Sebagaimana pada 1 April 2012
AKTA PENCEN 1980 Tarikh Perkenan Diraja … … … 11 Februari 1980 Tarikh penyiaran dalam Warta … … Kali terakhir dipinda melalui Akta A1409 yang mula berkuat kuasa pada … … … … CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … 2010 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 227 AKTA PENCEN 1980 SUSUNAN SEKSYEN AKTA PENCEN 1980 Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai pentadbiran pencen, ganjaran dan lain-lain faedah bagi pegawai dalam perkhidmatan awam dan juga tanggungan mereka. [1 Januari 1976] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
Seksyen 1. Tajuk ringkas, mula berkuat kuasa dan pemakaian 2. Tafsiran 3. Pencen, dsb., bukan suatu hak yang mutlak 4. Pencen, dsb., hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan 5. Peraturan-peraturan 6. Penghitungan pencen, dsb. 6 A . Pelaksanaan opsyen 7. Pemberian taraf berpencen 8. Pegawai disifatkan menjadi pegawai berpencen 9. P emberian pencen, dsb. 10. Persaraan paksa 11. Persaraan dengan kehendak Kerajaan 12. Persaraan pilihan 12 A . Persaraan setelah dilantik untuk berkhidmat dalam pertubuhan 12 B . Sumbangan bulanan kepada Kumpulan Wang Disatukan 13. Persaraan demi kepentingan awam 14. Pencen atau ganjaran terbitan jika seseorang pegawai mati dalam Perkhidmatan 15. Pencen terbitan jika seseorang pegawai mati selepas bersara 16. Terhentinya pencen terbitan 16 A . Terhentinya pencen bagi anak yang telah mencapai umur lapan belas tahun disifatkan sah Seksyen 17. Pencen hilang upaya 18. P encen tanggungan 19. Pencen, dsb., tidak boleh diserah hak 20. (Dipotong) 21. Pencen, dsb., terhenti apabila disabitkan 21 A . Pencen, dsb., akan terhenti apabila memperoleh kewarganegaraan negara lain 22. Pencen maksimum 22 A . Pencen serendah-rendahnya bagi perkhidmatan penuh 23. Penggantungan pencen 24. P emberian elaun bersara kepada pegawai sementara 25. Pemberian elaun bersara terbitan kepada pegawai sementara 25 A . (Dipotong) 26. Pembayaran tanpa probet atau surat kuasa mentadbir 26 A . Pembayaran hadiah untuk maklumat 27. Pindaan bagi Jadual 28. Pemansuhan dan kecualian Jadual UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 227
(a) pegawai dalam perkhidmatan awam yang telah memilih atau disifatkan telah memilih mana-mana Skim Baru; (b) pegawai dalam perkhidmatan awam yang telah atau adalah dilantik di bawah mana-mana Skim Baru; (c) pegawai dalam perkhidmatan awam yang oleh kerana pilihan mereka adalah terikat dengan mana-mana Skim Baru; atau (d) pegawai sementara dalam perkhidmatan awam yang dilantik sebelum 1 Januari 1976 dan yang tidak diberi pilihan untuk memilih Skim Baru yang mula berkuat kuasa dari tarikh itu.
