UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI DALAM TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 550
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. BAHAWASANYA mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa: DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat: DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik: DAN BAHAWASANYA adalah menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia: DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti yang berikut: “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”: DAN BAHAWASANYA dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama; pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan yang akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip Rukun Negara: DAN BAHAWASANYA adalah dianggap sesuatu yang perlu, selagi ia selaras dengan dasar itu, dengan menyediakan pengajaran yang cekap dan selagi ia tidak melibatkan perbelanjaan awam yang tidak munasabah, untuk mengambil kira akan prinsip am bahawa murid harus dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing: MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
SUSUNAN SEKSYEN Bahagian I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran Bahagian II PENTADBIRAN 3. Pelantikan dan kewajipan Ketua Pengarah Pendidikan 4. Pengarah Pendidikan Negeri dan Pegawai Pendidikan lain 5. Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru 6. Ketua Nazir Sekolah dan Nazir Sekolah 7. Pengarah Peperiksaan 8. Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan am 9. Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan khas 9 A . Perubahan nama Bahagian III MAJLIS PENASIHAT PENDIDIKAN KEBANGSAAN Seksyen 10. Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan 11. Fungsi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan 12. Hak kehadiran 13. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan berhubung dengan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan 14. Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri Bahagian IV SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN Bab 1—Sistem Pendidikan Kebangsaan 15. Sistem Pendidikan Kebangsaan 16. Kategori institusi pendidikan 17. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama 18. Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua sekolah 19. Sekolah hendaklah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan Bab 2—Pendidikan Prasekolah 20. Larangan terhadap penubuhan, pengendalian atau pengurusan tadika 21. Kuasa Menteri untuk menubuhkan tadika 22. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika 23. Bahasa pengantar di tadika 24. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan berhubung dengan pendidikan prasekolah 25. Bab 2 tidak terpakai bagi taman asuhan kanak-kanak 26. Ketidakpakaian seksyen 18 dan 19 Bab 3—Pendidikan Rendah Seksyen 27. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan rendah 28. Penubuhan dan penyenggaraan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan 29. Tempoh pendidikan rendah 29 A . Pendidikan rendah wajib Bab 4—Pendidikan Menengah 30. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan menengah 31. Penubuhan dan penyenggaraan sekolah menengah 32. Kelas peralihan Bab 5—Pendidikan Lepas Menengah 33. Pendidikan lepas menengah Bab 5 A – Kolej Vokasional A . Penubuhan dan penyenggaraan kolej vokasional B . Kurikulum Standard Kolej Vokasional hendaklah digunakan oleh kolej vokasional C . Kerjasama dengan institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian lain 33 D . Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan berhubung dengan kolej vokasional Bab 6—Institusi Pendidikan Lain 34. Institusi pendidikan lain Bab 7—Pendidikan Teknik dan Politeknik 35. Pendidikan teknik di sekolah menengah kebangsaan dan institusi pendidikan lain 36. Politeknik boleh menawarkan kursus pengajian dan menganugerahkan kelayakan yang diluluskan oleh Menteri 37. Kerjasama dengan institusi lain dan organisasi perindustrian dalam pendidikan teknik dan vokasional Seksyen 38. Peruntukan tentang kursus pengajian berkenaan dengan ijazah yang diberikan oleh universiti, dsb. 39. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan berhubung dengan politeknik Bab 8—Pendidikan Khas 40. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas 41. Kuasa untuk menetapkan tempoh dan kurikulum pendidikan khas Bab 9—Pendidikan Guru 42. Sekatan terhadap penubuhan institut pendidikan guru 43. Pendaftaran institut pendidikan guru 44. Penganugerahan sijil atau kelayakan lain oleh institut pendidikan guru 45. Menteri boleh menubuhkan dan menyenggarakan institut pendidikan guru 46. Institut pendidikan guru hendaklah mengendalikan kursus pengajian yang diluluskan oleh Menteri 47. Peruntukan tentang kursus pengajian berkenaan dengan ijazah, dsb. yang diberikan oleh universiti, dsb. 48. Surat cara pengelolaan bagi institut pendidikan guru 49. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan berhubung dengan institut pendidikan guru Bab 10—Pengajaran Agama di Institusi Pendidikan 50. Pengajaran agama Islam 51. Pengajaran pengetahuan agama selain agama Islam 52. Bantuan kewangan kepada institusi pendidikan Islam yang tidak ditubuhkan atau disenggarakan oleh Menteri atau Kerajaan Negeri Bab 11—Pengurusan Institusi Pendidikan 53. Surat cara pengelolaan bagi institusi pendidikan 54. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan berhubung dengan surat cara pengelolaan 55. Institusi pendidikan hendaklah diuruskan mengikut surat cara pengelolaannya Seksyen 56. Kuasa Menteri untuk melantik pengelola tambahan 57. Pelantikan guru di bawah surat cara pengelolaan dan Akta 58. Kuasa Menteri berhubung dengan penjalanan fungsi, dsb. 59. Pembubaran lembaga pengelola institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan 60. Notis pembubaran hendaklah mengandungi arahan berbangkit 61. Menteri hendaklah melantik lembaga yang lain apabila lembaga dibubarkan 62. Pembubaran lembaga pengurus atau lembaga pengelola institusi pendidikan kerajaan 63. Tafsiran Bab 12—Penyediaan Kemudahan dan Perkhidmatan 64. Kuasa Menteri untuk memberikan bantuan 65. Pemeriksaan perubatan dan pergigian terhadap murid 66. Kemudahan penginapan Bahagian V PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN 67. Penilaian murid 68. Peperiksaan 69. Larangan tentang pengendalian peperiksaan Bahagian VI PENDIDIKAN TINGGI 70. Menteri bertanggungjawab ke atas pendidikan tinggi 71. Penubuhan institusi pendidikan tinggi, dsb. dilarang 72. Penalti Bahagian VII INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA 73. Kecualian yang berhubungan dengan institusi pendidikan swasta 74. Institusi pendidikan swasta hendaklah mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan dan menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan Seksyen 75. Mata pelajaran yang dikehendaki diajarkan di institusi pendidikan swasta yang menyediakan pendidikan lepas menengah 76. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan bagi mengawasi dan mengawal taraf pendidikan 77. Larangan tentang kursus pengajian dan latihan berkenaan dengan ijazah, dsb. yang diberikan oleh universiti, dsb. 78. Pemakaian peruntukan lain dalam Akta bagi institusi pendidikan swasta Bahagian VIII PENDAFTARAN INSTITUSI PENDIDIKAN Bab 1—Pendaftaran Institusi Pendidikan 79. Semua institusi pendidikan hendaklah didaftarkan 80. Daftar 81. Perakuan pendaftaran sementara 82. Pendaftaran 83. Perubahan berkenaan dengan premis institusi pendidikan 84. Keengganan untuk mendaftarkan institusi pendidikan 85. Notis tentang keengganan untuk mendaftarkan institusi pendidikan 86. Larangan tentang pengiklanan, dsb. Bab 2—Pembatalan Pendaftaran 87. Alasan bagi pembatalan pendaftaran institusi pendidikan Bab 3—Pendaftaran Pengelola dan Pekerja 88. Semua pengelola dan pekerja hendaklah didaftarkan 89. Pendaftaran pengelola dan pekerja 90. Alasan bagi keengganan untuk mendaftarkan pengelola atau pekerja 91. Notis tentang keengganan untuk mendaftarkan pengelola atau pekerja 92. Rayuan terhadap keengganan untuk mendaftarkan pengelola atau pekerja 93. Kuasa Ketua Pendaftar untuk mengeluarkan pengelola atau pekerja daripada daftar 94. Persaraan pengelola dan pekerja Seksyen 95. Orang yang dikeluarkan daripada daftar hendaklah diberitahu 96. Rayuan terhadap pengeluaran daripada daftar 97. Penyerahan balik perakuan pendaftaran Bab 4—Pendaftaran Murid 98. Pendaftaran murid Bab 5—Pemeriksaan Institusi Pendidikan oleh Ketua Pendaftar 99. Pemeriksaan hendaklah dibuat dari semasa ke semasa 100. Kuasa Ketua Pendaftar semasa memeriksa institusi pendidikan yang berdaftar 101. Pemeriksaan premis institusi pendidikan yang tidak berdaftar 102. Kuasa untuk menutup institusi pendidikan yang tidak berdaftar Bahagian IX PENDAFTARAN GURU Bab 1—Pendaftaran Guru 103. Larangan mengajar 104. Daftar guru 105. Permohonan untuk didaftarkan sebagai guru 106. Kuasa Ketua Pendaftar untuk enggan mendaftarkan seseorang sebagai guru 107. Notis tentang keengganan untuk mendaftarkan seseorang sebagai guru 108. Rayuan terhadap keengganan untuk mendaftarkan seseorang sebagai guru 109. Pendaftaran guru 110. Pembatalan pendaftaran selepas diberikan notis 111. Rayuan 112. Pengeluaran daripada daftar 113. Peruntukan peralihan tentang pendaftaran guru Bab 2—Permit Mengajar 114. Pengeluaran permit mengajar Bab 3—Pelbagai Seksyen 115. Penyerahan balik perakuan pendaftaran sebagai guru 116. Kewajipan guru untuk memberitahu tentang pertukaran institusi pendidikan Bahagian X JEMAAH NAZIR SEKOLAH Bab 1—Jemaah Nazir 117. Kewajipan Ketua Nazir 118. Kuasa Nazir Sekolah untuk memberikan nasihat 119. Sekatan ke atas perintah Nazir Sekolah 120. Laporan Nazir Sekolah Bab 2—Am 121. Kuasa am Nazir Sekolah 122. Ketua Nazir boleh memberi kuasa Pegawai Pendidikan untuk bertindak bagi pihaknya Bahagian XI KEWANGAN 123. Kecualian yang berhubungan dengan Menteri 124. Sumbangan bantuan dan sumbangan modal hendaklah tertakluk kepada syarat, dsb. yang ditetapkan 125. Kuasa Menteri untuk menggantung atau mengkansel pembayaran apa-apa sumbangan Bahagian XII RAYUAN 126. Menteri hendaklah memutuskan rayuan selepas penyiasatan 127. Kuasa Jawatankuasa Siasatan Seksyen 128. Peguam bela dan peguam cara tidak boleh hadir di hadapan Jawatankuasa Siasatan 129. Keterangan di hadapan Jawatankuasa Siasatan Bahagian XIII PERATURAN-PERATURAN 130. Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan 131. Peraturan-peraturan boleh menetapkan penalti kerana pelanggarannya Bahagian XIV KESALAHAN DAN PENALTI 132. Kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan pendaftaran institusi 133. Kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan pendaftaran guru 134. Kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan pendaftaran Nazir 135. Penalti am 136. Kuasa untuk menyiasat 137. Kuasa untuk masuk tanpa waran 138. Memulakan dan menjalankan pendakwaan 139. Kuasa untuk mengkompaun kesalahan Bahagian XV PELBAGAI 140. Pegawai disifatkan sebagai pekhidmat awam 141. Kehendak tentang premis 142. Pendaftaran murid di institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan 143. Kuasa untuk mengecualikan institusi pendidikan 144. Jawatankuasa Khas 145. Penyampaian notis, dsb. Seksyen Bahagian XVI PERALIHAN DAN PEMANSUHAN 146. Pertukaran nama institusi pendidikan tertentu 147. Sekolah menengah vokasional hendaklah menjadi sebahagian daripada sekolah menengah kebangsaan sehingga dimansuhkan 148. Bantuan kepada institusi pendidikan yang sedia ada 149. Kecualian berkenaan dengan sumbangan untuk pengajaran agama 150. Kecualian berkenaan dengan institusi pendidikan terkecuali tertentu, dsb. 151. Kecualian berkenaan dengan institusi pendidikan, pengelola, pengurus atau pekerja berdaftar 152. Penggulungan Lembaga Pusat 153. Penyenggaraan kumpulan wang caruman 154. Sebutan mengenai pengelola atau lembaga pengelola hendaklah termasuk pengurus dan lembaga pengurus 155. Pemansuhan 156. Kuasa Menteri Kewangan J ADUAL
PERMULAAN
menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.
