로고

UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI DALAM TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 504

Suatu Akta untuk membuat peruntukan mengenai penyiasatan dan penentuan subsidi yang diberikan pada, dan lambakan, dagangan yang diimport ke dalam Malaysia, pengenaan duti timbal balas dan anti-lambakan untuk mengimbangi subsidi atau lambakan itu, dan apa-apa perkara lain yang berkaitan dengannya. MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

SUSUNAN SEKSYEN B AHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran Bahagian Ia SUBSIDI A . Subsidi B . Subsidi dilarang C . Subsidi boleh diambil tindakan D . Subsidi tidak boleh diambil tindakan 2 E . Penghitungan subsidi Bahagian II DUTI TIMBAL BALAS 3. Pengenaan duti timbal balas 4. Pemulaan penyiasatan 5. Perundingan dengan kerajaan asing yang berkepentingan 6. Pindaan kepada petisyen 7. Jangka masa penyiasatan Seksyen A . Kemudaratan dan hubungan bersebab 8. Penentuan awal mengenai subsidi dan kemudaratan 9. Langkah sementara 10. Penentuan muktamad mengenai subsidi dan kemudaratan 11. Penamatan penyiasatan 12. Penggantungan penyiasatan 12 A . Jangka masa duti 13. Kajian semula pentadbiran A . Kajian semula pembayaran balik 13 B . Kajian semula dipercepat 14. Anggota negara membangun Bahagian III DUTI ANTI-LAMBAKAN 15. Pengenaan duti anti-lambakan 16. Nilai normal 17. Harga eksport 18. Perbandingan nilai normal dan harga eksport 19. Dagangan subjek dari negara berekonomi bukan pasaran 20. Permulaan penyiasatan 21. Pindaan kepada petisyen 22. Jangka masa penyiasatan A . Kemudaratan dan hubungan bersebab 23. Penentuan awal mengenai lambakan dan kemudaratan 24. Langkah sementara 25. Penentuan muktamad mengenai lambakan dan kemudaratan 26. Penamatan penyiasatan 27. Penggantungan penyiasatan Seksyen A . Jangka masa duti 28. Kajian semula pentadbiran A . Kajian semula pembayaran balik 28 B . Kajian semula dipercepat 29. Tindakan anti-lambakan bagi pihak negara ketiga Bahagian IV PENTADBIRAN 30. Perkara pentadbiran 31. Perlindungan pegawai dan orang yang bertindak di bawah arahan pegawai 32. (Dipotong) 33. Peraturan-peraturan berkenaan dengan kawasan yang dinyatakan 34. Pemakaian Akta Kastam 1967 34 A . Kajian semula kehakiman Bahagian V AM 35. Penaksiran secara terkumpul 36. Pernyataan palsu 37. Langkah anti-pemintasan 38. Notis mengenai maklumat dan peluang untuk mengemukakan keterangan 39. Maklumat sulit 40. Penentusahan maklumat 41. Penggunaan fakta yang ada 42. Amalan lain yang ditemui semasa penyiasatan 43. Penjalanan penyiasatan jika tiada obligasi antarabangsa terpakai 44. Pemindahan kapal 45. Penyiaran notis Seksyen 46. Pengiraan dua kali tidak dibenarkan 47. Pelepasan kastam tidak boleh dihalang 48. Pekhidmat awam 49. Kewajipan kerahsiaan 50. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 51. Pemansuhan Akta Kastam (Lambakan dan Subsidi) 1959

Bahagian I

PERMULAAN

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1.

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993.

(2)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Tafsiran

2.

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain — “aku janji” ertinya aku janji sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 50; “Anggota” ertinya Anggota kepada Perjanjian Pertubuhan Perdagangan Sedunia; “dagangan subjek” ertinya kelas atau jenis dagangan yang diimport atau dijual untuk pengimportan ke dalam Malaysia yang menjadi subjek bagi apa-apa tindakan duti timbal balas atau anti-lambakan di bawah Akta ini, sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan sebagai sesuai bagi memastikan skop tindakan itu; “de minimis”— (a) berhubung dengan subsidi ertinya amaun subsidi itu yang berhubungan dengan pengimportan dari negara yang sedang disiasat itu adalah kurang daripada satu peratus ad valorem; dan (b) berhubung dengan lambakan ertinya margin lambakan adalah kurang daripada dua peratus, yang dinyatakan sebagai suatu peratusan daripada harga eksport; “ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan; “harga eksport” ertinya harga eksport sesuatu dagangan sebagaimana yang ditentukan mengikut seksyen 17; “industri dalam negeri” ertinya— (a) pengeluar dalam negeri secara keseluruhannya bagi keluaran serupa; (b) pengeluar dalam negeri yang pengeluaran kolektifnya bagi keluaran serupa merupakan bahagian yang terbesar daripada jumlah pengeluaran dalam negeri keluaran serupa itu; atau (c) jika berkenaan, pengeluar serantau keluaran serupa: Dengan syarat bahawa apabila mana-mana pengeluar yang disebut dalam perenggan (a), (b) dan (c) ada kaitan dengan pengeksport atau pengimport, atau adalah sendiri merupakan pengimport dagangan subjek atau, berhubung dengan Bahagian II, merupakan pengimport keluaran serupa dari negara lain, ungkapan “industri dalam negeri” boleh ditafsirkan sebagai sebutan mengenai pengeluar lain yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c), mengikut mana-mana yang berkenaan, selain pengeluar berkaitan atau pengeluar yang merupakan pengimport itu; “keluaran serupa” ertinya keluaran yang sama atau serupa dari segala segi dengan dagangan subjek atau, jika tidak ada keluaran sedemikian, keluaran lain yang walaupun tidak serupa dari segala segi mempunyai ciri-ciri yang hampir menyerupai dagangan subjek; “kemudaratan” ertinya kemudaratan material atau ancaman kemudaratan material kepada industri dalam negeri atau kerencatan material penubuhan industri sedemikian; “Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia; “lambakan” ertinya pengimportan dagangan ke dalam Malaysia pada nilai yang kurang daripada nilai normalnya sebagaimana yang dijual di pasaran dalam negeri negara pengeksport; “langkah sementara” ertinya— (a) berhubungan dengan Bahagian II, kehendak untuk memberikan suatu cagaran yang sama dengan anggaran subsidi yang didapati dalam penentuan awal; dan (b) berhubungan dengan Bahagian III, kehendak untuk memberikan suatu cagaran yang sama dengan anggaran margin lambakan yang didapati dalam penentuan awal; “margin lambakan” ertinya amaun yang dengannya nilai normal dagangan melebihi harga eksport; “Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri; “negara” termasuklah kesatuan kastam atau wilayah kastam yang mempunyai autonomi penuh dalam menjalankan hubungan perdagangan luarnya dan perkara lain yang diperuntukkan dalam Perjanjian Pertubuhan Perdagangan Sedunia; “negara berekonomi bukan pasaran” ertinya mana-mana negara asing yang ditentukan oleh Kerajaan sebagai beroperasi berdasarkan ekonomi yang dirancang secara berpusat dan tidak berdasarkan prinsip pasaran berdasarkan kos atau struktur harga atau ekonomi perusahaan bebas; “negara pengeksport” ertinya— (a) negara eksport dagangan subjek; atau (b) dalam hal apabila dagangan subjek tidak dieksportkan secara langsung ke Malaysia tetapi dipindahkan melalui suatu negara perantaraan— (i) jika dagangan subjek tidak diubah secara substansial di negara perantaraan itu, negara asal dagangan subjek itu; (ii) jika dagangan subjek diubah secara substansial di negara perantaraan itu, negara perantaraan itu; “nilai normal” ertinya nilai normal sesuatu dagangan sebagaimana yang ditentukan mengikut seksyen 16 atau 19; “pegawai kastam” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada ungkapan itu di bawah seksyen 2 Akta Kastam 1967 [Akta 235]; “pengeluar” ertinya pengeluar, pengilang atau pemproses; “pengeluar serantau” ertinya pengeluar dalam negeri keluaran serupa yang terletak dalam pasaran serantau tertentu di dalam Malaysia jika dalam hal keadaan luar biasa terdapat dua pasaran bersaingan atau lebih di dalam Malaysia bagi pengeluaran yang berkenaan dan dalam hal sedemikian, pengeluar keluaran serupa di dalam setiap pasaran boleh dianggap sebagai industri berasingan jika— (a) pengeluar di dalam setiap pasaran menjual semua atau hampir semua dagangan yang berkenaan yang dikeluarkan olehnya di dalam pasaran itu; dan (b) permintaan di dalam setiap pasaran tidak sehingga apa-apa tahap yang substansial dibekalkan oleh pengeluar dagangan yang berkenaan yang terletak di tempat lain di Malaysia; “Perjanjian Am mengenai Tarif dan Perdagangan 1994” ertinya Perjanjian Am mengenai Tarif dan Perdagangan 1994 yang dinyatakan dalam Lampiran 1 A kepada Perjanjian Pertubuhan Perdagangan Sedunia; “Perjanjian Pertubuhan Perdagangan Sedunia” ertinya Perjanjian Marrakesh yang Menubuhkan Pertubuhan Perdagangan Sedunia yang dibuat di Marrakesh pada 15 April 1994; “Pertubuhan Perdagangan Sedunia” ertinya Pertubuhan Perdagangan Sedunia yang ditubuhkan oleh Perjanjian Pertubuhan Perdagangan Sedunia; “pihak berkepentingan” ertinya— (a) pengeluar, pengeksport atau pengimport dagangan subjek; (b) persatuan perdagangan atau perniagaan yang sebilangan besar anggotanya ialah pengeluar, pengeksport atau pengimport dagangan subjek; (c) kerajaan sesuatu negara yang dalamnya dagangan subjek dikeluarkan atau yang darinya dagangan subjek dieksportkan; (d) pengeluar keluaran serupa di Malaysia; (e) persatuan perdagangan atau perniagaan yang sebilangan besar anggotanya mengeluarkan keluaran serupa di Malaysia; atau (f) mana-mana pihak lain yang didapati patut oleh Kerajaan; “sedikit sahaja”— (a) berhubung dengan tindakan duti timbal balas, dalam hal Anggota negara membangun, ertinya jumlah pengimportan dagangan subjek, yang sebenar atau mungkin, dari suatu Anggota negara membangun tertentu ke dalam Malaysia menyumbang kurang daripada empat peratus daripada jumlah pengimportan keluaran serupa melainkan jika Anggota-Anggota negara membangun yang secara individu menyumbang kurang daripada empat peratus daripada pengimportan keluaran serupa ke dalam Malaysia secara keseluruhannya menyumbang lebih daripada sembilan peratus daripada jumlah pengimportan keluaran serupa ke dalam Malaysia; dan (b) berhubung dengan tindakan duti anti-lambakan ertinya jumlah pengimportan dagangan subjek, yang sebenar atau mungkin, dari suatu negara tertentu ke dalam Malaysia menyumbang kurang daripada tiga peratus daripada jumlah pengimportan keluaran serupa melainkan jika negara-negara yang secara individu menyumbang kurang daripada tiga peratus daripada pengimportan keluaran serupa ke dalam Malaysia secara keseluruhannya menyumbang lebih daripada tujuh peratus daripada jumlah pengimportan keluaran serupa ke dalam Malaysia.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1046).

(3)

Walau apa pun mana-mana peruntukan lain Akta ini, Menteri boleh mengambil kira apa-apa aktiviti yang diiktiraf di bawah obligasi antarabangsa Malaysia sebagai aktiviti yang hendaklah atau tidaklah tertakluk kepada tindakan di bawah Akta ini.

(4)

(Dipotong oleh Akta A1046).

(5)

Pihak-pihak hendaklah disifatkan sebagai berkaitan jika — (a) satu pihak mengawal pihak yang satu lagi secara langsung atau tidak langsung; (b) kedua-dua pihak dikawal oleh suatu pihak ketiga secara langsung atau tidak langsung; atau (c) pihak-pihak itu mengawal suatu pihak ketiga bersama-sama secara langsung atau tidak langsung: Dengan syarat bahawa terdapat alasan untuk mempercayai atau mengesyaki bahawa kesan perhubungan itu ialah untuk menyebabkan pihak yang berkenaan berkelakuan berlainan daripada pihak-pihak tidak berkaitan.

