로고

Sebagaimana pada 1 November 2013

AKTA PENDANAAN KERAJAAN 1983 Tarikh Perkenan Diraja … … … … … 9 Mac 1983 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 10 Mac 1983 Cetakan Semula Yang Terdahulu Cetakan Semula Yang Pertam … … … … Cetakan Semula Yang Kedua … … … … AKTA PENDANAAN KERAJAAN 1983 SUSUNAN SEKSYEN Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pemerdapatan dana oleh Kerajaan Malaysia mengikut prinsip Syariah dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya. [11 Mac 1983] MAKA INILAH YANG DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 2 A . Surat cara yang diterbitkan hendaklah mengikut prinsip Syariah 3. Kuasa Menteri untuk menerima pelaburan 4. Penggunaan wang 5. Tempoh pelaburan 5 A . Terma dan syarat bagi penerbitan surat cara 6. Sijil pelaburan 7. Pemindahan pelaburan 8. Pulangan 9. Bayaran 9 A . Institusi pelaburan peserta dan institusi pelaburan utama 9 B . Institusi pendeposit 9 C . Tugas dan obligasi institusi pendeposit berhubung dengan pemindahan yang dilaksanakan di bawah subseksyen 9 B (2) 9 D . Kuasa Bank untuk meminta maklumat, memeriksa dan mengambil salinan 9 E . Pemeliharaan rahsia oleh Bank 10. Pelaburan dan pulangan dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan 11. Dokumen atau surat cara pelaburan tidak dikenakan duti setem 12. Bank hendaklah bertindak bagi pihak Menteri dan kuasa Menteri untuk menggantikan Bank dengan Akauntan Negara Seksyen 13. Catatan palsu, dsb., dalam buku, dokumen, dsb. 14. Pelanggaran Akta, penalti baginya dan liabiliti jenayah institusi, pengarah, dsb. 15. Liabiliti sivil tidak terjejas disebabkan pendakwaan atau ketidakpendakwaan, dsb. 16. Kaedah-kaedah 17. Liabiliti Kerajaan berkenaan dengan pelaburan 18. (Dipotong) Jadual A Jadual B * AKTA PENDANAAN KERAJAAN 1983

1. Akta ini bolehlah dinamakan *Akta Pendanaan Kerajaan 1983. Tafsiran

2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“akaun pelanggan” ertinya suatu akaun yang disenggarakan oleh institusi pendeposit bagi seseorang pemindah atau penerima pindahan di bawah subseksyen 9 B

(5);

“badan berkanun” ertinya mana-mana badan atau pihak berkuasa yang ditubuhkan, dilantik atau dibentuk oleh mana-mana undang- undang bertulis, dan termasuklah mana-mana pihak berkuasa tempatan; * CATATAN—Sebelum ini disebut Akta Pelaburan Kerajaan 1983–lihat seksyen 20, Akta Pelaburan Kerajaan (Pindaan) 2005 [Akta A1242]. “Bank” ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519]; “institusi kewangan” ertinya— (a) mana-mana bank berlesen, bank saudagar berlesen, syarikat kewangan berlesen, atau syarikat diskaun berlesen, sebagaimana istilah itu ditakrifkan dalam Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372]; (aa) mana-mana institusi yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan perbandakan Islam di bawah Akta Bank Islam 1983 [Akta 276]; (b) mana-mana Kerajaan Negeri; (c) mana-mana badan berkanun; atau (d) mana-mana kumpulan wang, skim, organisasi, pertubuhan perbadanan atau tidak diperbadankan, atau mana-mana orang lain, sebagaimana yang dinyatakan secara bertulis oleh Menteri; “institusi pelaburan peserta” ertinya suatu institusi kewangan yang dibenarkan oleh Bank di bawah subseksyen 9 A

(1);

“institusi pelaburan utama” ertinya suatu institusi pelaburan peserta yang dilantik oleh Bank di bawah subseksyen 9 A

(2);

“institusi pendeposit” ertinya suatu institusi pelaburan peserta yang dibenarkan oleh Bank di bawah subseksyen 9 B

(1);

“Majlis Penasihat Syariah” ertinya Majlis Penasihat Syariah yang ditubuhkan di bawah subseksyen 16 B

(1) Akta Bank Negara Malaysia 1958;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan; “pelaburan” ertinya wang yang dibayar oleh mana-mana orang di bawah seksyen 3 dan 5;’ “pelanggan pelaburan” ertinya seseorang yang membuat pemindahan atau mengambil pemindahan pelaburan di bawah subseksyen 9 B

(2);

“pemberitahuan” ertinya suatu notis yang mempelawa permohonan atau tawaran untuk melanggan atau membeli sesuatu surat cara; “pulangan” termasuklah apa-apa bentuk penyewaan, keuntungan, dividen atau manfaat, termasuk apa-apa fi atau hadiah, yang kena dibayar atau diberikan yang berhubung dengan surat cara itu; “surat cara” ertinya mana-mana surat cara yang dibuat dan diterbitkan di bawah Akta ini mengikut prinsip Syariah.