“bahasa Cina” ertinya bentuk bahasa Cina yang biasanya dikenali sebagai Mandarin; “bahasa kebangsaan” ertinya bahasa Melayu sebagaimana yang ditentukan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan; “ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; “fi yang diluluskan” ertinya fi yang diluluskan oleh Menteri; “guru” ertinya seseorang yang— (a) mengajar murid di sesuatu institusi pendidikan; atau (b) menyediakan atau mengeluarkan bahan pelajaran atau memeriksa jawapan yang dikembalikan di, bagi atau melalui pusat pendidikan jarak jauh, dan termasuklah guru besar atau pengetua; “guru berdaftar” ertinya mana-mana guru yang didaftarkan di bawah Akta ini; “ibu bapa” termasuklah penjaga dan mana-mana orang yang mempunyai kawalan di sisi undang-undang atau kawalan sebenar ke atas seseorang murid; “institusi pendidikan” ertinya sekolah atau mana-mana tempat lain, yang dalam menjalankan kerja sesuatu organisasi atau institusi, orang lazimnya diajar, sama ada di dalam satu kelas atau lebih, dan termasuklah tadika dan pusat pendidikan jarak jauh tetapi tidak termasuk— (a) mana-mana tempat yang pengajarannya terbatas kepada pengajaran mana-mana agama semata-mata; atau (b) mana-mana tempat yang diisytiharkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta sebagai bukan institusi pendidikan bagi maksud Akta ini; “institusi pendidikan guru” ertinya institusi pendidikan yang menyediakan pendidikan guru yang membawa kepada penganugerahan sijil, diploma, ijazah perguruan atau yang setaraf dengannya, atau apa-apa kelayakan lain yang ditetapkan; “institusi pendidikan tinggi” ertinya institusi pendidikan yang menyediakan pendidikan tinggi yang membawa kepada penganugerahan diploma, ijazah atau yang setaraf dengannya; “kelas peralihan” ertinya kelas di sekolah menengah yang menyediakan ajaran selama satu tahun untuk murid dari sekolah rendah yang menggunakan bahasa selain bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar sebelum bermulanya pendidikan menengah rendah; “Ketua Nazir” ertinya Ketua Nazir Sekolah yang dilantik di bawah subseksyen 6(1); “Ketua Pendaftar” ertinya Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru yang dilantik di bawah subseksyen 5(1), dan termasuklah Timbalan Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru yang dilantik di bawah subseksyen 5(2); “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Pendidikan yang dilantik di bawah seksyen 3; “kolej vokasional” ertinya suatu institusi pendidikan yang ditubuhkan dan disenggarakan sepenuhnya oleh Menteri di bawah
A ; “Kurikulum Standard Kolej Vokasional” ertinya Kurikulum Standard Kolej Vokasional yang ditetapkan di bawah seksyen 33 B ; “Kurikulum Kebangsaan” ertinya kurikulum yang ditetapkan; “kurikulum prasekolah” ertinya Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 22; “murid” ertinya seseorang, tanpa mengira umurnya, yang kepadanya pendidikan atau latihan sedang diberikan di sesuatu institusi pendidikan; “Pegawai Pendidikan”, berhubung dengan sesuatu daerah atau kawasan, ertinya pegawai pendidikan yang dilantik di bawah perenggan 4(b); “pekerja” ertinya orang yang diambil kerja oleh suatu lembaga pengelola, selain pengelola, guru atau mana-mana orang lain yang dilantik atau dinamakan oleh Menteri di bawah subseksyen 58(2) atau 61(2), mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diambil kerja atau yang mengambil bahagian secara aktif dalam kerja yang berkaitan dengan perjalanan atau pentadbiran sesuatu institusi pendidikan; “Pendaftar” ertinya Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru yang dilantik di bawah subseksyen 5(3) dan termasuklah Ketua Pendaftar; “pendidikan khas” ertinya pendidikan yang disediakan kepada murid berkeperluan khas; “pendidikan lepas menengah” ertinya pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi; “pendidikan menengah” ertinya pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas; “pendidikan menengah atas” ertinya pendidikan yang sesuai dengan kebolehan dan bakat seseorang murid yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah; “pendidikan menengah rendah” ertinya kursus tiga tahun yang sesuai bagi seseorang murid yang sudah tamat mengikuti pendidikan rendah; “pendidikan pengembangan” ertinya pendidikan sepenuh masa atau separuh masa bagi orang yang tidak mengikuti kursus pengajian biasa di institusi pendidikan; “pendidikan prasekolah” ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun; “pendidikan rendah” ertinya kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun; “pendidikan tinggi” ertinya pendidikan yang disediakan oleh institusi pendidikan tinggi; “pendidikan wajib’ ertinya pendidikan rendah yang ditetapkan menjadi pendidikan wajib di bawah subseksyen 29 A
; “Pengarah Pendidikan” ertinya Pengarah Pendidikan sesuatu Negeri atau Wilayah Persekutuan yang dilantik di bawah seksyen 4; “pengelola” ertinya orang yang diberikan kuasa di bawah surat cara pengelolaan untuk mentadbirkan atau menguruskan suatu institusi pendidikan; “Penolong Pendaftar” ertinya Penolong Pendaftar Institusi Pendidikan atau Penolong Pendaftar Guru, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah subseksyen 5(3); “Perkhidmatan Pendidikan” ertinya suatu perkhidmatan awam di bawah perenggan (h) Fasal (1) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan; “Pihak Berkuasa Negeri” ertinya Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri dan, bagi sesuatu Wilayah Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong; “premis” ertinya mana-mana bangunan yang digunakan sebagai institusi pendidikan dan termasuklah mana-mana bangunan bagi maksud menyediakan tempat tinggal dan kemudahan lain bagi murid dan kakitangan institusi itu tetapi tidak termasuk mana-mana tanah yang menjadi tapak bangunan itu; “pusat pendidikan jarak jauh” ertinya tempat, organisasi atau institusi yang menyediakan ajaran atau pengajaran— (a) melalui media elektronik semata-mata; (b) melalui surat semata-mata; (c) sebahagiannya melalui media elektronik dan sebahagian lagi melalui surat atau kaedah pengajaran yang lain;atau (d) sebahagiannya melalui media elektronik dan sebahagian lagi melalui surat dan kaedah pengajaran yang lain; “sekolah” ertinya tempat di mana sepuluh orang atau lebih lazimnya diajar sama ada di dalam satu kelas atau lebih, tetapi tidak termasuk mana-mana tempat yang pengajarannya terbatas kepada pengajaran mana-mana agama semata-mata; “sekolah bantuan kerajaan” atau “institusi pendidikan bantuan kerajaan” ertinya sekolah atau institusi pendidikan yang menerima sumbangan modal dan sumbangan bantuan penuh; “sekolah gaya pos” ertinya sesuatu organisasi atau institusi yang menyediakan ajaran atau pengajaran melalui surat; “sekolah jenis kebangsaan” ertinya sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan— (a) yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid dari umur enam tahun; (b) yang menggunakan bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar utama; dan (c) yang menjadikan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib; “sekolah kebangsaan” ertinya sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan— (a) yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid dari umur enam tahun; (b) yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama; (c) yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib; dan (d) yang kemudahan bagi pengajaran— (i) bahasa Cina atau Tamil hendaklah diadakan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya; dan (ii) bahasa kaum asli hendaklah diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian dan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya; “sekolah kerajaan” atau “institusi pendidikan kerajaan” ertinya sekolah atau institusi pendidikan yang ditubuhkan dan disenggarakan sepenuhnya oleh Menteri di bawah Bahagian IV; “sekolah khas” ertinya sekolah yang menyediakan pendidikan khas yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
“sekolah menengah” ertinya sekolah yang menyediakan pendidikan menengah yang sesuai bagi murid yang baru sahaja tamat mengikuti pendidikan rendah; “sekolah menengah kebangsaan” ertinya sekolah menengah kerajaan atau sekolah menengah bantuan kerajaan— (a) yang menyediakan kursus pendidikan menengah selama lima tahun yang sesuai bagi murid yang baru sahaja tamat mengikuti pendidikan rendah; (b) yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama; (c) yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib; (d) yang kemudahan bagi pengajaran— (i) bahasa Cina atau Tamil hendaklah diadakan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya; (ii) bahasa kaum asli hendaklah diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian dan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya; dan (iii) bahasa Arab, Jepun, Jerman atau Perancis atau mana-mana bahasa asing lain boleh diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian; dan (e) yang menyediakan murid bagi apa-apa peperiksaan sebagaimana yang ditetapkan, dan termasuklah mana-mana sekolah sedemikian yang menyediakan kelas peralihan; “sekolah rendah” ertinya sekolah yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid yang berumur dari enam tahun; “sekolah swasta” atau “institusi pendidikan swasta” ertinya sekolah atau institusi pendidikan yang bukan sekolah atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan; “sumbangan bantuan” ertinya apa-apa bayaran daripada wang awam, selain sumbangan modal, yang dibuat kepada sesuatu institusi pendidikan; “sumbangan modal” ertinya bayaran daripada wang awam kepada sesuatu institusi pendidikan bagi— (a) mengadakan bangunan; (b) mengubah atau menambah premis yang sedia ada; (c) mengadakan perabot atau kelengkapan bagi premis yang baru, diubah atau ditambah; atau (d) apa-apa maksud lain sebagaimana yang ditetapkan; “surat” ertinya surat yang disampaikan dengan tangan atau melalui pos; “surat cara pengelolaan” ertinya surat cara pengelolaan sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 53; “tadika” ertinya mana-mana tempat di mana pendidikan prasekolah disediakan untuk sepuluh orang murid atau lebih; “tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuat kuasa; “tempat” ertinya mana-mana tempat, sama ada tempat awam atau persendirian; “umur”, berhubung dengan seseorang murid, ertinya umur yang dicapai oleh murid itu pada hari pertama dalam bulan pertama tahun persekolahan yang berkenaan.
PENTADBIRAN
Hendaklah ada seorang Ketua Pengarah Pendidikan yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan.
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa dan menjalankan fungsi yang diberikan kepadanya oleh Akta ini, dan hendaklah menasihati Menteri tentang hal yang berkaitan dengan pendidikan.
(a) bagi setiap Negeri atau bagi mana-mana kawasan lain di dalam Malaysia yang ditentukan oleh Menteri, seorang Pengarah Pendidikan; dan (b) bagi setiap daerah atau bagi mana-mana kawasan lain di dalam sesuatu Negeri yang ditentukan oleh Menteri, seorang Pegawai Pendidikan yang dinamakan sedemikian bagi maksud Akta ini, yang hendaklah dilantik oleh Menteri.
Hendaklah ada seorang Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru yang hendaklah dilantik oleh Menteri.
Menteri boleh melantik seorang Timbalan Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru.
Menteri hendaklah melantik seorang Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru bagi setiap Negeri dan bagi mana-mana kawasan lain di dalam Malaysia yang ditentukan oleh Menteri, dan boleh melantik apa-apa bilangan Timbalan Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru, Penolong Pendaftar Institusi Pendidikan dan Penolong Pendaftar Guru yang difikirkan perlu bagi maksud Akta ini.
Timbalan Ketua Pendaftar, Pendaftar, Timbalan Pendaftar, dan Penolong Pendaftar hendaklah di bawah arahan dan kawalan Ketua Pendaftar.
Ketua Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa dan menjalankan fungsi yang diberikan kepadanya oleh Akta ini, dan sewaktu ketiadaannya kuasa dan fungsi sedemikian bolehlah dipunyai atau dijalankan oleh Timbalan Ketua Pendaftar.
Pendaftar, Timbalan Pendaftar, atau Penolong Pendaftar boleh menjalankan semua kuasa dan fungsi yang diberikan kepada Ketua Pendaftar oleh atau di bawah Akta ini, tertakluk kepada apa-apa sekatan yang boleh dikenakan oleh Ketua Pendaftar.
Menteri hendaklah melantik seorang Ketua Nazir Sekolah.
Menteri hendaklah melantik Nazir Sekolah lain yang difikirkan perlu bagi maksud Akta ini.
Semua Nazir Sekolah yang dilantik di bawah subseksyen (2) hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Ketua Nazir Sekolah.
Menteri hendaklah melantik seorang Pengarah Peperiksaan dan boleh melantik pegawai lain untuk bertindak di bawah arahan dan kawalan am Pengarah Peperiksaan yang difikirkannya perlu bagi maksud Akta ini.
Pengarah Peperiksaan hendaklah, tertakluk kepada mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 68, bertanggungjawab atas pengendalian peperiksaan bagi maksud Akta ini.
(a) pengelola atau mana-mana anggota suatu lembaga yang dilantik di bawah subseksyen 61(1), atau pekerja atau guru besar, sesuatu institusi pendidikan; dan (b) anggota Lembaga Pusat yang ditubuhkan di bawah seksyen 92 Akta Pelajaran 1961 [Akta 43 tahun 1961], arahan, yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan peraturan- peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, berhubung dengan apa-apa perkara yang berkenaan dengannya peraturan-peraturan boleh dibuat di bawah Akta ini, dan pengelola, anggota, pekerja atau guru besar itu hendaklah melaksanakan tiap-tiap arahan sedemikian.
Perubahan nama daripada “Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru”, “Timbalan Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru”, “Pendaftar Sekolah dan Guru” dan “Penolong Pendaftar Sekolah dan Guru” masing-masing kepada “Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru”, “Timbalan Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru”, “Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru” dan “Penolong Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru” tidaklah menyentuh apa-apa kuasa, hak, keistimewaan, tanggungan, kewajipan atau obligasi “Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru”, “Timbalan Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru”, “Pendaftar Sekolah dan Guru” dan “Penolong Pendaftar Sekolah dan Guru” atau menjadikan cacat apa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadap mereka.