(6)

Satu pihak hendaklah disifatkan mengawal pihak yang satu lagi apabila pihak yang mula-mula disebut itu, menurut undang-undang atau amalan operasinya, berada dalam kedudukan untuk menjalankan sekatan ke atas atau memberi arahan kepada pihak yang kemudian itu.

Bahagian

I A SUBSIDI

Subsidi A . Bagi maksud Akta ini, “subsidi”, berhubung dengan dagangan yang diimport ke dalam Malaysia, ertinya—

(a) suatu sumbangan kewangan oleh kerajaan atau perbadanan awam, atau oleh perbadanan swasta yang diamanahkan atau diarahkan oleh kerajaan atau perbadanan awam supaya menjalankan suatu fungsi kerajaan, yang dibuat berkaitan dengan pengeluaran, pengilangan atau pengeksportan dagangan itu dan yang melibatkan satu atau lebih daripada satu daripada yang berikut: (i) pemindahan secara langsung dana daripada kerajaan atau perbadanan awam atau perbadanan swasta itu kepada perusahaan yang mengeluarkan, mengilangkan atau mengeksportkan dagangan itu (selepas ini disebut “perusahaan itu”); (ii) pemindahan dana secara langsung yang mungkin dibuat daripada kerajaan atau perbadanan awam atau perbadanan swasta itu kepada perusahaan itu yang bergantung pada berlakunya hal keadaan tertentu; (iii) penyetujuterimaan liabiliti perusahaan itu, yang sebenar atau mungkin, oleh kerajaan atau perbadanan awam atau perbadanan swasta itu; (iv) pelepasan, atau perbuatan tidak memungut, hasil (selain pengecualian atau pengurangan yang dibenarkan) yang kena dibayar kepada kerajaan atau perbadanan awam atau perbadanan swasta itu oleh perusahaan itu; (v) penyediaan barang atau perkhidmatan oleh kerajaan atau perbadanan awam atau perbadanan swasta itu untuk perusahaan itu selain infrastruktur am; (vi) pembelian barang yang disediakan oleh perusahaan itu oleh kerajaan atau perbadanan awam atau perbadanan swasta itu; (vii) pembayaran kepada mekanisme pembiayaan oleh kerajaan atau perbadanan awam itu; atau (b) apa-apa bentuk pendapatan atau sokongan harga yang dinyatakan dalam Perkara XVI Perjanjian Am mengenai Tarif dan Perdagangan 1994 yang diterima daripada kerajaan atau perbadanan awam, jika sumbangan kewangan atau pendapatan atau sokongan harga itu memberikan manfaat berhubung dengan dagangan itu.

Subsidi dilarang B . Subsidi yang berikut dilarang:

(a) subsidi yang bergantung, mengikut undang-undang atau mengikut fakta, sama ada semata-mata atau sebagai satu daripada beberapa syarat lain, pada prestasi eksport, termasuk syarat-syarat yang ditetapkan; dan (b) subsidi yang bergantung, sama ada semata-mata atau sebagai satu daripada beberapa syarat lain, pada penggunaan dagangan dalam negeri melebihi dagangan yang diimport.

Subsidi boleh diambil tindakan C . Subsidi yang menyebabkan kesan mudarat yang berikut kepada kepentingan dalam negeri hendaklah tertakluk kepada langkah timbal balas di bawah Akta ini:

(a) memudaratkan industri dalam negeri; (b) membatalkan atau mengurangkan manfaat yang terakru secara langsung atau secara tidak langsung di bawah Perjanjian Am mengenai Tarif dan Perdagangan 1994, khususnya manfaat daripada konsesi yang diikat di bawah Perkara II Perjanjian Am mengenai Tarif dan Perdagangan 1994; atau (c) menjejaskan dengan teruk kepentingan dalam negeri: Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak terpakai bagi subsidi yang disenggarakan mengenai keluaran pertanian sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 13 Perjanjian mengenai Pertanian yang dinyatakan dalam Lampiran 1 A kepada Perjanjian Pertubuhan Perdagangan Sedunia.

Subsidi tidak boleh diambil tindakan D . Subsidi yang berikut hendaklah dianggap sebagai subsidi tidak boleh diambil tindakan dan tidaklah tertakluk kepada duti timbal balas di bawah Akta ini:

(a) subsidi yang tidak khusus mengikut pengertian subseksyen 3(2); dan (b) subsidi yang khusus mengikut pengertian subseksyen 3(2) tetapi memenuhi segala syarat yang ditetapkan.

Penghitungan subsidi E . Subsidi hendaklah dihitung mengikut cara yang ditetapkan.

Bahagian II

DUTI TIMBAL BALAS

Pengenaan duti timbal balas

3.

(1)

Tiada duti timbal balas boleh dikenakan kecuali mengikut Akta ini.

(2)

Suatu subsidi sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 2 A hendaklah tertakluk kepada duti timbal balas yang diperuntukkan di bawah Akta ini hanya jika subsidi itu khusus, sebagaimana yang ditetapkan, dan bukan suatu subsidi tidak boleh diambil tindakan.

(3)

Amaun duti timbal balas yang hendak dikenakan hendaklah dihitung mengikut kaedah yang ditetapkan.

Pemulaan penyiasatan

4.

(1)

Kerajaan boleh memulakan suatu penyiasatan untuk menentukan kewujudan, tahap dan kesan apa-apa subsidi yang dikatakan apabila dikemukakan suatu petisyen bertulis oleh atau bagi pihak industri dalam negeri yang mengeluarkan keluaran serupa.

(2)

Suatu petisyen di bawah subseksyen (1) hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang ditetapkan dan hendaklah termasuk keterangan yang mencukupi mengenai kewujudan subsidi dan kemudaratan dan hubungan bersebab antara pengimportan dagangan subjek dengan kemudaratan yang dikatakan.

(3)

Kerajaan hendaklah, dalam tempoh yang ditetapkan, memeriksa petisyen itu dan maklumat dan keterangan lain yang ada untuk menentukan sama ada — (a) keterangan itu mencukupi untuk mewajarkan pemulaan penyiasatan; (b) terdapat tahap sokongan bagi atau tentangan terhadap petisyen itu yang mencukupi yang dinyatakan oleh industri dalam negeri; dan (c) suatu penyiasatan adalah demi kepentingan awam.

(4)

Suatu petisyen di bawah subseksyen (1) hendaklah ditolak dengan serta-merta jika Kerajaan berpuas hati bahawa— (a) tidak ada keterangan yang mencukupi mengenai sama ada pensubsidian atau kemudaratan untuk mewajarkan pemulaan suatu penyiasatan duti timbal balas, seperti tetapi tidak terhad kepada hal apabila amaun subsidi adalah de minimis atau apabila jumlah pengimportan dagangan subjek, yang sebenar atau mungkin, atau kemudaratan, adalah sedikit sahaja; atau (b) suatu penyiasatan tidaklah demi kepentingan awam.

(5)

Jika Kerajaan menolak suatu petisyen di bawah subseksyen (4), Kerajaan hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, memberitahu pempetisyen secara bertulis mengenai penentuannya untuk tidak memulakan suatu penyiasatan.

(6)

Walau apa pun subseksyen (1) Kerajaan boleh, dalam hal keadaan khas, memulakan suatu penyiasatan duti timbal balas atas kehendaknya sendiri tanpa menerima petisyen bertulis oleh atau bagi pihak industri dalam negeri bagi pemulaan penyiasatan sedemikian jika Kerajaan mempunyai keterangan yang mencukupi mengenai setiap perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (2).

(7)

Jika Kerajaan memutuskan untuk memulakan suatu penyiasatan di bawah subseksyen (1) atau subseksyen (6), Kerajaan hendaklah memberitahu pihak berkepentingan yang berkenaan dan menyiarkan notis pemulaan penyiasatan.

(8)

Keterangan mengenai subsidi dan kemudaratan kedua-duanya hendaklah dipertimbangkan serentak dalam keputusan sama ada untuk memulakan suatu penyiasatan dan selepas itu sepanjang perjalanan penyiasatan itu, bermula pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada tarikh terawal langkah sementara boleh dikenakan.

(9)

Kerajaan tidak boleh menzahirkan apa-apa petisyen yang dibuat di bawah seksyen ini melainkan jika Kerajaan telah membuat keputusan untuk memulakan suatu penyiasatan.

Perundingan dengan kerajaan asing yang berkepentingan

5.

(1)

Sebelum memulakan penyiasatan, Kerajaan hendaklah memberi Anggota yang dagangannya tertakluk kepada penyiasatan dan mana-mana kerajaan asing yang berkepentingan peluang untuk berunding bagi maksud menjelaskan perkara yang relevan kepada penyiasatan itu dan untuk mendapatkan penyelesaian yang dipersetujui bersama.

(2)

Kerajaan hendaklah memberi suatu peluang munasabah bagi perundingan tambahan sepanjang perjalanan penyiasatan itu.

(3)

Tiada penentuan afirmatif sama ada yang awal atau muktamad boleh dibuat tanpa memberikan peluang munasabah bagi perundingan.

(4)

Perundingan yang disebut dalam subseksyen (1) boleh mewujudkan asas untuk mengambil tindakan di bawah seksyen 4.

(5)

Kerajaan hendaklah juga membenarkan, apabila diminta, Anggota yang dagangannya tertakluk kepada penyiasatan akses kepada keterangan tidak sulit, termasuk ringkasan tidak sulit maklumat sulit, yang digunakan bagi memulakan atau menjalankan penyiasatan itu.

Pindaan kepada petisyen

6. Sesuatu petisyen yang meminta sesuatu penyiasatan duti timbal balas dimulakan boleh dipinda tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Kerajaan.

Jangka masa penyiasatan

7. Kerajaan hendaklah mengakhiri sesuatu penyiasatan duti timbal balas dalam tempoh yang ditetapkan.

Kemudaratan dan hubungan bersebab A . (1) Penentuan kemudaratan bagi maksud suatu penyiasatan duti timbal balas di bawah Akta ini hendaklah berasaskan keterangan yang berkenaan dan hendaklah melibatkan pemeriksaan secara objektif kedua-dua jumlah pengimportan dagangan subjek dan kesan dagangan subjek pada harga dalam pasaran dalam negeri bagi keluaran serupa dan kesan berbangkit pengimportan ini pada pengeluar dalam negeri keluaran sedemikian.

(2)

Bagi maksud Akta ini, hendaklah ditunjukkan bahawa dagangan subjek, menerusi kesan subsidi, menyebabkan kemudaratan.

(3)

Penunjukan hubungan bersebab antara dagangan subjek dengan kemudaratan kepada industri dalam negeri hendaklah berasaskan pemeriksaan segala keterangan yang berkenaan yang ada pada Kerajaan.

(4)

Kerajaan hendaklah juga memeriksa apa-apa faktor yang diketahui selain dagangan subjek yang pada masa yang sama sedang memudaratkan industri dalam negeri dan kemudaratan yang disebabkan oleh faktor lain ini tidaklah boleh dianggap disebabkan oleh dagangan subjek.

(5)

Penentuan mengenai ancaman kemudaratan material hendaklah berasaskan pada fakta dan bukan semata-mata pada pengataan, terkaan atau kemungkinan yang tipis.

(6)

Dalam membuat penentuan berkenaan dengan kewujudan ancaman kemudaratan material, Kerajaan hendaklah menimbangkan apa-apa faktor yang ditetapkan.

(7)

Dalam hal apabila kemudaratan diancam oleh dagangan subjek, pengenaan langkah timbal balas hendaklah dipertimbangkan dan diputuskan dengan perhatian khas.

Penentuan awal mengenai subsidi dan kemudaratan

8.

(1)

Kerajaan hendaklah, dalam tempoh yang ditetapkan, membuat penentuan awal tentang — (a) sama ada subsidi sedang diberikan berkenaan dengan dagangan subjek dan amaun subsidi itu; dan (b) sama ada kemudaratan didapati wujud mengikut mana-mana satu daripada cara-cara yang berikut: (i) dagangan subjek, menerusi kesan subsidi, sedang menyebabkan kemudaratan material kepada industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa; (ii) dagangan subjek, menerusi kesan subsidi, sedang mengancam untuk menyebabkan kemudaratan material kepada industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa; atau (iii) dagangan subjek, menerusi kesan subsidi, sedang menyebabkan kerencatan material penubuhan industri sedemikian di Malaysia.

