UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 767
Tarikh Perkenan Diraja ... ... 28 Mei 2015 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 4 Jun 2015
Suatu Akta untuk menubuhkan dan memperbadankan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam, mengadakan peruntukan bagi fungsi dan kuasanya, dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. DIperbUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:
SUSUNAN SekSyeN Bahagian I PeRMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran Bahagian II PeNUBUHAN LeMBAGA PeMBIAyAAN PeRUMAHAN SekTOR AWAM 3. Penubuhan Lembaga 4. Peruntukan peletakhakan 5. Meterai perbadanan 6. Fungsi Lembaga 7. kuasa Lembaga 8. keanggotaan Lembaga 9. Tempoh jawatan 10. elaun 11. Pembatalan dan peletakan jawatan 12. Mesyuarat dan tatacara Lembaga 13. Jawatankuasa 14. Pengosongan jawatan 15. Lembaga dan jawatankuasa boleh mengundang orang lain ke mesyuarat 16. Penzahiran kepentingan 17. kesahan perbuatan dan prosiding Bahagian III PekeRJA LeMBAGA Seksyen 18. ketua Pegawai eksekutif 19. Pelantikan pekerja 20. Syarat-syarat perkhidmatan, kelakuan dan tatatertib Bahagian IV keMUDAHAN PeMBIAyAAN PeRUMAHAN SekTOR AWAM 21. Dasar kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam 22. Peruntukan bagi kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam 23. Pemberian kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam 24. kewajipan menyenggara rekod 25. Lembaga hendaklah bertanggungjawab bagi memungut dan mendapatkan bayaran balik kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam Bahagian V PeRUNTUkAN keWANGAN 26. kumpulan Wang 27. Perbelanjaan yang dipertanggungkan pada kumpulan Wang 28. Anggaran tahunan 29. Akaun bank 30. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 31. Tatacara kewangan Bahagian VI kUASA TAMBAHAN LeMBAGA 32. kuasa untuk meminjam 33. kuasa untuk melabur 34. kuasa untuk menubuhkan atau mendapatkan perbadanan Bahagian VII AM Seksyen 35. Pewakilan kuasa 36. kuasa Menteri untuk memberikan arahan 37. Penyata, laporan, akaun dan maklumat lain 38. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 39. Pekhidmat awam 40. Pewakilan dalam prosiding sivil 41. Obligasi kerahsiaan 42. Perkara yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini diperbuat 43. kuasa untuk membuat peraturan-peraturan Bahagian VIII PeMANSUHAN, keCUALIAN DAN PeRALIHAN 44. Tafsiran 45. Pemansuhan Akta kumpulan Wang Pinjaman Perumahan 1971 46. kecualian dan peralihan 47. Pemindahan dana
I PeRMULAAN
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan atau Bahagian yang berlainan Akta ini.
“Akta yang dimansuhkan” ertinya Akta kumpulan Wang Pinjaman Perumahan 1971 [Akta 42] yang dimansuhkan di bawah seksyen 45; “ harta” ertinya apa- apa harta alih atau tak alih dan termasuklah— (a) apa-apa hak, kepentingan, hakmilik, tuntutan, hak dalam tindakan, kuasa atau keistimewaan, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada yang terletak hak atau kontingen, berhubung dengan apa-apa harta, atau yang selainnya mempunyai nilai; (b) apa-apa dokumen pemindahhakan yang disempurnakan bagi memindahhakkan, menyerahhakkan, menguntukkan, menyerahkan, atau selainnya memindahkan atau melupuskan harta jika orang yang menyempurnakan dokumen pemindahhakan itu ialah tuan punya atau pemilik, atau yang memperuntukkan bahawa dia berhak mendapat suatu hak kontingen, sama ada bagi keseluruhan atau sebahagian kepentingan itu; (c) apa-apa sekuriti, termasuk apa-apa saham, syer, debentur, bon, saham pinjaman, hak langganan boleh dipindahkan atau waran; (d) apa-apa surat cara boleh niaga, termasuk apa-apa wang kertas, nota pembawa, bil Perbendaharaan, waran dividen, bil pertukaran, nota janji hutang, cek dan perakuan deposit boleh niaga; (e) apa-apa gadai janji atau gadaian, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, jaminan, lien atau sandaran, sama ada sebenar atau konstruktif, surat hipotekasi atau resit amanah, tanggung rugi, aku janji atau cara lain bagi menjamin pembayaran atau pelepasan suatu hutang atau liabiliti, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada yang terletak hak atau kontingen; dan (f) apa-apa harta ketara atau tak ketara lain; “jawatankuasa” ertinya jawatankuasa Lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 13; “kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam” ertinya kemudahan yang diberikan oleh Lembaga kepada orang yang layak yang diluluskan; “ketua Pegawai eksekutif” ertinya ketua Pegawai eksekutif yang dilantik di bawah seksyen 18 dan termasuklah pekerja Lembaga yang dilantik di bawah subseksyen 18(7) untuk bertindak sebagai ketua Pegawai eksekutif; “kumpulan Wang” ertinya kumpulan Wang Pembiayaan Perumahan Sektor Awam yang ditubuhkan di bawah seksyen 26; “Lembaga” ertinya Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam yang ditubuhkan di bawah seksyen 3; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan; “orang yang layak” ertinya mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen 23(3); “orang yang layak yang diluluskan” ertinya orang yang layak yang permohonannya bagi kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam telah diluluskan oleh Lembaga; “Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 8(1)(a) dan termasuklah Timbalan Pengerusi apabila dia menjalankan fungsi Pengerusi.