MAJLIS PENASIHAT PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Maka bolehlah ditubuhkan bagi maksud Akta ini suatu Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan.
Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi dan orang lain yang dilantik oleh Menteri.
Tertakluk kepada peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini, setiap anggota Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan hendaklah memegang jawatan selama tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan dalam surat pelantikannya.
Apa-apa pelantikan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.
Menteri boleh merujukkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan pendidikan kepada Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan untuk mendapatkan nasihatnya.
Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan hendaklah, apabila apa-apa perkara dirujukkan kepadanya di bawah subseksyen (1), menimbangkan perkara itu dan mengemukakan nasihatnya kepada Menteri.
(a) bilangan anggota Majlis; (b) terma dan syarat jawatan anggota; (c) mesyuarat dan tatacara Majlis; (d) pelantikan jawatankuasa dan jawatankuasa kecil Majlis; dan (e) apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu oleh Menteri bagi Majlis berfungsi dengan sepatutnya.
SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Bab 1—Sistem Pendidikan Kebangsaan
(a) pendidikan prasekolah; (b) pendidikan rendah; (c) pendidikan menengah; (d) pendidikan lepas menengah; dan (e) pendidikan tinggi, tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa.
(a) institusi pendidikan kerajaan; (b) institusi pendidikan bantuan kerajaan; dan (c) institusi pendidikan swasta.
Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini.
Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu.
Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Kebangsaan yang, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah digunakan oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Kurikulum Kebangsaan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid pada akhir tempoh persekolahan masing-masing dan hendaklah termasuk mata pelajaran teras yang dinyatakan dalam Jadual dan apa-apa mata pelajaran lain yang ditetapkan.
Dalam hal sekolah swasta, subseksyen (1) hendaklah disifatkan telah dipatuhi jika mata pelajaran teras Kurikulum Kebangsaan yang dinyatakan dalam Jadual diajarkan di sekolah itu.
Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta menambah, meminda atau mengubah Jadual.
Bab 2 — Pendidikan Prasekolah
Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkan jika tadika itu didaftarkan di bawah Akta ini.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum, yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah digunakan oleh semua tadika dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid pada akhir tempoh pendidikan prasekolah masing-masing.
Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan apa- apa kurikulum sebagai tambahan kepada Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah, sebelum melaksanakan kurikulum tambahan sedemikian, mendapatkan kelulusan bertulis Ketua Pendaftar tentang maksud itu mengikut cara yang ditetapkan.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
, bahasa selain bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa selain bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib.
Bab 3—Pendidikan Rendah
Warta, menetapkan pendidikan rendah menjadi pendidikan wajib.
Tiap-tiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa anak itu didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib.
Menteri boleh, jika difikirkannya wajar dan demi kepentingan murid atau awam untuk berbuat demikian, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana murid atau mana- mana golongan murid daripada kehendak supaya mengikuti pendidikan wajib, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa- apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, dan boleh pada bila- bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu atau membatalkan atau mengubah atau menambah syarat itu.
Ibu bapa yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan seksyen ini.
Bab 4—Pendidikan Menengah
Hendaklah menjadi kewajipan Menteri untuk mengadakan pendidikan menengah di sekolah menengah kebangsaan yang berikut: (a) sekolah menengah akademik; (b) sekolah menengah teknik; dan (c) sekolah menengah daripada apa-apa perihal lain yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh mengadakan pendidikan menengah atas di mana-mana sekolah menengah kebangsaan.
Bab 5—Pendidikan Lepas Menengah
(a) sekolah menengah kebangsaan yang diperihalkan dalam perenggan 30(1)(a) dan (1)(b); (b) maktab; dan (c) mana-mana sekolah menengah kebangsaan atau institusi pendidikan lain yang ditubuhkan dan disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta ini.
A – Kolej Vokasional
Kolej vokasional yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mengadakan pendidikan dan latihan teknik dan vokasional bagi murid yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah.
(a) melaksanakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional; (b) meningkatkan kemahiran pendidikan dan latihan teknik dan vokasional murid; (c) melaksanakan pemindahan teknologi; dan (d) melaksanakan apa-apa pendidikan dan latihan teknik dan vokasional yang dianggap sesuai dan bermanfaat bagi kolej vokasional atau murid.
Mana-mana program atau latihan yang dijalankan dengan kerjasama suatu institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian di bawah subseksyen (1) hendaklah menggunakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional.
(a) Kurikulum Standard Kolej Vokasional yang hendaklah termasuk pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid pada akhir tempoh pendidikan vokasional; (b) penjalanan pengukuran atau penilaian dan pengendalian peperiksaan bagi kolej vokasional oleh Pengarah Peperiksaan; (c) penganugerahan sijil atau diploma; (d) disiplin pelajar, termasuk disiplin dan aktiviti murid semasa mengikuti kursus pengajian, latihan atau program di luar kolej vokasional; (e) tempoh semester kolej vokasional, hari dan waktu murid hendaklah hadir di kolej vokasional dan hari yang hendaklah dijadikan hari cuti oleh semua kolej vokasional atau mana- mana kolej vokasional; (f) penerimaan masuk murid ke kolej vokasional, penyimpanan daftar murid, had umur dan syarat yang membolehkan murid dikekalkan belajar di kolej vokasional atau dalam mana- mana kelas di kolej vokasional; (g) penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran persatuan murid kolej vokasional; (h) apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan suai manfaat atau perlu oleh Menteri bagi maksud Bab ini.
Bab 6 — Institusi Pendidikan Lain
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh menubuhkan dan menyenggarakan institusi pendidikan yang berikut: (a) maktab, selain maktab yang bertaraf Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan atau disifatkan telah ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30]; (b) sekolah khas; (c) politeknik, dan (d) apa-apa institusi pendidikan lain, yang penubuhan atau penyenggaraannya tidak diperuntukkan di bawah Akta ini atau Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
Menteri boleh memberikan sumbangan bantuan kepada institusi pendidikan, yang tidak ditubuhkan olehnya, yang termasuk dalam perenggan (1)(a) atau (1)(b).
Bab 7—Pendidikan Teknik dan Politeknik
Menteri boleh mengadakan pendidikan dan latihan teknik dan vokasional di— (a) mana-mana sekolah menengah kebangsaan yang diperihalkan dalam seksyen 30; atau (b) institusi pendidikan lain yang diperihalkan dalam perenggan 34(1)(a) atau (1)(c).
Bagi maksud subseksyen (1), pendidikan dan latihan teknik dan vokasional termasuklah penyediaan— (a) latihan kemahiran; (b) latihan khusus yang berhubungan dengan pekerjaan tertentu; (c) latihan bagi meningkatkan kemahiran yang sedia ada; dan (d) apa-apa latihan teknik atau vokasional lain yang diluluskan oleh Menteri.
(c) boleh— (a) menawarkan kursus pengajian dan program latihan yang diluluskan oleh Menteri; dan (b) menganugerahkan sijil, diploma atau apa-apa kelayakan lain yang ditetapkan.
Tertakluk kepada kelulusan Menteri, suatu politeknik yang ditubuhkan di bawah Akta ini boleh, dengan kerjasama mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian, mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan (termasuklah program pertukaran) yang disifatkan suai manfaat oleh Menteri bagi maksud— (a) melaksanakan pemindahan teknologi; (b) meningkatkan kemahiran teknik dan vokasional guru, pekerja dan murid politeknik itu; dan (c) melaksanakan apa-apa program latihan yang dianggap oleh Menteri sesuai dan bermanfaat bagi politeknik atau muridnya atau gurunya.
Kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (1) adalah tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan oleh Menteri.
Politeknik yang ditubuhkan di bawah Akta ini boleh, dengan kelulusan Menteri, mengendalikan kursus pengajian atau program latihan bagi diploma, sijil atau pengiktirafan dalam bentuk lain bagi kelayakan yang diberikan oleh mana-mana universiti atau institusi pendidikan tinggi lain di dalam Malaysia atau di luar Malaysia.
Kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (1) boleh dijadikan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan oleh Menteri patut dikenakan.
Menteri tidak boleh memberikan kelulusannya di bawah subseksyen (1) melainkan jika dia berpuas hati bahawa politeknik itu telah membuat segala perkiraan yang perlu dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi lain yang terlibat dengan pengendalian kursus pengajian atau program latihan itu.
(a) penubuhan lembaga atau badan untuk menjalankan pengukuran atau penilaian atau untuk mengendalikan peperiksaan untuk politeknik; (b) penubuhan lembaga atau badan untuk menghasilkan, mengawasi dan mengubahsuaikan kurikulum kursus pengajian dan program latihan yang ditawarkan oleh politeknik; (c) penganugerahan sijil atau diploma atau apa-apa kelayakan lain; (d) disiplin murid; (e) penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran mana-mana majlis, badan atau jawatankuasa bagi kegiatan luar kurikulum di politeknik; dan (f) apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suai manfaat atau perlu bagi maksud Bab ini.
Bab 8—Pendidikan Khas
(b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh Menteri suai manfaat.
Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), Menteri boleh melalui peraturan-peraturan menetapkan— (a) tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas; (b) kurikulum yang hendaklah digunakan berhubung dengan pendidikan khas; (c) kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan (d) apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suai manfaat atau perlu bagi maksud Bab ini.
Tempoh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(a) tidak boleh kurang dari tempoh minimum pendidikan rendah atau menengah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diperuntukkan di bawah Akta ini.
Kurikulum yang ditetapkan di bawah perenggan (1)(b) hendaklah mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan setakat yang semunasabahnya praktik.
Bab 9 – Pendidikan Guru
Institut pendidikan guru yang ditubuhkan di bawah Bab ini boleh, dengan kelulusan Menteri, mengendalikan kursus pengajian atau program latihan bagi ijazah, diploma, sijil atau pengiktirafan dalam bentuk lain bagi kelayakan yang diberikan oleh mana-mana universiti atau institusi pendidikan tinggi lain di dalam Malaysia atau di luar Malaysia.
Kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (1) boleh dijadikan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan oleh Menteri patut dikenakan.
Menteri tidak boleh memberikan kelulusannya di bawah subseksyen (1) melainkan jika dia berpuas hati bahawa institut pendidikan guru itu telah membuat perkiraan yang perlu dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi lain yang terlibat dengan pengendalian kursus pengajian atau program latihan itu.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau tidak mematuhi mana-mana terma atau syarat yang dikenakan oleh Menteri di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Kecuali bagi institut pendidikan guru yang ditubuhkan dan disenggarakan oleh Menteri di bawah seksyen 45, tiap-tiap institut pendidikan guru yang ditubuhkan di bawah Akta ini hendaklah mempunyai surat cara pengelolaan.
Tiap-tiap surat cara pengelolaan di bawah seksyen ini hendaklah diluluskan oleh, dan hendaklah diserahkan kepada, Ketua Pendaftar pada masa pendaftaran.
Tiap-tiap surat cara pengelolaan di bawah seksyen ini hendaklah mengadakan peruntukan bagi penubuhan lembaga pengelola, dengan seorang pengerusi, bagi pengurusan institut pendidikan guru itu oleh pengelola mengikut cara yang selaras dengan Akta ini dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Tiap-tiap surat cara pengelolaan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat, dipinda atau dibatalkan mengikut cara yang ditetapkan.
(a) penubuhan lembaga atau badan untuk menjalankan pengukuran atau penilaian atau untuk mengendalikan peperiksaan bagi pendidikan guru; (b) kursus pengajian dan program latihan yang hendaklah dijalankan oleh institut pendidikan guru; (c) penganugerahan sijil, diploma, ijazah perguruan atau apa- apa kelayakan lain yang ditetapkan ; (d) disiplin murid di institut pendidikan guru; (e) penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran majlis, badan atau jawatankuasa bagi kegiatan luar kurikulum di peringkat maktab, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa; (f) pengiktirafan kelayakan yang dikeluarkan oleh institut pendidikan guru; (g) tatacara bagi permohonan bagi penubuhan dan pendaftaran institut pendidikan guru; dan (h) apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suai manfaat atau perlu bagi maksud Bab ini.
Bab 10 — Pengajaran Agama di Institusi Pendidikan
Jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Pengajaran yang dikehendaki di sesuatu institusi pendidikan di bawah subseksyen (1) hendaklah selama tempoh sekurang-kurangnya dua jam seminggu dalam waktu pengajaran biasa institusi pendidikan itu atau dalam apa-apa waktu lain yang ditetapkan oleh Menteri dalam hal mana-mana institusi pendidikan yang tertentu.
Pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan yang dikehendaki menyediakan pengajaran di bawah seksyen ini hendaklah membuat apa-apa perkiraan yang perlu bagi maksud itu.
Pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan dua institusi pendidikan atau lebih boleh, dengan kelulusan Pendaftar, membuat perkiraan supaya pengajaran di bawah seksyen ini diberikan secara bergabung di institusi pendidikan itu kepada murid yang menganut agama Islam.
