterusan Bank Negara Malaysia dan bagi pentadbiran, matlamat, fungsi dan kuasa Bank, dan bagi perkara berbangkit atau bersampingan dengannya. [25 November 2009 kecuali perenggan 23(8)(b) dan seksyen 61 hingga 66, P.U. (B) 533/2009] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Bahagian I PERMULAAN
Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran Bahagian II BANK, MATLAMAT DAN FUNGSINYA 3. Bank yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958
“Akta dimansuhkan” ertinya Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519]”; “Bank” ertinya Bank Negara Malaysia atau dalam bahasa Inggeris, “Central Bank of Malaysia; “cagaran kewangan” ertinya mana-mana yang berikut yang tertakluk kepada suatu kepentingan atau hak yang menjamin pembayaran atau pelaksanaan suatu obligasi berkenaan dengan perjanjian kewangan yang layak atau yang tertakluk kepada perjanjian sokongan kredit pindah hakmilik: (a) wang tunai atau yang bersamaan dengan wang tunai, termasuk surat cara boleh niaga dan deposit tuntutan; (b) sekuriti, suatu akaun sekuriti atau suatu hak untuk memperoleh sekuriti; atau (c) perjanjian niaga hadapan atau akaun niaga hadapan; “ditentukan” ertinya ditentukan di bawah Akta ini dari semasa ke semasa secara bertulis; “ditetapkan” ertinya ditetapkan di bawah Akta ini dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta; “dokumen konstituen”, berhubung dengan suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, ertinya apa- apa dokumen atau surat cara, yang di bawahnya atau dengannya badan itu dibentuk, ditubuhkan, diperbadankan, atau struktur pengelolaan dan pentadbirannya, skop fungsi, urusan, kuasa atau kewajipannya dinyatakan, sama ada terkandung dalam satu dokumen atau lebih tetapi tidak terhad kepada dokumen atau surat cara yang berikut: (a) statut; (b) piagam; (c) memorandum persatuan; (d) perkara-perkara persatuan; (e) perlembagaan; (f) kaedah atau undang-undang kecil; dan (g) perjanjian perkongsian; “Gabenor” ertinya Gabenor Bank; “institusi kewangan” ertinya seseorang yang menjalankan perniagaan kewangan yang dikawal selia di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Bank dan sebagai tambahan termasuklah mana-mana— (a) orang yang mengendalikan apa-apa sistem pembayaran atau mengeluarkan apa-apa instrumen pembayaran; dan (b) orang yang menjalankan apa-apa perniagaan kewangan yang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri; “institusi kewangan antarabangsa” ertinya mana-mana institusi yang ditubuhkan di dalam atau di luar Malaysia oleh lebih daripada satu negara, bank pusat atau pihak berkuasa monetari berhubung dengan perkara kewangan atau monetari dan termasuklah Bank Pembangunan Asia, Bank Penyelesaian Antarabangsa, Bank Antarabangsa bagi Pembinaan Semula dan Pembangunan, Tabung Kewangan Antarabangsa, Bank Pembangunan Islam dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam; “institusi kewangan Islam” ertinya sesuatu institusi kewangan yang menjalankan perniagaan kewangan Islam; “instrumen modal” ertinya syer keutamaan, stok pinjaman, hutang bawahan bertempoh atau instrumen lain yang diluluskan oleh Bank untuk layak sebagai modal; “Jawatankuasa Dasar Monetari” ertinya Jawatankuasa Dasar Monetari yang ditubuhkan di bawah seksyen 23; “Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan” ertinya Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan yang ditubuhkan di bawah seksyen 37; “Jawatankuasa Audit Lembaga” ertinya Jawatankuasa Audit Lembaga yang ditubuhkan di bawah perenggan 21(1)(b); “Jawatankuasa Risiko Lembaga” ertinya Jawatankuasa Risiko Lembaga yang ditubuhkan di bawah perenggan 21(1)(c); “Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga” ertinya Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga yang ditubuhkan di bawah perenggan 21(1)(a); “Lembaga” ertinya Lembaga Pengarah Bank; “Majlis Penasihat Shariah” ertinya Majlis Penasihat Shariah mengenai Kewangan Islam yang ditubuhkan di bawah seksyen 51; “mata wang asing” ertinya mata wang kertas atau syiling yang sah diperlakukan dalam mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia dan apa-apa sebutan mengenai mata wang asing dalam Akta ini termasuklah sebutan mengenai apa-apa hak untuk menerima mata wang asing berkenaan dengan apa-apa kredit atau baki di sesuatu bank atau mana-mana institusi lain seumpamanya di dalam atau di luar Malaysia; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan; “pasaran kewangan” termasuklah pasaran wang, pasaran pertukaran asing, pasaran modal dan pasaran terbitan; “pegawai” ertinya mana-mana pegawai Bank yang dilantik di bawah seksyen 83; “pembiayaan” ertinya pemberian apa-apa pendahuluan, pinjaman, kredit atau kemudahan lain dalam apa jua bentuk atau dengan apa jua nama dipanggil, termasuklah pemberian suatu jaminan atau aku janji bagi apa-apa obligasi jaminan bagi seorang yang lain dan jika pembiayaan itu diberikan menurut Shariah termasuklah, dan boleh dalam bentuk, tanpa batasan, apa-apa perkiraan jualan atau pembelian, perkiraan usaha sama, jualan bayaran tertangguh, perkiraan perkongsian pulangan atau apa-apa perkiraan pembiayaan lain yang dibuat mengikut Shariah; “pengarah” ertinya pengarah Bank yang dilantik di bawah subseksyen 16(1), dan termasuk Gabenor dan Timbalan Gabenor; “perbadanan berkaitan”, berhubung dengan sesuatu perbadanan, ertinya sesuatu perbadanan yang disifatkan sebagai berkaitan dengan perbadanan yang mula-mula disebut di bawah seksyen 6 Akta Syarikat 1965 [Akta 125]; “perjanjian kewangan yang layak” ertinya — (a) suatu perjanjian induk berkenaan dengan satu atau lebih transaksi kewangan yang layak yang di bawahnya sekiranya hal tertentu yang ditentukan oleh pihak-pihak kepada perjanjian itu berlaku — (i) transaksi yang disebut dalam perjanjian itu tamat atau boleh ditamatkan; (ii) nilai penamatan transaksi di bawah perenggan (a) dikira atau boleh dikira; dan (iii) nilai penamatan transaksi di bawah perenggan (a) adalah bersih atau boleh bersih, supaya suatu amaun bersih kena dibayar, dan jika suatu perjanjian adalah juga berkenaan dengan satu atau lebih transaksi yang bukan transaksi kewangan yang layak, perjanjian itu hendaklah disifatkan sebagai perjanjian kewangan yang layak hanya berkenaan dengan transaksi yang adalah transaksi kewangan yang layak dan apa-apa penguatkuasaan yang dibenarkan oleh pihak-pihak mengenai hak mereka di bawah perjanjian itu; (b) suatu perjanjian yang berhubungan dengan cagaran kewangan, termasuk perjanjian sokongan kredit pindah hakmilik, berkenaan dengan satu atau lebih transaksi CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777. kewangan yang layak di bawah suatu perjanjian induk yang disebut dalam perenggan (a); atau (c) mana-mana perjanjian lain berkenaan dengan suatu transaksi kewangan yang boleh dibuat oleh pihak dalam pasaran kewangan yang ditetapkan sebagai perjanjian kewangan yang layak oleh Bank, selain suatu derivatif terselaras atau suatu perjanjian berkenaan dengan transaksi sekuriti yang dibuat di bawah kaedah-kaedah suatu bursa saham dan pusat penjelasan yang diluluskan sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671]; “Perjanjian sokongan kredit pindah hakmilik” ertinya suatu perjanjian yang di bawahnya hakmilik kepada harta telah diperuntukkan bagi maksud menjamin pembayaran atau pelaksanaan suatu obligasi berkenaan dengan perjanjian kewangan yang layak; “perniagaan kewangan Islam” ertinya apa-apa perniagaan kewangan dalam ringgit atau mata wang lain yang tertakluk kepada undang- undang yang dikuatkuasakan oleh Bank dan selaras dengan Shariah; “pihak berkuasa penyeliaan” ertinya mana-mana pihak berkuasa, badan atau agensi di dalam atau di luar Malaysia selain Bank yang bertanggungjawab bagi penyeliaan atau pengawasan mana-mana institusi kewangan, pasaran kewangan, perantara atau peserta pasaran modal atau sistem pembayaran; “pulangan” termasuklah apa-apa bentuk sewaan, keuntungan, dividen atau faedah, termasuklah apa-apa fi atau alang, yang kena dibayar atau diberikan berhubung dengan pembiayaan yang diberikan mengikut Shariah; “sistem pembayaran” ertinya apa-apa sistem atau perkiraan bagi pemindahan, penjelasan atau penyelesaian dana atau sekuriti; “terbitan” ertinya mana-mana perjanjian, termasuk suatu opsyen, swap, kontrak niaga hadapan atau kontrak hadapan, yang harga pasaran, nilai, penghantaran atau obligasi pembayarannya berpunca daripada, dirujuk kepada atau berdasarkan, tetapi tidak terhad kepada, sekuriti, komoditi, aset, kadar (termasuk kadar faedah, kadar keuntungan atau kadar pertukaran) atau indeks; “Timbalan Gabenor” ertinya seseorang Timbalan Gabenor Bank; “transaksi kewangan yang layak” ertinya — (a) suatu terbitan, sama ada akan diselesaikan melalui pembayaran atau hantar serah; atau (b) suatu perjanjian beli semula, beli semula songsang atau jual beli balik berkenaan dengan sekuriti.
“Jawatankuasa Lembaga” secara kolektifnya merujuk kepada jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 21; “perniagaan kewangan” secara kolektifnya merujuk kepada perniagaan kewangan konvensional dan perniagaan kewangan Islam; “sistem kewangan” secara kolektifnya merujuk kepada institusi kewangan, perantara atau peserta pasaran modal, pasaran kewangan dan sistem pembayaran di Malaysia.
(a) kuasa untuk menetapkan termasuklah kuasa untuk membuat peruntukan yang berlainan dalam perintah, bagi orang yang berlainan atau golongan, kategori atau perihalan orang yang berlainan; dan (b) suatu kuasa untuk menentukan termasuklah kuasa untuk menentukan secara berlainan bagi orang yang berlainan atau golongan, kategori atau perihalan orang yang berlainan.
(a) Bank boleh menentukan bahawa data, maklumat atau dokumen itu hendaklah dikemukakan, dalam suatu tempoh, pada apa-apa lat tempoh, mengikut cara atau dalam bentuk sebagaimana yang dinyatakan oleh Bank dalam penentuan itu; dan (b) orang itu tidak boleh mengemukakan apa-apa data, maklumat atau dokumen— (i) yang dia tahu, atau mempunyai sebab untuk mempercayai, adalah palsu, tidak lengkap, tidak tepat atau mengelirukan; atau (ii) yang berkenaan dengannya terdapat kesilapan atau peninggalan material.
BANK, MATLAMAT DAN FUNGSINYA
(a) untuk merumuskan dan mengendalikan dasar monetari di Malaysia; (b) untuk mengeluarkan mata wang di Malaysia; (c) untuk mengawal selia dan menyelia institusi kewangan yang tertakluk kepada undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Bank; (d) untuk mengadakan pengawasan ke atas pasaran wang dan pasaran pertukaran asing; (e) untuk menjalankan pengawasan ke atas sistem pembayaran; (f) untuk menggalakkan sistem kewangan yang kukuh, progresif dan merangkumi semua; (g) untuk memegang dan menguruskan rizab luar negara Malaysia; (h) untuk menggalakkan rejim kadar pertukaran asing yang selaras dengan asas ekonomi; dan (i) untuk bertindak sebagai penasihat kewangan, jurubank dan ejen kewangan Kerajaan.
PERUNTUKAN KEWANGAN
Bank.
