로고

Sebagaimana pada 1 Mac 2012

AKTA MAHKAMAH-MAHKAMAH ANAK NEGERI (BIDANG KUASA JENAYAH) 1991 Tarikh Perkenan Diraja … … … 2 September 1991 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … Kali terakhir dipinda melalui Akta A835 yang mula berkuat kuasa pada … … … … 4 September 1992 Akta 471 AKTA MAHKAMAH-MAHKAMAH ANAK NEGERI (BIDANG KUASA JENAYAH) 1991 SUSUNAN SESKYEN AKTA MAHKAMAH-MAHKAMAH ANAK NEGERI (BIDANG KUASA JENAYAH) 1991 Suatu Akta untuk memberi mahkamah anak negeri bagi Negeri Sabah dan Sarawak bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan. [ 13 September 1991 ] B AHAWASANYA , mengikut butiran 13 dalam Senarai II A Senarai Perundangan dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan, bidang kuasa mahkamah anak negeri bagi Negeri Sabah dan Sarawak tidak termasuk bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan; D AN BAHAWASANYA adalah suai manfaat untuk memberi bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kepada mahkamah anak negeri bagi Negeri itu; OLEH YANG DEMIKIAN, MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Pemberian bidang kuasa jenayah 3. Pengesahan Akta 471

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Mahkamah-Mahkamah Anak Negeri (Bidang Kuasa Jenayah) 1991. Pemberian bidang kuasa jenayah

2. Mahkamah anak negeri yang ditubuhkan di Negeri Sabah dan Sarawak di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis adalah dengan ini diberi bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan yang, di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis, boleh dihukum dengan pemenjaraan selama suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun atau dengan denda yang tidak melebihi *lima ribu ringgit atau dengan apa-apa kombinasinya, atau untuk selainnya memperlakukan pesalah mengikut apa-apa cara yang di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang sedemikian, mereka boleh dari semasa ke semasa diberi kuasa untuk memperlakukannya: Pengesahan

Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidak boleh dijalankan berkenaan dengan kesalahan tersebut yang adalah juga suatu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.

3. Semua kesalahan yang sebelum mula berkuatkuasanya Aka ini telah dibicarakan oleh mana-mana mahkamah anak negeri yang disebut terdahulu hendaklah, kecuali jika ia telah diisytiharkan secara kehakiman selainnya, disifatkan telah dibicarakan dengan sah seolah- olah bidang kuasa berkenaan dengannya telah diberikan kepada mahkamah itu oleh undang-undang persekutuan. Akta 471 AKTA MAHKAMAH-MAHKAMAH ANAK NEGERI (BIDANG KUASA JENAYAH) 1991 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 471 AKTA MAHKAMAH-MAHKAMAH ANAK NEGERI (BIDANG KUASA JENAYAH) 1991

* CATATAN─Dahulunya “dua ratus ringgit”–lihat Akta Mahkamah-Mahkamah Anak Negeri (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1992 [Akta A835]. SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk Ringkas Berkuat kuasa dari Akta A835 Akta Mahkamah-Mahkamah Anak Negeri (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1992 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa Meminda Berkuat kuasa dari Akta A835