II PeNUBUHAN LeMBAGA PeMBIAyAAN PeRUMAHAN SekTOR AWAM
Suatu pertubuhan perbadanan yang dikenali dengan nama “Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam” ditubuhkan.
Lembaga hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan.
Lembaga boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya sendiri.
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Lembaga boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut— (a) membuat kontrak; (b) memperoleh, membeli, mengambil, memegang atau menikmati, mengikut mana-mana yang berkenaan, apa-apa jenis harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti; dan (c) menjual, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan, memajak atau selainnya melupuskan, atau membuat urusan mengenai, apa-apa harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang terletak hak pada Lembaga.
Tertakluk kepada Akta ini, Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan suatu tarikh peletakhakan dan pada tarikh itu semua harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti kerajaan yang dinyatakan oleh Menteri dalam perintah itu yang berhubungan dengan pentadbiran pinjaman di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah, menurut kuasa Akta ini, dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan.
Tiap-tiap harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah dipindahkan kepada dan terletak hak sedemikian pada Lembaga dengan hakmilik, harta benda atau kepentingan yang serupa dan dengan pemegangan yang serupa sebagaimana harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti itu terletak hak atau dipegang sebaik sebelum tarikh peletakhakan itu.
Tiap-tiap hak dalam tindakan, hak, kepentingan, obligasi atau liabiliti yang terletak hak pada Lembaga menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, dibawa guaman terhadapnya, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh Lembaga atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi Lembaga atau kerajaan untuk memberikan notis— (a) kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu mengenai; atau (b) kepada orang yang hak, kepentingan, obligasi atau liabilitinya tersentuh oleh, peletakhakan yang dibuat di bawah subseksyen (1).
Apa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadap kerajaan yang belum selesai yang berkaitan dengan apa-apa harta, hak, kepentingan, obligasi atau liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, diteruskan oleh atau terhadap Lembaga.
Dalam hal hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang berbangkit di bawah apa-apa pinjaman yang terletak hak pada Lembaga pada tarikh peletakhakan, Lembaga boleh membuat apa-apa perjanjian atau perkiraan mengenai hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti itu dengan kerajaan atau mana-mana orang lain.
Jika menurut kuasa subseksyen (1) apa-apa harta dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga, peruntukan Bahagian Tiga Puluh kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56 tahun 1965] hendaklah, bagi maksud melaksanakan pendaftaran bagi peletakhakan itu, terpakai bagi Lembaga.
Pada dan selepas tarikh peletakhakan, apa-apa perjanjian, surat ikatan atau perkiraan lain yang berhubungan dengan apa-apa harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga di bawah subseksyen (1) yang kerajaan adalah pihak kepadanya sebaik sebelum tarikh peletakhakan itu, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak daripada sesuatu jenis harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti di bawah perjanjian, surat ikatan atau apa-apa perkiraan lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang boleh diserahhakkan oleh kerajaan, hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah Lembaga telah menjadi pihak kepada perjanjian, surat ikatan atau apa-apa perkiraan lain itu.
Dalam seksyen ini, “tarikh peletakhakan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen (1).
Meterai perbadanan Lembaga hendaklah mempunyai suatu tanda sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu oleh Lembaga sebagaimana yang difikirkannya patut.
Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga, suatu cap yang mengandungi perkataan “Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Lembaga.
Meterai perbadanan Lembaga hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi dan hendaklah disahkan oleh mana-mana dua orang anggota Lembaga yang diberi kuasa oleh Lembaga, atau oleh seorang anggota Lembaga dan Pengerusi.
Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan dan disahkan mengikut subseksyen (3) hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.
Meterai perbadanan Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
(a) untuk menguruskan kumpulan Wang dan mentadbir kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam mengikut peruntukan Akta ini; (b) untuk menasihati Menteri tentang perkara yang berhubungan dengan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam; dan (c) untuk melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan dibuat di bawah Akta ini.
Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat untuk atau yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Lembaga hendaklah termasuk kuasa— (a) untuk menggunakan semua harta Lembaga mengikut apa-apa cara yang difikirkan suai manfaat oleh Lembaga termasuklah mendapatkan wang bagi maksud kumpulan Wang dengan mensekuriti atau menggadai janji harta itu; (b) untuk bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan, mana-mana kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan, pihak berkuasa berkanun atau pertubuhan perbadanan bagi maksud melaksanakan fungsi Lembaga; (c) tertakluk kepada subseksyen (3), untuk mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Lembaga; (d) untuk menghendaki pengemukaan maklumat oleh mana-mana orang untuk membantu Lembaga dalam pelaksanaan fungsinya; (e) untuk melantik ejen, penasihat termasuklah pakar, peguam bela dan peguam cara, jurubank dan perunding, dan orang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga untuk membantu Lembaga dalam pelaksanaan fungsinya; dan (f) untuk memberikan pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan kepada pekerja Lembaga.