“anak” ertinya anak seorang pegawai yang mati— (a) iaitu anak yang di bawah umur dua puluh satu tahun dan termasuk — (i) anak yang lahir selepas kematian pegawai itu, anak tiri tanggungan dan anak tak sah taraf pegawai itu; dan (ii) anak yang diambil sebagai anak angkat oleh pegawai itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman, dengan bukti yang memuaskan mengenai pengangkatan itu; dan (b) iaitu seorang anak yang tidak kira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri dengan syarat anak itu adalah cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur dua puluh satu tahun; “gaji yang akhir diterima” ertinya gaji hakiki bulanan yang akhir diterima atau dalam hal persaraan di bawah seksyen 12 A gaji hakiki bulanan sebenarnya yang akhir diterima yang dibayar kepadanya oleh pertubuhan itu semasa dia tertakluk kepada terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti yang terdapat dalam Skim Baru, dan termasuklah apa-apa elaun berpencen; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; “lain-lain perkhidmatan awam” ertinya perkhidmatan di bawah sesuatu Kerajaan yang dinyatakan dalam Jadual bagi pegawai yang ditukarkan ke perkhidmatan awam; “pegawai” ertinya seseorang pegawai yang bekerja sepenuh masa dalam perkhidmatan awam; “pegawai berpencen” ertinya seseorang pegawai yang telah diberi taraf sebagai seorang pegawai berpencen di bawah seksyen 7 atau yang disifatkan sebagai seorang pegawai berpencen di bawah subseksyen 6 A (6 C ) atau seksyen 8; “pegawai negeri” ertinya seseorang pegawai dalam perkhidmatan Kerajaan sesuatu Negeri; “pegawai persekutuan” ertinya seseorang pegawai dalam perkhidmatan Kerajaan Persekutuan; “pegawai persekutuan tempatan” ertinya seseorang pegawai yang direkrut untuk berkhidmat, atau ditukarkan ke perkhidmatan, di bawah Kerajaan Persekutuan di Sabah atau Sarawak dan tidak ditukarkan secara tetap ke perkhidmatan di luar Sabah atau Sarawak; “peraturan-peraturan” ertinya mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 5; “perkhidmatan awam” ertinya— (a) Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan; (b) Perkhidmatan Awam Am bagi Kerajaan Persekutuan; (c) Pasukan Polis; (d) Perkhidmatan Kereta api; (e) Perkhidmatan Pelajaran; (f) Perkhidmatan Awam Bersama yang am bagi Kerajaan Persekutuan dan bagi satu atau beberapa Negeri; (g) Perkhidmatan Awam bagi tiap-tiap satu Negeri; (h) Perkhidmatan Parlimen; atau (i) mana-mana perkhidmatan lain yang diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai perkhidmatan awam bagi maksud Akta ini; “perkhidmatan awam lain” ertinya perkhidmatan di bawah sesuatu Kerajaan yang dinyatakan dalam Jadual bagi pegawai yang ditukarkan ke perkhidmatan awam; “perkhidmatan yang boleh dimasuk kira” ertinya perkhidmatan yang ditetapkan sebagai perkhidmatan yang boleh dimasuk kira di bawah peraturan-peraturan itu; “Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan” ertinya suatu Pihak Berkuasa Berkanun atau suatu Pihak Berkuasa Tempatan yang ditubuhkan oleh mana-mana undang-undang bertulis; dan “Skim Baru” ertinya gaji dan had serta syarat perkhidmatan yang telah dipinda bagi pegawai dalam perkhidmatan awam berbangkit dari penyemakan gaji dan had serta syarat perkhidmatan bagi pegawai itu yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan mulai dari 1 Januari 1976, atau dari apa-apa penyemakan lain kemudiannya yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dari semasa ke semasa.
terkumpul kepada seseorang pegawai yang gajinya tidak dibayar dari Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
A , amaun pencen yang diberikan tidak boleh kurang daripada satu perlima dari gaji akhir yang diterima oleh pegawai itu.
(5 A ) Subseksyen (5) tidak terpakai bagi seseorang pegawai yang telah dilantik sebelum 1 Januari 2012 dan telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun. (5 B ) Umur persaraan paksa bagi seseorang pegawai yang tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun yang disebut dalam subseksyen (5 A ) hendaklah kekal sama ada lima puluh lima tahun atau lima puluh enam tahun atau lima puluh lapan tahun sebagaimana umur yang telah dipilihnya sebelum 1 Januari 2012. (5 C ) Opsyen bagi umur persaraan paksa enam puluh tahun yang dilaksanakan oleh seseorang pegawai bagi maksud subseksyen (5) dan (5 A ) tidak boleh dibatalkan.
perenggan 10(5)(a), (b), (c), (d), (e) dan (f) atau seksyen 11. (6 A ) Walau apa pun subseksyen (3), seseorang pegawai yang telah memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebelum 1 Januari 2009 dan telah disahkan dalam jawatannya sebelum tarikh itu hendaklah diberikan opsyen untuk memilih pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini. (6 B ) Opsyen yang dibuat di bawah subseksyen (6 A ) menjadi muktamad pada 1 Februari 2009 dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi pegawai itu mulai tarikh itu. (6 C ) Jika seseorang pegawai telah memilih pencen, ganjaran atau faedah lain menurut subseksyen (6 A ) dan mati sebelum opsyen itu menjadi muktamad menurut subseksyen (6 B ), pegawai itu disifatkan menjadi pegawai berpencen dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai baginya mulai tarikh kematiannya.
