로고

PERLEMBAGAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (Perintah dibuat di bawah Perkara 83(3))

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Perkara 83(3) dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam, maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan dengan ini membuat Perintah yang berikut -

PERLEMBAGAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (Perintah dibuat di bawah Perkara 83(3)) PERINTAH ORANG KURANG UPAYA, 2021 SUSUNAN BAB-BAB Bab BAHAGIAN I PERMULAAN 1. Gelaran, gelaran panjang dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran BAHAGIAN 2 PENTADBIRAN 3. Pendaftar Orang Kurang Upaya 4. Lantikan Timbalan Pendaftar 5. Lantikan pegawai yang diberi kuasa BAHAGIAN 3 PENDAFTARAN 6. Daftar orang kurang upaya 7. Akses kepada daftar 8. Orang yang layak didaftarkan 9. Permohonan pendaftaran I0. Kuasa Pendaftar untuk menghendaki maklumat tambahan 11. Pendaftaran dan enggan mendaftarkan 12. Pengeluaran kad 13. Pembaharuan kad 14. Pengeluaran nama daripada daftar 15. Terhenti daripada menjadi orang kurang upaya 16. Pemasukan semula 17. Pindaan kepada daftar BAHAGIAN 4 KESALAHAN TERHADAP ORANG KURANG UPAYA 18. Tafsiran Sahagian ini 19. Penderaan orang kurang upaya 20. Penderaan teruk terhadap orang kurang upaya 21. Mengabaikan orang kurang upaya 22. Kesalahan oleh badan korporat BAHAGIAN 5 PROSEDUR MENGENAI LAPORAN PENDERAAN DAN PENGABAIAN 23. Pemberitahuan berhubung dengan orang kurang upaya yang memerlukan penjagaan atau perlindungan 24. Kewajipan ahli keluarga untuk memberitahu 25. Kuasa Pendaftar, pegawai yang diberi kuasa dan pegawai polis 26. Kuasa mahkamah 27. Perlindungan pemberi maklumat BAHAGIAN 6 AM 28. Kuasa Menteri 29. Obligasi untuk merahsiakan 30. Perlindungan terhadap gunman dan prosiding undang-undang 31. Peraturan-peraturan

BAHAGIAN I PERMULAAN

Gelaran, gelaran panjang dan perm ulaan kuat kuasa

1.

(1)

Perintah ini boleh digelar sebagai Perintah Orang Kurang Upaya. 2021 dan hendaklah mula berjalan kuat kuasanya pada suatu tarikh yang akan ditetapkan oleh Menteri, dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, dengan pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta Kerajaa11.

(2)

Gelaran panjang Perintah ini adalah "Suatu Perintah untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, dan kesalahan-kesalahan terhadap, orang kurang upaya dan

bagi perkara-perkara lain yang berhubungan atau bersampingan dengannya".

Tafsiran

2. Dalam Perintah ini, melainkanjika maksudnya berkehendakkan makna yang lain -

"pegawai yang diberi kuasa" bennakna mana-mana orang yang diberi kuasa oleh

Menteri di bawah bab 5: "Timbalan Pendaftar" bermakna Timbalan Pendaftar Orang Kurang Upaya yang dilantik di bawah bab 4; "pengamal perubatan" bermakna pengamal perubatan yang berdaftar di bawah peruntukan-peruntukan Akta Pengamal Perubatan dan Doktor Gigi (Penggal 112) dan termasuk Pegawai Perubatan Kerajaan atau Pengamal Perubatan Kerajaan: "Menteri" bermakna Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan:

"orang kurang upaya" termasuk seseorang yang mempunyai kecacatan jangka panjang

tingkah laku, komunikasi. perkembangan, fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan boleh menyekat sepenuhnya dan keberkesanan penyertaannya dalam masyarakat: "daftar" berrnakna daftar orang kurang upaya yang disimpan dan diselenggarakan di bawah bab 6; "Pendaftar" bemrnkna Pendaftar Orang Kurang Upaya yang dilantik di bawah bab 3 dan terrnasuk mana-mana Timbalan Pendaftar.

BAHAGIAN 2 PENTADBIRAN

Pendaftar Orang Kurang Upaya

3.

Pengarah Pembangunan Masyarakat hendaklah menjadi Pendaftar Orang Kurang Upaya. yang akan bertanggungjawab bagi penyelenggaraan dan penyimpanan daftar dan pelaksanaan kewajipan lain berhubung dengannya sebagaimana yang mungkin diperlukan.

