로고

Tarikh Perkenan Diraja ... ... 15 Mei 2012

Tarikh penyiaran dalam Warta ... 17 Mei 2012 Hakcipta Pencetak H PerceTAKAN NASIoNAL MALAYSIA berHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Akta 745 AKTA PINGAT TeNTerA UDArA (eLAUN KeNANGAN) 2012 SUSUNAN SekSyeN AKTA PINGAT TeNTerA UDArA (eLAUN KeNANGAN) 2012 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pemberian suatu elaun kenangan kepada penerima Bintang kehormatan Pingat Tentera Udara dan untuk perkara yang berkaitan. [ ] DIPerbUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran 3. Pemberian elaun kenangan 4. Pemberhentian pemberian elaun kenangan 5. Pemberian kepada waris kadim penerima jika Bintang kehormatan dianugerahkan selepas kematian 6. Perdana Menteri hendaklah mengagihkan amaun yang akan dibayar 7. elaun kenangan dan jumlah wang hendaklah dipertanggungkan pada kumpulan Wang Disatukan Persekutuan 8. elaun kenangan dan jumlah wang tidak boleh diserahhakkan, dsb. Akta 745

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pingat Tentera Udara (elaun kenangan) 2012.

(2) Akta ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Julai 2011. Tafsiran

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— Pemberian elaun kenangan

“anak” termasuklah anak tiri dan anak yang diambil sebagai anak angkat oleh penerima di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan; “Bintang kehormatan” ertinya Bintang kehormatan Pingat Tentera Udara yang dianugerahkan di bawah Statut Pingat Tentera Udara [P.W. 4043/68]; “elaun kenangan” ertinya elaun kenangan yang diberikan di bawah subseksyen 3(1); “isteri” atau “suami” ertinya balu atau duda seseorang penerima yang mati yang perkahwinan mereka diiktiraf di Malaysia sebagai suatu perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, agama atau adat; “penerima” ertinya seseorang yang telah dianugerahi Bintang kehormatan; “penjamin sosial” ertinya seseorang yang mengadakan, bukan bagi maksud membuat keuntungan, mana-mana jaminan yang berikut: (a) suatu jaminan untuk suatu pinjaman, biasiswa atau pemberian bagi maksud pendidikan atau penyelidikan; (b) suatu jaminan untuk suatu transaksi sewa beli suatu kenderaan untuk kegunaan peribadi atau bukan perniagaan; (c) suatu jaminan untuk suatu transaksi pinjaman perumahan semata-mata untuk kediaman persendirian.

3. (1) Maka bolehlah diberikan suatu elaun kenangan sebanyak satu ribu ringgit sebulan kepada seseorang penerima Bintang kehormatan, dan jika Bintang kehormatan itu dianugerahkan kepada penerima itu lebih daripada sekali, maka bolehlah diberikan suatu elaun kenangan yang berasingan sebanyak satu ribu ringgit sebulan kepadanya berkenaan dengan setiap Bintang kehormatan yang dianugerahkan kepadanya.

(2) elaun kenangan hanya akan dibayar kepada seseorang penerima yang masih hidup pada permulaan kuat kuasa Akta ini.

(3) elaun kenangan hendaklah dibayar secara tunggakan tidak lebih awal daripada penghujung setiap bulan.

(4) Jika Bintang kehormatan dianugerahkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, elaun kenangan hendaklah dibayar kepada penerima, dalam apa-apa keadaan, mulai dari bulan permulaan kuat kuasa Akta ini.

(5) Jika Bintang kehormatan dianugerahkan pada atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, elaun kenangan hendaklah dibayar kepada penerima mulai dari bulan yang Bintang kehormatan itu dianugerahkan kepadanya. Pemberhentian pemberian elaun kenangan

4. (1) Pemberian suatu elaun kenangan hendaklah terhenti—

(a) sekiranya penerima mati; (b) sekiranya penerima disabitkan atas mana-mana kesalahan oleh suatu mahkamah di dalam Persekutuan; (c) sekiranya penerima diperintahkan oleh suatu mahkamah di dalam Persekutuan dalam mana-mana tindakan sivil untuk membayar suatu amaun yang melebihi dua ribu ringgit; atau (d) apabila penganugerahan Bintang kehormatan itu dibatalkan atau diungkaikan mengikut seksyen VI Statut Pingat Tentera Udara.

(2) Tiada elaun kenangan akan dibayar mulai—

(a) dari bulan yang dalamnya kematian penerima itu berlaku; (b) dari bulan yang hukuman bagi suatu kesalahan dikenakan ke atas penerima; (c) dari bulan yang perintah yang disebut dalam perenggan (1)(c) dikenakan ke atas penerima; atau (d) dari bulan yang penganugerahan Bintang kehormatan itu dibatalkan atau diungkaikan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3) Sekiranya ada suatu rayuan terhadap mana-mana hukuman atau perintah yang disebut dalam perenggan (1)(b) atau (c) oleh penerima, elaun kenangan tidak akan dibayar mulai dari bulan yang hukuman atau perintah itu disahkan atas rayuan itu.

(4) Sekiranya penerima itu menerima suatu pengampunan bebas berkenaan dengan sabitan itu yang disebut dalam perenggan (1)(b), atau sekiranya Bintang kehormatan yang dibatalkan atau yang diungkaikan itu diberikan semula kepadanya, elaun kenangan hendaklah diberikan semula kepadanya mulai dari bulan yang pengampunan bebas itu diterima atau Bintang kehormatan itu diberikan semula.

(5) Perenggan (1)(c) tidaklah terpakai bagi seseorang penerima jika perintah mahkamah terhadapnya dibuat dalam kapasitinya sebagai seorang penjamin sosial. Pemberian kepada waris kadim penerima jika bintang Kehormatan dianugerahkan selepas kematian

5. Jika Bintang kehormatan dianugerahkan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini kepada seseorang yang telah mati, maka bolehlah diberikan suatu jumlah wang sebanyak sepuluh ribu ringgit hanya sekali— Perdana Menteri hendaklah mengagihkan amaun yang akan dibayar

(a) kepada isteri atau isteri-isteri atau suami dan anak-anak penerima yang mati yang masih hidup pada tarikh penganugerahan Bintang kehormatan itu; (b) sekiranya pada tarikh penganugerahan Bintang kehormatan itu tiada isteri atau suami atau anak penerima yang mati yang masih hidup, kepada ibu bapa atau ibu atau bapa penerima yang mati yang masih hidup pada tarikh itu; atau (c) sekiranya pada tarikh penganugerahan Bintang kehormatan itu tiada isteri atau suami, anak atau ibu atau bapa penerima yang mati itu yang masih hidup, kepada datuk nenek atau datuk atau nenek penerima yang mati yang masih hidup pada tarikh itu.

6. Amaun yang akan dibayar kepada isteri atau isteri-isteri atau suami, anak-anak, ibu bapa atau datuk nenek, mengikut mana- mana yang berkenaan, di bawah seksyen 5 hendaklah mengikut apa-apa perkadaran yang ditentukan oleh Perdana Menteri. elaun kenangan dan jumlah wang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan

7. elaun kenangan dan jumlah wang yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah dipertanggungkan pada kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. elaun kenangan dan jumlah wang tidak boleh diserahhakkan, dsb.

8. Apa-apa elaun kenangan atau jumlah wang yang diberikan di bawah Akta ini tidaklah boleh diserahhakkan, dipindahkan hakmilik, ditahan, diasingkan atau dilevi berkenaan dengan apa- apa tuntutan.