(a) disahkan dalam jawatannya yang sekarang; dan (b) genap tempoh selama tidak kurang daripada tiga tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira.
(a) seseorang pegawai yang telah dimasukkan atau layak untuk dimasukkan dalam perjawatan berpencen di bawah Ordinan Pencen 1951 [Ord. 1 tahun 1951] sebelum dari 1 Julai 1977, Ordinan Pencen Sabah 1963 [Ord. 3 tahun 1963] atau Ordinan Pencen Sarawak [Bab. 89] sebelum dari 1 Julai 1978, mengikut mana-mana yang berkenaan; (b) seseorang pegawai tetap dan telah disahkan yang mati dalam perkhidmatan, bersara atas sebab perubatan atau di bawah seksyen 12 A sebelum genap sepuluh tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira; atau (c) seseorang pekerja berpencen di bawah Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239] atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang ditukar tetap secara lantikan ke perkhidmatan awam.
(a) dipaksa bersara di bawah seksyen 10; atau (b) memilih bersara di bawah seksyen 12 setelah genap tempoh selama tidak kurang daripada sepuluh tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira; atau (c) bersara di bawah seksyen 11. (d) (Dipotong oleh Akta A625).
A .
umur enam puluh tahun.
(a) Setiausaha kepada Dewan Rakyat atau Setiausaha kepada Dewan Negara; dan (b) pegawai yang telah bersara selepas mula berkuat kuasanya Akta ini tetapi sebelum ia disiarkan. (c) (Dipotong oleh Akta A1124).
(a) jika Ketua Pengarah atau Setiausaha Kerajaan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah berpuas hati atas keterangan doktor bahawa pegawai itu tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya, disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuh yang mungkin menjadi kekal; (b) apabila jawatan yang dipegangnya dihapuskan; (c) bagi maksud supaya organisasi jabatan di mana pegawai itu bekerja mudah diperbaiki dan dengan itu menghasilkan lebih lagi kecekapan atau ekonomi; (d) atas alasan bahawa pekerjaan pegawai itu telah ditamatkan demi kepentingan awam; (e) atas alasan bahawa pegawai itu telah dengan sukarelanya (selain perkahwinan) memperoleh kewarganegaraan, atau menggunakan hak kewarganegaraan, atau telah membuat pengisytiharan kesetiaan kepada, mana-mana negara lain selain Malaysia atau atas alasan bahawa pegawai itu telah dilucutkan kewarganegaraan Malaysianya; atau (f) atas alasan bahawa pegawai itu telah, bagi maksud pelantikannya ke perkhidmatan awam— (i) membuat apa-apa pernyataan atau memberi apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau secara bertulis, sama ada bersumpah atau selainnya; atau (ii) membekalkan apa-apa dokumen, yang adalah palsu, silap, tidak tepat, tidak lengkap, atau mengelirukan atau mungkin mengelirukan, dan pelantikannya ke perkhidmatan awam telah dibuat sebahagiannya atau keseluruhannya dengan bersandarkan atas pernyataan, maklumat atau dokumen itu: Dengan syarat bahawa persaraan itu di bawah perenggan ini tidak boleh dilaksanakan melainkan pegawai itu telah diberikan peluang yang munasabah untuk membuat representasi ke atasnya kepada Yang di-Pertuan Agong atau pihak berkuasa Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan.
sebelum 1 Januari 2012 dan telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun.
