로고

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG - UNDANG , MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG - UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 2 AKTA BANDARAYA KUALA LUMPUR 1971 Tarikh Perkenan Diraja 29 Disember 1971 Tarikh penyiaran dalam Warta… … … 30 Disember 1971 Cetakan Semula Yang Terdahulu Cetakan Semula Yang Pertama … … Cetakan Semula Yang Kedua … … DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEH MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD DAN DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD CAWANGAN KUALA LUMPUR 2006 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 59 AKTA BANDARAYA KUALA LUMPUR 1971 SUSUNAN SEKSYEN 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 59 AKTA BANDARAY A KUALA LUMPUR 1971 Suatu Akta bagi membuat peruntukan berkenaan dengan perubahan gelaran dan perkara lain yang berbangkit daripada penganugerahan taraf Bandaraya kepada Perbandaran Ibu Kota Kuala Lumpur. [1 Februari 1972] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Perubahan gelaran 3. Mengecualikan hak dan kewajipan Pesuruhjaya dan orang lain 4. Pindaan kepada gelaran 5. Kuat kuasa Akta Ibu Kota Persekutuan 1960

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bandaraya Kuala Lumpur 1971. Perubahan gelaran

2. Perbadanan yang ditubuhkan di bawah Ordinan Perbandaran Negeri-Negeri Selat [N.S. Bab 133] dan dinamakan “Perbandaran Ibu Kota Kuala Lumpur” dan ditadbirkan di bawah Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 [Akta 190] hendaklah dinamakan “Bandaraya Kuala Lumpur” atau “the City of Kuala Lumpur”. Mengecualikan hak dan kewajipan Pesuruhjaya dan orang lain

3. (1) Mula berkuat kuasanya Akta ini tidaklah menjejaskan Pesuruhjaya Ibu Kota atau mana-mana orang lain yang dilantik atau dinamakan dengan sah, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini bagi memegang jawatan Pesuruhjaya atau jawatan lain dan mulai dari tarikh tersebut Pesuruhjaya itu atau orang lain yang masing-

masing memegang jawatan itu hendaklah mempunyai dan 6 Undang-Undang Malaysia Akta 59 menjalankan segala hak, kewajipan, kuasa dan keistimewaan yang dahulunya dipunyai oleh mana-mana jawatan itu di bawah Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 atau mana-mana undang-undang bertulis lain atau mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.

(2) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh kesahan atau kuat kuasa apa-apa tindakan, prosiding, pindah hak, pindah hakmilik, surat ikatan, urusan atau apa-apa jenis perbuatan bona fide yang telah diambil, dibuat atau dilakukan sebelum Akta ini mula berkuat kuasa oleh atau terhadap atau atas nama atau bagi pihak Perbandaran Ibu Kota Kuala Lumpur. Pindaan kepada gelaran

4. Melainkan jika ada sesuatu yang tidak bersesuaian dalam perkara atau konteksnya, dalam tiap-tiap undang-undang bertulis— Kuat kuasa Akta Ibu Kota Persekutuan 1960

(a) sebutan mengenai “Perbandaran Ibu Kota Kuala Lumpur” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “Bandaraya Kuala Lumpur” atau “the City of Kuala Lumpur”; (b) sebutan mengenai “Pejabat Perbandaran” atau mengenai “Pejabat Pesuruhjaya” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “Dewan Bandaraya” atau “the City Hall”; (c) sebutan mengenai “Perbandaran” berhubung dengan Ibu Kota Kuala Lumpur hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “Bandaraya” atau “City”; dan (d) sebutan mengenai “Pesuruhjaya Ibu Kota Kuala Lumpur” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “Dato Bandar Kuala Lumpur” atau “the Commissioner of the City of Kuala Lumpur”.

5. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan terdahulu daripada ini, tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh kuat kuasa Akta Ibu Kota Persekutuan 1960. UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 59 AKTA BANDARAYA KUALA LUMPUR 1971

7 SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari – TIADA – SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari – TIADA –