Lantikan Timbalan Pendaftar

4.

(1)

Menteri boleh. dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, melantik seorang Timbalan Pendaftar Orang Kurang Upaya bagi membantu Pendaftar dalam menjalankan tugas-tugas dan kewajipan-kewajipannya di bawah Perintah ini.

(2)

Timbalan Pendaftar hendaklah di bawah arahan dan pengawasan am Pendaftar.

(3)

Tertakluk kepada arahan. kawalan dan pengawasan Pendaftar. Timbalan Pendaftar boleh menjalankan semua kuasa dan tugas yang diberikan kepada Pendaftar oleh atau di bawah Perintah ini.

(4)

Lantikan Pendaftar dan Timbalan Pendaftar di bawah bab ini hendaklah disiarkan dalam Warta Kerajaan.

Lantikan pegawai yang diberi kuasa

5. Menteri boleh melantik sebilangan pegawai yang diberi kuasa untuk

menguatkuasakan mana-mana peruntukan tertentu Perintah ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.

BAHAGIAN 3 PENDAFTARAN

Daftar orang kurang upaya

6.

(1)

Pendaftar hendaklah menyimpan dan menyelenggarakan suatu daftar orang kurang upaya, yang hendaklah dalam bentuk sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Menteri dan hendaklah mengandungi nama dan alamat. dan butir-butir lain. jika ada. sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Menteri, semua orang kurang upaya yang didaftarkan di dalamnya.

(2)

Tanpa menjejaskan peruntukan-peruntukan ceraian (I). daftar itu hendaklah mengandungi butir-butir setiap kes penderaan atau pengabaian atau kes penderaan atau pengabaian yang disyaki yang ditanggung oleh orang kurang upaya yang didaftarkan di dalamnya.

Akses kepada daftar

7.

(1)

Butir-butir yang dimasukkan dalam daftar itu hendaklah diberikan kepada mana­ mana mahkamah. apabila diminta demikian oleh mahkamah, dan kepada mana-mana orang yang diberi kuasa sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Menteri. apabila mana-mana orang ini memerlukan butir-butir tersebut bagi maksud mana-mana prosiding di bawah Perintah ini. atau bagi maksud mengambil tindakan berkaitan dengan. atau memberi bantuan kepada orang kurang upaya.

(2)

Butir-butir yang terkandung dalam daftar itu boleh diberikan kepada - (a) orang yang terlibat dalam penyelidikan bona fide. yang diberi kuasa oleh Pendaftar bagi maksud itu; dan (b) orang atau golongan orang yang diberi kuasa oleh Pendaftar alas alasan bahawa akses mereka kepada daftar itu akan menggalakkan kebajikan dan perlindungan mana-mana orang kurang upaya.

(3)

Butir-butir yang diberikan di bawah bab ini tidaklah temiasuk apa-apa maklumat yang mendedahkan atau mungkin membawa kepada pendedahan identiti mana-mana orang yang telah membuat suatu pemberitahuan di bawah bab 23.

Orang yang Iayak didaftarkan

8.

(1) Tertakluk kepada Perintah ini, seseorang adalah berhak untuk didaftarkan di bawah Perintah ini.jika dia telah menjalani pemeriksaan perubatan dan telah diperakui oleh seseorang pengamal perubatan sebagai orang kurang upaya menurut garis panduan yang dikeluarkan di bawah ceraian (2). sebagaimana yang mungkin dipinda dari semasa ke semasa.

(2)

Bagi maksud ceraian (I), Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan hendaklah mengeluarkan garis panduan berkenaan dengan kriteria dalam menentukan orang kurang upaya.

(3)

Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan boleh, dari semasa ke semasa, meminda garis panduan itu sebagaimana yang mungkin difikirkannya patut.

Permohonan pendaftaran

9.

(1)

Permohonan pendaftaran di bawah Perintah ini hendaklah dibuat kepada Pendaftar dalam borang dan mengikut cara dan disertakan dengan dokumen-dokumen dan butir-butir sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Menteri.

(2)

Permohonan di bawah ceraian (1) boleh dibuat oleh - (a) seseorang yang layak didaftarkan di bawah Perintah ini;

(b) ahli keluarganya, penjaganya atau mana-mana orang yang menjaganya:

(c) penghulu atau ketua kampung; atau (d) pengamal perubatan yang memperakuinya sebagai orang kurang upaya di bawah bab 8.

