로고

Sebagaimana pada 1 Disember 2011

AKTA PERKHIDMATAN POS (SYARIKAT PENGGANTI) 1991 Tarikh Perkenan Diraja ... ... ... … … … ... 2 September 1991 Tarikh penyiaran dalam Warta 12 September 1991 UNDANG – UNDANG MALAYSIA Akta 466 AKTA PERKHIDMATAN POS (SYARIKAT PENGGANTI) 1991 SUSUNAN SEKSYEN B AHAGIAN I PERMULAAN AKTA PERKHIDMATAN POS (SYARIKAT PENGGANTI) 1991 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi peletakhakan harta, hak dan liabiliti Kerajaan Malaysia yang berhubungan dengan perkhidmatan pos pada suatu syarikat, untuk membuat perkiraan kewangan bagi syarikat itu, untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan kakitangan dan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya. [ 1 Januari 1992 P.U (B) 649/1991] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: B AHAGIAN I PERMULAAN

Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran B AHAGIAN II PELETAKHAKAN HARTA, DSB., PADA SYARIKAT PENGGANTI 3. Peruntukan peletakhakan 4. Pegangan permulaan Kerajaan dalam syarikat pengganti 5. Pelaburan Kerajaan dalam sekuriti syarikat pengganti 6. Menjalankan fungsi Menteri Kewangan melalui penama 7. Struktur kewangan syarikat pengganti Bahagian III PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KAKITANGAN 8. Kakitangan UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 466

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perkhidmatan Pos (Syarikat Pengganti) 1991. Tafsiran

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain―

“hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama ada sebenar, kontingen atau prospektif; “harta” termasuklah segala harta, sama ada alih atau tak alih, dan segala estet, kepentingan, isemen dan hak, sama ada di sisi ekuiti atau undang-undang dalam, pada atau daripada harta, hak dalam tindakan, wang dan nama baik; dan “terletak hak”, berhubungan dengan harta, termasuklah hak pada harta pada masa depan atau kontingen dan hak perkembalian dan baki; “liabiliti” ertinya liabiliti, hutang, tanggungan, kewajipan dan obligasi daripada tiap-tiap perihalan (sama ada pada masa sekarang atau pada masa depan, sebenar atau kontinjen, dan sama ada kena dibayar atau hendak dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain); “Menteri” ertinya Menteri yang sedang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan pos; “Perbadanan” ertinya Menteri Kewangan yang diperbadankan melalui Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957 [Akta 375]; “syarikat pengganti” ertinya syarikat yang kepadanya, harta, hak dan liabiliti berkenaan dengan perkhidmatan pos yang kepadanya Kerajaan Malaysia berhak atau tertakluk dipindahkan dan diletakhakkan dari semasa ke semasa melalui perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 3; “tarikh peletakhakan” ertinya tarikh harta, hak dan liabiliti berkenaan dengan perkhidmatan pos, yang kepadanya Kerajaan Malaysia berhak atau tertakluk, berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengganti sebagaimana dinyatakan oleh Menteri dalam perintah di bawah (subseksyen 3 (1)).

Bahagian II Peruntukan peletakhakan

PELETAKHAKAN HARTA, DSB., PADA SYARIKAT PENGGANTI

3. (1) Tertakluk kepada Akta ini, Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan tarikh peletakhakan dan pada tarikh itu, segala harta, hak atau liabiliti Kerajaan Malaysia berkenaan dengan perkhidmatan pos yang dinyatakan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah menurut kuasa Akta ini, berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengganti tanpa apa-apa jua pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan.

(2) Tiap-tiap harta yang terletak hak menurut kuasa subseksyen

(1) pada syarikat pengganti hendaklah terletak hak sedemikian pada syarikat itu bagi hakmilik, estet atau kepentingan serupa dan dengan pemegangan serupa sebagaimana harta itu telah terletak hak atau dipegang sebelum sahaja tarikh peletakhakan.

(3) Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat pengganti boleh, selepas tarikh perletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan kembali atau dikuatkuasakan oleh syarikat itu atas namanya sendiri dan tidak perlu bagi syarikat itu atau Kerajaan Malaysia memberi notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu tentang peletakhakan yang dilaksanakan melalui subseksyen itu.

(4) Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat pengganti boleh, pada dan selepas tarikh perletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan kembali atau dikuatkuasakan oleh atau terhadap syarikat itu atas namanya sendiri dan tidak perlu bagi syarikat itu atau bagi Kerajaan Malaysia memberi notis kepada orang yang hak atau liabilitinya tersentuh oleh peletakhakan di bawah subseksyen (1).