(a) Yang di-Pertuan Agong boleh menghendaki seseorang pegawai persekutuan supaya bersara pada mana-mana peringkat umur— (i) atas alasan kepentingan negara; atau (ii) demi kepentingan perkhidmatan awam; dan (b) Pihak Berkuasa Negeri boleh menghendaki seseorang pegawai Negeri supaya bersara pada mana-mana peringkat umur— (i) dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, atas alasan kepentingan negara; atau (ii) demi kepentingan perkhidmatan awam.
(a) empat puluh lima tahun bagi— (i) seseorang pegawai perempuan; (ii) seseorang pegawai perkhidmatan bomba yang berpangkat pegawai rendah dan ke bawah; (iii) seseorang pegawai polis yang berpangkat rendah daripada Penolong Penguasa Polis; (iv) seseorang pegawai penjara yang berpangkat rendah daripada Penguasa; dan (v) seseorang jururawat lelaki di hospital mental; atau (b) lima puluh tahun bagi seseorang pegawai lelaki, selain pegawai yang disebut dalam subperenggan (a)(ii) hingga (v).
(3 A ) Seseorang pegawai yang bersara di bawah subseksyen (1) boleh diberi ketika persaraannya ganjaran, award wang tunai yang diberikan sebagai ganti cuti rehat yang terkumpul atau faedah lain. (3 B ) (Dipotong oleh Akta A1409).
bagi pegawai perempuan atau berumur kurang daripada lima puluh tahun bagi pegawai lelaki dilantik oleh atau dengan kelulusan Kerajaan untuk berkhidmat dalam mana-mana pertubuhan, walau bagaimanapun cara ianya ditubuhkan dan sama ada atau tidak Kerajaan atau mana-mana Kerajaan Negeri mempunyai apa-apa kepentingan di dalamnya, sama ada secara langsung atau sebaliknya, atau dalam mana-mana pertubuhan antarabangsa yang mana Kerajaan menjadi anggota, dia boleh disifatkan telah bersara daripada perkhidmatan awam pada tarikh dia meninggalkan perkhidmatan awam dan pegawai tersebut, jika sekiranya dia mati sebelum mencapai umur empat puluh lima tahun atau lima puluh tahun, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, bagi maksud seksyen 14, disifatkan telah mati dalam perkhidmatan jika pada masa kematiannya dia berada dalam perkhidmatan pertubuhan itu atau mana-mana subsidiarinya atau pertubuhan antarabangsa tersebut, atau, jika ketika itu dia tidak berada dalam perkhidmatan tersebut, dia telah berada dalam perkhidmatan tersebut untuk suatu tempoh berterusan yang tidak kurang dari lima tahun dari tarikh dia meninggalkan perkhidmatan awam.
(2 A ) Jika seseorang pegawai yang disebut dalam subseksyen (2) yang telah dilantik sebelum 1 Januari 2012 telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun, subseksyen
apabila mencapai umur empat puluh lima tahun bagi pegawai perempuan atau lima puluh tahun bagi pegawai lelaki, jika dia telah berkhidmat dalam pertubuhan atau mana-mana subsidiarinya atau pertubuhan antarabangsa ke dalam mana dia telah dilantik oleh atau dengan kelulusan Kerajaan selama tempoh berterusan tidak kurang daripada lima tahun dari tarikh dia meninggalkan perkhidmatan awam atau sehingga dia berumur empat puluh lima tahun atau lima puluh tahun, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengikut mana yang terdahulu.
A
kurang daripada satu per lima daripada gaji yang akhir diterima oleh pegawai yang mati itu dan ganjaran terbitan atau hanya ganjaran terbitan sahaja.
(a) (Dipotong oleh Akta A1343). (b) jika seseorang pegawai berpencen mati dalam atau selepas tempoh dua puluh tahun dari tarikh persaraannya dari perkhidmatan awam, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu pencen terbitan yang sama banyaknya dengan amaun pencen yang dibayar kepadanya: Dengan syarat bahawa apa-apa pemberian pencen terbitan selepas tamatnya tempoh dua puluh tahun dari tarikh persaraannya hendaklah dibuat hanya jika penerimanya— (i) berkenaan dengan seseorang balu atau duda, telah berkahwin dengan pegawai yang mati itu semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan; (ii) berkenaan dengan seseorang anak atau anak tiri tanggungan, adalah seorang anak atau anak tiri tanggungan hasil perkahwinan semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan; (iii) berkenaan dengan seseorang anak angkat, adalah seorang anak yang diangkat di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan; atau (iv) berkenaan dengan seseorang anak tak sah taraf, adalah seorang anak yang dikandungkan semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan .
telah terhenti di bawah seksyen 21, maka subseksyen (1) hendaklah terpakai dan bagi maksud ini pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai telah menerima pencen itu.