(3)

Dalam ceraian 2(c), "penghulu atau ketua kampung" bermakna penghulu sesebuah mukim atau ketua sesebuah kampung masing-masing, yang dibenarkan dan digaji o!eh Kerajaan.

Kuasa Pendaftar untuk menghendaki maklumat tambahan

10.

(1)

Pendaftar boleh, sebagai tambahan kepada dokumen-dokumen yang disebut dalam bab 9( I), menghendaki maklumat tambahan tersebut supaya diberikan oleh pemohon dalam tempoh yang akan ditentukan oleh Pendaftar.

(2)

Jika seseorang yang membuat permohonan gaga! memberikan maklumat tambahan dalam tempoh yang ditentukan atau tempoh lain sebagaimana yang mungkin dilanjutkan oleh Pendaftar, pem1ohonan itu dianggap telah ditarik balik tanpa menjejaskan pem1ohonan baru yang dibuat.

Pendaftaran dan enggan mendaftarkan

11.

(1)

Sete!ah menimbangkan permohonan di bawah bab 9 dan apa-apa maklumat tambahan yang diberikan menurut bab 1O.jika ada. Pendaftar hendaklah - (a) mendaftarkan seseorang sebagai orang kurang upaya jika dia berpuas hati bahawa orang yang menjadi perkara permohonan itu adalah orang kurang upaya; atau

(b) enggan mendaftarkan seseorang sebagai orang kurang upaya jika dia

berpuas hati bahawa orang itu bukan orang kurang upaya.

(2)

Seseorang yang tidak puas hati dengan keputusan Pendaftar di bawah ceraian (1)(b) boleh merayu kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad.

Pengeluaran kad

12.

(1)

Jika seseorang yang memohon supaya namanya dimasukkan dalam daftar menurut bab 11(1)(a), Pendaftar hendaklah mengeluarkan kepadanya suatu kad dalam bentuk sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Pendaftar.

(2)

Kad yang dikeluarkan di bawah ceraian (I) adalah, melainkan jika dibuktikan telah dikeluarkan daripada daftar di bawah bab 14, keterangan muktamad bagi segala maksud bahawa orang itu telah sempuma didaftarkan sebagai orang kurang upaya di bawah Perintah ini.

(3)

Kad adalah sah bagi tempoh selama 3 tahun atau tempoh yang Iebih lama sebagaimana yang mungkin dibenarkan oleh Pendaftar dalam apa-apa ha! tertentu.

(4)

Kad hendaklah diserahkan balik kepada Pendaftar apabila nama orang kurang upaya itu telah dikeluarkan daripada daftar di bawah bab 14.

Pembaharuan kad

13.

(1)

Setiap orang kurang upaya yang dikeluarkan kad di bawah bab 12 yang ingin memperbaharui kadnya hendaklah membuat permohonan bagi pembaharuan tiga bulan sebelum berakhimya tempoh yang disebut dalam bab 12(3).

(2)

Orang kurang upaya berdaftar yang membuat permohonan menurut ceraian (I) hendaklah dikekalkan namanya dalam daftar.

(3)

Bagi maksud-maksud bab ini, bab 8, 9, 10 dan 11 dikenakan.

Pengeluaran nama daripada daftar

14.

Pendaftar hendaklah mengeluarkan daripada daftar nama dan butir-butir lain orang kurang upaya berdaftar yang - (a) telah mati; (b) terhenti daripada menjadi orang kurang upaya; (c) telah gaga! membuat permohonan untuk memperbaharui kadnya di bawah bab 13(1).

Terhenti daripada menjadi orang kurang upaya

15.

Seseorang yang telah dikeluarkan kad di bawah Perintah ini hendaklah terhenti daripada menjadi orang kurang upayajika seorang pengamal perubatan berpuas hati setelah pemeriksaan perubatan dijalankan ke alas orang itu dan memperakui bahawa orang itu tidak lagi menjadi orang kurang upaya dalam makna Perintah ini.

Pemasukan sem ula

16.

Jika suatu nama yang dikeluarkan daripada daftar di bawah bab 14(c) telah dimasukkan semula. pemasukan semula itu hendaklah. jika Pendaftar mengarahkan demikian, berkuat kuasa mulai dari tarikh pengeluaran nama tersebut.

Pindaan kepada daftar

17.