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan fi dan caj yang boleh dikenakan oleh Lembaga.
Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut: (a) ketua Setiausaha Perbendaharaan sebagai Pengerusi; (b) Peguam Negara atau wakilnya; (c) Akauntan Negara atau wakilnya; (d) ketua Pegawai eksekutif yang menjadi anggota ex-officio; (e) tidak lebih daripada tiga orang anggota daripada kalangan pegawai perkhidmatan awam persekutuan yang hendaklah dilantik oleh Menteri; dan (f) tidak kurang daripada dua tetapi tidak lebih daripada empat orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Menteri.
Anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(f) hendaklah orang yang layak dan sesuai daripada kalangan orang yang, pada pendapat Menteri, mempunyai kedudukan dan pengalaman dalam perbankan, atau perkara kewangan atau hal undang-undang.
Dalam menentukan sama ada seseorang adalah orang yang layak dan sesuai bagi maksud subseksyen (2), Menteri hendaklah mengambil kira— (a) kejujuran yang tidak diragui, kecekapan dan kewajaran pertimbangan orang itu dalam memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota Lembaga; dan (b) ketekunan yang membolehkan orang itu memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota Lembaga.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (2), Menteri hendaklah mengambil kira penjalanan dan aktiviti perniagaan yang terdahulu orang itu dan, khususnya, apa-apa keterangan bahawa dia— (a) telah dikompaun atau dipertuduh atas, suatu kesalahan sama ada disabitkan atau sebaliknya, yang boleh dihukum dengan— (i) pemenjaraan selama enam bulan atau lebih, sama ada hukuman pemenjaraan sahaja, atau sebagai ganti, atau sebagai tambahan kepada, suatu denda; atau (ii) denda sebanyak sepuluh ribu ringgit atau lebih; (b) melanggar mana-mana peruntukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang, pada pendapat Menteri, dimaksudkan bagi melindungi orang awam daripada kerugian kewangan yang disebabkan oleh kecurangan, ketidakcekapan atau amalan salah atau daripada kerugian kewangan yang disebabkan oleh kelakuan bankrap dilepaskan atau belum lepas; atau (c) terlibat dalam atau telah dikaitkan dengan, apa-apa amalan perniagaan atau selainnya berkelakuan dengan sedemikian cara yang menimbulkan keraguan terhadap kecekapan dan kewajaran pertimbangannya.
Menteri hendaklah melantik Timbalan Pengerusi Lembaga daripada kalangan anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(b), (c) atau (e).
(e) atau (f) hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun dan hendaklah layak dilantik semula bagi tempoh maksimum tiga penggal berturut-turut.
Menteri boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan mana-mana anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 8(1)(e) atau (f).
Mana-mana anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 8(1)(e) atau (f) boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis bertulis satu bulan kepada Menteri.
Lembaga hendaklah mengadakan mesyuaratnya sekurang-kurangnya dua kali setahun pada masa dan di tempat yang ditentukan oleh Pengerusi.
Semua mesyuarat Lembaga hendaklah dipengerusikan oleh Pengerusi atau, semasa ketiadaan Pengerusi, Timbalan Pengerusi.
kuorum mesyuarat Lembaga ialah lima orang dan hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya— (a) dua orang anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 8(1)(b), (c) atau (e), tidak termasuk Timbalan Pengerusi sekiranya mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi; dan (b) seorang anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 8(1)(f).
keputusan Lembaga hendaklah diterima pakai melalui undi majoriti mudah anggota yang hadir dan mengundi, dan dalam hal bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.
Apa-apa minit mesyuarat Lembaga hendaklah, jika ditandatangani sewajarnya oleh Pengerusi, diterima sebagai keterangan mengenai fakta yang dinyatakan dalam minit itu dalam mana-mana prosiding undang-undang dan tiap-tiap mesyuarat yang minitnya telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Lembaga hendaklah menyebabkan supaya minit semua mesyuaratnya disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
Sesuatu ketetapan dikira sebagai telah diluluskan— (a) pada sesuatu mesyuarat Lembaga, sekiranya semua anggota Lembaga telah dimaklumkan mengenai ketetapan yang dicadangkan itu, atau usaha yang munasabah telah dibuat untuk memaklumkan semua anggota Lembaga mengenai ketetapan yang dicadangkan itu; atau (b) tanpa bermesyuarat, sekiranya semua anggota Lembaga menandakan persetujuan dengan ketetapan itu mengikut kaedah yang ditentukan oleh Lembaga.