(2) Jika apa-apa rekod atau akaun perlu disenggarakan di bawah Akta ini oleh Bank atau oleh mana-mana institusi pelaburan peserta, yang bertindak sama ada atas sifatnya sebagai institusi pelaburan utama atau institusi pendeposit atau selainnya, rekod atau akaun itu hendaklah disenggarakan mengikut apa-apa cara atau bentuk sebagaimana yang ditentukan atau ditetapkan oleh Bank, termasuk penyenggaraannya secara bertulis atau dalam apa-apa bentuk rakaman tampak (sama ada berbentuk imej pegun atau bergerak), atau apa-apa rakaman bunyi, atau apa-apa jua pun rakaman elektronik, magnetik, mekanikal, atau apa-apa jua rakaman lain, pada Surat cara yang diterbitkan hendaklah mengikut prinsip Syariah 2 A . Mana-mana surat cara yang diterbitkan di bawah Akta ini hendaklah mengikut prinsip Syariah sebagaimana yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah. Kuasa Menteri untuk menerima pelaburan

apa-apa bahan, material, benda atau artikel.

3. (1) Menteri adalah dengan ini diberi kuasa, tertakluk kepada, dan mengikut, peruntukan Akta ini, untuk menerima pelaburan dan untuk membuat dan menerbitkan surat cara yang membuktikan pelaburan itu, bagi pihak Kerajaan Malaysia, pada bila-bila masa dan sehingga amaun maksimum sebagaimana yang ditetapkannya dari semasa ke semasa, dan tiap-tiap amaun maksimum yang ditetapkan sedemikian adalah kemudian daripada ini disebut “terbitan pelaburan” dan tiap-tiap terbitan pelaburan tersebut hendaklah mengandungi apa-apa nombor atau rujukan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(1 A ) Tertakluk kepada seksyen 2 A , sesuatu surat cara boleh dibuat dan diterbitkan dengan apa-apa kaedah atau dengan apa-apa perkiraan atau dengan membuat apa-apa urus niaga dengan mana- mana orang lain mengikut apa-apa cara atau bentuk sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.

(2) Jumlah amaun wang yang diterima di bawah subseksyen (1) yang tidak dibayar balik pada mana-mana satu masa hendaklah tidak lebih daripada suatu amaun yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

(3) Suatu perintah di bawah subseksyen (2) hendaklah, dengan secepat yang mungkin selepas siarannya, dibentangkan dalam Dewan Rakyat. Penggunaan wang

4. Wang yang diterima di bawah subseksyen 3(1) hendaklah digunakan, dan adalah dengan ini diperuntukkan, bagi maksud yang berikut: Tempoh pelaburan

(a) untuk membayar balik wang yang diterima sedemikian, hingga takat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri; (b) untuk membayar, dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan Dewan Rakyat yang dinyatakan melalui ketetapan, ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], bagi maksud Kumpulan Wang itu.

5. Sesuatu pelaburan di bawah subseksyen 3(1) hendaklah dibuat untuk suatu tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri; dan pada akhir tempoh tersebut wang yang dilaburkan sedemikian hendaklah dibayar balik mengikut cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini. Terma dan syarat bagi penerbitan surat cara 5 A . (1) Tertakluk kepada seksyen 3 dan 5, Bank hendaklah menyatakan terma dan syarat bagi mana-mana surat cara yang akan diterbitkan.

(2) Terma dan syarat bagi sesuatu surat cara hendaklah termasuk perkara yang berikut: Sijil pelaburan

(a) amaun; (b) tarikh terbitan; (c) tarikh matang; (d) pulangan; (e) pembayaran balik pelaburan; dan (f) apa-apa terma dan syarat lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Bank.