(a) apa-apa amaun yang ditentukan oleh Menteri, atas syor Lembaga, hendaklah diletakkan pada kredit Kumpulan Wang Rizab Am; dan (b) bakinya hendaklah dibayar kepada Kerajaan: Dengan syarat bahawa — (i) dalam hal mana-mana tahun yang pada akhir tahun itu Kumpulan Wang Rizab Am adalah kurang daripada modal Bank, keseluruhan untung bersih itu hendaklah dikreditkan pada Kumpulan Wang Rizab Am; dan (ii) dalam hal mana-mana tahun yang pada akhir tahun itu Kumpulan Wang Rizab tidak kurang daripada modal Bank, tetapi kurang daripada dua kali ganda modal Bank, tidak kurang daripada tiga puluh peratus untung bersih itu hendaklah dikreditkan pada Kumpulan Wang Rizab Am.
(a) mengemukakan kepada Menteri suatu salinan penyata kewangan Bank yang disediakan di bawah seksyen 9 dan diperakui oleh Ketua Audit Negara, dan penyata itu kemudiannya hendaklah disiarkan dalam Warta; dan (b) mengemukakan kepada Menteri suatu laporan oleh Lembaga mengenai urusan Bank sepanjang tahun itu dan laporan itu hendaklah diterbitkan oleh Bank.
TADBIR URUS BANK
(a) bertanggungjawab bagi pentadbiran am hal ehwal dan urusan Bank dan kelulusan bagi belanjawan dan rancangan operasi Bank; (b) mempunyai pengawasan ke atas pengurusan Bank dan sentiasa mengkaji semula prestasi Bank dalam melaksanakan matlamatnya, menjalankan fungsinya dan penggunaan sumber Bank; dan (c) bertanggungjawab terhadap apa-apa perkara lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini.
(a) Gabenor; (b) tidak lebih daripada tiga orang Timbalan Gabenor; dan (c) tidak kurang daripada lima tetapi tidak lebih daripada lapan orang pengarah yang dilantik di bawah subseksyen 16(1).
Dengan syarat bahawa mereka boleh jika dilantik sedemikian dengan kelulusan Menteri — (a) menjadi pengarah, gabenor atau anggota sesuatu lembaga, tidak kira dengan apa jua nama dipanggil, atau sesuatu jawatankuasa atau pasukan petugas mana-mana institusi kewangan antarabangsa atau organisasi antarabangsa yang disertai oleh Kerajaan atau Bank atau yang dianggotai oleh Kerajaan atau Bank atau yang dengannya Kerajaan terikat atau kepadanya Kerajaan memberikan sokongan atau kelulusan; (b) menjadi pengarah mana-mana perbadanan yang ditubuhkan oleh Bank di bawah Akta ini atau mana-mana perbadanan di Malaysia yang diperoleh oleh Bank atau yang syer dalamnya dipegang oleh Bank; (c) menjadi anggota mana-mana jawatankuasa atau suruhanjaya yang disebut dalam subseksyen 70(1); atau (d) menjadi anggota mana-mana organisasi khairat atau pendidikan.
kuasa, menunaikan apa-apa kewajipan, dan melaksanakan apa-apa fungsi di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan diberi apa- apa gelaran jawatan sebagaimana yang dinyatakan dalam mana-mana undang-undang bertulis itu.
(a) kejujuran dan kedudukan orang itu; (b) pengetahuan, kemahiran dan pengalaman orang itu dalam perbankan, ekonomi atau kewangan; dan (c) kemungkinan terdapat apa-apa percanggahan antara kepentingan Bank dengan apa-apa kepentingan yang dimiliki atau diwakili oleh orang itu.
tidak wajar oleh sebab kedudukannya sebagai seorang pengarah untuk mendapat, secara langsung atau tidak langsung, suatu kelebihan bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain.
Dengan syarat bahawa larangan itu tidak terpakai bagi mana-mana pengarah yang memegang atau pada masa yang berkenaan sedang memangku jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
(a) ialah atau menjadi seorang ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat atau mana-mana Dewan Undangan; (b) tertakluk kepada perenggan (2)(a), ialah atau menjadi seorang pegawai awam; (c) tertakluk kepada perenggan (2)(b), ialah atau menjadi seorang pegawai atau seorang pengarah mana-mana entiti di bawah pengawasan Bank; (d) telah disabitkan atas suatu kesalahan jenayah yang melibatkan kecurangan atau apa-apa kesalahan jenayah yang baginya dia telah dihukum dengan pemenjaraan; (e) ialah atau menjadi seorang bankrap atau menggantung pembayaran atau mencapai penyelesaian dengan pemiutangnya; (f) terlibat atau menjadi terlibat dalam apa-apa aktiviti yang boleh mengganggu kebebasannya dalam menunaikan kewajipannya; atau (g) bukan seorang warganegara Malaysia.
(a) seorang pengarah yang dilantik di bawah subseksyen 16(1) boleh merupakan seorang yang memegang jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, dan walau apa pun subseksyen 16(6) hendaklah terus kekal sebagai anggota Lembaga selagi dia masih memegang jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau bagi apa-apa tempoh yang lebih singkat sebagaimana yang diperuntukkan dalam surat pelantikannya; dan (b) seorang Timbalan Gabenor yang dilantik dengan kelulusan Lembaga kepada lembaga mana-mana pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh oleh Bank di bawah seksyen 48 tidaklah dikehendaki untuk mengosongkan jawatannya sebagai anggota Lembaga.
Gabenor, jika dia — (a) menjadi tidak siuman atau tidak upaya untuk menjalankan kewajipannya; (b) bersalah atas salah laku serius berhubung dengan kewajipannya; (c) tidak hadir, kecuali dengan kebenaran yang diberikan oleh Menteri dalam hal Gabenor, atau oleh Gabenor dalam hal kesemua pengarah lain, dalam semua mesyuarat Lembaga yang diadakan dalam tempoh dua bulan berturut-turut atau dalam tempoh mana-mana tiga bulan dalam mana-mana tempoh dua belas bulan; (d) tidak mematuhi obligasinya di bawah seksyen 20; atau (e) hilang kelayakan di bawah subseksyen (1).
(a) setiap pengarah diberi notis sekurang-kurangnya tiga hari sebelum mesyuarat itu; atau (b) jika mesyuarat akan diadakan sebagai suatu hal mendesak, pengarah-pengarah bersetuju untuk mengabaikan kehendak di bawah perenggan (a).
Dengan syarat bahawa dalam hal bilangan undi sama banyak, pengerusi hendaklah mempunyai suatu undi pemutus.
(a) tidak boleh hadir pada, atau mengambil bahagian dalam, apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga berhubung dengan urus niaga atau urusan itu atau penjalanan atau cadangan penjalanan kuasa itu; dan (b) tidak boleh diambil kira bagi maksud membentuk kuorum Lembaga bagi apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan itu.
(a) Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga; (b) Jawatankuasa Audit Lembaga; dan (c) Jawatankuasa Risiko Lembaga.
(a) untuk mengesyorkan anggota bagi Jawatankuasa Dasar Monetari, Jawatankuasa Pentaksir dan jawatankuasa lain Bank yang dilantik atau ditubuhkan oleh Bank dari semasa ke semasa; (b) untuk memeriksa dan mengesyorkan belanjawan dan rancangan operasi Bank kepada Lembaga untuk kelulusan; dan (c) untuk bertanggungjawab bagi apa-apa perkara lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini.
(a) integriti akaun dan penyata kewangan Bank; (b) keberkesanan sistem kawalan dalaman Bank; (c) pelaksanaan fungsi audit dalaman Bank; dan (d) pematuhan oleh Bank dengan kehendak undang-undang dan pengawalseliaan.
FUNGSI DAN OPERASI MONETARI BANK
(a) ialah atau menjadi seorang ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat atau mana-mana Dewan Undangan; (b) ialah atau menjadi seorang pegawai atau seorang pengarah mana-mana entiti di bawah pengawasan Bank; (c) ialah atau menjadi seorang pegawai awam melainkan jika diluluskan selainnya oleh Lembaga atau dalam hal seorang yang dilantik di bawah subseksyen (4), Menteri; (d) telah disabitkan atas suatu kesalahan jenayah yang melibatkan kecurangan atau apa-apa kesalahan jenayah yang baginya dia telah dihukum dengan pemenjaraan; (e) ialah atau menjadi seorang bankrap atau menggantung pembayaran atau mencapai penyelesaian dengan pemiutangnya; (f) terlibat atau menjadi terlibat dalam apa-apa aktiviti yang boleh mengganggu kebebasannya dalam menunaikan kewajipannya; atau (g) bukan seorang warganegara Malaysia.
(a) Lembaga atau Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, berpuas hati bahawa dia bersalah atas suatu salah laku serius berhubung dengan kewajipannya sebagai seorang anggota jawatankuasa itu; (b) dia menjadi tidak sempurna akal atau tidak upaya untuk menjalankan kewajipannya; atau (c) dia hilang kelayakan di bawah subseksyen (8).
(a) boleh menerbitkan sekuriti atas namanya sendiri dengan syarat bahawa amaun keseluruhan sekuriti yang diterbitkan tidak boleh pada bila-bila masa melebihi amaun rizab luar negara; (b) boleh membeli, menjual dan menebus sekuriti yang diterbitkan oleh Bank menurut perenggan (a); (c) boleh menghendaki suatu rizab disimpan di Bank oleh setiap institusi kewangan; (d) hendaklah mempunyai kuasa yang dinyatakan dalam seksyen 75, khususnya perenggan (c), (d), (e), (f), (g), (h), (i) dan (l); dan (e) boleh menjalankan apa-apa transaksi kewangan lain yang melibatkan mata wang, sekuriti, logam berharga atau apa- apa komoditi atau instrumen kewangan lain yang diluluskan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari.
(a) prinsip dan kaedah bagi penentuan rizab; (b) penalti yang tidak boleh melebihi satu per sepuluh daripada satu peratus amaun yang kurang itu bagi tiap-tiap hari kekurangan itu berterusan atau sanksi lain bagi apa- apa ketidakpatuhan kehendak itu; (c) dalam hal— (i) suatu institusi kewangan Islam, pulangan yang boleh diberikan; atau (ii) mana-mana institusi kewangan lain, faedah yang boleh dibayar, oleh Bank atas rizab itu.
FUNGSI KESTABILAN KEWANGAN DAN KUASA BANK
Kuasa untuk menggalakkan kestabilan kewangan
(a) mana-mana institusi kewangan; (b) mana-mana peserta, perantara, bursa, depositori atau penyedia perkhidmatan penjelasan, penyelesaian atau perkhidmatan lain dalam pasaran kewangan; (c) mana-mana orang lain yang pada pendapat Bank mungkin menimbulkan risiko kepada kestabilan kewangan; atau (d) mana-mana perbadanan berkaitan bagi orang yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c).
bawah subseksyen (1).
(a) menentukan langkah-langkah, yang pada pendapat Bank akan menyumbang kepada daya tahan sistem kewangan atau mengehadkan penumpuan mana-mana risiko kepada kestabilan kewangan, kepada suatu golongan, kategori atau perihalan orang yang terlibat dalam pengantaraan kewangan; atau (b) mengeluarkan suatu perintah secara bertulis yang menghendaki mana-mana orang dalam suatu golongan, kategori atau perihalan orang, termasuk suatu golongan, kategori atau perihalan orang yang terlibat dalam pengantaraan kewangan, untuk mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang Bank berpendapat perlu atau wajar untuk mengelakkan atau mengurangkan apa-apa risiko kepada kestabilan kewangan.
kontrak, perjanjian atau perkiraan yang berlawanan.
(a) memberikan bantuan kecairan kepada mana-mana institusi kewangan; (b) membuat perkiraan dengan bank pusat lain untuk memberikan bantuan kecairan kepada subsidiari atau cawangan di luar Malaysia bagi mana-mana institusi kewangan yang ditubuhkan di Malaysia; atau (c) dalam hal mana-mana institusi kewangan yang telah terhenti menjadi berdaya maju atau yang dianggap oleh Bank berkemungkinan menjadi tidak berdaya maju — (i) membeli atau melanggan syer atau instrumen modal lain yang diterbitkan oleh institusi kewangan itu; (ii) mengadakan pembiayaan kepada mana-mana institusi kewangan lain atau suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh Bank di bawah perenggan 48(1)(d) untuk membeli keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan, aset, liabiliti, syer atau instrument modal lain institusi kewangan itu; atau (iii) tertakluk kepada subseksyen 38(2), melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meletak hak pada Bank, suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh Bank di bawah perenggan 48(1)(d), suatu institusi kewangan lain atau mana- mana orang lain keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan, aset atau liabiliti, atau kesemua atau mana-mana syer atau instrumen modal lain yang diterbitkan oleh, institusi kewangan itu. (1 A ) Penguatkuasaan oleh pihak atas hak mereka di bawah perjanjian kewangan yang layak tidak akan terjejas oleh pembuatan suatu perintah peletakhakan, bagi keseluruhan atau sebahagian perniagaan, aset atau liabiliti, atau semua atau mana-mana syer atau instrumen modal lain yang dikeluarkan oleh, suatu institusi kewangan menurut subperenggan (1)(c)(iii).
pihak berkuasa penyeliaan yang lain.