Subseksyen (7) terpakai hanya jika Lembaga— (a) memutuskan bahawa subseksyen itu terpakai; dan (b) memutuskan kaedah yang dengannya anggota Lembaga boleh menandakan persetujuan dengan ketetapan itu.
Lembaga boleh menentukan tatacaranya sendiri.
Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantu Lembaga dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya.
Lembaga boleh memilih mana-mana anggota Lembaga atau mana-mana orang lain untuk menjadi pengerusi jawatankuasa.
Anggota jawatankuasa boleh dilantik daripada kalangan anggota Lembaga atau mana-mana orang lain yang difikirkan layak oleh Lembaga.
Seseorang anggota jawatankuasa yang bukan anggota Lembaga hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh Lembaga dalam surat pelantikan anggota jawatankuasa itu dan hendaklah layak untuk dilantik semula.
Lembaga boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa yang bukan anggota Lembaga.
Seseorang anggota jawatankuasa yang bukan anggota Lembaga boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada Pengerusi.
Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.
Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada masa dan di tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.
Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya— (a) minit semua mesyuaratnya disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan (b) salinan minit semua mesyuaratnya dikemukakan kepada Lembaga dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan.
Apa-apa minit mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah, sekiranya ditandatangani sewajarnya oleh pengerusi sesuatu jawatankuasa, diterima sebagai keterangan mengenai fakta yang dinyatakan dalam minit itu dalam mana-mana prosiding undang-undang, dan tiap-tiap mesyuarat yang minitnya telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Anggota jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Sesuatu jawatankuasa boleh menentukan tatacaranya sendiri.
Sesuatu jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada, dan bertindak mengikut, apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa oleh Lembaga.
(e) atau (f) dan pelantikan anggota jawatankuasa yang bukan anggota Lembaga hendaklah menjadi kosong sekiranya— (a) dia meninggal dunia; (b) telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan— (i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; (ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau (iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda, selama lebih daripada dua tahun; (c) dia menjadi tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya; (d) dia menjadi bankrap; (e) dia menjadi ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat atau ahli mana-mana Dewan Undangan Negeri; (f) dia memegang apa-apa jawatan dalam parti politik; (g) berkenaan dengan anggota Lembaga, dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi, dan berkenaan dengan anggota jawatankuasa yang bukan anggota Lembaga, dia tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran pengerusi jawatankuasa itu; (h) berkenaan dengan anggota Lembaga, pelantikannya dibatalkan oleh Menteri, dan berkenaan dengan anggota jawatankuasa yang bukan anggota Lembaga, pelantikannya dibatalkan oleh Lembaga; atau (i) dia meletak jawatan.
Lembaga dan jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi maksud menasihati Lembaga dan jawatankuasa tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
Mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (1) boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Seseorang anggota Lembaga atau jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa yang mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa kepentingan berhubung dengan apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga atau jawatankuasa hendaklah menzahirkan kepada Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, hakikat dan jenis kepentingannya itu.
Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah dicatatkan dalam minit mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Selepas penzahiran di bawah subseksyen (1), anggota Lembaga atau jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa— (a) tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam mana-mana pertimbangtelitian atau semasa pembuatan apa-apa keputusan Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang berhubungan dengan perkara itu; dan (b) tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam pertimbangtelitian atau semasa pembuatan apa-apa keputusan yang berhubungan dengan perkara itu.
(a) terdapat apa-apa kekosongan dalam keanggotaan Lembaga atau jawatankuasa atau terdapat apa-apa kecacatan dalam penubuhan Lembaga atau jawatankuasa; atau (b) terdapat apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu.
III PekeRJA LeMBAGA
Lembaga hendaklah, dengan kelulusan Menteri, melantik ketua Pegawai eksekutif atas apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Lembaga.
ketua Pegawai eksekutif hendaklah seorang yang— (a) mempunyai kelayakan akademik dan pengalaman yang membolehkannya menunaikan tanggungjawabnya dengan memuaskan; (b) t idak pernah memegang sesuatu jawatan yang dipertanggungjawabkan dengan pengurusan sesuatu syarikat yang telah disabitkan atas kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis semasa tempoh jawatannya melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan atau keizinannya dan dia tidak dapat menghalang kesalahan itu; (c) t idak pernah memegang sesuatu jawatan yang dipertanggungjawabkan dengan pengurusan mana-mana syarikat yang semasa tempoh jawatannya— (i) telah ingkar membayar apa-apa jumlah wang penghakiman terhadap syarikat itu; (ii) telah menggantung pembayaran kepada atau telah membuat penyelesaian dengan, pemiutang-pemiutang syarikat itu; atau (iii) telah dilantik berkenaan dengan harta syarikat itu seorang penerima atau pengurus; (d) bersedia bagi pekerjaan sepenuh masa, dan tidak boleh menjalankan apa-apa perniagaan atau pekerjaan lain, kecuali sebagai pengarah bukan eksekutif atau pemegang saham syarikat lain; (e) tidak pernah menimbulkan situasi percanggahan kepentingan dengan Lembaga, yang disebabkan oleh dirinya sendiri atau melalui saudaranya; dan (f) tidak pernah bertindak mengikut cara yang boleh menimbulkan keraguan terhadap kelayakannya untuk memegang jawatan sebagai ketua Pegawai eksekutif, atau bertindak dengan tidak mengambil kira secara terang-terangan kelakuan profesional yang sepatutnya.
ketua Pegawai eksekutif hendaklah mempunyai apa-apa kuasa dan kewajipan sebagaimana yang diberikan atau dipertanggungkan atasnya oleh Lembaga.
ketua Pegawai eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal hari ke hari Lembaga.
ketua Pegawai eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pekerja Lembaga.