(a) pengadaan sedemikian tidak boleh dibiayai dengan wang yang diperuntukkan oleh Parlimen; dan (b) tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain agama yang dianutinya, kecuali dengan keizinan bertulis ibu bapanya.
Bab 11—Pengurusan Institusi Pendidikan
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiap-tiap institusi pendidikan hendaklah mempunyai surat cara pengelolaan.
Tiap-tiap surat cara pengelolaan hendaklah mengadakan peruntukan bagi penubuhan suatu lembaga pengelola, dengan seorang pengerusi, bagi pengurusan institusi pendidikan itu oleh pengelola mengikut cara yang selaras dengan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi institusi pendidikan kerajaan kecuali sekolah jenis kebangsaan dan sekolah yang ditentukan oleh Menteri.
Tiap-tiap surat cara pengelolaan hendaklah dibuat, dipinda atau dibatalkan mengikut cara yang ditetapkan.
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi penubuhan lembaga pengelola dan bagi pengurusan institusi pendidikan oleh lembaga pengelola dan, tanpa menjejaskan keluasan kuasa itu, Menteri boleh, dalam peraturan-peraturan itu, menetapkan kewajipan pengelola dan orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu.
Mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh menetapkan kewajipan yang berlainan bagi pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan dalam kategori yang berlainan.
Jika Menteri berpuas hati— (a) bahawa disiplin di sesuatu institusi pendidikan tidak dijaga dengan secukupnya; (b) bahawa terma surat cara pengelolaan sesuatu institusi pendidikan sengaja tidak diendahkan; (c) bahawa mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sengaja tidak diendahkan; atau (d) dalam hal suatu institusi pendidikan bantuan kerajaan, harta atau wang institusi pendidikan itu tidak ditadbirkan dengan sepatutnya, dia boleh melantik dengan menyatakan namanya, pengelola tambahan bagi institusi pendidikan itu sebagaimana yang difikirkannya layak.
Menteri boleh, mengikut budi bicaranya, pada bila-bila masa memberhentikan seorang pengelola tambahan yang dilantik di bawah subseksyen (1).
Pengelola tambahan yang dilantik bagi institusi pendidikan di bawah subseksyen (1) hendaklah bagi segala maksud disifatkan menjadi pengelola institusi pendidikan itu.
Bab 3 Bahagian VIII tidaklah terpakai bagi pengelola tambahan yang dilantik di bawah subseksyen (1).
Jika Menteri berpuas hati bahawa di sesuatu institusi pendidikan— (a) pengelolanya telah bertindak atau bercadang untuk bertindak dengan tidak munasabah berkenaan dengan penjalanan mana-mana kuasa yang diberikan atau penunaian mana-mana kewajipan yang dikenakan oleh atau di bawah Akta ini; atau (b) pengelolanya telah tidak menunaikan mana-mana kewajipan yang dikenakan ke atas mereka oleh atau di bawah Akta ini, Menteri boleh— (aa) memberikan apa-apa arahan bertulis tentang penjalanan kuasa atau penunaian kewajipan itu sebagaimana yang didapati oleh Menteri adalah suai manfaat, dan adalah menjadi kewajipan pengelola itu untuk mematuhi arahan itu; atau (bb) menggantung atau membuang kerja semua atau mana- mana pengelola itu dan, walau apa pun peruntukan mana- mana surat cara pengelolaan yang berhubungan dengan institusi itu, melantik seseorang atau orang yang difikirkannya layak untuk mempunyai dan menjalankan semua fungsi pengelola itu selama apa-apa tempoh yang diarahkan olehnya.
Jika pada bila-bila masa, bagi sesuatu institusi pendidikan, tidak ada lembaga pengelola yang ditubuhkan di bawah Akta ini Menteri boleh melantik seseorang atau orang yang difikirkannya layak untuk menjalankan fungsi pengelola bagi institusi itu selama apa-apa tempoh yang diarahkan olehnya.
Menteri boleh, selepas memberikan lembaga pengelola sesuatu institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan peluang untuk membuat representasi mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, melalui notis secara bertulis yang dialamatkan dan disampaikan kepada pengerusi lembaga itu memerintahkan supaya lembaga itu dibubarkan jika dia berpuas hati bahawa lembaga itu— (a) telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; (b) telah melanggar mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh Menteri di bawah seksyen 9; (c) telah melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen 82(3); (d) telah tidak mematuhi atau melaksanakan mana-mana peruntukan surat cara pengelolaan institusi pendidikan itu; (e) telah tidak menghalang institusi pendidikan itu daripada digunakan bagi maksud yang memudaratkan kepentingan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau yang berlawanan dengan kepentingan awam; atau (f) telah tidak menghalang institusi pendidikan itu daripada digunakan bagi apa-apa kegiatan atau maksud yang menyalahi undang-undang, atau bagi apa-apa kegiatan atau maksud sesuatu organisasi, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain yang menyalahi undang-undang.
Jika Menteri membubarkan sesuatu lembaga di bawah subseksyen (1), dia hendaklah menyatakan dalam notis itu alasan bagi pembubaran itu dan tarikh pembubaran itu hendaklah berkuat kuasa.
boleh mengandungi segala arahan yang bersifat sampingan, berbangkit, tambahan atau peralihan yang difikirkan oleh Menteri perlu, suai manfaat atau patut diberikan.
Jika Menteri membubarkan sesuatu lembaga di bawah seksyen 59, Menteri hendaklah pada bila-bila masa selepas itu melantik lembaga yang lain mengikut Akta.
Jika Menteri tidak melantik lembaga di bawah subseksyen (1), kuasa, fungsi dan kewajipan lembaga itu hendaklah dijalankan oleh guru besar institusi pendidikan itu atau oleh mana-mana orang lain yang dinamakan oleh Menteri dan yang hendaklah merupakan seorang anggota perkhidmatan awam.
Selepas pembubaran lembaga pengelola sesuatu institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan di bawah seksyen 59, seksyen 53, 54, 55, 56 dan 87 tidaklah terpakai bagi institusi pendidikan itu.
Tiap-tiap lembaga pengurus atau lembaga pengelola institusi pendidikan kerajaan kecuali— (a) sekolah rendah jenis kebangsaan kerajaan; dan (b) sekolah rendah kebangsaan kerajaan atau sekolah menengah kebangsaan kerajaan yang ditentukan oleh Menteri, yang ditubuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan, hendaklah dibubarkan pada tarikh itu mengikut cara yang ditentukan oleh Menteri, dan sesudah itu ia hendaklah berhenti mengambil pekerja dan terhenti menjadi majikan bagi guru dan pekerja lain, dan tiap-tiap surat cara pengurusan atau pengelolaan yang berkaitan dengan institusi pendidikan itu hendaklah terhenti berkuat kuasa.
Apabila lembaga pengurus atau lembaga pengelola sesuatu institusi pendidikan kerajaan dibubarkan di bawah subseksyen (1)— (a) seseorang yang bertindak sebagai pengurus atau pengelola sebaik sahaja sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah berhenti bertindak sedemikian; (b) segala hak, obligasi dan liabiliti yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang, sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan, adalah menjadi tanggungjawab lembaga hendaklah pada tarikh itu turun kepada Kerajaan; dan (c) seksyen 53, 54, 55, 56, 59 dan 87 tidaklah terpakai bagi institusi pendidikan kerajaan itu.
Bab 12—Penyediaan Kemudahan dan Perkhidmatan
(a) pemberian dermasiswa, biasiswa, pinjaman atau bantuan lain; dan (b) penyediaan— (i) tempat tinggal; (ii) pengangkutan; (iii) buku; dan (iv) perkhidmatan perubatan dan pergigian, bagi maksud membolehkan murid itu menggunakan sepenuhnya kemudahan yang tersedia bagi mereka atau bagi maksud memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan hidup mereka.
Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh seksyen 64, Menteri hendaklah, setakat yang munasabah dan praktik berbuat sedemikian, mengadakan pemeriksaan perubatan dan pergigian pada lat tempoh yang sesuai ke atas murid institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan.
Seseorang pegawai yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh Menteri boleh menghendaki ibu bapa atau penjaga murid institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan menyebabkan murid itu menjalani pemeriksaan perubatan atau pergigian, mengikut persediaan yang dibuat oleh pihak berkuasa sekolah, atau oleh seorang pengamal perubatan atau pengamal pergigian berdaftar, dan seseorang yang tidak mematuhi kehendak itu tanpa alasan yang munasabah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.
penginapan (sama ada percuma atau tertakluk kepada apa-apa bayaran yang diperuntukkan dalam perkiraan itu) yang difikirkannya sesuai.
PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
Menteri boleh menetapkan cara murid di institusi pendidikan hendaklah dinilai dan taraf yang perlu dicapai oleh murid itu.
Penilaian yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) adalah tambahan kepada mana-mana peperiksaan yang ditetapkan.
(a) peperiksaan yang hendaklah diadakan bagi maksud Akta ini; (b) masa dan tempat peperiksaan akan diadakan, dan kelayakan serta syarat untuk mengambil peperiksaan; (c) fi yang hendaklah dibayar bagi mengambil peperiksaan; (d) sukatan pelajaran dan bahasa pengantar bagi peperiksaan; (e) pengendalian peperiksaan termasuklah penubuhan badan atau lembaga untuk menguruskan dan mengendalikan peperiksaan; dan (f) kuasa, fungsi dan kewajipan Pengarah Peperiksaan.
Tertakluk kepada subseksyen (4), tiada seorang pun atau tiada suatu institusi pendidikan pun boleh mengendalikan, membenarkan atau menyebabkan diadakan atau dikendalikan, atau dengan apa-apa cara terlibat dalam pengadaan atau pengendalian, apa- apa peperiksaan bagi mana-mana murid institusi pendidikan atau bagi mana-mana calon persendirian tanpa mendapatkan kelulusan bertulis Pengarah Peperiksaan terlebih dahulu.
Dalam memberikan kelulusan di bawah subseksyen (1), Pengarah Peperiksaan boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma dan syarat yang difikirkannya patut.
Sebutan dalam seksyen ini mengenai pengadaan atau pengendalian peperiksaan hendaklah disifatkan termasuk perbuatan— (a) mempelawa calon untuk mengambil peperiksaan; (b) memungut atau menerima apa-apa fi atau bayaran atau apa- apa derma atau hadiah berkenaan dengan sesuatu peperiksaan; (c) menyediakan apa-apa sukatan pelajaran, kursus atau skim pengajian berkenaan dengan sesuatu peperiksaan; (d) memeriksa atau menggred jawapan atau respons kepada soalan atau ujian dalam sesuatu peperiksaan; (e) mengeluarkan atau menganugerahkan apa-apa diploma atau dokumen lain atau pengiktirafan dalam bentuk lain berkenaan dengan sesuatu peperiksaan, dan apa-apa perbuatan lain yang berhubungan dengan pengadaan atau pengendalian sesuatu peperiksaan, tidak kira sama ada perbuatan itu dilakukan sebelum atau selepas peperiksaan.
Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi— (a) badan atau lembaga yang ditubuhkan untuk menguruskan dan mengendalikan peperiksaan di bawah perenggan 68(e); (b) Majlis Peperiksaan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980 [Akta 225]; dan (c) sesuatu institusi pendidikan yang mengendalikan peperiksaan, ujian atau dalam bentuk penilaian lain bagi maksud menilai muridnya sendiri.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau tidak mematuhi mana-mana sekatan, terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya.
PENDIDIKAN TINGGI
(a) menubuhkan, membentuk, menggalakkan atau menjalankan apa-apa kegiatan bagi maksud menubuhkan atau membentuk, atau ke arah penubuhan atau pembentukan, suatu institusi pendidikan tinggi; (b) memungut, memberikan atau menerima apa-apa wang, sumbangan, hadiah atau derma, atau melakukan apa-apa perbuatan atau menjalankan apa-apa kegiatan bagi maksud menubuhkan atau membentuk suatu institusi pendidikan tinggi; (c) mengendalikan, menguruskan atau menyenggarakan mana- mana kelas bagi pengajaran dan pembelajaran pendidikan tinggi melainkan jika kelas itu dikendalikan, diuruskan atau disenggarakan oleh suatu institusi pendidikan tinggi; dan (d) menubuhkan, mengendalikan, menguruskan atau menyenggarakan institusi pendidikan tinggi dengan menggunakan perkataan “universiti”, kecuali mengikut mana-mana undang-undang bertulis mengenai pendidikan tinggi.
INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai melarang penubuhan dan penyenggaraan institusi pendidikan swasta.
Walau apa pun subseksyen (1), tiap-tiap institusi pendidikan swasta hendaklah mematuhi peruntukan Akta ini dan semua peraturan- peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang terpakai bagi institusi pendidikan itu.
Bahagian ini tidak terpakai bagi institusi pendidikan tinggi swasta.
