로고

「1999 소비자보호법」

• 국가‧ 지 역: 말레이시아 • 법 률 번 호: 제599호 • 개정일: 2019년 8월 7일

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan pengguna, penubuhan Majlis Penasihat Pengguna Negara dan Tribunal Tuntutan Pengguna, dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: 이 법의 목적은 소비자를 보호하고 국 가소비자자문위원회와 소비자청구심판 소를 설치하고 관련된 기타 사항을 정 하는데 있다. 말레이시아 의회에서 다음과 같이 제정 함.

Bahagian Ⅰ PERMULAAN

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1.

(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perlindungan Pengguna 1999.

(2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

Pemakaian 2.

(1) Tertakluk pada subseksyen (2), Akta ini hendaklah terpakai berkenaan dengan semua barang dan perkhidmatan yang ditawarkan atau dibekalkan kepada seorang pengguna atau lebih secara perdagangan termasuk apa-apa urus niaga perdagangan yang dijalankan melalui cara elektronik.

(2) Akta ini tidaklah terpakai—

(a) bagi sekuriti sebagaimana yang ditakrifkan dalam * Akta Perindustrian Sekuriti 1983 [Akta 280]; (b) bagi kontrak niaga hadapan sebagaimana yang ditakrifkan dalam *Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 [Akta 499]1; (c) bagi kontrak yang dibuat sebelum tarikh Akta ini mula berkuat kuasa; (d) berhubung dengan tanah atau kepentingan mengenai tanah kecuali sebagaimana yang diperuntukkan secara nyata dalam Akta ini; (e) bagi perkhidmatan yang diadakan oleh ahli profesional yang dikawal selia oleh mana-mana undang- undang bertulis; dan (f) bagi perkhidmatan jagaan kesihatan yang diadakan atau yang akan diadakan oleh profesional jagaan kesihatan atau oleh kemudahan jagaan kesihatan. (g) (Dipotong oleh Akta A1298).

(3) (Dipotong oleh Akta A1381).

(4) Pemakaian Akta ini adalah bersifat tambahan dan tanpa menjejaskan apa- apa undang-undang lain yang mengawal selia hubungan kontrak.

Tafsiran 3.

(1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini; “barang” ertinya barang yang terutamanya dibeli atau digunakan bagi maksud diri, rumah tangga atau isi rumah, dan termasuklah— (a) barang yang dipasang pada, atau digabungkan dalam, apa-apa harta tanah atau harta persendirian; (b) haiwan, termasuk ikan; (c) vesel dan kenderaan; (d) kemudahan; dan (e) pokok, tumbuh-tumbuhan dan tanaman sama ada atau tidak di atas, di bawah atau terlekat pada tanah, tetapi tidaklah termasuk hak dalam tindakan, termasuk surat cara boleh niaga, syer, debentur dan wang; “cagaran” termasuklah apa-apa gadaian atau bebanan; “ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui atau di bawah Akta ini atau mana- mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dan jika tiada cara disebut, ertinya ditetapkan dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta; “harga” termasuklah balasan dalam apa-apa bentuk, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dan termasuklah apa-apa balasan yang pada hakikatnya berhubungan dengan pemerolehan atau pembekalan barang atau perkhidmatan walaupun kononnya berhubungan dengan apa-apa perkara atau benda lain; “iklan” termasuklah tiap-tiap bentuk iklan, sama ada atau tidak disertakan dengan atau dikaitkan dengan perkataan yang diucapkan atau ditulis atau tulisan atau bunyi lain dan sama ada atau tidak terkandung atau diterbitkan dalam suatu terbitan, dan termasuklah iklan— (a) dengan pempameran notis; (b) dengan menggunakan katalog, senarai harga, pekeliling, label, kad atau dokumen atau bahan lain; (c) dengan pertunjukan filem atau gambar atau gambar foto; atau (d) dengan menggunakan radio, televisyen, telekomunikasi atau apa-apa cara seumpamanya yang lain; “kemudahan jagaan kesihatan” ertinya mana-mana premis yang dalamnya seorang atau lebih daripada seorang orang awam menerima perkhidmatan jagaan kesihatan; “Majlis” atau “Majlis Penasihat Pengguna Negara” ertinya majlis yang ditubuhkan di bawah seksyen 73; “membekalkan” berhubung dengan— (a) barang, ertinya membekalkan atau membekalkan semula dengan cara penjualan, pertukaran, pajakan, sewaan atau sewa beli; (b) perkhidmatan, ertinya mengadakan, memberikan atau menganugerahkan; “pembekal” ertinya seseorang yang, secara perdagangan— (a) membekalkan barang kepada pengguna dengan memindahkan pemunyaan atau milikan barang itu di bawah suatu kontrak jualan, pertukaran, pajakan, sewaan atau sewa beli yang kepadanya orang itu menjadi suatu pihak; atau (b) membekalkan perkhidmatan kepada pengguna, dan termasuklah— (i) jika hak pembekal telah dipindahkan melalui penyerahhakan atau melalui kuat kuasa undang- undang, orang yang pada masa itu berhak kepada hak itu; (ii) seorang pembiaya yang telah meminjamkan wang atas cagaran barang yang dibekalkan kepada pengguna, jika keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada harga barang itu akan dibayar daripada hasil pinjaman dan jika pinjaman itu telah diaturkan oleh seseorang yang, secara perdagangan, membekalkan barang itu; (iii) seorang yang, secara perdagangan, menyerahhakkan atau memperoleh penyerahhakan barang kepada seseorang pembiaya untuk membolehkan pembiaya itu membekalkan barang itu, atau barang jenis itu, kepada pengguna; dan (iv) seorang yang, secara perdagangan, bertindak sebagai ejen bagi orang lain jika orang lain itu tidak membuat pembekalan secara perdagangan; “pemerolehan” berhubung dengan— (a) barang, termasuklah perbuatan mendapatkan barang dengancara pembelian, pertukaran atau yang diambil secara pajakan, sewaan atau sewa beli; (b) perkhidmatan, termasuklah perbuatan menyetujui terima suatu perkhidmatan dengan apa-apa cara, dan “memperoleh” dan “perolehan” hendaklah ditakrifkan dengan sewajarnya; “Pengawal”, “Timbalan Pengawal” dan “Penolong Pengawal”ertinya orang yang dilantik sebagai yang demikian di bawah seksyen 7; “pengguna” ertinya seseorang yang— (a) memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan daripada jenis yang pada lazimnya diperoleh bagi maksud, kegunaan atau penggunaan diri, rumah tangga atau isi rumah; dan (b) tidak memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan itu, atau mengemukakan dirinya sebagai memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan itu, terutamanya bagi maksud— (i) membekalkannya semula secara perdagangan; (ii) menggunakannya dalam perjalanan suatu proses pengilangan; atau (iii) dalam hal barang, membaiki atau mengolah, secara perdagangan, barang lain atau lekapanpada tanah; “pengilang” ertinya seseorang yang menjalankan perniagaanmemasang, mengeluarkan atau memproses barang, dan termasuklah— (a) mana-mana orang yang mengemukakan dirinya kepada orang ramai sebagai pengilang barang itu; (b) mana-mana orang yang melekatkan jenama atau capnya, tau menyebabkan supaya atau membenarkan jenama atau capnya dilekatkan, pada barang itu; dan (c) jika barang itu dikilangkan di luar Malaysia dan pengilang asing barang itu tidak mempunyai tempat perniagaanbiasa dalam Malaysia, seseorang yang mengimport atau mengedarkan barang itu; “penyiaran” termasuklah iklan kepada orang ramai atau mana-mana orang ramai dengan apa-apa cara dan “menyiarkan” hendaklah ditakrifkan dengan sewajarnya; “peraturan-peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; “perdagangan” ertinya apa-apa perdagangan, perniagaan, industri, profesion, pekerjaan, aktiviti komersial atau perusahaan yang berhubungan dengan pembekalan atau pemerolehan barang atau perkhidmatan; “perkhidmatan” termasuklah apa-apa hak, faedah, keistimewaan atau kemudahan yang atau yang akan diadakan, diberikan atau dianugerahkan di bawah apa-apa kontrak tetapi tidaklah termasuk hak, faedah atau keistimewaan dalam bentuk pembekalan barang atau pelaksanaan kerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan; “perkhidmatan jagaan kesihatan” termasuklah— (a) perkhidmatan perubatan, pergigian, kejururawatan, perbidanan, kesihatan berkaitan, farmasi dan ambulans dan apa-apa perkhidmatan lain yang disediakan oleh profesional jagaan kesihatan; (b) tempat tinggal bagi maksud apa- apa perkhidmatan jagaan kesihatan; (c) apa-apa perkhidmatan untuk memeriksa, mendiagnosis atau merawat orang yang menghidap atau dipercayai menghidap apa-apa penyakit, kecederaan atau hilang upaya minda atau badan; (d) apa-apa perkhidmatan bagi maksud kesihatan pencegahan atau penggalakan; (e) apa-apa perkhidmatan yang disediakan oleh mana-mana profesional separa jagaan kesihatan; (f) apa-apa perkhidmatan bagi mengubati atau mengurangkan apa- apa keadaan luar biasa tubuh manusia dengan menggunakan apa- apa perkakas, kelengkapan, alat, atau peranti atau apa-apa teknologi perubatan lain; atau (g) apa-apa perkhidmatan yang berhubungan dengan kesihatan termasuk perkhidmatan perubatan pilihan dan tradisional; “perniagaan” ertinya apa-apa perusahaan yang dijalankan sama ada atau tidak untuk keuntungan atau ganjaran dan yang dalam perjalanannya barang atau perkhidmatan diperoleh atau dibekalkan sama ada dengan bayaran atau selainnya; “premis” ertinya mana-mana tempat, bangunan atau kenderaan, sama ada kekal atau sementara; “profesional jagaan kesihatan” termasuklah pengamal perubatan, pengamal pergigian, ahli farmasi, ahli psikologi klinikal, jururawat, bidan, pembantu perubatan, ahli fisioterapi, ahli terapi pekerjaan dan profesional jagaan kesihatan berkaitan lain dan mana-mana orang lain yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan perubatan, kesihatan, pergigian, farmaseutik, atau apa-apa perkhidmatan jagaan kesihatan lain; “rekod” termasuklah buku akaun, buku bank, baucar, resit, surat-menyurat dan apa-apa dokumen lain tidak kira sama ada rekod itu atas kertas atau dalam bentuk elektronik,fotograf atau bentuk lain tetapi tidak termasuk rekod perubatan pesakit; “subsidiari” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan dalam Akta Syarikat 1965 [Akta 125]; “Tribunal” ertinya Tribunal Tuntutan Pengguna yang ditubuhkan di bawah seksyen 85.