Dalam menunaikan kewajipannya, ketua Pegawai eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Lembaga.
Tertakluk kepada subseksyen (8), Menteri boleh melantik secara sementara mana-mana pekerja Lembaga untuk bertindak sebagai ketua Pegawai eksekutif bagi tempoh semasa— (a) jawatan ketua Pegawai eksekutif kosong; (b) ketua Pegawai eksekutif tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau (c) ketua Pegawai eksekutif, atas apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan kewajipan jawatannya.
Lembaga hendaklah mendapatkan kelulusan Menteri sekiranya pelantikan di bawah subseksyen (7) adalah untuk tempoh lebih daripada enam bulan.
ketua Pegawai eksekutif hendaklah merupakan seorang pekerja Lembaga.
ketua Pegawai eksekutif hendaklah dibayar apa-apa saraan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.
Perenggan 14(a), (b), (c), (d), (e), (f), (g) dan (i) hendaklah terpakai bagi ketua Pegawai eksekutif.
Lembaga boleh menentukan syarat perkhidmatan pekerjanya.
Lembaga hendaklah mempunyai kuasa tatatertib terhadap semua pekerjanya dan hendaklah menjalankan kawalan tatatertib terhadap pekerja itu.
Lembaga boleh menetapkan peraturan-peraturan untuk mengadakan peruntukan mengenai kelakuan dan tatatertib pekerjanya.
Peraturan-peraturan yang ditetapkan di bawah seksyen ini boleh termasuk— (a) peruntukan bagi penubuhan jawatankuasa tatatertib yang sesuai dan tatacara yang perlu dipatuhi; (b) peruntukan bagi penubuhan jawatankuasa rayuan tatatertib untuk mendengar rayuan terhadap keputusan jawatankuasa tatatertib dan tatacara yang perlu dipatuhi; dan (c) peruntukan bagi— (i) penahanan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain; atau (ii) penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pekerja Lembaga sementara menunggu prosiding tatatertib selesai.
Peraturan-peraturan yang ditetapkan di bawah seksyen ini boleh mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan mengenai apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan kerja dan penurunan pangkat.
Peraturan-peraturan yang ditetapkan di bawah seksyen ini hendaklah, dalam menetapkan tatacara untuk prosiding tatatertib, memberi pekerja Lembaga yang prosiding tatatertib diambil terhadapnya peluang untuk membuat representasi sebelum suatu keputusan dibuat oleh jawatankuasa tatatertib mengenai pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadap pekerja itu.
IV keMUDAHAN PeMBIAyAAN PeRUMAHAN SekTOR AWAM
Tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Menteri, kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam hendaklah diberikan kepada orang yang layak yang diluluskan bagi— (a) pembelian rumah kediaman yang telah siap; (b) pembinaan rumah kediaman dan, jika berkenaan, jalan masuk ke rumah kediaman itu, di atas tanah yang dimiliki oleh orang yang layak yang diluluskan dan tanah itu— (i) adalah bebas daripada bebanan; atau (ii) sedang dibiaya melalui kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam; (c) pembelian rumah kediaman yang sedang dibina; (d) pembelian tanah bagi maksud pembinaan rumah kediaman dan, jika berkenaan, jalan masuk ke rumah kediaman itu; (e) penyelesaian keseluruhan atau sebahagian daripada pinjaman sedia ada daripada bank atau institusi kewangan yang diambil bagi maksud membeli tanah, dengan atau tanpa rumah kediaman di atasnya, atau membina rumah kediaman dan jalan sebagai jalan masuk ke rumah kediaman, sebelum pemberian kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam; dan (f) pengubahsuaian rumah kediaman yang pembelian atau pembinaannya telah dibiaya atau diselesaikan melalui kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.
Bagi maksud subseksyen (1), “rumah kediaman” termasuklah sesuatu bangunan atau tenemen yang sepenuhnya atau sebahagian besarnya digunakan, dibina atau disesuaikan untuk kegunaan bagi kediaman manusia.