(5) Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Kerajaan Malaysia yang berhubungan dengan mana- mana harta, hak atau liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengganti menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan itu, diteruskan oleh atau terhadap syarikat pengganti.

(6) Dalam hal hak dan liabiliti yang berbangkit di bawah mana- mana pinjaman yang terletak hak pada syarikat pengganti pada tarikh peletakhakan, syarikat itu boleh membuat apa-apa perkiraan atau perjanjian mengenai hak dan liabiliti sedemikian itu dengan Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak ketiga.

(7) Jika menurut kuasa subseksyen (1), mana-mana harta berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengganti, peruntukan Bahagian Tiga Puluh Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965] hendaklah, bagi maksud melaksanakan pendaftaran bagi peletakhakan itu, terpakai bagi syarikat pengganti seolah-olah ia adalah suatu pihak berkuasa awam.

(8) Pada dan selepas tarikh peletakhakan, apa-apa perjanjian yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengganti di bawah subseksyen (1) yang kepadanya Kerajaan Malaysia menjadi pihak kepadanya sebaik sebelum tarikh peletakhakan, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak sedemikian sifatnya sehingga hak dan liabiliti di bawah perjanjian boleh diserahhakkan oleh Kerajaan Malaysia, hendaklah berkuat kuasa seolah-olah syarikat itu telah menjadi suatu pihak kepada perjanjian itu. Pegangan permulaan Kerajaan dalam syarikat pengganti

4. (1) Berbangkit daripada peletakhakan harta, hak dan liabiliti pada syarikat pengganti akan segala harta, hak dan liabiliti di bawah seksyen 3, syarikat itu hendaklah menerbitkan sekuriti syarikat itu sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan, selepas berunding dengan Menteri, dari semasa ke semasa―

(a) kepada Perbadanan; atau (b) kepada mana-mana orang yang berhak menghendaki penerbitan sekuriti itu berikutan dengan pengumpukan permulaannya kepada Perbadanan.

(2) Menteri Kewangan tidak boleh memberi arahan di bawah subseksyen (1) pada masa apabila syarikat pengganti telah terhenti daripada dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.

(3) Sekuriti yang dikehendaki supaya diterbitkan menurut seksyen ini hendaklah diterbitkan atau diumpukkan pada bila-bila masa dan atas apa-apa terma mengenai pengumpukan, sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan, selepas berunding dengan Menteri.

(4) Syer yang diterbitkan menurut seksyen ini―

(a) hendaklah pada apa-apa nilai nominal sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan; dan (b) hendaklah diterbitkan sebagai berbayar penuh dan dikira bagi maksud Akta Syarikat 1965 [Akta 125] seolah-olah ia telah dibayarkan disebabkan oleh pembayaran kepada syarikat pengganti akan nilai nominalnya.

(5) Menteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan Menteri, melupuskan apa-apa sekuriti yang diterbitkan atau apa-apa hak kepada sekuriti yang diumpukkan pada mulanya kepada Perbadanan menurut seksyen ini.

(6) Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh Perbadanan sebagai hak pada, atau atas pelupusan, apa-apa sekuriti atau hak yang diperolehi menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Pelaburan Kerajaan dalam sekuriti syarikat pengganti

5. (1) Menteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan Menteri, pada bila-bila masa, memperoleh―

(a) sekuriti syarikat pengganti atau mana-mana subsidiari syarikat pengganti itu; atau (b) hak untuk melanggan apa-apa sekuriti sedemikian.

(2) Menteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan Menteri, melupuskan mana-mana sekuruti atau hak yang diperoleh di bawah seksyen ini.

(3) Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Perbadanan berbangkit daripada peruntukan seksyen ini hendaklah dikira sebagai pelaburan dan dibenarkan di bawah subperenggan 8 (3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].

(4) Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh Perbadanan sebagai hak pada, atau atas pelupusan, apa-apa sekuriti atau hak yang diperoleh di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

(5) Duti setem tidak boleh dikenakan berkenaan dengan apa-apa pertambahan modal syarikat pengganti yang― Menjalankan fungsi Menteri Kewangan melalui penama

(a) diakibatkan oleh penerbitan syer yang diumpukkan pada masa syarikat pengganti dipunyai pada keseluruhannya oleh Kerajaan; dan (b) diperakui oleh Perbendaharaan sebagai telah diakibatkan melalui penerbitan syer yang dilanggan oleh Menteri Kewangan di bawah perenggan (1)(a).