Bantuan kecairan di bawah perenggan 32(1)(a) atau (b)
(a) pembiayaan bersandarkan apa-apa bentuk sekuriti yang dianggap mencukupi oleh Bank; (b) pembelian atau komitmen untuk membeli aset institusi kewangan itu; (c) pemberian pinjaman atau pertukaran aset Bank dengan aset institusi kewangan itu; (d) jaminan atau tanggung rugi; atau (e) apa-apa perkiraan lain yang dianggap sesuai oleh Bank, atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Bank dalam hal keadaan itu.
(a) menyingkirkan daripada jawatan, berkuat kuasa dari apa- apa tarikh sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu, mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja institusi kewangan itu; (b) mengubah atau menamatkan kontrak perkhidmatan mana- mana pengarah, pegawai atau pekerja institusi kewangan itu sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu; atau (c) melantik mana-mana orang sebagai pengarah, pegawai atau pekerja institusi kewangan itu tertakluk kepada apa- apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
(a) apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara seksyen ini dengan mana-mana peruntukan lain Akta ini; (b) apa-apa yang terkandung dalam mana-mana undang- undang termasuk undang-undang yang dengannya atau di bawahnya institusi kewangan itu dibentuk, ditubuhkan, diperbadankan atau didaftarkan; atau (c) apa-apa yang terkandung dalam dokumen konstituen institusi kewangan itu atau dalam mana-mana kontrak yang dibuat oleh atau bagi pihak institusi kewangan itu atau dalam mana-mana kontrak yang menyentuh syer atau instrumen modal lain yang diterbitkan oleh atau selainnya yang berhubungan dengan institusi kewangan itu.
(a) apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara seksyen ini dengan mana-mana peruntukan lain Akta ini; (b) apa-apa yang terkandung dalam mana-mana undang- undang termasuk undang-undang yang dengannya atau di bawahnya institusi kewangan itu dibentuk, ditubuhkan, diperbadankan atau didaftarkan; atau (c) apa-apa yang terkandung dalam dokumen konstituen institusi kewangan itu atau dalam mana-mana kontrak yang dibuat oleh atau bagi pihak institusi kewangan itu atau dalam mana-mana kontrak yang menyentuh syer atau instrumen modal lain yang diterbitkan oleh atau selainnya yang berhubungan dengan institusi kewangan itu.
satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan.
(a) mengambil kira perkara yang difikirkan berkaitan oleh penilai bebas termasuk keadaan pasaran semasa bagi jualan atau pelupusan perniagaan, aset, liabiliti, syer atau instrumen modal lain pemindah itu yang serupa; dan (b) tidak mengambil kira apa-apa faedah yang diperoleh daripada apa-apa bantuan kewangan khas yang disediakan secara langsung atau tidak langsung oleh Bank atau Kerajaan kepada pemindah itu.
satu ringgit hendaklah disifatkan munasabah sebagai harga urus niaga di bawah subseksyen (5).
(a) menyingkirkan daripada jawatan, berkuat kuasa dari apa- apa tarikh sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu, mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja pemindah itu; (b) mengubah atau menamatkan kontrak perkhidmatan mana- mana pengarah, pegawai atau pekerja pemindah itu sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu; atau (c) melantik mana-mana orang sebagai pengarah, pegawai atau pekerja institusi kewangan itu tertakluk kepada apa- apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
“harga urus niaga” ertinya harga yang padanya keseluruhan atau sebahagian perniagaan, aset atau liabiliti, atau kesemua atau mana- mana syer atau instrumen modal lain suatu institusi kewangan yang disebut dalam subperenggan 32(1)(c)(iii) diletakhakkan pada penerima pindahan; “pemindah” ertinya institusi kewangan di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) yang telah terhenti menjadi berdaya maju atau yang dianggap oleh Bank berkemungkinan menjadi tidak berdaya maju, pemegang syer institusi kewangan itu atau pemegang instrumen modal institusi kewangan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; “penerima pindahan” ertinya Bank, suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh Bank di bawah perenggan 48(1)(d), suatu institusi kewangan, atau mana-mana orang lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang padanya diletakhakkan di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) keseluruhan atau sebahagian perniagaan, aset atau liabiliti, atau kesemua atau mana-mana syer atau instrument modal lain yang diterbitkan oleh institusi kewangan yang telah terhenti menjadi berdaya maju atau yang dianggap oleh Bank berkemungkinan menjadi tidak berdaya maju.
berkuasa penyeliaan yang berkenaan atau wakilnya, mengikut mana- mana yang berkenaan, pada mana-mana mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan tidak membatalkan keputusan yang dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa itu.
(a) suatu cadangan berkenaan dengan seseorang atau sesuatu institusi kewangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang di bawah penyeliaan atau pengawasan mana-mana pihak berkuasa penyeliaan lain, atau bukan di bawah penyeliaan atau pengawasan Bank atau mana-mana pihak berkuasa penyeliaan lain— (i) di bawah perenggan 31(1)(a) bagi suatu langkah yang akan ditentukan kepada suatu golongan, kategori atau perihalan orang yang terlibat dalam pengantaraan kewangan atau di bawah perenggan 31(1)(b) untuk suatu perintah yang akan dikeluarkan kepada orang itu dalam suatu golongan, kategori atau perihalan orang; atau (ii) di bawah perenggan 32(1)(a) bagi peruntukan bantuan kecairan kepada institusi kewangan itu; (b) suatu cadangan di bawah perenggan 32(1)(b) untuk membuat perkiraan berhubung dengan subsidiari atau cawangan di luar Malaysia institusi kewangan yang ditubuhkan di Malaysia; (c) suatu cadangan di bawah subperenggan 32(1)(c)(i) bagi pembelian atau langganan syer atau instrumen modal lain suatu institusi kewangan; (d) suatu cadangan di bawah subperenggan 32(1)(c)(ii) bagi peruntukan pembiayaan untuk pembelian perniagaan, aset, liabiliti, syer atau apa-apa instrumen modal lain suatu institusi kewangan lain; dan (e) suatu cadangan di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) bagi suatu perintah untuk meletak hakkan perniagaan, aset, liabiliti, syer atau instrumen modal lain suatu institusi kewangan pada Bank, suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh Bank di bawah perenggan 48(1) (d), suatu institusi kewangan lain atau mana-mana orang lain.
Bank di bawah subseksyen 31(1) atau subperenggan 32(1)(c)(iii) atau apa-apa tindakan, perkiraan, skim atau langkah lain Bank berhubung dengan kestabilan kewangan yang berkaitan dengan atau berbangkit daripada mana-mana perintah sedemikian atau berhubung dengan apa- apa perkara lain di bawah Bab ini, mahkamah hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (2) dan peruntukan Akta ini, mempunyai kuasa untuk membuat segala perintah sebagaimana yang ia mempunyai kuasa untuk membuatnya dalam prosiding antara pihak-pihak, dan selainnya untuk memberikan apa-apa relief yang sesuai sebagaimana yang dikehendaki oleh keadaan.
(a) jika apa-apa relief dipohon yang boleh dalam prosiding antara pihak-pihak diberikan melalui injunksi atau pelaksanaan spesifik, mahkamah tidak boleh memberikan suatu injunksi atau membuat suatu perintah pelaksanaan spesifik; dan (b) bagi mendapatkan kembali tanah atau harta lain, mahkamah tidak boleh membuat suatu perintah bagi mendapatkan kembali tanah itu atau penyerahan harta itu.
dalam prosiding terhadap Bank.
(a) membuat perkiraan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa penyeliaan lain dan menyelaraskan langkah kestabilan kewangan dengan pihak berkuasa penyeliaan itu; dan (b) mendapatkan apa-apa maklumat atau dokumen daripada, atau berkongsi apa-apa maklumat atau dokumen dengan, mana-mana pihak berkuasa penyeliaan lain jika pada pendapat Bank perlu untuk mendapatkan atau berkongsi maklumat atau dokumen itu.
(a) dengan mana-mana pihak berkuasa penyeliaan di Malaysia, maklumat atau dokumen itu tidak boleh dizahirkan kepada mana-mana orang kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Bank; atau (b) dengan mana-mana pihak berkuasa penyeliaan di luar Malaysia, pihak berkuasa penyeliaan itu hendaklah memberikan suatu aku janji yang sesuai bagi melindungi kerahsiaan maklumat atau dokumen itu dan maksud yang baginya maklumat atau dokumen itu boleh digunakan.
(a) implikasi mana-mana undang-undang bertulis, dasar atau langkah yang dicadangkan oleh pihak berkuasa itu yang boleh menjejaskan kestabilan kewangan; dan (b) langkah atau perlindungan yang sesuai diambil bagi maksud menggalakkan kestabilan kewangan.
Pasaran wang dan pasaran pertukaran asing
(a) untuk memastikan urus niaga yang teratur dalam pasaran itu; (b) untuk mengenakan obligasi dan kewajipan kepada peserta pasaran itu atau apa-apa sistem yang ditubuhkan atau dikendalikan, termasuk yang ditubuhkan atau dikendalikan menurut subseksyen 44(1); dan (c) atas penerbitan atau pemerolehan, pegangan atau pelupusan instrumen kewangan dalam pasaran itu.
(a) menggalakkan pengawalseliaan, pembangunan dan pemeliharaan keadaan yang teratur atau integriti pasaran itu; dan (b) memberikan apa-apa bantuan sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1) atau dalam menjalankan apa-apa kuasa bagi pihak Bank.
(a) untuk memudahkan pemindahan, penjelasan dan penyelesaian dana dan sekuriti hutang; (b) untuk memudahkan penenderan, penerbitan, peminjaman dan pemberian pinjaman sekuriti hutang; (c) untuk memberikan maklumat kepada mana-mana orang berhubung dengan pasaran wang atau berhubung dengan penenderan, penerbitan, dagangan dan penawaran, atau harga bida sekuriti hutang atau apa-apa maklumat lain yang berkaitan yang berhubungan dengan sekuriti hutang; (d) bagi pengendalian pusat sekuriti hutang yang didepositkan dengan Bank melalui catatan dalam akaun sekuriti hutang tanpa penyerahan fizikal sijil; (e) bagi menjalankan apa-apa aktiviti lain berhubung dengan mana-mana sistem dalam perenggan (a) hingga (d); dan (f) bagi penyebaran maklumat yang berhubungan dengan perenggan (a) hingga (e), dalam pasaran-pasaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(a) saham yang diterbitkan di bawah Akta Pinjaman (Tempatan)1959 [Akta 637]; (b) Bil Perbendaharaan yang diterbitkan di bawah Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 [Akta 188]; (c) pelaburan di bawah Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275]; (d) sekuriti yang diterbitkan oleh Bank di bawah perenggan 26(2)(a); (e) debentur, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965, dalam denominasi dan boleh dibayar dalam ringgit yang diterbitkan oleh Kerajaan mana-mana Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana badan berkanun, mana-mana perbadanan termasuk syarikat persendirian atau syarikat awam, atau mana-mana orang lain yang di bawah dokumen konstituen mereka boleh menerbitkan apa-apa debentur yang ditenderkan, didepositkan, dijelaskan atau diselesaikan melalui apa-apa sistem yang ditubuhkan atau dikendalikan oleh Bank menurut seksyen ini; dan (f) apa-apa sekuriti atau debentur sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri atas syor Lembaga yang ditenderkan, didepositkan, dijelaskan atau diselesaikan melalui apa-apa sistem yang ditubuhkan atau dikendalikan oleh Bank atau mana-mana pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh oleh Bank atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Bank menurut seksyen ini.
