로고

Sebagaimana pada 1 November 2015

AKTA BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD (PERUNTUKAN KHAS) 1978 Tarikh Perkenan Diraja … … … 6 Februari 1978 Tarikh penyiaran dalam Warta … … Kali terakhir dipinda melalui P.U. (A) 123/2014 yang mula berkuat kuasa pada … … … … CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … Cetakan Semula Yang Kedua … … … UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 202 AKTA BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD (PERUNTUKAN KHAS) 1978 SUSUNAN SEKSYEN B AHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 11. Penamatan perkhidmatan pegawai dan pekerja Bank 12. Dengan sengaja memusnahkan, atau tidak menyerahkan, buku, daftar dan dokumen Bank 13. Perlindungan berkenaan dengan perbuatan yang dilakukan menurut Akta ini Bahagian III URUSAN YANG DIBENARKAN DAN SEKATAN MENGENAI URUSAN 14. Urusan yang dibenarkan bagi Bank 15. Sekatan mengenai pembayaran dividen dan pemberian pendahuluan dan pinjaman kepada pengarah B AHAGIAN IV PENGAWASAN DAN KAWALAN 16. Arahan oleh Menteri 17. Pemeriksaan buku, dll., dan kuasa untuk menyiasat hal ehwal Bank 18. Maklumat kepada Menteri 19. Aktiviti dahulu bagi Bank 20. Subsidiari Bank Bahagian V KUMPULAN WANG RIZAB STATUTORI, AKAUN DAN AUDIT 21. Penyenggaraan Kumpulan Wang Rizab Statutori 22. Pengisytiharan dividen 23. Audit 24. Penghantaran akaun, kunci kira-kira, dan laporan kepada Menteri dan Menteri Kewangan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 5 Seksyen Bahagian VI AM 25. Mesyuarat agung Bank 26. Pekhidmat awam dan pegawai awam 27. Pemeliharaan kerahsiaan 28. Peraturan-peraturan 29. Ketidakbolehan mengenai tuntutan 30. Penerusan liabiliti diri 31. Kuasa untuk menamatkan perjalanan kuat kuasa Akta J A DUAL PERTAMA Jadual kedua UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 202 AKTA BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD (PERUNTUKAN KHAS) 1978 Suatu Akta untuk membuat peruntukan khas bagi pengurusan dan pentadbiran wajar Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad. [16 Februari 1978, P.U. (B)105/1978] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: B AHAGIAN I PERMULAAN

Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran 3. Perkara yang berlaku berikutan dengan permulaan kuat kuasa Akta Bahagian II LEMBAGA PENGARAH DAN PENTADBIRAN 4. Lembaga Pengarah dan tanggungjawab utamanya 5. Jadual Pertama 6. Jagaan dan kawalan harta 7. Penurunan hak dan liabiliti 8. Langkah bagi pengurusan cekap Bank 9. Pengemukaan butir-butir oleh pengarah yang dahulu 10. Kuasa Bank untuk memulakan prosiding bagi mendapatkan ganti rugi dan harta 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 202

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 1978.

(2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Tafsiran

2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

8 Undang-Undang Malaysia Akta 202 “Bank” ertinya syarikat kerjasama yang dikenali sebagai Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad; “Lembaga” ertinya Lembaga Pengarah Bank yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 dan dibentuk mengikut perenggan 1 Jadual Pertama; “Lembaga yang dahulu” ertinya Lembaga Pengarah Bank yang dibentuk di bawah Akta Koperasi 1993 dan undang-undang kecil Bank; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kemajuan koperasi; “pengarah” ertinya seseorang ahli Lembaga dan termasuklah Pengerusi dan Pengarah Urusan; “Pengarah Urusan” ertinya Pengarah Urusan Bank yang dilantik di bawah subperenggan 3(1) Jadual Pertama; “pengarah yang dahulu” ertinya seseorang yang menjadi ahli Lembaga Pengarah Bank pada bila-bila masa sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini; “Pengerusi” ertinya Pengerusi Bank yang dilantik di bawah subperenggan 1(2) Jadual Pertama; “Pengurus Besar” ertinya mana-mana Pengurus Besar Bank yang dilantik di bawah subperenggan 3(1) Jadual Pertama; “Setiausaha” ertinya Setiausaha Bank yang dilantik di bawah perenggan 4 Jadual Pertama; “subsidiari” ertinya suatu syarikat, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965 [Akta 125], yang dalamnya Bank mengawal keanggotaan Lembaga Pengarah atau lebih daripada setengah kuasa mengundi, atau memegang lebih daripada setengah modal syer diterbitkan, dan termasuklah suatu subsidiari, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta tersebut, bagi syarikat itu. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 9 “Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 [Akta 665];

(2) Perkataan dan ungkapan yang terdapat dalam Akta ini, selain yang ditakrifkan dalam subseksyen (1), hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Koperasi 1993, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain. Perkara yang berlaku berikutan dengan permulaan kuat kuasa Akta

