로고

Sebagaimana pada 1 Disember 2011

AKTA PEMBERIAN KEPADA NEGERI (PENYENGGARAAN PIHAK-PIHAK BERKUASA TEMPATAN) 1981 Tarikh Perkenan Diraja 12 Februari 1981 Tarikh penyiaran dalam Warta 19 Februari 1981 Akta 245 AKTA PEMBERIAN KEPADA NEGERI (PENYELENGGARAAN PIHAK-PIHAK BERKUASA TEMPATAN) 1981 SUSUNAN SEKSYEN AKTA PEMBERIAN KEPADA NEGERI (PENYELENGGARAAN PIHAK-PIHAK BERKUASA TEMPATAN) 1981 Suatu Akta untuk memberi kepada pihak-pihak berkuasa tempatan yang tersusun semula pemberian melalui Kerajaan Negeri bagi maksud tertentu untuk membantu pihak-pihak berkuasa tempatan menyenggara pentadbiran mereka. [1hb Januari 1978] BAHAWASANYA menurut Fasal (3) Perkara 109 Perlembagaan Persekutuan adalah diperuntukkan bahawa Parlimen boleh dengan undang-undang memberi pemberian bagi maksud tertentu kepada mana-mana Negeri mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana diperuntukkan oleh undang-undang itu; MAKA OLEH YANG DEMIKIAN INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Pemberian oleh Persekutuan kepada Negeri 3. Persekutuan boleh mengenakan terma dan syarat Akta 245

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pemberian kepada Negeri (Penyelenggaraan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan) 1981 dan hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1978. Pemberian oleh Persekutuan kepada Negeri

2. (1) Persekutuan boleh dari semasa ke semasa membuat pemberian kepada sesuatu Negeri bagi penyenggaraan pihak-pihak berkuasa tempatan di dalam Negeri itu.

(2) Amaun pemberian yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah ditentukan oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi kerajaan tempatan setelah berunding dengan Menteri Kewangan. Persekutuan boleh mengenakan terma dan syarat

3. Persekutuan, semasa memberi pemberian ini, boleh mengenakan terma dan syarat yang akan dipatuhi oleh sesuatu Negeri itu termasuk suatu syarat bahawa pemberian itu hendaklah dibelanjakan oleh pihak-pihak berkuasa tempatan bagi sesuatu maksud yang tertentu. Akta 245 AKTA PEMBERIAN KEPADA NEGERI (PENYELENGGARAAN PIHAK-PIHAK BERKUASA TEMPATAN) 1981 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 245 AKTA PEMBERIAN KEPADA NEGERI (PENYELENGGARAAN PIHAK-PIHAK BERKUASA TEMPATAN) 1981

SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari - TIADA - SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari - TIADA -