Menteri boleh menghendaki institusi pendidikan swasta yang menyediakan pendidikan lepas menengah supaya mengajar mata pelajaran yang berikut: (a) bahasa kebangsaan, jika bahasa pengantarnya ialah suatu bahasa selain bahasa kebangsaan; (b) pengajian Malaysia; (c) bahasa Inggeris, jika bahasa pengantarnya ialah suatu bahasa selain bahasa Inggeris; (d) pengajian yang berhubungan dengan pendidikan Islam bagi murid yang menganut agama Islam; dan (e) pendidikan moral bagi murid yang tidak menganut agama Islam, berdasarkan kurikulum yang ditetapkan.
Mata pelajaran yang disebut dalam perenggan (1)(a) hingga (1)(e) hendaklah diajarkan sebagai tambahan kepada apa-apa mata pelajaran atau kursus pengajian lain yang diajarkan di institusi pendidikan swasta itu.
Tiada suatu institusi pendidikan swasta pun yang didaftarkan di bawah Akta ini boleh mengendalikan apa-apa kursus pengajian atau program latihan secara bersesama, bersekutu, bergabung atau bekerjasama atau selainnya, dengan suatu universiti atau institusi pendidikan tinggi atau institusi atau organisasi pendidikan lain di dalam atau di luar Malaysia, kecuali dengan kelulusan bertulis daripada Menteri.
Menteri tidak boleh memberikan kelulusannya di bawah subseksyen (1) melainkan jika dia berpuas hati bahawa institusi pendidikan swasta itu telah membuat perkiraan yang sesuai dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi atau institusi pendidikan atau organisasi pendidikan lain itu tentang kemudahan bagi penyediaan kursus pengajian atau program latihan yang disebut dalam subseksyen itu.
Menteri boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut apabila memberikan kelulusan di bawah subseksyen (1).
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau tidak mematuhi mana-mana terma atau syarat yang dikenakan oleh Menteri di bawah
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua- duanya.
PENDAFTARAN INSTITUSI PENDIDIKAN
Bab 1—Pendaftaran Institusi Pendidikan
Tertakluk kepada peruntukan lain dalam Akta ini, tiap-tiap institusi pendidikan hendaklah didaftarkan di bawah Akta ini.
Permohonan untuk didaftarkan di bawah Akta ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan.
Ketua Pendaftar boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut apabila mendaftarkan sesuatu institusi pendidikan di bawah subseksyen (1).
Sementara menanti selesainya penyiasatan tentang permohonan yang dibuat di bawah subseksyen 79(2), Ketua Pendaftar boleh, menurut budi bicaranya, mengeluarkan perakuan pendaftaran sementara dalam bentuk dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditetapkan kepada orang yang akan bertindak sebagai pengerusi lembaga pengelola atau orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan.
Perakuan pendaftaran sementara yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh, menurut budi bicara Ketua Pendaftar, dibatalkan pada bila-bila masa melalui notis bertulis yang disampaikan kepada orang yang kepadanya perakuan itu dikeluarkan.
Tanpa menjejaskan seksyen 81 dan tertakluk kepada subseksyen (3) dan seksyen 83, Ketua Pendaftar hendaklah, apabila permohonan bagi pendaftaran sesuatu institusi pendidikan dibuat dengan sewajarnya dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, dan apabila apa-apa fi yang ditetapkan dibayar, mendaftarkan institusi pendidikan itu dan mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran kepada pengerusi lembaga pengelola atau orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu.
Pengerusi lembaga pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan hendaklah menyebabkan sesalinan perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) sentiasa dipamerkan di suatu tempat yang mudah dilihat di premis institusi pendidikan itu.
Ketua Pendaftar boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut sebelum pendaftaran.
Tiada suatu institusi pendidikan pun boleh menukar alamat premisnya atau membuat apa-apa perubahan kepada premis itu tanpa mendapatkan kelulusan Ketua Pendaftar terlebih dahulu.
Permohonan untuk menukar alamat premis institusi pendidikan atau untuk membuat perubahan kepada premis hendaklah dibuat kepada Ketua Pendaftar dalam bentuk dan mengikut cara yang ditetapkan.
(a) bahawa institusi pendidikan itu tidak memenuhi piawaian kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan; (b) bahawa institusi pendidikan itu digunakan atau mungkin digunakan bagi maksud yang memudaratkan kepentingan Malaysia, awam atau murid; (c) bahawa nama yang dengannya institusi pendidikan itu hendak didaftarkan adalah, pada pendapatnya, tidak sesuai; (d) bahawa kemudahan pendidikan yang sedia ada sudah mencukupi di dalam kawasan yang institusi pendidikan itu dicadangkan dibuka; (e) bahawa suatu pernyataan yang palsu atau mengelirukan berkenaan dengan sesuatu butir yang material telah dibuat dalam atau berkaitan dengan permohonan pendaftaran itu; (f) bahawa orang yang memohon mendaftarkan institusi pendidikan itu tidak atau enggan mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan oleh Ketua Pendaftar di bawah subseksyen 82(3); atau (g) bahawa orang yang dilantik menjadi pengerusi lembaga pengelola atau guru besar bukanlah seorang yang layak dan sesuai atau bertanggungjawab untuk bertindak sebagai pengerusi atau guru besar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Apabila Ketua Pendaftar enggan mendaftarkan sesuatu institusi pendidikan di bawah seksyen 84, dia hendaklah memberitahu pemohon melalui notis bertulis tentang keengganannya itu, dengan menyatakan alasan keengganannya dalam notis itu.
Pemohon yang terkilan dengan keengganan Ketua Pendaftar untuk mendaftarkan sesuatu institusi pendidikan boleh, dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh notis itu disampaikan kepadanya mengikut subseksyen (1), merayu kepada Menteri dan keputusan Menteri adalah muktamad.
Tiada seorang pun boleh mempromosi sesuatu institusi pendidikan, sama ada melalui iklan, prospektus, risalah atau selainnya, melainkan jika institusi pendidikan itu telah didaftarkan atau perakuan pendaftaran sementara telah dikeluarkan di bawah subseksyen 81(1).
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Bab 2—Pembatalan Pendaftaran
Ketua Pendaftar boleh menyampaikan notis kepada pengerusi lembaga pengelola atau mana-mana orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan tentang niat untuk membatalkan pendaftaran institusi pendidikan itu jika dia berpuas hati bahawa adalah suai manfaat untuk berbuat sedemikian berdasarkan mana-mana alasan yang berikut: (a) alasan yang dinyatakan dalam perenggan 84(a); (b) bahawa disiplin di institusi pendidikan itu tidak dijaga dengan secukupnya; (c) bahawa pendaftaran institusi pendidikan itu diperoleh oleh sebab kesilapan atau apa-apa pernyataan yang palsu atau mengelirukan; (d) bahawa pengerusi lembaga pengelola atau mana-mana orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu telah membuat pernyataan yang palsu atau mengelirukan berkenaan dengan suatu butir yang material pada mempromosi institusi pendidikan itu; (e) bahawa terdapat pelanggaran mana-mana terma atau syarat yang dikenakan oleh Ketua Pendaftar di bawah subseksyen 79(3); (f) bahawa lembaga pengelola institusi pendidikan itu tidak ada pengerusi, atau bahawa orang yang dilantik menjadi pengerusi lembaga pengelola atau menjadi guru besar bukanlah orang yang layak dan sesuai atau bertanggungjawab untuk bertindak sebagai pengerusi atau guru besar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Ketua Pendaftar boleh bertindak di bawah subseksyen (1) jika dia ada sebab untuk mempercayai bahawa suatu institusi pendidikan berdaftar tidak lagi wujud.
Notis tentang niat untuk membatalkan pendaftaran sesuatu institusi pendidikan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan alasan yang berasaskannya pendaftaran dicadangkan dibatalkan.
Jika notis di bawah subseksyen (1) telah disampaikan kepada orang yang disebut dalam subseksyen itu, dia boleh dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh notis itu disampaikan kepadanya merayu kepada Menteri.
Jika tiada rayuan dibuat di bawah subseksyen (4), atau jika suatu rayuan telah dibuat tetapi ditolak, Ketua Pendaftar boleh membatalkan pendaftaran institusi pendidikan itu dengan serta-merta; dan dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh pembatalan itu, pengerusi lembaga pengelola atau mana-mana orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu hendaklah menyerahkan balik perakuan pendaftaran institusi pendidikan itu dan surat cara pengelolaannya kepada Ketua Pendaftar, dan pengerusi dan pengelola serta tiap-tiap pekerja institusi pendidikan itu hendaklah menyerahkan balik perakuan pendaftaran mereka yang dikeluarkan di bawah Akta ini kepada Ketua Pendaftar.
Bab 3—Pendaftaran Pengelola dan Pekerja
Tiap-tiap orang yang bertindak sebagai pengelola atau pekerja sesuatu institusi pendidikan hendaklah didaftarkan sebagai pengelola atau pekerja, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan institusi pendidikan itu.
Permohonan untuk didaftarkan sebagai pengelola atau pekerja sesuatu institusi pendidikan hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan.
Tertakluk kepada seksyen 90, Ketua Pendaftar hendaklah, apabila permohonan dibuat dengan sewajarnya dan selepas membuat apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, mendaftarkan seseorang sebagai pengelola atau pekerja berkenaan dengan suatu institusi pendidikan dan hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran dalam borang yang ditetapkan kepada orang itu.
Ketua Pendaftar boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan— (a) kepada seseorang yang memohon untuk didaftarkan di bawah Bab ini (sama ada semasa institusi pendidikan itu didaftarkan atau selepasnya); atau (b) kepada seseorang yang diperlukan untuk bertindak secara sementara sebagai pengelola atau pekerja, suatu permit, dalam apa-apa borang yang ditetapkan, untuk bertindak atas sifat itu, dan semasa permit itu berkuat kuasa orang yang kepadanya permit itu dikeluarkan hendaklah disifatkan sebagai berdaftar di bawah Akta ini.
Permit yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) boleh dibatalkan oleh Ketua Pendaftar pada bila-bila masa dan, dalam hal seseorang yang memohon untuk didaftarkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa apabila orang yang kepadanya permit itu dikeluarkan didaftarkan di bawah Akta ini.
Ketua Pendaftar boleh enggan mendaftarkan seseorang sebagai pengelola atau pekerja sesuatu institusi pendidikan jika— (a) orang itu telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh mahkamah dan dijatuhi hukuman pemenjaraan selama tempoh yang tidak kurang dari satu tahun atau denda yang tidak kurang daripada dua ribu ringgit; (b) orang itu telah, selain atas sebab sesuatu institusi pendidikan tidak lagi wujud sahaja, dikeluarkan daripada mana-mana daftar yang diwujudkan di bawah Akta ini atau di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang bersamaan yang terdahulu; (c) orang itu telah membuat pernyataan yang palsu atau mengelirukan dalam, atau berkaitan dengan, permohonannya untuk didaftarkan, atau dengan sengaja mendiamkan apa-apa fakta yang material bagi permohonan itu; atau (d) orang itu bukan warganegara Malaysia.
Ketua Pendaftar hendaklah enggan mendaftarkan seseorang yang berumur di bawah lapan belas tahun sebagai pengelola.
Ketua Pendaftar boleh mengeluarkan daripada daftar seseorang pengelola atau pekerja— (a) atas alasan yang dinyatakan dalam perenggan 90(1)(a); (b) jika didapati oleh Ketua Pendaftar bahawa orang itu bukanlah seorang yang, demi kepentingan Malaysia, awam atau mana-mana orang, patut kekal sebagai pengelola atau pekerja; atau (c) yang telah memperoleh pendaftarannya akibat suatu kesilapan atau apa-apa butir yang palsu atau mengelirukan yang diberikan dalam atau berkaitan dengan permohonannya untuk didaftarkan.
Walau apa pun subseksyen (1), tiada seorang pun boleh dikeluarkan daripada daftar di bawah perenggan (1)(a) atas sebab apa- apa fakta atau hal yang berlaku sebelum tarikh pendaftarannya dan yang telah diberitahu kepada Pendaftar sebelum tarikh itu.
Apabila seseorang pengelola atau pekerja sesuatu institusi pendidikan bersara atau berhenti bertindak sebagai yang sedemikian, pengerusi lembaga pengelola institusi pendidikan itu atau seseorang yang diberi kuasa olehnya bagi maksud itu hendaklah, dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh pengelola atau pekerja itu bersara atau berhenti sedemikian, melaporkan hakikat itu kepada Ketua Pendaftar secara bertulis.
Ketua Pendaftar hendaklah, apabila menerima laporan di bawah subseksyen (1), dengan segera mengeluarkan pengelola atau pekerja itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, daripada daftar.
Seseorang yang telah dikeluarkan daripada daftar hendaklah, dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh penyampaian notis di bawah seksyen 95, menyerahkan balik kepada Ketua Pendaftar perakuan pendaftaran yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis terdahulu yang berhubungan dengan pendaftaran pengelola atau pekerja, mengikut mana-mana yang berkenaan, sesuatu institusi pendidikan.