(2) Dalam Akta ini, sebutan tentang—

(a) penglibatan dalam sesuatu perlakuan hendaklah dibaca sebagai sebutan tentang melakukan atau keengganan untuk melakukan sesuatu perbuatan, dan termasuklah— (i) meninggalkan sesuatu perbuatan; atau (ii) memaklumkan bahawa sesuatu perbuatan itu akan atau, tidak akan dilakukan, mengikut mana- mana yang berkenaan; (b) pemerolehan barang termasuklah sebutan tentang pemerolehan harta dalam atau hak yang berhubungan dengan barang berikutan dengan pembekalan barang itu; (c) pembekalan atau pemerolehan barang atau perkhidmatan termasuklah sebutan tentang perjanjian untuk membekalkan atau memperoleh barang atau perkhidmatan; (d) pembekalan atau pemerolehan barang termasuklah sebutan tentang pembekalan atau pemerolehan barang bersama dengan barang atau perkhidmatan lain atau kedua-duanya; (e) pembekalan atau pemerolehan perkhidmatan termasuklah sebutan tentang pembekalan atau pemerolehan perkhidmatan bersama dengan barang atau perkhidmatan lain atau kedua-duanya; (f) pembekalan semula barang yang diperoleh daripada seseorang termasuklah sebutan tentang— (i) pembekalan barang kepada seseorang yang lain dalam bentuk atau keadaan yang diubah; dan (ii) pembekalan kepada seseorang lain barang lain yang dengannya barang yang diperoleh itu telah digabungkan.

(3) Dalam Akta ini, jika perlu ditentukan masa sesuatu gerenti mula terpakai—

(a) barang hendaklah dikira sebagai dibekalkan pada masa pengguna memperoleh hak untuk memiliki barang itu; (b) perkhidmatan hendaklah dikira sebagai dibekalkan pada masa perkhidmatan itu diadakan, diberikan atau dianugerahkan.

(4) Bagi maksud Akta ini, sesuatu aku janji, penegasan atau representasi dengan apa-apa nama hendaklah disifatkan sebagai suatu gerenti nyata jika aku janji, penegasan atau representasi itu mempunyai kesan yang sama atau yang pada matannya sama sebagaimana suatu gerenti nyata.

Penyingkiran pilihan undang-undang 4.

Akta ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun apa-apa terma kontrak yang terpakai atau berupa sebagai memakaikan undang-undang suatu negara yang lain jika mahkamah mendapati bahawa terma itu telah dikenakan keseluruhannya atau terutamanya bagi maksud untuk membolehkan pihak yang mengenakannya mengelak daripada kuat kuasa Akta ini.

Kecualian bagi perundangan lain yang berkaitan 5.