(2)

Jika Kerajaan membuat penentuan awal negatif mengenai subseksyen (1), ia hendaklah menyiarkan suatu notis yang menyatakan sebab-sebab bagi penentuan negatif itu dan — (a) meneruskan penyiasatan itu; atau (b) menamatkan penyiasatan itu jika difikirkan patut oleh Kerajaan.

(3)

Jika Kerajaan membuat penentuan awal afirmatif mengenal subseksyen (1), ia hendaklah meneruskan penyiasatan dan menyiarkan suatu notis mengenai— (a) penentuan awal afirmatif itu, dengan menyatakan sebab-sebab bagi penentuannya berkenaan dengan perenggan (1)(a) dan (b); dan (b) langkah sementara yang terpakai.

Langkah sementara

9.

(1)

Kerajaan hendaklah menggunakan langkah sementara mengenai dagangan subjek yang diimport ke dalam Malaysia pada atau selepas penyiaran notis penentuan awal afirmatif jika Kerajaan menentukan bahawa langkah sedemikian diperlukan untuk mencegah berlakunya kemudaratan yang disebut dalam perenggan 8(1)(b) dalam tempoh penyiasatan.

(2)

Langkah sementara hendaklah dalam bentuk duti timbal balas sementara yang dijamin dengan cagaran yang sama dengan anggaran subsidi yang ditentukan di bawah subseksyen 8(1).

(3)

Langkah sementara yang dikenakan di bawah seksyen ini tidak boleh melebihi tempoh yang ditetapkan.

Penentuan muktamad mengenai subsidi dan kemudaratan

10.

(1)

Kerajaan hendaklah, dalam tempoh yang Penentuan ditetapkan, membuat penentuan muktamad tentang — (a) sama ada subsidi sedang diberikan berkenaan dengan dagangan subjek dan amaun subsidi itu; dan (b) sama ada kemudaratan didapati wujud mengikut mana-mana satu daripada cara-cara yang berikut: (i) dagangan subjek, menerusi kesan subsidi, sedang menyebabkan kemudaratan material kepada industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa; (ii) dagangan subjek, menerusi kesan subsidi, sedang mengancam untuk menyebabkan kemudaratan material kepada industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa; atau (iii) dagangan subjek, menerusi kesan subsidi, sedang menyebabkan kerencatan material penubuhan industri sedemikian di Malaysia.

(2)

Kerajaan hendaklah, sebelum membuat penentuan muktamad, memberitahu semua Anggota berkepentingan dan pihak berkepentingan mengenai fakta penting yang sedang dipertimbangkan yang menjadi asas bagi keputusan sama ada untuk mengenakan langkah muktamad. (2 A ) Penzahiran di bawah subseksyen (2) hendaklah dibuat dalam masa yang mencukupi untuk semua Anggota berkepentingan dan pihak berkepentingan membela kepentingannya.

(3)

Jika Kerajaan membuat penentuan muktamad negatif mengenai subseksyen (1), ia hendaklah— (a) menamatkan penyiasatan itu; (b) menamatkan langkah sementara yang terpakai di bawah seksyen 9 dan melepaskan cagaran yang dikehendaki oleh langkah sedemikian; dan (c) menyiarkan suatu notis mengenai penentuan muktamad negatif itu, dengan menyatakan sebab bagi penentuan negatifnya.

(4)

Jika Kerajaan membuat penentuan muktamad afirmatif mengenai subseksyen (1), ia hendaklah— (a) menyiarkan suatu notis penentuan muktamad afirmatif yang menyatakan sebab bagi penentuan afirmatifnya, duti timbal balas yang terpakai dan dagangan subjek yang baginya duti timbal balas itu terpakai; (b) mengenakan duti timbal balas dalam amaun yang ditentukan mengikut subseksyen 3(3) ke atas dagangan subjek yang diimport ke dalam Malaysia pada atau selepas tarikh penyiaran penentuan muktamad itu; dan (c) mengenakan duti timbal balas mengikut subseksyen (5) dan (6) ke atas import ke dalam Malaysia yang baginya langkah sementara terpakai. (4 A ) Jika penentuan muktamad afirmatif telah dibuat, Kerajaan boleh mengambil kira kepentingan awam dalam menentukan sama ada hendak mengenakan duti timbal balas dan amaun duti itu.

(5)

Kerajaan hendaklah mengenakan duti timbal balas ke atas dagangan subjek yang terhadapnya langkah sementara terpakai jika— (a) Kerajaan membuat suatu penentuan kemudaratan material di bawah subperenggan (1)(b)(i); atau (b) Kerajaan membuat suatu penentuan ancaman kemudaratan material di bawah subperenggan (1)(b)(ii), ia mendapati bahawa, dalam ketiadaan langkah sementara itu, dagangan subjek itu akan menyebabkan suatu dapatan kemudaratan material di bawah subperenggan (1)(b)(i). (5 A ) Walau apa pun subseksyen (5), jika penentuan ancaman kemudaratan atau kerencatan material dibuat tetapi tiada kemudaratan telah berlaku, duti timbal balas muktamad boleh dikenakan hanya dari tarikh penentuan kewujudan ancaman kemudaratan atau kerencatan material, dan apa-apa cagaran yang dikemukakan sepanjang tempoh pengenaan langkah sementara hendaklah dilepaskan dengan serta-merta.

(6)

Berkenaan dengan pengenaan duti timbal balas di bawah subseksyen (5) — (a) jika duti timbal balas itu lebih tinggi daripada amaun yang dijamin oleh cagaran yang dikehendaki di bawah langkah sementara, hanya amaun yang sama dengan cagaran itu hendaklah dikenakan; dan (b) jika duti timbal balas itu kurang daripada amaun yang dijamin oleh cagaran yang dikehendaki di bawah langkah sementara, amaun penuh duti timbal balas itu hendaklah dikenakan dan amaun lebihan cagaran itu hendaklah dibayar ganti atau dilepaskan.

(7)

Walau apa pun subseksyen (4) dan (5), Kerajaan boleh mengenakan duti timbal balas ke atas dagangan subjek yang diimport ke dalam Malaysia dalam tempoh sembilan puluh hari sebelum pemakaian langkah sementara jika — (a) Kerajaan mendapati kemudaratan yang sukar dibaiki; (b) kemudaratan itu sedang disebabkan oleh pengimportan besar-besaran dagangan subjek itu dalam tempoh masa yang singkat; dan (c) subsidi eksport sedang diberikan berkenaan dengan dagangan subjek itu berlawanan dengan obligasi antarabangsa kerajaan asing yang berkepentingan itu. (7 A ) Tiada duti timbal balas boleh dikenakan secara retroaktif di bawah subseksyen (7) ke atas dagangan yang masuk untuk penggunaan sebelum tarikh pemulaan penyiasatan.

(8)

Apabila duti timbal balas dikenakan ke atas dagangan subjek, duti timbal balas sedemikian hendaklah dikenakan mengikut amaun yang sesuai dalam setiap hal atas asas tidak berdiskriminasi ke atas kesemua pengimportan dagangan sedemikian ke dalam Malaysia dari Negara yang didapati mensubsidikan dagangan subjek yang menyebabkan kemudaratan itu.

(9)

Langkah sementara dan duti timbal balas muktamad hendaklah hanya dikenakan ke atas dagangan subjek yang masuk untuk penggunaan selepas masa keputusan di bawah subseksyen 9(1) atau 10(4), mengikut mana-mana yang berkenaan, mula berkuat kuasa.

Penamatan penyiasatan

11.

(1)

Walau apa pun mana-mana peruntukan lain Akta ini, sesuatu penyiasatan boleh ditamatkan pada bila-bila masa jika— (a) pempetisyen menarik balik petisyen; (b) terdapatnya perubahan hal keadaan; (c) Kerajaan berpuas hati bahawa tidak ada keterangan yang mencukupi mengenai pensubsidian atau kemudaratan untuk mewajarkan penerusan penyiasatan itu; (d) amaun subsidi adalah de minimis atau jumlah pengimportan dagangan subjek, yang sebenar atau mungkin, atau kemudaratan, adalah sedikit sahaja; atau (e) Kerajaan menentukan bahawa penamatan penyiasatan itu adalah demi kepentingan awam.

(2)

Jika suatu penamatan menurut subseksyen (1) berlaku sebelum penentuan awal, Kerajaan hendaklah menyiarkan notis mengenai penamatan sedemikian dengan menyatakan sebab bagi penamatan itu.

(3)

Jika suatu penamatan menurut subseksyen (1) berlaku selepas penentuan awal, Kerajaan hendaklah — (a) menamatkan apa-apa langkah sementara yang disebut dalam seksyen 9 dan melepaskan cagaran yang dikehendaki oleh langkah sedemikian; dan (b) menyiarkan suatu notis mengenai penamatan itu, dengan menyatakan sebab bagi penamatan itu.

Penggantungan penyiasatan

12.

(1)

Sesuatu penyiasatan boleh digantung pada bila-bila masa jika aku janji disetuju terima oleh Kerajaan.

(2)

Sebelum menyetuju terima aku janji, Kerajaan hendaklah menentukan bahawa — (a) aku janji itu — (i) akan menghapuskan subsidi atau kesan kemudaratan yang disebabkan oleh dagangan subjek; dan (ii) boleh diawasi dengan berkesan; atau (b) aku janji itu adalah demi kepentingan awam.

(3)

Aku janji tidak boleh diminta atau disetujui terima melainkan jika Kerajaan telah membuat penentuan awal afirmatif mengenai pensubsidian dan kemudaratan yang disebabkan oleh pensubsidian sedemikian dan, dalam hal aku janji daripada pengeksport, telah memperoleh persetujuan Anggota pengeksport.

(4)

Jika aku janji disetuju terima oleh Kerajaan selepas penentuan awal, Kerajaan hendaklah — (a) menggantung penyiasatan; (b) menggantung apa-apa langkah sementara yang terpakai di bawah seksyen 9 dan melepaskan semua atau sebahagian daripada cagaran yang dikehendaki oleh langkah sedemikian sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Kerajaan; dan (c) menyiarkan suatu notis yang menyatakan sebab bagi penggantungan penyiasatan dan tindakan di bawah perenggan (b).

(5)

Walaupun aku janji disetuju terima, penyiasatan hendaklah diselesaikan atas permintaan bertulis kerajaan asing yang berkepentingan atau jika Kerajaan memutuskan demikian.

(6)

Jika Kerajaan menyelesaikan penyiasatan menurut subseksyen (5) dan membuat suatu penentuan afirmatif, aku janji itu hendaklah terus berkuat kuasa konsisten dengan peruntukan Akta ini.

(7)

Jika Kerajaan menyelesaikan penyiasatan menurut subseksyen (5) dan membuat suatu penentuan negatif, aku janji itu hendaklah luput, kecuali jika penentuan negatif itu secara besarnya disebabkan oleh kewujudan aku janji itu.

(8)

Jika penentuan negatif yang disebut dalam subseksyen (7) adalah secara besarnya disebabkan oleh kewujudan aku janji itu, aku janji itu boleh dikekalkan selama tempoh yang munasabah konsisten dengan peruntukan Akta ini. (8 A ) Kerajaan boleh mencadangkan supaya aku janji harga diberikan oleh Anggota pengeksport atau pengeksport, tetapi tiada pengeksport boleh dikehendaki membuat aku janji sedemikian. (8 B ) Hakikat bahawa Anggota pengeksport atau pengeksport tidak menawarkan aku janji harga, atau tidak menyetujui terima jemputan untuk berbuat demikian, tidak boleh dengan apa-apa cara menjejaskan pertimbangan hal itu. (8 C ) Walau apa pun subseksyen (8 A ) dan (8 B ), Kerajaan hendaklah bebas untuk menentukan bahawa ancaman kemudaratan lebih berkemungkinan berlaku jika pengimportan dagangan subjek berterusan. (8 D ) Kerajaan boleh menghendaki mana-mana Anggota pengeksport atau pengeksport yang daripadanya aku janji telah disetujui terima supaya memberikan, secara berkala, maklumat yang berkenaan dengan pemenuhan aku janji itu dan membenarkan penentusahan maklumat yang berkaitan. (8 E ) Ketidakpatuhan subseksyen (8 D ) hendaklah ditafsirkan sebagai pelanggaran aku janji.