6. Tiap-tiap pelaburan hendaklah diterima oleh Bank bagi pihak Menteri, dan Menteri hendaklah mengeluarkan kepada Bank, suatu sijil pelaburan sebagai resit pelaburan tersebut yang hendaklah mengikut apa-apa bentuk atau cara sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, apabila amaun maksimum sesuatu terbitan pelaburan yang ditetapkan olehnya di bawah subseksyen 3(1) telah dilaburkan dengan Bank. Pemindahan pelaburan

7. Tiap-tiap pelaburan, atau mana-mana bahagian daripadanya, boleh dipindahkan mengikut peruntukan Akta ini dan tidaklah boleh mengikut apa-apa cara lain. Pulangan

8. Pulangan yang kena dibayar atau kena diberikan atas apa-apa pelaburan yang diterima hendaklah mengikut terma dan syarat surat cara itu. Bayaran

9. Pada tarikh matang sesuatu pelaburan, atau pada mana-mana tarikh sebagimana yang selainnya diperuntukkan dalam terma dan syarat surat cara itu, apa-apa jumlah wang yang ada bagi pembayaran Institusi pelaburan peserta dan institusi pelaburan utama 9 A . (1) Bank boleh membenarkan secara bertulis mana-mana institusi kewangan untuk menjadi institusi pelaburan peserta.

atas pelaburan itu hendaklah dibayar mengikut terma dan syarat itu.

(2) Bank boleh melantik secara bertulis mana-mana institusi pelaburan peserta untuk menjadi institusi pelaburan utama.

(3) Hanya sesuatu institusi pelaburan utama boleh membuat pelaburan dengan Bank, dan Bank hendaklah menyenggara suatu catatan dalam rekodnya mengenai tiap-tiap pelaburan tersebut.

(4) Sesuatu institusi pelaburan peserta hendaklah menyenggara suatu akaun tunggal dengan Bank—

(a) mengenai semua pemindahan pelaburan kepadanya oleh suatu institusi pelaburan peserta lain atau olehnya sendiri kepada suatu institusi pelaburan peserta lain; dan (b) jika institusi pelaburan peserta telah dilantik sebagai institusi pelaburan utama di bawah subseksyen (2), maka hendaklah dimasukkan ke dalam akaun tunggal yang disebut dalam perenggan (a) suatu akaun mengenai semua pelaburannya di bawah subseksyen (3).

(5) Bank hendaklah membayar pulangan kepada institusi pelaburan peserta itu atas setiap pelaburannya yang terdapat dalam akaunnya di bawah subseksyen (4) pada tarikh pulangan itu menjadi kena dibayar di bawah seksyen 8, dan hendaklah membayar kepada institusi itu setiap pelaburan yang terdapat dalam akaunnya di bawah subseksyen (4) sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 9.

(6) Bank hendaklah menyenggara rekod mengenai akaun sesuatu institusi pelaburan peserta, dan rekod tersebut hendaklah menjadi keterangan tunggal dan muktamad tentang kedudukan akaun itu, dan segala butir dan butir terperinci mengenainya, dan rekod tersebut hendaklah mengikat Bank, institusi pelaburan peserta dan mana-mana orang lain yang mempunyai apa-apa kepentingan di dalamnya. Institusi pendeposit 9 B . (1) Bank boleh membenarkan secara bertulis mana-mana institusi pelaburan peserta untuk menjadi institusi pendeposit.

(2) Mana-mana orang, selain institusi pelaburan peserta, yang berhasrat sama ada untuk membuat pemindahan atau mengambil pemindahan pelaburan hendaklah melakukan sedemikian hanya melalui institusi pendeposit.

(3) Sesuatu institusi pendeposit hendaklah menyenggara dengan Bank, sebagai tambahan kepada akaun yang disenggarakannya di bawah subseksyen 9

A

(4), suatu akaun tunggal berasingan berkenaan dengan semua pemindahan yang dilaksanakan melaluinya di bawah subseksyen (2).