(I) Mana-mana orang yang telah didaftarkan sebagai orang kurang upaya boleh sendiri, atau mana-mana orang bagi pihaknya boleh, membuat permohonan untuk meminda butir-butir dalam daftar berhubung dengan orang kurang upaya tersebut.

(2)

Pem1ohonan di bawah ceraian (I) hendaklah dibuat dalam borang sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Pendaftar yang tersedia ada kepada mana-mana pemohon.

(3)

Jika Pendaftar berpuas hati bahawa permohonan itu adalah wajar, Pendaftar hendaklah terns membuat pindaan yang perlu dalam daftar.

(4)

Pendaftar boleh, berhubung dengan mana-mana permohonan yang dibuat di bawah ceraian (I), menghendaki supaya apa-apa maklumat tambahan diberikan oleh pemohon dalam tempoh yang akan ditentukan oleh Pendaftar atau tempoh lanjutan lain.

(5)

Jika pemohon gaga! memberikan maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah ceraian (4), permohonan itu dianggap telah ditarik batik tanpa menjejaskan permohonan baru yang dibuat.

BAHAGIAN 4 KESALAHAN TERHADAP ORANG KURANG UPAYA

Tafsiran Bahagian ini

18.

Bagi maksud-maksud Sahagian ini - "membiarkan" bermakna mengabaikan atau dengan mengetahui meninggalkan orang kurang upaya dalam hal keadaan bagaimana orang waras akan terus memberi asuhan danjagaan; "mendera orang kurang upaya'' bermakna - (a) sengaja menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi kepada orang kurang upaya: (b) suatu perbuatan sengaja yang boleh dengan munasabah dijangkakan menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi kepada orang kurang upaya; (c) suatu perbuatan sengaja yang menyebabkan nyawa orang kurang upaya terancam, kesihatannya terjejas atau keadaan fizikal dan mentalnya yang terdahulu bertambah teruk; atau (d) mendorong secara aktif mana-mana orang untuk melakukan suatu perbuatan yang menyebabkan atau boleh dengan munasabah dijangkakan menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi kepada orang kurang upaya; "kecederaan badan yang parah" mempunyai makna yang sama sebagaimana dalam Kanun Hukuman Jenayah (Penggal 22); "orang yang menjaga orang kurang upaya" bermakna seseorang yang mempunyai kewajipan untuk memberikan penjagaan diri dan kesihatan kepada orang kurang upaya di tempat kediaman orang kurang upaya itu, termasuk tetapi tidak terhad kepada makanan, pemakanan, tempat berlindung, kebersihan, ubat-ubat yang dipreskripsikan dan penjagaan dan rawatan pembatan, dan termasuk mana-mana yang berikut- (a) ibu atau bapa, suami atau isteri, anak dewasa atau saudara lain melalui pertalian darah atau perkahwinan yang tinggal bersama atau tinggal dalam bangunan yang sarna dengan atau sering melawat orang kurang upaya itu, dan yang mengetahui atau patut mengetahui dengan munasabah tentang kecacatan fizikal atau mental orang itu, dan mengetahui atau patut mengetahui dengan munasabah bahawa orang itu tidak dapat memberikan dengan secukupnya penjagaan diri atau kesihatan kepada dirinya sendiri; (b) seseorang yang digaji oleh orang kurang upaya itu atau oleh orang lain untuk tinggal bersama atau sering melawat orang kurang upaya itu dan memberikan penjagaan diri dan kesihatan kepada orang itu; (c) seseorang yang telah bersetuju sebagai balasan untuk tinggal bersama atau sering melawat orang kurang upaya itu dan memberikan penjagaan diri dan kesihatan kepada orang itu; (d) seseorang yang telah dilantik oleh mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang layak untuk memberikan penjagaan diri dan kesihatan kepada orang kurang upaya itu; (e) seseorang yang telah diamanahkan dengan atau telah memikul

tanggungjawab untuk menjaga orang kurang upaya;

"kecederaan flzikal atau emosi" termasuk kecederaan daripada penderaan seksual.

Penderaan orang kurang upaya

19. Seseorang yang dengan mengetahui atau dengan sengaja mendera orang kurang upaya

tanpa menyebabkan kecederaan badan yang parah kepada orang kurang upaya itu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $20,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi IO tahun dengan atau tanpa sebat tidak melebihi 10 kali sebatan atau kedua-duanya sekali.

Pcndcraan teruk terhadap orang kurang upaya

20.