3. Apabila Akta ini mula berkuat kuasa—

(a) Lembaga yang dahulu hendaklah terhenti menjalankan kuasanya dan menunaikan kewajipan dan tanggungjawabnya berhubung dengan Bank dan hendaklah terbubar; (b) peruntukan Akta ini hendaklah terpakai berhubung dengan Bank; (c) walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta Koperasi 1993, kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, atau undang-undang kecil Bank, hak ahli atau pemegang syer Bank untuk memilih atau memecat pengarah Bank hendaklah terhenti dijalankan; (d) pengarah Bank yang memegang jawatan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terhenti memegang apa-apa jawatan dalam Bank atau dalam mana- mana subsidiarinya; (e) jawatankuasa eksekutif Bank yang dilantik di bawah undang-undang kecil Bank hendaklah terhenti menjalankan kuasa yang diberikan oleh undang-undang kecil itu dan hendaklah terbubar; 10 Undang-Undang Malaysia Akta 202 (f) pada menjalankan apa-apa kuasa berhubung dengan Bank di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau di bawah undang-undang kecil Bank, Suruhanjaya hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Menteri dan hendaklah mematuhi dan menguatkuasakan apa-apa arahan yang diberikan oleh Menteri; (g) walau apa pun perenggan (f), Menteri boleh menjalankan apa-apa fungsi atau kuasa yang diberikan kepada Suruhanjaya di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau di bawah undang-undang kecil Bank, jika difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian; (h) Menteri boleh, menurut budi bicara mutlaknya, dari semasa ke semasa mengarahkan bahawa apa-apa fungsi, kuasa, atau kewajipan yang boleh dijalankan oleh mesyuarat agung Bank tidak boleh dijalankan oleh mesyuarat agung itu, atau bahawa fungsi, kuasa atau kewajipan itu hendaklah dijalankan tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan, atau bahawa fungsi, kuasa atau kewajipan itu, sebaliknya, hendaklah dijalankan, dengan persetujuan Menteri Kewangan, olehnya sendiri atau oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa lain yang dinyatakannya; (i) Bank, selain daripada tertakluk kepada Akta ini, hendaklah terus tertakluk kepada peruntukan Akta Koperasi 1993, kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, dan undang-undang kecil Bank, tetapi jika terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan peruntukan Akta Koperasi 1993, kaedah- kaedah yang dibuat di bawahnya, atau mana-mana undang-undang bertulis lain, atau undang-undang kecil Bank, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 11

Bahagian II Lembaga Pengarah dan tanggungjawab utamanya

LEMBAGA PENGARAH DAN PENTADBIRAN

4. (1) Bagi maksud Akta ini, hendaklah diadakan suatu Lembaga Pengarah Bank yang dibentuk mengikut perenggan 1 Jadual Pertama.

(2) Lembaga hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan fungsi dan kuasa, dan pentadbiran am hal ehwal dan urusan Bank. Jadual Pertama

5. (1) Peruntukan tambahan dalam Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi Lembaga, Bank, dan pegawai utama Bank.

(2) Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta meminda Jadual Pertama mengenai— KTA 202 Jagaan dan kawalan harta

(a) bilangan ahli Lembaga yang dinyatakan dalam subperenggan 1(1); (b) tempoh pelantikan seseorang pengarah yang dinyatakan dalam subperenggan 2(1); (c) kekerapan mesyuarat Lembaga yang dinyatakan dalam subperenggan 5(2); (d) bilangan pengarah yang dinyatakan dalam subperenggan 5(3), iaitu bilangan yang atas permintaannya suatu mesyuarat Lembaga boleh dipanggil; (e) tempoh notis mesyuarat Lembaga yang dinyatakan dalam subperenggan 5(4); (f) kuorum bagi mesyuarat Lembaga yang dinyatakan dalam subperenggan 5(6). 12 Undang-Undang Malaysia A

6. Lembaga hendaklah mengambil apa-apa langkah yang perlu untuk membawa ke dalam jagaannya atau di bawah kawalannya segala harta, harta benda, dan tuntutan yang boleh diambil tindakan yang Bank berhak atau ternyatanya berhak. Penurunan hak dan liabiliti

7. (1) Lembaga hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai Lembaga Pengarah Bank yang dibentuk dengan sewajarnya di bawah Akta Koperasi 1993 dan undang-undang kecil Bank dan berhak untuk menjalankan segala kuasa Lembaga Pengarah Bank, sama ada kuasa itu didapati daripada Akta Koperasi 1993, kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, atau undang-undang kecil Bank; dan apa-apa sebutan mengenai Lembaga Pengarah Bank dalam mana-mana undang- undang bertulis atau dokumen hendaklah disifatkan sebagai sebutan mengenai Lembaga.

(2) Tertakluk kepada Akta ini, segala kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti dan obligasi yang, sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, ialah kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti dan obligasi Lembaga yang dahulu hendaklah, mulai dari permulaan kuat kuasa Akta ini, turun kepada Lembaga. Langkah bagi pengurusan cekap Bank

8. Tertakluk kepada apa-apa arahan Menteri, Lembaga hendaklah mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi maksud menguruskan urusan Bank dengan cekap. Pengemukaan butir-butir oleh pengarah yang dahulu

9. (1) Lembaga boleh dari semasa ke semasa menghendaki mana-mana pengarah yang dahulu supaya mengemukakan kepadanya, dalam masa yang dibenarkannya, suatu pernyataan yang

ditandatangani mengenai butir-butir berkenaan dengan apa-apa Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 13 perkara yang ditentukan oleh Lembaga yang berhubungan dengan hal ehwal Bank termasuk perkara yang berhubungan dengan— (a) aset Bank; (b) hutang dan liabiliti Bank; (c) hutang dan liabiliti yang terhutang kepada Bank; (d) pemiutang dan penghutang Bank.

(2) Mana-mana pengarah yang dahulu yang, tanpa sebab yang munasabah— Kuasa Bank untuk memulakan prosiding bagi mendapatkan ganti rugi dan harta

(a) tidak mengemukakan kepada Lembaga dalam masa yang dibenarkan oleh Lembaga itu suatu pernyataan sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga di bawah subseksyen (1) dan ditandatangani olehnya; atau (b) dalam mengemukakan suatu pernyataan, tidak menyatakan butir-butir mengikut cara yang ditentukan oleh Lembaga atau meninggalkan daripada menyatakan butir-butir tertentu yang dikehendaki oleh Lembaga; atau (c) mengemukakan suatu pernyataan yang mengandungi apa-apa butiran yang tidak betul atau tidak benar, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.