(9)

Kerajaan boleh memulakan semula suatu penyiasatan tergantung pada bila-bila masa jika ia menentukan bahawa aku janji yang disetuju terima di bawah subseksyen (1) tidak lagi menepati kehendak subseksyen (2) atau terdapatnya pencabulan material akan aku janji itu.

(10)

Jika Kerajaan memulakan semula suatu penyiasatan menurut subseksyen (9), ia hendaklah mengambil tindakan cepat untuk— (a) (Dipotong oleh Akta A1046); (b) menggunakan langkah sementara bertepatan dengan seksyen 9, jika patut; dan (c) membuat penentuan muktamad menurut seksyen 10.

(11)

Kerajaan boleh menggunakan fakta yang ada berkenaan dengan apa-apa penentuan di bawah subseksyen (10) jika pencabulan material aku janji berlaku.

(12)

Dalam hal yang disebut dalam subseksyen (9), Kerajaan boleh mengenakan duti timbal balas bertepatan dengan seksyen 10 ke atas dagangan subjek yang diimport ke dalam Malaysia dalam tempoh sembilan puluh hari sebelum pemakaian langkah sementara di bawah subseksyen (10): Dengan syarat bahawa taksiran retroaktif sedemikian tidak terpakai bagi dagangan subjek yang diimport sebelum pencabulan itu.

Jangka masa duti A . Duti timbal balas yang dikenakan di bawah Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa hanya selama dan setakat yang perlu untuk mengatasi pensubsidian yang menyebabkan kemudaratan. Kajian semula pentadbiran

13.

(1)

Apabila sesuatu pihak berkepentingan memberi maklumat kepada Kerajaan, atau Kerajaan dengan selainnya mendapat maklumat, bahawa— (a) amaun subsidi telah berubah secara substansial; (b) pengenaan duti timbal balas tidak lagi perlu; (c) aku janji tidak lagi perlu atau patut diubah; (d) duti timbal balas atau aku janji yang dikehendaki ditamatkan menurut subseksyen (6) patut dikekalkan; atau (e) kajian semula pentadbiran adalah demi kepentingan awam, Kerajaan boleh menjalankan suatu kajian semula pentadbiran: Dengan syarat bahawa tiada kajian semula pentadbiran boleh dijalankan melainkan jika tempoh yang ditetapkan telah luput.

(2)

Jika Kerajaan memutuskan untuk menjalankan suatu kajian semula pentadbiran di bawah subseksyen (1), Kerajaan hendaklah— (a) menyiarkan suatu notis mengenai permulaan kajian semula pentadbiran; dan (b) menjalankan kajian semula itu, dengan memberi pihak berkepentingan yang berkenaan peluang untuk memberi komen.

(3)

Apa-apa kajian semula pentadbiran yang dijalankan menurut subseksyen (2) hendaklah diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

(4)

Apabila kajian semula pentadbiran itu selesai, Kerajaan hendaklah menyiarkan suatu penentuan kajian semula pentadbiran muktamad dengan menyatakan sebab bagi penentuannya itu.

(5)

Apa-apa penentuan yang dibuat menurut subseksyen (4) hendaklah terpakai bagi dagangan subjek yang diimport pada atau selepas tarikh penyiaran penentuan kajian semula pentadbiran itu.

(6)

Tiada duti timbal balas boleh dipungut atas pengimportan yang dibuat selepas lima tahun dari tarikh pengenaannya, atau lima tahun dari tarikh penamatan kajian semula pentadbiran yang terkini di bawah subseksyen (1) yang meliputi subsidi dan kemudaratan kedua-duanya, dan aku janji hendaklah luput secara automatik berkenaan dengan pengimportan yang dibuat selepas lima tahun dari tarikh penyiaran notis penggantungan penyiasatan, melainkan jika Kerajaan menentukan, dalam suatu kajian semula pentadbiran yang dimulakan sebelum tarikh itu atas daya usaha sendiri Kerajaan atau apabila suatu permintaan yang disokong dengan sewajarnya dibuat oleh atau bagi pihak industri dalam negeri dalam tempoh masa yang munasabah sebelum tarikh itu, bahawa penamatan duti atau aku janji itu berkemungkinan menyebabkan pensubsidian dan kemudaratan itu berterusan atau berulang.

(7)

Duti timbal balas yang dikenakan dengan sewajarnya di bawah Akta ini boleh terus berkuat kuasa sementara menunggu hasil kajian semula pentadbiran di bawah seksyen ini.

(8)

Sesuatu pihak berkepentingan yang mengemukakan maklumat yang berkenaan yang menyokong keperluan bagi kajian semula pentadbiran berhak untuk meminta kajian semula pentadbiran oleh Kerajaan untuk menentukan satu atau lebih daripada satu daripada yang berikut: (a) sama ada pengenaan berterusan duti timbal balas perlu untuk mengimbangi pensubsidian; (b) sama ada kemudaratan berkemungkinan akan terus berulang jika duti itu dihapuskan atau diubah: Dengan syarat bahawa tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (6) telah luput sejak pengenaan duti timbal balas muktamad itu

Kajian semula pembayaran balik A . (1) Tanpa menjejaskan seksyen 13, seseorang pengimport boleh meminta pembayaran balik duti timbal balas yang telah dibayar jika pengimport itu dapat menunjukkan bahawa amaun subsidi yang boleh ditimbal balas yang berasaskannya duti timbal balas telah dikenakan telah sama ada dihapuskan atau dikurangkan ke suatu tahap yang lebih rendah daripada tahap duti timbal balas yang sedang berkuat kuasa.

(2)

Sesuatu permintaan bagi kajian semula pembayaran balik hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Kerajaan dan hendaklah mengandungi— (a) senarai segala kemasukan dagangan subjek ke dalam Malaysia yang baginya kajian semula pembayaran balik itu diminta; dan (b) segala keterangan yang berkenaan untuk menunjukkan bahawa pengimport itu berhak mendapat pembayaran balik bagi setiap kemasukan itu.

(3)

Jika, apabila kajian semula pembayaran balik di bawah seksyen ini selesai, Kerajaan menentukan bahawa— (a) pembayaran balik duti timbal balas, secara keseluruhannya atau sebahagiannya, adalah patut; (b) tiada duti timbal balas sepatutnya telah dikenakan; atau (c) duti timbal balas yang dikenakan lebih tinggi daripada duti timbal balas yang sepatutnya dikenakan dalam hal keadaan itu, Kerajaan hendaklah membayar balik apa-apa amaun duti timbal balas yang dipungut yang didapatinya patut.

(4)

Pembayaran balik di bawah subseksyen (3) hendaklah, setakat yang dapat dilaksanakan, dibuat dalam masa sembilan puluh hari dari tarikh penentuan kajian semula pembayaran balik itu.

(5)

Sesuatu dapatan dalam kajian semula pembayaran balik itu bahawa tiada duti timbal balas sepatutnya telah dikenakan tidaklah sendiri menghendaki Kerajaan supaya menamatkan duti timbal balas muktamad itu.

Kajian semula dipercepat B . (1) Seseorang pengeksport atau pengeluar yang pengeksportan dagangan subjeknya tertakluk kepada duti timbal balas muktamad tetapi yang tidak sebenarnya disiasat atas sebab selain keengganan untuk bekerjasama berhak mendapat kajian semula dipercepat supaya Kerajaan boleh dengan serta-merta mewujudkan kadar duti timbal balas individu bagi pengeksport atau pengeluar itu.

(2)

Tiada duti timbal balas boleh dikenakan ke atas pengimportan daripada pengeksport atau pengeluar yang disebut dalam subseksyen (1) semasa kajian semula sedang dijalankan.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), Kerajaan boleh menahan sesuatu penaksiran atau meminta jaminan untuk memastikan bahawa, sekiranya kajian semula di bawah subseksyen (1) berkeputusan dengan penentuan bahawa terdapat pensubsidian dan kemudaratan yang disebabkan olehnya berkenaan dengan pengeksportan dagangan subjek ke dalam Malaysia oleh pengeksport atau pengeluar yang disebut dalam subseksyen (1), duti timbal balas boleh dikenakan secara retroaktif ke tarikh pemulaan kajian semula itu.

Anggota negara membangun

14. Walau apa pun mana-mana peruntukan lain Akta ini, prosiding duti timbal balas terhadap pengeksport atau pengeluar dari Anggota negara membangun dalam Pertubuhan Perdagangan Sedunia hendaklah dijalankan mengikut cara yang ditetapkan.

Bahagian

III DUTI ANTI-LAMBAKAN

Pengenaan duti anti-lambakan

15.

(1)

Tiada duti anti-lambakan boleh dikenakan kecuali mengikut Akta ini.

(2)

Amaun duti anti-lambakan yang dikehendaki dikenakan— (a) hendaklah sama dengan margin lambakan yang ditentukan wujud berkenaan dengan dagangan subjek; atau (b) jika Kerajaan menentukan bahawa suatu duti anti-lambakan yang lebih rendah adalah mencukupi untuk menghapuskan kemudaratan bolehlah duti yang lebih rendah itu.

Nilai normal

16.

(1)

Bagi maksud Akta ini, nilai normal adalah harga boleh banding yang sebenarnya dibayar atau kena dibayar dalam perjalanan biasa perdagangan bagi keluaran serupa yang dijual untuk penggunaan dalam pasaran dalam negeri Negara pengeksport.

(2)

Apabila tidak terdapat jualan dalam pasaran dalam negeri negara pengeksport di bawah subseksyen (1), atau apabila jualan sedemikian tidak membenarkan suatu perbandingan yang sesuai, nilai normal hendaklah ditentukan— (a) dengan membandingkan dengan harga boleh banding keluaran serupa apabila dieksportkan ke negara ketiga yang sesuai dengan syarat bahawa harga boleh banding itu menggambarkan harga yang patut; atau (b) dengan membina nilai dagangan subjek dengan menambahkan kos pengeluaran di negara asal ditambah amaun yang munasabah bagi perbelanjaan penjualan, perbelanjaan pentadbiran dan perbelanjaan am lain dan bagi keuntungan.

(3)

Jika terdapat alasan munasabah untuk mempercayai atau mengesyaki bahawa penjualan keluaran serupa di bawah subseksyen (1) atau perenggan (2)(a) adalah pada harga di bawah kos pengeluaran seunit (yang tetap dan berubah) termasuk perbelanjaan penjualan, perbelanjaan pentadbiran dan perbelanjaan am lain, penjualan itu boleh dikira telah tidak dibuat dalam perjalanan biasa perdagangan oleh sebab harga dan boleh diketepikan dalam menentukan nilai normal hanya jika Kerajaan menentukan bahawa penjualan itu telah dibuat dalam tempoh masa lanjutan dalam jumlah yang banyak dan adalah pada harga yang tidak mempunyai peruntukan bagi pendapatan balik segala kos dalam tempoh masa yang munasabah.

(4)

Jika harga penjualan yang disebut dalam subseksyen (3) lebih tinggi daripada kos seunit purata wajaran bagi tempoh penyiasatan, harga itu hendaklah dianggap mempunyai peruntukan bagi pendapatan balik kos dalam tempoh masa yang munasabah.

(5)

Bagi maksud seksyen ini, amaun bagi perbelanjaan penjualan, perbelanjaan pentadbiran dan perbelanjaan am lain dan bagi keuntungan hendaklah diasaskan pada maklumat sebenar berkaitan dengan pengeluaran dan penjualan dalam perjalanan biasa perdagangan keluaran serupa oleh pengeksport atau pengeluar yang sedang disiasat.

(6)

Jika amaun yang disebut dalam subseksyen (5) tidak dapat ditentukan atas asas yang dinyatakan dalam subseksyen itu, amaun itu boleh ditentukan atas mana-mana daripada asas yang berikut: (a) purata wajaran amaun sebenar yang ditanggung dan diperoleh oleh pengeksport atau pengeluar lain yang tertakluk kepada penyiasatan berkenaan dengan pengeluaran dan penjualan keluaran serupa dalam pasaran dalam negeri negara asal; (b) amaun sebenar yang ditanggung dan diperoleh oleh pengeksport atau pengeluar yang berkenaan mengenai pengeluaran dan penjualan keluaran daripada kategori am yang sama dalam pasaran dalam negeri negara asal; atau (c) apa-apa kaedah munasabah lain, dengan syarat bahawa amaun bagi keuntungan yang ada sedemikian tidak boleh melebihi keuntungan yang biasanya diperoleh oleh pengeksport atau pengeluar lain atas penjualan keluaran daripada kategori am yang sama dalam pasaran dalam negeri negara asal.