(1)

Seseorang yang melakukan penderaan teruk kepada orang kurang upaya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $30,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 15 tahun dengan atau tanpa sebat tidak melebihi 12 kali sebatan atau kedua-duanya sekali.

(2)

Bagi maksud-maksud ceraian (I), "penderaan teruk kepada orang kurang upaya" berlaku apabila seseorang itu melakukan mana-mana yang berikut - (a) dengan sengaja menyeksa, menghukum dengan niat jahat atau dengan sengaja atau dengan menyalahi undang-undang mengurung orang kurang upaya; atau (b) dengan mengetahui atau dengan sengaja mendera orang kurang upaya dan dalam berbuat demikian menyebabkan kecederaan badan yang parah kepada orang kurang upaya itu.

(3)

Dalam ceraian (2)(a), "mengurung" termasuk membatasi atau menahan orang kurang upaya.

Mcngabaikan orang kurang upaya

21.

(1)

Seseorang yang menjaga orang kurang upaya yang dengan sengaja atau dengan kecuaian salah mengabaikan orang kurang upaya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $30,000. dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 15 tahun dengan atau tanpa sebat tidak melebihi 12 kali sebatan atau kedua-duanya sekali.

(2)

Bagi maksud-maksud ceraian (I), "mengabaikan orang kurang upaya'' berlaku apabila seseorang itu melakukan mana-mana yang berikut - (a) gaga! melaksanakan perbuatan yang diketahuinya atau patut diketahuinya dengan munasabah adalah perlu untuk melindungi nyawa atau kesihatan orang kurang upaya itu dan kegagalan itu menyebabkan nyawa orang itu terancam. kesihatannya terjejas atau keadaan fizikal atau mentalnya yang terdahulu bertambah teruk; (b) gagal memberikan penjagaan, pengawasan dan perkhidmatan yang diperlukan untuk menyelenggarakan kesihatan fizikal dan mental, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, makanan. pennakanan, pakaian, tempat berlindung, pengawasan, ubat-ubatan dan perkhidmatan perubatan yang dianggap penting oleh orang waras

bagi kesejahteraan orang kurang upaya itu;

(c) membiarkan orang kurang upaya itu; (d) gagal berusaha dengan munasabah untuk melindungi orang kurang upaya daripada penderaan. pengabaian atau pengeksploitasian oleh orang lain.

(3)

Pengabaian orang kurang upaya mungkin berdasarkan kepada kelakuan berulang atau kejadian tunggal atau peninggalan yang menyebabkan. atau boleh dengan munasabah dijangkakan menyebabkan, kecederaan fizikal atau emosi yang serius, atau risiko kematian yang besar, kepada orang kurang upaya.

(4)

Tiada sebarang apa pun dalam bab ini mengenakan liabiliti jenayah kepada mana-lJlana orang yang berusaha dengan suci hati untuk memberikan penjagaan diri dan kesihatan kepada orang kurang upaya, tetapi bukan kerana salahnya sendiri tidak dapat memberikan penjagaan tersebut.

Kesalahan oleh badan korporat

22.

(1)

Jika suatu kesalahan terhadap Perintah ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawalmya yang dilakukan oleh suatu badan korporat dibuktikan - (a) telah dilakukan dengan persetujuan atau pembiaran seorang pegawai; atau (b) disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau keingkaran di pihaknya, maka pegawai dan juga badan korporat itu adalah melakukan kesalahan itu dan boleh diambil tindakan selanjutnya dan dihukum dengan sewajarnya.

(2)

Jika ha! ehwal suatu badan korporat diuruskan oleh ahli-ahlinya. ceraian (I) dikenakan mengenai perbuatan dan keingkaran seorang ahli berhubung dengan tugas pengurusannya seolah-olah dia adalah pengarah badan korporat itu.

(3)

Jika suatu kesalahan terhadap Perintah ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya yang dilakukan oleh suatu perkongsian dibuktikan - (a) telah dilakukan dengan persetujuan atau pembiaran seorang rakan kongsi; atau (b) disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau keingkaran di pihaknya, maka rakan kongsi dan juga perkongsian itu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan selanjutnya dan dihuk<1m dengan sewajarnya.