10. (1) Bank boleh, jika Lembaga berpuas hati bahawa perlu dan kepentingan Bank atau kepentingan awam untuk berbuat demikian, memulakan apa-apa prosiding sebagaimana yang difikirkannya patut bagi mendapatkan ganti rugi kerana apa-apa fraud, kecurangan, atau

salah laku lain, berhubung dengan pengurusan hal ehwal Bank, yang 14 Undang-Undang Malaysia Akta 202 dilakukan oleh mana-mana orang sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, atau bagi mendapatkan apa-apa harta Bank yang telah disalahgunakan atau disimpan secara salah oleh mana-mana orang.

(2) Tiada pengarah boleh bertanggungan sendiri terhadap apa-apa kos atau perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengan apa-apa prosiding yang dimulakan menurut seksyen ini.

(3) Subseksyen (1) tidak menjejaskan apa-apa hak lain Bank untuk memulakan prosiding bagi apa-apa maksud. Penamatan perkhidmatan pegawai dan pekerja Bank

11. (1) Lembaga boleh, jika ia berpuas hati bahawa perlu demi kepentingan Bank atau kepentingan awam untuk berbuat demikian, menamatkan perkhidmatan mana-mana pegawai atau pekerja Bank mengikut terma dan syarat kontrak perkhidmatannya atau kerana apa- apa salah laku, berhubung dengan pengurusan hal ehwal Bank, yang dilakukan oleh pegawai atau pekerja itu sebelum permulaan kuat kuasanya Akta ini.

(2) Subseksyen (1) tidak menjejaskan apa-apa hak lain Lembaga untuk menamatkan perkhidmatan pegawai dan pekerja Bank. Dengan sengaja memusnahkan, atau tidak menyerahkan, buku, daftar dan dokumen Bank

12. Mana-mana orang yang dengan sengaja memusnahkan, atau tidak menyerahkan kepada Lembaga apabila dikehendaki oleh Lembaga, apa-apa buku akaun, daftar, atau dokumen lain dalam jagaannya yang berhubungan dengan urusan Bank, atau menyimpan tanpa kuasa apa-apa harta Bank, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya. Perlindungan berkenaan dengan perbuatan yang dilakukan menurut Akta ini

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 15

13. Tiada apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan, atau apa-apa jua pun prosiding lain boleh diambil atau dibawa atau dimulakan terhadap Menteri, Menteri Kewangan, Kerajaan, atau mana-mana pengarah berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau yang berupa sebagai dilakukan menurut atau bertujuan menurut Akta ini, Akta Koperasi 1993, kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, atau undang-undang kecil Bank. Urusan yang dibenarkan bagi Bank

B AHAGIAN III URUSAN YANG DIBENARKAN DAN SEKATAN MENGENAI URUSAN

14. (1) Selain daripada kuasa, fungsi, kewajipan dan tanggungjawab yang diberikan kepada atau dipertanggungkan ke atas Bank oleh Akta Koperasi 1993, kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, dan undang-undang kecil Bank, Bank boleh—

(a) memberikan pinjaman kepada, dan menjadi penjamin bagi apa-apa pinjaman wang kepada, mana-mana orang sama ada ahli Bank atau tidak; (b) memberikan dan mengeluarkan surat kredit kepada mana-mana orang, sama ada ahli Bank atau tidak; (c) memperoleh, memegang, mengeluarkan atas komisen, menanggung insuran, dan menguruskan saham, bon, kumpulan wang, kewajipan, sekuriti dan pelaburan daripada segala jenis; (d) menjalankan segala cara urusan agensi; 16 Undang-Undang Malaysia Akta 202 (e) memperoleh dan menjalankan kesemua atau apa-apa bahagian urusan mana-mana orang atau syarikat yang menjalankan apa-apa urusan daripada jenis yang sama sebagaimana yang boleh dijalankan dengan sah oleh Bank, atau yang memiliki harta yang sesuai bagi maksud Bank; (f) menyenggara akaun dengan bank lain di dalam Malaysia; (g) menjalankan apa-apa urusan lain yang dibenarkan dengan nyata oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.

(2) Pada menjalankan kuasa dan melaksanakan fungsinya, Bank hendaklah memberi pertimbangan yang paling utama kepada matlamat utamanya untuk meninggikan taraf ekonomi ahlinya.

(3) Menteri boleh, dengan persetujuan Menteri Kewangan, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengecualikan Bank daripada mana-mana peruntukan Akta Koperasi 1993 atau mengarahkan supaya mana-mana peruntukan Akta Koperasi 1993 terpakai bagi Bank dengan apa-apa ubah suaian yang dinyatakan dalam perintah itu.