Perkhidmatan kewangan dan fungsi lain
(a) menggalakkan dan memelihara perkhidmatan perbankan dan kewangan bagi orang ramai; dan (b) memupuk piawaian perbankan dan kewangan yang tinggi di Malaysia.
penjelasan umum yang dijalankan di Kuala Lumpur dan mana-mana tempat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank atau pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh di bawah perenggan 48(1)(c).
(a) mana-mana institusi kewangan bagi maksud membantu dalam menilai kepercayaan kredit pelanggannya yang sedia ada dan berpotensi atau bagi maksud membantu sesuatu institusi kewangan untuk menilai kelayakan pelanggan untuk menyenggara atau membuka suatu akaun semasa dengan institusi kewangan yang merupakan suatu institusi kewangan yang diberi kuasa oleh Bank untuk mengendalikan akaun semasa, dengan syarat bahawa maklumat yang dizahirkan oleh Bank itu adalah rahsia antara Bank dengan institusi kewangan itu melainkan jika institusi kewangan itu diminta oleh seorang pelanggan untuk menzahirkan maklumat itu berkenaan dengan akaun pelanggan itu; (b) pelanggan sesuatu institusi kewangan berkenaan dengan akaunnya sendiri, atau sebagaimana yang difikirkan patut oleh Bank, kepada seorang pelanggan atau mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa akaun yang pelanggan atau orang itu menanggung apa-apa obligasi kewangan, bagi maksud mengesahkan ketepatan maklumat kredit yang diberikan oleh institusi kewangan itu, atau bagi apa- apa maksud lain yang difikirkan patut oleh Bank, dengan syarat bahawa maklumat yang dizahirkan oleh Bank kepada pelanggan atau orang itu berkenaan dengan apa- apa akaun yang pelanggan atau orang itu menanggung apa-apa obligasi kewangan adalah rahsia antara Bank dengan pelanggan atau orang yang berkenaan itu; (c) mana-mana agensi pelaporan kredit yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan agensi pelaporan kredit, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Bank, bagi maksud menyediakan perkhidmatan pelaporan kredit atau penilaian kredit, atau bagi apa-apa maksud lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Bank, dengan syarat bahawa maklumat yang dizahirkan oleh Bank itu adalah rahsia antara Bank dengan agensi pelaporan kredit itu dan dengan syarat selanjutnya bahawa persetujuan pelanggan hendaklah diperoleh bagi penzahiran maklumat berkenaan dengan akaunnya; (d) mana-mana orang lain yang difikirkan patut oleh Bank, untuk mengumpulkan maklumat atau data atau menjalankan penyelidikan bagi maksud melaksanakan matlamat dan menjalankan fungsi Bank di bawah Akta ini, dengan syarat bahawa apa-apa penyiaran maklumat, data atau penyelidikan oleh Bank atau mana-mana orang lain itu hendaklah digabungkan atau diagregatkan dan tidak boleh dengan apa-apa cara membawa kepada pengenalpastian mana-mana pelanggan sesuatu institusi kewangan yang dengannya maklumat, data atau penyelidikan itu berkaitan; dan (e) mana-mana orang lain yang dianggap perlu oleh Bank berkenaan dengan akaun seorang pelanggan sesuatu institusi kewangan, bagi apa-apa maksud yang difikirkan patut oleh Bank, dengan syarat bahawa pelanggan institusi kewangan itu telah memberikan persetujuannya bagi penzahiran maklumat berkenaan dengan akaunnya.
(a) menubuhkan pertubuhan perbadanan bagi maksud latihan, penyelidikan dan pembangunan sumber manusia berhubung dengan perkhidmatan perbankan dan kewangan; (b) menubuhkan pertubuhan perbadanan bagi maksud memberikan kaunseling kewangan, perkhidmatan pengurusan hutang dan pendidikan mengenai pengurusan kewangan; (c) menubuhkan pertubuhan perbadanan atau memperoleh, memegang atau menjual syer sesuatu pertubuhan perbadanan, keseluruhannya atau sebahagiannya, untuk mengendalikan sistem pembayaran atau mengeluarkan instrumen pembayaran, dan menjalankan apa-apa fungsi atau aktiviti tambahan atau sampingan yang lain, bagi maksud menggalakkan dan membangunkan sistem pembayaran dan instrumen pembayaran di Malaysia; (d) menubuhkan pertubuhan perbadanan atau memperoleh atau memegang syer sesuatu pertubuhan perbadanan, keseluruhannya atau sebahagiannya, bagi maksud subperenggan 32(1)(c)(i), (ii) atau (iii); (da) menubuhkan suatu pertubuhan perbadanan atau memperoleh atau memegang syer sesuatu pertubuhan perbadanan, keseluruhannya atau sebahagiannya, bagi maksud menjalankan fungsinya sebagai suatu institusi perantaraan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dikuatkuasakan oleh Bank; dan (e) dengan kelulusan Menteri atas syor Lembaga, dan tertakluk kepada seksyen 50, menubuhkan pertubuhan perbadanan atau memperoleh, memegang atau menjual syer sesuatu pertubuhan perbadanan, keseluruhannya atau sebahagiannya, bagi maksud melaksanakan matlamatnya dan menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.
(a) memberi, menderma atau menyediakan pembiayaan sebagaimana yang perlu bagi penubuhan atau pengendalian suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan (1)(a) dan (b) dan mewujudkan dan menguruskan suatu dana untuk memenuhi perbelanjaan pertubuhan perbadanan itu; (b) menyediakan pembiayaan sebagaimana yang perlu bagi penubuhan atau pengendalian suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh di bawah perenggan (1)(c) atau (d); dan (b) tertakluk kepada seksyen 50, menyediakan pembiayaan sebagaimana yang perlu bagi penubuhan atau pengendalian suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh di bawah perenggan (1)(e).
ditubuhkan atau diperoleh di bawah perenggan (1)(c) yang dimiliki sepenuhnya oleh Bank.
(a) dalam hal apa-apa hal keadaan genting atau force majeure; dan (b) kepada mana-mana bahagian ekonomi bagi maksud untuk menggalakkan rangkuman kewangan.
PERNIAGAAN KEWANGAN ISLAM
Majlis Penasihat Shariah
(a) untuk menentukan hukum Syarak mengenai apa-apa perkara kewangan dan mengeluarkan keputusan apabila dirujukkan kepadanya mengikut Bahagian ini; (b) untuk menasihati Bank mengenai apa-apa isu Shariah yang berhubungan dengan perniagaan kewangan Islam, aktiviti atau transaksi Bank; (c) untuk memberikan nasihat kepada mana-mana institusi kewangan Islam atau mana-mana orang lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis; dan (d) apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diputuskan oleh Bank.
(a) dalam hal seorang hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan, selepas rundingan dibuat oleh Bank dengan Ketua Hakim Negara; dan (b) dalam hal seorang hakim Mahkamah Rayuan Shariah mana-mana Negeri atau Wilayah Persekutuan, selepas rundingan dibuat oleh Bank dengan Ketua Hakim Syarie Negeri atau Wilayah Persekutuan masing-masing, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(a) menubuhkan urus setia dan apa-apa jawatankuasa lain sebagaimana yang dianggap perlu olehnya untuk membantu Majlis Penasihat Shariah dalam menjalankan fungsinya; dan (b) melantik mana-mana pegawai Bank atau mana-mana orang lain untuk menjadi anggota urus setia atau jawatankuasa lain itu.
(a) yang berhubungan dengan perniagaan kewangan Islam; dan (b) bagi maksud menjalankan fungsinya atau melakukan urusan atau hal ehwalnya di bawah Akta ini atau mana- mana undang-undang bertulis lain mengikut Shariah, yang menghendaki penentuan hukum Syarak oleh Majlis Penasihat Shariah.
(a) membuat rujukan untuk mendapatkan suatu keputusan; atau (b) mendapatkan nasihat, Majlis Penasihat Shariah mengenai operasi perniagaannya bagi menentukan bahawa ia tidak melibatkan apa-apa unsur yang tidak selaras dengan Shariah.
(a) mengambil kira mana-mana keputusan Majlis Penasihat Shariah yang telah disiarkan; atau (b) merujukkan persoalan itu kepada Majlis Penasihat Shariah untuk keputusannya.
Shariah, keputusan Majlis Penasihat Shariah hendaklah terpakai.
Kuasa Bank
(a) menubuhkan urus setia atau jawatankuasa lain untuk membantu Kerajaan atau mana-mana organisasi, majlis, agensi atau jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kerajaan; dan (b) secara amnya mengambil apa-apa langkah atau memudahkan apa-apa tindakan atau menyediakan pembiayaan, sebagaimana yang perlu bagi pembangunan dan promosi Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa.
MATA WANG
Kuasa dan fungsi Bank di bawah Akta Mata Wang 2020 [Akta 827] adalah sebagai tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, kuasa dan fungsi Bank di bawah Akta ini.
RIZAB LUAR NEGARA
(a) emas atau logam berharga lain; (b) mata wang asing; (c) sekuriti, atau sekuriti yang dijamin oleh— (i) kerajaan atau agensi kerajaan itu; atau (ii) institusi kewangan antarabangsa; (d) apa-apa kemudahan pengeluaran wang yang sedia ada oleh mana-mana institusi kewangan antarabangsa; (e) bil pertukaran; dan (f) apa-apa sekuriti lain dan instrumen kewangan lain termasuk terbitan.
HUBUNGAN DENGAN KERAJAAN
(a) hendaklah menjaga akaun wang Kerajaan yang diterima dan dibelanjakannya; dan (b) boleh membuat terbitan dan pengurusan sekuriti, Bil Perbendaharaan dan instrumen kewangan lain yang diterbitkan kepada umum oleh Kerajaan.
(a) hendaklah, atas permintaan Kerajaan atau jika dianggap perlu oleh Bank demi kepentingan ekonomi, menasihati Kerajaan tentang perkara ekonomi; (b) boleh, atas permintaan Kerajaan, bertindak sebagai anggota mana-mana jawatankuasa yang melibatkan perkara ekonomi di Malaysia; (c) boleh, atas permintaan Kerajaan, mewakili Kerajaan sebagai ejennya dalam segala urus niaga, rundingan atau transaksi yang berhubungan dengan perkara monetari, kewangan, perbankan, mata wang atau ekonomi dengan mana-mana kerajaan atau pihak berkuasa di luar Malaysia yang dengannya Kerajaan terikat atau memberikan sokongan atau kelulusan; atau (d) boleh bertindak secara am sebagai ejen kepada Kerajaan atas apa-apa terma dan syarat yang hendaklah dipersetujui antara Bank dengan Kerajaan.
dipegang semata-mata bagi, operasi dasar monetari, tidak boleh pada bila-bila masa melebihi dua belas setengah peratus daripada anggaran penerimaan Persekutuan yang ditunjukkan dalam penyata yang dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat menurut Perkara 99 Perlembagaan Persekutuan bagi tahun kewangan Kerajaan yang dalamnya pembiayaan itu diberikan.
hendaklah membentangkannya berserta dengan dasar itu sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (5) di hadapan Dewan Rakyat, atau, jika Dewan Rakyat tidak bersidang, pada persidangan dalam mesyuarat Dewan Rakyat yang berikutnya.
KUASA BANK YANG LAIN
(a) penubuhan suatu perbadanan atau suatu perkongsian; (b) supaya apa-apa aku janji komersial, pertanian atau perindustrian dibuat; atau (c) transaksi yang melibatkan perdagangan, bailmen, jualan, belian, pajakan atau jualan dan pajakan semula, agensi, endowmen atau perniagaan atau urus niaga lain yang melibatkan perkhidmatan, harta intelek, komoditi, aset atau harta lain, yang dilarang atau tidak dibenarkan oleh Akta ini, Bank boleh, hanya bagi maksud untuk menjalankan fungsinya atau melakukan urusan atau hal ehwalnya menurut Shariah, membuat apa-apa perkiraan atau mengambil langkah itu.
(a) bagi maksud menjalankan fungsinya atau melakukan urusan atau hal ehwalnya mengikut Shariah menurut seksyen 73; (b) bagi peruntukan atau peruntukan masa hadapan bagi — (i) premis perniagaan untuk Bank dan agensinya dan mana-mana rumah penjelasan yang ditubuhkan menurut seksyen 46; (ii) kediaman bagi Gabenor, Timbalan Gabenor, pegawai dan pekerja; dan (iii) kemudahan untuk meningkatkan kebajikan pegawai dan pekerja; atau (c) sebagaimana yang diperuntukkan dalam mana-mana peruntukan Akta ini.