(a) (Dipotong oleh Akta A1171); (b) seorang anak, lain daripada anak yang cacat otak atau hilang upaya jasmani dan secara kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri atau seorang anak yang disebut dalam perenggan (c), apabila berkahwin atau apabila mencapai umur dua puluh satu tahun, mengikut mana yang lebih dahulu; atau (c) seorang anak yang sedang mendapat pendidikan di suatu institusi pelajaran tinggi tetapi tidak melebihi pelajaran yang menuju ke arah ijazah pertama, apabila tamat atau berhenti mendapat didikan itu atau apabila berkahwin, mengikut mana yang lebih dahulu.
(a) menanggung bencana semasa melaksanakan dan berbangkit daripada melaksanakan tugas rasminya atau disebabkan oleh kemalangan dalam perjalanan; atau (b) mendapat penyakit yang kerana jenis tugasnya itu menyebabkan dirinya terdedah.
(a) pegawai itu mati dalam hal keadaan di bawah seksyen 17; dan (b) kematian itu berlaku dalam tempoh tujuh tahun dari tarikh dia menanggung bencana atau mendapat penyakit itu.
(a) menjelaskan hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan Persekutuan, atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau sesuatu Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan; (b) menunaikan perintah daripada Mahkamah supaya dibayar secara berkala sejumlah wang untuk nafkah bagi isteri atau bekas isteri atau anak yang belum dewasa, sama ada sah taraf atau tidak, pegawai yang telah diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain itu; atau (c) menunaikan perintah mahkamah yang dikeluarkan berhubung dengan perkara kebankrapan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengannya.
kewarganegaraan, atau telah menggunakan hak kewarganegaraan, atau telah membuat pengisytiharan kesetiaan kepada, mana-mana negara lain selain dari Malaysia atau telah dilucutkan kewarganegaraan Malaysianya, pencen atau faedah lain tersebut hendaklah terhenti dengan serta merta.
. Berkenaan dengan pencen yang telah dikira berdasarkan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira selama tidak kurang daripada dua puluh lima tahun, amaun yang kena dibayar di bawah Akta ini tidak boleh kurang daripada satu ratus lapan puluh ringgit sebulan atau apa-apa amaun sebagaimana ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta.
(2 A ) Jika seseorang pegawai yang disebut dalam subseksyen (2) yang telah dilantik semula sebelum 1 Januari 2012 telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun, subseksyen (2) hendaklah terpakai baginya dengan menggantikan perkataan ‘enam puluh’ dengan perkataan ‘lima puluh lima’ atau ‘lima puluh enam’ atau ‘lima puluh lapan’, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(a) telah berkhidmat terus-menerus dengan Kerajaan Persekutuan atau sesuatu Kerajaan Negeri sebelum daripada 1 Januari 1976 dan sehingga tarikh persaraanya selepas 1 Januari 1976; (b) telah genap tempoh selama tidak kurang daripada sepuluh tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira dengan Kerajaan Persekutuan atau sesuatu Kerajaan Negeri; dan (c) telah pada tarikh perlantikannya tidak kena membayar carum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau lain-lain kumpulan wang simpanan.