(4) Tiada pelaburan melebihi amaun yang ditetapkan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan boleh dibuat oleh Lembaga pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen 54 Akta Koperasi 1993 atau di bawah subseksyen (1), melainkan jika kelulusan bertulis daripada Menteri, yang diberikan dengan persetujuan Menteri Kewangan, telah didapati terlebih dahulu. Sekatan mengenai pembayaran dividen dan pemberian pendahuluan dan pinjaman kepada pengarah

15. (1) Bank tidak boleh—

(a) membayar apa-apa dividen atas syernya sehingga semua perbelanjaan yang dipermodalkan, termasuk belanja permulaan, belanja pengelolaan, komisen penjualan syer, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 17 komisen brokeraj, amaun kerugian yang ditanggung, dan butiran perbelanjaan lain yang tidak menghasilkan aset ketara, telah dihapus kira sama sekali; (b) memberikan pendahuluan tidak bercagar atau pinjaman tidak bercagar melebihi, pada agregat dan masih belum dijelaskan pada suatu masa, sepuluh ribu ringgit kepada— ((ii)) mana-mana pengarahnya; atau (i(i)ii mana-mana firma atau perbadanan yang dalamnya mana-mana pengarah Bank mempunyai kepentingan sebagai pekongsi, pengarah, pengurus atau ejen; atau (ii(ii)ii mana-mana subsidiari Bank; atau (iv(i)v mana-mana individu, firma atau perbadanan yang penjaminnya ialah mana-mana pengarah Bank; (c) memberi kepada mana-mana pegawai atau pekerjanya pendahuluan tidak bercagar atau pinjaman tidak bercagar melebihi, pada agregat dan masih belum dijelaskan pada suatu masa, enam bulan saraan pegawai atau pekerja itu.

(2) Semua pengarah Bank bertanggungan bersesama dan berasingan untuk menanggung rugi Bank terhadap apa-apa kerugian yang timbul daripada pemberian apa-apa pendahuluan tidak bercagar atau pinjaman tidak bercagar di bawah perenggan (1)(b).

(3) Tiada pendahuluan atau pinjaman bercagar melebihi, pada agregat dan masih belum dijelaskan pada suatu masa, sepuluh ribu ringgit boleh diberi kepada mana-mana orang, firma atau perbadanan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (1)(b) melainkan jika syarat yang berikut dipenuhi, iaitu—

(a) bahawa peminjam itu memenuhi taraf kepercayaan kredit yang dikehendaki bagi peminjam lain; 18 Undang-Undang Malaysia Akta 202 (b) bahawa syarat-syarat pendahuluan atau pinjaman itu tidak kurang baiknya kepada Bank daripada yang ditawarkan kepada orang lain; (c) bahawa pemberian pendahuluan atau pinjaman itu akan mendatangkan faedah yang terbaik kepada Bank; dan (d) bahawa pendahuluan atau pinjaman itu telah diluluskan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada bilangan pengarah Bank dalam suatu mesyuarat Lembaga yang diadakan dengan sewajarnya dan kelulusan itu telah direkodkan dalam minit mesyuarat itu.

(4) Dalam perenggan (1)(b), “pengarah” termasuklah isteri, suami, bapa, ibu, anak lelaki, atau anak perempuan seseorang pengarah.

(5) Dalam seksyen ini, “pendahuluan tidak bercagar” dan “pinjaman tidak bercagar” masing-masing ertinya pendahuluan dan pinjaman yang diberikan tanpa cagaran atau, dalam hal pendahuluan dan pinjaman yang diberikan dengan cagaran, apa-apa bahagiannya yang pada bila-bila masa melebihi nilai aset yang menjadi cagaran itu.

(6) Jika, dalam mentafsirkan subseksyen (5), timbul suatu pertikaian tentang nilai apa-apa aset yang menjadi cagaran, nilai itu hendaklah dikira sebagai nilai pasaran yang ditentukan berasaskan penilaian yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan. Arahan oleh Menteri

B AHAGIAN IV PENGAWASAN DAN KAWALAN

16. Menteri boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan arahan kepada Lembaga atau badan pengurusan mana-mana subsidiari Bank Pemeriksaan buku, dll., dan kuasa untuk menyiasat hal ehwal Bank

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 19 berkenaan dengan pengelolaan hal ehwal Bank atau subsidiari itu, termasuk apa-apa arahan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi melindungi kepentingan ahli atau pendeposit Bank atau subsidiari itu, dan arahan supaya diberikan kepadanya apa-apa maklumat mengenai hal ehwal Bank atau subsidiari itu sebagaimana yang dinyatakannya; dan Lembaga atau badan pengurusan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah mematuhi arahan itu.

17. (1) Menteri boleh memberi kuasa kepada mana-mana orang secara bertulis untuk memeriksa pada bila-bila masa buku, akaun, kertas, cagaran, dan wang tunai yang ada dalam Bank atau mana-mana subsidiarinya; dan tiap-tiap pegawai Bank atau pegawai subsidiari, termasuk tiap-tiap pegawai yang dahulu, hendaklah memberikan apa-apa maklumat dan mengemukakan apa-apa buku, akaun, kertas dan cagaran yang berhubungan dengan transaksi dan perjalanan Bank atau subsidiari itu sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai yang diberi kuasa itu.

(2) Mana-mana pegawai, termasuk mana-mana pegawai Bank atau pegawai subsidiari yang dahulu yang tidak mematuhi apa-apa kehendak seseorang yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari keingkaran itu berterusan.

(3) Tanpa menjejaskan subseksyen (1), Menteri boleh memberi kuasa kepada mana-mana orang secara bertulis untuk menjalankan suatu penyiasatan, di bawah keadaan rahsia, mengenai buku, akaun dan transaksi Bank atau mana-mana subsidiarinya, jika dia ada sebab untuk percaya bahawa Bank atau subsidiari itu menjalankan urusannya dengan cara yang memudaratkan kepentingan ahli atau pendepositnya, atau tidak mempunyai aset yang mencukupi untuk meliputi liabilitinya kepada orang ramai, atau melanggar Akta ini.

20 Undang-Undang Malaysia Akta 202

(4) Bagi maksud suatu penyiasatan di bawah subseksyen (3), Bank dan subsidiari itu hendaklah membenarkan orang yang diberi kuasa itu akses kepada buku, akaun, dan dokumen, dan hendaklah memberikan apa-apa maklumat dan mengadakan apa-apa kemudahan yang dikehendakinya untuk menjalankan penyiasatan itu.