(a) membuat kontrak; (b) memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih atau harta tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, memajakkan, menyewakan, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan yang terletak hak pada Bank atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Bank; (c) membeli, menjual, membeli semula, memberi pinjaman atau meminjam mata wang, sekuriti, emas, logam berharga lain atau komoditi lain atau membuat terbitan; (d) membuat pertukaran mata wang, sekuriti, emas, logam berharga lain atau komoditi lain atau instrumen kewangan yang disebut dalam perenggan (c) bagi mata wang lain, sekuriti, emas, logam berharga lain atau komoditi lain atau instrumen kewangan; (e) membeli, menjual, mendiskaun dan mendiskaun semula bil pertukaran, bil Perbendaharaan atau nota janji hutang yang dikeluarkan di dalam atau di luar Malaysia dan matang dalam tempoh satu tahun dari tarikh pemerolehan atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri; (f) membeli, menjual atau membeli semula apa-apa sijil deposit yang dikeluarkan oleh mana-mana institusi kewangan; (g) bertindak sebagai ejen, koresponden atau jurubank bagi, atau membuka dan menyenggara akaun bagi, atau menerima deposit emas, logam berharga lain atau wang dalam apa-apa mata wang daripada, mana-mana bank pusat, pihak berkuasa kewangan, institusi kewangan antarabangsa, pihak berkuasa kewangan antarabangsa atau institusi kewangan lain di luar Malaysia; (h) membuka akaun bagi, atau menerima deposit emas, logam berharga lain atau wang dalam apa-apa mata wang daripada — (i) Kerajaan, mana-mana Kerajaan Negeri, pihak berkuasa awam atau institusi kewangan; atau (ii) mana-mana orang lain di Malaysia dengan kelulusan Menteri terlebih dahulu; (i) membuka dan menyenggara akaun, mendeposit emas, logam berharga lain atau wang dalam apa-apa mata wang dengan mana-mana institusi kewangan di dalam atau di luar Malaysia, bank pusat, pihak berkuasa kewangan, institusi kewangan antarabangsa atau pihak berkuasa monetari antarabangsa; (j) mengaku janji bagi pihak pelanggan dan koresponden pembelian, penjualan, pengutipan dan pembayaran sekuriti, mata wang dan instrumen kredit di dalam dan di luar Malaysia, dan pembelian atau penjualan emas dan logam berharga lain; (k) menerima daripada pelanggan sekuriti dan artikel berharga lain bagi jagaan; (l) menerima aset, termasuk buku catatan mengenai sekuriti, sebagai cagaran; (m) meminjam wang, mengambil kredit dan memberi jaminan dan tanggung rugi dalam apa-apa mata wang, di dalam atau di luar Malaysia; (n) mengeluarkan draf tuntutan dan jenis lain kiriman bayaran yang boleh dibayar di pejabatnya dan cawangannya sendiri atau di pejabat ejen atau koresponden; (o) melabur dalam sekuriti bagi pihak kakitangan dan kumpulan wang pencen dan dana dalaman lain Bank; dan (p) melakukan secara amnya segala benda yang biasanya dibuat oleh jurubank.
(a) terlibat dalam perdagangan atau selainnya mempunyai suatu kepentingan secara langsung dalam apa-apa pengusahaan komersial, pertanian, perindustrian atau apa- apa pengusahaan lain kecuali dalam perjalanan urusan penunaian hutang yang tertunggak kepada Bank dengan syarat bahawa apa-apa kepentingan itu hendaklah dilupuskan pada peluang bersesuaian yang paling awal; (b) memberikan pembiayaan yang dicagarkan dengan mana- mana syer; (c) membeli syer mana-mana perbadanan; (d) memberikan pembiayaan tidak bercagar atau pembiayaan bercagar selain yang dinyatakan dalam Akta ini: Dengan syarat bahawa dalam hal apa-apa hutang yang tertunggak kepada Bank menjadi, pada pendapat Bank, terancam, Bank boleh mencagarkan hutang itu dengan apa-apa harta alih atau harta tak alih milik penghutang itu dan boleh memperoleh harta itu, yang hendaklah, walau bagaimanapun, dijual semula pada masa bersesuaian yang paling awal; (e) mengeluarkan atau menerima bil yang boleh dibayar selain atas tuntutan; dan (f) menerima sebagai diskaun, atau sebagai jaminan bagi apa- apa pembiayaan yang diberikan oleh Bank, bil atau nota yang ditandatangani oleh anggota Lembaga atau oleh pegawai atau pekerja Bank.
(a) transaksi antara pemastautin, bukan pemastautin atau pemastautin dengan bukan pemastautin, dalam ringgit atau mata wang asing, atau yang melibatkan emas, logam berharga lain, sekuriti atau instrumen kewangan lain termasuk terbitan; atau (b) penerimaan, serahan atau penahanan mata wang asing, emas atau logam berharga lain: Dengan syarat mana-mana arahan yang diberikan atau kehendak yang dikenakan tidak akan menjejaskan penguatkuasaan pihak atas hak mereka di bawah perjanjian kewangan yang layak.
(a) mana-mana orang selain seorang pemastautin; (b) suatu cawangan, subsidiari, pejabat serantau, pejabat jualan atau pejabat perwakilan syarikat pemastautin di luar negara; (c) Kedutaan, Konsulat, Pesuruhjaya Tinggi, organisasi supranasional atau antarabangsa; (d) seorang warganegara Malaysia yang telah mendapat status pemastautin tetap di suatu negara atau wilayah di luar Malaysia dan sedang menetap di luar Malaysia; atau (e) mana-mana orang lain yang boleh ditentukan oleh Bank sebagai seorang bukan pemastautin; “mata wang asing” hendaklah mempunyai erti seperti dalam subseksyen 2(1) dan sebagai tambahan termasuklah apa-apa dokumen daripada jenis yang dimaksudkan untuk membolehkan orang yang kepadanya dokumen itu dikeluarkan untuk mendapatkan mata wang asing daripada seseorang yang lain atas kredit daripada orang yang mengeluarkannya, dan khususnya apa-apa cek kembara atau draf atau surat kredit lain yang dimaksudkan sedemikian; “orang” ertinya orang sebenar, apa-apa perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi, perkongsian atau apa-apa badan, organisasi, persatuan atau kumpulan orang yang lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan dan sebagai tambahan termasuklah Kerajaan, mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana kerajaan lain; “pemastautin” ertinya — (a) seorang warganegara Malaysia, tidak termasuk seorang warganegara yang telah mendapat status pemastautin tetap di suatu negara atau wilayah di luar Malaysia dan sedang bermastautin di luar Malaysia; (b) seorang bukan warganegara Malaysia yang telah mendapat status pemastautin tetap di Malaysia dan biasanya bermastautin di Malaysia; (c) suatu pertubuhan perbadanan yang diperbadankan atau ditubuhkan, atau berdaftar dengan atau diluluskan oleh mana-mana pihak berkuasa, di Malaysia; (d) suatu badan yang tidak diperbadankan yang berdaftar dengan atau diluluskan oleh mana-mana pihak berkuasa di Malaysia; (e) Kerajaan atau mana-mana Kerajaan Negeri; atau (f) mana-mana orang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank sebagai seorang pemastautin; “sekuriti” ertinya syer, saham, bon, nota (selain nota janji hutang), debentur, saham debentur, unit di bawah suatu skim amanah saham, syer dalam royalti minyak, suatu sekuriti sekunder dan kupon sama ada dalam bentuk tidak berskrip atau mempunyai sijil pembawa, termasuk sijil hakmilik bagi sekuriti atau apa-apa surat perumpukan yang boleh dibatalkan, apa-apa surat hak, apa-apa waran yang memberikan suatu opsyen untuk memperoleh suatu sekuriti, apa-apa sijil deposit berkenaan dengan sekuriti dan apa-apa dokumen lain yang memberikan, atau mengandungi keterangan mengenai, hak ke atas sekuriti sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank; “transaksi” termasuklah — (a) menjual atau membeli; (b) meminjam atau meminjamkan; (c) pembayaran, pemindahan atau penyelesaian; (d) terbitan, pindahan atau penggantian sekuriti; (e) pemberian atau pemerolehan jaminan kewangan, tanggung rugi atau aku janji seumpamanya berkenaan dengan apa-apa hutang, obligasi atau liabiliti; (f) apa-apa perbuatan yang melibatkan, adalah bersama dengan, atau persediaan kepada, perkara dalam perenggan (a), (b), (c), (d), (e) dan (g); atau (g) pengeluaran penyiaran iklan mengenai perkara dalam perenggan (a), (b), (c), (d) dan (e).
kedua-duanya.
(a) supaya mengemukakan data, maklumat atau dokumen itu kepada Bank; atau (b) supaya menghadirkan diri di hadapan seorang pegawai Bank untuk menjawab apa-apa pertanyaan berhubung dengan data, maklumat atau dokumen itu.
(a) data, maklumat atau dokumen yang dikemukakan itu menurut apa-apa kehendak di bawah perenggan (2)(a); atau (b) apa-apa jawapan kepada apa-apa pertanyaan menurut apa- apa kehendak di bawah perenggan (2)(b), adalah benar, betul, lengkap dan tidak mengelirukan.
permulaan kuat kuasa Akta ini atau apa-apa sumpah, aku janji, atau kehendak kerahsiaan yang berlawanan atau apa-apa obligasi di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan sama ada nyata atau tersirat yang berlawanan.
(a) “orang” ertinya orang sebenar, apa-apa perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi, perkongsian atau apa-apa badan, organisasi, persatuan atau kumpulan orang yang lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan dan sebagai tambahan termasuklah Kerajaan, mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana kerajaan lain; “rekod akaun antarabangsa” merujuk secara kolektif kepada rekod imbangan pembayaran dan kedudukan pelaburan antarabangsa Malaysia; “rekod imbangan pembayaran” ertinya rekod transaksi ekonomi dan kewangan Malaysia dengan mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia bagi suatu tempoh yang disifatkan sesuai oleh Bank; “rekod kedudukan pelaburan antarabangsa” ertinya kedudukan aset dan liabiliti kewangan Malaysia dengan mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia setakat tarikh yang disifatkan sesuai oleh Bank; dan (b) Bank boleh menentukan — (i) transaksi ekonomi dan kewangan yang boleh dimasukkan atau tidak dimasukkan dalam rekod imbangan pembayaran itu; (ii) aset dan liabiliti kewangan di luar Malaysia yang boleh dimasukkan atau tidak dimasukkan dalam rekod kedudukan pelaburan antarabangsa; dan (iii) mana-mana wilayah atau tempat sebagai terletak di dalam atau di luar Malaysia.
PERKARA ANTARABANGSA
(a) menyertai apa-apa perkiraan, skim, program atau inisiatif dengan mana-mana bank pusat, pihak berkuasa monetari atau institusi kewangan antarabangsa atau pihak berkuasa lain di luar Malaysia untuk menggalakkan kerjasama monetari, kewangan atau ekonomi secara dua hala, serantau atau antarabangsa; atau (b) dengan kelulusan Menteri atas syor Lembaga, membiayai atau memberikan pembiayaan secara keseluruhan atau sebahagiannya bagi perkiraan, skim, program atau inisiatif yang disebut dalam perenggan (a).
(a) keanggotaan Malaysia dalam Tabung Kewangan Antarabangsa di bawah Akta Perjanjian Bretton Woods 1957 [Akta 472]; (b) keanggotaan Bank dalam Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam menurut Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam 2002 [Akta 623]; dan (c) keanggotaan Malaysia atau Bank dalam mana-mana organisasi antarabangsa yang berkenaan dengannya peruntukan dibuat dalam mana-mana undang-undang persekutuan.
(a) Bank Penyelesaian Antarabangsa; dan (b) mana-mana institusi kewangan antarabangsa lain, dan menjalankan hak dan menunaikan obligasi yang berbangkit daripada keanggotaannya atau penyertaannya dalam Bank Penyelesaian Antarabangsa dan mana-mana institusi kewangan antarabangsa lain.