6. (1) Menteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan Menteri, melantik orang yang difikirkannya layak untuk bertindak sebagai penamanya bagi maksud seksyen 4 atau 5 dan―

(a) sekuriti syarikat pengganti boleh diserah hak di bawah seksyen 4 kepada mana-mana penama Menteri Kewangan yang dilantik bagi maksud seksyen itu atau kepada mana- mana orang yang berhak menghendaki penerbitan sekuriti itu berikutan dengan pengumpukkan permulaannya kepada mana-mana penama tersebut; dan (b) mana-mana penama tersebut yang dilantik bagi maksud seksyen 5 boleh memperoleh sekuriti atau hak mengikut seksyen itu.

(2) Mana-mana orang yang memegang mana-mana sekuriti atau hak sebagai penama Menteri Kewangan menurut kuasa subseksyen

(1) hendaklah memegang dan membuat urusan dengan apa-apa terma dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan. Struktur kewangan syarikat pengganti

7. (1) Jika Menteri Kewangan, selepas berunding dengan Menteri, mengarahkan sedemikian pada bila-bila masa sebelum syarikat pengganti terhenti daripada dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia, sesuatu jumlah wang yang tidak melebihi untung terhasil terkumpul Jabatan Pos, Malaysia, sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu, hendaklah dibawa oleh syarikat itu kepada suatu rizab, yang dalam seksyen ini disebut “rizab statutori”.

(2) Rizab statutori itu hanya boleh digunakan oleh syarikat pengganti untuk membayar syer yang belum diterbitkan syarikat itu yang hendaklah diumpukkan kepada anggota syarikat itu sebagai syer bonus berbayar penuh.

(3) Bagi maksud mana-mana akaun statutori syarikat pengganti, nilai mana-mana aset atau hak atau amaun mana-mana liabiliti Jabatan Pos, Malaysia, yang dikira sebagai telah terletak hak pada syarikat itu menurut kuasa seksyen 3 hendaklah dikira sebagai nilai atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, amaun yang diberikan kepada aset, hak atau liabiliti itu dalam penyata akaun yang disediakan oleh Jabatan Pos, Malaysia, berkenaan dengan tahun perakaunan genap terakhir Jabatan Pos, Malaysia, yang berakhir

sebelum tarikh peletahakan.

(4) Bagi maksud mana-mana akaun statutori syarikat pengganti, amaun yang hendak dimasukkan berkenaan mana-mana butiran hendaklah ditentukan seolah-olah apa-apa jua yang dilakukan oleh Jabatan Pos, Malaysia, sama ada secara memperoleh, menilai semula atau melupuskan mana-mana aset atau menanggung, menilai semula atau menyelesaikan mana-mana liabiliti, atau dengan membawa apa- apa amaun kepada mana-mana peruntukan rizab, atau selainnya, telah dilakukan oleh syarikat pengganti.

(5) Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan subseksyen (4), amaun yang hendak dimasukkan dari semasa ke semasa dalam mana- mana rizab syarikat pengganti sebagai merupakan untung terhasil terkumpulnya hendaklah ditentukan seolah-olah apa-apa untung yang dihasilkan dan dipegang simpan oleh Jabatan Pos, Malaysia, telah dihasilkan dan dipegang simpan oleh syarikat pengganti.

(6) Sebutan dalam seksyen ini mengenai akaun statutori syarikat pengganti adalah sebutan mengenai apa-apa akaun yang disediakan oleh syarikat pengganti bagi maksud mana-mana peruntukan Akta Syarikat 1965.

(7) Bagi maksud seksyen ini, “tahun perakaunan genap” ertinya tahun perakaunan yang berakhir pada 31 Disember atau suatu tempoh yang ditentukan oleh Menteri Kewangan. Kakitangan

B AHAGIAN III PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KAKITANGAN

8. (1) Syarikat pengganti hendaklah menerima ke dalam penggajiannya pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta tiap-tiap orang yang, sebaik sebelum tarikh itu adalah anggota kakitangan Jabatan Pos, Malaysia, dan yang

telah diberi pilihan oleh Kerajaan dan telah memilih untuk berkhidmat sebagai pekerja syarikat.

(2) Tiap-tiap orang sedemikian yang memilih di bawah subseksyen (1) untuk berkhidmat sebagai pekerja syarikat pengganti hendaklah diambil kerja oleh syarikat itu atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan. UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 466 AKTA PERKHIDMATAN POS (SYARIKAT PENGGANTI) 1991 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 466 AKTA PERKHIDMATAN POS (SYARIKAT PENGGANTI) 1991

14 SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari - TIADA - SENARAI PINDAAN Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari - TIADA -