(5) Jika Bank atau subsidiari itu tidak mematuhi subseksyen (4), ia melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari keingkaran itu berterusan. Maklumat kepada Menteri

18. (1) Bank hendaklah, sekali dalam tiap-tiap tiga bulan, mengemukakan kepada Menteri atau kepada seorang pegawai yang ditetapkan oleh Menteri dan kepada Menteri Kewangan atau kepada seorang pegawai yang ditetapkan oleh Menteri Kewangan suatu laporan mengenai aset dan liabiliti Bank dan suatu pernyataan yang menunjukkan butir-butir semua pendahuluan dan pinjaman yang telah diberikan kepada—

(a) mana-mana pengarahnya, sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 15(4); (b) mana-mana firma atau perbadanan yang dalamnya mana-mana pengarah Bank, sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 15(4), mempunyai kepentingan sebagai seorang pekongsi, pengarah, pengurus, atau ejen; (c) mana-mana subsidiari Bank; (d) mana-mana individu, firma, atau perbadanan yang penjaminnya ialah pengarah Bank, sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 15(4); (e) mana-mana pegawai atau pekerjanya yang melebihi enam bulan saraan pegawai atau pekerja itu; dan (f) mana-mana perbadanan, selain perbadanan yang baginya perenggan (d), terpakai, yang dalamnya mana-mana pengarah, pegawai, atau pekerja Bank mempunyai Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 21 kepentingan sebagai seorang pengarah, pengurus, ejen, atau penjamin.

(2) Jika, apabila diperiksa laporan dan pernyataan yang dikemukakan oleh Bank di bawah subseksyen (1), ternyata pada Menteri atau pegawai yang ditetapkan oleh Menteri itu bahawa apa-apa pendahuluan atau pinjaman yang diberikan memudaratkan kepentingan ahli atau pendeposit Bank, Menteri atau, atas arahan Menteri, pegawai yang ditetapkan itu boleh, dengan persetujuan Menteri Kewangan, melalui perintah secara bertulis melarang Bank daripada memberikan apa-apa pendahuluan atau pinjaman selanjutnya atau mengenakan apa-apa sekatan ke atas pemberian selanjutnya sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri atau pegawai yang ditetapkan itu, dengan persetujuan Menteri Kewangan, dan boleh selanjutnya, dengan persetujuan Menteri Kewangan, mengarahkan Bank supaya mendapatkan pembayaran balik apa-apa pendahuluan atau pinjaman dalam apa-apa tempoh dan setakat yang dinyatakan dalam perintah itu. Aktiviti dahulu bagi Bank

19. (1) Lembaga hendaklah, dengan secepat yang boleh selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, mengemukakan kepada Menteri dan Menteri Kewangan suatu laporan bertulis mengenai aktiviti yang dijalankan oleh Bank sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini.

(2) Menteri boleh, dengan persetujuan Menteri Kewangan, meluluskan, sama ada tanpa syarat atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, semua atau mana-mana daripada aktiviti yang dijalankan sedemikian oleh Bank atau boleh, dengan persetujuan Menteri Kewangan, mengarahkan supaya semua atau mana-mana daripada aktiviti itu dihentikan.

(3) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, aktiviti yang diluluskan oleh Menteri di bawah subseksyen (2) hendaklah disifatkan telah dijalankan dengan sah oleh Bank. KTA 202 Subsidiari Bank

22 Undang-Undang Malaysia A

20. (1) Lembaga boleh menubuhkan subsidiari di bawah Akta Syarikat 1965, tetapi sebelum berbuat demikian Lembaga hendaklah mengemukakan cadangannya bagi maksud itu kepada Menteri dan Menteri Kewangan, dan tiada subsidiari boleh ditubuhkan melainkan jika cadangan itu telah diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.

(2) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, subsidiari yang ditubuhkan oleh Bank sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan telah ditubuhkan dengan sah.

(3) Menteri boleh, dengan persetujuan Menteri Kewangan, mengarahkan Bank supaya menggulung mana-mana subsidiarinya yang ditubuhkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan pengarah hendaklah mematuhi arahan itu.

(4) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, sah bagi Lembaga untuk membenarkan secara bertulis mana-mana pegawai atau pekerja Bank memegang apa-apa jawatan eksekutif dalam mana-mana subsidiari Bank.

Bahagian V Penyenggaraan Kumpulan Wang Rizab Statutori

KUMPULAN WANG RIZAB STATUTORI, AKAUN, DAN AUDIT

21. (1) Bank hendaklah menyenggara suatu Kumpulan Wang Rizab Statutori.

(2) Pada akhir setiap tahun kewangan, keuntungan bersih Bank bagi tahun itu hendaklah ditentukan selepas ditolak belanja pengendalian dan selepas peruntukan dibuat bagi hutang lapuk dan

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 23 ragu, susut nilai aset, dan caruman kepada kumpulan wang kakitangan dan pencen.

(3) Keuntungan bersih bagi tahun kewangan itu, sebagaimana yang ditentukan mengikut subseksyen (2), hendaklah diuruskan mengikut cara yang berikut: Pengisytiharan dividen

(a) jika pada akhir tahun kewangan itu Kumpulan Wang Rizab Statutori kurang daripada lima puluh peratus daripada modal berbayar Bank, sekurang-kurangnya lima puluh peratus daripada keuntungan bersih itu hendaklah dikreditkan kepada Kumpulan Wang Rizab Statutori; (b) jika pada akhir tahun kewangan itu Kumpulan Wang Rizab Statutori lima puluh peratus atau lebih, tetapi kurang daripada seratus peratus, daripada modal berbayar Bank, sekurang-kurangnya dua puluh lima peratus daripada keuntungan bersih itu hendaklah dikreditkan kepada Kumpulan Wang Rizab Statutori.