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menghapuskan atau mengehadkan kesan, atau menghalang pergantungan pada—

(a) mana-mana undang-undang bertulis yang mengenakankewajipan yang lebih ketat ke atas pembekal daripada yang dikenakan di bawah Akta ini; (b) mana-mana undang-undang bertulis yang mengikutnya apa-apa terma yang tidak tak selaras dengan Akta ini dianggap tersirat dalam kontrak bagi pembekalan apa- apa barang atau perkhidmatan; (c) mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kontrak penggajian atau kontrak perantisan; atau (d) apa-apa terma dalam apa-apa perjanjian bertulis antara pembekal dengan pengguna setakat yang terma itu— (i) mengenakan kewajipan yang lebih ketat ke atas pembekal daripada yang dikenakan di bawah Akta ini; atau (ii) memperuntukkan remedi yang lebih menguntungkan kepada pengguna daripada remedi yang diperuntukkan di bawah Akta ini.

Tidak boleh berkontrak keluar 6.

(1) Peruntukan Akta ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pum apa-apa jua yang bertentangan dalam mana- mana perjanjian.

(2) Tiap-tiap pembekal dan tiap-tiap pengilang yang berupa sebagai berkontrak keluar daripada mana- mana peruntukan Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menghalang pengguna yang mempunyai tuntutan di bawah Akta ini daripada bersetuju untuk menyelesaikan atau mengkompromikan tuntutan itu.

Pelantikan pengawal, Timbalan pengawal, dsb. 7.

(1) Menteri boleh melantik daripada kalangan pegawai awam, seorang Pengawal Hal Ehwal Pengguna dan apa-apa bilangan Timbalan Pengawal Hal Ehwal Pengguna, Penolong Pengawal Hal Ehwal Pengguna dan pegawai lain sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini.

(2) Pengawal hendaklah, tertakluk kepada arahan dan kawalan am Menteri, melaksanakan fungsi dan kewajipan yang dikenakan dan menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini.

(3) Timbalan Pengawal, Penolong Pengawal dan pegawai lain yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah di bawah arahan dan kawalan Pengawal.

(4) Seseorang Timbalan Penagawal boleh melaksanakan segala fungsi dan kewajipan yang dikenakan dan menjalankan segala kuasa yangdiberikan kepada Pengawal di bawah Akta ini.

(5) Semua pegawai yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

BAHAGIAN II PERLAKUAN MENGELIRUKAN DAN MEMPERDAYA, REPRESENTASI PALSU DAN AMALAN TIDAK SAKSAMA

Tafsiran 8.

Bagi maksud Bahagian ini—

(a) “palsu”, “mengelirukan” atau “memperdaya”, berhubung dengan perlakuan, representasi atau amalan, termasuklah perlakuan, representasi atau amalan yang boleh menyebabkan seseorang pengguna melakukan kesilapan; dan (b) “harga”, berhubung denga napa- apa barang atauperkhidmatan, sebagai tambahan dan tanpa menjejaskan keluasan takrif “harga” dalam seksyen 3, ertinya— (i) agregat jumlah wang yang dikehendaki supaya dibayar oleh pengguna bagi atau selainnya berkenaan dengan pembekalan barang atau perkhidmatan itu; atau (ii) kecuali dalam subseksyen 12(3) dan (4), apa-apa cara yang akan atau telah terpakai bagi maksud menentukan agregat itu.

Perlakuan yang mengelirukan 9.

Tiada seorang pun boleh melibatkan diri dalam perlakuan yang—

(a) berhubung dengan barang, adalah mengelirukan atau memperdayakann , atau mungkin mengelirukan atau memperdayakan, orang ramai mengenai sifat, prosespengilangan, ciri-ciri, kesesuaian bagi sesuatu maksud, kebolehan untuk mendapatkan atau kuantiti, barang itu; atau (b) berhubung dengan perkhidmatan, adalah mengelirukanatau memperdayakan, atau mungkin mengelirukan atau memperdayakan, orang ramai mengenai sifat, ciri- ciri, kesesuaian bagi sesuatu maksud, kebolehan untuk mendapatkan atau kuantiti, perkhidmatan itu.

Representasi palsu atau mengelirukan 10.

(1) Tiada seorang pun boleh membuat representasi palsu atau mengelirukan—

(a) bahawa barang itu adalah daripada jenis, standard, kualiti, gred, kuantiti, komposisi, gaya atau model tertentu; (b) bahawa barang itu mempunyai sejarah tertentu atau kegunaan terdahulu yang tertentu; (c) bahawa perkhidmatan itu adalah daripada jenis, standard, kualiti atau kuantiti tertentu; (d) bahawa perkhidmatan itu dibekalkan oleh mana-mana orang tertentu atau oleh mana-mana orang yang mempunyai daya ketukangan, kelayakan atau kemahiran tertentu; (e) bahawa orang tertentu telah bersetuju memperoleh barang atau perkhidmatan itu; (f) bahawa barang itu baru atau dibaikpulihkan; (g) bahawa barang itu telah dikilangkan, dikeluarkan, diproses atau dibaikpulihkan pada sesuatu masa tertentu; (h) bahawa barang atau perkhidmatan itu mempunyai apa- apa tajaan, kelulusan, pengendorsan, ciri-ciri pencapaian, aksesori, kegunaan atau faedah; (i) bahawa orang itu mempunyai apa-apa tajaan, kelulusan, pengendorsan atau gabungan; (j) berkenaan dengan keperluan apa- apa barang atau perkhidmatan (k) berkenaan dengan kewujudan, pengecualian atau kesan apa-apa syarat, gerenti, hak atau remedi; atau (l) berkenaan dengan tempat asal barang itu.

(2) Dalam seksyen ini, “kuantiti” termasuklah panjang, lebar, tinggi, luas, isi padu, muatan, berat dan bilangan.

Representasi palsu dan perlakuan lain yang mengelirukan berhubung dengan tanah 11.

(1) Tiada seorang pun boleh berkaitan dengan penjualan atau pemberian atau penjualan atau pemberian yang mungkin suatu kepentingan mengenai tanah atau berkaitan dengan penggalakan dengan apa-apa cara penjualan atau pemberian suatu kepentingan mengenai tanah—

(a) secara palsu menyatakan bahawa mana-mana orangmempunyai apa- apa tajaan, kelulusan, pengendorsan atau gabungan; atau (b) membuat representasi palsu atau mengelirukan tentang mana-mana atau semua yang berikut: (i) jenis kepentingan mengenai tanah itu; (ii) harga yang kena dibayar bagi tanah itu; (iii) kedudukan tanah itu; (iv) ciri-ciri tanah itu; (v) kegunaan yang baginya tanah itu boleh digunakan atau dengan sah boleh digunakan; (vi) kewujudan atau terdapatnya kemudahan yang dikaitkan dengan tanah itu.

(2) Dalam seksyen ini, “kepentingan”, berhubung dengan tanah, ertinya kepentingan berdaftar atau boleh daftar mengenai tanah itu, dan termasuklah—

(a) hak untuk menduduki tanah itu atau sesuatu bangunan atau sebahagian daripada sesuatu bangunan yang didirikan di atas tanah itu, yang berbangkit oleh sebab pemegangan syer atau oleh sebab suatu kontrak untuk membeli syer dalam syarikat yang memiliki tanah atau bangunan itu; atau (b) hak, kuasa atau keistimewaan ke atas atau berkaitan dengan tanah itu.