Orang yang layak yang disebut dalam subseksyen (1) ialah— (a) anggota perkhidmatan awam yang disebut dalam Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan; (b) anggota pentadbiran Persekutuan atau Negeri sebagaimana yang ditakrifkan dalam Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan; (c) hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi; (d) seorang yang terus menjadi anggota Perkhidmatan Parlimen di bawah perenggan (e) Perkara 7 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1992 [Akta A837]; (e) anggota mana-mana satu Dewan Parlimen; (f) yang Dipertua Dewan Rakyat; (g) anggota Dewan Undangan Negeri; (h) pekerja mana-mana badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan; (i) tertakluk kepada subseksyen (5), suami atau isteri mana-mana orang yang telah meninggal dunia yang sebelum kematiannya adalah orang yang layak di bawah perenggan (a) hingga (h), sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, atas syor Lembaga; dan (j) seseorang atau golongan orang yang dinyatakan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta atas syor Lembaga.
Orang yang layak yang berhak memohon kemudahan pembiayaan perumahan daripada kerajaan Negeri, badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan yang mempunyai skim pembiayaan perumahannya sendiri tidak layak mendapat kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.
Amaun kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang diberikan kepada orang yang layak yang diluluskan di bawah perenggan (3)(i) tidak boleh melebihi amaun yang layak bagi orang yang meninggal dunia itu sebelum kematiannya.
Tertakluk kepada Fasal (7) Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan, mana-mana orang yang layak yang pada masa yang sama memegang dua atau lebih kedudukan atau jawatan yang diperihalkan dalam subseksyen (3) layak memohon kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam berkenaan dengan satu kedudukan atau jawatan sahaja, dan orang yang layak yang diluluskan tidaklah layak memohon kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang lain berkenaan dengan apa-apa kedudukan atau jawatan lain yang dipegangnya kemudian.
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (6) boleh ditafsirkan sebagai menghalang orang yang layak yang diluluskan daripada mendapat— (a) baki amaun kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang layak dipohon olehnya; atau (b) baki atau perbezaan amaun kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang layak dipohon olehnya akibat perubahan kedudukan atau jawatan.
Lembaga hendaklah menyimpan dan menyenggara atau menyebabkan disimpan atau disenggara suatu rekod mengenai segala kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang diberikan kepada orang yang layak yang diluluskan.
Rekod yang disimpan dan disenggara di bawah subseksyen (1) hendaklah termasuk yang berikut: (a) butir-butir tentang orang yang layak yang diluluskan seperti nombor kad pengenalan, nama dan alamatnya; (b) amaun kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang diberikan kepada orang yang layak yang diluluskan, jadual pembayaran baliknya, amaun setiap bayaran balik yang dikehendaki dibuat, tarikh mula berkuat kuasa pembayaran balik dan rekod pembayaran balik; (c) sesalinan dokumen hakmilik keluaran bagi tanah yang berhubungan dengan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam; dan (d) apa-apa butir lain yang difikirkan perlu oleh Lembaga.
Lembaga hendaklah bertanggungjawab bagi memungut dan mendapatkan bayaran balik kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang diberikan kepada orang yang layak yang diluluskan.
Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, pemungutan bayaran balik kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam oleh Lembaga boleh dibuat melalui potongan gaji atau pencen dengan memberikan notis secara bertulis kepada majikan orang yang layak yang diluluskan mengenai pemotongan itu.
Hendaklah menjadi kewajipan majikan orang yang layak yang diluluskan yang diberikan notis di bawah subseksyen (2) untuk memotong apa-apa amaun wang sebagaimana yang dimaklumkan oleh Lembaga, yang merupakan amaun bayaran balik bulanan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam— (a) daripada gaji orang yang layak yang diluluskan; atau (b) sekiranya amaun kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam masih terhutang bilamana orang yang layak yang diluluskan bersara, daripada pencen orang yang layak yang diluluskan, dan meremit amaun yang dipotong itu kepada Lembaga secara bulanan.
Wang kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang tidak dibayar balik atau tertunggak hendaklah dikira sebagai suatu hutang sivil yang terhutang oleh orang yang layak yang diluluskan kepada Lembaga dan Lembaga boleh mengambil apa-apa tindakan di bawah mana-mana undang-undang yang terpakai untuk mendapatkan hutang itu.
Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, wang kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang tidak dibayar atau tertunggak boleh didapatkan melalui cara potongan daripada gaji, pencen atau faedah persaraan lain orang yang layak yang diluluskan dan mendapat hak keutamaan daripada apa-apa potongan lain tetapi sebaik selepas potongan bagi— (a) apa-apa hutang yang kena dibayar dan terhutang oleh orang yang layak yang diluluskan kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri; (b) amaun cukai yang ditaksir di bawah mana-mana undang- undang bertulis; dan (c) semua amaun yang kena dibayar berkenaan dengan caruman yang kena dibayar di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan persaraan atau kumpulan wang simpanan pekerja atau di bawah mana-mana skim persaraan atau faedah persaraan yang merupakan suatu skim yang diluluskan di bawah undang-undang persekutuan yang berhubungan dengan cukai pendapatan.