PEGAWAI DAN PEKERJA
(a) bagi membeli, mendirikan, mengubah, mengubahsuaikan atau membesarkan rumah yang didiaminya atau dicadangkan didiaminya; (b) untuk melepaskan suatu gadai janji atau bebanan atas rumah itu; atau (c) bagi pembelian kenderaan.
AM
(a) mana-mana pegawai atau pekerja Bank; (b) mana-mana orang yang bertindak menurut undang- undang bagi pihak Bank, atau bagi pihak mana-mana pegawai atau pekerja itu, atas sifatnya sebagai seorang yang bertindak bagi pihak itu; atau (c) mana-mana orang yang dilantik menurut Akta ini, bagi atau oleh sebab, atau berkenaan dengan, apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, atau yang berupa sebagai dilakukan atau dibuat, menurut atau pada melaksanakan, atau yang bermaksud untuk menurut atau melaksanakan, Akta ini, apa-apa perintah secara bertulis, arahan, petunjuk, notis atau benda lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini: Dengan syarat bahawa perbuatan atau pernyataan itu dilakukan atau dibuat, atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati.
Kedua atau dalam mana-mana undang-undang bertulis lain.
(a) boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan (b) jika pertubuhan perbadanan itu didapati melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan bagi segala hal keadaan, dia membuktikan — (i) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan (ii) bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan usaha wajar untuk mengelakkan berlakunya kesalahan itu.
(a) oleh pekerja orang itu semasa penggajiannya; (b) oleh ejen itu apabila bertindak bagi pihak orang itu; atau (c) oleh pekerja ejen itu semasa penggajian pekerja itu oleh ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu yang bertindak bagi pihak orang itu.
(a) dalam mana-mana prosiding sivil oleh atau terhadap Bank; atau (b) dalam mana-mana prosiding sivil lain yang Bank dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili, atau untuk didengar, atau selainnya berhak untuk diwakili atau didengar, mana-mana pegawai atau pekerja Bank yang diberi kuasa oleh Gabenor bagi maksud itu, boleh, bagi pihak Bank, memulakan prosiding itu atau hadir sebagai peguam bela dalam prosiding itu dan boleh membuat semua kehadiran dan permohonan dan melakukan semua perbuatan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Bank.
(a) untuk menguatkuasakan seksyen 78; (b) untuk mengadakan peruntukan bagi penalti pentadbiran menurut seksyen 98; (c) untuk memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan itu jadi suatu kesalahan; dan (d) untuk mengadakan peruntukan bagi pengenaan penalti bagi apa-apa kesalahan di bawah peraturan-peraturan itu yang tidak boleh melebihi satu juta ringgit atau pemenjaraan bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(a) melaksanakan matlamatnya dan menjalankan fungsinya atau melakukan urusan atau hal ehwalnya; (b) menguatkuasakan sepenuhnya mana-mana peruntukan Akta ini; atau (c) pelaksanaan lanjut, lebih baik atau lebih mudah peruntukan Akta ini, secara amnya berkenaan dengan Akta ini, atau berkenaan dengan mana-mana peruntukan tertentu Akta ini, atau secara amnya berkenaan dengan penjalanan Bank, mengeluarkan apa-apa garis panduan, undang-undang kecil, pekeliling, piawaian atau notis sebagaimana yang dianggap perlu atau suai manfaat oleh Bank.
menyampaikan kepada orang itu suatu notis bertulis yang menghendakinya untuk menunjukkan sebab mengapa penalti pentadbiran itu tidak patut dikenakan terhadapnya.
PEMANSUHAN, KECUALIAN DAN PERALIHAN
(a) Bahagian III Akta dimansuhkan hendaklah terus mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya sehingga tarikh yang ditetapkan oleh Menteri mengikut subseksyen 1(2) bagi permulaan kuat kuasa Bahagian VIII Akta ini; (b) subperenggan 30(1)(oo)(ii), (iii), (iiia), (iv) dan (v) Akta dimansuhkan hendaklah terus mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya sehingga tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta bagi pemansuhan itu berkuat kuasa; (c) modal Bank di bawah Akta dimansuhkan yang pada permulaan kuat kuasa Akta ini ialah satu ratus juta ringgit yang amaun dua puluh juta ringgit merupakan modal Bank yang dilanggan dan dibayar oleh Kerajaan di bawah subseksyen 6(2) Akta dimansuhkan semasa penubuhan Bank dan amaun tambahan lapan puluh juta ringgit yang dilanggan dan dibayar kemudiannya oleh Kerajaan menurut subseksyen 6(3) Akta dimansuhkan hendaklah terus menjadi modal Bank di bawah Akta ini; (d) orang yang memegang jawatan di bawah Akta dimansuhkan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini sebagai — (i) Gabenor; (ii) Timbalan Gabenor; (iii) pengarah; atau (iv) pegawai atau pekerja Bank, hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah Akta ini dan hendaklah terus memegang jawatan itu bagi tempoh jawatan orang itu yang belum habis tempohnya di bawah Akta dimansuhkan pada masa Akta itu dimansuhkan di bawah seksyen 99; (e) Ibu Pejabat dan mana-mana cawangan yang dibuka, atau mana-mana ejen, koresponden atau wakil yang dilantik di bawah Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan telah dibuka dan dilantik di bawah atau mengikut Akta ini; (f) Majlis Penasihat Syariah yang ditubuhkan dan anggota- anggotanya yang dilantik di bawah Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan ditubuhkan dan dilantik, mengikut mana- mana yang berkenaan, di bawah atau mengikut Akta ini; (g) mata wang kertas dan syiling yang dikeluarkan di bawah Akta dimansuhkan dan yang sah diperlakukan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus sah diperlakukan di Malaysia pada nilai muka sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 24 Akta dimansuhkan dan tiap-tiap kontrak, jualan, bayaran, bil, nota, instrumen dan jaminan bagi wang dan tiap-tiap transaksi, urus niaga, perkara dan benda yang berhubungan dengan wang atau melibatkan bayaran, atau liabiliti untuk membayar, apa-apa wang yang jika tidak kerana perenggan ini akan menjadi telah dilakukan, disempurnakan, dibuat, diselesaikan dan didapati dalam, dan berhubung dengan mata wang kertas dan syiling yang dikeluarkan di bawah Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan telah dilakukan, disempurnakan, dibuat, diselesaikan dan didapati dengan sah, dalam dan berhubung dengan mata wang kertas dan syiling yang dikeluarkan di bawah Akta ini; (h) mata wang kertas dan syiling yang dikeluarkan di bawah Akta dimansuhkan yang terhenti menjadi sah diperlakukan hendaklah tidak terjejas oleh Akta ini dan apa-apa obligasi Bank yang berhubungan dengan mata wang kertas dan syiling di bawah Akta dimansuhkan hendaklah terus berkuat kuasa di bawah Akta ini; (i) perundangan subsidiari dan apa-apa kelulusan, arahan, keputusan, pengecualian, arahan amanah, syor, penentuan dan tindakan eksekutif lain yang dibuat atau dilakukan di bawah Akta dimansuhkan dan berkuat kuasa atau mempunyai kesan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah disifatkan telah dibuat atau dilakukan di bawah peruntukan yang bersamaan Akta ini, dan hendaklah terus mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya berhubung dengan orang yang kepadanya ia terpakai sehingga dipinda atau digantikan; (j) apa-apa arahan, notis atau pekeliling yang dikeluarkan, atau apa-apa perbuatan atau benda yang telah dilakukan, oleh Bank berhubung dengan perniagaan kewangan Islam, atau apa-apa keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Penasihat Syariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 16 B Akta dimansuhkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan telah dikeluarkan, dilakukan atau dibuat dengan sah di bawah Akta ini dan hendaklah terus mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya berhubung dengan orang yang kepadanya ia terpakai sehingga dipinda atau digantikan; (k) apa-apa sekuriti yang diterbitkan oleh Bank di bawah — (i) subperenggan 30(1)(bb)(i) Akta dimansuhkan dan apa-apa hak atau liabiliti yang berhubungan dengan sekuriti itu hendaklah berterusan di bawah Akta dimansuhkan sehingga obligasi itu dilepaskan; dan (ii) subperenggan 30(1)(bbb)(i) Akta dimansuhkan dan apa-apa hak atau liabiliti yang berhubungan dengan sekuriti itu hendaklah disifatkan sebagai terus diterbitkan di bawah atau mengikut Akta ini; (l) semua transaksi, urus niaga, kontrak, surat kuasa wakil atau perkiraan yang disempurnakan atau dibuat menurut undang-undang dan semua perniagaan yang dilakukan menurut undang-undang, di bawah atau mengikut Akta dimansuhkan dengan mana-mana orang lain hendaklah disifatkan telah disempurnakan, dibuat atau dilakukan menurut undang-undang dan secara sah, di bawah atau mengikut Akta ini, dan dengan demikian itu, apa-apa hak atau liabiliti di bawah transaksi, urus niaga atau urusan itu yang wujud sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai terus menurut undang- undang dan sah di bawah Akta ini; (m) tiada apa jua pun boleh menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta dimansuhkan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini; (n) apa-apa prosiding undang-undang, pendakwaan jenayah, penyiasatan atau prosiding tatatertib yang belum selesai di bawah Akta dimansuhkan hendaklah diteruskan di bawah Akta dimansuhkan; (o) mana-mana pertubuhan perbadanan, rumah penjelasan, biro kredit atau mana-mana sistem yang ditubuhkan atau dikendalikan oleh Bank di bawah Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan telah ditubuhkan atau dikendalikan di bawah atau mengikut Akta ini; (p) apa-apa sekuriti atau syer yang dilanggan, diperoleh atau dipegang oleh Bank di bawah Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan telah dilanggan, diperoleh atau dipegang oleh Bank menurut undang-undang dan sah di bawah atau mengikut Akta ini; (q) apa-apa surat ikatan amanah atau surat ikatan yang dikeluarkan atau disempurnakan di bawah Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan telah dikeluarkan atau disempurnakan menurut undang-undang dan secara sah di bawah atau mengikut Akta ini; (r) apa-apa rizab yang disimpan oleh institusi perbankan atau bank Islam di Bank menurut perenggan 37(1)(c) atau (d) Akta dimansuhkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disifatkan telah disimpan di bawah atau mengikut Akta ini; (s) apa-apa obligasi menurut apa-apa pemberian, pinjaman atau bayaran lain yang dibuat oleh Bank di bawah Akaun Kebajikan Kakitangan Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah subseksyen 15(5) atau apa-apa biasiswa yang diberikan oleh Bank di bawah seksyen 49 Akta dimansuhkan hendaklah terus berkuat kuasa di bawah Akta dimansuhkan sehingga obligasi itu dilepaskan; (t) apa-apa pinjaman yang diberikan oleh Bank di bawah seksyen 49 Akta dimansuhkan hendaklah terus berkuat kuasa di bawah Akta dimansuhkan sehingga pinjaman itu diselesaikan; (u) Kumpulan Wang Rizab Am yang ditubuhkan di bawah seksyen 7 Akta dimansuhkan, apa-apa kumpulan wang pencen dan simpanan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 15(3) Akta dimansuhkan dan Akaun Kebajikan Kakitangan Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah subseksyen 15(5) Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan telah ditubuhkan di bawah atau mengikut Akta ini dan apa- apa wang yang ada dalam atau kena dibayar kepada kumpulan wang itu hendaklah dipindahkan kepada dan disifatkan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Rizab Am, kumpulan wang pencen dan simpanan dan Akaun Kebajikan Kakitangan Bank Negara Malaysia, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah Akta ini; (v) apa-apa harta alih, harta tak alih dan aset yang dibeli, diperoleh, dipajak atau dipegang oleh Bank di bawah Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan telah dibeli, diperoleh, dipajak atau dipegang di bawah atau mengikut Akta ini; (w) apa-apa sebutan mengenai Akta dimansuhkan dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Akta ini dan apa-apa sebutan mengenai mana-mana peruntukan tertentu Akta dimansuhkan dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai peruntukan Akta ini yang hampir-hampir bersamaan dengan peruntukan tertentu itu; (x) apa-apa keanggotaan Bank dalam mana-mana organisasi atau pada mana-mana jawatankuasa atau suruhanjaya yang dilantik oleh Kerajaan atau penyertaan dalam mana- mana kerjasama atau skim dua hala, serantau atau antarabangsa di bawah Akta dimansuhkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terus berkuat kuasa di bawah Akta ini bagi tempoh yang belum habis bagi keanggotaan atau penyertaan itu; (y) apa-apa perbuatan yang dikehendaki dilakukan di bawah Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan sebagai dikehendaki dilakukan di bawah atau mengikut Akta ini; dan (z) apa-apa hak, faedah, keistimewaan, obligasi atau liabiliti lain yang diperoleh, terakru atau ditanggung di bawah Akta dimansuhkan, termasuk apa-apa obligasi untuk memelihara kerahsiaan, tidak terjejas oleh Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah Akta ini telah tidak diperbuat. Jadual Pertama [Seksyen 21 dan 23]
Jawatankuasa (1) Kuorum (2) Kekerapan mesyuarat (3) Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga Tidak kurang daripada dua per tiga anggota Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga Sekurang- kurangnya dua kali setahun Jawatankuasa Audit Lembaga Tidak kurang daripada dua per tiga anggota Jawatankuasa Audit Lembaga Sekurang- kurangnya empat kali setahun Jawatankuasa Risiko Lembaga Tidak kurang daripada dua per tiga anggota Jawatankuasa Risiko Lembaga Sekurang- kurangnya dua kali setahun Jawatankuasa Dasar Monetari Tidak kurang daripada dua per tiga anggota Jawatankuasa Dasar Monetari yang dua daripadanya mestilah Gabenor (atau semasa ketiadaan Gabenor, Timbalan Gabenor yang ditetapkan oleh Sekurang- kurangnya enam kali setahun Lembaga di bawah subseksyen 15(7)) dan seorang Timbalan Gabenor
(a) ketiadaan mana-mana anggota; (b) apa-apa kecacatan yang diketahui kemudiannya mengenai pelantikan atau kelayakan mana-mana anggota atau penubuhan jawatankuasa; (c) apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan dalam mengadakan atau mengendalikan sesuatu mesyuarat; atau (d) kehadiran atau penyertaan seseorang yang bukan seorang anggota jawatankuasa.