(4) Bank hendaklah membayar pulangan kepada sesuatu institusi pendeposit atas setiap pelaburan yang terdapat dalam akaun institusi pendeposit di bawah subseksyen (3) pada tarikh pulangan itu menjadi kena dibayar di bawah seksyen 8, dan hendaklah membayar kepada institusi itu pelaburan yang terdapat dalam akaunnya di bawah subseksyen (3) pada tarikh matang pelaburan masing-masing di bawah seksyen 9, dengan apa-apa jalan dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(5) Sesuatu institusi pendeposit hendaklah menyenggara suatu akaun pelanggan berkenaan dengan tiap-tiap pemindah dan penerima pindahan yang menjadi pihak dalam mana-mana pemindahan yang dilaksanakan melalui institusi pendeposit itu di bawah subseksyen (2), kecuali jika akaun pelanggan berkenaan dengan seseorang penerima pindahan disenggarakan oleh suatu institusi pendeposit lain, dan dalam hal yang demikian institusi pendeposit yang pertama disebut itu hendaklah menyebabkan pelaburan tersebut dipindahkan ke dalam akaun penerima pindahan dengan institusi pendeposit yang kedua disebut itu.

(6) Jika pemindahan sesuatu pelaburan dibuat oleh mana-mana orang di bawah subseksyen (2), Bank boleh menghendaki mana-mana institusi pendeposit supaya mengeluarkan suatu resit pemakluman

mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(7) Sesuatu resit permakluman yang dikeluarkan di bawah subseksyen (6) tidaklah boleh diniagakan atau diuruskan mengikut apa-apa cara jua pun, dan hendaklah digunakan semata-mata antara institusi pendeposit yang mengeluarkannya dengan pelanggan pelaburan yang kepadanya ia dikeluarkan sebagai keterangan tentang pemindahan pelaburan di bawah subseksyen (2) yang berhubungan dengannya.

(8) Jika amaun dalam akaun yang disenggarakan oleh institusi pendeposit dengan Bank di bawah subseksyen (3) adalah terjejas disebabkan oleh pemindahan yang dilaksanakan melaluinya di bawah subseksyen (2), institusi pendeposit itu hendaklah memaklumkan dengan serta-merta kepada Bank maklumat tentang apa-apa perubahan tentang amaun yang disebabkan oleh pemindahan tersebut. Tugas dan obligasi institusi pendeposit berhubung dengan pemindahan yang dilaksanakan di bawah subseksyen 9 B

(2) 9 C . (1) Sesuatu institusi pendeposit hendaklah menyenggara suatu akaun berkenaan dengan setiap pelanggan pelaburan.

(2) Sesuatu institusi pendeposit hendaklah mengeluarkan kepada setiap pelanggan pelaburannya suatu penyata bulanan mengikut apa-apa bentuk dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(3) Sesuatu penyata bulanan hendaklah menjadi keterangan tunggal tentang pelaburan yang dipegang oleh pelanggan pelaburan di akhir bulan yang berkenaan dengannya ia dikeluarkan.

(4) Suatu institusi pendeposit hendaklah membayar kepada pelanggan pelaburan—

(a) pulangan atas setiap pelaburan yang terdapat dalam akaun pelangan pelaburan itu, dan pembayaran itu hendaklah dibuat sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 8; dan (b) apa-apa jumlah yang kena dibayar atas setiap pelaburan yang terdapat dalam akaun pelanggan pelaburan itu, dan pembayaran itu hendaklah dibuat sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 9.

(5) Pelaburan yang diuruskan oleh sesuatu institusi pendeposit berkenaan dengan apa-apa pemindahan yang dilaksanakan melaluinya di bawah subseksyen 9

B

(2) hendaklah diuruskan semata- mata dan khusus mengikut cara, dan bagi maksud, yang diperuntukkan di bawah seksyen 9

B , dan tidaklah boleh diuruskan atau digunakan oleh institusi pendeposit mengikut apa-apa cara, atau bagi apa-apa maksud lain jua pun.

(6) Sesuatu institusi pendeposit hendaklah memberi kepada Bank apa-apa penyata, butir terperinci, butir atau maklumat berhubung dengan akaun yang disenggarakan olehnya di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan setiap pelanggan pelaburan, atau pelanggan pelaburannya secara am, sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank, atau sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank secara bertulis dari semasa ke semasa.

(7) Bank boleh, melalui mana-mana pegawainya yang diberi kuasa secara bertulis oleh Gabenor atau Timbalan Gabenor Bank, memeriksa dan mengambil salinan akaun yang disenggarakan oleh institusi pendeposit di bawah seksyen ini, termasuk akaun berkenaan dengan mana-mana pelanggan pelaburan tertentu atau apa-apa rekod atau akaun lain yang berhubungan dengan atau melibatkan apa-apa pelaburan di bawah Akta ini, dan institusi pendeposit itu, dan tiap- tiap pengarah, pegawai, pekerja, pekhidmat atau ejen institusi pendeposit itu hendaklah memberi kepada pegawai Bank tersebut segala buku, rekod, surat-menyurat atau apa-apa dokumen lain sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai tersebut, dan hendaklah memberikannya segala bantuan sebagaimana yang dikehendakinya.