Bagi maksud pemotongan gaji, pencen atau faedah persaraan lain orang yang layak yang diluluskan di bawah subseksyen (5), Lembaga hendaklah memberikan notis secara bertulis tentang pemotongan itu kepada majikan orang yang layak yang diluluskan, dan hendaklah menjadi kewajipan majikan untuk memotong apa- apa amaun wang sebagaimana yang dimaklumkan oleh Lembaga, yang merupakan amaun kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang tidak dibayar balik atau tertunggak— (a) daripada gaji orang yang layak yang diluluskan; atau (b) sekiranya amaun kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam masih terhutang bilamana orang yang layak yang diluluskan bersara, daripada pencen atau faedah persaraan lain orang yang layak yang diluluskan, dan meremit amaun yang dipotong itu kepada Lembaga.
Dalam keadaan potongan gaji, pencen atau faedah persaraan lain orang yang layak yang diluluskan di bawah subseksyen (3) atau (6), mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak mencukupi, orang yang layak yang diluluskan hendaklah membayar perbezaan bayaran balik kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam, atau amaun kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang tidak dibayar balik atau tertunggak.
Lembaga tidak boleh mengenakan apa-apa faedah atau caj tambahan terhadap orang yang layak yang diluluskan bagi apa-apa kelewatan yang disebabkan oleh majikan untuk membuat potongan di bawah subseksyen (3) dan (6).
V PeRUNTUkAN keWANGAN
Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “kumpulan Wang Pembiayaan Perumahan Sektor Awam” ditubuhkan dan hendaklah ditadbir dan dikawal oleh Lembaga.
kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada— (a) wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen; (b) wang yang dipinjam oleh Lembaga di bawah seksyen 32; (c) wang kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang dibayar balik dari semasa ke semasa kepada Lembaga dan wang yang dari semasa ke semasa kena dibayar kepada Lembaga berkenaan dengan bayaran balik apa-apa kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam; (d) wang yang merupakan penyelesaian wang pokok apa-apa kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam dan faedah atau keuntungan atasnya yang perlu dibayar, mengikut mana-mana yang berkenaan, melainkan jika Lembaga membenarkan penyelesaian apa-apa wang itu kepada mana-mana orang menurut apa-apa perkiraan yang dibuat dengan orang itu yang dengan perkiraan itu apa-apa kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam, atau apa-apa hak atau kepentingan yang diperoleh atau berbangkit daripada pemberian apa-apa kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam, dijual, dilupuskan atau dipindahkan kepada orang itu; (e) wang yang diterima daripada penjualan atau penghasilan apa-apa kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam atau apa-apa hak atau kepentingan yang diperoleh atau berbangkit daripada pemberian kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam, atau daripada atau menurut apa-apa perkiraan yang dibuat dengan mana-mana orang yang dengan perkiraan itu apa-apa kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam, atau apa-apa hak atau kepentingan yang diperoleh atau berbangkit daripada pemberian kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam, dijual, dilupuskan atau dipindahkan kepada orang itu; (f) fi dan caj yang dikenakan oleh atau kena dibayar kepada Lembaga; (g) wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan oleh Lembaga di bawah seksyen 33; (h) wang yang diperoleh daripada penjualan, pelupusan, pajakan atau penyewaan, atau apa-apa urus niaga lain mengenai, apa-apa harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang dipindahkan kepada, terletak hak pada atau diperoleh oleh Lembaga; (i) wang dan harta lain yang mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Lembaga berkenaan dengan pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya; (j) apa-apa kos yang dibayar kepada atau didapatkan oleh Lembaga dalam apa-apa penyelesaian tindakan atau prosiding, sivil atau jenayah; dan (k) wang dan harta yang diterima secara sah oleh Lembaga.
kumpulan Wang hendaklah digunakan bagi pemberian kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam kepada orang yang layak yang diluluskan.
kumpulan Wang boleh digunakan bagi maksud— (a) membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah seksyen 32; (b) menyelesaikan hutang, obligasi dan liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga menurut seksyen 4; (c) membayar elaun dan belanja lain kepada anggota Lembaga dan jawatankuasa, dan mana-mana orang yang diundang ke mesyuarat Lembaga dan jawatankuasa; (d) membayar saraan, elaun dan belanja lain pekerja Lembaga, termasuklah pemberian pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan, faedah persaraan, faedah perubatan dan elaun lain; (e) pelaburan di bawah seksyen 33; (f) membayar belanja, kos atau perbelanjaan berhubung dengan pemerolehan barang dan perkhidmatan, termasuk pengambilan ejen dan penasihat, fi dan kos guaman serta fi dan kos lain yang ditanggung atau diterima dengan sewajarnya oleh Lembaga dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya; (g) membeli atau menyewa peralatan, jentera dan apa-apa bahan lain, mendapatkan tanah dan apa-apa harta, dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam pelaksanaan fungsi Lembaga atau penjalanan kuasa Lembaga; (h) membayar belanja atau wang yang diperlukan untuk menunaikan apa-apa penghakiman, keputusan atau award oleh mana-mana mahkamah atau tribunal terhadap Lembaga, atau mana-mana anggota Lembaga atau jawatankuasa, atau mana-mana pekerja atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan dalam pelaksanaan fungsi Lembaga atau penjalanan kuasa Lembaga; (i) membayar belanja, perbelanjaan atau kos yang dilakukan atau ditanggung dengan sewajarnya dan perlu oleh Lembaga dalam memberikan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam; dan (j) apa-apa belanja dan perbelanjaan lain yang dibenarkan oleh Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, atau yang dilakukan dalam pelaksanaan fungsi Lembaga atau penjalanan kuasa Lembaga.
ketua Pegawai eksekutif hendaklah, tidak lewat daripada satu bulan sebelum bermulanya setiap tahun kewangan, membentangkan di hadapan Lembaga suatu anggaran perbelanjaan Lembaga termasuk perbelanjaan modal bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butir yang ditentukan oleh Lembaga.