mana orang di luar jawatankuasa itu.
Jadual Kedua [Seksyen 28]
Jadual Ketiga [Seksyen 36]
(a) mengenai suatu gadaian yang baginya seksyen 108 Akta Syarikat 1965 terpakai dan yang didaftarkan dengan sewajarnya mengikut seksyen itu; (b) mengenai tanah yang telah didaftarkan dengan sewajarnya di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318], Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965], Ordinan Tanah yang berhubungan dengan Negeri Sabah [Sabah Cap. 68] atau Kanun Tanah yang berhubungan dengan Negeri Sarawak [Cap. 81]; (c) mengenai suatu kapal yang didaftarkan dengan sewajarnya di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 [Ord. 70/1952]; atau (d) yang didaftarkan dengan sewajarnya di bawah mana-mana undang- undang lain atau di bawah undang-undang asing; “kepentingan mengenai tanah” ertinya— (a) apa-apa kepentingan mengenai tanah, sama ada berdaftar atau boleh didaftar, termasuk kepentingan yang baginya Akta Hakmilik Strata 1985 terpakai dan yang boleh dipindahmilikkan di bawah Bahagian Empat Belas Kanun Tanah Negara atau yang berhubungan dengan Negeri Sabah, Bahagian V Ordinan Tanah atau yang berhubungan dengan Negeri Sarawak, Bahagian VII Kanun Tanah; (b) apa-apa kaveat Pendaftar, kaveat pemegang lien atau kaveat lain; atau (c) apa-apa hak dan kelayakan lain yang berhubungan dengan tanah; “obligasi didedahkan” ertinya sesuatu obligasi atau liabiliti yang terhutang kepada penanggung obligasi oleh pemindah di bawah atau berkenaan dengan aset dan yang obligasi atau liabiliti didedahkan oleh pemindah kepada penerima pindahan secara bertulis sebelum tarikh peletakhakan; “pemindah” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 36(18); “penanggung obligasi” ertinya mana-mana orang yang berhutang suatu tugas atau obligasi dalam apa-apa bentuk, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen, kepada pemindah di bawah atau berkenaan dengan sesuatu aset, termasuk tanpa batasan, seseorang penanggung obligasi di bawah mana-mana perkiraan pembiayaan atau cagaran atau hak dalam tindakan yang lain; “penerima pindahan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 36(18); “perintah peletakhakan” ertinya suatu perintah yang dibuat di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) dan termasuklah suatu perintah peletakhakan gentian yang dibuat di bawah perenggan 11 Jadual ini; “Pihak Berkuasa Pendaftaran” termasuklah — (a) pendaftar mana-mana mahkamah; (b) Pendaftar Syarikat yang ditetapkan di bawah subseksyen 7(1) Akta Syarikat 1965; (c) Pendaftar sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 5 Kanun Tanah Negara, Pendaftar sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 4 Ordinan Tanah yang berhubungan dengan Negeri Sabah atau Pendaftar di bawah Kanun Tanah yang berhubungan dengan Negeri Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan; (d) pendaftar kapal Malaysia yang dilantik di bawah subseksyen 14(1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan termasuklah Pendaftar Besar Kapal yang dilantik di bawah subseksyen 14(1) Ordinan itu; atau (e) depositori pusat, seseorang ejen depositori yang diberi kuasa atau mana-mana orang yang menyenggara suatu daftar atau rekod keempunyaan, kepentingan atau sekuriti; “tarikh peletakhakan” ertinya tarikh yang dinyatakan dalam suatu perintah peletakhakan sebagai tarikh yang apa-apa perniagaan, aset, liabiliti, atau syer atau instrumen modal lain terletak hak atau disifatkan terletak hak pada penerima pindahan; “tuntutan” ertinya apa-apa tuntutan, pembelaan, tuntutan balas, tolakan, prosiding undang-undang atau prosiding lain, tindakan, ekuiti atau apa-apa jenis kepentingan ekuiti oleh seseorang penanggung obligasi atau mana-mana pihak ketiga terhadap seseorang pemindah, atau berkenaan dengan apa-apa perniagaan, aset atau liabiliti, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen; “tuntutan didedahkan” ertinya apa-apa tuntutan khusus yang didedahkan oleh pemindah kepada penerima pindahan secara bertulis sebelum tarikh peletakhakan.
(a) memaklumkan atau mendapatkan kelulusan pemegang syer atau pemiutang mereka dalam suatu mesyuarat agung atau selainnya walau apa pun apa-apa kontrak atau undang-undang termasuk tanpa batasan seksyen 132 C , 132 D dan 132 E Akta Syarikat 1965 atau apa-apa jua dalam dokumen konstituen mereka; atau (b) membuat suatu tawaran pengambilan alih atau dikehendaki memperoleh syer pemegang syer lain pemindah itu atau peminjamnya walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam apa-apa kontrak atau undang-undang.
A ), sesuatu perintah peletakhakan boleh menyekat atau mencegah penamatan apa-apa perjanjian atau transaksi mengikut termanya tertakluk kepada syarat yang dikenakan dalam perintah peletakhakan itu. (5 A ) Jika sesuatu perintah peletakhakan dibuat dan perjanjian kewangan yang layak telah dipindah menurut perintah itu, penerima pindahan akan mengambil alih semua hak dan obligasi di bawah mana-mana perjanjian kewangan yang layak pemindah daripada siapa perjanjian itu telah dipindahkan. (5 B ) Jika perjanjian kewangan yang layak dipindah kepada penerima pindahan, penguatkuasaan oleh pihak atas hak mereka di bawah perjanjian kewangan yang layak itu hendaklah mengikut terma perjanjian itu seolah-olah penerima pindahan sentiasa menjadi suatu pihak kepada perjanjian itu. (5 C ) Jika perjanjian kewangan yang layak pemindah itu dipindah kepada penerima pindahan dan jika seseorang itu merupakan pihak balas kepada dua atau lebih transaksi kewangan yang layak di bawah perjanjian kewangan yang layak dengan pemindah, semua atau tiada transaksi kewangan yang layak hendaklah dipindah kepada penerima pindahan itu. (5 D ) Jika perjanjian kewangan yang layak yang berhubungan dengan cagaran kewangan yang terpakai bagi mana-mana harta pemindah dipindahkan, harta itu hendaklah dipindahkan kepada penerima pindahan.
(a) seseorang pemindah untuk memberikan maklumat dan bantuan kepada seorang penerima pindahan; atau (b) seseorang penerima pindahan untuk memberikan maklumat dan bantuan kepada pemindah.
menyerah hak, menjual, melupus, membuat novasi atau memindah apa-apa perniagaan, aset atau liabiliti hendaklah setakat yang apa-apa had, larangan atau kehendak persetujuan berkenaan, mempunyai apa-apa pemakaian atau kesan berkenaan dengan apa-apa perintah yang dibuat oleh Bank di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii).
(a) dalam hal jika suatu aset dipegang oleh pemindah secara berseorangan sebaik sebelum tarikh peletakhakan itu, aset itu hendaklah pada dan dari tarikh peletakhakan itu terletak hak pada penerima pindahan itu; dan (b) dalam hal jika aset itu dipegang bersesama oleh pemindah dengan seorang lain sebaik sebelum tarikh peletakhakan itu, aset itu hendaklah pada dan dari tarikh peletakhakan itu terletak hak pada penerima pindahan mengikut subperenggan (5) bersesama dengan orang lain itu.
(a) bagi maksud perenggan 6 A
(b) kepentingan penerima pindahan mengenai syer hendaklah diabaikan bagi maksud seksyen 6 A * Akta Syarikat 1965.
(a) penerima pindahan hendaklah mengambil alih dan diletak hak dengan liabiliti itu dan menjadi bertanggungan, dan bukannya pemindah, untuk melepaskan liabiliti itu; (b) pemindah hendaklah disifatkan telah dibebaskan dan dilepaskan daripada liabiliti itu; dan (c) mana-mana pendeposit, pemiutang atau orang lain yang kepadanya dihutang liabiliti itu hendaklah disifatkan telah memberikan persetujuan kepada dan menerima pengambilalihan liabiliti itu oleh penerima pindahan.