22. (1) Tertakluk kepada perenggan 15(1)(a) dan subseksyen (2) seksyen ini, Lembaga boleh dari semasa ke semasa, jika pada pendapatnya wang mencukupi, mengisytiharkan dan membayar dividen atas syernya daripada keuntungan bersih itu, termasuk apa-apa keuntungan yang didapati dalam tahun-tahun yang terdahulu.

(2) Melainkan jika diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan, Lembaga tidak boleh mengisytiharkan dan membayar dividen atas syernya melebihi sepuluh peratus daripada nilai syer itu. Audit

23. (1) Akaun Bank hendaklah diaudit oleh Ketua Audit Negara atau mana-mana juruaudit lain yang dilantik oleh Lembaga dengan

24 Undang-Undang Malaysia Akta 202 kelulusan Menteri yang diberikan dengan persetujuan Menteri Kewangan.

(2) Kewajipan Ketua Audit Negara atau juruaudit lain itu, adalah untuk menjalankan audit ke atas akaun Bank dan membuat laporan mengenai kunci kira-kira tahunannya dan akaun perdagangan dan untung ruginya, termasuk kunci kira-kiranya yang disatukan dan akaun untung ruginya yang disatukan. Penghantaran akaun, kunci kira-kira dan laporan kepada Menteri dan Menteri Kewangan

24. (1) Bank hendaklah, dalam masa enam bulan dari tarikh tahun kewangannya ditutup atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan, menghantar kepada Menteri dan Menteri Kewangan suatu salinan—

(a) akaun perdagangan dan untung rugi Bank bagi tahun kewangan itu; (b) kunci kira-kira Bank setakat tarikh tahun kewangan itu ditutup; (c) suatu laporan yang ditandatangani oleh atau bagi pihak Lembaga berkenaan dengan keadaan hal ehwal Bank dan subsidiarinya dan yang menyatakan dengan butir-butir yang berkenaan perkara yang disebut dalam subseksyen 35 A

(4) Akta Koperasi 1993; dan

(d) laporan juruaudit yang disebut dalam subseksyen 23(2).

(2) Jadual Kedua hendaklah terpakai berhubung dengan perenggan (1)(a) dan (b).

(3) Akaun, kunci kira-kira dan laporan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam mana-mana surat khabar tempatan oleh Bank.

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 25

Bahagian VI Mesyuarat agung Bank

AM

25. Lembaga boleh pada bila-bila masa, jika difikirkannya suai manfaat dan hendaklah, apabila diarahkan oleh Menteri, memanggil suatu mesyuarat agung Bank untuk menjalankan urusan yang berikut, iaitu— Pekhidmat awam dan pegawai awam

(a) menimbangkan akaun, kunci kira-kira dan laporan yang disebut dalam subseksyen 24(1); (b) menimbangkan apa-apa perkara lain yang dibawa oleh Lembaga; dan (c) menimbangkan apa-apa perkara lain yang ditentukan oleh Menteri.

26. Tiap-tiap pengarah, pegawai, dan pekerja Bank dan tiap-tiap pengarah, pegawai dan pekerja tiap-tiap subsidiari Bank hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574] dan hendaklah disifatkan sebagai pegawai awam bagi maksud mana-mana undang-undang bertulis lain. Pemeliharaan kerahsiaan

27. Kecuali bagi maksud melaksanakan kewajipannya atau menjalankan fungsinya dengan sewajarnya, atau bagi maksud apa-apa prosiding undang-undang yang dalamnya Bank ialah suatu pihak, atau kecuali jika dia dikehendaki dengan sah oleh mana-mana mahkamah atau di bawah mana-mana undang-undang, tiada pengarah, Pengurus Besar, pegawai, atau pekerja Bank boleh menzahirkan kepada mana-mana orang apa-apa maklumat yang Peraturan-peraturan

berhubungan dengan hal ehwal Bank atau hal ehwal mana-mana 26 Undang-Undang Malaysia Akta 202 pelanggan Bank yang telah diperolehnya dalam melaksanakan kewajipannya atau dalam menjalankan fungsinya.

28. Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan yang selaras dengan Akta ini atau Akta Koperasi 1993, bagi menjalankan tujuan dan maksud Akta ini dengan lebih baik. Ketidakbolehan mengenai tuntutan

29. Tiada seorang pun yang menjadi pengarah, anggota mana-mana jawatankuasa, pegawai atau pekerja Bank sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini berhak membuat apa-apa tuntutan terhadap Bank atau mana-mana orang lain berkenaan dengan apa-apa perkara yang berbangkit atau akibat daripada Akta ini, atau yang berbangkit atau akibat daripada apa-apa jua yang dilakukan di bawah Akta ini. Penerusan liabiliti diri

30. Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai melepaskan mana-mana orang yang menjadi pengarah, anggota mana-mana jawatankuasa, pegawai, atau pekerja Bank sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini daripada liabiliti diri terhadap apa-apa jua yang berbangkit daripada penglibatannya sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dalam hal ehwal Bank, yang terhadapnya dia akan bertanggungan sendiri. Kuasa untuk menamatkan perjalanan kuat kuasa Akta

31. (1) Jika pada bila-bila masa ternyata pada Menteri bahawa tidak lagi perlu bagi Akta ini terus berkuat kuasa, Menteri boleh, dengan persetujuan Menteri Kewangan, mengarahkan Lembaga supaya

memanggil suatu mesyuarat agung ahli Bank bagi maksud Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 27 membentuk suatu Lembaga Pengarah di bawah undang-undang kecil Bank.

