로고

Sebagaimana pada 1 Disember 2015

SUSUNAN SEKSYEN B AHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Nama dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran Bahagian II PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA 3. Penubuhan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 4. Keanggotaan Perbadanan 5. Saraan dan elaun 6. Mesyuarat Perbadanan 7. Tugas Perbadanan 8. Kuasa Perbadanan 9. Kuasa menubuhkan anak perbadanan dan syarikat B AHAGIAN III PENTADBIRAN 10. Pelantikan Ketua Pengarah 11. Pelantikan pegawai dan pekhidmat lain 12. Bahagian pentadbiran Seksyen 13. Jawatankuasa 14. Mesyuarat jawatankuasa B AHAGIAN IV KEWANGAN 15. Kumpulan Wang 16. Kuasa meminjam 17. Anggaran pendapatan dan perbelanjaan 18. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 19. Laporan tahunan Bahagian V LESEN UNTUK MENGGUNAKAN LOGO PERBADANAN 20. Logo Perbadanan 21. Lesen untuk menggunakan logo Perbadanan 22. Tugas orang berlesen 23. Pembatalan dan penggantungan lesen 24. Kesalahan Bahagian VI TUGAS DAN KUASA TERTENTU KETUA PENGARAH 25. Rancangan untuk perkembangan masa depan 26. Penyebaran maklumat 27. Penjagaan perkara berkenaan dengan jual beli barang, bahan, dan keluaran Perbadanan 28. Pengiklanan dan publisiti B AHAGIAN VII PERUNTUKAN PELBAGAI 29. Meterai Perbadanan bagi Perbadanan 30. Arahan Menteri Seksyen 31. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 32. Pekhidmat awam 33. (Dipotong) 34. Kewajipan menyimpan rahsia 35. Prosiding sivil 36. Kuasa membuat peraturan-peraturan 37. Pemansuhan J ADUAL

Bahagian I Nama dan permulaan kuat kuasa

PERMULAAN

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada suatu tarikh yang akan ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Tafsiran

2. Dalam Akta ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain–

“anak perbadanan” ertinya sesuatu anak perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 9; “jawatankuasa” ertinya sesuatu jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 13; “keluaran kraftangan” ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil daripada sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan, dan termasuklah apa-apa keluaran batik; dan “keluaran batik” ertinya apa-apa barang, walau bagaimana pun dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 10; “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 15; “Perbadanan” ertinya Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia yang disebutkan dalam seksyen 3; “perusahaan kraftangan” ertinya apa-apa perusahaan yang menjalankan usaha mengeluarkan keluaran kraftangan ; “syarikat” ertinya sesuatu syarikat yang diperbadankan menurut Akta Syarikat 1965 [Akta 125].

Bahagian II Penubuhan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA

3. (1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu perbadanan bernama “Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia” yang kekal turun temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan yang boleh membawa dan dibawa guaman atas nama tersebut dan, tertakluk kepada Akta ini dan bagi maksudnya, boleh membuat kontrak dan boleh memegang dan menjual beli atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih dan melakukan semua perkara dan hal lain yang bersampingan atau berkenaan dengan pertubuhan perbadanan.

(2) Keanggotaan Perbadanan

Apabila sahaja mula berkuat kuasanya Akta ini, perbadanan yang dikenali sebagai “Lembaga Kraftangan Malaysia” yang ditubuhkan menurut Perintah Majlis Amanah Rakyat (Lembaga Kraftangan Malaysia) 1973 [P.U.(A) 299/1973] hendaklah dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, hendaklah disifatkan sebagai perbadanan yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1), dan tidak lagi dianggap sebagai suatu perbadanan yang ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat di bawah seksyen 25 Akta Malis Amanah Rakyat 1966 [Akta 489].

4. (1) Perbadanan hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut, iaitu:

(a) seorang Pengerusi; (b) seorang Timbalan Pengerusi; (c) Ketua Pengarah; dan (d) tidak kurang daripada lima tetapi tidak lebih daripada sembilan anggota lain yang sekurang-kurangnya tiga daripadanya adalah pegawai-pegawai awam.

(2)

Anggota Perbadanan, selain Ketua Pengarah, yang menjadi seorang anggota oleh sebab pelantikannya sebagai Ketua Pengarah, hendaklah dilantik oleh Menteri.