(7)

Bagi maksud seksyen ini, kos pengeluaran hendaklah dihitung berasaskan rekod yang disimpan oleh pengeksport atau pengeluar yang sedang disiasat, dengan syarat bahawa rekod itu mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum di negara pengeksport yang berkenaan dan dengan semunasabahnya mencerminkan kos yang dikaitkan dengan pengeluaran dan penjualan dagangan subjek.

(8)

Kerajaan hendaklah menimbangkan segala keterangan yang ada mengenai penguntukan kos dengan sepatutnya, termasuk apa-apa keterangan yang disediakan oleh pengeksport atau pengeluar dalam perjalanan penyiasatan, dengan syarat bahawa ditunjukkan bahawa penguntukan itu telah digunakan oleh pengeksport atau pengeluar sejak dahulu lagi, khususnya berhubungan dengan pewujudan tempoh pelunasan dan tempoh susut nilai yang patut dan elaun bagi perbelanjaan modal dan kos pembangunan lain.

Harga eksport

17.

(1)

Harga eksport adalah harga yang sebenarnya dibayar atau kena dibayar bagi dagangan subjek.

(2)

Dalam hal apabila tidak ada harga eksport atau apabila ternyata bahawa harga eksport tidak boleh dipercayai kerana pengeksport dan pengimport atau suatu pihak ketiga adalah berkaitan, atau bahawa ada suatu perkiraan pemampasan di antara pengeksport dan pengimport atau suatu pihak ketiga, harga eksport boleh dibina atas asas harga yang dengannya dagangan subjek itu mula-mula dijual semula kepada seorang pembeli bebas, atau jika dagangan subjek itu tidak dijual semula kepada seseorang pembeli bebas, atau jika dagangan subjek itu tidak dijual semula kepada seseorang pembeli bebas, atau tidak dijual semula dalam keadaan yang diimport, atas apa-apa asas munasabah.

(3)

Jika harga eksport dibina sebagaimana yang diperihalkan dalam subseksyen (2), segala kos yang dilakukan di antara pengimportan dan penjualan semula hendaklah diambil kira.

Perbandingan nilai normal dengan harga eksport

18.

(1)

Suatu perbandingan saksama hendaklah dibuat antara harga eksport dengan nilai normal.

(2)

Perbandingan hendaklah dibuat pada tahap perdagangan yang sama, biasanya pada tahap di kilang, dan berkenaan dengan penjualan yang dibuat seboleh-bolehnya pada masa yang sama dan perbezaan lain yang menyentuh kebolehbandingan harga hendaklah diambil kira dengan sewajarnya.

(3)

Jika nilai normal dan harga eksport sebagaimana yang ada tidak berada pada asas boleh banding, kelonggaran yang sepatutnya, dalam bentuk pelarasan, hendaklah diberikan dalam setiap hal, berdasarkan kewajarannya, bagi perbezaan faktor yang dituntut, dan yang ditunjukkan, sebagai menyentuh harga dan kebolehbandingan harga.

(4)

Jika penentuan harga eksport di bawah subseksyen 17(2) menyentuh kebolehbandingan harga, Kerajaan hendaklah mewujudkan nilai normal pada tahap perdagangan yang bersamaan, dengan tahap perdagangan harga eksport yang dibina, atau hendaklah memberikan kelonggaran yang sepatutnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen ini.

(5)

Dalam hal apabila dagangan subjek tidak diimport secara langsung dari negara asal tetapi dieksportkan dari negara perantaraan, harga yang padanya dagangan subjek dijual dari negara pengeksport ke Malaysia hendaklah dibandingkan dengan harga boleh banding di negara pengeksport.

(6)

Walau apa pun subseksyen (5), perbandingan boleh dibuat dengan harga di negara asal jika— (a) dagangan subjek hanya dipindahkan melalui negara pengeksport; (b) dagangan subjek tidak dikeluarkan di negara pengeksport; atau (c) tidak ada harga boleh banding bagi dagangan subjek di negara pengeksport.

(7)

Jika pengeksport atau pengimport menuntut pelarasan di bawah subseksyen (3), pengeksport atau pengimport itu hendaklah membuktikan bahawa tuntutannya wajar.

(8)

Kerajaan hendaklah memberitahu pihak yang berkenaan maklumat yang perlu untuk memastikan suatu perbandingan saksama.

Dagangan subjek dari negara berekonomi bukan pasaran

19. Jika negara asal dagangan subjek ialah suatu negara berekonomi bukan pasaran, nilai normal hendaklah ditentukan mengikut cara yang ditetapkan.

Pemulaan penyiasatan

20.

(1)

Kerajaan boleh memulakan suatu penyiasatan untuk menentukan kewujudan, tahap dan kesan apa-apa lambakan yang dikatakan apabila dikemukakan suatu petisyen bertulis oleh atau bagi pihak industri dalam negeri yang mengeluarkan keluaran serupa.

(2)

Suatu petisyen di bawah subseksyen (1) hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang ditetapkan dan hendaklah termasuk keterangan yang mencukupi mengenai lambakan dan kemudaratan dan hubungan bersebab antara pengimportan dagangan subjek dengan kemudaratan yang dikatakan.

(3)

Setelah petisyen di bawah subseksyen (1) diterima tetapi sebelum tindakan diteruskan di bawah subseksyen (4), Kerajaan hendaklah memberitahu kerajaan negara pengeksport mengenai penerimaan petisyen itu.

(4)

Kerajaan hendaklah, dalam tempoh yang ditetapkan, memeriksa petisyen itu dan maklumat dan keterangan lain yang ada untuk menentukan sama ada— (a) keterangan itu mencukupi untuk mewajarkan pemulaan penyiasatan; (b) terdapat tahap sokongan bagi atau tentangan terhadap petisyen itu yang mencukupi yang dinyatakan oleh industri dalam negeri; dan (c) suatu penyiasatan adalah demi kepentingan awam.

(5)

Suatu petisyen di bawah subseksyen (1) hendaklah ditolak dengan serta-merta jika Kerajaan berpuas hati bahawa— (a) tidak ada keterangan yang mencukupi mengenai sama ada lambakan atau kemudaratan untuk mewajarkan pemulaan suatu penyiasatan duti anti-lambakan, seperti tetapi tidak terhad kepada hal apabila margin lambakan adalah de minimis atau apabila jumlah pengimportan dagangan subjek, yang sebenar atau mungkin, atau kemudaratan, adalah sedikit sahaja; atau (b) suatu penyiasatan tidaklah demi kepentingan awam.

(6)

Jika Kerajaan menolak suatu petisyen di bawah subseksyen (5), Kerajaan hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, memberitahu pempetisyen secara bertulis mengenai penentuannya untuk tidak memulakan suatu penyiasatan.

(7)

Walau apa pun subseksyen (1) Kerajaan boleh, dalam hal keadaan khas, memulakan suatu penyiasatan duti anti-lambakan atas kehendaknya sendiri tanpa menerima petisyen bertulis oleh atau bagi pihak industri dalam negeri bagi pemulaan penyiasatan sedemikian jika Kerajaan mempunyai keterangan yang mencukupi mengenai setiap perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (2).

(8)

Jika Kerajaan memutuskan untuk memulakan suatu penyiasatan di bawah subseksyen (1) atau subseksyen (7), Kerajaan hendaklah memberitahu pihak berkepentingan yang berkenaan dan menyiarkan notis pemulaan penyiasatan.

(9)

Keterangan mengenai lambakan dan kemudaratan kedua-duanya hendaklah dipertimbangkan serentak dalam keputusan sama ada untuk memulakan suatu penyiasatan dan selepas itu sepanjang perjalanan penyiasatan itu, bermula pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada tarikh terawal langkah sementara boleh dikenakan.

(10)

Kerajaan tidak boleh menzahirkan apa-apa petisyen yang dibuat di bawah seksyen ini melainkan jika Kerajaan telah membuat keputusan untuk memulakan suatu penyiasatan.

Pindaan kepada petisyen

21. Suatu petisyen yang meminta suatu penyiasatan duti anti-lambakan dimulakan boleh dipinda tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Kerajaan.

Jangka masa penyiasatan

22. Kerajaan hendaklah mengakhiri sesuatu penyiasatan duti anti-lambakan dalam tempoh yang ditetapkan.

Kemudaratan dan hubungan bersebab A . (1) Penentuan kemudaratan bagi maksud suatu penyiasatan duti anti-lambakan di bawah Akta ini hendaklah berasaskan keterangan yang berkenaan dan hendaklah melibatkan pemeriksaan secara objektif kedua-dua jumlah pengimportan dagangan subjek dan kesan dagangan subjek pada harga dalam pasaran dalam negeri bagi keluaran serupa dan kesan berbangkit pengimportan ini pada pengeluar dalam negeri keluaran sedemikian.

(2)

Bagi maksud Akta ini, hendaklah ditunjukkan bahawa dagangan subjek, menerusi kesan lambakan, menyebabkan kemudaratan.

(3)

Penunjukan hubungan bersebab antara dagangan subjek dengan kemudaratan kepada industri dalam negeri hendaklah berasaskan pemeriksaan segala keterangan yang berkenaan yang ada pada Kerajaan.

(4)

Kerajaan hendaklah juga memeriksa apa-apa faktor yang diketahui selain dagangan subjek yang pada masa yang sama sedang memudaratkan industri dalam negeri dan kemudaratan yang disebabkan oleh faktor-faktor lain ini tidaklah boleh dianggap disebabkan oleh dagangan subjek.

(5)

Penentuan mengenai ancaman kemudaratan material hendaklah berasaskan pada fakta dan bukan semata-mata pada pengataan, terkaan atau kemungkinan yang tipis.

(6)

Dalam membuat penentuan berkenaan dengan kewujudan ancaman kemudaratan material, Kerajaan hendaklah menimbangkan apa-apa faktor yang ditetapkan.

(7)

Dalam hal apabila kemudaratan diancam oleh dagangan subjek, pengenaan langkah anti-lambakan hendaklah dipertimbangkan dan diputuskan dengan perhatian khas.

Penentuan awal mengenai lambakan dan kemudaratan

23.

(1)

Kerajaan hendaklah, dalam tempoh yang ditetapkan, membuat penentuan awal tentang— (a) sama ada suatu margin lambakan wujud berkenaan dengan dagangan subjek dan margin lambakan itu; dan (b) sama ada kemudaratan didapati wujud mengikut mana-mana satu daripada cara-cara yang berikut: (i) dagangan subjek, menerusi kesan lambakan, sedang menyebabkan kemudaratan material kepada industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa; (ii) dagangan subjek, menerusi kesan lambakan, sedang mengancam untuk menyebabkan kemudaratan material kepada industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa; atau (iii) dagangan subjek, menerusi kesan lambakan, sedang menyebabkan kerencatan material penubuhan industri sedemikian di Malaysia.

(2)

Jika Kerajaan membuat penentuan awal negatif mengenai

subseksyen (1)

, ía hendaklah menyiarkan suatu notis yang menyatakan sebab bagi penentuan negatif itu dan— (a) meneruskan penyiasatan itu; atau (b) menamatkan penyiasatan itu jika difikirkan patut oleh Kerajaan.

(3)

Jika Kerajaan membuat penentuan awal afirmatif mengenai subseksyen (1), ia hendaklah meneruskan penyiasatan dan menyiarkan suatu notis mengenai— (a) penentuan awal afirmatif itu, dengan menyatakan sebab bagi penentuannya berkenaan dengan perenggan (1)(a) dan (b); dan (b) langkah sementara yang terpakai.

Langkah sementara

24.

(1)

Kerajaan hendaklah menggunakan langkah sementara mengenai dagangan subjek yang diimport ke dalam Malaysia pada atau selepas penyiaran notis penentuan awal afirmatif jika Kerajaan menentukan bahawa langkah sedemikian diperlukan untuk mencegah berlakunya kemudaratan yang disebut dalam perenggan 23(1)(h) dalam tempoh penyiasatan.

(2)

Langkah sementara hendaklah dalam bentuk duti anti-lambakan sementara yang dijamin dengan cagaran yang sama dengan anggaran amaun margin lambakan yang ditentukan di bawah subseksyen 23(1).