(8) Akaun seseorang pelanggan pelaburan yang disenggarakan

oleh suatu institusi pendeposit di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi rahsia di antara institusi itu dengan pelanggan pelaburan dan tidaklah boleh dizahirkan oleh institusi pendeposit itu kepada mana- mana orang kecuali kepada Bank, termasuk pegawai Bank yang disebut dalam subseksyen (7), melainkan jika penzahiran itu adalah dibenarkan secara bertulis oleh pelanggan pelaburan itu.

(9) Sesuatu institusi pendeposit hendaklah secara mutlak dan sepenuhnya bertanggungjawab dan bertanggungan kepada pelanggan pelaburannya berkenaan dengan semua pemindahan yang diambil atau dibuat oleh pelanggan pelaburan melalui institusi pendeposit tersebut di bawah subseksyen 9

B

(2).

(10) Sesuatu institusi pendeposit tidaklah boleh menghendaki seseorang pelanggan pelaburan membayar apa-apa caj, fi, atau apa- apa bayaran lain berkenaan dengan apa-apa perkara yang diuruskan olehnya berhubung dengan seseorang pelanggan pelaburan di bawah Akta ini, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh kaedah- kaedah yang dibuat di bawah seksyen 16. Kuasa Bank untuk meminta maklumat, memeriksa dan mengambil salinan 9 D . (1) Bank boleh, secara bertulis, menghendaki mana-mana institusi pelaburan peserta yang mungkin juga suatu institusi pelaburan utama, supaya memberi kepada Bank apa-apa penyata, butir terperinci, butir atau maklumat berhubung dengan mana-mana akaun atau rekod yang disenggarakan olehnya di bawah Akta ini.

(2) Bank boleh, melalui mana-mana pegawainya yang diberi kuasa secara bertulis oleh Gabenor atau Timbalan Gabenor Bank, memeriksa atau mengambil salinan mana-mana akaun, rekod, buku, atau apa-apa dokumen lain yang disenggarakan oleh institusi pelaburan peserta di bawah Akta ini. Pemeliharaan rahsia oleh Bank 9 E . Tanpa menjejaskan seksyen 16 Pelaburan dan pulangan dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan

A Akta Bank Negara Malaysia 1958, apa-apa maklumat dalam milik Bank menurut kuasa mana-mana peruntukan Akta ini hendaklah menjadi rahsia antara Bank dengan orang yang kepadanya ia dimaksudkan atau yang daripadanya ia diperolehi dan tidaklah boleh dizahirkan kecuali dengan keizinan orang itu.

10. Wang yang dimaksudkan oleh pelaburan, dan pulangannya adalah dengan ini dipertanggungkan kepada dan adalah kena dibayar dari Kumpulan Wang Disatukan. Dokumen atau surat cara pelaburan tidak dikenakan duti setem

11. Tiada duti setem boleh dilevi atau kena dibayar ke atas apa-apa dokumen atau surat cara yang berhubungan dengan apa-apa pelaburan atau pemindahannya. Bank hendaklah bertindak bagi pihak Menteri dan kuasa Menteri untuk menggantikan Bank dengan Akauntan Negara

12. Fungsi, kuasa dan tugas yang diberikan kepada Bank di bawah Akta ini hendaklah dilaksanakan, dijalankan dan ditunaikan oleh Bank bagi pihak Menteri, dengan syarat bahawa Menteri boleh, jika difikirkannya patut berbuat demikian, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, memperuntukkan semua atau mana-mana fungsi, kuasa atau tugas Bank dilaksanakan, dijalankan atau ditunaikan, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh Akauntan Negara, dan Menteri boleh melalui perintah tersebut membuat apa-apa ubah suaian, penyesuaian dan pindaan kepada peruntukan Akta ini sebagaimana yang perlu untuk memberi kesan kepada pelaksanaan, perjalanan dan penunaian tersebut oleh Akauntan Negara. Catatan palsu, dsb., dalam buku, dokumen, dsb.

13. Tiada seorang pun boleh, dengan niat untuk memperdaya— Pelanggaran Akta, penalti baginya dan liabiliti jenayah institusi, pengarah, dsb.