(3)

Menteri hendaklah, berkenaan dengan tiap-tiap anggota Perbadanan yang adalah pegawai awam, melantik seorang anggota silih ganti yang boleh menghadiri mana-mana mesyuarat Perbadanan yang tidak dapat dihadiri oleh anggota yang berkenaan itu atas sesuatu sebab; dan anggota silih ganti, apabila menghadiri mesyuarat Perbadanan, hendaklah bagi semua maksud disifatkan sebagai seorang anggota Perbadanan.

(4)

Seseorang anggota Perbadanan, selain Ketua Pengarah, hendaklah, melainkan jika pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan atau ia terlebih dahulu meletakkan jawatan, memegang jawatan selama dua tahun, tetapi adalah layak dilantik semula.

(5) Saraan dan elaun

Tiap-tiap orang yang menjadi anggota atau anggota silih ganti Perbadanan sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, apabila sahaja mula berkuat kuasanya Akta ini, terhenti daripada memegang jawatan sebagai anggota atau anggota silih ganti, mengikut mana-mana yang berkenaan, tetapi mana-mana daripada mereka boleh dilantik semula di bawah subseksyen (2) atau (3).

5. Hendaklah dibayar kepada Pengerusi, Timbalan pengerusi, dan anggota lain Perbadanan, termasuk anggota silih ganti, saraan atau elaun sebagaimana ditetapkan oleh Menteri. Mesyuarat Perbadanan

6. (1) Semasa Pengerusi tidak hadir dalam sesuatu mesyuarat Perbadanan, Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu, dan jika Timbalan Pengerusi juga tidak hadir, seorang anggota lain yang dipilih oleh anggota yang hadir hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.

(2)

Korum bagi sesuatu mesyuarat Perbadanan ialah empat.

(3) Tugas Perbadanan

Jika mengenai apa-apa soal yang hendak diputuskan dalam sesuatu mesyuarat Perbadanan bilangan undi didapati sama banyak, orang yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah memberi suatu undi pemutus.

7. (1) Tugas Perbadanan adalah–

(a) memajukan dan, di mana perlu, menggiat dan memulihkan kemahiran dan ketukangan tradisional; (b) memajukan dan menggiat perkembangan dan memelihara standard, perusahaan kraftangan dengan berbagai cara, termasuk mengadakan perkhidmatan penyelidik, penasihat, dan pengembang; (c) memandu, mengorientasi, dan membantu tukang-tukang yang ada sekarang ke arah penggunaan cara-cara moden pengeluaran, pengurusan, dan pemasaran; (d) mengawal, meninggikan, dan memperbaiki kualiti dan menyenggara standard keluaran kraftangan untuk pasaran tempatan dan luar negeri; dan (e) memajukan pemasaran dan pengeksportan keluaran kraftangan.

(2) Kuasa Perbadanan

Dalam menjalankan tugas di bawah subseksyen (1), Perbadanan hendaklah menitikberatkan dengan sewajarnya soal perlunya melindungi kepentingan istimewa tukang-tukang tradisional.

8. Perbadanan adalah mempunyai kuasa, yang hendaklah dijalankan tertakluk kepada kelulusan terlebih dahulu daripada Menteri, melakukan semua perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu untuk atau bersampingan dengan perjalanan tugasnya, dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan makna seksyen ini– Kuasa menubuhkan anak perbadanan dan syarikat

(a) mengadakan kemudahan latihan dan mengawal dan mengawas perlaksanaan projek dan program latihan; (b) menghasilkan pengeluaran keluaran kraftangan yang cukup untuk maksud eksport; (c) memaju, menghasil, dan membekalkan bahan mentah untuk kegunaan perusahaan kraftangan; (d) mengadakan loji, jentera, peralatan, dan alat yang diperlukan oleh perusahaan kraftangan; (e) menyebarkan maklumat kepada orang awam mengenai berbagai aspek perusahaan kraftangan; (f) menjalankan penyelidikan untuk meninggikan standard perusahaan kraftangan; (g) memberi galakan dalam apa jua bentuk atau cara bagi perusahaan kraftangan; (h) menubuhkan pusat, pusat-kecil, bengkel, dan premis lain bagi menjalankan penyelidikan dan aktiviti lain yang perlu bagi kemajuan perusahaan kraftangan; (i) menubuhkan gudang untuk menyimpan keluaran kraftangan dan bahan mentah bagi membuat keluaran kraftangan; (j) menjalankan perniagaan mengeluar, memasar, dan mengeksport keluaran kraftangan secara perdagangan; (k) menerima, sebagai balasan bagi perkhidmatan- perkhidmatan yang diberikan oleh Perbadanan, apa-apa komisen atau bayaran yang telah dipersetujui; dan (l) menetapkan dan melevi fi atau caj lain mengenai kemudahan, perkhidmatan, loji, jentera, peralatan, alat dan bahan mentah yang diadakan oleh Perbadanan dalam melaksanakan tugasnya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.