(3)

Langkah sementara yang dikenakan di bawah seksyen ini tidak boleh melebihi tempoh yang ditetapkan.

Penentuan muktamad mengenai lambakan dan kemudaratan

25.

(1)

Kerajaan hendaklah, dalam tempoh yang ditetapkan, membuat penentuan muktamad tentang— (a) sama ada margin lambakan wujud berkenaan dengan dagangan subjek dan margin lambakan itu; dan (b) sama ada kemudaratan didapati wujud mengikut mana-mana satu daripada cara-cara yang berikut: (i) dagangan subjek, menerusi kesan lambakan, sedang menyebabkan kemudaratan material kepada industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa; (ii) dagangan subjek, menerusi kesan lambakan, sedang mengancam untuk menyebabkan kemudaratan material kepada industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa; atau (iii) dagangan subjek, menerusi kesan lambakan, sedang menyebabkan kerencatan material penubuhan industri sedemikian di Malaysia.

(2)

Kerajaan hendaklah, sebelum membuat penentuan muktamad, memberitahu semua pihak berkepentingan mengenai fakta penting yang sedang dipertimbangkan yang menjadi asas bagi keputusan sama ada untuk mengenakan langkah muktamad. (2 A ) Penzahiran di bawah subseksyen (2) hendaklah dibuat dalam masa yang mencukupi untuk semua pihak berkepentingan membela kepentingannya.

(3)

Jika Kerajaan membuat penentuan muktamad negatif mengenai subseksyen (1), ia hendaklah— (a) menamatkan penyiasatan itu; (b) menamatkan langkah sementara yang terpakai di bawah seksyen 24, dan melepaskan cagaran yang dikehendaki oleh langkah sedemikian; dan (c) menyiarkan suatu notis mengenai penentuan muktamad negatif itu, dengan menyatakan sebab bagi penentuan negatifnya.

(4)

Jika Kerajaan membuat penentuan muktamad afirmatif mengenai subseksyen (1), ia hendaklah— (a) menyiarkan suatu notis penentuan muktamad afirmatif yang menyatakan sebab bagi penentuan afirmatifnya, duti anti-lambakan yang terpakai dan dagangan subjek yang baginya duti anti-lambakan itu terpakai; (b) mengenakan duti anti-lambakan dalam amaun yang ditentukan mengikut subseksyen 15(2) ke atas dagangan subjek yang diimport ke dalam Malaysia pada atau selepas tarikh penyiaran penentuan muktamad itu; dan (c) mengenakan duti anti-lambakan mengikut subseksyen (5) dan (6) ke atas import ke dalam Malaysia yang baginya langkah sementara terpakai. (4 A ) Jika penentuan muktamad afirmatif telah dibuat, Kerajaan boleh mengambil kira kepentingan awam dalam menentukan sama ada hendak mengenakan duti anti-lambakan dan amaun duti itu.

(5)

Kerajaan hendaklah mengenakan duti anti-lambakan ke atas dagangan subjek yang terhadapnya langkah sementara terpakai jika— (a) Kerajaan membuat suatu penentuan kemudaratan material di bawah subperenggan (1)(b)(i); atau (b) Kerajaan membuat suatu penentuan ancaman kemudaratan material di bawah subperenggan (1)(b)(ii), ia mendapati bahawa, dalam ketiadaan langkah sementara itu, dagangan subjek itu akan menyebabkan suatu dapatan kemudaratan material di bawah subperenggan (1)(b)(i). (5 A ) Walau apa pun subseksyen (5), jika penentuan ancaman kemudaratan atau kerencatan material dibuat tetapi tiada kemudaratan telah berlaku, duti anti-lambakan muktamad boleh dikenakan hanya dari tarikh penentuan kewujudan ancaman kemudaratan atau kerencatan material, dan apa-apa cagaran yang dikemukakan sepanjang tempoh pengenaan langkah sementara hendaklah dilepaskan dengan serta-merta.

(6)

Berkenaan dengan pengenaan duti anti-lambakan di bawah subperenggan (5)— (a) jika duti anti-lambakan itu lebih tinggi daripada amaun yang dijamin oleh cagaran yang dikehendaki di bawah langkah sementara, hanya amaun yang sama dengan cagaran itu hendaklah dikenakan; dan (b) jika duti anti-lambakan itu kurang daripada amaun yang dijamin oleh cagaran yang dikehendaki di bawah langkah sementara, amaun penuh duti anti-lambakan itu hendaklah dikenakan dan amaun lebihan cagaran itu hendaklah dibayar ganti atau dilepaskan.

(7)

Walau apa pun subseksyen (4) dan (5), Kerajaan boleh mengenakan duti anti-lambakan ke atas dagangan subjek yang diimport ke dalam Malaysia dalam tempoh sembilan puluh hari sebelum pemakaian langkah sementara jika— (a) Kerajaan mendapati kemudaratan yang sukar dibaiki; (b) kemudaratan itu sedang disebabkan oleh pengimportan besar-besaran dagangan subjek dalam tempoh masa yang singkat; dan (c) terdapatnya sejarah lambakan yang menyebabkan kemudaratan, atau pengimport sedar atau sepatutnya sedar bahawa pengeksport mengamalkan lambakan dan lambakan sedemikian akan menyebabkan kemudaratan. (7 A ) Tiada duti anti-lambakan boleh dikenakan secara retroaktif di bawah subseksyen (7) ke atas dagangan yang masuk untuk penggunaan sebelum tarikh pemulaan penyiasatan.

(8)

Apabila duti anti-lambakan dikenakan ke atas dagangan subjek, duti anti-lambakan sedemikian hendaklah dikenakan mengikut amaun yang sesuai atas dalam setiap hal atas asas tidak berdiskriminasi ke atas kesemua pengimportan dagangan sedemikian ke dalam Malaysia dari Negara yang didapati melambakkan dagangan subjek yang menyebabkan kemudaratan itu.

(9)

Langkah sementara dan duti anti-lambakan muktamad hendaklah hanya dikenakan ke atas dagangan subjek yang masuk untuk penggunaan selepas masa keputusan di bawah subseksyen 24(1) atau 25(4), mengikut mana-mana yang berkenaan, mula berkuat kuasa.

Penamatan penyiasatan

26.

(1)

Walau apa pun mana-mana peruntukan lain Akta ini, sesuatu penyiasatan boleh ditamatkan pada bila-bila masa jika— (a) pempetisyen menarik balik petisyen; (b) terdapatnya perubahan hal keadaan; (c) Kerajaan berpuas hati bahawa tidak ada keterangan yang mencukupi mengenai lambakan atau kemudaratan untuk mewajarkan penerusan penyiasatan itu; (d) margin lambakan adalah de minimis atau jumlah pengimportan dagangan subjek, yang sebenar atau mungkin, atau kemudaratan, adalah sedikit sahaja; atau (e) Kerajaan menentukan bahawa penamatan penyiasatan itu adalah demi kepentingan awam.

(2)

Jika suatu penamatan menurut subseksyen (1) berlaku sebelum penentuan awal, Kerajaan hendaklah menyiarkan notis mengenai penamatan sedemikian dengan menyatakan sebab bagi penamatan itu.

(3)

Jika suatu penamatan menurut subseksyen (1) berlaku selepas penentuan awal, Kerajaan hendaklah— (a) menamatkan apa-apa langkah sementara yang disebut dalam seksyen 24 dan melepaskan cagaran yang dikehendaki oleh langkah sedemikian; dan (b) menyiarkan suatu notis mengenai penamatan itu dengan menyatakan sebab bagi penamatan itu.

Penggantungan penyiasatan

27.

(1)

Sesuatu penyiasatan boleh digantung pada bila-bila masa jika aku janji harga disetuju terima oleh Kerajaan.

(2)

Sebelum menyetuju terima aku janji harga, Kerajaan hendaklah menentukan bahawa— (a) aku janji harga itu— (i) akan menghapuskan margin lambakan atau kesan kemudaratan yang disebabkan oleh dagangan subjek; dan (ii) boleh diawasi dengan berkesan; atau (b) aku janji harga itu adalah demi kepentingan awam.

(3)

Aku janji harga tidak boleh diminta atau disetujui terima daripada pengeksport melainkan jika Kerajaan telah membuat penentuan awal afirmatif mengenai lambakan dan kemudaratan yang disebabkan oleh lambakan sedemikian.

(4)

Jika aku janji harga disetuju terima oleh Kerajaan selepas penentuan awal, Kerajaan hendaklah— (a) menggantung penyiasatan itu; (b) menggantung apa-apa langkah sementara yang terpakai di bawah seksyen 24 dan melepaskan semua atau sebahagian daripada cagaran yang dikehendaki oleh langkah sedemikian sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Kerajaan; dan (c) menyiarkan suatu notis yang menyatakan sebab bagi penggantungan penyiasatan itu dan tindakan di bawah perenggan (b).

(5)

Walaupun aku janji harga itu disetuju terima, penyiasatan hendaklah diselesaikan di atas permintaan bertulis pengeksport atau jika Kerajaan memutuskan demikian.

(6)

Jika Kerajaan menyelesaikan penyiasatan menurut subseksyen (5), dan membuat suatu penentuan afirmatif, aku janji harga itu hendaklah terus berkuat kuasa konsisten dengan peruntukan Akta ini.

(7)

Jika Kerajaan menyelesaikan penyiasatan menurut subseksyen (5), dan membuat suatu penentuan negatif, aku janji harga itu hendaklah luput, kecuali jika penentuan negatif itu secara besarnya disebabkan oleh kewujudan aku janji harga itu.

(8)

Jika penentuan negatif yang disebut dalam subseksyen (7) adalah secara besarnya disebabkan oleh kewujudan aku janji harga itu, aku janji harga itu boleh dikekalkan selama tempoh yang munasabah konsisten dengan peruntukan Akta ini. (8 A ) Kerajaan boleh mencadangkan supaya aku janji harga diberikan oleh pengeksport, tetapi tiada pengeksport boleh dikehendaki membuat aku janji sedemikian. (8 B ) Hakikat bahawa pengeksport tidak menawarkan aku janji harga, atau tidak menyetujui terima jemputan untuk berbuat demikian, tidak boleh dengan apa-apa cara menjejaskan pertimbangan hal itu. (8 C ) Walau apa pun subseksyen (8 A ) dan (8 B ), Kerajaan hendaklah bebas untuk menentukan bahawa ancaman kemudaratan lebih berkemungkinan berlaku jika pengimportan dagangan subjek berterusan. (8 D ) Kerajaan boleh menghendaki mana-mana pengeksport yang daripadanya aku janji harga te1ah disetujui terima supaya memberikan, secara berkala, maklumat yang berkenaan dengan pemenuhan aku janji itu dan membenarkan penentusahan maklumat yang berkaitan. (8 E ) Ketidakpatuhan subseksyen (8 D ) hendaklah ditafsirkan sebagai pelanggaran aku janji harga.

(9)

Kerajaan boleh memulakan semula suatu penyiasatan tergantung pada bi1a-bila masa jika ia menentukan bahawa aku janji harga yang disetuju terima di bawah subseksyen (1) tidak lagi menepati kehendak subseksyen (2) atau terdapat pencabulan material akan aku janji harga itu.

(10)

Jika Kerajaan memulakan semula suatu penyiasatan menurut subseksyen (9), ia hendaklah mengambil tindakan yang cepat untuk— (a) (Dipotong oleh Akta A1046); (b) menggunakan langkah sementara bertepatan dengan seksyen 24, jika patut; dan (c) membuat penentuan muktamad menurut seksyen 25.

(11)

Kerajaan boleh menggunakan fakta yang ada berkenaan dengan apa-apa penentuan di bawah subseksyen (10) jika pencabulan material akan aku janji harga berlaku.

(12)

Dalam halyang disebut dalam subseksyen (9), Kerajaan boleh mengenakan duti anti-lambakan bertepatan dengan seksyen 25 ke atas dagangan subjek yang diimport ke dalam Malaysia dalam tempoh sembilan puluh hari sebelum pemakaian langkah sementara di bawah subseksyen (10): Dengan syarat bahawa taksiran retroaktif sedemikian tidak terpakai bagi dagangan subjek yang diimport sebelum pencabulan itu.