(a) setiap penanggung obligasi berkenaan dengan aset itu, hendaklah disifatkan telah membebaskan dan melepaskan pemindah daripada segala obligasi didedahkan berkenaan dengan aset itu; (b) mana-mana orang yang mempunyai apa-apa hak, hakmilik atau kepentingan mengenai aset itu, hendaklah disifatkan telah memberikan persetujuan kepada dan menerima peletakhakan itu pada penerima pindahan bagi kesemua obligasi didedahkan berkenaan dengan aset itu; (c) sesuatu perjanjian atau surat cara sedia ada, sama ada dalam bentuk suatu surat ikatan, wasiat atau selainnya, atau perintah mana-mana mahkamah, yang di bawah atau menurut kuasanya, pemindah mempunyai hakmilik atau pemunyaan atau hak ke atas aset itu hendaklah ditafsirkan dan hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah- olah bagi apa-apa sebutan dalamnya mengenai pemindah telah digantikan dengan sebutan mengenai penerima pindahan; (d) sesuatu perjanjian atau surat cara sedia ada berhubung dengan aset yang baginya pemindah ialah pihak kepadanya hendaklah mempunyai kuat kuasa setakat yang ia terpakai bagi obligasi didedahkan, tuntutan didedahkan dan kepentingan berdaftar seolah-olah penerima pindahan itu telah menjadi suatu pihak kepadanya dan bukannya pemindah; (e) sesuatu arahan, perintah, mandat, surat kuasa wakil, kuasa, aku janji atau persetujuan sedia ada berhubung dengan suatu akaun yang diberikan kepada pemindah, sama ada berseorangan atau bersesama dengan seorang yang lain, hendaklah disifatkan mempunyai kuat kuasa, seolah-olah diberikan kepada penerima pindahan itu sama ada berseorangan atau bersesama dengan seorang lain itu, mengikut mana- mana yang berkenaan; (f) jika apa-apa cagaran dipegang sebaik sebelum tarikh peletakhakan oleh pemindah, atau oleh seorang penama atau pemegang amanah bagi pemindah, sebagai cagaran untuk pembayaran atau pelepasan apa-apa liabiliti bagi mana-mana orang, cagaran itu hendaklah dipegang oleh penerima pindahan, penama atau pemegang amanah itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagai penama, atau pemegang amanah bagi, penerima pindahan itu dengan keutamaan yang sama seperti pemindah itu, dan setakat yang liabiliti itu, hendaklah tersedia kepada penerima pindahan sebagai cagaran bagi pembayaran atau pelepasan liabiliti itu, dan jika mana-mana cagaran itu meliputi pendahuluan masa hadapan atau liabiliti oleh masa hadapan, hendaklah dipegang oleh dan tersedia kepada penerima pindahan itu sebagai cagaran bagi pendahuluan masa hadapan oleh atau liabiliti masa hadapan pada penerima pindahan itu mengikut cara yang sama dalam segala hal sebagai pendahuluan masa hadapan oleh atau liabiliti masa hadapan pada pemindah itu dijamin oleh itu sebaik sebelum tarikh peletakhakan; (g) sebagai tambahan kepada apa-apa hak, kuasa atau remedi lain yang diberikan kepada penerima pindahan itu dalam Jadual ini, penerima pindahan hendaklah mempunyai hak, kuasa dan remedi (dan khususnya hak dan kuasa mengenai pengambilan atau penentangan prosiding undang-undang atau prosiding lain atau pembuatan atau penentangan permohonan kepada mana-mana pihak berkuasa) bagi menentukan, melindungi atau menguatkuasakan hak, hakmilik, kepentingan dan obligasi didedahkan yang terletak hak pada penerima pindahan termasuk hak, hakmilik, kepentingan atau obligasi itu berkenaan dengan mana-mana prosiding undang-undang atau prosiding lain atau permohonan kepada mana-mana pihak berkuasa yang belum selesai sebaik sebelum tarikh peletakhakan oleh atau terhadap pemindah, dan penentangan mana-mana tuntutan didedahkan atau kepentingan berdaftar seolah-olah mereka pada setiap masa mempunyai hak, hakmilik, kepentingan atau obligasi penerima pindahan; (h) sesuatu penghakiman atau award yang didapati oleh pemindah dan tidak diselesaikan sepenuhnya sebelum tarikh peletakhakan hendaklah dikuatkuasakan oleh penerima pindahan itu; (i) tiada pemerolehan oleh penerima pindahan atau pelupusan oleh pemindah, menjadi tidak sah atau boleh batal disebabkan oleh pemakaian mana-mana undang-undang; (j) jika apa-apa— (i) keuntungan atau pulangan lain; atau (ii) faedah, yang kena dibayar di bawah mana-mana perjanjian hendak ditentukan dengan merujuk kepada kos dana atau kadar pinjaman asas atau rujukan lain oleh pemindah, atau tidak lagi boleh ditentukan sebagaimana yang diperuntukkan dalam perjanjian, pulangan atau faedah kena dibayar itu di bawah perjanjian itu hendaklah sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 94 atau dalam apa-apa hal tertentu, sebagaimana yang dipersetujui oleh penerima pindahan dengan penanggung obligasi; (k) jika jagaan bagi apa-apa barang, benda atau dokumen dipegang oleh pemindah sebagai baili sebaik sebelum tarikh peletakhakan itu, barang, benda atau dokumen itu hendaklah disifatkan telah berpindah kepada penerima pindahan itu dan hak dan obligasi didedahkan bagi pemindah itu di bawah mana-mana kontrak bailmen hendaklah berpindah bebas daripada apa-apa tuntutan kecuali tuntutan didedahkan; (l) suatu instrumen boleh niaga atau perintah bagi pembayaran wang yang diberikan kepada atau dikeluarkan atas atau diterima oleh pemindah, sama ada diberikan, dikeluarkan atau diterima sebelum, pada atau selepas tarikh peletakhakan itu, hendaklah mempunyai kesan yang sama pada dan dari tarikh peletakhakan itu, seolah-olah ia telah diberikan kepada atau dikeluarkan atas atau diterima oleh penerima pindahan itu; dan (m) apa-apa akaun antara pemindah dengan pelanggannya hendaklah menjadi suatu akaun antara penerima pindahan dengan pelanggan itu, tertakluk kepada syarat dan insiden sebelum itu, dan akaun itu hendaklah disifatkan bagi segala maksud sebagai suatu akaun berterusan tunggal.
(a) dianggap sebagai meletakkan— (i) penerima pindahan itu; (ii) pemindah itu; (iii) mana-mana orang yang mendapat hakmilik daripada penerima pindahan; atau (iv) mana-mana orang lain, yang mungkir atau ingkar di bawah, apa-apa kontrak, perjanjian, aku janji, jaminan, tanggung rugi atau perkiraan lain, atau pecah kepercayaan; (b) dianggap sebagai menimbulkan suatu hak atau kewajipan bagi mana- mana orang untuk— (i) menamatkan, membatalkan, mengubahsuaikan atau menggantikan sesuatu perjanjian; (ii) menguatkuasakan atau mempercepat pelaksanaan sesuatu obligasi; atau (iii) menghendaki pelaksanaan sesuatu obligasi yang tidak secara lain berbangkit untuk pelaksanaan; (c) dianggap sebagai meletakkan pemindah, penerima pindahan atau mana-mana orang lain dalam melanggar mana-mana undang-undang atau perjanjian yang melarang, menyekat atau mengawal selia penyerahhakan, penjualan, pelupusan atau pemindahan milik apa-apa aset atau penzahiran maklumat; (d) melepaskan seorang penjamin daripada sesuatu obligasi; (e) menidaksahkan atau melepaskan sesuatu kontrak atau cagaran; atau (f) dianggap sebagai menamatkan, membatalkan atau mengubah apa-apa hak, keistimewaan, pengecualian (termasuk apa-apa pengecualian cukai) atau keutamaan yang pemindah berhak kepadanya dan yang menurut kuasa Jadual ini telah terletak hak pada penerima pindahan itu.
(a) bahawa, orang itu ada atau mungkin ada suatu tolakan atau tuntutan balas terhadap pemindah atau mana-mana orang lain; (b) bahawa mana-mana orang yang mempunyai kepentingan terdahulu, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, dalam perniagaan, aset atau liabiliti; (c) bahawa mana-mana orang yang menjadi pihak kepada atau mengambil bahagian dengan apa-apa fraud, desakan, paksaan, pengaruh tidak wajar atau salah nyata; (d) bahawa terdapat kesilapan undang-undang atau fakta; (e) bahawa mana-mana perjanjian yang berkaitan dengan perniagaan, aset atau liabiliti itu adalah bagi melaksanakan maksud yang menyalahi undang-undang atau bahawa apa-apa balasan yang diberikan atau diterima di bawahnya adalah menyalahi undang-undang, atau matlamat perjanjian itu yang membentuk atau menjadi sebahagian daripada perniagaan, aset, liabiliti itu adalah menyalahi undang- undang; (f) bahawa terdapat kegagalan balasan secara menyeluruh atau tiada balasan atau terdapat apa-apa balasan yang gagal sebahagiannya; (g) bahawa orang yang menyempurnakan, disifatkan telah menyempurnakan atau menjadi pihak kepada, mana-mana dokumen hakmilik bagi aset atau kontrak bertulis yang menjadi keterangan, membangkitkan atau menjamin aset atau liabiliti itu, tidak memahami dokumen itu; (h) bahawa orang yang menyempurnakan, disifatkan telah menyempurnakan atau menjadi pihak kepada, mana-mana dokumen hakmilik bagi aset itu atau kontrak bertulis yang menjadi keterangan, membangkitkan atau menjamin aset atau liabiliti itu tidak mempunyai keupayaan atau kuasa untuk melakukannya; dan (i) bahawa terdapat kekhilafan dalam mana-mana penyata akaun yang dikeluarkan oleh pemindah atau mana-mana orang lain berkenaan dengan liabiliti atau apa-apa hutang yang berkaitan dengan aset itu.
(a) penghapusan hak pemegang waran atau instrumen lain yang memberi hak kepada pemegang untuk memperoleh syer dalam institusi kewangan yang telah terhenti menjadi berdaya maju atau yang dianggap oleh Bank berkemungkinan menjadi tidak berdaya maju di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii); (b) institusi kewangan yang telah terhenti menjadi berdaya maju atau yang dianggap oleh Bank berkemungkinan menjadi tidak berdaya maju di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) untuk tidak menerbitkan apa-apa syer, waran selanjutnya, atau sekuriti lain yang boleh diubah atau ditukar kepada syer dalam institusi kewangan itu; (c) apa-apa syer atau instrumen modal suatu institusi kewangan yang telah terhenti menjadi berdaya maju atau yang dianggap oleh Bank berkemungkinan menjadi tidak berdaya maju di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) untuk diubah daripada satu bentuk atau golongan kepada yang lain; atau (d) penyingkiran daripada senarai rasmi mana-mana pasaran saham syer pemindah itu atau sesuatu golongan sekuriti tertentu pemindah itu.
(a) di Semenanjung Malaysia, apabila diterima — (i) bayaran fi yang ditetapkan; dan (ii) perintah peletakhakan, Pendaftar di bawah Kanun Tanah Negara hendaklah, tanpa keperluan bagi apa-apa permohonan lanjut atau pemfailan apa-apa dokumen lanjut, membuat suatu memorial pada dokumen hakmilik daftaran dan membuat apa-apa catatan lain dan pada amnya melaksanakan segala hal yang diperlukan untuk menguatkuasakan peletakhakan itu; (b) di Sabah, apabila diterima — (i) bayaran fi yang ditetapkan; dan (ii) perintah peletakhakan, Pendaftar di bawah Ordinan Tanah yang berhubungan dengan Negeri Sabah hendaklah, tanpa keperluan bagi apa-apa permohonan lanjut atau pemfailan apa-apa dokumen lanjut, membuat suatu memorial pada dokumen hakmilik daftaran dan membuat apa-apa catatan lain dan pada amnya melaksanakan segala hal yang diperlukan untuk menguatkuasakan peletakhakan itu; atau (c) di Sarawak, apabila diterima— (i) bayaran fi yang ditetapkan; dan (ii) perintah peletakhakan, Pendaftar di bawah Kanun Tanah yang berhubungan dengan Negeri Sarawak hendaklah, tanpa keperluan bagi apa-apa permohonan lanjut atau pemfailan apa-apa dokumen lanjut, membuat suatu memorial pada dokumen hakmilik daftaran dan membuat apa-apa catatan lain dan pada amnya melaksanakan segala hal yang diperlukan untuk menguatkuasakan peletakhakan itu.
(a) bayaran fi yang ditetapkan; dan (b) perintah peletakhakan, tanpa keperluan bagi apa-apa permohonan lanjut atau pemfailan apa-apa dokumen lanjut, melakukan segala perkara dan membuat segala catatan atau memorial pada mana-mana daftar atau rekod yang disimpan oleh Pihak Berkuasa Pendaftaran sebagaimana yang perlu untuk memberi kuat kuasa kepada peletakhakan mana-mana perniagaan, aset atau liabiliti, syer atau instrumen modal lain yang disebut dalam subperenggan 32(1)(c)(iii) yang baginya perintah peletakhakan itu berkaitan.
A
sesuatu perintah peletakhakan gantian yang dibuat di bawah subperenggan (1) hendaklah didaftarkan atau difailkan, tempoh itu hendaklah bermula dari tarikh perintah peletakhakan gantian itu dikeluarkan.
“aset asing” ertinya aset pemindah di luar Malaysia; “liabiliti asing” ertinya liabiliti pemindah yang akan dilepaskan di luar Malaysia; “undang-undang asing” ertinya undang-undang negara atau wilayah di luar Malaysia yang dalamnya aset pemindah terletak atau liabiliti pemindah akan dilepaskan.
(a) memegang aset itu sebagai pemegang amanah bagi manfaat penerima pindahan itu bersama-sama dengan apa-apa aset tambahan atau hak yang terakru disebabkan oleh aset asal atau hak; dan (b) melepaskan apa-apa liabiliti bagi pihak penerima pindahan itu.
SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari Akta A1448 Akta Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2013 Akta A1616 Akta Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2020 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A1448 Akta A1448 Akta A1448 Akta A1448 Akta A1448 Akta A1448 Akta A1448 Akta A1616 Akta A1616 Akta A1616 66 A Akta A1616 Akta A1616 Akta A1448 Akta A1448 Jadual Ketiga Akta A1448