9. (1) Perbadanan boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan–

(a) melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menubuhkan suatu anak perbadanan dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh Perbadanan; (b) menubuhkan atau menggalakkan penubuhan suatu syarikat dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh Perbadanan; atau (c) mengambil alih sesuatu syarikat, untuk menjalankan dan menjaga, mengelola, dan mengurus apa-apa projek, skim atau perusahaan yang telah dirancang atau dijalankan oleh Perbadanan dalam melaksanakan tugasnya di bawah seksyen 7 atau dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen 8.

(2) Pelantikan Ketua Pengarah

Peruntukan-peruntukan Jadual adalah terpakai bagi tiap-tiap anak perbadanan yang ditubuhkan oleh Perbadanan di bawah subseksyen (1) dan peruntukan-peruntukan Akta Syarikat 1965 adalah terpakai bagi tiap-tiap syarikat yang ditubuhkan atau diambil alih oleh Perbadanan di bawah subseksyen (1). B AHAGIAN II PENTADBIRAN

10. (1) Hendaklah ada seorang Ketua Pengarah Perbadanan yang hendaklah dilantik oleh Menteri atas had dan syarat sebagaimana ditetapkan oleh Menteri.

(2)

Ketua Pengarah hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif Perbadanan dan hendaklah melaksanakan tugas dan menjalankan kuasa yang ditetapkan atau diwakilkan kepadanya oleh Perbadanan.

(3)

Orang yang menjadi Pengarah Perbadanan sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, apabila sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini, terhenti daripada menjadi Pengarah; tetapi orang itu hendaklah, tertakluk kepada apa-apa kontrak perkhidmatan atau pekerjaan yang masih berkuat kuasa antaranya dengan Perbadanan, terus menjadi seorang pekerja Perbadanan atas had dan syarat perkhidmatan atau pekerjaan yang tidak kurang baiknya daripada yang dipakai baginya sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini, dan boleh dilantik sebagai Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1).

(4) Pelantikan pegawai dan pekhidmat lain

Jika dalam apa-apa tempoh Ketua Pengarah tidak dapat, atas sesuatu sebab, menjalankan kuasa dan melaksanakan tugas jawatannya, Menteri boleh melantik mana-mana orang lain untuk memangku jawatan Ketua Pengarah.

11. (1) Perbadanan boleh melantik pegawai dan pekhidmat lain sebagaimana yang difikirkannya perlu untuk menjalankan urusannya dengan cekap.

(2)

Pegawai dan pekhidmat Perbadanan hendaklah bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah.

(3)

Pegawai dan pekhidmat Perbadanan hendaklah memegang jawatan bagi tempoh atau tempoh-tempoh, menerima saraan, fi, dan elaun, dan tertakluk kepada syarat perkhidmatan yang ditentukan oleh Perbadanan dengan kelulusan Menteri.

(4) Bahagian pentadbiran

Perbadanan adalah berkuasa membentuk dan mengatur tatacara bagi pelantikan dan tatatertib pegawai dan pekhidmatnya.

12. Ketua Pengarah boleh, dengan kelulusan Perbadanan, menubuhkan seberapa banyak bahagian pentadbiran untuk menjalankan fungsi Perbadanan dengan cekap dan berkesan. Jawatankuasa

13. (1) Perbadanan boleh melantik jawatankuasa yang difikirkan perlu untuk menjalankan fungsi yang diwakilkan kepada mereka oleh Perbadanan atau untuk memeriksa dan melaporkan kepada Perbadanan mengenai apa-apa perkara yang terbit daripada atau berkaitan dengan mana-mana tugas dan kuasanya di bawah Akta ini.