(4)

Jika suatu kesalahan terhadap Perintah ini yang dilakukan oleh suatu perkongsian liabiliti terhad dibuktikan telah dilakukan dengan persetujuan atau pembiaran, atau disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau keingkaran di pihak, seorang rakan kongsi atau pengurus perkongsian liabiliti terhad itu, maka rakan kongsi atau pengurus itu. mengikut mana yang berkenaan, dan juga perkongsian itu adalah melakukan kesalahan itu dan boleh diambil tindakan selanjutnya dan dihukum dengan sewajarnya.

(5)

Jika suatu kesalahan terhadap Perintah ini yang dilakukan oleh suatu persatuan yang tidak diperbadankan (selain daripada suatu perkongsian) dibuk'likan - (a) telah dilakukan dengan persetujuan atau pembiaran seorang pegawai persatuan yang tidak diperbadankan itu atau seorang ahli badan pentadbirnya: atau (b) disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau keingkaran di pihak pegawai atau ahIi tersebut, maka pegawai atau ahli itu dan juga persatuan yang tidak diperbadankan itu adalah melakukan kesalahan itu dan boleh diambil tindakan selanjutnya dan dihukum dengan sewajarnya.

(6)

Dalam bab ini - (a) "pegawai" - (i) berhubung dengan suatu badan korporat, berniakna mana-mana pengarah, ahli jawatankuasa pengurusan, ketua eksekutif. pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya badan korporat itu dan termasuk mana-mana orang yang dikatakan bertindak dalam mana-manajawatan tersebut; atau (ii) berhubung dengan suatu persatuan yang tidak diperbadankan (selain daripada suatu perkongsian), bermakna presiden, setiausaha, atau mana-mana ahli jawatankuasa persatuan yang tidak diperbadankan itu. atau mana-mana orang yang memegang jawatan yang serupa dengan jawatan presiden, setiausaha atau ahli jawatankuasa itu dan termasuk mana-mana orang yang dikatakan bertindak dalam mana-mana jawatan tersebut: (b) "rakan kongsi" termasuk seseorang yang dikatakan bertindak sebagai seorang rakan kongsi.

(7)

Peraturan-peraturan boleh mengadakan peruntukan bagi pengenaan mana-mana peruntukan bab ini, dengan pengubahsuaian-pengubahsuaian sebagaimana yang dianggap bersesuaian oleh Pendaftar. kepada mana-mana badan korporat, perkongsian liabiliti terhad atau persatuan yang tidak diperbadankan yang ditubuhkan atau diiktiraf di bawah undang-undang bertulis sebuah negara atau wilayah di luar Negara Brunei Darussalam.

BAHAGIAN5 PROSEDUR MENGENAI LAPORAN PENDERAAN DAN PENGABAIAN

Pemberitahuan berhubung dengan orang kurang upaya yang memerlul.an penjagaan atau perlindungan

23.

(1)

Mana-mana orang yang mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa orang kurang upaya memerlukan penjagaan atau perlindungan boleh memberitahu Pendaftar, mana-mana pegawai yang diberi kuasa atau seorang pegawai polis tentang fakta dan hal keadaan yang atasnya pengetahuan atau syaknya itu diasaskan.

(2)

Mana-mana orang dalam kedudukan beramanah atau berwibawa terhadap orang kurang upaya yang rnengetahui atau mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa orang kurang upaya memerlukan penjagaan atau perlindungan hendaklah dengan seLta-merta memberitahu Pendaftar, mana-mana pegawai yang diberi kuasa atau seorang pegawai polis tentang fakta dan hal keadaan yang atasnya pengetahuan atau syaknya itu diasaskan.

(3)

Mana-mana orang yang gaga! mematuhi ceraian (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dilepaskan dengan bon atas syarat-syarat yang akan ditentukan oleh mahkamah.

(4)

Mana-mana orang yang gagal mematuhi mana-mana syarat ban yang diperuntukkan dalam ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $5,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Kewajipan ahli keluarga untuk memberitahu

24.

(1)

Mana-mana ahli keluarga orang kurang upaya yang mempercayai atas alasan yang munasabah bahawa orang kurang upaya itu dicederakan dari segi fizikal atau emosi akibat dianiaya, diabaikan atau didera. hendaklah dengan serta-merta memberitahu Pendaftar, mana-mana pegawai yang diberi kuasa atau seorang pegawai polis.

(2)

Mana-mana ahli keluarga yang gaga! mematuhi ceraian (I) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklahjika sabit kesalahan dilepaskan dengan bon atas syarat-syarat yang akan ditentukan oleh mahkamah.