Jangka masa duti A . Duti anti-lambakan yang dikenakan di bawah Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa hanya selama dan setakat yang perlu untuk mengatasi lambakan yang menyebabkan kemudaratan. Kajian semula pentadbiran

28.

(1)

Apabila sesuatu pihak berkepentingan memberi maklumat kepada Kerajaan, atau Kerajaan selainnya mendapat maklumat, bahawa— (a) margin lambakan telah berubah secara substansial; (b) (Dipotong oleh Akta A1046); (c) pengenaan duti anti-lambakan tidak lagi perlu; (d) aku janji tidak lagi perlu atau patut diubah; (e) duti anti-lambakan atau aku janji yang dikehendaki ditamatkan menurut subseksyen (6) patut dikekalkan; atau (f) kajian semula pentadbiran adalah demi kepentingan awam, Kerajaan boleh menjalankan suatu kajian semula pentadbiran: Dengan syarat bahawa tiada kajian semula pentadbiran boleh dijalankan melainkan jika tempoh yang ditetapkan telah luput.

(2)

Jika Kerajaan memutuskan untuk menjalankan suatu kajian semula pentadbiran di bawah subseksyen (1), Kerajaan hendaklah— (a) menyiarkan suatu notis mengenai permulaan kajian semula pentadbiran; dan (b) menjalankan kajian semula itu, dengan memberi pihak berkepentingan yang berkenaan peluang untuk memberi komen.

(3)

Apa-apa kajian semula pentadbiran yang dijalankan menurut subseksyen (2) hendaklah diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

(4)

Apabila kajian semula pentadbiran itu selesai, Kerajaan hendaklah menyiarkan suatu penentuan kajian semula pentadbiran muktamad dengan menyatakan sebab bagi penentuannya itu.

(5)

Apa-apa penentuan yang dibuat menurut subseksyen (4) hendaklah terpakai bagi dagangan subjek yang diimport pada atau selepas tarikh penyiaran penentuan kajian semula pentadbiran itu.

(6)

Tiada duti anti-lambakan boleh dipungut atas pengimportan yang dibuat selepas lima tahun dari tarikh pengenaannya, atau lima tahun dari tarikh penamatan kajian semula pentadbiran yang terkini di bawah subseksyen (1) yang meliputi lambakan dan kemudaratan kedua-duanya, dan aku janji hendaklah luput secara automatik berkenaan dengan pengimportan yang dibuat selepas lima tahun dari tarikh penyiaran notis penggantungan penyiasatan, melainkan jika Kerajaan menentukan, dalam suatu kajian semula pentadbiran yang dimulakan sebelum tarikh itu atas daya usaha sendiri Kerajaan atau apabila suatu permintaan yang disokong dengan sewajarnya dibuat oleh atau bagi pihak industri dalam negeri dalam tempoh masa yang munasabah sebelum tarikh itu, bahawa penamatan duti atau aku janji itu berkemungkinan menyebabkan lambakan dan kemudaratan itu berterusan atau berulang.

(7)

Duti anti-lambakan yang dikenakan dengan sewajarnya di bawah Akta ini boleh terus berkuat kuasa sementara menunggu hasil kajian semula pentadbiran di bawah seksyen ini.

(8)

Sesuatu pihak berkepentingan yang mengemukakan maklumat yang berkenaan yang menyokong keperluan bagi kajian semula pentadbiran berhak untuk meminta kajian semula pentadbiran oleh Kerajaan untuk menentukan satu atau lebih daripada satu daripada yang berikut: (a) sama ada pengenaan berterusan duti anti-lambakan perlu untuk mengimbangi lambakan; (b) sama ada kemudaratan berkemungkinan akan terus berulang jika duti itu dihapuskan atau diubah: Dengan syarat bahawa tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (6) telah luput sejak pengenaan duti anti-lambakan muktamad itu.

Kajian semula pembayaran balik A . (1) Tanpa menjejaskan seksyen 28, seseorang pengimport boleh meminta pembayaran balik duti anti-lambakan yang telah dibayar jika pengimport itu dapat menunjukkan bahawa lambakan yang berasaskannya duti anti-lambakan telah dikenakan telah sama ada dihapuskan atau dikurangkan ke suatu tahap yang lebih rendah daripada tahap duti anti-lambakan yang sedang berkuat kuasa.

(2)

Sesuatu permintaan bagi kajian semula pembayaran balik hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Kerajaan dan hendaklah mengandungi — (a) senarai segala kemasukan dagangan subjek ke dalam Malaysia yang baginya kajian semula pembayaran balik itu diminta; dan (b) segala keterangan yang berkenaan untuk menunjukkan bahawa pengimport itu berhak mendapat pembayaran balik bagi setiap kemasukan itu.

(3)

Jika, apabila kajian semula pembayaran balik di bawah seksyen ini selesai, Kerajaan menentukan bahawa — (a) pembayaran balik duti anti-lambakan, secara keseluruhannya atau sebahagiannya, adalah patut; (b) tiada duti anti-lambakan sepatutnya telah dikenakan; atau (c) duti anti-lambakan yang dikenakan lebih tinggi daripada duti anti-lambakan yang sepatutnya dikenakan dalam hal keadaan itu, Kerajaan hendaklah membayar balik apa-apa amaun duti anti-lambakan yang dipungut yang didapatinya patut.

(4)

Pembayaran balik di bawah subseksyen (3) hendaklah, setakat yang dapat dilaksanakan, dibuat dalam masa sembilan puluh hari dari tarikh penentuan kajian semula pembayaran balik itu.

(5)

Sesuatu dapatan dalam kajian semula pembayaran balik itu bahawa tiada duti anti-lambakan sepatutnya telah dikenakan tidaklah sendiri menghendaki Kerajaan supaya menamatkan duti anti-lambakan muktamad itu.

Kajian semula dipercepat B . (1) Seseorang pengeksport atau pengeluar yang pengeksportan dagangan subjeknya tertakluk kepada duti anti-lambakan muktamad tetapi yang tidak mengeksportkan dagangan subjek ke Malaysia sepanjang tempoh penyiasatan berhak mendapat kajian semula dipercepat supaya Kerajaan boleh dengan serta-merta mewujudkan kadar duti anti-lambakan individu bagi pengeksport atau pengeluar itu, dengan syarat bahawa pengeksport atau pengeluar itu dapat menunjukkan bahawa pengeksport atau pengeluar itu tidak ada kaitan dengan mana-mana pengeksport atau pengeluar di negara pengeksport yang tertakluk kepada duti anti-lambakan atas dagangan subjek.

(2)

Tiada duti anti-lambakan boleh dikenakan ke atas pengimportan daripada pengeksport atau pengeluar yang disebut dalam subseksyen (1) semasa kajian semula sedang dijalankan.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), Kerajaan boleh menahan sesuatu penaksiran atau meminta jaminan untuk memastikan bahawa, sekiranya kajian semula di bawah subseksyen (1) berkeputusan dengan penentuan bahawa terdapat lambakan dan kemudaratan yang disebabkan olehnya berkenaan dengan pengeksportan dagangan subjek ke dalam Malaysia oleh pengeksport atau pengeluar yang disebut dalam subseksyen (1), duti anti-lambakan boleh dikenakan secara retroaktif ke tarikh pemulaan kajian semula itu.

Tindakan anti-lambakan bagi pihak negara ketiga

29.

(1)

Kerajaan boleh memulakan penyiasatan duti anti-lambakan bagi pihak negara ketiga apabila permintaan bertulis bagi tindakan anti-lambakan diterima daripada kerajaan negara ketiga.

(2)

Permintaan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah disokong dengan maklumat harga untuk menunjukkan bahawa pengimportan itu dilambakkan dan dengan maklumat terperinci untuk menunjukkan bahawa lambakan yang dikatakan itu sedang menyebabkan kemudaratan kepada industri dalam negeri yang berkenaan di negara ketiga itu.

(3)

Kerajaan negara ketiga itu hendaklah memberikan segala bantuan kepada Kerajaan untuk memperoleh apa-apa maklumat lanjut yang perlu untuk penyiasatan itu.

(4)

Dalam menimbangkan sesuatu permintaan di bawah seksyen ini, Kerajaan hendaklah menimbangkan kesan lambakan yang dikatakan itu ke atas industri yang berkenaan secara keseluruhannya di negara ketiga itu.

(5)

Keputusan sama ada untuk menjalankan penyiasatan duti anti-lambakan bagi pihak negara ketiga hendaklah terletak pada Kerajaan semata-mata.

(6)

Jika Kerajaan memutuskan untuk memulakan penyiasatan duti anti-lambakan di bawah seksyen ini, Kerajaan hendaklah memperoleh kelulusan Majlis bagi Perdagangan Barang-Barang, Pertubuhan Perdagangan Sedunia sebelum memulakan penyiasatan.

Bahagian IV

PENTADBIRAN

Perkara pentadbiran

30.

(1)

Apa-apa petisyen yang dihendaki dikemukakan di bawah Bahagian II dan III hendaklah dikemukakan kepada Menteri.

(2)

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, apa-apa tindakan yang dihendaki dijalankan atau diambil di bawah Akta ini hendaklah dijalankan atau diambil oleh mana-mana orang atau pegawai yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Menteri.

(3)

Apa-apa dapatan mengenai sesuatu penyiasatan, sama ada bagi maksud penentuan awal atau muktamad, atau suatu kajian semula, di bawah Akta ini, hendaklah dikemukakan kepada Menteri.

(4)

Menteri hendaklah membuat syor kepada Menteri Kewangan yang hendaklah membuat penentuan atau keputusan.

(5)

Pungutan apa-apa duti timbal balas atau anti-lambakan yang dikenakan di bawah Akta ini hendaklah dijalankan oleh seorang pegawai kastam.

(6)

Jika apa-apa soalan berbangkit tentang sama ada apa-apa keluaran tertentu adalah atau tidak termasuk dalam apa-apa pemberitahuan yang diberi di bawah Akta ini, soalan itu hendaklah dirujuk kepada Menteri yang hendaklah memutuskan perkara itu.

Perlindungan pegawai dan orang yang bertindak di bawah arahan pegawai

31. Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap mana-mana orang atau pegawai yang diberi kuasa di bawah Akta ini bagi atau atas

sebab atau berkenaan dengan apa-apa tindakan yang diperintahkan atau dilakukan bagi maksud menguatkuasakan Akta ini, dan tiada guaman atau pendakwaan boleh dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap mana-mana orang bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa tindakan yang dilakukan atau berupa dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan mana-mana orang atau pegawai sedemikian jika tindakan itu dilakukan dengan suci hati dan dengan kepercayaan munasabah bahawa tindakan itu adalah perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai olehnya.

32. (Dipotong oleh Akta A1046).

Peraturan-peraturan berkenaan dengan kawasan yang dinyatakan

33. Menteri Kewangan boleh, berkenaan dengan kawasan tertentu yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini, membuat peruntukan khas untuk mengawal selia kawasan dinyatakan itu bagi maksud Akta ini.

Pemakaian Akta Kastam 1967

34.

(1)

Akta ini hendaklah ditafsirkan bersekali dengan Akta Kastam 1967.

(2)

Sekiranya berlaku apa-apa ketidakkonsistenan di antara peruntukan-peruntukan Akta Kastam 1967 dan peruntukan-peruntukan Akta ini, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai.

Kajian semula kehakiman A . (1) Sesuatu pihak berkepentingan yang tidak berpuas hati atau yang terkilan dengan keputusan Kerajaan berhubung dengan sesuatu penentuan muktamad atau sesuatu penentuan kajian semula pentadbiran muktamad

di bawah Akta ini berhak untuk merujukkan perkara itu kepada Mahkamah Tinggi bagi kajian semula kehakiman mengikut Aturan 53  Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 [P.U. (A) 50/1980].

(2)

Sesuatu permintaan bagi kajian semula kehakiman hendaklah difailkan dalam Mahkamah Tinggi dalam masa tiga puluh hari selepas penyiaran penentuan muktamad atau penentuan kajian semula pentadbiran muktamad yang berkenaan.

(3)

Sesuatu permintaan bagi kajian semula kehakiman tidak boleh difailkan dalam Mahkamah Tinggi melainkan jika penentuan muktamad atau penentuan kajian semula pentadbiran muktamad yang berkenaan telah disiarkan oleh Kerajaan mengikut Akta ini.