(3) Seksyen ini tidaklah terpakai bagi kemudahan perumahan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118].

Gambaran yang mengelirukan mengenai harga 12.

(1) Seseorang adalah melakukan suatu kesalahan—

(a) jika dia memberi seseorang pengguna gambaran yang mengelirukan mengenai harga yang padanya apa-apa barang atau perkhidmatan boleh didapati; atau (b) jika sesuatu gambaran yang diberikan olehnya kepada seseorang pengguna mengenai harga yang padanya apa-apa barang atau perkhidmatan boleh didapati menjadi mengelirukan dan dia tidak mengambil langkah yang munasabah untuk menghalang pengguna itu daripada bergantung pada gambaran itu.

(2) Bagi maksud subseksyen (1), tidaklah material—

(a) sama ada orang yang memberikan gambaran itu bertindak bagi pihak dirinya sendiri atau bagi pihak orang lain; (b) sama ada atau tidak orang yang memberikan gambaran itu ialah orang itu atau termasuk dalam golongan orang yang daripadanya barang atau perkhidmatan itu boleh didapati; (c) sama ada gambaran itu mengelirukan atau menjadi mengelirukan berhubung dengan semua pengguna yang kepadanya gambaran itu diberikan atau hanya berhubung dengan beberapa orang daripada mereka.

(3) Bagi maksud seksyen ini, sesuatu gambaran yang diberikan kepada pengguna adalah mengelirukan mengenai harga atau cara untuk menentukan harga jika apa yang disampaikan oleh gambaran itu, atau apa yang boleh dengan munasabah dijangkakan akan disimpulkan oleh pengguna itu daripada gambaran itu atau apa-apa peninggalan daripadanya, termasuklah mana-mana yang berikut:

(a) bahawa harga atau cara itu bukanlah pada hakikatnya harga atau cara yang sebenarnya; (b) bahawa dapat atau tidaknya harga atau cara itu dipakai tidak bergantung pada fakta atau hal keadaan yang pada hakikatnya gambaran itu bergantung padanya; (c) bahawa harga itu meliputi atau cara itu mengambil kira perkara yang berkenaan dengannya suatu caj tambahan pada hakikatnya dibuat; (d) bahawa seseorang yang pada hakikatnya tidak mempunyai apa- apa jangkaan, menjangkakan— (i) harga itu akan dinaikkan atau diturunkan, sama ada atau tidak pada suatu masa tertentu atau dengan suatu amaun tertentu; (ii) harga itu, atau harga itu sebagaimana yang dinaikkan atau diturunkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, akan dikekalkan, sama ada atau tidak bagi suatu tempoh tertentu; (iii) cara itu akan diubah, sama ada atau tidak pada suatu masa tertentu atau dalam suatu hal tertentu; atau (iv) cara itu atau cara sebagaimana yang diubah itu, mengikut mana- mana yang berkenaan, akan tetap tidak diubah, sama ada atau tidak bagi suatu tempoh tertentu; (e) fakta atau hal keadaan yang dengan merujuk kepadanya pengguna itu boleh dengan munasabah dijangkamenilai kesahan apa-apa perbandingan yang berkaitan yang dibuat atau disiratkan oleh gambaran itu yangbukanlah pada hakikatnya fakta atau hal keadaan yang sebenarnya.

(4) Bagi maksud perenggan (3)(e), sesuatu perbandingan ialah perbandingan yang berkaitan berhubung dengan harga atau cara menentukan harga, mengikut mana- mana yang berkenaan, jika perbandingan itu dibuat antara harga atau cara itu atau apa-apaharga yang telah atau boleh ditentukan dengan menggunakan cara itu, dengan—

(a) apa-apa harga atau nilai yang dinyatakan atau tersirat sebagai atau sebagai telah atau sebagai mungkin dikaitkan atau boleh dikaitkan dengan barang atau perkhidmatan yang berkenaan, atau dengan apa-apa barang atau perkhidmatan lain; atau (b) apa-apa cara atau cara lain yang dinyatakan atau tersiratsebagai atau sebagai telah atau sebagai mungkin terpakai atau boleh dipakai bagi menentukan harga atau nilai barang atau perkhidmatan yang berkenaan atau harga atau nilai apa-apa barang atau perkhidmatan lain.

Pengiklanan umpanan 13.

(1) Tiada seorang pun boleh mengiklankan untuk membekalkan barang atau perkhidmatan pada harga yang dinyatakan yang orang itu—

(a) tidak berniat untuk menawarkan untuk dibekalkan; atau (b) tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai dapat dibekalkan, pada harga itu bagi suatu tempoh yang, dan dalam kuantiti yang, munasabah dengan mengambil kira jenis pasaran yang dalamnya orang itu menjalankan perniagaan dan jenis iklan itu

(2) Dalam sesuatu pendakwaan bagi kegagalan umtuk menawarkan barang atau perkhidmatan kepada pengguna mengikut subseksyen (1), adalah menjadi suatu pembelaan jika orang yang dipertuduh membuktikan bahawa—

(a) dia menawarkan untuk membekalkan atau untuk mendapatkan orang lain untuk membekalkan, kepada pengguna itu, dalam masa yang munasabah, barang atau perkhidmatan daripada jenis yang diiklankan, dalam kuantiti yang munasabah dan pada harga yang diiklankan, dan jika tawaran itu disetuju terima oleh pengguna, bahawa orang itu telah membekalkan atau mendapatkan orang yang lain untuk membekalkan barang atau perkhidmatan itu; atau (b) dia menawarkan untuk membekalkan kepada pengguna itu dengan segera, atau untuk mendapatkan orang lain untuk membekalkan kepada pengguna itu dalam masa yang munasabah, barang atau perkhidmatan yang setara, dalam kuantiti yang munasabah dan pada harga yang diiklankan, dan jika tawaran itu disetuju terima olehpengguna, bahawa orang itu telah membekalkan atau mendapatkan orang lain untuk membekalkan barang atau perkhidmatan yang setara itu.

Pemberian, hadiah, tawaran percuma, dsb. 14.

(1) Tiada seorang pun boleh menawarkan apa-apa pemberian, hadiah atau benda percuma lain—

(a) dengan niat untuk tidak mengadakannya; atau (b) dengan niat untuk tidak mengadakannya sebagaimana yang ditawarkan.

(2) Tiada seorang pun boleh dalam menawarkan apa-apa pemberian, hadiah atau benda percuma lain dengan pembelian apa-apa barang atau perkhidmatan, sama ada atau tidak bergantung pada pembelian barang atau perkhidmatan lain—

(a) mengenakan bayaran yang lebih daripada harga biasa bagi barang atau perkhidmatan yang akan dibeli itu; atau (b) mengurangkan kuantiti atau kualiti barang atau perkhidmatan yang akan dibeli itu.