(2)

Sesuatu jawatankuasa boleh melakukan segala perkara yang perlu bagi menjalankan fungsinya dengan berkesan tetapi hendaklah tertakluk kepada arahan am Perbadanan.

(3)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi dan tidak lebih daripada lima orang lagi.

(4)

Sesuatu jawatankuasa boleh terdiri daripada orang yang bukan anggota Perbadanan.

(5)

Anggota sesuatu jawatankuasa boleh dibayar saraan atau elaun sebagaimana ditetapkan oleh Perbadanan dengan kelulusan Menteri.

(6) Mesyuarat jawatankuasa

Tiap-tiap jawatankuasa yang ada sebelum sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan sebagai telah dilantik di bawah subseksyen (1).

14. (1) Semasa pengerusi jawatankuasa tidak hadir dalam sesuatu mesyuarat jawatankuasa, mana-mana anggota lain jawatankuasa itu yang dipilih oleh anggota yang hadir hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.

(2)

Korum bagi sesuatu mesyuarat jawatankuasa ialah tiga.

(3)

Jika mengenai apa-apa persoalan yang hendak diputuskan dalam sesuatu mesyuarat jawatankuasa bilangan undi didapati sama banyak, orang yang mempengerusikan mesyuarat itu berhak memberi suatu undi pemutus.

(4)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang ke mana-mana mesyuaratnya mana-mana orang yang pada pendapatnya boleh memberi sumbangan kepada perbincangannya; tetapi orang itu tidak berhak mengundi dalam mesyuarat itu.

(5)

Tertakluk kepada seskyen ini dan arahan Perbadanan sesuatu jawatankuasa hendaklah mengatur tatacaranya sendiri.

Bahagian IV Kumpulan Wang

KEWANGAN

15. (1) Bagi maksud Akta ini, maka hendaklah ditubuhkan suatu Kumpulan Wang yang akan ditadbir dan dikawal oleh Perbadanan.

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada– (a) wang yang dimiliki oleh Perbadanan sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini; (b) wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud Kumpulan Wang oleh Parlimen; (c) wang yang didapati dari pengendalian apa-apa projek, skim, atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang; (d) wang yang didapati atau yang timbul dari apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Perbadanan; (e) semua harta, pelaburan, gadai janji, gadaian dan dibentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Perbadanan; (f) wang yang dipinjam oleh Perbadanan di bawah seksyen 16; dan (g) semua wang dan harta lain yang dengan apa cara juapun kena dibayar kepada atau terletak hak pada Perbadanan mengenai apa-apa perkara bersampingan dengan tugas dan kuasanya.

(3) Kuasa meminjam

Kumpulan Wang bolehlah dibelanjakan bagi maksud– (a) membayar perbelanjaan yang dilakukan dengan sewajarnya oleh Perbadanan dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini, termasuk saraan, elaun persaraan, pencen dan ganjaran bagi pegawai dan pekhidmat Perbadanan; dan (b) memberi pinjaman atau modal bagi– (i) mana-mana anak perbadanan yang ditubuhkan atau akan ditubuhkan di bawah seksyen 9; atau (ii) mana-mana syarikat yang ditubuhkan atau diambil alih oleh Perbadanan di bawah seksyen 9.

16. Perbadanan boleh dari semasa ke semasa meminjam, atas apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa syarat tentang masa dan cara pembayaran balik dan perkara lain sebagaimana diluluskan oleh Menteri Kewangan, apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh Perbadanan untuk menjelaskan apa-apa tanggungannya atau menjalankan apa-apa tugasnya. Anggaran pendapatan dan perbelanjaan

17. (1) Sebelum permulaan bulan Mac tiap-tiap tahun, Perbadanan hendaklah mengemukakan kepada Menteri anggaran pendapatan dan perbelanjaan Perbadanan bagi tahun yang berikutnya, dan Menteri hendaklah, sebelum permulaan tahun yang berikutnya, memberitahu Perbadanan tentang amaun yang dibenarkan untuk perbelanjaan pada keseluruhannya.

(2) Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

Perbadanan boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan semua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang dimasukkan di dalamnya.

18. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] adalah terpakai mengenai Perbadanan. Laporan tahunan

19. (1) Perbadanan hendaklah, tidak lewat dari 30 Jun tiap-tiap tahun, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri satu laporan mengenai aktiviti Perbadanan dalam tahun yang lalu dan

mengandungi apa-apa maklumat mengenai perjalanan dan dasar Perbadanan yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa.

(2)

Menteri hendaklah menyebabkan satu salinan tiap-tiap laporan yang dihantar kepadanya di bawah subseksyen (1) dibentang dalam tiap-tiap satu Majlis Parlimen.

Bahagian V Logo perbadanan

LESEN UNTUK MENGGUNAKAN LOGO PERBADANAN

20. Logo yang digunakan oleh Perbadanan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus menjadi logo Perbadanan melainkan dan sehingga suatu logo lain dipakai oleh Perbadanan. Lesen untuk menggunakan logo Perbadanan

21. (1) Seseorang yang adalah seorang pengeluar apa-apa keluaran kraftangan boleh memohon kepada Perbadanan bagi mendapatkan suatu lesen untuk menggunakan logo Perbadanan berhubung dengan keluaran kraftangan yang dikeluarkan olehnya.

(2)

Seseorang pemohon bagi mendapatkan suatu lesen di bawah seksyen ini hendaklah, jika dikehendaki oleh Perbadanan, mengemukakan keluaran kraftangan yang berkenaan dengannya lesen itu dipohon kepada Perbadanan untuk diperiksa dan diuji dan hendaklah memberi kepada Perbadanan apa-apa maklumat berhubung dengan urusannya atau berhubung dengan keluaran kraftangan itu sebagaimana dikehendaki oleh Perbadanan.

(3)

Sesuatu lesen di bawah seksyen ini adalah sah selama apa-apa tempoh yang ditetapkan oleh Perbadanan dalam lesen itu, tetapi boleh diperbaharui dari semasa ke semasa selama sesuatu tempoh selanjutnya sebagaimana ditetapkan oleh Perbadanan.

(4) Tugas orang berlesen

Maka hendaklah dinyatakan dalam tiap-tiap lesen di bawah seksyen ini keluaran kraftangan yang berhubung dengannya orang berlesen itu dibenar menggunakan logo Perbadanan.

22. Seseorang yang dilesen di bawah seksyen 21 hendaklah– Pembatalan dan penggantungan lesen

(a) apabila diminta oleh seseorang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Perbadanan, membenarkan ia memasuki dan memeriksa dalam waktu kerja premis atau mana-mana bahagian premis di mana keluaran kraftangan kepunyaan orang berlesen itu dikeluar atau disimpan; (b) menyenggara apa-apa rekod yang dikehendaki oleh Perbadanan dan, apabila diminta oleh seseorang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Perbadanan mengemukakan mana-mana rekod itu kepada Perbadanan untuk diperiksa; (c) memberi kepada Perbadanan apa-apa maklumat yang dikehendakinya.

23. (1) Sesuatu lesen yang diberi di bawah seksyen 21 kepada mana-mana orang hendaklah dibatalkan dalam hal keadaan berikut, iaitu–

(a) jika orang itu adalah seorang orang perseorangan, apabila ia mati; (b) jika orang itu adalah suatu perbadanan, pertubuhan, atau apa-apa kumpulan orang yang lain, apabila perbadanan, pertubuhan, atau kumpulan itu dibubar atau digulung sama ada secara sukarela atau paksa, atau apabila berlaku pengambilalihan, percantuman, atau penyatuan perbadanan, pertubuhan, atau kumpulan itu oleh atau dengan mana-mana perbadanan, pertubuhan, atau kumpulan lain; (c) jika orang itu adalah suatu perkongsian, apabila perkongsian itu dibubarkan; (d) apabila orang itu tidak lagi mengeluarkan keluaran kraftangan yang berhubung dengan lesen itu; (e) apabila dipindah milik pemunyaan urusan pengeluaran kraftangan orang itu.