(2) Dengan secepat yang boleh selepas suatu Lembaga Pengarah dibentuk di bawah undang-undang kecil Bank menurut subseksyen (1), Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengisytiharkan bahawa Akta ini terhenti berkuat kuasa, dan perintah itu boleh mengandungi apa-apa peruntukan berbangkit atau peralihan sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Menteri.

(3) Tertakluk kepada subseksyen (4), pada tarikh perintah di bawah subseksyen (2) mula berkuat kuasa, Lembaga hendaklah dilepaskan daripada pengurusan dan pentadbiran Bank, dan pengurusan dan pentadbiran itu hendaklah terletak hak pada Lembaga Pengarah yang dibentuk di bawah undang-undang kecil Bank menurut subseksyen (1).

(4) Walau apa pun subseksyen (3), sehingga Lembaga Pengarah yang dibentuk di bawah undang-undang kecil Bank bermesyuarat atau mengadakan mesyuaratnya yang pertama, Lembaga yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1) boleh terus menguruskan dan mentadbirkan hal ehwal Bank bagi pihak Lembaga Pengarah tersebut. Keanggotaan Lembaga

28 Undang-Undang Malaysia Akta 202 Jadual Pertama [Seksyen 5] PERUNTUKAN TAMBAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN LEMBAGA, BANK DAN PEGAWAI UTAMA BANK

1. (1) Lembaga hendaklah terdiri daripada seorang Pengerusi dan tidak kurang daripada enam dan tidak lebih daripada sebelas orang ahli lain.

(2) Menteri boleh melantik Pengerusi dan ahli-ahli Lembaga yang lain. Tempoh jawatan dan perkara yang bersampingan dengan jawatan pengarah

2. (1) Pelantikan Pengerusi dan pengarah lain hendaklah selama tempoh tidak melebihi dua tahun, tetapi mana-mana orang yang dilantik sedemikian layak untuk dilantik semula.

(2) Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan mana-mana pelantikan yang dibuat di bawah subperenggan (1) tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

(3) Pengerusi dan pengarah lain hendaklah dibayar oleh Bank apa-apa saraan dan elaun yang ditetapkan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.

(4) Dalam masa Pengerusi atau mana-mana pengarah lain tidak hadir atau tidak berupaya kerana apa-apa sebab, Menteri boleh melantik seorang lain untuk menjadi Pengerusi atau pengarah sementara, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(5) Tanpa menjejaskan subperenggan (2), Menteri hendaklah membatalkan pelantikan Pengerusi atau mana-mana pengarah lain jika dia—

(a) telah bersalah atas perbuatan salah laku yang serius berhubung dengan jawatannya; (b) telah tidak menghadiri, kecuali dengan kebenaran, mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut; atau (c) tidak menunaikan kewajipannya di bawah Akta ini, Akta Koperasi 1993, kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, atau undang-undang kecil Bank.

(6) Seseorang hilang kelayakannya daripada dilantik atau terus menjadi seorang Pengerusi atau pengarah jika dia— Pengarah Urusan dan Pengurus Besar

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 29 (a) tidak sempurna akal atau pun tidak berupaya menjalankan kewajipannya; (b) telah melakukan suatu perbuatan kebankrapan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Kebankrapan 1967 [Akta 360]; atau (c) telah disabitkan di dalam Malaysia atas suatu kesalahan dan dijatuhi hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada dua belas bulan, atau atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan, atau keburukan akhlak.

3. (1) Lembaga boleh, dengan persetujuan Menteri melantik seorang daripada pengarah menjadi Pengarah Urusan dan seorang atau beberapa orang lain, yang bukan pengarah, menjadi Pengurus Besar, atas terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri yang diberikan dengan persetujuan Menteri Kewangan.

(2) Kuasa, kewajipan, dan tanggungjawab Pengarah Urusan dan Pengurus Besar hendaklah, tertakluk kepada Akta ini, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(3) Pengarah Urusan dan tiap-tiap Pengurus Besar ialah pekerja sepenuh masa Bank dan hendaklah menumpukan segala perhatian mereka sepenuhnya kepada perkhidmatan Bank dan hendaklah bertanggungjawab kepada Lembaga atas perbuatan dan keputusan mereka. Setiausaha Bank

4. (1) Lembaga hendaklah melantik seorang Setiausaha Bank atas terma dan syarat yang diluluskan oleh Lembaga.

(2) Setiausaha hendaklah juga berkhidmat sebagai setiausaha kepada Lembaga. Mesyuarat Lembaga

5. (1) Dalam mana-mana mesyuarat Lembaga, Pengerusi atau, jika Pengerusi tidak hadir, seorang pengarah yang dipilih oleh pengarah yang hadir dalam mesyuarat itu hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.

(2) Lembaga hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu tetapi kekerapan tidak boleh kurang daripada sekali sebulan.

30 Undang-Undang Malaysia Akta 202

(3) Setiausaha hendaklah memanggil suatu mesyuarat Lembaga jika diarahkan berbuat demikian oleh Pengerusi atau jika dia menerima permintaan secara bertulis supaya berbuat demikian daripada sekurang-kurangnya tiga orang pengarah.

(4) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subperenggan (5), Setiausaha hendaklah menyebabkan notis setiap mesyuarat Lembaga disampaikan kepada semua pengarah yang berada di dalam Malaysia sekurang-kurangnya tiga hari genap sebelum tarikh mesyuarat itu.

(5) Jika suatu mesyuarat Lembaga terpaksa dipanggil dengan segera, walau apa pun subperenggan (4), mencukupi jika notis diberikan dengan seberapa awal yang boleh sama ada secara bertulis atau secara lisan, termasuk dengan telefon atau telegram.