(3) Seseorang yang menawarkan sesuatu pemberian, hadiah atau benda percuma lain boleh mengenakan apa- apa syarat munasabah ke atas tawaran itu.

(4) Jika seseorang mengenakan syarat ke atas tawaran itu, dia hendaklah—

(a) memerihalkan syarat itu dengan jelas; (b) memastikan bahawa perihal syarat itu diletakkan berhampiran dengan ungkapan “percuma” atau “tawaran percuma”, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan cara yang mudah dilihat; dan (c) memastikan bahawa besar cetakan perihal syarat itu adalah sekurang-kurangnya separuh saiz cetakan yang digunakan bagi ungkapan “percuma” atau “tawaran percuma”.

(5) Bagi maksud seksyen ini—

“harga biasa” ertinya harga yang padanya barang atau perkhidmatan yang seumpamanya biasanya dijual di pasaran; “percuma” atau “tawaran percuma” termasuklah apa-apa ungkapan yang mempunyai erti seumpamanya.

Dakwaan bahawa barang adalah terhad 15.

(1) Tiada seorang pun boleh, dalam membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan barang untuk dijual kepada pengguna, memerihalkan barang itu sebagai terhad melainkan jika edisi, pencetakan, penempaan, pengukiran atau pengeluarannya adalah terhad kepada—

(a) suatu kuantiti maksimum yang telah ditentukan terlebih dahulu; atau (b) kuantiti sebenar yang dipesan atau dilanggan dalam suatu tempoh masa yang dinyatakan dan semunasabahnya singkat.

(2) Sesuatu dakwaan bahawa barang adalah terhad hendaklah menyatakan dengan jelas—

(a) kuantiti maksimum barang yang ditawarkan untuk jualan; dan (b) tempoh masa atau tarikh tertentu barang itu ditawarkan untuk jualan.

(3) Pernyataan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) hendaklah diletakkan berhampiran dengan dakwaan itu dengan cara yang mudah dilihat.

「1999 소비자보호법」

• 국가‧ 지 역: 말레이시아 • 법 률 번 호: 제599호 • 개정일: 2019년 8월 7일

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan pengguna, penubuhan Majlis Penasihat Pengguna Negara dan Tribunal Tuntutan Pengguna, dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: 이 법의 목적은 소비자를 보호하고 국 가소비자자문위원회와 소비자청구심판 소를 설치하고 관련된 기타 사항을 정 하는데 있다. 말레이시아 의회에서 다음과 같이 제정 함.

제Ⅰ장 총칙

약칭 및 시행 제1조

(1) 이 법은 「1999 소비자보호 법」이라 한다.

(2) 이 법은 관보 고시를 통하여 장관 이 지정한 날에 발효하며 장관은 이 법 의 개별 조항에 대하여 효력이 시작되 는 날짜를 달리 정할 수 있다.

적용 제2조

(1) 제2항에 따라 이 법은 디지 털수단을 통해 수행되는 상거래를 포함 하여 한 명 이상의 소비자에게 상업적 으로 제공되거나 공급되는 모든 상품 및 서비스에 적용된다.

(2) 이 법은 다음 각 호에 적용되지 아 니한다.

(a) *「1983 증권업법」에서 정하는 (b) 「1993 선물업법」에서 정하는 선물계약 (c) 이 법이 시행되기 전에 체결된 계약 (d) 이 법에서 명시한 경우를 제외하 고 토지 또는 토지에 대한 이익과 관련된 사항 (e) 성문법에서 정하는 전문가가 제 공하는 서비스 (f) 전문의료인이나 의료서비스시설에 서 제공하거나 제공할 예정인 의료 서비스 (g) (법률 제A1298호에 따라 삭제)

(3) (법률 제A1381호에 따라 삭제)

(4) 이 법의 적용은 부수적이며 계약관 계를 다루는 다른 법률을 침해하지 아 니한다.

해석 제3조

(1) 이 법에서 문맥상 다른 의미 로 해석하여야 할 경우를 제외하고 다 음의 의미를 가진다. "이 법"이란 이 법에 따라 제정된 보조 입법을 포함한다. "상품"이란 주로 개인용, 가정용 또는 가정용품으로 구매하거나 사용되는 것 을 의미하며 다음을 포함한다.

