AKTA CUKAI JUALAN (PINDAAN) 2024
Tarikh Perkenan Diraja ... ... 11 September 2024 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 25 September 2024 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1718 AKTA CUKAI JUALAN (PINDAAN) 2024 Suatu Akta untuk meminda Akta Cukai Jualan 2018. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:
Akta Cukai Jualan 2018 [Akta 806], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 2(1)— (a) dalam takrif “kawasan ditetapkan”, dengan menggantikan perkataan “dan Pangkor” dengan perkataan “, Pangkor dan Pulau 1”; dan (b) dengan memasukkan selepas takrif “petroleum” takrif yang berikut: ‘ “Pulau 1” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;’.
(a) dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1); dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut: “(2) Dalam hal Pulau 1, Akta ini hendaklah terpakai bagi apa-apa barang bercukai yang dikilangkan di Pulau 1, selain apa-apa barang yang diisytiharkan oleh Menteri melalui suatu perintah yang disiarkan dalam Warta.”.
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 49 seksyen yang berikut: “Perniagaan runcit di Pulau 1 . (1) Tiada seorang pun boleh menjual secara runcit apa-apa barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 50(2)(a) di Pulau 1 tanpa kelulusan Menteri.
Permohonan bagi kelulusan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat mengikut cara yang ditetapkan oleh Menteri dalam peraturan-peraturan.
(a) dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1); (b) dalam perenggan (1)(a) yang dinomborkan semula, dengan memasukkan selepas perkataan “kawasan ditetapkan” di mana-mana jua terdapat perkataan “selain Pulau 1”; dan (c) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut: “(2) Jika kawasan ditetapkan ialah Pulau 1— (a) cukai jualan hendaklah dilevikan dan kena dibayar ke atas semua barang— (i) diimport ke dalam Pulau 1; atau (ii) diangkut dari Malaysia, kawasan ditetapkan atau kawasan khas ke Pulau 1, selain barang yang diisytiharkan dari semasa ke semasa oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta; (b) cukai jualan hendaklah dilevikan dan kena dibayar ke atas semua barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan (a) diangkut dari Pulau 1 ke Malaysia seolah-olah pengangkutan ke Malaysia itu ialah pengimportan ke dalam Malaysia; (c) tiada cukai jualan boleh dilevikan dan kena dibayar ke atas apa-apa barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan (a) diangkut dari Pulau 1 ke kawasan ditetapkan yang lain atau kawasan khas; dan (d) nilai jualan barang bercukai yang boleh dikenakan cukai jualan mengikut perenggan (a) atau (b) hendaklah ditentukan mengikut subseksyen 9(2).”.
(a) dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1); dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut: “(2) Walau apa pun subseksyen (1), jika kawasan ditetapkan di bawah subperenggan (1)(a)(iii) ialah Pulau 1, tiada cukai jualan boleh dilevikan dan kena dibayar ke atas apa-apa barang bercukai yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 50(2)(a) yang diangkut dari kawasan khas ke Pulau 1.”.