(a) membuat atau menyebabkan dibuat suatu catatan palsu; (b) meninggalkan daripada membuat, atau menyebabkan ditinggalkan daripada dibuat, sesuatu catatan; atau (c) mengubah, mengeluarkan, menyembunyikan atau memusnahkan, atau menyebabkan diubah, dikeluarkan, disembunyikan, atau dimusnahkan, apa-apa catatan, dalam apa-apa buku atau rekod, atau dalam apa-apa laporan, helaian kertas, penyata atau apa-apa dokumen lain apa-apa jua pun, yang berhubungan dengan perniagaan, hal-ehwal, transaksi, keadaan, harta, aset, liabiliti, atau akaun mana- mana institusi pelaburan peserta, atau mana-mana institusi pelaburan utama, atau mana-mana institusi pendeposit, ataupun Bank.

14. (1) Mana-mana institusi pelaburan peserta yang bertindak sama ada atas sifatnya sebagai institusi pelaburan utama atau institusi pendeposit atau selainnya, atau mana-mana orang lain, yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi—

(a) sepuluh juta ringgit; atau (b) jika jumlah wang menjadi hal perkara kesalahan itu, sepuluh kali ganda jumlah tersebut, mengikut mana-mana yang lebih besar, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun, atau kedua-dua denda dan penjara: Dengan syarat bahawa jika orang yang didapati melakukan kesalahan itu adalah suatu pertubuhan diperbadankan, hukuman penjara yang tersebut di atas tidaklah terpakai baginya.

(2) Jika apa-apa kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini telah dilakukan oleh mana-mana institusi yang disebut dalam subseksyen (1), mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu adalah seorang pengarah, pegawai atau pengawal institusi itu atau berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat yang sedemikian, atau telah dengan apa-apa jua cara atau setakat apa-apa jua bertanggungjawab bagi pengurusan mana-mana hal-ehwal institusi tersebut, atau telah membantu dalam pengurusan tersebut, melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa dipersetujui atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha untuk mengelakkan berlakunya kesalahan itu sebagaimana yang sepatutnya telah dijalankannya, memandang kepada jenis fungsinya atas sifat itu dan kepada segala hal keadaan.

(3) Jika mana-mana orang (kemudian daripada ini disebut “prinsipal” dalam subseksyen ini) boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini kerana apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, maka dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan oleh mana- mana kerani, pekhidmat atau ejennya, atau oleh kerani atau pekhidmat ejen itu:

Dengan syarat bahawa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh kerani atau pekhidmat prinsipal itu dalam menjalankan kerjanya, atau oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak prinsipal, atau oleh kerani atau pekhidmat ejen itu dalam penggajiannya oleh ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.

(4) Tanpa menjejaskan subseksyen (2), jika sesuatu institusi yang disebut dalam subseksyen (1) adalah suatu institusi kewangan di bawah perenggan (b) atau (c) dalam takrif “institusi kewangan” di bawah subseksyen 2(1), ia tidaklah boleh didakwa bagi apa-apa kesalahan yang dilakukannya di bawah subseksyen (1), atau dikenakan hukuman atau penalti di bawah subseksyen (3).

(5) Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh

dianggap sebagai menghalang pendakwaan, pensabitan dan penghukuman mana-mana orang mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain; tetapi dengan sedemikian supaya tiada seorang pun boleh dihukum lebih daripada sekali bagi kesalahan yang sama.

(6) Bagi maksud seksyen ini, “pengarah”, “pegawai” dan “pengawal” hendaklah masing-masing mempunyai pengertian sebagaimana yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 2(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989. Liabiliti sivil tidak terjejas disebabkan pendakwaan atau ketidakpendakwaan, dsb.

15. Pendakwaan, atau kegagalan mendakwa, mana-mana orang bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, atau pembebasan atau pelepasan mana-mana orang yang didakwa bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, tidaklah boleh, mengikut apa-apa cara atau setakat mana jua pun, menjejaskan liabiliti sivilnya kepada mana-mana orang lain yang berhubung dengan apa-apa jua yang dilakukannya di bawah Akta ini. Kaedah-kaedah

16. (1) Menteri boleh, atas syor Bank, membuat apa-apa kaedah-kaedah yang perlu atau suai manfaat untuk memberi kesan penuh kepada peruntukan Akta ini, untuk menunaikan atau mencapai tujuan dan maksud Akta ini, atau untuk melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih sempurna, lebih baik dan lebih mudah.