Jika rayuan dibuat di bawah seksyen 96, perakuan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak perlu diserahkan balik sehingga rayuan itu diputuskan dengan memihak kepada Ketua Pendaftar.
Bab 4—Pendaftaran Murid
mengenai semua murid di institusi pendidikan itu.
Bab 5—Pemeriksaan Institusi Pendidikan oleh Ketua Pendaftar
Semasa menjalankan pemeriksaan menurut seksyen 99, Ketua Pendaftar boleh— (a) memasuki mana-mana premis dan memeriksa mana-mana buku, dokumen, bahan media elektronik atau barang lain yang difikirkannya perlu; dan (b) mengambil dan menahan apa-apa buku, dokumen, bahan media elektronik atau barang lain yang didapatinya memudaratkan kepentingan awam atau murid atau yang, pada pendapatnya, boleh menjadi bukti pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Ketua Pendaftar boleh pada bila-bila masa ketika menjalankan dengan sahnya pemeriksaan di sesuatu institusi pendidikan di bawah Akta ini menghendaki mana-mana orang, yang menjadi pengelola, pekerja, guru atau murid institusi pendidikan itu, supaya mengemukakan untuk pemeriksaannya apa-apa buku, dokumen, bahan media elektronik atau barang lain yang berhubungan dengan pengurusan, atau pengajaran yang dijalankan di, institusi pendidikan itu yang ada dalam milikan orang itu atau yang di bawah kawalannya atau yang orang itu mempunyai kuasa untuk mengemukakan.
(a) memasuki dan memeriksa rumah, bangunan atau tempat itu; dan (b) menyita dan menahan apa-apa buku, dokumen, bahan media elektronik atau barang lain yang terdapat di dalamnya yang didapatinya boleh menjadi bukti pelakuan suatu kesalahan terhadap Akta ini atau yang tampaknya adalah harta, atau telah digunakan berkaitan dengan, sesuatu institusi pendidikan yang tidak didaftarkan di bawah Akta ini.
Jika Ketua Pendaftar atau pegawai awam yang diberi kuasa oleh Ketua Pendaftar bagi maksud itu secara bertulis atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana rumah, bangunan atau tempat lain sedang digunakan sebagai institusi pendidikan yang tidak berdaftar di bawah Akta ini atau sedang digunakan dengan melanggar mana-mana syarat yang dikenakan oleh Menteri di bawah subseksyen 47(2) atau 77(3), Ketua Pendaftar atau pegawai awam atau pegawai polis itu, dengan disertai oleh mana-mana orang yang difikirkannya perlu boleh, tanpa menjejaskan penjalanan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 99, 100 dan 101, dengan segera mengambil apa-apa langkah yang difikirkannya perlu atau dengan apa-apa cara menutup institusi pendidikan itu.
Apa-apa tindakan yang diambil di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan mana-mana rumah, bangunan atau tempat lain tidaklah menghalang Ketua Pendaftar daripada mendakwa mana-mana orang yang menggunakan rumah, bangunan atau tempat itu sebagai institusi pendidikan yang tidak berdaftar di bawah Akta ini.
PENDAFTARAN GURU
Bab 1— Pendaftaran Guru
Tertakluk kepada subseksyen (2), tiada seorang pun boleh mengajar di sesuatu institusi pendidikan melainkan jika dia didaftarkan sebagai guru di bawah Akta ini.
Subseksyen (1) tidaklah terpakai — (a) bagi seseorang yang menjadi anggota Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar di institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan; (b) bagi seseorang yang kepadanya suatu permit untuk mengajar telah dikeluarkan di bawah seksyen 114; dan (c) bagi seseorang murid di sesuatu institusi pendidikan bagi latihan guru yang ditubuhkan oleh dan di bawah kawalan langsung Menteri.
dicatatkan apa-apa butir yang ditetapkan.
(a) berumur kurang daripada lapan belas tahun; (b) tidak mempunyai kelayakan untuk mengajar atau mempunyai kelayakan yang pada pendapat Ketua Pendaftar tidak mencukupi bagi maksud itu; (c) telah membuat pernyataan yang palsu atau mengelirukan atau yang orang itu tahu adalah palsu atau mengelirukan dalam, atau berkaitan dengan permohonannya supaya didaftarkan atau telah dengan sengaja mendiamkan apa-apa fakta yang material bagi permohonan itu; (d) menanggung suatu kecacatan jasmani atau mental atau penyakit, yang pada pendapat Ketua Pendaftar, menjadikan orang itu tidak sesuai menjadi guru; (e) telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh mahkamah dan dijatuhi hukuman pemenjaraan selama tempoh yang tidak kurang dari satu tahun atau denda yang tidak kurang daripada dua ribu ringgit; atau (f) bukanlah seorang yang layak dan sesuai didaftarkan sebagai guru.
Tertakluk kepada seksyen 106 dan 108, Ketua Pendaftar hendaklah, apabila permohonan untuk didaftarkan di bawah Bab ini dibuat dengan sewajarnya dan selepas membuat apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, dan apabila fi yang ditetapkan dibayar, mendaftarkan pemohon itu dan mengeluarkan perakuan pendaftaran sebagai guru kepadanya mengikut cara yang ditetapkan.
Ketua Pendaftar boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut apabila mendaftarkan seseorang pemohon di bawah subseksyen (1) dan dia boleh pada bila-bila masa membatalkan, mengubah atau menambah terma dan syarat itu.
Jika Ketua Pendaftar berpuas hati— (a) bahawa adalah suai manfaat untuk berbuat sedemikian atas mana-mana alasan yang disebut dalam perenggan 106(c) hingga (e); (b) bahawa seseorang guru berdaftar telah melakukan pelanggaran atau telah tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen 109(2); (c) bahawa pendaftaran seseorang guru telah diperoleh disebabkan oleh kesilapan atau apa-apa pernyataan yang palsu atau mengelirukan berkaitan dengan suatu permohonan untuk didaftarkan; atau (d) bahawa ada alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa pengekalan pendaftaran orang itu sebagai guru akan memudaratkan kepentingan institusi pendidikan itu atau murid, dia boleh menyampaikan kepada guru itu notis tentang niat untuk membatalkan pendaftaran guru itu.
Seseorang guru yang kepadanya telah disampaikan suatu notis menurut subseksyen (1) boleh, dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh notis itu disampaikan kepadanya, merayu kepada Menteri.
Jika tiada rayuan dibuat dalam tempoh yang ditentukan dalam subseksyen (2) atau jika rayuan telah dibuat tetapi ditolak, Ketua Pendaftar hendaklah dengan segera membatalkan pendaftaran itu dan menyampaikan suatu notis kepada guru itu yang memberitahunya bahawa pendaftarannya telah dibatalkan.
Tiada pembatalan pendaftaran boleh dibuat di bawah seksyen ini berasaskan mana-mana alasan yang disebut dalam perenggan 106(d) dan (e) disebabkan apa-apa fakta atau hal yang berlaku sebelum tarikh pendaftaran seseorang guru dan yang telah diberitahu kepada Ketua Pendaftar sebelum tarikh itu.
Jika atas suatu rayuan yang dibuat di bawah Bab ini Menteri memerintahkan supaya seseorang guru didaftarkan, atau hendaklah kekal didaftarkan, tertakluk kepada syarat yang ditentukan, Ketua Pendaftar hendaklah mengenakan syarat itu.
Syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai syarat yang dikenakan di bawah subseksyen 109(2).
, Ketua Pendaftar hendaklah dengan segera mengeluarkan guru itu daripada daftar, dan guru itu hendaklah, dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh notis itu disampaikan kepadanya, menyerahkan balik perakuan pendaftarannya kepada Ketua Pendaftar.
Bab 2 — Permit Mengajar
Ketua Pendaftar boleh mengeluarkan suatu permit mengajar kepada orang yang berikut, yang bukan merupakan guru berdaftar: (a) seseorang guru pelatih, selain mereka yang dinyatakan dalam perenggan 103(2)(c), yang sedang menjalani latihan menjadi guru mengikut mana-mana skim yang diluluskan oleh Menteri; (b) seseorang yang telah memohon untuk didaftarkan sebagai guru dan permohonannya belum diputuskan lagi; atau (c) seseorang yang diperlukan untuk bertindak sebagai guru untuk sementara.
Permit mengajar hendaklah dalam borang dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditetapkan.
Ketua Pendaftar boleh, pada bila-bila masa dan menurut budi bicaranya, membatalkan suatu permit mengajar dengan memberikan notis bertulis kepada pemegang permit itu.
Bab 3 — Pelbagai
(a) apabila perakuan, dokumen atau permit itu dibatalkan; (b) apabila orang yang kepadanya perakuan, dokumen atau permit itu dikeluarkan berhenti mengajar di sesuatu institusi pendidikan di Malaysia selama suatu tempoh berterusan yang melebihi dua tahun, atau apabila orang itu meninggal dunia; (c) apabila diminta secara bertulis oleh Ketua Pendaftar bagi tujuan pengubahan, pemindaan, pengendorsan atau penggantian; atau (d) dalam hal suatu permit, apabila tempoh kesahannya tamat, diserahkan balik kepada Ketua Pendaftar dalam masa dua puluh satu hari oleh orang yang kepadanya perakuan, dokumen atau permit itu dikeluarkan atau mana-mana orang yang ada dalam milikannya perakuan, dokumen atau permit itu.
JEMAAH NAZIR SEKOLAH
Bab 1— Jemaah Nazir
(a) bertanggungjawab, dengan kerjasama mana-mana pihak berkuasa yang dilantik oleh Menteri, bagi memastikan bahawa taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan; (b) memeriksa institusi pendidikan atau menyebabkan institusi pendidikan diperiksa oleh Nazir Sekolah pada lat tempoh yang difikirkannya sesuai; (c) apabila diarahkan supaya berbuat sedemikian oleh Menteri, memeriksa suatu institusi pendidikan atau menyebabkan institusi pendidikan itu diperiksa; dan (d) menjalankan apa-apa kewajipan lain berhubung dengan pemeriksaan institusi pendidikan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri atau sebagaimana yang ditetapkan.
Ketua Nazir hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Menteri tentang tiap-tiap institusi pendidikan yang diperiksanya menurut seksyen 117, dan jika laporan itu dibuat oleh Nazir Sekolah, dia hendaklah mengendorskan apa-apa ulasan yang disifatkannya sesuai pada laporan itu.
Laporan tentang suatu institusi pendidikan yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) adalah dokumen sulit tetapi boleh, menurut budi bicara Menteri, disediakan untuk didapatkan oleh mereka yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran institusi pendidikan itu dan mana-mana guru di institusi pendidikan itu dan laporan itu yang disediakan untuk didapatkan sedemikian hendaklah disediakan untuk didapatkan secara keseluruhannya.
Bab 2 —Am
(a) pada bila-bila masa memasuki sesuatu institusi pendidikan; dan (b) menghendaki pengerusi lembaga pengelola atau pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu atau guru atau pekerja atau orang yang ditemui di institusi pendidikan itu— (i) mengemukakan bagi pemeriksaannya mana-mana jadual waktu, sukatan pelajaran atau rekod yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajarkan atau yang akan diajarkan atau apa-apa buku, bahan, dokumen atau barang yang berhubungan dengan atau yang pada pendapat Nazir itu mungkin ada hubungan dengan pengajaran yang dijalankan di institusi pendidikan itu atau dengan pengurusan institusi pendidikan itu; dan (ii) memberikan kepada Nazir itu apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pengajaran di, atau pengelolaan, institusi pendidikan itu yang diminta oleh Nazir itu, dan yang pengerusi, pengelola, atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu, guru, pekerja atau orang itu mempunyai kuasa untuk memberikan.
KEWANGAN
mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu telah tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
RAYUAN
Apabila rayuan dibuat kepada Menteri terhadap keputusan Ketua Pendaftar, Menteri, melainkan jika dia membenarkan rayuan itu dengan segera, hendaklah membentuk suatu Jawatankuasa Siasatan yang terdiri daripada orang yang difikirkannya layak untuk menyiasat fakta dan mengemukakan laporan tentang fakta itu kepadanya.
Selepas menimbangkan laporan yang dikemukakan di bawah subseksyen (1), Menteri hendaklah memutuskan perkara rayuan itu dan membuat apa-apa perintah tentangnya sebagaimana yang difikirkannya wajar dan patut.
Keputusan Menteri mengenai sesuatu rayuan adalah muktamad.