(2)

Jika Perbadanan berpendapat bahawa seseorang yang dilesen di bawah seksyen 21 telah melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya atau apa-apa had atau syarat lesennya, Perbadanan boleh meminta orang itu menunjukkan sebab kenapa lesennya tidak patut digantung atau dibatalkan, dan jika orang itu tidak hadir untuk menunjukkan sebab atau jika Perbadanan tidak puas hati dengan penjelasannya, Perbadanan boleh menggantung atau membatalkan lesennya.

(3)

Seseorang yang diminta menunjukkan sebab di bawah subseksyen (2) hendaklah diberi oleh Perbadanan butir-butir secara bertulis mengenai pelanggaran atau ketidakpatuhan yang dikatakan terhadapnya, dan dia boleh hadir sendiri atau diwakili oleh seseorang yang diberi kuasa olehnya secara bertulis.

(4)

Seseorang yang terkilan dengan apa-apa keputusan Perbadanan di bawah subseksyen (2) boleh, dalam tempoh satu bulan dari tarikh keputusan itu diterima olehnya, merayu kepada Menteri yang mana keputusannya adalah muktamad.

(5)

Sesuatu keputusan Perbadanan di bawah subseksyen (2) berjalan kuat kuasanya dengan serta-merta walaupun ada apa-apa rayuan dibuat di bawah subseksyen (4).

(6) Kesalahan

Seseorang yang lesennya telah dibatalkan atau digantung di bawah seksyen ini hendaklah, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh dia diberitahu mengenai pembatalan atau penggantungan itu, menyerah balik lesennya kepada Perbadanan.

24. Seorang yang–

(a) menggunakan logo Perbadanan kecuali berhubung dengan sesuatu keluaran kraftangan yang dinyatakan dalam lesen yang diberi kepadanya di bawah seksyen 21; (b) menggunakan apa-apa tanda yang menyerupai logo Perbadanan dengan tujuan untuk menunjukkannya sebagai logo Perbadanan, atau apa-apa tanda yang mengelirukan atau mungkin mengelirukan seseorang lain hingga ia berpendapat bahawa tanda itu adalah logo Perbadanan; (c) dalam sesuatu permohonan bagi mendapatkan lesen di bawah seksyen 21 atau sebagai mematuhi suatu kehendak di bawah subseksyen 21(2) atau perenggan 22(c), dengan diketahuinya memberi apa-apa maklumat palsu atau membuat apa-apa pernyataan palsu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Bahagian VI Rancangan untuk perkembangan masa depan

TUGAS DAN KUASA TERTENTU KETUA PENGARAH

25. (1) Ketua Pengarah hendaklah dari semasa ke semasa menyediakan suatu rancangan untuk perkembangan masa depan perusahaan kraftangan dalam tempoh yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah atau yang ditentukan oleh Perbadanan.

(2) Penyebaran maklumat

Sesuatu rancangan yang disediakan di bawah subseksyen (1) hendaklah termasuk butir-butir projek pembangunan yang dirancang untuk dilaksanakan oleh Perbadanan dan butir-butir anggaran kos projek itu.

26. Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab atas penyebaran Penjagaan perkara yang berhubungan dengan urusan barang, bahan, dan keluaran Perbadanan

maklumat kepada orang awam berhubung dengan perusahaan kraftangan, kemudahan dan perkhidmatan yang diadakan oleh Perbadanan, perkara pelesenan bagi menggunakan logo Perbadanan, cara memperbaiki kualiti dan ketahanan keluaran kraftangan, dan pasaran yang boleh didapati bagi keluaran kraftangan di dalam dan di luar negeri.

27. (1) Ketua Pengarah hendaklah menjaga semua perkara yang berhubungan dengan pembelian, import, jualan, dan eksport barang, bahan mentah untuk membuat keluaran kraftangan, dan keluaran kraftangan Perbadanan.

(2) Pengiklanan dan publisiti

Ketua Pengarah boleh melantik ejen untuk menjual keluaran kraftangan Perbadanan.

28. Ketua Pengarah boleh menjalankan aktiviti pengiklanan dan publisiti sebagai sebahagian daripada usaha untuk mendapatkan suatu pasaran yang lebih baik bagi keluaran kraftangan.

Bahagian VII Meterai perbadanan bagi Perbadanan

PERUNTUKAN PELBAGAI

29. (1) Meterai perbadanan bagi Perbadanan hendaklah mengandungi reka bentuk yang diluluskan oleh Perbadanan dan boleh dari semasa ke semasa dipecah, ditukar, diubah, dan dibuat baru oleh Perbadanan.