( 6) Empat ahli Lembaga yang hadir dalam sesuatu mesyuarat, termasuk orang yang mempengerusikan mesyuarat itu, hendaklah membentuk suatu kuorum.

(7) Jika dalam masa setengah jam dari masa yang ditetapkan untuk mengadakan sesuatu mesyuarat Lembaga, tiada kuorum, mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada hari yang berikutnya pada masa dan di tempat yang sama, dan jika dalam masa lima belas minit dari masa yang ditetapkan untuk mengadakan mesyuarat tangguhan itu tiada kuorum, pengarah yang hadir hendaklah menjadi kuorum.

(8) Kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini, semua keputusan dalam suatu mesyuarat Lembaga hendaklah diterima pakai melalui undi lebih suara pengarah yang hadir dan mengundi, tetapi jika mengenai apa-apa soal undi sama banyaknya, orang yang mempengerusikan mesyuarat itu berhak memberi suatu undi pemutus. Tahun kewangan

6. Tahun kewangan Bank hendaklah bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember. Penzahiran kepentingan

7. (1) Seseorang pengarah yang mempunyai, secara langsung atau secara tidak langsung, apa-apa kepentingan dalam apa-apa perkara atau urusan yang sedang atau akan dibincangkan atau dijalankan dalam mana-mana mesyuarat Lembaga, iaitu suatu kepentingan yang bercanggah atau mungkin akan bercanggah dengan tugas dan fungsinya sebagai pengarah, hendaklah, dalam mesyuarat itu, menzahirkan jenis kepentingannya itu sebelum perkara atau urusan itu dibincangkan atau dijalankan atau apabila sahaja dia tahu kepentingannya mengenai perkara atau

urusan itu. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 31

(2) Penzahiran di bawah subperenggan (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat itu.

(3) Selepas penzahiran itu, pengarah itu tidak boleh hadir seterusnya dalam mesyuarat itu, atau layak bagi maksud kuorum, selagi perkara atau urusan yang berkenaan itu dibincangkan atau dijalankan, dan juga dia tidak boleh mengambil bahagian dalam perbincangan atau transaksi perkara atau urusan itu.

(4) Seseorang yang melanggar atau tidak mematuhi subperenggan (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(5) Tiada perbuatan, urusan, atau keputusan Lembaga boleh menjadi tidak sah atas alasan pelanggaran subperenggan (1) atau (3) oleh seseorang pengarah.

32 Undang-Undang Malaysia Akta 202 Jadual Kedua [Subseksyen 24(2)] AKAUN UNTUNG RUGI DISATUKAN DAN KUNCI KIRA-KIRA

1. Hendaklah dilampirkan kepada akaun perdagangan dan untung rugi Bank—

(a) suatu akaun untung rugi disatukan bagi Bank dan subsidiarinya, dengan meninggalkan semua transaksi antara Bank dengan subsidiarinya dan antara subsidiarinya sendiri; dan (b) suatu akaun untung rugi yang berasingan bagi setiap subsidiari Bank.

2. Hendaklah dilampirkan kepada kunci kira-kira Bank—

(a) suatu kunci kira-kira disatukan Bank dan subsidiarinya, dengan meninggalkan semua imbangan antara Bank dengan subsidiarinya dan antara subsidiarinya sendiri; dan (b) suatu kunci kira-kira yang berasingan bagi setiap satu subsidiari Bank.

3. Hendaklah dinyatakan dengan jelas, secara catatan atau selainnya, dalam akaun untung rugi dan kunci kira-kira sesuatu subsidiari nama subsidiari itu.

4. Akaun perdagangan dan untung rugi dan kunci kira-kira Bank, akaun untung rugi disatukan dan kunci kira-kira disatukan, dan akaun untung rugi dan kunci kira-kira bagi setiap subsidiari Bank hendaklah disertakan dengan laporan juruaudit mengenainya.

5. Jika laporan juruaudit mengenai akaun untung rugi atau kunci kira-kira sesuatu subsidiari Bank bersyarat dalam apa cara, kunci kira-kira berasingan subsidiari itu atau kunci kira-kira disatukan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah mengandungi butir-butir mengenai cara bagaimana laporan itu disyaratkan.

6. Hendaklah ditunjukkan di bawah kepala berasingan dalam kunci kira-kira tiap-tiap subsidiari Bank amaun yang terhutang oleh subsidiari itu kepada Bank dan kepada mana-mana subsidiari lain Bank, amaun yang dipunyai Bank atau mana-mana subsidiari lain kepada subsidiari itu dan takat pemegangan syer subsidiari dalam Bank dan dalam mana-mana subsidiari lain Bank. UNDANG-UNDANG MALAYSIA A KTA 202 AKTA BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD (PERUNTUKAN KHAS) 1978 UNDANG-UNDANG MALAYSIA A KTA 202 AKTA BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD (PERUNTUKAN KHAS) 1978

SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari Akta A1293 Akta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2007 01-01-2008 kecuali perenggan 3(b), seksyen 4 & 5 Akta A1362 Akta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2009 P.U.(A) 123/2014 Perintah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Pindaan Jadual Pertama) 2014 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A1293 01-01-2008 kecuali perenggan 3(b) Akta A1362 Akta A1362 01-01-2008 kecuali perenggan 3(b), s. 4 & 5 Akta A1362 Akta A1293 01-01-2008 kecuali perenggan 3(b), s. 4 & 5 Akta A1293 Jadual Pertama Akta A1293 01-01-2008 kecuali perenggan 3(b), s.4 & 5 P.U.(A) 123/2014