(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah boleh dibuat untuk mengadakan peruntukan mengenai— Liabiliti Kerajaan berkenaan dengan pelaburan

(a) perkara yang berhubungan dengan terbitan pelaburan, permohonan mendapatkan pelaburan, pembayaran pulangan atas pelaburan, dan pembayaran balik pelaburan bila matang; (b) tatacara dan amalan yang berhubungan dengan pelaksanaan mana-mana peruntukan Akta ini oleh mana-mana orang; (c) borang berkenaan dengan mana-mana peruntukan Akta ini; (d) caj, fi dan bayaran yang kena dibayar kepada Bank, dan caj, fi dan bayaran yang kena dibayar kepada sesuatu institusi pendeposit, berkenaan dengan mana-mana peruntukan Akta ini; dan (e) perkara yang berhubungan dengan pelaksanaan peruntukan peralihan yang terkandung di dalam seksyen 16 Akta Pelaburan Kerajaan (Pindaan) 1990 [Akta A749].

17. (1) Kerajaan hendaklah bertanggungan bagi segala pulangan yang kena dibayar dan segala pembayaran balik yang patut dibayar berkenaan dengan pelaburan yang dibuat di bawah dan mengikut Akta ini, dan berkenaan dengan segala sijil pelaburan yang diuruskan di bawah dan mengikut seksyen 16 Akta Pelaburan Kerajaan (Pindaan) 1990, tetapi jika liabiliti Kerajaan tersebut yang berbangkit akibat daripada, atau oleh sebab, apa-apa keingkaran sesuatu institusi pelaburan peserta dalam melaksanakan tugas dan obligasinya di bawah Akta ini, termasuk tugas dan obligasinya sebagai institusi pelaburan utama atau institusi pendeposit, mengikut mana-mana yang terpakai, institusi tersebut hendaklah bertanggungan apabila diminta oleh Kerajaan untuk menanggung rugi Kerajaan sepenuhnya berhubung dengan liabiliti itu.

(2) Bagi maksud subseksyen (1), “keingkaran” termasuklah—

(a) apa-apa pengabaian atau kegagalan dalam melaksanakan apa-apa fungsi, atau menjalankan apa-apa kuasa, atau menunaikan apa-apa tugas, di bawah Akta ini; dan (b) apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, atau apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubung dengan apa-apa perkara yang diuruskan di bawah Akta ini, tanpa mengambil kira— (i) sama ada terdapat atau tidak apa-apa pendakwaan berkenaan dengan kesalahan itu; atau (ii) sama ada keingkaran tersebut dilakukan oleh institusi pelaburan peserta itu, atau oleh mana- mana pengarah, pegawai, atau pengawal (sebagaimana perkataan itu ditakrifkan di dalam subseksyen 14(6)), atau mana-mana kerani, pekhidmat atau ejen institusi pelaburan peserta tersebut, atau mana-mana kerani atau pekhidmat kepada ejen tersebut.

18. (Dipotong oleh Akta A1242). UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 275 AKTA PENDANAAN KERAJAAN 1983 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 275 AKTA PENDANAAN KERAJAAN 1983

J ADUA L A (Dipotong oleh Akta A1242). J ADUAL B (Dipotong oleh Akta A1242). SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari *Akta A749 Akta Pelaburan Kerajaan (Pindaan) 1990 Akta A1242 Akta Pelaburan Kerajaan (Pindaan) 1990 01-01-1990 17-06-2005 * CATATAN—Lihat seksyen 16 Akta Pelaburan Kerajaan (Pindaan) 1996 bagi peruntukan peralihan. SENARAI SEKSYEN YANG MEMINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Tajuk panjang Akta A1242 Akta A1242 Akta A749 Akta A1242 2 A Akta A1242 Akta A749 Akta A1242 Akta A749 Akta A1242 5 A Akta A1242 Akta A749 Akta A1242 Akta A749 Akta A749 Akta A1242 Akta A749 Akta A1242 9 A Akta A749 Akta A1242 9 B Akta A749 9 C Akta A749 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A1242 9 D Akta A749 9 E Akta A749 Akta A749 Akta A1242 Akta A749 Akta A749 Akta A749 Akta A749 Akta A749 Akta A749 Akta A1242 Akta A749 Akta A1242 Akta A749 Akta A1242 Jadual A Akta A749 Akta A1242 Jadual B Akta A749 Akta A1242