(a) untuk memperoleh dan menerima segala keterangan, sama ada bertulis atau lisan, dan memeriksa semua orang (termasuklah perayu) yang difikirkan wajar oleh Jawatankuasa Siasatan; (b) untuk menghendaki supaya keterangan seseorang diberikan dengan sumpah atau ikrar atau dengan akuan berkanun; (c) untuk memanggil mana-mana orang termasuklah perayu supaya hadir dan memberikan keterangan walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain; (d) untuk menerima apa-apa keterangan bertulis atau lisan, walaupun keterangan itu tidak boleh diterima dalam prosiding sivil atau jenayah; dan (e) untuk tidak membenarkan orang awam menyertai apa-apa penyiasatan atau mana-mana bahagiannya dan, jika Jawatankuasa Siasatan berpendapat bahawa adalah demi kepentingan awam untuk berbuat sedemikian, menerima keterangan tanpa kehadiran perayu; tetapi jika keterangan diterima tanpa kehadiran perayu, Jawatankuasa Siasatan hendaklah memberitahu perayu tentang isi keterangan itu setakat yang bersesuaian dengan kepentingan awam untuk berbuat sedemikian, dan hendaklah dalam tiap-tiap kes sedemikian memasukkan dalam laporan kepada Menteri suatu kenyataan tentang hal keadaan yang membuatkan keterangan itu diterima.
Tiada seorang pun yang dikehendaki memberikan keterangan di hadapan Jawatankuasa Siasatan berkewajipan mendedahkan nama atau alamat mana-mana orang yang telah memberikan maklumat secara sulit kepada seorang pegawai awam berhubung dengan apa-apa fakta yang menjadi hal perkara penyiasatan dan tidaklah juga mana- mana orang berkewajipan menyatakan apa-apa perkara yang pada pendapatnya mungkin membawa kepada penemuan orang yang telah memberikan maklumat sedemikian.
Tiada seorang pun yang dikehendaki di bawah seksyen 127 untuk memberikan keterangan berkewajipan memberikan apa-apa keterangan yang mungkin boleh menunjukkan bahawa dia bersalah.
PERATURAN-PERATURAN
Tanpa menjejaskan kuasanya untuk membuat peraturan- peraturan di bawah mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan dalam subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi atau berkenaan dengan semua atau mana-mana perkara yang berikut: (a) penerimaan masuk murid ke institusi pendidikan, penyimpanan daftar murid di institusi pendidikan itu, had umur dan syarat yang membolehkan murid dikekalkan belajar di sesuatu institusi pendidikan atau di dalam mana- mana kelas di institusi pendidikan itu; (b) tempoh penggal institusi pendidikan, hari dan waktu murid hendaklah hadir di institusi pendidikan itu dan hari yang hendaklah dijadikan hari cuti oleh semua institusi pendidikan atau mana-mana institusi pendidikan atau golongan institusi pendidikan yang ditentukan; (c) penubuhan dan pengurusan institusi pendidikan, dan kewajipan pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu; (d) bentuk yang mengikutnya daftar bagi pendaftaran institusi pendidikan atau pengelola atau pekerja hendaklah disimpan atau disenggarakan dan tatacara bagi pengeluaran cabutan daripadanya; (e) tatacara yang hendaklah diikuti dan fi yang disifatkan patut dikenakan berhubung dengan sesuatu permohonan bagi pendaftaran di bawah Akta ini, atau berhubung dengan apa- apa perakuan atau permit atau apa-apa dokumen lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini; (f) tatacara yang hendaklah diikuti bagi pengubahan atau pemindaan perakuan pendaftaran atau permit yang dikeluarkan di bawah Akta ini dan penggantian perakuan atau permit sedemikian yang hilang atau rosak; (g) disiplin di institusi pendidikan dan apa-apa kegiatan murid, sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan, yang pada pendapat Menteri mungkin mempunyai kesan terhadap disiplin sesuatu institusi pendidikan; (h) Kurikulum Kebangsaan termasuklah mata pelajaran dan perkara, yang bukan pengajian yang berhubungan dengan agama di Malaysia, yang mengenainya ajaran boleh atau hendaklah diberikan di institusi pendidikan dan masa yang hendaklah ditumpukan kepada pengajian setiap mata pelajaran yang diajarkan di institusi pendidikan; (i) penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran persatuan murid atau persatuan murid dan guru, atau persatuan guru dan ibu bapa sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan, dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan ini boleh mengadakan peruntukan supaya persatuan guru dan ibu bapa sedemikian mengandungi mana-mana orang selain guru atau ibu bapa murid di institusi pendidikan yang berkenaan; (j) buku, bahan dan radas yang hendaklah digunakan di institusi pendidikan, dan kaedah pembelian buku, bahan dan radas itu; (k) larangan tentang penggunaan di sesuatu institusi pendidikan atau mana-mana golongan institusi yang ditentukan apa-apa buku atau bahan yang penggunaannya didapati tidak diingini; (l) larangan tentang penggunaan atau penghantaran kepada mana-mana murid oleh sesuatu pusat pendidikan jarak jauh atau pembekalan, pengimportan atau penjualan bagi kegunaan atau penghantaran oleh sesuatu pusat pendidikan jarak jauh, apa-apa bahan, buku, pelajaran, pengajaran atau bahan lain yang bercetak atau bertulis atau selainnya yang penggunaannya oleh pusat pendidikan jarak jauh itu didapati tidak diingini; (m) penyimpanan buku akaun dan pengauditan akaun institusi pendidikan yang menerima sumbangan; (n) piawaian, termasuklah piawaian kesihatan dan keselamatan, dan kegunaan premis institusi pendidikan yang perlu dipatuhi, dan penetapan piawaian dan kegunaan yang berlainan bagi apa-apa perihal institusi pendidikan sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan sedemikian; (o) pendaftaran murid di institusi pendidikan, pemeriksaan daftar murid berkenaan, pengambilan cabutan daripada daftar itu bagi maksud Akta ini oleh orang yang diberi kuasa dengan sewajarnya bagi maksud itu di bawah peraturan-peraturan, dan pemberian kepada mana-mana pihak berkuasa yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan, penyata tentang kandungan daftar itu yang suai manfaat, oleh orang yang dikehendaki menyimpan daftar berkenaan di bawah peraturan-peraturan; (p) bentuk yang mengikutnya daftar guru yang disimpan di bawah seksyen 104 hendaklah disimpan atau disenggarakan, dan tatacara bagi pengeluaran salinan yang diperakui tentang butiran yang terkandung dalam daftar itu; (q) tatacara yang hendaklah diikuti bagi pengendorsan, pengubahan atau pemindaan perakuan pendaftaran sebagai guru yang dikeluarkan di bawah seksyen 109 dan penggantian perakuan atau permit mengajar yang hilang atau rosak; (r) tatacara yang hendaklah diikuti dan akibat langsung berikutan pembatalan perakuan pendaftaran sebagai guru yang dikeluarkan di bawah seksyen 109 atau pembatalan permit mengajar; (s) apa-apa fi yang disifatkan patut dikenakan bagi permohonan untuk didaftarkan sebagai guru di bawah, atau apabila dikeluarkan perakuan atau permit mengajar atau selainnya berkenaan dengan apa-apa perkara yang tersebut dalam Bahagian IX; (t) amalan dan tatacara yang hendaklah diikuti berkaitan dengan sesuatu penyiasatan yang dibuat oleh Jawatankuasa Siasatan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 126(1); (u) cara merayu terhadap keputusan Ketua Pendaftar yang hendaklah dibuat kepada Menteri dan fi yang hendaklah dibayar berkenaan dengan sesuatu rayuan; (v) penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran mana-mana majlis, badan atau jawatankuasa sukan di institusi pendidikan dan bagi institusi pendidikan di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan; (va) penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran apa-apa majlis, badan atau jawatankuasa bagi pendidikan dan latihan teknik dan vokasional; (w) peruntukan bagi pendidikan pengembangan di institusi pendidikan yang ditubuhkan dan disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta ini; (x) pengedaran oleh murid atau murid-murid, sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan, apa-apa majalah, risalah atau bahan bercetak atau bahan bertulis yang seumpamanya; (y) cara menentukan amaun sumbangan bantuan yang hendaklah dibayar kepada institusi pendidikan bantuan kerajaan; (z) syarat dan batasan yang menurutnya atau tertakluk kepadanya sumbangan bantuan atau sumbangan modal hendaklah dibayar kepada institusi pendidikan bantuan kerajaan; (aa) penentuan yuran yang diluluskan yang dikenakan berkenaan dengan kehadiran untuk belajar di institusi pendidikan secara amnya, atau di mana-mana golongan institusi pendidikan bantuan kerajaan dan pembayaran atau peremitan yuran sedemikian; (ab) cara untuk memindahmilikkan atau meletakhakkan apa-apa harta yang dipindahmilikkan atau diletakhakkan di bawah Akta ini dan cara mendaftarkan hakmilik mana-mana harta sedemikian; (ac) apa-apa fi yang disifatkan patut dilevi berkenaan dengan apa-apa perkara yang diperuntukkan di bawah Akta ini; (ad) borang yang boleh digunakan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dan yang boleh digunakan berkaitan dengan apa-apa perkara yang dinyatakan atau yang dikehendaki dalam Akta ini supaya ditetapkan oleh Menteri; dan (ae) apa-apa perkara lain yang disifatkan oleh Menteri sebagai suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan mana-mana peruntukan Akta ini.
KESALAHAN DAN PENALTI
Seseorang yang, sebagai pengerusi lembaga pengelola atau pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan, membuat pernyataan yang palsu atau mengelirukan dalam mempromosi institusi pendidikan itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Seseorang yang— (a) apabila membuat permohonan di bawah Akta ini bagi pendaftaran sesuatu institusi pendidikan, atau bagi pendaftaran sebagai pengelola atau pekerja, atau selainnya bagi maksud mendorong Ketua Pendaftar untuk menjalankan atau tidak menjalankan kuasanya di bawah Akta ini, membuat apa-apa pernyataan yang dia tahu adalah palsu atau yang dia tidak percaya adalah benar atau dengan sengaja mendiamkan apa-apa fakta material, atau memberikan apa-apa maklumat yang mengelirukan; (b) menghalang atau menggendalakan Ketua Pendaftar, pegawai awam atau pegawai polis dalam menjalankan kuasa yang diberikan kepada pegawai itu di bawah seksyen 100, 101 atau 102; (c) enggan mengemukakan apa-apa buku, dokumen atau barang, atau enggan memberikan maklumat dengan melanggar subseksyen 100(2) atau memberikan apa-apa maklumat yang dia tahu adalah palsu atau yang dia tidak percaya adalah benar; (d) sebagai pengerusi lembaga pengelola sesuatu institusi pendidikan melanggar subseksyen 94(1); (e) sebagai orang yang hendaklah didaftarkan sebagai pengelola atau pekerja di bawah seksyen 88 bertindak sebagai pengelola atau pekerja tanpa didaftarkan sedemikian; (f) sebagai pengelola atau orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang bertindak sebagai pengelola atau orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan, atau sebagai pekerja institusi pendidikan itu tanpa didaftarkan di bawah Akta ini; (g) bertindak sebagai pengelola atau pekerja di institusi pendidikan yang tidak didaftarkan di bawah Akta ini; atau (h) sebagai pengerusi lembaga pengelola atau pengelola atau orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan telah tidak menghalang institusi pendidikan itu daripada digunakan bagi apa-apa kegiatan atau maksud yang menyalahi undang-undang, atau bagi apa-apa kegiatan atau maksud suatu organisasi, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain yang menyalahi undang- undang, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Seseorang yang— (a) sebagai pengerusi lembaga pengelola atau sebagai orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan tidak menyebabkan salinan perakuan pendaftaran institusi pendidikan itu dipamerkan mengikut subseksyen 82(2); (b) tidak menyerahkan balik kepada Ketua Pendaftar mana-mana perakuan pendaftaran atau surat cara pengelolaan di bawah subseksyen 87(5) atau 97(1); (c) sebagai pengerusi lembaga pengelola sesuatu institusi pendidikan melanggar subseksyen 94(1); atau (d) sebagai pemunya atau penghuni mana-mana premis dan mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa premis itu atau sebahagian daripadanya digunakan sebagai institusi pendidikan yang dikehendaki didaftarkan di bawah Akta ini tetapi tidak didaftarkan sedemikian, telah tidak mengambil langkah yang munasabah untuk menghalang penggunaan sedemikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.
Seseorang yang, semasa membuat permohonan untuk didaftarkan sebagai guru atau selainnya bagi maksud mendorong Ketua Pendaftar menjalankan atau tidak menjalankan kuasanya di bawah Akta ini, membuat apa-apa pernyataan yang dia ketahui adalah palsu atau yang dia tidak percaya adalah benar atau dengan sengaja mendiamkan apa-apa fakta yang material atau memberikan apa-apa maklumat yang mengelirukan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya.