(2)

Meterai perbadanan yang digunakan oleh Perbadanan sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus menjadi meterai perbadanan bagi Perbadanan melainkan dan sehingga suatu meterai lain diluluskan oleh Perbadanan.

(3)

Meterai perbadanan bagi Perbadanan hendaklah disimpan dalam jagaan, dan hendaklah disahkan oleh, orang yang diarahkan oleh Perbadanan

(4)

Semua surat ikatan, dokumen, dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeterai dengan meterai perbadanan bagi Perbadanan dan disahkan oleh orang yang dalam jagaannya meterai perbadanan itu disimpan hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah.

(5) Arahan Menteri

Meterai Perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

30. Menteri boleh dari semasa ke semasa memberi Perbadanan arahan secara am, yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini, berkenaan dengan penjalanan fungsi Perbadanan; dan Perbadanan hendaklah melaksanakan semua arahan itu. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

31. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah dipakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan, atau pembicaraan terhadap Perbadanan atau mana-mana anak perbadanan atau terhadap mana-mana ahli, pegawai, pekhidmat, atau ejen Perbadanan atau mana-mana anak perbadanan, mengenai apa-apa perbuatan, pengabaian, atau kemungkiran yang dibuat atau dilakukan oleh ahli, pegawai, pekhidmat, atau ejen itu. Pekhidmat awam

32. Semua ahli, pegawai dan pekhidmat Perbadanan dan sesuatu anak perbadanan hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam bagi maksud Kanun Keseksaan [Akta 574].

33. (Dipotong oleh Akta 478). Kewajipan menyimpan rahsia

34. (1) Kecuali bagi maksud Akta ini atau maksud sesuatu prosiding jenayah di bawah Akta ini, tidak ada seorang ahli, pegawai, atau pekhidmat Perbadanan atau mana-mana anak perbadanan boleh menzahirkan apa-apa maklumat berkenaan dengan apa-apa urusan seseorang yang telah didapatinya dalam menjalankan tugasnya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini.

(2) Prosiding sivil

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

35. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain– Kuasa membuat peraturan-peraturan

(a) seorang yang memegang jawatan Peguam Persekutuan dan diberi kuasa oleh Peguam Negara bagi maksud itu; atau (b) seorang pegawai Perbadanan yang diberi kuasa oleh Pengerusi atau Timbalan Pengerusi Perbadanan bagi maksud itu, boleh membawa apa-apa prosiding sivil bagi pihak Perbadanan atau sesuatu anak perbadanan dan boleh, bagi pihak Perbadanan atau sesuatu anak perbadanan, hadir dalam dan menjalankan mana-mana pembicaraan sedemikian yang dibawa oleh atau terhadap Perbadanan atau anak perbadanan itu dan membuat dan melakukan semua kehadiran, perbuatan, dan permohonan mengenai prosiding itu.

36. Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan– Pemansuhan

(a) mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan penubuhan anak perbadanan di bawah seksyen 9 dan berkaitan dengan anak perbadanan yang ditubuhkan sedemikian; (b) menetapkan cara bagaimana dokumen, cek, dan apa jua jenis surat cara patut ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Perbadanan atau mana-mana anak perbadanan; (c) menetapkan tanggungjawab dan kawalan pegawai dan pekhidmat Perbadanan; (d) menetapkan fi untuk dikenakan dan borang untuk digunakan dalam melaksanakan Bahagian V; (e) berkenaan dengan membuka, menyimpan, menutup, dan mengaudit akaun anak perbadanan; dan (f) pada amnya untuk menjalankan dengan cara lebih baik peruntukan Akta ini dan fungsi Perbadanan.

