UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 259
Pertama kali diperbuat 1953 (Ordinan No.16 tahun 1953)
Suatu Akta bagi menghapuskan iklan lucah dan iklan yang berhubungan dengan rawatan penyakit venereus.
SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Tafsiran 3. Gambar atau bahan bercetak atau bertulis yang lucah atau cabul 4. Orang yang mengirim kepada orang lain supaya dilakukan perbuatan yang boleh dihukum di bawah seksyen 3 5. Iklan mengenai sifilis, dsb., diisytiharkan lucah 6. Sekatan ke atas iklan 7. Penalti 8. Penangkapan apabila melihat kesalahan 9. Pemansuhan
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Iklan Lucah 1953.
Akta ini terpakai di Semenanjung Malaysia sahaja.
tingkap mana-mana rumah atau kedai, sesuatu gambar atau sesuatu bahan bercetak atau bertulis yang lucah atau cabul, apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi satu bulan dan denda tidak melebihi lima puluh ringgit.
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini terpakai bagi sesuatu iklan berhubungan dengan penyakit venereus yang diterbitkan oleh atau dengan kebenaran Kerajaan Malaysia atau mana-mana Kerajaan Negeri atau oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan atau awam.
Seseorang tidak boleh melalui apa-apa iklan atau apa-apa notis atau pengumuman awam merawat atau menawar untuk merawat seseorang bagi penyakit venereus, atau menetapkan atau menawar untuk menetapkan apa-apa remedi baginya, atau menawar untuk memberi atau memberi nasihat berkaitan dengan rawatan terhadapnya.
Seseorang tidak boleh mengemukakan atau mengesyorkan kepada orang awam melalui apa-apa notis atau iklan, atau melalui apa-apa kertas atau surat sebaran bertulis atau bercetak, atau melalui apa-apa label atau perkataan bertulis atau bercetak, dilekatkan kepada atau dihantar bersama apa-apa bungkusan, kotak, botol kecil atau sesuatu bekas yang mengandunginya, apa-apa pil, kapsul, serbuk, tablet hisap, tinktur, ubat minum, kordial, electuary, plaster, unguent, salves, ointmen, titis, losen , minyak, spirit, herba dan air berubat, apa jua sediaan kimia dan officinal yang digunakan atau dipakai di luar atau di dalam sebagai ubat atau bahan ubat bagi mencegah, menyembuh atau melegakan penyakit venereus: Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini terpakai bagi sesuatu iklan, pemberitahuan, pengumuman, sokongan atau pengemukaan yang dibuat atau diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia atau mana-mana Kerajaan Negeri atau oleh sesuatu pihak berkuasa tempatan atau awam atau terhadap sesuatu terbitan yang dikirim hanya kepada pengamal perubatan berdaftar atau ahli farmasi berdaftar atau peniaga borong bagi maksud perniagaan mereka.
Dalam seksyen ini dan dalam seksyen 5 “penyakit venereus” ertinya sifilis, gonorea, soft chancre atau bubo (lymphogranuloma inguinale).
satu tahun dan denda tidak melebihi lima ratus ringgit.
SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa Dari L.N. 332/58 Perintah Perlembagaan Persekutuan (Pengubahsuaian Undang-Undang) (Ordinan dan Perisytiharan) 1958 Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit) 1975
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta 160 Akta 160 Akta 160