(3)

Mana-mana ahli keluarga yang gaga! mematuhi apa-apa syarat bon yang diperuntukkan dalam ceraian (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $5,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Kuasa Pendaftar, pegawai yang diberi kuasa dan pegawai polis

25.

(1)

Jika Pendaftar. pegawai yang diberi kuasa atau pegawai polis menerima apa-apa pemberitahuan di bawah bab 23, Pendaftar, pegawai yang diberi kuasa atau pegawai polis itu boleh melawat mana-mana orang kurang upaya dalam penjagaan orang yang menjaga orang itu bagi maksud memastikan keselamatan. kesihatan dan kesejahteraannya.

(2)

Bagi maksud-maksud ceraian (I), mana-mana orang yang menjaga orang kurang upaya adalah terikat di sisi undang-undang untuk membawa orang kurang upaya itu bagi pemeriksaan Pendaftar, pegawai yang diberi kuasa atau pegawai polis dan sekiranya dia enggan berbuat demikian maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000.

(3)

Pendaftar, pegawai yang diberi kuasa atau pegawai polis hendaklah melaporkan kepada Majistret setiap kes penderaan atau pengabaian sebagaimana yang diperihalkan dalam bab-bab 19, 20 dan 21 yang mungkin sampai ke pengetahuannya.

Kuasa mahkamah

26.

(1)

Jika pada pendapat Majistret, atas Iaporan Pendaftar, pegawai yang diberi kuasa atau pegawai polis bahawa orang kurang upaya didera atau diabaikan. mahkamah bolehmenghantar suatu saman bagi kehadiran orang yang menjaga orang kurang upaya itu, dan setelah menjalankan siasatan yang sewajamya membuat suatu perintah supaya orang kurang upaya itu dihantar kepada seorang pengamal perubatan bagi pemeriksaan dan rawatan perubatan.

(2)

Tanpa menjejaskan ceraian (I) dan sebagai tambahan kepada apa-apa kuasa Iain yang boleh dijalankan di bawah sebarang undang-undang bertulis Iain, mahkamah boleh membuat suatu perintah - (a) bagi orang yang menjaga orang kurang upaya itu untuk membuat suatu bon bagi menjalankan penjagaan dan tanggungjawab yang sepatutnya bagi suatu tempoh yang ditentukan oleh mahkamah sebagai munasabah di bawah segala ha! keadaan: (b) untuk meletakkan orang kurang upaya itu dalam penjagaan dan tanggungjawab orang yang layak bagi suatu tempoh yang ditentukan oleh mahkamah sebagai munasabah di bawah segala ha! keadaan; (c) tanpa membuat apa-apa perintah lain atau sebagai tambahan kepada suatu perintah di bawah perenggan (a) atau (b), untuk meletakkan orang kurang upaya itu di bawah pengawasan seorang Pegawai Pembangunan Masyarakat. atau seorang yang lain yang dilantik bagi maksud itu oleh mahkamah, bagi suatu tempoh yang ditentukan oleh mahkamah sebagai munasabah di bawah segala hal keadaan.

(3)

Mahkamah boleh, dalam membuat apa-apa perintah di bawah ceraian (2), mengenakan syarat-syarat atau memberikan arahan sebagaimana yang mungkin dianggapnya bersesuaian bagi maksud memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan orang kurang upaya itu. dan mana-mana orang yang gaga! mematuhi atau melanggar mana-mana syarat atau arahan ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000.

(4)

Tiada perintah di bawah ceraian (2) boleh dibuat tanpa memberikan orang yang menjaga orang kurang upaya itu peluang untuk hadir dan didengar.

(5)

Dengan tidak menghiraukan ceraian (4). suatu perintah di bawah ceraian (2) boleh dibuat jika orang yang menjaga orang kurang upaya itu, setelah dikehendaki hadir. telah gagal berbuat demikian atau tidak dapat dijumpai dalam masa yang munasabah.

(6)

Dalam bab ini. "orang yang layak" bermakna seseorang yang difikirkan layak oleh mahkamah. dengan mengambil kira sifat orang itu. untuk memberikan penjagaan, perlindungan dan pengawasan orang kurang upaya.

Perlindungan pemberi maklumat

27.