(a) jika seseorang pegawai sementara mati dalam perkhidmatan dan sepatutnya menjadi layak mendapat elaun bersara dan ganjaran di bawah seksyen 24 jika sekiranya dia telah bersara pada tarikh kematiannya, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu — (i) ganjaran terbitan yang banyaknya sama dengan ganjaran pegawai itu; dan (ii) elaun bersara terbitan yang banyaknya sama dengan elaun bersara pegawai itu; (b) jika seseorang pegawai sementara yang sedang menerima elaun bersara mati dalam atau selepas tempoh dua puluh tahun dari tarikh persaraannya, elaun bersara terbitan yang sama banyaknya dengan elaun bersara pegawai itu boleh diberikan kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan: Dengan syarat bahawa apa-apa pemberian elaun bersara terbitan selepas tamatnya tempoh dua puluh tahun hendaklah dibuat hanya jika penerimanya— (i) dalam hal seseorang balu atau duda, telah berkahwin dengan pegawai yang mati itu semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan; (ii) dalam hal seseorang anak atau anak tiri tanggungan, ialah anak atau anak tiri tanggungan hasil perkahwinan yang telah berlaku semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan; (iii) dalam hal seseorang anak angkat, ialah anak yang diangkat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan; atau (iv) dalam hal seseorang anak tidak sah taraf, ialah anak yang dikandungkan semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan. (c) (Dipotong Akta A134). . (Dipotong Akta A1343).
(a) “orang tanggungan” ertinya- (i) balu kepada si mati; (ii) duda kepada si mati; (iii) anak kepada si mati; (iv) ibu kepada pegawai yang mati, atau jika ibunya telah mati, bapa tanggungannya; (b) “belum dibayar” ertinya belum dibayar oleh Kerajaan atau belum dikeluarkan oleh orang yang berkenaan. (a) kes-kes penipuan untuk menikmati pencen dan lain-lain faedah yang diberikan di bawah Akta ini; atau (b) kesalahan di bawah peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Jadual [Seksyen 2] Kerajaan Brunei Kerajaan Hong Kong Kerajaan Singapura SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari Akta A495 Akta Pencen (Pindaan) 1980 01-07-1980 Akta A568 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 1983 Akta A625 Akta Pencen (Pindaan) 1985 13-09-1985 Akta A644 Akta Pencen (Pindaan) 1986 16-05-1986 kecuali ss. 3, 7, 12: 01-01-1976; ss. 9, 11: 1-7-1980 Akta A793 Akta Pencen (Pindaan) 1991 12-04-1991 Akta A823 Akta Pencen (Pindaan) 1992 s. 2: 01-06-1991 s. 3:01-01-1992 s. 4:12-04-1991 Akta A1124 Akta Pencen (Pindaan) 2001 Akta A1171 Akta Pencen (Pindaan) 2002 Akta A1335 Akta Pencen (Pindaan) 2008 Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari Akta A1343 Akta Pencen (Pindaan) 2009 Perenggan 2(a), s. 3, perenggan 4(a) dan 5(a), s. 7 dan ss. 10(1), (2) dan (3) berkuat kuasa dari 01-01-2009 Perenggan 2(b), s. 9 dan ss. 10(4):01-01-2008 Akta A1409 Akta Pencen (Pindaan) 2011 01-01-2012 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A644 AktaA495 Akta A568 Akta A625 Akta A644 Akta A1343 Perenggan 2(a) : 01-01-2009 Perenggan 2(b): 01-01-2008 Akta A495 Akta A625 Akta A1409 6 A Akta A793 Akta A823 Akta A1124 Akta A1335 Akta A1343 Akta A1409 Akta A823 Akta A625 Akta A793 Akta A495 Akta A625 Akta A644 Akta A644 Akta A793 Akta A1124 Akta A1335 Akta A1409 Akta A644 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A793 Akta A823 Akta A1124 Akta A1335 Akta A1343 Akta A1409 12 A Akta A495 Akta A625 Akta A644 Akta A1124 Akta A1335 Akta A1409 12 B Akta A625 Akta A793 Akta A495 Akta A495 Akta A644 Akta A1343 Akta A1409 Akta A495 Akta A1171 16 A Akta A495 Akta A1409 Akta A1409 21 A Akta A644 Akta A1343 22 A Akta A495 Akta A793 Akta A1124 Akta A1335 Akta A1409 Akta A495 Akta A644 Akta A1343 Akta A1409 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 25 A Akta A568 Akta A1343 Akta A644 26 A Akta A644