37. Perintah Majlis Amanah Rakyat (Lembaga Kraftangan Malaysia) 1973 [P.U. (A) 299/1973] dan Peraturan-Peraturan Majlis Amanah Rakyat (Lembaga Kraftangan Malaysia) 1973 [P.U. (A) Tugas Perbadanan membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan anak perbadanan

300/1973] dimansuhkan. Jadual [Subseksyen 9(2)] PERUNTUKAN YANG TERPAKAI BAGI ANAK PERBADANAN

1. Perbadanan hendaklah, pada atau sebelum tarikh sesuatu anak perbadanan ditubuhkan, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan anak perbadanan itu bagi menentukan— Bidang sesuatu anak perbadanan

(a) maksud dan tujuan anak perbadanan itu ditubuhkan; (b) hak, kuasa, tugas, dan fungsi anak perbadanan itu; (c) sistem pengurusan anak perbadanan itu; dan (d) perhubungan antara anak perbadanan itu dengan Perbadanan dan hak kawalan Perbadanan ke atas anak perbadanan itu.

2. Tiada apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai membenarkan Perbadanan menubuhkan apa-apa anak perbadanan bagi apa-apa maksud atau tujuan yang lebih luas bidangnya daripada maksud atau tujuan Perbadanan ditubuhkan atau sebagai memberi kepada mana-mana anak perbadanan apa-apa hak, tugas, kuasa, atau fungsi Perbadanan di bawah Akta ini. Peraturan-peraturan mengikut anak perbadanan

3. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan peruntukan apa-apa peraturan yang dibuat di bawah seksyen 36, peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 adalah mengikat anak perbadanan yang mengenainya ia dibuat dan hendaklah mempunyai kuasa bagi semua maksud seolah-olah ia telah dikanunkan dalam Akta ini. Daftar anak perbadanan

4. Perbadanan hendaklah menyimpan suatu daftar dalam bentuk yang ditetapkan mengenai semua anak perbadanan dan daftar itu, berserta dengan salinan semua peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1, hendaklah terbuka untuk pemeriksaan awam di tempat atau di tempat-tempat dan pada masa-masa yang ditentukan oleh Penggulungan

Perbadanan.

5. (1) Perbadanan boleh dengan perintah yang disiarkan dalam Warta mengarahkan mana-mana anak perbadanan digulung dan dibubarkan.

(2)

Apabila sahaja dibubarkan sesuatu anak perbadanan di bawah perenggan ini, aset anak perbadanan itu, selepas dibayar semua tanggungan, hendaklah dipindahkan dan terletak hak pada Perbadanan.

(3) Taraf anak perbadanan di sisi undang-undang

Penggulungan sesuatu anak perbadanan di bawah perenggan ini hendaklah dijalankan mengikut cara yang ditetapkan.

6. Tiap-tiap anak perbadanan hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama yang diberi oleh Perbadanan dan hendaklah kekal turun temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa dan dibawa guaman atas nama itu dan bagi maksud melaksanakan maksud dan tujuan anak perbadanan itu ditubuhkan, boleh membuat kontrak dan memegang dan berurusan tentang atau membuat apa-apa urusan mengenai harta alih atau harta tak alih dan melakukan semua perkara dan hal lain yang bersampingan atau berkaitan dengan pertubuhan perbadanan serta tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini dan tertakluk kepada sekatan atau batasan yang ditetapkan oleh Perbadanan. Meterai perbadanan bagi anak perbadanan

7. (1) Tiap-tiap anak perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan, yang mengandungi reka bentuk yang diluluskan oleh anak perbadanan itu dengan kelulusan Perbadanan, dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecah, ditukar, diubah, dan dibuat baru oleh anak perbadanan itu dengan kelulusan Perbadanan.

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh anak perbadanan di bawah perenggan ini, suatu cap mengandungi nama anak perbadanan itu mengelilingi huruf-huruf “PKKM” boleh digunakan sebagai meterai perbadanan bagi anak perbadanan itu.

(3)

Meterai perbadanan, atau cap yang digunakan sebagai meterai perbadanan, hendaklah disimpan dalam jagaan, dan disahkan oleh, orang yang diarahkan oleh anak perbadanan itu.

(4) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 222 AKTA PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA 1979 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 222 AKTA PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA 1979

Semua surat ikatan, dokumen, dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeterai dengan meterai perbadanan bagi anak perbadanan itu dan disahkan oleh orang yang dalam jagaannya meterai itu disimpan hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah. SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Akta A562 Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Pindaan) 1983 Akta 478 Akta Pembatalan Pengecualian Daripada Bayaran Duti-Duti Setem 1992 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A562 Akta A562 Akta A562 Akta A562 Akta 478