Seseorang yang— (a) bertindak sebagai guru di sesuatu institusi pendidikan dengan melanggar subseksyen 103(1); (b) menyebabkan, membenarkan atau mengambil kerja seseorang untuk bertindak sebagai guru dengan melanggar subseksyen 103(1); (c) bertindak sebagai guru di suatu institusi pendidikan yang tidak berdaftar; (d) sebagai guru berdaftar mengajar di suatu institusi pendidikan dengan melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen 109(2) atau sebagai pemegang permit mengajar yang dikeluarkan di bawah seksyen 114, mengajar di suatu institusi pendidikan dengan melanggar mana-mana syarat yang dikenakan oleh permit itu; (e) menyebabkan, membenarkan atau mengambil kerja seseorang guru berdaftar untuk mengajar di suatu institusi pendidikan dengan melanggar mana-mana syarat yang berhubungan dengan guru itu yang dikenakan di bawah
mengambil kerja pemegang permit mengajar yang dikeluarkan di bawah seksyen 114 untuk mengajar selain mengikut syarat yang dikenakan oleh permit itu; (f) tidak menyerahkan balik perakuan, dokumen atau permit mengikut seksyen 115; atau (g) sebagai guru berdaftar tidak membuat laporan kepada Ketua Pendaftar mengikut seksyen 116, boleh, apabila disabitkan atas suatu kesalahan di bawah perenggan (b) atau (e), didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan boleh, apabila disabitkan atas suatu kesalahan di bawah perenggan (a), (c), (d), (f) atau (g), didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.
(a) menghalang atau menggendalakan Ketua Nazir atau Nazir Sekolah dalam menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen 121; (b) enggan mengemukakan mana-mana jadual waktu, sukatan pelajaran, rekod, buku, bahan, dokumen atau barang, atau enggan memberikan maklumat, dengan melanggar subperenggan 121(b)(ii); atau (c) memberikan apa-apa maklumat yang palsu dalam apa-apa perkara yang material atau yang dia tahu adalah palsu atau yang dia tidak percayai adalah benar, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.
Ketua Pendaftar atau seorang pegawai awam yang diberi kuasa bagi maksud itu secara bertulis oleh Ketua Pendaftar atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor hendaklah mempunyai kuasa untuk menyiasat pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan- peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Ketua Pendaftar atau seorang pegawai awam yang diberi kuasa bagi maksud itu secara bertulis oleh Ketua Pendaftar atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh, berhubung dengan apa-apa penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, menjalankan kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis kecuali bahawa kuasa menangkap tanpa waran yang diberikan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] dalam mana-mana kesalahan boleh tangkap tidak boleh dijalankan oleh Ketua Pendaftar atau pegawai awam yang diberi kuasa oleh Ketua Pendaftar bagi maksud itu secara bertulis.
Ketua Pendaftar boleh, dalam sesuatu hal apabila difikirkannya layak dan patut untuk berbuat sedemikian, dan dengan kebenaran bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang yang boleh dihukum di bawah Akta ini, kecuali suatu kesalahan di bawah seksyen 72 dan subseksyen 132(1), atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar kepada Ketua Pendaftar dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu, apa-apa jumlah wang sebagaimana yang ditentukan, yang tidak boleh melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang boleh dikenakan kepada orang itu sekiranya dia disabitkan atas kesalahan itu.
Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila- bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang ditentukan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Ketua Pendaftar, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu telah dibuat.
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1)— (a) tiada pendakwaan boleh dibuat selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat; dan (b) apa-apa barang, benda atau artikel lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu hendaklah dilepaskan dengan serta- merta.
Apa-apa wang yang dibayar kepada Ketua Pendaftar menurut subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
PELBAGAI
Pengelola atau orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan hendaklah memastikan bahawa premis institusi pendidikan itu mematuhi apa-apa piawaian yang ditetapkan bagi institusi pendidikan yang sama perihalnya dengan institusi pendidikan itu.
Jika Menteri berpuas hati, berkenaan dengan sesuatu institusi pendidikan, bahawa setelah mengambil kira keadaan tapak atau mana- mana bangunan yang sedia ada di situ atau hal keadaan tertentu yang lain yang menyentuh premis itu tidaklah munasabah dalam hal yang sedemikian untuk menghendaki pematuhan piawaian yang ditetapkan yang disebut dalam subseksyen (1) mana-mana aspek tertentu, dia boleh mengarahkan supaya premis itu disifatkan sebagai mematuhi piawaian yang ditetapkan jika sebagai ganti pematuhan kepada piawaian yang ditetapkan itu premis itu mematuhi apa-apa kehendak lain yang ditentukan dalam arahan itu.
dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu atau mengkansel atau mengubah atau menambah syarat itu.
(a) mana-mana institusi pendidikan atau golongan institusi pendidikan tertentu; atau (b) apa-apa perkara atau projek pendidikan, bagi maksud menasihatinya dalam perkara yang berhubungan dengan institusi pendidikan, golongan institusi pendidikan atau perkara atau projek pendidikan itu dan dia boleh menurut budi bicaranya memberikan jawatankuasa sedemikian segala atau mana-mana kuasa yang diberikan kepada suatu Jawatankuasa Siasatan oleh seksyen 127.
Mana-mana notis, perintah atau komunikasi, yang dikehendaki oleh, atau boleh dihantar atau disampaikan kepada— (a) pengerusi lembaga pengelola, pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan, atau pekerja, sesuatu institusi pendidikan yang didaftarkan di bawah Akta ini, bolehlah disampaikan melalui surat yang dialamatkan kepada pengerusi, pengelola, orang atau pekerja itu di alamat berdaftar institusi pendidikan itu atau boleh disampaikan dengan melekatkan notis, perintah atau komunikasi itu di suatu bahagian yang ketara di premis institusi pendidikan itu yang difikirkan sesuai oleh Ketua Pendaftar; (b) seseorang yang memohon supaya sesuatu institusi pendidikan didaftarkan atau supaya didaftarkan sebagai guru, pengelola atau pekerja, bolehlah disampaikan melalui surat yang dialamatkan kepada orang itu di alamat yang dinyatakan dalam borang permohonannya; (c) seseorang guru berdaftar, bolehlah disampaikan melalui surat yang dialamatkan ke institusi pendidikan atau alamat terakhir yang dilaporkan kepada Ketua Pendaftar di bawah seksyen 116; (d) pemegang permit mengajar yang dikeluarkan di bawah seksyen 114, bolehlah disampaikan melalui surat yang dialamatkan ke institusi pendidikan yang berkenaan dengannya permit itu dikeluarkan; dan (e) mana-mana orang selain orang yang dinyatakan dalam perenggan (a) hingga (d), bolehlah disampaikan melalui surat yang dialamatkan kepada orang itu di tempat tinggalnya yang terakhir yang diketahui.
Walau apa pun perenggan (1)(a), jika pengerusi lembaga pengelola sesuatu institusi pendidikan belum dilantik, notis, perintah atau komunikasi yang hendak disampaikan kepada pengerusi itu bolehlah dialamatkan atau disampaikan kepada orang yang, pada pendapat Ketua Pendaftar, bertanggungjawab ke atas institusi pendidikan itu.
PERALIHAN DAN PEMANSUHAN
(a) sekolah rendah kebangsaan hendaklah dikenali sebagai sekolah kebangsaan; dan (b) sekolah rendah jenis kebangsaan hendaklah dikenali sebagai sekolah jenis kebangsaan.
(b) sehingga sekolah sedemikian dimansuhkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
(a) semua institusi pendidikan yang terkecuali daripada peruntukan Akta Pelajaran 1961 melalui seksyen 127 Akta itu hendaklah terkecuali daripada peruntukan yang bersamaan dalam Akta ini; dan (b) seseorang guru yang terkecuali daripada peruntukan Bahagian VI Akta Pelajaran 1961 melalui seksyen 128 Akta itu hendaklah terkecuali daripada peruntukan Bahagian IX Akta ini.
(a) tertakluk kepada perenggan (b), peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi institusi pendidikan, pengelola, pengurus atau pekerja itu seolah-olah institusi pendidikan, pengelola, pengurus atau pekerja itu telah berdaftar di bawah Akta ini; dan (b) syarat yang dikenakan kepada institusi pendidikan, pengelola, pengurus atau pekerja itu sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa seolah- olah syarat itu telah dikenakan di bawah Akta ini.
Menteri boleh, pada tarikh yang ditentukan olehnya, melalui notis yang disiarkan dalam Warta, memerintahkan penggulungan Lembaga Pusat yang ditubuhkan di bawah seksyen 92 Akta Pelajaran 1961.
Dengan penggulungannya— (a) anggotanya, termasuk Pengerusi Lembaga, hendaklah terhenti memegang jawatan; (b) Lembaga hendaklah terhenti menjadi majikan kepada guru- guru di institusi pendidikan; (c) apa-apa kepentingan mengenai mana-mana harta alih atau tak alih dan apa-apa hak dan liabiliti yang sebelum ini terletak hak pada atau mungkin dipunyai oleh Lembaga sebaik sebelum tarikh penggulungan Lembaga hendaklah turun kepada Kerajaan; dan (d) Menteri boleh memberikan apa-apa arahan yang difikirkannya patut berkenaan dengan mana-mana kakitangan atau pekerja Lembaga.
Mana-mana kumpulan wang caruman (termasuk Kumpulan Wang Simpanan Guru) yang ditubuhkan di bawah Akta Pelajaran 1961 atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta itu hendaklah terus disenggarakan dan diuruskan mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kumpulan wang itu sehinggalah Yang di-Pertuan Agong membuat perintah bagi penggulungannya atau selainnya.
Perintah penggulungan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat hanya atas nasihat Menteri Kewangan.
Menteri boleh melalui peraturan-peraturan meminda mana- mana kaedah atau peraturan yang berhubungan dengan kumpulan wang itu yang dibuat sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mengadakan pentadbiran yang lebih baik bagi kumpulan wang itu atau untuk menghapuskan apa-apa kesulitan yang berhubungan dengan kumpulan wang itu.
Akta Pelajaran 1961, Akta Pelajaran (Pindaan) 1963 [Akta 32 tahun 1963], Perintah Akta Pelajaran (Perluasan ke Sarawak) 1975 [P.U. (A) 425/1975] dan Perintah Akta Pelajaran (Perluasan ke Sabah) 1976 [P.U. (A) 176/1976] dimansuhkan.
Semua pelantikan, peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, undang-undang kecil, pengecualian, arahan dan perintah yang dibuat, semua daftar yang disimpan dan semua perakuan atau sijil yang diberikan atau mempunyai kuat kuasa di bawah undang-undang atau perintah yang dimansuhkan oleh seksyen ini dan yang berkuat kuasa atau mempunyai kuat kuasa pada tarikh Akta ini mula berkuat kuasa, hendaklah (tanpa menjejaskan kuasa Menteri untuk meminda peraturan-peraturan, kaedah-kaedah dan undang-undang kecil sedemikian, melalui mana-mana peraturan-peraturan atau meminda, membatalkan atau menarik balik pengecualian, arahan, perakuan atau sijil itu melalui perintah atau arahan yang dibuat di bawah peruntukan yang berkenaan dalam Akta ini dan tertakluk kepada apa-apa ubah suaian yang perlu untuk menjadikan peraturan-peraturan, kaedah- kaedah, undang-undang kecil, pengecualian, arahan, atau perintah itu selaras dengan Akta ini) terus berkuat kuasa dan mempunyai kuat kuasa seolah-olah ia telah dibuat, disimpan, atau diberikan di bawah Akta ini, sehingga diperuntukkan selainnya di bawah Akta ini.
Jadual [Subseksyen 18(2)] MATA PELAJARAN TERAS DALAM KURIKULUM KEBANGSAAN
(a) Bahasa Kebangsaan; (b) Bahasa Inggeris; (c) Bahasa Cina, bagi murid di sekolah jenis kebangsaan (Cina); (d) Bahasa Tamil, bagi murid di sekolah jenis kebangsaan (Tamil); (e) Matematik; (f) Sains; (g) Kajian Tempatan; (h) Pendidikan Islam, bagi murid yang menganut agama Islam; dan (i) Pendidikan Moral, bagi murid yang tidak menganut agama Islam.
(a) Bahasa Kebangsaan; (b) Bahasa Inggeris; (c) Matematik; (d) Sains; (e) Sejarah; (f) Pendidikan Islam, bagi murid yang menganut agama Islam; dan (g) Pendidikan Moral, bagi murid yang tidak menganut agama Islam.
SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari Akta A1152 Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 01-01-2003 Akta A1341 Akta A1490 Akta Pendidikan (Pindaan) 2008 Akta Pendidikan (Pindaan) 2015 15-06-2009 01-01-2012
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A1152 Akta A1341 Akta A1490 Akta A1152 Akta A1341 A Akta A1341 Akta A1152 Akta A1152 Akta A1341 Akta A1152 A Akta A1152 A Akta A1490 B Akta A1490 C Akta A1490 D Akta A1490 Akta A1490 Akta A1341 Akta A1341 Akta A1341 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A1341 Akta A1490 15-06-2009 01-01-2012 Keseluruhan Akta Akta A1341 15-06-2009