(a) 부동산 또는 사유 재산에 설치되 거나 부속된 상품 (b) 어류를 포함하는 동물 (c) 선박 및 차량 (d) 시설 (e) 지상, 지하 또는 지상에 관계없이 경작된 초목, 식물 및 작물 다만 유가증권, 주식, 채권 및 무체동 산은 포함하지 아니한다. "담보"란 모든 저당 또는 비용을 포함 한다. "정해진"이란 이 법 또는 이 법에 따라 제정된 규정으로 정해진 것을 말하고 방법이 규정되지 아니한 경우 관보에 게재된 명령에 따라 수시로 규정되는 것을 말한다. "가격"은 직간접적인 모든 형태의 대가 를 포함하고 표면적으로는 다른 사물과 관련되어 있지만 실질적으로 해당 상품 또는 서비스의 취득 또는 공급과 관련 된 모든 대가를 포함한다. "광고"란 음성이나 글, 기타 글자 또는 소리가 수반되거나 연관되어 있는지 여 부 그리고 간행물을 포함하거나 발행했 는지 여부에 관계없이 모든 형태의 광 고를 포함하며 다음 각 호의 수단을 활 용한다. (a) 알림 표시 (b) 카탈로그, 가격목록, 회보, 라벨, 카드 또는 기타 문서 및 자료 (c) 영상, 그림 또는 사진 게시 (d) 라디오, 텔레비전, 전자통신 또는 기타 유사한 매체 "의료시설"이란 한 명 이상의 이용자가 의료서비스를 받는 시설을 말한다. "위원회" 또는 "국가소비자자문위원회" 는 제73조에 따라 설치된 위원회를 말 한다. "공급"이란 다음 각 호와 관련된 행위 를 말한다. (a) 상품의 판매, 교환, 대여, 임대 또는 할부구입을 통한 공급 또는 재 공급 (b) 서비스의 공급, 제공 또는 수여 "공급자"란 거래시 다음 각 호의 어 느 하나에 해당하는 사람을 말한다. (a) 판매, 교환, 대여, 임대 또는 할 부구입 계약에 따라 소유권 또는 점 유권을 소비자에게 이전하여 상품을 공급하는 행위의 당사자 (b) 다음 각 목에 해당되고 소비자에 게 서비스를 제공하는 사람 (i) 공급자의 권리가 양도되거나 법 적용에 따라 이전되는 경우 해당 권리를 가지게되는 사람 (ii) 상품을 상업적으로 공급하는 사람이 대출을 받고 해당 상품 판매 금액의 전부 또는 일부를 통해 대출을 변제하는 경우 소 비자에게 공급되는 상품을 담보 로 대출을 제공하는 금융업자 (iii) 거래과정에서 금융업자가 상품 또는 동종 상품을 소비자에게 공 급할 수 있도록 거래를 통해 금융 업자에게 상품을 양도하거나 조달 하는 사람 (iv) 다른 사람이 거래에 참여하지 아니하는 경우 대리인 역할을 하 는 사람 "취득"이란 (a) 상품을 구매, 교환, 대여, 임대 또는 할부구입을 통해 상품을 획득 하는 행위를 포함한다. (b) 방식에 관계없이 서비스를 수락 하는 행위를 포함하고 “취득하는 것”과 “취득”은 이에 따라 해석된 다. "감독관", "부감독관" 그리고 "보조감독 관"은 제7조에 따라 임명된 사람을 말 한다. "소비자"는 다음 모든 각 호에 해당되 는 사람을 말한다. (a) 개인, 가정 또는 가정용품의 목 적, 사용 또는 소비를 위해 일반적 으로 취득하는 유형의 상품 또는 서 비스를 취득 또는 사용하는 사람 (b) 상품이나서비스를 취득 또는 사 용하지 아니하거나 다음 각 호의 어 느 하나에 해당하는 목적으로 상품 또는 서비스를 취득 또는 사용하는 행위를 하지 아니하는 사람 (i) 상업적 목적의 재공급 (ii) 제조과정에서 사용 (iii) 상업적 목적으로 수리 또는 가 공한 물품, 기타 물품 또는 토지 정착물 "제조업자"란 상품을 조립, 제조 또는 가공하는 사업을 수행하는 사람을 의미 하며 다음 각 호를 포함한다. (a) 제조업자로 자신을 소개하는 사 람 (b) 자신의 브랜드 또는 상표를 상품 에 부착하거나 브랜드 또는 상표를 부착하거나 부착을 허용하는 사람 (c) 상품이 말레이시아 이외의 지역 에서 제조되고 해외 제조업자가 말 레이시아에 일정한 사업장을 가지고 있지 아니한 경우 상품을 수입하고 유통하는 사람 "공표”란 일반 대중 또는 대중의 모든 구성원을 대상으로 모든 수단을 사용해 광고하는 것을 포함하며 이에 따라 "공 표하다"를 해석한다. "규칙"이란 이 법에 따라 제정된 규칙 을 말한다. "거래"란 상품 또는 서비스의 공급 또 는 취득과 관련한 모든 거래, 비즈니 스, 산업, 전문업계, 직업, 상업 또는 기업 활동을 말한다. "서비스"란 계약에 따라 제공, 부여 또 는 수여되는 모든 권리, 혜택, 특권 또 는 시설이 포함되지만 서비스계약에 따 른 상품공급 또는 업무수행 형태 내의 권리, 혜택 또는 특권은 포함되지 아니 한다. "의료서비스"란 다음 각 호를 포함한 다. (a) 전문의료인이 제공하는 의료, 치 과, 간호, 조산, 보건, 약국 및 구급 차를 포함하는 기타 서비스 (b) 의료서비스를 위한 거주시설 (c) 질병, 부상 또는 심신장애로 고통 받고 있거나 고통받고 있다고 예상 되는 사람을 검사, 진단 또는 치료 하기 위한 서비스 (d) 질병 예방 또는 건강 증진을 목 적으로 하는 건강 서비스 (e) 준전문의료인이 제공하는 모든 서비스 (f) 기기, 설비, 도구, 장비 또는 기타 의료기술을 사용해 인체의 비정상적 인 상태를 치료하거나 완화하기 위 한 서비스 (g) 대안 및 전통 의료서비스를 포함 하는 모든 의료 관련 서비스 "상업활동"이란 이익이나 보상 목적 여 부에 관계없이 수행되고 가격 등을 불 문하고 상품 또는 서비스를 취득하거나 공급하는 과정에서 수행되는 모든 활동 을 말한다. "부지 및 부대시설"이란 영구적이거나 일시적인 것에 관계없이 공간, 건물 또 는 차량을 포함한다. "전문의료인"은 개업의, 치과개업의, 약 사, 임상심리학자, 간호사, 조산사, 보 조의료인, 물리치료사, 직업치료사 및 기타 의료보건 전문가와 의료, 보건, 치과, 약품 또는 보건서비스와 관련된 기타 모든 사람을 포함한다. "기록"이란 서면, 전자, 사진 또는 기타 형식에 관계없이 계좌, 통장, 상품권, 영수증, 서신 및 기타 문서를 포함하지 만 환자의 의료기록은 포함하지 아니한 다. "자회사"란 「1995 회사법」[법률 제 125호]에 명시된 것과 동일한 의미를 가진다. "심판소"란 제85조에 따른 소비자청구 심판소를 말한다.

1 *이 법은 2010년 4월 발효된 제4편제2장을 제외하고 2007년 9월 28일 발효된 「2007 자본시장 및 서비스법」 [법률671 호]에 따라 폐지되었다. -법률 제671호제381조제2항, P.U(B) 342/2007과 P.U.(B) 143/2010 참고

(2) 이 법에서 다음 각 호의 해석을 인 용한다.

(a) 어떠한 행위와 관련된다는 것은 행위를 하거나 거부하는 것으로 해 석되어야 하며 다음 각 목의 어느 하나를 포함한다. (i) 어떠한 행위를 생략 (ii) 상황에 따라 어떠한 행위가 수행되거나 수행되지 아니할 의사 를 전달 (b) 상품취득에는 상품공급에 따른 상품 관련 재산 또는 권리 취득 해 석의 인용을 포함한다. (c) 상품 또는 서비스의 공급 또는 취득은 상품 또는 서비스를 공급하 거나 취득하는 계약의 인용을 포함 한다. (d) 상품의 공급 또는 취득은 다른 상품 또는 서비스 또는 상품과 서비 스 모두 공급하거나 취득하는 해석 에 대한 인용을 포함한다. (e) 서비스의 공급 또는 취득은 다른 상품 또는 서비스나 상품과 서비스 모두 공급하거나 취득하는 해석에 대한 인용을 포함한다. (f) 개인으로부터 취득한 물품의 재공 급은 다음 모든 각 호에 해당하는 행위의 해석 인용을 포함한다. (i) 변형한 형태나 조건으로 타인에 게 상품을 공급하는 행위 (ii) 취득한 상품이 포함된 다른 상 품을 타인에게 공급하는 행위

(3) 이 법에서 보증 적용이 시작되는 시점의 결정이 필요한 경우 다음 각 호 를 따른다.

(a) 상품은 소비자가 상품을 소유할 권리를 획득한 시점에 공급된 것으 로 봄 (b) 서비스는 서비스가 제공, 부여 또 는 수여되는 시점에 공급된 것으로 봄

(4) 이 법의 목적에 따라 어떤 명목상 의 약속, 확언 또는 표현이 명시적 보 증과 동일하거나 실질적으로 동일한 효 과를 가지는 경우 명시적 보증으로 본 다.

법 적용의 배제 제4조

다른 국가의 법을 적용하거나 적용한다고 주장하는 계약 조항의 요건 에 대하여 이 법의 적용을 회피하기 위 한 목적이 있다고 법원이 판단하는 경 우에도 이 법은 효력을 가진다.