(4)

Walau apa pun Aturan 53 subkaedah 1(5) *Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980, sesuatu permintaan bagi kajian semula kehakiman dalam Mahkamah Tinggi tidak boleh menghalang Kerajaan memungut duti timbal balas atau duti anti-lambakan yang dikenakan di bawah mana-mana penentuan muktamad atau penentuan kajian semula pentadbiran muktamad.

Bahagian V

AM

Penaksiran secara terkumpul

35.

(1)

Jika pengimportan dagangan subjek dari lebih daripada satu negara adalah secara serentak tertakluk kepada penyiasatan duti timbal balas atau anti-lambakan, Kerajaan boleh menaksirkan kesan pengimportan itu secara terkumpul.

(2)

Subseksyen (1) hendaklah terpakai hanya jika Kerajaan menentukan — (a) bahawa amaun subsidi atau margin lambakan yang diwujudkan berhubungan dengan pengimportan dari setiap negara adalah lebih daripada de minimis;  CATATAN—Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 [P.U.(A) 50/1980] telah dimansuhkan oleh Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 2012 [P.U.(A) 205/2012]. (b) bahawa jumlah pengimportan dagangan subjek dari setiap negara tidaklah sedikit sahaja; dan (c) bahawa penaksiran secara terkumpul kesan pengimportan dagangan subjek adalah patut memandangkan keadaan persaingan antara dagangan subjek, dan keadaan persaingan antara dagangan subjek dengan keluaran dalam negeri serupa.

Pernyataan palsu

36. Apa-apa maklumat yang diberikan yang palsu atau tidak tepat secara material hendaklah ditolak tanpa menjejaskan apa-apa jua penalti yang boleh terpakai di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

Langkah anti-pemintasan

37. Kerajaan boleh mengambil tindakan untuk mencegah pemintasan pemakaian duti timbal balas dan anti-lambakan sebagaimana yang ditetapkan.

Notis mengenai maklumat dan peluang untuk mengemukakan keterangan

38.

(1)

Kerajaan hendaklah memberikan sesalinan notis mengenai maklumat yang dikehendakinya daripada Anggota-Anggota dan semua pihak berkepentingan yang keluarannya merupakan perkara penyiasatan di bawah Akta ini kepada Anggota-Anggota dan pihak berkepentingan itu dan hendaklah memberi Anggota-Anggota dan pihak berkepentingan itu peluang dalam tempoh yang ditetapkan untuk mengemukakan secara bertulis segala keterangan yang pada pertimbangannya berkenaan mengenai penyiasatan itu.

(2)

Sebaik sahaja penyiasatan dimulakan, Kerajaan hendaklah memberikan teks penuh petisyen bertulis yang diterima di bawah subseksyen 4(1) atau 20(1), mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada pengeksport yang diketahui dan Anggota pengeksport dan hendaklah menyediakannya, apabila diminta, untuk pihak berkepentingan lain yang terlibat, dengan memberikan perhatian wajar kepada perlindungan bagi maklumat sulit.

(3)

Tertakluk kepada kehendak supaya maklumat sulit dilindungi, keterangan yang dikemukakan secara bertulis oleh mana-mana Anggota berkepentingan atau pihak berkepentingan hendaklah disediakan dengan serta-merta untuk Anggota berkepentingan atau pihak berkepentingan lain yang terlibat dalam penyiasatan itu.

(4)

Kerajaan hendaklah, apabila dapat dilaksanakan, memberikan peluang yang tepat pada masanya untuk semua Anggota berkepentingan dan pihak berkepentingan melihat segala maklumat yang berkenaan dengan pengemukaan kesnya dengan syarat bahawa maklumat itu tidak sulit dan maklumat itu digunakan oleh Kerajaan dalam penyiasatan itu.

Maklumat sulit

39.

(1)

Apa-apa maklumat yang dari segi sifatnya adalah sulit, atau apa-apa maklumat yang diberikan atas asas kerahsiaan kepada Kerajaan, hendaklah atas sebab baik yang ditunjukkan, dikira sebagai sulit oleh Kerajaan.

(2)

Sifat sulit sesuatu dokumen tidak boleh digunakan sebagai sebab untuk enggan memberikannya kepada Kerajaan.

(3)

Kerajaan hendaklah bertanggungjawab bagi menjamin kerahsiaan dokumen sedemikian.

(4)

Maklumat sulit tidak boleh dedah tanpa kebenaran bertulis yang spesifik daripada pihak yang mengemukakan maklumat sulit itu.

(5)

Kerajaan hendaklah menghendaki pihak yang memberi maklumat sulit untuk memberikan ringkasan tidak sulit dengan cukup terperinci untuk membolehkan pemahaman munasabah akan isi maklumat sulit itu.

(6)

Sekiranya pihak sedemikian menunjukkan bahawa maklumat sedemikian tidak mudah diringkaskan, suatu pernyataan mengenai sebab mengapa peringkasan tidak dapat dibuat hendaklah diberikan.

(7)

Kerajaan boleh tidak mengendahkan maklumat yang dikemukakan jika— (a) Kerajaan mendapati bahawa suatu permintaan untuk kerahsiaan di bawah subseksyen (1) tidak wajar dan pembekal maklumat itu bagaimana pun masih tidak rela untuk mendedahkan maklumat ini atau untuk membenarkan pendedahannya dalam bentuk am atau ringkasan melainkan jika dapat ditunjukkan daripada sumber yang sepatutnya sehingga Kerajaan berpuas hati bahawa maklumat itu betul. (b) ringkasan tidak sulit yang dikehendaki di bawah subseksyen (5) tidak cukup perinciannya; atau (c) alasan yang diberikan untuk tidak memberikan ringkasan tidak sulit di bawah subseksyen (6) tidak disifatkan mencukupi dan pihak yang membekalkan maklumat itu bagaimana pun masih enggan memberi ringkasan tidak sulit.

Penentusahan maklumat

40. Kerajaan boleh memutuskan untuk menentusahkan ketepatan mana-mana maklumat yang dikemukakan semasa penyiasatan atau kajian semula pentadbiran mengikut cara yang ditetapkan.

Penggunaan fakta yang ada

41. Jika mana-mana pihak berkepentingan enggan memberi akses kepada, atau selainnya tidak memberikan, maklumat perlu dalam

tempoh munasabah atau dengan ketaranya menghalang penyiasatan atau kajian semula, termasuk enggan membenarkan penentusahan maklumatnya, penentuan awal dan muktamad dalam penyiasatan atau kajian semula di bawah Akta ini boleh dibuat atas asas fakta yang ada, termasuk fakta yang terkandung dalam petisyen yang diterima di bawah subseksyen 4(1) atau 20(1), mengikut mana-mana yang berkenaan.

Amalan lain yang ditemui semasa penyiasatan

42. Jika dalam perjalanan sesuatu penyiasatan Kerajaan menemui amalan yang ternyata sebagai subsidi atau lambakan, tetapi tidak dimasukkan dalam perkara yang dikatakan dalam petisyen, maka Kerajaan boleh, jika masa mencukupi, menyiasat amalan itu.

Penjalanan penyiasatan jika tiada obligasi antarabangsa terpakai

43.

(1)

Jika tiada obligasi antarabangsa yang terpakai mengenai duti timbal balas dan anti-lambakan wujud di antara Malaysia dengan kerajaan asing berkepentingan— (a) duti timbal balas dan anti-lambakan boleh dikenakan tanpa mengira penyiasatan yang disebut dalam seksyen 4 dan 20; dan (b) Kerajaan adalah berhak untuk menggunakan apa-apa takrif, perkaedahan dan prosedur pentadbiran dan undang-undang yang difikirkannya sesuai mengenai penyiasatan itu.

(2)

Apabila menggunakan subseksyen (1), pertimbangan hendaklah diberi kepada undang-undang dan peraturan-peraturan kerajaan asing berkepentingan dan pemakaian undang-undang dan peraturan-peraturan itu kepada eksport Malaysia.

Pemindahan kapal

44. Dalam hal di mana dagangan tidak diimport ke dalam Malaysia

secara langsung dari negara asal, tetapi dieksport ke Malaysia dari suatu negara perantaraan, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai sepenuhnya dan transaksi itu, bagi maksud Akta ini, hendaklah dikira sebagai telah dibuat di antara negara asal dengan Malaysia.

Penyiaran notis

45. Semua notis yang dikehendaki disiarkan di bawah Akta ini hendaklah disiarkan dalam Warta, melainkan jika dinyatakan selainnya.

Pengiraan dua kali tidak dibenarkan

46. Tiada dagangan boleh tertakluk kepada kedua-dua duti timbal balas dan anti-lambakan untuk mengimbangi keadaan yang sama bagi lambakan atau pensubsidian.

Pelepasan kastam tidak boleh dihalang

47. Apa-apa penyiasatan yang dijalankan di bawah Akta ini tidak boleh menghalang prosedur untuk pelepasan kastam.

Pekhidmat awam

48. Mana-mana orang yang bertindak untuk dan bagi pihak atau di bawah arahan Kerajaan di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Kewajipan kerahsiaan

49.

(1)

Tiada seorang pun yang mempunyai akses kepada apa-apa pernyataan, akaun, rekod, persuratan, dokumen, maklumat atau apa-apa bahan lain yang didapati menurut peruntukan Akta ini boleh mendedahkan pernyataan, akaun, rekod, persuratan, dokumen, maklumat atau bahan lain itu kepada mana-mana orang lain melainkan jika— (a) pendedahan itu dibenarkan oleh Menteri; atau (b) pendedahan itu dibuat bagi maksud Akta ini.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

50.

(1)

Menteri boleh membuat apa-apa peraturan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi memberi kesan penuh kepada peruntukan Akta ini, bagi menjalankan maksud Akta ini atau mana-mana peruntukannya, atau bagi pelaksanaan peruntukan Akta ini dengan lebih lanjut, baik dan mudah.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat— (a) untuk menetapkan tempoh masa bagi apa-apa tindakan diambil di bawah Akta ini; (b) untuk memperuntukkan bagi perlanjutan masa bagi apa-apa tindakan diambil dan hal-hal keadaan apabila perlanjutan boleh diberikan; (c) untuk memperuntukkan bagi bentuk dan kandungan notis yang dikehendaki bagi maksud Akta ini dan prosedur yang berhubungan dengan pemberian notis itu; (d) untuk memperuntukkan bagi langkah anti-pemintasan; (e) untuk memperuntukkan bagi prosedur penyiasatan, kajian semula dan rayuan; (f) untuk memperuntukkan bagi apa-apa fi yang dikehendaki dikenakan berkenaan dengan apa-apa perkara atau benda yang dikehendaki bagi maksud Akta ini; (g) untuk memperuntukkan bentuk aku janji yang boleh disetuju terima oleh Kerajaan dan prosedur yang berhubungan dengannya; dan (h) untuk memperuntukkan bagi semua perkara yang dikehendaki ditetapkan atau yang perlu atau suai manfaat untuk menguatkuasakan Akta ini.

(3)

Peraturan di bawah seksyen ini— (a) boleh memperuntukkan bahawa mana-mana perbuatan atau peninggalan yang berlanggaran dengan mana-mana peruntukannya menjadi suatu kesalahan; dan (b) boleh memperuntukkan bagi pengenaan penalti yang tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit bagi kesalahan sedemikian.

Pemansuhan Akta Kastam (Lambakan dan Subsidi) 1959

51. Akta Kastam (Lambakan dan Subsidi) 1959 [Akta 361] adalah dengan ini dimansuhkan.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 504 AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993

SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk Ringkas Berkuat kuasa dari Akta A1046 Akta Duti Timbal Balas Dan Anti-Lambakan (Pindaan) 1993

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 504 AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A1046

Bahagian 1

A Akta A1046 Akta A1046 Akta A1046 Akta A1046 A Akta A1046 Akta A1046 Akta A1046 Akta A1046 Akta A1046 A Akta A1046 Akta A1046 A Akta A1046 B Akta A1046 Akta A1046 Akta A1046 Akta A1046 Akta A1046 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A1046 Akta A1046 A Akta A1046 Akta A1046 Akta A1046 Akta A1046 Akta A1046 A Akta A1046 Akta A1046 A Akta A1046 Akta A1046 Akta A1046 Akta A1046 A Akta A1046 Akta A1046 Akta A1046 Akta A1046 Akta A1046 Akta A1046 Akta A1046 Akta A1046