Sesalinan anggaran yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dihantar kepada setiap anggota Lembaga tidak lewat daripada empat belas hari sebelum mesyuarat untuk membentangkan anggaran itu diadakan.
VI kUASA TAMBAHAN LeMBAGA
(a) dengan menyimpan di— (i) Bank Negara Malaysia; (ii) bank berlesen atau bank pelaburan berlesen yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan kewangan 2013 [Akta 758]; atau (iii) bank Islam berlesen yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan kewangan Islam 2013 [Akta 759] tetapi tidak termasuk bank Islam antarabangsa berlesen; dan (b) dengan melabur dalam— (i) sekuriti yang diterbitkan oleh kerajaan; (ii) sekuriti yang dijamin sepenuhnya oleh kerajaan; (iii) sekuriti yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia; atau (iv) sekuriti yang dijamin sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.
VII AM
Lembaga boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana fungsi dan kuasanya, selain kuasanya untuk meminjam wang dan mendapatkan dana di bawah Akta ini kepada— (a) Pengerusi atau anggota Lembaga yang lain; (b) suatu jawatankuasa; atau (c) seorang pekerja Lembaga.
Pengerusi, anggota Lembaga yang lain, jawatankuasa atau pekerja Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diwakilkan dengan mana-mana fungsi atau kuasa hendaklah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Lembaga dan segala kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Lembaga.
Mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Lembaga.
Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Lembaga daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan itu pada bila-bila masa.
Lembaga hendaklah memberi Menteri apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat lain yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Penyata, laporan, akaun dan maklumat lain itu hendaklah dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butir yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Lembaga dan apa- apa perkara lain yang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
(a) dalam mana-mana prosiding sivil oleh atau terhadap Lembaga; atau (b) dalam mana-mana prosiding sivil yang lain yang dalamnya Lembaga dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili, atau untuk didengar, atau selainnya berhak untuk diwakili atau untuk didengar, mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga bagi maksud itu boleh, bagi pihak Lembaga, memulakan prosiding sedemikian atau hadir dalam prosiding itu dan boleh membuat semua kehadiran dan permohonan dan melakukan segala perbuatan yang berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Lembaga.
kecuali bagi maksud Akta ini atau apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh Lembaga, tiada anggota Lembaga atau jawatankuasa, atau mana-mana pekerja atau ejen Lembaga, atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa, atau mana-mana orang lain yang atas apa-apa sebab mempunyai, melalui apa-apa cara, akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Lembaga boleh memberikan, membuka, mendedahkan atau selainnya menzahirkan maklumat atau dokumen itu kepada mana-mana orang.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
VIII PeMANSUHAN, keCUALIAN DAN PeRALIHAN
bagi permulaan kuat kuasa Bahagian VIII.
Apa-apa permohonan, kelulusan, arahan, keputusan, syor, spesifikasi, notis atau perbuatan atau perkara lain yang dikeluarkan, dibuat atau dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan dan berkuat kuasa atau mempunyai kesan sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan, hendaklah disifatkan telah dikeluarkan, dibuat atau dilakukan di bawah Akta ini, dan hendaklah terus kekal berkuat kuasa dan mempunyai kuat kuasa berhubung dengan orang yang baginya ia terpakai sehingga dipinda atau digantikan.
Apa-apa permohonan, kelulusan atau keputusan di bawah Akta yang dimansuhkan yang belum selesai sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, diuruskan oleh Lembaga di bawah Akta ini.
Pemansuhan Akta yang dimansuhkan mahupun apa-apa yang terkandung dalam Akta ini tidak akan menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan, atau apa-apa prosiding yang dibawa atau hukuman yang dikenakan sebelum tarikh itu berhubung dengan kesalahan itu.
Tertakluk kepada Akta ini, mana-mana prosiding sama ada sivil atau jenayah, atau kausa tindakan oleh atau terhadap kerajaan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak kerajaan, yang belum selesai atau yang sedia ada sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan berhubung dengan Akta yang dimansuhkan boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga sebagaimana ia diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap kerajaan atau orang itu seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.
Apa-apa rayuan yang dibuat atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas tarikh yang ditetapkan terhadap suatu keputusan yang diberikan dalam apa-apa prosiding undang-undang yang kerajaan menjadi pihak berhubung dengan Akta yang dimansuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan boleh dibuat oleh atau terhadap Lembaga.