기타 관련 법령에 대한 예외 제5조

이 법의 어떠한 조항도 다음 각 호의 효과를 없애거나 제한하거나 또는 신뢰하는 것을 막을 수 없다.

(a) 이 법에 따라 부과되는 것 보다 엄격한 의무를 공급자에게 부과하는 성문법 (b) 상품 또는 서비스 공급 계약에서 이 법을 따르는 조건이 암시된 성문 법 (c) 고용계약 또는 견습계약과 관련 된 모든 성문법 (d) 다음 각 목의 어느 하나에 해당 되는 범위에서 공급자와 소비자 사 이에 이루어진 서면계약 조건 (i) 공급자에게 이 법에 따라 부과 된 의무보다 엄격한 의무를 부과 (ii) 이 법에 따라 제공되는 구제방 법보다 소비자에게 더 유리한 구 제방법을 제공

계약의 적용 배제 제6조

(1) 이 법의 규정은 계약과 상반 되는 내용이 있더라도 유효하다.

(2) 공급자와 제조업자가 이 법의 규정 에 위배되는 계약을 체결하는 것은 위 법행위에 해당된다.

(3) 제1항에도 불구하고 이 법에 따라 청구권이 있는 소비자가 청구권을 통해 클레임을 해결하거나 합의하는 것을 막 을 수 없다.

감독관, 부감독관, 보조감독관 등의 임명 제7조

(1) 장관은 이 법의 목적에 따라 소비자 업무를 위한 감독관, 부감독관, 보조감독관 및 기타 담당관을 공무원 중에서 임명할 수 있다.

(2) 감독관은 장관의 일반적인 지시와 통제에 따라 이 법에 근거해 부여된 기 능과 임무를 수행하고 권한을 행사해야 한다.

(3) 제1항에 따라 임명된 부감독관, 소 비자업무 보조감독관 및 기타 담당관은 감독관의 지시와 통제에 따른다.

(4) 부감독관은 이 법에 따라 감독관에 게 부여된 모든 기능과 임무를 수행하 고 권한을 행사할 수 있다.

(5) 이 조에 따라 임명된 모든 담당관 은 「형법」 [법률제 574호]에 따른 의미 내의 담당관으로 본다.

제II장 오도 및 기만행위, 허위진술과 부당행위

해석 제8조

이 장의 목적에 따라 다음과 같 이 해석한다.

(a) “허위", "오도" 또는 "기만" 은 행 위, 표현 또는 관행과 관련하여 소 비자가 오인할 수 있는 행위, 표현 또는 관행을 포함 (b) "가격"은 상품 또는 서비스와 관 련해 제3조의 "가격" 정의의 일반성 을 침해하지 아니하는 범위에서 다 음 각 목을 의미함 (i) 상품 또는 서비스 공급을 위해 또는 기타 방식으로 소비자가 지 불해야 하는 총 금액 (ii) 제12조제3항과 제4항을 제외하 고 총 금액 결정을 목적으로 적용 되거나 적용될 수 있는 모든 수단

오도 행위 제9조

모든 당사자는 다음 각 호의 어 느 하나에 해당하는 행위에 가담할 수 없다.

(a) 상품과 관련하여 상품의 성격, 제 조공정, 특성, 목적적합성, 가용성 또는 수량과 관련하여 대중을 오도 또는 기만하거나 오도 또는 기만할 가능성이 있는 행위 (b) 서비스와 관련하여 서비스의 성 격, 특성, 목적적합성, 가용성 또는 수량과 관련하여 대중을 오도 또는 기만하거나 오도 또는 기만할 가능 성이 있는 행위

허위 및 오도적 표현 제10조

(1) 모든 당사자는 다음 각 호 의 어느 하나에 대하여 허위 또는 오해 의 소지가 있는 표기를 할 수 없다.

(a) 상품의 특정 유형, 표준, 품질, 등급, 수량, 구성, 스타일 또는 모델 보유 표기 (b) 상품의 특정 이력 또는 특정 사 용 이력 표기 (c) 서비스의 특정 유형, 표준, 품질 또는 수량 표기 (d) 서비스를 특정 개인이나 특정 거 래, 자격 또는 기술을 가진 개인이 제공한다는 표기 (e) 특정인이 상품 또는 서비스를 취 득하는데 동의했다는 표기 (f) 상품이 새 상품이거나 수리 상품 이라는 표기 (g) 특정 시점에 제조, 생산, 가공 또 는 수리된 결과 표기 (h) 상품 또는 서비스에 후원, 승인, 보증, 성능의 특성, 액세서리, 용도 또는 혜택이 포함되어 있다는 표기 (i) 특정인의 후원, 승인, 보증 또는 제휴 관계 표기 (j) 상품 또는 서비스의 필요와 관련 한 내용 표기 (k) 조건, 보증, 권리 또는 구제의 유 무, 배제 또는 효과 관련 내용 표기 (l) 상품의 원산지 관련 내용 표기

(2) 이 조에서 "수량"은 길이, 너비, 높 이, 면적, 부피, 하중, 무게 및 개수를 포함한다.

토지 관련 허위진술 및 기타 오도 행위 제11조

(1) 모든 당사자는 다음 각 호 의 어느 하나에 해당하는 방식으로 토 지매매나 증여 또는 토지매매나 증여 촉진에 관여할 수 없다.

(a) 후원, 승인, 보증 또는 제휴관계 를 맺고 있다고 허위진술하는 행위 (b) 다음 각 목의 일부 또는 전부에 대하여 허위 또는 오도하는 진술을 하는 행위 (i) 토지지분 유형 (ii) 토지가격 (iii) 토지의 위치 (iv) 토지의 특성 (v) 토지의 사용 가능성 또는 합법 적 사용 용도 (vi) 토지 관련 시설 유무 또는 이 용 가능성

(2) 이 조에서 토지와 관련된 "이익"이 란 토지에 등록된 또는 등록 가능한 이 익을 말하며 다음 각 호의 어느 하나를 포함한다.

(a) 주식 보유로 인하여 발생하거나 토지나 건물을 소유한 회사의 주식 매입 계약으로 인해 발생하는 토지, 건물 또는 토지상의 건물의 일부를 점유할 수 있는 권리 (b) 토지에 대한, 토지와 관련한 권 리, 권한 또는 특권

(3) 이 조는「1966 주택개발법(관리 및 허가)」 [법률 제118호]에 따른 주 택시설에는 적용되지 아니한다.

허위 가격표시 제12조

(1) 다음 각 호의 어느 하나에 해당하는 사람은 위법행위를 저지른 것 으로 본다.

(a) 상품 또는 서비스 이용 가격과 관련해 오해의 소지가 있는 가격표 시를 소비자에게 제공하는 사람 (b) 상품 또는 서비스 이용 가격과 관련해 소비자에게 제공한 가격표시 가 오해의 소지가 있고 소비자가 오 해의 소지가 있는 표시를 신뢰하는 것을 방지하기 위한 합리적 조치를 취하지 아니하는 사람

(2) 제1항에 따라 다음 각 호는 결정적 인 요소가 되지 아니한다.

