Sebagaimana pada 1 November 2021
AKTA PENYERAHAN BAHAN PERPUSTAKAAN 1986 Tarikh Perkenan Diraja … … … 29 Disember 1986 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 31 Disember 1986 Kali terakhir dipinda oleh P.U. (A) 378/2021 yang mula berkuat kuasa pada … … … 8 Oktober 2021 Akta 331 AKTA PENYERAHAN BAHAN PERPUSTAKAAN 1986 SUSUNAN SEKSYEN AKTA PENYERAHAN BAHAN PERPUSTAKAAN 1986 Suatu Akta bagi membuat peruntukan bagi pengumpulan, pemuliharaan, pengawalan bibliografi dan penggunaan bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia dan untuk menyediakan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [15 April 1987, P.U. (B) 184/1987] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Pusat Penyerahan Negara 4. Penyerahan naskhah bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia 5. Pemuliharaan, pendaftaran bahan perpustakaan, bibliografi negara dan rekod statistik 6. Pelupusan bahan perpustakaan 7. Pembayaran bagi bahan perpustakaan bercetak 8. Perkiraan dengan jabatan atau agensi Kerajaan 9. Obligasi sebagai tambahan kepada obligasi di bawah undang-undang lain 10. Peraturan-peraturan 11. Pemansuhan Jadual 1 Jadual 2 Akta 331
“bahan perpustakaan” ertinya apa-apa bentuk cetakan, grafik, audio, elektronik atau media lain, di atas atau di mana maklumat ditulis, direkod, disimpan, dipamer atau dikeluar dan dikategorikan bagi maksud Akta ini ke dalam— (a) bahan perpustakaan yang bercetak termasuk buku, terbitan bersiri, peta, carta dan poster; (b) bahan perpustakaan yang tidak bercetak termasuk filem sinematograf, mikroform, piring hitam, rakaman video dan audio dan media elektronik yang lain; “bercetak” ertinya apa-apa gambaran aksara di atas mana-mana bahan melalui apa-apa cara teraan mekanik; “diterbitkan” ertinya bahan yang telah dikeluarkan dan disediakan kepada orang awam yang kepada sesiapa ia boleh dijual atau diedar secara percuma dan bagi maksud seksyen 4, “diterbitkan” hendaklah termasuk— (a) keluaran terbitan daripada mana-mana edisi kedua atau edisi terkemudian bagi bahan perpustakaan jika edisi itu mengandungi tambahan atau perubahan kepada kandungan asal bahan itu; dan (b) keluaran terbitan yang terkemudian bagi bahan tersebut dalam bentuk atau format lain; “ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah peruntukan Akta ini; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perpustakaan Negara yang dilantik di bawah Akta Perpustakaan Negara 1972 [Akta 80]; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perpustakaan; “pemuliharaan” ertinya pelbagai langkah yang diambil untuk perlindungan, pemeliharaan dan pembaikan yang perlu bagi bahan perpustakaan dan untuk penyelenggaraannya di bawah keadaan yang dimaksudkan bagi mengelakkan dan menghalang kerosakan nilai fizikalnya.
(a) untuk menyediakan bagi pemuliharaan dan penggunaan bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia; (b) untuk mewujudkan rekod bibliografi yang standard bagi bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia; dan (c) untuk menyelenggarakan rekod statistik bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia.
penerbitannya, dengan syarat bahawa Ketua Pengarah hendaklah membayar kos bahan perpustakaan yang diserahkan sedemikian jika pembayaran diminta oleh penerbit.
(a) untuk menyediakan bagi pemuliharaan dan penggunaan bahan perpustakaan; (b) untuk menyelenggarakan suatu daftar yang mengandungi butir-butir bahan perpustakaan; (c) untuk menerbitkan bibliografi Negara pada kekerapan yang ditetapkan yang mengandungi butir-butir bahan perpustakaan itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah; (d) untuk menyelenggarakan rekod statistik bahan perpustakaan; dan (e) untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang perlu untuk memberi kesan kepada tujuan seksyen 3.
(a) membuat peraturan-peraturan bagi menjalankan tujuan Akta ini; (b) menetapkan apa-apa perkara yang perlu ditetapkan di bawah Akta ini; dan (c) meminda, memotong atau menambah kepada Jadual Akta ini melalui perintah yang disiarkan di dalam Warta.
Jadual 1 [Subseksyen 4(1) dan (2)] BILANGAN NASKHAH BAHAN PERPUSTAKAAN YANG PERLU DISERAH Bahan perpustakaan Bilangan naskhah
Bahan perpustakaan bercetak tidak termasuk bahan perpustakaan yang dinyatakan dalam perenggan (b) (b) Buku aktiviti, buku kerja sekolah, surat khabar dan bahan dua dimensi
Bahan perpustakaan tidak bercetak tidak termasuk bahan perpustakaan yang dinyatakan dalam perenggan (b) (b) Terbitan yang wujud dalam bentuk digital Jadual 2 [Subseksyen 4 (1) dan (2)] PERIHAL NASKHAH TERBAIK PERPUSTAKAAN Bahan Perpustakaan Perihal
Satu naskhah yang sama kualitinya dengan naskhah terbaik bahan perpustakaan yang diterbitkan, iaitu, naskah seluruh bahan termasuk semua ilustrasi jika ada dan— (a) disiapkan dan diwarnakan mengikut cara yang sama dengan naskhah terbaik bahan tersebut seperti yang diterbitkan; dan (b) dijilid, disambung atau dijahit bersama di atas kertas terbaik di mana bahan itu dicetak. Satu naskhah yang sama kualitinya dengan naskhah terbaik bahan perpustakaan. SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari P.U. (A) 378/2021 Perintah Penyerahan Bahan Perpustakaan (Pindaan Jadual 1) 2021 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Jadual 1 P.U. (A) 378/2021 08-10-2021