(1)

Tiada seorang pun yang membuat apa-apa pemberitahuan di bawah bab 23 kepada Pendaftar. mana-mana pegawai yang diberi kuasa atau seorang pegawai polis bahawa orang kurang upaya diabaikan atau dianiaya boleh menanggung apa-apa liabiliti kerana fitnah atau pun selainnya berkaitan dengan pembuatan pemberitahuan tersebut.

(2)

Pembuatan apa-apa pemberitahuan bahawa orang kurang upaya diabaikan atau dianiaya tidak boleh. dalam sebarang prosiding di hadapan mana-mana mahkamah atau dalam apa-apa perkara lain, diputuskan sebagai menjadi pelanggaran etiket atau etika profesional atau menyimpang daripada standard kelakuan profesional yang diterima.

(3)

Mana-mana orang yang hadir sebagai seorang saksi dalam sebarang prosiding dalam mana-mana mahkamah atau tribunal atau di hadapan seorang yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk mendengar keterangan - (a) tidak boleh dipaksa untuk mendedahkan identiti, atau apa-apa maklumat yang mungkin membawa kepada pendedahan identiti. mana-mana orang yang telah membuat suatu pemberitahuan bahawa orang kurang upaya memerlukan perlindungan; dan (b) tidak boleh dipaksa untuk mengemukakan, dan tidak boleh mengemukakan, apa-apa laporan atau dokumen yang mengenal pasti, atau mungkin mengenal pasti, mana-mana orang yang telah membuat suatu pemberitahuan bahawa orang kurang upaya diabaikan atau dianiaya.

(4)

Ceraian (3) tidak dikenakan jika suatu pemberitahuan bahawa orang kurang upaya diabaikan atau dianiaya dikemukakan sebagai keterangan, atau keterangan berkaitan dengan pemberitahuan itu diberikan, oleh orang yang membuat pemberitahuan tersebut.

(5)

Jika dalam mana-mana prosiding di hadapan mahkamah kerana suatu kesalahan di bawah Perintah ini, mahkamah, setelah menjalankan siasatan penuh mengenai kes itu, berpuas hati bahawa mana-mana orang yang telah membuat suatu pemberitahuan di bawah ceraian (I), dengan sengaja membuat suatu pernyataan yang diketahui atau dipercayainya sebagai palsu atau tidak mempercayainya sebagai benar, atau jika dalam mana-mana prosiding mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya, antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa mendedahkan nama orang yang telah membuat pemberitahuan itu, mahkamah boleh menghendaki pendedahan penuh berhubung dengan orang yang telah membuat pemberitahuan itu.

BAHAGIAN 6 AM

Kuasa Menteri

28.

Menteri boleh, dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, menjemput orang atau kumpulan orang sebagaimana yang difikirkannya patut untuk memberi nasihat dan membuat syor kepada Menteri mengenai apa-apa perkara yang timbul daripada pelaksanaan, fungsi dan penguatkuasaan Perintah ini.

Obligasi untuk merahsiakan

29.

(1)

Kecuali bagi mana-mana maksud Perintah ini dan bagi maksud-maksud sebarang prosiding sivil atau jenayah di bawah sebarang undang-undang bertulis, tiada seorang pun boleh mendedahkan apa-apa maklumat yang telah diperolehinya dalam masa menjalankan kewajipan-kewajipannya menurut Perintah ini.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar ceraian (I) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $5.000. dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang

30.

Tiada tindakan, guaman, pendak,vaan atau prosiding Iain boleh dikemukakan atau dibawa, dimulakan atau diselenggarakan dalam mana-mana mahkamah terhadap - (a) Pendaftar atau Timbalan Pendaftar; (b) mana-mana pegawai polis; atau (c) mana-mana pegawai yang diberi kuasa yang bertindak dengan sah bagi pihak Menteri. berkaitan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukannya dengan suci hati dalam melaksanakan kewajipan-kewajipannya di bawah Perintah ini.

Peraturan-peraturan

31.

Menteri boleh, dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, membuat peraturan-peraturan yang perlu atau mustahak bagi menguatkuasakan dan melaksanakan peruntukan-peruntukan Perintah ini. temiasuk penetapan bayaran dan apa-apa perkara Iain yang dikehendaki untuk ditetapkan atau yang boleh ditetapkan di bawah Perintah ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya. dan bagi pelaksanaannya yang sewajamya. Diperbuat pada hari ini 12 haribulan Zulkaedah. Tahun bersamaan dengan 23 haribulan Jun, 2021 di lstana Nurul Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. KEBA WAH DULi YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.