(a) 가격표시를 한 자가 직접 표시했 는지 또는 대리인이 표시했는지 여 부 (b) 가격표시를 한 자가 개인인지 상 품 또는 서비스를 취득할 수 있는 인적 단체에 포함되어 있는지 여부 (c) 가격표시가 해당 가격표시를 취 득한 모든 소비자에 대하여 오해의 소지가 있는지 여부 또는 일부에 대 하여 오해의 소지가 있는지 여부

(3) 이 조에 따라 소비자에게 제공된 가격표시가 가격 또는 가격 결정 방법 에 대하여 오해를 야기할 수 있는 경우 가격 표시에 포함된 설명이나 표시된 또는 표시 생략된 설명으로부터 소비자 가 합리적으로 추론할 수 있는 다음 각 호의 내용이 포함되어야 한다.

(a) 가격이나 가격결정 방법이 실제 와 다를 수 있는 가능성 (b) 가격이나 가격결정 방법의 적용 가능성이 실제 사실이나 상황을 따 르지 아니할 수 있는 가능성 (c) 가격에 추가 요금이 포함되거나 가격 제공 방법에 추가 요금이 발생 할 수 있다는 가능성 (d) 실제로 다음 각 목의 어느 하나 가 발생할 수 있다는 가능성 (i) 특정 시점 또는 금액에 관계없 이 가격의 인상 또는 인하 (ii) 해당 가격 또는 상황에 따라 인상되거나 인하된 가격이 특정 기간 동안 유지되는지 여부에 관 계없이 지속될 수 있는 가능성 (iii) 특정 시점이나 사안에 관계없 이 가격결정 방법이 변경될 수 있 는 가능성 (iv) 상황에 따라 변경된 방법이 특 정 기간 동안 변경되지 아니하고 유지될 수 있다는 가능성 (e) 소비자가 표시된 설명을 비교하 여 합리적으로 판단할 수 있는 가능 성 또는 표시된 설명이 실제와 다르 다는 사실이나 정황의 유추 가능성

(4) 제3항제e호의 비교는 가격 비교나 가격 결정 방법과 관련된 합리적 비교 를 말하며 해당 방법을 사용하여 결정 되거나 결정될 수 있는 가격은 다음 각 호의 어느 하나를 따른다.

(a) 관련 상품 또는 서비스 또는 기 타 상품 또는 서비스에 관련되거나 관련 가능성이 있는 것으로 명시되 거나 암시된 모든 가격이나 가치 (b) 관련 상품 또는 서비스의 가격이 나 가치 또는 기타 상품 또는 기타 서비스의 가격이나 가치를 결정하기 위해 적용했거나 적용할 수 있다고 명시하거나 예측할 수 있는 수단 또 는 기타 수단

허위광고 제13조

(1) 광고의 가격은 당사자가 포 함된 시장의 성격을 고려해 합리적 기 간과 수량을 조건으로 제공되어야 하고 상업활동과 광고는 이러한 특성을 따르 며 누구든지 다음 각 호에 해당하는 상 품 또는 서비스를 특정 가격으로 공급 한다고 광고할 수 없다.

(a) 제공 및 공급 의사가 부재한 상 품 (b) 공급 가능성에 대한 신뢰할만한 근거가 부재한 상품

(2) 제1항에 따라 소비자에게 상품 또 는 서비스를 제공하지 아니하여 기소된 경우 피고인은 소명을 위해 다음 각 호 를 입증하는 때에 면책된다.

(a) 피고인이 합리적 기간 내에 광고 한 특정 유형의 상품 또는 서비스를 합리적인 수량과 광고에 제시한 가 격으로 소비자에게 공급하거나 공급 하도록 다른 사람을 통해 제안하고 소비자가 해당 제안을 수락한 경우, 해당 시점에 상품 또는 서비스를 공 급하기 위해 다른 사람을 통해 조달 하려고 한 사실 (b) 소비자에게 즉시 공급을 제안하 거나 합리적 기간 내에 동등한 상품 또는 서비스를 합리적인 수량과 광 고에 제시된 가격으로 소비자에게 공급하도록 설득하고 해당 제안을 소비자가 수락한 경우, 상품 또는 서비스 공급을 위해 다른 사람을 통 해 조달하려고 한 사실

경품, 선물, 증정품 등 제14조

(1) 모든 당사자는 다음 각 호 어느 하나에 해당하는 경우 경품, 선물 또는 증정품을 제공할 수 없다.

(a) 제공하지 아니할 의도가 있는 경 우 (b) 제시된 방식으로 제공하지 아니 할 의도가 있는 경우

(2) 누구든지 다른 상품 또는 서비스 구매 여부에 관계없이 상품 또는 서비 스 구매에 따라 선물, 경품 또는 증정 품으로 다음 각 호 어느 하나에 해당하 는 것을 제공할 수 없다.

(a) 구매 상품 또는 서비스에 비하여 정상 가격보다 높은 가격을 책정한 것 (b) 구매 상품 또는 서비스의 수량 또는 품질을 낮춘 것

(3) 경품, 선물 또는 증정품을 제공하 는 사람은 해당 제공에 대한 합리적인 요건을 제시할 수 있다.

(4) 제공 시 요건을 제시하는 경우 다 음 모든 각 호를 수행해야 한다.

(a) 상태를 명확하게 설명 (b) 요건에 대한 설명이 "무료" 또는 "무료제공" 표기와 가까이 잘보이도 록 배치되었는지 확인 (c) 요건을 설명하는 글자 크기가 " 무료" 또는 "무료제공" 표기에 사용 된 크기의 절반 이상인지 확인

(5) 이 조의 목적에 따라

"정상가격'이란 유사한 상품 또는 서비 스가 시장에서 일반적으로 판매되는 가 격을 말한다. "무료" 또는 "무료제공"에는 유사한 의 미를 가지는 모든 표현이 포함된다.

한정상품 표기 제15조

(1) 모든 당사자는 소비자에게 판매하는 상품을 공급하거나 제공할 때, 상품의 편집, 인쇄, 주조, 제작 또 는 생산이 다음 각 호의 어느 하나에 해당되는 경우 한정상품이라고 한다.

(a) 이미 결정된 최대 수량이 있는 경우 (b) 특정적이거나 합리적인 짧은 기 간 내에 주문되거나 구독된 실제 수 량이 있는 경우

(2) 한정상품인 경우 다음 각 호의 모 든 내용을 표기해야 한다.

(a) 판매용으로 제공되는 상품의 최 대 수량 (b) 상품이 판매용으로 제공되는 특 정 기간 또는 날짜

(3) 제2항에 따라 표기되어야 하는 내 용은 잘보이도록 한정상품 표기와 가까 운 곳에 배치해야 한다.